1.0 PENGENALAN
Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif
biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran
dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak). Perubahan ini tidak boleh
diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang
lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan. Menurut
Sharifah A. Alsagoff(1987) dalam buku Mok Soon Sang(2009)
menghuraikan psikologi merupakan satu yang dikatan sebagai
perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan
tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi
dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu, dari masa
pralahi r(dalam kandungan) sehingga dewasa. Pada pandangan psikologi
perkembangan kanak-kanak terhadap guru atau bakal guru adalah satu
perkara yang amat penting kerana melalui pembelajaran inilah guru-
guru dapat memahami perkembangan fizikal, mental dan emosi muridnya
demi membolehkan guru menyediakan rancangan mengajar yang sesuai dan
berkesan.
Kajian perkembangan kognitif murid-murid membolehkan guru
menggunakan kaedah mengajar yang sesuai mengikut kebolehan mereka.
Selain itu, kajian perbezaan individu ini juga akan memberi panduan
kepada guru dalam mendisiplinkan murid-murid dengan lebih berkesan.
(laman pkk-pengenalan.html). Pada keseluruhannya, kajian perkembangan
kanak-kanak akan menjadikan seseorang guru lebih memahami perubahan
personaliti dan konsep kendiri terhadap muridnya. Pelbagai isu dan
maklumat akan dibincangkan secara lebih terperinci lagi nanti. Ilmu
1
terhadap perkembangan kanak-kanak ini adalah sangat penting bagi
para guru. Hal ini kerana, warga pendidiklah yang bertanggungjawab
dalam membentuk diri anak muridnya menjadi seorang yang sempurna.
Menurut Karl Garrison berpendapat bahawa perkembangan itu adalah
hasil daripada tindakan yang saling berkait di antara perkembangan
jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk satu
siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut
beberapa aturan semula jadi. Secara ringkasnya, perkembangan bolehlah
disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait di antara perubahan
kuantitatif dan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang
dijangkakan.
Namun, perkembangan dapat dikatakan sebagai satu proses di mana
individu mencapai kematangan diri. Ia juga merupakan satu olah
perubahan yang berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi ternyata perubahan telah berlaku
dengan mekihat kepada sifat yang berlainan daripada peringkat yang
lebih awal. Disamping itu, ianya berbeza dengan pertumbuhan kerana ia
berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya
hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja
membawakan sesuatu organisma itu ke peringkat matang, tetapi
perkembangan berlaku secara berterusan.
2
2.0 Konsep perkembangan kanak-kanak
Dalam era goblasisasi, setiap manusia pasti akan mengalami
perubahan diri dan cara hidup melalui proses pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat
kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat di ukur samaada mengikut
peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap
perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran
3
yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organism. Perkembangan
pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang
tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah
berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang
terdahulu.
Sedemikian dengan perkembangan ianya berlaku daripada pada
peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma.
Maka, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke
peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun
peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa
berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu
organisma. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma
itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada
keturunan yang terdahulu.
Menurut Gesell (1949), menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua
individu yang benar-benar serupa, maka secara globalnya semua kanak-
kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang yang
biasa didalui oleh kanak-kanak. Menurut Karl E. Garrison pula,
perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama
ada berbentuk stuktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah adalah
mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.
4
Mengikut arah atas ke bawah, perkembangan bermula dari kepala dan
bergerak ke arah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan
juga fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan
akhir sekali di bahagian kaki.
(b) Dari bawah ke atas
Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari arah
tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke hujung anggota.
PERINGKAT PERKEMBANGAN
Perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa
peringkat.. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata
bagi peringkat itu. Sifat tertentu bagi sesuatu peringkat itu
memberikan sifat keutuhan dan sufat yang unik. Walaupun terdapat
peringkat-peringkat ini, tetapi garis-garis pembahagian tidak nyata
bagi memisahkan di antara satu dengan yang lain. Terdapat 7 peringkat
perkembangan yang ketara iaitu :
7
Disamping itu, perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah
laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna
perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial
dari segi kuantiti dan kualiti.
8
Prinsip Pertama - Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan
bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan
seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua
peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam
beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada
abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Prinsip kedua - Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang
bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar
menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar
terlebih dahulu sebelum baransur ke otot-otot halus.
Prinsip ketiga - Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang
berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir
sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan
menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan
mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang
juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kamahiran baru kelak.
Prinsip keempat - Corak dan aturan perkembangan adalah hamper sama
tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.
Sebagai contoh, sesetengah kanakkanak dapat berjalan pada umur 10
bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan
menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak tersebut.
Perkara ini adalah salah satu factor yang membawa kepada perbezaan
9
antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik
darjah.
Prinsip kelima - Perkembangan yang seterusnya adalah
perkembangan hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.
Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang
individu misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetic. Pembelajaran adalah hasil
daripada latihan proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan
usaha. Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran
membantu individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam
dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang
sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi hanya boleh
berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang. Menurut D.S.
Wright dan Ann Taylor ,mengatakan bahawa perkembangan sebagai
perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi
kepada struktur organisma yang berada dalam keadaan yang saling
berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Proses perkembangan
bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang
diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa.
Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-
benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung
mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif.
Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat
10
perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada
peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir
hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa
sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan
berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya,
perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir
hayat sesuatu organisma.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
1. Perkembangan fizikal adalah berperaturan dan dapat diramal, baik
di dalam peringkat sebelum lahir mahupun pada peringkat sesudah
dilahirkan. Ia mempunyai tiga arah tertentu. Arah pertama adalah
dari kepala ke kaki yang dikenali sebagai perkembangan
“cephalocaudal”. Perkembangan ini berlaku pada peringkat awal
umur bayi selepas ia dilahirkan. Ia berlaku terlebih dahulu di
bahagian kepala dan menyusur ke bahagian belakang tubuh sehingga
ke kaki. Arah kedua adalah dari tengah tubuh ke tepi yang
dikenali sebagai perkembangan “proximodistal”. Perkembangan ini
11
berlaku semasa bayi berada di dalam kandungan ibu. Ia mula di
bahagian tengah tubuh, membesar ke bahagian luar dan ke
penghujung anggota. Dalam masa yang sama ia menjadi memanjang
dan berkembang menjadi tangan dan jari. Arah perkembangan yang
ketiga ialah “mass to specific”. Ia berlaku secara menyeluruh
iaitu dari arah yang tidak menetu ke arah yang tertentu. Arah
perkembangan ini berlaku pada peringkat bayi sahaja di mana
sesetengahnya di dalam sesuatu tindakan.
2. Semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama iaitu
daripada satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Sebagai
contoh, kanak-kanak mula menyebut sesuatu perkataan dengan
ringkas sebelum boleh menyebut perkataan tersebut dengan tepat.
3. Perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu dari
peringkat bayi, peringkat kanak-kanak, peringkat pertengahan
kanak-kanak, peringkat awal remaja, peringkat remaja dan
sehinggalah peringkat dewasa.
4. Proses perkembangan bersifat berterusan, bermulanya dari
kejadian bayi dalam kandungan sehinggalah ke ajhir hayat iaitu
melebihi had kematangan. Bagaimanapun, kadar perkembangan
kanak-kanak mungkin tidak sama seperti kadar perkembangan orang
dewasa.
5. Perkembangan banyak mempengaruhi oleh faktor-faktor baka dan
juga persekitaran. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu tidak
bersarapan pagi semasa hendak ke sekolah akan menyebabkan tahap
12
perkembangan mental, emosi serta sosial akan terjejas. Selain
faktor makanan, faktor ibu bapa juga memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan kanak-kanak.
6. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan. Perkembangan
intelektual kanak-kanak adalah pada kadar yang lebih cepat jika
dibandingkan dengan
13
KONSEP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
Dari segi konsep asas pertumbuhan dan perkembangan terdapat
adanya beberapa perkara yang merupakan faktor asas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah pengetahuan mengenai
penentuan objektif pendidikan, kepada perancangan kurikulum dan
kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua pelajar dalam pelbagai
peringkat perkembangan. Perkembangan jasmani, mental, emosi dan
sosial menjadi asas di mana ciri-ciri tingkah laku individu dibina.
Justeru itu, seseorang murid yang membesar itu dibimbing melalui
proses pembelajaran, ciri-ciri tingkah laku tadi akhirnya menjadi
tingkah laku yang menjadikan orang itu sama dengan atau berlainan
daripada orang lain. Pada masa terdahulu terdapat ramai ahli
psikologi telah mempercayai bahawa baka dan alam sekitar itu
merupakan faktor yang berasingan, di mana tiap-tiap satunya
mempengaruhi personaliti seseorang individu serta kebolehannya untuk
mencapai sesuatu dengan caranya tersendiri. Pada masa kini, kita
semakin sedar bahawa apa yang difikirkan, dibuat atau dirasakan oleh
seseorang itu sebagai seorang kanak-kanak, seorang remaja atau
14
seorang dewasa dalam hasil dari saling hubungan yang wujud di antara
faktor warisan biologi dengan pengaruh alam sekitar.
Pertumbuhan merupakan satu kejadian semula jadi manakala arah
yang diambil oleh pertumbuhan hasil dari faktor luaran dikatakan
sebagai perkembangan. Ini bermakna, pertumbuhan adalah satu proses
semula jadi dan perkembangan pula sebagai hasil dari pengaruh keadaan
alam sekitar ke atas kanak-kanak semasa ia membesar. Jelaslah bahawa
pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang penting kepada
individu. Beberapa fakta asas yang telah didapati dan ditafsirkan
secara saintifik mengenai pertumbuhan dan perkembangan perlu
diketahui dan difahami oleh sesiapa sahaja yang merancang hendak
memasuki profesion perguruan. Ianya daripada pada pandangan Crow dan
Crow pada tahun 1983.
KOMPONEN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Malahan ada konsep tumbesaran dan perkembangan boleh dikaji daripada
seorang kanak-kanak yang membesar secara fizikal yang juga akan
membina kualiti kelakuan dan personalitinya. Ini dapat dikategorikan
kepada empat komponen, iaitu :
Perkembangan Fizikal
15
Tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal dan
kordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks. Seseorang individu
membesar dari keadaan bayi hingga ke keadaan saiz dewasa sebelum
mengecut kembali apabila badan mula nelalui proses penuaan.
Perkembangan Kognitif
Perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak manusia berfungsi. Ini
termasuklah persepsi, pembentukan konsep, pemerolehan bahasa, daya
ingatan, kebolehan ruang dan kebolehan matematik. Lain-lain aspek
perkembangan kognitif ialah kebolehan penghujahan, penaakulan secara
rasional untuk penggunaan dalam penyelesaian masalah-masalah logik.
Perkembangan Afektif dan Psikologi
Perkembangan perasan, emosi dan kelakuan individu. Ia melibatkan
kebolehan untuk mengetahui diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus
emosi serta ketrampilan diri.
Perkembangan Sosial
Ianya merupakan satu kebolehan individu untuk menjalin hubungan
dengan orang lain, membentuk persahabatan dan ikatan. Ia melibatkan
perubahan-perubahan dan perkembangan yang berlaku pada personaliti
dan kemahiran berhubung sesama manusia supaya individu dapat
menyesuaikan dan menerima persekitaran sosial di sekelilingnya.
16
Pemahaman yang jelas tentang definisi tumbesaran dan perkembangan
akan membantu guru-guru menyumbang secara positif kepada kemajuan
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
17
Tumbesaran dan perkembangan seseorang individu adalah keturunan dan
persekitaran. Faktor-faktor tersebut diistilahkan sebagai faktor
semula jadi dan pemeliharaan. Kedua-duanya iaitu keturunan dan
persekitaran adalah penting dalam tumbesaran dan perkembangan
seseorang individu. Adalah sukar untuk menentukan yang manakah lebih
berpengaruh dan ini terus diperdebatkan ahli-ahli sarjana dan
cendekiawan hingga ke hari ini.
Faktor keturunan merupakan faktor semula jadi yang merangkumi
pengaruh baka, perbezaan individu, perbezaan mental dan perbezaan
emosi. Pengaruh baka (genetik) dalam sel gamet didapati memainkan
peranan penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya. Pengaruh genetik
terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan
individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Selain itu, perbezaan
setiap individu,kecuali sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai ciri
fizikal yang berbeza sama ada saiz, tinggi, berat badan, warna kulit
dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut atau
organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu dan bapa. Perbezaan
mental (kognitif) pula menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton
(1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheild (1962) telah
membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan intelek yang
berbeza dengan rakan sebaya. Manakala, perbezaan emosi seseorang
individu juga diwarisi daripada ibu bapa. Misalnya, jika ibu bapanya
mempunyai sikap yang pemarah dan panas baran, mereka akan melahirkan
anak yang agresif dan autokratik.
18
Faktor kedua pula dalah faktor persekitaran yang merupakan
faktor pemeliharaan di mana selain daripada keluarga, faktor rakan
sebaya, jiran, guru sekolah, atau kepercayaan masyarakat juga
mempengaruhi sikap setiap individu dalam proses perkembangannya.
Keluarga adalah institusi memberi pengaruh yang amat kuat dan utama
terhadap proses perkembangan manusia. Unsur-unsur keluarga ini
melibatkan corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan
status ekonomi. Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi
perbezaan perkembangan setiap individu. Selain itu, guru dan sekolah
turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi
dan sosialnya. Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan
pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab.
Tambahan lagi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza
akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio
emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan pegangan agama
akan membezakan corak hidup dan perlakuan.
Sehubungan dengan itu, murid-murid hendaklah dibahagikan
mengikut kumpulan seperti kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Bagi
murid yang lemah mereka hendaklah diberi pendidikan pemulihan, selain
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
PERKEMBANGAN EMOSI DAN BAHASA KANAK-KANAK
19
Perkembangan Emosi
Menurut Lefrancois emosi merupakan perasaan, psikologikal (jiwa)
dan fisiologikal (kehidupan), dalam tindak balas seseorang terhadap
sesuatu perkara yang berkaitan keperluan dan kehendak peribadi
seseorang individu. Di sini membawa maksud cara seseorang bereaksi
atau memaparkan reaksi emosi terhadap keperluan dan kehendak dirinya
sendiri. Emosi Kegembiraan, kemarahan ,kerisauan , ketakutan dan
tindak balas emosi yang lain memfokuskan kepada tumpuan kanak- kanak
terhadap aspek-aspek penting dalam kehidupan mereka dan membantu
kanak-kanak mengembangkan idea-idea baru, matlamat dan perancangan.
Wujudnya emosi dalam diri kanak-kanak menunjukkan mereka peka
terhadap keadaan dan perubahan-perubahan sekeliling. Kita dapat
mengetahui ilustrasi emosi kanak-kanak dalam kehidupan seharian.
Perubahan perkembangan emosi.
Peringkat bayi adalah permulaan kehidupan dengan beberapa emosi
asas dan emosi akan berkembang mengikut peningkatan umur. Contohnya
bayi sedih apabila ibunya tidak memberi perhatian terhadapnya. Rasa
sedih timbul apabila keinginan tidak dipenuhi atau kehilangan
sesuatu. Bayi bertindak balas mengikut emosi orang lain. Contohnya
bayi meniru mimik muka ibu bapa. Kanak-kanak cuba mengawal tindakan
mengikut ekspresi emosi orang lain. Contohnya, apabila kanak-kanak
itu menyedari ibunya sedang marah kanak-kanak itu akan berhenti
melakukan perlakuan tersebut. Kanak-kanak belajar menyembunyikan
emosi. Kanak-kanak belajar menyembunyikan emosi supaya individu lain
tidak menyedari emosi sebenar mereka. Kanak-kanak dan remaja belajar20
meregulasi emosi mereka iaitu cara mengawal emosi supaya individu
dapat mengawal emosi negatif. Kanak-kanak mengembangkan emosi asas
untuk membentuk emosi sedar kendiri. Bagi tempoh usia kanak-kanak
awal, ia merupakan tempoh paling penting kerana pada saat inilah
seseorang individu mempelajari, mengecam atau mengalami emosi-emosi
asas bagi seseorang manusia.
Dari segi aspek tingkahlaku emosi boleh dipecahkan kepada faktor luaran
dimana kanak-kanak menunjukan reaksi emosi melalui ketawa,senyum, menangis,
masam muka, tidak berkata dan sebagainya. Yang keduanya ialah faktor dalaman
iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah
mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-
rakan.Emosi adalah penggerakan kepada tingkahlaku kanak-kanak dan merupakan
cara-cara yang paling mudah untuk kanak-kanak meluarkan fikiran dan perasaan.
Menurut Lefrancois (2001), Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan
tiga jenis keupayaan iaitu pentafsiran emosi, pengaturan emosi dan
pemaparan emosi Pentafsiran Emosi (‘Interpreting Emotion’) iaitu bayi
yang memasuki usia 2 tahun menunjukkan beberapa tingkah laku yang
menandakan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan sedar bahawa
tingkah laku mereka boleh mempengaruhi perasaan orang lain di
sekelilingnya. Pda hal keupayaan mentafsir emosi semakin berkembang
apabila usia kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak yang berusia
3 tahun tidak mengalami banyak masalah dalam mentafsir emosi watak-
watak dalam cerita bergambar yang dilihat olehnya atau diperdengarkan
kepadanya dalam kehidupan seharian. Mereka hanya mentafsir emosi
seseorang berdasarkan apa yang dilihat, dan didengar oleh mereka.
Bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun, dimana mereka tidak dapat
membezakan di antara emosi yang sebenar dan emosi yang dibuat-buat.
21
Justeru itu, Pengaturan Emosi adalah satu keupayaan yang
mengawal emosi kanak-kanak dan dapat dilihat apabila mereka masih
bayi lagi. Misalnya seorang kanak-kanak akan menutup mata, menghisap
ibu jari atau membenamkan mukanya ke dada ibunya jika merasa takut.
Kanak-kanak prasekolah yang mengalami perkembangan kognitif dan
kemahiran sosial yang pesat semakin cekap dalam mengelakkan situasi
yang boleh menimbulkan emosi yang negatif dan mencari atau
mengekalkan emosi yang menyenangkan. Kawalan emosi adalah
berorientasikan situasi dan tingkah laku dan bukan berorientasikan
kognitif atau pemikiran.Keupayaan mengawal emosi kanak-kanak dapat
dilihat semenjak mereka masih bayi lagi.
Perkembangan Bahasa Kanak-kanakPerkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak menjadi bayi. Pada
peringkat bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun,
isyarat nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak
lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa
kanak-kanak mengikut umurnya.
Umur 0 hingga 2 tahun
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya
boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga
usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap
pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza
dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia
mengelurakan satu bunyi kukur . Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g.‘ ’Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh,
dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi
ibunya memanggilnya.
22
Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan
yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada.
Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke
peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses
pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal
mekanisme percakapan yang lebih rumit.
Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat
menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap
agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula
belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian kepada berjalan dan
melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat berjalan, mereka akan
memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya. Namun hanya
sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh
menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini
mereka sudah boleh melakukan arahan yang mudah.
Umur 2 hingga 3 tahun
Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang
kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh
didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya
kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang
dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang
betul dan baik.
Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan
memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan,
kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan
emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna.
Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi
penerimaan bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada
peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak
menyatakan sesuatu.
23
Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf
rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka
berkomunikasi dengan masyarakat luas.
Umur 4 hingga 5 tahun
Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak
yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa
pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan
suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai
memberi komen pada seseorang.
Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak
menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada
diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka
dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar.
Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula
belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah
ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang
mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut:
Penglihatan yang baik.
Pendengaran yang baik.
Kecerdasan yang normal.
Mempunyai sahsiah yang matang.
Aktif dan cergas.
Faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata
Berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita.
Memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja.
Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa adalah seperti berikut:
Umur Perbendaharaan kata kanaka-kanak akan bertambhan
apabila meningkat usia. Hal ini disebabkan adanya
24
hubungan rapat antara umur dan kematangan terutama
sekali alat suara dan akal. Kanak-kanak tidak
bercakap selagi belum matang.
Kesihatan Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika
kesihatannya terganggu terutamanya dalam masa 2 tahun
pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit kurang aktif dan
letih serta letih. Jadi mereka kurang mendapat ransangan
alam sekitar dan kelancaran pertuturan terganggu.
Jantina Secara amnya, kanak-kanak perempaun lebih cepat bercakap
dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan
lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak
perempuan lebih cepat matang.
Kecerdasan Kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait
rapat. Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka
lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang lemah.
Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap
tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya
lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat
memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.
Keadaan
keluarga
perkembangan bahasa kanak-kanak berstatus tinggi dan
sederhana akan lebih cepat bercakap jika dibandingkan
dengan kanak-kanak berstatus rendah. Selain daripada itu,
perbendaharaan kata mereka juga lebih tinggi. Saiz sesebuah
keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu
anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak
berinteraksi dengan ibu bapa serta mandapat layanan yang
cukup
Alam sekitar Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar
yang sihat akan mendapat segala kemudahan. Kesannya
mereka perkembangan bahasa mereka lebih cepat. Jika
persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang pandai
25
maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana
serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak.
Teori Kecerdasan Emosi Menurut Daniel Goleman
Menurut Goleman, kecerdasan emosional adalah kemampuan
seseorang mengatur kehidupan emosinya dengan inteligensi (to
manage our emotional life with intelligence); menjaga keselarasan
emosi dan pengungkapannya (the appropriateness of emotion and its
expression) melalui keterampilan kesadaran diri, pengendalian
diri, motivasi diri, empati dan keterampilan sosial.
26
Daniel Goleman mengatakan bahwa koordinasi suasana hati
adalah inti dari hubungan sosial yang baik. Apabila seseorang
pandai menyesuaikan diri dengan suasana hati individu yang lain
atau dapat berempati, orang tersebut akan memiliki tingkat
emosionalitas yang baik dan akan lebih mudah menyesuaikan diri
dalam pergaulan sosial serta lingkungannya. Lebih lanjut Goleman
mengemukakan bahwa kecerdasan emosional adalah kemampuan lebih
yang dimiliki seseorang dalam memotivasi diri, ketahanan dalam
menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan menunda kepuasan,
serta mengatur keadaan jiwa. Dengan kecerdasan emosional tersebut
seseorang dapat menempatkan emosinya pada porsi yang tepat,
memilah kepuasan dan mengatur suasana hati. Daniel Goleman
(Emotional Intelligence) menyebutkan bahwa kecerdasan emosi jauh
lebih berperan ketimbang IQ atau keahlian dalam menentukan siapa
yang akan jadi bintang dalam suatu pekerjaan.
Lima Dasar Kemampuan dalam Teori Kecerdasan Emosi Menurut Daniel
Goleman
a. Mengenali Emosi Diri
Mengenali emosi diri sendiri merupakan suatu kemampuan untuk
mengenali perasaan sewaktu perasaan itu terjadi. Kemampuan ini
merupakan dasar dari kecerdasan emosional, yakni kesadaran
seseorang akan emosinya sendiri. Kesadaran diri membuat kita
lebih waspada terhadap suasana hati maupun pikiran tentang
suasana hati, bila kurang waspada maka individu menjadi mudah
larut dalam aliran emosi dan dikuasai oleh emosi. Kesadaran diri
27
memang belum menjamin penguasaan emosi, namun merupakan salah
satu prasyarat penting untuk mengendalikan emosi sehingga
individu mudah menguasai emosi.
b. Mengelola Emosi
Mengelola emosi merupakan kemampuan individu dalam menangani
perasaan agar dapat terungkap dengan tepat, sehingga tercapai
keseimbangan dalam diri individu. Menjaga agar emosi yang
merisaukan tetap terkendali merupakan kunci menuju kesejahteraan
emosi. Emosi berlebihan, yang meningkat dengan intensitas
terlampau lama akan mengoyak kestabilan kita . Kemampuan ini
mencakup kemampuan untuk menghibur diri sendiri, melepaskan
kecemasan, kemurungan atau ketersinggungan dan akibat-akibat
yang ditimbulkannya serta kemampuan untuk bangkit dari perasaan-
perasaan yang menekan.
c. Memotivasi Diri Sendiri
meraih Prestasi harus dilalui dengan dimilikinya motivasi dalam
diri individu, yang berarti memiliki ketekunan untuk menahan
diri terhadap kepuasan dan mengendalikan dorongan hati, serta
mempunyai perasaan motivasi yang positif, yaitu antusianisme,
gairah, optimis dan keyakinan diri.
d. Mengenali Emosi Orang Lain
Kemampuan untuk mengenali emosi orang lain disebut juga empati.
Menurut Goleman kemampuan seseorang untuk mengenali orang lain
atau peduli, menunjukkan kemampuan empati seseorang. Individu
yang memiliki kemampuan empati lebih mampu menangkap sinyal-
28
sinyal sosial yang tersembunyi yang mengisyaratkan apa-apa yang
dibutuhkan orang lain sehingga ia lebih mampu menerima sudut
pandang orang lain, peka terhadap perasaan orang lain dan lebih
mampu untuk mendengarkan orang lain.
e. Membina Hubungan
Kemampuan dalam membina hubungan merupakan suatu keterampilan
yang menunjang popularitas, kepemimpinan dan keberhasilan antar
sesama. Keterampilan dalam berkomunikasi merupakan kemampuan
dasar dalam keberhasilan membina hubungan. Terkadang manusia
sulit untuk mendapatkan apa yang diinginkannya dan sulit juga
memahami keinginan serta kemauan orang lain.
III. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecerdasan Emosi
a. Faktor Internal.
Faktor internal adalah apa yang ada dalam diri individu yang
mempengaruhi kecerdasan emosinya. Faktor internal ini memiliki
dua sumber yaitu segi jasmani dan segi psikologis. Segi jasmani
adalah faktor fisik dan kesehatan individu, apabila fisik dan
kesehatan seseorang dapat terganggu dapat dimungkinkan
mempengaruhi proses kecerdasan emosinya. Segi psikologis
mencakup didalamnya pengalaman, perasaan, kemampuan berfikir dan
motivasi.
29
b. Faktor Eksternal.
Faktor ekstemal adalah stimulus dan lingkungan dimana kecerdasan
emosi berlangsung. Faktor ekstemal meliputi: 1) Stimulus itu
sendiri, kejenuhan stimulus merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi keberhasilan seseorang dalam memperlakukan
kecerdasan emosi tanpa distorsi dan 2) Lingkungan atau situasi
khususnya yang melatarbelakangi proses kecerdasan emosi. Objek
lingkungan yang melatarbelakangi merupakan kebulatan yang sangat
sulit dipisahkan.
IV. Cara Meningkatkan Kecerdasan Emosional
1. Membaca situasi
Dengan memperhatikan situasi sekitar, kita akan mengetahui apa
yang harus dilakukan.
2. Mendengarkan dan menyimak lawan bicara
Dengarkan dan simak pembicaraan dan maksud dari lawan bicara,
agar tidak terjadi salah paham serta dapat menjaga hubungan
baik.
3. Siap berkomunikasi
Jika terjadi suatu masalah, bicarakanlah agar tidak terjadi
salah paham.
4 . Tak usah takut ditolak
30
Setiap usaha terdapat dua kemungkinan, diterima atau ditolak,
jadi siapkan diri dan jangan takut ditolak.
5. Mencoba berempati
EQ tinggi biasanya didapati pada orang-orang yang mampu
berempati atau bisa mengerti
situasi yang dihadapi orang lain.
6. Pandai memilih prioritas
Ini perlu agar bisa memilih pekerjaan apa yang mendesak, dan apa
yang bisa
ditunda.
7. Siap mental
Situasi apa pun yang akan dihadapi, kita harus menyiapkan mental
sebelumnya.
8. Ungkapkan lewat kata-kata
Katakan maksud dan keinginan dengan jelas dan baik, agar dapat
salaing mengerti.
9. Bersikap rasional
Kecerdasan emosi berhubungan dengan perasaan, namun tetap berpikir
rasional.
10. Fokus
31
Konsentrasikan diri pada suatu masalah yang perlu mendapat
perhatian. Jangan
memaksa diri melakukannya dalam 4-5 masalah secara bersamaan.
TEORI EMOSI
Teori Perkembangan Erik Erikson
Nama asalnya Erik Homburger Erikson yang dilahirkan di Frankurt,
Jerman pada 15 Jun 1902. Karya buku pertamanya adalah Childhood dan
Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang
psikologi. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang
membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia
berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori
berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau
digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang
mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor
sosial. Seperti yang kita mengetahui berdasarkan Teori Perkembangan
Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi
yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat
perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi
manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul
32
tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian
psikologikal kerana konflik emosinya.
Peringkat pertama
Fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga
18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih
sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak
percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru
lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta
dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya,
bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak
dikenali berhampiran dengannya.
Peringkat kedua
Fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku pada kanak-kanak berumur 18
bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba
berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan
orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingin cuba makan dan
minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-
kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan
mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi
peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.
Peringkat ketiga
Fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan ditempuhi oleh kanak-kanak
yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan
33
terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran
baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan
dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan
yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak
tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau
dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.
Peringkat Keempat
Fasa berdaya usaha lawan rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang
berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap kanak-kanak akan menghadapi
peringkat pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko
perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap terhadap
sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah
memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk
mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing
dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini
akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.
Peringkat kelima
Fasa identiti lawan perasaan ego rendah yang berlaku pada kanak-kanak
yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa mencari
identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan
jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru
terhadap identiti diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh
34
terutamanya persekitaran sosial mereka. Ada peringkat yang memasuki
fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan umur
20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau
kekasih. Individu ini mula mengenali diri sendiri. Pada peringkat
keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan intim melalui
perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada
peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain
(suami atau isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang
tidak dapat membina keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari
perhubungan dengan orang lain.
Peringkat Ketujuh
Fasa generatif lawan stagnasi akan dilalui oleh individu dalam
lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif merujuk kepada usaha
seseorang untuk memberi sumbangan untuk generasi akan datang. Seorang
dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat mambantu masyarakat dan
Negara. di samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan
berkeluarga dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada
perasaan kecewa dan tidak berpuas hati serta mementingkan diri
sendiri.
Peringkat Kelapan
Fasa integriti lawan rasa kecewa berlaku pada individu yang
menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang telah sampai ke
35
peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam
hidupnya. Individu yang berjaya malaui segala krisis perkembangan
akan membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua.
TUGASAN PERTAMA
Teori Perkembangan
Dalam tugasan perkembangan kanak-kanak kami telah memilih teori
perkembangan sosio-emosi yang dinyatakan oleh Erikson untuk menguji
tahap sosio-emosi kanak-kanak yang dipilih oleh saya dari tahap 1
dan tahap 2. Pada pandangan beliau, di dalam setiap peringkat
timbulnya tingkah-laku positif dan negative yang membawa masalah
penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.
Berikut merupakan jadual konflik emosi oleh Erikson :-
Peringkat konflik Ciri-Ciri Perkembangan Emosi0-1½ (bayi)
Kepercayaan lawan
ketidakpercayaan
Rasa kepercayaan dibina dalam tahun
pertama
membina rasa kepercayaan secara
peringkat
36
membina rasa ketidakpercayaan jika
keperluannya tidak dapat dipenuhi
ketidakpercayaan akan membentuk
tingkah laku negatif1½-3
(awal kanak-kanak)
Autonomi Lawan
Malu/Ragu
Keinginan memiliki kuasa
keinginan membuat sesuatu dengan daya
usaha sendiri
merasa malu jika tidak diberi kuasa
merasa malu didepan orang
merasa takut melakukan kesalahan3-6
(awal kanak-kanak
tadika)
Inisiatif lawan
serba
salah
belajar cepat
bergerak cepat
peka kepada yang betul dan salah
merasa serba salah jika ketawa
membina sikap negatif jika merasa
serba salah6-11
( kanak-kanak)
kerajinan lawan
kompleks lawan
rendah diri.
keinginan menguasai sesuatu
keinginan berjaya
menguasai kemahiran asas fizikal dan
sosial
memerlukan peneguhan positif/
penghargaan terhadap tugas yang
disempurnakannya
merasa komplek rendah diri jika
dikritik.12-20 Cuba memahami diri
37
(remaja)
Identiti lawan
keliruan identiti
menghadapi krisis identiti
sensitif kepada perubahan badan dan
imej diri
membentuk konsep kendiri positif dan
juga negatif
perkembangan emosi berlandaskan emosi
dari peringkat – peringkat dahulu.21-25
(Awal Dewasa)
Kemesraan lawan
keterasingan
berusaha terus mencari identity
berusaha membentuk ikatan kemesraan
sesetengah individu yang gagal kerana
pengalaman kecewaan, terus
keterasingan
26-60 Generativiti bermaksud memberi
sumbangan kepada generasi berikutnya
atau melakukan aktiviti produktiviti
individu akan merasa kecewaan kerana
gagal dalam pencapaian yang bermakna.61 ke atas Integriti adalah hasil kebangaan
terhadap kehidupan yang berharga
orang tua yang kurang puas hati dengan
kehidupannya akan takut mati
38
TUGAASAN BERKAITAN TEORI EMOSI
Tahap 1
Thenmoli dan Mahaletchumy yang berumur 8 tahun merupakan seorang
pelajar tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,Teluk Intan Perak.
Mereka berdua usia yang sam tetapi mempunyai tahap emosi yang berlainan. Dari segi
kajian mengenai tahap sosio-emosinya yang telah saya jalankan ke atas
kanak-kanak tersebut pada awalnya membuat pemerhatian sendiri atas
perlakuan kanak-kanak tersebut di dilik darjah. Mengikut teori yang
dinyatakan oleh Erikson, kanak-kanak tersebut memang menginginkan
penghargaan terhadap tugasan yang diselesaikannya dalam bilik darjah.
Setiap kali apabila guru mengajukan soalan di kelas, berdasarkan
pemerhatian saya hanya Thenmoli bergiat aktif dan tampil hadapan untuk
menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di kelas. Manakal Mahaletchumy
kurang aktif dan perlakuannya pasif. Di kami dapati tahap penguasaan emosi mereka
berbeza Di samping itu, dari soal selidik yang dilakukan muri Thenmoli dapat menjawab
soalannya dengan tepat, guru matapelajaran tersebut mengucapkan
tahniah kepada Thenmoli dan seterusnya meminta rakan sekelasnya
bertepuk tangan dengan tujuan memberi semangat serta penghargaan
kepadanya. Dia sangat teruja dan kelihatan sangat gembira. Perspektif luarannya dia
seorang murid yang bijak dan pandai Puca seterusnya adalah persekitaran keluarga dan
kedua ibubapanya merupakan guru. Iajuga salah satu punca emosi kanak-kanak tersebut.
Dia berani dalam mengemukakan pandangan dan soalan. Ianya kami dapati apabila dia
dapat menjawab soalan yang diajukan oleh kami. Aapabila menyoal diri dan keluarga
berianya memberi jawapan. Pada masa itu, air muka Thenmoli sememangnya
39
menjadi ceria dan gembira. Pada masa itu, dengan jelasnya saya dapat
mengetahui akan tahap sosio-emosi kanak-kanak tersebut.
Saya turut membuat perbincangan dengan guru kelas kanak-kanak
tersebut dan mendapati bahawa dia merupakan seorang pelajar yang berpotensi
tinggi. Manakala murid bernama Mahaletchumy pula selalunya merendahkan diri dan tidak
aktif dalam matapelajaran. Setelah memberi bimbingan kami dapati dia dapat merapatkan
perhubungan dengan kawan-kawan yang lain. Faktor persekiraran anak ini terutamanya di
keluarga rasanya dia bimbang dengan keadaan bapanya. Ianya kami dapati apabila
menyoalnya. Setelah memberi kesedaran dan dapati dia bergiat dengan cepat. Dia akan
merasa rendah diri jikalau dia dikritik di dalam kelas mahupun luar
kelas. Dia tidak dapat menerima kritikan orang lain terhadap
perlakuannya dan akan terus menangis. Seterusnya berdasarkan dengan
permerhatian saya juga telah mendapati bahawa sememangnya Thenmoli
telah pun menguasai kemahiran asas fizikal dan juga sosial. Dia
boleh melakukan aktiviti yang normal berlaku di kelas seperti menulis,
bermain, berjalan, bergaul dengan rakan sekelas yang lain, ada dia
juga bergiat aktif apabila kerja kumpulan diberikan oleh guru. Tahap
sosio emosi yang normal yang perlu ada pada seorang kanak-kanak yang berusia 8
tahun sperti yang telah dinyakan oleh teori Erikson harus dibuat
pemerhatian bagi meningkatkan potensi diri dari segi Emosi.
Tahap 2
Murid Jaynandhini dan Shalineswary yang berumur 11 tahun
merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil,Teluk Intan Perak. Merka adalah murid dari tahap 2. Mereka
berdua usia yang sama tetapi mempunyai tahap emosi yang berlainan.
40
Dari segi kajian mengenai tahap sosio-emosinya yang telah saya
jalankan ke atas kanak-kanak tersebut pada awalnya membuat
pemerhatian sendiri atas perlakuan kanak-kanak tersebut di dilik
darjah. Mengikut teori yang dinyatakan oleh Erikson, kanak-kanak
tersebut memang menginginkan penghargaan terhadap tugasan yang
diselesaikannya dalam bilik darjah. Setiap kali apabila guru
mengajukan soalan di kelas, berdasarkan pemerhatian saya hanya
Jaynandhini bergiat aktif dan tampil hadapan untuk menjawab soalan
yang dikemukan oleh guru di kelas. Manakala Shalineswary kurang aktif
dan perlakuannya pasif. Di kami dapati tahap penguasaan emosi mereka
berbeza Di samping itu, dari soal selidik yang dilakukan murid
Jaynandhini dapat menjawab soalannya dengan tepat, guru matapelajaran
tersebut mengucapkan tahniah kepada Thenmoli dan seterusnya meminta
rakan sekelasnya bertepuk tangan dengan tujuan memberi semangat serta
penghargaan kepadanya. Dia sangat teruja dan kelihatan sangat
gembira. Perspektif luarannya dia seorang murid yang bijak dan pandai
Punca seterusnya adalah persekitaran keluarga dan kedua ibubapanya
merupakan orang yang mengambil berat terhadap matapelajarannya.
Persekitaran keluarga yang menarik disamping itu. Memberi keutamaan
dalam pendidikan kerana adik-beradiknya melanjjutkan pelajaran dan
kakak yang berpendidikan sebagai seorang doctor memberi kesan
terhadap dirinya keran diajuga ingin menjadi sebagai seorang doctor
pada masa akan datang. Ia juga salah satu punca emosi kanak-kanak
tersebut. Dia berani dalam mengemukakan pandangan dan soalan. Ianya
kami dapati apabila dia dapat menjawab soalan yang diajukan oleh
kami. Aapabila menyoal diri dan keluarga berianya memberi jawapan.
41
Pada masa itu, air muka Jaynandhini sememangnya menjadi ceria dan
gembira. Pada masa itu, dengan jelasnya saya dapat mengetahui akan
tahap sosio-emosi kanak-kanak tersebut.
Saya turut membuat perbincangan dengan guru kelas kanak-kanak
tersebut dan mendapati bahawa dia merupakan seorang pelajar yang
berpotensi tinggi. Manakala murid bernama Shalineswary pula selalunya
merendahkan diri dan tidak aktif dalam matapelajaran. Setelah memberi
bimbingan kami dapati dia dapat merapatkan perhubungan dengan kawan-
kawan yang lain. Seterusnya berdasarkan dengan permerhatian saya juga
telah mendapati bahawa sememangnya murid Jaynandhini telah pun
menguasai kemahiran asas fizikal dan juga sosial. Dia boleh
melakukan aktiviti yang normal berlaku di kelas seperti menulis,
bermain, berjalan, bergaul dengan rakan sekelas yang lain, ada dia
juga bergiat aktif apabila kerja kumpulan diberikan oleh guru. Tahap
sosio emosi yang normal yang perlu ada pada seorang kanak-kanak yang
berusia 11 tahun sperti yang telah dinyakan oleh teori Erikson harus
dibuat pemerhatian bagi meningkatkan potensi diri dari segi Emosi.
Kesimpulan terhadap kajian ini, kami dapati walaupun
perkembangan kanak-kanak dari usia yang sama tetapi tidak sama dengan
emosinya. Ianya boleh diatasi dengan usaha yang giat dijalankan
terhadap muri-murid tersebut.
42
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori Perkembangan Behaviorisme
Mengikut konsep behaviorisme, adalah salah satu konsep
peneguhan penting dalam perkembangan bahasa. Menurut Skinner (1957),
ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anak. Ibu bapa atau
penjaga boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi
peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau
ayat dengan betul dan mudah difahami. Pada peringkat permulaan, ibu
bapa meneguhkan perkataan-perkataan yang hampir dengan sebutan yang
betul. Kemudian secara berperingkat ibu bapa lebih meneguhkan
perkataan yang disebut dengan betul oleh oleh kanak-kanak sehingga
dapat menyebutnya dengan baik. Selain itu, setiap gerakbalas atau
tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Apabila anak bercakap
untuk meminta sesuatu, ibu bapa bertindak balas dengan apa yang
diinginkan oleh anak. Tindakbalas ibu hasil daripada perkataan
anaknya memberi maklumbalas kepada anak bahawa bahasa yang digunakan
adalah betul.
43
Maka seseorang kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibu
bapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapan beliau. Ibu bapa
boleh berinteraksi dengan menggunakan laras bahasa yang betul.
Teori Perkembangan Nativis
Dari sudut Perspektif Nativis berdasarkan kepada perkembangan
otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara
dalaman dan diwarisi. Noam Chomsky (1950- an) dengan teorinya yang
menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih
kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh
Perspektif Behavioris. Disamping itu, mencadangkan perkembangan
bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh
individu itu sendiri. Maksudnya, individu dilahirkan dengan keupayaan
berbahasa yang tersendiri yang dilabelkan sebagai Kanak-
kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal
ini. Mereka akan memerhati dan memadam cara-cara penyusunan ayat
dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. Kemudian mereka
akan menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang
terdapat di persekitaran mereka. Kemahiran ini tidak dipelajari
secara langsung daripada rang-orang dewasa di sekitar kanak-kanak
tetapi dikuasai secara tidak langsung. Kemahiran ini disifatkan oleh
Chomsky sebagai satu alat pembelajaran bahasa yang ada pada setiap
individu semenjak dilahirkan.
44
Dalam aspek teori bahasa saya memilih teori behaviorisme dan native.
Pda kanak-kanak berusia yang berusia 8 tahun tergolong dalam kategori
kanak-kanak (6-11) dan 11 tahun. Dalam Teori Behaviorisme menjalankan
ujian soal jawab secara lisan kepada murid tahap satu dan tahap dua
bagi mengkaji tahap perkembangan bahasa.
Justeru itu, saya sendiri dapat memerhatikan tindak balas murid-murid
yang menunjukkan komitmen yang diberikan. Antara murid yang aktif dan
dapat meguasai penguasaan bahasa adalah Thenmoli dari tahap 1 dan
Jaynandhini dari tahap 2. Mereka berdua dapat meguasai penguasaan
yang mencukupi bukan sekadar mebaca malah memberi respo yang agak
bagus. Saya memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
perbendaharaan kata yang betul kepada mereka agar dapat menguji
perkembangan bahasa mereka dengan memberi peneguhan yang sesuai
setiap kali. Manakala bagi pelajara Mahaletchumy dari tahap satu dan
Shalineswary dati tahap dua perbandingan antara mereka tidak agak
beza sangat sebab walaupun usia yang berlainan mempunyai tahap
penguasaan yang sama dalam aspek bahasa. Disini kami inigin
menyatakan bahawa perkembangan individu tersebur turut memberi kesan
yang relevan terhadap perkembanganya. Justeru kami dapat memberi
bimbingan bagi mereka supaya mempertingkatkan penguasaaan bahasa
dengan memberi latihan membaca kad bacaan yang terdapat di Pusat
Sumber. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan diri
mereka dengan pusat sumber agar walaupun kita tiada dapat mewujudkan
satu konsep didikan di sana supaya apabila murid bergiat ke pusat
46
sumber pastinya mengigati pergaulan anatar kami di sana dan ia akan
menjadi satu punca perkemabangan bahasa bagi mereka.
Semasa ujian bahasa dijalankan, murid-murid
bersungguh-sungguh untuk memberikan jawapan kepada soalan saya
walaupun pada mulanya agak kurang yakin untuk memberikan jawapan.Ini
dengan jelas dapat dilihat bahawa mereka mempunyai keingginan untuk
berjaya. Selain itu, mereka juga mudah memberi kerjasama dan aktif
dalam aktiviti yang dilakukan.
Menurut guru Bahasa Melayu bagi murid-murid dalam
pemerhatian saya, Jaynandhini dan Thenmoli adalah murid harapan
sekolah berbanding dengan lain. Namun memberi bimbingan dan didikan
yang selebihnya pada mereka agar mendapat jejaki dalam dunia
pendidikan cemerlang. Penguasaan kemahiran Bahasa dengan begitu baik
dapat diperoleh dengan menjalankan kedua-dua teori tersebut.
Kesimpulan Teori Bahasa
Akhir kata bahasa merupakan satu asas penting bagi seseorang
kanak-kanak bagi berhubung dan menyatakan kehendaknya . Di samping
itu, bahasa memainkan peranan yang amat penting bagi orang dewasa
untuk memahami isyarat mereka. Proses perkembangan bahasa bagi kanak-
kanak berlaku secara berperingkat dan dipengaruhi oleh persekitaran.
Hal ini demikian kerana, proses perkembangan bahasa diperingkat
47
kanak-kanak bergantung kepada kuantiti perbendaharaan kata yang
berjaya diperoleh dan dikuasai. Perkembangan bahasa juga mempengaruhi
perkembangan daya pemikiran. Jadi bagi melahirkan kanak-yang bijak
dan petah berkata-kata persekitaranmemainkan peranan yang penting.
Maka, bagi pihak seseorang ibubapa, keluarga dan masyarakat termasuk
golongan pendidik seperti guru prasekolah harus memahami keadaan ini.
Mereka perlu menyediakan persekitaran yang meransangkan bagi
menggalakkan minat membaca. Contohnya, di prasekolah guru perlulah
menyediakan sudut bacaan yang diisidengan bahan-bahan bacaan yang
menarik dan pelbagai jenis dan pihak keluarga pula perlu bertutur
dengan perkataan yang sopan, bijak serta matang di rumah bagi
melahirkan golongan kanak-kanak yang pintar.
Implikasi Fahaman Perkembangan Kanak-kanak Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
.Proses pembelajaran terdiri daripada pelbagai fasa, iaitu
motivasi atau perhatian, jangkaan, perolehan ingatan kembali,
pemilihan persepsi, mengekod dan penyimpanan input dalam
minda.Pengajaran merupakan suatu proses kompleks yang melibatkan
penyusunan kegiatan dan perubahan tingkah laku pada diri seseorang48
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Antara aktiviti
adalah terdiri daripada kegiatan merancang, menentukan objektif P&P,
pemilihan strategi pengajaran, penetapan aktiviti P&P, dan penilaian
keberkesanan sesuatu pengajaran. Pengajaran disampaikan melalui
variasi metod iaitu penerangan, tunjuk cara, eksperimen, demonstrasi
dan sebagainya. Suatu pengajaran dikenalpasti dan disahkan afektif
jika proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan
variasi nilai yang disematkan dapat dikuasai oleh para pelajar.
Perbezaan individu antara manusia berlaku disebabkan dua faktor utama
iaitu faktor baka dan persekitaran.Ini bermakna setiap pelajar didalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu,
guru harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan
pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang
sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk
melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.
Malahan, seperti yang diketahui, murid-murid di dalam sesebuah
kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman,
minat, bakat dan sebagainya. Tidak kiralah pada peringkat pra
operasi, peringkat operasi konkrit atau peringkat operasi formal,
kesemuanya mempunyai perbezaan kognitif.Menurut pandangan ahli-ahli pakar
pendidik sebenarnya kanak-kanak mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang
rendah pada keseluruhannya serta kurang kebolehan dalam menerima pendidikan
asas dengan sepenuhnya.Mereka tidak mempunyai minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran.Dengan itu, bagi menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat,
guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran
mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar
yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru.
Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai
kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. Dalam situasi ini, program
pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta-merta supaya
49
masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak
dapat dipulihkan lagi.
Antara program pengayaan adalah kepada pelajar yang sudah menguasai
kemahiran asas iaitu membaca,mengira dan menulis.Murid-murid yang terdiri
dari kumpulan ini mempunyai sikap dan tingkah laku yang baik,mempunyai
minat untuk belajar,tidak ponteng kelas,menjadi aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran berlaku,mempunyai cita-cita tersendiri,keyakinan dan kebolehan diri
untuk melaksanakan sesuatu kerja yang diberi.Lazimnya,pelajar-pelajar inilah
akan dilantik oleh guru untuk menjawat jawatan ketua kelas,bendahari dan
sebagainya. Bagi membantu pelajar yang terdiri dari kumpulan ini,program
pemulihan merupakan satu program yang amat sesuai dan paling berkesan.Dalam
kata lain,murid-murid yang lambat perkembangannya program pemulihan
merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program
pemulihan adalah diberikan kepada pelajar tidak dapat menguasai kemahiran
asas iaitu membaca,menulis dan mengira.
50
Cara Guru Dapat Menangani Masalah Perbezaan Individu Dalam Bilik Darjah
Seorang guru memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat
pendidikan negara dan mengubah kehidupan masyarakat. Jadi guru seharusnya
perlu menagani masalah perbezaan individu dalam bilik darjah supaya dapat
menjalankan proses P & P dengan teratur dan effektif. Cara pertama ialah boleh
memberikan dorongan ,bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran setiap
murid dalam kelasnya.Sebagai contohnya ,guru tersebut harus menggunakan alat
bantu mengajar untuk menerangkan kepada murid-murid.Dengan ini setiap
pelajar akan dapat memahami dengan lebih jelas .Tambahan pula guru boleh
membahagikan para pelajar kepada kumpulan dan memberikan latihan untuk
dibuat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Menerusi aktiviti
secara kumpulan ,nilai bekerja dalam satu pasukan,berdikari dan berdisiplin
dapat dibentuk dan secara tidak langsungnya guru dapat menangani masalah
perbezaan individu kerana dalam aktiviti kumpulan semua pelajar akan
berkerjasama sebagai satu kumpulan.
Meskipun,guru itu juga memberikan semangat kepada para pelajar untuk
belajar.Sebagai contohnya guru itu memulakan kelasnya dengan menceritakan
tentang pengalaman orang yang berjaya dalam hidup pada masa kini. Guru itu
telah menceritakan tentang bibliografi Tony Fernandez iaitu pemilik Air
Asia.Melalui perhatian ,saya mendapatikan para pelajar itu dapat satu semangat
yang berkobar-kobar untuk berjaya sepertinya suatu hari nanti.Sehubungan
dengan itu ,guru itu juga memberikan semangat dan motivasi diri kepada
pelajarnya dengan memberikan tepukan yang gemuruh apabila sesiapa daripada
pelajarnya dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan baik. Selain daripada
itu,guru boleh membimbing anak muridnya membina imej kendiri yang
sihat.Guru mengajar murid-muridnya supaya mempunyai satu identiti kendiri
yang sihat .Ini dapat perhatikan apabila guru itu menolong para pelajar untuk
menanamkan konsep kendiri yang positif dengan mendedahkan mereka kepada
kaedah belajar yang berlainan.
51
Antara langkah seterusnya adalah, guru harus bertindak sebagai
pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam
pembelajaran mahupun peribadi. Dengan cara ini, guru boleh menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut di samping dapat memotivasikan
supaya pelajar yang bermasalah tidak mengasingkan diri daripada rakan-rakan
sekelas yang lain serta menunjukan komitmen terhadap P & P yang dijalankan
oleh guru. Dengan konsep itu guru juga harus menjadi pemeriksa dan penilai
kepada aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh para murid di kelas. Dengan
ini, para guru boleh menggadakan kelas pemulihan kepada kanak-kanak yang
tinggal kebelakangan dalam mengikuti subjek mahupun lemah dalam
matapelajaran. Dan ini merupakan cara yang teramat berkesan yang boleh
dilakukan oleh para guru dalam menangani masalah perbezaan individu dalam
bilik darjah. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
membentu konsep kendiri yang positif dalam kalangan pelajar dengan berjaya
menangani masalah perbezaan individu.
52
KESIMPULAN
Pada pandangan saya, zaman kanak-kanak merupakan satu arah
prestasi perkembangan bagi pertumbuhan dan pembelajaran yang cepat.
Ada individu yang itu membentuk satu set tingkah laku yang paling
kompleks. Dia belajar bercakap, membaca, menulis, bekerjasama, dapat
membezakan antara yang betul dengan yang salah dan membuat beribu
penyesuaian lain kepada masyarakatnya sendiri. Bukannya semua kanak-
kanak sama kejayaanya dalam menguasai tugas-tugas perkembangan yang
diharapkan. Terdapat kanak-kanak yang maju dengan cepat dalam sesuatu
bidang malahan lambatdari segi bidang lain. Guru yang bijak akan
menyedari bahawa kanak-kanak biasa tidak sama dari segi kebolehannya
dan akan berikhtiar untuk mengubah aktiviti-aktiviti pengajaran bukan
hanya kepada setiap kanak-kanak tetapi juga kepada beberapa
perkembangannya.
Di samping itu, guru dan ibubapa turut berfungsi sebagai agen
yang utama bagi perkembangan kanak-kanak secara langsung. Manakala,
tidak ada masa yang lebih penting dalam kehidupan seseorang selain
zaman kanak-kanak. Guru yang bekerja dengan kanak-kanak pada
peringkat ini haruslah memahami kanak-kanak akan keperluan asas
mereka, masalah mereka serta kuasa yang mengubah dan menghasilkan
53