ABSTRAK
Abstrak kertas kerja dikemukakan kepada Jabatan Pemajuan
Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian
Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi
sebahagian daripada keperluan untuk mendapat Ijazah Sarjana.
PENGLIBATAN JURURAWAT DALAM PENDIDIKAN PROFESIONAL
BERTERUSAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN FAKTOR DEMOGRAFI
Oleh
FAIZA BINTI OMAR
Disember 2013
Penyelia: Dr. Shamsuddin Ahmad
Fakulti: Pengajian Pendidikan
Kajian adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenis penglibatan
jururawat dalam Pendidikan Profesional Berterusan, tahap kesediaan,
keterlibatan dan persepsi terhadap kepentingan Pendidikan Profesional
1
Berterusan dalam kalangan Jururawat serta mencari faktor demografi
yang memberi hubungan signifikan dengan pembolehubah.
Kajian dilaksanakan ke atas jururawat di Hospital Kerajaan di
negeri Selangor yang berkhidmat dari pelbagai disiplin dan jabatan.
Penglibatan mereka dalam kajian ini adalah secara sukarela dengan
menggunakan sampel rawak berstrata.
Kajian menggunakan analisa deskriptif dan inferential dengan
menganalisis hasil dapat dari pengedaran borang soal selidik.
Responden dikehendaki mengisi borang selidik dengan pembahagian
persepsi melalui skala umpama likert.
Sebanyak 181 borang selidik telah dianalisa mengikut objektif
kajian dan mendapati tahap kesediaan, keterlibatan dan kepentingan
Pendidikan Profesional Berterusan terhadap responden adalah tinggi.
Penglibatan responden dalam program Pendidikan Profesional adalah
aktif, hampir 90% responden pernah dan telah menyertai program
pendidikan untuk tempoh setahun yang lalu. Hubungan demografi iaitu
faktor disiplin/jabatan bertugas mempunyai hubungan signifikan dengan
kesediaan dan kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan.
Kesediaan responden dalam keterlibatan menyertai program
Pendidikan Profesional Berterusan amat penting untuk peningkatan diri
dan kemajuan organisasi. Kepentingan penyertaan yang memberi impak
kepada kerjaya dan potensi diri perlu mendapat kerjasama dan
sokongan dari pihak pengurusan organisasi agar proses pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan penuh kesediaan. Budaya pembelajaran
dalam organisasi dapat mendorong responden untuk lebih bersedia dan
minat dengan Pendidikan Profesional.
2
ABSTRACT
An abstract of project paper submitted to Department of Professional
Development and Continuing Education, Faculty of Educational Studies,
Universiti Putra Malaysia in partial fulfillment of requirement for
degree of Master.
NURSES PARTICIPATION IN CONTINUING PROFESSIONAL EDUCATION
AND ITS RELATIONSHIP WITH DEMOGRAPHIC FACTORS
Oleh
FAIZA BINTI OMAR
Disember 2013
The purpose of research is to identify the level of
readiness, involvement and perception of importance in
3
Continuing Professional Education to Nurses and demographic
significant relationship factor.
This study conducted on nurses in government hospitals
in the state are served from different disciplines and
departments. Their involvement in this study is voluntary by
using stratified random sampling.
This study used a descriptive and inferential analysis
by analyzing the results got from the distribution of
questionnaires. Respondents are required to fill out their
perception through a survey form closed questions with
similar likert scale form.
A total of 181 survey forms were analyzed according to
the objectives of the study and found that the level of
readiness, involvement and importance of Continuing
Professional Education of the respondent is high. There are
90 % of respondents had participated in an education program
for the past year. Demographic relationship discipline /
department had a significant relationship with readiness and
the importance of Continuing Professional Education.
4
Readiness among respondents in the Continuing
Professional Education program is very important for self-
improvement and advancement of the organization. The
importance of the participation will bring big impact on
their career and potential to gain the cooperation and
support of the organization's management that the learning
process can be conducted with the utmost readiness. Learning
culture in the organization can encourage respondents to be
more willingly and interested in Professional Education.
PENGHARGAAN
5
Syukur Alhamdullillah berkat keredhaan dan limpah
kurniaNya dapat saya menyiapkan kertas projek ini mengikut
masa yang dirancang dan ditetapkan.
Penghargaan tidak terhingga kepada Dr. Shamsuddin
Ahmad, penyelia kertas projek dalam memberikan panduan,
tunjuk ajar dan standard penulisan dalam penghasilan kertas
projek ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang memberi sokongan spiritual dan intelektual dalam
proses untuk menyiapkan kertas projek ini. Terutama kepada
suami, Zainuddin Hasan, anak-anak Arissa Amani Zainuddin dan
Ariff Aaqil Zainuddin, Ibu bapa Omar Mohd Nasir dan Radziah
Tahrin serta ibu mertua Jamilah Ali dan juga adik beradik
yang banyak mendoakan dan memberi kata peransang sepanjang
tempoh persediaan untuk menyiapkan kertas projek ini.
Ucapan terima kasih kepada Pengarah Hospital Kajang,
Dr. Kuldip Kaur a/p Prem Singh yang memberikan keizinan kepada
saya untuk melaksanakan kajian ini ke atas jururawat di
hospital seliaan beliau. Matron Siti Norpiah Ahmad, Unit
Kejururawatan dan kakitangan unit kejururawat yang
6
bekerjasama dalam pengedaran dan kutipan borang soal
selidik. Semua jururawat yang menjadi responden kajian dan
kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menyiapkan kertas projek ini. Kerjasama
kalian semua memberi impak yang besar kepada saya sebagai
syarat penganugerahan sarjana. Jasa dan budi kalian amat
dihargai. Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan
Allah S.W.T hendaknya.
KELULUSAN
Adalah disahkan bahawa kami telah membaca dan menyemak kerta
projek ini yang bertajuk ‘Penglibatan Jururwatan dalam
Pendidikan Profesional Berterusan serta Hubungannya dengan
faktor Demografi’. Dengan ini diperakukan bahawa kertas
projek ini diterima bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
Ijazah Sarjana (Pembangunan Sumber Manusia) di Jabatan
Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Diluluskan oleh:
7
………………………………………………
(Penyelia)
Dr. Shamsuddin Ahmad
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tarikh: Disember 2013………………………..
……………………………………………….
(Pemeriksa)
Profesor Dr. Aminah Ahmad
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tarikh: Disember 2013……………………………….
PENGAKUAN
Saya dengan ini mengakui kertas projek ini adalah hasil kerja dan
usaha saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
saya perjelaskan sumbernya. Saya juga mengakui bahawa kertas projek
8
ini tidak pernah dikemukakan terdahulu atau masa kini untuk
penganugerahan mana-mana ijazah di Universiti Putra Malaysia atau
mana-mana institusi lain.
.........................................................
FAIZA BINTI OMAR
JM 40240
Tarikh: 2013............................................
KANDUNGAN
Tajuk Muka Surat
ABSTRAK ii
ABSTRACT iv
PENGHARGAAN vi
KELULUSAN vii
9
PENGAKUAN viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BABI PENDAHULUAN
Pengenalan 1
Profesion kejururawatan 2
Kerjaya Jururawat 3
Pendidikan Profesional Berterusan untuk profesion Jururawat
5
Kepentingan pembelajaran berterusan profesional di kalangan jururawat
8
Program Pembelajaran Profesional Berterusan untuk Jururawat
9
Penyataan Masalah 11
Persoalan Kajian 12
Matlamat Kajian 13
Objektif Khusus Kajian 13
Skop Kajian 14
Batasan Kajian 14
Kepentingan Kajian
Kepentingan Kajian Kepada Organisasi 15
Kepentingan Kajian Kepada Jururawat 17
Kepentingan Kajian Kepada Bidang Pembangunan Sumber Manusia
18
Definisi Operasional
Pembelajaran 20
Pendidikan Profesional Berterusan 20
Kesediaan dalam Pendidikan Profesional Berterusan
21
Keterlibatan dalam Pendidikan Profesional 21
10
Berterusan Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan
22
II SOROTON LITERATURPengenalan 23
Istilah Profesional 23
Peranan Jururawat sebagai profesional 26
Pembelajaran 28
Pendidikan Professional Berterusan 29
Kepentingan Pendidikan Professional Berterusan 37
Kesediaan Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional Berterusan
39
Faktor Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional Berterusan
42
Pendidikan Professional Berterusan dan PeluangKerjaya bagi Jururawat
45
Kursus Pos Basik-Pengkhususan 47
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana
50
Kajian-Kajian Lepas Pembelajaran Profesional Berterusan
51
III METODOLOGI KAJIANPengenalan 55
Rangka Kajian 55
Rangka Kerja Penyelidikan 56
Tempat Kajian 56
Kriteria Penetapan Responden 57
Persampelan Kajian 57
Prosedur Kajian 59
Instrumen Kajian 59
Kaedah Pengumpulan Data 59
Pengurusan Pengumpulan Data Kajian 61
Kajian Rintis (Pilot test) 61
Penganalisisan Data 62
IV PENEMUAN KAJIAN
11
Pengenalan 65
Latar Belakang Responden 66
Jenis Penglibatan Responden dalam Pendidikan Profesional Berterusan
69
Tahap Pembelajaran Responden dalam Pendidikan Profesional Berterusan
72
Tahap Kesediaan Responden terhadap Pendidikan Profesional Berterusan
73
Tahap Keterlibatan Responden terhadap Pendidikan Profesional Berterusan
75
Persepsi Responden terhadap Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan
78
Perkaitan Faktor Demografi dengan Kesediaan, Keterlibatan dan Persepsi terhadap KepentinganPendidikan Profesional Berterusan
80
V RINGKASAN, RUMUSAN, IMPLIKASI, PERBINCANGAN DAN CADANGANPengenalan 82
Ringkasan 82
Rumusan 83
Implikasi 85
Perbincangan 85
Cadangan
Cadangan kepada organisasi 91
Cadangan Ilmiah 93
Kesimpulan 94
RUJUKAN LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
12
Jadua
l
Tajuk Muka surat
1 Pembahagian CPD Point Mengikut Aktiviti
Pendidikan
Profesional Berterusan
10
2 Tuntutan Elaun Sara Hidup (ESH) Mengikuti
Kursus Pos Basik/Pengkhususan
49
3 Skala Umpama Likert 60
4 Nilai Realibiliti Alpha Cronbach s’ 62
5 Jadual Pembahagian Min 63
6 Demografi Responden 66
7 Jenis Penglibatan Responden Dalam Pendidikan
Profesional Berterusan
71
8 Tahap Pembelajaran Responden terhadap
Pendidikan Profesional Berterusan
72
9 Tahap Kesediaan Responden Dalam Pendidikan
Profesional Berterusan
74
10 Tahap Keterlibatan Responden Dalam
Pembelajaran Profesional Berterusan
77
11 Persepsi Responden terhadap Kepentingan
Pendidikan Profesional Berterusan
79
12 Nilai Ujian Khi Kuasa Dua bagi Perkaitan
Antara Demografi dan Pendidikan Profesional
Berterusan
81
SENARAI RAJAH
13
Rajah Tajuk Muka Surat
1 Konsep Pendidikan Profesional Berterusan 34
2 Faedah dan Kebaikan Mengikuti Pembangunan
Profesional Berterusan
44
3 Rangka Kajian 55
4 Carta Alir Pengurusan Pengumpulan Data
Kajian
61
SENARAI SINGKATAN
14
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
MNA Malaysia Nurses Association (Persatuan Jururawat Malaysia)
PhD Doktor of Philosophy
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
LJM Lembaga Jururawat Malaysia
CPD Continuos Profesional Development Programme (Pembangunan Profesional Berterusan)
PPB Pendidikan Profesional Berterusan
APC Annual Practice Certification (Sijil Praktis Tahunan)
UM Universiti Malaya
LPPKN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
CIPD Chartered Institute for Personal and Development
CV Curiculum vitae
KPSL Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
wad SCN wad rawatan rapi
wad NICU neonatal incentive care unit atau wad rawatan neonatal
wad CCU Critical care unit atau unit rawatan critical
wad ICU insentive care unit atau wad rawatan rapi
CSSD Central Sterile Service Department
O&G Obstretrik & Ginekologi
HDU High Dicentive Unit
ED
SPSS
Emergency Department atau Jabatan Kecemasan
Statistical Package For Sosial Science
15
BAB I
PENDAHULUAN
Pengenalan
Bidang kejururawatan yang dahulu dianggap sebagai hanya satu
kerjaya kini ia adalah bidang profesion (Utusan Malaysia, 2005) yang
amat penting dalam pembangunan kesihatan rakyat pada masa kini.
Kekurangan jumlah jururawat yang mencukupi dan keperluan
jururawat di hospital-hospital serta klinik-klinik menjadi perhatian
Kementerian Kesihatan Malaysia bagi merawat dan penjagaan pesakit.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada Mei 1996, terdapat
15,921 jururawat, 10,886 penolong jururawat dan 1,165 jururawat
pergigian yang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta di negara
Malaysia. Pada tahun 2010 Malaysia mempunyai sebanyak 101,366
orang jururawat iaitu pertambahan sebanyak 71, 997 orang daripada
tahun 2000 (Utusan Malaysia: 2005). Sehingga Mei 2012, jumlah
jururawat adalah seramai 96,598 orang yang terdiri daripada 31,149
orang bidan, 11,031 orang jururawat dan 19,860 jururawat masyarakat
(Deraf ucapan Menteri Kesihatan Malaysia, 2012). Sehubungan itu,
keperluan dalam bidang kejururawatan diberi perhatian oeh negara
bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan masyarakat.
17
Profesion Kejururawatan
Jururawat adalah profesion yang menggabungkan antara SENI‘ ’dan SAINS yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan‘ ’diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila
mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri
sendiri. Menurut Schon (1983), perkara yang membezakan diantara
kecekapan profesional dengan bidang tugas yang bukan dikategorikan
sebagai profesional adalah seni atau artistry yang dimiliki dalam diri‘ ’setiap profesional, yang mana realiti kerja profesional adalah bersifat
unik, tidak menentu dan mempunyai konflik nilai.
Selain daripada itu, profesion kejururawatan juga
bertanggungjawab mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit
mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit
tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga ke akhir hayat mereka
(Zulkifli, 2011). Menurut Cervero (2000), jururawat berkhidmat dengan
isu yang sama untuk membantu, membaikpulih dan melaksanakan
semula sumber yang ada untuk berhadapan dengan segala situasi yang
berulang atau sama. Isu yang biasa di kalangan jururawat adalah
mereka mencipta kemungkinan untuk berhadapan dengan pesakit yang
sedang dirawat samaada dalam keadaan sukar atau tenat.
Profesion kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan
sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam
18
bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan dan
kehendak dunia perubatan semasa. Jururawat dengan pengalaman yang
tertentu mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri untuk
menangani kes-kes paradigma iaitu dengan membentuk kumpulan kes-
kes paradigma yang mampu berdepan dengan pelbagai isu perawatan
yang mendorong kepada persepsi dan tindakan terhadap situasi dan
krisis tertentu.
Kerjaya Jururawat
Kerjaya kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun
1980 (Zulkifli, 2011) di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau
Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co yang
kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan (sambil bekerja)
jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada
1942-1945 disebabkan perang dunia ke dua. sekolah kejururawatan
mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bahru, Pulau Pinang
dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di
Malaya pada tahun 1951 (Zulkifli, 2011). Justeru itu, kerjaya
kejururawatan di Malaysia sentiasa mendapat perhatian untuk
perubahan, penambahbaikan dan peningkatan pembangunan kerjaya
dalam menjadi sebuah Negara maju (Zulkifli, 2011).
Bidang kejururawatan dibahagikan kepada empat bidang asas
yang meliputi i)jururawat kesihatan, ii) jururawat perubatan, iii)
jururawat masyarakat dan iv) jururawat akademik. Melalui pengalaman
dan kelayakan akademik, jururawat berpeluang untuk dilantik dan
menerima kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih kanan samaada
dalam bidang pengurusan dan akademik misalnya ketua jururawat,
19
penyelia jururawat, ketua penyelia jururawat atau dan tenaga pengajar
klinikal (Clinical Instructor).
Bidang kejururawatan memerlukan individu yang meminati
bidang ini (Danielson dan Berntsson, 2007) secara sepenuh hati kerana
ia adalah profesion yang penting dan mempunyai permintaan yang
tinggi (Utusan Malaysia, 2005). Jururawat bukan sekadar membantu
doktor malah mereka bertindak sebagai penolong kepada doktor dalam
melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal.
Seorang jururawat yang berkebolehan harus mampu menangani
masalah, isu-isu paradigma pesakit sebelum ketibaan doktor.
Tugas kejururawatan adalah mendiagnosis dan memberi rawatan
tindak balas kepada pesakit terhadap masalah kesihatan yang sebenar
atau mungkin dialami oleh pesakit (Aminah, Ooi dan Ch ng, 2003;’Maslin-Prothero, 1997). Jururawat perlu menumpukan perhatian kepada
proses kejururawatan dan gerak balas pesakit terhadap masalah
kesihatan yang dihadapi. Penjagaan rawatan yang diberikan haruslah
selari dengan keperluan yang merangkumi semua aspek kesihatan
mental, fizikal dan sosial pesakit. Oleh yang demikian, keperluan
jururawat di hospital dan klinik-klinik memerlukan jururawat yang
berkemahiran dan berkebolehan dalam membuat keputusan dan
diagnosis tahap kesihatan pesakit.
Seseorang individu yang layak dan diiktiraf sebagai jururawat
mesti memiliki kelayakan pendidikan minima Diploma Kejururawatan
yang boleh diperolehi dari Kolej Perubatan, Kolej-Kolej Kejururawatan
kerajaan atau swasta. Peningkatan pendidikan, dapat dilaksanakan di
Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS) di peringkat
Ijazah hingga Sarjana. Dengan ini, ia memberi peluang kepada
20
jururawat yang telah berkhidmat untuk meningkatkan pengetahuan dan
kepakaran mereka dengan menyambung pengajian ke peringkat lebih
tinggi.
Penyataan oleh Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA)
Matron Ramziah Ahmad (Ting, 2010), ia merupakan objektif persatuan
untuk melihat lebih ramai jururawat berijazah dikeluarkan di negara
ini. Dengan lebih banyak jururawat berijazah, kualiti penjagaan
kejururawatan dapat dicapai. Dengan adanya jururawat berijazah sama
ada dengan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau PhD, mereka
dapat memberikan pendapat, berkongsi pengetahuan dan maklumat
mengikut kepakaran yang dimiliki dengan para doktor. Dengan itu,
keperluan jururawat untuk memiliki jururawat yang berkelulusan ijazah
dapat memberi pandangan, anggapan dan kepercayaan yang berbeza
dalam kalangan masyarakat. (sebelum ini di kalangan)
Pendidikan Profesional Berterusan untuk Profesion
Jururawat
Penambahan ilmu dalam kalangan jururawat membolehkan
jururawat melaksanakan tugas dengan penuh keyakinan dan mampu
mengembangkan lagi keupayaan diri (Rohani, 2008). Jururawat yang
memiliki kelayakan akademik yang lebih tinggi dan melalui
pengalaman yang dimiliki dapat membantu mereka dalam perlaksanaan
aspek utama tugas iaitu mampu berfikir secara kritikal, pembuatan
keputusan yang rasional dan penambahbaikan kognitif. Jururawat yang
berkemahiran mempunyai keupayaan kognitif dan perseptual
21
membolehkan mereka meletakkan gred kualititatif terhadap tahap
kesihatan pesakit. Dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki,
jururawat dapat membantu pesakit, penjaga dan keluarga dengan
memberikan maklumat yang lengkap terhadap perawatan dan status
kesihatan pesakit.
Penambahan ilmu dalam kalangan jururawat bukan hanya
sekadar mengikuti pembelajaran secara formal, ia juga boleh
terlaksana secara informal dengan menggalakkan jururawat membaca
jurnal kesihatan dan perubatan atau melaksanakan perbincangan di
kalangan rakan sekerja.
Laporan daripada Zanariah (2008), mulai tahun 2009, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan jururawat berdaftar
dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) wajib mengikuti program
Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) yang lebih dikenali sebagai
‘Continuos Profesional Development Programme (CPD) . Program boleh’
diikuti secara dalam talian atau dengan menghadiri perjumpaan secara
bersemuka. Ini dilaksanakan bagi mewujudkan budaya pembelajaran
berterusan dalam kalangan profesional kejururawatan sekaligus
mewujudkan sebuah organisasi pembelajaran. Ia juga bagi memastikan
kualiti perkhidmatan jururawat dapat dipertingkatkan.
Jururawat berdaftar wajib terlibat dan menyertai program PPB
(sebelum ini CPD) adalah bagi melayakkan mereka untuk
memperbaharui Sijil Praktis Tahunan Kejururawatan (Annual Practice
Certification, APC) yang dikeluarkan oleh LJM. Program PPB bertindak
sebagai platform kepada jururawat dalam melaksanakan kerja dengan
lebih efektif dan berkeyakinan. Selain itu, objektif program PPB adalah
22
untuk memberi pendedahan kepada jururawat kepada perkara baru,
mengimbas kembali pengetahuan, mengemaskini pengetahuan dan
kemahiran sediaada.
Selain daripada wajib mengikuti program PPB, jururawat juga
digalakkan mengikuti peluang latihan lain seperti kursus, bengkel,
konferens, konvensyen dan lain-lain. Dengan menyertai program-
program sedemikian jururawat akan lebih berfikiran terbuka,
meningkatkan kompetensi diri, mengembangkan rangkaian serta dapat
memberi pandangan positif kepada pesakit terhadap perkhidmatan yang
diberikan yang sekaligus dapat meningkatkan nama organisasi.
Penyertaan jururawat dalam program pengkhususan
kejururawatan iaitu kursus pos basik pula melayakkan jururawat untuk
menjadi Jururawat Pakar dalam pengkhususan yang diikuti dan
memberi peluang cerah untuk kenaikan pangkat. Terdapat lebih
daripada 24 bidang pengkhususan kejururawatan yang ditawarkan oleh
KKM yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
kejururawatan bagi pembangunan kerjaya. Kursus tersebut akan
mendedahkan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan teknologi
terkini dalam bidang perubatan kesihatan.
Menurut Daley (1999), dalam pembelajaran dalam kalangan
jururawat terdapat lima tahap penguasaan; i) baru, ii) pemula
(beginner), iii) kompeten, iv) mahir dan v) pakar. Jururawat baru tidak
mempunyai pengalaman dalam pengendalian perawatan tetapi mereka
perlu menunjukkan prestasi maksima, sehubungan itu mereka perlu
diberikan panduan am yang khusus untuk membolehkan mereka
memberikan prestasi yang optima. Tahap pemula (beginner) mampu
mendemonstrasikan perawatan yang diberikan kerana mampu
23
mangawal keadaan dan situasi sebenar. Tahap kompeten melihat
kepada tindakan mereka terhadap perawatan ke atas pesakit untuk
jangka masa panjang dengan mengetahui situasi yang perlu
diutamakan. Tahap mahir mempunyai keupayaan dalam melihat situasi
secara keseluruhan dan dapat menjangkakan permasalahan situasi
untuk diselesaikan. Tahap pakar menggunakan segala pengalaman,
kemahiran tanpa membuangmasa untuk mengambil keputusan dalam
penyelesaian masalah.
Sehubungan itu, pembelajaran dan pendidikan yang diikuti oleh
jururawat perlu selari dengan tahap penguasaan setiap individu agar
objektif pembelajaran untuk meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan
kejururawatan tercapai. Program pendidikan yang diikuti perlu selaras
dengan keupayaan individu untuk menerima pembelajaran yang
disampaikan.
Sekiranya keterlibatan jururawat tidak melihat kepada tahap
penguasaan pembelajaran yang dimiliki berkemungkinan ia akan
memberi kesan terhadap amalan ditempat kerja. Ini kerana ilmu
pengetahuan yang dimiliki sewaktu pembelajaran tidak dapat
dipraktiskan berikutan kekurangan penguasaan dan pengalaman.
Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan dalam Kalangan
Jururawat
Laporan daripada Rohani, Ketua Jabatan Sains Kejururawatan,
Universiti Malaya (UM) pada tahun 2008, hanya terdapat 75,000 orang
jururawat di negara ini iaitu tiga peratus (3%) sahaja yang memiliki
24
ijazah kejururawatan, beliau menyifatkan faktor penghalang utama
jururawat tidak melibatkan diri dalam pendidikan adalah disebabkan
sikap individu sendiri yang mempersoalkan untuk apa belajar sehingga
ke peringkat ijazah. Faktor lain yang dikenalpasti oleh beliau adalah
jururawat yang telah tamat pengajian terus ditempatkan di wad-wad
hospital dan mempunyai beban tugas yang tinggi dan kebanyakan dari
mereka bekerja mengikut jadual kerja ‘shift . Faktor-faktor ini yang’
membuatkan jururawat tidak menginginkan untuk menyambung
pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi. Hanya segelintir sahaja
jururawat yang sanggup mengorbankan wang dan keluarga untuk
menyambung pengajian.
Menurut Rohani melalui penulisan Zulfiple (2008), jururawat
perlu memiliki Ijazah Kejururawatan kerana ianya dapat membantu
mereka untuk mengembangkan lagi kerjaya dalam industri dan
profesion kejuruwaratan. Beliau juga mencadangkan pembelajaran
berterusan di kalangan jururawat bukan hanya melalui pembelajaran
formal dengan adanya tenaga pengajar dan menghadiri kuliah atau
kursus bahkan jururawat masih boleh membaca jurnal-jurnal perawatan
kesihatan dan berkongsi ilmu di kalangan mereka agar mereka sentiasa
bersedia dengan perubahan dan penambahan teknologi yang berlaku.
Pendidikan Profesional Berterusan adalah penting untuk
profesional melibatkan diri dalam pembelajaran atau pendidikan. Ini
adalah kerana sekiranya profesional gagal untuk mengikuti program
pembelajaran, profesional berkemungkinan akan berdepan dengan i)
kehilangan hak untuk mempraktiskan bidang profesional, ii) kehilangan
keahlian dalam pertubuhan atau persatuan, iii) kehilangan hak untuk
peningkatan atau kenaikan gaji dan upah, iv) tidak layak untuk
25
mempamerkan dan menggunakan sijil amalan samaada di tempat
sendiri atau di tempat baru (Blacklock, 2009).
Program Pendidikan Profesional Berterusan untuk Jururawat
Program PPB yang telah diwajibkan kepada semua jururawat
berdaftar dengan LJM mulai tahun 2009 adalah untuk memastikan
kualiti perkhidmatan jururawat dapat ditingkatkan dari masa ke
semasa. Sehubungan itu, Unit CPD, Bahagian Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan penting dalam
melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan kepada jururawat.
Unit ini akan menyelaras dan mengkoordinasikan program latihan
anjuran KKM, menyediakan garis panduan untuk pemberian CPD point,
memberi CPD point kepada jururawat yang menyertai program
pembelajaran anjuran agensi latihan, badan persendirian dan lain-lain.
Dengan adanya unit ini, setiap pemberian CPD point adalah
melalui perakuan daripada jawatankuasa Bahagian Jururawat Malaysia.
Setiap kategori jawatan perlu memenuhi jumlah CPD point bagi
melayakkan mereka memperbaharui lesen APC. Bagi Ketua Jururawat
diperlukan jumlah CPD point diantara 35-40 point setahun, manakala
jururawat terlatih pula diantara 25-30 point setahun.
Laporan CPD point setiap jururawat akan dikumpulkan bagi
pembaharuan lesen APC. Ianya perlu dihantar ke Bahagian
Kejururawatan, KKM dan disahkan oleh jawatankuasa sebelum 30
26
September setiap tahun. Jumlah CPD point dikira mulai 1 September
tahun sebelumnya hingga 30 Ogos tahun semasa.
Program Pendidikan Profesional Berterusan untuk jururawat
mempunyai nilaian mata yang berbeza diantara setiap program. Berikut
adalah pembahagian nilaian mata tersebut:
Jadual 1: Pembahagian CPD Point Mengikut Aktiviti Pendidikan
Profesional Berterusan
Bil
Aktiviti CPD point
1 Kongres / Konferen (Tempatan/Antarabangsa) 15 20–2 Mesyuarat Teknikal Akademi / University /
Kolej / Persatuan / Institusi / KKM & LainLain.
1 20–
3 Bengkel / Kursus / Program Sanggutan 4 30–4 CNE/ Aktiviti Profesional 1 20–5 Mesyuarat Akreditasi 5 20–6 Wartakan Penulisan(articles) dalam
Makalah/Bab dalam buku/Lapuran1 - 30
7 Pembelajaran Bersendirian / Berkumpulan/Jarak Jauh
3 20–
8 CNE/CME talian terus 1 20–9 Pos Basik
a) 6 bulanb) 6 12 bulan—
1530
10 Program Ijazah / Diploma Lanjutan 5011 Penglibatan sebagai ahli dalam Projek
Kualaiti /Projek Penyelidikan / AktivitiPembelajaran
5 20–
12 Ahli Lembaga Penyunting 5 -1013 Lain Lain aktiviti yang berkaitan dengan
pembangunan kendiri2 -10
Sumber: CPD Nurse Flyer (2009) Unit CPD, Bahagian Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
27
Penyataan Masalah
Berikutan dengan arahan mewajibkan jururawat mengikuti
progam PPB, yang mana setiap jururawat perlu memiliki sekurang-
kurangnya 25 CPD point sebelum September setiap tahun, maka menjadi
tanggungjawab setiap jururawat untuk memiliki jumlah nilaian mata
tersebut sebelum tarikh akhir laporan diserahkan kepada LJM.
Berikutan itu, menjadi persoalan adakah keterlibatan jururawat
dalam program pendidikan dan pembangunan bagi meningkatkan
kompetensi diri, peningkatan dan mengemaskini pengetahuan,
kemahiran atau menghadiri program sekadar untuk mengumpulkan
nilaian mata. Ada juga diantara jururawat yang menyertai program
pendidikan setelah mendapat arahan daripada pihak atasan bagi
mencukupkan nilaian mata bagi melayakkan pembaharuan APC.
Manakala, penyertaan dalam kursus pengkhususan pos basik
mengkehendaki mereka meninggalkan kerja hakiki bagi tempoh
tertentu, samaada selama enam bulan atau setahun. Dengan menyertai
kursus tersebut, jururawat layak menerima elaun sara hidup mengikut
syarat-syarat tertentu. Berikutan itu adakah permohonan untuk terlibat
dalam kursus pos basik untuk melarikan diri dari kerja hakiki secara‘ ’tidak langsung mendapat elaun tambahan atau keterlibatan mereka
sememangnya untuk menjadi pakar dalam bidang kejururawatan
masing-masing.
28
Selain dari itu, arahan yang mewajibkan jururawat untuk terlibat
dalam program pendidikan berterusan mempunyai beberapa kekangan
tertentu, terutamanya bagi jururawat yang berkhidmat dengan waktu
kerja shift, yang memerlukan mereka meletakkan komitmen yang tinggi
terhadap bidang tugas dan tanggungjawab harian. Ini kerana program
pembelajaran sering dilaksanakan pada waktu pejabat diantara jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang. Bagi jururawat yang bertugas mengikut jadual
shift akan mengalami kesukaran kerana mereka perlu mengatur jadual
tugas dan memerlukan rakan sekerja menggantikan tugas mereka
sepanjang pemergian mengikuti pembelajaran. Sekiranya tidak
mendapat kerjasama dari rakan sekerja dan sokongan dari pihak
pengurusan kanan terumatanya, maka pembelajaran yang dijadualkan
tidak akan dapat dihadiri.
Oleh disebabkan itu, pembelajaran perlu dijadikan sebagai
budaya organisasi kerana ia adalah sebagai nilai tambah kepada setiap
jururawat. Sokongan dan kerjasama dari organisasi akan menggalakkan
jururawat belajar sesama sendiri untuk berkongsi maklumat. Dengan
ini, jururawat akan menyedari kepentingan keterlibatan dalam
Pendidikan Profesional Berterusan.
Persoalan Kajian
1. Apakah jenis penglibatan Pendidikan Profesional Berterusan dalam
kalangan jururawat?
2. Apakah tahap pembelajaran jururawat terhadap Pendidikan
Profesional Berterusan?
29
3. Adakah jururawat bersedia untuk mengikuti Pendidikan Profesional
Berterusan?
4. Apakah tahap keterlibatan jururawat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan?
5. Apakah persepsi jururawat terhadap kepentingan Pendidikan
Profesional Berterusan?
6. Apakah faktor demografi yang mempengaruhi kesediaan,
keterlibatan dan persespi kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan kepada jururawat?
Matlamat Kajian
Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan,
tahap keterlibatan dan persepsi jururawat terhadap kepentingan
Pendidikan Profesional Berterusan serta mencari hubungan demografi
yang mempengaruhi Pendidikan Profesional Berterusan dalam kalangan
jururawat. Kajian juga ingin melihat jenis penglibatan yang menjadi
pilihan jururawat dalam Pendidikan Profesional Berterusan.
Objektif Khusus Kajian
Objektif khusus kajian adalah:
1. Mengenalpasti jenis penglibatan jururawat (sebelum responden)
dalam Pendidikan Profesional Berterusan.
2. Mengenalpasti tahap pembelajaran jururawat dalam Pendidikan
Profesional Berterusan.
30
3. Mengenalpasti tahap kesediaan jururawat dalam Pendidikan
Profesional Berterusan.
4. Mengenalpasti tahap keterlibatan jururawat terhadap Pendidikan
Profesional Berterusan.
5. Mengenalpasti persepsi jururawat terhadap kepentingan
Pendidikan Profesional Berterusan.
6. Mengenalpasti perkaitan antara demografi dengan kesediaan,
keterlibatan dan persepsi terhadap kepentingan Pendidikan
Professional Berterusan.
Skop Kajian
Kajian merangkumi persepsi responden terhadap kepentingan
Pendidikan Profesional Berterusan serta tahap kesediaan dan
keterlibatan reponden dalam Pendidikan Profesional Berterusan. Kajian
juga adalah untuk mengenalpasti program pendidikan profesional yang
menjadi pilihan di hospital kerajaan yang mana kajian dilaksanakan di
salah sebuah hospital kerajaan di negeri Selangor.
Batasan Kajian
Beberapa batasan dalam kajian ini, ia adalah seperti berikut:
1. Kajian dijalankan di salah sebuah hospital kerajaan di negeri
Selangor dan ianya tidak mampu mewakili keseluruhan jururawat
di Malaysia.
31
2. Prosedur dan perlaksanaan pembelajaran adalah mengikut garis
panduan dan standard yang telah ditetapkan oleh KKM yang mana
ada diantaranya berbeza dengan amalan yang diamalkan oleh
jururawat di badan berkanun, pihak swasta, Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), IPTA dan IPTS.
3. Skop kajian hanya terhad kepada profesion kejururawatan dan
tidak boleh mewakili bidang profesion lain
4. Dapatan kajian diperolehi melalui analisis soal selidik yang telah
diisi oleh responden. Ketetapan hasil dapatan kajian bergantung
kepada kejujuran dan ketelusan responden menjawab soal selidik.
Pelbagai faktor boleh mempengaruhi responden yang boleh
menyebabkan hasil dapatan tidak tepat dan bergantung kepada
kefahaman responden terhadap konsep Pendidikan Profesional
Berterusan
Kepentingan Kajian
Kajian dapat memberi implikasi dan pendedahan kepada
organisasi dalam mengaplikasikan program pendidikan berterusan
secara menyeluruh yang memerlukan sokongan dari pengurusan
tertinggi dan kerjasama secara langsung dari pengurusan kanan (Morre,
2010) untuk perlaksanaannya. Pendidikan Profesional Berterusan
mampu memberi kesedaran dan pendedahan kepada jururawat
terhadap kepentingan pendidikan dalam profesion mereka.
Kepentingan Kajian Kepada Organisasi
32
Melalui hasil dapatan kajian, organisasi dapat mengetahui
kesediaan dan keterlibatan jururawat dalam mengikuti program
Pendidikan Profesional Berterusan. Faktor-faktor yang mendorong
mereka untuk terlibat dengan pembelajaran dan kesediaan mereka
mengikuti program pembelajaran. Dengan itu, organisasi akan bersedia
dan bekerjasama untuk menerapkan dan terbuka untuk mewujudkan
budaya pembelajaran (learning organization) di tempat kerja.
Perlu dijadikan panduan kepada organisasi yang diwakili oleh
pengurusan atasan bahawa pembelajaran bukan sekadar mengikuti
aktiviti pembelajaran secara formal malahan ia boleh dikendalikan
dengan lebih efektif di tempat kerja melalui pembacaan, bertukar
pendapat, perbincangan dan mesyuarat yang dilaksanakan secara aktif
(Devi dan Mei Chan, 2008).
Pemahaman terhadap kepentingan dan faedah pembelajaran
profesional dapat membantu jururawat dalam memberikan
perkhidmatan perawatan pada tahap optima selain daripada
penambahan ilmu dan pengetahuan penggunaan teknologi terkini.
Hasil kajian juga akan mendorong organisasi untuk memahami
konteks profesional kejururawatan dengan melakar dan merancang
pembelajaran yang perlu diikuti oleh mereka samaada untuk
penambahan mutu perkhidmatan dan kompetensi diri atau
perancangan untuk kenaikan pangkat. Ini kerana untuk melayakkan
kenaikan pangkat seseorang itu perlu memiliki pengetahuan, kemahiran
yang secukupnya dalam satu-satu bidang profesional (Burke, 1995).
(tambahan kepentingan bagi Objektif 5) Hasil kajian juga dapat
membantu organisasi merencana keterlibatan jururawat untuk lebih
aktif dalam menyertai program PPB. Demografi jururawat yang
33
berkemungkinan menjadi penghalang harus diberi penekanan agar ia
tidak dijadikan alasan dan faktor penghalang kepada jururawat untuk
terlibat menyertai program PPB. Malahan organisasi boleh mengambil
inisiatif dengan melihat faktor demografi yang cenderung
mengurangkan motivasi jururawat untuk terlibat dalam pembelajaran.
Ini adalah kerana program PPB adalah pembelajaran sepanjang hayat
yang bertujuan untuk memenuhi keperluan pesakit dan meningkatkan
hasil perkhidmatan perawatan melalui peningkatan yang sistematik
dengan perlaksanaan perkembangan ilmu, pemahaman, kemahiran dan
pembangunan kualiti personal yang bersesuaian dengan tugas dan
tanggungjawab bidang profesional (Bibi Florina, 2008).
Kepentingan Kajian Kepada Jururawat
Hasil dapatan kajian akan memberi kesedaran kepada jururawat
terhadap kepentingan mengikuti Pendidikan Profesional Berterusan,
yang mana pengetahuan sediaada akan menjadi usang sekiranya tidak
dikemaskini dan diperbaharui, ini disokong oleh Gillies dan Petengill
(1993) dalam penulisan Beatty (2001). Mengikuti pembelajaran
profesional bukan sekadar untuk mencukupkan jumlah CPD point bagi
melayakkan pembaharuan APC (Devi dan Mei Chan, 2008) malah ia
lebih daripada itu.
34
Kesediaan jururawat adalah keterbukaan jururawat itu sendiri
untuk mengikuti pembelajaran profesional secara aktif. Kesediaan
mereka terlibat dalam pembelajaran memberi gambaran kepada
pemahaman terhadap manfaat program pembelajaran. Dengan
pemahaman tersebut mampu mendorong mereka untuk merencana dan
merancang pembelajaran yang ingin diikuti. Jururawat juga akan
menetapkan misi dan objektif dalam diri untuk mengikuti
pembelajaran profesional. Kesediaan dalam diri individu akan memberi
impak yang lebih tinggi kepada peningkatan kompetensi diri dan
pengetahuan.
Jururawat sebagai penjaga perawatan profesional yang berkhidmat
dalam persekitaran dan suasana yang sentiasa berubah serta perlu
berhadapan dengan permintaan yang tinggi daripada pesakit dan ahli
keluarga. Maka, jururawat perlu memiliki ilmu pengetahuan yang
cukup, pemikiran dan bersedia mengenalpasti sebarang kemungkinan,
perubahan, bersedia berhadapan dengan cabaran dan mencari jalan
penyelesaian (Maslin-Prothero, 1997). Sehubungan itu, keterlibatan
dalam pembelajaran akan memberi pendedahan kepada penyelesaian
masalah, pengemaskinian maklumat, peningkatan keyakinan diri agar
bersedia dengan sebarang kemungkinan dan cabaran dari masa ke
semasa. Sokongan dari pengurusan dan organisasi juga memainkan
peranan untuk mereka terus terlibat dengan program pembelajaran
yang memberi impak besar dalam bidang tugas dan organisasi.
(tambahan objektif 5) Hasil kajian yang melibatkan demografi
responden tidak dijadikan sebagai alasan untuk tidak aktif atau sebagai
penghalang dalam melibatkan diri dalam Pendidikan Profesional
Berterusan. Seharusnya ia dijadikan sebagai cabaran dan pendorong
untuk lebih terus mengikuti pembelajaran walaupun umur telah
35
meningkat atau tugasan kerja yang terlalu sibuk. Ini kerana lagi
banyak yang dipelajari akan lebih meningkatkan mutu perkhidmatan
perawatan dan kemahiran yang dimiliki tidak mudah untuk diperkotak-
katikkan.
Kepentingan Kajian Kepada Bidang Pembangunan Sumber Manusia
Pendidikan Profesional Berterusan adalah pembelajaran sepanjang
hayat yang disarankan untuk setiap profesional mengikutinya bagi
peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keupayaan diri.
Pendidikan Profesional Berterusan dapat memberi kepentingan
berterusan secara jangka pendek dan jangka masa masa panjang.
Faedah Pendidikan Profesional Berterusan memberi impak kepada
individu dan organisasi, yang mana individu yang terlibat dalam
pembelajaran akan mudah mencapai objektif organisasi dan pencapaian
prestasi yang ditetapkan selain dari dapat mengukuhkan dan
mengekalkan saingan dalam pasaran kerja.
Kerjasama organisasi dalam menyediakan dan merancang
pendidikan profesional mampu mendorong kepada peningkatan
produktiviti, mengekalkan keefisyenan dan mengekalkan persaingan
dengan pesaing. Menurut Jain dan Martindale (2012), organisasi bekerja
keras untuk kekal dalam pasaran industri dan meningkatkan suasana
persaingan dengan menyiapkan kakitangannya dengan pengetahuan,
ilmu dan kemahiran yang terkini agar dapat bersaing dengan lebih
cemerlang. Ia adalah strategi perniagaan yang dapat membantu
meningkatkan kualiti organisasi untuk terus bersaing.
36
Hasil kajian terhadap pembelajaran responden akan memberi
gambaran jelas dalam mempersiapkan para profesional agar lebih
bersedia dan terbuka untuk melibatkan diri dalam pendidikan
profesional. Pembangunan bidang profesional dipandang serius dalam
merencana program pendidikan profesional agar ia selari dengan
amalan dan praktis perkhidmatan yang diberikan. Melalui pembelajaran
akan membentuk keupayaan profesional menerima perkara baru,
kecenderungan untuk mengikuti peluang pembangunan baru, sentiasa
terbuka bagi membincangkan perkara baru dan terkini, belajar untuk
meninggalkan dan mempelajari perkara yang baru dan mampu
mengenalpasti kelemahan (Jain dan Martindale, 2012).
Pendidikan profesional akan menjadikan golongan profesional
sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan perubahan
samaada dari segi ekonomi, teknologi dan persaingan global. Ianya
penting bagi memastikan profesional dalam tahap yang dipandang
tinggi oleh masyakat dan mempunyai kontrak nilai yang tertentu dalam
memberikan perkhidmatan kepada masyarakat khususnya. Profesional
perlu berada pada tahap yang tidak boleh diperkotakkatikkan kerana
pengetahuan, ilmu, kemahiran yang dimiliki tidak mudah untuk
diperolehi oleh individu yang bukan dalam golongan profesional. Maka
pendidikan profesional berterusan harus diberi penekanan oleh pihak
organisasi dan menjadi tanggungjawab golongan profesional
melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini melalui keterlibatan
dalam pembelajaran.
Definisi Operasional
37
Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses perubahan yang berlaku setelah
peserta menyertai aktiviti dan program pendidikan. Aktiviti
pembelajaran dapat memberi pendedahan kepada peserta terhadap
pengetahuan, kemahiran dan teknologi terkini yang boleh digunapakai
mengikut keadaaan semasa. Profesional yang mengikuti pembelajaran
akan mendapati diri sentiasa bersedia untuk membuat keputusan
melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Pembelajaran yang diikuti
mampu menjadikan profesional maju ke arah pengiktirafan penuh
bersama ideologi bidang profesional tertentu. Pembelajaran dikalangan
profesional dapat dipertingkatkan dengan keterlibatan dalam
pembelajaran formal secara berterusan.
Pendidikan Profesional Berterusan
Pendidikan Profesional Berterusan dalam konteks profesion
kejururawatan adalah proses pembangunan profesional secara
berpanjangan dan ada diantaranya mengatakan ia adalah pembelajaran
sepanjang hayat (Maslin-Prothero, 1996; Jarvis, 2005). Pembelajaran
profesional dilaksanakan sejurus jururawat tamat dalam program
pengajian kejururawatan (An Board Altranis, 1994; Peck, McCall dan
McLaren, 2000). Proses pendidikan dan pembangunan berpanjangan
yang melibatkan profesional adalah dari mula profesional memperolehi
38
kelayakan pendidikan dan sehingga sepanjang perkhidmatan dalam
bidang profesional, ini adalah untuk mengekalkan tahap kompetensi
dan meningkatkan penguasaan serta kemahiran dalam perawatan
perubatan (Alsop, 2000). Pembelajaran akan melibatkan secara
keseluruhan maklumat dan pengetahuan berkenaan perawatan
perubatan dimana objektif pembelajaran adalah untuk mengekalkan
serta meningkatkan tahap kompetensi profesional ke tahap tertinggi
bagi melayakkan profesional menerima pengiktirafan terhadap
perkhidmatan yang diberikan.
Kesediaan dalam Pendidikan Profesional Berterusan
Kesediaan jururawat dalam pembelajaran memerlukan mereka
bersedia untuk berhadapan dengan risiko dan kekangan yang mana
pembelajaran memerlukan komitmen yang tinggi dan semangat yang
kental. Sikap kesukarelawan, perasaan ingin tahu dan minat adalah
perkara yang mampu mendorong jururawat untuk bersedia menghadapi
pembelajaran mengikut acuan yang dikehendaki. Kesediaan mengikuti
pembelajaran akan memberi pulangan besar kepada peserta seperti
kepuasan diri, menambahkan keyakinan diri dan dapat berkongsi ilmu
pengetahuan bagi pemantapan bersama kalangan rakan sekerja.
Keterlibatan dalam Program Pendidikan Profesional Berterusan
39
Keterlibatan dalam pembelajaran secara informal dan formal
dapat memberi kesedaran kepada profesional bahawa pembelajaran
adalah penting untuk menjadi profesional yang berpengetahuan dan
disegani. Penglibatan dalam pembelajaran membolehkan profesional
meningkatkan mutu perkhidmatan, mendapat pengikhtirafan dalam
bidang profesional. Keterlibatan dalam pembelajaran mendorong
kepada pencapaian organisasi yang berkehendakan profesional dapat
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekeliling
yang mana profesional adalah tanggungjawab kepada masyarakat.
Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan
Pendidikan Profesional Berterusan adalah perlu dalam kalangan
profesional yang mana ia berfungsi sebagai nilai tambah dalam diri
seseorang profesional. Ianya peningkatan dari segi kemahiran,
keupayaan, pengetahuan, kompetensi, keyakinan diri dan mencapai
standard profesionlisma yang ditetapkan. Pendidikan Profesional
Berterusan yang efektif dapat melahirkan profesional yang matang dan
bersedia dengan tugas dan tanggungjawab terutama dalam memberikan
perkhidmatan kepada skop tugasan. Program Pendidikan Profesional
Berterusan juga penting untuk memastikan bidang profesional
dipandang tinggi dan dihormati dalam kalangan masyarakat, ini kerana
pengetahuan dalam kalangan profesional mempunyai tahap yang
berbeza mengikut bidang profesional.
40
BAB II
SOROTON LITERATUR
Pengenalan
Bab ini menerangkan teori, model-model dan kajian-kajian lepas
yang berkaitan Pendidikan Profesional Berterusan untuk profesional
jururawat khususnya. Ia bagi menyokong penemuan hasil kajian dan
mengelakkan sebarang kajian yang tidak dijangka di masa hadapan.
Istilah Profesional
Profesional diadaptasikan sebagai pekerjaan atau kerjaya.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat)
mentafsirkan profesional sebagai individu atau penjawat dalam bidang
yang berkaitan dengan profesion atau kerja yang kritikal, pakar dalam
bidang spesifik seperti undang-undang, perubatan, kejuruteraan dan
seumpamanya. Profesional adalah individu yang berhadapan dengan
41
keperluan kerja yang memerlukan kepakaran dalam mengendalikan
sesuatu kerja. Profesional juga berhadapan dengan perubahan
persekitaran yang memerlukan profesional sentiasa berpengetahuan
yang mampu berhadapan dengan perubahan, pembangunan serta
sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan (Cervero, 2000).
Status golongan profesional adalah tinggi dikalangan masyarakat
(Azahari, Khairuddin dan Shamsuddin, 1995) ia dikaitkan dengan
kawalan ke atas penawaran buruh terhadap pekerjaan profesional
yang mana bidang profesional adalah terhad dan tidak ramai buruh
yang memiliki kelayakan profesional, profesional juga perlu melalui
satu standard prestasi bagi tempoh masa tertentu iaitu fasa percubaan
iaitu pre-profesional dengan bayaran yang minima dan setelah tamat
fasa tersebut profesional akan memperolehi bayaran upah yang tinggi
mengikut kategori profesional (Marks, 2010). Sehubungan itu, golongan
profesional memberikan perkhidmatan kepakaran kepada masyarakat
umum dengan penuh keyakinan dan layak menerima bayaran upah
yang tinggi yang dijadikan sebagai sumber pendapatan. Goode (1957)
dalam penulisan Marks (2010), golongan profesional perlu memiliki
kelayakan pendidikan formal dan ahli kepada badan profesional
berdaftar yang memiliki body of knowledge dalam menentukan dan‘ ’merancang pembangunan bidang professional tersebut. Dengan itu,
golongan profesional mempunyai standard prestasi tertentu dalam
memberikan perkhidmatan serta sentiasa perlu meningkatkan mutu
perkhidmatan.
Golongan professional perlu mengikuti pembelajaran melalui
Pendidikan Profesional Berterusan (An Board Altranis, 1994; Peck,
McCall dan McLaren, 2000; Marks, 2010) setelah memulakan pekerjaan,
ini kerana golongan profesional akan berkhidmat dalam bidang
42
profesional mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 30 tahun dan
pengetahuan yang tidak dikemaskini akan ketinggalan. Dengan itu,
mereka mampu dan mempunyai kuasa dalam pembuatan keputusan,
penetapan dasar, pekeliling, perubahan penstrukturan dan kuasa
profesional yang lain (Marks, 2010).
Definisi yang dinyatakan oleh Etzioni (1969) dalam penulisan
Marks (2010) menyatakan bidang kejururawatan adalah semi-‘profesional yang memberi pengertian bahawa mereka memiliki’pengkhususan di tahap minima, kurang autonomi, tempoh latihan yang
pendek dan status pengesahan tugas yang terhad.
Menurut Cervero (2000), pendekatan proses statik dan sosio
ekonomi menetapkan kriteria yang dikategorikan sebagai profesional
adalah individu yang i) terlibat dalam operasi intelektual, ii)
memperolehi bahan dari sumber sains dan fakta yang jelas, iii)
memerlukan pembuatan keputusan yang jelas dan praktikal, iv)
memiliki pendidikan dan teknik penyelesaian, v) memiliki pengurusan
kendiri, vi) mempunyai kesedaran terhadap kepentingan sekeliling. Ini
menjelaskan golongan profesional sentiasa berurusan langsung dan
mempunyai tanggungjawab ke atas masyarakat. Peningkatkan
pengetahuan dan kemahiran adalah wajib agar setaraf dan mengikuti
standard keperluan semasa dan up to date dalam menyampaikan‘ ’dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Menurut Bines dan Watson (1992), ciri-ciri penting golongan
profesional adalah i) memiliki kompetensi dan kelayakan yang
memberi kesan terhadap keupayaan mereka dalam melaksanakan
tugas, ii) golongan profesional memiliki lesen amalan profesional yang
memberi akreditasi kepada amalan professional mereka, iii)
mempunyai kawalan kendiri dalam perlaksanaan tugas yang
43
menentukan pengekalan standard dan akauntabiliti dalam organisasi
dan masyarakat, iv) memiliki jangkaan sekeliling terhadap kemahiran
dan pengetahuan golongan professional akan meningkatkan ganjaran,
status dan keyakinan pihak sekeliling.
Golongan profesional berkaitrapat dengan faktor kecekapan.
Dalam memastikan kecekapan golongan ini sentiasa dikemaskini dan
berkembang mengikut perubahan dan pembangunan semasa, golongan
profesional perlu menghadiri latihan, melakukan pembacaan dan
terlibat dalam program ilmiah seperti aktiviti konferens, seminar,
bengkel dan seumpamanya. Latihan anjuran institusi latihan atau
badan-badan profesional tertentu memberi kesan mendalam kepada
bidang profesional. Kerjasama badan profesional dalam merencana
program latihan profesional dapat menentukan latihan yang sesuai
untuk satu bidang profesional.
Golongan profesional juga adalah golongan yang sentiasa
mendorong diri untuk mewujudkan kualiti kerja yang profesional.
Keperibadian golongan ini yang sentiasa berkeinginan untuk
menampilkan perilaku yang dapat mencapai dan mendekati piawaian
tugas ideal agar dapat dijadikan sumber rujukan, mereka juga sentiasa
berusaha untuk meningkatkan mutu dan memelihara imej profesion,
sentiasa berkeinginan untuk mengejar kesempatan pengembangan
profesional yang dapat meningkatkan dan memperbaiki kualiti
pengetahuan dan keterampilan diri.
Peranan Jururawat sebagai Profesional
44
Secara umumnya jururawat berperanan dalam aktiviti penjagaan
kesihatan primer, sekunder, tertiar. Dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab, jururawat tertakluk kepada Akta Jururawat 1920, Akta
Bidan 1966, Code of Professional Conduct of Nursing, polisi, peraturan-
peraturan dan garis panduan bagi perlaksanaan dan peningkatkan
kualiti penjagaan kesihatan serta penglibatan dalam masyarakat,
keluarga dan komuniti.
Aktiviti perkhidmatan dan penjagaan perubatan primer terdiri daripada;
Aktiviti-aktiviti promosi kesihatan
Pencegahan dan pengawalan penyakit
Jagaan perawatan dan rehabilitasi
Penjagaan kesihatan ibu hamil
Penjagaan kesihatan ibu lepas bersalin
Kebidanan di rumah
Penjagaan kesihatan di sekolah
Penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak di bawah 6
tahun termasuk imunisasi
Pemakanan untuk ibu dan kanak-kanak
Perancangan keluarga
Jagarawatan kesihatan dewasa, remaja dan warga tua
Aktiviti perkhidmatan dan penjagaan perubatan sekunder dan tertiar
pula terdiri daripada;
Aktiviti-aktiviti penjagaan kesihatan di hospital-hospital
45
Tugas jagaan perawatan secara holistik dengan memantau
keadaan pesakit dari masa ke semasa
Mendokumenkan rekod kemajuan perawatan
Memberikan tindakan sewajarnya dan melaporkan keadaan
luar biasa pesakit kepada pihak yang bertanggungjawab
Terlibat dengan bidang pengkhususan iaitu bidang
kecemasan dan traumatologi, anestologi, rawatan rapid dan
hemodialisis
Perkhidmatan dan sub kepakaran dalam kejururawatan
terkini adalah Cardiology Nursing, Emergency/Trauma Nursing,
Ambulatory and Stroke Management in Nursing dan Oncology
Nursing
Pembelajaran
Pembelajaran bukan sahaja suatu persediaan untuk
kehidupan tetapi penting bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan
serta ia merupakan satu proses pembangunan insan secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu untuk membina kesedaran dan
nilai insaniah manusia. Pembelajaran juga merupakan proses perolehan
pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap (Meriam et. al, 2007).
Proses pembelajaran berlaku umpama putaran kehidupan (Maslin-
Prothero 1997), dari buaian hingga ke kubur, setiap peringkat usia
46
manusia dari peringkat sekolah, pengajian tinggi hingga alam dewasa
dengan meluas iaitu dirumah, tempat kerja dan masyarakat sekeliling
(Laal, 2012). Pembelajaran tidak berhenti di satu peringkat dan ianya
berterusan sepanjang hayat dalam kehidupan manusia (Mohd Azhar
et.al, 2004).
Pembelajaran di kalangan orang dewasa mula menjadi penekanan
pada masa kini dan dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat
(Mohd Azhar et. al, 2008). Pendekatan ini adalah untuk membangunkan
modal insan dan modal intelek dalam organisasi dan negara.
Pembelajaran berlaku dengan tiga kaedah iaitu melalui kaedah formal,
informal (Lester,1999) dan non-formal (Tissot, 2004). Menurut konsep
Dave dalam penulisan Gopee (2001), pembelajaran formal melibatkan
institusi pengajian seperti sekolah, kolej dan universiti; pembelajaran
informal terlaksana secara tidak langsung yang berlaku sepanjang
kehidupan dan pembelajaran nonformal pula pembelajaran yang
terancang namun tidak khusus seperti pembelajaran formal. Setiap
kaedah pembelajaran adalah mengikut keperluan, kepentingan dan
kehendak individu sendiri (Maslin-Prothero, 1997) dan pembelajaran
bukan hanya menghadiri kelas atau tutorial, malah ia perlu
dikendalikan secara positif dengan suasana pembelajaran klinikal yang
membolehkan peserta mengajukan soalan bagi mengembangkan
pemahaman (Maslin-Prothero, 1997).
Pendidikan Professional Berterusan
47
Pendidikan Profesional Berterusan di kalangan jururawat adalah
bagi mencapai tahap profesionalisma, peningkatan kualiti yang
memerlukan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ke tahap
tertinggi dan optima melalui menyambung pengajian serta sentiasa
mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat (Hapeel, 2004).
Program Pendidikan Profesional Berterusan adalah program
pembelajaran sepanjang hayat (Jarvis, 2005) yang mana program
pembelajaran dibina untuk mengingatkan semula kepada perkara asas
bidang profesional kepada perkara yang digunakan untuk praktis,
penyelidikan dan pendidikan bagi digunakan untuk perkhidmatan
kepada masyarakat umum terutamanya pesakit (Ryan, 2003).
Program pembelajaran juga adalah program tersusun yang
menyumbang kepada peningkatan serta penambahan tahap efektif
secara berpanjangan di kalangan ahli profesional. Program
pembelajaran melibatkan seluruh aktiviti pembelajaran yang boleh
menyumbang kepada peningkatan dan pengekalan kepada keefektifan
para profesional. Pembelajaran profesional dilaksanakan bagi memberi
kesedaran kepada profesional bahawa ilmu pengetahuan yang dimiliki
selepas menamatkan pengajian akan menjadi usang dan luput dalam
tempoh dua hingga lima tahun sekiranya ia tidak ditambahbaik dari
masa ke semasa secara berterusan (Gellies dan Petengill, 1993).
Pendidikan kejururawatan tidak terhenti setelah jururawat
diiktirafkan sebagai jururuwat terlatih atau jururawat berdaftar dengan
LJM. Secara asasnya pendidikan yang diperolehi akan menjadi usang
(Maslin-Prothero, 1997) dan luput setelah dua (2) hingga lima (5) tahun
selepas graduasi (Griffitts, 2002; Beatty, 2001). Perubahan dan
pertambahan teknologi dari masa ke semasa (Kristjanson dan Scanlon,
1989) memerlukan setiap profesional mengikuti perkembangan dan arus
48
perubahan agar sejajar dengan keadaan semasa (Brestovacki dan
Milutinovic, 2011). Dalam penjagaan dan rawatan kesihatan pesakit, ia
memerlukan jururawat yang berpengetahuan, berkemahiran dan
memiliki latihan yang khusus dalam memberikan perkhidmatan
tertentu kepada pesakit (Brestovacki dan Milutinovic, 2011), pendidikan
berterusan amat perlu diikuti oleh setiap jururawat bagi memastikan
kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mengendalikan pesakit berada
di tahap terkini. Walaupun dengan berbekalkan pengalaman dalam
memberikan perkhidmatan perawatan (Brestovacki dan Milutinovic,
2011), namun ianya tidak mencukupi sekiranya jururawat tidak diberi
pendedahan kepada teknologi dan amalan perawatan perubatan terkini.
Menurut Claire dan Christine (2006), profail Pendidikan
Profesional Berterusan secara signifikannya adalah untuk
meningkatkan keseluruhan sektor pekerjaan dalam tempoh beberapa
tahun yang mana proses pembelajaran yang diikuti oleh kakitangan
dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta prestasi kerja. Ia
memberi peluang kepada profesional untuk mengikuti pembelajaran
sebagai aktiviti penting yang merujuk kepada perancangan
pembelajaran yang direkabentuk bagi menyumbang kepada
pembangunan profesional (Barribal dan While, 1996) serta peningkatan
mutu pekerjaan.
Definisi yang dinyatakan oleh Friedman et. al (2000) terhadap
Pendidikan Profesional Berterusan ialah proses penyelenggaraan yang
sistematik, meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan
(Eggelmeyer, 2010), kemahiran serta pembangunan kepada kualiti
personal yang melibatkan bidang profesional dan kerja-kerja teknikal
dalam melaksanakan urusan kerja. Bolam (1993) pula menyatakan
Pendidikan Profesional Berterusan adalah bertujuan untuk
49
menambahkan pengetahuan profesional, meningkatkan kemahiran
profesional dan mendorong untuk menjelaskan kepada efektif nilai
profesional.
Secara amnya Pendidikan Professional Berterusan adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada
pengetahuan, teknik dan perkembangan terkini mengikut bidang atau
disiplin tertentu (Azahari, Khairuddin dan Shamsuddin, 1995) untuk
meningkatkan kemahiran perlaksanaan, pengetahuan (Murphy, Cross
dan McGuire, 2006) dan bidang penyelidikan (Danielson dan
Berntsson, 2007) yang dapat memberi kesan dan kebaikan kepada
kesihatan pesakit. Pendidikan profesional adalah program yang perlu
dilaksanakan berpanjangan dan bukanlah program pendidikan untuk
jururawat pada waktu kemasukan mereka sebagai jururawat atau lapor
diri sebagai jururawat dan berakhir setelah bergelar jururawat (An
Bord Altranais, 1994).
Gopee (2001) mendedahkan terma pembelajaran dewasa adalah
pembelajaran berulang iaitu aktiviti yang penting bagi peningkatan
kehidupan untuk meningkatkan tahap prestasi dan praktis profesional
terutama ditempat kerja (Mott, 2000). Pembelajaran berterusan adalah
pecahan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Manakala menurut
Perry (1995), Pembangunan Profesional Berterusan ditulis dan
dilaksanakan melalui Pendidikan atau Pembelajaran Professional
Berterusan.
Menurut Groteluschen (1985) dalam penulisan Bennett (2005),
menyatakan program pendidikan berterusan dilaksanakan melalui
kaedah pembelajaran formal secara separuh masa, sepenuh masa dan
jangka masa panjang yang dilaksanakan dan disertai secara individu
dan ianya adalah pembelajaran secara kolektif. Pendidikan Profesional
50
Berterusan secara formal dan informal adalah cara terbaik untuk
mengekalkan standard kualiti terbaik dalam meningkatkan pandangan
terhadap perkhidmatan penjagaan dan perawatan (Bahn, 2007).
Menurut definisi American Medical Nursing and Allied Health Dictionary
program pendidikan formal direkabentuk untuk mempromosikan
pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku profesional
jururawat(Anderson, Anderson dan Glanze, 1998). Program yang
dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat dan khusus; ada
diantara program kursus menyediakan sijil penyertaan dan jumlah
masa atau point keterlibatan.
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran profesional seperti
ceramah, kuliah, pembacaan, pembelajaran sendiri (berkenaan
perawatan kesihatan) secara maya (Muthu dan Mei Chan, 2008;
DeLeskey dan Fetzer, 2007) atau bahan bercetak, debat atau
perbincangan diantara jururawat terutama jururawat yang telah
mengikuti pembelajaran profesional, perbincangan atau mesyuarat
diantara pakar perawatan kesihatan dalam institusi profesional
(Brestovacki dan Milutinovic, 2011; Gopee, 2002), menghadiri konferens,
bengkel, seminar, kursus (Gopee, 2002; Doyle, 2006; Muthu, 2008),
perkongsian aspek pembelajaran (Brestovacki dan Milutinovic, 2011),
terlibat dalam pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi (Claire dan
Christine, 2006). Dalam penulisan Forsetlund (2009) menyatakan
perbincangan kearah pendidikan atau ilmuan, seperti kuliah, bengkel
dan kursus yang melibatkan praktis profesional memberi kesan yang
lebih dalam memberi perubahan dan membantu dalam praktis
profesional (Muthu, 2008).
51
Analisis yang dijalankan oleh Nonaka s dan Takeuchi s (1995)’ ’mendapati model pembelajaran berterusan dipraktiskan dengan
memuatkan pengetahuan, maklumat sosialis, pendedahan kepada
pengantarabangsaan, maklumat luaran yang meluas atau gabungan
kesemuanya. Dalam bidang profesional kejururawatan, kategori
pembelajaran profesional melalui program, ceramah kesedaran dan
kajian tambahan intravena yang memfokuskan kepada bidang praktis
penjagaan kesihatan seperti contoh kursus pengendalian makanan,
pencegahan kebakaran dan seumpanya (Barriball dan While, 2006)
Namun Garavan, Costine dan Heraty (1995) pula menyatakan
pembelajaran diperolehi apabila individu melakukan satu-satu perkara
secara praktikal, yang mana proses pembelajaran tidak hanya proses
pembelajaran yang berstruktur, mekanistik yang memiliki isi
kandungan kurikulum pembelajaran. Mereka berpendapat pembelajaran
adalah bidang yang luas yang merangkumi latihan berorientasi pekerja
dan pekerjaan melibatkan perubahan perilaku kakitangan dan
peningkatan pengetahuan dan pemahaman dalam satu-satu perkara.
Dengan ini, ia memberi peluang kepada profesional untuk menetapkan
pembelajaran sebagai salah satu aktiviti penting dalam bidang
profesional.
Bolam (1993) memberikan tiga (3) komponen keperluan
Pendidikan Profesional Berterusan iaitu i) latihan profesional
berterusan, ii) persidangan berterusan, dan iii) bengkel yang menjurus
kepada praktis dan kemahiran. Sokongan profesional berterusan
merangkumi pembuatan struktur hubungan dan interaksi antara
profesional dan Pendidikan Profesional Berterusan yang memberi fokus
kepada teori dan pengetahuan berasaskan penyelidikan.
52
Menurut Claire dan Christine (2006), elemen Pendidikan
Profesional Berterusan signifikan dengan pembangunan pembelajaran
berterusan yang mana ianya dirangkumkan dalam skala yang pelbagai
melibatkan pembelajaran jangka masa panjang, pembelajaran yang
memfokuskan kepada bidang pengetahuan (adakalanya lebih fokus
kepada pembelajaran dan kemahiran yang khusus dalam satu-satu
bidang), direkabentuk untuk disampaikan kepada profesional dengan
melibatkan kepakaran terhadap isi kandungan dalam bidang tersebut.
Pendidikan berterusan yang dilaksanakan dapat meningkatkan
prestasi kerja (Claire dan Christine, 2006), yang mana pendidikan
berterusan juga diklasifikasikan sebagai latihan (Spears dan Parker,
2002) iaitu pelaburan sesebuah organisasi (Joyce dan Cowman, 2007)
bagi membangunkan profesional mengikut saiz pembelajaran dalam
bidang profesional, bersepadu dan berpendudukan (Cervero, 2000) dan
mampu bersaing dengan pendidikan pra perkhidmatan.
Perlaksanaan penilaian pembelajaran berterusan seringkali tidak
terlalu memfokuskan kepada penilaian kompetensi dan prestasi. Ini
kerana kebanyakan latihan yang dijalankan kepada profesional tidak
mempunyai pemantauan berterusan, ini terbukti apabila tiada sistem
penilaian latihan yang sistematik dan komprehensif yang dijalankan
oleh penganjur program latihan (Azahari, Khairuddin dan Shamsuddin,
1995).
Menurut Rodgers , 1989 dalam penulisan Gallagher (2007),’menyatakan evolusi pendekatan konsep pendidikan berterusan adalah
seperti rajah berikut:
53
Rajah 1: Konsep Pendidikan Profesional Berterusan
Konsep evolusi ini adalah konsep keseluruhan Pendidikan
Profesional Berterusan, yang mana pembelajaran dipengaruhi oleh
individu profesional sendiri iaitu latar belakang peserta, sifat-sifat dan
kesan atau faedah yang dimiliki melalui Pendidikan Profesional
Berterusan. Pembelajaran profesional adalah pembelajaran dewasa yang
mana peserta program pembelajaran memahami dan mengetahui
secara jelas hala tuju dan objektif penyertaan program. Dimensi
profesional kejururawatan yang mengkehendaki jururawat untuk
mengikuti Pendidikan Profesional Berterusan bagi mengekalkan dan
meningkatkan kompetensi diri. Ini disokong oleh An Bord Altranis
(1994) yang menyatakan ia adalah keperluan bagi jururawat berdaftar
untuk memiliki pengetahuan baru dan mengemaskininya secara
berkala. Beliau juga menyatakan pendidikan berterusan dan
pembelajaran sepanjang hayat adalah penting untuk peningkatan
kompetensi profesional dan menghindari daripada pengetahuan tertentu
54
menjadi usang. Ini kerana pengetahuan yang tidak dikemaskini dan
usang boleh menjurus kepada prestasi kerja yang rendah, kurang cekap
dalam perlaksanaan praktis kerja yang boleh memberi kesan kepada
pesakit seperti ketidakupayaan atau kecatatan dan paling rumit boleh
menyebabkan kepada kematian (Beatty, 2001).
Domain amalan profesional kejururawatan yang menjadikan
pembelajaran profesional sebagai mandatori atau kewajipan telah
dipraktiskan di negara-negara membangun seperti Amerika Syarikat,
United Kingdom, Australia. Kewajipan ini diklasifikasikan sebagai akta
untuk dipatuhi oleh profesion jururawat di negara-negara tersebut, ia
dilaksanakan bagi mengelakkan daripada pengetahuan menjadi usang
dan tidak kompeten semasa menjalankan tugas serta sentiasa
mengemaskini pengetahuan. Program pembelajaran profesional perlu
melalui struktur pembelajaran yang lengkap dan tepat bagi memastikan
pembangunan dalam bidang pengkhususan kejururawatan dan
pengurusan dapat dilaksanakan (An Bord Altranais, 1994).
Selain daripada untuk meningkatkan kemahiran, kompetensi dan
mengemaskini pengetahuan, mereka dapat mengembangkan skop kerja
dan merancang pembangunan dan laluan kerjaya (Gallagher, 2007).
Pembangunan profesional dapat dilaksanakan dengan melaksanakan
program latihan secara dalaman (in-service training), latihan bidang
pengkhususan dan pendidikan berterusan. Program berpanjangan
diantara pembangunan profesional berterusan dan pembelajaran
sepanjang hayat perlu disokong dengan struktur pendidikan berterusan
(Gallagher, 2007). Hubungan pembelajaran profesional dan jururawat
boleh meningkatkan penjagaan terhadap pesakit dan praktis
kejururawatan (Gallagher, 2007).
55
Dalam konteks sosial politik dan ekonomi, jururawat perlu selari
dengan perkembangan teknologi perawatan semasa untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat sekeliling amnya.
Sehubungan itu, bagi mengikuti pembelajaran pihak majikan ada
diantaranya yang menyediakan dana galakan seperti perlaksanaan
program latihan, bengkel atau membiayai kakitangan yang mengikuti
program pembelajaran. Namun demikian, ada dikalangan jururawat
yang mengikuti pembelajaran dengan pembiayaan sendiri terutamanya
pendidikan secara formal.
Penglibatan orang dewasa dalam program pembelajaran
dipengaruhi oleh sikap individu sendiri, pengaruh ekstrinsik yang
melibatkan paksaan atau kewajipan adalah motivasi yang lemah
manakala motivasi intrinsik dalaman diri adalah pengaruh utama
keterlibatan (Kubsch et. al, 2003) dalam memperolehi nilai
pembelajaran sepanjang hayat. Faktor ekstrinsik yang mendorong
jururawat untuk terlibat dalam program pembelajaran adalah apabila
badan profesional kejururawatan mewajibkan jururawat berdaftar perlu
memiliki jumlah CPD point tertentu bagi membolehkan memperbaharui
APC. Syarat tersebut secara tidak langsung memberi kelebihan kepada
jururawat untuk meningkatkan kompetensi diri supaya mampu
memberikan perkhidmatan perawatan yang optima kepada pesakit dan
memastikan nilai akauntabiliti yang tinggi dalam perlaksanaan tugas
(Maslin-Prothero, 2005).
Melalui syarat mendatori tersebut akan wujudnya motivasi
instrinsik iaitu semangat untuk meningkatkan diri, sentiasa mengikuti
perkembangan sebagai inovasi dalam profesion (Fewcett dan Strickland,
56
1998) menunaikan tanggungjawab diri dan profesional serta perasaan
ingin tahu yang menebal (Kubsch et al., 2003).
Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan
Pendidikan Profesional Berterusan adalah aspek penting dalam
suasana kerja profesional yang melibatkan perubahan pesat masyarakat,
peningkatan pengetahuan (Nolan, Owens dan Nolan, 1995; Wood, 2006)
berteraskan penyelidikan dan peningkatan inovasi dalam teknologi
(Cervero, 2000). Profesional terlibat dalam pembelajaran profesional
adalah untuk memenuhi kehendak personal, memiliki autoriti tahap
profesional, peningkatan kualiti profesional (Laszlo dan Strettle, 1996)
dan peningkatan kemahiran terutamanya bagi profesional yang terlibat
dalam bidang perlaksanaan klinikal yang memerlukan profesional
berhadapan dengan era baru dalam mengetahui perlaksanaan dan
pengalaman (Claire dan Christine, 2006). Selain dari itu, penglibatan
profesional dalam pembelajaran dapat meningkatkan tahap keyakinan,
kesedaran terhadap isu-isu profesional, peningkatan penjagaan keatas
pesakit dan menjalankan penyelidikan yang berpusat (Wood, 2006;
Whyte, Lugton dan Fawcett, 2000)
Kenyataan oleh Claire dan Christine (2006) pembangunan
profesional berterusan bukan sesuatu perkara yang ekslusif atau sukar,
malah ia adalah keperluan. Sehubungan itu, dalam persekitaran
pekerjaan yang moden, kadar peningkatan pembaharuan yang tinggi
yang memerlukan individu sentiasa mengemaskini pengetahuan agar
selari dengan pembaharuan (Roscoe, 2002). Oleh itu, profesional perlu
57
sentiasa belajar dan mempelajari perkara baru bagi mengekalkan
kemahiran yang bersesuaian dengan bidang profesional (Lester, 1999).
Bidang profesional sentiasa meningkatkan dan membangun
mengikut peredaran zaman dan masa. Pembaharuan teknologi terkini
memerlukan profesional sentiasa sedar dan bersedia dengan
perubahan. Perubahan ini juga mendorong kepada perubahan dalam
bidang kerjaya yang memerlukan profesional berpandangan ke hadapan
dan bersedia untuk melakukan perubahan dengan segera dan
mengambilnya sebagai cabaran dalam kerjaya (Browell, 2000).
Profesional perlu memahami perubahan dramatik yang memerlukan
profesional untuk sentiasa bersedia agar keupayaan kemahiran
profesional yang dimiliki dapat diaplikasikan secara maksima kepada
masyarakat.
Faedah penyertaan profesional dalam pembelajaran ialah dapat
meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran yang memberi
kemampuan kepada jururawat dalam melaksanakan tugasan harian
perawatan penjagaan kesihatan pesakit (Brestovacki dan Milutinovic,
2011) dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jururawat. Faedah secara
tidak langsung, ia mampu meningkatkan keupayaan peribadi, memberi
keyakinan dan keukuhan yang tinggi serta mampu meningkatkan tahap
kepuasan kerja.
Kesediaan Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
58
Kesediaan pembelajaran dikalangan orang dewasa dipengaruhi
oleh faktor kendiri individu dewasa terhadap keperluan dan
kepentingan untuk mengikuti pembelajaran. Kesediaan ialah istilah
yang merupakan satu bentuk proses yang melibatkan pengintergrasian
aspek fizikal, mental, emosi (kejiwaan, kerohanian) seseorang individu
dalam melaksanakan sesuatu tindakan (Parsell dan Bligh, 1999; Ismail,
2013). Justeru itu, kesediaan pembelajaran adalah penerimaan individu
dari aspek fizikal, mental dan emosi dalam menerima pengetahuan,
ilmu, pengalaman baru yang belum diperolehi oleh mereka sebelum
ini.
Kesediaan dari segi fizikal merujuk kepada aspek individu dari
segi perlakuan serta tindakan, keadaan persekitaran, peralatan,
kemudahan sekeliling (fasiliti) yang mencukupi untuk perlaksanaan dan
keterlibatan dalam pembelajaran. Kesediaan mental pula merujuk
kepada kemampuan individu dalam memberikan fokus kepada
pembelajaran, kesanggupan dan kematangan berfikir untuk terlibat
dalam pembelajaran. Kesediaan secara emosi iaitu penerimaan jiwa
terhadap perkara yang ingin dipelajari dan kerohanian melihat kepada
penetapan tujuan, fokus individu untuk terlibat dalam pembelajaran.
Sehubungan itu, kesediaan jururawat untuk terlibat dalam
pembelajaran dipengaruhi secara langsung oleh faktor persekitaran dan
faktor dalaman. Menurut Jarvis (2005), persekitaran sekeliling, latar
belakang keluarga yang menerapkan pembelajaran, sokongan daripada
majikan membuatkan jururawat lebih bersedia untuk terlibat dengan
lebih mendalam dalam pembelajaran profesional.
59
Konsep kesediaan belajar jelas difahami sebagai kerelaan
menerima pengalaman pembelajaran baru iaitu pelajar dapat menerima
pengalaman atau ilmu yang baru pada bila-bila masa sahaja dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Abd Rahim dan Sarah Liyana,
2011). Jika pelajar tidak bersedia untuk menerima pengalaman
pembelajaran yang baru maka akan terjadi paksaan dalam proses
pembelajaran tersebut. Paksaan ini tidak akan menghasilkan
kesempurnaan di dalam proses pembelajaran (Ee, 1992). Kesediaan
pelajar merupakan aspek penting dalam menerima pengalaman
pembelajaran baru. Jika tiada kesediaan belajar, pelajar akan
menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Syarifah Alawiyah (1992), waktu paling berkesan pelajar
belajar adalah pada ketika mereka sudah bersedia. Pelajar yang tidak
bersedia mempelajari sesuatu tidak akan dapat mempelajarinya secara
efisyen.
Pengetahuan yang berasaskan teknologi baru, perubahan pesat
teknologi dan globalisasi mempengaruhi profesional untuk
meningkatkan kecekapan dan kemahiran (Laal dan Saalmati, 2012).
Keperluan pengemaskinian pengetahuan dan kemahiran dikalangan
profesional amat perlu dan ditekankan kerana perubahan pesat
globalisasi kini mementingkan pemahaman dalam kemahiran untuk
dipraktiskan. Pengetahuan dan kemahiran mampu untuk
menginterpretasikan dan memproses informasi dan maklumat sekeliling
mengikut standard yang diterima pakai dalam komuniti. Berikutan itu,
profesional harus sentiasa bersedia untuk meningkatkan, mengekalkan
tahap kompetensi, kemahiran, kebolehan, pengetahuan, pendidikan dan
keupayaan yang tinggi untuk berhadapan dengan komuniti dan
masyarakat (Abukari, 2004).
60
Pendidikan Profesional Berterusan meliputi segala aktiviti
pembelajaran secara formal, informal dan non-formal (Field, 2001;
Aspin dan Chapman, 2000) yang merangkumi kepada peningkatan,
perubahan dan penambahan terhadap kemahiran, tingkah laku dan
sikap. Ianya bergantung dan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling yang
dijadikan sebagai pengalaman dalam kehidupan. Keinginan untuk
mengikuti pembelajaran secara amnya diperolehi oleh semua orang
(Laal dan Saalmati, 2012), namun ianya perlu diberikan ketetapan dan
dipupuk bagi memperolehi manfaat yang maksima.
Melalui keinginan dalam diri akan wujudnya kesediaan untuk
mengikuti pembelajaran profesional dikalangan profesional. Jururawat
sebagai profesional perlu fleksibel dan bersedia untuk memahirkan dan
melatih semula untuk penyesuaian dan peningkatan dalam
perkhidmatan perawatan kesihatan. Kesediaan dalam Pendidikan
Profesional Berterusan memberi faedah sepanjang kehidupan yang
mana profesional dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan
kompetensi dalam bidang profesional yang diamalkan.
Kesediaan untuk terlibat dalam pembelajaran dipengaruhi oleh
faktor dalaman dan luaran jururawat. Motivasi intrinsik adalah
pendorong yang paling kuat dalam mempengaruhi jururawat untuk
terlibat dalam pembelajaran. Ini disahkan dalam kajian Murphy, Cross
dan McGuire (2005), yang mana hasil kajian mendapati kehendak,
penetapan dan kepentingan dalam diri responden yang mempengaruhi
responden untuk terlibat dalam pembelajaran iaitu keperluan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, peningkatan terhadap
kepuasan kerja dan peluang untuk kenaikan pangkat.
Walaupun terdapat beberapa faktor yang menghalang jururawat
untuk terlibat dalam pembelajaran namun ianya terhad kepada kaedah
61
pembelajaran yang hendak diikuti. Aktiviti pembelajaran secara
informal dan non-formal tidak mendatangkan kekangan kepada
jururawat untuk terlibat kerana ianya lebih kepada perbincangan,
pertukaran idea dan perkongsian pengalaman. Ia menjadi terhad dan
kekangan apabila pembelajaran yang diikuti memerlukan penggunaan
kos, pembahagian terhadap masa diantara keluarga dan kerjaya dan
tanggungjawab lain yang mengekang keterlibatan.
Faktor Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
Bidang profesional adalah bidang yang disertai oleh golongan
dewasa yang mana keterlibatan pembelajaran oleh individu dewasa
seringkali ditentukan oleh individu dewasa itu sendiri dan dipengaruhi
oleh beberapa faktor lain yang mendorong individu dewasa membuat
keputusan untuk terlibat dalam pembelajaran profesional. Houle (1980)
menyatakan terdapat tiga (3) orientasi diri individu dewasa yang
terlibat dalam Pendidikan Profesional Berterusan iaitu i) dewasa yang
berorientasikan matlamat iaitu individu yang terlibat mempunyai
pengalaman pembelajaran dengan merasakan pembelajaran adalah
penting, ii) dewasa yang berorientasikan aktiviti, mereka tidak
mempunyai hubungan terhadap kandungan dan tujuan pembelajaran,
iii) individu berorientasikan pembelajaran adalah dewasa yang
bertujuan untuk menambah pengetahuan dalam sesuatu pembelajaran.
Jururawat sebagai bidang profesional perlu menghadiri dan
menyertai pembelajaran sepanjang hayat bagi membolehkan jururawat
62
mencapai tahap profesionalisma dengan memiliki kemahiran, tahap
pendidikan yang tinggi. Penglibatan jururawat dalam aktiviti
pembelajaran profesional seringkali dipengaruhi dan didorong oleh
pendidik jururawat (nurse educator), pengurus jururawat dan rakan
sekerja (Muthu, 2008).
Sebelum kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan
mewajibkan jururawat perlu menghadiri pembelajaran profesional pada
tahun 2008, Akta Kejururawatan Malaysia 1950 tidak menetapkan
sebarang syarat yang memerlukan jururawat untuk terlibat dalam
pembelajaran profesional. Namun, peredaran dan keperluan semasa,
kini jururawat terlatih perlu terlibat dengan pembelajaran profesional,
jururawat terlatih perlu memiliki sekurang-kurangnya 25 mata nilai
untuk membolehkan mereka memperbaharui lesen amalan
kejururawatan. Sebelum tahun 2008, jururawat di Malaysia terlibat
dengan pembelajaran profesional adalah secara sukarela dan kesedaran
masing-masing terhadap kepentingan pembelajaran.
Ia disokong oleh Cervero (2000), yang menyatakan profesional
yang mengikuti Pendidikan Profesional Berterusan memerlukan institusi
profesional untuk memperbaharui sijil dan lesen amalan profesional
sekaligus memberi kesan kepada profesional untuk terlibat dalam
pembelajaran. Melalui arahan mandatori tersebut, jururawat secara
tidak langsung dapat meningkatkan kompetensi, produktiviti dalam
tugas profesional, pembangunan kepada kemahiran baru dan sentiasa
mengikuti perkembangan dalam bidang kejururawatan (Adami dan
Kiger, 2005; DeSilets, 1995)
Grotelueschen (1985) dalam kajian Childers (1997), mendapati
profesional yang terlibat dalam Pendidikan Profesional Berterusan
63
adalah untuk i) meningkatkan dan membangunkan bidang profesional,
ii) memberikan perkhidmatan profesional, iii) interaksi dan
pembelajaran dengan rakan profesional, iv) komitmen dan refleksi
dalam profesional, dan v) kepentingan peribadi untuk keutuhan kerja.
Cervero (1981) menggunakan skala Participation Reasons Scale (PRS) untuk
mengenalpasti sebab doktor (sebagai profesional) mengikuti Pendidikan
Profesional Berterusan. Dapatan kajian mendapati doktor mengikuti
pembelajaran adalah i) untuk mengekalkan dan meningkatkan
kompetensi profesional dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit,
ii) untuk meningkatkan kedudukan personal dalam bidang profesional,
iii) untuk memahami diri sendiri sebagai profesional dan iv)
memudahkan untuk berkomunikasi dengan rakan seprofesional.
Penglibatan profesional dalam pembelajaran profesional secara
amnya adalah untuk peningkatan kendiri, penambahan pengetahuan
dan kemahiran agar yakin dalam setiap perlaksanaan tugas dan
tanggungjawab yang dilaksanakan agar selari dan sejajar dengan
peredaran serta keperluan semasa. Ahli profesional sering dipandang
tinggi oleh masyarakat umum (Azahari, Khairuddin dan Shamsuddin,
1995) disebabkan oleh ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka
adalah terhad dalam bidang profesional tersebut. Sehubungan itu,
profesional harus sentiasa bersedia dengan segala keperluan dan
kehendak sekeliling bagi meningkatkan mutu perkhidmatan profesional.
Rajah adalah hasil dapat kajian Hughes (2005) yang menunjukkan
bagaimana jururawat menerima faedah dan kebaikan melalui
pembangunan profesional berterusan,
64
Pembangunan Profesional BerterusanMeningkatkan pengetahuan
amalan
Pengemaskinian ‘up to date’PengetahuanMengulangkajiPraktis Isu terkiniTeknologi
Belajar dari pihak lain
Pertukaran pengetahuan dan maklumat
RangkaianCabaranKeyakinan diriCabaran dari
pihak lainAnalitikalKomunikasiPersoalan
RefleksiMelalui
provokasi
PenyelidikanPengetahuan dari
penyelidikanPerlaksanaanPerubahan
MotivasiPembaharuan minat
Mengelak daripada kekal statik
PromosiKepimpinan
AkauntabilitiPraktis keselamatan
AkauntabilitiKesedaran
PendidikanPendidikan dan sokongan dari pihak lain
Rajah 2: Faedah dan Kebaikan Mengikuti Pembangunan
Profesional Berterusan
Motif keterlibatan dalam pembelajaran dan latihan berhubungkait
dengan ciri-ciri profesion, peranan organisasi dan persediaan
pendidikan terdahulu (Houle, 1980). Pengkaji terdahulu menggunakan
Participation Reasons Scale (PRS) dalam mengenalpasti hubungkait antara
Pendidikan Profesional Berterusan dengan keterlibatan profesion,
motivasi, tahap kepuasan bekerja, kepimpinan sebagainya. Kajian yang
dilaksanakan oleh Grzyb, Graham dan Donaldson, (1998) menggunakan
skala PRS untuk mengukur hubungan latar belakang akademik,
kepimpinan, fungsi tugas dan pengkhususan bidang terhadap
keterlibatan profesional dalam pembelajaran berterusan. Kajian
mendapati latar belakang, kepimpinan, fungsi tugas, pengkhususan
bidang akademik tidak memberi hubungan signifikan dengan
keterlibatan dalam pembelajaran. Implikasi kajian mendapati konteks
organisasi memberi kesan kepada profesional untuk terlibat dalam
65
pembelajaran. Pengkhususan latihan yang khusus berkaitan dengan
bidang tugas juga mempengaruhi profesion untuk terlibat dalam
latihan.
Pendidikan Professional Berterusan dan Peluang Kerjaya bagi
Jururawat
Dalam konteks jururawat Pendidikan Profesional Berterusan
dinyatakan sebagai proses pembangunan pembelajaran sepanjang
hayat, yang mana ia dilaksanakan melalui pra syarat program
pendidikan jururawat (An Board Altranais, 1994; Peck, McCall dan
McLaren, 2000) Pembelajaran berterusan adalah pengalaman
pembelajaran yang diperolehi oleh pekerja untuk peningkatan kerjaya.
Menurut Claire dan Christine (2006), pembangunan profesional
berterusan untuk jururawat dan bidan adalah perkara penting bagi
peningkatan kerjaya dalam bidang professional tersebut.
Praktis pembangunan profesional kini telah mengalami
perubahan daripada kaedah pembelajaran formal kepada model
pembelajaran keterlibatan yang lebih berasaskan kepada bidang kerja
dengan melaksanakan kaedah pembelajaran secara informal (Lester,
1999; Lammintakanen dan Kivinen, 2012). Kebanyakan jururawat kini
lebih terbuka untuk melaksanakan pembelajaran melalui pembelajaran
berasaskan tugas atau pekerjaan dan kaedah pembelajaran sebegini
lebih berhasil melalui perbincangan dengan rakan dalam profesional
yang sama (Zaleska dan de Manezes, 2007; Tynjala, 2008)
66
Pelbagai kaedah pembelajaran yang dilaksanakan untuk
memenuhi keperluan pembangunan profesional mengikut kesesuaian
profesional (Gould, Drey dan Berridge, (2006). Namun aktiviti
pembelajaran secara formal dengan adanya jurulatih atau tenaga
pengajar masih menjadi pilihan. Memandangkan jumlah jururawat
yang terhad pada masa kini, ada segelintir jururawat yang tidak
berkesempatan untuk terlibat secara langsung dengan pembelajaran
formal disebabkan oleh beberapa kekangan (Lammintakanen dan
Kivinen, 2012). Dengan itu, adalah amat digalakkan untuk jururawat
melaksanakan kaedah perlaksanaan Pendidikan Profesional Berterusan
melalui perbincangan secara berkumpulan secara tidak langsung akan
terwujudnya organisasi pembelajaran. Ia juga lebih mudah untuk
dilaksanakan.
Menurut Chartered Institute for Personal and Development (CIPD),
individu perlu mengikuti Pendidikan Profesional Berterusan kerana ia
dapat menambahbaik curiculum vitae (CV), pengiktirafan profesional,
mempercepatkan progres peningkatan kerjaya, meningkatkan upah
gaji, dan meningkatkan tahap kepuasan kerja. Prinsip pembelajaran
sepanjang hayat dan pembangunan profesional adalah sebahagian
daripada aktivtiti dalam bidang kejururawatan, ini memberi maksud
pembealajaran di tempat kerja telah berkembang mengikut perubahan
insititusi kesihatan yang berubah mengikut pembangunan
pengetahuan, teknologi, bidang tugas dan organisasi serta prosedur
kerja (Nutley dan Davies, 2001; Danielson dan Berntsson, 2007).
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Hughes (2005), Nurses
Perception of Continuing Professional Development mendapati jururawat
mempunyai tingkah laku yang positif terhadap pembangunan
67
profesional dan mempunyai minat yang tinggi terhadap pembangunan
profesional berterusan, ianya juga disokong oleh Griscti dan Jacono
(2006) dan Lundgren (2011).
Kursus Pos Basik-Pengkhususan
(Istilah dari KKM) Maklumat daripada Portal Rasmi Bahagian
Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan Kursus
Pos Basik-Pengkhususan menyatakan kursus pos basik mula
diperkenalkan pada tahun 1959 di Sekolah Latihan Jururawat Johor
Bahru iaitu Kursus Pos Basik Kebidanan Bahagian 1. Ia mula
berkembang dan pada masa ini terdapat 54 kursus pos basik-
pengkhususan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pendidikan, KKM.
Mulai tahun, 2005, konsep kursus pos basik telah ditukar kepada
kursus pengkhususan yang mana prosedur-prosedur di dalam buku
log kursus tersebut telah dipertingkatkan tahapnya dari segi‘ ’pengajaran dan pembelajaran dan ia boleh digunapakai bagi tujuan
pentauliahan. Pada masa ini terdapat empat (4) kursus pengkhususan
yang telah dijalankan bagi tujuan pentauliahan iaitu Kursus Perawatan
Kecemasan, Kursus Perawatan Oftalmik, Kursus Perawatan Perioperatif
Dan Kursus Perawatan Rapi.
Kursus pos basik-pengkhususan adalah anjuran Bahagian
Pengurusan Latihan, KKM untuk meningkatkan tahap kemahiran
Anggota Sains Kesihatan Bersekutu dalam bidang tugas mereka. Ia
dilaksanakan secara formal yang mana tempoh latihan yang dijalankan
adalah selama 6 bulan atau 12 bulan mengikut bidang pengkhususan.
68
Kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran khusus dalam bidang pengkhususan jururawat. Melalui
kursus pos basik yang diikuti, jururawat boleh dikategorikan sebagai
pakar dalam bidang perawatan yang diikuti serta layak untuk
memberikan konsultansi, pendapat dan nasihat kepada pesakit terhadap
perawatan kesihatan. Program ini juga menawarkan elaun semasa
berkursus dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.
Terdapat lebih 24 bidang pos basik yang boleh diikuti oleh
jururawat bagi meningkatkan dan memperkukuhkan bidang perawatan
mereka. Ia terdiri daripada Kebidanan , Kejujurawatan Kesihatan
Awam, Perawatan Neonat, Perawatan Pediatrik, Anaesthesia,
Kecemasan, Gastrointestinal Endoscopy, Penjagaan Kesihatan Primer,
Perawatan Gerontologi, Perawatan Koronari, Perawatan Oftalmik,
Perawatan Onkologi, Perawatan Ortopedik, Perawatan Perioperatif,
Perawatan Psikiatri, Perawatan Rapi, Perawatan Renal, Perawatan
Diabetes, Perubatan Sukan, Perawatan Otorinolaringologi, Forensik,
Perawatan Neurosains, Perawatan Perianestesia, Perawatan Rehabilitasi
dan Kawalan Infeksi.
Jururawat yang mengikuti kursus pos basik layak menerima
Elaun Sara Hidup (ESH) seperti yang tertakluk dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005. Berikut adalah jadual tuntutan yang
layak dituntut setelah mengikuti kursus pos basik:
Jadual 2: Tuntutan Elaun Sara Hidup (ESH) Mengikuti Kursus Pos
Basik/Pengkhususan
Perkara Syarat Tuntutan
69
Tuntutan Elaun Sara Hidup (ESH) semasa berkursus di Kolej Latihan
RM 25.00 (Dua puluh lima Ringgit Malaysia)sepanjang tempoh teori bagi kursus di luar IbuPejabat asal jika tidak disediakan tempatpenginapan dan makan / minum;
RM 15.00 (lima belas Ringgit Malaysia) seharibagi kursus di dalam kawasan Ibu Pejabattetapi di luar kompleks hospital / Ibu Pejabatasal dengan syarat kemudahan makan / minumtidak disediakan; dan
Tidak layak menuntut ESH jika berkursus diKolej Latihan yang terletak berdekatan dalamkompleks hospital / Ibu Pejabat tempat bertugasasal.
Tuntutan Elaun Sara Hidup (ESH) Semasa Latihan Amali di Kawasan Klinikal
RM 25.00 (Dua puluh lima Ringgit Malaysia)sehari sepanjang tempoh latihan amali bagimereka yang dihantar untuk latihan amali diluar kawasan Ibu Pejabat asal jika tidakdisediakantempat penginapan dan makan /minum;
RM 15.00 (lima belas Ringgit Malaysia) seharisepanjang tempoh latihan amali bagi merekayang dihantar untuk latihan amali di dalamkawasan Ibu Pejabat tetapi di luar komplekshospital /Ibu Pejabat asal dengan syaratkemudahan makan / minum tidak disediakan;dan
Tidak layak menuntut ESH jika mendalanilatihan amali di hospital / Ibu Pejabat tempatbertugas asal.
Pembayaran ElaunSara Hidup Semasa Cuti Akademik dan CutiUmum
Peserta kursus pos basik layak dibayar ESHyang sedang diterima semasa cuti akademik dancuti umum dalam tempoh berkursus.
Sumber: Elaun dan Kemudahan, Kursus Pos Basik / Pengkhususan,
Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Menyambung Pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan
Sarjana
70
Kebanyakan jururawat berdaftar di Malaysia memiliki Diploma
Kejururawatan, yang diperolehi melalui pembelajaran secara formal
dari institusi pengajian kejururawatan selama tiga tahun dan empat
tahun pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Institut Pengajian
Tinggi (IPT).
Sehubungan itu, jururawat berpeluang untuk mengikuti pengajian
di peringkat lebih tinggi samaada secara separuh masa atau sepenuh
masa. Dalam kajian yang dijalankan oleh Chan Chong et. al (2010),
jururawat kini telah mengambil inisiatif untuk menyambung pengajian
secara formal samaada dengan pembiayaan sendiri atau tajaan.
Dengan menyertai pendidikan formal, mereka berpeluang untuk
mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji, yang mana kemudahan
tersebut boleh digunakan sebanyak dua kali sepanjang perkhidmatan.
Walaupun skim jururawat menyediakan peluang untuk kenaikan
pangkat tanpa perlu mengikuti pembelajaran berterusan atau
pendidikan formal, namun ianya bergantung kepada pertimbangan
kenaikan pangkat yang berasaskan merit dan perlu memenuhi Syarat
Perkhidmatan dan syarat-syarat lain, diantaranya a) mencapai tahap
prestasi yang ditetapkan, b) diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua
Perkhidmatan, c) terdapat kekosongan jawatan, d) bebas dari tindakan
tatatertib, e) melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia, f) tidak tersenarai sebagai peminjam tegar dan g) telah
mengisytiharkan harta. Jururawat di bawah Gred U29, U32, U36 yang
menunjukkan prestasi cemerlang juga adalah layak untuk
dipertimbangkan dalam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke
jawatan pengajar U41 yang kosong tertakluk dengan syarat yang
ditetapkan.
71
Namun, kenaikan pangkat sedemikian tanpa pengetahuan,
kemahiran yang spesifik ianya tidak mencukupi, ini kerana
pembelajaran profesional yang diikuti dan dihadiri bakal memberikan
kemahiran, pengetahuan, maklumat kepenggunaan teknologi agar dapat
melaksanakaan perawatan kesihatan ke atas pesakit pada tahap yang
optima.
Pengwujudan skim perkhidmatan baru iaitu Skim Perkhidmatan
Bersepadu memberi peluang kerjaya yang lebih luas kepada jururawat
untuk menjawat jawatan di peringkat Pengurusan dan Profesional iaitu
U41 hingga U54. Ini selaras dengan anjakan paradigma terhadap skim
perkhidmatan kejururawatan.
Kajian-Kajian Lepas Pendidikan Profesional Berterusan
Dalam kajian DeSilete (1990), Motivational Reasons Which Influence
The Participation of Registered Nurses In Continuing Professional Education
Program yang melihat hubungan fungsi kerja dengan ciri-ciri
demografi. Kajian mendapati jururawat yang bersedia untuk terlibat
dalam Pendidikan Profesional Berterusan adalah untuk memperolehi
pengetahuan dan kemahiran baru. Terdapat lima (5) faktor jururawat
terlibat dalam pembelajaran berterusan adalah untuk meningkatkan
dan membangunkan bidang profesional, meningkatkan perkhidmatan
profesional, interaksi dan perkongsian pengetahuan dengan rakan
seprofesional, kepentingan personal dan keutuhan kerja dan komitmen
dan refleksi dalam profesional.
72
Kajian yang dilaksanakan oleh Lammintakanen dan Kivinen
(2012), Continuing Professional Development in Nursing: Does Age Matter? Hasil
kajian mendapati 90 peratus daripada responden melaksanakan latihan
melalui latihan jangka masa pendek dengan menghadiri konferen,
perbincangan dengan rakan sekerja, kajian ulasan penilaian prestasi,
mesyuarat dan perbincangan terhadap perancangan dan pembangunan
kerja serta perlaksanaan arahan kerja. Manakala 40 peratus daripada
responden dalam institusi kesihatan melaksanakan sistematik
pemantauan terhadap rakan sekerja, perbincangan dan perkongsian
pengalaman dalam kumpulan kecil, pengetahuan, pangkalan data
kepakaran dalam organisasi; penilaian kendiri yang sistematik dan
perancangan terhadap peningkatan kerjaya.
Kajian yang dilakukan oleh Ryan (2003), Continuous Professional
Development along the Continuum of Lifelong Learning ke atas kumpulan
profesional perawatan kesihatan iaitu jururawat, terapi carakerja dan
fisioterapi mendapati faktor yang memotivasikan mereka mengikuti
Pendidikan Profesional Berterusan adalah untuk meningkatkan
pengetahuan dalam bidang profesional. Maklumbalas dari fisioterapi
menyatakan mengikuti pembelajaran menggalakkan mereka untuk
mengemaskini pengetahuan terkini agar tidak berada dalam keadaan
statik. Manakala kumpulan terapi carakerja berpendapat pembelajaran
yang diikuti mengelakkan pengetahuan yang dimiliki daripada lapuk
dan ketinggalan. Pendidikan Profesional Berterusan berkaitrapat dengan
pakar terapi carakerja untuk mengekalkan dan meningkatkan taraf
bidang profesional, ini adalah kerana pengiktirafan terhadap nilai
Pendidikan Profesional Berterusan bergerak selari dengan syarat
perlaksanaan bidang tugas profesional. Dalam kajian ini, kumpulan
73
jururawat adalah kumpulan terbesar, namun kebanyakan daripada
jururawat tidak memberikan respon terhadap pembelajaran berterusan
ini adalah kerana mereka tidak menyertai dan terlibat dalam
pembelajaran Pendidikan Profesional Berterusan.
Kajian oleh Hughes (2001), Nurses’s Perception Of Continuing
Professional Development, kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan terdiri daripada lapan (8) faktor iaitu i) memerlukan
profesional untuk sentiasa mengemaskini (up to date), ii) belajar dari
pihak lain, iii) cabaran dalam profesional, iv) refleksi, v) penyelidikan,
vi) motivasi, vii) akauntabiliti dan x) pendidikan. Kajian merumuskan
profesional akan memperolehi perkara-perkara yang dinyatakan melalui
keterlibatan dalam pembelajaran dan menyedari Pendidikan Profesional
Berterusan dapat memberi faedah yang besar kepada profesional.
Kajian Chan Chong et. al (2010), What Influences Malaysian Nurses to
Participate in Continuing Professional Education Activities? yang dilaksanakan
oleh mendapati hanya 71% responden daripada 792 orang responden
mengikuti aktiviti pembelajaran profesional dalam tempoh dua belas
(12) bulan kebelakang, walaupun perlaksanaan mandatori Lembaga
Jururawat Malaysia mewajibkan jururawat mengikuti program
pembelajaran profesional dan kurang daripada 50% jururawat yang
memperolehi nilai mata kredit 25 ke atas. Faktor motivasi yang
mendorong jururawat untuk terlibat dalam program pembelajaran
profesional dalam kajian ini adalah untuk menerima pendedahan
dalam memberikan kualiti perawatan kesihatan terbaik kepada pesakit,
untuk mengemaskini pengetahuan, penambahbaikan kemahiran dalam
74
praktis klinikal, meningkatkan kemahiran komunikasi dan bagi
mendapatkan pengetahuan untuk pengekalan status profesional.
Manakala kajian oleh Jain dan Martindale (2012), Facilitating
Continuous Learning: A Review of Research and Practice on Individual Learning
Capabilities and Organizational Learning Environments menyatakan pekerja
berusia (40 tahun ke atas) kurang motivasi untuk mengikuti
pembelajaran dibandingkan dengan pekerja muda dan mereka kurang
terlibat dengan aktiviti latihan dan pembangunan secara formal. Ini
kerana mereka berpendapat latihan tidak releven dan kurang penting
untuk kerjaya jika dibandingkan dengan pekerja muda.
Berkemungkinan juga mereka berpendapat, mereka telah memiliki
pengetahuan dan pengalaman yang cukup untuk melaksanakan tugas
dan tanggungjawab kerja. Hubungan antara umur dan pembelajaran
berterusan berbeza mengikut faktor peribadi dan situasi,
hasil kajian juga mendapati individu yang berusia lebih
perlahan untuk belajar dibandingkan dengan individu muda dan
adakalanya memberi kesan negetif kepada individu berusia
untuk aktif dalam pembelajaran berterusan. Secara umumnya
pekerja berusia tidak berminat secara langsung untuk
mempelajari kemahiran baru, mereka lebih terbuka untuk
proses pembelajaran sosial dan percaya terhadap perkongsian
ilmu dan pengalaman. Sehubungan itu, motivasi dalam keterlibatan
dan kesediaan dalam Pendidikan Profesional Berterusan berbeza
75
diantara pekerja berusia dan pekerja muda. Manakala bagi jantina,
kajian mendapati wanita kurang terlibat dalam pembelajaran
berterusan, ia berkemungkinan dipengaruhi oleh bidang tugas yang
dipikul diantara wanita dan lelaki. Namun hasil dapatan ini tidak
memiliki kesahihan dan memerlukan kajian yang berterusan. Bagi hasil
dapatan latar belakang pendidikan ia mempengaruhi kesediaan untuk
terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan mempunyai hubungan positif
di antara tahap pendidikan dan pembangunan bidang kerjaya. Untuk
status pekerjaan, pekerja yang berjawatan tinggi lebih banyak terlibat
dengan kursus, latihan, aktiviti pembangunan dan perancangan kerjaya
dan berbeza dengan pekerja yang status rendah yang kurang minat
untuk terlibat dalam pembelajaran dan pembangunan diri.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
76
Bab ini menerangkan maksud, tujuan, jenis dan peranan reka
bentuk penyelidikan dengan menekankan kepada penganalisisan tahap
pembolehubah, pengaruh dan pengamatan untuk mencapai objektif dan
matlamat kajian. Aspek-aspek yang dibincangkan meliputi, rekabentuk
kajian, persampelan kajian, kaedah pengumpulan data dan
penganalisisan data.
Rangka Kajian
Rajah 3 – Rangka Kajian
Rangka Kerja Penyelidikan
77
Angkubah Bersandar (Dependent Variable)
Tahap Pembelajaran Pendidikan Profesional Berterusan
Tahap Kesediaan Tahap Penglibatan
Angkubah Tidak Bersandar (Independent Variable)
1. Demografi Umur Status Perkahwinan Kelayakan akademik Disiplin berkhidmat Pengalaman tahun
2. Jenis Penglibatan Pembelajaran
Kali terakhir sertai pembelajaran
Jenis-jenis
Kajian adalah untuk melihat hubungan demografi responden
dengan kesediaan keterlibatan dan kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan serta mengetahui sejauhmana tahap kesediaan, keterlibatan
dan kepentingannya. Kajian juga melihat kepada keterlibatan responden
dalam Pendidikan Profesional Berterusan. Responden terdiri daripada
jururawat gred U29 dan Ketua Jururawat gred U32 dari pelbagai
disiplin. Responden dipilih secara rawak melalui sampel kajian.
Tempat Kajian
Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah hospital kerajaan di
negeri Selangor, Unit Kejururawatan. Unit terdiri daripada sembilan
(9) disiplin iaitu Disipilin Kritikal, Dewan Bedah/CSSD, Medikal,
Surgikal, Obstretrik dan Ginekologi (O&G), Jabatan Kecemasan (ED),
Ortopedik, Pediatrik dan Psikiatrik. Di setiap disiplin terdiri daripada
wad dan klinik.
Di disiplin kritikal terdapat wad SCN (wad rawatan rapi), wad
NICU (neonatal incentive care unit atau wad rawatan neonatal), wad CCU
(critical care unit atau unit rawatan critical) dan wad ICU (insentive care
unit atau wad rawatan rapi). Disiplin dewan bedah/CSSD (Central Sterile
Service Department) yang mempunyai 3 Dewan bedah dan 1 Unit
Khidmat Steril. Disiplin Medikal pula mempunyai 2 wad perubatan dan
1 klinik pakar perubatan. Disiplin Surgikal mempunyai 2 wad surgeri,
1 klinik surgeri dan pusat endoskopi. Disiplin O&G (Obstretrik &
Ginekologi) mempunyai 1 wad Obstretrik, 1 wad ginekologi, 1 wad
78
kelahiran, HDU labour room dan Klinik O&G. Bagi disiplin ED
(Emergency Department) dan Ortopedik mempunyai 2 wad orthopedik,
klinik ortopedik dan Jabatan Perubatan Kecemasan. Manakala Disiplin
Pediatrik dan Psikiatrik mempunyai 1 wad pediatrik, 2 wad psikiatrik,
klinik pediatrik, klinik psikiatrik dan unit komuniti psikiatri.
Kriteria Penetapan Responden
Berikut adalah kriteria responden yang ditetapkan:
i) Jururawat yang berdaftar dengan LJM
ii) Semua jururawat dan ketua jururawat yang bertugas sepenuh
masa di setiap disiplin (wad dan klinik)
iii) Pengurus jururawat adalah terkecuali daripada menjadi
responden
iv) Jururawat dalam cuti belajar, cuti bersalin dan cuti tanpa gaji
tidak dimasukkan sebagai senarai responden
Persampelan Kajian
Formula Krejcie dan Morgan (1970) digunakan untuk penetapan
saiz sampel:
S = saiz sampel yang dikehendaki N = saiz populasi
79
P = perkadaran populasi (jangkaan 0.50 yang memberisaiz sampel yang maksima)
D = tahap ketepatan sebagai bahagian yang dinyatakan(0.05)X2 = nilai jadual khi-kuasa dua untuk satu darjah
kebebasan di tahap keyakinan 0.05 (3.841)
sampel saiz kajian
Kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah
berstrata. Kaedah ini dipilih kerana populasi kajian terdiri daripada
beberapa kumpulan homogenus yang berbeza dan tidak bertindih.
Setiap subjek kajian mempunyai peluang yang sama untuk dipilih
sebagai sampel iaitu setiap sampel dari sub populasi mempunyai
peluang yang sama untuk mewakili populasi. Pemilihan kaedah ini
akan mengurangkan ralat persampelan dan pemilihan sampel
berkadaran peratus yang sama bagi setiap strata populasi.
Populasi kajian adalah jururawat yang berkhidmat di Unit
Kejururawatan dengan jumlah populasi seramai 340 orang yang terdiri
daripada jururawat terlatih gred U29 dan ketua jururawat U32. Sampel
80
kajian diperolehi dengan menggunakan formula adalah seramai 181
orang.
Sampel kajian terdiri dari semua jururawat dan ketua jururawat
yang berkhidmat di sembilan (9) disiplin yang mana setiap disiplin
terdiri daripada wad, klinik, pusat dan jabatan. Pembahagian sampel
adalah dengan menetapkan seramai 6-7 jururawat berserta ketua
jururawat di setiap disiplin sebagai responden.
Prosedur Kajian
Data kajian dikumpul melalui data primer. Data-data primer
diperolehi melalui borang soal selidik. Penggunaan borang soal selidik
memudahkan pengumpulan data dan dapat memastikan mutu kualti
data. Set soalan data mengikut kategori yang ingin dikaji iaitu setiap
soalan adalah berkaitan antara satu sama lain dan mudah dirumuskan.
Set soalan borang soal selidik akan dibahagikan kepada tiga bahagian
yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D.
Instrumen kajian
Pembentukan soal selidik direka melalui pembacaan dan analisis
terhadap kajian-kajain terdahulu iaitu kajian oleh Azhar et.al (2004),
Chan Chong et. al (2010), Muthu (2008) dan Aiga (2006), ianya direka
dan disusun mengikut objektif kajian.
81
Kaedah Pengumpulan Data
Borang Soal selidik
Bahagian A borang soal selidik mempunyai soalan yang meliputi
demografi responden iaitu jantina, umur, status perkahwinan, taraf
pendidikan, tahun pengalaman bekerja, pengkhususan, disiplin/jabatan
berkhidmat dan penjadualan kerja.
Bahagian B terdiri daripada soalan tertutup berbentuk skala
umpama likert untuk melihat keterlibatan responden dalam program
Pendidikan Profesional Berterusan. Keterlibatan pembelajaran dilihat
melalui kali terakhir responden mengikuti pembelajaran, aktiviti
pembelajaran yang sering diikuti dan pilihan aktiviti pembelajaran,
faktor keterlibatan pembelajaran dan perlaksanaan responden terhadap
Pendidikan Profesional Berterusan. Ia diadaptasikan dari soal selidik
kajian Chan Chong et. al (2011).
Bahagian C terdiri daripada soalan tertutup berbentuk skala
umpama likert yang merangkumi lima (5) lingkungan untuk
mengenalpasti kesediaan profesional mengikuti pembelajaran iaitu
untuk i) pembangunan dan peningkatan profesional, ii) perkhidmatan
profesional, iii) pembelajaran dan interaksi bersama profesional, iv)
komitmen dan refleksi profesional, v) faedah dan keselamatan kerja
profesional. Ia diadaptasikan dari soal selidik kajian Muthu (2008).
Bahagian D, item soal selidik terdiri daripada persepsi responden
terhadap kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan. Item
menunjukkan kepada faedah pembelajaran yang bakal diperolehi oleh
responden setelah mengikuti pembelajaran dan pendidikan.
82
Kepentingan pembelajaran dapat memberi peluang kepada peningkatan
kerjaya dan mutu perkhidmatan kepada responden. Diadaptasi dari
kajian Aiga (2006) dan Azhar et.al (2004).
Berikut adalah skala umpama likert yang digunapakai dalam
borang soal selidik,
Jadual 3 : Skala Umpama Likert
Pengurusan Pengumpulan Data Kajian
83
1 2 3 4 5Sangat tidak
setujuTidak setuju Kurang
setujuSetuju Sangat
Setuju
Penyelidik
Surat permohonan ke pengarah hospital untuk melaksanakan kajianKelulusan dari Pengarah Hospital untuk melaksanakan kajian Kerjasama dari Unit Kejururawatan untuk edaran borang selidik
Disiplin ED dan Ortopedi
k
Disiplin O&G
Disiplin Surgika
l
Disiplin Medikal
Disiplin Dewan Bedah/ CSSD
Disiplin Kritikal
Analisis data
Disiplin Pediatrik
dan Psikiatri
k
Edaran borang soal selidik kepada responden & dikutip padaminggu berikutnya
Rajah 4 - Carta Alir Pengurusan Pengumpulan Data Kajian
Kajian Rintis (Pilot test)
Pengesahan dan kebolehpercayaan soalan-soalan dalam soal
selidik dikaji dengan menjalankan kaedah kajian rintis. Kajian rintis
merupakan satu kajian yang dijalankan untuk melihat dan memastikan
kesesuaian item, arahan dan format yang digunakan dalam borang soal
selidik yang akan diedarkan kepada responden uji kaji. Penganalisisan
data dan maklumat kajian rintis digunakan untuk melihat sebarang
masalah yang wujud dan cuba untuk memperbaiki kelemahan soalan
di dalam soal selidik. Analisis kajian rintis menggunakan Statistical
Package For Sosial Science (SPSS) versi 21untuk menguji kebolehpercayaan
dan kesahan soal selidik.
Formula penetapan sampel untuk kajian rintis:
10% daripada jumlah sampel
= 10% x 181 jumlah sampel
= 18.1
Maka, 18 orang responden dipilih secara rawak dari 9 disiplin
perkhidmatan kejururawatan.
Realibiti borang soal selidik dianalisis melalui kaedah ujian
kebolehpercayaan Alpha-Cronbach iaitu nilai (alpha) hendaklahαmelebihi daripada 0.7, ia untuk memastikan kebolehpercayaan soal
84
selidik adalah baik. Sekiranya nilai (alpha) kurang daripada 0.6αmenunjukkan kebolehpercayaan terhadap soalan soal selidik adalah
rendah.
Sehubungan itu, nilai cronbach s alpha bagi borang soal selidik’untuk kajian rintis adalah 0.827 bagi 49 item soalan.Berikut adalah
jadual statistik realibiliti:
Jadual 4: Nilai Realibiliti Alpha Cronbach’s
Penganalisisan Data
Data dan maklumat diperolehi melalui jawapan yang diberikan
oleh responden ke atas borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden melalui ketua jururawat atau pengurus jururawat di setiap
disiplin. Data dianalisis melalui analisis deskriptif dan inferential
dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.
Analisis deskriptif akan digunakan untuk menerangkan kekerapan
dan peratusan terhadap soalan-soalan tertutup dalam soal selidik. Ia
juga digunakan untuk mengenalpasti pola-pola responden mengikut
keutamaan. Skor akan dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk
statistik deskriptif. Pemilihan statistik akan menjelaskan hasil kajian
secara ringkas, berkesan dan mudah difahami serta bersesuaian dengan
data primer yang dikumpulkan.
85
Item soalan dalam soal
selidik
Nilai Alpha Cronbach s’
49 0.827
Kaedah statistik inferential yang berasaskan korelasi pula
digunakan bagi menentukan sejauhmana hubungan di antara demografi
dengan keterlibatan dan kesediaan responden dalam pembelajaran
professional berterusan.
Bagi bahagian A di borang soal selidik iaitu demografi
responden, kaedah kekerapan dan peratusan digunakan untuk
mempersembahkan hasil analisis.
Manakala bagi bahagian B, C, dan D data dianalisis melalui
kekerapan, peratusan dan tahap min. Ia bagi melihat faktor mana yang
mempengaruhi secara langsung keterlibatan, kesediaan dan persepsi
kepentingan pembelajaran responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan .
Tahap pembahagian min adalah selang skala 1.00 hingga 2.33
dikategorikan sebagai rendah. Min yang berada pada selang skala 2.34
hingga 3.67 diklasifikasikan sebagai sederhana manakala min yang
berada pada lingkungan 3.68 hingga 5.00 disimpulkan sebagai tinggi.
Jadual 5: Jadual Pembahagian Min
Purata (min) Tahap min1.00 2.33– Rendah
2.34 3.67– Sederhana
3.68 5.00– Tinggi
Dalam mengenalpasti hubungan di antara demografi dengan
keterlibatan dan kesediaan jururawat Pendidikan Profesional
Berterusan, ujian Khi Kuasa Dua ( ) digunakan. Ia bagi melihatχ²kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah. Faktor demografi
yang ditekankan adalah usia, status perkahwinan, kelayakan akademik,
disiplin berkhidmat, pengalaman tahun berkhidmat dan penjadualan
86
kerja. Nilai Khi Kuasa Dua, p<0.05, akan menunjukkan hubungan yang
signifikan kepada kesediaan, keterlibatan dan persepsi kepentingan
Pendidikan Profesional Berterusan.
BAB IV
87
PENEMUAN KAJIAN
Pengenalan
Bab ini membincangkan hasil dapatan yang diperolehi daripada
edaran borang soal selidik kepada jururawat di salah sebuah hospital
di Selangor. Sejumlah 181 borang selidik diedarkan dan berjaya
dikembalikan. Analisis dapatan menggunakan pengaturcaraan komputer
SPSS versi 21. Data analisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan,
peratusan, min, sisihan piawai dan korelasi.
Penemuan kajian dibahagikan mengikut pecahan berikut:
a) Latar belakang responden.
b) Jenis penglibatan responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan.
c) Tahap pembelajaran responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan.
d) Tahap kesediaan responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan.
e) Tahap keterlibatan responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan.
f) Persepsi kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan kepada
responden.
g) Hubungan demografi responden dengan Pendidikan Profesional
Berterusan.
88
Latar Belakang Responden
Jadual menunjukkan profil responden berkaitan dengan
demografi responden yang meliputi jantina, umur, status perkahwinan,
jawatan, kelayakan akademik, disiplin/jabatan berkhidmat, pos
basik/pengkhususan, pengalaman berkhidmat dan penjadualan kerja.
Maklumat responden adalah penting kerana ia menggambarkan ciri-ciri
responden yang dikaji dan digunakan untuk mencari hubungkait
dengan pembolehubah yang lain. Berikut adalah hasil penemuan
kajian mengenai data peribadi responden.
Jadual 6: Demografi Responden
Angkubah Bilangan (N) Peratusan (%)
JantinaLelaki 5 2.8Perempuan 176 97.2
Umur20-30 64 35.431-40 70 38.740-50 29 16.051 keatas 18 9.9
Status PerkahwinanBujang 41 22.7Berkahwin 138 76.2Janda/duda 2 1.1
JawatanJururawat Terlatih 134 74.0Ketua Jururawat 47 26.0
89
Kelayakan AkademikDiploma 163 90.1Ijazah 17 9.4Sarjana 1 0.6
Disiplin/Jabatan BerkhidmatKritikal 15 8.3Dewan bedah 17 9.4Perubatan 45 24.9Surgikal 16 8.8Obstretrik & Ginekologi 33 18.2Kecemasan 9 5.0Ortopedik 14 7.7Pediatrik 24 13.3Psikiatrik 8 4.4
Pos Basik/PengkhususanTiada 105 58.0Perawatan Pediatrik 8 4.4Perawatan Rapi 11 6.1Kawalan Infeksi 2 1.1Kebidanan 27 14.9
Kecemasan (Advanced Emergency Medical and Trauma Care AEMTC)
11 6.1
Perawatan Perioperatif 1 0.6Perawatan Otorinolaringologi 1 0.6Perawatan Neonat 1 0.6Perawatan Gerontologi 1 0.6Perawatan Renal 2 1.1Penjagaan Kesihatan Primer 1 0.6Perawatan Diabetes 2 1.1Perawatan Psikiatri 2 1.1Kejujurawatan Kesihatan
Awam3 1.7
Gastrointestinal Endoscopy 1 0.6Perawatan Onkologi 2 1.1
Pengalaman Berkhidmat1-7 64 35.48-14 59 32.615-21 32 17.722-28 18 9.929 tahun keatas 8 4.4
Penjadualan Kerja Waktu Pejabat 38 21.0
90
Waktu Shift 143 79.0
Jumlah Responden 181 100.0
Berdasarkan jadual, jumlah responden perempuan lebih ramai
dibandingkan dengan responden lelaki iaitu perbezaan sebanyak 94%.
Seramai 176 orang (97.2%) adalah perempuan dan hanya 5 orang
(2.8%) responden lelaki. Ianya dipengaruhi kerana bidang profesion
kejururawatan sebelum ini dimonopoli oleh golongan wanita (Voon,
2009) dibanding dengan golongan lelaki. Namun, ia berubah menerusi
peredaran zaman dan pendedahan kerjaya kepada golongan lelaki, yang
mana kini lebih ramai pelajar lelaki yang meminati bidang
kejururawatan dan mula menceburi bidang tersebut untuk dijadikan
sebagai prospek kerjaya.
Seramai 64 orang iaitu 35.4% responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah berusia diantara 20-30 tahun. Usia responden paling
tinggi yang terlibat dalam kajian ini diantara 31-40 tahun seramai 70
orang iaitu 38.7% responden. Seramai 29 orang iaitu 16% berumur 40-
50 tahun. Manakala hanya 18 orang iaitu 9.9% terdiri daripada
responden berusia 51 tahun ke atas.
Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini telah berkahwin
dan mempunyai purata bilangan anak diantara 2-3 orang, jumlah
responden adalah seramai 138 orang iaitu 76.2 peratus. Diikuti dengan
responden berstatus bujang seramai 41 orang iaitu 22.7% dan hanya 2
orang adalah janda/duda iaitu 1.1%
Bilangan jururawat terlatih adalah seramai 134 orang iaitu 74%
dan Ketua Jururawat sebanyak 47 orang iaitu 26%. Majoriti responden
mempunyai kelulusan Diploma iaitu seramai 163 orang 90.1%. Diploma
91
yang dimiliki oleh responden kebanyakan Diploma Kejururawatan.
Responden yang mempunyai kelulusan Ijazah seramai 17 orang, 9.4%.
Manakala hanya 1 orang iaitu 0.6% memiliki Sarjana.
Sembilan (9) buah disiplin/jabatan telah terlibat dalam kajian ini.
Responden yang paling ramai terlibat adalah daripada jabatan
Perubatan seramai 45 orang iaitu 24.9%, diikuti dari jabatan Obstretrik
& Onkologi seramai 33 orang (18.2%) dan jabatan Pediatrik seramai 24
orang (13.3%). Manakala dari jabatan/disiplin Dewan Bedah seramai 17
orang (9.4%), Kritikal seramai 15 orang iaitu 8.3%, Surgikal seramai 16
orang (8.8%), Ortopedik seramai 14 orang (7.7%), Kecemasan seramai
9 orang iaitu 5% dan jabatan Psikiatrik seramai 8 orang (4.4%).
Bagi program pos basik atau pengkhususan, lebih separuh
daripada responden tidak mempunyai bidang pengkhususan dalam
bidang profesional kejururawatan iaitu seramai seramai 105 orang
(58%). Namun, bidang pengkhususan kebidanan adalah pengkhususan
yang paling tinggi yang telah diikuti oleh responden iaitu seramai 27
orang atau 14.9%, diikuti dengan pengkhususan perawatan rapi seramai
11 orang (6.1%), pengkhususan pediatrik seramai 8 orang (4.4%) dan
pengkhususan kecemasan seramai seramai 11 orang (6.1%). Manakala
bagi bidang pengkhususan lain, purata responden adalah seramai 1
hingga 2 orang yang hanya mewakili 0.6% hingga 2%.
Kebanyakan responden kajian memiliki pengalaman
perkhidmatan diantara 1-7 tahun iaitu 35.4% seramai 64 orang dan
hanya 8 orang (4.4%) mempunyai pengalaman selama 29 tahun dan
keatas dalam profesion kejururawatan. Bagi tahun perkhidmatan 8-
14 tahun seramai 59 orang (32.6%), 15-21 tahun pengalaman seramai 32
orang (17.7%) dan 22-28 tahun pengalaman seramai 18 orang (9.9%).
92
Seramai 143 orang iaitu 79% responden berkhidmat di hospital
dengan waktu kerja secara shift dan hanya 38 orang (21%) berkhidmat
dengan waktu pejabat. Waktu kerja shift yang menjadi kebiasaan
adalah jam 7 pagi 2 petang, 2 petang 9 malam, 9 malam 7– – –pagi.
Jenis Penglibatan Responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
Seramai 53 responden iaitu 29.3% telah terlibat dengan
pembelajaran pada seminggu yang lepas dan 44 reponden (24.3%)
terlibat pada bulan lepas. Bagi 24 orang responden (13.3%) terlibat
dengan pembelajaran lain daripada pilihan jawapan yang diberikan
seperti baru terlibat dengan pembelajaran semalam, setahun yang lepas
dan lain-lain. Manakala, bagi pembelajaran yang diikuti oleh
responden dalam tempoh setahun terakhir melalui program seminar
seramai 55 responden (30.4%) telah menyertainya dan seramai 47
responden (26.0%) mengikuti pembelajaran melalui kuliah/syarahan, 22
responden (12.2%) menghadiri bengkel, 9 responden (5.0%) mengikuti
konferens dan hanya 5 orang (2.8%) terlibat dengan konvensyen.
Seramai 43 responden (23.8%) terlibat dengan pembelajaran
untuk tempoh 12 bulan kebelakang dengan mengikuti pembelajaran
melalui kursus, perbincangan, mesyuarat dan lain-lain. Bagi kaedah
yang menjadi pilihan pembelajaran dikalangan responden adalah
dengan menyambung pengajian secara formal iaitu seramai 53 orang
(29.3%). Seramai 48 responden (26.5%) mempunyai pilihan lebih dari
93
satu pilihan yang diberikan iaitu mereka boleh mengikuti pembelajaran
dengan kaedah lain-lain seperti perbincangan, mesyuarat, bacaan dan
pencarian maklumat online.
Seramai 40 reponden (22.1%) pula minat untuk mengikuti
pembelajaran secara kuliah/syarahan dan 25 responden (13.8%) suka
untuk mengadakan perbincangan bersama rakan sekerja untuk
berkongsi ilmu dan kemahiran. Hanya 8 responden (4.4%) dan 7
responden (3.9%) berminat dengan pembelajaran melalui pembacaan
dan menghadiri mesyuarat.
Responden akan terlibat dengan pembelajaran apabila
pembelajaran yang diikuti tidak mengganggu tugasan dan
tanggungjawab lain iaitu seramai 46 responden (25.4%) bersetuju
dengan penyataan tersebut. Memandangkan Pendidikan Profesional
Berterusan adalah pembelajaran dewasa, maka seramai 37 responden
(20.4%) yang terlibat dengan pembelajaran menyedari pembelajaran
yang diikuti dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan yang
diinginkan.
Manakala hanya seramai 16 responden (8.8%) yang mengikuti
pembelajaran disebabkan oleh credit point dan 11 orang responden
(6.1%) terlibat dengan pembelajaran setelah nama dihantar oleh ketua
jabatan atau penyelia, kaedah ini lebih kearah paksaan dan wajib. 10
orang responden (5.5%) pula menyatakan akan menghadiri
pembelajaran apabila pembelajaran yang ditawarkan adalah percuma.
Bagi 61 orang responden (33.7%) terlibat dengan aktiviti
pembelajaran disebabkan oleh beberapa faktor seperti dalam pilihan
jawapan soal selidik iaitu terlibat pada satu-satu masa dengan 2-3
sebab dan faktor dengan tidak mengganggu tugas, perlu capai objektif,
94
perlu memperolehi credit point dan lain-lain. Berikut adalah jadual hasil
penemuan bagi penglibatan responden dalam pembelajaran:
Jadual 7: Jenis Penglibatan Responden Dalam Pendidikan
Profesional Berterusan
Angkubah Bilangan (N)Peratusan
(%)
Kali Terakhir Terlibat denganPembelajaranSeminggu lepas 53 29.3
Dua minggu lepas 25 13.8
Enam belas lepas 44 24.3
Dua bulan lepas 16 8.8
Pilihan lain, semuanya, 2 drpd 3 pilihan 19 10.5
Jenis Pembelajaran yang diikuti 12Bulan TerakhirKuliah/Syarahan 47 26.0
Seminar 55 30.4
Konferens 9 5.0
Bengkel 22 12.2
Konvensyen 5 2.8
Pilihan lain, semuanya, 2 drpd 3 pilihan 43 23.8
Kaedah pembelajaran pilihan
Kuliah/Syarahan 40 22.1
Mesyuarat 7 3.9
Perbincangan bersama rakan sekerja 25 13.8 Pembacaan 8 4.4 Sambung pengajian secara formal 53 29.3 Pilihan lain, semuanya, 2 drpd 3 pilihan 48 26.5
95
Sebab keterlibatan Secara Percuma 10 5.5 Mencapai objektif 37 20.4 Setelah nama dihantar 11 6.1 Mempunyai Credit point 16 8.8 Tidak menganggu tugasan dantanggungjawab lain
46 25.4
Pilihan lain, semuanya, 2 drpd 3 pilihan 61 33.7
Tahap Pembelajaran Responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
Tahap pembelajaran responden dalam kajian ini adalah gabungan
penemuan data tahap kesediaan, keterlibatan dan persepsi kepentingan
responden terhadap Pendidikan Profesional Berterusan. Nilaian tahap
pembelajaran adalah purata nilai min tahap kesediaan, tahap
keterlibatan dan persepsi responden terhadap Pendidikan Profesional
Berterusan. Tahap pembelajaran responden adalah pada tahap tinggi
berpandukan jadual berikut:
Angkubah Nilaian MinTahap Kesediaan Pendidikan ProfesionalBerterusan
4.30
Tahap Keterlibatan Pendidikan ProfesionalBerterusan
4.44
Persepsi Kepentingan Pendidikan ProfesionalBerterusan
4.41
Purata Nilaian Min 4.38Jadual 8: Tahap Pembelajaran Responden terhadap Pendidikan
Profesional Berterusan
96
Tahap Kesediaan Responden Terhadap Pendidikan Profesional
Berterusan
Nilai min keseluruhan tahap kesediaan responden terhadap
Pendidikan Profesional Berterusan adalah pada tahap tinggi iaitu 4.30.
Disini, responden sangat setuju pernyataan pembelajaran adalah
bersifat sepanjang hayat dengan nilai min 4.52. Kesediaan
pembelajaran dikalangan responden dibuktikan dengan 99 orang
responden (54.7%) setuju ingin belajar lebih banyak lagi untuk
pembangunan diri. Apabila responden ingin belajar lebih dari apa yang
diketahui maka mereka suka dengan cabaran dalam pembelajaran
dengan nilai min 4.35 dan 97 orang responden setuju dengan
penyataan.
Kesediaan dalam pembelajaran juga dapat dilihat dengan seramai
115 responden (63.5%) setuju dengan kenyataan mengutarakan banyak
soalan terhadap perkara yang berlaku membuktikan mereka bersedia
dengan pembelajaran dan seramai 101 responden (55.8%)
menunujukkan sangat berminat untuk meneroka perkara-perkara baru.
Kesediaan dalam pembelajaran terletak dalam diri individu sendiri, ini
terbukti dengan seramai 112 responden (61.9%) mengetahui apa yang
hendak dipelajari.
Nilai min 4.36 pula menyatakan responden suka belajar iaitu
suka kepada pembelajaran. Apabila responden suka dan minat kepada
pembelajaran, mereka lebih terbuka untuk memiliki pendidikan lebih
tinggi kerana melalui pendidikan tinggi kehidupan pasti lebih
menyeronokkan dengan nilai min 4.19 dan penyataan pembelajaran‘adalah sesuatu yang menyeronokkan meletakkan nilai min 4.33. ’
97
Seramai 111 orang responden (61.3%) bersedia dengan
pembelajaran kerana mereka bersedia untuk mencari maklumat baru
untuk perlaksanaan dalam perkhidmatan kejururawatan, dengan itu
pengetahuan dan ilmu dalam bidang profesional akan sentiasa
meningkat. Ia juga mampu mempengaruhi masa depan responden
untuk terus terlibat dalam pembelajaran secara aktif kerana ia
memerlukan komitmen yang tinggi. Namun untuk bersedia terlibat
dalam pembelajaran bukan penghalang kepada 104 orang responden,
walaupun keterlibatan dalam pembelajaran tidak menjanjikan hasil
tertentu. Berikut adalah hasil penemuan tahap kesediaan responden:
Jadual 9: Tahap Kesediaan Responden Dalam Pendidikan ProfesionalBerterusan
Kenyataan STS TS KS S SS Min
Saya terlalu ingin mempelajari sesuatu perkara
10.6%
21.1%
95.0%
9854.1%
7139.2%
4.30
Saya suka mencuba perkara baru walaupun saya tidak pasti hasilnya
00%
95.0%
189.9%
10457.5%
5027.6%
4.08
Saya suka memikirkan masa hadapan
00%
10.6%
63.3%
10055.2%
7440.9%
4.36
Saya melihat sesuatu perkara sebagai cabaran,bukan halangan
00%
21.1%
21.1%
9552.5%
8245.3%
4.42
Saya suka cabaran dalam pembelajaran
10.6%
10.6%
73.9%
9753.6%
7541.4%
4.35
Saya sangat berminat untuk meneroka perkara-perkara baru
10.6%
00%
147.7%
10155.8%
6535.9%
4.27
Lebih tinggi pendidikan membuatkan hidup sayalebih menyeronokkan
52.8%
10.6%
1910.5%
8547.0%
7139.2%
4.19
Pembelajaran adalah suatu keseronokan
10.6%
00%
95.0%
9954.7%
7239.8%
4.33
98
Saya ingin belajar lebih banyak lagi untuk pembangunan diri saya
10.6%
00%
21.1%
9954.7%
7943.6%
4.41
Pembelajaran bersifat sepanjang hayat
10.6%
00%
21.1%
7943.6%
9954.7
4.52
Saya tahu apa yang ingin dipelajari
10.6%
00%
73.9%
11261.9%
6133.7%
4.28
Saya suka belajar 10.6%
00%
31.7%
10658.6
7139.2%
4.36
Kesukaran dalam sesuatu bidang pembelajaran tidak menjadi halangan jika saya menggemari bidangtersebut
10.6%
00%
105.5%
10658.6%
6435.4
4.28
Saya selalu mencari maklumat perlaksanaan dalam perkhidmatan kejururawatan
10.6%
00%
105.5%
11161.3%
5832.0%
4.24
Saya selalu mengutarakan persoalanterhadap setiap perkara yang berlaku
10.6%
00%
168.8%
11563.5%
4927.1%
4.17
Min Keseluruhan 4.30 (Tinggi)
Tahap Keterlibatan Responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
Keterlibatan responden dalam program Pendidikan Profesional
Berterusan bergantung kepada pelbagai faktor. Ianya dipengaruhi oleh
faktor ekstrinsik dan intrinsik individu. Berdasarkan jadual, responden
terlibat dengan pembelajaran profesional adalah untuk mengemaskini
up date kemahiran dan kelebihan dalam bidang professional serta‘ ’ingin meningkatkan pengetahuan profesional, ini dibuktikan dengan
nilai min masing-masing 4.59 dan 4.58, ianya nilai min yang tertinggi
99
diantara semua penyataan. 112 responden (61.9%) sangat setuju
keterlibatan dalam pembelajaran dapat meningkatan pengetahuan
profesional.
Responden juga meletakkan komitmen yang tinggi dalam proses
pembelajaran dan sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran
melalui aktiviti pembelajaran dengan nilai min adalah 4.53 yang mana
100 responden (55.2%) sangat setuju dengan penyataan.
Keterlibatan responden dalam pembelajaran juga dikenalpasti
dengan responden iingin meningkatkan keyakinan dalam diri,
meningkatkan self esteem serta ingin memiliki kolabrasi atau‘ ’hubungan dengan pihak lain/luar melalui pengkongsian pengetahuan
dan ilmu. Ini terbukti melalui tahap min yang tinggi iaitu masing-
masing 4.43, yang mana 96 orang responden setuju dengan penyataan
yang dinyatakan.
Walaupun nilaian min untuk memperbaharui lesen perkhidmatan
adalah yang terendah iatu 4.27 tapi tahap nilaian min masih tinggi,
namun seramai 96 responden (53%) setuju bahawa keterlibatan dalam
pembelajaran adalah untuk memperbaharui lesen perkhidmatan.
Bagi penyataan untuk melatih diri agar lebih bersedia dengan‘memahami keseluruhan nilai-nilai profesional , seramai 91 orang’responden (50.3%) sangat setuju dengan penyataan. Seramai 100 orang
responden pula iaitu 55.2% meletakkan keterlibatan dalam
pembelajaran adalah sebagai komitmen dan berasakan pengetahuan
dan kemahiran perlu sentiasa dikemaskini.
Terdapat seramai 5 responden (2.8%) sangat tidak setuju dengan
penyataan keterlibatan dalam pembelajaran bukan untuk setaraf‘dengan rakan sekerja yang lain yang telah mengikuti pembelajaran ,’bagi mereka keterlibatan dalam pembelajaran tidak bukan untuk
100
menyamakan taraf pembelajaran dengan mereka yang telah mengikuti
pembelajaran. Berikut adalah hasil penemuan bagi tahap keterlibatan
responden dalam Pendidikan Profesional Berterusan:
Jadual 10: Tahap Keterlibatan Responden Dalam Pembelajaran
Profesional Berterusan
Kenyataan STS TS KS S SS Min
Untuk meningkatkan pengetahuan professional saya
10.6%
21.1%
00%
6636.5%
11261.9%
4.58
Untuk mengemaskini ‘up date’ kemahiran dankelebihan dalam bidang professional saya
10.6%
00%
10.6%
6938.1%
11060.8%
4.59
Untuk memperbaharui lesen perkhidmatan
10.6%
52.8%
95.0%
9653%
7038.7%
4.27
Untuk membuktikan saya mampu mendemonstrasikan kelebihan dan kemahiran professional saya
10.6%
21.1%
105.5%
8949.2%
7943.6%
4.34
Untuk meningkatkan keyakinan dalam diri, meningkatkan self ‘esteem’
10.6%
00%
10.6%
9653%
8245.3%
4.43
Untuk memiliki kolabrasi dan perkongsian pengetahuan
10.6%
21.1%
00%
9653.0%
8245.3%
4.43
Untuk melatih diri agar lebih bersedia dengan memahami keseluruhan nilai-nilai profesional
10.6%
21.1%
00%
8748.1%
9150.3%
4.48
Untuk meletakkan komitmen dalam proses pembelajaran dan sentiasa mengemaskini
10.6%
10.6%
00%
7943.6%
10055.2%
4.53
101
pengetahuan dan kemahiran
Untuk bersama-sama setaraf dengan rakan sekerja yang telah mengikuti pembelajaran
52.8%
105.5%
00%
8245.3%
8446.4%
4.33
Min Keseluruhan 4.44 (Tinggi)
Persepsi Responden terhadap Kepentingan Pendidikan
Profesional Berterusan
Sseramai 95 responden (52.5%) sangat setuju bahawa kepentingan
melibatkan diri dalam pembelajaran dapat membantu memantapkan
diri dalam ilmu dan pengetahuan. Seramai 98 responden juga setuju
pembelajaran profesional penting kerana ia mampu mempengaruhi
perubahan dalam memberikan perkhidmatan dalam tugasan.
Responden juga yakin pembelajaran profesional dapat
meningkatkan kelayakan dan kepakaran yang sedia ada dengan nilai
min 4.46 dan seramai 95 responden setuju dengan penyataan tersebut.
Pembelajaran profesional yang diikitui juga dapat meningkatkan
kelayakan akademik sekaligus memperkbaiki kelulusan akademik
sediaada.
85 responden (47.0%) sangat setuju pembelajaran adalah penting
kerana ia dapat meningkatkan kelayakan / kepakaran sedia ada,
melalui ilmu yang ada menjadikan diri dihormati dapat dijadikan
tempat rujukan dengan itu dapat menjadikan diri seorang yang
102
bertanggungab dan sentiassa bersedia dengan beban tugas yang lebih
mencabar.
Manakala seramai 98 responden (54.1%) setuju pembelajaran
profesioanl dapat meningkatkan peluang kenaikan pangkat dan mampu
mempunyai hubungan networking yang boleh membantu dalam‘ ’pergerakan aliran kerjaya. Bagi peluang kenaikan pangkat, ilmu dan
pehgetauan yang tinggi perlu ada, sehubungan itu responden setuju
kepentingan terlibat dalam pembelajaran dapat membuktikan diri
adalah seorang yang layak dan pakar dalam profesional dan
pengkhususan mereka sendiri. Berikut adalah hasil penemuan
kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan kepada responden:
Jadual 11: Persepsi Responden terhadap Kepentingan Pendidikan
Profesional Berterusan
Kenyataan STS TS KS S SS Min
Akan meningkatkan kelayakan /kepakaran sedia ada
00%
10.6%
00.6%
9552.5%
8547.0%
4.46
Akan meningkatkan status profesional secara keseluruhan
10.6%
00%
21.1%
9854.1%
8044.2%
4.41
Pengetahuan baru yang dimiliki diamalkan untuk membantu memantapkan diri
00%
10.6%
00%
8547.0%
9552.5%
4.51
Akan memiliki kelulusan /kelayakan /kemahiranyang lebih tinggi bagi peluang kenaikan pangkat
10.6%
00%
158.3%
8647.5%
7943.6%
4.33
Akan meningkatkan kelayakan akademik sekaligus memperbaiki
00%
10.6%
63.3%
8748.1%
8748.1%
4.44
103
kelulusan akademik sebelum ini
Akan mampu mempengaruhi perubahan dalam perkhidmatan kerja yang diberikan
10.6%
00%
52.8%
9854.1%
7742.5%
4.38
Akan mempunyai hubungan networking , yang ‘ ’
boleh membantu dalam pergerakan aliran kerjaya
10.6%
10.6%
42.2%
9250.8%
8345.9%
4.41
Meningkatkan peluangkenaikan pangkat
10.6%
00%
84.4%
9854.1%
7440.9%
4.35
Melalui pengetahuan dan ilmu akan memberi gambaran jelas terhadap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan
10.6%
00%
10.6%
9954.7%
8044.2%
4.42
Dengan ilmu yang dimiliki menjadikan diri dihormati, menjadi tempat rujukan
10.6%
21.1%
179.4%
7642.0%
8547.0%
4.34
Untuk menjadikan dirilebih bertanggungjawab danbersedia dengan beban tugas yang lebih mencabar
10.6%
00%
21.1%
9351.4%
8547.0%
4.44
Untuk membuktikan diri adalah seorang yang layak dalam bidang profesional tersendiri
10.6%
00%
31.7%
9049.7%
8748.1%
4.45
Min Keseluruhan 4.41 (Tinggi)
Perkaitan Faktor Demografi dengan Kesediaan, Keterlibatan
dan Persepsi terhadap Kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan
Dalam menentukan hubungan diantara demografi responden
dengan kesediaan, keterlibatan serta kepentingan Pendidikan
104
Profesional Berterusan kepada jururawat, analisis statistik Chi Square
digunakan dengan penetapan tahap kepentingan (level of signifance)
adalah 0.05.
Bagi pembolehubah kesediaan, hanya faktor disiplin/jabatan
mempunyai hubungan signifikan terhadap kesediaan dalam Pendidikan
Profesional Berterusan. Bagi faktor jantina, umur, status perkahwinan,
pengalaman berkhidmat dan penjadualan kerja tidak mempengaruhi
kesediaan responden. Hubungan yang sama ditunjukkan terhadap
kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan oleh responden, iaitu
disiplin/jabatan yang mempunyai hubungan signifikan.
Pembolehubah keterlibatan dalam Pendidikan Profesional tidak
menunjukkan hubungan signifikan dengan demografi respoden kerana
kesemua nilai khi kuasa dua melebihi 0.05, p>0.05. Berikut adalah
jadual analisis statistik tersebut:
Jadual 12: Nilai Ujian Khi Kuasa Dua bagi Perkaitan Antara
Demografi dan Pendidikan Profesional Berterusan
Bil
Faktor Demografi
Keterlibatan Kesediaan KepentinganValue Asymp
. Sig(2-
sided)
Value Asymp.Sig(2-
sided)
Value Asymp.Sig(2-
sided)
1 Jantina 17.060 0.888 37.464 0.052 19.028 0.2672 Umur 60.261 0.892 88.892 0.130 54.819 0.2323 Status
Perkahwinan53.420 0.344 66.738 0.057 29.167 0.611
4 Kelayakan Akademik
40.029 0.842 64.840 0.077 31.380 0.498
5 Jabatan/Disiplin
233.282
0.053 236.743
0.039 189.427
0.000
6 Pengalaman 84.684 0.863 108.39 0.266 65.984 0.409
105
Berkhidmat 97 Penjadualan
Kerja26.461 0.383 35.209 0.084 23.966 0.090
BAB V
RINGKASAN, RUMUSAN, IMPLIKASI, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Pengenalan
Bab ini akan merumuskan dapatan kajian, implikasi kajian,
perbincangan dan cadangan untuk akan datang. Rumusan dibuat
106
adalah berdasarkan kepada pencapaian objektif kajian yang telah
ditetapkan di awal kajian. Beberapa cadangan kepada organisasi dan
responden agar skop dalam kajian ini diberikan penekanan yang jelas.
Ringkasan
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan demografi
jururawat yang mampu mempengaruhi penglibatan jururawat dalam
Pendidikan Profesional Berterusan yang mana keterlibatan dalam
menyertai Pendidikan Profesional Berterusan memberikan manfaat dan
faedah yang pelbagai kepada individu dan organisasi amnya. Kesediaan
dikalangan jururawat untuk terlibat secara aktif dalam Pendidikan
Profesional Berterusan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sokongan
dan kerjasama dari pihak pengurusan memainkan peranan penting
agar program pendidikan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan lancar
dan teratur. Kajian dilaksanakan dengan edaran borang soal selidik
kepada jururawat di hospital kerajaan di negeri Selangor dan data
premier yang dimiliki di analisa mengikut kategori yang ditetapkan
berdasarkan objektif kajian. Penemuan kajian mendapati tahap
kesediaan, keterlibatan dan kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan di kalangan jururawat adalah tinggi. Manakala hubungan
demografi dengan ketiga-tiga pembolehubah memberikan beberapa
perbezaan. Bagi pembolehubah keterlibatan faktor demografi tidak
mempunyai hubungan yang signifikan. Manakala, faktor demografi
(jabatan atau disiplin berkhidmat) menunjukkan hubungan signifikan
kepada pembolehubah kesediaan dan kepentingan pendidikan
107
pembelajaran berterusan. Faktor demografi selain daripada jabatan atau
disiplin berkhidmat masing-masing tidak mempunyai hubungan yang
signifikan terhadap kesediaan dan kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan. Secara dasarnya, jururawat di tempat kajian aktif dalam
menghadiri Pendidikan Profesional Berterusan dan memahami konsep
Pendidikan Profesional Berterusan yang mampu meningkatkan
kompetensi diri, pengetahuan dan kemahiran mengikut peredaran
perawatan semasa.
Rumusan
Program Pendidikan Profesional Berterusan telah diwajibkan oleh
KKM mulai tahun 2008, yang mana setiap jururawat berdaftar perlu
memiliki jumlah point tertentu untuk melayakkan mereka
memperbaharui APC bagi membolehkan mereka mempraktiskan
kemahiran perawatan dalam bidang tugas. Perkara ini adakalanya
memberikan tekanan kepada jururawat untuk terlibat secara aktif
apabila ia melibatkan komitmen kerja dan tanggungjawab harian.
Komitmen kerja yang tinggi terutama bagi mereka yang berkhidmat di
jabatan kritikal adakalanya membuatkan mereka menyertai Pendidikan
Profesional Berterusan sekadar untuk mencukupkan nilaian point.
Kesediaan mereka dalam penyertaan juga turut memberi kesan
walaupun mereka menyedari akan kepentingan penyertaan.
Beberapa program Pendidikan Profesional Berterusan anjuran
KKM menyediakan elaun sara hidup sepanjang tempoh penyertaan
108
program. Ia dilaksanakan sebagai tarikan kepada jururawat untuk lebih
aktif dalam menyertai dan memohon untuk terlibat dalam Pendidikan
Profesional Berterusan. Namun, penyertaan dikalangan responden
kajian tidak meletakkan faktor tersebut sebagai tarikan khusus, ini
kerana mereka menyedari kepentingan pendidikan profesional dapat
menjamin masa depan dan memberi faedah dalam melaksanakan tugas
harian. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki memberi jaminan
berterusan.
Keterlibatan dalam Pendidikan Profesional Berterusan pula
meletakkan jururawat pada taraf yang lebih tinggi kerana mereka dapat
berkongsi pengetahuan terkini dalam bidang perawatan.
Pengemaskinian pengetahuan dari masa ke semasa mengikut peredaran
tekonologi bagi menunaikan tanggungjawab harian dan membantu
meningkatkan mutu profesional.
Faktor instrinsik dan ekstrinsik memainkan peranan untuk
mendorong jururawat untuk sentiasa aktif dalam Pendidikan
Profesional Berterusan. Faktor-faktor ini sebagai pemangkin kepada
jururawat untuk terus berusaha untuk memajukan diri agar profesional
yang dipegang membawa faedah dan kesenangan kepada masyarakat
apabila memberikan perkhidmatan.
Bidang profesional kejururawatan yang berurusan secara langsung
dengan masyarakat khususnya pesakit serta ahli keluarga memerlukan
jururawat menyiapkan diri dengan sebarang kemungkinan. Dalam
bidang profesional yang ditekankan untuk mengemaskini pengetahuan
dan kemahiran secara berkala adalah kerana pengetahuan sediaada
akan berkurang atau usang jika tidak diperbaharui.
109
Implikasi
Keperluan dalam meningkatkan pengetahuan dan peningkatan
standard perawatan kesihatan adalah isu penting kepada responden.
Perlaksana program pendidikan profesional perlu menyediakan dan
mempromosikan program pendidikan dengan memasukkan sumber-
sumber kajian yang relevan agar dapat dipraktiskan di dunia pekerjaan.
Ini juga melibatkan pengurusan tertinggi dan pengurusan kanan dalam
penetapan program pendidikan yang bersesuaian kepada jururawat,
agar penghantaran dan penyertaan jururawat dalam program
pendidikan tidak menjadi pembaziran sekiranya ilmu yang dimiliki
tidak dapat digunakan secara maksima. Peningkatan kompetensi diri
menjadi nilai tambah kepada jururawat untuk tampil cemerlang dalam
memberi perkhidmatan kepada pesakit dan sekeliling. Penempatan
dalam bidang tugas harus diberi perhatian samaada dalam peningkatan
kerjaya atau peningkatan tanggungjawab agar pelaburan dalam
penghantaran mereka ke program pendidikan memberi pulangan
kepada organisasi.Bagi melibatkan jururawat terus aktif dalam
pendidikan profesional, seseorang jururawat perlu melalui pusingan
kerja job rotation , tidak terlalu lama berkhidmat dalam wad. Ini‘ ’adalah kerana komitmen bekerja di wad amat tinggi dan ini tidak
memberi peluang kepada jururawat untuk terlibat aktif dalam
pembelajaran.
Perbincangan
110
Hampir 90% reponden dalam kajian ini pernah terlibat dalam
Pendidikan Profesional Berterusan. Program pembelajaran terakhir yang
diikuti oleh respoden adalah seminggu sebelum edaran borang selidik
kajian.
Pendidikan Profesional Berterusan yang melibatkan pelajar
dewasa, pelajar dewasa mengawal pembelajaran mereka sendiri dan
mengetahui objektif penyertaan bagi satu-satu program pendidikan
yang disertai. Tetapi Murphy, Cross dan McGuire (2005) menyatakan
penglibatan individu dalam pembelajaran bergantung kepada keupayaan
individu untuk belajar. Gaya pembelajaran dan faktor pembawaan diri
bukan motivasi kepada individu untuk menyertai pembelajaran. Dalam
kajian ini, responden lebih bersedia untuk belajar secara satu hala
seperti seminar, kuliah, syarahan dan konvensyen iaitu 80% mereka
terlibat dalam pembelajaran sedemikian untuk tempoh 12 bulan
kebelakang.
Ini disokong dengan kajian (delete tajuk kajian) Lee et al (2005)
berkenaan jururawat lebih suka kepada kaedah pembelajaran
traditional seperti kuliah didalam kelas, tutorial secara berkumpulan
atau perbincangan (Aiga, 2006) penyelesaian permasalahan samaada di
dalam kampus atau di hospital daripada mengikuti pembelajaran secara
jarak jauh ataupun secara dalam talian.
Kaedah pembelajaran yang pelbagai (Mascle, 2007) perlu bagi
memenuhi kehendak pelajar dewasa kerana ini menunjukkan mereka
menyertai pembelajaran secara sukarela. Ianya disokong oleh (delete
tajuk kajian) kajian Sandra (2005), yang menyatakan profesional akan
terlibat dengan pembelajaran secara informal dan formal selagi ia
mampu meningkatkan kemahiran, pengetahuan bagi mencapai
kepuasan kerja.
111
Ini kerana hasil dapatan sebanyak 29.3% responden kajian Chan
Chong et. al (delete tajuk kajian) (2010) berminat untuk melanjutkan
pembelajaran secara formal dengan mengikuti pembelajaran di institusi
pengajian tinggi yang mengeluarkan sijil formal seperti ijazah, sarjana
dan sebagainya. Ramai diantara jururawat melanjutkan pengajian ke
peringkat sarjana dan doktor falsafah, kebanyakannya menggunakan
perbelanjaan sendiri dan dilakukan secara jarak jauh (distance learning).
Keterlibatan responden dalam pembelajaran juga bergantung
kepada komitmen dan tanggungjawab harian yang tidak menganggu
responden untuk terlibat dalam pembelajaran. Lebih daripada 60%
responden menyatakan pembelajaran seharusnya tidak mengganggu
tugasan dan komitmen harian, ia seperti kajian oleh Lee et. al (2005)
(delete tajuk kajian) yang menyatakan adalah mustahil bagi jururawat
untuk terlibat dalam pembelajaran walaupun ia secara separuh masa
samaada selepas waktu kerja, apatah lagi bagi mereka yang
mempunyai komitmen keluarga kerana ia amat memenatkan, seperti
yang dinyatakan oleh Beatty, 2001; Glass dan Todd-Atkinson, 1999 dan
Kersaitis, 1997, tanggungjawab keluarga dan komitmen seringkali
menjadi penghalang kepada jururawat untuk menyertai pembelajaran
berterusan. Ditambah pula dengan jadual tugas yang sibuk dan masa
yang terhad (Chan Chong et al, 2010) memberi kesan kepada motivasi
jururawat untuk terlibat dalam pembelajaran berterusan (Glass dan
Todd-Atkinson, 1999; Kersaitis, 1997).
Dalam kajian Aiga (2006) pula mendapati tujuan utama
keterlibatan reponden dalam Pendidikan Profesional Berterusan adalah
untuk i) mengekalkan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
profesional, ii) untuk berkomunikasi dan pertukaran pendapat dengan
112
rakan sekerja, iii) untuk memperolehi status kerja yang lebih tinggi
atau kenaikan pangkat, iv) untuk meninggalkan sementara kerja rutin,
v) bagi memenuhi keperluan dan mematuhi kehendak badan berkuasa
atau majikan.
Kepatuhan memenuhi keperluan badan berkuasa dan majikan
yang dimaksudkan ini adalah dengan mengikuti program PPB untuk
pengumpulan nilaian mata untuk melayakkan pembaharuan APC.
Namun, hasil kajian penyelidikan ini tidak mengikat responden untuk
terlibat dalam pembelajaran walaupun program PPB telah diwajibkan
untuk disertai.
Hasil kajian ini juga mendapati responden terlibat dalam
pembelajaran adalah untuk mengemaskini kemahiran dan kelebihan
dalam bidang professional, meningkatkan pengetahuan professional dan
keterlibatan responden dalam pembelajaran untuk memiliki kolabrasi
dan perkongsian pengetahuan di kalangan rakan sekerja. Ia disokong
oleh kajian yang dilaksanakan oleh Muthu dan Mei Chan (2008) yang
mendapati jururawat terlibat dengan pembelajaran adalah sebagai
keperluan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit,
bersedia berhadapan dengan perubahan teknologi, untuk meningkatkan
kemahiran (Ryan, 2003) dan sekaligus dapat meningkatkan taraf
profesionalisma.
Penilaian dalam komitmen dan refleksi profesional, responden
kajian bersedia untuk meletakkan komitmen dan memberi refleksi
dalam bidang profesional, berhadapan dengan cabaran dan
pembelajaran profesional dianggap sebagai pemangkin kepada
peningkatan profesional. Kajian yang dilaksanakan oleh Ryan (2003)
menyatakan jururawat bersedia untuk terlibat dalam pembelajaran
adalah untuk mengekalkan standard kerja dan tanggungjawab,
113
manakala proses pembangunan personal dan profesional adalah
keperluan, kesedaran dan gabungan kepada praktis kerja. Pengalaman
samaada negetif atau positif memberikan nilai tersendiri dalam
membentuk tingkahlaku untuk kemajuan akan datang.
Pembangunan dalam bidang profesional juga adalah salah satu
daripada faktor yang membuatkan responden terbuka dan bersedia
untuk terlibat dalam pembelajaran. Pembangunan diri profesional lahir
dari kesediaan individu untuk membangunkan diri agar tidak berada
pada tahap yang sama dan selesa untuk tempoh jangka masa panjang.
Kesediaan responden untuk membangunkan diri dalam profesional
disokong oleh kajian yang dilaksanakan oleh Sadler-Smith, Allinson
dan Hayes (2000) menyatakan kelangsungan hidup, pengekalan dan
peningkatan dalam kehidupan bukan dorongan kepada keterlibatan
dalam PPB, malah keupayaan, harga diri dan peranan mereka sebagai
faktor instrinsik yang mendorong kepada perkembangan untuk
pembangunan kerjaya untuk terlibat dalam pembelajaran.
Kajian meta-analisis yang dijalankan oleh Waddell (1993) juga
menunjukkan faktor yang mendorong jururawat untuk terlibat dalam
inisiatif program CPD adalah melalui motivasi diri sendiri dan orientasi
personal. Menurut Kristjanson and Scanlon (1989) juga, faktor penting
jururawat bersedia untuk melibatkan diri dalam pembelajaran adalah
keinginan untuk meningkatkan kompetensi bidang profesional yang
diceburi.
Oleh itu, kesediaan dalam mengikuti pembelajaran adalah datang
dari diri individu sendiri, motivasi dalaman dan personal individu yang
bersedia untuk berhadapan dengan perkara akan datang yang masih
tidak diketahui akan hasil dan faedahnya.
114
Responden kajian memahami bahawa pembelajaran penting
untuk pembangunan dan peningkatan kompetensi diri. Menurut Aston
dan Green (1996), keupayaan untuk belajar dan memindahkan
pembelajaran kepada praktis dan amalan akan membentuk nilai yang
luar biasa kepada individu, kumpulan, organisasi dan profesion.
Melalui ini, organisasi akan menyedari pendidikan profesional adalah
penting kerana ia memberi kesan kepada institusi rawatan pesakit dan
menyokong individu untuk terus aktif dalam program Pendidikan
Profesional Berterusan.
Responden bersetuju bahawa Pendidikan Profesional Berterusan
penting bagi menjadikan diri mereka lebih bertanggungjawab, bersedia
dengan tugas dan cabaran, sebagai pembuktian dalam bidang
profesional terhadap kelayakan yang dimiliki dan bagi memperbaiki
kelulusan akademik sedia ada. Menurut Gould, Drey dan Berridge
(2006), PPB adalah keperluan dalam memastikan rawatan kesihatan
yang dilaksanakan selamat dan efektif dan Aiga (2006) menyatakan
alasan menyertai program PPB untuk memastikan perkhidmatan dan
praktis yang dilaksanakan mencapai kualiti perkhidmatan perubatan.
Kepentingan mengikuti pembelajaran memberi manfaat yang besar
kepada peserta yang terlibat dalam pembelajaran berterusan.
Sehubungan itu, kepentingan mengikuti Pendidikan Profesional
Berterusan terutama bagi profesional adalah penting kerana ia
memberi faedah dan maanfaat yang banyak ianya bukan sekadar
memperbaharui dan mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan
malahan ia dapat memberi perubahan kepada seluruh kehidupan
peserta.
Hasil kajian penyelidikan ini mendapati hanya faktor jabatan atau
disiplin yang mempengaruhi tahap kesediaan dan persepsi kepentingan
115
responden terhadap Pendidikan Profesional Berterusan. Manakala,
faktor demografi lain tidak menunjukkan hubungan yang signifikan
kepada Pendidikan Profesional Berterusan.
Tetapi agak berbeza dengan penemuan hasil dapatan kajian yang
dijalankan oleh Chan Chong et. al (2011) yang menyatakan terdapat
lima faktor penting yang menghalang jururawat untuk terlibat dalam
Pendidikan Profesional Berterusan iaitu komitmen kerja, tanggungjawab
domestik, kekangan masa, penjadualan aktiviti pembelajaran dan kos
penyertaan. Bagi responden kajian ini, faktor-faktor tersebut bukan
sebagai faktor penghalang dalam terlibat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan.
Hasil dapatan kajian ini disokong dengan kajian yang dijalankan
oleh Grzyb, Graham dan Donaldson, (1998) yang menyatakan latar
belakang, kepimpinan, fungsi tugas, pengkhususan bidang akademik
tidak memberi hubungan signifikan dengan keterlibatan dalam
pembelajaran. Namun, untuk keterlibatan dan perlaksanaan program
pendidikan yang aktif memerlukan sokongan dan kerjasama dari pihak
organisasi.
Cadangan
Cadangan kepada organisasi
Pendidikan Profesional Berterusan adalah salah satu kaedah
untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan prestasi
jururawat sebagai pengamal profesional. Latihan perkhidmatan secara
116
dalaman dan program pembangunan kakitangan adalah penting untuk
membantu jururawat mengemaskini kemahiran klinikal, teori
kejururawatan, penyelidikan, polisi dalaman dan prosedur. Sehubungan
itu, jururawat perlu melibatkan diri dalam program pembelajaran
berterusan, agar mereka sedar dengan tren semasa dalam pendidikan
dan perkembangan terbaru amalan klinikal yang mampu meningkatkan
kemungkinan status quo yang mencabar (Nolan et. al, 1995). Evolusi
perkembangan pendidikan profesional menggalakkan profesional untuk
terus melibatkan diri secara langsung dalam pembelajaran, dengan ini
ia mampu meningkat kemahiran dan tingkah laku, meningkatkan
kesedaran diri, keupayaan untuk menilai amalan perlaksanaan,
penyelesaian masalah dan autonomi personal (Gallagher,
2007).
Pendidikan berterusan adalah daya penggerak dalam
menggalakkan jururawat untuk meneruskan pembangunan professional.
Program pembangunan profesional memerlukan kerjasama pengurusan
organisasi iaitu dengan menyediakan program pembelajaran yang dapat
dipenuhi oleh jururawat tanpa menganggu perkara-perkara yang
menjadi halangan seperti kekangan masa, komitmen dan
tanggungjawab harian dan kos. Organisasi dapat merancang bersama
dengan pegawai kanan kejururawatan bagi memudahkan penyampaian
pembelajaran seperti mengadakan konsep perbincangan terhadap
pembacaan yang telah dilaksankan oleh jururawat untuk dikongsikan
bersama dengan rakan sekerja. Ia boleh dilaksanakan semasa
mesyuarat jabatan atau taklimat pagi (morning briefing).
117
Selain dari itu, organisasi juga boleh memperkenalkan
pembelajaran secara maya. Dengan pembangunan dan perkembangan
teknologi masa kini, pembelajaran boleh dilaksanakan secara maya.
Telah wujud beberapa portal pembelajaran yang menyediakan artikel-
artikel pendidikan profesional kejururawatan yang boleh diakses secara
aktif oleh jururawat dan memerlukan jururawat mengambil bahagian
terhadap aktiviti dalam portal berkenaan. Pembelajaran seumpama ini
lebih menunjukkan keupayaan dan daya saing di kalangan jururawat
kerana ia tidak memerlukan jururawat untuk meninggalkan tugasan
hakiki malahan ia boleh dilaksanakan pada waktu senggang. Namun,
inovasi aktiviti pembelajaran sedemikian perlu disahkan oleh
pengurusan untuk didaftarkan bagi mendapat pengiktirafan oleh LJM
agar credit point dapat direkodkan dan diselaraskan.
Perancangan program dan aktiviti pendidikan untuk jururawat
perlu dilaksanakan dengan terperinci agar ia mampu menepati
keperluan jururawat dalam melaksanakan dan mempraktiskan tugas
dan tanggungjawab dalam perawatan kesihatan. Penyediaan latihan
yang selari dengan kehendak semasa perlu melalui proses penyediaan
dan perancangan latihan secara khusus yang dimulakan dengan analisa
keperluan latihan sehingga kepada peringkat penilaian.
Cadangan Ilmiah
118
Bagi kajian akan datang, pengkaji boleh melaksanakan kajian
berkenaan program pembangunan pendidikan dan pembelajaran, yang
mana ianya kurang diberi pendedahan kepada jurulatih kejururawatan.
Profesional kejururawatan bukan hanya perlu menjalani latihan yang
melibatkan kemahiran perawatan perubatan malah kemahiran spiritual
perlu selari dengan tugas yang dilaksanakan. Sehubungan itu,
pendedahan dari segi perancangan, kawalan sehingga kepada penilaian
program sedemikian kurang diberi penekanan. Perlantikan subject‘matter expert juga adalah perlu dalam melakar latihan dan’pendidikan yang sesuai untuk profesion kejururawatan.
Selain dari itu, penilaian terhadap perlaksanaan pembelajaran
dan pendidikan profesional juga boleh dijadikan perhatian dalam
kajian. Lanjutan kajian tersebut boleh dilaksanakan berikutan masih
kurangnya penyelidikan secara terperinci terhadap penilaian
pembelajaran profesional di kalangan profesional. Kesahihan dan
keupayaan perlaksanaan latihan tidak diukur secara khusus terhadap
pihak penganjur latihan dan juga peserta. Pemahaman secara jelas
faedah pembelajaran akan lebih mendorong keterlibatan dan kesediaan
jururawat dalam pembelajaran.
Sehubungan itu, perlaksanaan pendidikan dan latihan yang
diiktiraf oleh organisasi adalah peluang terbaik kepada jururawat untuk
peluang kenaikan pangkat. Pengiktirafan oleh pengurusan organisasi
dalam program pendidikan, penyelidikan dan pembelajaran dapat
membantu organisasi memiliki kakitangan yang berpengetahuan dan
cekap dalam melaksanakan perawatan perubatan.
119
Kesimpulan
Fokus kajian adalah untuk melihat tahap kesediaan, keterlibatan
dan persepsi responden terhadap kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan dalam bidang profesional kejururawatan. Selain daripada
itu, kajian juga melihat kepada jenis penglibatan jururawat terhadap
pembelajaran dan ciri-ciri demografi yang mempengaruhi Pendidikan
Profesional Berterusan. Kajian yang dilaksanakan di hospital kerajaan
ini mendapati jururawat aktif dalam program pendidikan profesional
dan memahami secara keseluruhan terhadap konsep pembelajaran,
yang mana pembelajaran memberi faedah kepada kerjaya dan
pembangunan organisasi.
Pendidikan Profesional Berterusan adalah perlu untuk
meningkatkan pengetahuan mutu perkhidmatan profesional. Hasil
kajian mendapati responden bersedia untuk terlibat dalam Pendidikan
Profesional Berterusan apabila mereka menyedari kepentingan
pembelajaran yang boleh meningkatkan kompetensi diri, kemahiran,
keyakinan diri yang mampu membawa kepada peningkatan kerjaya.
Pendidikan Profesional Berterusan adalah penting untuk setiap
profesion bagi mengemaskini pengetahuan, kemahiran dari masa ke
semasa sekaligus dapat meningkatkan kompetensi diri dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Keupayaan profesion dalam
perlaksanaan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat adalah
sebagai kayu aras kepada satu-satu profesion, ini kerana bidang
profesional adalah untuk berkhidmat secara langsung dengan
menawarkan perkhidmatan yang optima dan sempurna kepada
masyarakat. Konsep pembelajaran yang luas perlu dititikberatkan oleh
120
setiap individu profesional ini kerana manfaat pembelajaran boleh
digunakan untuk jangka masa panjang. Keterlibatan profesional dalam
pembelajaran perlu mendapat dorongan, kerjasama dan sokongan dari
pihak organisasi untuk kemajuan dan peningkatan kualiti sesebuah
organisasi.
Namun, ia lebih mendapat perhatian oleh organisasi dan individu
apabila pihak kerajaan mewajibkan bidang profesional terus terlibat
dalam bidang pendidikan, seperti bidang perawatan yang mewajibkan
jururawat untuk mengikuti program PPB. Walaupun arahan kewajipan
tersebut tidak bertindak sebagai faktor ekstrinsik yang mendorong
mereka untuk menyertai pembelajaran.
Pembelajaran mampu memberikan kesedaran dan mendatangkan
perubahan kepada diri profesional bagi meningkatkan status satu-satu
bidang profesional. Konsep kesukarelawan dikalangan profesional
dalam mengikuti pembelajaran perlu diketengahkan melalui
peningkatan motivasi diri. Budaya pemebelajaran dalam organisasi
menjadi tulang belakang kepada keterlibatan profesional dalam
Pendidikan Profesional Berterusan. Profesional juga perlu lebih terbuka
untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran, ini kerana dalam
pembelajaran profesional, profesional akan berkomunikasi sesama
mereka yang akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan
bidang profesional mereka. Ia akan menjadi nilai tambah kepada taraf
seseorang profesional.
(tambahan kesimpulan untuk objektif 5) Demografi profesional
yang berubah setiap tahun tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak
mengikuti Pendidikan Profesional. Walaupun umur meningkat, telah
mempunyai pengalaman kerja lebih dari tahun minima perkhidmatan,
bertukar jabatan atau disiplin, perkara-perkara tersebut seharusnya
121
dijadikan sebagai cabaran kepada diri profesional. Ini kerana kajian
ada menunjukkan umur yang meningkatkan membuatkan profesional
tidak berminat lagi untuk pertambahan ilmu apatah lagi yang
melibatkan pembacaan. Konsep Pendidikan Profesional yang boleh
dilaksanakan secara perbincangan dan bertukar pendapat boleh
dijadikan sebagai pertambahan ilmu dikalangan profesional baru. Ini
kerana perbincangan antara profesional akan membuatkan mereka
lebih bersedia untuk berhadapan untuk memberikan perawatan kepada
pesakit dengan menggunakan pengalaman dari profesional yang telah
kanan.
122
RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan dan Sarah Liyana Ab Latiff (2011). Kesediaan
Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
Di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.Journal of
Technical, Vocational and Engineering Education Bimbingan dan
Kaunseling. Petaling Jaya:Longman, Vol 1, m.s 72-87/ ISSN: 2231-
7376
Abukari, A. (2004). Conceptulising Lifelong Learning: A Reflection on
Lifelong Learning.1st International Euredoc Conference Sciences:
Transformation experienced by Higher Education and Research Institution
in European Countries. Paris
Adami, M. F dan Kiger, A. (2005). A Study of Continuing Burse
Education in Malta. The Importance of National Context. Nurse
Education Today. 25, 78-84
123
Aiga, H. (2006).Reasons For Participation In and Needs For Continuing
Professional Education among Health Workers in Ghana. Health
Policy, 77 (2006) 290 303–
Alsop, A. (2000).Continuing Professional Development: A Guide for Therapists.
Blackwell Science, London
Aminah Hashim, Ooi S. G danCh ng S. C. (2003).’ Panduan Asas Proses
Kejururawatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dewan Bahasa &
Pustaka
An Bord Altranais(1994). The Future of Nurse Education and Training in
Ireland. An Bord Altranais, Dublin.
Anderson, K., Anderson, L. dan Glanze, W.(1998). Mosby’s Medical,
Nursing & Allied Health Dictionary. Fifth ed. Mosby, St. Louis
Ashton, D. and Green, F. (1996).Education, Training and the Global
Economy. Elgar, Cheltenham
Aspin, D.N. dan Chapman, J. D. (2007). Lifelong Learning: Concepts and
Conceptions. In aspin D. (Ed), Philosophical Perspective on Lifelong
Learning. Netherland: Springer Publishing Associates, eds.
Azahari Ismail, Khairuddin Idris dan Shamsuddin Ahmad
(1995).Continuing Professional Education: The Years Ahead for Malaysia. A
One Day Seminar On Continuing Professional Development in A
Learning Organization: Towards Effective Practice. Institute for
Distance Education and Learning. Universiti Putra Malaysia
124
Bahn, D. (2007). Reason for Post Registration Learning: Impact Of The
Learning Experience. Nurse Education Today. 27, 715-722
Barriball K. L. dan While A. E. (1996). Participation In Continuing
Professional Education in Nursing: Finding of an Interview Study.
Journal of Advanced Nursing. 23. 999-1007
Beatty, R. M. (2001). Continuing Professional Education, Organization
Support and Professional Competence: Dilemmas of Rural Nurses.
The Journal of Continuing Education in Nursing. 5, 203-209
Bennett Sandra M. (2005). Exploring The Relationship Between
Continuing Professional Education And Satisfaction For
Information Technology Professional In Higher Education.
University of North Texas Satisfaction In The Prediction Of
Voluntary Turnover. Academy of Management Journal. 44(4), 621-638
Bibi Florina Abdullah (2008).Guidelines for Continuous Professional
Development (CPD) Programme for Nurses/Midwives. Lembaga Jururawat
Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia
Blacklock, P. J. (2009). The Five Dimensions of Professional Learning
Communities in Improving Exemplary Texas Elementary Schools: A
Descriptive Study. University of North Texas, Denton, TX.
Bolam, R. (1993). Recent Developments and Emerging Issues in The Continuing
Professional
Development of Teachers. General Teaching Council for England and
Wales. London
125
Brestovacki, B. dan Milutinovic D. (2011).Continuing Education of
Paediatric Nurses in Vojvodina, Serbia. Nurse Education Today. 31.
461-465
Browell, S. (2000). Staff Development and Professional Education: A
Cooperative Model. Journal of Workplace Learning. Vol. 12 No. 2, pp.
57-65
Burke Ronald, J. (1995).Career Development In A Professional Services
Firm, On-The-Job Experiences and Continuous Learning.Journal of
ManagementDevelopment. York University, Ontario, Canada, Vol. 14
No. 1, pp. 25-33.
Cervero, R. M. (1981). A Factor Analytic Study of Physicians' Reasons
for Participating in
Continuing Education. Journal of Medical Education, 56, 29-34.
Cervero, R. M. (2000). Trends and Issues In Continuing Professional
Education. New Directions for Adult Continuing Education. 86, 3-13
Chan Chong, M., Sellick, K., Francis, K.dan Khatijah Lim Abdullah
(2010). What Influences Malaysian Nurses to Participate in
Continuing Professional Education Activities?Asian Nursing Research.
Vol. 1, No. 1
Childers, J. L. (1997). Reason For Participation in Continuing
Professional Education: Perspectives on a Professionalizing
Occupation.PAACE Journal of Lifelong Learning. Vol. 6, 59-66
126
Claire, M. dan Christine, C. (2006). The Motivation of Nurses to
Participative in Continuing Professional Education in Ireland.Journal
of European Industrial. Vol. 30. No. 5
CPD Nurse Flyer (2009). Unit CPD, Bahagian Kejururawatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia
Daley, B.J. (1999).Adult Education.Quarterly Summer. Vol. 49, No.4. 133-
147
Danielson, E. dan Berntsson, L. (2007).Registered Nurses Perceptions’of Educational Preparation for Professional Work and Development
in Their Profession. Nurse Education Today. 27, 900-908
DeLeskey, K. dan Fetzer, S. J. (2007). Participation in and Satisfaction
With Perianestesia Continuous Professional Development. American
Society of PeriAnesthesian Nurses. 22(1): 21-6
Deraf Ucapan YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan’Malaysia (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia
DeSilets, L. (1995). Assessing Registered Nurses' Reasoning For
Participating In Continuing Education. The Journal of Continuing
Education in Nursing. 26(5), 202-208
Devi K. S dan Mei Chan, C. (2008). Perception of Registered Nurses on
Implementation Of Mandatory Continuing Professional Education
For Re-Licensure In Pediatric Institute. 8th Annual SEAAIR Conference.
4-6 November 2008, Surabaya, Indonesia
127
Doyle, C. (2006).Methods of Continuing Professional Education
Preferred by Irish Pediatric Nurses.Journal for Specialists in Pediatric
Nursing. Volume 11, Issue 2, pages 90 99–
Ee, A. M. (1992). Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah. Edisi
Ke-2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Eggelmayer, S. (2010). What are the benefits of lifelong learning? Expert
Answer. http://continuing education.yoexpert.com/lifelong–
learning/what-are-the-benefits-of -lifelong-learning.html
Fawcett, L. C dan Strickland, L. R . (1998). Accountability and Competence:
Occupational Therapy Practitioner Perceptions Source.Occupational
Therapy Program, Spalding University, Louisville, Kentucky, USA.
52(9):737-43.
Field, L. (1989). An Investigation into the Structure, Validity, and
Reliability of Guglielmino s Self-Directed Learning Scale. ’ Adult
Education Quarterly. 39: 125-139.
Forsetlund, L. (2009).Continuing Education Meetings and Workshops: Effects
on Professional Practice and Health Care Outcomes. Cochrane Database
of Systematic Reviews
Friedman, A., Durkin, C. dan Phillips, M. (2000). CPD: What Are The
True Costs of Continuing Professional Development?. Continuing
Professional Development. Vol. 3, No. 3
128
Gallagher, L. (2007).Continuing Education In Nursing: A Concept
Analysis. Nurses Education Today. 27, 466-473
Garavan, T.N., Costine, P. dan Heraty, N. (1995).Training and
Development in Ireland, Context,Policy and Practice. Oak Tree Press,
Dublin.
Gillies,D. dan Petengill, M. (1993).Retention of Continuing Education
Participants. Journal of Continuing Educationin Nursing. 24, 17 22–
Glass, J. C. dan Todd-Atkinson, S. (1999). Continuing Education Needs
of Nurses Employed in Nursing Facilities.The Journal of
ContinuingEducation in Nursing. 30, 219-228.
Gopee, N. ( 2002). Lifelong Learning In Nursing: Perceptions and
Realities. Nurse Education Today. 21 (8), 607 615–
Gould, D.,Drey, N. dan Berridge E. J.(2006). Nurses Experiences of’
Continuing Professional Development. Nurse Education Today. Vol.
27, Issue 6, Pages 602-609
Griffitts, L. (2002).Geared To Achieve With Lifelong Learning. Nursing
Management. 33, 22-25
Griscti, O. dan Jocano, J. (2006). Effectiveness of Continuing Education
Programs In Nursing. Journal of Advance Nursing. 55 (4), 449-456
Grzyb, S. W., Graham, S. W. dan Donaldson, J. F. (1998). Participation
In Education And Training: The Influence Of Preparation And
Organizational Roles. Journal of Instructional Psychology. 25 (1), 13.
129
Happell, B. (2004). Facilitating The Professional Development Role Of
Clinicians: Evaluating The Impact Of The Clinician-Trainer
Program. Nurse Education in Practice. 4, 83 90–
Houle, C. O. (1980). Continuing Learning In The Professions. San Francisco:
Jossey-Bass
Hughes. E. (2005).Nurses s Perception of Continuing Professional’
Development.Nursing Standard. 19. 43, 41 - 49.
Ismail Zain (2013).Kesediaan Penentu Keberkesanan Pembelajaran.
http://pmr.penerangan.gov.my
Jain, S.,danMartindale, T. (2012).Facilitating Continuous
Learning: Review of Research on Individual Learning
Capabilities and Organizational Learning
Environments" Paper presented at the annual meeting of the AECT
International Convention, The Galt House, Louisville, KY, Oct
30.http://citation.allacademic.com/meta/p575767_index.h
tml
Jarvis, P. (2005).Lifelong Education and Its Relevance To Nursing. Nurse
Education Today. 25 655-660
Joyce, P. dan Cowman, S. (2007). Continuing Professional Development:
Investment Or Expectation. Journal of Nursing Management. 15, 626–
633
130
Kersaitis, C. (1997). Attitudes and Participation of Registered Nurses in
Continuing Professional Education in New South Wales, Australia.
The Journal of Continuing Education in Nursing. 28, 135-139
Krejcie, Robert V. dan Morgan, Daryl W. (1970).Determining Sample
Size For Research Activities.Educational And Psychological
Measurement. 30, 607-610.
Kristjanson, L. dan Scanlon, J. (1989). Assessment of Continuing
Nursing Education Needs. The Journal of Continuing Education in
Nursing. 20 (3), 118 123.–
Kubsch,S.,Hennignes, A., Lorenzoni, N., Eckardt, S. dan Oleniczak, S.
(2003).Factors influencing Accruement of Contact Hours for
Nurses. The Journal of Continuing Education in Nursing.34(5), 205 212—
Laal, M. (2012). Benefit of Lifelong Learning.Social and Behavioural
Sciences. 46. 4268-4272
Laal,M. dan Salamati, P. (2012).Lifelong Learning: Why Do We Need It?
Social and Behavioural Science. Vol 31, pp 399-403
Lammintakanen, J. dan Kivinen, T. (2012). Continuing Professional
Development in Nursing Does Age Matter? Journal of Workplace
Training. Vol 24. No.1
Laszlo, H.& Strettle, R. J. (1996). Midwives Motivation for Continuing
Education. Nurse Education Today. 16(5), 363-367
131
Lee, A. C. K., Tiwari, A. F. Y., Choi, E. W. H. Yuen, K. H. dan Wong,
A.(2005).Hong Kong Nurses Perception of and Participation In’
Continuing Education. The Journal of Continuing Education in Nursing.
36(5), 205-212
Lester, S. (1999). Professional bodies, CPD and Informal Learning: The
Case for Conservation.
Continuous Professional Development. Vol. 2 No. 4, pp. 11-121
Lundgren, S. (2011).Learning Opportunities for Nurses Within Home
Care.Journal of Workplace Learning.Vol. 23, No.1, pp. 6-19
Mascle, D. (2007). No Adult Left Behind: 5 Big Benefits of Lifelong
Learning. Article Alley, UK. Retrieved 2011 Sep. 30, from:
http://deannamascle.articlealley.com/no-adult-left-behind-5-big-
benefits-of-lifelong-learning-139607.html.
Marks, A. (2010). The Professional Status Of Massage Therapists:
Experience, Employability, and Evolution.Journal of Human Resource
Costing & Accounting. Vol. 14, No. 2, pp. 129-150
Maslin-Prothero, S.E. (1997). A Perspective on Lifelong Learning and Its
Implications For Nurses.Nurse Education Today. 17, 431436
Merriam S.B, Caffarell R.S dan Baumgartner L. S. (2007), Learning in
Adulthood. A Comprehensive Guide. Third Edition. Jossey Bass, John
Wiler & Sons. Inc
Mohd Azhar Abd Hamid, Adanan Mat Junoh, Ishak Mat Shah dan
Mohd. Koharudin Mohd Balwi (2004), PembelajaranArahan
132
KendiridanHubungannyadenganKefahaman terhadap E-Pembelajaran: Satu
Kajian di Kalangan Staf Akademik. UniversitiTeknologi Malaysia. UTM
Press
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Adanan Mat Junoh dan Rosman Mohd
Yusoff (2008).Dinamika Pembelajaran Dewasa; Dinamika Pembelajaran
Dewasa dalam Perspektif Islam. Universiti Teknologi Malaysia. UTM
Press
Mott, V. W.(2000).The Development of Professional Expertise in the
Workplace.New Directions for Adult and Continuing Education. Volume
2000, Issue 86, pages 23 31–
Moore, L. (2010).Work-Based Learning and The Role of
Managers.Nursing Management. Volume 17, Number 5
Murphy, C., Cross, C. dan McGuire D. (2005). The Motivation Of
Nurses To Participate In Continuing Professional Education In
Ireland.Journal of European Industrial Training. Vol. 30 No. 5, 2006,
pp. 365-384
Muthu, D. dan Mei Chan, C. (2008). Perception of Registered Nurses
On Implementation Of Mandatory Continuing Professional
Education For Re-Licensure In Pediatric Institute.8th Annual SEAAIR
Conference. Surabaya, Indonesia
Nolan, M., Owens, R. dan Nolan, J.(1995). Continuing Professional
Education: Identifying The Characteristics of an Effective System.
Journal of Advanced Nursing. 21, 551 560.–
133
Nonaka, I. dan Takeuchi, H. (1995).The knowledge-creating Company. How
Japanese Companies Create the Dynamics of Innovation. Oxford
University Press, New York.
Nutley, S.dan Davies, H.T.O. (2001).Developing Organisational Learning
In The NHS. Medical Education. Vol. 35, No.1, pp 35-42
Parsell, G. dan Bligh, J. (1999). The Development of a Questionnaires
to Assess the Readiness of Health Care Students for
Interprofessional Learning (RIPLS).Medical Education. 33 95-100
Peck, C., McCall, M. dan McLaren, B. (2000). Continuing Medical
Education And Continuing
Professional Development: International Comparisons.British Medical
Journal. Vol. 320
No. 7232, pp. 432-5
Perry, L. (1995).Continue Professional Education: Luxury or
Necessity?.Journal of Advance
Nursing. 21: 766-771
Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia, http://latihan.moh.gov.my/v3/index.php-pos basik/
pengkhususan
Rohani Arshad (2008). Mengangkat Martabat Jururawat di Malaysia. Berita
Harian. 27 Mac :5
Roscoe, J. (2002). Continuing Professional Development in Higher
Education.Human Resource
134
Development International. Vol. 5 No. 1, pp. 3-9.
Ryan, J. (2003).Continuous Professional Development Along The
Continuum Of Lifelong Learning. Nurse EducationToday. 23, 498 508–
Sadler-Smith, E., Allinson, C.W. dan Hayes, J. (2000). Learning
Preferences and Cognitive Style: Some Implications For Continuing
Professional Development.Management Learning. Vol. 31 No. 2, pp.
239-56
Spears, M. C. dan Parker, D. F.(2002). A Probit Analysis of the Impact
of Training on Performance Appraisal Satisfaction.American Business
Review. 20(2), 12-16
Schon. D. (1983).The Reflection Practitioner: How Professional Think in Action.
London: Temple Smith
Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Psikologi
Pembelajaran dan Kognitif. Bimbingan dan Kaunseling Petaling
Jaya:Longman
Smith, J. (2004). Exploring The Efficacy Of Continuing Education
Mandates.JONA’s Healthcare, Law, Ethics, and Regulation. 6(1), 22-31
Ting, A. (2010).Lebih Banyak Jururawat Berijazah di Hospital-Hospital Awam,
mStar online
Tissot, P. (2004). Terminology of Vocational Training Policy.A
Multilingual Glossary For An Enlarged Europe. pp 70, 76, 112.
http://www.refernet.pl/zasoby
135
Tynjala, P. (2008).Perspective into Learning at The Workplace.
Educational Research Review. Vol. 3, No. 2, pp. 130-54
Utusan Malaysia (2005). Kejururawatan – Bidang yang penting dan menarik.
http://www.utusan.com.my
Voon M. P.(2009). Profesion Kejururawatan Bukan Lagi Monopoli Wanita.
Mstar Online. http://Mstar.com.my
Waddell, D. (1993). Why Do Nurses Participate In Continuing
Education? A meta-analysis. Journal of Continuing Education in Nursing.
Vol. 24, No. 2, pp. 52-6.
Whyte, D. A., Lugton, J. dan Fawcett, T. N. (2000). Fit For Purpose:
The Relevance Of Master s Preparation For The Professional’Practice Of Nursing. A 10-Year Follow-Up Study Of Postgraduate
Nursing Courses In The University Of Edinburgh. Journal of
Advanced Nursing. 31 (5), 1072 1080–
Wood, J. (2006). Exploring Staff Nurses Views On Professional’
Development. Nursing Times. 102(13), 36-38
Zaleska, K. dan de Manezes, L. (2007). Human Resource Development
Practices and Their Association With Employee Attitudes: Between
Traditional and New Careers. Human Relations. Vol. 60, No. 7, pp
967-1018
Zanariah Abd Mutalib (2008). Jururawat wajib ikuti CPD mulai 2009. Mstar
online
Zulkifli Hamzah (2011). Kerjaya Jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia
136
Zulkiple Ibrahim (2008). Jururawat Perlu Lanjut Pelajaran ke Tahap
Lebih Tinggi. Rencana Bernama.com
BORANG SOAL SELIDIK
137
Borang Kaji SelidikPenglibatan Jururawat Dalam PendidikanProfesional Berterusan Serta Faktor
Demografi yang Mempengaruhinya
Assalamualaikum/Salam sejahtera, Soal selidik ini adalah untuk
mengenalpasti tahap kesediaan jururawatdari pelbagai disiplin di PPUKM terhadapPembelajaran Professional Berterusan
Diharapkan jawapan yang diberikan dapatmembantu kumpulan penyelidik dalammencapai objektif kajian
Segala maklumbalas yang diberikan akandiRAHSIAkan.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidikini amat dihargai.
Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isitempat kosong pada ruangan yang berkaitan.1. Jantina: [ ] Lelaki
[ ] Perempuan2. Umur: [ ] 20 – 30 tahun
[ ] 31 – 40 tahun[ ] 40 – 50 tahun[ ] 51 tahun ke atas
3. Status perkahwinan [ ] Bujang[ ] Berkahwin
(bilangan anak) __________
[ ] Janda / Duda (bilangan anak) __________
4. Jawatan: [ ] Jururawat Terlatih[ ] Ketua Jururawat
4a. Kelayakan Akademik: [ ] Diploma [ ] Sarjana Muda [ ] Sarjana
5. Jabatan / Disiplin berkhidmat: Nyatakan : ________________________
5a. Bidang Pengkhususan Kerja: [ ] Disiplin (sekiranya ada, nyatakan
tahun) Pos Basik ____________ Tahun ____________
138
Bahagian A: Demografi / Latar Belakang Responden
5b. Pengalaman berkhidmat: [ ] 1 – 7 tahun [ ] 8 – 14 tahun [ ] 15 – 21 tahun [ ] 22 – 28 tahun [ ] 29 tahun ke atas
5c. Penjadualan kerja: [ ] Waktu pejabat
[ ] Waktu shift
Pengenalan: Pembelajaran Professional Berterusan adalah latihan /kursus / ceramah/ syarahan /seminar/bengkel /konferens /konvension yang diikuti oleh professional (jururawat) dalammeningkatkan dan mengemaskini pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
1. Bilakah kali terakhir anda mengikuti pembelajaran berterusan [ ] seminggu lepas[ ] dua minggu lepas[ ] bulan lepas[ ] enam (6) bulan lepas[ ] duabelas (12) yang lepasLain-lain sila nyatakan: ___________________________________________________________________________________________
2. Aktiviti pembelajaran yang sering diikutibagi 12 bulan kebelakang [ ] kuliah/syarahan[ ] seminar[ ] konferen[ ] bengkel[ ] konvensyenLain-lain sila nyatakan: ___________________________________________________________________________________________
139
Bahagian B: Keterlibatan dalam pembelajaran berterusan
3. Aktiviti pembelajaran yang menjadi pilihan [ ] kuliah/syarahan[ ] mesyuarat[ ] perbincangan bersama rakan sekerja[ ] pembacaan tentang bidang profesional[ ] menyambung pengajianLain-lain sila nyatakan: ___________________________________________________________________________________________
4. Akan terlibat dalam pembelajaran, apabilapembelajaran adalah: [ ] percuma [ ] bersedia untuk membayar aktiviti
pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki
[ ] setelah nama dihantar oleh Ketua[ ] mempunyai nilai mata kredit CPD[ ] tidak menganggu tugasan atau tanggungjawab harian
Lain-lain sila nyatakan: ___________________________________________________________________________________________
5. Keterlibatan dalam pembelajaran adalah:
Sila bulatkan untuk menyatakan pendapat andamengikut skala yang diberikan:
1Untuk meningkatkan pengetahuan professional saya
1 2 3 4 5
2
Untuk mengemaskini ‘up date’ kemahiran dan kelebihan dalam bidang professional saya
1 2 3 4 5
3 Untuk memperbaharui lesenperkhidmatan 1 2 3 4 5
4
Untuk membuktikan saya mampu mendemonstrasikan kelebihan dan kemahiran professional saya
1 2 3 4 5
5 Untuk meningkatkan keyakinan dalam diri, 1 2 3 4 5
140
1 2 3 4 5Sangattidaksetuju
Tidaksetuju
Kurangsetuju
Setuju SangatSetuju
meningkatkan self esteem‘ ’6
Untuk memiliki kolabrasi dan perkongsian pengetahuan
1 2 3 4 5
7
Untuk melatih diri agar lebih bersedia dengan memahami keseluruhan nilai-nilai profesional
1 2 3 4 5
8
Untuk meletakkan komitmendalam proses pembelajaran dan sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran
1 2 3 4 5
9
Untuk bersama-sama setaraf dengan rakan sekerja yang telah mengikuti pembelajaran
1 2 3 4 5
Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yangdiberikan
1 Saya terlalu ingin mempelajarisesuatu perkara 1 2 3 4 5
2Saya suka mencuba perkara baru walaupun saya tidak pastihasilnya
1 2 3 4 5
3 Saya suka memikirkan masa hadapan 1 2 3 4 5
4Saya melihat sesuatu perkara sebagai cabaran, bukan halangan.
1 2 3 4 5
5 Saya suka cabaran dalam pembelajaran 1 2 3 4 5
6 Saya sangat berminat untuk meneroka perkara-perkara baru 1 2 3 4 5
7
Lebih tinggi pendidikan membuatkan hidup saya lebih menyeronokkan.
1 2 3 4 5
8 Pembelajaran adalah suatu keseronokan 1 2 3 4 5
9Saya ingin belajar lebih banyaklagi untuk pembangunan diri saya
1 2 3 4 5
10 Pembelajaran bersifat sepanjang hayat 1 2 3 4 5
11 Saya tahu apa yang ingin dipelajari 1 2 3 4 5
12 Saya suka belajar 1 2 3 4 5
13Kesukaran dalam sesuatu bidang pembelajaran tidak menjadi halangan jika saya menggemari bidang tersebut
1 2 3 4 5
14Saya selalu mencari maklumat perlaksanaan dalam perkhidmatan kejururawatan
1 2 3 4 5
15Saya selalu mengutarakan persoalan terhadap setiap perkara yang berlaku
1 2 3 4 5
1 Akan meningkatkan kelayakan/kepakaran sedia ada 1 2 3 4 5
141
1 2 3 4 5Sangattidaksetuju
Tidaksetuju
Kurangsetuju
Setuju SangatSetujuBahagian D: Kepentingan pembelajaran sebagai
peluang kepada peningkatan kerjaya
Bahagian C: Kesediaan terhadap pembelajaran berterusan
2 Akan meningkatkan status profesional secara keseluruhan 1 2 3 4 5
3Pengetahuan baru yang dimiliki diamalkan untuk membantu memantapkan diri
1 2 3 4 5
4
Akan memiliki kelulusan /kelayakan /kemahiran yang lebih tinggi bagi peluang kenaikan pangkat
1 2 3 4 5
5
Akan meningkatkan kelayakanakademik sekaligus memperbaiki kelulusan akademik sebelum ini
1 2 3 4 5
6Akan mampu mempengaruhi perubahan dalam perkhidmatan yang diberikan
1 2 3 4 5
7
Akan mempunyai hubungan rangkaian (networking), yang boleh membantu dalam pergerakan aliran kerjaya
1 2 3 4 5
8 Meningkatkan peluang kenaikan pangkat 1 2 3 4 5
9
Melalui pengetahuan dan ilmuakan memberi gambaran jelasterhadap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan
1 2 3 4 5
10Dengan ilmu yang dimiliki menjadikan diri dihormati, menjadi tempat rujukan
1 2 3 4 5
11
Untuk menjadikan diri lebih bertanggungjawab dan bersedia dengan beban tugas yang lebih mencabar
1 2 3 4 5
12
Untuk membuktikan diri adalah seorang yang layak dalam bidang profesional tersendiri
1 2 3 4 5
SEKIAN, TERIMA KASIHSEKIAN, TERIMA KASIH
KERJASAMA TUAN/PUAN DALAM MENJAWAB SOALKERJASAMA TUAN/PUAN DALAM MENJAWAB SOALSELIDIK INI DENGN IKHLAS DAN JUJUR DIUCAPKANSELIDIK INI DENGN IKHLAS DAN JUJUR DIUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIHRIBUAN TERIMA KASIH
Faiza binti OmarFaiza binti [email protected]@gmail.com
142
Top Related