TAHAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN JURUSAN SIJIL ELEKTRIK
KAJIAN KES: KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG
Mohammad Hairy Bin Kharauddin
Baki Ak Nyogen
Titus Raymond Jayim Ak Sidet
Kolej Komuniti Santubong
Abstrak
Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) dan Sijil Modular Kebangsaan
Pemasangan Elektrik ditawarkan di lebih 22 buah Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Kolej Komuniti Santubong adalah salah satu yang telah menawarkan program ini
kepada masyarakat terutama di negeri Sarawak. Program ini juga dijalankan di
beberapa institusi pendidikan yang lain seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Giat
Mara dan Institut Kemahiran Mara (IKM). Di Kolej Komuniti Satubong, pelajar diajar
mengenai pendawaian elektrik fasa tunggal dan 3 fasa, kawalan motor, prinsip elektrik,
peranti elektronik, penjana arus terus (AT) dan arus ulang-alik AU, pencahayaan
rekabentuk terbantu komputer (AutoCADD) disamping subjek-subjek pengajian am
seperti bahasa inggeris, pendidikan islam atau moral, dan kemahiran insaniah. Sukatan
pengajaran dan pembelajaran meliputi 80% amali dan 20% teori. Lepasan kolej
komuniti boleh memilih untuk terus bekerja di sektor swasta atau kerajaan, selain
daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan seterusnya, atau bekerja
sendiri (usahawan). Program yang ditawarkan ini diharap dapat memberikan peluang
kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memilih bidang kemahiran
demi masa depan. Sorotan kajian menunjukkan bahawa kesan pendidikan amat berkait
rapat dengan pekerjaan. Semakin tinggi pendidikan yang diperolehi, maka semakin
tinggi jangkaan pekerjaan yang diharapkan. Sumbangan pendidikan ialah dalam
melatih dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sumber manusia yang sedia
ada. Sekiranya Negara ingin menuju ke arah Negara perindustrian yang berteknologi
tinggi, maka sistem pendidikan yang dilaksanakan perlulah melahirkan masyarakat
yang mendorong penggunaan teknologi yang ingin diperkenalkan itu (Mohd Yusof
Kasim & Ishak Yussof 2002; Ishak Yussof & Rahmah Ismail 1997). Datuk Mustapa
Mohamed mengatakan bahawa kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah
kerana mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan.
Menurut beliau, selain lemah penguasaan dalam bahasa inggeris, graduan juga
didapati berfikiran sempit, tiada ciri-ciri kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada
kemahiran berkomunikasi (Bernama, 2007). Tujuan utama kajian ini adalah untuk
meninjau kebolehpasaran graduan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan &
Perkhidmatan), dan Sijil Modular Kebangsaan Pemasangan Elektrik Kolej Komuniti
Santubong, Sarawak. Kajian telah dijalankan pada bulan Ogos 2011 sehingga
Disember 2013 dan melibatkan kumpulan graduan yang telah tamat sekurang-
kurangnya 6 bulan. Format borang soal selidik adalah di ambil daripada borang soal
selidik yang direka oleh unit pengesahan graduan Kolej Komuniti Santubong. Hasil
kajian ini diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences for
windows (SPSS) Version 14.0. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebolehpasaran
graduan Sijil Pemasangan Elektrik melebihi 70% dan boleh dianggap baik. persediaan
seseorang pelajar itu agar penampilan serta ilmu yang dibekalkan mampu untuk
menjadikan graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
terutamanya Kolej Komuniti Santubong berdaya saing dan menepati kehendak industri.
*Kebolehpasaran graduan
Pengenalan
Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah
negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang
produktif (Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015). Dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMKe-9) yang lalu, 2006-2010, sejumlah RM16 billion telah diperuntukkan
bagi membiayai program-prgram dan projek berkaitan pembangunan modal insan di
peringkat tinggi (Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII)
Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju, 4 – 6 Jun 2012).
Pengkaji merasakan bahawa satu kajian penilaian terhadap kebolehpasaran
graduan perlu dilakukan untuk melihat keupayaan penuntut lepasan Kolej Komuniti
Santubong melalui penerimaan organisasi di luar, masa yang di ambil dan bidang
kerjaya yang diceburi adakah bersesuai dengan pengkhususan mereka.
Ulasan Literatur
Secara amnya, program pendidikan dan latihan adalah bertujuan untuk
menambah pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta amalan seseorang
kepada yang lebih baik dan baru. Menurut Lange, Ottens dan Taylor (1998 dalam
Webster dan Walker (1999)) menyatakan bahawa kemahiran yang diperolehi daripada
latihan akan mempengaruhi produktiviti pekerja dan seterusnya dapat menghasilkan
output yang dikehendaki.
Terdapat pelbagai pandangan mengenai jenis pengetahuan dan bentuk
kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran pekerja.
Misalnya, Maros (2000) dan Nair-Venugopal (2000); berpendapat pekerja perlu
mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang digunakan di
peringkat antarabangsa. Mereka juga perlu mempelajari nilai-nilai baru, kemahiran
kepimpinan dan kecekapan berkomunikasi menerusi peralatan teknologi dan secara
interpersonal (Toffler 1981). Peluang setiasa boleh mempertingkatkan kemahiran dan
ilmu pengetahuan mereka melalui pendidikan bentuk ini (Mustafa Mansur 2002).
Isu berhubung tahap kebolehpasaran graduan yang dihasilkan oleh institusi
pendidikan tinggi (Awam atau Swasta) mempunyai perkaitan rapat dengan fenomena
penggangguran dalam kalangan graduan. Anggaran tidak rasmi menunjukkan
jumlahnya mencecah seramai 60,000 orang atau 11% daripada jumlah yang
mengganggur (MTEN 2001; Ishak Yussof et al. 2004; Zulkifly Osman & Ishak Yussof
2005; Utusan Malaysia 2005a; Utusan Malaysia 2005b). Terdapat juga kajian yang
menunjukkan bahawa antara masalah lain yang menyebabkan graduan sukar
mendapatkan pekerjaan ialah faktor kebolehpasaran yang dikaitkan dengan kesesuaian
kursus dan tingkat kemahiran yang mereka miliki (MTEN 2001; Bank Negara 2002;
MEF 2003; IPPTN 2003; Md Zabid Rashid 2003; Ishak Yussof et al. 2004; Rubiah et al.
2004). Dalam pada itu, jumlah belia melayu yang mengganggur adalah lebih tinggi
kerana mereka dikatakan kurang kemahiran dan kepakaran (The Star, 15 September
2004). Menurut Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN 2001); penggangguran di
kalangan siswazah perempuan adalah lebih tinggi berbanding siswazah lelaki dan
siswazah cina mengalami tempoh penggangguran yang lebih pendek berbanding
siswazah kaum lain.
Penyataan Masalah
Datuk Mustapa Mohamed mengatakan bahawa kegagalan siswazah
mendapatkan pekerjaan adalah kerana mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang
diperlukan oleh majikan. Menurut beliau, selain lemah penguasaan dalam bahasa
inggeris, graduan juga didapati berfikiran sempit, tiada ciri-ciri kepimpinan, semangat
kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi (Bernama, 2007). Menurut Ramlee (2007),
majikan dalam industri pembuatan di Malaysia kurang berpuashati terhadap graduan
dari aspek kemahiran motivasi, komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal,
peyelesaian masalah dan kemahiran keusahawan.
Kenyataan ini turut disokong oleh kajian Mohamad, Zurina dan Nursilah (2007)
dari Universiti Sains Islam Malaysia terhadap graduan daripada tiga (3) university
tempatan menunjukkan sebanyak 25 faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi
kebolehpasaran graduan. Antara faktor yang signifikan ialah pencapaian akademik,
kecekapan bahasa inggeris, kemahiran komunikasi, kemahiran teknologi maklumat,
bidang pengajian, kenyakinan diri dan pengalaman kerja (Berita Harian, Khamis, 20 Jun
2013). Oleh itu, kajian ini ingin melihat kenyataan di atas bagaimana keadaan dengan
graduan Kolej Komuniti terutamanya sijil Elektrik yang dikeluarkan oleh Kolej Komuniti
Santubong.
Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau kebolehpasaran graduan Sijil
Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan), dan Sijil Modular Kebangsaan
Pemasangan Elektrik Kolej Komuniti Santubong, Sarawak. Secara spesifik, objektif
kajian adalah menjawab soalan kajian berkaitan;
1. Mengkaji tahap kebolehpasaran graduan yang dilahirkan oleh Program Sijil
Elektrik.
2. Mengkaji bidang kerjaya yang diperolehi atau dipilih adakah sesuai dengan
graduan.
3. Mengkaji tempoh masa yang diambil oleh graduan untuk mendapat kerja.
4. Mengkaji persepsi Majikan terhadap keupayaan graduan sijil Elektrik, Kolej
Komuniti Santubong.
Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat adalah semua ilmu yang telah
dicurahkan dapat membantu pelajar Sijil Elektrik untuk mendapatkan pekerjaan yang
sesuai dari segi peluang kerja, masa dan bagaimana dengan persepsi majikan mereka.
Tetapi yang penting adalah untuk mengkaji tahap kebolehpasaran graduan ini sendiri.
Kajian ini boleh dijadikan suatu sumber untuk memperkasakan lagi Sijil Elektrik
di Kolej Komuniti. Banyak kajian telah dijalankan di institute pengajian yang lain. Tetapi
di peringkat Kolej Komuniti masih baharu. Segala dapatan kajian ini, diharap dapat
menyumbang kepada pemantapan program elektrik di masa hadapan. Diharap juga,
kajian ini akan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan dalam
memperkukuhkan pengajian peringkat sijil di Malaysia.
Skop Kajian
Kajian ini dijalankan kepada graduan Program Sijil Elektrik Kolej Komuniti
Santubong yang merangkumi seramai 75 orang daripada 7 sesi lulusan yang
ditawarkan dari Disember 2010 hingga Disember 2012. Kajian ini juga dijalankan
kepada majikan bagi melihat persepsi mereka kepada graduan sijil elektrik Kolej
Komuniti Santubong.
Istilah Kajian
Kebolehpasaran graduan merupakan salah satu projek agenda kritikal (CAP)
Pelan Startegik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan merupakan salah satu Bidang
Keberhasilan Utama (KRA) Kementerian Pengajian Tinggi. Pada masa kini, kelayakan
dari institusi pengajian tinggi bukanlah perkara yang diberikan perhatian oleh majikan.
Sejajar dengan hasrat Jabatan Pengajian Kole Komuniti dan Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan mencapai 85% menjelang
2015.
Kebolehpasaran Graduan
Sijil Elektrik Kolej Komuniti
Santubong
Tempoh Masa
Bidang Kerjaya
Persepsi majikan
Pembolehubah Tidak
Bersandar
Pembolehubah
Bersandar
Kaedah Kajian
Kajian telah dijalankan pada bulan Ogos 2011 sehingga Disember 2013 dan
melibatkan kumpulan graduan yang telah tamat sekurang-kurangnya 6 bulan. Seramai
75 orang pelajar yang telah tamat Program Sijil Elektrik yang di Kolej Komuniti
Santubong. Tujuan adalah untuk mengkaji kebolehpasaran graduan yang telah berjaya
mendapatkan pekerjaan, bidang kerjaya dan tempoh masa untuk mendapatkan
pekerjaan. Menurut Mohd Najib (1999), penggunaan soal selidik adalah keadah yang
popular di kalangan penyelidik. Di mana ia diagihkan dengan cepat dan mudah. Soal
selidik yang digunakan dalam kajian ini diubahsuai oleh Unit Pengesahan Graduan,
Kolej Komuniti Santubong. Disebabkan jumlah graduan yang tidak ramai, kerangka
persempelan di ambil terus daripada maklumat graduan yang dibekalkan oleh unit
pengesahan graduan Kolej Komuniti Santubong.
Dalam kajian ini, format borang soal selidik adalah di ambil daripada borang soal
selidik yang direka oleh unit pengesahan graduan. Maklumat yang diperlukan terdiri
daripada maklumat peribadi, jenis pekerjaan, tempoh memdapatkan kerja, gaji, dan
kepuasan kerja Hasil kajian rintis ini diproses menggunakan perisian Statistical
Package For Social Sciences for windows (SPSS) Version 14.0. Untuk pengetahuan,
nilai bagi pekali kebolehpercayan ialah 0.78. Pekali tersebut melebihi daripada nilai 0.6,
maka instrumen yang digunakan dalam kajian mempunyai nilai kepercayaan yang baik
(Zaidatun Tasir, Mohd Salleh Abu,2003).
Soal selidik ini telah dibangunkan dengan menggunakan skala Likert untuk
mengukur tahap responden yang terdapat di dalam kuesioner. Skala Likert merupakan
kaedah skala bipolar yang mengukur baik tanggapan positif atau pun negatif terhadap
suatu penyataan (Rensis Likert, 1932). Ketika jawab setiap item dalam skala Likert,
responden menentukan tingkat persetujuan mereka terhadap suatu penyataan dengan
memilih salah satu dari pilihan yang tersedia. Format skala berdasarkan jadual berikut;
Jadual 1 : Format skala
Analisa Kajian
BEKERJA TIDAK
BEKERJA SAMBUNG BELAJAR
KERJA SENDIRI
JUMLAH
LELAKI 51 3 15 6 72
PEREMPUAN 2 0 0 1 3
0 10 20 30 40 50 60 70 80
BEKERJA
TIDAK BEKERJA
SAMBUNG BELAJAR
KERJA SENDIRI
JUMLAH
PEREMPUAN LELAKI
Jadual 2 : Mengikut Status Pekerjaan
Skala Butiran
1 Sangat Tidak Bersetuju
2 Tidak Bersetuju
3 Berkecuali
4 Setuju
5 Sangat Bersetuju
BIDANG
ELEKTRIK
BUKAN BIDANG
ELEKTRIK JUMLAH
LELAKI 34 23 57
PEREMPUAN 1 1 2
Jadual 3 : Mengikut Bidang Pekerjaan
Jadual 1 menunjukkan daripada 75 orang graduan Kolej Komuniti Santubong, hanya 59
orang yang sudah bekerja. Manakala Jadual 2 menunjukkan daripada 29 orang
tersebut hanya 12 orang yang bekerja dalam bidang elektrik.
TEMPOH MENCARI
PEKERJAAN
< 3 BULAN
< 6 BULAN
< 9 BULAN
< 12 BULAN
> 12 BULAN
GRADUAN 30 12 8 5 4
Jadual 4 : Tempoh Masa untuk Mendapatkan Pekerjaan
Jadual 3 pula menunjukkan masa yang diambil bagi graduan untuk mendapatkan
pekerjaan selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti Santubong, Sarawak.
Rumusan
Daripada 75 orang graduan hanya 78.7% sahaja yang telah bekerja iaitu seramai
59 orang manakala 4.0% masih mencari pekerjaan. Sejumlah 35 orang atau 57.6%
bekerja di dalam bidang elektrik manakala 42.4% bekerja dalam bukan bidang elektrik.
Kajian ini akan diteruskan lagi untuk menilai apakah punca utama kepada masalah ini.
Walaubagaimanapun, pelbagai cara dan kaedah harus diberikan penekanan selain
daripada persediaan seseorang pelajar itu agar penampilan serta ilmu yang dibekalkan
mampu untuk menjadikan graduan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia
terutamanya Kolej Komuniti Santubong berdaya saing dan menepati kehendak industri.
Rujukan
A. Esa, M.Y. Abd Hadi, Dan B. Mohd Salleh. Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik
Dalam Memenuhi Keperluan Pihak Industri Di Malaysia. Kertas kerja yang
dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian
Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri
Kembangan, Selangor.
Abd Rahim Ramli, Ariza Ibrahim, Mohd Noor Che A. Rahman Dan Azizah Endut.
Program Ketrampilan Graduan Untuk Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia Tahun
2007. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di
Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the Golden
Horses, Seri Kembangan, Selangor.
Haslinda @ Robita Hashim, Muhammad Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali
(2005). Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep Dan Pelaksanaannya
Di Kolej Universiti Kejuruteraan . Kertas kerja yang dibentang di Seminar Kebangsaan
Kursus Sokongan Kejuruteraan, Di Hotel Aseania, Langkawi 17-18 Disember 2005.
Melati Mohd Ariff 2007). ”Menggilap Kecemerlangan Menara Gading” di laman web
www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php
Mohamad Shatar dan Azali Mohamad (Prof Dr), (2008), The University – Industri
Linkage: The Role Of Student Development Services Profesional. Paper Presented in
Regional Convention On Student Development, Phuket, Thailand ) October 29th – 31th,
2008, Organized by Universiti Utara Malaysia.
Noreen Mohd Esam, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Mohd Fadzli Ali (2007).
Tahap Kesediaan Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil Mata
Pelajaran Fizik Di Fakulti Pendidikan Utm, Skudai. Kertas kerja yang dibentangkan di
Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14
Disember 2007 Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.
Likert, Rensis (1932), “A Technique for The Measurement of Attitudes”, Archieves of
Psychology 140: 1 – 55
Top Related