IUGH 6316 ISU UNDANG-UNDANG
KELUARGA ISLAM
ULASAN ARTIKEL :-
HUMAN RIGHTS CANADA POLYGAMY
SUMBER:
UNIVERSITY OF TORONTO FACULTY OF LAW REVIEW (2007)
MOHAMAD AZMAN BIN ABDULLAH
IGA 120010
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI MALAYA
SESI 2012/2013
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
2
ISI KANDUNGAN
BILANGAN PERKARA MUKASURAT
1 PENDAHULUAN
2 LATAR BELAKANG
3 ANALISIS KRITIKAL
3.1 KEKUATAN
3.2 KELEMAHAN
4 KOMENTAR
5 KESIMPULAN
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
3
1.0 PENDAHULUAN
Penulisan ini adalah berikutan dengan penakrifan semula perkahwinan di Kanada
termasuk pasangan sejenis. Terdapat pembaharuan mengenai undang-undang dalam
perkahwinan termasuk perkahwinan monogamy iaitu seorang lelaki dengan seorang wanita.
Artikel ini mengkaji aspek kekeluargaan isu-isu undang-undang Kanada (Canada’s
family law treatment of polygamy) bagi permohonan hak asasi manusia antarabangsa dalam
undang- undang dasar keluarga Kanada. Namun hakikatnya pengamalan poligami di Kanada
adalah menjadi salah satu kesalahan jenayah kerana ianya dikatakan telah menindas kaum wanita
dan ketidakadilan dalam kesaksamaan kekeluargaan1.
Selain itu, undang-undang kanada memainkan peranan penting dalam pembentukan
kekeluargaan poligami dan pembubaran perkahwinan. Ianya member tumpuan khusus dalam
usaha terhadap keadilan dan hak kesaksamaan dalam perkahwinan dan kekeluargaan. Namun
pelbagai tanggapan negatif mengenai poligami yang tercetus di sebabkan hilangnya hak
kesaksamaan terhadap wanita dalam perkahwinan tersebut. Mereka menyatakan poligami
seharusnya diharamkan kerana telah melanggar hak asasi wanita itu sendiri.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN
Perkahwinan di Kanada ditakrifkan Hyde v Hyde “ kesatuan sukarela untuk seorang lelaki
dan seorang wanita kecuali yang lain”. Kenayataan ini adalah merujuk kepada perkahwinan
1 Bringing International Human Rights Law Home: AN evaluation of Canada’s family Law Treatment OF Polygamy,
University Of Toronto, Volume 65 No. 1
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
4
seorang lelaki itu adalah dengan seorang wanita sahaja, begitu juga sebaliknya,seorang wanita
hanya dengan seorang lelaki sahaja2.
Walaubagaimanapun, pada julai 2005, mahkamah rayuan telah menetapkan bahawa
kenyataan ini adalah bagi perkahwinan tidak sama jantina kecuali pasangan sejenis. Definisi ini
telah disemak semula melalui undang-undang persekutuan (sivil marriage) “ kesatuan sah dua
orang untuk perkahwinan sama jenis3”
Berikutan dengan pentakrifan dan pengiktirafan undang-undang persekutuan terhadap
perkahwinan sejenis,maka telah mendapat permintaan dalam pengiktirafan untuk berpoligami
bagi perkahwinan tidak sama jenis di sisi undang-undang Kanada.
Dalam konteks ini,telah muncul kumpulan Islam Kanada bagi menambahbaikan dalam
soal kekeluargaan khususnya dalam soal poligami ini. Mormon Fundamentalis di Britis telah
memfailkan akta poligami di Kanada, iaitu bagi melihat peruntukan4;
1. Faktor kekeluargaan domestik.
2. Faktor masa depan keluarga yang mungkin timbul antara agama dan budaya bagi
pengamal poligami dan berhijrah ke kanada.
3. Poligami sah disisi undang-undang adalah melalui pendaftaran perkahwinan
mengikut undang-undang dalam bidang kuasa yang lain.
Oleh demikian, poligami atau berkahwin lebih dari seorang isteri, menimbulkan
kebimbangan yang ketara di Kanada. Perkiraan ini mengaitkan kepentingan individu untuk
2 (1886), I.C.R. (P&D) 130 [Hyde v Hyde]
3EGALE Canada’s Inc.v. Canada (Attorney General)(2003), 225 D. L.R.(4
th),472
4 Life In Bountiful, Supra note 6
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
5
memilih sama ada dengan siapa untuk membentuk hubungan peribadi5. Malah di Amerika
Syarikat pemilihan pengiktirafan undang-undang hubungan ini tidak mempunyai hak
sepenuhnya dalam masyarakat.
Satu kajian terhadap wanita Islam di Amerika oleh Dena Hassouneh-Philips dalam
kajiannya mendapati bahawa isteri merasakan ketidakkuasaan mereka untuk menghalang suami
mereka untuk berpoligami. Malah mereka juga tidak berpuas hati dengan sikap suami yang
menyalahgunakan kebebasan untuk berkahwin.
3.0 ANALISIS KRITIKAL
Terdapat banyak kekuatan dalam penulisan artikal ini kerana setiap kajian yang
dilakukan adalah menepati persoalan kajian yang dipertengahkan oleh
penulis.walaubagaimanapun masih terdapat sedikit kelemahan dalam merungkaikan persoalan
kajian.
3.1 KEKUATAN
Menurut artikel ini, poligami adalah berbentuk global dan hasilnya undang-
undang haj asasi manusia antarabangsa telah menyahut kesatuan ini dalam analisis
poligami. Tumpuan antarabangsa mengenai poligami di Kanada(konvensyen wanita)
mengenai penghapusan segala bentuki diskriminasi terhadap wanita.
Sehubungan dengan itu, konvensyen wanita telah mebicarakan mengenai hal-hal
wanita dan kesaksamaan dalam aspek awam dan hak berpolitik,social dan kebudayaan
adalah bertanggungjawab memastikan kesaksamaan wanita dalam pelbagai aspek
5 Amy Kaufman, “Polygamous Marriage In Canada” (2005) 21 can.j.fam.L 315 at 316 citing Philip L. Kilbride, Plural
Marriage For Ourtimes : A Reinvented Option (Connecticut : Bergin & Garvey, 1994) at 42.
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
6
termasuk perkahwinan dan kehidupan berkeluarga samada semasa perkahwinan mahupun
pembubaran perkahwinan.
Konvensyen ini menyeru untuk mengambil langkah sewajarnya untuk
menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam semua perkara yang berkaitan dengan
perkahwinan. Hal ini adalah bagi memastikan kesaksamaan antara lelaki dan wanita. Hak
asasi antarabangsa menetukan kesaksamaan dalam perkahwinan kehidupan berkeluarga
melalui hak-hak yang sama dan rangka kerja bertanggung jawab didalam konvensyen
tersebut telah menyebut mengenai artikel 16 bahawa harus memastikan atas dasar
kemaslahatan lelaki dan wanita6;
a) hak yang sama untuk bekahwin
b) hak yang sama untuk bebas memilih pasangan dan perkahwinan hanya dengan
persetujuan dan bebas sepenuhnya
c) hak dan tanggungjawab yang sama semasa perkahwinan dan pembubaran
perkahwinan.
d) Hak dan tanggungjawab bersama sebagai ibu dan bapa tanpa mengira status
perkahwinan mereka, dalam hal anak-anak.segala kepentingan anak adalah
diutamakan
e) Hal yang sama untuk membuat keputusan secara bebas keatas bilangan anak
dan jarak mereka dan mempunyai maklumat, pendidikan.
f) Hak dan tanggungjawab yang sama berhubung penjagaan,
pewalian,peramalan dan penggunaan kanak-kanak.
6 Women’s Convention, Supra Note 54, Art.16
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
7
g) Hak peribadi yang sama sebagai suami dan isteri termasuk hak untuk memilih
nama keluarga,kerjaya dan pekerjaan.
h) Hak yang sama untuk kedua-dua pasangan berhubung pemilihan,
pemerolehan, pengurusan,pentadbiran, keseronokan dan pelupusan harta,
sama ada secara percuma atau berharga.
Atas sebab-sebab diatas, the committee on the Elimination of All Forms of
Discrimination against Women(CEDAW), The Human Right Committee (HRC), The
Committee on Economic, Social and Cultural Right (CESCR) dan The Committee On The
Rights of the Child (CRC) telah menyatakan bahawa poligami adalah melanggar hak
asasi wanita untuk kesahsamaan dengan lelaki. Mereka juga berpendapat bahawa
poligami adalah melanggar maruah wanita dan tidak boleh diterima dan ianya harus
dimansuhkan sama sekali walau dimana juga7.
Analisis hak asasi manusia terhadap poligami dilaksanakan melalui perjanjian
yang menawarkan pendekatan yang lebih disisi undang-undang. Di Kanada, sejarah telah
menerima pakai kedua-dua undang- undang keluarga mengenai pendekatan penghapusan
hamba abdi. Namun pada tahun 1892 akta kanun jenayah mengenai larangan poligami
telah digubal.
Undang-undang keluarga dan Hak Asasi Manusia Antarabangsa, sering
menimbulkan ketegangan. Undang-undang Keluarga dan Hak Asasi Manusia
Antarbangsa menekankan mengenai kepelbagaian budaya dan kefahaman agama.
Pengiktirafan rasmi keluarga termasuk poligami ini adalah melibatkan hak kesamarataan
7 Bringin International Human Right.
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
8
individu berbanding hak kebebasan beragama dan budaya. Dalam konteks ini, perbalahan
mengenai peribadi, budaya dan agama.
Oleh itu, Kanada tidak dibenarkan dibawah undang-undang antarbangsa untuk
menyekat kepercayaan beragama, ia berhak dan sebenarnya wajib dalam sesetengah
keadaan bagi menyekat amalan agama yang menjejaskan hak orang lain. Perbezaan
kepercayaan ini telah mula digunakan dalam konteks poligami oleh Mahkamah Agung
Amerika Syarikat dalam keputusan Reynolds v United States pada 1879 dalam usaha
menegakkan larangan perundangn poligami. Mahkamah menyatakan bahawa8;
“Tidak boleh menyekat atau mengganggu
kepercayaan pendapat agama, mereka boleh
mengamalkannya”
Namun berbeza di Mahkamah Kanada pada 2004, dalam keputusan Syndicat
Northcrest v Amselem,
“Mahkamah boleh mempertimbangkannya jika individu
itu menunjukkan bahawa mereka ikhlas percaya dalam
intipati agama dalam sesuatu tindakan, sebagai contoh,
bahawa amalan tertentu akan melahirkan hubungan
dengan ilahi dan dengan keimanan mereka dan juga jika
mereka Berjaya menunjukkan tidak remeh atau tidak
bersifat ilusi dengan amalan itu, mereka masih perlu
dipertimbangkan sebagaimana inpak senaman keatas
8 (1879) 98 U.S. 145
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
9
hak orang lain. Sekiranya sesuatu itu menyebabkan
kemudharatan kepada orang lain, tidak akan dilindungi
secara automatik.9”
3.2 KELEMAHAN
Dalam kajian yang dilakukan, gambaran yang jelas bagi undang-undang yang
digunapakai di Kanada hkususnya tidak dapat di tonjolkan dengan begitu jelas. Bahkan,
penulisan mengenai penggunaan undang-undang keluarga di Kanada ini adalah sukar difahami.
Terlalu banyak ulasan pandangan dari Negara-negara luar selain dari Kanada itu sendiri. Ini
mengakibaktan kecelaruan dalam pemahaman. Seharusnya penulisan ini terus menjurus kepada
rang undang-undang yang diguna pakai dan seterusnya menjelaskan bagaimana perlaksanaan
undang-undang tersebut dijalankan atau sebaliknya.
4.0 KOMENTAR
Kajian ini amat berguna untuk dijadikan gambaran mengenai bagaimana undang-undang
yang di gunapakai di Negara-negara minority beragama Islam. Secara keseluruhannya, saya
beranggapan bahawa kajian ini adalah sangat baik. Dalam penulisan ini terdapat bayak kekuatan
berbanding kelemahan.
Namun seandainya penulisan ini adalah berbentuk perbandingan, ianya mungkin akan
lebih jelas dengan penggunaan rang undang-undang di Kanada dengan Negara-negara islam
khususnya seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan sebagainya bagi melihat sejauhmana
perbezaan yang dapat kita lihat dari hasil kajian.
9 Syndicat Northcrest v. Anselem, 2004, 2 S.C.R..551
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
10
5.0 KESIMPULAN
Artikal ini mengandungi tiga puluh sembilan halaman secara keseluruhannya, dan penulis
membahagikan kepada beberapa bahagian iaitu abstrak, pengenalan, dan huraian mengenai
undang- undang keluarga di Kanada seterusnya kepada kesimpulan.
Pengiktirafan dan pembaharuan mengenai undang-undang untuk berpoligami masih tidak
dapat dihormati dalam rang undang-undang Kanada. Malah kebebasan budaya dan agama tidak
dititikberatkan dan tidak diiktiraf sekiranya pengamal tidak menjalankan hak keadilan dan hak
yang sama kepada individu yang lain. Pengiktirafan in berlaku sekiranya hak kesamarataan
diberikan antara individu dengan individu yang lain. Walaubagaimanapun,budaya dan pegangan
agama bukanlah suatu yang boleh melawan undang-undang yang telah diperuntukkan.
Perkahwinan poligami di Kanada adalah menjadi satu kesalah jenayah bagi pengamalnya, namun
sekiranya perkahwinan poligami itu melalui pendaftaran perkahwinan mengikut undang-undang
dalam bidang kuasa yang lain adalah sah contohnya, perkahwinan itu didaftarkan di Negara
Islam seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei,10
kemudian berhijrah menetap di Kanada adalah
tidak menjadi satu kesalahan jenayah.
Definisi perkahwinan adalah menjadi titik penting dalam dasar menimbangkan penentuan
perkahwinan dan kemunasabahan undang-undang di Kanada. Seperti perkahwinan monogamy
yang telah dikekalkan dalam undang-undang jenayah dan peraturan undang-undang keluarga
perlu diteruskan. Malangnya wacana undang-undang terlalu bergantung pada hujah-hujah
10
Notification and consent of existing wife for polygamaous marriage: a comparative study,Zainunnisa, Syariah Law Report 2005/4 hlm 31-47
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
11
tradisional. Malah mendakwa “bahawa ianya adalah selamanya” atau merujuk kepada Breda
Cossman “ick factor” dan ianya “ reaksi yang jijik”11
.
Artikel ini juga menegaskan bahawa, Hak Asasi Manusia Antarabangsa Kanada agar
menghormati, melindungi dan mematuhi hak wanita bagi kesaksamaan dalam perkahwinan dan
kehidupan bekeluarga perlu memaklumkan rang undang-undang poligami. Malah, Undang-
undang Hak Asasi Manusia Antarbangsa, member peranan penting dalam usaha membentuk rang
undang- undang poligami sama ada dalam perkahwinan mahupun dalam pembubaran
perkahwinan.
11
Brenda Cossman,”Room in the bed for everyone: Reconsiding the similarities Between Polygamy & same-sex Marriage” Xtra (13 April 2006)
Article review Human Rights Canada Polygamy 2012
12
RUJUKAN
1. Bringing International Human Rights Law Home: AN evaluation of Canada’s family
Law Treatment OF Polygamy, University Of Toronto, Volume 65 No. 1
2. (1886), I.C.R. (P&D) 130 [Hyde v Hyde]
3. EGALE Canada’s Inc.v. Canada (Attorney General)(2003), 225 D. L.R.(4th
),472
4. Life In Bountiful, Supra note 6
5. Amy Kaufman, “Polygamous Marriage In Canada” (2005) 21 can.j.fam.L 315 at 316
citing Philip L. Kilbride, Plural Marriage For Ourtimes : A Reinvented Option
(Connecticut : Bergin & Garvey, 1994) at 42.
6. Women’s Convention, Supra Note 54, Art.16
7. (1879) 98 U.S. 145
8. Syndicat Northcrest v. Anselem, 2004, 2 S.C.R..551
9. Notification and consent of existing wife for polygamaous marriage: a comparative
study,Zainunnisa, Syariah Law Report 2005/4 hlm 31-47
10. Brenda Cossman,”Room in the bed for everyone: Reconsiding the similarities Between
Polygamy & same-sex Marriage” Xtra (13 April 2006)
11. Poligami : antara hak suami dan hak isteri menurut undang-undang keluarga
Islam,Raihannah hj. Abdullah, Syariah Law Report 11/2003 hlm 131
Top Related