Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
KATA KERJA 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Pemburu itu cuba ________________kera dengan menggunakan
perangkap yang diperbuat daripada buluh.
A menangkap
B menangkapi
C memerangkap
D memerangkapi
2. Biola itu ________________ oleh Pak Dollah untuk
menghiburkan tetamu yang menghadiri majlis persaraan guru
besar sekolah itu.
A digesek
B digesel
C dipetik
D dipalu
3. Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk
__________________ para penunjuk perasaan itu.
A meredakan
B menamatkan
C menyuraikan
D menghalau
75
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah
4. Jamil __________________ Pak Alang kerana kakinya cedera
setelah terjatuh di dalam longkang.
A memimpin
B mendukung
C memapah
D memaut
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
77
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
5. Baginda Sultan sedang ____________________ pingat kebesaran
ke dada ayah.
A melabelkan
B menampalkan
C menyematkan
D menggantungkan
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6. Nek Piah _____________________ daun pisang di atas bara api
untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
A melayur
B menjemur
C membakar
D memanggang
7. Cikgu Aina sempat _________________ senyuman kepada murid-
muridnya sebelum meninggalkan kelas.
A melepaskan
78
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B meluahkan
C menghalakan
D melemparkan
8. Sebelum menumis, ibu __________________ dua biji bawang
untuk dimasukkan ke dalam masakannya.
A mencincang
B memotong
C merincih
D mengerat
79
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9. Puan Jamilah __________________ anak perempuan
kesayangannya.
A melambung
B menggalas
C menimang
D mengelek
10. Seorang lelaki warga emas telah _______________
terapung di sungai itu.
A ditemui
B bertemu
C menemui
D ditemukan
80
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11. Wak Seman _________________dua bakul sayur dari
kebunnya dengan sebatang kayu.
A memikul
B menjinjing
C mengandar
D mengangkat
Soalan 12 berdasarkan di bawah gambar.
81
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
12. Budak-budak itu sangat gembira __________________
layang-layang mereka
di padang.
A menaiki
B menaikkan
C kenaikan
D naikkan
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
13. Kakak ___________________ baju sekolah yang
dibasuhnya sebelum menjemurnya di ampaian.
A merendam
82
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B membilas
C mencelup
D memerah
14. Aiman ____________________ api pelita itu apabila
bekalan elektrik telah pulih.
A mengipas
B menyembur
C menghembus
D menyedut
83
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15. Budin __________________ anak ikan di dalam parit di
belakang rumahnya.
A menyauk
B mencedok
C mengambil
D menangkap
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
84
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
16. Ayam jantan ________________ kepaknya sambil berkokok
di atas tunggul kayu pada waktu pagi.
A menyuraikan
B mendepakan
C mengiraikan
D melibaskan
17. Mak Wan _________________ buyung yang berisi air lalu
meletakkannya di bendul dapur.
A mengelek
B membimbit
C menatang
D menjinjing
18. Api dari bangunan yang terbakar itu ________________
sehingga ke bumbungnya.
A menjilat
B menjulang
C menderu
D menaik
19. Pihak Kastam Malaysia berjaya _________________
berkotak-kotak rokok kretek yang cuba diseludup ke negara
jiran.
A mendapat
B merampas
C menawan
85
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
D merenggut
20. Semua penjual makanan diarah agar _________________
penggunaan bahan pengawet yang tidak dibenarkan untuk
mengelakkan keracunan makanan.
A menghentikan
B memberhenti
C hentikan
D berhenti
21. Salim berjaya _________ peserta lain sebelum tiba di
garisan penamat.
A. melintasi
B. memintas
C. mengetuai
D. melalui
22. Kain songket yang telah siap _________itu dibungkus dengan
plastik dan disusun ke dalam kotak khas sebelum
dieksport.
A. dianyam
B. dijahit
C. ditekat
D. ditenun
23. Beruk yang jinak itu_________kacang yang kami berikan
dengan erat.
A. mengepit
B. mengepal
86
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
C. menggenggam
D. memerah
24. Dalam ucapannya, Cikgu Ahmad meminta kami___________
peraturan sekolah.
A. mengikuti
B. menuruti
C. memenuhi
D. mematuhi
25. Minyak yang meresap pada pisang goreng itu
_________terlebih dahulu sebelum dihidangkan
A. dikeringkan
B. dibilas
C. dituskan
D. dianginkan
26. Puan Rahmah___________pintu bilik guru besar beberapa kali.
A. mengetuk
B. memukul
C. melutu
D. memalu
87
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
27. Semua maklumat yang _________akan diserahkan mereka kepada
guru disiplin.
A. terkumpul
B. berkumpul
C. dikumpul
D. mengumpulkan
28. Untuk mengekalkan zatnya, sayur ulaman hanya
perlu__________seketika di dalam air panas.
A. dilecur
B. dicelur
C. dilebur
D. dilulur
29. Puan Aminah telah________Anita untuk anak lelakinya,
Ramlan.
A. menawan
B. memikat
C. melamar
D. memohon
30. Sidek telah _________lubang untuk menanam anak pokok
manggis.
A menggali
B menambak
88
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
C melombong
D menimbus
31. Perlawanan bola baling itu terpaksa__________pada hari lain
kerana cuaca buruk .
A. ditamatkan
B. dianjakkan
C. ditunda
D. dipinda
89
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
32. Anak ayam yang kehilangan ibu itu _________sepanjang malam.
A. mengaum
B. menciap
C. mengiau
D. menyalak
33. Adik Karim menangis ketakutan apabila mendengar bunyi
katak_________di belakang rumah.
A. berdecit
B. mengetuk
C. berdengkang
D. menguak
34. Pengadil perlawanan bola sepak itu_________wisel sebagai
isyarat bahawa perlawanan tersebut telah tamat.
A. menghembus
B. meniup
C. memukul
D. mengangkat
35. Sesiapa pun tidak __________akan kesusahannya akibat
sikapnya yang seperti kera sumbang.
A. ambil
B. peduli
C. timbul
D. terbit
90
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
36. Setiap petang, Puan Sorajah____________dengan jirannya.
A. bermadah-madah
B. berkata-kata
C. berbisik-bisik
D. berbual-bual
37. Pak Kaduk telah _____________layar pada lancangnya sebaik-
baik sahaja angin bertiup.
A. meluncurkan
B. menaikkan
C. menghamparkan
D. melayangkan
38. Kuasa untuk__________Parlimen terletak pada Yang di Pertuan
Agong setelah baginda dinasihati oleh Perdana Menteri.
A. membatalkan
B. menghapuskan
C. membubarkan
D. menghilangkan
39. Kamil selalu ________internet untuk mencari maklumat yang
berkaitan dengan pelajarannya.
A.mencari
B.melayari
C.menerokai
D.menjalani
40. “Patik ___________kasih atas kurniaan persalinan ini,” ujar
Hang Jebat kepada Sultan Mansor Syah.
91
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
A.meletak
B.memikul
C.menjunjung
D.memegang
41. Biduanita tersohor itu sedang ___________sebuah lagu dalam
Konsert Diraja yang dihadiri oleh Tuanku Sultan dan permaisuri
baginda.
A. melaungkan
B. menyatakan
C. mendendangkan
D. mengeluarkan
42. Sekolah Kebangsaan Sungai Cempaka akan ___________Hari
Keluarga bersempena dengan sambutan Hari guru.
A. diadakan
B. adakan
C. mengadakan
D. mengada-ada
43. Rina sedang________ ikan keli dengan menggunakan pisau
yang amat tajam.
A. melapah
B. menyiang
C. mengerat
D. membuka
44. Anjing kepunyaan Ah Seng terus __________apabila ternampak
seseorang cuba memanjat pagar rumah.
92
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
A. menyalak
B. mengaum
C. menciap
D. menguak
45. Semua borang yang telah diisi mestilah__________dengan
bayaran sebanyak RM10 sebagai yuran pemprosesan.
A. diberikan
B. disusun
C. ditekankan
D. disertakan
46. Pak Seman akan_________kenduri ringkas bersempena dengan
kejayaan anaknya menjadi johan dalam pertandingan syarahan
agama.
A. mewujudkan
B. menganjurkan
C. mengadakan
D. melancarkan
47. Johana__________pakaian yang baru dibasuh ibunya di
ampaian.
A. melipat
B. menyidai
C. mencuci
D. membilas
93
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
48. Salmah___________barang kemas yang dipakainya lalu
menyimpannya di dalam sebuah peti besi.
A. menanggalkan
B. membuang
C. meletakkan
D. menjatuhkan
49.Syahmin sedang __________ dengan adiknya.
A berbual-bual C dibual-bual
B membual-bual D terbual-bual
50.Emak sedang __________ margerin, telur, gula dan tepung untuk
dibuat kuih.
A mengadun C membasuh
B mengacau D memasak
51.Siti Nurhaliza mendendangkan lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’ sambil
________
di atas pentas.
A bermadah C menari
B berseloka D berpantun
52.Para pemandu diingatkan supaya _________ kereta dengan
berhati-hati.
A terpandu C berpandu
B dipandukan D memandu
94
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
53.Pemuda-pemuda kampung itu memukul hingga mati ular sawa yang
telah ___________ seekor anak kambing.
A menggigit C mematuk
B memamah D melulur
54.Ibu ayam itu _________ tanah untuk mencari cacing.
A mencakar C mematuk
B mengais D mengorek
55.Askar-askar itu ________ pada setiap pagi di padang.
A berlatih C bersenam
B berkawad D berjoging
56.Setiap pagi kakak _________ daun kering yang bertaburan di
halaman rumah.
A disapu C bersapu
B tersapu D menyapu
57.Farid begitu ________ filem ‘Spiderman’ hinggakan dia sanggup
menonton filem itu buat kali ketiga.
A meminati C diminati
B berminat D terminat
58.Puan Zulaiha _________ tiga pasang baju kurung untuk anak-
anaknya.
A berjahit C terjahit
B menjahit D penjahit
59.Ayah sedang _________ tanah di belakang rumah.
A dicangkul C mencangkulkan95
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B bercangkul D mencangkul
60.Gadis itu tersenyum sambil ___________ mata ke arah pemuda
yang menyapanya.
A melirikkan C mengenyitkan
B merenung D mengedipkan
61.Ismail dimarahi oleh guru kerana _________ beberapa kali
semasa guru mengajar di dalam kelas.
A tertidur C terlena
B terlelap D tersandar
62.Pada musim dingin penduduk di negara barat akan ________ untuk
memanaskan badan.
A melayur C mengasap
B berdiang D berwap
63.Shahril __________ isterinya seutas rantai emas.
A menghadiah C menghadiahkan
B menghadiahi D hadiahkan
64.Setiap pagi, ibu ___________ dan mengikat rambut adik yang
panjang sebelum dia pergi ke sekolah.
A menyanggul C menyisir
B merawat D mendandan
65.Pekerja-pekerja majlis bandaran itu diarahkan __________ pokok
bunga di
sepanjang jalan itu untuk mencantikkan bandar.96
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
A memotong C menggunting
B menarah D mencantas
66.Relau yang besar dengan suhu yang tersangat panas digunakan
untuk _________
bijih besi.
A melebur C mendidih
B mencair D memasak
67.Doktor _________ luka pada kaki Razi.
A dibalutkan C membalut
B berbalut D terbalutkan
68.Kerja-kerja __________ bukit dalam pembinaan lebuh raya itu
kini menyebabkan
kejadian tanah runtuh.
A menggondol C memotong
B mengerat D menarah
69. Segala pengalaman yang diperolehi ketika mengikuti kursus
itu____________kepada anak-anaknya.
A. digambarkan
B. dinyatakan
C. dihebohkan
D. diceritakan
70. Pakaian yang kotor itu_________oleh Siti, kemudian dia
menjemurnya di ampaian.
97
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
A. dicuci
B. digosok
C. dijemur
D. dibilas
71. Kakak________cermin tingkap yang kotor itu dengan sehelai
kain.
A. menjemur
B. mengelap
C. mengesat
D. mencuci
72. Mak Cik Ramlah__________ubi keledek untuk dihidangkan
kepada
tetamu-tetamunya.
A. menanak
B. mengukus
C. menjerang
D. merebus
73. Walaupun sibuk, abang sempat_________ sebuah sajak untuk
buah hatinya.
A. membuat
B. mengarang
C. mengilham
D. mencetus
98
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
74. Bahunya berasa sakit kerana________ beberapa baldi air yang
diambil dari sungai untuk menyiram sayur-sayurannya.
A. menjinjing
B. menjunjung
C. mengandar
D. mendukung
75. Segala salah laku murid itu akan__________dalam Mesyuarat
Hal Ehwal murid pada bulan hadapan.
A. dikaji
B. dibahaskan
C. didebatkan
D. dibincangkan
76. Jambangan bunga yang menghiasi meja para jemputan itu
___________oleh
Puan Vasanthi.
A. direka
B. dicipta
C. digubah
D. diadun
77. Rahim ________basikal itu dengan laju.
A. mengangkat
B. menjinjing
C. mengayuh
D. memberhentikan
99
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
78. Intan __________ mata pertama pasukan bola jaring
sekolahnya.
A. menendang
B. menjaringkan
C. melontar
D. dijaring
100
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
79. Senarai nama kemasukan murid ke sekolah itu __________oleh guru
besar.
A. dipilih
B. memilih
C. dipenuhi
D. dimasukkan
80. Mereka __________pencuri itu dan ___________kepada pihak
polis.
A. menangkap… menangkap
B. menangkap…menyerahkan
C. menyerahkan…menolong
D. menyerahkan…melepaskan
81. Kakak________pokok bunga di halaman pada setiap petang.
A. merenjis
B. menuang
C. menyiram
D. menyimbah
82. Ruang legar bangunan itu________lukisan yang indah.
A. dipenuhi
B. dihiasi
C. dibuat
D. dilukis
101
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
83. Kami_________tentang isu-isu semasa di tepi tasik.
A. berbual
B. bermadah
C. bertitah
D. berlafaz
84. “Apakah faedah yang kamu_______daripada program ini?” tanya
Hafiz kepada Lim.
A. nikmati
B. ambil
C. peroleh
D. rebut
85. Ibu__________ pucuk beruas untuk dicicah dengan sambal
belacan.
A. merebus
B. merendam
C. mengukus
D. mencelur
86. Bapa Santana _______sebagai anggota polis.
A. bergerak
B. berfungsi
C. bertugas
D. berjasa
87. Kes kanak-kanak__________membimbangkan banyak pihak.
A. lenyap
102
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B. hilang
C. pupus
D. kandas
88. Keberaniannya menyelamatkan mangsa lemas itu patut________.
A. dipuja
B. disebut
C. dipuji
D. dinilai
103
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
Pilih ayat yang betul.
89. A Rajanlah yang menjumpa kunci basikal saya.
B Saya gemar melihat pemandangan sawah yang sedang
menguning.
C Abang menonton basikalnya yang pancit ke kedai basikal.
D Puan Lina bersetuju untuk menjagakan anak Puan Suria
sementara dia bekerja.
90. A Lina senyum sendiri mengenangkan peristiwa itu.
B Kerja-kerja membesarkan jalan itu telah tergendala.
C Novel inilah yang ku tercari selama ini.
D Kami tidur beralas kertas di dalam khemah ini.
91. Pak Bakar mahir _________ keris dan banyak menerima
tempahan daripada
pembesar-pembesar istana.
A. melarik
B. menempa
C. mengukir
D. mengetuk
92. Nek Mah mahir _________ sarung bantal dengan benang emas dan
banyak menerima tempahan.
A. menampal
B. menjahit
C. menenun
D. menekat104
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
93. Ibu menyuruh kakak_________nasi yang telah ditanak agar
lembut dan tidak
berketul.
A. mengacau
B. mengaul
C. mengarih
D. menyenduk
94. Pak Mat mahir_________ gasing maka gasing buatannya
terkenal dan diminati
ramai.
A. menempa
B. mengukir
C. mencanai
D. melarik
95. Nelayan-nelayan di pantai timur akan_________sotong pada
musim bulan terang.
A. memancing
B. menjala
C. mencandat
D. membubu
96. Nakhoda kapal itu mengarahkan kelasi
kapalnya___________sauh untuk
meneruskan pelayaran.
105
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
A. membongkar
B. melabuhkan
C. menarik
D. mengangkat
97. Ibu _________beberapa bantang serai lalu dimasukkan ke
dalam tom yam.
A. memotong
B. menghiris
C. menitik
D. merincih
106
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
98 Untuk memastikan ikan goreng lebih garing dan enak, ibu
menyuruh kakak__________ikan itu sebelum melumurkannya
dengan kunyit dan garam. panas.
A. menyiang
B. mengelar
C. menghiris
D. memotong
99. Pak Mat mahir sekali________burung dan tidak takut
bermalam di dalam hutan.
A. menawan
B. mendekut
C. menjerat
D. memerangkap
100. Sidek telah _________ kepingan papan itu untuk memastikan
permukaannya
halus dan licin.
A. mengetam
B. mengikis
C. melarik
D. mengukir
107