(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
TAJUK 3 PENILAIAN PEMBELAJARAN SAINS
3.0 SINOPSIS
Penilaian merupakan satu komponen penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui penilaian, guru mengetahui sejauh mana murid telah
memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengenal pasti
masalah murid dalam sesuatu pembelajaran serta mengukur kemajuan dan
pencapaian murid.
Kurikulum Sains Sekolah Rendah mencadangkan penilaian dijalankan
secara berterusan untuk mengesan sejauh mana murid dapat mencapai
objektif pengajaran. Pengesanan ini boleh dilakukan secara bertulis,
pemerhatian dan lisan. Aspek yang dinilai dalam pengajaran dan
pembelajaran sains sekolah rendah meliputi pengetahuan, kemahiran dan
sikap dan nilai.
Hasil penilaian boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut:
Maklumat untuk guru.
Maklumat untuk murid
Sebab motivasi
Maklumat laporan
3.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. menyatakan fungsi penilaian.
73
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
ii. menyatakan pelbagai kaedah penilaian dalam pengajaran dan
pembelajaran sains.
iii. menerangkan proses pengurusan penilaian.
3.2 KERANGKA KANDUNGAN
Rajah 1 : Ringkasan Rangka Kursus
3.3 KANDUNGAN
1. Konsep Penilaian
Penilaian (evaluation) boleh dijalankan untuk menentukan sama ada matlamat
dan objektif sesuatu kurikulim tercapai pada keseluruhannya. Penilaian bukan
sahaja menrangkumi proses taksiran ke atas pencapaian para pelajar, tetapi
74
PENILAIAN PEMBELAJARAN SAINSPENILAIAN PEMBELAJARAN
SAINS
Pengetahuan SainsPengetahuan
Sains
KemahiranSaintifik Kemahiran
Saintifik
Sikap Saintifik & Nilai MurniSikap Saintifik &
Nilai Murni
Instrumen PengukuranInstrumen
Pengukuran
Ujian BertulisUPSRUjian Bertulis
UPSR
Penilaian Kerja Amali Sains
(PEKA)
Penilaian Kerja Amali Sains
(PEKA)
PenilaianKendalianSekolahRendah(PKSR)
PenilaianKendalianSekolahRendah(PKSR)
Pakej Penilaian Prestasi
Pembelajaran (PPPP)
Pakej Penilaian Prestasi
Pembelajaran (PPPP)
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
juga kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran, dan
kesesuaian kurikulum untuk para pelajar.
Penilaian yang diadakan sepanjang proses pembelajaran dan
perkembangan sesuatu program, penilaian ini dipanggil penilaian formatif,
manakala penilaian yang diadakan pada peringkat penghujung program,
penilaian ini dipanggil penilaian sumatif. Penilaian yang berkesan bergantung
kepada pernyataan objektif yang jelas serta penggunaan instrumen pengukuran
yang cekap untuk mengesan sebarang perubahan pembelajaran dengan
merujuk kepada objektif kurikulum.
Hasil penilaian boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut:
i. Maklumat untuk guru. Guru memerlukan maklumat tentang
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada pelajarnya sebelum
bermulanya sesuatu tajuk pembelajaran. Menurut konsep konstruktivisme,
pembelajaran baru harus dimulakan berdasarkan apa yang telah diketahui oleh
pelajar. Selain itu, sepanjang proses pengajaran pembelajaran, guru juga perlu
megetahui progres pelajarnya supaya pengajarannya boleh ditumpukan untuk
membantu pelajar menguasai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan
seperti membetulkan sebarang miskonsepsi.
ii. Maklumat untuk pelajar. Pelajar, khususnya yang bermotivasi, dapat
menggunakan maklumat penilaian untuk meningkatkan kesan pembelajarannya.
Kebolehan penggunaan maklumat sebegini melibatkan kemahiran metakognitif.
Pelajar dapat mengetahui kedudukan pencapaiannya lalu membuat keputusan
yang bijak tentang cara untuk belajar dengan lebih berkesan. Usaha seterusnya
dijalankan untuk menyusun langkah demi meningkatkan kesan pembelajarannya
secara kawalan kendiri.
75
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
iii. Sebab Motivasi. Penilaian juga boleh memastikan pelajar berusaha
mengikut program pembelajaran. Jika dilaksanakan dengan cekap, penilaian
boleh memotivasikan pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah
disenaraikan dengan jelas.
iv. Maklumat laporan. Hasil penilaian diperlukansebagai laporan untuk ibu
bapadan lembaga peperiksaan. Laporan ini merupakan maklum balas tentang
pencapaian pembelajaran pelajar serta merupakan laporan akauntabiliti pihak
sekolah kepada ibu bapa dan Kementerian Pendidikan.
Jenis Penilaian
Formatif Sumatif
Pihak Guru PelajarIbu Bapa &
Kementerian Pendidikan
Fungsi
menilai pengetahuan sedia ada pelajar
mendiagnos kemajuan murid
merancang tindakan susulan- pemulihan- pengukuhan- pengayaan
mengetahui kedudukan pencapaian diri
menyusun usaha peningkatan pencapaian
bermotivasi untuk mencapai objektif pembelajaran
laporan pencapaian pelajar
akauntabiliti pihak sekolah
Jadual 1 : Fungsi Penilaian
2. Konsep Pengukuran
Proses mengumpul data secara sistematik untuk menentukan kualiti
pembelajaran dipanggil pengukuran (measurement). Pengukuran boleh
dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian bertulis yang diduduki oleh
pelajar, pemerhatian ke atas kerja amali dan tingkah laku pelajar, penyediaan
portfolio, projek dan laporan oleh pelajar, dan sebagainya.
Pengukuran pengajaran pembelajaran memerlukan instrumen, dan jenis instrumen
yang diperlukan bergantung pada kaedah pengukuran (Jadual 2).
76
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Kaedah Pengukuran Instrumen PengukuranUjian bertulis Item atau soalanPemerhatian ke atas Kerja amali Portfolio Projek
Senarai semakSkala berkadar
Jadual 2 : Kaedah dan Insrumen Pengukuran
3. Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria
Ujian merupakan instrumen pengukuran yang paling popular. Ujian boleh
dibahagi kepada dua jenis utama : Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian
Rujikan Kriteria (URK).
3.1 Ujian Rujukan Norma (URN)
URN direka bentuk untuk membandingkan prestasi seseorang calon dengan
prestasi calon-calon yang lain. Faktor terpenting dalam pemilihan item atau
soalan ujian adalah ciri statistik item, biasanya item yang mempunyai kesukaran
yang sederhana (indeks kesukaran antara 0.3 dengan 0.7) dan mempunyai
kuasa diskriminasi yang tinggi (indeks diskriminasi melebihi 0.3). Dalam
pengukuran ini, kedudukan calon disusun dengan merujuk kepada markah yang
diperoleh oleh semua calon. Satu gred akan diberi berdasarkan susunan markah
berkenaan.
Ciri Ujian Ujian Rujukan Norma (URN) Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Rujukan Prestasi
Prestasi calon-calon lain Objektif pembelajaran yang ditetapkan
Pemilihan Item
Kesukaran yang sederhana dan kuasa diskriminasi yang tinggi
Berdasarkan kriteria pembelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar
Penetapan Gred
Prestasi relatif kepada calon-calon lain
Prestasi penguasaan objektif pembelajaran
Jadual 3 : Perbandingan Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan Kriteria (URK)
77
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
3.2 Ujian Rujukan Kriteria (URK)
URK direka bentuk untuk mengukur aras prestasi calon dengan merujuk kepada
objektif pembelajaran yang ditetapkan sebelum pembelajaran dimulakan.
Objektif pembelajaran sesuatu tajuk dinyatakan dalam bentuk kriteria. Keputusan
URK boleh dilaporkan sebagai profil yang menunjukkan krityeria yang mana
telah dikuasai dan sebaliknya. Dalam keadaan di mana gred pencapaian diberi,
seorang calon yang sanggup menguasai semua atau sejumlah kriteria tertentu
diberi gred A. Oleh itu, bilangan calon yang mendapat gred A bergantung kepada
prestasi individu dan prestasinya tidak dibandingkan dengan prestasi calon-calon
yang lain.
4. Penilaian Pembelajaran Sains
Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) mementingkan pengajaran
pembelajaran tiga aspek penting:
i. Pengetahuan
ii. Kemahiran
iii. Sikap dan nilai
Pengetahuan sains dibahagikan kepada lima bidang kajian iaitu: Menyiasat Alam
Kehidupan, Menyiasat Alam Fizikal, Menyiasat Alam Bahan, Menyiasat Bumi
dan Alam Semesta, dan Menyiasat Dunia Teknologi. Kemahiran Saintifik meliputi
Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif. Aspek ketiga terdiri
daripada Sikap Saintifik dan Nilai Murni. Untuk memastikan penilaian
pembelajaran sains mencakupi ketiga-tiga aspek penting ini, pelbagai kaedah
pengukuran diperlukan.
78
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Rajah 2 : Konsep Penilaian Penilaian Pembelajaran Sains KBSR
Pengetahuan boleh diukur melalui ujian bertulis, persembahan lisan, serta
penyampaian hasil kerja amali, portfolio, dan projek. Kemahiran saintifik boleh
diuji pada dua aras; aras pengetahuan melalui ujian bertulis dan lisan, manakala
aras amalan melalui kerja amali, portfolio dan projek. Sikap saintifik dan nilai
murni boleh dinilai melalui semua kaedah pengukuran tersebut.
Instrumen pengukuran untuk ujian bertulis melibatkan penggunaan
pelbagai jenis soalan objektif dan subjektif, manakala untuk kerja amali, portfolio
dan projek, instrumen yang sesuai termasuk senarai semak dan skala berkadar.
5. Ujian Penilaian Sekolah Rendah
Kertas Ujian Bertulis sains dalam Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR) terdiri
daripada dua bahagian. Bahagian A mengandungi 30 soalan objektif yang
mengukur kebolehan murid menguasai pengetahuan dan kefahaman sains.
79
meliputi
Pengetahuan Bidang Kajian Alam Kehidupan Alam Fizikal Alam Bahan Bumi dan Alam Semesta Dunia Teknologi
Kemahiran Sainstifik Kemahiran Proses
Sains Kemahiran Manipulatif
Sikap Saintifik dan Nilai Murni
Kurikulum Sains Sekolah Rendah
dinilai dengan kaedah
Persembahan Lisan
Ujian bertulis
Kerja Amali Portfolio Projek
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Bahagian B terdiri daripada 3-5 soalan berstruktur yang mengukur kebolehan
murid menguasai kemahiran proses sains dan penggunaan pengetahuan sains.
6. Penilaian Kerja Amali Sains
Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) bertujuan mengukur kebolehan murid
menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains
(KMS). PEKA dijalankan di sekolah masing-masing berdasarkan peraturan
dalam Panduan Kerja Amali yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Sekolah bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan PEKA,
termasuk menyediakan tempat, peralatan dan bahan; menjalankan penilaian
kerja murid; menguruskan penyimpanan rekod kerja dan markah murid.
Guru yang mengajar mata pelajaran sains di Tahun 6 ditugaskan sebagai
Guru Penilai untuk menjalankan PEKA. Tugas dan tanggungjawab ini dilakukan
sebagai sebahagian daripada tugas dalam pengajaran pembelajaran harian.
Guru Penilai telah diberi tempoh Februari hingga Julai untuk menjalankan PEKA.
PEKA merupakan satu pembaharuan dalam pendidikan sains sekolah
rendah di Malaysia di atas sebab-sebab berikut:
Aspek penilaian amali sains pertama kali diperkenalkan.
Konsep skala berkadar digunakan sebagai asas instrumen pengukuran
berdasarkan kriteria yang dikenal pasti.
Guru diberi kepercayaan untuk menjalankan PEKA berkonsepkan
penilaian berasaskan sekolah sepenuhnya.
Konsep penilaian tanpa gagal diperkenalkan bermakna semua murid
dikehendaki melakukan penyiasatan untuk menyelesaikan masalah.
80
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
7. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
Rajah 3 : Proses Penilaian Pengendalian Sekolah Rendah
81
Merancang menentukan hasil pembelajaran
dan instrumen penilaian
Membina instrumen Membuat Jadual Penentuan Mebina soalan/instrumen
Melaksanakan penilaian Pemerhatian/lisan/penulisan
Merekod
Menganalisis maklumat (melapor)
Teruskan Pelajaran Baru
Tindakan susulan pemulihan
Tindakan susulan Pengukuhan pengayaan
Penguasaan Perkara Diajar
Ya Tidak
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) merupakan penilaian murid yang
dijalankan pada peringkat sekolah rendah, berlawanan dengan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) yang dikelolakan pada peringkar pusat oleh Lembaga
Peperiksaan. PKSR berkonsepkan penilaian formatif untuk melengkapi UPSR
yang sumatif.
Melalui PKSR, guru dapat mengesan perkembangan dan kemajuan murid
dari semasa ke semasa. Usaha ini membolehkan guru mengambil tindakan
susulan untuk memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan pembelajaran
muridnya.
Tiga kaedah telah dicadangkan dalam PKSR iaitu:
Pemerhatian
Lisan
Penulisan
Konsep PKSR perlu dijadikan asas untuk ujian kelas yang berterusan,
termasuk ujian bulanan atau ujian topikal.
8. Pakej Penilaian Prestasi Pembelajaran
Penilaian Prestasi Pembelajaran (PPPP) mendedahkan guru kepada
pendekatan Ujian Rujukan Kreteria (URK) yang mampu memberikan maklumat
tentang prestasi pembelajaran murid berdasarkan kriteria pembelajaran. Kriteria
pembelajaran merupakan pernyataan yang mengandungi petunjuk yang hendak
dikuasai oleh murid. Senarai kriteria dibentuk berdasarkan empat domain
pembelajaran sains, iaitu:
Berpengetahuan
Berkemahiran Proses Sains
Berkemahiran Manipulatif, dan
82
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Berkemahiran Intelek
Empat domain ini dikenal pasti berdasarkan Hasil Pembelajaran yang
diharapkan dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran.
Pakej ini lengkap dengan manual yang membimbing guru mengendalikan
URK. Secara sistematik, guru ditunjuk cara membentuk, mentadbir, menganalisis
lalu melaporkan dapatan ujian.
9. Kaedah Penilaian
Penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dapat
dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah. Kaedah-kaedah ini boleh
dibahagikan kepada:
Penilaian secara bertulis
Penilaian secara pemerhatian
Penilaian secara lisan
9.1 Ujian Bertulis
Ujian bertulis merupakan kaedah penilaian yang paling banyak digunakan dalam
penilaian pendidikan, Penilaian secara bertulis melibatkan penyemakan dan
pemeriksaan hasil kerja bertulis dan karya murid. Antara hasil kerja ialah:
Laporan eksperimen
Latihan bertulis seperti esei, tafsiran gambar rajah, graf, carta dan jadual
Nota
Folio murid
Buku skrap
83
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Melalui penulisan, pelbagai perkara dinilai. Antaranya ialah:
Pengetahuan
Kemahiran saintifik
Kemahiran berfikir
Kemahiran belajar
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berkomunikasi
Perkembangan bakat
Perkembagan daya kreatif
Dengan menggunakan pensil dan kertas, murid-murid diminta menjawab
sebilangan soalan ujian yang dipanggil item ujian.
Item-item ujian boleh dibahagikan kepada dua jenis: item objektif dan item
subjektif. Contoh soalan objektif termasuk soalan Benar-Palsu, Padanan, Isi
tempat Kosong, dan Soalan Aneka Pilihan. Item objektif lebih mementingkan
pengenalpastian jawapan yang betul tanpa mengambil kira pemikiran pelajar.
Oleh itu guru sukar megenal pasti masalah spesifik yang dihadapi oleh pelajar
sekiranya penggubalan item-item objektif tidak dijalankan dengan teliti.
9.1.1 Soalan Aneka Pilihan (SAP)
Soalan aneka pilihan mengandungi satu pokok soalan dan beberapa pilihan
jawapan. Bagi soalan SAP hanya terdapat satu jawapan yang betul atau yang
paling tepat.
Kebaikan teknik ini adalah seperti berikut:
Boleh diperiksa dengan tepat
Liputan isi kandungan yang disoal lebih meluas
84
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
Panduan berikut boleh digunakan dalam membina SAP:
Sediakan soalan yang berkaitan dengan objektif pembelajaran
Pokok soalan mestilah jelas
Elakkan daripada memberi maklumat yang tidak perlu dalam pokok
soalan
Elakkan membentuk soalan dalam bentuk negatif. Jika bentuk negatif
terpaksa digunakan, perkataan negatif perlulah digelapkan atau dicetak
dengan huruf besar
Elakkan daripada mengemukakan soalan yang meminta pendapat
peribadi
Elakkan daripada menggunakan kenyataan yang dipetik terus daripada
buku teks atau buku ulangkaji
Elakkan daripada mengaitkan sesuatu soalan dengan soalan lain
Elakkan daripada memberi pilihan jawapan yang boleh menarik perhatian
seperti salah satu pilihan terlalu panjang dan yang lain pula sama panjang
Susunan pilihan jawapan hendaklah mengikut urutan yang bermakna,
misalnya jika semua pilihan jawapan berbentuk nombor, susuna mengikut
siri menaik atau menurun
Jika ada sesuatu istilah, perkataan atau rangkai perkataan yang berulang
dalam pilihan jawapan, masukkan perkataan yang berulang itu ke dalam
pokok soalan
Semua pilihan jawapan dalam sesuatu soalan mestilah homogen
Penggangu hendaklah berfungsi dan digubal sesolah-olah diterima
sebagai soalan yang betul
Penggunaan bahasa dalam pokok soalan dan pilihan jawapan hendklah
selaras
Pokok soalan hendaklah diletak selepas gambar rajah, carta, graf dan
sebagainya
85
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Pokok soalan dan pilihan jawapan hendaklah berada di muka surat yang
sama
Format pilihan jawapan hendaklah tekal untuk keseluruhan ujian
9.1.2 Soalan Esei
Untuk item subjektif, calon perlu mengemukakan jawapan dirinya. Contoh
soalan subjektif termasuk soalan berstruktur dan soalan esei. Item subjektif
mengajak pelajar menggunakan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
(KBKK) untuk mengemukakan pengetahuan dan kemahiran inteleknya semasa
menjawab soalan. Guru dapat mengenal pasti masalah penaakulan pelajar
semasa memeriksa jawapan pelajarnya.
Teknik ini boleh digunakan untuk menilai pengetahuan, kemahiran, sikap
dan nilai.
Panduan berikut boleh digunakan dalam membina soalan esei:
Sediakan soalan yang berkaitan dengan objektif pembelajaran
Soalan mestilah spesifik dan jelas supaya muris dapat memberi jawapan
yang tepat dalam tempoh masa yang ditentukan
Istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan mestilah jelas maknanya
supaya murid tidak slah faham
Sediakan skema pemarkahan yang jelas dan lengkap
9.2 Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian digunakan untuk mengesan pelbagai aspek pembelajaran dan
tingkah laku murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, dalam situasi
formal atau tidak formal.
86
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Tujuan pemerhatian adalah untuk mengumpul maklumat tentang
kemajuan, minat dan masalah murid dengan menggunakan instrumen Skala
Berkadar dan Senarai Semak.
Panduan berikut digunakan untuk membina instrumen pemerhatian:
Guru perlu merancang dan menentukan aspek yang dinilai berdasarkan
objektif pembelajaran
Aspek yang dinilai disusun mengikut urutan
Pemerhatian dilakukan semasa aktiviti pembelajarn terhadap individu atau
kumpulan
9.2.1 Skala Berkadar
Skala berkadar (Rating scale) merupakan instrumen yang paling sesuai untuk
mengukur tahap pencapaian KPS dn KM. Skala berkadar digunakan untuk
mencatatkan tahap pencapaian pada suatu skala yang ditentukan, biasanya
empat poin yang membawa makna seperti berikut:
Poin A B C D
Makna Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Dalam Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA), setiap poin skala berkala dikaitkan
dengan sebilangan kriteria pencapaian yang telah dikenal pasti.
Dalam contoh KPS memerhati, poin pencapaian dalam skala berkadar
ditentukan oleh bilangan kriteria yang dicapai seperti yang diringkaskan dalam
Rajah 4.
87
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Poin A B C DMarkah 1 2 3 4
Kriteria K1 K1+K2 K1+K2+K3 K1+K2+K3+K4Tercapai
SenaraiKriteria
Rajah 4 : Poin Skala Berkadar Dikaitkan dengan Bilangan Kriteria yang Tercapai oleh Pelajar
Rajah 4 menunjukklan bahawa sekiranya pelajar hanya berjaya menguasai
kriteria K1 sahaja, dia diberi 1 markah sahaja, manakala pelajar yang berjaya
menguasai semua kriteria K1 hingga K4 diberi 4 markah.
9.2.2 Senarai Semak
Senarai Semak (Checklist) merupakan instrumen yang lebih sesuai untuk
mencatat tahap pencapaian Sikap Saintifik dan Nilai Murni kerana guru hanya
perlu mencatat sama ada sikap berkenaan telah ditunjukkan oleh pelajar atau
tidak. Untuk Sikap Saintifik dan Nilai Murni seperti minat dan bersifat ingin tahu
tentang alam sekeliling, amat sukar untuk memeringkat sama ada seseorang
mempunyai minat yang lemah, sederhana atau kuat, sebaliknya guru dapat
menilai sama ada sesorang pelajar menunjukkan minat atau tidak. Oleh itu
senarai semak hanya menunjukkan minat atau tidak.
10. Kaedah Lisan
Penilai secara lisan adlah satu kaedah guru membuat tafsiran selepas interaksi
guru dengan murid dan murid dengan murid. Penilaian secara lisan boleh
dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.
88
K1 : Menyatakanpemerhatianmenggunakankelima-limaberia yang berlainan
K2 :Menyatakan pemerhatian terperincimenggunakantiga alat bagimembantuderia
K3 :Menyatakan semuapemerhatian dengan jujur
K4 : menyatakan perubahan pemerhatian mengikut ketertibannya
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Penilaian secara lisan di dalam bilik darjah, membolehkan guru:
Menilai murid secara tidak formal
Mendapatkan maklumat tentang diri murid melalui interaksi secara serta
merta
Mendapatkan maklumat tentang kemahiran murid berkomunikasi
Mengetahui kebolehan murid berfikir secara kritis dn kreatif
Melengkapkan lagi maklumat penilaian tentang seseorang murid untuk
tujuan tindakan susulan dan pelaporan
11. Pengurusan Penilaian
Pengurusan penilaian melibatkan perancangan, penggubalan, pentadbiran dan
penentuan tindakan susulan.
11.1 Perancangan
Sebelum menjalankan sesuatu penilaian, perancangan yang rapi diperlukan.
Tentukan objektif penilaian sama ada untuk kemajuan atau diagnostik, penilai
boleh menjalankannya secara formatif manakala bagi objektif pencapaian, ia
dijalankan secara formatif atau sumatif. Tentukan aspek-aspek yang hendak
dinilai sama ada pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai.
11.2 Penggubalan
Dalam proses penggubalan soalan, perkara yang berikut perlu diambil perhatian:
Skop pembelajaran berdasarkan kurikulum
Bilangan item soalan atau tugasan
Aras kesukaran
Skema pemarkahan termasuk senarai semak
Tempoh masa ujuan
89
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Soalan-soalan yang disediakan hendaklah disemak dan disunting sebelum
ditadbirkan. Soalan-soalan yang disediakan perlu dikumpul dalam ’bank item’
untuk tujuan rujukan dan digunakan semula.
11.3 Pentadbiran
Murid diberitahu dahulu sebelum ujian dilaksanakan. Ujian hendaklah dijalankan
dalam keadaan yang sesuai dan selesa. Hasil ujian dianalisis dan dirumus untuk
tujuanperekodan dan pelaporan agar tindakan susulan dapat dijalankan dengan
segera. Pelaporan perlu juga dibuat dalam bentuk pernyataan dan hendaklah
merujuk kepada pencapaian murid dalam memenuhi objektif-objektif
pembelajaran. Ini selaras dengan prinsip Ujian Rujikan Kriteria.
11.4 Tindakan Susulan
Tindakan susulan perlu diambil bagi tujuan pengayaan dan pemulihan. Guru juga
boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.
Latihan 1.
Latihan 2.
90
“Pengukuran merupakan subset penilaian”Berdasarkan pernyataan ini, gunakan pengurusan grafik yang sesuai untuk membanding beza antara pengukuran dan penilaian
“Pengukuran merupakan subset penilaian”Berdasarkan pernyataan ini, gunakan pengurusan grafik yang sesuai untuk membanding beza antara pengukuran dan penilaian
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains untuk Pendidikan Khas, pilih tajuk yang sesuai anda dikehendaki untuk menyediakan satu borang catatan Penilaian Sikap Saintifik dan Nilai Murni yang berasaskan Senarai Semak.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains untuk Pendidikan Khas, pilih tajuk yang sesuai anda dikehendaki untuk menyediakan satu borang catatan Penilaian Sikap Saintifik dan Nilai Murni yang berasaskan Senarai Semak.
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Bahan Bacaan Pembelajaran Kendiri
Rehat
91
Pukal Latihan Sains Rendah PULSAR, Modul 7 : Penilaian – Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pukal Latihan Sains Rendah PULSAR, Modul 7 : Penilaian – Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.
Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.
Top Related