PENERAPAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM DI KALANGAN GURU
SEKOLAH MENENGAH : SATU TINJAUAN
PROFESOR MADYA DR. MARIA SALIH
HAZINAH NOR HANIPAH
KOD PENYELIDIKAN : FRGS/KPT 04-04-14-07
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
IV
Abstrak
Kajian ini bertujuan meninjau penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum di kalangan guru sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan semasa pelaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan inisiatif yang boleh diambil terhadap masalah-masalah yang dikenalpasti bagi memperluaskan Pendidikan Alam Sekitar di masa hadapan. Selain itu, kajian ini juga ingin mendapat persepsi guru mengenai penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan amalan sedia ada di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 613 guru-guru sekolah menengah disekitar negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang dipilih menggunakan kaedah persampelan mudah. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik yang mengandungi item-item skala Likert 5 mata, 3 mata, soalan separa struktur dan soalan terbuka. Data kuantitatif dianalisis menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Science) Versi 12.5. Analisis statistic deskripsi digunakan bagi mendapat kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data bagi soalan separa struktur dan soalan terbuka dianalisis secara kualitatif dengan membentuk tema dan kategori yang timbul daripada maklumbalas yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan guru sekolah menengah masih tidak pasti tentang penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum daripada aspek maklumat terperinci yang diterima, pelaksanaannya, dan kaedah serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua guru mempunyai masalah yang sama dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum iaitu, masalah sikap, kesedaran, pengetahuan, kemahiran, sokongan moral, kewangan, kekangan masa dan dalam kurikulum di sekolah. Beberapa inisiatif dan inovasi yang berkesan telah dikenalpasti untuk memperluaskan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan mengatasi masalah yang dihadapi. Kajian ini juga telah mengemukakan beberapa implikasi dan cadangan bagi memantapkan kajian-kajian masa depan.
V
Abstract
This study aims to explore the implementation of Environmental Education across the curriculum among the secondary school teachers. Thus, the objectives of this study is to obtain information regarding the current implementation of Environmental Education and the initiatives taken to expand Environmental in future. Apart from that, teachers' perception of the implementation of Environmental Education across the curriculum and the current practices in schools will be studied. The sample for this study comprised of 613 secondary school teachers from the states of Perak, Selangor and Wilayah Persekutuan selected using convenient sampling. Data was collected via a questionnaire comprising of a 5 point and 3 point Likert items, semi-structured and open-ended questions. The quantitative data was analysed using SPSS (Statistical Package for Social Science) version 12.5. Descriptive statistics was used to calculate frequency, percentage, mean, and standard deviation. The data for semi-structured and open-ended questions was analysed qualitatively by identifying themes and categories that emerged from the information obtained. The findings shows that secondary school teachers are still unsure about implementing Environmental Education across the curriculum in terms information dissemination regarding the matter, its implementation, teaching and learning methods and classroom activities. All teachers faced similar problems in the implementation such as attitude, awareness, knowledge, skills, moral support, funds, time constrain and the curriculum itself. Several concrete initiatives and innovations have been identified to expand the implementation of Environmental Education across the curriculum and to address the problems faced. This study offers several implications and suggestions for future studies.
vi
KANDUNGAN
Muka Surat
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Senarai Kandungan
Senarai Jadual
u
iii
iv
v
vi
vii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Konsep
1.9 Rumusan
1
1
1
3
5
5
6
7
7
9
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengertian Mengenai Pendidikan Alam Sekitar 10
2.3 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar 13
2.4 Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar 15
2.4.1 Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia 15
2.4.2 Pendidikan Alam Sekitar di Luar Negara 17
2.5 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentasi 19 Kurikulum di Malaysia
Muka
2.6 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam 20 Sekitar
2.7 Pendekatan Penerapan Pendidikan Alam Sekitar 21
2.8 Isu dan Masalah Perlaksanaan Pendidikan Alam 24 Sekitar
2.9 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Penerapan Pendidikan 27 Alam Sekitar Merentasi Kurikulum
2.9.1 Kajian Di Malaysia 28
2.9.2 Kajian Luar Negara 29
2.10 Rumusan 31
METODOLOGI KAJIAN 32
32
32
33
34
36
36
38
3.7.1 Analisis Persepsi Guru Mengenai Pendidikan 38 Alam Sekitar Merentas Kurikulum
3.7.2 Analisis Amalan Pendidikan Alam Sekitar 39 Merentas Kurikulum Yang Sedia Ada Di Sekolah
3.7.3 Analisis Masalah-masalah Yang Dihadapi Guru Bagi Menerap Pendidikan Alam Sekitar 39 Merentas Kurikulum
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Sampel Kajian
Instrumen Kajian
Kajian Rintis
Prosedur Kajian
Analisis Data
viii
Muka Surat
3.7.4 Analisis Initiatif-initiatif Yang Diambil Bagi 40 Memperluaskan Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah
3.8 Rumusan 40
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Maklumat Demografi Guru 42
4.3 Persepsi Guru Mengenai Pendidikan Alam Sekitar 44 Merentas Kurikulum
4.3.1 Pandangan Asas Tentang Pendidikan Alam 45 Sekitar
4.3.2 Sumber Pengetahuan Yang Diperoleh Guru Mengenai Pelaksanaan Pendidikan Alam 46 Sekitar Merentas Kurikulum
4.3.3 Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar 47 Merentas Kurikulum
4.4 Amalan Penerapan Semasa Pendidikan Alam Sekitar 51 Merentasi Kurikulum
4.5 Inisiatif Yang Diambil Bagi Memperluaskan 56 Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah
4.6 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam 62 Melaksanakan Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum
4.7 Rumusan 62
ix
Muka Surat
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 63
5.1 Pengenalan 63
5.2 Maklumat Demografik Responden 64
5.3 Persepsi Guru Mengenai Pendidikan Alam Sekitar 64 Merentas Kurikulum
5.4 Amalan Penerapan Semasa Pendidikan Alam Sekitar 68 Merentasi Kurikulum
5.5 Inisiatif Yang Diambil Untuk Memperluaskan 70 Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah
5.5.1 InitiatifPentadbir Sekolah 70
5.5.2 Initiatif Guru dan PIBG 72
5.6 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam 74 Melaksanakan Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum
78
Dalam 79
80
81
82
5.7
5.8
5.9
RUJUKAN
Implikasi Kajian
5.6.1 Pihak-pihak Yang Terlibat Pembangunan Pendidikan
5.6.2 Guru dan Bakal Guru
Cadangan Kajian Lanjutan
Rumusan
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
Jadual
2.1 Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar
3.1 Peratus Guru Mengikut Mata Pelajaran Yang Diajar
3.2 Jenis dan Bilangan Item dalam Soal Selidik
3.3 Prosedur Kajian
4.1 (a) Peratus Guru Berdasarkan Jawatan
4.1(b) Peratus Guru Bagi Setiap Mata Pelajaran
4.1 (c) Peratus Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar
4.2(a) Peratus Pandangan Asas Guru Tentang Pendidikan Alam Sekitar
4.2(b) Peratus Sumber Pengetahuan Tentang Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum
4.3 Persepsi Guru Mengenai Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum
4.4(a) Amalan Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas
Kurikulum
4.4(b) Kaedah Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam P&P
4.4(c) Perkaitan Aspek-aspek Alam Sekitar Dalam Pengajaran
4.5(a) Inisiatif Pentadbir Sekolah Bagi Memperluaskan Pendidikan Alam Sekitar
4.5(b) Inisiatif GuruSekolah Bagi Memperluaskan Pendidikan Alam Sekitar
4.6 Masalah Guru Dalam Melaksanakan Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan latarbelakang penyelidikan, pernyataan masalah,
objektif kajian dan persoalan kajian. Seterusnya bab ini akan memaparkan
kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi konsep.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan tentang alam sekitar,
melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar (Adenan Satem, 2004). Proses ini adalah
untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana manusia
mengurus alam sekitar dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan manusia.
Justeru, pengajaran Pendidikan Alam Sekitar berkait rapat dengan matlamat negara
untuk membina masyarakat yang sensitif, memiliki pengetahuan yang tepat,
kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar dan keupayaan untuk menyumbangan
2
kepada penyelesaian masalah alam sekitar (Mohammad Zohir Ahmad dan Nordin
Abdul Razak, 2007)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah yang lebih progresif
dengan memberi penekanan terhadap Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah.
Penerapan nilai murni alam sekitar dilaksanakan bukan sahaja melalui proses
pengajaran di bilik darjah tetapi juga melalui penglibatan pelajar secara aktif dalam
kegiatan kokurikulum sekolah (Adenan Satem, 2004).
Selaras dengan Dasar Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia telah menganjurkan pelbagai program pendidikan dan kesedaran alam
sekitar demi menyemai nilai murni alam sekitar pada masyarakat umum (Adenan
Satem, 2004). Warga sekolah telah dikenalpasti sebagai kumpulan sasaran utama bagi
tujuan ini memandangkan golongan ini adalah generasi muda yang bakal memimpin
pada masa hadapan. Menyedari hakikat ini, Jabatan Alam Sekitar telah
memperkenalkan program khusus untuk pelajar sekolah yang lebih bersifat tidak
formal seperti Kem Kesedaran Alam Sekitar, Projek Wira Alam dan Projek Riadah
Alam Sekitar (Aznizah Mahyudin, 2007).
Bagi meningkatkan lagi keberkesanan sekolah sebagai pusat kecemerlangan alam
sekitar, Sekolah Lestari diperkenalkan untuk membentuk satu persekitaran sekolah
yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari aspek
pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah (Adenan Satem,
2004). Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti-aktiviti Sekolah Lestari memberi
peluang mengamalkan ciri-ciri mesra alam di persekitaran rumah, masyarakat dan
negara.
3
Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan kearah Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan masyarakat yang
mementingkan kualiti alam sekitar. Program berkaitan alam sekitar ini dapat
berperanan sebagai pemangkin kepada proses pembentukan generasi yang
bertanggungjawab dan sayangkan alam sekitar (Aznizah Mahyudin, 2007).
Guru memainkan peranan penting dalam menjayakan Pendidikan Alam Sekitar
merentasi kurikulum. Menurut Wilke (1985), adalah sukar bagi seseorang guru untuk
menghasilkan pelajar yang berliterasi alam sekitar sekiranya guru tidak mempunyai
pengetahuan, kemahiran atau komitmen untuk "environmentalise their curriculum".
Kajian ini menjurus kepada peranan guru dalam menerapkan Pendidikan Alam
Sekitar kerana didapati hanya sebilangan kecil guru mengetahui tentang Pendidikan
Alam Sekitar merentasi kurikulum dan cara-cara ia dilaksanakan dalam bilik darjah
formal (Lee Chi Kin, 1996). Terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang
kepada perlaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (Mohammad Zohir Ahmad dan Nordin
Abdul Razak, 2007). Faktor-faktor ini perlu dikenalpasti supaya dapat membantu
untuk meminimakan kecacatan perlaksanaan dan pengekalan Pendidikan Alam
Sekitar (Mohammad Zohir Ahmad dan Nordin Abdul Razak, 2007).
1.3 Pernyataan Masalah
Dewasa ini tidak ada satu keperluan mandatori untuk mengajar Pendidikan Alam
Sekitar di sekolah-sekolah di Malaysia. Pada tahun 1999, Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerbitkan Buku
Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum untuk Sekolah-
Sekolah Malaysia. Buku panduan ini bertujuan untuk membantu guru dan sekolah
4
dalam merancang dan memberi pendidikan dalam, tentang dan untuk alam sekitar,
yang diintegrasikan dengan objektif pembelajaran yang wajib dalam satu-satu mata
pelajaran (KPM, 1999).
Setelah hampir dua dekad pengintegrasian ini dilaksanakan, seharusnya proses
penerapan Pendidikan Alam Sekitar telah sebati dengan sistem pendidikan yang ada
di Malaysia. Namun demikian, didapati guru masih lagi tidak jelas dengan konsep
pengintegrasian ini dan kaedah yang bersesuaian untuk melaksanakannya
(Mohammad Zohir Ahmad dan Nordin Abdul Razak, 2007).
Menurut Gan Siowck Lee (1987), Pendidikan Alam Sekitar jarang dinilai semasa
peperiksaan, malah konsep persekitaran juga tidak disebut secara eksplisit dalam isi
kandungan sesuatu mata pelajaran (Chelliah, 1990). Akibatnya, penekanan yang
diberikan oleh guru kepada Pendidikan Alam Sekitar adalah berbeza-beza dari aspek,
tujuan, skop, arah dan impaknya. Ini jelas menunjukkan penerapan Pendidikan Alam
Sekitar adalah tidak berkesan.
Oleh yang demikian, kajian ini wajar dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat
yang terperinci mengenai persepsi guru terhadap Pendidikan Alam Sekitar; amalan
perlaksanaan yang sedia ada di sekolah; masaalah-masaalah yang mereka hadapi serta
inisiatif-insiatif yang boleh di ambil untuk mendukung hasrat KPM dalam
mengimplementasi penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum sebagai
satu alat untuk pembangunan Lestari.
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat tentang keadaan semasa tentang
penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan inisiatif yang boleh
diambil terhadap masalah-masalah yang dikenalpasti bagi memperluaskan Pendidikan
Alam Sekitar di masa hadapan. Dengan itu, objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti persepsi guru mengenai Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum.
2. Mengkaji amalan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum yang
sedia ada di sekolah.
3. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menerapkan
Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum.
4. Mengenalpasti inisiatif yang diambil bagi mempeluaskan Pendidikan
Alam Sekitar di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam usaha memastikan objektif kajian tercapai, beberapa persoalan kajian telah
digariskan iaitu:
1. Apakah persepsi guru mengenai Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum?
2. Apakah amalan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum yang sedia
ada di sekolah?
3. Apakah masalah yang dihadapi guru dalam menerapkan Pendidikan Alam
Sekitar merentas kurikulum?
6
4. Apakah inisiatif yang diambil bagi mempeluaskan Pendidikan Alam
Sekitar di sekolah?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kerana ia dapat mengemukakan data-data empirikal mengenai
persepsi guru tentang Pendidikan Alam Sekitar. Adalah diharapkan kajian ini dapat
mengemukakan satu pangkalan data mengenai amalan semasa Pendidikan Alam
Sekitar di sekolah. Kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti cara-cara untuk
memperluaskan Pendidikan Alam Sekitar pada masa hadapan.
Kajian ini juga dapat menghasilkan satu laporan terperinci, beberapa kertas kerja
dalam persidangan dan presiding serta penerbitan artikel dalam jurnal berwasit
tempatan dan antarabangsa.
Dapatan kajian ini juga dapat digunakan semasa menatur kurikulum atau merancang
program Pendidikan Alam Sekitar oleh pihak-pihak tertentu seperti Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Bahagian Sekolah-
Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Disamping itu,
masalah-masalah yang telah dikenalpasti dalam kajian ini juga dapat dipertimbangkan
oleh pihak-pihak tersebut dalam menggubal kurikulum dan program Pendidikan Alam
Sekitar merentas kurikulum.
7
1.7 Batasan Kajian
Terdapat beberapa batasan dalam kajian ini. Disebabkan kekangan masa dan tenaga,
maka kajian ini hanya melibatkan seramai enam ratus tiga belas orang guru dari
sekolah-sekolah menengah sekitar negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur sahaja. Dengan ini, dapatan kajian adalah terhad kepada pandangan
guru-guru daripada kawasan ini. Oleh itu, hasil kajian ini tidak dapat memberi
gambaran yang meluas tentang persepsi terkini terhadap penerapan Pendidikan Alam
Sekitar merentas kurikulum di Malaysia.
Dengan wujudnya batasan kajian ini, seharusnya kajian ini seharusnya diterima
dengan berhati-hati dan kajian selanjutnya perlu dilakukan bagi mengukuh,
menyokong atau sebaliknya hasil dapatan daripada kajian ini. Untuk mendapat satu
keputusan yang meluas dan yang boleh digeneralisasikan kepada satu kesimpulan
yang jitu, kajian yang sama perlu dilaksanakan secara meluas di seluruh negeri di
Malaysia.
1.8 Definisi Konsep
Berikut adalah definisi beberapa istilah yang digunapakai dalam konteks kajian ini:
1.8.1 Pendidikan Alam Sekitar
Menurut Adenan Satem (2004), Pendidikan Alam Sekitar merupakan pendidikan
berkaitan tentang alam sekitar, untuk alam sekitar dan melalui alam sekitar. Amalan
membudayakan Pendidikan Alam Sekitar dapat menerapkan nilai murni alam sekitar
8
dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan.
Ini dapat mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan
Lestari. Oleh itu penyataan di bawah dapat memperjelaskan lagi definisi Pendidikan
Alam Sekitar iaitu:
"pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan
bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab kearah
kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar,
melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar ".
(Adenan Satem, 2004:8)
Mengikut laporan United Nation Decade of Education for Sustainable Development
(UNESCO, 1996). Pendidikan Alam Sekitar ialah proses pembelajaran yang
melibatkan penyelesaian masalah dan keupayaan pelajar untuk membuat keputusan
yang tepat demi masa depan, khasnya untuk generasi akan datang terhadap keperluan
dan pemeliharaan alam sekitar.
Dalam kajian ini, Pendidikan Alam Sekitar boleh didefinisikan sebagai proses
pembelajaran yang dapat membantu pelajar dan kumpulan tertentu memahami
persekitarannya. Pendidikan Alam Sekitar juga bermatlamat membentuk sikap
prihatin dan komited seseorang individu yang akan membawa kepada keinginan dan
kemampuan untuk bertindak secara bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
9
1.8.2 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar
Menurut Adenan Satem (2004), penerapan Pendidikan Alam Sekitar adalah
berfokuskan kepada penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai untuk menjadikan
sesuatu pengajaran itu menarik serta memberi ruang untuk membolehkan pelajar
terlibat secara aktif dan giat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang
berkesan boleh diguna oleh guru seperti keadah sumbangsaran, tunjukcara dan
perbincangan. Oleh itu, dalam kajian ini, penerapan Pendidikan Alam Sekitar
berfokus kepada kaedah yang telah dinyatakan dan digunapakai oleh guru-guru yang
terlibat.
1.8.3 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum
Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum didefinisikan sebagai satu
proses pengintegrasian unsur-unsur alam sekitar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi semua mata pelajaran di dalam dan luar bilik darjah (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1998).
1.9 Rumusan
Bab ini telah membincangkan serba sedikit mengenai latarbelakang kajian, pernyataan
masalah, objektif kajian dan persoalan kajian yang diselidik. Beberapa defmisi konsep
juga telah diberi untuk memudahkan pembaca memahami tentang kajian ini.
Penerangan yang lebih terperinci mengenai penerapan Pendidikan Alam Sekitar
merentas kurikulum dan kajian-kajian yang telah dijalankan akan dikupas dalam bab
yang seterusnya.
10
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini bertujuan membincangkan tinjauan literatur yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan oleh pengkaji. Beberapa tajuk yang difikirkan relevan dan berkaitan dengan
bidang kajian ini telah dikenalpasti dan dihuraikan dengan terperinci.
2.2 Pengertian Mengenai Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan Alam Sekitar diterjemahkan mengikut keperluan negara masing-masing.
Namum demikian, prinsip asas yang tetapkan dalam Persidangan Tbilisi (1977), iaitu
sebagai satu alat untuk mengawal kemusnahan alam sekitar dipatuhi dan digunapakai
oleh semua negara. Di Malaysia misalannya, konsep Pendidikan Alam Sekitar
merupakan satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kesedaran pelajar dalam membentuk nilai dan sikap positif terhadap alam sekitar (PPK,
11
1998). Pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang membolehkan
mereka menilai kualiti alam sekitar dan bertindak untuk memperbaikinya. World Wildlife
Fund (WWF) Malaysia pula mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai pendidikan
yang membawa kepada kefahaman mengenai alam sekitar (Rosnani Ibrahim, 2006).
Di peringkat antarabangsa pula, persatuan Pendidikan Alam Sekitar Australia
mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai satu pendekatan pembelajaran yang
berguna kepada individu dan kumpulan demi memahami saling hubungan antara manusia
dan persekitaramiya (Palmer & Neil, 1994). Wilke (1985) menyatakan prinsip utama
Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar
tentang alam sekitar melalui interaksi langsung antara pelajar dengan alam sekitarnya.
Menurut Mensah dan Whitney (1992) pula, Pendidikan Alam Sekitar seharusnya
melibatkan proses meningkatkan pengetahuan serta pembentukan sikap seseorang
individu. Penglibatan dalam proses tersebut membolehkan seseorang individu
berinteraksi secara berkesan dan boleh hidup dalam keadaan harmoni dengan alam
sekitarnya. Summers (2000) pula, menyatakan terdapat satu perhubungan erat di antara
tahap pengetahuan individu mengenai isu-isu alam sekitar dengan sikap terhadap alam
sekitar. Menurut beliau lagi, dengan adanya hubungan sedemikian, Pendidikan Alam
Sekitar perlu diperkenalkan dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal dalam
membentuk sikap prihatin pelajar terhadap alam sekitar.
Walau pun istilah Pendidikan Alam Sekitar diguna secara meluas, masih tidak ada satu
makna atau erti yang unggul. Engelson (1986) telah mengkategorikan istilah Pendidikan
Alam Sekitar kepada 'pendidikan tentang alam sekitar', 'pendidikan untuk alam sekitar'
dan 'pendidikan dalam alam sekitar'. 'Pendidikan tentang alam sekitar' memberi
kefahaman kognitif tentang isu-isu persekitaran manakala 'pendidikan untuk alam
12
sekitar' berfokus kepada pemelihraan alam sekitar. 'Pendidikan dalam alam sekitar' pula
merujuk kepada teknik perhubungan langsung dalam persekitaraan fizikal dan social di
luar bilik darjah (Engelson, 1986).
Pandangan lain terhadap 'pendidikan tentang alam sekitar' mengikut Palmer dan Neal
(1994) ialah, semua domain kognitif yang merangkumi kefahaman, terjemahan data
persekitaran, analisis situasi persekitaran kepada komponen-komponen prinsip, sintesis
penyataan bagi menjelaskan persekitaran, penilaian data dan fenomena persekitaran.
'Pendidikan untuk alam sekitar' pula menurut beliau ialah menggalakkan pengekalan
alam sekitar untuk generasi akan datang. Ini melibatkan penerapan sikap yang positif
terhadap alam sekitar, mewujudkan peluang hidup yang berterusan serta menentukan
kualiti dalam kehidupan manusia. Samuel (1993) menjelaskan 'pendidikan dalam alam
sekitar' sebagai teknik pedagogi bagi memberi realiti, perkaitan dan pengalaman praktik
dalam menguasai kemahiran pengajaran di luar bilik darjah berhubung isu-isu
persekitaran semula jadi.
Demi mencapai matlamat ketiga-tiga dimensi Pendidikan Alam Sekitar iaitu, 'tentang',
'untuk' dan 'dalam', maka Pendidikan Alam Sekitar perlu di integrasikan secara efektif
ke dalam kurikulum sekolah yang sedia ada saperti yang disarankan Summers (2000).
Boleh disimpulkan bahawa Pendidikan Alam Sekitar mengajar pelajar tentang alam
sekitar dan dalam alam sekitar supaya mereka boleh bertindak untuk alam sekitar. Justeru
itu, Pendidikan Alam Sekitar memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan
individu untuk mengambil bahagian secara aktif dalam memperbaiki serta memelihara
alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar juga membantu sesebuah komuniti menjadi lebih
sedar mengenai keadaan alam sekeiling secara holistic dalam menjalin hubungan antara
alam semula jadi dengan manusia sejagat (Palmer & Neal, 1994).
13
2.3 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar
Menurut Perikleous (2004), perkembangan Pendidikan Alam Sekitar tidak serta merta
wujud pada 1960an. Hanya setelah ancaman kepada kerosakan alam sekitar dan kesannya
secara global, baru lah Pendidikan Alam Sekitar dibawa kepada perhatian umum dalam
tahun 1970an. Liputan oleh pihak media dan penerbitan laporan berkenaan bahaya
pertumbuhan populasi dunia yang tidak terkawal, pengurangan sumber asli, pencemaran
juga telah menarik perhatian ramai.
Peristiwa yang amat bermakna dalam sejarah kelahiran Pendidikan Alam Sekitar ialah
Persidangan Stockholm berkenaan ekologi manusia, pada tahun 1972. la merupakan
persidangan dunia pertama mengenai keadaan semasa, yang menggambarkan minat dan
perhatian yang memuncak berkenaan isu-isu persekitaran pada tahun 1970an, terutama
kepada negara-negara maju (Samuel, 1993). Hasil daripada persidangan tersebut, United
Nations Environmental Programme (UNEP) dengan kerjasama UNESCO telah
membentuk UNESCO-UNEP International Environmental Education Programme
(IEEP). Penubuhan ini adalah selaras dengan penganjuran satu bengkel berkenaan
Pendidikan Alam Sekitar di Belgrade pada Oktober 1975, yang dikenali sebagai Piagam
Belgrade (Palmer & Neal, 1994).
Dengan terbentuknya Piagam Belgrade, satu rangka global untuk Pendidikan Alam
Sekitar telah dirangka dengan matlamat utamanya untuk membantu masyarakat
sarwajagat menyedari dan memahami isu alam sekitar. Selain daripada itu, kebolehan
untuk menguasai kemahiran serta kesungguhan dalam usaha mengatasi isu tersebut juga
diutamakan. Kesemua aspek ini dapat menjamin dan mengekalkan kualiti alam sekitar
sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan manusia (Kementerian Pelajaran Malaysia,
14
1998). Berikutan Piagam Belgrade, satu persidangan antarabangsa yang pertama
mengenai Pendidikan Alam Sekitar telah diadakan di Tbilisi, Georgia, USSR pada 1977.
Persidangan ini dikenali sebagai Persidangan Tbilisi mengenai Pendidikan Alam Sekitar
dan dihadiri oleh 66 buah Negara anggota UNESCO (Palmer & Neal, 1994).
Titik tolak daripada Persidangan Tbilisi juga telah membentuk satu kerangka persetujuan
sebulat suara di peringkat antarabangsa, yang berpengaruh dalam membenihkan
perubahan baru bagi program dan polisi Pendidikan Alam Sekitar seluruh dunia
(Skanavis & Sarri, 2002). Seminar Latihan Pendidikan Alam Sekitar yang dianjurkan
oleh UNESCO di Malta pada tahun 1991 juga turut mengesyorkan matlamat utama
Pendidikan Alam Sekitar yang telah dinyatakan oleh KPM (1998) saperti di atas.
Berikutan ini, laporan 'Earth Summit' di Rio de Janeiro pada 1992 telah memutuskan
kepentingan pembangunan lestari saperti yang tercatat dalam Agenda 21, Bab 36. Antara
resolusi untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan pembangunan lestari,
program-program Pendidikan Alam Sekitar mesti diperkenalkan. Oleh yang demikian,
KPM sedang giat mempromosi Pendidikan Alam Sekitar di semua sekolah dengan
penerapan merentas kurikulum seawal peringkat tadika ke peringkat sekolah rendah dan
menengah.
Alam sekitar telah wujud dalam sistem persekolahan sejak tahun 1960an lagi dengan
menggunakan nama-nama saperti Pendidikan Semula Jadi, Pendidikan Luar Bilik Darjah,
Pendidikan Pengurusan Alam Sekitar dan Komuniti (Perikleous, 2004). Definisi
Pendidikan Alam Sekitar yang digunakan secara meluas masa kini telah diperkenalkan
seawal tahun 1970 semasa International Union For Conservation of Nature and Natural
Resources (IUCN) bersama-sama UNESCO dalam mesyuarat mengenai 'Pendidikan
Alam Sekitar Di Dalam Kurikulum Sekolah' (Palmer & Neal, 1994).
15
2.4 Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar
Menurut Filho(1996), terdapat beberapa perkembangan dalam Pendidikan Alam Sekitar
yang telah berlaku. Perkembangan tersebut telah menjelaskan evolusi dan tahap
kepentingan Pendidikan Alam Sekitar pada masa kini. Bermula dengan peristiwa yang
telah membuka jalan memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar, iaitu, daripada
Persidangan Stockholm (1972), Piagam Belgrade (1975) kepada Persidangan Tbilisi
(1977), semuanya menekankan pendidikan sebagai alat untuk mengawal kemusnahan
alam sekitar. Ini serba sedikit memberi impak kepada perkembangan Pendidikan Alam
Sekitar di Malaysia dan di luar Negara.
2.4.1 Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia
Pendidikan Alam Sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran dan kualiti alam sekitar.
Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan
mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Menurut Gan Siowck Lee
(1987), konsep Pendidikan Alam Sekitar telah secara rasmi diperkenalkan dalam sistem
pendidikan negara yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Kabinet semasa semakan
semula Polisi Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1979. Berdasarkan laporan ini, mata
pelajaran Alam dan Manusia telah diperkenalkan untuk pelajar-pelajar tahun 4 hingga 6.
Sukatan pelajarannya merupakan gabungan lima mata pelajaran iaitu Geografi, Sains,
Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Matlamat mata pelajaran Alam dan Manusia ialah untuk menanamkan kesedaran
terhadap alam sekitar supaya manusia boleh mengekalkan kehidupan yang harmoni
bersama-sama pemeliharaan kulaiti alam sekitar secara berterusan. Oleh itu, mata
16
pelajaran ini dirangka supaya dapat membekalkan pengetahuan dan kesedaran alam
sekitar supaya dapat menghargai dan peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku
pada persekitaran (Rosnani Ibrahim, 2006).
Di peringkat sekolah menengah pula, elemen alam sekitar telah difokuskan ke dalam
mata pelajaran Geografi, dan Sains. Sehingga akhir Rancangan Malaysia Ke-6, masih
tidak jelas lagi konsep Pendidikan Alam Sekitar di dalam sistem pendidikan negara.
Elemen-elemen alam sekitar telah diajar dalam mata pelajaran tertentu secara berasingan
dan lebih menumpukan kepada menambahkan pengetahuan dan kurang kepada
menanamkan nilai-nilai murni, kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah (Gan Siowck Lee, 1987).
Menurut Arba'at Hassan (1997), matlamat Pendidikan Alam Sekitar saperti yang
digariskan dalam mata pelajaran Alam dan Manusia tidak tercapai sepenuhnya. Ini adalah
kerana kurang penekanan diberi terhadap penerapan nilai-nilai murni, kemahiran
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar (Gan Siowck
Lee, 1987). Pemansuhan mata pelajaran Alam Sekitar dalam tahun 1995, seterusnya
menggambarkan bahawa status Pendidikan Alam Sekitar tidak berada pada paras yang
memberangsangkan.
Rancangan Malaysia ke-7 (1996) merupakan fasa pelaksanaan perancangan yang telah di
buat dalam Rancangan Malaysia ke-6. Kelemahan pelaksanaan pada peringkat pertama
telah dikenalpasti dan diubahsuai supaya Pendidikan Alam Sekitar menjadi lebih mantap
(Bahagian Pendidikan Guru, 1997). Pendidikan Alam Sekitar diberi wajah baru, di mana
ianya diterapkan merentasi kurikulum dan melibatkan semua mata pelajaran pada
peringkat sekolah rendah dan menengah. Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar dalam
Top Related