1
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya
menyiapkan projek logam ini dengan selamat dan menyiapkan satu folio yang agak ringkas bagi
mengakhiri kerja projek yang telah saya lakukan selama empat minggu. Setinggi penghargaan juga
diberikan kepada Dr Amirmudin bin Udin dan Encik Ros Iskandar Zulkarnain selaku pensyarah bagi
kerja projek logam ini kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain
dalam menyiapkan kerja projek yang diberi.
Mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah, ini memudahkan
pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga di atas dorongan,
teguran dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka semua, tidak
dapatlah pelajar hendak menyiapkan laporan projek ini pada masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa
juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu sepanjang
proses menyiapkan laporan projek ini.
Terima Kasih
2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 1
2. PENGENALAN 4
3. OBJEKTIF 4
4. KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL 5
5. PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM KERJA MENGGEGAS
- ANGKUP VERNIER 6
- PENGGARIT 8
- PENEBUK PUSAT 8
- SESIKU L 9
- PLAT SUDUT 10
- TOLOK PERMUKAAN 11
- JANGKA SUDUT VERNIER 12
- GERGAJI BESI 12
- KIKIR 14
- MESIN GERUDI LANTAI 15
- PEMBARIS KELULI 17
- PITA PENGUKUR 18
- RAGUM MEJA 18
- PAHAT 19
- GANDIN 20
- TOLOK JEJARI 20
- MATA GERUDI 20
6. KATEGORI PELINDUNG DIRI DALAM BENGKEL 23
7. KERJA MENGGEGAS 27
-PENGENALAN 28
-OBJEKTIF 29
-LANGKAH KERJA 30
8. KESIMPULAN 36
3
4
JENIS – JENIS PERALATAN
MENGGEGAS SERTA ALATAN
PERLINDUNGAN DIRI
5
PENGENALAN
Pengukuran dan pengujian pada benda kerja adalah sebahagian dalam kejuruteraan. Tanpa
pengukuran dan ujian yang dilakukan pada benda kerja,produk tidak akan dapat dikeluarkan
kerana tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Pengukuran adalah proses untuk mengukur
benda kerja megikut dimensi yang ditetapkan dan spesifikasi yang dibenarkan. Aktiviti
pengukuran termasuk mengukur diameter dalam dan luar, lebar, ketinggian dan juga panjang
benda kerja. Pengujian adalah proses untuk menentukan samada produk yang dihasilkan dapat
diguna atau tidak. Setiap komponen kejuruteraan yang melibatkan pemasangan dan proses
pembuatan mestilah diuji terlebih dahulu bagi memastikan benda kerja yang dihasilkan tepat.
Proses kawalan kualiti juga memerlukan pengukuran dan pengujian bagi memastikan setiap
produk menepati setiap speksifikasi yang dikeluarkan.
OBJEKTIF
1. Untuk memastikan fungsi setiap peralatan
2. Untuk memastikan langkah yang betul untuk memotong
3. Untuk mengenali dan menggunakan peralatan pengukuran
6
KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL
Memakai pakaian yang sesuai di dalam bengkel
Menggunakan peralatan dan mesin dengan cara yang betul
Tidak bermain atau bergurau dengan kawan yang lain sewaktu mengendalikan mesin
Keadaan tempat kerja perlu mempunyai pencahayaan yang cukup dan pengudaraan yang
bagus bagi memastikan kerja dapat berjalan dengan lancar.
Memastikan tempat kerja bersih daripada sampah-sarap seperti serpihan logam dan
minyak bagi untuk mengelakkan kemalangan.
7
PERALATAN YANG DIGUNA UNTUK KERJA MENGGEGAS
1.ANGKUP VERNIER
FUNGSI
Digunakan untuk mengukur, menguji dan menanda
Unit ukuran adalah dalam metrik dam imperial
Ukuran diambil dalam:
o Diameter Luar
o Diameter Dalam
o Panjang
o Kedalaman
Mengukur diameter luar Mengukur diameter dalam
8
Mengukur kedalaman
- Cara mengambil bacaan
Ukuran Imperial
o Skala Utama – 1 Senggatan = 0.025 inci 40 Senggatan = 1.00 inci
o Skala Vernier – 1 Senggatan = 0.001 inci 25 Senggatan = 0.025 inci
Ukuran Metrik
o Skala Utama – 1 Senggatan = 1.00 mm 10 Senggatan = 10.00 mm
o Skala Vernier – 1 Senggatan = 0.02 mm 50 Senggatan = 1.00 mm
9
2.PENGGARIT
FUNGSI
Membuat tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah
menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat. Tanda yang dibuat digunakan
sebagai panduan hendak memesin atau mengegas. Dengan menanda kita kita dapat
mengetahui berapa banyak kerja yang perlu dibuang atau dipotong.
CARA MENGGUNAKANNYA
i.Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris
ii. Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan saperti yang di tunjukan oleh
anak panah dalamrajah yang sama.
iii. Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas
3.PENEBUK PUSAT
FUNGSI
Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan tandaan supaya tandaan tidak hilang
walau pun garisan yang dibuat itu terpadam. Penebuk pusat juga digunakan sebagai
penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak membuat lubang. pusat yang di tandakan
perlu di ketuk perlahan –lahan terlebih dahulu, apabila telah pasti kedudukan nya tepat
bolihlah diketuk lebih kuat supaya lubang nya lebih dalam.
10
Jenis-jenis penebuk pusat
i. Penebuk pusat biasa
ii. Penebuk pusat automatik
(Penebuk Pusat Biasa) (Penebuk Pusat Automatik)
4.SESIKU L
FUNGSI
Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90
darjah sama ada di dalam atau di luar. Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek
daripada bahagian mata.
11
PENGGUNAAN SESIKU L
i. Menguji ketepatan sudut tepat iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam
ii.Membuat garisan tegak dan selari pada tepi benda kerja yang rata
iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas ataupun untuk mengulir benang
sekeru.
Mengukur Ketepatan Sudut
5.PLAT SUDUT
FUNGSI
Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli yang dikeraskan.
Saiznya 75mm-300mm panjang.
KEGUNAANNYA
Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh. Semasa menanda. Benda kerja
biasanya diikat atau diapit pada plat sudut ini.
PLAT SUDUT
12
6.TOLOK PERMUKAAN
FUNGSI
Tolok permukaan digunakan bersama-sama dengan plat permukaan untuk menandakan
garisan. Iaterdiri daripada tiga bahagian iaitu :
a. Tapak
b. Turus
c. Penggarit
Tolok Permukaan
KEGUNAAN
Menanda garisn selari di atas plat permukaan atau meja penanda
Membuat Garisan Selari
13
7.JANGKA SUDUT VERNIER
KEGUNAANNYA
i. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan bolih di baca sehingga kepada 5 darjah
atau ½ “
ii Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut
Jangka Sudut Vernier
8.GERGAJI BESI
FUNGSI
Untuk memotong logam
Bahagian-bahagian Gergaji Besi
i. Bingkai
ii. Hulu
iii. Nat pelaras
iv. Mata
Bingkai.
Terdapat 2 jenis
i. Bingkai tetap
ii. Bingkai boleh laras
14
Hulu Terdapat dua jenis
i. Hulu pistol
ii Hulu lurus
Nat pelaras
Nat pelaras membolehkan mata gergaji boleh ditegangkan
Mata gergaji
Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi,keluli tahan lasak, keluli aloy tungsten dan
keluli aloi molidenum. Pemiliham mata gergaji tertakluk kepada jenis bahan yang hendak
di potong dan ketebalan logam. G.S.I.ialah bilangan mata gergaji dalam seinci.Mata gergaji
terkuak kiri dan kanan bertujuan supaya mata gergaji tidak tersepit semasa kerja memotong
dijalankan.
Kuak Mata Gergaji
PENGUNAAN GERGAJI
Perkara yang berikut perlu diberi perhatian semasa memotong logam dengan menggunakan gergaji
besi.
i. Pasangkan mata gergaji dengan betul. Arah mata gergaji mestilah menghadap ke arah
pemotongan
ii. Pegang logam yang hendak dipotong dengan betul
iii. Mula-mula potong dengan perlahan-lahan.Gunakan ibu jari sebagai panduan dan
mulakan untuk memotong, apabila sudah kelihatan tanda, lakukan sorongan yang panjang
dan tetap. Kelajuan memotong untuk gergaji lebih kurang 40 sorongan seminit.
iv. Apabila pemotongan hampir selesai, sokong hujung yang tergantung dengan sebelah
tangan.
15
v. Semasa memotong, tekan dan tolak pada bingkai. Apabila berundur, angkat gergaji
sedikit tetapi jangan ditarik ini akan menumpulkan mata gergaji.
PENJAGAAN GERGAJI
i. Pilih mata gergaji yang sesuai untuk logan yang tertentu
ii.logam yang hendak dipotong hendak lah di pegang dengan kuat.
iii.Gunakan mata boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit
iv. Kelajuan memotong mestilah sesuai. Kelajuan pemotongan yang salah boleh
menyebabkan gergaji patah.
v. Semasa mengergaji tekanan pada benda kerja mestilah sesuai dengan bahan yang
dipotong. Mata gergaji boleh patah jika tekanan terlalu kuat digunakan semasa memotong.
vi. Semasa memasang mata gergaji tegangkan mata gergaji dengan betul, jangan terlalu
tegang atau terlalu kendur, tegangan yang salah boleh juga menyebabkan mata gergaji
patah.
9.KIKIR
FUNGSI
Kikir ialah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi ianya
digunakan untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan kulit.
PENGKELASAN KIKIR
Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya
Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya
Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segitiga tirus,
separuh bulat dan bulat.
16
Bahagian-bahagian Kikir
JENIS-KIKIR KIKIR
Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan permukaan yang licin pemilihan
kikir mestilah dibuat dengan cermat. Kikir yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan:
i. Kikr pipih tirus viii. Kikir bentuk pisau
ii. Kikir pipih kasar
iii. Kikir belah rotan
iv. Kikir bulat
v. Kikir segiempat sama
vi. Kikir segitiga
vii. Kikir pipih nipis
10.MESIN GERUDI LANTAI
KEGUNAAN
Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam
17
Bahagian dan fungsinya
1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
2. Suis = Menghidup dan mematikan motor
3. Bindu = Memutar mata gerudi
4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
8. Motor = Memutar bindu
9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
11. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan
guru
12. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
13. Pakai pakaian yang sesuai
14. Pakai gogal untuk melindungi mata
18
11.PEMBARIS KELULI
Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan
keras.Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter
(mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm.Lihat rajah di sebelah :
Pembaris Keluli
KEGUNAAN
-mengukur dan memindahkan
-membina garisan lurus pada permukaan
-menguji kerataan permukaan
Mengukur Panjang Menguji Kerataan
Membina Garisan Lurus
19
12.PITA PENGUKUR
Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pita pengukur yang biasa
dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0 meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk
mengukur jarak yang pendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan untuk
memindahkan ukuran.
Pita Pengukur
13.RAGUM MEJA
1.Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam
2.Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.
3.Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya
aluminium)untuk menjaga permukaan kerja.
4.Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya
dikerjakan.
5.Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.
20
Ragum Meja
14.PAHAT
FUNGSI
Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-pahat ini mempunyai fungsi yang
berlainan dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada keluli.Manakala
bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada kayu atau plasti yang tahan diketuk.
Pahat-pahat tersebut ialah :
• Pahat Pelubang (Kerja Kasar)
• Pahat Parut (Kerja halus)
• Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam
• Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar
Jenis-jenis Pahat
21
15.GANDIN
Gandin kayu digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.
Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat .
Gandin diperbuat daripada kayu keras.
16.TOLOK JEJARI
FUNGSI
Digunakan untuk mengukur jejari pada objek. Tolok jejari memerlukan cahaya terang
untuk membuat pengukuran ke atas objek.Tolok diletakkan di bahagian yang ingin
diperiksa dan jika ada sebarang kebocoran cahaya di antara bilah,menunjukkan objek
tersebut perlu dibaiki lagi.
Tolok Jejari
17.MATA GERUDI
Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel
mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan
kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat
menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan. Terdapat juga gerudi pintal yang
digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu:
22
(a) Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah
(b) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi.Bentuknya sama dengan gerudi pintal
biasa, kecuali sudut heliknya sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa.
Sudut heliks biasa ialah 30º. Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan
dan logam liat. Selain, itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut
heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit
dan logam-logam tiruan yang lain.
23
KATEGORI KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI MENGIKUT BAHAGIAN BADAN
1. Pelindung Badan.
2. Pelindung Pernafasan.
3. Pelindung Tangan.
4. Pelindung Kaki.
5. Pelindung Mata.
6. Pelindung Kepala.
7. Pelindung Pendengaran.
1. PELINDUNG BADAN.
Pelindung badan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan
kerja di mana dedahan kepada hazard yang diterima adalah meliputi seluruh tubuh seperti :
ni tumpahan bahan kimia.
Contoh pelindung badan yang biasa digunakan ialah baju makmal, coverall, apron berplumbum
(lead apron) dan sebagainya.
24
2. PELINDUNG PERNAFASAN
Pelindung pernafasan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu
menjalankan kerja di kawasan kerja yang berisiko seperti :
kepada bahan kimia berbahaya seperti hidrogen sulfida.
Contoh pelindung pernafasan yang biasa digunakan adalah seperti topeng gas, alat bantuan
pernafasan (respirator) dan sebagainya.
3. PELINDUNG TANGAN
Pelindung tangan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan
kerja yang melibatkan hazard kepada bahagian tangan seperti :
dedahan kepada bahan radioaktif dan sebagainya.
Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti sarung tangan getah dan sebagainya.
4. PELINDUNG KAKI
25
Pelindung kaki merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan
kerja yang mempunyai risiko seperti berikut :
terjatuh mengenai kaki.
tumpahan bahan kimia dan sebagainya.
Contoh pelindung kaki yang biasa digunakan adalah seperti kasut keselamatan, pelindung kasut
(shoe cover) dan sebagainya.
5. PELINDUNG MATA
Pelindung mata merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan
kerja yang melibatkan hazard berikut :
pateri (welding) yang menghasilkan tahap
cahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada mata.
Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti pelindung muka, cermin mata
keselamatan dan sebagainya.
26
6. PELINDUNG KEPALA
Pelindung kepala merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan
kerja di mana bahagian kepala merupakan bahagian tubuh yang berpotensi menerima kecederaan
akibat kerja yang dijalankan. Antara contoh kawasan kerja yang memerlukan pelindung kepala
adalah seperti :
kawasan pembinaan.
kerja pembaikan di bahagian bawah kereta dan sebagainya.
Contoh pelindung kepala yang biasa digunakan adalah seperti topi keselamatan dan sebagainya.
27
LANGKAH KERJA MENGGEGAS
28
PENGENALAN
Kerja menggegas adalah projek untuk memperkenalkan kepada pelajar cara untuk
menghasilkan komponen A dan komponen B dengan menanda dan mengukur bahan dan juga
menguji kualiti benda kerja yang dihasilkan.
Pelajar diajar cara menggunakan peralatan dan membuat benda kerja dengan menggunakan
perlatan tersebut berdasarkan lukisan kejuruteraan yang telah diberi mengikut ukuran bagi
menghasilkan benda kerja yang baik dan berkualiti.
Kerja menggegas bukan sahaja untuk membuat projek, tetapi juga tentang keselamatan
sewaktu menggunakan peralatan tanpa mendatangkan bahaya kepada yang menggunakannya.
Keselamatan sangat penting dalam semua situasi tidak kira dimana kita berada. Oleh itu, setiap
pelajar perlu mengambil peringatan tentang keselamatan sewaktu di bengkel terutama apabila
menggunakan mesin seperti mesin gerudi.
Cara pemakaian yang sesuai dan sikap pelajar adalah sangat penting bagi memastikan
keselamatan sewaktu di dalam bengkel dan untuk mengelakkan berlakunya kemlangan. Etika kerja
dan peraturan di dalam bengkel perlu dipatuhi oleh setiap individu bagi mengelakkan kemalangan
di dalam bengkel.
29
OBJEKTIF
Untuk membuat komponen A dan B
Untuk menghasilkan komponen A dan B
Belajar cara untuk mengukur dan memotong plat dengan cara yang betul
Penerangan tentang teknik untuk menanda dan mengukur benda kerja
Untuk menghasilkan bahagian komponen menggunakan kepelbagaian teknologi bengkel
Untuk menunjukkan peralatan dan mesin yang diguna pada benda kerja
Keselamatan semasa di bengkel
30
GAMBAR RAJAH UNTUK PENGUKURAN
LANGKAH KERJA
Gambarajah Penerangan
Besi sepanjang 20 kaki iaitu 6m dipotong
pada ukuran 75mm. Besi dipotong sebanyak
50 plat dengan menggunakan Band Saw
Machine. Setiap seorang perlu mempunyai 2
plat (70mm x 48mm) untuk membuat
komponen plat A dan komponen plat B.
31
Pada setiap kali perjumpaan, taklimat ringkas
akan diberikan oleh Encik Ros Iskandar
selaku pembantu pegawai teknik mengenai
tugasan yang akan dilakukan.Sebelum itu,
kami diajar menggunakan angkup vernier
dan juga peralatan tangan yang lain.
Kerja dimulakan dengan menanda sudut 90°
pada plat A dan plat B.Pada bahagian yang
ditanda, ratakan bahagian tepi sisi dengan
menggunakan kikir kasar bagi meratakan
kedua-dua bahagian.Engineer trisquare
digunakan untuk memastikan samada plat
tersebut rata ataupun tidak.
Selepas itu, tandakan pada plat A dan B
mengikut ukuran yang diberikan dengan
menggunakan tolok tinggi vernier.Pastikan
tiada ralat kosong semasa menggunakan
tolok tinggi vernier.Tandakan pada ukuran
70mm, 50mm, dan 20mm pada plat B
dahulu.
Ukuran 70mm pada plat B di gergaji terlebih
dahulu untuk membuang lebihan plat.
Kikir bahagian yang dibuang tadi dengan
menggunakan kikir kasar untuk meratakan
bahagian yang di gergaji tadi.
32
Pada plat B, tandakan pada bahagian yang
ingin dibuang.Ukuran 23mm diukur dan
ditanda dengan menggunakan tolok tinggi
vernier .Lebihkan ukuran sebanyak 25mm
bagi tujuan menggerudi. Tandakan dengan
menggunakan center punch pada kiri dan
kanan ukuran 23mm.Kemudian tandakan
dengan menggunakan center punch pada
ukuran 25mm sebanyak 5 atau 6 kali
tebukan.
Gunakan mata gerudi bersaiz 3mm di tempat
yang telah ditanda dengan menggunakan
mesin gerudi.
Selesai menggerudi, gergaji pada ukuran
25mm bagi membuang bahagian yang ingin
dibuang.
Bahagian yang telah digergaji tadi akan
dibuang dengan menggunakan pahat sejuk
dan ballpen hammer.
33
Selepas itu, bahagian yang dibuang
menggunakan pahat tadi perlu dikikir
sehingga rata dengan menggunakan kikir
kasar.
Selesai pada plat bahagian B, kita perlu
memotong ukuran 70mm yang berlebihan
pada plat A dengan menggunakan gergaji.
Bahagian yang di gergaji tadi perlu dikikir
dengan menggunakan kikir kasar bagi tujuan
meratakan.
Kemudian dengan menggunakan tolok tinggi
vernier,tandakan 23mm secara melintang
pada plat untuk membuang pada bahagian
yang bertanda pula.
Center punch digunakan untuk menebuk
lubang dan kemudian digerudi dengan
menggunakan saiz gerudi 3mm.
34
Selepas itu, gunakan gergaji untuk untuk
membuang bahagian yang bertanda
tadi.Kikir kasar digunakan untuk meratakan
bahagian yang digergaji tadi.
Selesai kerja menggergaji dan meratakan plat
A dan B, pada sudut 90° kedua-dua plat,
dengan menggunakan kikir kasar untuk
membuat fillet yang berjejari 3 pada kiri dan
kanan bahagian. Ukur dengan menggunakan
radius gauge.
Pada plat A dab B, gunakan center punch
untuk menebuk lubang. Saiz gerudi 5mm
digunakan untuk menggerudi pada plat A dan
B. Kemudian pada bahagian tengah plat A,
saiz gerudi 7mm digunakan.
Proses yang terakhir adalah ‘finishing’ iaitu
membersihkan permukaan pada kedua-dua
plat dengan menggunakan kikir yang sesuai
supaya permukaan akan menjadi licin dan
bersih. Pastikan plat A dan B boleh
dicantumkan.
HASIL KERJA LOGAM
35
36
KESIMPULAN
Kerja – kerja menggegas merupakan kerja yang memerlukan sepenuh perhatian di mana ia
memerlukan ketelitian dalam proses pengukuran mahupun proses pembentukan. Ini kerana setiap
hasil kerja dalam menghasilkan projek ini dilakukan dengan menggunkan kaedah kikir secara
manual. Oleh yang demikian, kemahiran dalam memnggunakan peralatan menggegas adalah
sangat penting bagi mengurangkan berlakunya kerosakan pada bahan projek.
Dalam melakukan kerja –kerja bagi menghasilakn projek ini ia memerlukan kesabaran disamping
kita dapat mengenali serba sedikit mengenai jenis mesin, peralatan, ukuran dan sebagainya. Selain
itu juga kita dapat mempelajari serta mempraktikkan langkah – langkah keselamatan dalam
melakukan kerja – kerja di dalam bengkel.
Manakala bagi peralatan, saya dapat mempelajari mengenai pelbagai jenis yang mana terdapat
peralatan seperti mengukur, menanda, memotong dan kemasan. Setiap peralatan mempunyai
fungsi – fungsi yang tersendiri. Sebagai contoh pembaris keluli tidak boleh dikunakan duntuk
menanda kerana ia adalah alatan untuk mengukur walaupun ia adalah keluli. Di dalam menyiapkan
projek ini saya memerlukan kesabaran serta kemahiran yang tinggi untuk mengelakkan masalah
pada bahan projek.
Selain daripada itu, kerjasaama di antara pelajar juga dapat diwujudkan dalam menyiapkan projek.
Bagi pelajar yang lebih mahir, mereka dapat membantu pelajar yang kurang mahir. Oleh yang
demikian, selain mewujudkan kerjasama ia juga dapat menjimatkan masa yang ada dan proses
pemerkahan dapat dilakukan dengan baik mengikut masa yang telah ditetapkan.