Folio Sejarah

37
SMK SULTAN ABU BAKAR NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN SEKOLAH

Transcript of Folio Sejarah

Page 1: Folio Sejarah

SMK SULTAN ABU BAKAR

NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN

SEKOLAH

Page 2: Folio Sejarah

ASPEK KAJIAN

NAMA DAN LAMBANG-LAMBANG

KEMEGAHAN SEKOLAH

Page 3: Folio Sejarah

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

RUJUKAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Page 4: Folio Sejarah

PENGHARGAAN

Saya telah ditugaskan untuk menyediakan sebuah folio

sejarah tentang Nama dan Lambang-lambang Kemegahan

Sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk

menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya

ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn.

Azhariah bt. Hussein. Beliau telah membantu dengan memberi

kami masa selama sebulan untuk menyiapkan folio sejarah ini.

Beliau juga telah memberi kebenaran kepada kami untuk

melakukan kajian di sekolah.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada guru sejarah saya kerana telah banyak membantu dalam

usaha menyiapkan tugasan ini. Beliau telah membantu saya

dengan memberikan sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan

dengan kajian yang saya lakukan ini.

Page 5: Folio Sejarah

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

rakan-rakan yang telah membantu saya mendapatkan maklumat

dan meyiapkan folio ini. Kami telah bersama-sama mencari

maklumat dan bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang

diberikan dalam masa sebulan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

DAPAT MENGENALI IDENTITI SEKOLAH

DENGAN LEBIH TERPERINCI

UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH

LANJUT MAKSUD LAMBANG-LAMBANG DI

SEKOLAH INI

MENGENAL DAN MENGETAHUI TUJUAN

DAN FUNGSI SEKOLAH KEPADA

MASYARAKAT TEMPATAN

MENGENALI DAN MEMAHAMI SEJARAH

SEKOLAH

Page 6: Folio Sejarah

KAEDAH KAJIAN

WAWANCARA

MELAYARI INTERNET

MENGUMPUL MAKLUMAT DI GALERI

SEKOLAH SMK SULTAN ABU BAKAR

MENEMU RAMAH

MENCARI MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN

SEKOLAH

Page 7: Folio Sejarah

HASIL KAJIAN

Page 8: Folio Sejarah

LOGO SEKOLAH

Dibahagikan kepada empat bahagian yang berwarna biru dan

kuning dengan satu bentuk V putih yang menjalar di tengahnya. Bermula

dari kiri atas, warna biru merupakan latar belakang bagi sebiji bola sepak

dan warna kuning untuk kayu hoki dan kriket. Bahagian kanan bawah

ialah gergaji dan tukul. Kuning terakhir merupakan logo pengakap.

Bahagian putih ditengah sebatang obor yang bernyala berada di depan

sebuah buku yang terbuka. Atas, ruang melengkung ditulis ’Sultan Abu

Bakar School’ dan ruang melengkung di bawah ditulis cogan kata sekolah

’Trough Endeavour We Succeed’. Walau bagaimanapun, pada tahun

1969, cogan kata ditukar kepada ’Alah Bisa Tegal Biasa’ dan ’SMK

Sultan Abu Bakar’. Simbol-simbol yang terdapat pada lencana sekolah

melambangkan mutu pelajar yang cuba diwujudkan oleh sekolah. Kayu

hoki dan bola sepak ialah sebahagian permainan yang diadakan dan

semangat kesukan yang cuba disemai kepada pelajar iaitu mengambil

Page 9: Folio Sejarah

bahagian dalam pertandingan bukan hanya demi kemenangan kerana

kekalahan juga sebahagian daripadanya. Gergaji dan tukul pula

bermaksud kita patut kreatif dalam semua bidang untuk perbaiki diri kita.

Logo pengakap menyeru pelajar supaya senantiasa juga maruah diri dan

nama baik sekolah. Logo ini juga menandakan sebahagian badan

beruniform yang ada di SABS. Obor bernyala di depan sebuah buku

terbuka melambangkan pendidikan dan usaha sekolah untuk mendidik

pelajarnya ke arah baru pelajaran dan pengetahuan, seperti dari gelap ke

terang.

Warna sekolah bersamaan tiga warna yang terdapat pada lencana

sekolah, iaitu putih, biru dan kuning. Warna kuning dipilih kerana kuning

merupakan warna diraja. Warna-warna lain turut dijadikan warna-warna

tersebut berupaya harmonikan latar belakang serta berjaya menonjolkan

kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi oleh pelajar SMK Sultan

Abu Bakar. Disamping itu, kombinasi warna tersebut amat menarik

pandangan mata dan perhatian orang ramai.

Page 10: Folio Sejarah

ASAL-USUL NAMA SEKOLAH

Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar telah

dirasmikan oleh Sultan Pahang ketika itu, iaitu Al-

Marhum Sultan Abu Bakar Riayathuddin Al-Muadzam

Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Muktasim

Billah. Sekolah ini dirasmikan pada 16 Ogos 1957.

Pada awal pembukaan, terdapat 369 pelajar, 17

orang guru dan dua buah bangunan iaitu bangunan

berbentuk H (bangunan pejabat sekarang) terdapat juga

Page 11: Folio Sejarah

10 buah bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik geografi,

perpustakaan dan dua buah makmal sains yang serba

lengkap.

LENCANA SEKOLAH

Pada tahun 1957, Sultan Pahang telah

mengumumkan perasmian sebuah sekolah dan telah

dinamakan ’Sultan Abu Bakar’. Pelajar-pelajar bukan

sahaja berasal daripada sekolah ’adik-beradik’ iaitu

Sekolah Abdullah tetapi juga merangkumi pelajar bukan

sahaja dari Negeri Pahang, sekolah tersebut merupakan

sekolah perdana (primier school) terbesar di Pahang.

Page 12: Folio Sejarah

Pengetua pertamanya Encik Idris bin Babjee telah

memperkenalkan tiga jenis lencana yang berbeza untuk

pelajar SABS. Lencana tersebut merupakan lencana

sekolah biasa, lencana badan pengawas dan lencana

badan perpustakaan sekolah. Lencana badan

perpustakaan sekolah adalah direka bentuk oleh beliau

sendiri. Akan tetapi, lencana yang lain tidak dapat

dikenal pasti walaupun Encik Idris dipercayai telah

menyumbangkan idea reka bentuk tersebut.

DEFINISI LOGO JUBLI SEKOLAH MENENGAH SULTAN

ABU BAKAR

- logo jubli emas dicipta berasaskan kepada pencapaian yang telah dibuat Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar biasanya dikenali sebagai SABS sepanjang 50 tahun pembukaannya. Ini dijelaskan berdasarkan kepada perkataan-perkataan tersebut.

► 50 tahun SABS 1957-2007 dan Jubli Emas

- imej bintang berwarna perak menggambarkan bahawa SABS merupakan organisasi pendidikan

Page 13: Folio Sejarah

yang cemerlang, berjaya dan diiktiraf sebagai bintang yang bersinar terang di waktu malam. Pelajar-pelajar yang dilakukan merupakan bintang yang bergemerlapan. Setiap bucu bintang mempunyai maknanya yang tersendiri.

► cemerlang dalam kepimpinan ► cemerlang di dalam akademik ► cemerlang dalam kokurikulum ► cemerlang dalam melahirkan ihsan komil

- Perkataan ’Jubli Emas dan 50 years of SABS 1957-2007’ yang berwarna merah mewakili semua cabaran dan halangan yang dihadapi dengan rasa penuh kepercayaan dan kekuatan untuk 50 tahun lalu.

- No. 50 keemasan menunjukkan banyak kejayaan yang telah dilalui oleh SABS sepanjang 50 tahun penubuhannya. Warna keemasan juga menunjukkan SABS melahirkan warga pelajar yang berkemahiran di dalam pembangunan dan perkembangan terhadap negara Malaysia yang tercinta dan di masa yang sama melahirkan pemimpin-pemimpin masa depan yang berkaliber.

- Logo disebelah kiri atas bintang menggambarkan tahap organisasi baru SABS yang mencapai pelajar-pelajar yang berdisiplin tinggi selari dengan lirik lagu sekolah iaitu ’rajin kita, usahakita tangga untuk kejayaan’.

Page 14: Folio Sejarah

UNTUK MU SABS

Akan kami buktikan

Akan kami jayakan

Akan kami tunaikan

Akan kami tunjukkan

Kami boleh

PMR 8A, SPM 9A, STPM 4A

Hanya satu dalam fikiran

Hanya satu dalam keputusan

Page 15: Folio Sejarah

Doakan kejayaan kami

Restuilah kami wahai guru

Halalkan ilmumu wahai guru

Wahai ibu dan ayah

Redhailah perjuangan kami

Akan kami naikkan kembali

Nama sekolahku,

Akan kami gilapkan kembali

Kegemilangan SABS,

Akan kami tunjukkan

Akan kami tunaikan

Kepada semua

SABS hanya satu

RUMUSAN

Kesimpulannya, saya berasa sangat gembira keran adapat mengetahui beberapa maklumat yang terperinci di SMK Sultan Abu Bakar denga lebih lanjut. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kajian sejarah ini sangat seronok.

Kajian tentang lambang-lambang kemegahan sekolah ini mempunyai ciri-ciri tersendiri. Sekolah ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang cukup dan tinggi serta banyak membantu dalam suasana pembelajaran.

Akhir kata, saya berasa sangat gembira dan bangga kerana dapat mengetahui serba sedikit tentang nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah ini , SMK Sultan Abu Bakar.

Page 16: Folio Sejarah

UNSUR PATRIOTISME

Sepanjang penyediaan dan kerja kursus sejarah ini, saya telah mendapati beberapa unsur patriotisme yangberguna untuk saya.

Antaranya, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia serta menjadi salah seorangdaripada warga SABS. Kini, saya lebih menghargai jasa tokoh-tokoh yang telah menubuhkan SMK Sultan Abu Bakar selain lambang-lambang sekolah seperti bendera, lagu dan logo-logo yang menjadi kemegahan dan kebanggaan sekolah.

Selain daripada itu, saya juga telah belajar untuk lebih bersemangat kekitaan iaitu melalui kerjasama padu daripada

Page 17: Folio Sejarah

semua guru, i bu bapa dan rakan-rakan saya yang telah turut membantu saya dari segi pencarian maklumat.

Saya telah menjadi lebih berdisiplin sepanjang proses penyiapan projek ini. Sebagai seorang murid yang menuntut di sekolah ini, saya akan sentiasa bertindak wajar serta adil dan prihatin terhadap persekitaran dan pendidikan saya di sekolah ini.

Bukan itu sahaja, saya juga belajar untuk terus berusaha tidak kira apa juacabaran yang saya hadapi. Saya juga perlu menanam sifat rajin serta gigih dalam segala kerja yang dilakukan dan sentiasa tabah menghadapi cabaran dan saya juga dapat belajar untuk menepati masa dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya untuk menyiapkan kerja yang diberikan.

Piagam pelanggan smk sultan abu bakar, kuantan

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

1. Mencapai kelulusan 100% dan 50% cemerlan dalam keseluruhan

peperiksaan awam.

2. Melaksanakan perancangan pengajaran dan pembelajaran secara

terancang bagi mencapai Matlamat KBSM.

Page 18: Folio Sejarah

3. Berusaha untuk mempertingkatkan profesionalisme guru melalui

program-program perkembangan staf sekurang-kurangnya dua kali

setahun.

4. Memberikan kemudahan sokongan kepada guru untuk

meningkatkan kreativiti dan inovasi.

5. Mempertingkatkan keberkesanan program penyeliaan /

pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran.

6. Meningkatkan kemahiran dan penggunaan BBM berteraskan ICT.

PEWUJUDAN PELUANG YANG LUAS UNTUK PERKEMBANGAN BAKAT DAN POTENSI DALAM KOKURIKULUM

1. Penyertaan dalam semua kegiatan kokurikulum mencapai

peringkat negeri Pahang.

2. Melaksanakan program-program secara terancang untuk

melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis bagi memenuhi

keperluan negara.

3. Memberi pendedahan yang luas kepada pelajar tentang aspek-

aspek kepimpinan dan persatuan melalui latihan dan pertandingan.

4. Melatih pelajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang.

PEMBINAAN SAHSIAH PELAJAR YANG SIHAT DAN POSITIF UNTUK MEWUJUDKAN IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN SUPORTIF

1. Melaksanakan program-program Bina insan/ Disiplin/ Moral/

Komuniti yang terancang.

2. Melahirkan insan melalui penghayatn ilmu dan amalam nilai-nilai

budi pekerti yang mulia.

Page 19: Folio Sejarah

3. Meningkatkan disiplin sekolah ke tahap ”Tiada Kecacatan”(Zero

Defects)

PEWUJUDAN PERKHIDMATAN YANG PENYAYANG

1. Menyediakan perkhidmatan yang mesra, cekap dan

bertanggungjawab.

2. Mengadakan permuafakatan dengan agensi-agensi luar untuk

mewujudkan keselamatan dan keceriaan sekolah serta mendorong

pembelajaran yang sihat. Merelisasikan kecemerlangan ilmu,

keupayaan berfikir dan budaya hidup cemerlang seperi budaya

membaca.

3. Menyemai dan menyuburkan sifat-sifat penyayang dalam kalangan

warga sekolah untuk mengukuhkan hubungan dan semangat

perpaduan serta cinta akan sekolah.

FALSAFAH SEKOLAH

KAMI WARGA SMK SULTAN ABU BAKAR

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM

BERJANJI UNTUK

MEMPERKEMBANG POTENSI PELAJAR

Page 20: Folio Sejarah

KETAHAP YANG CEMERLANG

DALAM

SEMUA BIDANG BERPAKSIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

BAGI MEMENUHI

EKSPEKTASI NEGARA

LAGU SEKOLAH

SEMUA MURID DI SEKOLAH SULTAN ABU BAKAR

BERGANDING BAHU MENCARI PELAJARAN UNTUK

KEJAYAAN

RAJIN KITA, USAHA KITA, TANGGA UNTUK

KEJAYAAN

Page 21: Folio Sejarah

DI SEKOLAH SULTAN ABU BAKAR, MARI TERUS

BELAJAR

DI DALAM LAPANGAN SUKAN DAN OLAHRAGA

MURID SEKOLAH SULTAN ABU BAKAR TIDAK

KETINGGALAN

IRAMA SEKOLAHSABS, SABS (UCAP SELAMAT DATANG)

SABS, SABS (UCAP SELAMAT DATANG)

WAHAI RAKAN SAYANG, TAMPIL DENGAN TAMPAN

TEGUH PERPADUAN. TRAM. TRAM. TRAM. TRAM.

TRAM

SABS (UCAP SELAMAT DATANG)

( ) BOLEH BERUBAH-UBAH

IKRAR PELAJAR

Kami, pelajar-pelajar SMK Sultan Abu Bakar

Berikrar akan menumpukan sepenuh

Tenaga dan iltizam untuk mencapai

Kecemerlangan dalam bidang akademik

Page 22: Folio Sejarah

Dan kokurikulum

Kami berjanji akan menjadi insan

Cemerlang yang berbudi bahasa dan

Berakhlak mulia

Kami akan sentiasa bersaing secara sihat

Bagi mengharumkan nama sekolah, bangsa

Dan negara

Page 23: Folio Sejarah

LAMPIRAN

MOTO SEKOLAH

THROUGH ENDEAVOUR WE SUCCEED

Page 24: Folio Sejarah

ALAH BISA TEGAL BIASA

MATLAMAT SEKOLAH

MELAHIRKAN GENERASI PEMIMPIN

MASA DEPAN YANG BERWIBAWA,

BERKETERAMPILAN

DAN MEMPUNYAI JATI DIRI YANG TINGGI

VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SMKSAB

SEKOLAH YANG

CEMERLANG, GEMILANG, DAN TERBILANG

MENJELANG TAHUN 2012

MISI SEKOLAH

Page 25: Folio Sejarah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

YANG CEKAP,

PEMBINAAN MODAL INSAN YANG

HOLISTIK

DAN

IKLIM SEKOLAH YANG KONDUSIF

MELALUI

PEMUAFAKATAN SEMUA PIHAK

Page 26: Folio Sejarah

PIAGAM PELANGGAN SABS

SABS wujud untuk memberi kemudahan perkembang dan potensi pelajar ke tahap optima dalam kurikulum, kokurikulum dan bina insan atau disiplin berpaksikan falsafah pendidikan negara,perisian dan wawasan 2020. Kami menjamin akan mencapai hasrat ini melalui :-

a) suasana pembelajaran dan pengajaran yang tidak kondusif- Pencapaian PMR – 99% lulus

Page 27: Folio Sejarah

- Pencapaian SPM – 99% lulus, 89 pangkat satu- Pencapaian STPM – 99% lulus- Melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran secara terancang

untuk mencapai matlamat KBSM- Berusaha untuk meningkatkan profesionalisme guru melalui program-

program perkembangan sekurang-kurangnya setahun- Memberi kemudahan dan sokongan kepada guru untuk meningkatkan

kreativiti dan inovasi guru- Mempertingkatkan kemahiran dan penggunaan alat bantu mengajar

b) mewujudkan peluang yang luas untuk perkembangan bakat dan potensi dalam bidang koko

- penyertaan pelajar dalam sukan, permainan peringkat :- ● zon / MSSD / Daerah = 280 orang ● MSSD / Negeri = 280 orang ● MSSM / Kebangsaan = 11 orang- melaksanakan program terancang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis- memberi pendedahan yang luas kepada pelajar melalui latihan dan pertandingan

c) pembinaan sahsiah pelajar yang sihat dan positif untuk mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif dan suportif

- Melaksanakan program bina insan atau disiplin (moral) secara terancang

- Membentuk keinsanan melalui peningkatan, penghayatan ilmu dan amalan

- Memupuk nilai-nilai keutuhan dan kerohanian untuk meningkatakan disiplin sekolah ke tahap ’tiada kecacatan’ (zero defects)

d) wujudkan perkhidmatan penyayang- Bermuafakat dengan pihak dalamdan luar untukmewujudkan

keselamatan dan keceriaan sekolah serta mendorong pembelajaran yang optimum.

- Merealisasikan kecemerlangan ilmu keupayaan berfikir dan beramal untuk mewujudkan budaya cemerlang

- Menyemai dan menyuburkan sifat penyayang dalam kalangan semua anggota untuk mengukuhkan semangat perpaduan, kekitaan dan cinta akan sekolah.

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di Malaysia adalahSatu

Usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensiIndividu

Secara menyeluruh dan bersepaduUntuk mewujudkan insan yang seimbang

Dan harmonis dari segi

Page 28: Folio Sejarah

Intelek, emosi dan jasmaniBerdasarkan kepercayaan dan

Kepatuhan kepada TuhanUsaha ini adalah bagi melhirkan Rakyat Malaysia yang berilmu

PengetahuanBerketerampilan, berakhlak mulia

Bertanggungjawab dan Berkeupayaan

Mencapai kesejahteraan diri serta Memberi sumbangan terhadap Keharmonian dan kemakmuran

Masyarakat dan negara

GAMBAR SEKOLAH SMK SULTAN ABU BAKAR

DAHULU

Page 29: Folio Sejarah

KINI

RUJUKAN

MAJALAH SEKOLAH SMK SULTAN ABU

BAKAR TAHUN 2000

BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1

Page 30: Folio Sejarah

INTERNET

PORTAL RASMI SMK SULTAN ABU

BAKAR

GOOGLE IMAGES