Cerpen Hutan Rimba
( Sasjira)
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan
alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia
berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-
anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu
menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya
menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang.. 1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah
memusnahkan kehidupan flora dan fauna.
2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana
pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan
khazanah hutan musnah,
3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya
dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..
4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam
bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.
Sinopsis
Tema
Persoalan
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar
yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut
menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat
semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air
mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang
lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk
mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba
memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu
telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya.
Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk
anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman
mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan.
Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan
walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk
Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu
jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.
(iii) Konflik
Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya.
Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat
menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah
Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut
oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan
hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi
Plot
pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik
timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu
menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-
buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong
negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.
(iv) Klimaks
Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu
balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik
untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.
(v) Peleraian
Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang
kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah
bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.
Watak Utama
Pak Tua
Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai
perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam
berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua,
Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang
ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu
seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah
Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
Watak dan Perwatakan
Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah
menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat
dengan aktiviti pembalakan.
Watak Sampingan
1. Mak Tua
Isteri Pak Tua.
Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..
Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua
orang tua mereka..
2. Ajam
Anak sulung Pak Tua
Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..
Pakar dalam dunia perniagaan.
Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan
pelancongan
3. Bakar
Anak kedua Pak Tua.
Berkelulusan Sarjana Pertanian.
Pengurus ladang estet kelapa sawit.
4. Melati
Anak ketiga Pak Tua.
Pensyarah IPT.
5. Budi
Anak bongsu Pak Tua.
Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Latar Masa
1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.
Latar Tempat
1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua
2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan
3. Sungai Kinabatangan, Sabah
Latar Masyarakat
1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi
semua ahli keluarganya.
2. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-
anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi..
4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan,
Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin
menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.
1. Pemerian
Contoh :
Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan
gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri…
Latar
Teknik Penulisan
2. Dialog
Contoh:
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat
dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…
3. Imbas Kembali
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya
terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…
4. Suspens
Contoh:
“Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran
hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air
matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia
sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…
1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon
2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak
hasil busana hutan…
4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana
5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah…
6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran…
Gaya Bahasa
1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-
empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing..
2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling
menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan.
3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan
keluarganya.
4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan
berhijrah meninggalkan kampung halamannya.
1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab
untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..
2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-
anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk
menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.
3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat
menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.
4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin
bekerja sejak zaman mudanya lagi.
Nilai
Pengajaran
Latihan
1. Berikan dua kepentingan hutan kepada manusia.
2. Nyatakan dua langkah lain selain menjadikan tanah pusakanya sebagai hutan simpan yang
boleh diambil oleh Pak Tua untuk melestarikan warisan alam.
Jawapan
1. Dua kepentingan hutan ialah sebagai sumber makanan dan sumber herba dan akar kayu
untuk perubatan.
2. Memberi penerangan tentang kepentingan khazanah alam kepada para pengunjung
dusunnya dan bekerjasama dengan Jabatan Hutan agar hasil hutan simpannya tidak
dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya
bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar
kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero
yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti
hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam
pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan
kehidupan sebenar.
1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga
panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .
2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa
beranggan-anggan menjadi hero.
3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si
penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut
perjuangan yang sesungguhnya.
4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba
menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan
sebenarnya.
Sinopsis
Tema
Persoalan
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri
setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu
sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap
penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero
sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas
pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal
di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum
berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum
mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang
remaja.
(iii) Konflik
Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang
walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang
menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta
memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya
bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali
menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga
panggung amat teringin menjadi seperti hero.
Plot
(iv) Klimaks
Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas
pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa
kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang
sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.
(v) Peleraian
Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding
sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.
Teknik Plot
1. Pemerian
Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas
matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku
bercat kelabu itu…
2. Monolog
“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada
dirinya sendiri, antara dengan tidak.
3. Dialog
“Err… tidak,”
“Bercakap benarlah saudara.”
Err… ya…ya…”
4 Suspens
Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan
sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu
di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.
Watak Utama
Si Penjaga Panggung
Bekerja sebagai penjaga panggung.
Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.
Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi
kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang
watak hero.
Watak Sampingan
1. Si Hero
Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan
meminta memuji diri sendiri.
Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)
Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa
kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan
kehidupan di dalam panggung.
2. Isteri Penjaga Panggung
Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba
menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.
Mempunyai 10 orang anak.
Watak dan Perwatakan
Latar Masa
1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang
tengah malam.
Latar Tempat
1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon
pentas.
2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga
panggung.
3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung
semasa pementasan.
4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin
menjadi seperti hero.
1. Kata ganda
Contoh: putera-puteri
Latar
Gaya Bahasa
2. Metafora
Contoh: kawah lupa diri
3. Simpulan Bahasa
Contoh: merendah diri
4. Hiperbola
Contoh: suaranya bak halilintar
5. Personifikasi
Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku
6. Falsafah
Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak
1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza
dengan lakonannya.
2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan
hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.
3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup
dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan
setinggan.
Nilai
1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan
hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.
2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga.
Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-
agongkan hero.
3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak.
Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun
dalam keadaan hidup mereka yang susah.
Pengajaran
Latihan
1. Nyatakan tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung selepas tamat pementasan
drama.
2. Jelaskan mengapa hero dikagumi.
Jawapan
1. Tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung ialah menyusun kerusi setelah
panggung kosong apabila tamat sesuatu pementasan.
2. Hero dikagumi kerana lakonannya yang mengkagumkan dan berkesan. Hero juga
sanagat komited dengan tugasnya sebagai pelakon.
Cerpen Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat. Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian. 1. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan
hidup. 2. Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh. 3. Persoalan kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan. 4. Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa. 5. Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup. 6. Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.
(ii) Perkembangan
Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain
Sinopsis
Tema
Persoalan
Plot
berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.
(iii) Konflik
Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
(iv) Klimaks
Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v) Peleraian
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.
1. Pemerian ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…
2. Dialog “Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
Teknik Plot
3. Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…
4. Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…
Latar Masa
30 tahun lalu (situasi perang)
Tahun 1941 – 1973
Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
Semasa zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat
Kampung Pulau Pak Amat
Kampung Tok Lukup
Sungai Gali
Kampung Dal
Jalan Bayam
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan
Watak Utama
Pak Hussain
Berusia 60 tahun
Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
Latar
Watak dan Perwatakan
Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.
Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
Anak Pak Hasan
Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong
2. Fatimah
Ibu Khalid
Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.
1. Kata ganda Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi Contoh : ombak pagi yang malas
Gaya Bahasa
1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
Latihan
1. Apakah kecacatan Pak Husain? 2. Berapakah usia Pak Husain ketika bertemu dengan Khalid?
Jawapan
1. Kaki Pak Husain buntung dan parut yang memanjang pada dahinya. 2. Umur Pak Husain ketika itu lebih daripada 60 tahun.
Nilai
Pengajaran
Penangguhan (Wijaya Mala)
Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum
seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan
hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan
Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan
Allah.
Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah
atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami
Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal
dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab
terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa
bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan
suaminya..
1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa
mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana
Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..
3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap
penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .
4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan
Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.
Sinopsis
Tema
Persoalan
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di
rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa
kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas
ke petak besi dan mati serta-merta.
(ii) Perkembangan
Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia
terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya
isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas
syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya.
Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia
sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup
menyentuh hati lelakinya.
(iii) Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan
memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih
setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika
dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja
di atas kapal seperti bapa mereka.
(iv) Klimaks
Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap
dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu.
Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan
pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.
Plot
(v) Peleraian
Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji
untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor.
Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia
mula menerima takdir Allah..
1. Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya.
Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …
2. Suspens
“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya
berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu
berpanjangan kepada anaknya.”.
Watak Utama
Kapten Mamat
Bekerja sebagai kapten kapal.
Seorang pesara.
Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap
nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada
Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.
Teknik Plot
Watak dan Perwatakan
Watak Sampingan
1. Masnah
Janda Baharum.
Mempunyai dua orang anak.
Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat
menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia
kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.
2. Isteri Kapten Mamat
Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa
Masnah.
Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk
mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.
3. Bahar
Anak Baharum
Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap
Latar Masa
1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat
berterbangan dan dia membuka bajunya.
Latar Tempat
1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus
angin.
2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.
Latar
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika
berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum,
kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin
terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...
4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan
minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.
1. Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.
2. Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.
3. Penggulangan kata
Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.
4. Personifikasi
Contoh : badannya dihembus angin.
5. Simile
Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam
Gaya Bahasa
1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah
dan anak-anaknya.
2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar
menerima kematian suaminya.
3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.
1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat
handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-
anaknya setelah kematian Baharum.
2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi
suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya
walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan
genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika
laut bergelora.
Nilai
Pengajaran
Latihan
1.Apakah perasaan Kapten Mamat terhadap Masnah dan anak-anaknya selepas kematian
Baharum ?
2.Pada pendapat anda wajarkah Masnah terus bersedih atas kematian suaminya dan tindakan
yang sepatutnya diambil olehnya.
Jawapan
1. Kapten Mamat berasa amat terharu dan penuh simpati terhadap Masnah dan anak-anaknya
selepas kematian Baharum .Dia berjanji akan membela nasib mereka selagi masih hdup dan
menasihati Masnah agar belajar menghadapi kenyataan.yang suaminya sudah meninggal
dunia.
2. Pada pendapat saya Masnah tidak wajar terus bersedih atas kematian suaminya kerana dia
perlu meneruskan hidupnya agar masa depan mereka cerah dengan mencari pekerjaan.
Masnah perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasib mereka lebih
terbela.
Cerpen Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24
tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak
angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil
dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz
Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi
sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan
dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak
Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa
Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)
1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak
menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap
menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan
memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak
membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
Sinopsis
Tema
Persoalan
4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah
selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil
nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang
kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
(ii) Perkembangan
Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan
mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana
tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.
(iii) Konflik
Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan
mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.
(iv) Peleraian
Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum
dirinya.
1. Pemerian
Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-
denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas.
Kemudian dia meluru masuk bilik…
Plot
Teknik Plot
2. Monolog
“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.
3. Dialog
“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan.” Jawabnya lambat.
4. Imbas kembali
..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…
Watak Utama
1. Mak Timah
Perempuan tua
Selalu sakit-sakit
Ibu angkat Pungut
Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan
kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
Watak Sampingan
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
Berusia 24 tahun.
Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh
doktor.
Anak angkat Mak Timah.
Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).
Watak dan Perwatakan
3. Bibik
Nenek Pungut.
Berbangsa Cina peranakan.
Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya
kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.
Latar Masa
1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa
Latar Tempat
1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga
Mak Timah.
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan
ramalan Loktang tentang Siew Lan.
3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan
nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya
1. Kata ganda Contoh: digeleng-gelengkan
2. Bahasa pasar Contoh: sueh, loktang
3. Sinkope Contoh: nak, kau
Latar
Gaya bahasa
4. Personifikasi
Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung
1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak
angkatnya Pungut.
2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan
nasib Pungut.
4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa
dengan Bibik.
5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.
1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja,
contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah
berusia 24 tahun.
2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas
memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang
bersimpati dengan nasib Pungut.
4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa
dengan Bibik.
5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang
menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.
Nilai
Pengajaran
Latihan
1. Siapakah nama sebenar Pungut?
2. Berikan dua nilai dalam cerpen Pungut@Zainab@Yap Siew Hong.
Jawapan
1. Nama sebenar Pungut ialah Zahara bte Muhamad@Yap Siew Hong.
2. Dua nilai dalam cerpen ini ialah nilai ikhlas, contohnya Mak Timah menguruskan dan
menjaga Pungut dengan ikhlas dan nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya,
contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)
Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang
hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan
dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah
yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran
gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan
janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan
dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam
kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan Hawa
menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya Adam
yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad
Abdullah.
Semangat
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di
Yellowstone, Amerika Syarikat..
2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin
dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat..
3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan
kehidupan di tanah air sendiri.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku
adalah ketentuan Allah.
Sinopsis
Tema
Persoalan
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa
mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya
agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda
bencana.
(ii) Perkembangan
Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim
dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri.
(iii) Konflik
Konflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu
(iv) Klimaks
Hawa mula sedar bahawa keselamatan janinnya lebih penting berbanding kepentingan
mempertahankan perusahaan di Yellowstone.
(v) Peleraian
Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-
kali.
Plot
1. Pemerian
Contohnya :
..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik ke kepala yang pening semenjak
subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak,
tetapi dia…
2. Suspens
Contohnya ;
Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar
Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak
mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava. Kalimah Lailahaillallah terdengar…
Watak Utama
1. Hawa
Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan
suaminya, Adam.
Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.
Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
Isteri kepada Adam
Teknik Plot
Watak dan Perwatakan
Watak sampingan
1. Adam
Suami Hawa
Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke
Malaysia.
Mempunyai sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia..
2. Janin
Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani memberi
pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.
Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap
tanah tumpah darah ayahnya, Adam.
Latar Masa
1. Lapan tahun menunggu zuriat.
2. Generasi kelapan Ahmad Abdullah.
Latar tempat
1. Yellowstone.
2. Devils Tower.
3. Canyon Village.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu Hawa yang
menyayangi janinnya.
2. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa yang berkeras
mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.
Latar
3. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan Taman Nasional
Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan.
4. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan, Contohnya janin yang mendengar
degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan.
1. Kata ganda
Contohnya : tiba-tiba.
2. Metafora
Contohnya :perut bumi.
3. Hiperbola
Contohnya : kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.
4. Simile
Contohnya : lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.
5. Personifikasi
Contohnya ; kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.
6. Kata pinjaman
Contohnya :
Bahasa Arab (Kun Fayakun).
1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah
diwarisi turun-temurun.
2. Nilai kesabararan. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi
pertentangan pendapat.
Gaya Bahasa
Nilai
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di
tempat orang.
1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya
Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan
kedegilan Hawa.
3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di
perantauan.
Latihan
1. Namakan tiga geiser air panas yang ada di Yellowstone.
2. Siapakah yang menjadi pengasas Taman Nasonal Yellowstone
Jawapan
1. Tiga geiser air panas yang ada di Yellowstone ialah Grand Geyser, Giantess Geyser
dan Castle Geyser.
2. Pengasas Taman Nasional Yellowstone ialah Ahmad Abdullah.
Pengajaran
Drama 1400 (Nordin Hassan)
Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.
Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.
Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.
Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.
Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.
Sinopsis
Pemikiran
1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu
Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.
(ii) Perkembangan
Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.
(iii) Konflik
Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.
Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
dibuang.
Persoalan
Plot
(iv) Klimaks
Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.
(v) Peleraian
Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.
1. Kejutan
Dollah bertemu dengan mayat ibunya
Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh
2. Suspens
Dollah disondol binatang ganjil
3. Pemerian
Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...
4. Imbas Kembali
Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.
5. Monolog
Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.
Teknik Plot
Watak Utama
1. Dollah
Capik, miskin dan dihina masyarakat
Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.
Watak Sampingan
1. Intan Siti Rahimah
Isteri Dollah
Perempuan yang cantik
Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.
2. Abu Lahab
Broker tanah
Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung.
3. Pak Sudin
Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.
Watak dan Perwatakan
1. Latar masa
Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
Petang – di surau, Dollah berbual dengan Pak Long
2. Latar tempat
Kampung Kuala dan Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda
Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya
3. Latar masyarakat
Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.
Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.
Latar
1. Simpulan Bahasa
Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
2. Repetisi
Mereka, merekalah…
Cakap, cakap, cakap, cakap ...
3. Personifikasi
Kambing-kambing tersenyum
4. Kata Pinjaman
Bahasa Inggeris
Order, secret,you, I
Bahasa Arab
Fajar, sidik, hijrah
1. Nilai kesabaran
Contoh:
Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.
Gaya Bahasa
Nilai
3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
5. Nilai ketaatan
Contoh:
Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.
1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta
dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.
2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh
masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya
kerana dia capik dan miskin.
3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan najis-
najis kuda yang dipeliharanya.
4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah
supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.
5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu
Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka
berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.
Pengajaran
Latihan
1. Mengapakah Dollah meminta bantuan daripada bomoh?
Jawapan: untuk membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan kekayaan.
2. Apakah makanan kesukaan Intan Siti Rahimah semasa mengandung?
Jawapan: udang galah, ikan sungai dan pucuk paku.
Drama Dato’Onn (Othman Hj Zainudin)
Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang
penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian
isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak
panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari jawatan
pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut
cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.
Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk
menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus.
Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato
Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.
Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas
Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih
pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda
yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan
diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain.
Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan
menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan
hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian
kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga
namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’
Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.
Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang
sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang
penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan
hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan
dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan
permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan
diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’
Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.
Sinopsis
Pemikiran
1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat
melalui watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan
anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.
2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting
untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam
drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn
menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union
dibatalkan.
3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada
menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang
menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa
berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.
4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak
komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan
memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan
harta benda.
5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan
keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup
mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak
sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup
terbiar dan merempat.
6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini.
Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan
wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan
bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang
pekerjaan.
Persoalan
7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu
daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini.
Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah
keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya
banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya
anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn.
8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk
fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui
akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan
menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.
Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu :
(i) Permulaan
Pada peringkat ini, watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-
orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang
berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin
dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka
gagal.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air
berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya
Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi
pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah
dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura,
beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan
penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang
Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union.
Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis.
Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan
kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.
Plot
(iii) Konflik
Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa
berpisah.
Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut
cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut
cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.
MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA
bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang
Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.
MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara
orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan
Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA
menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.
(iv) Klimaks
Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu
yang jauh ketinggalan.
(v) Peleraian
Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak
pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat
mendengar berita kemerdekaan tanah air.
1. Pemerian
Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama
yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di
bawah penjajahan…
Teknik Penceritaan
2. Imbas Kembali
Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak
Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…
3. Dialog
Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit
Senyum
Watak Utama
Dato’ Onn b Jaafar
seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
Menteri Besar
Pengasas kemerdekaan
Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik
iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian
suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.
Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan
pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.
Watak Sampingan
Halimah
isteri Dato Onn
seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari
nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.
Watak dan Perwatakan
Cik Kah
seri panggung
Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn
DJ Campbell
Pegawai Inggeris
Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang
pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.
Dr Burhanuddin
Pemimpin KMM
Pengasas Parti PAS
Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela
dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju
bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.
Latar Masa
1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan
2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. 1951 Dato Onn berucap
6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan
Latar
Latar Tempat
1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan. 2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union 4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua 5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap 6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air
Latar Masyarakat
1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air Contohnya Dato Onn.
2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan.
3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM
Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club
Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah
Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Gaya Bahasa
1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga,
akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.
2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga
dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab
memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat.
Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga
berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.
4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air
tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan
oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn
5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat
kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa
kepada tanah air.
6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat
penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn
telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan
mereka demi menuntut kemerdekaan.
1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk
penjajahan.
Nilai
Pengajaran
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh
dengan unsur negatif.
5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan
kekerasan yang banyak merugikan.
6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik
berbanding perbincangan yang disertai emosi.
Latihan
1. Apakah tindakan askar MPAJA selepas Jepun menyerah kalah?
Jawapan:
Menangkap orang kampong dan ditembak mati sesiapa sahaja yang dikira sebagai
musuh dalam perjuangan mereka.
2. Apakah tugas pertama yang dilakukan oleh Dato Onn setelah dilantik sebagai
Pegawai Daerah Batu Pahat?
Jawapan:
Membuat perundingan dengan MPAJA dan penduduk Melayu yang diketuai oleh Kiai
Salleh supaya memberhentikan permusuhan di Bukit Pasir.
Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang
semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan
Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar
dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang
ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul
sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan
bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah
mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh
Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru
balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa
emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga
emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah
menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang
masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin
mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami.
Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani
sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas
sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah,
Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu.
Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus
bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat
menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.
Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa)
serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-
anak.
Sinopsis
Pemikiran
1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan
orang lain.
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula
dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan Plot Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.
(ii) Perkembangan
Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.
Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.
Persoalan
Plot
(iii) Konflik
Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.
Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.
Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.
Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang kehidupan mereka.
Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja.
(iv) Klimaks
Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.
(v) Peleraian
Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.
1. Pemerian
Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439)
2. Suspens
Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.
3. Kejutan
… Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (ms 434)
Watak Utama
1. Jimah
Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi
pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada
Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.
Teknik Penceritaan
Watak dan Perwatakan
Watak Sampingan
2. Sani
Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri
Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan
emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut.
3. Sabri
Anak sulung Jimah
Mengetuai ahli keluarga
Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.
4. Sabariah
Graduan ekonomi bekerja di London
Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.
Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.
5. Shahrul
Anak ketiga dalam keluarga
Seorang akauntan di Kuala Lumpur
Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai.
Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.
6. Salmah
Seorang pereka fesyen
Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.
Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.
7. Wan Malin
Isteri Sani
Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.
8. Man Bengap
Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa.
Cucu angkat Pak Man
9. Pak Man
Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.
Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.
10. Mak Jah
Isteri Pak Man
Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.
11. Wahid dan Senin
Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.
Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.
Latar masa
Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
Senja di rumah Jimah
Latar tempat
Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.
Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib
emaknya
Latar masyarakat
Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan
Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki
pada usia emas.
Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang
menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
Latar
Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan
kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor,
Shahrul sebagai akauntan.
Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke
Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.
Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini
yang menghormati Jimah dan Jumaat.
1. Diksi
Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)
2. Falsafah
Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga
3. Simile
.. air matanya itu macam anak air mengalir
4. Metafora
Ombak susu, gigi ombak
5. Repetisi
Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah
Gaya Bahasa
1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.
2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.
3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.
4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.
5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.
1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.
3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.
4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
Nilai
Pengajaran
5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.
6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.
Latihan
1. Berapa lamakah Pak Jumaat hilang di Laut?
Jawapan: Empat hari.
2. Mengapakah Pak Man tidak ke laut pada hari kejadian tsunami?
Jawapan: Kerana Pak Man demam
Puisi Tradisional (Gurindam Tonggak Dua Belas)
Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan.
Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.
Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu
dilakukan dengan bijaksana.
Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan
jangan membazirkan masa.
Maksud
Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.
Pemimpin yang baik menjadi ikutan.
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.
Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.
Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif. Nilai-nilai murni dalam kehidupan Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1) 2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2) 3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7) 4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10) 5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)
1. Mempunyai 12 rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris Contohnya : Hendak pandai menghargai masa Jangan dinanti esok lusa 3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif: 4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris
5. Rima akhir aa Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
Tema
Persoalan
Bentuk
1. Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1) 2. Unsur Bunyi
Asonansi – pengulangan vokal a Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1) Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)
3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2)
1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.:
4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran.
1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa
3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan
Gaya Bahasa
Nilai
Pengajaran
Latihan
1. Nyatakan bentuk gurindam di atas.
2. Huraikan tema gurindam tersebut.
Jawapan
1. Bentuk gurindam di atas ialah rima akhir setiap rangkap aa dan setiap rangkap
mempunyai dua baris.
2. Tema gurindam tersebut ialah nilai-nilai murni dalam kehidupan. Contohnya kegigihan dan ketekunan bekerja.
Prosa Tradisional (Hikayat Upu Daeng Menambun)
Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju. Bab IV Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima. Bab V Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.
Sinopsis
Bab VI Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka. Bab VII Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. Bab VIII Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.
Bab IX Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak. Kepahlawanan Kepahlawan Upu Daeng lima bersaudara dalam menakluki dan menawan negeri-negeri Melayu dan akhirnya menjadi raja di negeri-negeri Melayu. 1. Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan 2. Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat. 3. Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada pertelingkahan. 1. Upu Daeng Menambun
anak raja
mempunyai 4 saudara yang lain iaitu Daeng Parani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak.
berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau
dilantik menjadi raja di Mempawah 2. Daeng Perani
saudara yang tertua antara lima bersaudara
beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan
mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah
3. Daeng Kemasi
beristerikan anak Raja Mempawah
dilantik menjadi raja di Sambas
Tema
Persoalan
Watak dan Perwatakan
4. Daeng Chelak
dilantik menjadi raja di Riau
berkahwin dengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman 5. Daeng Merewah
menjadi Yang Amtuan Muda di Riau
berkahwin dengan Ungku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung Latar Masyarakat 1. Masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja . 2. Masyarakat Istana Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja. Latar Tempat 1. Riau
Contoh: Upu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.
2. Siak Contoh: Peperangan antara Upu Daeng berlima dengan orang Siak. 3. Negeri Matan Contoh : Tempat Puteri Kesumba diraikan dengan besar-besaran setelah dilantik
menjadi Ratu Agung Senuhun. Latar Masa 1. Tujuh hari tujuh malam Contoh: Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun. 2. Hari Jumaat
Contoh: Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar.
Latar
1. Bahasa istana Contoh: sultan, ayahanda, patih,paduka.dayang-dayang 2. Bahasa pinjaman bahasa Arab Contoh: warith, Allah Subhanahu Wa Ta’ala, tulisan jawi, Rahmatullah Ta’ala 3. Kata ganda Contoh: berkasih-kasihan, dibagi-bagi, betul-betul 1. Nilai keberanian Contoh:Upu Daeng berlima berani menentang musuh. 2. Nilai tolong-menolong
Contoh: Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. 3. Nilai menepati janji Contoh: Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada
Upu Daeng berlima kerana membantunya mendapatkan takhta. 4. Nilaii bekerjasama Contoh: Upu Daeng lima berkerjasama dalam menyelesaikan sesuatau masalah.
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.
3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima
menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak. 4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara
seperti yang dijanjikan kepada Upu daeng berlima kerana membantu mendapatkan taktha.
Gaya Bahasa
Nilai
Pengajaran
Latihan 1. Senaraikan nama Upu Daeng lima bersaudara. 2. Nyatakan pengajaran yang dapat diambil daripada Hikayat Upu Daeng Menambun.
Jawapan 1. Nama Upu Daeng lima bersaudara ialah daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah,
Daeng Celak.
.
2. Pengajaran-pengajaran yang dapat diambil daripada Hikayat Upu daeng menimbun ialah
Kita hendaklah berani menghadapi musuh. Contohnya Upu Daeng berlima berani
menentang musuh. Kedua, kita hendaklah menepati janji. Raja Kedah memberikan wang
sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu Daeng berlima kerana membantu
mendapatkan taktha. Ketiga,kita hendaklah membantu orang lain. Contohnya Upu Daeng
berlima menolong Raja Sulaiman menentang Raja Siak.
Prosa Tradisional (Hikayat Inderaputera)
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga
berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada
emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub.
Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat
agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon
pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-
mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun
Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-
pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan
mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan
sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan
Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak,
kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut
raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa
memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera
menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara
yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya.
Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.
Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.
Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya.
Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda
dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu
dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang
dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.
Pengembaraan seorang anak raja
Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi
mendapatkan batu gemala hikmat.
Sinopsis
Tema
1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan
peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
3. Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera
untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.
Watak utama
Inderaputera
Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa
Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi
Paras rupa yang menarik
Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.
Watak sampingan
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran
Ayahandanya Maharaja Syah Tokan
Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa
Rupa paras yang amat cantik
Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada seperti yang dijanjikannya
Persoalan
Watak dan Perwatakan
Latar Tempat
Tasik - tempat peri tinggal. Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada Inderaputera untuk beradu
Latar Masa
Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju antakesuma dan pakaian yang sangat cantik Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
Latar masyarakat
1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya.
1. Nilai keberanian Contoh:
Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.
Latar
Nilai
2. Nilai kebijaksanaan Contoh:
Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya.
3. Nilai menepati janji Contoh:
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.
1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut.
2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan Puteri.
3. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala Nehran telah mengembalikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya.
Latihan
1. Apakah muslihat yang digunakan oleh Inderaputera untuk mendapatkan gemala hikmat daripada peri.?
2. Apakah yang dilakukan oleh Inderaputera agar dapat mendekati Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.?
Jawapan
1. Inderaputera berpura-pura tidur sebelum menangkap peri sehingga memperoleh gemala hikmat daripada peri.
2. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri ketika Tuan Puteri mandi di tasik.
Pengajaran
Prosa Tradisional ( Hikayat Langlang Buana)
Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang
pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui
bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang
bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor
burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi
yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak
berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan
Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap
pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan
dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera
Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin
sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera
Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana
Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka.
Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera
Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan
keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan
angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan
daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu
mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja
Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya
pertumpahan darah yang dahsyat.
Percintaan anak raja
Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik
perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup
kehilangan Raja Indera Bumaya.
Sinopsis
Tema
1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk
Menentang Hulubalang Raja Bahrum .
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi
Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
WATAK PERWATAKAN
Raja Indera Bumaya
Anak raja dari Negeri Lela Gambar
Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih.
Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .
Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Puteri Raja Bahrum Dewa
Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir
Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan
Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati.
Raja Bahrum Dewa
Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.
Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.
Persoalan
Watak dan Perwatakan
Latar Masa
Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya.
Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.
Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir
Latar Tempat
Kolam tempat Tuan Puteri mandi
Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.
Latar Masyarakat
Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja
Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.
Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja
Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.
NILAI PERISTIWA
Nilai keberanian Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.
Nilai Kasih sayang
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya.
Nilai bekerjasama
Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.
Nilai kebijaksanaan
Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Nilai ketaatan
Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa
Nilai
Latar
1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup
melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja
Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma
sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.
Soalan
1. Mengapakah Raja Indera Bumaya menjelma sebagai Burung Bayan ?
2. Apakah punca yang menyebabkan Raja Bahrum Dewa amat marah ?
Jawapan
1. Raja Indera Bumaya ingin memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memalukan Raja Bahrum Dewa kerana memadu
kasih dengan Raja Indera Bumaya di dalam mahligai .
Pengajaran
Prosa Tradisonal (Hikayat Siak)
Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan “daulat”. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
Sinopsis
Pengembaraan anak raja. Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor. 1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan. 2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya. WATAK DAN PERWATAKAN
1. Yang Dipertuan Raja Kecik.
Keturunan Raja Johor
Nama asalnya Tuan Bujang.
Berkahwin dengan Tengku Kamariah
Ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
Berani Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
Gigih Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.
LATAR Latar Masyarakat
1. Golongan masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Golongan masyarakat istana.
Contoh: Masyarakat yang tinggal di istana .
Tema
Persoalan
Latar Masa 1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman
Kesultanan pemerintahan Raja Siak. Latar Tempat 1. Rawas
Contoh: Tempat Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.
2. Siak
Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.
3. Johor
Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
Gaya bahasa
1. Penggunaan bahasa Arab Contoh: Allah Ta’ala, 2. Penggunaan bahasa istana Contoh: Patik, baginda,hulubalang, titah 3. Penggunaan kata ganda Contoh: Kaya-kaya, besar-besar,masing-masing
NILAI
1. Nilai kegigihan Contoh: Yang dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.
2. Nilai keberanian
Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
3. Nilai ketaatan Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahuai baginda ialah keturunan raja.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. 2.Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal. 3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.
LATIHAN
1. Nyatakan perkara sakti yang perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa Tuan Bujang ialah keturunan Sultan Johor.
2. Sebutkan tiga keturunan raja Bugis yang ingin menyerang Johor.
JAWAPAN
1.Perkara sakti yang telah perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa Tuan Bujang ialah keturunan Sultan Johor ialah baginda dapat mennawarkan air air masin.
2.Tiga keturunan raja Bugis yang ingin menyerang Johor ialah Daheng parani, Daheng Calak dan Raja Tuha.
Puisi Tradisional
(Pantun Enam Kerat)
Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat
mendalam.
Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua
sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama
terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.
Kekecewaan dalam hidup.
1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1) 2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2) 3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)
1. Mempunyai 3 rangkap
2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)
4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5. Rima abcabc
6. Bentuk pantun terikat.
Maksud
Tema
Persoalan
Bentuk
1. Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’
2. Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)
3. Sinkope
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)
4. Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)
5. Unsur alam Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,
1. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa. 2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir. 3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.
Gaya Bahasa
NILAI
Pengajaran
Latihan
1. Nyatakan maksud rangkap pertama pantun tersebut.
2. Berikan maksud ibarat melukut di tepi gantang.
Jawapan
1. Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya
amat mendalam.
2. Maksud ibarat melukut di tepi gantang ialah orang yang kurang penting.
Puisi Tradisional (Pantun Lapan Kerat)
Rangkap 1
Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan. Rangkap 2 Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah. Rangkap 3 Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan. Keagamaan
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1) 2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2) 3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)
1. Mempunyai 3 rangkap. 2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap. 3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2) Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1) Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata. 5. Rima akhir abcdabcd 6. Bentuk pantun terikat.
Maksud
Tema
Persoalan
Bentuk
1. Unsur bunyi Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6) Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
2. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
3. Kata ganda Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2) Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4) Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5) Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)
4. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya Haiwan – ikan , ketam, lelabi Alam – hutan, langit, bumi
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis. 2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita. 3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. 2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin. 3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.
Gaya Bahasa
Nilai
Pengajaran
LATIHAN.
1. Berikan maksud rangkap Pantun Lapan Kerat dibawah.
Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman
Tidak patah digoncang iblis Akhirnya menang berjaya.
2. Nyatakan unsur-unsur alam yang terdapat dalam Pantun Lapan Kerat.
JAWAPAN
1. Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
2. Unsur alam Tumbuhan – kubis, papaya Haiwan – ikan , ketam, lelabi Alam – hutan, langit, bumi
Arkitek Kota (SN Muhammad Hj Salleh)
Rangkap 1 Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan. Rangkap 2 Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut. Rangkap 3 Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona. Rangkap 4 Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas. Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota. 1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting
supaya sesuatu keadaan dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-
idea baru yang bernas.
Maksud
Tema
Persoalan
1. Bentuk bebas 2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat - Rangkap 2 - 6 baris ayat - Rangkap 3 - 5 baris ayat - Rangkap 4 - 2 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea - Rangkap 2 – aabcdd - Rangkap 3 – abcad - Rangkap 4 – ab
Sinis 1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim
2. Diksi – mudah difahami Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan 4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa
7. Perlambangan Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.
2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di
kota.
3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .
4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.
5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa
merancang pembangunan.
2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas
dan alternatif.
Nilai
Pengajaran
1. Nyatakan bilangan kata dan barisan yang terpanjang dalam rangkap sajak ini. Jawapan: bilangan kata terpanjang ialah 7– Contohnya ;. kerana arkitek matang itu anak di taman/ Orang muda pulang
bertandang di lorong malam 2. Apakah jenis gaya bahasa bagi rangkai kata berikut? Sabar bumi, fill langit, bangku bijaksana Jawapan: metafora
Latihan
Bangkitlah (Rejab F.I)
Rangkap 1 Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju. Rangkap 2 Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka. Rangkap 3 Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan. Rangkap 4 Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkis terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata. Rangkap 5 Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan. Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar tidak menyesal.
Maksud
Tema
1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu disedari
dan diikuti oleh anak-anak.
2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun.
3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal ini perlu disedari
oleh semua orang.
4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka.
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd
Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd
Patriotik 1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : bangkitlah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : burung-burung berterbangan di udara
Persoalan
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena
5. Sinkope Contohnya; kau
6. Perlambangan
Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara
7. Personifikasi Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.
1. Nilai kegigihan.. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan.. 2. Nilai kerjasama ..Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada. 3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri. 1. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka.
2. Kita perlulah merebut peluang yang ada.
3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju.
4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit
kemiskinan.
1. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan perkataan bangkitlah? Jawapan: sedarlah/ insaflah 2. Apakah unsur gaya bahasa kaumakan? Jawapan: sinkope
Nilai
Pengajaran
Latihan
Di Bawah Langit Yang Sama (Lim Swee Tin)
Rangkap 1 Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama. Rangkap 2 Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia. Rangkap 3 Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan. Rangkap 4 Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam . Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.
Maksud
Tema
1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai
keindahan alam semulajadi yang tersendiri.
2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia
dipisahkan oleh faktor geografi.
4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan.
1. Bebas
2. Terdapat 4 rangkap dalam sajak ini.
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb Sinis 1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya : Di bawah langitnya
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.
3. Kata pinjaman bahasa Inggeris Contohnya :i visa, pasport,
Persoalan
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa
4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’ Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna
5. Asonansi – perulangan vokal ’i’ Contohnya : berkongsi siang miliki malam
6. Sinkope Contohnya : mu, ku
7. Perulangan
. Contohnya Di bawah langit ini.
8. kata ganda . Contohnya : pohon-pohon, peta-peta
1. Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai.
2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan
sesuatu. 1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka
berada.
2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat
4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.
Nilai
Pengajaran
1. Rima akhir ialah bunyi di hujung setiap baris. Apakah rima akhir bagi rangkap di bawah?
Peta-peta itu yang memisahkan Jangan tutup pos sempadan Visa hanya keperluan rasmi seketika Pasport dokumen pengenalan titik mula Jawapan: rima aabb 2. Tuliskan latar tempat luar negara yang ditulis dalam sajak ini.
Jawapan: latar tempat – Beirut, London, Washington, Australia, Afrika
Latihan
Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju)
Rangkap 1 Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah. Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim. Rangkap 3 Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada. Rangkap 4 Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar. Rangkap 5 Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan. Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.
Maksud
Tema
1. Persoalan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.Bahasa Melayu perlu dimartabatkan di negara ini.
2. Persoalan perjuangan memartabatkan bahasa. Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
3. Persoalan sejarah kegemilangan Bahasa Melayu.Bahasa Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya yang tersendiri.
4. Persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi yang penting.
1. Bebas 2. Terdapat 5 rangkap 3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc
Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa
Patriotik 1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya :setia dan amanah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis Contohnya; warga yang berbudi
3. Aliterasi – perulangan konsonan’m’ Contohnya : hak bangsaku memilikimu
Persoalan
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
5. Sinkope . Contohnya: mu, ku, tak
6. Metafora Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu
7. Perlambangan Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau
8. Personifikasi Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh. 9. anafora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu 10. Epifora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu
1. Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi
bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi. 2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat
ditunjukkan. 3. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu
dipertahankan. 4. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab
mencintai bahasanya sendiri. 5. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan
bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu.. 6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini
penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan.
Nilai
1. Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu .
3. Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
4. Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia.
1. Apakah gaya bahasa bagi rangkai kata di bawah? “lautan bijaksana” Jawapan: metáfora 2. Apakah maksud bait puisi di bawah? “merentas dunia tak bertepi” Jawapan: dunia yang tiada penghujungnya
Pengajaran
Latihan
Kecek (Abdullah Awang)
Rangkap 1 Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan. Rangkap 2 Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Rangkap 3 Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit. Rangkap 4 Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan. Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah. 1. Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi. 2. Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah. 3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah
Maksud
Tema
Persoalan
1. Bentuk bebas 2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat - Rangkap 2 - 11 baris ayat - Rangkap 3 - 12 baris ayat - Rangkap 4 - 5 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba - Rangkap 2 – abcdccedccb - Rangkap 3 – abcccdebcfgc - Rangkap 4 – abcbd
Sinis. 1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya ; di kampung
2. Diksi – mudah difahami Contohnya: seorang nelayan
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ Contohnya :di dalam pagar sengsara
5. Perulangan perkataan ’di’ Contohnya :di sebuah, di pantai 6. Metafora Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan 7. Perlambangan Contohnya ; akaun, musim berlumut.
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa
1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah.
2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah
untuk mencari yang halal.
3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.
4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud
terhadap golongan kurang berada.
5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.
1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.
3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.
1. Apakah jenis gaya bahasa di rahang laut ternganga? Jawapan: personifikasi 2. Apakah yang dimaksudkan dengan sedozen anak-anaknya? Jawapan: 12 orang jumlah anak-anaknya
Nilai
Pengajaran
Latihan
Pasar Perasaan (T. Alias Taib)
Rangkap 1 Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi. Rangkap 2 Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran. Rangkap 3 Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal. Rangkap 4 Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan. Rangkap 5 Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan. Rangkap 6 Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara berbanding fakta dan ilmu. Rangkap 7 Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu. Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna. Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.
Maksud
Tema
1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-
kata dan meluahkan perasaan.
2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.
4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan. 1. Bebas
2. Terdapat 7 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abcd
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcd
Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abc
Rangkap 6 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb
Rangkap 7 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab
Sinis 1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; ini pasar perasaan
2. Diksi – mudah difahami dan puitis. Contohnya :bagai ranting kering 3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli
Persoalan
Bentuk
Nada
Gaya Bahasa
4. Asonansi – perulangan vokal ’i’ Contohnya : kususuri sungai sibuk ini
5. Personifikasi Contohnya : ini pasar tidak berakal 6. Metafora Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia
7. Simile Contohnya : bagai kayu buruk.
8. Epifora Contohnya ; kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini
1. Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran
3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup..
5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan..
1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.
Nilai
Pengajaran
1. Dalam rangkap sajak sering diulang rangkai kata ini pasar perasaan. Apakah yang
fungsinya rangkai kata ini diulang dalam beberapa rangkap? Jawapan: menunjukkan penegasan aspek utama 2. Apakah gaya bahasa bagi baris berikut? Bagai ranting kering Jawapan: simile
Latihan
Puisi Tradisional (Seloka Si Luncai)
Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.
Sikap negatif menyebabkan kerugian
1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian 2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. 3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.
1. Mempunyai satu rangkap sahaja. 2. Mempunyai 12 baris. 3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11) Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10) Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1)
1. Anafora Contoh: Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilataih
2. Repitisi
Contoh: Biarkan...biarkan
Maksud
Tema
Persoalan
Bentuk
Gaya bahasa
3. Unsur bunyi Contoh: Asonansi – Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal ‘a’) Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan ‘n’)
1. Nilai bertanggungjawab. Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
2. Nilai kebijaksanaan Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.
1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya. 2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal. 3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.
Latihan
1. Gambarkan sikap Si Luncai seperti dalam Seloka Si Luncai.
2. Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada Seloka Si Luncai.
Jawapan
1. Si Luncai seorang yang tidak bertanggungjawab dan pemalas.
2. Kita hendaklah menjadi manusia yang bertanggungjawab.Kita juga mestilah rajin mengusahakan tanah.
Nilai
Pengajaran
Puisi Tradisional (Syair Makna Riak)
Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik. Rangkap 2: Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 3: Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura. Rangkap 4: Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk. Rangkap 5: Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu. Rangkap 6: Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih. Rangkap 7: Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua. Rangkap 8: Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak.
Maksud
Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.
1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan. 2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang
kelebihan diri. 3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri 4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan
tidak diterima oleh Allah.
1. Rima akhir aaaa. 2. Syair ini mengandungi lapan rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris. 5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.
1. Diksi (Bahasa Arab) Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya.
2. Simile Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.
3. Asonansi Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ’a’)
4. Aliterasi – Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan ‘t)
5. Inversi Contoh – akan dunia tidak peduli.
1. Nilai kesyukuran
Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.
2. Nilai kesederhanaan Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.
Tema
Persoalan
Bentuk
Gaya Bahasa
Nilai
1. Kita janganlah bersifat riak. 2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita. 3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar. 4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. 5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.
LATIHAN
1. Berikan maksud rangkap kedua Syair Makna Riak.
2. Kemukakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Makna Riak Jawapan :
1. Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.
2. I) Diksi (Bahasa Arab) Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya. ii) Simile Contoh: Terkadang jazbah seperti gila
Pengajaran
Puisi Tradisional (Syair Pemberontakan Patani)
Rangkap 1:
Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.
Rangkap 2:
Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.
Rangkap 3:
Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara. Rangkap 4:
Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda. Rangkap 5:
Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.
Rangkap 6:
Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.
Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.
Rangkap 8:
Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.
Rangkap 9:
Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.
Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.
Maksud
Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja.
1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin. 2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah. 3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. 4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.
1. Rima akhir aaaa 2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris. 4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris. 5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.
1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik) Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.
2. Asonansi Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)
3. Aliterasi Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)
4. Kata ganda Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.
1. Nilai kesetiaan
Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara
2. Nilai amanah Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.
3. Nilai cinta akan negara Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.
Tema
Persoalan
Bentuk
Gaya bahasa
Nilai
1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan
kebaikan kepada orang lain.
Latihan
1. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pemberontakan Patani.
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja?
Jawapan
1. Tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pemberontakan Patani ialah: i. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
ii. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
iii. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
2. Cara untuk menanam semangat cintakan akan negara dalam kalangan remaja ialah melalui :
i. Pendidikan di sekolah ii. Kempen, seminar atau bengkel iii. Penyertaan remaja dalam persatuan atau pertubuhan belia
Pengajaran
Top Related