University of Malaya - UM Students' Repository

306
i ESTETIKA IMAGINATIF DALAM WACANA HADITH EMPAT PULUH SUSUNAN AL-NAWAWI MOHD ZUHDI BIN ISMAIL TESIS INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018 University of Malaya

Transcript of University of Malaya - UM Students' Repository

i

ESTETIKA IMAGINATIF DALAM WACANA

HADITH EMPAT PULUH SUSUNAN AL-NAWAWI

MOHD ZUHDI BIN ISMAIL

TESIS INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI

KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2018

Univers

ity of

Mala

ya

iii

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang nilai estetik dan unsur imaginatif dalam wacana.

Wacana yang difokuskan dalam kajian ini ialah Hadith Empat Puluh yang disusun oleh

Imam Nawawi (r.h). Nilai estetik memaksudkan elemen balaghah yang terkandung

dalam wacana tersebut. Nilai ini dilihat berdasarkan analisis balaghah yang dilakukan

melalui pendekatan atau garis panduan yang digunakan oleh Ibn Qutaybat al-

Daynuriyy. Pendekatan tersebut ialah al-haqiqat wa al-majaz, al-i‘jaz, kesesuaian

ungkapan dengan situasi, al-taqdim wa al-ta’khir, al-ijaz, pengulangan dan penambahan

struktur ayat, uslub insya’, tasybih (simile), isti‘arat, kinayat wa ta‘rid. Manakala unsur

imaginatif pula adalah berasaskan pendekatan kritikan sastera yang memberi penekanan

kepada asas serta metodologi sastera yang didukung oleh Sayyid Qutb. Unsur ini terdiri

daripada al-harakat, al-hiwar, dilalat alfaz, psikologi, al-khayal, dan tanasuq fanniyy.

Gagasan kedua-dua pendekatan ini memperlihatkan konsep makna dan maksud yang

tersurat serta tersirat yang terkandung dalam wacana ini. Pada akhirnya, wacana ini

dianalisis melalui analisis wacana bagi mengukur dan memastikan tahap komunikatif

sesuatu ayat dan teks yang terhasil sebagai sebuah wacana. Metodologi pengumpulan

data merupakan pembacaan terhadap dokumen yang berkaitan dengan isu yang dikaji

dengan diperoleh dari kajian perpustakaan. Manakala dalam penganalisisan data,

metode induktif dan komparatif digunakan. Metode analisis wacana digunakan bagi

menganalisis bahasa dalam konteks sosial dan kognitifnya. Kajian ini mendapati

penggunaan bahasa berlandaskan elemen balaghah dan sastera menjadikan kandungan

Wacana Hadith Nabawi dapat direalisasikan dari aspek penggunaan bahasa bersesuaian

daripada pewacana iaitu Rasulullah (s.a.w), pemahaman jitu khalayak yang terdiri dari

para sahabat (r.a) dan kalangan pembaca wacana tersebut selepas mereka.

Univers

ity of

Mala

ya

iii

ABSTRACT

This study discusses the aesthetic values and imaginative elements of the discourse. The

discourse focused is Forty Hadith by Imam Nawawi (r.h). Aesthetic values are defined

as the element of balaghah included in the discourse. This values are analyzed based on

the analysis of balaghah done according to the approach or guidelines as practised by

Ibn al-Daynuriyy Qutaybat. The guidelines are al-haqiqat wa al-majaz, al-i‘jaz,

suitability phrases with situation, al-taqdim wa al-ta’khir, al-ijaz, repeat dan rise

sentence structure, uslub insya’, tasybih (simile), isti‘arat, kinayat wa ta‘rid. Imaginative

on the other hand, are based on the approuch of literature criticism which focuses on the

fundamental and literature methods as practised by Sayyid Qutb. There are al-harakat,

al-hiwar, dilalat alfaz, psychology, al-khayal, dan tanasuq fanniyy These two

approaches outline the concept of meaning, literally and figuratively of the discourse.

Finally, an in-depth discourse analysis is done to measure and ensure the

communicative level of a sentence and text produced as a discourse. The data collecting

method used is library research, and the data collected is analyzed by using inductive

approach and making comparison. Discourse analysis is used to analyze the language

used within the specific social and cognitive context. The method discourse analysis is

used to analyze the language in a social context and cognitive. It is found that the use of

language based on the element of balaghah and literature has made the content of

Hadith Nabawi applicable to the language discourse of the Prophet (Peace be Upon

Him), and understandable to the companions (r.a) and the rest of the readers.

Univers

ity of

Mala

ya

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah (s.w.t) kerana limpah dan

inayah-Nya dapat diselesaikan penulisan tesis ini dalam memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

semua pihak yang membantu dalam menyiapkan tesis ini.

Penulis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Darul Quran

JAKIM kerana memberi peluang dan ruang untuk menyambung pengajian di peringkat

Ph.D ini. Dalam ruangan yang terhad ini juga, penulis merakamkan ucapan terima kasih

kepada Profesor Dr. Stefanie Pillai, Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti

Malaya, yang telah memberi peluang kepada penulis mengikuti pengajian di peringkat

Doktor Falsafah dalam bidang analisis wacana. Juga kepada pegawai dan staf fakulti

yang memberi layanan baik sepanjang berurusan dengan mereka.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penyelia yang

sangat dihormati dan disegani Dr Mohd Zaki Abd Rahman di atas segala nasihat dan

teguran di sepanjang tempoh pengajian di samping kesanggupan beliau meminjamkan

beberapa bahan rujukan yang penting. Tidak lupa juga secara peribadi kepada Prof.

Madya Dr. Hj. Mohammad Seman, Dr Mat Taib Pa, dan Dr. Ariffin Safar, dan

diucapkan jutaan terima kasih di atas komen serta pandangan yang diberikan.

Tidak terkecuali sekalung penghargaan juga kepada Perpustakaan Fakulti

Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti Malaya,

Perpustakaan Ibnu Sina Universiti Islam Antarabangsa, Perpustakaan Tun Seri Lanang

Univers

ity of

Mala

ya

v

Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Fakulti Bahasa Arab Universiti al-Azhar Kaherah

Mesir di atas sumbangan bahan rujukan dalam menyiapkan kajian ini.

Dalam memenuhi penghormatan serta kesetiaan, penghargaan yang tidak

terhingga juga dihulurkan kepada isteri tersayang Rahibah binti Ghazali yang banyak

berkorban dan sentiasa memberi sokongan padu, baik dari aspek spiritual dan fizikal

serta penuh ketabahan dalam menempuh pelbagai tribulasi dalam ranjau kehidupan ini.

Penulis juga merakamkan jutaan kesyukuran yang tidak terhingga kepada anak-anak

tersayang Widad Amanie, Wardah Hannanie dan Wishah Abahinie di atas kesabaran

serta pengorbanan yang dicurahkan sepanjang penulis menyiapkan kajian ini.

Akhir kalam, penulis merakamkan sekalung penghargaan buat guru-guru

yang mencurahkan ilmu sepanjang pengembaraan penulis menuntut dan mencari ilmu,

sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Semoga Allah (s.w.t) sahaja

yang dapat menilai jasa kalian semua.

Sekian

MOHD ZUHDI ISMAIL

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

Univers

ity of

Mala

ya

vi

SENARAI KANDUNGAN

Perakuan Keaslian Penulisan i

Abstrak ii

Abstract iii

Penghargaan iv

Senarai Kandungan vi

Senarai Singkatan Kata xi

Panduan Transliterasi xii

BAB SATU: PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Peryataan Masalah Kajian 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Bidang Kajian 9

1.8 Sebab Pemilihan Koleksi Hadith Empat Puluh 9

1.9 Metodologi Kajian 12

1.10 Penutup 14

Univers

ity of

Mala

ya

vii

BAB DUA: TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN DAN KERANGKA KAJIAN

2.0 Pendahuluan 15

2.1 Kajian Berkaitan 15

2.2 Buku dan Sumber Kajian Berkaitan 17

2.3 Tesis-tesis 33

2.4 Jurnal, Majalah dan Prosiding 43

2.5 Kerangka Teoretikal Kajian 45

2.6 Kerangka Konseptual Kajian 49

2.7 Penutup 50

BAB TIGA: GAGASAN ESTETIKA IMAGINATIF

3.0 Pendahuluan 51

3.1 Takrifan Estetika Imaginatif 51

3.2 Sejarah dan Perkembangan Estetika Imaginatif 57

3.3 Tokoh Estetika Imaginatif 61

3.4 Perkaitan Estetika dengan Imaginatif sebagai Gagasan 65

3.5 Penutup 68

BAB EMPAT: WACANA ISLAMI DALAM MEDIUM INTERAKTIF

4.0 Pendahuluan 69

4.1 Takrifan Wacana 70

Univers

ity of

Mala

ya

viii

4.2 Intertekstualiti Wacana 74

4.3 Kewacanaan dalam Wadah Kehidupan 78

4.4 Wacana Islami sebagai Manifestasi Interaksi Sejagat 81

4.4.1 Definisi dan takrifan Wacana Islami 87

4.4.2 Peranan Wacana Islami dalam kehidupan 92

4.4.2.1 Elemen Alam dalam Wacana Islami 93

4.4.2.2 Elemen Manusia dalam Wacana Islami 95

4.4.2.3 Elemen Kemasyarakatan dalam Wacana Islami 97

4.5 Wacana Nabawi dalam Wacana Islami 98

4.6 Penutup 102

BAB LIMA: DIALEKTIKA WACANA NABAWI

5.0 Pendahuluan 104

5.1 Definisi Wacana Nabawi 105

5.2 Struktur Dialektika Wacana Nabawi 106

5.3 Estetika Imaginatif dalam Hadith Empat Puluh 110

5.3.1 Analisis Estetik Hadith Empat Puluh 112

5.3.1.1 al-Haqiqat wa al-Majaz 113

5.3.1.2 I‘jaz 119

5.3.1.3 Kesesuaian ungkapan dengan situasi 123

5.3.1.4 al-Taqdim wa al-Ta’khir 130

5.3.1.5 Ijaz 137

5.3.1.6 Pengulangan dan Penambahan Struktur Ayat 144

Univers

ity of

Mala

ya

ix

5.3.1.7 Gaya ungkapan insya’ 152

5.3.1.8 Tasybih (simile) 156

5.3.1.9 Isti‘arat 161

5.3.1.10 Kinayat (Kiasan) dan Ta‘rid (Insinuasi). 166

5.3.2 Analisis Imaginatif Hadith Empat Puluh 173

5.3.2.1 Gerak (al-Harakat) 175

5.3.2.2 Perbincangan (Hiwar ) 177

5.3.2.3 Petunjuk Perkataan (dilalat al-alfaz) 184

5.3.2.4 Psikologi 188

5.3.2.5 Imaginasi (Khayal) 193

5.3.2.6 Keselarasan unsur kesenian (Tanasuq fanniyy) 197

5.4 Penutup 202

BAB ENAM: KETEKSTUALAN WACANA HADITH EMPAT PULUH

6.0 Pendahuluan 204

6.1 Tekstual Hadith Empat Puluh 204

6.1.1 Konteks 205

6.1.1.1 Konteks dalam wacana 206

6.1.1.2 Konteks dalam Hadith Empat Puluh 215

6.1.2 Kohesi (Tetenunan) 219

6.1.2.1 Kohesi dalam wacana 220

6.1.2.2 Kohesi dalam Hadith Empat Puluh 230

6.1.3 Koheren (Kesatuan idea) 234

Univers

ity of

Mala

ya

x

6.1.3.1 Koheren dalam wacana 235

6.1.3.2 Koheren dalam Hadith Empat Puluh 239

6.1.4 Bermatlamat (intentionality) dan kebolehterimaan

(acceptability)

243

6.1.4.1 Bermatlamat (intentionality) dan kebolehterimaan

(acceptability) dalam wacana

244

6.1.4.2 Bermatlamat (intentionality) dan kebolehterimaan

(acceptability) dalam Hadith Empat Puluh

249

6.1.5 Intertekstualiti 251

6.1.5.1 Intertekstualiti dalam wacana 251

6.1.5.2 Intertekstualiti dalam Hadith Empat Puluh 256

6.1.6 Superstruktur (superstructures) dan genre wacana 259

6.1.6.1 Superstruktur (superstructures) dan genre dalam

wacana

259

6.1.6.2 Superstruktur (superstructures) dan genre dalam

Hadith Empat Puluh

264

6.2 Penutup 269

BAB TUJUH: KESIMPULAN

7.0 Pendahuluan 271

7.1 Kesimpulan 271

7.2 Cadangan 285

7.3 Penutup 287

Univers

ity of

Mala

ya

xi

BIBLIOGRAFI 289

Univers

ity of

Mala

ya

xi

SENARAI SINGKATAN

a.s ‘Alayh al-Salam/ ‘Alayha al-Salam/ ‘Alayhima al-Salam/ ‘Alayhim al-

Salam

bil. Bilangan

ed. Editor

et.al. Pengarang dan lain (melebihi tiga orang)

H Hijriah

hal. Halaman

Ibid Ibiden

j. Jilid

m Meninggal dunia

M Masihi

No. Nombor

op. cit opera citato (dalam karya tersebut)

r.a RadiyalLah ‘Anhu/ ‘Anha/ ‘Anhuma/ ‘Anhum

s.a.w Salla AlLah ‘Alayh Wasallam

s.w.t Subhanah wa Ta‘ala

terj. Terjemahan

thn. Tahun

t.t Tanpa tahun

T.P Tanpa penerbit

T.T.P Tanpa tempat terbit

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

Univers

ity of

Mala

ya

xii

PANDUAN TRANSLITERASI

Transliterasi yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan panduan yang

disediakan oleh Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya

Huruf Arab Transliterasi

a, (Hamzat) : ا، ء

b : ب

t : ت

th : ث

j : ج

h : ح

kh : خ

d : د

dh : ذ

r : ر

z : ز

s : س

sy : ش

s : ص

d : ض

t : ط

z : ظ

‘ : ع

gh : غ

f : ف

q : ق

k : ك

l : ل

m : م

n : ن

Univers

ity of

Mala

ya

xiii

h : ه

w : و

y : ي

t : ة

Vokal Pendek

a : (fathat) ـــ

ــ u : (dammat) ـ

i : (kasrat) ـــ

Vokal Panjang

ا a : ـــ

و u : ـــ

ي i : ـــ

Diftong

aw : أ و

ay : أ ي

Catatan: Istilah sesuatu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab tetapi telah

menjadi sebutan umum bahasa Melayu adalah dieja mengikut perkataan bahasa Melayu

seperti perkataan ulama, al-Qur’an, balaghah, nahu, ilmiah, surah, nama para Nabi,

nama para sahabat yang terkenal, serta istilah-istilah Islam seperti solat dan zakat.

Univers

ity of

Mala

ya

1

BAB SATU

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Hadith Rasulullah (s.a.w) merupakan sumber terpenting pengeluaran hukum

dan garis panduan kehidupan seseorang Muslim. Pengetahuan dan pemahaman yang

komprehensif terhadap Hadith perlu disemai serta dijiwai dalam setiap diri Muslim.

Antaranya, memahami nilai estetik dalam ungkapan Hadith. Nilai estetik mengandungi

tabiat naluri berunsur kesenian serta dapat mencetuskan keindahan apabila diterjemah

atau diungkapkan. Bagi mengintegrasikan konsep estetik yang kompleks dan mampan,

diperlukan beberapa metodologi dan gaya bersesuaian. Begitu juga untuk memahami

kandungan dan makna yang tersurat serta tersirat. Tambahan lagi, sekiranya cetusan

idea tersebut daripada semulia makhluk di atas muka bumi ini. Kata Ibrahim al-

Laqaniyy:

اق قالش ن عل م نافنبي #ق لىاالط لعق ل الل ضوأف

sebaik-baik makhluk secara keseluruhan ialah Nabi

kita (s.a.w), dan hindarkan daripada perpecahan1

Perkataan serta perkataan dan tindak tanduk Rasulullah (s.a.w) merupakan ilham dan

wahyu dari Allah (s.w.t). Firman Allah (s.w.t) dalam menegaskan hal ini:

} {

Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama

Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

4. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau Hadith)

tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya2

1 Rangkap di atas merupakan petikan daripada matan Jawharat al-Tawhid yang dihasilkan oleh Shaykh

Ibrahim al-Laqaniyy 2 Surah al-Najm (53): 3-4

Univers

ity of

Mala

ya

2

Hal ini dapat memantapkan pemahaman dan pengetahuan seseorang

terhadap tujuan serta ungkapan sesuatu Hadith. Sehubungan dengan itu, dapat

dibuktikan konsep ungkapan Hadith dan perbezaannya dengan ungkapan manusia biasa.

Perkara ini juga dapat menjadikan tahap kebolehterimaan Hadith adalah relevan dalam

pelaksanaan kandungannya.

1.1 Latar belakang kajian

Hadith Rasulullah (s.a.w) merupakan sumber kedua selepas al-Quran al-

Karim sebagai rujukan dan panduan kehidupan Muslim. Cerakinan hadith melalui

aspek-aspek keindahan amat penting untuk dihayati dan direalisasikan kandungannya,

di samping dapat menjadi panduan penulisan kreatif berjiwa Islam.

Kajian ini menyentuh aspek estetik serta nilai seni yang terhasil darinya

dalam ungkapan Hadith Sahih yang disusun oleh al-Imam al-Nawawiyy (m 676H) yang

dikenali dengan Hadith Empat Puluh, meskipun kebanyakan naskhahnya melebihi

empat puluh Hadith. Antara nilai estetik yang ingin diketengahkan ialah ilustrasi

ungkapan dari sudut balaghah serta imaginasi (khayalan) yang berkaitan dengannya..

Justeru, nilai di atas mencerminkan keunggulan serta kelainan ungkapan Rasulullah

(s.a.w) dengan mana-mana individu lain, sama ada sezaman dengan Baginda ataupun

tidak. Hal ini sekali gus dapat membezakan ungkapan tersebut adalah cetusan ilham

Rasulullah (s.a.w) dengan orang lain yang mendakwa ia juga merupakan ungkapan

Baginda. Kajian ini menganalisis medium wacana yang digunakan Rasulullah (s.a.w)

kepada para sahabat (r.a) yang meninggalkan kesan yang komplit dalam merealisasikan

Univers

ity of

Mala

ya

3

kandungannya seperti diingini Rasulullah (s.a.w) supaya sampai kepada generasi-

generasi selepas mereka. Medium ini digunakan dalam menyampaikan beberapa

objektif serta matlamat dakwah dan tarbiah bersepadu bagi mencapai matlamat dan

wawasan yang diingini oleh Rasulullah (s.a.w) . Perkara ini memerlukan strategi

wacana yang berintegrasi dan berkesan bagi mencapai motif yang diharapkan. Menurut

sesetengah pengkaji, antaranya Sayyid Qutb (m.1966), wacana tidak terbatas kepada

kajian sesuatu teks sahaja, bahkan menjangkaui psikologi penulis atau penutur, dan

pembaca atau pendengar. Begitu juga fenomena persekitaran serta konsep wacana itu

sendiri.

Kajian ini mengetengahkan pendekatan ‘Estetika Imaginatif’ dengan

penggabungan pendekatan serta maqayis (garis panduan) Ibn Qutaybat (m 276H). dan

Sayyid Qutb serta aplikasinya dalam Hadith Empat Puluh, namun keluhuran dan taqdis

(kesucian) Hadith tetap dijaga dan diutamakan. Untuk mengaitkan kajian kebahasaan

atau kesusasteraan terhadap Hadith dengan senario kajian semasa ditentukan motifnya.

Hal ini berlaku kerana Hadith adalah rujukan atau model kepada mana-mana perkara

yang berkaitan dengan kehidupan manusia sejagat. Justeru, kajian ini memperlihatkan

iltizam (pematuhan) kedua-dua pendekatan tersebut sebagai panduan dalam wacana

berciri Islami.

Seperti dimaklumi, Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy

merupakan karya Hadith yang begitu popular, sama ada di alam Melayu mahupun alam

Islam lain. Jadi tidak hairanlah kedapatan ramai pencinta Hadith dalam kalangan

masyarakat Melayu yang menghafaznya seperti Surah Yasin. Koleksi Hadith ini juga

menjadi teks pembelajaran yang biasa diajar, sama ada secara formal atau sebaliknya,

Univers

ity of

Mala

ya

4

ibarat pepatah Melayu “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’. Hal ini kerana

keseluruhan Hadith yang terdapat di dalamnya adalah Hadith Sahih. Sejajar dengan itu,

tahap kebolehterimaan masyarakat tentang koleksi Hadith Empat Puluh amat tinggi.

1.2 Pernyataan Masalah Kajian

Nilai estetik merupakan konsep penting dalam memahami wacana

berbahasa Arab, sama ada ketika membaca, memahami dan menghayatinya. Sentuhan

rasa serta fikir dapat dirasakan oleh seseorang pembaca atau pendengar dengan melihat

atau menghayati kandungan teks dan jalinan keindahan bahasa yang digunakan oleh

seseorang penulis atau penutur. Hal ini terjadi kerana estetika sering dikaitkan dengan

perasaan atau hati, serta dapat mempengaruhi perasaan dan jiwa seseorang. Dalam

konteks estetika berunsur Islam, wacana memberi kesan yang mendalam lagi

menyeluruh hingga dapat difahami dan dihayati dari satu generasi ke generasi berikut,

lebih-lebih lagi wacana tersebut adalah ungkapan yang terbit daripada manusia yang

paling fasih dan berketerampilan dalam bahasa Arab, iaitu Rasulullah (s.a.w). Justeru,

pertimbangan pendengar ataupun pembaca terhadap wacana memerlukan wawasan

pengetahuan yang mewajarkan mereka menikmati kandungannya secara domain. Maka

ungkapan yang terdapat dalam wacana tersebut perlu dilihat dari perbagai aspek

sebelum dijelmakan kandungan teksnya.

Menelusuri sesuatu wacana melalui nilai estetik menyampaikan pengkaji ke

arah natijah dan hasil kajian yang lebih fleksibel dalam memahami keseluruhan teks.

Sebagaimana al-Qur’an yang dipenuhi dengan nilai estetik yang bersepadu dan

Univers

ity of

Mala

ya

5

mampan, Hadith juga tidak terkecuali dari nilai tersebut. Hal ini kerana penggunaan

konsep ungkapan, tatabahasa, kaedah balaghah bersesuaian menjadi tulang belakang

dalam pembentukan al-Qur’an dan Hadith.

Koleksi Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy (r.h) memerlukan

penjelasan serta pendetilan kandungan teks atau Hadithnya. Ia perlu dilihat dari sudut

estetik agar pemahaman dan penghayatan teks tersebut difahami secara lebih konkrit

lagi. Perkara ini kerana setiap ungkapan yang dikemukakan Rasulullah (s.a.w)

mempunyai kekuatan serta kerelevanan yang tersendiri. Justeru, perlu diberi keutamaan

oleh kita semua sebagai umatnya bagi memahami kandungan teksnya dari sudut

madmun dan shaklnya

1.3 Objektif Kajian

i. Menjelaskan Hadith Rasulullah (s.a.w) dari aspek estetik dan serta kesesuaiannya

dengan kandungan

ii Menganalisis unsur imaginatif dalam ungkapan Hadith bagi memenuhi naluri

cintakan keindahan berasaskan norma-norma yang sejati

iii. Menilai tahap ketekstualan ungkapan Hadith Empat Puluh

Univers

ity of

Mala

ya

6

1.4. Persoalan Kajian

Bahasa Arab terkandung dalamnya pelbagai kaedah dan konsep ilmu yang

mempunyai imej serta penjenamaan yang berbeza, dan saling melengkapi antara satu

sama lain. Setiap satu daripadanya mempunyai kepentingan dan objektif tersendiri yang

membezakannya dengan yang lain.

Persoalan kajian yang ingin diutarakan dalam kajian ini adalah seperti

berikut:

i. apakah konsep kandungan interaksi yang berasaskan nilai estetik yang

digunakan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam ungkapan Hadith

ii. bagaimana unsur kesenian dalam ungkapan Hadith dapat dicungkil berasaskan

konsep keindahan yang tercerna daripada norma-norma yang sejati.

iii. apakah tahap penilaian ketekstualan ungkapan Hadith Empat Puluh

Kesemua persoalan ini penting kerana ungkapan baginda untuk mendidik dan

menjelaskan hukum serta jalan penyelesaian sesuatu permasalahan dan isu. Faktor

manusia atau persekitaran juga dianggap penting dalam pembentukan ungkapan atau

Hadith Rasulullah s.a.w. Tidak dapat dinafikan nilai estetik dalam tradisi ulama silam

dikaitkan dengan i‘jaz al-Qur’an. Justeru, ungkapan yang fasih serta mempunyai nilai

estetik yang tinggi, menjadikan tahap penerimaan lebih baik dalam jiwa dan sanubari

pendengar. Di samping itu, untuk merungkaikan rahsia keindahan ungkapan Hadith

Rasulullah (s.a.w), perlu difahami unsur yang terkandung dalam madmun3 Hadith

seperti pola perkataan, simbolik dan situasi ungkapan serta apa yang tersurat dan

33

Dimaksudkan dengan madmun ialah kandungan objektif dan pemikiran yang terdapat dalam sesuatu

wacana

Univers

ity of

Mala

ya

7

tersirat dalam ungkapan Hadith tersebut. Seterusnya, memperlihatkan imaginasi yang

terhasil dari keindahan tersebut agar dapat difahami dan dihayati pembaca dan

pendengarnya.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini menyentuh pemahaman Hadith Rasulullah (s.a.w) dengan

pemfokusan terhadap nilai estetik dan imaginatif. Ia dapat menghasilkan tahap

pemahaman serta pengaplikasian yang jitu tentang tujuan ungkapan Hadith. Dalam

memahami makna serta maksud yang lebih kompetitif tentang Hadith Rasulullah

(s.a.w), pendekatan sebegini amatlah diperlukan. Pemilihan koleksi Hadith Empat

Puluh, karya al-Imam al-Nawawiyy bertepatan kerana populariti serta sambutan

masyarakat terhadapnya, khususnya umat Islam di Malaysia ini.

Kajian ini diharapkan dapat melebarluaskan metode serta teori al-I‘jaz al-

Nabawiyy berlandaskan tradisi ulama silam seumpama Ibn Qutaybat, dan kontemporari

seumpama Sayyid Qutb. Ia memaksudkan Hadith Rasulullah (s.a.w) bukan sahaja

dapat dijadikan sumber rujukan dalam apa jua kajian, tetapi sebagai bahan kajian dalam

sesuatu penulisan supaya direalisasikan kandungannya. Ia dapat menghasilkan estetika

mutlak yang berbeza dengan estetika yang hanya bergantung pada fenomena yang

terdapat di sekeliling. Estetika mutlak terhasil daripada penggunaan kosa kata yang

indah demi menyerlahkan keindahan untuk dikecap dan dihayati. Tanpa kesemua ini, ia

tidak mempunyai daya tarikan dan akan dipinggirkan. Hal ini terjadi kerana kandungan

Hadith merupakan peraturan kehidupan berbentuk sarwajagat yang merentasi

Univers

ity of

Mala

ya

8

kebudayaan dan masa. Justeru, kandungan tersebut dapat dijadikan justifikasi atau

sandaran terus dalam membentuk sesuatu metode dan teori.

Kajian ini juga diharapkan menjadi platform ke arah kajian Hadith dari

aspek kebahasaan, sastera serta kritikannya. Perkara ini kerana kajian Hadith dari sudut

kebahasaan khususnya sastera amat penting. Namun begitu, kajian ini perlu menjaga

dan memelihara Hadith sebagai sumber suci perlembagaan Islam. Tambahan pula ciri

kandungan Hadith tidak boleh diukur atau dibandingkan dengan produk karya manusia.

Di samping itu, kebanyakan Hadith yang terdapat dalam koleksi ini

memperkatakan isu dan penyelesaian masalah utama dalam Islam. Justeru,

perbincangan hadith turut kedapatan dalam karya lain, tetapi dari dimensi berbeza

Secara keseluruhannya, kajian ini mengetengah cerakinan Hadith Rasulullah

(s.a.w) dari aspek tatabahasa dan kritikan bertujuan menyerlahkan nilai estetik dan

imaginatif yang terdapat dalam Hadith tersebut.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini merangkumi perbincangan dalam ilmu balaghah yang

mengandungi ilmu ma‘aniyy, bayan dan badi‘. Ia berdasarkan kepada garis panduan

(maqayis) yang dipelopori oleh Ibn Qutaybat al-Daynuriyy Di samping itu, kajian ini

juga menggarapkan pendekatan imaginatif (al-taswir al-fanniyy) yang dihasilkan oleh

Univers

ity of

Mala

ya

9

oleh Sayyid Qutb. Manakala Hadith Empat Puluh dijadikan bahan kajian sebagai model

wacana Islami yang berketerampilan dalam memaparkan imej serta variasi kebenaran

Islam yang bersifat universal.

1.6 Bidang Kajian

Walaupun kajian memberi tumpuan kepada bidang balaghah secara

umumnya, tetapi ia juga menyentuh bidang sastera Arab yang merangkumi kritikan,

teori dan sejarah sastera Arab. Bidang lain seperti tatabahasa, semantik, pragmatik,

morfologi, tafsir, dan Hadith juga turut dirujuk untuk menyokong kajian ini.

1.7 Sebab Pemilihan Koleksi Hadith Empat Puluh

Sebagaimana yang dimaklumi, ilmu hadith merupakan ilmu yang luas dan

begitu panjang perbincangannya. Ia merangkumi beberapa disiplin ilmu, antaranya

Mustalah Hadith, Rijal Hadith, al-Jarh wa al-Ta‘dil (Penilaian Perawi Hadith), Tadwin

al-Hadith (Pembukuan Hadith), Takhrij Hadith, Sharh al-Hadith (tafsiran Hadith) dan

lain-lain lagi. Karya atau koleksi yang dihasilkan dalam bidang Hadith pula amatlah

banyak.

Apabila membicarakan mengenai tafsiran Hadith, banyak buku serta

karangan yang dihasilkan sejak dari generasi Tabi‘in lagi, antaranya al-Muatta’ oleh al-

Imam Malik, al-Musnid oleh al-Imam Ahmad ibn Hanbal, dan al-Mustadrik oleh al-

Univers

ity of

Mala

ya

10

Hakim, di samping koleksi Sunan al-Sittat (al-Bukhariyy, Muslim, Abu Dawud, al-

Tirmidhiyy, al-Nasa’iyy serta Ibn Majah).

Salah satu karya dalam tafsiran Hadith yang mendapat tempat di hati umat

Islam secara umumnya, sama ada di alam Islam mahupun alam Melayu ialah koleksi

Hadith Empat Puluh, karya Imam al-Nawawiyy. Justeru, koleksi Hadith ini telah

disebarluaskan oleh beberapa pengarang selepas al-Imam al-Nawawiyy. Menyingkap

sejarah cetusan pendokumentasian koleksi Hadith ini yang ditandai oleh Shaykh al-

Islam Ibn al-Salah (m 643H). Beliau menulis catatan yang mengandungi dua puluh

enam Hadith yang merupakan himpunan Hadith yang kompleks. Usaha ini disambung

oleh al-Imam Yahya bin Syaraf al-Nawawiyy, dan menambah beberapa Hadith lagi

hingga mencapai jumlah empat puluh dua Hadith. Jumlah ini merupakan asal Matan

Arba‘in. Terdapat dalam kalangan pengulas matan ini menambah jumlah Hadith yang

diulas, melebihi empat puluh dua Hadith, antaranya Ibn Rajab al-Hambaliyy yang

menambah sebanyak lapan Hadith lagi sebagai mencukupi lima puluh Hadith yang

diulas dalam karyanya yang berjudul “Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam”.4 Namun begitu,

kebanyakan pengulas lebih menumpukan kepada empat puluh dua Hadith. Penulis juga

menjadikan koleksi ini sebagai bahan kajian dalam kajian ini. Terdapat beberapa sebab

yang mendorong penulis memilih koleksi ini sebagai bahan kajian, antaranya:

(i) Populariti Hadith Empat Puluh (Arba‘in Nawawiyy) merupakan kitab Hadith yang

dibaca dan diajar di alam Melayu sejak zaman berzaman lagi serta mendapat tempat

yang begitu istimewa dalam kalangan guru, pelajar, pendengar serta masyarakat. Ia

menjadi subjek utama agama yang diajar dan dilaksanakan, sama ada menerusi sistem

4 al-Hambaliyy, Ibn Rajab (1999). Jami‘ al’Ulum wa al-Hikam, Syu‘iyb al-Arna’ut & Ibrahim Bajis

(ptah). Beirut: Muassasat al-Risalat. hal 8.

Univers

ity of

Mala

ya

11

pembelajaran formal (arus perdana) ataupun tradisional (pondok, surau, masjid dan

kuliah agama).

(ii) Koleksi Hadith ini memaparkan himpunan Hadith yang menjadi paksi kepada

agama Islam. Hal ini membuktikan peri penting koleksi ini untuk difahami, dan

seterusnya dihayati serta direalisasikan. Perkara ini disebut oleh pengarang al-Wafiyy:

و أه فص ن و أم االسلدارامهي لعنلة عجام ة ي ل ك ث ي أن هاأحاد كهوه عب ر و هأثل ث ال هض ع ب دن ع ف ق وت نان ل عي انذا

اهي ان عب ام إلل

ل ذ ب ون لوط أةرت ف ف رب أك ةاينهاع ح ر Sesungguhnya koleksi itu adalah himpunan hadith yang

menyeluruh serta merangkumi, kerana di atasnya paksi

agama Islam, atau separuh atau sepertiga atau

seperempat daripada agama Islam. Dan ini menjadikan

kami terhenti (untuk meneliti) sebahagian daripadanya

bagi memahami kandungan makna dalam waktu yang

terlebih lama. Kami juga memberikan perhatian yang

lebih untuk menjelaskan isi kandungan hadith tersebut.5

(iii) sambutan serta sanjungan yang tinggi dalam kalangan ulama, hingga menjadikan

koleksi Hadith Empat Puluh sebagai sumber yang diutamakan dan berwibawa untuk

disyarah dan dibincangkan secara lebih mendalam lagi. Berkemungkinan, perkara ini

terjadi, kesan daripada keikhlasan niat serta matlamat pengumpul dan pengarang koleksi

ini. Dikatakan syarah koleksi ini berjumlah lima puluh variasi, setengahnya telah

dicetak, manakala sebahagian besar daripadanya masih berbentuk manuskrip atau gagal

dikesan atau ditemui.6

5 Al-Bugha Mustafa dan Mistu Muhyi: al-Din (2007), al-Wafiyy fi Syarh al-Arba‘in al-Nawawiyyat,

Beirut: Dar al-Kalim al-Tayyib, : hal 6. 6 Ibid.

Univers

ity of

Mala

ya

12

1.8 Metodologi Kajian

Penulis menggunakan metodologi kualitatif untuk mendapatkan data dan

membuat penelitian terhadap fakta yang diperoleh. Terdapat dua metode digunakan:

(i) Metode Pengumpulan data

Dalam metode ini, penulis mengumpulkan data berdasarkan pembacaan dokumen -

dokumen yang berkaitan dengan masalah yang dikaji. Dokumen tersebut diperoleh

melalui kajian kepustakaan.

(ii) Metode Analisis Data

Data-data yang diperoleh dan dikumpul, dianalisis bagi mendapatkan kesimpulan atau

hasil penulisan. Dalam proses penganalisisan data, penulis menggunakan metode-

metode berikut:

(a) Metode Analisis Wacana (Discourse Analysis)

Penulis akan menggunakan metode ini untuk menganalisis data. Analisis wacana secara

umumnya merupakan metodologi yang boleh digunakan untuk mencerakin dan

menjawab pelbagai bentuk persoalan, sama ada berkaitan linguistik mahupun lainnya.

Dengan kata lain, metode analisis wacana dapat menghurai dan menjelaskan ‘dunia

bahasa’ sepertimana ‘dunia nyata’. Analisis wacana secara lazimnya mencerakin

wacana atau lakuan bahasa yang besar kepada bahagian-bahagian kecil mengikut

kriteria sepunya masing-masing, dan kemudian meneliti ciri khusus bahagian

berkaitan.7 Konsep analisis wacana dapat memastikan bahawa setiap wacana yang

terhasil mampu membawa ciri komunikatif. Hal ini dapat memartabatkan wacana di

7Idris Aman (2014a), Analisis Wacana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 15.

Univers

ity of

Mala

ya

13

peringkat perbahasan tertinggi menjangkaui perbahasan ayat dan klausa. Ia berlaku

kerana ayat, klausa dan perkataan yang dikaji dalam bentuk beku tanpa mengambil kira

faktor komunikasi masyarakat pengguna sesuatu bahasa. Justeru, metode analisis

wacana dapat mengaitkan wacana dan komponen-komponennya dengan konteks situasi

penghasilan wacana bagi menyatakan dengan tepat maksud sesuatu ujaran atau tulisan.

Penulis memilih metode analisis wacana dalam kajian ini kerana penghasilan wacana

dalam kajian ini bukan dibatasi oleh aspek bahasa sahaja, tetapi menjangkaui konteks

situasi penghasilan serta penguasaan dan pemahaman wacana itu sendiri. Metode ini

digunakan pada bab keenam.

(b) Metode induktif

Pengumpulan data secara induktif, membolehkan penulis mengumpulkan maklumat

secara berterusan dalam menjelaskan masalah yang dikaji. Dalam situasi sebegini,

penulis menghubungkaitkan fakta-fakta yang terkumpul untuk membentuk gagasan idea

dan fikiran. Proses pengumpulan data secara induktif dilakukan pada bab kelima dan

keenam.

(c) Metode komparatif

Pengumpulan data secara komparatif bertujuan untuk membuat kesimpulan setelah

melakukan perbandingan beberapa data yang diperoleh dalam masa penelitian

dilakukan. Ia termasuklah perbandingan pandangan sarjana tertentu mengenai persoalan

yang dibincangkan. Pada akhirnya, penulis menyatakan pandangan peribadinya tentang

persoalan yang diketengahkan itu. Pengumpulan data secara ini dilakukan pada bab

kelima dan keenam.

Univers

ity of

Mala

ya

14

1.9 Penutup

Secara keseluruhan, bab ini mengetengahkan perbincangan berkaitan

dengan latar belakang yang disifatkan sebagai kerangka kajian. Penulis menyentuh

beberapa perkara penting yang menjadi asas serta matlamat kajian ini. Penulis amat

mengharapkan teguran serta kritikan yang membina dalam menghasilkan kajian yang

mampan, berunsurkan ilmiah serta tersusun. Justeru, kajian ini diharapkan dapat

mengapai objektif yang digariskan selaras dengan bidang serta batasan kajiannya.

Univers

ity of

Mala

ya

15

BAB DUA

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN DAN KERANGKA KAJIAN

2.0 Pendahuluan

Kajian literatur atau kajian terdahulu merupakan platform penting dalam

merencanakan sesuatu perbincangan ataupun kajian. Seseorang pengkaji mahupun

penulis dapat meneroka serta meluaskan penerokaannya berdasar kajian terdahulu.

Dalam hal ini, penambahbaikan dapat dilaksanakan berasaskan ruang-ruang yang belum

lagi diisi. Justeru, ruang-ruang tersebut perlu dilihat dari pelbagai dimensi.

Sumber rujukan dan kajian terdahulu menjadi input penting kajian ini.

Maka dalam hal ini, penulis merujuk kepada sumber klasik seperti balaghah serta tata

bahasa Arab dan buku yang berkaitan dengannya. Penulis juga merujuk kepada sumber

kontemporari seperti tesis, disertasi, jurnal penyelidikan, prosiding yang dibentangkan

di seminar serta kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian ini, sama ada secara

langsung, ataupun tidak.

2.1 Kajian berkaitan

Istilah ‘estetika imaginatif’ merujuk kepada dua pendekatan yang diguna

pakai oleh ulama. Pertamanya, istilah estetika merupakan nilai keindahan yang

digembleng dari ilmu balaghah yang terdiri dari ilmu ma‘aniyy, bayan dan badi‘.

Keduanya, imaginatif adalah pendekatan gambaran (taswir) yang lebih menjurus kepada

unsur khayalan serta imaginasi. Justeru, aspek estetika sebenarnya telah dibincangkan

Univers

ity of

Mala

ya

16

sejak sekian lama meskipun dari dimensi yang berbeza-beza seperti i‘jaz al-Qur’an,

kebahasaan dan lainnya. Tokoh-tokoh seperti Abu ‘Uthman Amr bin Bahr al-Jahiz (m

255H), Ibn Qutaybat al-Daynuriyy (m 276H), Abu al-‘Abbas Muhammad bin Yazid al-

Mubarrad (m 285H), Abu Hilal al-‘Askariyy (m 395H), ‘Ali bin ‘Isa al-Rummaniyy (m

386H),Abu Bakr Muhammad bin al-Tayyib al-Baqillaniyy (m 403H), Abd al-Qahir al-

Jurjaniyy (m 471H), Mahmud ibn ‘Umar al-Zamakhsyariyy (m 548H) Abu Ya‘qub al-

Sakkakiyy (m 626H), Abu ‘Abd al-Rahman al-Qazwiniyy (m 739H), dan Badr al-Din

al-Zarkasyiyy (m 794H), antara sarjana yang mewarnai potret estetik ini. Hasil karya

dan penulisan mereka digarapkan oleh generasi terkemudian dalam mendepani isu-isu

berkaitan pada era mereka.

Manakala imaginatif pula merupakan adalah pendekatan yang diberi nafas

baru terutamanya dalam kalangan sasterawan moden. Umumnya, unsur imaginasi dalam

karya telah lama wujud. Imaginasi yang terbit daripada gambaran telah lama dihayati

dalam kehidupan sasterawan lampau. Seorang penyair terkemuka era Umayyad, iaitu

Dhu al-Rummat (m 735/117H) membangkitkan suatu gambaran atau ilustrasi dari

kehidupan yang realistik, bukan sekadar ilustrasi yang kaku. Beliau mengutarakan

ilustrasi tersebut melalui pengembaraannya menaiki unta supaya pengembaraan tersebut

dapat dihayati dan dirasai sendiri. Katanya:

ا عجلى وجاضح خجص و ت جبجس يجل لج # ر م هج ؤ الب جرق ف ذي ل ة ب جردتجلج

Nyata senyumannya (kekasih penyair) menerusi bentuk pinggang,

umpama panahan petir dalam suasana hiruk piruk kesejukan8

8 Mohd Zuhdi bin Ismail (2013). Sastera Islami: Puisi Umawi menurut Abu Hasan al-Nadwi. Tesis

SarjanaSastera. (Kesusasteraan Islam), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. hal. 69.

Univers

ity of

Mala

ya

17

Daripada ungkapan di atas, dapat difahami gambaran berunsurkan imaginasi atau

khayalan penyair telah lama bertapak dalam masyarakat Arab Islam, bahkan sejak era

Arab Jahiliah lagi. Hal ini terjadi kerana imaginasi merupakan tabiat semula jadi

manusia, dan menjadi keperluan mereka dalam meneroka kehidupan. Ia terhasil

dilakukan dengan menggambarkan hakikat serta melaksanakannya melalui tasawur yang

terbit dari pendengaran, penglihatan, serta kehendak hati (pancaindera dalaman).

Pengalaman dan pengamatan para sasterawan Arab, di samping kritikan bahasa dan

sastera yang berkaitan dengan pembinaan ayat memainkan peranan besar dalam

melonjakkan kajian balaghah khususnya estetika ke arah paradigma yang mantap.

2.2 Buku dan sumber kajian berkaitan.

Dinyatakan sebelum ini, kajian tentang estetika imaginatif yang merupakan

gagasan dua pendekatan dalam membentuk nilai wacana yang lebih interaktif dari aspek

keberhasilan, baik kepada pewacana mahupun pendengar atau pembaca. Jika dilihat dari

sudut sejarah ilmu balaghah, proses penting yang menjadi mekanisme atau kayu

pengukur kepada kaedah balaghah ialah penurunan al-Qur’an. Bermula dari sini hingga

kepada pendokumentasian ilmu dan kaedah balaghah, al-Qur’an menjadi rujukan terbaik

dalam menangani isu dan permasalahan balaghah. Al-Jahiz yang dianggap sebagai

pencetus ilmu balaghah bahasa Arab, menyentuh beberapa topik perbincangan yang

termasuk dalam nilai estetik, antaranya tashbih,9 isti‘arat,

10 al-majaz,

11 ijaz dan itnab,

12

dan uslub al-hakim.13

9 Al-Jahiz menyatakan tasybih ialah penggabungan dua perkara dengan menggunakan alat kerana

terdapat persamaan antara keduanya. Takrifan ini hampir menyamai takrifan sarjana balaghah. Lihat al-

Jahiz (1992 ), al-Hayawan Yahya al-Shamiyy (ptah.), Beirut: Maktabat al-Hilal, hal 153

Univers

ity of

Mala

ya

18

‘Ali bin ‘Isa al-Rummaniyy dianggap antara tokoh penting ilmu balaghah

pada era pendokumentasian ilmu ini. Beliau menghasilkan karya berkaitan i‘jaz al-

Qur’an dan dinamakan ‘al-Nukat fi I‘jaz al-Qur’an’. Beliau berpandangan, balaghah

mengandungi tiga lapisan (tabaqat), iaitu tinggi, pertengahan dan rendah. Lapisan tinggi

adalah mukjizat yang terkandung dalam balaghah al-Qur’an. Antara topik estetik yang

disentuh dalam karya ini ialah ijaz, tasybih, isti’arat, tala’um,14

fawasil,15

tasrif,16

tadmin,17

mubalaghat,18

dan husn al-bayan.19

Muhammad bin al-Tayyib al-Baqillaniyy juga merupakan antara tokoh

balaghah era pendokumentasian . Beliau menghasilkan banyak karya, dan antara yang

tersohor ialah ‘I‘jaz al-Qur’an’. Daripada penjenamaan karya ini, difahami maksud

yang ingin disampaikan oleh al-Baqillaniyy menjurus kepada kemukjizatan al-Qur’an.

Justeru, beliau mengetengahkan elemen balaghah sebagai keutamaan dalam pemahaman

al-Qur’an. Antaranya, penyusunan al-Qur’an yang melemahkan manusia dalam

10

Al-Jahiz mendefinisikan isti‘arat sebagai menamakan sesuatu dengan yang lain, apabila ia berada di

tempat itu. Lihat al-Jahiz (1968), al-Bayan wa al-Tabyin, Beirut: Dar Fikr,. hal 116 11

Menurut al-Jahiz, al-majaz lawan bagi al-haqiqat. Makna ini lebih kompleks. Pandangan beliau jelas

apabila dikaitkan dengan contoh yang terdapat dalam al-Qur’an. Antaranya, lafaz syarab Beliau

menyatakan, madu bukanlah syarab, tetapi berubah menjadi syarab. Hal ini kerana beliau berpegang

kepada adat Arab tentang sesuatu perkara, iaitu apabila berada bersama yang lain dalam masa yang lama,

boleh dinamakan juga dengan yang lain itu. Lihat al-Jahiz (1992), op.cit. hal 163 12

al-Jahiz beranggapan, ijaz dan itnab berkait rapat dengan situasi pembaca atau pendengar. Begitu juga

denganmakna atau maksud yang ingin ditampilkan. Beliau mengemukakan konsep wacana al-Qur’an,

apabila ditujukan kepada Arab yang merupakan pakar bahasa, konsepnya ijaz, tetapi kepada Bani Israel

pula berkonsepkan itnab. Lihat Dayf Syawqiyy (1965), al-Balaghat Tatawwur wa Tarikh, Kaherah: Dar

al-Ma‘arif, hal. 48. 13

Al-Jahiz mengkategorikan uslub al-hakim sebagai gaya teka-teki dalam menjawab. Lihat al-Jahiz

(1968), op.cit. hal 96 14

Tala’um ialah membetulkan huruf dalam susunan. 15

Fawasil ialah kepelbagaian huruf pada tempat berhenti ayat yang meninggalkan kesan pemahaman

makna. 16

Tasrif ialah perubahan makna disebabkan perubahan petunjuk makna. 17

Tadmin adalah sebahagian daripada ijaz (meringkaskan), sama ada meringkaskan struktur perkataan

ataupun makna ungkapan 18

mubalaghat ialah petunjuk impak makna ke atas perubahan asal bahasa 19

Husn al-bayan bermaksud menghadirkan makna dengan pengetahuan, kesan dari perbezaan sesuatu

dengan yang lain

Univers

ity of

Mala

ya

19

menghadapinya, seperti penyusunan ayat yang berbeza dengan kebiasaan bahasa Arab.20

Apa yang dimaksudkan oleh al-Baqillaniyy di sini bukanlah penyusunan ayat secara

khusus, tetapi aplikasi penyusunan yang berbeza dengan sebelumnya. Antara elemen

balaghah yang dikemukakan beliau dalam karya ini ialah konsep pemaknaan yang

terdapat dalam al-Qur’an dengan tidak bercanggah antara satu sama lain serta bersamaan

pada tahap pemaknaannya. Perkara ini berbeza dengan ungkapan manusia yang sentiasa

berbeza tahapnya, meskipun daripada kategori fasih. Dalam karya ini juga, beliau

membincangkan ilmu badi‘ yang merangkumi isti‘arat, irdaf,21

mumathalat,22

mutabaqat

(tibaq), muwazanat, mubalaghat, tawsyih,23

iltifat dan lainnya. Kesemua ini bertujuan

kepada pemahaman al-Qur’an dari aspek i‘jaz. 24

Kajian balaghah berasaskan estetika menempuh era kegemilangannya seperti

juga ilmu Islam yang lain. Antara tokoh era ini ialah Abu Hilal al-‘Askariyy. Beliau

menyatakan pada mukadimah karyanya, ‘Kitab al-Sina‘atayn al-Kitabat wa al-Syi‘r’,

ilmu yang perlu dipelajari ialah balaghah kerana dapat membawa kepada kefahaman al-

Qur’an. Ungkapan yang baik dan yang tidak, dapat dibezakan dengan pengetahuan

balaghah. Di sini, beliau mengemukakan contoh serta fakta yang dirujuk, sama ada dari

al-Qur’an, Hadith, ungkapan sahabat (r.a), puisi serta ungkapan hukama’, dalam

menentukan ciri balaghah. Ia diteliti, dianalisis dan diulas dari aspek kebaikan atau

sebaliknya. Antara skop balaghah yang dibincangkan oleh al-‘Askariyy dalam karya ini

ialah susunan perkataan dan ayat, genre ungkapan, itnab, ijaz, musawat, serta tasybih. 25

20

Ungkapan yang biasa digunakan pada waktu penurunan al-Qur’an berbentuk puisi, sajak, khutbah, dan

lainnya yang lebih menjurus kepada pematuhan rima dan rentak (wazn). 21

Irdaf bermaksud ungkapan berasaskan makna, bukan berasaskan lafaz dan petunjuk. 22

Mumathalat ialah persamaan rima pada penghujung ayat. 23

Tawsyih bermaksud penyebutan petunjuk makna sebelum akhir ayat ataupun rangkap puisi. 24

Al-Dhazabiyy Muhammad Jalal al-Syaikh (1997), Adwa’ ‘ala Marahil al-Bahth al-Balaghiyy,

Kaherah, Dar al-Ittihad al-Ta‘awuniyy, hal 124-125. 25

Al-Dhazabiyy Muhammad Jalal al-Syaikh (1997), op.cit, hal. 132.

Univers

ity of

Mala

ya

20

‘Abd al-Qahir al-Jurjaniyy merupakan salah seorang tokoh balaghah pada

era kegemilangannya. Beliau adalah perintis kepada teori konstruktif (nazm). Antara

karya popular beliau dalam kajian balaghah ialah “Dala’il al-I‘jaz” dan “Asrar al-

Balaghat”. Beliau juga dianggap sebagai pengasas kaedah ilmu balaghah selepas era

pendokumentasian. Antara perbincangan yang disentuh oleh al-Jurjaniyy ialah maksud

atau makna yang sama antara perkataan fasahat, balaghat, bayan, bara‘at, nazm, dan

ta’lif, iaitu menggambarkan, menjelaskan dan mengiklankan makna maksud dalam

minda. Kesemua perkataan di atas berkaitan dengan susunan ungkapan, teks ataupun

wacana, bukan dengan ungkapan, teks, ataupun wacana tersebut. Justeru, beliau

berpandangan fasahat, i‘jaz dan balaghat dapat dilihat pada susunan. Begitu juga

estetika teks atau wacana. Katanya:

اه نج ع مج فج ر ع ت ج أن ي غج ن ا م ع ض و مج ظ ف لج ل فج ر ع ت ج أن ر و صج تج لج جعجان ف ن جفسكج لج تجتجج ن م تج غ رج ا ف ج إذج كج وإن

إلج أن ت جرتيب املا ت جت جرجتب لجكج ب كم د هج تجستجأنفج فكر ا ف ت جرتيب األلفجاظ بجل تج

حقجة بجا وأن العلمج بجوجاقع م للمجعجان وجتابعجة لججا ولج أن هجا خجدججعجان ف الن فس علم بجوجاقع

الة عجلجي هجا ف الن طق امل األلفجاظ الدج

Tidak dapat digambarkan kamu mengetahui tempat

perkataan dan tidak mengetahui maknanya. Apabila kamu

selesai menyusun makna dalam minda, kamu tidak perlu

memulakan idea untuk menyusun perkataan, tetapi kamu

dapatinya tersusun kerana perkataan mempunyai maknanya,

mengikut dan mengiringinya. Pengetahuan tempat makna

dalam minda adalah pengetahuan perkataan yang diluahkan

dalam pertuturan.26

Al-Jurjaniyy membincangkan isu balaghah secara keseluruhan dengan tidak

membahagikannya kepada tiga perbahasaan utama dalamnya yang meliputi ma‘aniyy,

26

Al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (1991), Asrar al-Balaghat, Mahmud Muhammad Syakir (pnyt.), Jeddah:

Dar al-Madaniyy, hal 6.

Univers

ity of

Mala

ya

21

bayan dan badi‘. Beliau juga membincangkan isu tasybih tamthil,27 isti‘arat,

28 al-

tahqiqiyat dan al-takhyiliyat,29

majaz mursal,30

majaz ‘aqliyy,31

dan kinayat.

Antara karya klasik dalam bidang tafsir al-Qur’an yang mengetengahkan

pendekatan estetik ialah “al-Kasysyaf”. Ia dihasilkan Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Umar

al-Zamakhsyariyy. Beliau dianggap sebagai perintis dan pendukung dalam penyebaran

ideologi serta teori al-Jurjaniyy. Hal ini terbukti melalui kandungan tafsir al-Kasysyaf

yang menyerlahkan keindahan al-Qur’an serta menjadikan konsep balaghah yang

tercerna darinya unsur estetik bergambarkan realiti. Meskipun al-Jurjaniyy tidak

menjenamakan al-balaghah kepada tiga bahagiannya, tetapi beliau telah mengemukakan

petunjuk penjenamaan kepada generasi selepasnya. Maka al-Zamakhsyariyy

menamakan kelompok yang terdiri daripada tasybih, isti‘arat, tamthil, majaz, dan

kinayat sebagai ilmu bayan. Manakala perbincangan yang berkaitan dengan struktur ayat

yang melibatkan ilmu nahu, al-Zamakhsyariyy menamakannya dengan ilmu ma‘aniyy.

Perkara yang terjadi dalam susunan ayat serta terkeluar dari kaedah kebiasaan dan

terkandung dalam rahsia balaghah dinamakan ilmu badi‘.32

27

Al-Jurjaniyy berpandangan tasybih tamthiliyy berorientasikan tahap pemikiran pada aspek persamaan,

sama adapersamaan terhasil dari susunan (musyabbah dan musyabbah bih) ataupun tidak. Akan tetapi

keutamaandiberikan sekiranya ia terhasil dari susunan. Tasybih tamthiliyy adalah isti‘arat tamthiliyat. al-

Jurjaniyy mengutamakan penggunaan tasybih tamthiliyy dari isti‘arat tamtliliyat berasaskan kepada asal

penjenamaannya.Lihat al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (2000), Dala’il al-I‘jaz , Mahmud Muhammad Syakir

(pnyt.), Kaherah: Hay’at Misriyyat al-‘Ammat lil-Kitab, hal. 45-46. 28

Al-Jurjaniyy mendefinisikan isti‘arat dalam ayat adalah perkataan asal yang dikenali dari aspek bahasa

dan mempunyai bukti tentangnya. Kemudian perkataan itu digunakan penyair atau lainnya. Beliau

mengkategorikan isti‘arat kepada dua bahagian, tasrihiyat dan makniyat Lihat al-Dhahabiyy Muhammad

Jalal al-Syaikh (1998). op.cit. hal. 164-165. 29

Al-Jurjaniyy membincangkan dua kategori isti‘arat, iaitu tahqiqiyat dan takhyiliyat tetapi tidak

menamakan keduanya. Lihat al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (1991), op.cit, hal 32. 30

Al-Jurjaniyy mengemukakan takrifan majaz mursal dan menjelaskan perbezaan dalil (qarinat) dalam

majaz dengan musytarak. Beliau juga menyebut perbezaan antara gambaran isti‘arat dengan majaz

mursal. Lihat al-Dhahabiyy, Muhammad Jalal al-Syaikh (1998), op.cit, hal 170. 31

Takrifan majaz ‘aqliyy menurut al-Jurjaniyy ialah kesatuan ayat yang mengeluarkan sesuatu ketetapan

pada minda dan mencetuskan beberapa andaian maksudnya. Majaz ini memerlukan perkaitan (‘alaqat)

dan dalil bagi membuktikan andaian tersebut. Lihat al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (2000), op.cit, hal 194 32

Al-Dhahabiyy Muhammad Jalal al-Syaikh (1998), op.cit. hal. 197

Univers

ity of

Mala

ya

22

Apa yang dilakukan oleh al-Zamakhsyariyy dengan pembahagian di atas

ialah mengasingkan atau memisahkan perbincangan yang terdapat dalam ilmu balaghah.

Akan tetapi penjenamaan tersebut dilakukan berasaskan kandungan perbincangan dalam

ilmu terbabit, lebih-lebih lagi jika melibatkan tafsiran al-Qur’an. Hal ini jelas dari

ungkapan beliau:

ز ب ج وإن م ل كج ، واملتج ام كج ى واألح اوج تج الفج م ل ع ف ان رج ى األق لج عج زج ر ب ج وإن ه ي ق الفج فج ن م انج كج وإن ار بج واألخ ص صج القج ظ اف وحج م لج الكج ة اعج نج ص ف ا يج ن الد لج أه ي و ح الن وج ظ عج و أج ي ر ص البج ن سج الج نج م انج كج وإن ظ والواع ظ فج أح ة ج ر القج ن اب

، لج ه ي ي ج لج ة و ق ب ات غج الل كج لج وإن عج ي و غج ل ال وج ه و بج ي س ن ى م أنج ان كج وإن ن م ء ي ى شج لج عج ص و غ ج لج وج ق ائ رج الطج كج ل ت ك و ل س ل د حج أج م ه ن ى م دج صج تج ج م ل ا ع ه ج وج آن ر الق ب ي ص تج م ي مج ل ع ف عج ر بج د قج ل ج رج إل ق ائ قج الج كج ل ت

ة نج م ز ا أج مج ه ن عج ي ف ن الت ج ف بج ع تج وج ة نج ا آو هج اد يج ت ار ف لج ه تج وج ان يج الب ج م ل وع ان املعج الل ة جج ح ف ائ طج لج ة فج ر ع مج ف ة ا ه انج ظج مج ع اب تج ى ت ج لج عج ه ت ثج عج ب ج وج

Seseorang ahli fikah, meskipun dapat mengatasi orang lain dalam

ilmu fatwa dan hukum hakam, orang yang mahir berkata-kata,

meskipun dapat mengalahkan seluruh manusia dalam membentuk

kata-kata, orang yang mengingati cerita dan peristiwa, meskipun

terlebih mengingatinya mengatasi penduduk setempat, pemberi

nasihat, meskipun terlebih baik dari Hasan Basriyy, pakar nahu,

meskipun terlebih handal dari Sibawayh, pakar bahasa, meskipun

dapat memamah banyak bahasa dengan kekuatan dua tulang

dagunya, tidak seorang pun dalam kalangan mereka dapat berdepan

dalam menempuh laluan tersebut, dan tidak dapat menyelami

hakikatnya, melainkan seorang yang handal dalam dua ilmu yang

tertentu dengan al-Qur’an, iaitu ilmu ma‘aniyy dan ilmu bayan.

Waktu tertangguh untuk mengembalikan kedua-duanya, dan penat

untuk mengejutkan kedua-duanya. Manakala impian dihantar untuk

menjejaki matlamatnya dalam mengetahui hujah Allah yang

halus.33

33

Al-Zamakhsyariyy, Muhammad bin ‘Umar (1987), al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa ‘Uyun al-

Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil, Jil. 1, Beirut: Dar al-Kitab ‘Arabiyy, hal. 16

Univers

ity of

Mala

ya

23

Antara perbincangan estetika dalam balaghah yang diutarakan oleh al-

Zamakhsyariyy dalam tafsirnya ialah al-iltifat. Dalam pentafsiran ayat ( اكج إ وج د ب ع ن ج اكج إ ي ع تج س نج ),34 beliau mengemukakan soalan, kenapa digunakan ganti nama diri kedua

selepas digunakan ganti nama diri ketiga pada ayat sebelumnya. Sepatutnya digunakan

اه إ ) ) sebagai ganti ( اكج إ ). Beliau menegaskan perbincangan ini sebahagian daripada

al-iltifat dalam ilmu bayan. Ia terhasil sama ada dari ganti nama diri ketiga kepada ganti

nama diri kedua ataupun sebaliknya, mahupun dari ganti nama ketiga kepada ganti nama

diri pertama ataupun sebaliknya. Dalam hal ini, al-Zamakhsyariyy dilihat

mengetengahkan al-iltifat serta keistimewaannya dari aspek balaghah. Beliau juga dilihat

mengkategorikan al-iltifat sebahagian daripada ilmu bayan, meskipun ia bukan

sebahagian daripadanya. Perkara ini menyamai pandangan al-Jurjaniyy yang

mengelompokkan bayan sebagai muradif (bersamaan makna) dengan perkataan

balaghat, fasahat serta bara‘at.35 Dalam perbincangan pada permulaan empat ayat

dalam Surah al-Baqarah, beliau menegaskan ia dilengkapi dengan sendi balaghah ( آل )

yang menjadikan susunan ayat tersebut selaras, dengan ketiadaan huruf ‘atf.36

al-

Zamakhsyariyy melihat perceraian atau pengasingan keempat-empat ayat tersebut

menunjukkan kesempurnaan kesatuan ayat. Ia menguatkan ayat sebelumnya serta

mengemukakan makna baharu. Seolah-olah, ia menjadi penegasan bagi ayat

sebelumnya.37

al-Zamakhsyariyy juga membincangkan elemen estetik yang lain seperti

qasr, tasybih, isti‘arat, isti‘arat bil-kinayat, tamthiliyat, Seperti dinyatakan sebelum ini,

al-Zamakhsyariyy banyak menggunakan pendekatan yang dihasilkan oleh al-Jurjaniyy.

Kajian balaghah berasaskan estetika mencapai tahap kemuncaknya di bawah dua tokoh

di atas, di samping kematangan, kesan dari proses yang ditempuhinya beberapa

peringkat sebelumnya. Selepas era kedua tokoh tadi, kajian balaghah dilihat menurun

34

Surah al-Fatihah (1): 5 35

al-Zamakhsyariyy, Muhammad bin ‘Umar ( 1987 ), op.cit hal 62. 36

Huruf yang menjadi penghubung antara dua unsur bahasa dalam ayat. 37

al-Zamakhsyariyy, Muhammad bin ‘Umar(1987), op.cit, hal. 112

Univers

ity of

Mala

ya

24

dan terhenti dari peningkatannya. Para ulama balaghah dan sasterawan hanya

menumpukan kepada hasil yang dilakukan oleh al-Jurjaniyy dan al-Zamakhsyariyy

sahaja dan tidak dapat menandingi hal kedua-duanya. Justeru, kajian balaghah pada era

tersebut lebih tertumpu pada meringkaskan, menetapkan atau meluaskan perbincangan

karya sebelumnya,38

Antara ulama tersebut ialah Fakh al-Din bin‘Umar al-Raziyy (m 606H).

Karya beliau yang tersohor berkaitan dengan balaghah ialah ‘Nihayat al-Ijaz fi Dirayat

al-I‘jaz”. Dalam karya ini, beliau mengemukakan mukadimah, dua topik perbincangan,

dan kesimpulan. Apabila diamati sejak permulaan karya ini, dilihat al-Raziyy sudah

memulai langkah dengan membahagi, menghimpun, serta meringkaskan apa yang

dilakukan al-Jurjaniyy sebelumnya. Mukadimah dibahagikan pula kepada dua bahagian,

bahagian pertama membincangkan tentang dimensi i‘jaz al-Qur’an dan ruang

lingkupnya, di samping menganggap fasahat adalah unsur utama i‘jaz. Bahagian kedua

pula, diketengahkan kemuliaan fasahat yang merujuk kepada perkataan, ayat dan

susunannya. Ia kemudian dipecahkan kepada himpunan, penjuru dan kaedah. Pembaca

karya ini mendapati perbezaan ketara antara balaghah menurut al-Jurjaniyy yang

berasaskan pendidikan cita rasa (dhawq) serta keseronokan jiwa, dan seolah-olah berada

dalam taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang semerbak baunya, dengan

balaghah menurut al-Raziyy, yang dipenuhi dengan pembahagian yang banyak serta

penambahbaikan yang ketara.

Konsep dan pendekatan al-Raziyy dilihat berbeza dengan Abu Ya‘qub al-

Sakkakiyy. al-Sakkakiyy dalam karyanya berjudul ‘Miftah al-‘Ulum’ meletakkan

38

Al-Dhahabiyy, Muhammad Jalal al-Syaikh (1998), op.cit, hal 206

Univers

ity of

Mala

ya

25

perbincangan balaghah dan yang berkaitan dengannya, sebagai salah satu perbincangan

utama selepas nahu dan sarf (morfologi). Dalam karya ini, al-Sakkakiyy membahagikan

ilmu balaghah kepada dua, ma‘aniyy dan bayan. Manakala perbincangan yang berkaitan

dengan balaghah merangkumi makna dan perkataan dalam mengemukakan ungkapan

yang indah. Bagi perbincangan ilmu ma‘aniyy diketengahkan konsep istifham, al-

tamanniyy, al-amr, al-nahy, tahap kebarangkalian benar, pembohongan dalam berita, al-

isnad, al-musnad, al-musnid, al-fasl, al-wasl, ijaz, itnab, al-kasr dan al-talab. Dalam

perbincangan bayan pula, dikemukakan tasybih, majaz, kinayat, dan fasahat. Demikian

situasi yang berlaku dalam karya balaghah selepas ini. Kesemuanya menjurus kepada

penjelasan (syarh) serta ulasan ‘tentang karya terdahulu. Hal ini berlaku kerana tahap

keupayaan inovasi berkurangan, di samping tahap kreativiti sasterawan yang terhad.

Situasi sebegini berterusan hingga ke era moden. Antara karya moden yang

menjadi rujukan kepada kajian ini ialah:

(i) Asalib Balaghiyyat

Ahmad Matlub (1980) menghasilkan kajian ini sebagai rujukan pelajar di

peringkat awal pengajian di universiti. Dalam kajian ini, pembahagian gaya balaghah

dibahagikan kepada dua, iaitu fasahat dan balaghah yang merupakan asas serta matlamat

gaya ini, dan ilmu ma‘aniyy yang merangkumi bayan dan badi‘. Konsep penjenamaan

kajian ini berasaskan hubung kait ilmu balaghah dengan pembentukan ungkapan dan

ayat. Kajian gaya dan pengamatan balaghah membuka ruang kepada penulisan bahasa

Arab yang merupakan bahasa istimewa yang sarat dengan seni ungkapan. Kajian ini

menyerlahkan dua aspek penting, iaitu pemfokusan kepada takrifan ulama terdahulu,

Univers

ity of

Mala

ya

26

pembahagian serta pandangan mereka, dan mengemukakan contoh yang dinyatakan

mereka supaya kaedah serta asas dapat dikaitkan dalam membantu ketulenan bahasa

Arab. Kajian ini hanya menumpukan kepada gaya balaghah dan mengemukakan contoh

dalam pelbagai genre, khususnya puisi Arab. Hal ini berbeza dengan kajian penulis yang

memfokuskan kepada Hadith Nabawiyy sahaja.

(ii) al-Taswir al-Fanniyy fi al-Hadith al-Nabawiyy

Kajian ini dihasilkan oleh Muhammad Lutfiyy al-Sabbarh (1988). Ia

memfokuskan kajian gambaran kesenian hadith dari aspek kandungan yang

merangkumi gambaran sensualisme (hissiyyah) serta spiritual, dan struktur teks dari

aspek perantaraan serta hubung kait unsur gambaran tersebut. Justeru, kajian ini lebih

menumpukan kepada kaedah pemahaman hadith berdasarkan elemen sastera dengan

petunjuk agama. Kaedah pemahaman tersebut berorientasikan pendekatan lama dan

berbeza dengan pendekatan baharu yang lebih memberi penekanan kepada elemen

yang berbagai-bagai, antaranya fonologi, struktur perkataan dan ayat, ilustrasi serta

petunjuk bermatlamatkan petunjuk terpenting (finalis) dalam sesuatu wacana atau

teks. Kajian ini membataskan himpunan hadith yang terpilih sahaja, dan berbeza

dengan kajian penulis.

(iii) Al-Ta‘bir al-Fanniyy fi al-Qur’an al-Karim

Kajian yang dihasilkan oleh Bakriyy Shaykh Amin (1994) mengandungi

enam bab. Dalam bab pertama, pengarang mengemukakan tentang sejarah al-Qur’an

Univers

ity of

Mala

ya

27

dengan merangkumi lima fasal, bermula daripada takrifan al-Qur’an hingga proses

pengumpulannya pada era Khalifah Uthman bin al-‘Affan (r.a). Disusuli pula dalam bab

kedua dengan perbincangan ilmu al-Qur’an. Ia merangkumi pembahagian al-Qur’an

kepada makkiyy dan madaniyy, ciri atau keistimewaan kedua-duanya, asbab nuzul al-

Qur’an, nasikh dan mansukh, muhkam dan mutasyabih, pembukaan surah al-Qur’an, al-

ahrup al-sab‘at, resam al-Qur’an serta al-qira’at dan al-qurra’. Bab ketiga pula

membincangkan tafsir al-Qur’an. Ia mencakupi perbincangan tentang tafsir serta juru

tafsir dan kategori tafsir, di samping penjelasan mengenai tafsir al-Quran dengan bahasa

selain dari Arab atau terjemahan ke dalam bahasa lain. Seterusnya dalam bab keempat,

dibincangkan pula tentang i‘jaz al-Qur’an. Terkandung dalam bab ini juga perbincangan

mengenai masyarakat Arab dan al-Qur’an, penentangan mereka terhadapnya, karya

yang dihasilkan dalam i‘jaz serta isu-isu lain yang berkaitan dengan i‘jaz. Manakala

dalam bab kelima, pengarang mengetengahkan beberapa gaya yang terdapat dalam al-

Qur’an. Antaranya, ayat tunggal dalam al-Qur’an, tuturan ayat, tasybih dan isti‘arat,

kinayat, penghujung ayat al-Qur’an, kerangka surah al-Qur’an, kisah dalam al-Qur’an,

perumpamaan, sumpah, serta topik yang terdapat di dalam al-Qur’an. Dalam bab

keenam dan penghabisan, pengarang menganalisis petikan ayat daripada beberapa surah

terpilih, iaitu al-Naba’, al-Qalam, al- Zukhruf, al-Isra’ dan al-Hujurat menurut dimensi

sastera. Kajian ini menumpukan nilai estetik yang terdapat di dalam al-Qur’an, berbeza

dengan kajian penulis yang memfokuskan nilai tersebut kepada Hadith Rasulullah

(s.a.w) sahaja

Univers

ity of

Mala

ya

28

(iv) al-Ta‘bir al-Qur’aniyy

al-Samarraiyy (1998) dalam kajian ini membincangkan beberapa aspek ilmu

ma‘aniyy yang terdiri daripada pendepanan dan pengakhiran, penyebutan dan

pengguguran, kesamaan dan perbezaan. Topik konteks ayat al-Qur’an dan

penganalisisan gaya bahasa kisah Nabi Adam dan Musa (a.s) juga dibincangkan di sini.

Kajian ini diakhiri dengan aplikasi balaghah dalam surah al-Tin. Kajian ini tidak

menyentuh konsep estetik secara menyeluruh dan hanya memfokuskan kisah dan ayat

tertentu dalam al-Qur’an

(v) Balaghat al-Kalimat fi Ta‘bir al-Qur’aniyy

al-Samarraiyy (2000) membincangkan beberapa bentuk i‘jaz bayaniyy dalam

perkataan al-Qur’an, iaitu penyebutan dan pengguguran huruf dalam perkataan al-

Qur’an, penggunaan kata kerja pasif, penggunaan kata nama tunggal, duaan serta jamak,

dan perkataan yang disebut tidak mengikut tatabahasa Arab. Karya ini mengaplikasikan

teori i‘jaz bayaniyy dari aspek balaghah berkaitan pemilihan perkataan al-Qur’an. Fokus

perbincangannya berbeza dengan kajian penulis yang menjurus kepada Hadith

Rasulullah (s.a.w).

Univers

ity of

Mala

ya

29

(vi) al-Taswir al-Nabawiyy lil-Qiyam al-Khalqiyat wa al-Tashri‘iyat fi al-Hadith al

Syarif

Kajian ini dihasilkan oleh‘Aliyy ‘Aliyy Subh (2002). Pengkaji

membincangkan beberapa Hadith Rasulullah (s.a.w) selepas mengkategorikannya

kepada empat fasa. Pertama, Islam dan Iman, kedua Wuduk dan Solat, ketiga Puasa dan

Haji, dan keempat Muamalat yang baik. Kesemua Hadith ini dianalisis daripada sudut

ilmu balaghah pada perspektif sastera untuk diambil nilai tambah serta hasilnya bagi

mencapai matlamat ungkapan sesuatu Hadith. Dalam hal ini, pengkaji menganggap

kejayaan ungkapan tersebut terkandung dalam nilai-nilai syariat dan akhlak yang

dihasilkan oleh Rasulullah (s.a.w). Kajian ini berbeza dengan kajian penulis kerana

Hadith yang terpilih mempunyai kaitan dengan empat fasa yang dibincangkan sahaja,

sedangkan kajian penulis tidak dibatasi dengan fasa tersebut.

(vii) Balaghat al-Sard al-Qisas fi al-Qur’an al-Karim

Khadhar, Muhammad Mushrif (2004) menghasilkan karya ini sebagai satu

hasil sastera yang berkaitan dengan pengajian beberapa kisah al-Qur’an. Kajian ini

secara keseluruhan mengandungi dua perbincangan asas. Pertama, himpunan kisah yang

terdapat dalam al-Qur’an dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kisah tersebut

yang dianggap sebagai wacana yang mengandungi perkaitan antara satu sama lain dari

aspek waktu. Begitu juga keistimewaan pola perkataan yang digunakan dalam

mempelbagaikan wacana dalam al-Qur’an. Justeru, kajian ini menumpukan kepada

struktur penceritaan di dalam al-Qur’an pada aspek balaghah. Ia berbeza dengan kajian

penulis yang memberi tumpuan kepada Hadith Rasulullah (s.a.w) sahaja.

Univers

ity of

Mala

ya

30

(viii) -Bahij fi Asalib al-Bayan

Kajian ini disusun oleh Abu Hamdat, Muhammad Aliyy (2005). Kajian ini

mengandungi lima bab. Ia mengetengahkan uslub penjelasan (al-bayan) yang

merangkumi tasybih, isti‘arat, kinayat, dan majaz. Tumpuan praktis gaya berkenaan

lebih terarah kepada al-Qur’an. Perkara ini berbeza dengan kajian penulis.

(ix) al-Taswir al-Fanniyy fi al-Qur’an al-Karim

Kajian ini ditulis oleh Jubayr Salih Hammadiyy ( 2007). Ia merangkumi

mukadimah, tiga fasa dan kesimpulan. Pengkaji membincangkan dalam fasa pertama

tentang fikrah atau idealisme teori gambaran dari aspek cetusan dan perkembangan, di

samping asas teori ini. Fasa yang kedua, dibincangkan pula beberapa ciri teori.

Manakala fasa ketiga, perbincangan tentang beberapa unsur teori yang terdapat dalam

warisan sastera Arab. Justeru kajian ini hanya memfokuskan teori gambaran sahaja,

tidak menggabungkan dengan nilai estetik sebagai gagasan pendekatan serta analisisnya

kepada Hadith Rasulullah (s.a.w).

(xi) Mabahith fi al-Balaghat wa I‘jaz al-Qur’an al-Karim

Zanjir, Rif‘at Ahmad (2007) dalam karya di atas membincangkan

perkembangan kajian balaghah dan i‘jaz al-Qur’an bermula dari zaman awal sehingga

ke zaman moden. Ia bermula dengan konsep mukjizat, hubungan i‘jaz al-Qur’an dengan

ilmu balaghah dan ilmu tafsir. Pada permulaannya dibincangkan perkembangan

balaghah sebelum zaman pembukuan dengan merangkumi zaman jahiliah, awal Islam,

Univers

ity of

Mala

ya

31

Umayyad dan Abbasiyah. Seterusnya dihuraikan era pembukuan, pengasasan dan

kematangan kajian balaghah dan i‘jaz al-Qur’an yang bermula pada kurun ketiga Hijrah

sehingga kurun keenam Hijrah. Pada peringkat ini dibincangkan sumbangan beberapa

tokoh seperti al-Jahiz, al-Baqillaniyy, al-Jurjaniyy, dan al-Zamakhsyariyy serta

sumbangan beberapa tokoh lain. Berikutnya, dihuraikan peringkat kebekuan meliputi era

Sakkakiyy, al-Qazwiniyy, al-Suyutiyy, al-Raziyy, Ibn Abu al-Isba’, ‘Izz al-Din bin ‘Abd

al-Salam, al-Qurtubiyy, al-Baydawiyy, al-‘Alawiyy, dan al-Zarkasyiyy. Ia diakhiri

dengan kupasan mengenai kajian balaghah dan i‘jaz pada zaman moden. Penumpuan

perbincangannya meninjau sumbangan al-Rafi‘iyy, Ibn ‘Asyur, Sayyid Qutb serta usaha

tokoh-tokoh lain. Karya ini adalah terkini dan sistematik dalam menerokai

perkembangan kajian balaghah dan i‘jaz al-Qur’an. karya ini lebih terarah kepada

perkembangan i‘jaz bayaniyy sahaja tanpa menghuraikan aspek aplikasinya.

(xii) al-Balaghat Fununuha wa Afnanuha ‘Ilm al-Ma‘aniyy

Karya ini dihasilkan oleh ‘Abbas (2009) dengan membincangkan persoalan

‘ilmu ma‘aniyy. Ia dimulakan dengan pengenalan fasahat, balaghat, gaya, dan sejarah

ringkas kajian balaghah. Perbincangan ilmu ma‘aniyy dimulakan dengan pengenalan

ringkas berkaitan ilmu ini, diikuti kupasan sembilan topik utama , iaitu gaya bahasa

khabariyy, gaya bahasa insyaiyy, pendepanan dan pengakhiran, penyebutan dan

pengguguran, ta‘rif dan tankir, limitasi ayat (taqyid al-jumlat), qasr, fasl, dan wasl serta

i‘jaz, itnab dan musawat. Karya ini membincangkan topik-topik berkaitan struktur ayat

secara umum dengan membawa contoh-contoh dari al-Qur’an, Hadith, dan puisi Arab.

Ia berbeza dengan kajian penulis yang memfokuskan kepada Hadith Rasulullah (s.a.w)

sahaja.

Univers

ity of

Mala

ya

32

(xiii) al-Nazm al-Qur’aniyy fi Tafsir al-Ddur al-Masun fi ‘Ulum al-Kitab al-Maknun

Kajian di atas dihasilkan oleh al-Ghazawiyy, Khalid Hammudiyy Yahya

(2012). Kajian ini menumpukan teori nazm (konstruktif) dalam penyusunan tafsir al-

Qur’an yang berjudul “al-Samin al-Halabiyy”. Tafsir ini bercirikan kebahasaan yang

memberi penekanan terhadap pandangan balaghah, gaya bahasa, dan petunjuk makna.

Secara khususnya, pengkaji membahagikan kajian ini kepada tiga fasa yang merupakan

elemen penting dalam perbahasan balaghah, iaitu ma‘aniyy, bayan dan badi‘. Pada setiap

fasa, diketengahkan perbahasan atau perbincangan tentang topik-topik berkaitan dengan

ketiga-tiga elemen berkenaan. Kajian ini hanya memfokuskan ilmu balaghah sahaja,

serta penumpuan kepada kajian al-Qur’an, dan berbeza dengan kajian penulis.

(xiv) al-Manhaj al-Bayaniyy fi Tafsir al-Qur’an fi al-‘Asr al-Hadith

Kajian ini juga disusun oleh al-Ghazawiyy, Khalid Hammudiyy Yahya

(2012). Kajian ini mengetengahkan beberapa manhaj dalam tafsiran al-Qur’an. Kesemua

manhaj ini menjurus kepada pendekatan sastera (adab) dalam tafsiran al-Qur’an. Antara

pendekatan para ulama yang dinyatakan dalam kajian ini sebagai sumbangsih ialah

Muhammad ‘Abduh (m 1905), Rashid Rida( m 1935), Amin al-Khuliyy, Muhammad

Mustafa: al-Maraghiyy (m 1945), ‘Abd al-Qadir al-Maghabiyy , ‘Aishah ‘Abd al-

Rahman (Bint al-Syati’), dan Sayyid Qutb (m 1966). Pendekatan-pendekatan di atas

ditinjau aplikasi atau pengamalannya di dalam al-Qur’an. Justeru, kajian ini berbeza

dengan penulis yang menumpukan kepada Hadith Rasulullah (s.a.w) sahaja.

Univers

ity of

Mala

ya

33

2.3 Tesis-tesis

Tesis adalah bentuk penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh para pelajar

dalam pelbagai peringkat pengajian tinggi. Ia mempunyai autoriti yang kuat dalam

menyabitkan sesuatu fakta atau pembuktian. Dalam kajian ini, penulis mengemukakan

fakta berdasarkan tesis yang ditemui dan mempunyai kaitan dengan kajian yang

dilakukan, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Terdapat beberapa tesis yang berkaitan dengan kajian ini dan dibahagikan

kepada kategori berikut:

(a) Analisis pandangan sarjana tentang balaghah yang dianggap nilai estetik .

(i) al-Qur’an dan kesannya dalam kajian Balaghah

Kajian ini disusun oleh Embong Muhamed (1985) sebagai tesis Sarjana di

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menyingkap kesan

al-Qur’an al-Karim dalam pengajian balaghah sejak al-Qur’an diturunkan hingga era

kemantapan ilmu tersebut. Kajian ini juga mengetengahkan secara ringkas definisi

balaghah dan bayan, pandangan ulama mengenainya, serta keperluan pengajian

balaghah, di samping motif pengajian ini dalam masyarakat Arab. Ia juga

memperlihatkan kedudukan masyarakat Arab dalam balaghah serta kedudukan balaghah

selepas penurunan al-Qur’an. Di samping itu, konsep i‘jaz yang menjadi asas kajian

balaghah dibincangkan dengan dibawa pandangan ulama mengenainya. Kesan

penyusunan ilmu balaghah daripada al-Qur’an diketengahkan demi meneguhkan

Univers

ity of

Mala

ya

34

kedudukan al-Qur’an, di samping kepelbagaian usaha yang digembleng dalam

memantapkan kaedah-kaedah balaghah. Kajian ini berbeza dengan kajian penulis yang

menganalisis kaedah-kaedah tersebut melalui Hadith Rasulullah (s.a.w).

(ii) al-Hadis: Satu kajian dari sudut al-Balaghah

Kajian ini disusun oleh Idris bin Abdullah (1991) sebagai tesis Sarjana di

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia mengetengahkan

keindahan Balaghah yang terdapat dalam hadith Rasulullah (s.a.w), bermula daripada

pengertian hadith dan Balaghah daripada aspek bahasa dan istilah, dan memberi

penerangan ringkas mengenai istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kedua-dua

bidang tersebut. Di samping itu, dikemukakan usaha para ilmuwan yang mengkaji dan

menyusun ilmu balaghah sehingga menjadi satu ilmu yang lengkap. Kajian ini juga

menampilkan beberapa faktor yang membawa kepada kefasihan pertuturan Rasulullah

(s.a.w). Kemuncak perbincangan kajian ini menumpukan kepada beberapa cara

pembentangan hadith serta istilah yang digunakan dalam kajian. Kajian ini hanya

menumpukan kepada lima puluh satu hadith sahaja yang terbukti mengandungi unsur

balaghah yang tinggi. Perkara ini berbeza dengan kajian penulis yang memfokuskan

kepada koleksi Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy.

Univers

ity of

Mala

ya

35

(iii) Bentuk-bentuk seni badi‘ di dalam susunan bahasa al-Qur’an al-Karim.

Akhtiar Ismail (1993) menghasilkan kajian ini sebagai tesis Sarjana di Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini mengetengahkan beberapa

unsur yang terdapat dalam ilmu badi‘, yang merupakan salah satu daripada tiga cabang

ilmu balaghah ( ma‘aniyy, bayan dan badi‘). Ia difokuskan dalam gaya al-Qur’an.

Kajian ini tidak membincangkan keseluruhan elemen yang terdapat di dalam ilmu badi‘,

tetapi hanya sebahagian besar daripadanya. Antara elemen yang dibincangkan dalam

kajian ini ialah tibaq, muqabalat, mubalaghat, tawriyat, iltifat, jinas, radd al-‘ajziyy ‘ala

al-sadr, saj‘ al-muwazanat dan lainnya. Sebanyak tujuh surah al-Qur’an dipilih untuk

dianalisis elemen badi‘ tersebut, iaitu al-An‘am, Yunus, Taha, al-Anbiya’, al-Nur, al-

Rum, dan al-Zumar. Kajian ini juga mengetengahkan hubungan serta perkaitan ilmu

Badi‘ dengan mukjizat al-Qur’an. Pengkaji menyebut takrifan bagi setiap elemen badi‘

yang dibincangkan serta menerangkan kaedah dan pembahagiannya. Di samping itu,

dibincangkan beberapa tempat yang mempunyai unsur badi‘ yang terdapat dalam

ketujuh-tujuh surah tersebut. Kajian ini berbeza dengan kajian penulis yang

memfokuskan kepada ilmu balaghah secara keseluruhan, bukan ilmu badi‘ sahaja, di

samping tumpuan kepada analisis yang berkaitan dengan Hadith Rasulullah (s.a.w)

sahaja.

(iv) al-Mabahith al-Balaghiyyat fi Tafsir al-Tabariyy

Kajian ini dihasilkan oleh Mahmud al-Zayniyy bin Ahmad (1993) sebagai

tesis Ph.D di Kulliyyat al-Lughat al-‘Arabiyyat di Universiti al-Azhar, Mesir. Kajian ini

Univers

ity of

Mala

ya

36

merangkumi ketiga-tiga ilmu yang terdapat dalam ilmu balaghah, iaitu ma‘aniyy, bayan

dan badi‘. Setiap perbahasan dan perbincangan yang berada di bawah ketiga-tiga ilmu

dikemukakan bukti atau contoh yang diketengahkan dalam tafsir al-Tabariyy.

Hakikatnya, elemen balaghah yang didapati dalam tafsir ini menunjukkan pendekatan

balaghah juga amat diperlukan dalam tafsiran al-Qur’an. Justeru, pemfokusan kajian ini

hanya kepada tafsir al-Qur’an, khususnya al-Tabariyy, dan berbeza daripada kajian

penulis yang menumpukan kepada Hadith Rasulullah (s.a.w) sahaja. Di samping itu,

kajian penulis bukan hanya memfokuskan ilmu balaghah sahaja, tetapi menjangkaui

psikologi penulis dan pendengar atau pembaca.

(v) al-Kinayat: Dirasat fi al-Qimat al-Balaghiyat wa al-Jamaliyyat.

Kajian di atas dihasilkan oleh Nufal, Wudad Muhammad Mahmud (1993).

Ia adalah tesis Ph.D di Kulliyat al-Adab, Universiti Iskandariah, Mesir.. Pengkaji

memfokuskan kajian ini kepada proses serta hasil balaghah dan estetika dalam al-

kinayat (kiasan). Secara keseluruhan, elemen balaghah dan estetika yang ditampilkan

dalam kajian ini mempunyai kaitan secara langsung. Justeru, al-kinayat pada kaca mata

pengkaji merupakan elemen penting balaghah dan estetika. Kajian ini berbeza dengan

kajian penulis kerana praktisnya bukan hanya tertentu kepada Hadith Rasulullah (s.a.w)

sahaja.

(vii) Balaghah al-Ijaz dalam bahasa Arab

Kajian ini disusun oleh Amal Mat Zin (1998) dalam tesis Sarjana di Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia memaparkan secara keseluruhan

Univers

ity of

Mala

ya

37

tentang ijaz dari segala aspek yang berkaitan dengan bahasa Arab khususnya balaghah.

Kajian ini juga mengemukakan beberapa contoh, sama ada dari al-Qur’an, Hadith, serta

ungkapan bahasa dan sastera Arab dalam menerangkan pelbagai bentuk ijaz. Ia tidak

hanya menyentuh elemen ijaz sebagai ungkapan yang menerangkan makna sahaja,

tetapi dimasukkan juga pengkhususan uslub dengan penekanan kesan balaghah di dalam

bahasa. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan mengetengahkan pandangan para sarjana

balaghah dan analisis mereka tentang contoh yang dikemukakan. Ia berbeza dengan

kajian penulis yang menganalisis unsur balaghah di dalam Hadith Rasulullah (s.a.w)

sahaja.

(b) analisis kajian tentang teori gambaran (imaginatif) yang ditambah baik oleh Sayyid

Qutb

(i) al-Tayyar al-Islamiyy fi Adab Sayyid Qutb

Kajian ini disusun oleh Ibrahim, Husayn ‘Aliyy Radwan, (1984) dan

merupakan tesis Ph.D di Kulliyat al-Lughat al-‘Arabiyyat, Universiti al-Azhar, Mesir.

Dalam kajian ini, pengkaji mengetengahkan ideologi Sastera Islam yang dipelopori oleh

Sayyid Qutb. Ia merangkumi asas teori, keistimewaan, serta contoh-contoh yang

dikemukakan di dalam al-Qur’an. Kesemua elemen ini bersumberkan al-Qur’an dan

dipetik daripadanya. Kajian ini berbeza dengan penulis yang menjadikan Hadith

Rasulullah (s.a.w) sebagai mekanisme praktis.

Univers

ity of

Mala

ya

38

(ii) al-Fanniyy fi al-Naqd ‘ind Sayyid Qutb

Idris, Muhammad Adib Abd al-Radiyy (1990) menghasilkan kajian di atas

sebagai tesis Ph.D di Kulliyat Dar al-‘Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Kajian ini

mengetengahkan asas dan manhaj kritikan sastera yang dipelopori oleh Sayyid Qutb. Ia

juga membincangkan unsur kesenian atau estetika yang terhasil daripada kritikan

tersebut. Unsur kritikan yang dikemukakan oleh Sayyid Qutb disertakan beberapa

bukti, sama ada daripada al-Qur’an, puisi Arab dan sebagainya, Kesemua ini dapat

dijadikan kekuatan dalam menyokong pandangan yang dikemukakan oleh Sayyid Qutb.

Justeru, kajian ini hanya memfokuskan nilai kesenian dalam kritikan sastera menurut

Sayyid Qutb dan berbeza dengan kajian penulis yang menggabungkan pendekatan

Sayyid Qutb dengan Ibn Qutaybat sebagai korpus ‘estetika imaginatif’.

(iii) Nazariyat al-Nazm fi I‘jaz al-Qur’an ‘ind Abd al-Qahir al-Jurjaniyy wa Nazariyat

al- Taswir al-Fanniyy ‘ind Sayyid Qutb .

Kajian ini dihasilkan oleh Abu Bakr, Rafiq Ahmad (2000) dan merupakan

tesis Ph.D di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia menganalisis

dan membandingkan teori dua tokoh yang terkenal dalam kajian al-Qur’an. Kedua-dua

tokoh berkenaan mengetengahkan teori masing-masing dalam mendedahkan rahsia

kemukjizatan al-Qur’an kepada sekalian makhluk. Kajian terhadap al-Qur’an dari

dimensi bahasa, estetika dan balaghah merupakan kajian paling awal yang menarik

perhatian umat Islam sejak kurun kedua Hijrah. Kajian daripada dimensi ini dapat

Univers

ity of

Mala

ya

39

menjadi asas dalam mengenal pasti kandungan al-Qur’an, mengkaji hukum dan rahsia

serta mendedahkan mukjizat gaya bahasa al-Quran. Secara umumnya, para ulama

berpandangan, mukjizat al-Qur’an terdapat pada susunan dan gaya bahasa yang indah,

namun tidak dapat dijelaskan secara ilmiah atau berteori, sehingga muncul seorang

tokoh nahu dan balaghah pada kurun kelima Hijrah. Tokoh tersebut ialah Abd al-Qahir

al-Jurjaniyy. Teorinya menjadi asas bagi kajian tatabahasa, kesusasteraan, kritikan

sastera, serta mukjizat al-Qur’an. Seorang lagi tokoh yang diketengahkan dalam kajian

ini ialah Sayyid Qutb. Beliau menumpukan kajian tentang gambaran keindahan al-

Qur’an. Kajian ini berbeza dengan kajian penulis yang mengabungkan pendekatan Ibn

Qutaybat dan Sayid Qutb sebagai landasan teori kajian dan Hadith Rasulullah (s.a.w)

sebagai fokus analisisnya.

(iv) al-Qadaya al-Naqdiyyat wa Zawahir al-Balagiyyat ‘ind Sayyid Qutb fi Zilal al-

Qur’an: Dirasat Nassiyyat min Khilal Suratay al-Baqarat wa al-‘Imran

Muhammad Amin (2005) menyusun kajian ini sebagai tesis Ph.D di Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini mengetengahkan metode

pemikiran dan aliran yang dibawa oleh Sayyid Qutb. Ia memfokuskan bidang kritikan

dan balaghah. Penerapan analisis kajian bertumpu kepada dua surah al-Qur’an, iaitu al-

Baqarat dan al-‘Imran di dalam tafsir “fi: Zilal al-Qur’an. Pengkaji juga menggunakan

metodologi objektif dan praktis dengan memperluaskan kajian hingga merangkumi

beberapa karya kritikan dan kesusasteraan Sayyid Qutb. Pendekatan yang digunakan

oleh Sayyid Qutb merupakan sumbangan penting dalam memahami kemukjizatan al-

Quran. Kajian ini berbeza dengan kajian penulis yang menggabungkan pendekatan

Univers

ity of

Mala

ya

40

Sayyid Qutb dan Ibn Qutaybat, di samping analisis kajian yang hanya tertumpu kepada

Hadith Rasulullah (s.a.w).

(c) Kajian balaghah atau imaginatif tentang Hadith

(i) al-Tasybih fi al-Hadith al-Syarif: Islubuh wa Khasa’isuh al-Balaghiyyat

Kajian ini disusun dan dihasilkan oleh Khadar, ‘Abd al-‘Aziz Hasan

‘Uthman, (1980) sebagai tesis Sarjana, di Kulliyat al-Lughat al-‘Arabiyyat, Universiti

al-Azhar, Mesir Kajian ini mengetengahkan nilai tasybih yang merupakan sebahagian

daripada keistimewaan ilmu balaghah. Perbincangan tertumpu pada gaya bahasa serta

keistimewaan tasybih dalam beberapa Hadith terpilih. Kajian ini berbeza dengan kajian

penulis kerana pemfokusan kajian ini hanya terarah kepada satu nilai sahaja dalam ilmu

balaghah, sedangkan kajian penulis tidak mengehadkan kepada satu nilai sahaja, bahkan

apa jua nilai atau elemen yang berkaitan dengan balaghah.

(ii) al-Taswir al-Fanniyy fi al-Hadith al-Nabawiyy

al-Sabbagh, Muhammad Lutfiyy, (1981) menghasilkan kajian ini untuk

tesis Ph.D di , Kulliyyat al-Adab, Universiti Iskandariah, Mesir. Dalam kajian ini,

pengkaji mengemukakan pendekatan al-Taswir al-Fanniyy dan mengaplikasikannya

dalam Hadith Rasulullah (s.a.w) Asas pendekatan ini serta ciri dan kriterianya dijadikan

instrumen untuk membuat penilaian terhadap beberapa Hadith terpilih.. Himpunan

Univers

ity of

Mala

ya

41

tersebut dipilih secara rawak, bukan berdasarkan koleksi tertentu. Ia berbeza dengan

kajian penulis yang memfokuskan kepada koleksi tertentu, iaitu Hadith Empat Puluh

sahaja.

(iii) al-Khasa’is al-Balaghiyyat fi al-Ahadith al-Qudsiyyat

Ahmad, Huda ‘Abbas Sayyid, ( 1994) menulis kajian ini sebagai tesis Ph.D

di Kulliyyat al-Dirasat al-Islamiyyat wa al-‘Arabiyyat (perempuan), Universiti al-Azhar,

Kaherah, Mesir. Kajian ini membincangkan keistimewaan ilmu balaghah yang

merangkumi ma‘aniyy, bayan dan badi‘. Setiap keistimewaan yang berada dalam ketiga-

tiga elemen balaghah tersebut diketengahkan dan dinilai berdasarkan praktisnya di

dalam beberapa Hadith Qudsiyy terpilih. Pemilihan kriteria hadith tidak berdasarkan

koleksi atau buku tertentu. Kajian ini berbeza dengan kajian penulis yang memfokuskan

Hadith Empat Puluh sahaja

(iv) al-Taswir al-Fanniyy fi Ahadith Sahih Muslim

Kajian ini dihasilkan oleh Muhammad ‘Aliyy, Huda ‘Aliyy Nur al-Din,

(1998) sebagai tesis Sarjana, di Kulliyat al-Dirasat al-‘Arabiyyat wa al-Islamiyyat,

Universiti Menia, Mesir. Kajian ini menggunakan pendekatan al-Taswir al-Fanniyy

dalam membuat penilaian dalam Hadith Rasulullah (s.a.w). Asas penting bagi

pendekatan ini ialah teori serta keistimewaannya. Pengkaji juga mengetengahkan

cetusan awal tentang pendekatan ini serta para sarjana yang terlibat dengannya, di

Univers

ity of

Mala

ya

42

samping pandangan mereka mengenai pendekatan atau teori ini. Pemfokusan kajian ini

kepada himpunan Hadith terpilih yang terdapat dalam koleksi Hadith Sahih yang

dihimpunkan oleh Imam Muslim. Justeru, ia berbeza dengan kajian penulis yang

memfokuskan kajian kepada Hadith Empat Puluh sahaja karya al-Nawawiyy.

(v) Estetika Hadis: Klausa Hadis Dalam Sahih Muslim Jilid Pertama

Kajian ini memfokuskan klausa Hadith Nabi s.a.w dalam kitab Sahih

Muslim, jilid pertama. Ia merupakan tesis Ph.D yang dihasilkan oleh Ismail bin

Muhamad (2003) di Fakuti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian

ini merupakan kajian kepustakaan untuk diperoleh sumber butirannya berkaitan dengan

tajuk. Secara umumnya, objektif kajian ini adalah penganalisisan persoalan yang

terdapat dalam klausa Hadith terbabit agar dapat menyumbang dan memperkayakan

gedung simpanan ilmu dalam bahasa ibunda. Manakala objektif khusus kajian ini ialah

memaparkan bentuk-bentuk klausa Hadith, mengemukakan perspektif konsep

penggunaan subjek dan predikat, menganalisis fungsi dan pemakaian kata nama pastian

dan tidak pastian klausa lengkap dan tidak lengkap, dan klausa songsang. Pandangan

ahli bahasa dikemukakan tentang penggunaan perkataan ganjil yang terdapat dalam

klausa tersebut. Dapatan kajian ini membuktikan kepelbagaian penggunaan klausa

dalam Hadith. Setiap bentuknya mempunyai fungsi tersendiri seperti pengukuhan,

pengesahan, sempadan, dan sebagainya. Kajian di atas berbeza dengan kajian penulis

yang menumpukan kepada koleksi Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy

sahaja.

Univers

ity of

Mala

ya

43

(vi) Jamaliyat al-Khitab al-Nabawiyy fi Sahih Muslim

Kajian ini dihasilkan oleh Anahid ‘Abd al-Hamid Jamal Haririyy.(2011). Ia

mengandungi dua jilid. Kajian ini adalah tesis Ph.D yang dihasilkan di Fakulti

Pendidikan, Jabatan Sastera, Universiti Raja Malik bin Abd Aziz di Jeddah, Arab Saudi.

Topik perbincangan yang diketengahkan dalam penulisan ini ialah unsur estetik wacana

Nabawi mengenai kelebihan para Nabi (s.a.w) dan para sahabat (r.a) yang terdapat

dalam koleksi Sahih Imam Muslim. Ia berasaskan petunjuk sastera bagi menelusuri nilai

estetik yang terdapat di dalamnya dengan menggunakan pendekatan fonologi, klausa

perkataan dan ayat, gambaran keindahan, dan petunjuk bahasa. Justeru, nilai estetik

dalam koleksi Hadith tersebut dapat dikenal pasti apabila dianalisis. Analisis ini digarap

melalui pendekatan (manhaj) bersepadu merangkumi deskriptif, psikologi, dan sejarah.

Secara umumnya, dapatan utama kajian ini merumuskan bahawa Wacana Nabawiyy

meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada pendengar. Apa tidaknya?

Masyarakat jahiliah yang sebati dengan kepercayaan, ideologi serta pegangan kuno sejak

bertahun-tahun, berubah secara keseluruhan. Bahkan sekalian alam juga berubah.

Pendekatan kebahasaan yang berbagai-bagai dapat mengangkat petunjuk wacana ini

memacu penghayatannya, di samping kedapatan pelbagai tema wacana dalam

perbincangan tesis ini. Tujuh tema wacana diketengahkan dalam kajian ini, antaranya

petunjuk Nabi, pujian Nabi, ilmu, amal soleh, perangai yang baik, jihad serta syahadah,

dan kasih sayang sesama Islam. Kajian ini membataskan kepada himpunan Hadith yang

terdapat dalam koleksi Imam Muslim sahaja, sedangkan kajian penulis merangkumi

koleksi Imam Muslim dan lainnya, asalkan ia tergolong dalam koleksi Hadith Empat

Puluh yang dihimpunkan oleh al-Nawawiyy (r.h)

Univers

ity of

Mala

ya

44

2.4 Jurnal, Majalah dan Prosiding

(i) Keindahan bahasa al-Qur’an: Satu Mukjizat

Mohd Zain bin Haji Mahmood (2011) dalam kajian yang dibentangkan

dalam The Annual International Qur’anic Conference, Universiti Malaysia, Kuala

Lumpur menghuraikan beberapa aspek i‘jaz bayaniyy, iaitu dari sudut nazm, gaya

bahasa pengulangan bagi menambahkan lagi keindahan bahasa Arab, kefasihan bahasa

al-Qur’an, sama ada dari segi mutu kefasihannya, ringkas serta penyebutan dan

pengguguran huruf tertentu dalam al-Qu’an, keindahan susunan kalimat serta pola kata

dalam al-Qur’an, dan ketepatan penggunaan perkataan al-Qur’an dengan fakta saintifik.

(ii) Tasawwur Estetika Bersepatu dalam al-Khitab al-Qur’aniyy

Kajian ini dihasilkan oleh Mohd Zuhdi bin Ismail (2014) dengan

mengetengahkan konsep estetika bersepadu berasaskan ideologi kritikan yang didasari

dari aspek balaghah, i‘jaz al-Qur’an serta tafsirnya. Ia juga memberi penekanan terhadap

aspek kebahasaan yang terkandung dalam al-Qur’an seperti sifat dan makhraj huruf,

kemuncak sebutan huruf (syllable), intonasi suara dan tahap bunyi. Perkara-perkara di

atas diaplikasikan dengan disertakan beberapa contoh ayat al-Qur’an.

Univers

ity of

Mala

ya

45

(iii) Estetika di sebalik tabir teori sastera Melayu Islam

Mana Sikana (2009) dalam kajian di atas meninjau peranan teori sastera dan

sumbangannya dalam aspek kebahasaan. Ia memberi penekanan terhadap estetika Islam

supaya dapat ditunjukkan dasar-dasar penting keindahannya. Di samping itu, kajian ini

juga memperlihatkan perubahan yang berlaku terhadap penteorian persuratan, sama ada

moden mahupun pasca moden, serta kesannya ke atas bahasa dan kekuasaannya.

Pengkaji merumuskan dalam kajian ini, estetika dalam dunia sastera dapat dikemukakan

sebagai hujah dan dibuktikan dengan menjadi teras kepada penciptaan karya sastera.

Dalam beberapa teori sastera Barat, seperti formalisme, struktur dan pasca

strukturalisme membuktikan estetika menunjangi aspek bahasanya. Manakala teori

sastera tempatan, seperti puitika sastera Melayu dan mempunyai wacana estetik

bahasanya serta selari dengan budaya dan falsafah Melayu. Demikian juga Islam yang

mempunyai konsep serta prinsip keindahannya yang tersendiri, bersumberkan al-Qur’an

dan al-Hadith, dan dapat dilihat dalam konteks bahasa dan penstrukturannya. Justeru,

dasar dan kekuatan penghayatan estetika Islam yang bersumberkan keduanya dapat

ditonjolkan.

2.5 Kerangka Teoritikal Kajian

Kajian terhadap i‘jaz al-Qur’an mempelopori kajian wacana kebahasaan dan

balaghah berbentuk Islami. Tidak dinafikan al-Qur’an sebagai sumber utama yang

menjadi rujukan dalam pelbagai rencah kehidupan manusia sejagat. Hadith Rasulullah

s.aw yang menjadi rujukan kedua juga, menggunakan kaedah dan teori yang sama.

Univers

ity of

Mala

ya

46

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori yang berkorpuskan

pendekatan Ibn Qutaybat al-Daynuriyy dan metode Sayyid Qutb. Ibn Qutaybat adalah

sarjana balaghah sezaman dengan al-Jahiz dan banyak terpengaruh dengannya,

melainkan dalam perbahasan ilmu Kalam. Hal ini kerana beliau bermazhab Sunni,

manakala al-Jahiz adalah antara pendukung Muktazilah.39

Pendekatan Ibn Qutaybat

berlandaskan elemen balaghah yang merangkumi haqiqat dan majaz, i‘jaz, kesesuaian

ungkapan dengan situasi, taqdim dan ta’khir, al-ijaz, pengulangan dan penambahan

struktur ayat, uslub insha’, tasybih , isti‘arat, dan kiasan serta insinuasi. Pendekatan ini

menyerupai teori konstruktif (nazm) yang dikemukakan oleh Abd al-Qahir al-Jurjaniyy.

Ia juga diperkatakan oleh para sarjana sebelum al-Jurjaniyy seperti al-Khattabiyy, al-

Baqillaniyy dan ‘Abd al-Jabbar . Jika dilihat pada peringkat awal perkembangan ilmu

balaghah, ia lebih tertumpu pada matlamat keagamaan, iaitu menjelaskan makna ,

kandungan, permasalahan, perkataan pelik (gharib) yang terdapat dalam al-Qur’an,

serta mempertahankan kemukjizatannya. Di samping itu, dapat merakam gambaran

penjelasannya dan rahsia balaghah yang terdapat di dalamnya. Adapun

perkembangannya pada era Ibn Qutaybat lebih tertumpu pada isu perkataan dan makna,

kesesuaian penggunaan perkataan dengan situasi, dan aspek tabiat serta persediaan

dalam interaksi. Justeru, difahami daripada kenyataan di atas, pendekatan Ibn Qutaybat,

iaitu pandangan kebanyakan sarjana balaghah pada era beliau, yang berpegang kepada

susunan al-Qur’an dan unsur balaghah yang terkandung dalamnya sebagai elemen

utama i‘jaz al-Qur’an.40

Manakala metode Sayyid Qutb pula dianggap sebagai satu

pendekatan berasaskan imaginasi dalam penghayatan keindahan sesuatu wacana,

khususnya al-Qur’an. Ia belum pernah dicatat atau direkodkan oleh mana-mana sarjana

sebelumnya melainkan beberapa pengamatan yang dinyatakan oleh al-Zamakhsyariyy

39

al-Dhahabiyy, Muhammad Jalal al-Shaykh Muhammad (1998), op. cit, hal. 59 40

al-Hajj ‘AbdulLah, Irsyad al-Haqq et.al (2015), Muhadarat fi I‘jaz al-Qur’an al-Karim, Nilai:

Universiti Sains Islam Malaysia. hal. 50

Univers

ity of

Mala

ya

47

dalam tafsirnya. Perkara ini dinyatakan oleh Sayyid Qutb, nilai keindahan yang ditemui

dan dihayati dalam al-Qur’an adalah taufik serta petunjuk dari Allah (s.w.t) kepadanya.

Menurut Sayyid Qutb lagi, peringkat terakhir penghayatan keindahan al-Qur’an belum

pernah diterokai oleh mana-mana sarjana sebelumnya. Maka nilai keindahan yang

terkandung dalam al-Qur’an masih tersembunyi, dan perlu dikaji lagi. Kesemua ini

bermatlamatkan penjelasan asas utama nilai keindahan al-Qur’an selaras dengan

kandungan serta tuntutan al-Qur’an itu.41

Maka metode Sayyid Qutb menekankan asas

dan metodologi sesuatu teks atau wacana. Justeru, gagasan teori ini dinamakan ‘estetika

imaginatif’ yang memberi penekanan kepada tiga elemen di atas, serta pendekatan

moden yang dipelopori oleh Sayyid Qutb. Ia dijelaskan dalam beberapa ilustrasi rajah di

bawah:

41

al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy (2012), al-Manhaj al-Bayaniyy fi Tafsir al-Qur’an fi al-‘Asr

al-Hadith, Damsyik: Dar al-‘Asma’, hal 242

Univers

ity of

Mala

ya

48

Rajah 2.4.1: Teori Ibn Qutaybat

Teori Balaghah Ibn Qutaybat

Haqiqat dan Majaz

I’jaz

Kesesuaian ungkapan dengan situasi

Taqdim dan Ta’khir

Ijaz

Pengulangan dan penambahan struktur ayat

Gaya ungkapan insya’

Tasybih (simile)

Isti‘arat

Kinayat (Kiasan) dan Ta’rid (insinuasi)

Univers

ity of

Mala

ya

49

Rajah 2.4.2: Teori Sayyid Qutb

2.6 Kerangka Konseptual kajian

Pembinaan kerangka konseptual kajian ini menggabungkan gagasan

pendekatan Ibn Qutaybat al-Daynuriyy dan Sayyid Qutb. Gagasan kedua-dua

pendekatan ini digunakan dalam kajian, untuk dibandingkan serta dianalisis di dalam

koleksi Hadith Empat Puluh karya al-Imam al-Nawawiyy. Di penghujung kajian,

koleksi ini dianalisis dengan menggunakan teori wacana bagi memperlihatkan nilai

komunikatif serta interaktif yang terdapat dalam koleksi tersebut. Rajah di bawah

menjelaskan konsep kerangka kajian ini

Teori gambaran Sayyid Qutb

Asas Teori Ciri Teori

Harakat (Gerak) Janib Nafsiyy (aspek

psikologi)

Hiwar (Perbincangan) Khayal (Imaginasi)

Dilalat alfaz (Petunjuk

Perkataan)

Tanasuq Fanniyy

(Keselarasan Unsur Seni)

Univers

ity of

Mala

ya

50

Rajah 2.5.1: Kerangka Konseptual Kajian

2.7 Penutup

Bab ini membincangkan sumber-sumber terdahulu berkaitan dengan kajian.

Secara umumnya, kedapatan banyak sumber yang menghiasi kajian balaghah (estetika)

dan gambaran (imaginatif). Namun begitu, terdapat ruang untuk dikaji, apabila dua

pendekatan atau teori tersebut digabungkan. Begitu juga apabila Hadith Rasulullah

(s.a.w) dijadikan sebagai bahan kajian. Kerangka teoretikal dan konseptual yang telah

dinyatakan di atas menjadi landasan penulis dalam melaksanakan kajian.

Hadith Arba‘in

Nawawiyyah

Teori Sayyid Qutb Teori Ibn Qutaybat

Estetika Imaginatif

Teori Analisis Wacana

Univers

ity of

Mala

ya

51

BAB TIGA

GAGASAN ESTETIKA IMAGINATIF

3.0 Pendahuluan

Estetika merupakan hiasan yang sinonim dengan wacana. Untuk

menjadikan wacana lebih diterima dan dihayati, hendaklah diberi penekanan daripada

aspek estetiknya. Hal ini berlaku kerana estetika menjadi rupa yang dipandang oleh

sesiapa sahaja yang dapat melihat dan menikmati hasil penglihatannya. .Seseorang ini

dapat melihat dirinya sendiri melalui cermin. Apa jua yang terpantul dan dilihat dari

cermin, itulah rupa dirinya dan fungsi cermin.

Imaginasi adalah unsur terpenting dalam penghayatan berbentuk maknawi.

Imaginasi terpancar dari wacana atau teks apabila gabungan makna yang terdapat

padanya sampai kepada penerima (pendengar atau pembaca). Ia membangkitkan suatu

naluri kendiri berasaskan pengalaman dan praktik yang dimiliki atau dilalui.

3.1 Takrifan Estetika Imaginatif

Estetika adalah keindahan yang terhasil daripada cetusan semula jadi yang

terdapat dalam sanubari manusia.42

Manusia begitu dambakan keindahan, dan

terpengaruh dengannya. Estetika berasal dari bahasa Latin, iaitu aesthetics. Apabila

dikemukakan beberapa takrifan mengenai estetika, didapati takrifan tersebut tidak

terhingga bilangannya. Ahli falsafah Yunani, Plato contohnya, berpendapat estetika

42

Dalam bahasa Melayu terdapat perbezaan antara frasa estetik dan estetika. Estetik adalah keindahan

atau penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni. Manakala estetika pula

merupakan falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan sebagainya.

Univers

ity of

Mala

ya

52

termasuk dalam amalan yang mulia seperti kebenaran dan kebaikan. Manakala ahli

falsafah kurun pertengahan Masihi secara keseluruhan menjadikan rohani sebagai asas

keindahan.43

Falsafah keindahan merupakan kajian kemanusiaan. Manusia merasai

keindahan dan ingin memilikinya. Justeru, keindahan dicipta untuk manusia. Estetika

dalam premis sastera ialah situasi yang berlaku serentak gabungan daripada kewujudan

unsur realiti serta keredaan jiwa. Estetika juga boleh diertikan sebagai situasi

kebendaan dalam aktiviti seni. Justeru, estetika membicarakan tentang tabiat kebendaan

dalam seni dan menyerlahkan keindahan dalam aktiviti seni dan ungkapan.44

Estetika

menurut Kamus Dewan pula bermaksud cabang falsafah yang mengkaji konsep yang

berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain.45

Secara literal, keindahan yang menjadi unsur utama estetika amat sukar

ditentukan dan merupakan suatu pandangan atau cetusan rasa berbentuk abstrak. Ia

mungkin berbeza antara seseorang dengan orang lain. Kebiasaannya, rasa indah terbit

dari naluri yang menikmatinya dan diterjemahkan kepada anggota zahir. Pandangan

manusia terhadap keindahan berbeza-beza antara satu dengan lain kerana aspek berikut:

(a) Keselarasan atau ketidakselarasan tindak balas antara manusia dengan sesuatu yang

didapatinya. Hal ini kerana keinginan dan cita rasa manusia berbeza secara fitrah. Maka

pengamatan terhadap keindahan akan berbeza.

(b) Dorongan hawa nafsu atau tuntutan peribadi. Perkara ini menjadikan mereka

berpendirian berbeza dengan orang lain.

(c) Adat kebiasaan yang mengehadkan penilaian keindahan yang sebenar

43

Muhammad, ‘Aliyy ‘Abd al-Mu‘tiyy (1994), Jamaliyyat al-Fann al-Manahij wa al-Madhahib wa al-

Nazariyyat, Iskandariah: Dar al-Ma‘rifat al-Jami‘iyyat. hal. 19 44

Haririyy, Anahid ‘Abd al-Hamid Jamal (2011), Jamaliyyah fi Sahih Muslim Jil. 1 Jeddah: Maktabat

Rawa’i ‘ al-Mamlakat hal. 94 45

Kamus Dewan edisi keempat (2007) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal . 401

Univers

ity of

Mala

ya

53

(d) Unsur persekitaran dapat menghalang pengamatan keindahan yang sepatutnya.

(e) Tahap keupayaan seseorang dalam menghayati falsafah keindahan

(f) Pengalaman dalam penghayatan konsep keindahan.46

Perbincangan tentang estetika kebahasaan yang menjadi topik utama kajian

ini tidak dapat lari dari i‘jaz. Kajian i‘jaz secara keseluruhan merujuk kepada al-Qur’an

sebagai kitab suci yang menjadi model dalam segenap isu serta permasalahan.

Perbincangan mengenai i‘jaz lebih tertumpu pada ilmu balaghah. Hal ini terjadi kerana

kajian balaghah merupakan platform ke arah matlamat yang utama, iaitu i‘jaz al-

Qur’an.47

Menurut al-Raghib al-Asfihaniyy (m 503H),48

balaghah terdapat pada penutur

dan perkataan yang dituturkan. Perkataan yang mencapai tahap balaghah memerlukan

tiga kriteria:

(i) Betul dan tepat dari aspek bahasa. Ia bermaksud perkataan tersebut terhindar

daripada kelemahan penggunaannya.

(ii) Makna yang dikehendaki penuturnya sesuai dengan perkataan yang dituturkan

(iii) Penutur mestilah jujur dalam pertuturan dan maksud yang ingin disampaikan

Justeru, balaghah dalam penggunaan perkataan memberi penekanan kepada tiga elemen

utama, iaitu:

(i) Pemilihan perkataan

(ii) Susunan yang betul dan tepat 46

Al-Maydaniyy, ‘Abd Rahman Hasan (2007). al-Balaghat al-‘Arabiyyat Ususuha wa ‘Ulumuha wa

Fununuha. Damsyik: Dar al-Qalam. hal 27 47

Al-‘Azzawiyy ‘Aqid Khalid Hammudiyy (2012). al-Manhaj al-Bayaniyy fi Tafsir al-Qur’an fi al-

‘Asr al-Hadith. Damsyik: Dar al-‘Asma’. hal 126 48

Beliau ialah Abu al-Qasim al-Husayn bin Muhammad bin al-Mufaddal. Dilahirkan di Isfahan .

Merupakan seorang ulama dan sasterawan serta menghasilkan banyak karya dalam pelbagai bidang

ilmu, antaranya tafsir, akidah, sastera dan balaghah.

Univers

ity of

Mala

ya

54

(iii) Pemilihan gaya yang sesuai dengan pendengar atau khalayak

Ketiga-tiga elemen di atas dapat menjadikan perkataan yang didengar atau dibaca

menusuk ke dalam jiwa. Unsur balaghah yang ingin diterapkan memerlukan kepada cita

rasa serta kepintaran. Hal ini terjadi kerana seseorang penutur perlu mengetahui bila dia

bercakap dan selesai darinya. Dia juga mesti mengetahui perubahan terhadap makna

perkataan yang dituturkan selaras dengan pertuturannya.49

Sejarah membuktikan pengasasan balaghah Arab ditandai dengan

kemunculan kritikan sasteranya. Kelahiran kritikan sasteranya pula berkait rapat dengan

kemunculan puisinya. Proses perkembangan puisi tersebut dikawal selia oleh kritikan

sasteranya dalam membentuk metode bersesuaian, menjelaskan unsur berdaya saing,

serta menerangkan aspek kemalapan dan kelemahan supaya dapat melakukan perubahan

lebih pro aktif.50

Penggiat puisi memainkan peranan mereka untuk mempopularkan

puisi selaras dengan makna, imaginasi serta ideologinya. Kesemua ini dicapai dengan

kepekaan antara satu sama lain demi menjaga warisan Arab serta ideologi pemikiran

yang mereka diwarisi turun temurun. Antara contoh puisi yang dikemukakan, ialah

riwayat tentang Abu Nuwwas 51

mendeklamasikan puisi kepada Muslim,52

الصباح صياحا وأمله ديك #ذكر الصب وح بسحرة فارتاحا 49

‘Abbas , Fadl Hasan ( 2007). Asalib al-Bayan Amman : Dar al-Nafais. hal. 22-23 50

Al-Jarbiyy, Muhammad Ramadan (1984), Ibn Qutaybat wa Maqa yisih al- Bala ghiyyat wa al-

Adabiyyat wa al-Naqdiyyat hal. 61 51

Nama beliau ialah al-Hasan bin Hani’ al-Hakamiyy. Dilahirkan di Ahwaz, Iran pada 756 Hijrah.

Bapanya berbangsa Arab, manakala ibunya berbangsa Parsi.. Merupakan seorang sasterawan terkenal.

Hasil karya beliau dicatat dalam pelbagai antologi utama. Manakala antologinya secara khusus

dicetak dan diterbitkan di Mesir pada tahun 1277 Hijrah. Terdapat banyak buku mengenai biografi

Abu Nuwwas, antara yang paling popular ialah Akhbar Abi Nuwwas oleh Ibn Manzur, pengarang

Lisan al-‘Arab.Beliau meninggal pada tahun 199 Hijrah. Lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Nuwas. 52

Beliau ialah Abu al-Walid Muslim bin al-Walid al-Ansariyy. Dilahirkan pada 130 Hijrah, di Kufah

dan membesar di situ. Beliau akhirnya berpindah ke Baghdad pada era Khalifah Harun al-Rasyid. Beliau

merupakan penyair yang menyerlah dalam beberapa genre puisi khususnya berunsurkan budaya Arab

konservatif antaranya tema pujian (madh) dan kecintaan (ghazal), hingga disamakan tema puisi

kecintaannya dengan ‘Umar bin Abu Rabi‘at, penyair terkemuka tema kecintaan pada era Umawiyy.

Beliau meninggal pada tahun 207 Hijrah. Lihat https://en.wikipedia.org/wiki/Muslim_ibn_al-Hajjaj

Univers

ity of

Mala

ya

55

Dia mengingati kedatangan subuh dengan waktu

sahur dan dapat berehat,

Dan ditentukan waktunya dengan kokokan ayam jantan

Muslim bertanya kepada Abu Nuwwas, kenapa waktu Subuh ditentukan dengan

kokokan ayam, serta keheningan waktu itu untuk berehat. Jawab Abu Nuwwas,

deklamasikan puisimu kepadaku. Maka Muslim pun mendeklamasikan puisinya kepada

Abu Nuwwas,

د ل ة وت ي ز ع ي ب قام وأ # د ن ف م ر ي غ اح ر ف باب ى الش عاص Dia menderhakai para pemuda dan pergi keseorangan

Dan tinggal menetap di sekitar ‘Azimat dan Tajllud

Abu Nuwwas berkata kepada Muslim, kamu membatalkan sumpah, kamu kata dia

telah pergi, dan pergi bermaksud beredar dari satu tempat ke tempat yang lain. Selepas

itu, kamu katakan pula dia menetap di dua tempat, iaitu ‘Azimat dan Tajllud. Maka

maksud kamu di sini, dia berpindah dan bermukim. Perkara ini menjadi bercelaru.53

Perbincangan yang berlaku di antara kedua-dua pemuisi di atas dan seumpama mereka,

dapat memberi nafas baharu dalam kajian balaghah untuk mengorak langkah lebih

dinamik ke arah kesempurnaan, kematangan serta inovasi yang berpanjangan

mengenainya. Kesemua elemen di atas begitu penting dan meninggalkan kesan positif

dalam kajian balaghah yang terkandung di dalamnya unsur-unsur estetik. Justeru, kajian

tentang rahsia estetik memfokuskan unsur-unsur yang membentuk nilai estetika sesuatu

wacana mahupun teks.

Manakala imaginatif pula pada asasnya adalah ideologi kritikan moden

dengan menjadikan al-Qur’an sebagai model gaya wacana dalam menyampaikan

53

al-Dhahabiyy, Muhammad Jalal al-Syaikh Muhammad (1998), op. cit, hal 36. Lihat juga al-

Daynuriyy Ibn Qutaybat (2003). al-Syi‘r wa al-Syu‘ara’, Ahmad Muhammad Syakir (ptah.).

Kaherah: Dar al-Hadith. hal. 795

Univers

ity of

Mala

ya

56

matlamatnya. Ia menampilkan gambaran imaginatif bersifat realistik dengan makna

yang tercatat pada minda serta psikologi yang terbuka. Kesemua ini dapat menjadikan

gambaran tersebut umpama peristiwa yang berlaku dan dapat disaksikan dengan mata

selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan dan tabiatnya.54

Teori estetika imaginatif

menyerlahkan kajian tentang al-Qur’an dengan mengetengahkan unsur keindahan al-

Qur’an berkerangkakan elemen i‘jaz, babak menusuk kalbu yang mengasyikkan, gaya

bahasa yang jelas, serta kisah dan peristiwa-peristiwa yang sarat dengan ciri keindahan.

Penggunaan perkataan imaginatif mengaitkannya dengan petunjuk kepada

setengah daripada perkara yang didapati dengan pancaindera yang zahir. Ia juga dapat

dikaitkan dengan perkara berbentuk hissiyy (naluri) seseorang. Apabila kita menyingkap

petunjuk istilah perkataan imaginatif pada pandangan ahli falsafah Islam dengan

dimulai dengan al-Kindiyy (m 873),55

didapati dalam karyanya berjudul fi: Hudud al-

Insya’ wa Rusumiha merujuk kepada makna fantasi.56

Takrifan yang dikemukakan al-

Kindiyy di atas membuktikan bahawa pola imaginatif dalam skop falsafah menjurus

kepada unsur psikologi hissiyy, iaitu fantasi.

Ibn ‘Arabiyy (m 543H)57

berpandangan sesiapa yang tidak berpengetahuan

tentang sesuatu sampai kepada tahap imaginasi, dia tidak tahu langsung mengenainya.

54

Hammadiyy, Jubayr Salih (2007). al-Taswir al-Fanniyy fi al-Qur’an al-Karim. Kaherah: Ma’assasat

al- Mukhtar. hal. 21. 55

Beliau ialah Abu Yusuf Ya‘qub bin Ishaq al-Kindiyy. Dilahirkan di Kufah dan merupakan

seorang pemikir dalam pelbagai bidang, antaranya muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi,

dan matematik, serta dianggap ahli falsafah Arab terunggul. Antara hasil kerjayanya yang utama

ialah memperkenalkan serta mempopularkan falsafah Yunani dalam kalangan cendekiawan Muslim. 56

Dalam karyanya seperti disebut di atas, imaginatif (al-takhayyul ) dan al-tawahhum yang bersamaan

makna keduanya membawa maksud fantasia (dalam bahasa Yunani adalah Phatasia). Menurut al-

Kindiyy, al-tawahhum bermaksud fantasia yang terhasil daripada keupayaan psikologi dalam

memaparkan imaginasi hissiyy, meskipun realiti sebenar tidak kelihatan. Lihat ‘Usfur Jabir (1992). al-

Surat al-Fanniyyat fi: al-Thurath al-Naqiyy wa al-Balaghiyy ‘ind al-‘Arab. Beirut: al-Markaz al-

Thaqafiyy al-‘Arabiyy. hal 17 57

Nama beliau ialah Abu Bakr Muhammad bin ‘AbdulLah bin Muhammad bin al-’Arabiyy al-

Asybiliyy. Dilahirkan di Sevilla, Sepanyol pada tahun 468H . merupakan seorang ulama yang mahir

dalam pelbagai bidang ilmu.

Univers

ity of

Mala

ya

57

Perkara ini kerana pengetahuan sebegini adalah satu lumrah. Justeru, imaginatif di sini

merupakan laluan ke arah mencapai perkara yang diingini dan cita rasa berasaskan ilmu

pengetahuan.58

Pembentukan estetika imaginatif berasaskan tiga elemen utama, iaitu

pewacana, wacana dan pendengar atau pembaca. Sebelum itu, perlu diperhatikan

bahawa seseorang pewacana yang kreatif dan pendengar atau pembaca wacana tersebut

perlu memainkan peranan masing-masing. Pewacana mengacapi wacananya selepas

dihasilkan, manakala pembaca atau pendengar dapat menyelami kandungan wacana

seolah-olah dialah pewacananya. Cita rasa estetika imaginatif memerlukan rangsangan,

perkongsian atau naluri keindahan, dan bukan berunsurkan psikologi semata-mata.59

3.2 Sejarah dan perkembangan ‘estetika imaginatif’

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, ilmu balaghah muncul sejak

sekian lama. Sebesar-besar bukti mengenai perkara ini adalah mukjizat Rasulullah

(s.a.w) serta hujah Baginda yang kuat dalam mempertahankan ajaran yang dibawa

berasaskan al-Qur’an al-Karim. Baginda berdepan dengan golongan musyrikin Quraisy

yang terkenal dengan kepetahan dan pemahaman retorik yang begitu tinggi. Hal ini

membuktikan kepekaan mereka terhadap penentuan pola perkataan yang bersesuaian

dengan makna yang digunakan. Apabila salah seorang dalam kalangan mereka, iaitu al-

Walid bin al-Mughigrat mendengar bacaan al-Qur’an dia terpegun lalu berkata,

58

‘Usfur Jabir (1992), op.cit hal. 49 59

Muhammad, ‘Aliyy ‘Abd al-Mu‘tiyy (1994),.op.cit. hal. 226

Univers

ity of

Mala

ya

58

الم ك ن م ل و س اإلن الم ك ن م و ا ه ا، م الم ك د م م ن م ت ع س د ق ل ه ل ف أس وإن أعاله لمثمر وإن ة و ال ط ل ه ي ل ع وإن ة الو ل ه ل ن وإ ن ال ق د غ م ل

sesungguhnya aku mendengar dari Muhammad ungkapan

yang bukan dari manusia dan jin. Sesungguhnya ia sangat

manis, sangat elok dan sedap indah, sangat berbuah

(berfaedah) atasnya serta bawahnya tersangat lebat.60

Jelas daripada ungkapan yang dikemukakan oleh al-Walid di atas, dia meluahkan

kekaguman terhadap balaghah al-Qur’an dalam mengilustrasikan gambaran penjelasan.

(daripada ungkapan al-Qur’an yang didengarinya).

Perkara yang sama juga berlaku kepada pakar bahasa dan sasterawan Arab

yang lain, khususnya kepada mereka yang menganut Islam. Ia mencetuskan satu

fenomena bertentangan dengan konsep dan amalan sebelumnya. Puisi Hassan bin

Thabit contohnya, lebih beradab setelah beliau menganut Islam berbanding dengan

sebelumnya. Apabila ditanya tentang hal ini, beliau menjawab,

ك ل ذ ن ى ع ه ن م ال س إلوا ر الش ف ج ي ه ي د ك ن ر ع أن الش Sesungguhnya puisi adalah kepayahan yang

bergerak dalam kejahatan, dan Islam

melarang daripada demikian itu

Hal yang sama juga berlaku kepada Lubayd bin Rabi‘at61

ketika ditanya tentang perkara

ini. Beliau menjawab:

60

Dayf, Syawqiyy (t,t). op.cit- hal 9. 61

Beliau ialah Lubayd bin Rabi‘at bin Malik bin Ja‘far bin Kilab al-‘Amiriyy dan juga dikenali

sebagai Abu ‘Aqil. Beliau merupakan seorang penyair prolifik era Jahiliah.

Univers

ity of

Mala

ya

59

ان ر م ع وآل ة ر ق الب ة ر و س ه ب الل ن ل د ب أ

Allah menukarkan kepada aku, puisi tersebut

dengan Surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran 62

Islam menghapuskan caci cela yang melampaui sebagai tema puisi. Maka timbul pula

metodologi kritikan dan balaghah yang didasari dengan asas keagamaan dengan

menjadikan arahan dan larangan syara‘ sebagai manifestasi berkarya.

Terdapat tiga kelompok ulama yang mewarnai perkembangan estetika

imaginatif selepas permulaan kurun Hijrah, iaitu selepas era Rasulullah (s.a.w), para

sahabat (r.a) dan pengikut mereka. Kelompok tersebut dapat dikategorikan seperti di

bawah:

(a) ahli bahasa Arab yang dianggap sebagai pelopor estetika imaginatif. Antara mereka

ialah Abi Amr bin al-‘Ala’(m 145H), Yunus bin Habib (m 182H), dan Khalil bin Ahmad

(m 175H). Mereka dianggap sebagai pembuka jalan kepada kelompok lain untuk

berkecimpung dalam hal ini.

(b) ahli usuluddin yang dipelopori oleh golongan Muktazilah yang mempertahankan

akidah mereka. Perkara ini akhirnya membawa kepada kesungguhan untuk mempelajari

dan mengkaji topik berkaitan dengan ilmu balaghah dan kritikan. Kajian balaghah

mendapat tempat yang baik dalam kalangan Muktazilah kerana kajian ini berkaitan

dengan al-Qur’an sebagai penjelasan kepada i‘jaz al-Qur’an dalam isu berkaitan dengan

gaya bahasa al-Qur’an. Golongan ini berpandangan matlamat mempelajari dan mengkaji

ilmu balaghah dapat menyampaikan mereka kepada visi dan misi dalam perdebatan ilmu

Kalam. Perkara ini jelas dalam usaha yang dilakukan oleh al-Nizam (m 221H) dan al-

Jahiz dalam kalangan Muktazilah.

62

Sa‘d al-Din al-Sayyid Salih (1993), al-Mu‘jizat wa al-I‘jaz fi al-Qur’an al-Karim, Kaherah: Dar

al-Ma‘arif. hal 94

Univers

ity of

Mala

ya

60

(c) ahli falsafah yang mempunyai hubungan erat dengan ahli usuluddin. Antaranya ahli

falsafah Arab yang pertama, iaitu al-Kindiyy yang dikatakan telah menterjemah dan

meringkaskan karya puisi karangan Pluto, dan terkesan dengan ideologi Muktazilah

pada eranya.63

Apabila kita beralih ke kurun kelima Hijrah, didapati fikrah yang sama

dengan kurun sebelumnya masih terkesan. Menurut Ibn Rashiq (m 1064H), dinamakan

seseorang itu penyair kerana dia merasai dengan apa yang tidak dirasai orang lain.

Apabila dia tidak dapat melahirkan makna dan menciptanya, atau mengemukakan

perkataan dan mengolahkannya, atau menambah aspek pemaknaan, atau

memaksimumkan penggunaan perkataan, atau mengalihkan makna kepada gambaran

lain, maka gelaran penyair kepadanya hanyalah pinjaman sahaja, bukan secara hakikat.

Tidak ada apa pun melainkan kelebihan timbangan. Begitu juga aku, tidak ada kelebihan

sekiranya aspek-aspek di atas tiada padaku.64

Persoalan tentang tabiat warisan kritikan dan balaghah terdahulu

memaksudkan istilah imaginatif adalah petunjuk dan menjadi teras syair ataupun

tunjangnya. Istilah isti‘arat, tasybih, kinayat atau majaz sudah membuktikan penyair

merupakan pencorak watak dalam syairnya. Unsur imaginatif diberi perhatian pada era

moden, dan merupakan fenomena baharu dalam sastera Arab. Imaginatif menjadi

tumpuan utama pendekatan puisi moden. Dalam warisan klasik, imaginasi tidak

mendapat tempat sewajarnya, antaranya warisan Plato dan Socrates. Hal ini kerana

imaginasi pada pandangan mereka ialah naluri buta yang dikongsi antara manusia

63

‘Usfur Jabir (1992), op.cit hal. 100 64

‘Usfur Jabir (1992), op.cit hal. 111

Univers

ity of

Mala

ya

61

dengan binatang. Akal adalah penghukum ke atas segala-galanya. Nilai bahasa pula

mendap dalam penunjuknya ke atas pemikiran, dan bukan ke atas imaginasi.65

Dapat difahami daripada perbincangan di atas, kajian ‘estetika imaginatif’

untuk menjaga bahasa Arab itu sendiri, lebih-lebih lagi ia berkaitan dengan bahasa al-

Qur’an yang akan dijaga dan dipertahankan sehingga Hari Kiamat.

3.3 Tokoh ‘estetika Imaginatif’

Para ulama Islam memainkan peranan penting dalam perkembangan

‘estetika imaginatif’. Pada asalnya ‘estetika imaginatif’ lebih tertumpu pada pendekatan

tafsiran al-Qur’an. Ia melibatkan bahasa al-Qur’an dan konsep penyusunannya.

Rasulullah (s.a.w) memberi penjelasan kepada para sahabat (r.a) tentang ayat-ayat al-

Qur’an yang sukar difahami. Kesemua ini berlaku dengan dhawq (cita rasa), keilmuan

serta menjauhi pembohongan terhadap al-Qur’an. Legasi tersebut diteruskan oleh

generasi sahabat (r.a), antaranya ‘Abdullah bin ‘Abbas, ‘Umar bin al-Khattab, Ubay bin

Ka‘ab, Abdullah bin Mas‘ud dan lain-lain lagi. Hal yang sama juga berlaku kepada

generasi Tabi‘in, seperti al-Hasan al-Basriyy (m 110H), Sa‘id bin Jubayr (m 95H),

Mujahid (m 722), ‘Iqrimat (m 636), Qatadat dan al-Suddiyy (m 127H)

Perkembangan Islam yang begitu drastik dengan pembukaan wilayah baru

serta kemasukan masyarakat bukan Arab ke dalam Islam, lebih-lebih lagi dari luar

65

Hammadiyy, Jubayr Salih (2007), op.cit, hal. 29

Univers

ity of

Mala

ya

62

Semenanjung Arab mencetuskan ketidakfasihan dan kesilapan yang ketara dalam

pembacaan al-Qur’an. Inisiatif pakar bahasa Arab pada ketika itu dalam menjaga bahasa

al-Qur’an dengan menggunakan dua pendekatan:

(a) menukil daripada golongan sahabat (r.a) sahaja bagi mengetahui matlamat surah,

ayat, sebab nuzul ayat dan sebagainya.

(b) perkara-perkara yang perlu dirujuk kepada bahasa, ‘i‘rab66

, dan balaghah

Abu ‘Ubaydat bin Ma‘mar (m 209H) dianggap perintis tafsir dengan takwil

melalui karyanya yang berjudul “Majaz al-Qur’an. Beliau mengutarakan pemahaman al-

Qur’an berasaskan pola perkataan dan susunan ayat. Karya ini merupakan hasil yang

pertama dikesan sebagai karangan penulis berbangsa Arab tentang gharib al-Qur’an

(kepelikan dalam al-Qur’an). Karya ini juga menjadi rujukan pentafsir al-Qur’an selepas

Abu ‘Ubaydat. Meskipun maksud majaz dalam tafsir al-Qur’an ini bukan merujuk

kepada balaghah, tetapi kepada kebahasaan, namun ia memberi satu ruang kepada

rencah tafsiran al-Qur’an secara kebahasaan.67

Seterusnya legasi tersebut diteruskan oleh al-Jahiz. Meskipun tidak

meninggalkan karya khusus mengenai tafsir al-Qur’an, beliau digolongkan sebagai

pentafsir utama berkonsepkan penjelasan. Gelaran ini kerana beliau sentiasa

melontarkan contoh daripada ayat al-Qur’an sebagai pembuktian dalam perbincangan

66

I’rab bermaksud huraian ayat dengan menentukan fungsi setiap unsur yang membinanya. 67

al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2012), op.cit, hal 39

Univers

ity of

Mala

ya

63

balaghah dengan konsep gaya penjelasan. Antara karya beliau mengenai al-Qur’an serta

penjelasannya, ialah ‘Nazm al-Qur’an’ dan ‘Ay al-Qur’an’.68

Ibn Qutaybat al-Daynuriyy (m 270H) dilihat lebih peka tentang

pengkategorian dan penyusunan bab dalam konsep penjelasan al-Qur’an berbanding

dengan Abu ‘Ubaydat dan al-Jahiz. Hal ini terjadi kerana beliau masih meneruskan

legasi keduanya mengenai hakikat dan majaz, kinayat dan ta‘rid, itnab, serta ikhtisar .

Beliau menyebut sebab penghasilan karyanya ‘Ta’wil Mushkil al-Qur’an’ untuk

menghindari al-Qur’an dari penyelewengan dengan mengemukakan hujah yang bernas

dan jelas serta membongkar kesamaran yang dihadapi masyarakat. Ibn Qutaybat

menekankan bahawa gaya al-Qur’an sarat dengan konsep penjelasan menurut bahasa

Arab dari aspek ringkas, pengguguran kata, tasybih (simile), isti‘arat, kinayat, serta

taqdim dan ta’khir, Jelas beliau, perkara yang dikemukakan oleh pengkritik secara sia-

sia, tidak diiktirafkan oleh orang yang mempelajari aliran bahasa Arab dan

persekitarannya. Justeru, beliau menyebut dalam bab pertama dalam karya di atas

bahawa orang yang dapat mengetahui kelebihan al-Qur’an ialah orang yang sentiasa

memerhati al-Qur’an, banyak ilmu mengenainya, dan memahami aliran bahasa Arab

serta uslubnya.69

Terdapat dalam kalangan ulama era ‘Abbasiyy selain daripada Ibn Qutaybat

dan al-Jahiz, golongan yang menekuni bidang i‘jaz bagi mempertahankan al-Qur’an.

Antaranya al-Mubarrad, Abu Dawud al-Sajastaniyy (m 316H), al-Khattabiyy (m 388H),

Muhammad bin Yazid al-Wasitiyy (m 306), al-Baqillaniyy, dan al-Rummaniyy.

68

al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2012). Op.cit. hal 43 69

Ibn Qutaybat, ‘AbduLlah bin Muslim (1323H). Ta’wil Mushkil al-Qur’an Ahmad Saqar (ptah.).

Kaherah: Matba ‘at ‘ Isa al-Babiyy al-Halabiyy hal 10

Univers

ity of

Mala

ya

64

Mereka menulis beberapa model bercorak tafsir bayaniyy, gaya balaghiyy dan

penjelasan berunsur imaginasi.

al-Rummaniyy mentafsirkan firman Allah Taala pada Surah al-Anbiya,

ayat 18:’

}

{

Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah,

lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah

dia. dan (tetaplah) Kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang

kamu sifatkan (terhadap Kami).

Menurut al-Rummaniyy, lafaz (القذف ) dan ( الدمغ ) yang digunakan oleh Allah (s.w.t)

mengandungi unsur isti‘arat. Unsur ini lebih mendalam dari segi makna yang ingin

dikemukakan. Hal ini terjadi kerana lafaz (القذف) membuktikan arahan yang

dilaksanakan mengandungi kekuasaan serta kekuatan, dan ia perlu dipatuhi. Manakala

frasa (الدمغ) pula membuktikan kehancuran secara keseluruhan dengan tidak

meninggalkan apa-apa kesan lagi. al-Khattabiyy berpandangan bahawa ciri estetik

memerlukan tiga elemen utama, iaitu perkataan yang digunakan, makna yang

bersesuaian, hubung kait antara perkataan dengan makna. Pandangan ini menyamai

teori nazm yang dipelopori oleh ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniyy.70

Apabila kemunduran pemikiran melanda umat Islam selepas kurun ketujuh

Hijrah, pemahaman tentang al-Qur’an diresapi oleh penyelewengan dan silap tafsiran.

Hal ini terjadi kerana isu politik, sosial dan pemikiran umat Islam dikawal oleh

70

al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2012), op.cit. hal 52

Univers

ity of

Mala

ya

65

kepercayaan, fahaman, serta ideologi yang bercanggah dengan nilai yang terkandung

dalam al-Qur’an. Umat Islam hanya berputih mata melihat kemajuan serta kemodenan

yang dikecapi masyarakat Barat.

Antara aliran moden yang meninggalkan kesan ketara dalam tafsiran al-

Qur’an berasaskan cetusan sastera berorientasikan gaya bahasa, ialah Muhammad

‘Abduh (m 1905). Terdapat beberapa orang cendekiawan Islam lain yang

memperjuangkan aliran ini seperti Rasyid Rida (m 1935), Muhammad Mustafa al-

Maghariyy (m 1945), Mahmud Syaltut (m 1963), dan Amin al-Khuliyy (m 1967 ).

Fungsi utama aliran ini ialah menyerlahkan pembaharuan dalam minda dengan

balaghah daripada falsafah, dan meletakkan balaghah sebagai asas psikologi moden,

paksi keindahan bahasa serta gayanya yang tersendiri.71

3.4 Perkaitan estetika dengan imaginatif sebagai satu gagasan

Penurunan al-Qur’an al-Karim pada asalnya kepada kaum Quraisy yang

terkenal dengan pidato hebat dan puisi indah membuktikan tahap estetik tinggi yang

dimiliki mereka. Apatah lagi sikap memberontak dan mengkritik yang mereka miliki.

Al-Qur’an menjadi halangan (pada tanggapan mereka) dalam meneruskan tabiat serta

amalan harian mereka, dan mereka merasakan dikongkong oleh al-Qur’an. Al-Qur’an

mengungkapkan suruhan dan larangan dengan gaya bahasa yang bersesuaian dengan

naluri masyarakat ketika ini, walaupun tahap keupayaan dalam menerimanya berbeza

71

al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2012), op.cit. hal 130

Univers

ity of

Mala

ya

66

dalam kalangan mereka. Perkara ini biasa berlaku dalam setiap masa dan zaman kerana

tahap kepintaran dan pemahaman manusia berbeza.

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, kajian balaghah dan berkemahiran

dalamnya dapat membawa kepada pengetahuan yang bersepadu dalam i‘jaz al-Qur’an.

Menurut al-‘Askariyy:

د ع ب ظ ف ال ا ب ه ل و أ و م ل ع ت ال ب م و ل ع ال ق ح أ إن م ل ع ه اؤ ن ث ل ج الل ب ة ف ر ع ال

الل اب ت ك از ج إع ه ب ف ر ع ي ي ذ ال ة اح ص الف ة ف ر ع م و ة غ ال ب ال Sesungguhnya sebenar-benar ilmu yang perlu dipelajari

dan utama dihafal selepas pengetahuan tentang Allah

ialah ilmu balaghah dan pengetahuan fasahah untuk

diketahui i‘jaz al-Qur’an.72

Pendekatan balaghah yang difokuskan kepada unsur estetik terus berkembang, sama

ada melalui kajian tafsir seperti “al-Kassaf” karya al-Zamakhsyariyy mahupun kajian

balaghah secara khusus seperti ‘Dala’il al-I‘jaz’ dan ‘Asrar al-Balaghat’ karya al-

Jurjaniyy. Secara teorinya, asas kepada karya di atas merujuk kepada isti‘arat, tasybih

dan majaz yang berkaitan dengan al-Qur’an. Kajian ini terus berkembang hingga

peringkat penganalisisan al-Qur’an bertujuan untuk menghayati serta mempraktikkan

unsur imaginasi yang terdapat dalam al-Qur’an. Justeru, hubung kait antara estetika

(mewakili pendekatan balaghah)dan imaginatif (pendekatan sastera) amat penting dalam

menyerlahkan ilmu balaghah itu sendiri. Perkara ini terjadi kerana pendekatan ilmu

balaghah berasaskan dhawq dan tabiat naluri dalam mengilustrasikan keindahan.

Menurut al-Sakkakiyy:

ت ن ك ع ب الط ل إ ق و الذ ك ل م ن م ا ذ إ ث 72

Al-‘Askariyy Abu Hilal al-Hasan bin ‘AbdulLah (1989), Kitab al-Sina‘atayn al-Kitabat wa al-

Syi‘r, Mufid Qamihat (ptah), Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat, hal 9

Univers

ity of

Mala

ya

67

اك ن ه ك د ر و ا ي ى م ل ع ك ع ل ط أ ة ز الع ب ر م ال ك ت ح ف ص ت و ه از ج إع ه ج و ن ع ك ت ر ي ص ب ر و ن ل ف ش وك ة ز ال د ار و م

Kemudian, apabila kamu terdiri daripada orang yang

memiliki cita rasa kepada tabiat, dan kamu perhatikan

kepada al-Qur’an, Dia memperlihatkan kepada kamu

punca kegoncangan serta menyerlahkan cahaya

pandangan kamu tentang aspek i‘jaz al-Qur’an.73

Konsep estetik yang terhasil daripada adunan ilmu balaghah yang terkandung padanya

ilmu ma‘aniyy, bayan dan badi‘ serta unsur imaginasi yang merupakan asas penting

dalam kesusasteraan. Penggabungan antara kedua-dua konsep estetika dan imaginatif ini

sebagai satu gagasan bertujuan melatih dan mendedahkan tahap keupayaan dalam

memahami wacana yang indah serta bermutu tinggi. Ia juga bertujuan meningkatkan

keupayaan menghasilkan ayat yang kreatif dan inovatif.

Gagasan dua konsep di atas dapat menghasilkan wacana yang

mempunyai nilai berikut:

(a) Nilai estetik yang terkesan dalam nurani manusia yang cenderung kepada keindahan

dan cintakannya.

(b) Perkataan dan ayat yang digunakan bertepatan dengan kaedah dan manhaj bahasa

Arab yang berasaskan estetika

(c) Perkataan dan ayat yang digunakan sesuai dengan situasi dan keadaan pendengar

atau pembaca serta meninggalkan kesan positif dalam benak mereka.74

Sesuatu wacana Arab yang mencapai tahap estetika yang sempurna perlu memenuhi

asas berikut:

73

Al-‘Azzawiyy ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2012), op.cit. hal 130 74

Al-Maydaniyy, ‘Abd Rahman Hasan (2007). op.cit:.. hal 19

Univers

ity of

Mala

ya

68

(i) Bersesuaian dengan situasi pendengar dan pembaca

(ii) Beriltizam dengan kaedah tata bahasa dan garis panduannya

(iii) Terhindar daripada perkataan dan makna yang bercelaru75

Konsep imaginatif pula menumpukan kepada petunjuk bahasa yang terhasil dari

perkataan serta maknanya. Hal ini menunjukkan paduan perkataan dan maknanya dapat

menghasilkan nilai keindahan tersendiri. Menurut Ibn Rash:q, perkataan dan maknanya

merupakan imej yang satu. Perkataan umpama tubuh badan, manakala maknanya

umpama roh. Kedua-duanya tidak mungkin dipisahkan.76

3.5 Penutup

Secara keseluruhan, ‘estetika imaginatif’ merupakan kaedah pemahaman

serta penghayatan yang diwarisi sejak zaman berzaman lagi. Sejak awal zaman

kemunculan Islam, kaedah atau teori ini telah pun diguna pakai dalam kalangan

penggiat bahasa, karyawan dan sasterawan, khususnya selepas kedatangan Islam. Ia

telah berkembang dengan begitu drastik selaras dengan tuntutan dan kehendak Islam

sebagai medium penyampaian informasi yang padu. Islam begitu menitikberatkan

perkara ini, dan terbukti daripada ungkapan yang digunakan Baginda dalam proses

dakwah.

Tidak dapat dinafikan, ungkapan yang terhasil dan diadun dengan unsur

estetika yang padu dapat menjadikan tahap penerimaan serta penghayatan lebih

75

Al-Maydaniyy, ‘Abd Rahman Hasan (2007), op.cit hal 29 76

Naji, Majid Abd al-Hamid (1984), al-Usus al-Nafsiyyat li Asalib al-Balaghat al-‘Arabiyyat J.1,

Beirut: al-Muassasat al-Jami‘iyyat hal. 69

Univers

ity of

Mala

ya

69

berkesan kepada pendengar mahupun pembaca. Justeru, tidak hairanlah estetika ini

menjadi tulang belakang ataupun kerangka penting dalam penghasilan sesuatu teks

mahupun ungkapan.

Univers

ity of

Mala

ya

70

BAB EMPAT

WACANA ISLAMI DALAM MEDIUM INTERAKTIF

4.0. Pendahuluan

Wacana sering kali digunakan dalam masyarakat kita sebagai perbincangan

atau diskusi ilmiah. Akan tetapi, ia sebenarnya berkaitan rapat dengan isu linguistik.

Menurut ahli linguistik tersohor negara, Dr. Asmah Hj. Omar, wacana didefinisikan

sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat. Namun begitu, wacana juga boleh terdiri

daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku, ataupun sebagainya yang

memperlihatkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan perkembangan

akaliah yang ada di dalamnya.77

Mutakhir ini, istilah ‘pengajian wacana’ dikaitkan

dengan pandangan, kajian wacana mempunyai akar dalam banjaran tradisi teoretikal

yang menyelidiki hubungan antara bahasa, struktur, dan pelakunya. Justeru, wacana

adalah istilah kunci getir dalam kosa ilmu kemanusiaan dan sains sosial. Maka

pengertian kajian wacana menjadi semakin luas kajiannya, dengan merujuk bukan

sahaja pada kajian sistem bahasa serta penggunaannya, malah dilanjutkan untuk

memahami perkara lain, seperti kemanusiaan dan kemasyarakatan yang mungkin

terselindung dalam wacana berkenaan.78

Wacana Islami muncul sejak peringkat awal Islam dikenali. Ia mempunyai motif

serta matlamat penghasilannya. Antara Wacana Islami yang dibincangkan ialah Wacana

Nabawi. Dalam bab ini, penulis menjelaskan konsep serta perbezaan Wacana Islami

dengan lainnya sebagai medium interaksi berkesan kepada generasi mendatang,

meskipun terhasil sejak sekian lama.

77

Idris Aman (2014a), op.cit, hal. 11 78

Idris Aman (2014a), op. cit, hal 14

Univers

ity of

Mala

ya

71

4.1 Takrifan Wacana

Frasa wacana (al-khitab) diulang sebut dalam al-Qur’an sebanyak dua belas kali

dalam sebelas surah dengan sembilan derivasi. Kesemuanya merujuk kepada

pembentukan ayat atau perkataan. Menurut al-Tahir bin ‘Asur, wacana adalah kesatuan

perkataan yang ditujukan kepada orang yang berada bersama pewacana, ataupun orang

yang seumpama berada bersamanya, dan mengandungi perkhabaran, keinginan, dan

pujian serta cemuhan.79

Ibn Faris menyebut dua makna bagi frasa ( ب ط خ ), iaitu:

(i) Percakapan antara dua orang

(ii) Perbezaan dua warna

Manakala dalam al-Mu‘jam al-Wasit, wacana bermaksud kesatuan perkataan, surat dan

ujaran terbuka yang ditujukan kepada golongan berkepentingan secara terang.80

Perbincangan tentang wacana telah berlaku sejak sekian lama dalam tradisi kritikan

Arab. Antara yang mempelopori perbincangan ini ialah al-Jahiz (m 255H). Beliau

memfokuskan kepada kepentingan kefahaman pewacana kepada khalayaknya tentang

kesesuaian penggunaan perkataan dengan maknanya, di samping kesepaduan keduanya

dengan situasi konteks. Antara ungkapan yang dinyatakan al-Jahiz:

ن املع ق ح م ل ع ن وم ه ل ال ال ك ل اوت ق ح ه ل م االس و ك ي نل م وال م ه ت طاق ار د ق ب م و ق ل ك ام ه ىإف ل ع ر األم ار د وم ....اق ف و

م ل ناز م ار د ىنق ل ع م ه ي ل ع هندات ه ع م ف ر ص ت هوت ت آال ه ي ات و ت ون

Sesiapa yang mengetahui hak makna, iaitu nama bagi makna

itu ada haknya, situasi tersebut menjadi hak baginya

berdasarkan………………..

79

Haririyy, Anahid ‘Abd al-Hamid Jamal (2011), op.cit, hal 62. 80

Haririyy Anahid ‘Abd al-Hamid Jamal (2011), op.cit, hal 63

Univers

ity of

Mala

ya

72

Paksi perkara ini untuk memberi kefahaman kepada setiap

kaum tentang tahap keupayaan mereka, dan pertanggungkan

atas mereka berasaskan martabat, dan kedapatan alat

bersesuaian serta pelaksanaan yang sepatutnya.81

Ibn Qutaybat pula menyentuh perihal wacana dalam perbincangan balaghah.

Menurutnya, balaghah dalam wacana menjurus kepada perubahan perkataan

memberikan sebaik-baik kefahaman, serta ketetapan makna ke dalam hati dan sanubari

pendengar atau pembaca. Ia adalah untuk mencapai tahap penerimaan dengan cepat. Ibn

Qutaybat juga menyebut wacana hendaklah bersesuaian dengan pendengar atau

pembaca, serta situasi mereka.82

Menurut Ibn Jinniyy (m 393H), wacana diperlukan

dalam kehidupan manusia, dan kepelbagaian dalam wacana disebabkan kepelbagaian

konteksnya, atau lokasi yang berdekatan antara perkataan dengan situasi. Ia akhirnya

menarik perhatian pendengar atau pembaca melalui konteks atau situasi yang berbagai-

bagai. Beliau berpandangan, terdapat kaitan antara wacana dengan konteks, lokasi serta

pembaca atau pendengar, di samping pewacana itu sendiri.83

Abu Hilal al-‘Askariyy

(m 395H) menganggap wacana sebagai salah satu konsep memberi kefahaman, dan

membahagikan wacana berasaskan status kemasyarakatan. Hal ini kerana wacana

mengandungi pelbagai faedah dan manfaat yang dapat dikongsi anggota masyarakat.

Antara petikan yang disebutkannya:

ك ذ إو ا ات ق ب ط م س ق ت ن ب اج فالو ام ه ىاإلف ل ع م ل الك ع و ض و م ام ل ك ب ي و د الب و ة ق و الس م ل ك ب ي ق و الس ب اط خ ي ف اس الن ات ق ب ىط ل ع م ل الك

م د ع ت و م ل الك ة د ائ ف ب ه ذ ت ف ه ف ر ع ي اال م إل ه ف ر ع اي م ع ه ب ه ز او ج ت ي ال و و د الب

اب ط ال ة ع ف ن م

81

al-Jahiz, Abu ‘Uthman Amr bin Bahr (1968), op.cit, hal 67 82

Ibn Qutaybat Abu Muhammad ‘AbdulLah bin Muslim (t.t), ‘Uyun al-Akhbar, Jil.2, Beirut: Dar al-

Kutub al-‘Ilmiyyat, hal 187. 83

Ibn Jinniyy Abu al-Fath ‘Uthman (1905), al-Khasa’is, Muhammad ‘Aliyy al-Najjar (pnth.), J.2,

Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabiyy, .hal 370.

Univers

ity of

Mala

ya

73

Apabila topik wacana untuk memberi kefahaman,

pembahagian status wacana diperlukan berdasarkan status

manusia. Pekedai digunakan wacana yang bersesuaian

dengan hal ehwal kedai. Orang kampung digunakan wacana

kampung. Tidak dibolehkan menjangkaui apa yang

diketahui kepada apa yang tidak diketahui. Ia akan

menyebabkan hilang faedah dan manfaat wacana.84

Manakala Muhammad bin al-Tayyib al-Baqillaniyy (m 403H)

berpandangan di sebalik kepelbagaian variasi wacana membuktikan hanya al-Qur’an

sahaja yang dapat mencapai tahap i‘jaz. Beliau menyatakan hal ini dalam karyanya,

‘I‘jaz al-Qur’an’:

ك ن ام م أ ف ي اه ن ت م ا ىتال و ن الف و ة غ ل الب ق ر وط اب ط ال ه و ج و ة ف ر ع م اف

ىت م و ه ف ة اح ص الف ار ه ظ اإ ه ي ف ن ك ي ر الق ع ه از ج ع إ ف ر ع آ

Maka adapun orang yang memuncak pengetahuannya tentang

variasi wacana, serta aspek balaghah dan kesenian yang

terdapat dalamnya bagi menzahirkan kefasihan, apabila dia

mendengar al-Qur’an, dapat diketahui tahap i‘jaznya.85

Abd al-Qahir al-Jurjaniyy seorang tokoh terkenal dengan kajian bahasa dan

kritikannya secara mendalam hingga mencetuskan teori nazm dalam menjelaskan

keindahan sesuatu teks, menyetujui konsep wacana dalam membantu penyusunannya.

Hal ini kerana standard penggunaan bahasa menyerlah peranan pewacana. Menurut

beliau, perkataan yang digunakan bukan sekadar perkataan bagi membentuk ayat sahaja,

tetapi mempunyai keistimewaan dalam menentukan susunan ayat yang bersesuaian.

Beliau berpandangan, setiap ayat yang betul susunannya atau tidak, ataupun mempunyai

keistimewaan, perlu dibuktikannya dari aspek tata bahasa dan hukumnya. Begitu juga

84

al-‘Askariyy Abu Hilal al-Hasan bin AbdulLah (1989), Kitab al-Sina‘atayn al-Kitabat wa al-

Syi‘r, Mufid Qamihat (ptah.), Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat, hal 29 85

Al-Baqillaniyy Muhammad bin al-Tayyib (1994), I‘jaz al-Qur’an, Muhammad Syarif Sukkar (ptah.),

Beirut: Dar Ihya’ al-‘Ulum, hal 51.

Univers

ity of

Mala

ya

74

keperluan dalam mengemukakan idea dalam minda sebelum diungkapkan dalam

wacana.86

Justeru, difahami dari kenyataan yang disebutkan di atas, perbincangan ulama

Islam terdahulu tentang wacana bertumpu kepada peranan pewacana, pendengar atau

pembaca, dan bahasa wacana.

Manakala menurut Kamus Dewan, wacana bermaksud kesatuan fikiran

yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti

surat, artikel, novel, cerpen).87

Perbincangan sastera Barat era moden menumpukan kepada elemen estetik

yang terkandung dalam sesuatu hasil sastera. Seseorang pengkritik sastera bukan sahaja

dapat menilai keindahan sesuatu hasilnya, bahkan dapat menyelidiki keseluruhan hasil

itu dari aspek bahasa dalam kritikannya. Zellig S. Harris merupakan ahli linguistik

bahasa Inggeris yang mula-mula menggunakan istilah ‘discourse’ dalam makalahnya

yang berjudul ‘discourse analysis’ (analisis wacana) dalam jurnal Language pada tahun

1955. Sejak itu, bidang ini terus berkembang, terutama dalam kalangan ahli linguistik di

Eropah.88

Cristal (1992) mendefinisikan wacana sebagai regangan bahasa yang

berkesinambungan (khususnya bahasa lisan) yang lebih besar daripada ayat, lazimnya

membentuk satu unit yang berkesatuan, seperti khutbah, jenaka atau cerita. Salkie

(1995) mendefinisikannya sebagai regangan bahasa yang mungkin lebih daripada satu

ayat. Johnstone (2002) pula berpandangan wacana ialah contoh-contoh sebenar

komunikasi dalam wadah bahasa.89

Justeru, pengajian atau kajian wacana muncul

86

Al-Jurjaniyy Abd al-Qahir (2000), op.cit, hal. 77-78. 87

Kamus Dewan edisi keempat (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 1793. 88

Idris Aman (2014b), Analisis Wacana dalam Pengenalan Linguistik Teoretis dan Aplikasi, Mohammad

Fadzeli Jaafar (ed), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 113 89

Idris Aman (2014b), op. cit hal. 11

Univers

ity of

Mala

ya

75

sebagai sebahagian daripada perbincangan linguistik sejak fasa kedua tahun 60-an di

Eropah Barat dengan mengalihkan kajian analisis ayat kepada analisis teks. Perkara ini

terjadi kerana tradisi kajian linguistik hanya memfokuskan konteks ayat sahaja. Maka

teks adalah matlamat utama kajian atau analisis wacana.

Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan di atas, takrifan wacana

dapat didefinisikan sebagai penjelasan unsur-unsur linguistik di dalam wacana secara

deskriptif serta konsep penyusunan yang sesuai, gabungan petunjuk yang terhasil

daripada hubung kait antara kesemua petunjuk tersebut, atau gabungan petunjuk

linguistik yang terhasil daripada kelompok ayat melalui interaksi wacana.

4.2 Intertekstualiti Wacana

Intertekstualiti berasal daripada perkataan Latin, intertexto yang pada

dasarnya bermaksud siratan benang sewaktu menenun. Julia Kristeva merupakan tokoh

yang memperkenalkan istilah intertekstualiti dalam kalangan khalayak kesusasteraan

Perancis pada tahun 1960-an, melalui tulisannya, ‘Le mot, le dialogue et le roman’. Ia

kemudiannya diterbitkan dalam Critique edisi April 1967, dan diulang cetak dalam

Semeiotike, serta diterjemahkan sebagai ‘Word, Dialog dan Novel’. Istilah tersebut juga

dimuatkan dalam Desire in Language dan The Kristeva Reader. Perkara ini

menunjukkan pengaruh Mikhail Bakhtin (m 1975) ke atas Kristeva. Kristeva dalam

pentakrifan intertekstualiti sebagai ‘wujud teks yang lain dalam sesebuah teks’.90

90

Mawar Shafie (2010), Novel intertekstual Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 32

Univers

ity of

Mala

ya

76

Secara teori, sesuatu teks ataupun wacana dalam penghasilannya tidak bebas

daripada penggembelengan teks atau wacana lain sebelumnya. Asasnya, teori ini

diterokai oleh Mikhail Bakhtin. Intertekstualiti boleh dimanifestasikan dalam teks atau

wacana baharu melalui beberapa kaedah. Antaranya ialah representasi wacana, pra-

andaian, nafian, metawacana dan ironi. Dengan kata lain, matlamat analisis

intertekstualiti untuk mengenal pasti apa, dan bagaimana unsur sumber teks atau wacana

lain dimanfaatkan dalam proses penghasilan teks atau wacana baharu. Secara mudah,

apabila kita berwacana (berbicara atau menulis) tentang sesuatu perkara, kita akan

sedikit sebanyak akan memanfaatkan idea, pengetahuan, atau maklumat pihak lain yang

kita ketahui. 91

Penggunaan wacana dianalisis dengan merujuk kepada tafsiran akan

gunanya wacana berkenaan kepada pihak sasaran wacana, dan pada masa yang sama

kepada pewacana, serta kegunaannya dalam kalangan mereka yang menjadi penyampai

dan penulis wacana, orang yang berkuasa di belakang sesuatu wacana, pendengar,

sasaran, pendengar tidak langsung, jika ada. Hakikatnya, sesuatu wacana mempunyai

lingkaran kegunaan dalam kalangan pihak yang disebut di atas, dan perlu

dipertimbangkan pentafsiran kegunaan wacana kepada lingkaran pihak berkaitan.

Dimensi kewacanaan dianalisis supaya dapat menginterpretasikan cara wacana

disebarluaskan untuk mencapai pelbagai golongan sasaran.92

Proses kreatif seseorang pewacana bertolak dari wacana yang lebih awal

dengan melakukan beberapa proses penggubahan, penyerapan atau petikan berdasarkan

91

Idris Aman (2014b), op. cit, hal. 126 92

Idris Aman (2014b), op. cit, hal. 127

Univers

ity of

Mala

ya

77

rumus intertekstual. Sesebuah wacana terbina daripada pelbagai wacana yang lebih awal

dengan merincikan apa jua proses yang berlaku seperti bagaimana dan mengapa proses

itu berlaku. Analisis sesebuah wacana berdasarkan dikotomi unsur struktur dalaman

seperti tema, watak, serta gaya bahasa, dan struktur luaran seperti sejarah, budaya dan

agama. Hal ini bertujuan untuk mengimbangi hubungan unsur dalaman dan luaran tadi.

Maknanya sesuatu wacana berkait rapat dengan konteks. Maka, teks dan

konteks saling melengkapi antara satu sama lain. Dengan melihat konteks, barulah teks

dapat diberikan maksudnya. Sejak awal tahun 70-an, para sarjana linguistik mula

menyedari tentang kepentingan konteks dalam interpretasi ayat.93

Wacana tidak mempunyai kepatuhan kepada struktur yang tertentu. Hal ini

terjadi kerana struktur atau pola wacana tidak boleh ditetapkan sebagaimana ditetapkan

struktur ayat. Maka ketidakpatuhan wacana kepada mana-mana struktur memberikan

ketekstualan kepadanya. Dengan kata lain, ketekstualan akan terus berada pada wacana

selagi ia tidak patuh kepada struktur linguistik yang tertentu. Selanjutnya, ketekstualan

yang menyebabkan wacana tidak mempunyai struktur tertentu. Sesebuah wacana tidak

patuh kepada struktur tertentu kerana ketekstualannya juga tidak patuh kepada bentuk

atau corak tertentu. Ketekstualan adalah bersifat praktikal. Oleh sebab kebanyakan teks

mempamerkan situasi dan unsur-unsur yang kurang jelas, maka ketekstualanlah yang

menyediakan ruang bagi membolehkan teks menjelaskan maksud dan mesej yang

terkandung di dalamnya, dan menjadikan makna teks difahami oleh interlokutornya.94

93

Mohd Azidan Abdul Jabar (2011), Analisis Wacana Arab, Kuala Lumpur: Bewan Bahasa dan

Pustaka, hal.35, lihat juga Brown, Gillian dan Yule, George (1983), Discourse Analysis. Cambridge:

Cambridge University Press, hal. 35 94

Mohd Azidan Abdul Jabar (2011), op.cit, hal. 38.

Univers

ity of

Mala

ya

78

Intertekstualiti digembleng daripada tiga sumber utama:

(i) sumber pastian yang memberi kesan secara langsung dan spontan, di samping

terpilih pada masa yang sama. Perkara ini didapati pada setengah penulisan yang

terhasil dari pandangan umum (kebiasaan) dan individu dengan menjadikannya sebagai

pilihan penulis tertentu.. Antaranya kecenderungan seseorang penulis meniru cara dan

gaya penulis lain, meskipun diketahuinya. Contoh yang jelas dalam perkara ini ialah al-

waqfat al-talaliyyat ( sebutan tanda-tanda kemusnahan) yang terdapat dalam puisi-puisi

Arab terdahulu.

(ii) sumber dalaman yang dipengaruhi dengan situasi penulis ketika menghasilkan

sesuatu penulisan atau wacana. Situasi ini dapat meninggalkan kesan dan pengaruh

terhadap wacana.

(iii) sumber terpilih sama ada daripada wacana berkaitan ataupun terdahulu.95

Hubungan serta kaitan antara teks dengan konteks amat penting. Hal ini

kerana makna terhasil gabungan daripada kedua-duanya. Pembudayaan konteks

memberi kesan yang ketara dalam pemahaman serta penjelasan wacana, pencerapan

makna yang sesuai dalam kalangan penggunanya, dan respons pengguna ketika proses

penggunaan berlaku. Dalam perkara ini Julia Kristeva berpandangan bahawa

intertekstualiti adalah perbincangan antara teks berasaskan pantulan yang sama, atau

beberapa asas pembudayaan dalam setiap teks. Dengan kata lain, intertekstualiti ialah

mengasingkan dan memerihalkan gabungan teks. Kesan daripada perkara ini,

persamaan dan perbezaan didapati antara teks tersebut. Ia memaksudkan kedapatan

95

Syabal, Muhammad, ‘Azzat (2009), ‘Ilm Lughat al-Nass al-Nazariyyat wa al-Tatbiq, Kaherah:

Maktabat al-Adab. hal: 76

Univers

ity of

Mala

ya

79

unsur yang menyamai dalam aspek kreativiti, dan menjadi kekuatan sebagai gabungan

bersama kreativiti pewacana. 96

Dapat difahami daripada perbincangan di atas, intertekstualiti menunjukkan

fenomena hubungan atau tautan (dialog) antara dunia imaginasi atau kreativiti (wacana

dalaman) dengan dunia realiti (wacana luaran). Pewacana dan pendengar atau pembaca

dianggap sebagai unsur luaran, manakala wacana adalah unsur dalaman. Justeru, latar

belakang pendengar atau pembaca perlu diambil kira kerana mereka menanggap dan

mentafsir makna wacana. Intertekstualiti bukan hanya bergantung pada faktor diri

pewacana sahaja dalam penghasilan seseuatu wacana.

4.3 Kewacanaan dalam wadah kehidupan

Era moden mempengaruhi corak kehidupan manusia dengan begitu drastik.

Corak kehidupan mereka yang begitu kompleks, serba mencabar, dan dinamik benar-

benar mempengaruhi tindakan mereka. Dalam keadaan sebegini, individu serta institusi

sosial perlu melakukan penyesuaian, perubahan, dan responsif dalam kebanyakan

praktis dan proses sosial harian bagi menghadapi dan menangani situasi berkenaan serta

memastikan kelangsungan mereka sebagai sebahagian masyarakat sejagat. Tindakan

sedemikian secara mendalam membabitkan aktiviti, hubungan sosial, ekonomi, politik

serta identiti manusia yang terlibat. Perubahan dan penyesuaian praktis sosial mahu

tidak mahu turut membawa kepada perubahan dan penyesuaian dalam penggunaan

bahasa serta ‘bahasa gunaan’ atau yang menjadi istilah yang menjadi fesyen akhir-akhir

ini, iaitu wacana. Fenomena itu bermakna hingga pada satu tahap turut merubah amalan

96

Ibid.

Univers

ity of

Mala

ya

80

wacana manusia. Dengan kata lain, kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan zaman

sekarang adalah berkait dengan kejayaan atau kegagalan manusia memanfaatkan dan

mengurus wacana, sama ada secara individu atau organisasi.

Peranan bahasa sebenarnya menjadi lebih menonjol, penting serta relevan

dalam banjaran proses sosial. Perkiraan reka bentuk wacana politik misalnya menjadi

faktor penting bagi kejayaan pertarungan politik. Maka memandangkan peri menonjol,

relevan, dan potensinya bahasa dalam kehidupan manusia kini, tidak hairanlah sarjana

teori, seperti Pierre Bourdieu, Michel Foucault, dan Jurgen Habermas mengiktiraf

peningkatan kepentingan bahasa dalam pembentukan teori mereka dan menyifatkan

zaman kini sebagai ‘zaman linguistik’. Oleh yang demikian, bahasa bukanlah sekadar

wahana komunikasi, tetapi berkemampuan memperlihatkan konsep serta citra yang

berkaitan dengan penutur dan masyarakatnya.97

Namun, peningkatan kesedaran terhadap kepentingan bahasa tidak pula

diikuti selari dengan peningkatan kesedaran, sama ada dalam disiplin sains sosial secara

luas, mahupun secara khusus dalam disiplin linguistik akan keupayaan ‘objek budaya

yang ampuh itu’ dalam usaha memerihalkan, menerangkan, dan menjelaskan sebarang

proses atau praktis sains sosial. Dengan kata lain, potensi bahasa masih kurang

digembleng bagi memahami persoalan kehidupan sosial masyarakat. Ketidakselarasan

peningkatan kesedaran tersebut adalah berpunca daripada fenomena ‘melihat bahasa

secara telus’ dalam dimensi ‘dunia bahasa’ semata-mata. Fenomena ini adalah

fenomena pengasingan dan pengabaian potensi bahasa dalam analisis sosial. Dengan

kata lain, bahasa dilihat sebagai suatu unsur yang tidak berselindung atau legap apa-apa

97

Idris Aman (2014a), op. cit, hal 113

Univers

ity of

Mala

ya

81

makna sosial di dalamnya. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam bidang sains

sosial yang luas, bahkan dalam disiplin linguistik sendiri. Sarjana sains sosial dikatakan

tidak berminat memanfaatkan bahasa sebagai sebahagian analisis sosial kerana mereka

cenderung mempercayai bahawa isi sosial data bahasa boleh dibaca tanpa pemerhatian

mendalam terhadap bahasa. Dalam linguistik pula, fenomena tersebut dikatakan

berpunca daripada pendominasian linguistik oleh paradigma formalistik dan kognitif.

Selain dari itu, fenomena tersebut dikatakan berpunca daripada ketiadaan dan

kekurangupayaan metode menganalisis makna sosial yang berselindung dalam wacana.

Walaupun terdapat analisis linguistik yang memanfaatkan wacana, tetapi

kebanyakannya adalah analisis wacana bukan kritis.98

Mesej yang ingin disampaikan dengan bahasa terpilih memberi kekuatan

kepada wacana serta dapat menyuburkan penghayatan pembaca atau pendengar. Unsur

denotasi dan konotasi membawa bahasa wacana ke lembah ketaksaan dengan

mengundang tafsiran yang memberi ruang kepada pembaca mahupun pendengar dalam

membina imaginasi dan korelasi. Melalui bahasa terpilih, wacana menggambarkan

kehidupan manusia dengan dipersembahkan dengan cara yang baik. Wacana juga

mempersembahkan falsafah tentang kehidupan. Ia menjadikan pembaca atau pendengar

memahami kehidupan dengan lebih berfalsafah, iaitu dapat menerima keperihalan

tentang manusia dan masyarakat sekeliling yang kadangkala sukar untuk ditafsirkan

oleh fikiran rasional. Pewacana dianggap manusia kreatif yang memiliki kemampuan

berfikir, berimaginasi dan berbahasa. Manusia dan masyarakat merupakan bahan

mentah yang paling penting kepada pewacana. Keperihalan manusia dan masyarakat

menjadi ilham kepada pewacana dalam wacananya. Justeru, wacana dilihat sebagai

98

Idris Aman (2014a), op. cit, hal 114

Univers

ity of

Mala

ya

82

cermin masyarakat yang melalui proses pemilihan, pentafsiran, dan penilaian

pewacananya. Kemampuan mendidik masyarakat yang dipunyai oleh wacana berbeza

dengan kemampuan sains. Kemampuan sains tidak mengadunkan antaranya dengan

unsur kemanusiaan seperti emosi. Wacana bukan subjek yang kering seperti sains. Akan

tetapi, wacana diperkaya dengan emosi di samping maklumat dan kebijaksanaan.

Wacana sangat bererti dalam memahami erti kemanusiaan tentang penderitaan,

peperangan, kemiskinan, kekejaman, dan lainnya. Segala keperihalan yang berkait

dengan kemanusiaan dapat ditimba dari telaga wacana yang tidak pernah kering.99

Wacana amat penting dalam kehidupan manusia dengan membawa mereka

mengenali erti kemanusiaan, di samping memberi pencerahan tentang diri dan

Penciptanya. Hal ini kerana kehidupan manusia tidak hanya di alam fizikal sahaja, tetapi

menjangkau ke alam rohani.

4.4 Wacana Islami sebagai manifestasi interaksi sejagat

Penghasilan sesuatu wacana melibatkan beberapa jaringan. Antaranya diri

pewacana, alam, dan khalayak. Manakala dalam penghasilan Wacana Islami, prosesnya

melibatkan falsafah keyakinan kepada Allah (s.w.t). Apa jua wacana yang dihasilkan

oleh seseorang Muslim, sama ada ditimba daripada alamiah, insaniah mahupun

metafizik, merupakan satu produk yang dihantar kepada khalayak. Penghasilan Wacana

Islami melalui tahap penyerapan, pemprosesan dan pengadunan melalui diri pewacana

hingga ia terhasil sebagai sebuah wacana, dan akhirnya memfokuskan kepada khalayak.

Seseorang pewacana Muslim mestilah mengetahui asas keilmuan Islam serta

mengamalkannya hingga membentuk nilai keislaman dan nilai akhlak dalam dirinya.

99

Sohaimi Abdul Aziz (2011), Erti kesusasteraan kepada kehidupan manusia, Sastera dan manusia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 616-617

Univers

ity of

Mala

ya

83

Dia juga seharusnya mempunyai bekalan ilmu lain yang dapat membantu kefahamannya

dalam pelbagai aspek serta membentuk kefahaman dan nilai yang dicerna dengan

pandangan keislaman.

Pewacana Muslim juga perlu menguasai ilmu dasar dalam Islam yang

berindukkan al-Qur’an agar dapat difahami dan dihayati konsep cerita dalam al-Qur’an

yang terkawal dari aspek etika, kaya dari segi estetik serta sempurna dari segi teknik.

Demikian juga perlu memahami kaedah estetik yang disunting dari al-Qur’an, yang

menimbulkan ilmu balaghah (ma‘aniyy, bayan dan badi‘). Tidak ada bezanya seseorang

pewacana Muslim dengan pewacana lainnya dalam mencari ilmu, melainkan seseorang

Muslim melihat dan menggunakannya dari perspektif Islam. Seseorang pewacana

Muslim tidak akan maju berkembang tanpa memperkembangkan dirinya dengan

perkembangan ilmu. Lantaran itu, hati dan jiwanya berorientasikan Islam. Wacananya

mencerminkan jiwa dan perjuangan Islamnya. Pendek kata pembinaan nilai keislaman

dalam diri pewacana Muslim amat penting. Tanpanya, dia tidak mampu menerapkan

nilai keislaman ke dalam wacananya. Pewacana yang mempunyai latar keislaman yang

mendalam dengan niat yang baik, dapat menjiwakan wacananya dengan nilai serta

kefahaman yang betul dan menanam nilai bercirikan estetik ke dalam jiwa khalayak

yang menjadi fokus dalam Wacana Islami.

Ilham yang terhasil dalam sesuatu wacana merupakan garapan atau cetusan

awal penampilannya sebagai wacana. Ia termasuklah aspek lain seperti mood, persepsi,

sensitiviti, imaginasi, bahan, garapan, dan saringan hingga terhasil sesuatu wacana.

Dalam hubungan dengan penghasilan sesuatu Wacana Islami, aspek yang dinyatakan

tadi amat berhubung rapat dengan pewacana itu sendiri. Seseorang pewacana

Univers

ity of

Mala

ya

84

diumpamakan sebagai tapak semaian bagi ilham yang dinyatakan tadi. Sekiranya tapak

semaian tersebut mempunyai kesuburan tanah keislaman (iaitu jiwa dan pemikirannya

sentiasa disirami dengan nilai keislaman) maka mood, persepsi, sensitiviti serta

imaginasinya berorientasikan keislaman. Justeru, ilham yang diterimanya dalam

keadaan murni dan mengarah kepada yang bersifat keislaman. Demikian juga, sekiranya

hati seseorang tidak disinari dengan cahaya keimanan dan nilainya, dia tidak akan

mengarah kepada ilham keislaman.

Wacana Islami memainkan peranan besar dalam keberkesanan penerimaan,

idea, serta kehidupan manusia. Penekanan tentang kesarwajagatan Islam dalam Wacana

Islami amat penting dalam merealisasikan komitmen tasawur Islami. Ia seterusnya dapat

mengantarabangsakan Wacana Islami serta meninggalkan kesan dan imej yang baik

kepada bangsa dan umat. Kepelbagaian dan perangkuman ciri Wacana Islami

merupakan jaminan kesarwajagatannya dengan bermatlamatkan ungkapan masyarakat

Islam keseluruhannya, selagi pegangan akidah dapat menambat kepercayaan umat

Islam. Wacana Islami sentiasa berdiri teguh mendepani pelbagai fahaman dan aliran

wacana yang mempertahankan ideologi masing-masing.100

Dalam menjamin kompetensi dan keutuhan Wacana Islami, perlu dilihat

kepada objektif serta matlamat Wacana Islami tersebut. Antara objektifnya:

(a) membetulkan konsep wacana berbentuk Islam dari penyelewengan dan manipulasi

dengan mengaitkannya dengan akidah islamiah. Perkara ini penting kerana kita

berpandangan penyelewengan dalam wacana yang terbit dari seseorang Muslim

100

Mohd Zuhdi bin Ismail (2013), op.cit, hal. 230

Univers

ity of

Mala

ya

85

merupakan satu ancaman yang akan membuka ruang kepada musuh Islam untuk

mempersendakan akidah dan seterusnya memerangi Islam

(b) memperkenalkan metodologi Wacana Islami berteraskan pendidikan. Ia dapat

menjadi galakan ke arah wacana yang bernilai, iaitu wacana berbentuk gaya hidup,

akhlak, berperangai, pendidikan dan pembelajaran. Wacana ini dapat mencorakkan

umat yang sejahtera, di samping dapat mengembalikan sejarah umat Islam terdahulu

dengan gaya kehidupan yang betul. Kita semua meyakini dengan mengaitkan wacana

dengan akidah tidak mendatangkan apa-apa percanggahan dengan konsep wacana itu

sendiri. Hal ini kerana akidah bersifat syumul menjangkaui sempadan waktu dan

tempat. Wacana amat memerlukan akidah, bahkan ia merupakan medium penting dalam

penyampaian akidah kepada khalayak.

(c) merealisasikan prinsip iltizam dalam hasil Wacana Islami. Seseorang Muslim akan

dipersoalkan di hadapan Allah (s.w.t) di atas perkataan dan perbuatannya. Kesemuanya

akan dihisab dan diberi balasan baik ataupun buruk oleh Allah (s.w.t). Seseorang

Muslim perlu beriltizam dengan perkataannya untuk tidak melakukan perbuatan yang

bercanggah dengan Islam. Dalam perkara ini, Allah (s.w.t) berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan

yang betul, Allah akan memperbaikkan bagi kamu amalan kamu dan mengampunkan

dosa kamu. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, sesungguhnya dia

mendapat kejayaan yang besar.101

(d) merealisasikan kesarwajagatan Wacana Islami sebagai matlamat yang perlu dicapai.

Hal ini kerana umat Islam merupakan umat yang terbaik asal dan warisannya, serta

dimuliakan Allah (s.w.t) dengan penurunan al-Qur’an sebagai panduan dan Rasulullah

(s.a.w) sebagai rasul, di samping agama Islam sebagai agama samawi terakhir. Justeru,

101

Surah al-Ahzab (33): 70-71

Univers

ity of

Mala

ya

86

kesarwajagatan risalah yang dibawa Rasulullah (s.a.w) selari dan bersesuaian dengan

kesarwajagatan Wacana Islami.

(e) merealisasikan kesepaduan akidah Islamiah dengan wacana. Perkara ini penting

kerana penteorian Wacana Islami serta pemahaman yang betul dalam wacana kepada

pewacana Muslim dapat dalam proses ketulenan wacana dan mendorongnya

menggunakan keupayaannya yang optimum dalam penghasilan sesuatu wacana.

Baginya, wacana suatu amalan jariah yang diberi ganjaran padanya. Dalam masa yang

sama, menentukan baginya garis panduan yang dapat membezakan antara yang baik

dengan yang buruk. Seseorang Muslim yang beriltizam dalam akidahnya memiliki garis

panduan ini secara logiknya.

(f) memelihara nilai keislaman dalam berwacana. Wacana yang baik ialah wacana yang

memelihara gaya hidup serta akhlak yang terpuji. Hal ini kerana wacana adalah

sebahagian daripada agama.

(g) wacana sebagai medium dalam mendepani ancaman Kristian dan musuh Islam.

aPengislaman wacana merupakan sebahagian daripada strategi untuk berdepan dengan

gerakan Kristian serta membongkar tipu muslihat mereka dengan menerapkan konsep

tasawur Islam ke dalam wacana supaya dihayati oleh segenap lapisan umat. Hal yang

sama juga berlaku terhadap musuh-musuh Islam lain.

(h) memerangi kemunduran budaya, bidaah dan khurafat. Islam memerangi masalah

buta huruf sejak kemunculan Rasulullah (s.a.w) hingga sekarang. Kesemua ini untuk

melonjakkan tahap pengetahuan setiap Muslim dan berupaya mendepani pelbagai isu,

sama ada dalam pengetahuan, ekonomi serta teknik peperangan. Perkara ini

menunjukkan kepekaan umat pelbagai isu semasa dan menjadikan mereka kuat dan

berpengaruh. Manakala perkara berunsur bidaah dan khurafat ditanam dan disebarkan

Univers

ity of

Mala

ya

87

oleh musuh-musuh Islam supaya umat Islam kembali pada era kemunduran dan

kegelapan seperti yang dialami masyarakat Barat suatu ketika dulu.

(i) mendepani ancaman terhadap bahasa Arab, bahasa al-Qur’an. Pengislaman ilmu

bermula dengan pengislaman bahasa. Bahasa Arab adalah bahasa al-Qur’an yang

merupakan sumber utama penjelasan syariat Islam. Musuh Islam sentiasa mencari

peluang untuk merosak dan menyelewengkan bahasa al-Qur’an secara diplomasi.

Antara punca dan sebabnya ialah:

(a) menghilang al-Qur’an dari ingatan umat Islam supaya mereka tidak dapat membaca

dan menghafalnya.

(b) tidak dapat memahami warisan Islam kerana ditulis dalam bahasa Arab

(c) memutus hubungan antara negara Islam dengan menguasai dialek yang digunakan

(d) mengetengahkan bandar utama Barat sebagai lokasi tamadun menggantikan bandar

Islam dengan penguasaan bahasanya.102

Ringkasnya, Wacana Islami terbentuk dengan penyatuan pokok ajaran Islam

yang satu berpaksikan wahyu yang dijelmakan melalui al-Qur’an dan al-Hadith yang

sememangnya bersifat universal. Hal ini menunjukkan keunikan Wacana Islami yang

mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan wacana lain (yang bukan Islami)

meskipun berada dalam lingkungan geo-budaya-politik yang sama dengan masyarakat

bukan Muslim lain.

102

Husayn, Nasr al-Din Ibrahim Ahmad (2008a), Isykaliyyat al-Iltizam al-Islamiyy fi Daw’ al-

Qissat al ‘Arabiyyat al-Hadithat , Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa, hal 8- 12

Univers

ity of

Mala

ya

88

4.4.1 Definisi dan takrifan Wacana Islami

Perkataan Islami dalam frasa ‘Wacana Islami’ ialah kata adjektif. Wacana

Islami bukanlah kitab suci agama, dan dalam Islam tidak ada wacana agama atau

‘wacana suci’ setaraf dengan wacana kuil atau wacana gereja. Perbezaan yang terdapat

dalam Wacana Islami dengan wacana yang lain dari aspek ciri, prinsip, falsafah,

pandangan dunia (tasawur), dan matlamat yang khas. Adjektif ‘Islami’ tidak boleh

diinterpretasikan berasaskan kerangka analitis ‘Wacana Cina’, Wacana Perancis’,

Wacana Timur’, Wacana Barat’, dan sebagainya. Perkara ini terjadi kerana Wacana

Islami tidak terikat kepada sesuatu kelompok etnik atau masyarakat, dan terikat kepada

tempoh atau zaman tertentu. 103

Wacana adalah ungkapan yang terjelma daripada nilai-nilai kehidupan dari

dalam sanubari pewacana. Nilai tersebut berbeza antara seseorang pewacana,

persekitaran, dan masa, manakala dalam setiap situasi, ia tercetus dari ilustrasi tertentu

kehidupan serta perkaitannya antara manusia sesama mereka dan alam semula jadi.

Dalam konteks Wacana Islami, komitmen terhadap tabiat ilustrasi amat penting. Justeru,

metode Islami menentang sikap negatif manusia dalam kehidupan dan penyelewengan

peranan yang dibawa dalam perkembangan hidupnya.104

Idea mengisbatkan wacana kepada Islam bukanlah perkara baru dan tidak

menjadi satu kesalahan. Hakikatnya, Wacana Islami telah lama wujud sejak zaman

Rasulullah (s.a.w) lagi. Perkara ini kerana Islam mempunyai prinsip dan ideologi

tersendiri mengenai akhlak, gaya hidup, dan pegangan. Islam menyusun atur kehidupan

103

Mohamed Anwar Omar Din (2004), op.cit,.hal 14 104

Mohd Zuhdi bin Ismail (2013), op.cit, hal. 119.

Univers

ity of

Mala

ya

89

manusia sejagat, sama ada individu mahupun komuniti kecil atau besar. Kesemua ini

selaras dan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Wacana

Islami perlu komited kepada ajaran dan kandungan Islam dalam mendasari petunjuk

makna serta ungkapan kandungannya.

Wacana Islami bukan hanya wacana Arab ataupun dimonopoli umat

tertentu sahaja.. Walaupun bersumberkan al-Qur’an dan al-Hadith, namun Wacana

Islami terdiri daripada wacana pelbagai bangsa dan bahasa, asalkan bertasawwur

Islami. Agak sukar juga untuk dibincangkan tentang ciri serta prinsip asas Wacana

Islami sekiranya tidak difahami latar belakang perkembangan sejarahnya. Pendekatan

sejarah semacam menjadi mandatori dalam memahami perkara ini. Untuk memahami

kedudukan ini tanpa melihat dari dimensi sejarah boleh membuat sesuatu perbincangan

atau diskusi itu menjadi anakronistik, malah hanya spekulasi kosong, terawang-

awangan dan menjadi tafsiran yang tidak berpijak di bumi nyata, serta tidak diwajarkan

oleh Islam. Wacana Islami terawal muncul pada era Rasulullah (s.a.w) di Mekah dengan

menggambarkan kebesaran Allah (s.w.t) dan Rasul-Nya, cinta sesama manusia,

kerelaan berkorban, berjihad, dan menggalakkan manusia melakukan kebaikan serta

menghindari kemungkaran.105

Kedatangan Islam sebagai agama yang lengkap dan mendorong kepada

akhlak yang baik antara punca penggunaan wacana secara berleluasa. Ia membawa

pewacana kepada hati nurani yang suci serta melonjakkan penggunaan makna wacana

yang bermutu, kebersihan hati dan jiwa serta ketulusan dalam berakidah. Pewacana

105

Mohamed Anwar Omar Din (2004), .op.cit, hal 15

Univers

ity of

Mala

ya

90

dapat mengelakkan diri dari unsur materialistik dan fanatik. Wacana ketika itu lebih

terarah kepada faktor pendidikan.

Manakala pada era moden, wacana banyak dipengaruhi oleh unsur

ketamadunan Barat, antaranya:

(i) penjajahan Barat ke atas negara Islam dengan memasukkan sistem baharu

yang bersesuaian dengan kecenderungan penjajah, antaranya sistem

pendidikan sekular bagi mencemarkan imej umat Islam, memeranginya serta

merosakkan bahasa Arab, bahasa al-Qur’an. Perkara ini dengan tidak syak

lagi memberi kesan negatif dalam perkembangan wacana

(ii) gerakan orientalis yang tersebar selepas kedatangan penjajah dengan tujuan

penyebaran ilmu pengetahuan dan teknologi setelah penduduknya ditanam

sikap buta huruf kepada penduduknya. Mereka seolah-olah tidak dapat

mencapai tahap ketamadunan melainkan mendalami tamadun Barat kerana

tamadun ini sahaja yang perlu dipelajari serta difahami. Dalam hal ini, kita

dapat lihat ramai dalam kalangan orientalis yang belajar dan mengajar di

beberapa universiti di negara Islam, di samping menyebarkan fahaman

mereka.

(iii) rombongan pelajar ke luar negara khususnya negara Barat memainkan

peranan penting dalam pembaratan wacana. Hal ini kerana mereka

mempelajari ilmu dan pengetahuan dari guru dan pensyarah yang tidak

memahami persekitaran dan budaya Timur, serta bukan beragama Islam.

Perkara ini ditambah lagi budaya ‘anak angkat’, iaitu menghantar pelajar

kepada keluarga angkat dengan tujuan belajar dan menghayati cara hidup

masyarakat Barat. Ia bertujuan memantapkan bahasa Inggeris ataupun mana-

Univers

ity of

Mala

ya

91

mana bahasa Barat yang lain seperti yang didakwa. Kesannya, sama ada

langsung ataupun tidak, pelajar mempelajari gaya hidup masyarakat Barat,

atau gaya hidup sekular yang terdedah dengan unsur keruntuhan moral dan

harga diri serta pecah belah dalam keluarga. Kesemua ini memudahkan

mereka untuk mengawal pelajar apabila pulang ke negara masing-masing.

(iv) Kewujudan imigran Muslim di negara Barat. Sebahagian daripada mereka

mendapat kewarganegaraan dari negara terbabit. Terdapat dalam kalangan

mereka, golongan yang kembali ke negara asal ketika usia senja dan

membangunkan sekolah yang berasaskan pendidikan Barat untuk diterapkan

kepada masyarakat setempat.

(v) Kewujudan aliran wacana baharu yang berpaksikan kepada sekularisme

dengan menampilkan prinsip kehidupan dan akhlak yang menyimpang dari

realiti Islam. Mereka beranggapan bahawa ilmu yang terdapat dalam aliran

ini merupakan kemuncak ilmu dan menidakkan wahyu yang diturunkan

Allah (s.w.t). Hal ini kerana asas pegangan aliran tersebut bukan

berorientasikan wahyu mahupun fakta yang kuat dalam menentukan

kerelevanannya. Tujuan sebenar penyebaran aliran di atas untuk memporak-

perandakan pemikiran umat Islam, di samping mencetuskan keraguan

terhadap agama, sejarah, bahasa dan warisan Islam.106

Islam sebagai agama yang syumul menggariskan panduan yang jelas kepada

manusia. Kehidupan manusia bukan hanya tertumpu pada dunia mahupun akhirat

sahaja. Ia adalah kehidupan manusia yang dapat berfikir dan berupaya menentukan

sesuatu berdasarkan pertimbangan yang terperinci. Firman Allah (s.w.t) sebaik-baik

bukti bagi hal ini.

106

Husayn, Nasr al-Din Ibrahim Ahmad (2008b), al-Adab al-Islamiyy: Dirasat Nazatiyyat wa

Tatbiqiyyat, Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa, hal 37-39

Univers

ity of

Mala

ya

92

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah

kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah

engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;

dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah

berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-

limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat

kerosakan ".107

Keyakinan kepada Islam sahaja dapat menjadikan kita melihat Islam dengan

perspektif yang betul. Pemikiran Islam adalah berlandaskan kepada petunjuk yang

digariskan oleh al-Qur’an yang paradigmanya berbeza dengan rasionalistik Barat. Hasil

pemikiran ini terbit dari hati, yang hanya sempurna berdasarkan kesempurnaan

penerimaannya terhadap wahyu dengan amalan yang lurus. Kerosakan amalan kesan

daripada kerosakan hati, dan menjadi sukar untuk melahirkan kebenaran dari pemikiran.

Sebaliknya, rasionalistik Barat berasaskan akal yang tidak mudah membawa manusia

kepada kebenaran Allah (s.w.t). Tahap rasionalistik Barat berada pada peringkat bawah

dari peringkat hati yang dapat memisahkan antara kesahihan dengan kebatilan daripada

bentuk rasionalistik manusia. Justeru, pendirian seseorang pewacana Muslim harus

tegas dalam melihat al-Qur’an sebagai kalamulLah (kata-kata Allah) yang benar,

meskipun terdapat banyak kisah pelik pada pandangan fikiran lahiriah. Antaranya,

mukjizat para rasul dan nabi, fenomena alam, dan kejatuhan serta kebangkitan kerajaan

(yang pada pandangan orientalis Barat dikategorikan sebagai mitos atau lagenda

sahaja). Oleh itu, Islam melalui al-Qur’an tidak dapat dilihat secara sewenang-wenang

serta diperbandingkan dengan buku penulisan atau karya manusia. Hal ini berbeza sama

sekali dan tidak boleh dikaitkan dari mana-mana aspek pun.

107

Surah al-Qashashah (28): 77

Univers

ity of

Mala

ya

93

4.4.2 Peranan Wacana Islami dalam kehidupan

Era kegelapan yang menyelubungi Eropah pada kurun ke-15 dan ke-16

dengan penguasaan dan monopoli gereja secara menyeluruh terhadap masyarakat

dengan tiada pengecualian. Ia melahirkan paderi serta golongan yang berkhidmat

kepada gereja dan menyimpang dari kebenaran. Era ini dianggap sebagai waktu yang

menjadi sempadan atau perantaraan kemunduran dengan kemodenan, gelap dengan

terang, ataupun kejahilan dengan berpengetahuan. Ia juga merupakan era yang menjadi

titik tolak ke arah satu anjakan paradigma dalam membentuk masa depan yang lebih

komprehensif. Kesemua ini membuka lebaran baru lebih-lebih lagi kepada masyarakat

Barat dengan kemunculan aliran dan ideologi seperti teori Darwin,108

Descartes,109

Bacon, 110

dan sebagainya. Aliran dan ideologi di atas dan seumpamanya membawa

kepada kesan yang negatif, hingga penghujung yang berliku dan tiada penyelesaiannya.

Antaranya hilang naluri kemanusiaan, penguasaan pemikiran dan ideologi falsafah

berasaskan logik semata-mata. Ia akhirnya membawa manusia bertukar menjadi alat

yang kaku sebagai bahan mainan. Hal ini memaksudkan bahawa alam ini dengan

kedatangan era moden dapat membebaskan dirinya dari belenggu kekuasaan mengatasi

108

Ia diasaskan oleh Charles Darwin (m 1882) yang merupakan naturalis British. Ia memulakan teori

evolusi berdasarkan pemilihan semula jadi. Cerapan biologi selama lima tahun (1831-1836) di atas

kapal HMS Beagle menyebabkannya menyelidiki transmutasi spesies dan mengembangkan teori

pemilihan ini pada tahun 1838. Bukunya bertajuk ‘mengenai asal spesies melalui pemilihan semula

jadi’ diterbitkan pada 1859 mengasaskan evolusi melalui keturunan yang sama sebagai teori

pempelbagaian di alam semula jadi yang paling berpengaruh 109

Diasaskan oleh Rene Descartes (m 1650) . Dia juga dikenali dengan Cartesius yang merupakan ahli

falsafah, matematik dan sains. Diberi gelaran ‘Pengasas Falsafah Moden’ dan Bapa Matematik

Moden. Beliau juga mendapat tempat sebagai salah seorang ahli fikir yang terpenting dan

berpengaruh pada zaman moden. Beliau merupakan salah seorang ahli fikir utama dalam Revolusi

Saintifik di Dunia Barat dan dihormati kerana mempunyai sistem koordinat Cartes yang digunakan

dalam geometri satah dan algebra yang dinamai sempena namanya. 110

Diasaskan oleh Francis Bacon (m 1626). Merupakan seorang ahli falsafah British, negarawan dan

penulis. Dia terkenal sebagai pencetus pemikiran empirisme yang mendasari ilmu sains. Tulisan

dan pemikirannya mempengaruhi metodologi sains yang menitikberatkan eksperimen yang dikenali

sebagai Metode Bicon. Dianugerahkan gelaran ‘Sir’ pada tahun 1603, dan diangkat menjadi Baron

Verulam pada 1618, hingga akhirnya menjadi Viscount St. Alban pada 1621.

Univers

ity of

Mala

ya

94

kemanusiaan dan tabiat ( tuhan dan roh). Pandangan atau ideologi moden mendasari

kenyataan ini berasaskan teori akal semata-mata, di samping konsep ilmu.111

Islam mempunyai pandangan dan penyelesaian berbeza dalam menangani

isu atau permasalahan di atas. Wacana Islami sebagai satu medium interaksi memainkan

peranan dalam menyelesaikan perkara ini. Kerana itulah peri penting penumpuan

pendekatan Wacana Islami berorientasikan elemen alam, manusia dan kemasyarakatan.

4.4.2.1 Elemen alam dalam Wacana Islami

Alam dalam tasawur Wacana Islami ialah perkara luaran yang dialami

manusia dan mendepaninya dengan jiwa dan fikirannya. Ia termasuk langit dan bumi,

bulan dan bintang, makhluk yang hidup dan mati, fenomena yang berlaku dan

sebagainya. Antara ciri penting alam ini ialah struktur kejadian yang begitu kompleks

dengan ditentukan oleh Allah (s.w.t). Hal ini membuktikan kebijaksanaan serta

ketentuan Allah (s.w.t) ke atas sekalian makhluk secara umumnya. Alam juga

menyatukan kesatuan yang berada dalamnya untuk mengenal Allah (s.w.t). Firman

Allah (s.w.t) dalam menjelaskan perkara ini:

dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi

(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau

111

Husayn, Nasr al-Din Ibrahim Ahmad (2008b), op.cit, .hal 5

Univers

ity of

Mala

ya

95

menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau,

maka peliharalah kami dari azab neraka.112

Kesatuan yang berada dalam alam adalah kesatuan yang tidak bercanggah, seragam dan

bersepadu. Ia seumpama di bawah kerajaan yang sama.113

Islam menyentuh tasawur menyeluruh tentang alam melalui al-Qur’an.

Apabila kita ingin mengetengahkan Wacana Islami yang bermutu dalam mencetuskan

keinginan serta impian umat Islam, di samping perkara yang telah dan bakal berlaku

dalam kehidupan mereka, kita perlu menampilkan pandangan al-Qur’an. Hal ini kerana

gambaran al-Qur’an dapat diterima hati dan sanubari kerana ia menyerlahkan nikmat

serta hikmat Allah (s.w.t) kepada sekalian alam ini. Lantaran itu, paduan nilai estetik

dalam ungkapan dapat ditonjolkan secara mudah dan difahami. kandungannya. Alam

ini adalah sebahagian tanda keesaan Allah (s.w.t) dan kekuasaan-Nya. Allah (s.w.t)

mengungkapkan nilai keindahan dalam helaian alam yang tidak disebut dalam mana-

mana buku di dunia ini. Hal ini terserlah secara langsung dalam ukuran keindahan yang

diselitkan dalam unsur alam dan tabiatnya. Keindahan yang tercipta dalam alam dan

tabiatnya menjadi platform yang menghubungkan manusia dengan alam dalam

mencapai objektif yang lebih tinggi, iaitu mengenali Allah (s.w.t).

Dari kenyataan di atas, dapat difahami ajaran yang dibawa oleh Rasulullah

(s.a.w) sesuai untuk sekalian manusia tanpa mengira perbezaan budaya, bangsa dan

bahasa. Kita tidak perlu menyempitkan ruang yang ada, dan apa yang menjadi

112

Surah ali Imran (3): 191 113

Al-Wasymiyy, AbdulLah bin Salih bin Sulayman (2005), Juhud Abi al-Hasan al-Nadwiyy al-

Naqdiyyat fi al-Adab al-Islamiyy, Riyad: Maktabat al-Rusd, hal 191

Univers

ity of

Mala

ya

96

keutamaan ialah memfokuskan kepada hasil wacana itu sendiri, sama ada ia dari

warisan Islam, moden ataupun kontemporari.

4.4.2.2 Elemen manusia dalam Wacana Islami

al-Qur’an sebagai panduan hidup banyak menampilkan perihal manusia,

sama ada yang baik dengan memuji dan mensyukuri nikmat yang dianugerahkan

kepadanya, ataupun yang jahat dan akhirnya disesatkan syaitan. Antara contoh wacana

tentang manusia yang baik yang dinyatakan dalam al-Qur’an ialah kisah Nabi Ismail

(a.s) yang dirakamkan Allah (s.w.t):

}

{

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang

membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi

Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! sesungguhnya aku

melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka

fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai

ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyallah,

ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah

Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan

meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami

sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah

menjalankan perintah kami),

. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

Univers

ity of

Mala

ya

97

"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau

lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-

orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang

sembelihan yang besar;114

Begitu juga wacana mengenai kedegilan dan kekufuran anak lelaki Nabi Nuh (a.s)

dengan firman-Nya:

}

{

(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju

membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang,

dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang

berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku,

naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal

dengan orang-orang yang kafir".

Anaknya menjawab: "aku akan pergi berlindung ke sebuah

gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada

ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak

ada sesuatu pun yang akan dapat melindungi dari azab Allah,

kecuali orang yang dikasihani oleh-Nya". dan dengan serta-

merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu

menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang

ditenggelamkan oleh taufan.115

al-Qur’an mengemukakan nilai keindahan dalam ungkapan bagi

melaksanakan fungsi yang sepatutnya sebagaimana yang dikehendaki Allah (s.w,t). al-

Qur’an merupakan kitab suci dan dianggap sebagai tempat pembelajaran yang perlu

114

Surah al-Safat (37): 102-107 115

Surah Hud (11): 42-43

Univers

ity of

Mala

ya

98

ditempuh oleh setiap Muslim. Wacana yang dihasilkan dengan acuan al-Qur’an menjadi

penghubung dalam menaikkan martabat manusia dalam memandu ke arah kebenaran,

kebaikan dan keindahan di samping kepuasan diri seseorang Muslim.116

al-Qur’an perlu berada di hadapan supaya dapat dijadikan rujukan oleh

pewacana dalam mendepani arus kehidupan, dan menjadikannya sebagai sumber

terpenting dalam kelangsungan kewacanaannya. Seseorang pewacana dapat

mengetengahkan pelbagai aspek dari elemen manusia dalam wacananya. Antaranya

aspek akhlak yang dapat membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Begitu juga

aspek kesempurnaan yang dimiliki manusia sebagai makhluk yang paling sempurna.

Aspek pergaulan dan interaksi antara individu dengan masyarakat juga termasuk dalam

elemen manusia yang dapat ditampilkan dalam wacana.

4.4.2.3 Elemen kemasyarakatan dalam Wacana Islami.

Hubungan Wacana Islami dengan masyarakat amat erat. Ia terjelma kesan

dari tasawur Islam yang umum. Wacana Islami memandang masyarakat sebagai

pandang yang cakna. Apa jua kekurangan atau kelemahan yang berlaku dalam

masyarakat daripada keruntuhan moral dan akhlak, maka menjadi tanggung jawab

utama pewacana dalam mencapai kebahagian serta keseimbangan jiwa kepada individu

dan mewujudkan kesamarataan dalam anggota masyarakat. Seseorang individu

memainkan peranan penting dalam elemen kemasyarakatan. Individu begitu hampir

dengan masyarakatnya dalam aspek kehidupan, pergerakan dan matlamat. Agama Islam

116

Husayn, Nasr al-Din Ibrahim Ahmad (2008b), op.cit, hal 302.

Univers

ity of

Mala

ya

99

menggariskan beberapa prinsip penting dalam menentukan kepelbagaian bentuk

pergaulan dalam masyarakat. Hal ini menunjukkan betapa erat hubungan yang terjalin

antara individu dengan masyarakat sekeliling.

Wacana Islami merupakan medium interaksi berkesan dalam masyarakat.

Pewacana merupakan aktor sosial yang terlibat dalam kehidupan bermasyarakat, dan

bukan seorang pemerhati yang objektif serta sentiasa melepaskan dirinya dari

masyarakatnya, lebih-lebih lagi daripada watak dan peristiwa yang terdapat dalam

wacananya. Oleh itu, wacana bukan semata-mata satu deskripsi tentang apa yang

dilihat, tetapi terselit di dalamnya pemikiran, cita-cita, nilai dan perasaan pewacana itu

sendiri. Apa yang dinukilkan oleh pewacana mempunyai unsur ideologikal secara

tersurat dan tersirat, dan dipaparkan dalam bahasa yang bertenaga serta mempunyai

nilai estetik yang tertentu. Keadaan ini mewujudkan persamaan antara hasil wacana

dengan ilmu sosial, dan antara pewacana kreatif dengan ilmuwan sosial. Manusia tidak

dianggap sebagai objek, tetapi sebagai subjek. Interaksi antara individu mewujudkan

jalinan hubungan yang membentuk institusi dan masyarakat.117

4.5 Wacana Nabawi dalam Wacana Islami

Sejarah membuktikan wacana adalah salah satu medium yang berkesan

dalam berdakwah kepada Islam seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah (s.a.w).

Wacana yang diwarisi dari Hadith adalah berfungsi dan bermakna. Jika ia tidak

berfungsi dan bermakna maka ia tidak bermanfaat dan sia-sia. Justeru, tidak hairanlah

117

Abdul Rahman Embong ( 2011 ), Pembinaan teori tempatan: antara teori sosial dengan bidang

sastera dalam Sastera dan manusia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 122.

Univers

ity of

Mala

ya

100

dalam perluasan agama Islam terlahirnya wacana terkemuka, berfungsi dan bermakna

seperti Sirat al-Rasul, Qisas al-Anbiya’, Hayat al-Sahabat dan lainnya. Kesemuanya

memaparkan manifestasi perjuangan insan dalam meningkatkan diri kepada darjat yang

diredai Allah (s.w.t). Dalam pertembungan dengan budaya cerita daripada masyarakat

baru dikenalinya maka pewacana Islam mengambil kesempatan untuk mengislamkan

wacana yang popular menjadi hasilnya.118

Islam selamanya menawarkan panduan dalam segala hal yang berkaitan

dengan kehidupan. Ia perlu bermula daripada pengakuan dari fikiran sedar bahawa kita

perlu berfikir dalam kerangka hujahan akli yang diperuntukkan bagi manusia sebagai

insan terpilih di sisi Penciptanya, serta mulia dengan ketinggian akhlak dan

bertanggungjawab bagi membentuk masyarakat yang sejahtera dan selamat. Konsep

ketersendirian merupakan satu konsep yang naif dan tidak pernah wujud bagi semua

objek yang fana. Sebaliknya, persoalan hubungan adalah satu kenyataan yang hakiki,

baik bagi makhluk yang hidup mahupun yang tidak bernyawa, dan menjadi persoalan

nilai hidup mahupun pengukur kepada turun naik tamadun manusia.

Islam mempunyai rasionaliti atau falsafah pemikiran tersendiri dalam

mengasuh manusia menggunakan akalnya. Panduannya yang berasaskan wahyu

terbentang luas dengan pembuktian dari sejarah manusia lampau dan masih relevan

hingga hari ini. Sistem pemikiran yang diasuh dalam Islam bercorak transendental yang

terhasil dari hubungan diri dengan sang Pencipta. Ia mempunyai sistem nilai tersendiri

yang bukan sahaja menyeluruh dan hakiki, malah menggerakkan seluruh kesedaran

118

Ali Ahmad e.t (2007), Tassawur Islam dalam kesusasteraan Melayu tradisional, Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia, hal 6

Univers

ity of

Mala

ya

101

manusia kepada kebaikan dan menghalang dari keburukan. Dengan menerima

kejernihan fikrah Islam, sudah pasti kita perlu melihat kembali kerangka teori wacana

yang digagaskan di Barat. Kita menerima seluruh koordinat di dalam kegiatan wacana

seperti alam, pewacana, khalak, dan wacana itu sendiri kerana kita tidak mungkin

menerima kecenderungan yang bersifat mengecil hingga menolak persoalan hubungan.

Akan tetapi kita melihat segala-galanya saling berkait dan perlu ditokok tambah dengan

ketaklukan seluruhnya kepada Pencipta. Justeru kerangka pemikiran teori Wacana

Islami harus bersifat demikian.119

Hadith Nabawi merupakan salah satu sumber terpenting Wacana Islami

selepas al-Qur’an, dan menjadi tunjang dalam pengkreativitian Wacana Islami. Hal ini

membuktikan peri pentingnya Wacana Islami, khususnya Wacana Nabawi dari aspek

kandungan serta warisan petunjuk maknanya. Wacana Nabawi yang mewakili genre

Wacana Islami menampilkan sejarah dan warisan yang ditinggalkan Rasulullah (s.a.w).

Berbeza dengan wacana lain yang tidak menjadikan sejarah Rasulullah (s.a.w) sebagai

sumber utama kandungan, Wacana Islami memberi keutamaan mutlak kepada faktor

sejarah tersebut. Hal ini kerana sumber terbabit mengandungi kekuatan kejelasan

maksud, keberkesanan dalam hati dan sanubari, petunjuk makna yang tepat serta

contoh perbandingan yang bersesuaian.

Wacana Nabawi dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian utama,

antaranya:

(i) wacana biasa yang bermatlamatkan penyampaian sahaja untuk

merangsangkan fikiran dan berkongsi kebaikan. Wacana ini menumpukan 119

119

Ali Ahmad et.al (2007), op.cit, hal 37

Univers

ity of

Mala

ya

102

kepada isu setempat dan tidak memerlukan kesungguhan dalam memahami

petunjuknya.

(ii) wacana sastera yang berkonsepkan kepengaruhan wacana. Ia tercetus

daripada bakat yang dipupuk dalam menyuarakan kehendak sanubari serta

menyentuh naluri pendengar dan pembaca. Keistimewaan wacana ini

memaparkan ungkapan bersahaja dengan makna yang kreatif. Terkadang ia

mudah difahami ataupun memerlukan pemahaman berasaskan pemikiran

yang panjang.

(iii) wacana ilmiah yang berbentuk perdebatan dalam mengemukakan pandangan

masing-masing

(iv) wacana keagamaan yang merupakan penjelasan kepada manusia dalam

semua perkara yang berkaitan dengan Islam.120

Di samping elemen yang dinyatakan di atas tadi, Wacana Nabawi memberi

penekanan terhadap bahasa Arab fasih, gaya sastera yang berketerampilan, dan aspek

kejelasan kandungan yang dapat difahami. Hal ini kerana Wacana Nabawi merupakan

medium dakwah berhikmah serta tinggi konsep bahasa dan tatabahasanya. Ia berbeza

dengan sejarah dan peninggalan agama lain. Begitu juga dengan konsep balaghah yang

terdapat dalam Wacana Nabawi hingga ulama bahasa, khususnya balaghah menjadikan

balaghah Nabawiyyat sebagai metodologi sejak era terdahulu. Wacana yang terbit dari

Rasulullah (s.a.w) selari dengan tuntutan kefasihan dan balaghah al-Qur’an. Ia tidak

dapat ditandingi atau menyamai mana-mana wacana pun. Justeru, para ulama dan

sasterawan menjadikan Wacana Nabawi sebagai model balaghah dalam pemahaman

120

Haririyy, Anahid ‘Abd al-Hamid Jamal (2011), op.cit, hal 108-109

Univers

ity of

Mala

ya

103

makna, imaginasi yang sesuai serta penggunaan perkataan yang betul. Kesemua ini

dapat meningkatkan tahap ketulenan wacana dari aspek keislamannya.121

4.6 Penutup

Dapat difahami dari perbincangan yang terdapat dalam bab ini, Wacana

Nabawi memberi serta meninggalkan kesan yang positif dalam menjelaskan kandungan

hukum serta mesej yang ingin disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w). Hal ini kerana

model dan konsep yang terkandung dalam wacana ini bersesuaian dengan jiwa serta

nurani masyarakat Islam, khususnya aspek penggunaan bahasa serta elemen balaghah

yang bersesuaian, selaras tuntutan Islam itu sendiri.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini, Wacana Nabawi merupakan

warisan terpenting umat Islam selain al-Qur’an. Perkembangan wacana ini selaras

dengan perkembangan al-Qur’an sebagai medium penjelasan dalam berdakwah,

penjelasan hukum, mendidik dan lainnya. Maka tidak hairanlah Wacana Nabawi sering

kali dijadikan bahan rujukan dan bahan kajian dalam pelbagai aspek ataupun dimensi.

121

Al-Wasymiyy, AbdulLah bin Salih bin Sulayman (2005), op.cit. hal 551.

Univers

ity of

Mala

ya

104

BAB LIMA

DIALEKTIKA WACANA NABAWI

5.0 Pendahuluan

Sebagaimana al-Qur’an al-Karim, Hadith Rasulullah (s.a.w) adalah sumber

rujukan dalam ilmu pengetahuan Islam, dan bukan sebuah karya ilmiah semata-mata.

Perkara ini kerana jika diandai atau dianggap sebagai karya ilmiah nilaian manusia, ia

tertakluk kepada penilaian baik ataupun buruk. Apa yang dimaksudkan dengan nilaian

manusia di sini, ialah amalan akademik semasa sebuah karya ilmiah boleh dilihat dari

perspektif penilaian baik ataupun buruk pada masa yang sama. Hal sedemikian berlaku

kerana karya ilmiah boleh dinilai dengan pelbagai ukuran semasa yang subjektif dan

tidak tetap acuannya. Acuan penilaian yang subjektif ini bermula daripada

kecenderungan pengkaji atau penulis, sama ada sederhana, ekstremis, dan sebagainya.

Justeru, penilaian terhadap Hadith perlu dilihat dalam acuan samawi ataupun wahyu,

sepertimana al-Qur’an, tidak dalam acuan pemikiran manusia.

Dialektika Hadith atau Wacana Nabawi berkait dengan estetika dalam

proses dan hasilnya. Ia memaksudkan dialektika Wacana Nabawi sebagai proses, dan

estetika adalah hasilnya. Aspek estetika yang didalangi unsur balaghah

memanifestasikan ayat dan gaya bahasa yang digunakan dalam wacana ini. Ia

dititikberatkan oleh Islam lantaran ia juga melambangkan persoalan moral pengkaji atau

penulis. Balaghah yang dikembangkan dalam kajian dan penulisan dari sumber Hadith

perlu disandarkan kepada tradisi. Tradisi ikatan balaghah dan kajian Islam mempunyai

kepentingan terhadap keluhuran Islam yang perlu dipaparkan kepada khalayak. Ia juga

mempunyai kepentingan dari aspek interaksi berkesan antara Rasulullah (s.a.w) dengan

para sahabat (r.a). Di samping itu, aspek imaginatif secara khususnya bersumberkan

Univers

ity of

Mala

ya

105

gambaran indah atau buruk dalam Hadith. Imaginatif dalam wacana Hadith tidak boleh

melewati batas tatasusila Islam. Justeru, pengadaptasian dalam wacana Hadith secara

menyeluruh perlu dilakukan dengan penuh kesedaran akhlak Islamiah.

5.1 Definisi Wacana Nabawi

Dimaksudkan dengan Wacana Nabawi di dalam kajian ini ialah Hadith

Rasulullah (s.a.w). Istilah wacana yang diberikan pelbagai pengertian oleh pengiatnya,

dapat dikategorikan kepada empat yang utama, iaitu berdasarkan bentuk atau aras,

makna, jenis, dan matlamat implisitnya Dari segi bentuk atau aras, wacana didefinisikan

sebagai unit bahasa yang koheren, sama ada tuturan atau tulisan yang lebih besar

daripada aras ayat. Maka wacana boleh berupa gugusan ayat, perenggan, gugusan

perenggan, bab, karangan, satu peristiwa bahasa, sebuah buku, dan seumpamanya. Dari

aspek makna, wacana didefinisikan sebagai penggunaan bahasa sebenar yang lengkap,

jelas dan sempurna maksud atau butir fikirannya. Hal ini bermakna yang dikatakan

wacana itu ialah aktiviti berbahasa, sama ada percakapan atau penulisan, monolog atau

dialog yang ada mula dan akhirnya tentang sesuatu maklumat atau pengetahuan. Dari

kategori jenis pula, wacana didefinisikan dengan berasaskan jenis penggunaan bahasa

sebenar juga dan diperluaskan penggunaan bahasa secara khusus bagi sesuatu peristiwa

sosial yang lengkap maksudnya dan mempunyai konvensyen atau struktur generiknya.

Manakala aspek matlamat implisit pula, wacana dilihat sebagai peristiwa bahasa yang

mempunyai maksud sosial tersirat, dan bukan sekadar aktiviti berbahasa. Dengan kata

lain, wacana merupakan paduan aktiviti bahasa dan sosial. Maka pengertian wacana

yang terhimpun sebegini bersesuaian dengan istilah bahasa Inggeris, iaitu discourse. 122

122

Idris Aman (2014b), op. cit, hal.114

Univers

ity of

Mala

ya

106

Dalam kajian ini penulis memberi tumpuan kepada koleksi Hadith Empat

Puluh. Pada asalnya koleksi Hadith ini berjumlah dua puluh enam yang dikumpulkan

oleh Abu Amr bin al-Salah (m 643H). Beliau namakan koleksi ini sebagai al-Ahadith

al-Kulliyyat yang merupakan paksi agama Islam. Seterusnya al-Imam al-Nawawiyy

menggabungkan koleksi ini kepada empat puluh dua Hadith dan menamakannya al-

Arba‘in.123

Populariti koleksi ini melonjak dan mendapat sambutan yang

memberangsangkan sehingga ramai dalam kalangan ulama menjadikannya sebagai

rujukan dan bahan kajian.

5.2 Struktur Dialektika Wacana Nabawi

Terdapat dua perkara yang perlu diberi keutamaan dalam kajian Hadith,

iaitu sama ada sebagai sumber rujukan atau bahan kajian. Sebagai sumber rujukan,

keluhuran dan kesarwajagatan Hadith sebagai salah satu perundangan Islam perlu

dipelihara. Keluhuran dan kesarwajagatan tersebut perlu dianggap sebagai prinsip

umum yang mendasari aspek balaghah yang merupakan prinsip khusus dan berkait

dengan kajian ini secara langsung. Kajian balaghah Hadith, sama ada sebagai bahan

rujukan atau bahan kajian melibatkan aspek semantik dan falsafah atau roh Islam yang

terdapat dalam Hadith tersebut. Hubungan balaghah dengan Hadith Rasulullah (s.a.w)

mempengaruhi aspek estetik dan imaginatif. Kajian tentang balaghah Arab dikaji oleh

cendekiawan Islam merangkumi aspek ilmu bayan, ma‘ani dan badi‘. Ketiga-tiga aspek

ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang berbeza dengan balaghah bahasa lain.

Keseluruhan cendekiawan Muslim mengakui bahawa aspek i‘jaz al-Qur’an mempunyai

nilai balaghah yang tinggi dan berkait rapat dengan balaghah bahasa Arab secara

khusus. Ia memberi implikasi bahawa aspek balaghah al-Qur’an dan juga Hadith tidak

123

Al-Bugha Mustafa & Mistu, Muhyi al-Din (2007), op.cit, hal. 6

Univers

ity of

Mala

ya

107

boleh dieksploitasi dengan bebas tanpa melihat latar sosiobudaya masyarakat Quraisy

era penurunan al-Qur’an atau awal kedatangan Islam.124

Hal di atas memaksudkan situasi sosiobudaya atau alam lingkungan

semakin lama semakin terus berubah dan berkembang. Situasi para sahabat (r.a) dan

latar belakang kehidupan mereka berbeza, maka petunjuk yang dikemukakan oleh

Rasulullah (s.a.w) kepada mereka berbeza. Justeru, Hadith merupakan interpretasi

Rasulullah (s.a.w) sebagai pedoman kepada golongan sahabat (r.a) dalam

mengamalkan Islam yang diambil daripada ayat al-Qur’an.

Aspek balaghah Hadith perlu dilihat dari sudut rujukan dan juga dialektika.

Aspek rujukan semata-mata boleh menyebabkan gambaran atau persepsi negatif

terhadap Hadith Rasulullah (s.a.w). Salah satu langkah dalam membina unsur

dialektika daripada aspek balaghah Hadith adalah melalui metode istinbat atau

mengambil pengajaran. Ia merupakan cara yang berkesan untuk menjaga tasawur Islam

berkenaan kemurnian Hadith Rasulullah (s.a.w). Metode instinbat bermaksud tidak

mengambil nas atau dalil Hadith secara langsung untuk diletakkan dalam sesuatu kajian

yang memerlukan pentafsiran atau penjelasan lebih terhadap nas tersebut. Umpamanya,

al-Hamash dalam karyanya yang berjudul ‘al-Shi‘r fi al-Islam’ tidak menjadikan

Hadith Rasulullah (s.a.w) sebagai sandaran terus hujah tentang puisi Islam. Sebaliknya

beliau menilai pelbagai elemen di sebalik sesuatu Hadith sebelum merumuskan sesuatu

perkara tentang Hadith tersebut. Elemen tersebut ialah pertama, biografi atau sikap

Rasulullah (s.a.w) mengenai puisi secara keseluruhan atau pendirian al-Qur’an

124

Zulkarnain Mohamed (2009), Etika menganalisis al-Qur’an dan Hadith dari sudut sastera,

SumbangsihTizkari buat Masuri S.N. Muhammad Bukhari Lubis & Mohamed Pitchay Gani Mohamed

Abdul Aziz.(Ed.), Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, hal 235

Univers

ity of

Mala

ya

108

mengenainya. Kedua, asbab wurud atau sebab kemunculan Hadith tersebut sebagai

sandaran hujah. Ketiga, hubungan langsung atau topik perbincangan dengan Hadith.125

Membuat rujukan terhadap balaghah Hadith secara menyusun dialektika

perbahasan yang bersumberkan rujukan di atas, perlu disandarkan kepada tradisi kajian

Islam terdahulu. Susur galur kajian balaghah tersebut bertolak dari kurun keempat

Hijrah yang dianggap periode kematangan keintelektualan Islam. Pengkaji gaya bahasa

Hadith pada kurun keempat Hijrah melakukan kajian balaghah secara mendalam di

samping merujuk kepada kajian-kajiannya pada kurun ketiga Hijrah. Justeru, pengkaji

Islam wajar melihat kajian lepas yang dapat membantu dalam memahami balaghah dan

mesej tersirat Hadith tersebut. Dalam merujuk balaghah Hadith, sama ada rujukan terus

atau dialektika tersebut, sumber rujukan sampingan seperti tafsir al-Qur’an, ilmu-ilmu

berkaitan dengan Hadith serta huraiannya dan fakta sejarah tidak wajar diketepikan. Ia

diperlukan terutamanya dalam keadaan melibatkan unsur kritikal yang bersifat

mencabar integriti bidang kajian dan tasawur Islam.126

Dua amalan perlu diberi perhatian dalam membuat dialektika Hadith

berdasarkan kerumitan persoalan kajian. Dalam melakukan rujukan dialektika yang

menyentuh soalan rumit atau sensitif, amalan dielektika bersifat dekonstruksi dan

rekonstruksi wajar dilakukan. Dekonstruksi bermaksud mengemukakan atau mengulas

senario tentang perkara atau permasalahan kajian. Manakala rekonstruksi pula ialah

mengkritik melalui eclecticism, iaitu memilih apa yang terbaik dan membina struktur

penghujahan baru. Amalan ini memerlukan kesedaran pengkaji tentang penganalisisan

125

Zulkarnain Mohamed (2009), op.cit., hal. 236 126

Zulkarnain Mohamed (2009), op.cit., hal. 237.

Univers

ity of

Mala

ya

109

pelbagai sumber dan diikuti dengan rumusan. Untuk persoalan yang tidak rumit pula,

rujukan dialektika boleh dilakukan terus tanpa proses dekonstruksi sesuatu gagasan idea

terbabit. Rujukan dialektika dibahagikan kepada amalan insinbat dan ta’wil dalam

memberi konotasi berbeza antara satu sama lain. Amalan istinbat berlaku apabila ia

berada dalam paradigma keislaman, dan ta’wil apabila ia berada di luar paradigma

keislaman. Para pengkaji dalam perkara ini perlu memahami dan mematuhi konsep

istinbat ketika mengkaji atau merujuk kepada Hadith dengan berhati-hati untuk

mengelak daripada terperangkap dalam premis bukan keislaman. Antara aspek-aspek

ilmiah yang sesuai dikembangkan dalam kajian ini, ialah teori, falsafah, objektif,

kemanusiaan, dan kemasyarakatan. Walaupun Hadith Rasulullah (s.a.w) tidak menyebut

aspek di atas secara lansung, namun ia sarat dengan maklumat dan inspirasi tentang

estetika Islam yang tersendiri dan berbeza dengan mana-mana estetika lain

Pengungkapan Hadith dalam bahasa Arab mewakili cita rasa keindahan bahasa Arab.

Nilai keindahan yang wujud dalam Hadith pada prinsipnya melambangkan tabii bangsa

Arab. Ia mengilhamkan aspek ilustrasi dan bukan ilusi semata-mata. 127

Untuk memahami Hadith seperti mana al-Qur’an, terdapat dua cara atau

kaedah. Pertama, tafsir yang memaksudkan cara menghurai bahasa, konteks dan

pesanan moral yang terkandung dalam teks Hadith, dengan menjadikan teks itu sebagai

subjek. Kedua, ta’wil yang merupakan cara memahami teks, ataupun dengan lebih tepat

pemahaman, pemaknaan, dan interpretasi terhadap teks sebagai objek kajian. Hal ini

menunjukkan perbezaan yang mendasari pemahaman Hadith dengan meletakkannya

menjadi subjek atau objek dalam pemahaman tersebut, di samping perbincangannya.128

127

Zulkarnain Mohamed (2009).Op. cit hal. 240 128

https://sarjanatafsir.wordpress.com/2005/11/30/33/

Univers

ity of

Mala

ya

110

5.3 Estetika Imaginatif dalam Dialektika Hadith Empat Puluh

Dialektika Wacana Nabawi sebagai proses kepada Estetika Imaginatif perlu

dibataskan kepada istinbat bagi jaminan keluhuran agama Islam. Nilai yang bersifat

subjektif tidak boleh menjadi sandaran kajian estetik ini kerana nilai tersebut tidak stabil

atau mutlak. Ia berbeza secara ketara antara pelbagai budaya , malah antara dua individu

atau lebih, dan ia bertentangan dengan kesarwajagatan Islam. Kestabilan dan

kesarwajagatan nilai Islam perlu dilihat dari aspek falsafah, teori dan aplikasi. Ketiga-

tiga elemen ini perlu dijadikan pengukuran, justifikasi terhadap estetika terbabit lantaran

ia boleh dijadikan asas yang kuat berbanding dengan asas keilmuan pascamodenisme

yang tidak stabil. Istinbat atau rumusan tentang sumber-sumber ilmiah Islam, al-Qur’an,

Hadith serta kajian ulama Islam silam tentang kedua-dua sumber tersebut merupakan

proses dialektika yang sesuai untuk menilai estetika, dan seterusnya menjadi sumber

inspirasinya. Dunia sastera yang bersifat imaginatif dan dunia realiti yang merupakan

sumber alegori sastera perlu dinilai selepas satu rumusan falsafah, teori, dan aplikasi

penting yang diperoleh daripada al-Qur’an, Hadith, atau kedua-duanya.

Seperti mana al-Qur’an, Hadith merupakan perantaraan atau pemudah cara

untuk menjelaskan serta memberi kefahaman jitu mengenai al-Qur’an. Ia juga dianggap

sebagai mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah (s.w.t) kepada Rasul-Nya (s.a.w).

Antara aspek i‘jaz yang tersurat serta tersirat dalam hadith ialah i‘jaz lughawiyy yang

merujuk kepada keindahan bahasa dan seni yang terkandung dalam Hadith. Disebabkan

ketinggian bahasa serta keseniannya, Rasulullah (s.a.w) dilabel sebagai seorang penyair,

ahli sihir dan sebagainya. Hal ini ditambah lagi dengan kegagalan tokoh-tokoh sastera

terkemuka pada waktu tersebut dalam menandingi Rasulullah (s.a.w), sedangkan

masyarakat Arab ketika itu terkenal dengan kehebatan bahasa dan seni sastera mereka.

Univers

ity of

Mala

ya

111

Apa yang perlu diberi penekanan ialah i‘jaz beroperasi sepanjang masa, sejak dulu

hingga ke akhir zaman. Operasi i‘jaz tidak terbatas kepada sempadan budaya, waktu,

ilmu dan lainnya. Ia berterusan sepanjang zaman lantaran sifat dinamik Hadith yang

bercirikan ketidakbatasan dan kemutlakan. Sifat dinamik ini menyebabkannya sesuai

digunakan sebagai sumber dalam pembinaan teori dan falsafah yang mampu melewati

sempadan ilmu manusia untuk menuju ilmu hakiki yang berasaskan kebenaran. Dalam

waktu yang sama dapat mengangkat konsep ilmu daripada hanya berlegar dan terhad

kepada pengalaman dan kemampuan panca indera sahaja ke tahap yang lebih tinggi

hingga dapat mengupayakannya mengembang dan berfikir di luar batas panca indera.

Kedinamikan ini menjadi inspirasi terpenting percambahan ilmu dan

pemikiran. Aspek i‘jaz lughawiyy menyentuh ketidakbatasan perkataan yang boleh

dikembangkan dari dimensi semantik serta fungsinya. Ketidakbatasannya juga boleh

dilihat dari sudut aplikasinya yang boleh dijadikan bahan kajian yang merentasi

pelbagai disiplin bahasa Arab, seperti tatabahasa dan balaghah. Perkara yang sama juga

dapat dilihat pada kekuatan dan kesesuaian perkataan dalam menyampaikan makna

zahir dan membawa bersamanya ruang pentafsiran yang tersirat. Justeru, Hadith sebagai

pemberi penjelasan kepada mesej al-Qur’an memiliki keistimewaan tersendiri agar

ketulenan serta kerelevanannya terpelihara

Pendekatan ‘estetika imaginatif’ dalam dialektika Hadith Rasulullah (s.a.w)

diharap dapat menyerlahkan pemahaman serta pengaplikasian Hadith dengan lebih

fleksibel. Hal ini kerana gagasan pendekatan ini dapat menghasilkan penghayatan yang

jitu terhadap Hadith Rasulullah (s.a.w). Di samping itu, pendengar mahupun pembaca

Hadith dapat menghayati aspek keindahan yang terdapat dalamnya, serta memahami

Univers

ity of

Mala

ya

112

situasi kemunculan sesuatu Hadith seperti yang dialami oleh para sahabat (r.a) yang

merupakan generasi sebenar wacana Hadith.

5.3.1 Analisis Estetik Hadith Empat Puluh

Estetika mempunyai kaitan dengan manifestasi dan gaya bahasa yang

digunakan dalam Hadith Rasulullah (s.a.w). Estetika ini dikembangkan berasaskan

sumber dari al-Qur’an. Pengaplikasian balaghah (sebagai unsur estetik) dari sumber di

atas mempunyai kewajaran dan tradisi yang mesti diikuti. Tradisi ikatan balaghah dalam

kajian Islam mempunyai kepentingan dalam keluhuran Islam, di samping interaksi

berkesan kepada khalayak. Hal ini kerana Islam memberi penekanan terhadap kejelasan

mesej dan tidak menolak penerokaan kreativiti. Kajian balaghah Hadith, antaranya al-

Sayid (1973), al-Rida (t.t) dan al-Sabuniyy (t.t) menunjukkan Nabi Muhammad (s.a.w)

adalah seorang yang pragmatik tetapi dalam masa yang sama menjaga aspek estetik

sebagai wadah penyampaian mesej yang berkesan. Kesederhanaan kreativiti atau estetik

dan kejelasan mesej berkait langsung dengan mesej al-Qur’an, contohnya tarhib

(memberi amaran) dan taghrib (memberi galakan). Hal ini kerana ia melambangkan

ketegasan hukum hakam Allah (s.w.t), dan ia juga berkaitan dengan keluhuran Hadith

sebagai pentafsiran terhadap al-Qur’an.129

Keselarasan dalam gaya ungkapan berunsurkan balaghah menyerlah dalam

Wacana Nabawi sebagai gaya ungkapan tunggal dalam bahasa Arab. Meskipun gaya

ungkapannya menyamai pada aspek ringkas tetapi tidak serupa pada rangkuman yang

129

Zulkarnain Mohamed (2009), op. cit, hal. 251

Univers

ity of

Mala

ya

113

mencakupi dalamnya. Hal ini kerana Wacana Nabawi mengandungi unsur balaghah,

penjelasan dan keselarasan. Perkara ini dibuktikan dalam setiap ungkapan Baginda serta

penjelasannya. Di samping itu, terdapat padanya makna yang mendalam, konsep

wacana yang berketerampilan, kebijaksanaan dalam ungkapan, ungkapan berfaedah dan

tepat, kecekapan bertindak dalam pelbagai bentuk ungkapan, dan nilai kepetahan yang

tinggi. Kesemua unsur di atas dapat menyelaraskan wacana berkesan, dan dalam apa

jua situasi yang dihadapi oleh Rasulullah (s.a.w).130

Dalam kajian ini penulis mengemukakan maqayis (garis panduan) Ibn

Qutaybat dalam menentukan ilmu balaghah sebagai unsur estetik. Unsur berkenaan

dijelaskan dalam subtajuk berikut.

5. 3.1.1 Haqiqat dan Majaz

Haqiqat secara literal bermaksud sesuatu yang jelas dengan keyakinan.

Menurut ahli bahasa khususnya balaghah, ia bermaksud perkataan yang digunakan pada

tempat yang sebenar.131

Menurut Ibn Faris ( m 395H), perkataan yang diletakkan pada

tempatnya, serta bukanlah isti‘arat, ataupun tamthil, perlu didahulukan dan

dikemudiankan seperti perkataan seseorang yang memuji Allah (s.w.t) ‘Aku memuji

Allah di atas nikmat dan pemberian-Nya’. Inilah ungkapan yang banyak digunakan

sebagai contoh haqiqat. Kebanyakan ayat al-Qur’an dan puisi Arab berteraskan

130

Al-Rafi‘iyy Mustafa Sadiq (2005), Tarikh Adab al-‘Arab, Beirut: al-Maktabat al-‘Asriyyat, hal. 271 131

Ya ‘qub, Ramil et. al. (1987), Qamus al-Mustalahat al-Lughawiyyat wa al-Adabiyyat, Beirut: Dar

al-‘Ilm lil-Malayin, hal. 188

Univers

ity of

Mala

ya

114

haqiqat.132

Antara takrifan haqiqat yang popular ialah perkataan yang digunakan

kepada makna yang sepatutnya. Para ulama bersepakat kebanyakan perkataan yang

terdapat dalam al-Qur’an adalah daripada kategori haqiqat. Manakala majaz pula ialah

perkataan yang digunakan bukan kepada makna yang sepatutnya kerana hubung kait

serta kewujudan bukti yang menegah penggunaan makna yang sepatutnya. Fenomena

sebegini biasa berlaku dalam proses komunikasi dan interaksi kerana bahasa menjadi

medium penting proses ini berasaskan tuntutan dalam kehidupan manusia. Perkataan

dan ayat sentiasa berubah mengikut makna yang diingini serta dimaksudkan

penuturnya.133

Menurut Ibn Qutaybat, majaz mempunyai ruang yang lebih luas dan

berlawanan dengan haqiqat. Perkara ini jelas terbukti dalam ungkapan yang

dikemukakan di bawah:

ل ي التأو يفنالناس م ر ي ث ك ط ل غ ه ت ه ج ن م ف ااجملاز م وأ ب م الط ر ق ب ع ت وت ش ن ي ل اإل ع ل ي ه الس ال م يف ي ح س

امل ق و ل يف ه ب الن ح ل فالن ص ار ىت ذ ت ل ف ت أ د ع و"واخ

وأ أ ب أ ب إل أ ب و "ذ ه ب ي ح ق ال إل س امل ك ان اه ة الو ال د ة و ل و ه خ اص ة ذ يف ن ف س

يف االت أ ول ي ت أ و ل و ه ه ذ ل م أ ن و ت ع ال الل د و ن غ ي ه م اج از ع م اي ق و ل و ن ع ل و ات ب ار ك از ج

ب ي ر ام ع س ع ة امل ك ث ي ق و ل ه و ه و ف ك ي ف ك ك ق و ل ه يف ل غ ي ه ؟ ع و اض امل ي م ن ي ح

ي ت ع ل :ف ت ح ف اه ب الو ح ف ال ق ت ن إذ ات ص د ي ي ب اف ع ل ت ف إن م ش ال ك ك ال ذ ي أب اك ب ه ع ال ن ي ة وإذ اص ل ي ت م ف اخل ف ي ي ر ى ي ز ي ك الس ال ذ يق و ل وأي اأب ان اات م اء يف

ل ي ت ق د س ل ن ق و ام اس ك اأ مي ول لخ ب ز ه ذ اأب ي ح ل لم اء ه ذ س امل ق ال ل ك و ك ذ

ب م ا ان ك ال ب و ي ن وب ق ال ب د اف ه م ا ع ل ي ه م االن الل ذ اء الر و ح ه م ن أ ة ي ن م ش

وب ض ان ت ه م االن م اء Adapun majaz, dari sudutnya disalahertikan oleh kebanyakan

manusia dalam takwilan mereka, menjadikan mereka pelbagai

aliran pemahaman, dan berbeza anutan agama. Golongan Nasrani

berpegang kepada pandangan al-Masih yang didakwa terdapat

dalam Kitab Injil ‘aku berdoa kepada bapaku (tuhanku)’ hingga

‘aku pergi kepada bapaku (tuhanku)’ , iaitu sifat kebapaan

berasaskan kelahiran. Seandainya al-Masih mengungkapkan

132

Al-Suyutiyy ‘Abd al-Rahman Jalal al-Din ( t.t), al-Muzhir fi ‘Ulum al-Lughat wa Anwa‘uha, J.1,

Beirut:Dar al-Fikr, hal 355 133

‘Abbas Fadl Hasan (2007), op.cit., hal 272.

Univers

ity of

Mala

ya

115

ungkapan di atas dan ditujukan kepada dirinya sahaja, bukan orang

lain, mereka tidak seharusnya mentakwilkan kepada Allah. Allah

(s.w.t) terpelihara daripada perkara ini, meskipun ruang lingkup

majaz itu luas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana adakah dia

menyatakan perkara yang sama kepada orang lain dalam beberapa

tempat dalam Injil. Seperti perkataannya ketika membuka mulutnya

dengan wahyu, ‘apabila kamu bersedekah jangan memberitahu

tangan kirimu apa yang dilakukan oleh tangan kanan. Ini kerana

bapa kamu (tuhan) yang dapat melihat perkara yang tersembunyi

akan membalasnya secara jelas. Apabila kamu solat dan berdoa,

katakanlah wahai bapa kami yang berada di langit supaya suci

namamu. Begitu juga keadaannya apabila al-Masih berkata kepada

air, ‘inilah bapaku’ dan kepada roti, ‘inilah ibuku’ kerana fizikal

dan pertumbuhan tubuh badan dengan air dan roti. Kekal roh

dengan keduanya. Keduanya diumpamakan sebagai ibu bapa yang

menjadi punca kelahiran manusia dan di pangkuan kedua-duanya

mereka membesar.134

Dari ungkapan di atas menunjukkan pendirian Ibn Qutaybat tentang pemahaman al-

Qur’an yang diselewengkan oleh musuh Islam dengan pandangan yang tidak betul dan

menyimpang dari kebenaran. Mereka mengubah perkataan yang betul dan

meninggalkannya. Kemudian mendakwa percanggahan dan penyelewengan terdapat

dalam al-Qur’an. Beliau menyatakan bahawa nilai al-Qur’an hanya dirasai oleh orang

yang sentiasa memerhati kandungan al-Qur’an, luas pengetahuan tentangnya,

memahami aliran bahasa Arab, dan mahir dalam gaya bahasa tersebut, di samping

keistimewaan yang terdapat pada bahasa ini, tidak pada bahasa lain. Apa yang

diketengahkan di sini termasuklah majaz dan perlu diperluaskan bidangnya. Kata beliau

lagi dalam menjelaskan perihal majaz,

ب ل ز ن آن ر الق إن اه وم ع ان ي هاوم ذ الع ر ب ت ص ار ه اب ألف اظ اإلي از و االخ يف الو اإلط ال ة ح ت ع ان

امل ب ع ض ء وإغ م اض الش ي و الت و ك ي د و اإلش ار ة إل ع ل ي ه إالالل ق ن و ض ر س ر ي ع الف –ي ظ ه ر م ك ان ه و ل و ي

اخ ف ل م المث ال ب

134

Ibn Qutaybat (1323H ), op.cit., hal 67

Univers

ity of

Mala

ya

116

ك ل ت و الق ر آن ي س ش و ف اح تى واجل اه ل ل ب ط ل ه ظ اه ر ام ك م ع ر ف ت ه الع ال ي يف الن اس الت ف اض ل ب ي

Sesungguhnya diturunkan al-Qur’an dengan lafaz, makna dan aliran

bahasa Arab pada aspek ringkas, pendek, panjang, penegasan,

menjadi petunjuk kepada sesuatu, dan tersembunyi setengah

maknanya hingga zahir kejelasannya, melainkan untuk dijadikan

pengajaran, iaitu memudahkan pemahaman serta mengemukakan

contoh-contoh tersembunyi. Seandainya keseluruhan al-Qur’an

zahir lagi jelas sehingga tahap pengetahuan mengenainya

bersamaan antara orang alim dengan orang jahil, tidak ada lagi

kelebihan dalam kalangan manusia.135

Ibn Qutaybat menegaskan kedapatan konsep majaz dalam perkataan Arab,

dan makna majaz merujuk kepada kaedah penuturan serta implikasi maknanya. Beliau

mengetengahkan beberapa elemen majaz, antaranya penjelasan (al-idah), penggunaan

wacana yang khusus tetapi bersifat umum (dan sebaliknya), penggunaan perkataan yang

umum kepada makna yang khusus (dan sebaliknya) serta beberapa elemen lain yang

berkaitan dengan majaz. Hal ini kerana setiap elemen ini terdapat dalam al-Qur’an.136

Perkara di atas disokong oleh al-Suyutiyy (m 911H), dan menyatakan,

sekiranya elemen majaz tidak terdapat dalam al-Qur’an, unsur estetik dinafikan daripada

al-Qur’an itu. Sedangkan ulama balaghah bersepakat menegaskan konsep majaz lebih

tinggi tahap estetik berbanding dengan konsep haqiqat. Seandainya majaz perlu

dinafikan dari al-Qur’an, maka elemen hadhf (pembuangan), tawkid (penegasan),

pengulangan kisah, dan lainnya juga perlu dinafikan.137

135

Ibn Qutaybat ( 1323H ), op.cit, hal 62 136

Al-Jarbiyy Muhammad Ramadan (1984) , op.cit. hal 85 137

Al-Suyutiyy ‘Abd al-Rahman Jalal al-Din ( t.ta ) al-Itqan fi Ulum al-Qur’an, Arab Saudi, Wizarat

al-Shu’un al-Islamiyat wa al-Awqaf wa al-Da‘wat wa al-Irshad, hal. 36

Univers

ity of

Mala

ya

117

Dapat difahami daripada perbincangan di atas, Ibn Qutaybat mengesahkan

kewujudan unsur haqiqat dan majaz dalam ungkapan suci seperti al-Qur’an, begitu juga

dalam Hadith Rasulullah (s.a.w). Dalam Hadith Ketiga daripada koleksi Hadith Empat

Puluh, riwayat ‘AbdulLah bin ‘Umar (r.a) seperti berikut:

ىالل ل ص الل ل و س ر ت ع س :ال اق م ه ن ع الل ي ض ر ر م ع ن ب الل د ب ع ن ع ب "ل و ق ي م ل س و ه ي ل ع الل إال ه إل ال أن ة اد ه ش :سىخ ل ع م ال اإلس ن

م و ص و ت ي الب جوح اة ك الز اء ت ي إ و ة ال الص ام ق إ ،و ه ل و س ر و ه د ب اع د م م وأن

ان ض م ر Daripada ‘AbdulLah bin ‘Umar (r.a) katanya, aku

mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda, diasaskan Islam di

atas lima perkara, syahadah, bahawa tiada tuhan melainkan

Allah dan Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya,

mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan

ibadat haji, dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Unsur haqiqat amat jelas dalam Hadith ini. Kelima-lima perkara yang dinyatakan dalam

Hadith di atas dikuatkan dengan Hadith Kedua dalam koleksi Hadith Nawawiyy ini,

iaitu jawapan yang dikemukakan oleh Rasulullah (s.a.w) apabila ditanya oleh Jibril (a.s)

tentang Islam. Sabda Baginda (s.a.w):

م ي ق وت الل ل و س ار د م م ن وأ الل إال ه إل ال ن أ د ه ش ت ن أ م ال اإلس " ؤ ت و ة ال الص ه ي إل ت ع ط ت اس إن ت ي الب ج وت ان ض م ر م و ص ت و اة ك الز ت

"ال ي ب س

Islam ialah kamu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah

dan Muhammad (s.a.w) adalah Rasulullah, mendirikan

sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan

Ramadan, dan mengerjakan ibadat haji di Baitullah

sekiranya mampu pergi kepadanya.138

138

Hadith riwayat Muslim no. 8, al-Tirmiziyy no 2738, Abu Dawud no. 4695, dan al-Nasa’iyy no. 97.

Univers

ity of

Mala

ya

118

Unsur haqiqat dalam Hadith ketiga amat jelas dan merupakan konsep yang penting

dalam Hadith Rasulullah (s.a.w). Tuntutan syahadah, sembahyang, zakat, puasa dan

ibadat haji merupakan tuntutan yang difardukan dalam menentukan keislaman seseorang

itu. Bahkan tuntutan ini banyak dibuktikan dalam al-Qur’an dan hadith yang lain lagi.

Manakala unsur majaz pula, konsep majaz ‘aqliyy139

ditampilkan dalam

beberapa petikan Hadith, antaranya Hadith kedua puluh lapan:

ىالل ل ص الل ل و س ار ن ظ ع و ال ق ه ن ع الل ي ض ر ة ي ار س ن ب اض ب ر الع ن ع

.....ن و ي الع اه ن م ت ف ر وذ ب و ل االق ه ن م ت ل ج و ة ظ ع و م م ل س و ه ي ل ع احلديث..

Daripada al-‘Irbad bin Sariyat (r.a) katanya, Rasulullah

(s.a.w) menasihati kami dengan nasihat yang

menggerunkan hati dan menitiskan air mata.140

Dalam petikan di atas, disandarkan perasaan gerun pada hati dan menitis pada mata. Hal

ini kerana perasaan gerun terletak pada hati, manakala titisan air terbit dari mata. Maka

‘ilaqat (perkaitan) yang ditonjolkan dalam petikan ini ialah makaniyyat (tempat)141

.

Perkara yang sama terdapat petikan berikut ( dalam Hadith yang sama) seperti di bawah:

ك ف ال ت ىاخ ر ي س يف د ع ب م ك ن م ش ع ي ن م ه ن إ و " "ار ي ث ا

Bahawasanya sesiapa yang hidup dalam kalangan kamu

selepas kewafatatanku, dia akan melihat banyak perkara

khilaf berlaku.

139

Majaz ‘Aqliyy bermaksud penyandaran fi‘l (kata kerja) dan seumpamanya kepada yang selain

darinya kerana kedapatan hubung kait serta kewujudan tanda yang menegah daripada sandaran

hakiki. 140

Hadith riwayat Abu Dawud no. 4607, al-Tirmiziyy no. 2678, dan Ibn Majah no. 42. 141

Makaniyyat adalah sebahagian daripada ‘ilaqat yang banyak digunakan dalam Majaz Mursal.

Antara ‘ilaqat yang lain ialah sababiyyat, musabbabiyat, haliyyat, mahalliyat, dan kulliyyat.

Univers

ity of

Mala

ya

119

Dalam petikan ini, disandarkan melihat kepada perkara khilaf, sedangkan yang akan

dilihat nanti ialah orang yang mencetus dan menjerumuskan diri mereka ke kancah

khilaf. Justeru sandaran majaz di sini, perkaitannya ialah musabbabiyat ( dijadikan

sebab).

Dapat difahami daripada perbincangan di atas, konsep haqiqat dan majaz

yang ditampilkan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam wacana baginda mempunyai peranan

positif lagi berkesan. Hal ini membuktikan tahap kepekaan dan mengambil tahu baginda

tentang gaya bahasa Arab dalam menyampaikan interaksi berkesan kepada sekalian

manusia umumnya, dan masyarakat Arab khususnya.

5.3.1.2 I‘jaz

Pandangan sarjana bahasa Arab tentang takrifan i‘jaz tertumpu pada

kelemahan (al-da‘f), serta ketiadaan upaya dalam melakukan sesuatu. Begitu juga dalam

melakukan perkara yang menjadi kewajipan.142

Menurut Ahmad Jamal al-‘Imariyy, i‘jaz

adalah menyabitkan kelemahan dalam melakukan sesuatu. Ia berlawanan dengan

kemampuan.143

Al-Jurjaniyy mendefinisikan al-i‘jaz, dengan penentuan makna dengan

konsep tertentu, yang terlebih baik dari yang lain.144

Manakala al-Khalidiyy pula

mentakrifkan al-i‘jaz sebagai kelemahan masyarakat Arab pada era penurunan al-

Qur’an untuk mencabarnya, meskipun memiliki bakat serta pengetahuan bahasa yang

142

Al-Raziyy Ahmad bin Faris (1999), Mu‘jam Maqayis al-Lughat, .Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat.

hal.221 143

Al-‘Imariyy Ahmad Jamal (t.t), Mafhum al-I‘jaz al-Qur’aniyy hatta al-Qarn al-Sadis al-Hijriyy,

Kaherah: Dar al-Ma‘arif. hal 29 144

Al-Jurjaniyy ‘Aliyy bin Muhammad bin ‘Aliyy (1938), al-Ta‘rifat, Kaherah: Matba‘at Mustafa al-

Babiyy al-Halabiyy wa Awladih, hal. 26

Univers

ity of

Mala

ya

120

tinggi, di samping tempoh cabaran yang berpanjangan. Bahkan cabaran tersebut

berterusan hingga hari kiamat, sekalipun berbeza waktu, tempat, mahupun bangsa.145

Apabila diperhatikan dari aspek sejarah bangsa Arab pada era penurunan al-

Qur’an, elemen al-i‘jaz menjadi teras kepada al-Qur’an. Hal ini kerana masyarakat Arab

pada era tersebut mencapai suatu tahap yang tinggi dalam kematangan bahasa mereka.

Kesemua ini berlaku disebabkan pemprosesan bahasa yang berlaku ketika itu seperti

cetusan, penambahbaikan, pematangan, ketulenan serta penggunaan bersesuaian dengan

tuntutan masyarakat. Justeru, sesiapa yang memerhatikan sejarah dan konsep bahasa

Arab sebelum penurunan al-Quran, mendapati perkara ini sebagai persediaan atau

persiapan dalam menghadapi al-Qur’an. Tidak ada satu bangsa pun ketika itu yang

begitu menyanjung bahasa seperti yang dilakukan bangsa Arab. Bahasa bagi mereka

umpama lukisan yang tergantung, terdiri daripada pemandangan yang indah, dan

mempunyai nilai estetik tersendiri, di samping menusuk ke dalam hati serta sanubari.146

Rasulullah (s.a.w) sebagai manusia yang dipilih oleh Allah (s.w.t) untuk

menerima, memberi penjelasan, mendukung serta merealisasikan ajaran yang terdapat

dalam al-Qur’an, mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dalam memikul tugas dan

tanggung jawab ini. Baginda merupakan manusia yang paling fasih dalam berbahasa

Arab secara mutlak, dan paling fasih dalam sebutan al-dad. Menurut al-Khattabiyy,

apabila Allah (s.w.t) menentukan Rasulullah (s.a.w) untuk memahami kandungan

balaghah dalam wahyu-Nya, dan menjadikannya dapat mengemukakan penjelasan

kepada umatnya, Allah (s.w.t) memilih bahasa yang bersesuaian dan berketerampilan

145

Al-Khalidiyy Salah al-Din Abd al-Fattah (1992), al-Bayan fi al-I‘jaz al-Qur’an, ‘Amman: Dar

‘Amman, hal. 33 146

Al-Rafi‘iyy Mustafa Sadiq (2005), Tarikh Adab al-‘Arab, J.2. Beirut: al-Maktabat al-‘Asriyyat,

hal 137

Univers

ity of

Mala

ya

121

kepada baginda. Hal ini membuktikan konsep i‘jaz al-Qur’an seiring dengan

pemahaman dan penjelasan Hadith oleh Rasulullah. Ia menunjukkan kedua-dua (al-

Qur’an dan Hadith) adalah berpaksikan wahyu dari Allah (s.w.t).147

Menurut Ibn Qutaybat, bahasa dan sastera Arab mempunyai kelebihan serta

keistimewaan tersendiri, mengatasi bahasa-bahasa lain di dunia ini. Hal ini kerana ciri

dan kriteria yang terdapat dalam shakl dan madmunnya,148

keserasian susunan, realiti

imaginasi, bermatlamat, kejelasan memukau, aspek majaz yang menyeluruh dan

sebagainya. Beliau berpandangan sedemikian kerana bahasa Arab merupakan bahasa

interaktif dalam menjelmakan citra yang bersemarak dalam jiwa daripada lintasan dan

buah fikiran pada satu aspek, dan pada aspek yang lain, ia menjadi bahasa perantaraan

dalam memahami al-Qur’an, menyelami rahsianya serta menghayati unsur i‘jaz yang

terdapat dalamnya.149

Sebagaimana kalimah atau perkataan yang terdapat dalam al-Qur’an, hadith

juga mengandungi perkara yang sama. Meskipun masyarakat Arab terkenal dengan

bahasa mereka, tetapi mereka beranggapan banyak perkataan yang baharu dan

menyerlah setelah penurunan wahyu. Keistimewaan perkataan ini terdapat pada unsur

i‘jaz yang berkaitan antara perkataan dan maknanya. Antara perkataan tersebut yang

terdapat dalam Hadith Empat Puluh ialah al-niyat, al-a‘mal, hijrat, al-Islam, al-iman, al-

ihsan, al-salat, al-zakat, al-jannat, al-nar, al-halal, al-haram, al-shubuhat, al-din, al-

nasihat, al-tayyibat, salih, al-yawm al-akhir, al-dhabhat, al-dhabihat, al-sayyi’at, al-

147

. Al-Suyutiyy Abd al-Rahman Jalal al-Din, (t.tb), al-Muzhir J.1, Beirut: Dar al-Fikr, hal. 209 148

Dimaksudkan dengan shakl ialah kandungan nilai estetik yang terdapat dalam sesuatu hasil karya

atau wacana, manakala madmun ialah kandungan objektif serta pemikiran yang terdapat dalam karya

atau wacana. 149

Al-Jarbiyy, Muhammad Ramadan (1984), op.cit, hal. 93

Univers

ity of

Mala

ya

122

hasanat, al-maktubat, al-tuhur, al-Qur’an, al-taqwa, al-ta‘at, bid‘at, al-khati’at, al-

jihad, fara’id, rahmat, al-zuhd, munkar, waliyy, dan al-nawafil. Perkataan yang

disebutkan di atas telah lama wujud dalam bahasa Arab. Hal ini kerana masyarakat Arab

mewarisi bahasa, sastera, makna perkataan, dan situasinya daripada nenek moyang

mereka. Apabila kedatangan Islam dengan pemansuhan agama lain, maka pemaknaan

perkataan tersebut berubah menurut situasi dan realiti yang ditentukan dan dianjurkan

oleh Islam.150

Perubahan ini sebenarnya berlaku dari aspek dalaman bahasa Arab itu

sendiri, bukan disebabkan faktor luarannya. Hadith Rasulullah (s.a.w) seperti juga al-

Qur’an tidak menggunakan bahasa baharu yang terasing daripada bahasa Arab. Bahkan,

ia berkonsepkan bahasa Arab kuno yang berteraskan kaedah yang diguna pakai sejak

zaman berzaman lagi. Ia mencetuskan satu fenomena baharu yang teristimewa, dengan

tiada perbandingan dengan bahasa lain dalam aspek pencapaian, tahap keberkesanan,

kerangkuman dalam pelbagai tuntutan bahasa, dan implikasinya.151

Situasi di atas juga menimbulkan prasangka yang tidak baik dalam kalangan

orientalis Barat. Antaranya Christopher Luxenberg yang mempertikaikan penggunaan

perkataan yang dianggap baharu dalam bahasa Arab, hingga mendakwa bahasa yang

digunakan oleh Rasulullah (s.a.w) khususnya dalam al-Qur’an bukan bahasa Arab.

Akan tetapi dipetik daripada warisan agama Nasrani yang diambil daripada pedagang

yang datang ke Mekah pada waktu itu dan bergaul dengan penduduknya. I‘jaz yang

terdapat dalam perkataan yang dinyatakan sebelum ini, terangkum dalam kaedah yang

berada dalam bahasa Arab dengan meliputi konteks bahasa dalam pemahaman makna

yang membawa kepada pemahaman ayat serta ungkapan yang terkandung dalamnya.152

150

Al-Suyutiyy ‘Abd al-Rahman Jalal al-Din, (t.tb), hal. 294 151

Sa‘iyy Ahmad Bassam (2012), al-Mu‘jizat, Virginia: Ma‘had al-‘Alamiyy li Fikr al-Islamiyy, J.1.

hal 193 152

Sa‘iyy Ahmad Bassam (2012), op. cit., hal 194

Univers

ity of

Mala

ya

123

Perkara ini membuktikan konsep i‘jaz yang terdapat dalam Hadith Rasulullah (s.a.w),

merupakan interaksi berkesan kepada pendengar dan pembaca.

5.3.1.3 Kesesuaian ungkapan dengan situasi

Kesesuaian ungkapan dengan situasi dalam kajian balaghah merupakan

kemuncak sesuatu wacana Arab dengan diukur setelah sempurna susunan perkataannya.

Konsep i‘jaz bayaniyy berteraskan al-Qur’an, didasari dengan keistimewaan susunan

perkataan dan ayat, bukanlah semata-mata ketepatan susunan sahaja. Perkara ini terjadi

kerana susunan yang tepat dapat diketahui dan difahami oleh orang yang mahir dan arif

dalam bidang tatabahasa sahaja. Akan tetapi, orang-orang yang mahir dalam rahsia

bahasa dapat memahaminya secara lebih mendalam lagi, berbanding kelompok

sebelumnya. Ungkapan yang bersesuaian dengan situasi dapat dilebarluaskan kerana ia

berkembang seluas perkembangan balaghah. Apabila dilihat sesuatu hasil wacana,

sama ada penulisan mahupun pertuturan, penulis dan penutur adalah pemilik ataupun

pengawal bagi wacana tersebut. Ia memaksudkan proses wacana berlaku di bawah

kawalan dan kehendaknya. Maka situasi pendengar dan pembaca berbeza-beza

berdasarkan genre wacana tersebut, iaitu kewujudan mereka secara langsung ataupun

tidak. Apabila ingin dilihat dari aspek kematangan wacana tersebut, maka perlu

ditumpukan kepada wacana itu sendiri kerana ia dapat membawa kepada penulis

mahupun penuturnya, apakah yang ditulis atau dituturkan, apakah keinginannya dari

wacana tersebut, dan adakah keinginan itu tercapai ataupun sebaliknya? Begitu juga,

apabila dilihat kepada situasi pendengar atau pembaca, maka peranan pewacana penting

kerana dia dianggap watak utama dan perlu menitikberatkan situasi pembaca dan

Univers

ity of

Mala

ya

124

pendengar. Hal ini kerana sesuatu wacana bukan hanya ditujukan kepada diri sendiri,

tetapi juga kepada orang yang berada di sekitar, meskipun bidang dan genre wacana

tersebut tidak mengkhususkan pendengar atau pembaca secara langsung. Perkara yang

sama berlaku apabila dilihat aspek situasi dalam wacana secara umumnya. Wacana

seseorang anak kepada ibu bapa berbeza dengan ibu bapa kepada anak. Begitu juga

pemerintah kepada rakyat dan rakyat kepada pemerintah. Perkara yang sama juga

tentang situasi semasa seperti situasi gembira berbeza dengan situasi sedih, muram

berbeza dengan riang, dan seronok dengan sengsara. Pepatah Arab ada menyebut

ال ق م امق م لك ل Bagi setiap situasi ada ungkapannya

Situasi yang berbeza-beza seperti dinyatakan di atas memerlukan ungkapan yang

menjangkaui detik dan ketikanya yang mendatang kepada pendengar dan pembaca sedia

ada, dan yang akan datang.153

Seseorang pewacana tidak dapat dipisahkan dari wacananya, dan wacana

yang sebenar membawa pembaca atau pendengar kepada pewacananya kerana dia

sebahagian daripadanya. Situasi pendengar atau pembaca, sama ada langsung ataupun

tidak, ditentukan ataupun tidak, perlu difahami dan dihayati pewacana. Hal ini kerana

pewacana yang berkeupayaan dapat menyampaikan wacananya kepada segenap lapisan

dengan sama rata. Perkara ini dinyatakan oleh Bisyr bin al-Mu‘taz,

ك م ل ق ة غ ال وب ك ان س ل ان ي ب ن م غ ل ب ت أن ك ن ك أم ن فإ

م ه ف ت أن إل ك س ف ىن ل ع ك ار د ت اق و ك ل اخ د م ف ط ل و

153

‘Aliyy Ahmad Muhammad (1413H), Muhadarah fi al-Balaghat al-‘Arabiyyat, Mesir: Matba ‘at

al-Ukhuwwat al-Asyiqqa’, hal 11-12

Univers

ity of

Mala

ya

125

ع م ة العام اليتالة ط اس الو اظ ف االل ه و س ك وت ة اص اخل ان

غ ي ل الب ت ن أ ف اء ف ك ألالن ع و ف والت اء ه لد ان ع ف ط ل ت تامال

Sekiranya kamu dapat sampai dari kejelasan tutur

katamu, balaghah tulisanmu, kelembutan nuranimu, dan

mempunyai keupayaan atas dirimu, kepada

memahamkan ungkapan umum akan makna tertentu

serta menyalutkan keduanya dengan perkataan setara

yang tidak berlembut daripada yang hitam dan tidak

membenci daripada yang sama, maka kamu adalah

orang yang sempurna kefasihannya.154

Ibn Qutaybat antara perintis yang beranggapan bahawa wacana yang

berkesan memerlukan keprihatinan pewacana kepada situasi supaya bersesuaian dengan

konteks wacana. Perkara ini penting bagi mencapai tahap estetiknya, iaitu terkesan,

keseronokan dan keinginan dalam sanubari pembaca dan pendengar. Kata beliau lagi,

seseorang pewacana dalam kalangan masyarakat Arab, sama ada dalam urusan khutbah

kahwin, pembayaran ganti rugi, perdamaian dan sebagainya, tidak sama dalam wacana

yang diungkapkan. Akan tetapi perlu mempelbagaikannya. Kadang kala diringkaskan

kerana meringankan, dipanjangkan supaya difahami, diulangi sebagai penegasan,

disembunyikan setengah makna kerana golongan sasaran yang terhad, atau dijelaskan

setengah makna supaya difahami oleh setengah golongan ‘Ajam (bukan Arab). Begitu

juga setengah ungkapan wacana jelas makna dan petunjuknya, setengah yang lain

digunakan ungkapan kiasan.155

Ibn Qutaybat melalui pendekatannya tentang teks sesuatu wacana dengan

menjadikan teks tersebut bergerak-gerak dalam ruang tertentu serta tidak terkeluar

154

Al-Jahiz Abu ‘Uthman Amr bin Bahr (1968), op.cit hal. 138-139 155

Ibn Qutaybat ( 1323H ), op. cit hal. 102

Univers

ity of

Mala

ya

126

darinya. Ruang tersebut, kadang kala tertentu dengan tradisi estetik pada era terbabit,

ataupun berkaitan dengan psikologi pendengar mahupun pembaca. Menurutnya lagi,

elemen penting dalam penerimaan sesuatu wacana bergantung pada kemampuan serta

pengalaman yang dilalui oleh pewacana dan pendengar atau pembaca. Kemampuan dan

pengalaman ini tidak mungkin dinafikan begitu sahaja, melainkan berkongsi padanya

pengetahuan serta informasi yang sama. Perkara ini memaksudkan kebenaran dan realiti

yang terkandung dalam sesuatu wacana mestilah mempunyai kaitan dengan kemampuan

pendengar mahupun pembaca, sama ada secara langsung ataupun tidak. Hal ini kerana

apabila kita berinteraksi dengan sesuatu wacana, kita perlu membentuk pengetahuan

tentangnya dalam minda, ataupun memperbaharui pengetahuan sedia ada supaya

pemahaman baharu dapat dibentuk sebagai respons daripada pengalaman dan

pengetahuan terdahulu dengan kandungan wacana tersebut.156

Dari kenyataan di atas, Ibn Qutaybat dilihat menjadikan situasi sebagai

elemen penting yang perlu diutamakan oleh pewacana. Ringkas atau panjang, perlu

kepada penegasan ataupun tidak, kesemuanya bergantung pada situasi. Justeru, konsep

wacana perlu bergantung pada situasi sebagai mekanisme wacana berunsurkan

balaghah. Sekiranya pewacana tidak menerapkan konsep ini dalam wacananya, ia

dianggap tidak mencapai tahap estetik sesuatu wacana. Ibn Qutaybat menyebut tentang

hal ini, jika banyak perkara yang ingin kamu luahkan, tetapi diringkaskan, maka ia

bukanlah keadaan yang sesuai dengannya. Setiap situasi mempunyai cara dan

mekanisme yang tersendiri. Seandainya ringkas adalah satu perkara yang dituntut dalam

semua keadaan, Allah (s.w.t) meringkaskan al-Qur’an. Akan tetapi Allah (s.w.t)

mempelbagaikan gaya al-Qur’an dengan memanjangkannya sebagai penegasan,

156

Sadaqat Ibrahim (2011), al-Nas al-Adabiyy fi al-Turath al-Naqdiyy wa al-Balaghiyy, Irbid:

‘Alam al-Kutub al-Hadith, hal 112

Univers

ity of

Mala

ya

127

membuang perkataan sebagai ringkasan atau pengulangan sebagai pemudah faham.

Seseorang yang bertindak sebagai pemberi semangat kepada anggota tentera di medan

pertempuran atau pendamai kepada golongan yang bersengketa tidak seharusnya

meringkaskan ucapan atau wacananya. Begitu juga orang yang menulis surat kepada

orang ramai tentang penerokaan dan pembukaan kawasan baharu. Dia tidak perlu

meringkaskan suratnya. Perkara yang betul dalam hal ini ialah memanjangkan,

mengulang-ulang, memberi penjelasan dan memberi peringatan.157

Hadith sebagai medium interaksi Rasulullah (s.a.w) sarat dengan konsep

kesesuaian ungkapan dengan situasi, terutamanya situasi pendengar atau pembaca

mahupun wacana itu sendiri. Antaranya Hadith keenam belas:

أ ن ع لن ل ال ق ال ج ر ن أ ه ن ع الل ي ض ر ة ر ي ر ه ب ه ي ل ع ىالل ل ص ب

"ب ض غ ت ال "ال اق ار ر ام ه د د ر ف "ب ض غ ت ال "ال ق ن ص و ،أ م ل س و

Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa seorang lelaki berkata

kepada Rasulullah (s.a.w), nasihatkan kepada aku, sabda

baginda, jangan marah sambil mengulanginya beberapa

kali, katanya, jangan marah158

Menurut Ibn Rajab al-Hambaliyy tentang sebab wurud (kemunculan) Hadith di atas,

apabila seorang lelaki dalam kalangan sahabat (r.a) meminta nasihat daripada Rasulullah

(s.a.w). nasihat yang ingin diminta adalah ringkas dan padat serta merangkumi pelbagai

elemen kebaikan. Ciri ini diperlukan oleh sahabat tersebut supaya dia dapat menghafaz

dan tidak dilupai sekiranya terlampau panjang. Justeru, daripada jawapan yang

dikemukakan oleh Rasulullah (s.a.w) menunjukkan baginda memahami tujuan serta

kehendak yang dimaksudkan oleh sahabat tersebut. Di samping itu, jawapan yang

157

Ibn Qutaybat ( t.t), Adab al-Katib. Mesir: Dar al-Ma‘arif, hal. 16 158

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 5785.

Univers

ity of

Mala

ya

128

dinyatakan oleh Rasulullah (s.a.w) membuktikan kemarahan merupakan paksi

kejahatan, dan membendungnya adalah punca kebaikan.159

Hal yang sama juga terdapat dalam Hadith kedua puluh satu:

ل ،ق الل ل و س ار ي ت ل ق ال ق ه ن ع الل ي ض ر الل د ب ع ن ب ان ي ف س ن ع ل ث الل ب ت ن آم ل ق ":ال ،ق ك ر ي اغ د ح أ ل أ س أ ال ال و ق م ال س اإل يف

"م ق ت اس

Daripada Sufyan bin ‘AbdulLah (r.a) katanya, aku berkata,

wahai Rasulullah, katakan padaku ungkapan dalam agama

Islam yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada sesiapa

selain dari kamu, sabda Rasulullah (s.a.w), katakan aku

beriman dengan Allah dan beristiqamahlah (dalam

beriman kepada-Nya).160

Dan Hadith kedua puluh dua:

الل ل و س ر ل أ س ال ج ر ن اأ م ه ن ع الل ي ض ر الل د ب ع ن ب ر اب ج ن ع

ت م ص و ات ب و ت املك ت ي ل اص ذ إ ت ي أ ر أ :ال ق ف م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص

ا،ئ ي ش ك ل ذ ىل ع د ز أ ل و ام ر احل ت م ر ح و ل ال احل ت ل ل ح أ و ان ض م ر "م ع ن ":ال ق ة ن اجل ل خ د أ أ

Daripada Jabir bin ‘AbdulLah (r.a), seorang lelaki

bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) katanya, apakah

pandangan kamu apabila aku hanya sembahyang fardu,

berpuasa pada bulan Ramadan, menghalalkan yang halal,

dan mengharamkan yang haram, serta tidak menambahkan

sedikit pun perkara yang lain, adakah aku dapat masuk

syurga? Sabda Rasulullah (s.a.w): ya.161

159

Al-Hambaliyy Ibn Rajab (1999), op. cit. hal. 362 160

Hadith riwayat Muslim no. 38, al-Tirmiziyy no. 2412, dan Ibn Majah no. 3972. 161

Hadith riwayat Muslim no. 15.

Univers

ity of

Mala

ya

129

Kedua-dua Hadith di atas memperlihatkan kesesuaian jawapan yang dikemukakan oleh

Rasulullah (s.a.w) dengan situasi soalan dan penanya. Dalam Hadith kedua puluh satu,

penanya (Sufyan bin ‘AbdulLah) bertanya tentang ungkapan yang kompleks berkaitan

agama Islam dan tidak perlu bertanya kepada orang lain lagi. Keimanan dan

kepercayaan kepada Allah (s.w.t) yang disarankan dalam Hadith perlu diteruskan kerana

ia merupakan laluan jalan yang betul ( al-sirat al-mustaqim). Terangkum dalamnya

segala amalan ketaatan secara zahir dan batin, serta penghindaran daripada perkara yang

dilarang oleh Allah (s.w.t).162

Manakala Hadith kedua puluh dua pula, soalan yang

diajukan kepada Rasulullah (s.a.w) tentang adakah keterhadan amalan tertentu

menghalang seseorang dari masuk syurga? Jawapan yang dikemukakan oleh baginda

amat bersesuaian dengan situasi penanya yang merupakan seorang Badwi yang bernama

al-Nu‘man bin Qawqal, serta situasi soalan (penentuan masuk syurga ataupun tidak).163

Justeru, difahami daripada perbincangan di atas bahawa Rasulullah (s.a.w)

begitu memahami cita rasa serta keistimewaan bahasa Arab supaya dapat dijadikan

platform dalam memahami ajaran Islam. Perkara ini tidak terhasil melainkan jika kita

mempunyai naluri kebahasaan yang sempurna serta pemikiran yang peka tentang rahsia

yang terkandung dalam bahasa Arab. Matlamat penyampaian sesuatu informasi atau

maklumat tidak tercapai dengan penggunaan bahasa bersesuaian sahaja, tetapi

kesesuaian pertuturan dan ayat dengan situasi penanya dan khalayak perlu juga diberi

keutamaan.

162

al-Hambaliyy Ibn Rajab (1999), op.cit. hal 510. 163

al-Hambaliyy Ibn Rajab (1999), op.cit. hal 513.

Univers

ity of

Mala

ya

130

5.3.1.4 al-Taqdim wa al-Ta’khir

Gaya al-taqdim dan al-ta’khir dianggap sebagai tradisi dan fenomena

penting dalam ilmu balaghah. Perkara ini kerana masyarakat Arab biasanya

mengutamakan perkataan meskipun maknanya dikemudiankan. Begitu juga mereka

menangguhkannya, sekali pun perlu diutamakan maknanya. Pada asalnya, tradisi al-

taqdim dan al-ta’khir merupakan suatu fenomena yang terdapat dalam konsep

tatabahasa yang dipelopori oleh pakar tatabahasa terdahulu. Sibawayh dianggap sebagai

perintis al-taqdim dan al-ta’khir dan mengaitkannya dengan petunjuk balaghah seperti

mendahulukan subjek ( fa‘il) dan objek ( maf‘ul) kerana mengambil perhatian. 164

Legasi ini diteruskan oleh sarjana tatabahasa terkemudian seperti al-

Mubarrid (m 285H) dan Ibn Jinniyy (m 293H). dengan membincangkan fenomena al-

taqdim dan al-ta’khir secara berasingan. Manakala al-Farra’ (m 207H) dan al-Akhfasy

(m177H), menentukan fenomena ini kepada mendahulukan perkataan dan

mengemudiankan maknanya. Abd al-Qahir al-Jurjaniyy melebarkan perbincangan

fenomena ini sebagai konsep pengetahuan terperinci. Beliau mengemukakan setiap

keistimewaannya yang tersendiri dengan mempersembahkan konsep ini selaras dengan

metodologi ilmiah yang komplit.165

Ibn Qutaybat mengemukakan satu bab dalam karyanya “Ta’wil Musykil

al-Qur’an” dengan dinamakan al-maqlub (yang ditukarkan) dan menjadikan perbahasan

164

Al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2012b), al-Nazm al-Qur’aniyy fi Tafsir al-

Durri al- Masun fi ‘Ulum al-Kitab al-Maknun, Damsyik: Dar al-‘Asma’, hal 44 165

al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2013) al-Nazm al-Qur’aniyy fi Tafsir Nazm al-

Durar fi Tanasub al-Ayat wa al-Suwar, Damsyik: Dar al-‘Asma’.hal 112

Univers

ity of

Mala

ya

131

al-taqdim wa al-ta’khir sebahagian daripada perbincangannya.166

Beliau mendasari

pandangan tersebut berasaskan pada tradisi serta pegangan Arab dalam penjelasan.

Kebanyakan fakta dijelaskan dengan keterangan secara terperinci yang membawa

kepada maksud yang ditentukan, meskipun menggunakan istilah al-qalb (pertukaran)

dan al-maqlub. Ibn Qutaybat mengguna pakai istilah ini sebagai salah satu gaya

balaghah dengan tidak menentukan apa-apa syarat atau mekanisme baginya. Apa yang

penting baginya ialah kandungan makna indah yang terdapat dalamnya.167

Terdapat beberapa tujuan dalam mendahulukan dan mentakhirkan

perkataan. Ia mempunyai peranan tertentu berdasarkan kaedah yang ditentukan. Antara

tujuan tersebut ialah:

(i) mentakzimkan dan mengagungkan seperti Allah (s.w.t). antara contohnya:

}

{

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala

penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai

orang-orang yang beriman berselawat kamu kepadanya serta ucapkan

salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.168

Dalam ayat di atas kata nama Allah didahului daripada kata nama malaikat dengan

tujuan mentakzimkan dan mengagungkan-Nya

(ii) memuliakan serta meletakkan sesuatu pada martabat yang tinggi. Contohnya:

166

Ibn Qutaybat ( 1323H ), op.cit. hal. 142. 167

Al-Jarbiyy Muhammad Ramadan (1984), op.cit. hal. 110 168

Surah al-Ahzab (33): 56

Univers

ity of

Mala

ya

132

}

{

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan

memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan

orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan

(iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia,

serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di

bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;

itulah kemenangan yang besar.169

Dalam ayat di atas, didahulukan perkataan (al-muhajirin) daripada (al-ansar) kerana

ketinggian martabat al-muhajirin yang banyak berjihad di jalan Allah, sama ada dari

aspek jiwa raga mahupun harta benda.

(iii) mendahulukan perkataan berdasarkan tabiat semula jadi sesuatu perkara. Antaranya

mendahulukan angka tiga daripada angka empat seperti yang terdapat dalam firman

Allah (s.w.t):

}

{

Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui

segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? tiada berlaku bisikan

antara tiga orang melainkan Dia yang keempatnya, dan tiada (berlaku

antara) lima orang melainkan Dia yang keenamnya, dan tiada yang

kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan ia ada

bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. kemudian ia akan

169 Surah al-Tawbat (9): 100

Univers

ity of

Mala

ya

133

memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah

kerjakan. sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.170

(iv) mendahulukan perkataan kerana ia merupakan sebab musabab berlaku perkara lain.

Contohnya:

}

{

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman

supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang

haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih

suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya

tentang apa yang mereka kerjakan.171

Ayat di atas menegaskan kepentingan suruhan menjaga mata dari melihat perkara

haram. Ia didahulukan daripada suruhan menjaga kemaluan. Hal ini kerana menjaga

penglihatan daripada melihat aurat menjadi sebab musabab kepada terjaga kemaluan

atau kehormatan diri. Kebiasaannya, perbuatan zina bermula kerana tidak menjaga

penglihatan Justeru, keutamaannya di sini didahulukan.

(v) mendahulukan dan mentakhirkan dapat meringankan sebutan perkataan dan

menjauhkan keberatan lidah apabila menyebutnya. Hal ini kerana terdapat susunan

perkataan al-Qur’an yang menyerlahkan unsur estetik dari aspek sebutan suara yang

terhasil daripada alunannya. Antara contoh perkara ini ialah:

}

{

170

Surah al-Mujadalat (58): 7 171

Surah al-Nur (24): 30

Univers

ity of

Mala

ya

134

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan

belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti

yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan

menjadi kaum yang menderhaka.172

Dalam ayat di atas, Allah (s.w.t) mengemukakan lima kategori balasan azab berdasarkan

susunan tertentu, iaitu al-tufan (taufan), al-jarad (belalang), al-qummal (kutu), al-dafadi‘

(katak) dan al-dam (darah). Persoalannya, apakah rahsia penyusunan perkataan tersebut,

mengapa disusun sebegitu, dan apakah yang berlaku sekiranya susunan tersebut diubah?

Apakah pula akan dirasai sekiranya dibaca ayat di atas dengan pengubahan susunan

perkataan tersebut? Apa yang jelas di sini, keserasian suara dan alunannya tidak lagi

dapat dirasai sekiranya kelima-lima perkataan tersebut disusun berlawanan dan tidak

mengikut susunan sedia ada. Perkara yang sama berlaku, apabila diperhatikan antara

kelima-lima perkataan di atas. Terdapat dua perkataan yang berat dari aspek sebutannya,

iaitu al-qummal dan al-dafadi‘. Kedua perkataan yang berat ini didahului dengan dua

perkataan yang ringan sebutannya, iaitu al-tufan dan al-jarad, serta diakhiri dengan

perkataan yang paling ringan sebutannya, iaitu al-dam. Hal ini menunjukkan keberatan

lidah untuk menyebut perkataan al-qammal dan al-dafadi‘ telah selesai.173

Rasulullah (s.a.w) juga menampilkan konsep al-taqdim dan al-ta’khir dalam

wacana Baginda. Antaranya, petikan dalam Hadith keempat:

"ع را ذ ال اإ ه ن ي ب و ه ن ي ب ن و ك اي م ت ح "

sehinggalah tiada antaranya dengan syurga melainkan beberapa

hasta174

172

Surah al-A‘raf (7): 133 173

Mohd Zain Mohmood (2015), Keunikan dan Keindahan bahasa al-Qur’an. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 139-144 174

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 3036, Muslim no. 2643, Abu Dawud no. 4708, al-Tirmiziyy no.

2138, dan Ibn Majah no. 76.

Univers

ity of

Mala

ya

135

Lafaz ( ع را ذ ) adalah kata nama bagi ( نو ك ي ), dan sepatutnya menyusul serta disebut

selepasnya. Akan tetapi lafaz ini disebut terkemudian. Partikel ( إال ) merupakan kata

pengecualian yang tidak beramal kerana ayat ini tidak sempurna (iaitu tidak disebut al-

mustathna min, yakni yang dikecualikan daripadanya). Konsep ini dikenali sebagai

istithna’ mufarragh.175

Justeru, konsep taqdim dan ta’khir yang terdapat dalam petikan

hadith di atas menunjukkan kebahagiaan dan kecelakaan manusia ditentukan oleh Allah

(s.w.t) sebelum mereka lahir ke dunia lagi.176

Hal yang sama juga terdapat dalam petikan Hadith kesembilan seperti di

bawah:

"م ه ائ ي ب ىأن ل ع م ه ف ال ت اخ و م ه ل ائ س م ة ر ث ك م ك ل ب ق ن م ن ي ذ ال ك ل ه اأ ن فإ "

Maka sesungguhnya membinasakan orang sebelum kamu oleh banyak

persoalan mereka serta perselisihan dengan nabi mereka177

Dalam Hadith di atas, didahulukan maf‘ul bih (objek, iaitu ن ي الذ ) atas fa‘il (

subjek/pelaku, iaitu مه ل ائ س م ة ر ث ك ) dan ( مه ف ال ت خ ا ). Petikan di atas dimulakan dengan

partikel ( yang membawa makna ikhtisas (ketentuan). Justeru, tujuan Rasulullah ( ان إ

(s.a.w) mengemukakan kenyataan melalui Hadith di atas ialah menyebut punca serta

sebab kebinasaan umat terdahulu. Ia terdiri daripada banyak persoalan yang

ditimbulkan, meskipun yang bertanya tidak begitu memerlukannya. Begitu juga

persoalan untuk menguji, mengingkari dan mempermainkan.

Konsep taqdim dan ta’khir juga terdapat dalam petikan Hadith kedua puluh

lima, iaitu seperti di bawah:

175

Para ulama tatabahasa mensyaratkan bagi kategori istithna’ ini, ayatnya didahului dengan nafi atau

yang menyamai, sama ada larangan atau istifham ingkariyy ( menuntut faham berbentuk ingkar). Hal

ini kerana ayat yang tidak didahului oleh nafi atau seumpamanya, membawa kepada percanggahan

makna adat kebiasaan. Sebagai contoh, ( ت ب ر ض ز ال إ اد ي ) yang bermaksud aku pukul kecuali Zaid.

Secara mafhum, ia bermaksud aku pukul sekalian manusia kecuali Zaid. Perkara ini tidak tepat dan

bercanggah dengan adatnya. Maka ( اد ي ز ال إ ت ب ر اض م ) adalah lebih tepat kerana maknanya, kamu

tidak memukul sesiapa pun dalam kalangan manusia kecuali Zaid sahaja. 176

Al-Hambaliyy, Ibn Rajab ( 1999), Op.cit. hal. 169 177

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 6777 dan Muslim no. 1337

Univers

ity of

Mala

ya

136

لك و ة ق د ص ةد ي م ت لك و ة ق د ص ةر ي ب ك ت لك و ة ق د ص حةي ب س ت لك ب م ك ل إن "

و ة ق د ص رك ن م ن ع يه ن و ة ق د ص ف و ر ع م ال ب رم أ و ة ق د ص ةل ي ل ه ت م ك د أح ع ض ب يف "ة ق د ص

Sesungguhnya bagi kamu dengan setiap tasbih adalah sedekah, dengan

setiap takbir sedekah, dengan setiap tahmid sedekah, dengan setiap

tahlil sedekah, dengan setiap suruhan kebaikan sedekah, dengan setiap

larangan kejahatan sedekah, dan dengan menyerahkan diri (untuk

disetubuhi suami) sedekah.178

Dalam petikan di atas, lafaz ( ةق د ص ) adalah kata nama bagi partikel ( إن ). Ia sepatutnya

berada selepas partikel tersebut. Manakala ( مك ل ) pula, lokasi yang sepatutnya adalah

terkemudian kerana menjadi muta‘allaq (tempat berkait) dengan ( إن ). Tujuan taqdim

dan ta’khir ini supaya diberi perhatian tentang kandungan makna yang terdapat dalam

petikan di atas.

Justeru, fenomena atau konsep taqdim dan ta’khir bagi pembentukan ayat

dalam bahasa Arab memberi petunjuk tentang peri penting fenomena ini, meskipun

pembentukan tersebut perlu kepada susunan yang betul dalam kerangka asas

kebahasaan. Susunan ayat yang tepat dari aspek tata bahasanya, dapat menyerlahkan

maksud serta makna yang ingin disampaikan kepada golongan sasaran. Susunan seperti

mubtada’ (subjek) perlu berada di hadapan, manakala khabar (predikat) di belakang

adalah susunan yang biasa berlaku dalam jumlat ismiyyat ( ayat yang bermula dengan

kata nama). Susunan seperti fi‘l ( kata kerja) perlu berada di hadapan, manakala fa‘il

(subjek atau pelaku) berada selepasnya dalam jumlat fi‘liyyat (ayat yang bermula

dengan kata kerja). Terdapat ramai dalam kalangan sarjana bahasa yang

178

Hadith riwayat Muslim no. 1006 dan no. 595 dan al-Bukhariyy no. 807.

Univers

ity of

Mala

ya

137

membincangkan tentang fenomena ini, antaranya Sibawayh, al-Farra’, Ibn. Qutaybat

dan Abd al-Qahir al-Jurjaniyy.

5.3.1.5 Ijaz ( Ringkas)

Antara elemen kesesuaian ungkapan atau wacana dengan situasi pendengar

atau pembaca ialah ringkas. Tujuan utama ringkas untuk meringankan pendengar atau

pembaca disebabkan kepintaran mereka atau konteks yang terhad. Ia berbeza dengan

panjang yang bertujuan untuk menjelaskan, menetapkan dan menegaskan buah fikiran

kepada pendengar atau pembaca.179

Menurut al-Rummaniyy, ijaz bermaksud penjelasan makna secara ringkas

daripada pola perkataan.180

Abu ‘Ubaydat menyatakan masyarakat Arab selalu

meringkaskan perkataan untuk meringankan kerana pengetahuan pendengar terhadap

perkataan tersebut. Seolah-olah ringkasan itulah sebaik-baik pertuturan.181

Konsep atau

gaya ijaz adalah keistimewaan penting yang terdapat dalam bahasa Arab. Masyarakat

Arab lebih cenderung kepada meringkaskan berbanding daripada memanjang perkataan.

Mereka menganggap konsep ini adalah sebahagian daripada ilmu balaghah.

Ibn Qutaybat mengemukakan takrifan al-ijaz, iaitu menghimpunkan makna

yang banyak daripada lafaz yang sedikit. Perkara ini bersesuaian dengan Hadith

179

Al-Jarbiyy, Muhammad Ramadan (1984), op. cit, hal. 113 180

Al-Rummaniyy ‘Aliyy bin ‘Isa (1986), al-Nukat fi I‘jaz al-Qur’an .Muhammad Zaghlul Sallam e.t

(ptah.), Kaherah: Dar al-Ma‘arif, hal. 74 181

Abu ‘Ubaydat Ma‘mar bin al-Muthanna (1981), Majaz al-Qur’an, Mesir: Matba‘at al-

Khanji, hal 111

Univers

ity of

Mala

ya

138

Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud ‘dianugerahkan kepadaku perkataan-perkataan

yang merangkumi’.182

Menurut sarjana balaghah era moden, ijaz bermaksud:

اء د أ ن ع امل

ه ب افو ه ن ع صاق ن ظف ل ب اد ر امل

menentukan makna yang dikehendaki

dengan lafaz yang kurang darinya

serta tercapai maksudnya.183

Ulama balaghah mengkategorikan ijaz kepada dua:

(a) ijaz al-qasr bermaksud ringkas atau pendek serta sarat dengan makna dan tidak ada

unsur pembuangan dalam susunan ungkapan. Antara contohnya ialah:

{ ق تم ل يل د ه ي } Menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa

184

Maksud ayat di atas ialah petunjuk bagi orang yang sesat kepada petunjuk sebenar

selepas kesesatan. Bukan orang yang bertakwa dimaksudkan di sini kerana mereka telah

mendapat petunjuk.185

(b) ijaz al-hadzf bermaksud ringkas atau pendek disebabkan unsur pembuangan dalam

susunan ungkapan. Terdapat beberapa bahagian ayat yang dibuang dalam kategori ini,

antaranya:

(i) mudaf seperti firman Allah (s.w.t):

182

Ibn Qutaybat ( 1323H ), op.cit. hal. 1 183

Al-‘Abisiyy,‘Abd al-Hamid Muhammad (1997), Rawa’i‘ al-Ma‘aniyy, Kaherah: Matba‘at Hassan,

hal 233 184

Surah al-Baqarat (2): 2 185

Al-‘Abisiyy, Abd al-Hamid Muhammad (1997), op.cit, hal. 235.

Univers

ity of

Mala

ya

139

{ م ك ي ل ع ت م رح ة ت ي امل }

Diharamkan ke atas kamu bangkai186

Pengharaman bangkai di sini bermaksud pengharaman makan bangkai. Perkara ini

kerana hukum haram berkaitan dengan aktiviti (perbuatan), bukan dengan bangkai

tersebut. Justeru, perkataan “makan” yang menjadi mudaf dibuang dalam ayat di atas.

(ii) sifat seperti yang terdapat dalam ayat di bawah:

} {

kerana belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas setiap

perahu yang tidak cacat.187

Dimaksudkan dengan kapal di sini ialah kapal yang baik (salihat). Hal ini kerana

terdapat setengah bacaan al-Qur’an (qira’at al-Qur’an), iaitu bacaan ‘AbdulLah bin

‘Abbas (r.a) yang mengekalkan sifatnya, iaitu safinat salihat

(iii) syart seperti firman Allah (s.w.t):

} {

Dan kalaulah ada mana-mana kitab suci yang dengan sebabnya

gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan

sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya,

atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat

menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya188

.

Ayat di atas merupakan ungkapan yang berkonsepkan syart dengan permulaannya

partikel (لو). Jawab syart dibuangkan, iaitu ( رآناالق ذ ه ان ك ل ).

186

Surah al-Ma’idat (5): 3 187

Surah al-Kahfi (18): 79 188

Surah al-Ra‘d (13): 31

Univers

ity of

Mala

ya

140

Terdapat juga dalam kategori ijaz al-hadhf ini, pembuangan kerana petunjuk ke atas

sesuatu yang tidak terangkum dalam sifat. Antara contohnya seperti di bawah:

} {

tidaklah sama di antara kamu, orang yang

membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum

kemenangan (Nabi menguasai Makkah). mereka itu lebih

besar darjatnya daripada orang-orang yang

membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah

itu.189

Bahkan termasuk juga orang yang membelanjakan harta selepas kemenangan tersebut,

meskipun mereka tidak disebut (dibuang) dalam ayat di atas. Pembuangan ini dapat

difahami daripada ayat selepasnya pada firman Allah (s.w.t):190

} {

mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang

yang membelanjakan hartanya serta turut berperang

sesudah itu (sesudah kemenangan Nabi menguasai

Makkah).

Konsep ijaz merupakan pendekatan yang biasa digunakan oleh Rasulullah (s.aw)

dalam ungkapan baginda. Baginda juga sentiasa menyarankan kepada para sahabat (r.a)

supaya fokus dan ringkasan dalam aktiviti mereka. Antara saranan tersebut ialah:

الن ع يم لص أ ت ن ك ال ةق ر س ن ب ر اب ج ن ع ت ان ك ف م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص ب اد ص ق ه ت ب ط خ او د ص ق ه ت ال ص

189

Surah al-Hadid (57): 10 190

Al-Qazwiniyy al-Khatib (1999 ), Al-Idah fi ‘Ulum al-Balaghat Hindawiyy ‘Abd al-Hamid

(ptah.), Kaherah: Ma’assasat al-Mukhtar, hal 177-182

Univers

ity of

Mala

ya

141

Daripada Jabir bin Samurat katanya, pernah aku sembahyang

bersama Rasulullah (s.a.w), sembahyang dan khutbah

Baginda terfokus 191

Perkara ini disokong oleh Hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakam bin Huzn:

اص ىع ل اع ئ كو ت م ام ق ف ة ع م اجل م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص الل ل و س ر ع م ت د ه ش و أ ةك ار ب م اتب يط اتف ي ف خ اتم ل ك ه ي ل ع ن ث أ و الل د م ح ،ف سو ق

Aku menghadiri sembahyang Jumaat bersama Rasulullah

(s.aw), Rasulullah (s.a.w) berdiri membaca khutbah sambil

memegang tongkat atau busur panah, Baginda memulakan

khutbah dengan memuji Allah menggunakan perkataan yang

ringkas, baik serta penuh keberkatan.192

Dalam koleksi Hadith Empat Puluh ini, terdapat beberapa Hadith yang

menjadikan maqayis ijaz sebagai terasnya. Antaranya ialah:

ي م أ ن ع ن م ؤ امل أ ي ت ع س ال ق ه ن ع الل ي ض ر اب ط اخل ن ب ر م ع صف ح ب

ىو ان م ئر ام لك ال وإن ات ي الن ب ال م االع ن إ :ل و ق ي م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص الل ل و س ر ث ي د احل

Daripada Amir al-Mu’minin, Abu Hafs, ‘Umar bin al-Khatab

(r.a) katanya, aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda,

sesungguhnya segala amalan perlu disertakan dengan niat,

setiap seseorang dihitung amalannya berdasarkan niatnya.193

Apabila diamati susunan tatabahasa ( ال ن إ ات ي الن ب ال م ع ا ), didapati konsep ijaz al-hadhf

digunakan dalam susunan ini yang terdiri daripada partikel ( ان إ ) sebagai adat hasr (huruf

ketentuan), perkataan ( ال م ع ال ) sebagai mubtada’ (subjek), dan predikat dihilangkan

daripada susunan di atas. Terdapat beberapa pandangan ulama dalam menentukan

191

Hadith riwayat Muslim no.866, dan Ibn Hibban, no. 2802. 192

Hadith riwayat Imam Ahmad no.212, Abu Dawud , no. 1096, al-Tabraniyy no. 3165, dan al-

Bayhaqiyy no. 206 193

Hadith riwayat al-Bukhariyy, no.1, Muslim no 1907, Abu Dawud no. 2201, al-Tirmiziyy no 1646,

Ibn Majah no. 4227, dan al-Nasa’iyy no.59 &60.

Univers

ity of

Mala

ya

142

predikat tersebut. Antaranya, pandangan kebanyakan ulama terkemudian yang memilih

perkataan sahihat (sahih), mu‘tabarat ( diiktiraf) ataupun maqbulat (yang diterima).

Maka, amalan yang dimaksudkan dalam Hadith di atas ialah amalan (tingkah laku) yang

ditentukan oleh syara’. Hal ini kerana terdapat amalan yang tidak memerlukan niat

seperti adat kebiasaan, antaranya makan, minum, pakai, dan sebagainya. Kesemua ini

tidak memerlukan niat. Manakala pandangan kebanyakan ulama terdahulu, antaranya al-

Tabariyy, Ahmad bin Hambal dan Abu Talib al-Makkiyy menentukan predikat dengan

perkataan waqi‘at (berlaku) atau hasilat (terhasil). Perkara ini menunjukkan amalan

yang dimaksudkan dalam Hadith adalah amalan pilihan yang terbit daripada keinginan

pelakunya sebagai punca amalan tersebut. Maka Susunan ungkapan selepas itu

ىو ان م ئ ر ام ل ك ال وإن ) ) adalah tentang hukum syara’, iaitu balasan atau habuan pelaku

amalan tersebut berdasarkan niat. Sekiranya amalannya baik, maka baiklah amalannya

dan dia mendapat balasan yang baik. Jika sekiranya amalan yang dilakukan buruk, maka

buruk lah amalannya, dan dia mendapat dosanya.194

Antara konsep ijaz al-qasr dalam koleksi Hadith Empat Puluh ini ialah:

أ ن ع الن ن أ ه ن ع الل ي ض ر ي ار الد س و أ ن ب م ي ت ة ي ق ر ب ىالل ل ص ب ه اب ت ك ل و لل :ال ؟ق ن م ل :ان ل ق ة ح ي ص الن ن ي الد":ال ق م ل وس ه ي ل ع و ه ل و س ر ل و م ل املس ة م ئ ل "م ه ت ام ع و ي

Daripada Abu Ruqayyat, Tamim bin Auws al-

Dariyy,195

Rasulullah (s.a.w) bersabda, agama adalah

nasihat, kami (sahabat) bertanya kerana siapa? Sabda

Rasulullah (s.a.w) kerana Allah, Kitab-Nya (al-

Qur’an), Rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan orang

kebanyakan mereka.196

194

Al-Hambaliyy, Ibn Rajab (1999), Op.cit hal 23 195

Sebelum menganut Islam pada tahun 9 Hijrah, beliau adalah pendeta Nasrani. Setelah menganut

Islam, beliau menetap di Madinah, dan berpindah ke Syam selepas kematian ‘Uthman bin ‘Affan.

Merupakan seorang yang kuat melakukan ibadat pada malam hari. Beliau meriwayatkan 18 Hadith

dan meninggal di Palestin pada tahun 40 Hijrah. Lihat al-Bugha Mustafa & Mistu Muhyi al-Din

(2007), op. cit. hal 368 196

Hadith riwayat Muslim no. 55, Abu Dawud no. 4944, dan al-Nasa’iyy no. 156

Univers

ity of

Mala

ya

143

Hadith di atas merupakan ungkapan yang ringkas daripada Rasulullah (s.a.w) tetapi sarat

dengan makna serta faedah yang banyak. Didapati segala hukum, sama ada asas

mahupun cabang, terangkum dalamnya. Antara perkataan yang menunjukkan makna

yang banyak ialah al-din dan al-nasihat. Apabila dikatakan agama adalah nasihat,

menunjukkan nasihat merangkumi Islam, iman dan ihsan yang disebutkan dalam Hadith

Jibril. Kesemuanya dinamakan agama. Maka nasihat kerana Allah (s.w.t) memaksudkan

melaksanakan kewajipan dengan sebaik-baiknya, iaitu ihsan. Nasihat tidak sempurna

sekiranya kewajipan tidak terlaksana. 197

Konsep ijaz al-qasr juga terdapat dalam Hadith berikut:

الل ل و س ر ت ع س :ال اق م ه ن ع الل ي ض ر ي ش ب ن ب ان م ع الن ن ع

ب ل ال احل ":ل و ق ي م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص ب ام ر احل و ي ام ه ن ي ب و ي

ك ه م ل ع ي ال ات ه ب ت ش م أ ر ب ت اس ات ه ب ىالش ق ات ن م ف اس الن ن م ر ي ث اع ق و ن م و ه ض ر وع ه ن ي د ل ع ق و ات ه ب الش يف "...........ام ر احل يف

ث ي د احل

Daripada al-Nu‘man bin Basyir (r.a) katanya, aku

mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda, sesungguhnya

perkara halal adalah jelas, dan perkara haram adalah

jelas, terdapat antara kedua-duanya perkara subahat

yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa

berwaspada dari perkara subahat itu, dia dapat

melepaskan diri kerana agama dan maruahnya, sesiapa

yang terjerumus dalam perkara subahat, dia terjerumus

dalam perkara yang haram198

Meskipun ungkapan ( ل ال احل ب ي ام ر احل و ب ringkas dan pendek, tetapi ia ( ي

menunjukkan makna yang padat dan perlu kepada penjelasan yang panjang. Petunjuk

197

Al-Hambaliyy, Ibn Rajab (1999), op.cit. hal 218 198

Hadith riwayat Bukhari no. 52, riwayat Muslim no. 1599, riwayat Abu Dawud no. 3329 dan 3330,

riwayat al-Tirmiziyy no. 1205, riwayat al-Nasa’iyy no. 241, dan riwayat Ibn Majah no 3984.

Univers

ity of

Mala

ya

144

yang ingin disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w) ialah perkara halal dan haram amat jelas

dan dimaklumi oleh kebanyakan manusia. Mereka tidak memerlukan penjelasan dari

orang lain lagi. Justeru, tidak ada alasan yang konkrit bagi sesiapa pun untuk

menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah (s.w.t) dan mengharamkan apa yang

dihalalkan-Nya. Ungkapan di atas diucapkan oleh Rasulullah (s.a.w) dengan ringkas

tetapi sarat dengan makna yang tersendiri.199

5.3.1.6 Pengulangan dan Penambahan struktur ayat

Pengulangan (al-Takrar) menurut istilah sarjana balaghah bermaksud

petunjuk perkataan ke atas makna secara berulang.200

Antara tujuan pengulangan ialah

penegasan yang membawa kepada kepercayaan terhadap sesuatu perkara. Nilai

penegasan yang didasari dengan pengulangan dapat menjadikan sesuatu teguh serta

tetap dalam minda, dan akhirnya membawa kepada penerimaan. Justeru, pengulangan

dapat meninggalkan kesan mendalam dalam hati dan sanubari manusia kerana dipahat

dalam ruang sanubari secara tidak disedari. Ia akhirnya terbit menjadi sebab musabab

perbuatan dan tingkah laku manusia.201

Menurut sarjana balaghah, pengulangan dan penambahan dalam struktur

ayat mempunyai tujuan tersendiri, antaranya:

(i) penegasan terhadap amaran dan peringatan. Firman Allah (s.w.t):

} { 199

Fayud Basyuniyy ‘Abd al-Fattah (2010), Balaghat Tatbiqiyyat. Kaherah: Muassasat al-Mukhtar.

hal 114 200

Hasan ‘Abd al-Mun‘im al-Sayyid (1980), Zahirat al-Takrar fi al-Qur’an al-Karim, Kaherah:

Dar al-Matbu ‘at al-Dawliyyat, hal 10 201

Hasan Abd al-Mun‘im al-Sayyid (1980), op. cit, hal 12.

Univers

ity of

Mala

ya

145

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui

kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)

Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap

demikian) kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada

hari kiamat)202

)ii) panduan ke arah yang baik. Firman Allah (s.w.t):

} {

(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat

kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.203

(iii) penambahan penjagaan di atas penafian tuduhan bagi menyempurnakan penerimaan

ayat seperti pengulangan perkataan ( مو ياق ) dalam firman Allah (s.w.t), Surah al-Ghafir,

ayat 38-39.

(iv) panjang perceraian seperti partikel (إن) apabila terdapat ayat yang panjang antara

ism (subjek) dan khabar (predikat) bagi partikel tersebut.204

Firman Allah (s.w.t) dalam

Surah al-Nahl, ayat 119:

}

{

Kemudian, Sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang

melakukan kejahatan Dengan sebab kejahilan, kemudian mereka

bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya,

Sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah

Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

202

Surah al-Thakathur (102): 3-4. 203

Surah al-Qiyamat (75): 34-35 204

Hasan ‘Abd al-Mun‘im al-Sayyid (1980), op. cit, hal 14

Univers

ity of

Mala

ya

146

Menurut Ibn Qutaybat pengulangan dan penambahan struktur ayat adalah

elemen penting dalam wacana, khususnya al-Qur’an. Hal ini kerana golongan yang

mempertikaikan al-Qur’an beranggapan pengulangan serta penambahan tersebut

merupakan perkara yang sia-sia dan tidak memberi apa-apa faedah. Ia akhirnya

mencemarkan al-Qur’an itu sendiri dari aspek kefasihannya. Dalam menghadapi

golongan ini, Ibn Qutaybat menyatakan bahawa al-Qur’an diturunkan oleh Allah (s.w.t)

dengan perkataan, makna dan aliran pakar bahasa Arab. Segala kaedah dan

permasalahan perlu dirujuk kepada pakar bahasa tersebut. Justeru penambahan serta

pengulangan struktur ayat mempunyai rahsia balaghah tersendiri dan merupakan

sebahagian gaya bahasa Arab.

Antara konsep pengulangan yang disentuh oleh Ibn Qutaybat adalah seperti

berikut:205

(a) pengulangan kisah yang sama dalam al-Qur’an

Pengulangan ini berasaskan hikmat balagiyyat dan berkaitan dengan kemaslahatan

manusia, di samping sebab penurunan sesuatu ayat. Hal ini dapat dirumuskan kepada

beberapa matlamat yang diberi penekanan oleh al-Qur’an dalam pengulangan kisah

yang sama, antaranya:

(i) pengulangan ini adalah satu perkara yang pasti kerana penurunan al-Qur’an

secara berperingkat selama dua puluh tiga tahun, dan tidak diturunkan

sekali gus. Perkara ini terjadi kerana rahmat dan penghormatan kepada

manusia, di samping memudahkan mereka untuk mengingati serta

memahami kandungan al-Qur’an supaya dapat menghayati dan menerapkan

205

Al-Jarbiyy Muhammad Ramadan (1984), op. cit, hal. 127

Univers

ity of

Mala

ya

147

manhaj yang ditampilkan dalam al-Qur’an. Menurut Ibn Qutaybat,

seandainya al-Qur’an diturunkan sekali gus, maka sebab penurunan ayat

akan mendahului peristiwa yang berlaku, dan jumlah amalan fardu menjadi

keberatan ke atas umat Islam serta orang-orang yang ingin menganutinya. Ia

juga menjejaskan maksud penjagaan (berwaspada) yang ditekankan dalam

al-Qur’an, di samping makna nasakh (pembatalan) hukum atau ayat al-

Qur’an.

(ii) Allah (s.w.t) tidak menurunkan al-Qur’an untuk dihafal sahaja, tetapi juga

sebagai panduan dan piagam yang perlu dipatuhi serta dilaksanakan. Perkara

yang sedikit dalam al-Qur’an dapat ditampung oleh perkara yang banyak

dalamnya. Kata Ibn Qutaybat, Allah (s.w.t) tidak mewajibkan ke atas

hamba-Nya untuk menghafal keseluruhan al-Qur’an, dan tidak juga

mempelajari sekaliannya. Al-Qur’an diturunkan supaya diamalkan hukum

hakamnya, dipercayai dengan ayat-ayat mutashabihnya, dipatuhi

suruhannya, dijauhi larangannya, dan dihafal untuk solat sebahagian

daripadanya.

(iii) Rasulullah (s.aw) diutuskan kepada beberapa suku kaum Arab yang berbeza.

Sekiranya berita dan kisah al-Qur’an tidak diulang-ulang, berita kisah Nabi

Musa (a.s), Nabi Isa (a.s), Nabi Nuh (a.s), dan Nabi Lut (a.s) berlaku kepada

kaum yang berbeza-beza. Justeru, Allah (s.w.t) mengemukakan dan

mengetengahkan kisah-kisah tersebut supaya didengari dan terpahat dalam

ingatan manusia sebagai pengajaran serta peringatan.

Univers

ity of

Mala

ya

148

(b) Pengulangan ungkapan

Ia merangkumi perkataan yang merupakan sebahagian daripada gaya bahasa Arab.

Matlamat dan tujuan pengulangan ini sebagai variasi penegasan dan pemahaman. Ibn

Qutaybat mentakrifkan penegasan di sini sebagai pengulangan ayat daripada kategori

yang sama. Contoh yang dikemukakan dalam perkara ini adalah pengulangan yang

terdapat dalam Surah al-Kafirun dan al-Rahman. Penegasan yang dimaksudkan di sini

daripada aspek makna, atau dengan kata lain tawkid lafziyy (penegasan perkataan)

menurut ulama tatabahasa Arab..

(c) Pengulangan perkataan

Dimaksudkan dengan pengulangan perkataan ialah pengulangan perkataan yang sama

tetapi dengan penukaran huruf supaya tidak berulang dua perkataan yang sama pada

lafaz dan makna. Contoh ( ع ط ش ان ) dan ( ن ط ش ان ) . Huruf al-‘Ayn ditukar kepada al-

Nun. Proses pertukaran ini berlaku penegasan dan pemahaman di samping memberi

penjelasan mengenai uslub bahasa Arab yang tersendiri.

Konsep penambahan yang diketengahkan oleh Ibn Qutaybat ialah

penambahan sebagai penegasan seperti firman Allah (s.w.t),

} {

mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam

hatinya.206

206 Surah Ali ‘Imran (3): 167

Univers

ity of

Mala

ya

149

Hal ini kerana kadang kala ungkapan yang terbit dari seseorang itu berbentuk majaz.

Contohnya ‘aku bercakap dengan seseorang’, pada hal dia sebenarnya menghantar surat

kepada seseorang yang dimaksudkan itu. Ada kala pula orang lain yang berkata, tetapi

diisyaratkan kepada dirinya kerana sebutan mulut serta hati dalam ayat di atas

menggambarkan sifat munafik mereka. Perkara ini terjadi kerana keimanan yang hanya

terdapat di mulut tidak disertakan dalam hati.

Begitu juga penambahan yang terdapat pada partikel ( ال ), dan memberi

kesan kepada penegasan ayat. Tujuan penambahan ini menjurus kepada dua perkara:

(i) keengganan atau keingkaran. Antara contoh yang dikemukakan Ibn Qutaybat ialah

} {

. "Apakah penghalangnya yang menyekat kamu

daripada sujud ketika aku perintahkan kamu?"207

Maksud ungkapan di atas ‘apakah yang menegah kamu daripada sujud’. Penambahan

partikel (ال) kerana iblis tidak akan sujud disebabkan keengganan serta keingkarannya.

(ii) penolakan ke atas orang-orang yang mendusta Allah dan Rasul-Nya. Antara contoh

yang dikemukakan ialah:

} {

Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini.208

.

207

Surah al-A‘raf (7): 12 208

Surah al-Balad (90): 1

Univers

ity of

Mala

ya

150

Penambahan partikel (ال) di sini memaksudkan penolakan terhadap golongan yang

mendustai Allah (s.w.t) dan Rasul-Nya (s.w.t).209

Dalam koleksi Hadith Empat Puluh, konsep pengulangan digunakan dalam

beberapa Hadith, antaranya Hadith kelima belas:

أ ن ع م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص الل ل و س ر ن أ :ه ن ع الل ي ض ر ة ر ي ر ه ب

ن م و ت م ص ي ل و اأ ر ي خ ل ق ي ل ف ر اآلخ م و ي ال و الل ب ن م ؤ ي ان ك ن م ":ال ق

م و ي و الل ب ن م ؤ ي ان ك ن م و ه ار ج م ر ك ي ل ف ر اآلخ م و ي ال و الل ب ن م ؤ ي ان ك "ه ف ي ض م ر ك ي ل ف ر اآلخ

Daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w)

bersabda, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari

akhirat, hendaklah dia mengatakan kebaikan ataupun

diam, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari

akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya, sesiapa

yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah

dia memuliakan tetamunya.210

Ungkapan ( ر اآلخ م و ي ال و الل ب ن م ؤ ي ان ك ن م ) diulang beberapa kali dalam Hadith di atas.

Tujuan daripada pengulangan ungkapan di atas adalah penegasan kepada ciri keimanan

kepada Allah (s.w.t) dan hari akhirat. Amalan dan tingkah laku manusia merupakan

sebahagian daripada ciri keimanan. Kadang kala amalan dan tingkah laku ini berkaitan

dengan hak serta kewajipan terhadap Allah (s.w.t) seperti melaksanakan suruhan-Nya

dan menjauhi larangan-Nya. Ia juga berkaitan dengan hak dan kewajipan kepada

manusia seperti memuliakan tetamu dan jiran tetangga. Justeru, pengulangan ungkapan

di atas memberi penegasan terhadap tiga perkara yang berbeza dengan berteraskan

konsep keimanan yang sama.211

Hal yang sama berlaku dalam Hadith keenam belas:

209

Ibn Qutaybat (1323H) , op.cit, hal. 191 210

Hadith riwayat Bukhariyy no 5672 dan riwayat Muslim no. 47 211

Al-Hambaliyy Ibn Rajab (1999), . op.cit, hal 312

Univers

ity of

Mala

ya

151

أ ن ع لن ل ال ق ال ج ر ن أ ه ن ع الل ي ض ر ة ر ي ر ه ب :"ال ق ن ص و أ :م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص ب

"ب ض غ ت ال "ال اق ار ر م د د ر ف "ب ض غ ت ال

Daripada Abu Hurairah (r.a), seorang lelaki bertanya kepada

Rasulullah (s.a.w), berilah nasihat kepadaku, sabda Baginda, ‘jangan

kamu marah’, maka lelaki itu mengulangi perkataan tersebut beberapa

kali, Baginda menjawab, ‘jangan kamu marah’.212

Dalam Hadith ini menunjukkan lelaki yang bertanya kepada Rasulullah (s.a.w)

memohon nasihat dengan nasihat yang ringkas serta padat tentang perkara kebaikan.

Hal ini kerana nasihat yang ringkas dapat dihafal dan diingati, berbanding nasihat yang

panjang dan mudah dilupai. Justeru, Rasulullah (s.a.w) menasihatinya supaya tidak

marah serta menjauhi perkara yang dapat mengundang kepada kemarahan. Dia

kemudiannya, mengulangi soalan yang sama, dan Rasulullah (s.a.w) mengulangi nasihat

atau jawapan yang sama. Pengulangan dalam Hadith di atas memberi petunjuk bahawa

kemarahan adalah paksi kejahatan, dan menghindarkan serta mengelakkan diri dari

kemarahan menjadi paksi kebaikan. Lelaki yang dimaksudkan dalam Hadith ini ialah

Abu al-Darda’ berdasarkan riwayat al-Tabraniyy.213

Dalam Hadith kedua puluh empat, terdapat pengulangan perkataan

ياد ب ع يا ) ) sebanyak sepuluh kali. Hadith ini merupakan Hadith Qudsiyy yang

merangkumi beberapa kaedah penting dalam Islam dan etikanya. Kesemua perawi

Hadith ini terdiri daripada penduduk Damsyik, Syria.214

Dalam Hadith ini,

diketengahkan konsep nida’ (seruan). Perkataan yang digunakan ialah hamba (‘ibad)

dan terdapat unsur idafat (genitif) antara perkataan itu dengan ganti nama diri pertama,

iaitu ( املت ملك ياء ). Ia memaksudkan sekalian hamba Allah tanpa mengira Muslim

212

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 5765. 213

Al-Hambaliyy Ibn Rajab (1999), op.cit. hal. 362 214

al-Bugha Mustafa & Mistu Muhyi al-Din & (2007), op.cit. hal 172

Univers

ity of

Mala

ya

152

ataupun sebaliknya. Kesemuanya berhajat kepada Allah (s.w.t) dalam segala aspek

kehidupan tanpa apa-apa pengecualian. 215

5.3.1.7 Gaya ungkapan insya’

Insya’ pada bahasa bermaksud reka cipta. Ia juga bermaksud menjadi dan

menyusun sesuatu. Manakala menurut ulama balaghah ialah perkara yang tidak

menerima benar dan dusta baginya.216

Hal ini kerana perkara tersebut terbit daripada

perasaan dan naluri manusia serta bergantung pada gerak hati yang sukar dinafikan.

Para ulama ini mengemukakan alasan di atas berasaskan kepada perkara tersebut belum

lagi berlaku. Perkara ini membezakan antara insya’ dengan khabar Ibn Qutaybat

mengkategorikan gaya insya’ sebahagian daripada isu yang dibenarkan percanggahan

dengan kebiasaan (mengikut kaedah). Menurutnya, gaya insya’ merangkumi konsep

talab (tuntut) dan lainnya, serta sejauh mana terkeluar dari penggunaan makna asal

kepada makna majaziyy.217

Ibn Qutaybat berpandangan talab menunjukkan tujuan atau perkara yang

wajib untuk dilakukan. Terdapat juga tujuan lain yang dinyatakan oleh beliau,

antaranya:218

(i) amaran atau peringatan, seperti firman Allah (s.w.t) dalam Surah Fussilat( 41), ayat

40:

215

Al-Hambaliyy Ibn Rajab (1999), op. cit. 37 216 Al-‘Abisiyy Abd al-Hamid Muhammad (1997), op.cit. hal 53 217

Ibn Qutaybat ( 1323H ), op.cit. hal 213. 218

al-Jarbiyy, Muhammad Ramadan (1984), op. cit, hal. 132.

Univers

ity of

Mala

ya

153

} {

Buatlah apa yang kamu suka,

(ii) mendidik, firman Allah (s.w.t):

} {

dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan

(kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan

ringan yang bertujuan mengajarnya).219

(iii) harus, dan terdapat dalam firman Allah (s.w.t):

} {

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di

muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing)220

Antara gaya insya’ yang dikemukakan oleh Ibn Qutaybat ialah istifham

(menuntut faham). Beliau mengetengahkan beberapa tujuan istifham, antaranya taqrir

(penetapan).221

Firman Allah (s.w.t):

} {

Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku

dua Tuhan selain dari Allah?222

Beliau juga menyebut ta‘ajjub (kehairanan) sebagai salah satu tujuan istifham. Contoh

yang dikemukakan dalam hal ini ialah firman Allah (s.w.t) dalam Surah al-Naba’ (78),

ayat 1 dan 2:

219 Surah al-Nisa’ (4): 34

220 Surah al-Jumuat (62): 10

221 Ibn Qutaybat (1323H ), op.cit. hal. 215

222 Surah al-Ma’idat (5): 118

Univers

ity of

Mala

ya

154

} {

Tentang apakah mereka bertanya-

tanya?

Tentang berita yang besar, (berita

kebangkitan manusia hidup semula

menerima balasannya).

Seolah-olah susunan makna ayat di atas ialah “daripada apakah mereka bertanya wahai

Muhammad”, dan katakan sebagai jawapan “mereka bertanya tentang berita yang

besar”. Maksud istifham dalam ayat ini ialah membesarkan persoalan tersebut.223

Antara tujuan talab yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh ialah nadb

(sunat). Dalam Hadith kesebelas, Rasulullah (s.a.w) bersabda:

"ك ب ي ر ي اال م ل إ ك ب ي ر اي م ع د

Tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak

meragukan kamu.224

Makna Hadith ini merujuk kepada perkara subhat (kesamaran) dalam agama serta cara

mengawal daripadanya. Hal ini kerana perkara yang jelas kehalalan tidak menimbulkan

keraguan dalam hati seseorang Muslim serta berlapang dada dalam menerimanya.

Manakala perkara subhat dapat menjadikan hatinya keluh kesah, dan akhirnya

membawa kepada keraguan padanya.225

223

Al-Jarbiyy Muhammad Ramadan (1984), op.cit. hal 134. 224

Hadith riwayat al-Tirmiziyy no. 2520, al-Nasa’iyy no. 327 &328, dan Ahmad no. 1723. 225

Ibn Rajab al-Hambaliyy (1999), op. cit. hal. 280

Univers

ity of

Mala

ya

155

Istifham merupakan salah satu konsep insya’ yang terdapat dalam Hadith

Empat Puluh Antaranya Hadith kedua puluh satu:

ل ق الل ل و س ار ي ت ل ق ال ق ه ن ع الل ي ض ر الل د ب ع ن انب ي ف س ن ع ل ال و ق م ال س اإل يف "م ق ت اس ث الل ب ت ن آم ل ق :"ال ق ك ر ي اغ د ح أ ه ن ع ل أ س أ ال

Daripada Sufyan bin ‘AbduLlah (r.a) katanya, aku berkata wahai

Rasulullah, sebutkan padaku perkataan dalam Islam yang tidak perlu

aku bertanya orang lain lagi selain dari kamu, sabda Rasulullah

(s.a.w), katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian

beristiqamahlah.226

Istifham dalam hadith di atas terkeluar secara majaz kepada suruhan. Hal ini kerana

pertanyaan yang terdapat dalam Hadith dimulakan dengan perkataan ( ل ق ). Ia adalah fi‘l

amr (kata kerja suruh) yang mengandungi makna talab.

Antara tujuan istifham yang terkandung dalam Hadith Empat Puluh ialah

taqrir (ketetapan). Ia terdapat dalam Hadith kedua puluh lima:

ةر ي ب ك ت لك و ة ق د ص ةح ي ب س ت لك ب ن ؟إ ن و ق د ص ات م م ك ل الل ل ع ج د ق س ي ل و أ ":ال ق

احلديث."...........ة ق د ص ةل ي ل ه ت لك و ة ق د ص ةد ي م ت لك و ة ق د ص

Sabda Rasulullah (s.a.w), adakah tidak Allah jadikan kepada kamu

perkara yang boleh kamu memberi sedekah? Sesungguhnya setiap

ucapan tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap

pujian adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah.227

Ketetapan tentang tasbih, takbir, tahmid, tahlil dan sebagainya, merupakan sedekah

amat jelas dalam hadith di atas. Hal ini kerana ia tercetus selepas ungkapan istifham

yang terdapat sebelumnya dan menjadi sebahagian daripada konsep insha’.

226

Hadith riwayat Muslim no. 38, al-Tirmiziyy no. 2412, dan Ibn Majah no. 3972 227

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 807 & 5970, dan Muslim, no. 595 &1006

Univers

ity of

Mala

ya

156

5.3.1.8 Tasybih (simile)

Tasybih merupakan ikatan persamaan antara dua perkara yang berkongsi

pada sifat dan lainnya. Menurut al-Sakkakiyy, tasybih mendasari dua aspek, iaitu yang

menyerupai dan yang menyerupai dengannya. Kedua-duanya bersamaan dalam satu

perkara, dan berbeza dalam perkara yang lain.228

Menurut al-Qazwiniyy pula, tasybih

adalah petunjuk persamaan satu perkara dengan yang lain dalam makna.229

Tasybih merupakan konsep ungkapan gambaran yang tercetus dari kekuatan

imaginasi. Ia menjadikan perkara yang samar menyerlah ke arah kejelasan, dan yang

jauh pemahamannya dapat didekatkan. Tasybih adalah nilai balaghah yang banyak

digunakan dalam Wacana Nabawi kerana konsep dakwah yang dibawa oleh Rasulullah

(s.a.w) perlu menjelaskan perkara yang sukar difahami secara langsung. Hal ini

didorong oleh kaedah pembelajaran yang menganggap tasybih sebagai salah satu

konsep pendidikan. Hakikatnya, tasybih yang terdapat dalam Wacana Nabawi bukan

sekadar mencapai matlamat estetik seperti yang terdapat dalam mana-mana hasil karya

sastera sahaja. Akan tetapi penggunaan unsur tasybih dalam Wacana Nabawi untuk

menjelaskan makna yang tersembunyi serta menentukannya seperti perkara-perkara

ghaib yang sukar difahami atau diimaginasi . Perkara ini kerana pendekatan gambaran

disamakan dengannya (musyabbah bih) yang difahami pendengar atau pembaca, dapat

membawa kepada pemahaman serta imaginasi mereka.

228

al-Sakkakiyy, Abu Ya‘qub Mohammad bin ‘Aliyy (t.t ), Miftah al-‘Ulum, Beirut: Matba ‘at al-

Maktabat al-‘Ilmiyyat al-Jadidat. hal. 157 229

al-Qazwiniyy, Jalal al-Din Muhammad bin Abd al-Rahman (t.t ), al-Talkhis fi ‘Ulum al-

Balaghat, Mesir: al-Maktabat al-Tijariyyat al-Kubra. hal 238

Univers

ity of

Mala

ya

157

Manusia biasa tidak dapat merungkai dan mentafsirkan perkara-perkara

ghaib. Akalnya tidak dapat mengagak atau meramalkan perkara tersebut selagi dia tidak

melihat secara terang-terangan. Perkara ghaib merupakan perkara yang sukar

diterjemahkan, tetapi Rasulullah (s.a.w) diperlihatkan oleh Allah (s.w.t) atau penurunan

wahyu sebagai penjelasan tentang perkara tersebut. Justeru, baginda menceritakannya

kepada manusia supaya mereka mengambil iktibar dan berwaspada terhadap perkara

yang tersembunyi. Tasybih yang digunakan dalam Wacana Nabawi menjadikan

pendengar atau pembaca dapat melihat apa yang didengar atau dibaca.

Menurut Ibn Qutaybat, bukan kesemua puisi dipilih dan dihafal kerana

unsur keindahan perkataan dan makna yang terdapat padanya, tetapi ketepatan dalam

mengemukakan konsep tasybih. Menurutnya lagi, kesepaduan antara musyabbah (yang

diserupakan) dengan musyabbah bih (yang diserupakan dengannya) amat penting dalam

menentukan gambaran tasybih. Kajian serta pemahaman Ibn Qutaybat tentang tasybih

lebih tertumpu pada aspek tatbiq (latihan) mengatasi nazar (teori). Hal ini berlaku

kerana pengistilahan balaghah tidak banyak digunakan pada waktu tersebut. Beliau

lebih memfokuskan kepada asas pemahaman, penjelasan serta tujuan yang terkandung

dalam teks al-Qur’an. Di samping itu, ilmu atau kajian balaghah pada era Ibn Qutaybat

masih belum mencapai tahap matang, meskipun terdapat ramai dalam kalangan sarjana

balaghah pada waktu tersebut. Kenyataan ini dinyatakan oleh al-Jurjaniyy dalam

mempertahankan kesungguhan serta peranan ulama balaghah sebelumnya:

ك ه ل ج ت د ج و ه ي ف اء م ل ع ال ه ال اق م ت أ ر اق ذ إ ك ن إ ف ة اي ن ك او ي ح و او ز م ر ه ل أواض ي ر ع ت و

Univers

ity of

Mala

ya

158

Maka sesungguhnya, apabila kamu membaca apa yang diperkatakan

ulama dalam ilmu balaghah, kamu dapati kebanyakan atau

keseluruhannya adalah simbol, wahyu, kiasan, dan insinuasi.230

Ibn Qutaybat antara ulama sebelum al-Jurjaniyy, dan diberi keuzuran dalam perkara ini.

Di samping itu, objektif kajian balaghah menurut Ibn Qutaybat ialah memahami rahsia

yang terkandung dalam al-Qur’an dan menangkis serangan terhadapnya. Beliau juga

dilihat beranggapan bahawa sikap serta perasaan masyarakat Arab dalam membongkar

khazanah yang terkandung dalam al-Qur’an demi mempertahankan agama dan akidah

mereka. 231

Antara konsep tasybih yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh ialah

Hadith yang diriwayatkan oleh al-Nu‘man bin Basyir yang terdahulu, iaitu:

ىالل ل ص الل ل و س ر ت ع س ال ق ه ن ع الل ي ض ر ي ش ب ن ب ان م ع الن ن ع

:"ل و ق ي م ل س و ه ي ل ع ع ق و ن م و ........................................ ات ه ب الشيف

احلديث"........ي ر ت ع ف ي ه ن أ ك ش و ىي م احل ل و ىح ع ر ي عرا ك

Daripada al-Nu‘man bin Basyir (r.a) katanya, aku

mendengar

Rasulullah(s.a.w)bersabda,……………………………

……… ………………….......................dan sesiapa

yang terjerumus ke kancah subahat seumpama

penggembala yang ditugaskan menjaga binatang

ternakan berhampiran dengan kawasan larangan,

hampir-hampir dia terjerumus ke dalam kawasan

tersebut.

230

Al-Jarbiyy Muhammad Ramadan (1984), op. cit.hal. 143 231

Ibid.

Univers

ity of

Mala

ya

159

Dalam petikan Hadith di atas, Rasulullah (s.a.w) menggunakan konsep tasybih

tamthiliyy.232

Tujuan dikemukakan konsep ini untuk memberi amaran dan peringatan

supaya berhati-hati bagi mengelakkan terjebak ke dalam kancah subahat. Dalam Hadith

ini, Rasulullah (s.a.w) menyamakan orang yang mengambil mudah dan tidak berhati-

hati dalam perkara subahat, dengan situasi penggembala yang membiarkan binatang

ternakan berada berhampiran dengan kawasan larangan (yang tidak dibenarkan mencari

makanan di situ). Dimaksudkan dengan kawasan larangan di sini ialah “larangan di

raja”, dan dia akan dihukum sekiranya mencerobohinya. Dalam hal ini, dia dilihat tidak

dapat mengawal binatang ternakan tersebut dari mencerobohinya, dan akan dihukum di

atas kecuaiannya. Konsep tasybih ini dinamakan tasybih gambaran yang terdapat pada

minda dengan realiti yang didapati dengan pancaindera. Hal ini terjadi kerana Rasulullah

(s.a.w) menyamakan perkara yang terhasil dalam minda dengan realiti yang berlaku

pada pandangan mata. Manakala aspek persamaan antara keduanya ialah ketiadaan

waspada atau berhati-hati dari terjebak ke dalam perkara yang mendatangkan

kemudaratan yang akhirnya membawa kepada hukuman.233

Konsep tasybih juga ditampilkan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam Hadith

ketiga di bawah:

أ ن ع ل و س ر ت ع س ال اق م ه ن ع الل ي ض ر اب ط اخل ن ب ر م ع ن ب الل د ب ع ن ح الر د ب ع ب ب ":ل و ق ي م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص الل الل إال ه ل إ ال ن أ ة هاد ،ش سىخ ل ع م ال اإلس ن

"ان ض م ر م و ص و ت ي الب جوح اة ك الز اء ت ي إ و ة ال الص ام ق إ و الل ل و س ار د م م ن أ و

Daripada Abu ‘Abd. Rahman ‘AbdulLah bin ‘Umar (r.a) katanya, aku

mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “diasaskan Islam itu atas lima

232

Dimaksudkan dengan tasybih tamthiliyy ialah hubung kait persamaan antara musyabbah dan

musyabbah bih diambil dari gabungan beberapa aspek. Contohnya, bintang thurayya disamakan

dengan tandan anggur dari aspek keadaan yang terhasil daripada gugusan buah anggur yang

terbentuk daripada biji,tangkai serta isinya. Lihat Ya‘qub Ramil et al (1987), op. cit., hal 123 233

Fayud Basyuniyy Abd al-Fattah (2008), op.cit. hal. 115

Univers

ity of

Mala

ya

160

tunjang, ikrar bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad

pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat,

mengerjakan ibadat haji di Baitullah, dan berpuasa pada bulan

Ramadan”.234

Rasulullah (s.a.w) mengetengahkan Islam sebagai satu binaan yang teguh dan kuat.

Binaan ini memerlukan tunjang atau struktur yang teguh dalam menentukan kekuatan

binaan tersebut serta mampu bertahan dalam apa jua keadaan dan situasi. Baginda

meletakkan ikrar atau mengucap dua kalimah syahadah sebagai tunjang utama dalam

binaan itu. Di samping itu, tunjang yang lain amat diperlukan bagi menjamin keutuhan

binaan agama yang mulia ini..Hal ini terjadi kerana gabungan daripada tunjang tersebut

dapat menampung kekuatan apabila terbina dan terdirinya binaan tersebut. Konsep

tasybih yang dikemukakan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam Hadith ini dapat menjadikan

minda lebih terbuka dalam menjadikan Islam sebagai agama yang lebih kompleks

strukturnya.235

Dalam petikan Hadith kedua puluh sembilan, Rasulullah (s.a.w) juga

mengemukakan konsep tasybih, iaitu dalam petikan di bawah:

ئ ف ط اي م ك ئة ي ط اخل ئ ف ط ت ة ق د الص و "ار الن اء امل

“Dan sedekah menghapuskan dosa seperti air dapat memadamkan

api”236

Tasybih sebagai medium dalam wacana di sini menyerlahkan maksud yang terdapat

dalam Hadith di atas. Rasulullah (s.a.w) menyatakan bahawa sedekah dapat

menghilangkan kesan dosa. Dimaksudkan dengan sedekah di sini adalah selain daripada

234

Hadith riwayat al-Bukhariyy no 8, Muslim no. 16, al-Tirmiziyy no. 2612, al-Nasa’iyy no 107, dan

Ahmad no. 26, 93 & 120. 235

al-Bugha Mustafa & Mistu Muhyi al-Din (2007), op.cit. hal. 21 236

Hadith riwayat al-Tirmiziyy no. 2169.

Univers

ity of

Mala

ya

161

zakat fardu. Manakala dosa yang dikehendaki di sini ialah dosa kecil yang berkaitan

dengan Allah (s.w.t). Hal ini kerana dosa besar memerlukan kepada taubat, dan dosa

yang berkaitan dengan manusia memerlukan keredaan dan keampunan mereka.

Baginda menyebut sedekah di sini kerana manfaatnya menjangkaui. Justeru,

penghapusan dosa dapat melonjakkan impian, menyinari hati serta sanubari, dan

meningkatkan tahap amalan. Maka bersedekah menjadi platform utama dalam

melaksanakan amalan soleh yang lain.237

Rasulullah (s.a.w) menampilkan tasybih sebagai salah satu maqayis (garis

panduan) penting dalam wacana baginda. Ia amat diperlukan dalam penghasilan wacana

yang bermutu agar kandungannya dapat difahami dan dihayati dengan sebaik mungkin.

Justeru, konsep tasybih yang ditonjolkan dalam hadith yang dinyatakan di atas

merupakan medium penting wacana dalam penjelasan dan pemahaman makna yang

tersurat mahupun tersirat

5.3.1.9 Isti’arat

Isti‘arat merupakan sebahagian konsep ungkapan yang banyak terdapat

dalam al-Qur’an. Ia merupakan gaya ungkapan yang dicetuskan dari makna yang

terdapat pada minda, situasi psikologi dan peristiwa yang dialami, dan mencetuskan

gambaran yang terhasil daripada elemen yang disebutkan di atas hingga membawa

kepada penjelmaan gerakan dan perbincangan.

Apabila dibandingkan isti‘arat dengan haqiqat, dan dikatakan isti‘arat

adalah gaya ungkapan penjelasan yang terperinci, lebih meninggalkan kesan

237

Al-Bugha Mustafa & Mistu Muhyi al-Din (2007), op.cit. hal. 207

Univers

ity of

Mala

ya

162

mendalam, lebih indah aspek gambarannya, dan lebih sempurna aspek makna yang

ingin ditampilkan. Bukan bermaksud untuk menafikan haqiqat. Hal ini kerana isti‘arat

tercerna daripada tasybih. Ia merupakan tasybih yang tersirat dalam hati dan sanubari.

Dengan makna lain, kita tidak mengemukakan tasybih untuk dijadikan isti‘arat. Akan

tetapi, kita sembunyikan unsur tasybih dalam jiwa kita, dan dibuangkan salah satu

daripada dua elemen tasybih, dengan didakwa salah satu daripadanya adalah yang satu

lagi. Justeru, isti‘arat dianggap sebagai tasybih yang dibuang satu elemennya. Maka

persekitaran utama yang mempengaruhi isti‘arat ialah sanubari.238

Menurut al-Jurjaniyy, isti‘arat ialah lafaz yang mempunyai asal makna

yang tertentu dengan dikuatkan oleh bukti berkaitan dalam aspek bahasa. Kemudian

makna tersebut digunakan kepada selain dari makna asal dalam konteks pemindahan

makna yang tidak kekal.239

Menurut al-Sakkakiyy pula, isti‘arat adalah kamu menyebut

dua komponen tasybih, dan kamu memaksudkan salah satu daripada keduanya dengan

memasukkan yang disamakan (mushabbah) ke dalam jenis yang disamakan dengannya

(mushabbah bih) sebagai petunjuk. Hal ini dengan menyabitkan unsur mushabbah

kepada mushabbah bih.240

Hakikatnya, isti‘arat bermula apabila selesainya tasybih dan

unsur balaghah yang terdapat dalamnya lebih tinggi dari tasybih. Isti‘arat juga

merupakan seindah-indah gambaran dalam memberi penjelasan kepada khalayak, di

samping penyampaian makna yang sempurna, ungkapan wacana yang komprehensif

serta penerimaan yang berkesan.241

Ibn Qutaybat mentakrifkan isti‘arat dengan takrifan yang umum. Isti‘arat

menurutnya, mempunyai empat rukun, iaitu:

238

‘Abbas Fadl Hasan (2007), op. cit. hal. 306 239

Al-Jurjaniyy, ‘Abd al-Qahir (1991), op. cit, hal 36 240

al-Sakkakiyy, Abu Ya‘qub (1932), op.cit. hal. 174 241

al-‘Aliyy, Ahmad Muhammad ‘AbdulLah (1992), Masyahid al-Qiyamat fi: al-Hadith al-Nabawiyy.

Masurat : Dar al-Wafa’hal. 339

Univers

ity of

Mala

ya

163

(i) musta‘ar min (perkataan yang dipinjam darinya)

(ii) musta‘ar lah (perkataan yang dipinjam baginya)

(iii) lafaz musta‘ar (perkataan yang digunakan)

(iv) kaitan antara musta‘ar min dengan musta‘ar lah.

Menurut Ibn Qutaybat lagi, majaz mursal adalah sebahagian daripada isti‘arat. Perkara

ini kerana Ibn Qutaybat berpandangan setiap perkataan yang diguna pakai oleh bangsa

Arab, boleh juga digunakan pada tempat perkataan lain sekiranya terdapat sebab

tertentu yang menyamai maknanya ataupun hampir menyamainya. Hal ini menunjukkan

isti‘arat menurut Ibn Qutaybat merangkumi elemen berikut:

(a) isti‘arat adalah majaz lughawiyy yang terdapat dalam perkataan yang

dipindahkan dari makna hakiki kepada makna majaziyy

(b) pemindahan ini tidak tercapai melainkan terdapat hubung kait antara makna

hakiki dengan makna majaziyy.

(c) Unsur hubung kait di atas melibatkan tiga perkara, iaitu rasional, makna yang

hampir dan menyamai.242

Nilai keindahan isti‘arat al-Qur’an terserlah dalam dua unsur penting:

(i) pemilihan perkataan bersesuaian antara satu sama lain di samping keseragaman

maknanya. Perkara ini terdapat dalam firman Allah (s.w.t):

}

{

Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh:

sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah

dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka

242

Al-Jarbiyy Muhammad Ramadan (1984), op.cit hal 154

Univers

ity of

Mala

ya

164

Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan

apa yang mereka telah lakukan. 243

Ayat di atas mengandungi beberapa elemen isti‘arat seperti yang digariskan dalam ayat

tersebut. Dikehendaki dengan qaryat (kampung) ialah penduduknya. Ungkapan ( اه اق ذ أ ف iaitu Allah (s.w.t) merasakan penduduknya dengan kelaparan dan ketakutan (الل

seumpama pakaian yang sentiasa mereka pakai. Kesemua isti‘arat ini amat bersesuaian

Seolah-olah maksud ayat di sini ialah Allah (s.w.t) memakaikan mereka dengan pakaian

kelaparan. Perkara ini kerana kelaparan menjadikan seseorang itu kurus, lemah dan

tidak berdaya. Ia juga dapat dirasai dan sesuai diumpamakan sebagai pakaian.

(ii) penggunaan perkataan yang memberi petunjuk secara hissiyy (dapat diketahui

dengan pancaindera) kepada maknawiyy (dapat dibayangi sahaja). Dalam hal ini, Allah

(s.w.t) berfirman:

} {

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat,tidak

berketentuan hala.

Tidakkah Engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan

tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-

angan kosong)?

Perkataan ( ادو ) pada asasnya digunakan bagi petunjuk tempat rendah yang

terletak antara dua tempat tinggi yang memaksudkan tema puisi yang berada

dalam sanubari. Petunjuk ini bertukar dari pemikiran yang mutlak kepada wadi

(lembah) yang curang. Al-Qur’an memilih dan mengemukakan lafaz ini kerana

terdapat keserasian antara pemikiran tersebut dengan wadi dari aspek

kedalaman, jauh, tersembunyi, serta rumit.

243 Surah al-Nahl: (16): 112

Univers

ity of

Mala

ya

165

Dalam Hadith Empat Puluh, terdapat konsep isti‘arat yang diterapkan oleh

Rasulullah (s.a.w). Antaranya petikan Hadith kedua puluh sembilan seperti di bawah:

اي ط ف ئ م ك ي ئ ة ط اخل ق ة ت ط ف ئ ن ة و ال ص د م ج اخل ي ،ال ص و ع ل ىأ ب و اب ل أ د لك :"ه ث ق ال ..........."احلديث الل ي ل و ف ج يف و ص ال ة الر ج ل املاء الن ار

Kemudian sabda baginda: “adakah aku tunjukkan kamu kepada pintu

kebaikan, puasa ialah perisai, bersedekah menghapuskan dosa seperti

mana air dapat memadamkan api, solat seseorang pada tengah

malam”.244

Kedua frasa di atas, ( ي اخل اب و ب أ ) dan ( ل ي الل ف و ج ) merupakan konsep isti‘arat yang

terdapat dalam Hadith di atas. Dalam frasa pertama, Rasulullah (s.a.w) ingin

menyatakan bahawa kebaikan mempunyai pintu untuk dibuka dan masuk melaluinya.

Baginda menyamakan kebaikan seperti sebuah rumah yang mempunyai pintu untuk

masuk ke dalamnya. Musabbah bih dibuangkan, dan dinyatakan simbol atau ciri yang

terdapat padanya, iaitu pintu. Begitu juga dengan frasa kedua. Baginda menyamakan

malam seperti benda yang mempunyai rongga di tengahnya. Musabbah bih tidak

dinyatakan dalam hadith, tetapi disimbolkan dengan ciri yang terdapat padanya, iaitu

rongga. Kategori isti‘arat yang terdapat dalam kedua-dua frasa ini dikenali sebagai

makniyyat, iaitu isti‘arat yang dibuang musabbah bih dan disebut atau dinyatakan

musabbah sahaja. Antara contohnya ialah firman Allah (s.w.t):

} {

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas

kasihan dan kasih sayangmu245

Allah (s.w.t) mengarahkan kita semua merendahkan diri kepada kedua-dua ibu bapa.

Dalam ayat di atas, Dia menyamakan merendah diri itu dengan binatang yang bersayap

244

Hadith riwayat al-Tirmiziyy no. 2169 245

Surah al-Isra’ (17): 24

Univers

ity of

Mala

ya

166

serta tidak disebut dan dinyatakan di sini, melainkan secara simbol, iaitu janah

(sayap).246

Perkara yang sama juga terdapat dalam petikan Hadith ketiga puluh enam

yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

م و ق ع م ت ااج م و " ت ل ز ن ال إ م ه ن ي ب ه ن و س ار د ت ي و الل اب ت ك ن و ل ت ي الل ت و ي ب ن م تي ب يف

احلديث"...........................ة ن ي ك الس م ه ي ل ع “Dan tidak berkumpul satu kaum dalam mana-mana rumah Allah

sambil membaca al-Qur’an dan bertadarus, melainkan ketetapan hati

turun ke atas mereka”247

Dalam petikan Hadith di atas, Rasulullah (s.a.w) menyamakan al-sakinat (ketetapan

hati).dengan air hujan yang turun dengan melimpah ruah sebagai rahmat kepada

manusia. Musabbah bih tidak dinyatakan di sini, iaitu air hujan, tetapi dikemukakan ciri

yang sama, iaitu penurunannya yang membawa kepada keberkatan. Dari kenyataan serta

konsep isti‘arat yang terdapat dalam Hadith yang dinyatakan di atas menunjukkan

Rasulullah (s.a.w) begitu peka dengan wacana yang baginda luah dan tuturkan. Hal ini

kerana masyarakat Arab pada waktu itu amat mementingkan penggunaan perkataan

berdasarkan makna yang tersurat dan tersirat.

5.3.1.10 Kinayat (Kiasan) dan Ta‘rid (Insinuasi).

Kinayat pada bahasa bermaksud kamu bercakap tentang suatu perkara

tetapi memaksudkannya perkara yang lain. Kata seorang penyair:

246

‘Abbas Fadl Hasan (2007), op. cit, hal. 312 247

Hadith riwayat Muslim no. 2699.

Univers

ity of

Mala

ya

167

ق ذ و رب غ ي ه ا ع ن ن و ل ك ب او أ ص ار ح اان ي ح أ ب ر ع وأ #وإن Dan sesungguhnya aku kiaskan mengenai seorang wanita

bernama Qadhur dengan wanita lain, terkadang aku nyata dan

jelaskan tentangnya.248

Kinayat menurut ulama balaghah pula ialah lafaz mutlak (tidak dikaitkan dengan apa-

apa elemen) yang membawa makna yang sebenar, serta kedapatan petunjuk yang

memungkinkannya menggunakan makna asal (sebelum makna sebenar).249

Para ulama mengkategorikan kinayat kepada tiga bahagian. Pengkategorian

ini terhasil berasaskan makna lafaz kinayat itu sendiri. Berikut ialah pengkategorian

tersebut:

(a) kinayat daripada sifat

Kinayat daripada sifat ialah penyebutan al-mawsuf (yang disifatkan) dengan

sandaran sifatnya. Antara kinayat daripada kategori ini:

ع ي بف إن يف م ن ي ل #وماي ك الف ص ز و ل م ه ب ان الك ل ب ج Tiada keaiban padaku kerana aku seperti anjing yang takut,

spesies yang kurus

ungkapan ( لي ص ف ال ل و ز ه م ب ل الك ان ب ج ) adalah kiasan daripada sifat murah. Hal ini kerana

( بل الك ان ب ج ) merupakan perihal anjing yang sentiasa melihat kedatangan pelawat, dan

menjadi kebiasaan anjing menyalak apabila melihat orang yang tidak dikenali. Akan

tetapi disebabkan jumlah tetamu yang begitu ramai, anjing tersebut tidak lagi menyalak

. Justeru, jumlah tetamu yang ramai menunjukkan sifat tuan rumah yang pemurah.250

(b) kinayat daripada al-mawsuf (yang disifatkan)

248

Al-Tha‘alibiyy, ‘Abd al-Malik bin Muhammad (1998), al-Kinayat wa al-Ta‘rid, Farid, ‘A’isat

Husayn (ptah.), Kaherah: Dar Qiba’ hal 21 249

Al-Subkiyy, Baha’ al-Din (t.t), ‘Arus al-Afrah, Beirut: Dar al-Surur, hal 237 250

‘Abbas, Fadl Hasan (2007), op.cit., hal 337-338.

Univers

ity of

Mala

ya

168

Kinayat ini ialah penyebutan sifat dan situasi yang berlaku dengan tidak

disebutkan al-mawsuf secara jelas tetapi secara kiasan. Antara contoh kinayat di atas

ialah:

} {

Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-

pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping

papan dan paku251

Allah (s.w.t) dalam ayat di atas menggunakan konsep kinayat daripada al-mawsuf untuk

menjelaskan struktur bahtera yang terdiri daripada kepingan papan dan paku. Hal ini

kerana kedua-dua elemen tersebut (kepingan papan dan paku) menjadi ciri asas

pembinaan bahtera itu.

(c) kinayat daripada al-nisbat (perimbangan al-sifat dan al-mawsuf)

Kinayat ini memaksudkan penjelasan ungkapan dengan mengemukakan al-sifat serta al-

mawsuf , dan tidak dinyatakan perimbangan antara keduanya, tetapi digantikan dengan

perimbangan lain yang dikesan dari maksud sesuatu ungkapan. Perkara ini berlaku

kerana seseorang pewacana yang ingin menyabitkan atau menafikan sesuatu sifat, ia

tidak menjelaskannya. Akan tetapi ia menggunakan konsep kinayat, iaitu sifat yang

berkaitan dan mempunyai perkaitan yang erat dengan seseorang. Ia menjadikan

penyabitan atau penafian terhadap sifat tersebut sebagai bukti penyabitan atau penafian

kepada seseorang tadi. Antara contoh kinayat daripada nisbat ialah puisi Ziyad al-

A‘jam252

yang memuji ‘AbdulLah bin al-Hasyraj253

251 Surah al-Qamar (54): 13

252

Beliau adalah Ziyad bin Jabir bin Amr bin ‘Amir dari suku ‘Abd al-Qays. Diberi gelaran al-A‘jam

kerana terdapat banyak kesilapan dalam pertuturannya. Hal ini kerana beliau sentiasa menetap di

pendalaman Parsi. Setengah pendapat menyatakan beliau berasal dari Asfanan, dan berpindah ke

Kharasan sehingga meninggal di situ. Lihat Ibn Qutaybat (2003), op.cit.,.hal. 421, dan Babtiyy ‘Azizat

Fawwal (1988), Mu‘jam al-Syu‘ara’ al-Mukhadramin wa al-Umawiyyin, Beirut: Dar Sadir. hal. 169. 253

Beliau merupakan gabenor di Naysabur.

Univers

ity of

Mala

ya

169

ر و ء ة و الن د ىة وامل ر ج #إن الس م اح ع ل ىاب ن احل ش يف ق ب ةض ر ب ت

Sesungguhnya sifat toleransi, bermaruah dan

pemurah dalam kubah yang dijadikan kepada

‘AbdulLah bin al-Hasyraj.

Dalam ungkapan puisi di atas menunjukkan pemuisi tersebut (Ziyad al-A‘jam) ingin

menyabitkan sifat tersebut kepada ‘AbdulLah bin al-Hasyraj, tetapi menyabitkannya

kepada kubah yang dibina untuk ‘AbdulLah bin al-Hasyraj sebagai konsep kinayat dari

al-nisbat. Hal ini kerana apabila disabitkan sesuatu kepada tempatnya, seolah-olah

menyabitkannya kepada pemilik tempat tersebut.

Terdapat beberapa tujuan daripada penggunaan konsep kinayat, antaranya:

(i) Menyatakan makna yang tersembunyi dan menjelaskannya dalam gambaran yang

dapat dicapai dengan pancaindera. Kinayat dapat menzahirkan imaginasi kepada realiti

dengan penyampaian dalam ungkapan yang terhimpun padanya pendakwaan serta bukti

ke dalam minda pendengar secara nyata dan jelas

(ii) Kinayat umpama pendakwaan berserta bukti dan saksi, kerana mendakwa sesuatu

dengan buktinya dapat membawa kepada kebenarannya.

(iii) Kinayat dapat mengindahkan serta memperelokkan makna.

(iv) Kinayat juga mencalar serta memburukkan makna

(v) Kinayat digunakan kerana tidak ingin dijelaskan sesuatu disebabkan aib yang

terdapat padanya.254

Ta‘rid menurut Ibn al-Athir ialah perkataan yang menunjukkan atas makna

dari aspek mafhum, bukan aspek ketentuan sebenar dan majaz (secara pinjaman). Al-

254

Al-‘Abisiyy Abd al-Hamid e.t (1999), Dirasat fi al-Bayan al-‘Arabiyy, Mesir: ‘Alam al-Ghad lil-

Di‘ayat wa al-Khadamat .hal 233-236

Univers

ity of

Mala

ya

170

Hamawiyy berpendapat, ia merupakan ungkapan kiasan sesuatu dengan kiasan lain

yang tidak dijelaskan supaya difahami pendengar mengenai maksudnya. Insinuasi

adalah tradisi gaya bahasa Arab dan dianggap sebagai penyeri percakapan mereka.

Menurut al-Sakkakiyy pula, insinuasi adalah sebahagian daripada kiasan. Al-Zarkasyiyy

berpandangan, insinuasi merupakan petunjuk atas makna dari aspek mafhum.

Dinamakan insinuasi kerana penentuan makna difahami daripada penggunaan

perkataan.255

Dalam hal ini, Ibn Qutaybat menggabungkan antara kiasan dengan

insinuasi. Beliau menyebut beberapa kategori kiasan, antaranya kiasan nama seseorang

dengan nama bapanya sebagai tambahan petunjuk atas dirinya apabila berkomunikasi

dengan surat, ataupun sebagai memuliakan dengan menggunakan konsep kunyat256

Perkara ini menunjukkan Ibn Qutaybat tidak membezakan antara makna kiasan pada

bahasa dengan pada istilahnya. Makna kiasan dan kunyat adalah sama, iaitu

menyembunyikan dari pandangan. Kiasan merupakan penyembunyian dan petunjuk

kepada makna yang dikehendaki dari dimensi tersembunyi. Kunyat pula ialah

menyembunyikan nama sebenar dalam populariti kunyat hingga membawa kepada lupa

nama sebenar serta penggunaan kunyat di tempatnya. Perkara ini menunjukkan

kemutlakan sembunyi menyelubungi pemikiran Ibn Qutaybat hingga menggabungkan

kiasan dan kunyat dalam topik dan tajuk yang sama.257

Dalam koleksi Hadith Empat Puluh, karya Imam al-Nawawiyy ini, para

perawi Hadith yang dinyatakan bersama matan Hadith terdiri daripada tabaqat

(generasi) sahabat (r.a) sahaja. Kebanyakan mereka disertakan dengan kunyat.

255

Al-‘Azzawiyy ‘Aqid Khalid Hammudiyy Yahya (2012b), op.cit., hal 164 256

Kunyat merupakan panggilan nama yang tersusun daripada panggilan berikut, iaitu Ab, Umm, Ibn,

Bint,Akh, Ukh, Amm, ‘Ammat, Khal dan Khalat, contoh Abu Jihad, Umm ‘Amir dan Ibn al-Muttalib.

Lihat Ya‘qub Ramil e.t (1987), op.cit hal 329 257

Al-Jarbiyy Muhammad Ramadan (1984), op.cit. hal 165

Univers

ity of

Mala

ya

171

Antaranya Abu Hafs kunyat bagi ‘Umar bin al-Khattab (r.a), Abu ‘Abd al-Rahman

kunyat bagi anaknya, ‘AbdulLah bin ‘Umar (r.a), Umm ‘AbdulLah kunyat bagi ‘A’isah

binti Abu Bakr (r.a), Abu ‘AbdulLah kunyat bagi al-Nu‘man bin al-Bashir (r.a), Abu

Ruqayyat kunyat bagi Tamim bin Aws al-Dariyy (r.a), Abu Hurayrat kunyat bagi ‘Abd

al-Rahman bin Sakhr (r.a), Abu Muhammad kunyat bagi al-Hasan bin ‘Aliyy bin Abu

Talib (r.a), Abu Hamzat kunyat bagi Anas bin Malik( r.a), Ibn Mas‘ud kunyat bagi

‘AbdulLah bin Mas‘ud (r.a), Abu Ya‘la kunyat bagi Shaddad bin Aws (r.a), Abu Dharr

kunyat bagi Jundub bin Junadat (r.a), Abu ‘Abd al-Rahman kunyat bagi Mu‘adh bin

Jabal (r.a), Abu al-‘Abbas kunyat bagi ‘AbdulLah bin Abbas (r.a), Abu Mas‘ud kunyat

bagi ‘Uqbat bin Amr (r.a), Abu Amr kunyat bagi Sufyan bin ‘AbdulLah (r.a), Abu

‘AbdulLah kunyat bagi Jabir bin ‘AbdulLah (r.a), Abu Malik kunyat bagi al-Harith bin

‘Asim (r.a), Abu Najih kunyat bagi al-‘Irbad bin Sariyat (r.a), Abu Sa‘labat kunyat bagi

Jurthum bin Nashir (r.a), Abu al-‘Abbas kunyat bagi Sahl bin Sa‘d (r.a), Abu Sa‘id

kunyat bagi Sa‘d bin Sinan (r.a), dan Abu Muhammad kunyat bagi ‘AbdulLah bin Amr

bin al-‘As (r.a). Menurut Imam al-Nawawiyy, beliau hanya mengemukakan sanat dalam

kalangan sahabat (r.a) supaya koleksi Hadith ini mudah dihafal dan diingati oleh

generasi berikut. Hal ini kerana keseluruhan Hadithnya adalah sahih dan

kebanyakannya diambil daripada koleksi Hadith Sahih yang terdapat dalam koleksi al-

Bukhariyy dan Muslim.258

Penggunaan kunyat dalam Hadith yang dikemukakan oleh al-

Nawawiyy bertepatan dengan konsep kinayat pada pandangan Ibn Qutaybat seperti yang

dinyatakan sebelum ini. Begitulah juga dengan ta‘rid.

Antara maqayis kinayat lain yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh ialah

petikan Hadith kedua puluh lapan:

258

Al-Bugha Mustafa & Mistu Muhyi al-Din (2007), op. cit.hal. 9

Univers

ity of

Mala

ya

172

ي د ه م ال ن ي د اش الر اء ف ل اخل ة ن س و يت ن س ب م ك ي ل ع ف "ذ اج و الن اب ه ي ل اع و ضع ي

“Maka berpeganglah dengan sunnahku serta sunnah

pengganti yang dapat dijadikan panduan dan pedoman,

gigit dengan kuat atasnya dengan gigi geraham kamu”259

Baginda dalam Hadith di atas, mengetengahkan kekuatan yang diperlukan dalam

pegangan sunnah. Kekuatan gigitan dengan menggunakan gigi geraham dapat

menghalang daripada terlepas dan keciciran. Kekuatan ini diyakini, dan gigi geraham

berbeza dengan gigi lain berasaskan lokasinya yang ke dalam serta susunannya yang

ampuh. Kekuatan tersebut ditampilkan dalam bentuk majaz, dengan gigitan geraham ke

atas sunnah. Gigitan ini sepatutnya berlaku ke atas perkara berbentuk hissiyy sahaja,

sedangkan sunnah perkara berbentuk ‘aqliyy. Justeru, Rasulullah (s.a.w) menampilkan

kinayat sebagai salah satu maqayis (garis panduan) penting dalam wacana baginda. Ia

amat diperlukan dalam penghasilan wacana yang bermutu agar kandungannya dapat

difahami dan dihayati dengan sebaik mungkin.

Dalam Hadith kedua puluh sembilan, antara petikannya:

س أ ر ":ال ق "اد ه اجل ه ام ن س ة و ر ذ و ة ال الص ه د و م ع و م ال س اإل ر م ال

Sabda Rasulullah (s.a.w): “punca perkara ini adalah Islam, tunjangnya

ialah solat, dan kemuncaknya pula adalah jihad”.260

Kinayat sebagai medium dalam wacana di sini dapat menyerlahkan maksud yang

terdapat dalam Hadith di atas. Frasa ( ة و ر ذ هام ن س ) pada asalnya bermaksud bahagian

yang paling tinggi di belakang unta (goh). Rasulullah (s.a.w) menggunakan kinayat

sebagai kiasan yang menunjukkan status serta kelebihan jihad. Perkara ini dikuatkan

dengan Hadith berikut:

259

Hadith riwayat Abu Dawud no. 4607, al-Tirmiziyy no. 2678, Ahmad no. 126 & 127, dan Ibn

Majah no. 42. 260

Hadith riwayat al-Tirmiziyy no. 2169

Univers

ity of

Mala

ya

173

أ ن ع الن ن ع ه ن ع الل ي ض ر ة ر ي ر ه ب ل ض ف أ ":ال ق م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص ب اد ه اجل ث الل ب ان ي إ ال م ع ال "الل ل ي ب س يف

Daripada Abu Hurairah (r.a), daripada Nabi (s.a.w) katanya:

“sebaik-baik amalan ialah beriman dengan Allah (s.w.t),

kemudian berjihad pada jalan Allah”.261

Penggabungan antara kinayat dengan ta‘rid seperti yang dilakukan oleh Ibn Qutaybat

mempunyai perkaitan secara langsung. Dalam Hadith kedua puluh lapan di atas,

Rasulullah (s.a.w) menegaskan “gigit dengan kuat atasnya dengan gigi geraham kamu”

sebagai kinayat daripada kekuatan gigitan dengan menggunakan gigi geraham dapat

menghalang daripada terlepas dan keciciran. Difahami juga dengan konsep ta‘rid

daripada konteks Hadith tersebut bahawa gigitan yang tidak kuat menyebabkannya

terlepas dan tercicir. Hal ini menunjukkan ta‘rid adalah sebahagian daripada kinayat. Ia

menunjukkan perkataan atau ayat yang digunakan dalam makna kinayat dapat

digunakan juga kepada makna lain sekiranya terdapat bukti dan dalil daripada

konteksnya.262

Justeru, konsep sebegini amat menyerlah dalam mana-mana wacana

kerana kekuatannya dalam menyampaikan kandungan wacana kepada khalayak.

5.3.2 Analisis Imaginatif Hadith Empat Puluh

Unsur imaginatif dalam Hadith Rasulullah (s.a.w) merupakan keistimewaan

yang jelas. Ia juga adalah sebahagian daripada ciri utama dalam ungkapan Hadith bagi

membuktikan keupayaan Rasulullah (s.a.w) untuk mengemukakan ungkapan wacana

dengan gambaran berbentuk imaginatif, sama ada daripada makna yang terlukis pada

minda ataupun daripada situasi psikologi. Demikian juga daripada jiwa dan tabiatnya.

261

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 26&1519, Muslim no. 83, Ahmad bin Hambal no. 268, dan Ibn

Hibban no. 153. 262

al-Tha‘alibiyy, ‘Abd al-Malik bin Muhammad (1998), op.cit hal. 55

Univers

ity of

Mala

ya

174

Unsur imaginatif dalam Hadith adalah gambaran hidup yang dirakam dalam kehidupan.

Ia dapat menjarakkan serta mendekatkan ruang yang ada dengan naluri dan

pancaindera. Justeru, makna yang terpancar dapat meresap ke dalam jiwa manusia dan

menghidupkannya. Hal yang sama juga berlaku kepada persekitaran yang kaku dan

tidak bernyawa.

Wacana Rasulullah (s.a.w) mengandungi gambaran kehidupan yang

bernyawa. Hal ini kerana pendengar dapat merasakan gaya ungkapan yang terdapat

dalam wacana tersebut menjadikannya hidup dan berinteraksi di hadapan mereka. Ia

juga mengerakkan naluri mereka agar melihat persekitaran sebagai rakan interaksi.

Apabila Nabi Muhammad (s.a.w) membaca al-Qur’an di hadapan para sahabat (r.a),

mereka patuh dan akur dengan tuntutan al-Qur’an. Sudah menjadi tabiat dan tradisi

manusia, perasaan tidak bersetuju atau perbezaan pandangan sentiasa menyelimuti diri

mereka dalam segenap perkara. Maka tugas dan peranan Rasulullah (s.a.w) memberi

penjelasan kepada mereka dan orang lain tentang kesamaran serta ketidakfahaman

tentang al-Qur’an. Justeru, wacana atau Hadith Nabawi sebagai pemudah cara kepada

al-Qur’an, meskipun ungkapannya tidak dapat menyamai al-Qur’an, tetapi mengatasi

wacana manusiawi dalam aspek balaghah dan imaginatif. Sesungguhnya gambaran

yang dikemukakan dalam Wacana Nabawi hampir menyamai dilalat (petunjuk) al-

Qur’an. Hal ini kerana kandungan Hadith digembleng dan dicerap daripada al-Qur’an.

Dalam menentukan unsur imaginatif dalam Wacana Nabawi,

dikemukakan beberapa asas dan cirinya, dan dijelaskan dalam subtajuk-subtajuk di

bawah.

Univers

ity of

Mala

ya

175

5.3.2.1 Gerak (al-Harakat)

Dimaksudkan dengan gerak di sini ialah suara perkataan, lagu ungkapan

serta muzik konteks. Ia juga merangkumi semua petunjuk makna dan suara perkataan

serta ayat. Kesemua elemen di atas memberi kesan besar terhadap estetika wacana dan

keindahannya. 263

Gambaran secara imaginatif terhasil dari makna yang tersirat dalam hati dan

minda, situasi psikologi semasa, di samping peristiwa yang berlaku serta disaksikan. Ia

kemudian berubah dengan mempunyai pergerakan yang dilakarkan dalam minda. Jika

terdapat padanya perbualan atau dialog, maka elemen imaginatif berada pada tahap

kesempurnaan.

Gerak memberi kesan dalam menyentap jiwa, sama ada gerak yang jelas

mahupun tersirat. Maka gambaran yang dihasilkan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam

wacana secara tersurat dan tersirat mempunyai kerelevanannya yang tersendiri serta

nilai keindahan yang terdapat di dalamnya. Justeru, kebanyakan gambaran tersebut

adalah gerak yang menyemarakkan kehidupan. Gerak ini bukan hanya terbatas kepada

babak yang dapat ditonton dalam kisah atau peristiwa, suasana hari kiamat, gambaran

situasi azab atau nikmat, tetapi babak lain juga perlu diberi keutamaan.264

263

Hammadiyy, Jubayr Salih (2007), op.cit., hal 57 264

Ibid.

Univers

ity of

Mala

ya

176

Antara contoh ayat al-Qur’an yang dikemukakan oleh Sayyid Qutb sebagai

unsur harakat ialah firman Allah (s.w.t):

}

{

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal

kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya),

dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi

atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat

keras permusuhannya (kepadamu).

Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah

dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan

tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia;

sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.265

Unsur gerak yang terdapat dalam al-Qur’an, sama ada tersurat mahupun tersirat, dapat

meninggalkan kesan dalam menyentap kalbu dan sanubari manusia. Ia bukan hanya

terdiri daripada beberapa babak dalam cerita atau peristiwa, suasana hari kiamat, dan

gambaran nikmat atau azab dalamnya, bahkan menjangkaui banyak aspek lain dalam al-

Qur’an.

Perkara yang sama juga terdapat dalam Hadith Rasulullah (s.a.w).

Antaranya terdapat dalam koleksi Hadith Empat Puluh, iaitu Hadith keempat:

ع م ي م ك د ح أ ن إ " ع ب ر أ ه مأ ن ط ب يف ن و ك ي ث ك ل ذ ل ث م ة ق ل ع ن و ك ي ث ة ف ط ن ام و ي ي

ه ي ل إ ل س ر ي ث ك ل ذ ل ث م ة غ ض م "ك ل امل

265

Surah al-Baqarat (2): 204-205

Univers

ity of

Mala

ya

177

Sesungguhnya bermula kejadian seseorang kamu dihimpunkan dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk mani, kemudian

berubah kepada darah yang beku seumpamanya (empat puluh hari),

kemudian berubah kepada segumpal daging seumpamanya juga,

kemudian dihantar kepadanya malaikat.266

Dalam Hadith di atas, Rasulullah (s.a.w) mengetengahkan proses kejadian manusia

(selain daripada Nabi Adam (a.s). Kejadian tersebut menyamai gerak yang terhasil

daripada proses yang bermula dari mani. Ia merupakan proses yang mengandungi gerak

berdasarkan peringkat perubahan yang berlaku dalam perut atau rahim wanita. Justeru,

gabungan proses ini merupakan himpunan yang berlaku kepada setiap manusia dengan

melibatkan gerak. Ia menyerlahkan gambaran proses terbabit dalam menampilkan

keindahan sesuatu wacana ataupun motif di sebaliknya.

5.3.2.2 Hiwar (Perbincangan)

Hiwar adalah salah satu kaedah yang dianjurkan dalam Islam bagi

mengawal dialog dan pergolakan yang tercetus dalam kalangan manusia. Al-Qur’an

mengemukakan beberapa variasi hiwar yang berlaku antara para rasul dengan kaum

mereka. Begitu juga perbincangan antara orang soleh dengan orang jahat. Antara

prinsip yang digalakkan dalam hiwar mestilah berasaskan kebenaran dan jauh dari

pembohongan dan kewahaman. Prinsip ini penting kerana hati yang suci bersih

mencorakkan kebenaran, jauh dari dengki serta dendam, dan tercetus dari akal yang

sejahtera. Allah (s.w.t) menyebut tentang hiwar yang berlaku antara Nabi Musa (a.s)

266

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 3036, Muslim no. 2643, Abu Dawud no. 4708, al-Tirmiziyy no.

2138, dan Ibn Majah no. 72.

Univers

ity of

Mala

ya

178

dengan Firaun. Di sini kita dapat melihat prinsip perbincangan yang berlaku antara

keduanya.267

}

{

(setelah mereka menyampaikan perintah Allah itu), Firaun berkata:

"Jika demikian, siapakah Tuhan kamu berdua, hai Musa?"

Nabi Musa menjawab: "Tuhan Kami ialah yang telah memberikan

kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semula jadinya yang sesuai

dengannya, kemudian ia memberi petunjuk kepadanya akan cara

menggunakannya".

Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan

kaum-kaum yang telah lalu?"

Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi

Tuhanku, tertulis di dalam sebuah kitab; Tuhanku tidak pernah

keliru dan juga tidak pernah lupa".

(Dia lah Tuhan) Yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai

hamparan, dan Dia mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan

lalu-lalang; dan Dia juga menurunkan hujan dari langit. maka Kami

keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang

berlainan keadaannya.

Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang

ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda

yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang

berakal fikiran.268

267

Tantawiyy, Muhammad Sayyid (2007), op.cit.,.hal 16

268 Surah Taha (20): 49-54

Univers

ity of

Mala

ya

179

Perbincangan antara kedua-dua berlaku selepas arahan dari Allah (s.w.t) untuk

menyuruh Firaun supaya beribadat kepada Allah (s.w.t) sahaja dan meninggalkan

kezaliman serta kesesatan. Apa yang penting dalam perbincangan antara keduanya ialah

kebenaran yang ditonjolkan oleh Nabi Musa (a.s), yang tidak mengenali tipu daya,

tercetus dari kepintaran, bijaksana serta kematangan dalam menolak kebatilan, tipu daya

serta putar belit Firaun. Justeru, perbincangan yang berkesan adalah berteraskan

kebenaran, keadilan, dan akhlak yang baik. Pematuhan topik perbincangan antara

prinsip penting dalam sesuatu perbincangan. Hal ini kerana realiti perbincangan perlu

jelas supaya dapat dicapai hasil yang dihajati. Pematuhan di sini bermaksud tidak

terkeluar daripada topik perbincangan yang akhirnya membawa kepada kecelaruan

perbincangan.269

Perkara ini jelas dalam perbincangan antara para rasul dengan kaum

mereka, antaranya:

}

{

Ketua-ketua dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya Kami

nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata".

Nabi Nuh menjawab: "wahai kaumku! tidak ada padaku sebarang

kesesatan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian

alam.

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang

(diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada

kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan

apa yang kamu tidak mengetahuinya.270

Begitu juga ayat yang berikut:

269

Tantawiyy, Muhammad Sayyid (2007), op.cit.hal 23

270 Surah al-A‘raf (7): 60-62

Univers

ity of

Mala

ya

180

}

{

Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "sesungguhnya

kami (wahai Hud) nampak kamu berada dalam kebodohan, dan

sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang

berdusta".

Nabi Hud menjawab: "wahai kaumku! tidak ada padaku sebarang

kebodohan, tetapi aku adalah seorang rasul dari Tuhan sekalian

alam.

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah

(yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat

yang amanah, bagi kamu.271

Kedua-dua contoh di atas membuktikan anjuran al-Qur’an terhadap pematuhan

perbincangan dan tidak mengeluarkannya dari topik sebenar. Dalam kedua-dua ayat di

atas menunjukkan Nabi Nuh (a.s) dan Nabi Hud (a.s) mengemukakan jawapan mereka

selaras dengan ujaran yang ditujukan kepada mereka dengan tidak mengeluarkannya

dari topik perbincangan dengan kaum mereka.

Perbincangan dalam penceritaan al-Qur’an merupakan elemen penting

dalam konteks situasi di samping mewujudkan persekitaran bersesuaian dengan

penceritaan tersebut. Ia juga adalah penggerak kepada peristiwa dalam cerita itu serta

melakarkan perwatakan manusia melalui ungkapan naluri, pandangan dan perasaan

mereka. Al-Qur’an menyerlahkan konsep perbincangan sebagai platform unsur agama

dan kesenian, di samping menyinari teks al-Qur’an dengan sebahagian aspek psikologi.

Hal ini kerana al-Qur’an memaparkan perbincangan seseorang dengan dirinya ataupun

munajatnya bersama Tuhan-nya. Apabila kita memperkatakan tentang perbincangan,

271

Surah al-A‘raf (7): 66-68

Univers

ity of

Mala

ya

181

perlu dilihat kepada kefahaman umum tentang bahasa bagi sesuatu hasil wacana.

Perkara ini perlu kerana perbincangan adalah sebahagian daripada bahasa yang

mewakili wacana, atau dikenali sebagai nilai ungkapan (qiyam ta‘biriyyat ). Oleh itu,

tumpuan kepada bahasa di sini adalah dari aspek perbincangan serta peranannya dalam

penceritaan, khususnya al-Qur’an.272

Konsep perbincangan banyak terdapat dalam Hadith Rasulullah (s.a.w),

khususnya dalam Hadith Empat Puluh ini. Antaranya perbincangan antara Rasulullah

(s.a.w) dengan Jibril (a.s) yang disebut di bawah ini. Ia merupakan perbincangan atau

interaksi tentang Islam, Iman, Insan dan keadaan manusia pada akhir zaman. Petikan

Hadith ini direkodkan seperti berikut:

ىالل ل ص الل ل و س ر د ن ع س و ل ج ن ان م ن ي ب :ال ق ه ن ع الل ي ض ر اب ط اخل ن ب ر م ع ن ع ر ع الش اد و س د ي د ش اب ي الث اض ي ب د ي د ش ل ج ار ن ي ل ع ع ل ط ذ إ مو ي ات ذ م ل س و ه ي ل ع الن ل إ س ل ج ت ح د اأح ن م ه ف ر ع ي ال و ر ف الس ر ث أ ه ي ل ىع ر ي ال م سل و ه ي ل ع ىالل ل ص ب خ أ د م ام ي ال ق و ه ي ذ خ ىف ل ع ه ي ف ك ع ض و و ه ي ت ب ك ر ل إ ه ي ت ب ك ر د ن س أ ف ب م ال اإلس ن ع ن اد م م ن أ و الل ال إ ه ل إ ال ن أ د ه ش ت ن أ م ال اإلس "م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص الل ل و س ر ال ق ف

ؤ ت و ة ال الص م ي ق ت و الل ل و س ر ه ي ل إ ت ع ط ت اس ن إ ت ي الب ج ت و ان ض م ر م و ص ت و اة ك الز ت خ أ ف ال ق ه ق دص ي و ه ل أ س ي ه ال ن ب ج ع ف ت ق د ص ل قا "ال ي ب س ب ن أ "ال ق ان ي اإل ن ع ن ت ق د ص ال ق "ه رش و ه ي خ ر د ق ال ب ن م ؤ ت و ر اآلخ م و ي ال و ه ل س ر و ه ب ت ك و ه ت ك ئ ال م و الل ب ن م ؤ ت خ أ ف ال ق ب "اك ر ي ه ن إ ف اه ر ت ن ك ت ل ن إ ف اه ر ت ك ن أ ك الل د ب ع ت ن أ "ال ق ان س ح اإلن ع ن خ أ ف ال ق ب خ أ ف ال ق "ل ائ الس ن م م ل ع أ اب ه ن ع ل و ؤ س م اال م "ال ق ة اع الس ن ع ن ب ن ن و ل او ط ت ي اء الش اء ع ر ة ال الع اة ر الع اة ف ىاحل ر ت ن أ او ه ت ب ر ة م ال د ل ت ن أ "ال اق ت ار م أ ن ع ه ل و س ر و الل ت ل ق "ل ائ الس ن م ي ر د ت أ ر م اع ي "ال ق اث ي ل م ت ث ب ل ف ق ل ط ان ث "ان ي ن الب يف "م ك ن ي د م ك م لع ي أ ت اك م ل ي ب ج ه ن إ ف "ال ق م ل ع أ

Daripada ‘Umar (r.a) katanya, sedang kami duduk bersama Rasulullah

(s.a.w) pada suatu hari, tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki

272

Hammudiyy, Jubayr Salih (2007), op.cit, hal 60

Univers

ity of

Mala

ya

182

yang begitu putih pakaiannya dan begitu hitam rambutnya, tidak

dilihat pada kesan perjalanan serta tidak ada seorang pun dalam

kalangan kami mengenalinya, hingga dia duduk berhampiran dengan

Nabi (s.a.w), dia menyandarkan kedua lututnya kepada kedua-dua

lutut Nabi (s.a.w). dan meletakkan kedua telapak tangan atas dua paha

Nabi (s.a.w) serta berkata: “wahai Muhammad, sebutkan kepada aku

tentang Islam”, jawab Rasulullah (s.a.w), Islam ialah kamu

menyaksikan tiada tuhan selain Allah (s.w.t) serta Muhammad (s.a.w)

pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,

berpuasa pada bulan Ramadan, dan mengerjakan ibadat haji sekiranya

kamu berkemampuan, serta mempercayai qadar, kebaikan dan

keburukannya. Kata Jibril (a.s), benar jawapan kamu. (Kata ‘Umar),

kami hairan tentang perkara ini, dia bertanya kepada Rasulullah

(s.a.w) dan membenarkan jawapan yang diberi. Dia (Jibril) bertanya

pula kepada Rasulullah (s.a.w), “sebutkan kepada aku tentang Iman”,

jawab Rasulullah (s.a.w), Iman ialah kamu percaya kepada Allah,

Malaikat-Nya, Kitab yang diturunkan oleh-Nya, Rasul-Nya, dan Hari

Akhirat, percaya kepada qada’, baik dan buruknya, kata Jibril, ”benar

jawapan kamu”. Dia bertanya lagi, “sebutkan kepada aku tentang

Ihsan”, jawab Rasulullah (s.a.w) kamu menyembah Allah seolah-olah

kamu nampak Dia, sekiranya kamu tidak nampak, Dia nampak kamu,

kata Jibril (a.s) seterusnya, “sebutkan kepada aku tentang hari

kiamat”, jawab Rasulullah (s.a.w), tidaklah orang yang ditanya lebih

tahu dari orang yang bertanya”, kata Jibril (a.s) lagi, sebutkan kepada

aku tentang tanda kiamat”, jawab Rasulullah (s.a.w), tandanya ialah

hamba perempuan melahirkan tuannya, dan engkau dapat lihat orang

yang berkaki ayam, yang bertelanjang, yang miskin dan menjadi

penggembala kambing (dahulunya) dapat membina dan memiliki

bangunan yang tinggi. Selepas beberapa ketika Rasulullah (s.a.w) pun

beredar dari situ. Kata ‘Umar, “aku menunggu beberapa ketika”(tidak

berjumpa dengan Rasulullah (s.a.w)). Kemudian apabila berjumpa

semula dengan Rasulullah (s.a.w), Baginda bertanya kepada aku,

“wahai ‘Umar, adakah kamu tahu siapa yang bertanya kepada aku”,

kata aku (‘Umar), Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahuinya, sabda

Rasulullah (s.a.w) itulah Jibril (a.s) yang datang kepada kamu untuk

mengajar agama kamu.273

Perbincangan yang berlaku antara Rasulullah (s.a.w) dengan Jibril (a.s)

dalam Hadith di atas merupakan inti pati dan mesej utama yang ingin disampaikan

273

Hadith riwayat Muslim no. 8, al-Tirmiziyy no. 2738, Abu Dawud no. 4695, dan al-Nasa’iyy no.

97

Univers

ity of

Mala

ya

183

dalam Hadith. Ia menjadikan Hadith ini bertenaga dalam membentuk gambaran

keindahan menerusi beberapa aspek yang berkaitan dengan naluri dan perasaan. Di

samping itu, perbincangan dapat mengelakkan ketidakstabilan susunan ungkapan atau

teks yang panjang. Secara teori, hiwar banyak terdapat dalam al-Qur’an dan menjadi

teras utama dalam setiap kisah yang terdapat dalamnya. Manakala dalam Hadith di atas,

perbincangan tersebut meninggalkan kesan kepada orang yang ada dalam majlis

tersebut selain daripada Rasulullah (s.a.w) dan Jibril (a.s), sama ada dalam kalangan

sahabat (r.a) mahupun pendengar atau pembaca Hadith itu. Dialog tersebut mencetuskan

nilai keindahan dalam sanubari hingga melahirkan imaginasi tertentu. Lebih-lebih lagi

apabila dialog tersebut diserikan dengan rentak perkataan, alunan ungkapan serta muzik

konteks.274

Hiwar yang berlaku antara keduanya tentang Islam, iman, dan ihsan

menyerlahkan peranan dialog dalam melakarkan gambaran sebenar tentang ketiga-tiga

elemen penting tersebut. Islam dapat direalisasikan dengan amalan anggota yang zahir

yang terhasil daripada perkataan dan perbuatan, iaitu mengucap dua kalimah syahadah,

mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan, dan

mengerjakan haji bagi orang yang berkemampuan. Iman pula dapat dicapai menerusi

iktikad dan kepercayaan terhadap Allah (s.w.t), malaikat, kitab, para rasul, kebangkitan

selepas kematian, serta qadar (baik dan buruknya). Manakala ihsan pula menjurus

kepada keikhlasan dan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Pendekatan hiwar yang

digunakan dalam penjelasan mengenai ketiga-tiga elemen tersebut menjadikan

pendengar atau pembaca tidak jemu untuk mengetahui jawapan dan respons daripada

soalan yang dikemukakan dalam hiwar tersebut.

274

Qutb Sayyid (1989), al-Taswir al-Fanniyy fi al-Qur’an. Beirut: Dar al-Syuruq. hal 36

Univers

ity of

Mala

ya

184

Manakala dialog tentang tanda dan bukti hampir kiamat mengundang

gambaran keindahan dalamnya. Gambaran tersebut diolah dengan makna yang tersurat

dan tersirat, serta menimbulkan tanda tanya kepada pendengar atau pembaca, melainkan

orang yang arif tentang bahasa Arab. Hal ini kerana dialog tersebut menggunakan

konsep kiasan, iaitu penderhakaan terhadap ibu bapa, sehingga ibu bapa takut kepada

anak mereka, seperti mana hamba yang takut dan tunduk kepada tuannya. Ia akhirnya

membawa kepada kerosakan waktu dan menyalahi tabiat semula jadi. Begitu juga

keadaannya dengan perubahan yang berlaku kepada orang fakir yang memiliki

bangunan yang tinggi di atas dasar bermegah-megah.275

5.3.2.3 Petunjuk Perkataan (dilalat al-alfaz)

Wacana terhasil daripada keinginan perasaan serta ungkapan. Pengalaman

perasaan tersebut tidak lahir sebelum diungkapkan dalam bentuk atau rupa perkataan.

Nilai perasaan dan ungkapan tidak dapat dipisahkan dalam hasil wacana. Gambaran

ungkapan merupakan hasil pengalaman yang dilalui perasaan. Nilai perasaan pula

adalah gambaran ungkapan yang direncanakan perkataan dengan memindahkannya ke

dalam sanubari pendengar atau pembaca. Perkara ini menunjukkan peri penting

perkataan serta pengaruhnya ke dalam sanubari mereka. Justeru, perubahan dalam

sistem perkataan, keselarasan ungkapan dan susunannya atau konsep perbincangan

topik, memberi kesan dalam gambaran ungkapan yang dinukil kepada pendengar atau

pembaca. Ia juga meninggalkan kesan kepada tabiat yang terdapat dalam naluri

mereka.276

275

Al-Bugha Mustafa & Mistu Muhyi al-Din (2007), op.cit hal. 17. 276

Qutb Sayyid (2006), al-Naqd al-Adabiyy Usuluh wa Manahijuh, Kaherah: Dar al-Syuruq. hal 18.

Univers

ity of

Mala

ya

185

Terdapat unsur yang lain di sebalik kesatuan perkataan dan ungkapan yang

dapat menjelmakan makna, selain daripada petunjuk makna itu sendiri. Hal ini kerana

fungsi ungkapan dalam wacana bukan berakhir dengan petunjuk makna kepada

perkataan dalam ungkapan tersebut, tetapi terdapat faktor lain dalam menyempurnakan

nilai estetik ungkapan itu. Ia merupakan antara elemen penting dalam ungkapan yang

mempunyai nilai estetik. Faktor tersebut ialah intonasi muzik mengikut perkataan dan

ungkapan serta gambaran dan lembayung yang mengaktifkan perkataan supaya dapat

mengeluarkannya dari minda. Di samping itu, peranan gaya persembahan yang berkesan

serta penyelarasan perkataan dalam ungkapan dapat menguatkan nilai tambah faktor

ini.277

Menurut Ra’if Khuriyy, dalam perbincangan situasi perkataan, apabila

dikemukakan penggunaan sesuatu perkataan, maka penggunaannya bersesuaian dengan

situasi pemahaman yang terbit daripada pendengaran dan pembacaan perkataan

tersebut. Terkadang terdapat dua atau lebih perkataan yang mempunyai makna yang

sama, tetapi salah satu daripadanya memiliki makna paling tepat berdasarkan situasi

penggunaan pada susunan ayat serta konteksnya. Antara contoh di sini ialah ungkapan

al-Buhturiyy (m 897H):278

ام ل ك ت ي أن اد ك ت ح ن س احل ن م #اك اح ض ال ت ي ق ل الط ع ي ب الر اك ت أ

Mendatangi kepadamu oleh musim bunga yang terbuka, menipu

dengan ketawa dari keelokannya, sehingga hampir berkata-kata

277

Hammadiyy Jubayr Salih (2007), op.cit. hal 70. 278

Beliau ialah Abu ‘Ubadat al-Walid bin ‘Ubayd al-Ta’iyy. Merupakan salah seorang daripada tiga

penyair popular pada era ‘Abbasiyyat (al-Mutanabbiyy dan Abu Tammam). Dilahirkan di Manbaj

berhampiran dengan daerah Aleppo di Syria. Menjadi penyair istana pada era pemerintahan al-

Mutawakkil, al-Muntasir, al-Musta‘in dan al-Mu‘tazz. Makna perkataan al-Buhturiyy dalam bahasa

Arab ialah orang yang pendek.

Univers

ity of

Mala

ya

186

Apabila diperhatikan perkataan ( قل الط ), ia menyamai perkataan ( شه ) dan ( شب ) serta

kedua-duanya menyamai perkataan ( قل الط ). Persoalannya, sekiranya al-Buthuriyy

menggunakan salah satu dari kedua-dua perkataan tersebut, dapat menyamai ( قل الط )

dalam mengemukakan makna yang bersesuaian dengan situasi dan konteks puisi di atas

serta rima yang sama. Jawapannya, tidak sama sekali kerana kekuatan petunjuk makna

yang terdapat dalam ( قل الط ).279

Menurut Sayyid Qutb, petunjuk perkataan yang membentuk imaginasi seni

terangkum dalam jars kalimat ( suara perkataan), naghm ‘ibarat ( lagu ungkapan), dan

musiqa siyaq (muzik konteks).280

Gabungan tiga elemen di atas menjadikan petunjuk

perkataan menghasilkan ungkapan ringkas bercirikan kesenian yang berada di

kemuncak penjelasan dan keindahan sesuatu wacana. Seterusnya dapat menyerlahkan

pandangan semula jadi, lintasan hati serta cita rasa tersendiri. Petunjuk perkataan

sebegini ditampilkan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam beberapa Hadith baginda, antaranya

Hadith ketiga puluh satu seperti di bawah:

د ه ز إ ":ال ق ف "اس الن ك ب ي اس الن د ن اع م ي ف د ه از و الل ك ب اي ي ن الديف

Sabda Rasulullah (s.a.w), berzuhudlah di dunia ini, kamu akan dikasihi Allah,

Berzuhudlah pada perkara yang ada pada manusia, kamu akan dikasihi mereka.281

Terdapat banyak pandangan ulama tentang makna zuhud. Namun kesemuanya menjurus

kepada tiga perkara utama yang merupakan amalan hati, dan bukan amalan anggota.

Tiga perkara tersebut ialah:

279

Hammadiyy Jubayr Salih (2007), op. cit. hal 76 280

Qutb Sayyid (1989), op.cit, hal. 37 281

Hadith riwayat Ibn Majah no. 4102

Univers

ity of

Mala

ya

187

(i). seseorang hamba menjadikan ketentuan Allah (s.w.t) sebagai keutamaan melebihi

diri sendiri.

(ii). seseorang hamba apabila ditimpa musibah, merasakan keinginan mendapat pahala

melebihi daripada kedukaan yang dialami.

(iii). pada pandangannya, orang yang memuji dan mencercanya dalam perkara yang

benar adalah sama sahaja.

Di samping makna serta maksud zuhud yang membawa kepada amalan hati dan

memerlukan kepada imaginasi khusus, ketiga-tiga elemen yang dinyatakan sebelum ini

juga terdapat dalam perkataan ( ده از ) yang diulangi dua kali, iaitu suara perkataan, lagu

ungkapan, dan muzik konteks. Begitu juga perkataan ( كب ي ). Justeru, petunjuk

perkataan menampilkan kesesuaian ungkapan dengan konteks yang ingin disampaikan

dalam sesuatu wacana. Petunjuk perkataan sebegini ditampilkan oleh Rasulullah (s.a.w)

dalam beberapa Hadith baginda, antaranya Hadith ketiga puluh satu seperti di bawah:

د ه ز إ ":ال ق ف "اس الن ك ب ي اس الن د ن اع م ي ف د ه از و الل ك ب اي ي ن الديف

Sabda Rasulullah (s.a.w), berzuhudlah di dunia ini, kamu akan dikasihi Allah,

Berzuhudlah pada perkara yang ada pada manusia, kamu akan dikasihi mereka.282

Terdapat banyak pandangan ulama tentang makna zuhud. Namun kesemuanya menjurus

kepada tiga perkara utama yang merupakan amalan hati, dan bukan amalan anggota.

282

Hadith riwayat Ibn Majah no. 4102

Univers

ity of

Mala

ya

188

5.3.2.4 Psikologi

Unsur psikologi dalam wacana mengetengahkan perbincangan tentang

pewacana menerusi wacananya dari aspek kebenaran, sahsiah, gambaran, persembahan,

simbol, dan nilai estetik, dengan merangkumi metodologi, budaya serta tabiat seni itu

sendiri. Kurun ke-20 dan selepasnya dianggap sebagai era psikologi. Kepekaan

psikologi dalam wacana seolah-olah membentuk suatu kebimbangan yang sentiasa

membelenggu konsep kritikan tradisi hingga kepekaan tersebut menjadi metodologi

penting dalam kebanyakan penulisan kritikan moden. Bahkan, pengetahuan psikologi

mendahului wacana Arab, apabila slogan ‘memahami psikologi sebelum

membincangkan mengenainya’ dijadikan manifesto supaya dapat menghindarkan

daripada kejahilan mengenai psikologi.283

Hubungan wacana dengan psikologi amat erat dan tidak dapat dinafikan

perkaitannya. Apa yang penting di sini ialah penjelasan perkaitan tersebut. Adakah

wacana terbit dari faktor psikologi, atau psikologi terkesan dari wacana, ataupun

hubung kait antara keduanya dari aspek saling melengkapi berasaskan kesan dan

terkesan? Apa pun persoalan yang dikemukakan di sini, psikologi membentuk wacana,

dan wacana membentuk psikologi. Hal ini memaksudkan psikologi menggabungkan

elemen kehidupan dalam membentuk wacana. Manakala wacana pula mengetengahkan

realiti kehidupan supaya unsur psikologi dapat ditampilkan dalam sesuatu wacana.

Justeru, gabungan psikologi dengan kehidupan yang melahirkan wacana adalah

gabungan wacana dengan psikologi yang melahirkan kehidupan. Ia seumpama bulatan

283

‘Asr Muhammad Taha (2000), al-Naqd al-Nafsiyy lil-Adab, Kaherah: Syarikat Nas, hal 6

Univers

ity of

Mala

ya

189

yang tidak terputus hujungnya. Perkara yang sama berlaku kepada manusia. Dia tidak

akan mengenali dirinya melainkan dia mengetahui erti kehidupan.284

Dapat difahami daripada perbincangan di atas, faktor psikologi menjadi

petunjuk dalam kajian kesan wacana. Faktor ini mengaitkan psikologi pewacana dengan

wacananya. Ia berlaku berdasarkan penggemblengan dalam pentafsiran fenomena

wacana yang terhasil dari faktor psikologi yang dihadapi oleh pewacana tersebut

berasaskan pengalaman dan gambaran dalam sesuatu wacana. Justeru, maksud daripada

faktor psikologi di sini ialah keselarasan antara tabiat pengalaman yang dilalui

pewacana dengan tabiat perkataan dalam aspek intonasi dan gambaran hingga

membentuk situasi keselarasan perasaan dan ungkapan.285

Menurut Sayyid Qutb, apabila metodologi estetik dapat menjelaskan nilai

estetik (sama ada dalam bentuk perasaan dan naluri, mahupun bentuk ungkapan), maka

sebahagian daripada gambaran dan penjelasan tersebut termasuk dalam pandangan

psikologi. Justeru, ciri perasaan dan naluri tersebut merupakan rangkuman psikologi.

Begitu juga gambaran dan pemerhatian terhadap perasaan itu. Psikologi yang terbentuk

menjadi metodologi dapat menemukan jawapan terhadap persoalan di bawah:

(i) bagaimana terhasil proses pembentukan wacana? Apakah tabiat proses ini daripada

aspek psikologi? Apakah unsur perasaan dan lainnya yang terdapat dalam proses

tersebut? Bagaimana perkara ini disusun dan diselaraskan? Berapakah daripada unsur

284

‘Asr Muhammad Taha (2000), op. cit, hal 8 285

‘Abd al-Barr Taha ‘Abd al-Rahim (1999), al-Naqd al-Adabiyy ‘ind al-‘Arab Usuluh wa

Manahijuh, Kaherah: Dar al-Sa‘adat, hal 198

Univers

ity of

Mala

ya

190

di atas yang tetap berada di situ, dan berapa pula yang mendatang? Apakah kriteria

hubungan psikologi antara pengalaman perasaan dengan gambaran perkataan yang

digunakan? Bagaimana kemampuan perasaan dalam menjelmakan ungkapan? Apakah

dorongan dalaman dan luaran dalam proses penghasilan wacana)

(ii) Apakah petunjuk wacana atas psikologi pewacana? Bagaimana kita dapat perhatikan

petunjuk ini dan cuba tuturkan? Adakah kita berkemampuan dalam kajian psikologi

terhadap wacana untuk mengkaji perkembangan psikologi pewacana?

(iii) bagaimana kesan wacana kepada pendengar atau pembacanya? Apakah hubungan

antara gambaran perkataan dalam wacana dengan pengalaman perasaan pendengar atau

pembaca? Berapa banyak kesan sebegini berpunca dari wacana? Berapa banyak pula

punca ini daripada pendengar atau pembaca? Bagaimana persediaan mereka?

Ketiga-tiga kelompok soalan di atas dapat dijawab melalui faktor atau metodologi

psikologi. Perkara ini kerana pengetahuan tentang psikologi terbit daripada ukuran

kepada ilmu tabiat dan biologi.286

Dalam Hadith kesembilan, dikemukakan peri penting wacana dalam

menjawab persoalan yang diutarakan dengan unsur psikologi:

أ ن ع ىل ص الل ل و س ر ت ع س :ل قا ه ن ع ال ع ت الل ي ض ر رخ ص ن ب ن ح الر د ب ع ة ر ي ر ه ب

"م ت ع ط ت ااس م ه ن ام و ت أ ف ه ب م ك ت ر م اأ م او و ب ن ت اج ف ه ن ع م ك ت ي ه ان م ":ل و ق ي م ل س و ه ي ل ع الل .

Daripada Abu Hurairah, ‘Abd al-Rahman bin Sakhr (r.a) katanya, aku

mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda, perkara yang aku tegahkan,

286

Qutb Sayyid (2006), op.cit, hal 208

Univers

ity of

Mala

ya

191

jauhilah kamu darinya, perkara yang aku suruh, lakukan sekadar yang

kamu mampu287

Berdasarkan asbab wurud (sebab kemunculan) Hadith di atas melalui riwayat Muslim

daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah (s.a.w) berpidato di hadapan kami pada

suatu hari. Sabda baginda, wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah (s.w.t)

mewajibkan ke atas kamu ibadat haji, maka lakukannya. Tiba-tiba bangun seorang

lelaki dalam kalangan sahabat (r.a). Kata setengah pendapat, beliau ialah al-Aqra‘ bin

Habis. Beliau menanyakan, adakah kewajipan tersebut mesti dilaksanakan setiap tahun.

Rasulullah (s.a.w) terdiam seketika, sehingga dia mengulangi soalan yang sama

sebanyak tiga kali. Akhirnya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, sekiranya aku mengiakan

perkara ini, ia menjadi satu kewajipan kepada kamu semua setiap tahun, dan kamu tidak

mampu untuk melakukannya. Seterusnya baginda bersabda lagi, serahkan kepadaku dan

aku tidak akan membiarkan kamu semuanya. Sesungguhnya binasa golongan sebelum

kamu kerana banyak persoalan dan percanggahan dengan nabi mereka.288

Justeru,

difahami daripada asbab wurud Hadith di atas, Rasulullah (s.a.w) memahami psikologi

orang yang bertanya serta orang yang berada di situ pada masa tersebut. Baginda tidak

terus menjawab soalan tersebut, dan membiarkannya diulang sebanyak tiga kali. Begitu

juga jawapan yang dikemukakan selepas itu, menjadikan orang yang mendengar dapat

memikirkannya dengan betul. Jelas daripada keadaan ini, baginda meletakkan unsur

psikologi sebagai mekanisme penting dalam penghasilan wacana di atas.

Perkara yang sama juga terdapat dalam Hadith kedua puluh sembilan yang

menyebut tentang pintu kebaikan dan laluan petunjuk:

287

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 25, dan Muslim no. 22 288

al-Bugha Mustafa & Mistu Muhyi al-Din (2007), op.cit, hal. 53

Univers

ity of

Mala

ya

192

خ أ الل ل و س ار ي ت ل ،ق ال ق ه ن ع الل ي ض ر لب ج ن ب اذ ع م ن ع ب ل خ د ي ل م ع ب ن ة ن اجل ن

د اع ب ي و ال ع ت الل ه ر س ي ن ىم ل ع ر ي س ي ل ه ن إ و مي ظ ع ن ع ت ل أ س د ق ل ":ال ق ار الن ن ع ن

ؤ ت و الة الص م ي ق ت او ئ ي ش ه ب ك ر ش ت ال الل د ب ع ت :ه ي ل ع جت و ان ض م ر م و ص ت و اة ك الز ت

"....ت ي الب

Daripada Mu‘adh bin Jabal (r.a) katanya, aku bertanya, wahai

Rasulullah, katakan padaku tentang amalan yang dapat memasukkan

aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Sabda

Rasulullah (s.a.w): kamu bertanya tentang sesuatu yang besar, dan ia

merupakan perkara yang mudah kepada orang yang dipermudahkan

oleh Allah (s.w.t), iaitu kamu menyembah Allah dan tidak

menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan sembahyang,

mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, dan menunaikan

haji289

Jelas daripada respons yang dikemukakan oleh Rasulullah (s.aw) sebelum

mengemukakan jawapan di atas, baginda menyebut “kamu bertanya tentang sesuatu

yang besar, dan ia merupakan perkara yang mudah bagi orang yang dipermudahkan

oleh Allah (s.w.t)”. Respons ini adalah unsur psikologi yang dinyatakan oleh baginda

sebelum mengemukakan jawapan sebenar. Hal ini kerana soalan tersebut tentang

perkara yang besar dan sukar untuk dilaksanakan, melainkan oleh orang yang

dipermudahkan oleh Allah untuk melaksanakannya. Kesemua itu dengan taufik dan

hidayah dari-Nya jua. Perkara ini menyerlah dalam sabda di atas: “kamu menyembah

Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan sembahyang,

mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, dan menunaikan haji”. Ia

merupakan tafsir serta keterangan kepada sesuatu yang besar yang ditegaskan sebelum

ini.290

Justeru, unsur psikologi yang digunakan oleh Rasulullah (s.a.w) dapat menjadi

289

Hadith riwayat al-Tirmiziyy no. 2169 290

Al-Fasyaniyy Ahmad bin al-Shaykh Hijaziyy (t.t), al-Majalis al-Saniyyat, Mesir: Dar Ihya’ al-

Kutub al-‘Arabiyyat. hal. 89

Univers

ity of

Mala

ya

193

orang yang bertanya memahami bahawa melaksanakan amalan yang baik adalah di

bawah kehendak serta ditentukan oleh Allah (s.w.t) kepada orang yang terpilih sahaja.

5.3.2.5 Imaginasi (Khayal)

Imaginasi menurut pemahaman kuno ialah halangan dalam memahami

gambaran sesuatu perkara. Ia perlu dielakkan dalam bidang kesusasteraan. Menurut La

Bruyere, seorang sasterawan klasik Perancis, percakapan dan buku-buku yang ditulis

mesti dihindari daripada unsur imaginasi yang melampau. Hal ini kerana imaginasi

hanya menghasilkan pemikiran menyeleweng yang bersifat kebudakan dan tidak sesuai

dengan orang dewasa, meskipun pemikiran tersebut tepat, melambangkan kematangan,

atau tinggi tahap intelektualnya. Pemikiran kita mestilah berasaskan cita rasa yang baik

dan akal yang betul serta meninggalkan kesan kepada kepekaan diri kita.291

Adapun

Kant seorang ahli falsafah Jerman, beliau mempunyai pendapat yang berbeza dengan La

Bruyere. Pendapat ini merupakan titik permulaan kepada maksud imaginasi yang lebih

realistik. Kant berpandangan imaginasi merupakan tahap kekuatan manusia yang paling

tinggi dan manusia tidak memerlukan kekuatan yang lain darinya. Manusia akan

menghargai dan berwaspada dengannya selagi mereka menyedari kepentingannya.292

Imaginasi merupakan salah satu ciri penting bagi teori gambaran yang

dipelopori oleh Sayyid Qutb. Unsur imaginasi menyumbang inspirasi penting dalam

sesuatu karya sastera. Imaginasi bermaksud tahap keupayaan akal dalam

291

Hilal, Muhammad Ghunaymiyy (1997), al-Naqd al-Adabiyy al-Hadith, Kaherah: Dar al-Nahdat.

hal 388 292

Ibid.

Univers

ity of

Mala

ya

194

menggambarkan sesuatu dan personaliti seseorang.293

Menurut Muhammad Amin,

imaginasi adalah tahap keupayaan akal dalam menggambarkan sesuatu serta

menjadikannya seolah-olah kelihatan di hadapan mata.294

Menurut Jabir ‘Usfur pula, imaginasi dalam dunia sastera moden menjurus

kepada keupayaan serta kemampuan membentuk gambaran pada minda tentang perkara

yang tidak terdapat dalam dunia realiti. Keberkesanan keupayaan dan kemampuan

tersebut tidak hanya mengulanginya secara realiti yang tertentu dengan waktu dan

tempat, bahkan keberkesanannya menjangkaui lebih jauh dan luas lagi sehingga dapat

mengembalikan kesemua perkara yang berkaitan dengan pengulangan tersebut, sama

ada perkara yang bersamaan mahupun bertentangan, asalkan mempunyai perkaitan.295

Antara contoh unsur imaginasi yang dikemukakan oleh Sayyid Quth ialah

firman Allah (s.w.t):

}

{

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - Bagaimana Dia

menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika

Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan

tidak berubah)! kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang

menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;

Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada kami, dengan

beransur-ansur.296

293

Ya‘qub, Ramil, et. al ( 1987), op. cit hal 196 294

Amin, Mohammad (1963). al-Naqd al-Adabiyy Kaherah: Maktabat al-Nahdat al-Misriyyat. hal. 38 295

‘Usfur Jabir (1992), op.cit. hal. 17 296

Surah al-Furqan (25): 45-46

Univers

ity of

Mala

ya

195

Menurut Sayyid Qutb, babak yang dapat disaksikan dalam al-Qur’an menerusi ayat di

atas, menghidangkan keindahan semula jadi yang diserlahkan oleh unsur imaginasi

secara berperingkat. Imaginasi tersebut mengerakkan jiwa dan citra dalam menyaksikan

serta menghayati beberapa episod yang disajikan oleh Allah (s.w.t) untuk tatapan

manusia. Betapa banyak babak yang ditampilkan dalam al-Qur’an secara berulang-

ulang, tetapi seolah-olah merupakan babak yang baharu dan kali pertama dilihat.

Kesemua ini berlaku apabila disaksikan dengan naluri yang terbuka serta penglihatan

yang peka dengan warna realiti.297

Unsur imaginasi terserlah dalam Hadith Rasulullah (s.a.w) khususnya dalam

Hadith keempat daripada koleksi Hadith Empat Puluh seperti di bawah:

أ ن ع ىالل ل ص الل ل و س ر نا ث د ح :ال ق ه ن ع الل ي ض ر دو ع س م ن ب الل د ب ع ن ح الر د ب ع ب

ق اد الص و ه و م ل س و ه ي ل ع ه ق ل خ ع م ي م ك د ح أ ن إ ":ق و د ص امل ع ب ر أ ه مأ ن ط ب يف ام و ي ي

ه ي ل إ ل س ر ي ث ك ل ذ ل ث م ة غ ض م ن و ك ي ث ك ل ذ ل ث م ة ق ل ع ن و ك ي ث ة ف ط ن خ ف ن ي ف ك ل امل

........."دي ع س و أ ي ق ش و ه ل م ع و ه ل ج أ و ه ق ز ر ب ت ك ب اتم ل ك ع ب ر أ ب ر م ؤ ي و ح رو ال ه ي ف

Daripada Abu ‘Abd Rahman ‘AbdulLah bin Mas‘ud (r.a) katanya,

Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada kami, sesungguhnya setiap kamu

dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibu selama empat puluh hari

berbentuk mani, kemudian berubah menjadi segumpal darah selama

itu juga, seterusnya menjadi seketul daging seumpama itu juga,

selepas itu dihantarkan kepadanya malaikat untuk meniupkan roh

padanya, dan diarahkan kepadanya untuk menulis empat perkara,

rezeki, ajal, amalan, kecelakaan atau kebahagian298

Dalam Hadith di atas, Rasulullah (s.a.w) menampilkan unsur imaginasi sebagai

keindahan semula jadi dalam perubahan yang berlaku bermula dari air mani. Perubahan

297

Hammadiyy Jubayr Salih (2006), op. cit, hal. 112 298

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 3036, Muslim no. 2643, al-Tirmiziyy no. 2138, dan Ibn Majah

no. 76.

Univers

ity of

Mala

ya

196

tersebut serta situasi yang berlaku kepada janin, hanya dapat dihayati secara imaginasi

oleh pancaindera yang beriman dengan kewujudannya serta pandangan mata hati yang

sentiasa peka dengan kebenaran yang hakiki. Hal ini kerana unsur imaginasi

merupakan aktiviti cetusan naluri dan minda serta mempunyai kaitan yang berpanjangan

antara pewacana dengan khalayak. Gambaran imaginasi di sini berunsurkan ketuhanan

yang diwahyukan dari Allah (s.w.t) dengan ciri keistimewaan dan nilai tersendiri.

Begitu juga dengan Hadith ketiga puluh tujuh yang menyentuh keadilan,

anugerah dan kekuasaan Allah (s.w.t):

ه بر ن ع ه ي و ر اي م ي ف م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص الل ل و س ر ن اع م ه ن ع الل ي ض ر اسب ع ن ب ن ع

ب ث ات ئ يالس و ات ن س احل ب ت ك الل ن إ ":ال ق ال ع ت و ك ار ب ت م ه ن م ف ي م ل ف ةن س ب

ك ه ل م ع ي ك ه ل م ع اف ب م ه ن إ و ة ل ام ك ة ن س ح ه د ن ع االل ه ب ت ا ر ش ع ه د ن ع االل ه ب ت ا

ك ه ل م ع ي م ل ف ةئ يس ب م ه إن و ةر ي ث ك افع ض أ ل إ فع ض ة ائ م ع ب س ل إ اتن س ح االل ه ب ت اك ه ل م ع اف ب م ه ن إ و ة ل ام ك ة ن س ح ه د ن ع "ة د اح و ة ئ يس االل ه ب ت ا

Daripada Ibn ‘Abbas (r.a), daripada Rasulullah (s.a.w) pada riwayat

dari Tuhannya, sabdanya “sesungguhnya Allah mencatatkan kebaikan

dan kejahatan, kemudian Dia jelaskan, sesiapa yang bercita-cita

dengan kebaikan tetapi tidak melakukannya, Allah mencatat kebaikan

kepadanya secara sempurna, sekiranya dia bercita-cita dengannya

kemudian melakukannya, Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan

hingga tujuh ratus ganda, sehingga gandaan yang banyak, dan

sekiranya dia bercita-cita dengan kejahatan tetapi tidak melakukannya,

Allah catatkan baginya kebaikan yang sempurna, sekiranya dia

bercita-cita dengannya dan melakukannya, Allah catatkan baginya

kejahatan yang satu299

Hadith di atas mempamerkan keindahan semula jadi di sebalik imaginasi yang terdapat

dalamnya. Ia mengetengahkan ketentuan dan ketetapan Allah (s.w.t) terhadap tindak

299

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 6126, dan Muslim no. 131

Univers

ity of

Mala

ya

197

tanduk serta peri laku hamba-Nya. Kesemua ini hanya dapat digambarkan dalam minda

pendengar dan pembaca Hadith ini. Hal ini kerana mencatat dan menjelaskan yang

disandarkan kepada Allah (s.w.t) berbeza dengan apa yang dilakukan oleh manusia,

kerana Dia mempunyai sifat mukhalifat ( yang menyalahi) dengan manusia. Apa yang

perlu diimaginasikan di sini ialah Allah (s.w.t) mencatat dan menjelaskan, tetapi situasi

catat dan jelas berbeza dengan situasi manusia (yang menjadi kebiasaan). Perkara yang

sama juga terdapat dalam tindak tanduk hamba yang disebut dalam Hadith ini. Kesemua

tindak tanduk ini hanya dapat diimaginasikan sahaja meskipun ia adalah realiti. Hal ini

kerana ia merupakan sebahagian dari perkara ghaib yang dinyatakan oleh Rasulullah

(s.a.w) dan wajib dipercayai. Justeru, konsep imaginasi adalah elemen penting yang

terdapat dalam Hadith yang menuntut kita sebagai seorang Muslim untuk

mempercayainya, meskipun ia berbeza antara seorang dengan yang lain.

5.3.2.6 keselarasan unsur kesenian (Tanasuq fanniyy)

Keselarasan unsur kesenian adalah ciri ketiga dalam pendekatan yang

diterapkan oleh Sayyid Qutb. Terangkum dalam erti kata keselarasan di sini, ialah

keserasian, tersusun serta aturan yang membawa kepada percaturan dan gambaran yang

sistematik. Ia merupakan ungkapan yang mengandungi kesesuaian dalam menghasilkan

gambaran yang indah, sehingga perhatian dan pancaindera tertumpu kepadanya, di

samping memenuhi cita rasa yang tinggi serta tidak terdapat kelemahan yang jelas.300

300

al-Salamiyy, Umar (1980), al-I‘jaz al-Fanniyy fi al-Qur’an, Tunisia: Mu’assasah ‘Abd al-Karim

bin‘AbdulLah, hal 163

Univers

ity of

Mala

ya

198

Aktiviti dan tindak balas perasaan yang terpendam dalam jiwa dan sanubari

hanya dapat diterjemahkan untuk difahami melalui perkataan yang ditulis ataupun

dituturkan. Perkara ini kerana aktiviti tersebut tidak dapat diketahui sebelum dizahirkan

dengan ungkapan perkataan. Komentar dan kritikan juga tidak dapat dilakukan atasnya

selagi tidak dizahirkan. Pengetahuan yang sebenar dapat diungkapkan melalui pelbagai

cara dengan tidak mengurangkan atau melebihkan petunjuk maknanya. Hal ini terjadi

kerana fungsi ungkapan ilmiah adalah melaksanakan kebenaran yang terdapat dalam

minda atau makna tertentu. Manakala hakikat yang terdapat dalam perasaan akan

berubah melalui ungkapan perkataan dan susunannya, keselarasan ungkapan dan

peraturannya atau konsep mengemukakan perbincangan dalam topiknya. Ia akhirnya,

meninggalkan kesan yang tertentu dalam gambaran ungkapannya kepada khalayak.

Kesemua ini terjadi kerana fungsi sesuatu ungkapan tidak hanya terhenti pada petunjuk

makna kepada perkataan dan ungkapannya sahaja, bahkan menjangkaui unsur lain

dalam menyempurnakan aspek kesenian. Unsur tersebut ialah rentak perkataan dalam

ayat, dan gambaran serta ruang lingkup yang dihasilkan oleh perkataan serta ayatnya, di

samping gaya persembahan dan penyelarasan yang berasaskan perkataan dan ayat..

Kesemua unsur ungkapan yang dinyatakan di atas dapat disempurnakan dengan

penggabungan dan penyelarasannya.301

Dalam bidang kesusasteraan, tanasuq fanniyy merupakan salah satu senjata

sasterawan yang berkesan dalam mencetuskan kreativiti. Ia juga adalah unsur terpenting

yang disarankan dalam aktiviti sastera. Justeru, Sayyid Qutb menyamakan tanasuq

fanniyy dengan proses pembinaan bersepadu. Menurutnya, seseorang arkitek yang ingin

membina bangunan perlu melakarkan pelannya terlebih dahulu dan melaksanakan

301

Qutb Sayyid (2006), op. cit, hal. 40

Univers

ity of

Mala

ya

199

pembinaan berdasarkan pelan yang telah dirangka. Perkara ini menunjukkan ketulenan

bakat tanasuq fanniyy dan terserlah tanpa dinanti atau ditunggu.302

Apakah dimaksudkan dengan petunjuk perkataan, pertama ke atas makna

yang terdapat pada minda, dan kedua, ke atas gambaran dan hal yang berkaitan

dengannya? Terdapat kesan berbentuk hissiyy yang tertentu berlaku ke atasnya, maka

disahutnya. Sebagai contoh, seekor ular yang berbisa mematuk seseorang. Kesannya

dirasai begitu menyakitkan, dan dia menjerit kesakitan yang teramat. Suara kesakitan

itu terbit dengan beberapa patah perkataan dalam menggambarkan kondisi kesakitan

yang dialami. Manakala orang yang melihat peristiwa itu tidak dapat menemui

ungkapan yang bersesuaian untuk diungkapkan dalam menggambarkan kesakitan yang

dialami berdasarkan kepada jeritan yang disaksikan itu. Dia hanya mengetahui

kesakitan yang dialami oleh orang yang dipatuk ular berdasarkan jeritan itu, dan tidak

berupaya untuk memberitahu kepada orang lain yang tidak menyaksikan peristiwa itu,

bagaimana reaksi dan jeritan dengan perkataan yang terbit dari orang yang dipatuk itu?

Kenyataan di atas menjurus dan membawa kepada kedapatan kaedah petunjuk di

sebalik perkataan itu. Kebanyakan tanggapan merumuskan bahawa kedapatan intonasi

suara dalam perkataan tersebut, dan ia tercetus daripada makhraj hurufnya. Ia

mempunyai kaitan dengan apa yang dilihat atau kondisi yang ditunjukkan kepadanya.

Justeru, kesan pengalaman dan perkara yang disaksikan menjadikan manusia

menggunakan ingatan, imaginasi serta kesedaran sebaik mungkin. Dia mengulangi

perkataan yang sama, setiap kali berulang peristiwa dan pengalaman yang dilalui.

302

Hammadiyy Jubayr Salih (2007), op. cit, hal. 137

Univers

ity of

Mala

ya

200

Perkara ini menunjukkan penggunaan perkataan dengan makna yang tercatat dalam

minda dan berbentuk pengalaman.303

Antara contoh tanasuq fanniyy yang dikemukakan oleh Sayyid Qutb ialah

Surah al-Falaq. Surah ini menyentuh konsep memohon perlindungan dalam suasana

yang tersembunyi, rumit dan penuh dengan pertanyaan. Firman Allah (s.w.t):

}

{

Katakanlah (Wahai Muhammad); "aku berlindung kepada (Allah)

Tuhan Yang menciptakan fajar,

"Dari bencana makhluk yang Dia ciptakan;

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

4. "Dan dari kejahatan makhluk yang menghembus-hembus pada

simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

5. "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan

dengkinya"304

Apakah dimaksudkan dengan al-falaq yang dituntut kepada Rasulullah (s.a.w) supaya

berlindung darinya. Dipilih makna fajar di sini daripada beberapa maksudnya yang

banyak. Hal ini kerana makna tersebut sesuai dengan berlindung dalam kegelapan

daripada bencana makhluk yang Allah (s.w.t) ciptakan, bahaya gelap apabila ia masuk,

kejahatan makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan (ikatan), dan kejahatan

orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. Rasulullah (s.a.w) disarankan

supaya berlindung dengan Tuhan Yang menjadikan fajar dari bencana makhluk yang

Dia ciptakan. Dalam ayat ( خ م رش ن م قل ا ) dikemukakan perkataan ( رىش ) dengan

303

Qutb Sayyid (2006), op.cit., hal. 42. 304

Surah al-Falaq (113): 1-5

Univers

ity of

Mala

ya

201

nakirat, dan ( ما ) sebagai ism mawsul yang membawa makna yang umum. Gabungan

antara kedua-duanya menjurus kepada kerumitan dan kegelapan secara umum. Ayat

بق او ذ إ قاس غ رش ن م و ) ) bermaksud apabila tiba waktu malam, kegelapannya menutupi

segala tempat, dan terserlah pada ketika itu perasaan gerun dan takut. Seterusnya ayat

ات اث ف الن رش ن م و ( دق الع يف ) membawa maksud suasana hembusan dalam simpulan

mantera daripada tukang sihir dan ahli nujum yang merupakan kegerunan, tersembunyi

serta diselubungi kegelapan. Manakala dalam ayat ( ح ذ إ داس ح رش ن م و دس ا ), dengki

bermaksud respons dalaman yang terdapat dalam kegelapan jiwa, dan ditakuti serta

digeruni. Kesemua perkara yang dituntut kepada Rasulullah (s.a.w) supaya berlindung

darinya, mempunyai unsur kegelapan, ketakutan, tersembunyi serta dipenuhi kerumitan.

Justeru, baginda disarankan berlindung dengan Allah (s.w.t) yang merupakan Tuhan

kepada semua perkara. Hal ini kerana penggunaan frasa ( قل ف ال ب ر ) mempunyai

keselarasan dan perkongsian dengan ketakutan serta kegelapan yang dinyatakan di atas.

Perkara yang sepatutnya berlaku dan terlintas dalam minda ialah penggunaan frasa

رو الن بىر ) ) iaitu Tuhan Yang mencipta cahaya sebagai gantinya. Akan tetapi minda di

sini bukan penentu, bahkan tahap imaginasi yang peka. Cahaya hanya dapat

membongkar kerumitan yang digeruni, dan tidak dapat diselaraskan untuk menghindari

suasana bahaya kegelapan serta hembusan simpulan mantera. Begitu juga dengki.

Perkataan ( قل ف ل ا ) membawa makna cahaya dalam pemahaman pada minda, dan

diselaraskan dengan makna yang lebih umum pada aspek imaginasi, iaitu peringkat

sebelum kemunculan cahaya, yang terdapat padanya cahaya dan kegelapan. Di sini

letaknya suasana rumit yang digeruni.305

Antara unsur tanasuq fanniyy dalam Hadith Empat Puluh ialah

أ ن ع ه ي ل ع اس الن ن ىم م ال س لك ":م ل س و ه ي ل ع ىالل ل ص الل ل و س ر ال ق :ال ق ه ن ع الل ي ض ر ة ر ي ر ه ب

ك ة ق د ص ب ل د ع ت س م الش ه ي ف ع ل ط ت مو ي ل ، ن اث ي ع ت و ،ة ق د ص ي ل ج الري ه ل ع ف ر ت و اأ ه ي ل ع ه ل م ح ت ف ه ت اب د يف

305

Hammadiyy Jubayr Salih (2007), op. cit hal. 140

Univers

ity of

Mala

ya

202

ق ري الط ن ىع ذ ال ط ي ت ،و ة ق د ص ة ال الص ل اإ ه ي ش ت ةو ط خ لك ب ،و ة ق د ص ة ب يالط ة م ل ك ال ،و ة ق د ص ه اع ت م

"ة ق د ص

Daripada Abu Hurayrat (r.a) katanya, sabda Rasulullah (s.a.w), setiap anggota manusia

ada sedekahnya, setiap hari yang terdapat padanya matahari kamu damaikan antara dua

orang adalah sedekah, kamu menolong lelaki untuk mengangkat barangannya ke atas

binatang tunggangannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap

langkah kamu menuju solat adalah sedekah, dan kamu hilangkan perkara yang

menyakiti di tempat laluan juga adalah sedekah.306

Apabila diamati konteks Wacana Nabawi di atas, didapati unsur tanasuq

tersebut menyerlah pada perkataan ( ةق د ص ). Hal ini kerana kesemua aktiviti dan

perlakuan di atas memberi gambaran tentang amalan bersedekah, dan bukan hanya

tertentu dengan sebahagian aktiviti sahaja. Setiap aktiviti yang dinyatakan di atas

seumpama pentas yang menampilkan beberapa babak dalam episod bersedekah. Setiap

babak yang disajikan itu dapat mengerakkan manusia ke arah melaksanakan amalan

bersedekah. Justeru, keselarasan dalam konteks wacana, di samping keselarasan dalam

gerak imaginasi, dapat meningkatkan sesuatu wacana dalam mengangkat gambaran

yang terdapat dalam realiti kehidupan.

5.4. Penutup

Dalam bab ini, dihuraikan pendekatan ‘estetika imaginatif’ yang berteraskan

konsep balaghah dan kritikan sastera ke atas Wacana Nabawi dengan pemfokusan

kepada Hadith Empat Puluh karya Imam al-Nawawiyy (r.a). Pendekatan ini menyentuh

aspek tasawur serta keistimewaannya dalam wacana tersebut, di samping ciri yang perlu

ada pada pewacana dan pendengar atau pembaca.

306

Hadith riwayat al-Bukhariyy no. 2827, dan Muslim no. 1007 dan 1009.

Univers

ity of

Mala

ya

203

Gagasan pendekatan ini dilihat dapat menjulang pewacana sebagai insan

terpilih yang memikul tanggung jawab dalam menyeru manusia ke arah agama yang

betul. Jadi tidak hairanlah, Rasulullah (s.a.w) sebagai pewacana dalam wacana

keagamaan ini diserang dan diasak dengan pelbagai cara, antaranya mempertikaikan

Hadith atau wacana baginda. Justeru, penganalisisan wacana baginda dengan

menjadikan pendekatan ini sebagai landasannya, sedikit sebanyak dapat menolak

tanggapan negatif terhadapnya. Ia juga membuktikan bahawa wacana yang

dikemukakan baginda dapat diterima dan bersesuaian dengan kondisi pendengar dan

pembaca.

Univers

ity of

Mala

ya

197

BAB ENAM

KETEKSTUALAN WACANA HADITH EMPAT PULUH

6.0 Pendahuluan

Penganalisisan wacana adalah salah satu proses kajian linguistik.

Pendekatan ini dapat menentukan sesuatu wacana dengan mengaitkannya serta

komponen yang terdapat dalamnya dengan konteks sosio budaya bagi meneliti tahap

penghasilan wacana tersebut.

Hal ini penting kerana proses di atas dapat memastikan tahap komunikatif

sesuatu teks ataupun ungkapan yang terhasil sebagai sebuah wacana. Tahap komunikatif

ini dapat mengangkat sesuatu teks ke tahap yang lebih tinggi perbahasannya, dan bukan

hanya sekadar ayat atau klausa biasa sahaja. Dalam bab ini, penulis mengemukakan

beberapa elemen atau komponen penting yang perlu diterapkan dalam wacana agar

unsur komunikatif terserlah dalamnya.

6.1 Tekstual Hadith Empat Puluh

Analisis kewacanaan merupakan usaha menginterpretasikan amalan

pemprosesan wacana yang melibatkan soal penghasilan, penyebaran, dan

penggunaannya. Analisis pemprosesan ini dilakukan untuk memahami konsep

penghasilan, penyebaran dan penggunaan wacana. Hasil daripada analisis ini dapat

menentukan ciri-ciri ketekstualan sesebuah wacana terbabit. Ciri-ciri ini digabungkan

bagi membentuk teori wacana bersepadu yang dihasilkan oleh Robert de Beaugrande

dan Wolfgang Dressler melalui karya mereka, Introduction to text linguisticts (1981).

Univers

ity of

Mala

ya

198

Dalam kajian ini, wacana yang dipilih ialah koleksi Hadith Empat Puluh

seperti yang dinyatakan dalam bab sebelum ini. Penilaian terhadap Wacana Nabawi

ataupun Hadith Empat Puluh dapat menjadikan wacana tersebut sebagai model penting

dalam Wacana Islami secara keseluruhan. Seterusnya dinyatakan piawaian utama

wacana serta penganalisisannya bagi menentukan ketekstualannya di bawah subtajuk

berikut.

6.1.1 Konteks

Pengulangan dalam membentuk konteks ayat adalah salah satu usaha untuk

memahami teks. Setiap perbincangan pertuturan yang mengandungi andaian konteks

dan dikelompokkan dalam pengajian bahasa dinamakan pragmatik. Ia melibatkan proses

kognitif dalam mentafsir makna.310

Pengetahuan tentang konteks yang digunakan dalam

bahasa dapat menjelaskan fungsi makna yang terdapat di dalamnya serta menentukan

nilai keberadaannya. Setiap penelitian aspek bahasa yang berasaskan konteks juga

termasuk dalam perbincangan pragmatik. Ia juga dikenali sebagai kajian hubung kait

antara simbol dengan penjelasannya. Seseorang penganalisis wacana

menginterpretasikan bahan bahasa dalam bentuk teks sebagai sesuatu proses interaksi.

Unsur bahasa digunakan di sini sebagai alat perhubungan dalam konteks tertentu dari

pewacana untuk menyampaikan makna serta matlamat wacana.311

Dalam menganalisis sesuatu wacana, pemaknaannya bergantung pada

konteks. Teks dan konteks saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Justeru,

310

, Nor Hashimah Jalaluddin (2014), Pragmatik dalam Pengenalan Linguistik Teoretis dan Apalikasi,

Mohammad Fadzeli Jaafar (Ed.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 88. 311

Brown, Gillian dan Yule, George (1983), Discourse Analysis, Cambridge: University Press, hal 60.

Univers

ity of

Mala

ya

199

hubungan wacana dengan konteks yang terdapat dalam sesuatu ujaran dan tulisan

hendaklah berdasarkan keperluan yang melatari situasi interaksi yang terhasil.

6.1.1.1 Konteks dalam wacana

Halliday dan Ruqaiya Hasan berpandangan istilah konteks dan teks saling

lengkap melengkapi antara satu sama lain. Keduanya mengemukakan proses yang sama.

Setiap teks digabungkan dengan teks yang lain bersamanya, dan dikenali sebagai

konteks. Begitu juga idea penggabungan teks, sama ada terdiri daripada unsur bahasa

atau lainnya, yang akhirnya dapat menghasilkan teks.312

Terdapat tiga elemen yang dapat membantu pemahaman teks.

(i) Lapangan wacana (field of discourse) yang merujuk kepada tabiat peristiwa dalam

sesuatu wacana, tabiat aktiviti kemasyarakatan yang berkait dengan percakapan dalam

kalangan pengiatnya (pewacana dan pembaca atau pendengar).. Ia menyamai maksud

al-munasabat dalam ilmu balaghah.

(ii) Sari pati wacana (tenors of discourse) yang merujuk kepada hubungan dalam

kalangan pengiat wacana (pewacana dan pendengar atau pembaca), situasi psikologi

serta sosial mereka, sama ada hubungan tersebut berlarutan ataupun bersifat sementara.

Sari pati ini juga merujuk kepada hubungan yang digunakan dalam perbincangan

sesuatu wacana. Hal ini dapat menunjukkan kesan kepada hubungan yang terhasil dalam

kalangan pengiatnya dari aspek status sosial, penguasaan, kasih sayang, kemesraan,

hubungan satu sama lain, keakraban dan sebagainya.

312

Halliday dan Ruqaiya Hasan (1989), Language, context and text: aspects of language in social

semiotic perspective, Oxford: University Press, hal. 5.

Univers

ity of

Mala

ya

200

(iii) Kaedah pilihan wacana (mode of discourse) dengan merujuk kepada bahasa

ungkapan wacana, sama ada rasmi ataupun tidak, dialog ataupun monolog, tulisan

ataupun tuturan, penceritaan ataupun tidak, ataupun selainnya. Kesemua bentuk

ungkapan di atas merujuk kepada sari pati yang dimainkan oleh unsur bahasa dalam

interaksi yang terdiri daripada rasa memadai, penjelasan, pengajaran, larangan atau

sebagainya. Ia dapat bergabung dengan pemilihan makna-makna teks seperti topik

wacana, maklumat yang disajikan dalam wacana serta konsep gambaran koheren.313

Di samping hubungan yang dinyatakan di atas, terdapat hubungan pengiat

wacana melalui ungkapan interaksi yang terdiri daripada hubungan atau garis panduan

sosial (social roles), serta hubungan berasaskan pengaruh. Pemilihan perkataan dan

ungkapan menunjukkan status situasi sosial yang tinggi atau rendah seperti pemilihan

ganti nama tunjuk dalam wacana rasmi dan tidak rasmi (dalam setengah bahasa).

Umpamanya, bahasa Jepun terdapat beberapa pilihan berdasarkan kategori wacana yang

bercirikan penghormatan dan kegembiraan dapat dipilih oleh pewacana. Pilihan ini

berkemungkinan terdiri daripada ganti nama, kata kerja, dan kaedah yang berbeza-beza.

Kesemuanya merujuk kepada peranan pewacana dan pendengar atau pembaca dalam

membantu penghasilan, penambahbaikan atau penegasan di atas hubungan sosial dalam

wacana.314

Terdapat beberapa sari pati sosial yang perlu ditentukan dalam konteks. Apa

yang perlu dilakukan di sini ialah penggunaan serta pentafsiran wacana dengan kaedah

tertentu (seperti hubungan antara pekerja dengan pelanggan). Orang-orang yang dilatih

dalam perkhidmatan restoran makanan segera diberitahu tentang rungutan pelanggan

dalam apa jua kaedah dan cara yang dipilih pekerja, sekiranya rungutan itu di luar

313

Halliday dan Ruqaiya Hasan (1989), op. cit., hal. 142. 314

Johnstone, Barbara (2001), Discourse Analysis, Oxford: Blackwell, hal. 112.

Univers

ity of

Mala

ya

201

kehendak. Namun begitu, perkara ini berbeza pula dengan hubungan lain seperti

hubungan guru dengan murid, dan ibu bapa dengan anak-anak. Hal ini dengan

mengambil kira kaedah reaksi yang merangkumi percanggahan kebiasaan fungsi

wacana. Ia sebenarnya dapat meninggalkan kesan kepada pergerakan wacana kerana

terkeluar dari amalan kebiasaan seperti pelajar yang bercakap dengan kaedah luar

ramalan.315

Bahasa merupakan sebahagian daripada proses interaksi berbentuk

kemasyarakatan. Pengetahuan tentang konteks dalam penggunaan bahasa dapat

menjelaskan fungsi makna serta menentukan maksudnya. Kepentingan konteks amat

penting dalam menjelaskan proses penghasilan teks. Ia juga memainkan peranan

penting dalam pemahaman teks dan pentafsirannya. Keakraban teks dan konteks

menjadikannya tidak dapat dipisahkan lagi. Teks dianggap sebagai interaksi berkesan

dalam konteks situasi. Proses mendeskripsi dan mentafsirkan konteks situasi dapat

membantu dalam menginterpretasikan maklumat (dalam wacana penulisan), dan

memahami makna interaksi (dalam wacana pertuturan), di samping kemampuan

meramalkan makna yang digunakan.316

Fungsi konteks situasi amat menyerlahkan dalam menyepadukan perkaitan

unsur teks apabila terdapat elemen sampingan yang tidak diterima, meskipun

mempunyai perkaitan dengan konteks sebenar dan superstruktur teks. Maka konteks di

sini bermaksud penumpuan situasi interaksi, dan unsur yang terdapat dalam situasi

tersebut menentukan tahap penerimaan bahasa pertuturan (atau tidak), ketepatan

ataupun kesempurnaannya. Konteks juga merangkumi ciri pemprosesan interaksi yang

sistematik dan diinterpretasikan dalam kajian sosial dan psikologi seperti status sosial,

315

Johnstone, Barbara (2001), op.cit., hal.119. 316

Halliday & Ruqaiya Hasan (1976), Cohesion in English, London: Longman, hal 52-54.

Univers

ity of

Mala

ya

202

tahap pembelajaran, kepintaran, keupayaan berfikir, kepantasan membaca, dan

sebagainya. Namun begitu, secara asasnya kesemua ini merujuk kepada kaedah

kebiasaan (nahuan dan petunjuk makna) yang terdapat dalam kelompok interaksi itu.

Setiap pewacana memaklumi kaedah yang digunakan dalam penghasilan wacana dan

mengetahui implikasinya sekiranya wacana itu bercanggah dengan kaedah yang

sepatutnya. Dapat difahami dari keterangan di atas, pendukung aliran sosial bukan

hanya menumpukan konteks bahasa (verbal context) sahaja, bahkan juga konteks

situasi (situation context). 317

Kajian bahasa atau linguistik memberi tumpuan dalam aspek pemaknaan

yang dapat ditentukan secara amali sebagai fungsi dalam konteks. Maka setiap analisis

bahasa perlu diasaskan dengan perkara berikut:

(a) perwatakan pewacana dan pendengar atau pembaca, proses pembelajaran yang

mereka lalui serta watak lain dalam wacana, sekiranya ada, di samping peranan mereka.

(b) unsur dan fenomena sosial serta persekitaran yang mempunyai perkaitan dengan

bahasa dan penggunaannya ketika proses wacana berlaku

(c) kesan wacana pada orang golongan yang terlibat (genre fungsi percakapan) seperti

rasa memadai, sakit, ingin, ketawa dan sebagainya.

(d) mengehadkan persekitaran perkataan yang digunakan untuk mengelakkan

percampuran dengan bahasa dan dialek lain.

(e) menganalisis ayat kepada unsur dan bahagian utamanya dapat menyampaikan

kepada makna yang dikehendaki. Penganalisisan ini mengandungi aspek tatabahasa dan

fonologi. 318

317

Al-Sa‘ran, Mahmud (1992), op.cit., hal. 312-315. 318

Al-Sa‘ran, Mahmud (1992), op.cit., hal. 339.

Univers

ity of

Mala

ya

203

Perbincangan tentang konteks situasi memaksudkan kesatuan unsur yang

terdapat dalam situasi ayat. Ia digunakan sebagai situasi penghasilan sesuatu teks

wacana. Perkara ini penting dalam menyampaikan kepada latar belakang pengetahuan

(budaya) tentang teks tersebut kerana mana-mana bahagian daripada aktiviti bahasa atau

perbincangan teks merangkumi pandangan idea, intonasi suara serta sejarah

pengetahuan yang terdapat dalam pemikiran dan genre aktiviti golongan yang terlibat

dalam wacana tersebut (pewacana dan pendengar atau pembaca). Kesemua ini

memainkan peranan penting dalam pentafsiran makna umum sesuatu teks wacana.319

Hal ini menunjukkan, sekiranya pengetahuan menjadi sistem atau kaedah konteks

bahasa, maka bahasa dianggap sebagai gambaran sebaliknya kepada pengetahuan

tersebut. Manakala pengetahuan sebagai konteks yang dapat mentafsirkan perkataan,

kaedah tatabahasa dan penulisan.

Setiap pengetahuan (yang menjadi budaya) mempunyai keistimewaan

tersendiri dan berbeza dengan yang lain. Manakala setiap bahasa pula mengandungi

pelbagai perkataan dan ungkapan yang terkadang sukar untuk diterjemahkan ke dalam

bahasa lain kerana memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki penutur lain. Hal ini

terjadi kerana pengehadan petunjuk makna memerlukan pemfokusan tahap pengetahuan

dan kemasyarakatan yang melibatkan penggunaan bahasa seperti yang berlaku dalam

perumpamaan atau bidalan. Terdapat banyak istilah yang sukar diterjemahkan ke dalam

bahasa lain melainkan informasi budaya yang terdapat di dalamnya dapat dijelaskan,

ataupun diteliti dalam konteks pengetahuan yang merangkumi aspek kemasyarakatan,

sejarah, pemikiran, adat resam, dan etika akhlak serta nilai murni.320

319

Halliday dan Ruqaiya Hasan (1989), op.cit., hal 6 320

Madkur, ‘Atif. (1987), ‘Ilm al-Lughat bayn al-Turath wa al-Mu‘asarat, Kaherah: Dar al-

Thaqafat, hal. 243.

Univers

ity of

Mala

ya

204

Seorang pakar sosiolinguistik bernama Dell Hataway Hymes (m 2009)

mengemukakan beberapa pemahaman tentang ciri konteks situasi dalam penghasilan

teks. Beliau menumpukan kepada beberapa unsur yang terdapat dalam peristiwa

pertuturan dengan dikenali sebagai konteks pertuturan. Beberapa unsur yang dinyatakan

oleh beliau adalah seperti berikut:321

S-Penentuan (setting) masa, tempat dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam

peristiwa pertuturan.

S-Adegan (scene) yang merupakan aspek psikologi yang menyempurnakan penentuan/

P-Peserta (participants) yang terdiri daripada pewacana dan pendengar atau pembaca.

E-Had (ends) yang terdiri daripada tujuan-hasil dan tujuan matlamat.

A-Urutan bertindak (act sequences) iaitu rupa dan kandungan berita

K- Kunci (keys), iaitu rentak pertuturan seperti serius, jenaka dan lainnya.

I- Instrumen (instrumentalities) seperti saluran, penulisan, ucapan, konsep perkataan,

dialek, bahasa pengantar dan lainnya.

N- Kaedah (norms) yang terdiri daripada kaedah aktiviti pertuturan seperti tempat

berhenti ketika bercakap, dan kaedah pentafsiran pendengar.

G-Genre (genres) seperti hikayat, iklan dan sebagainya.

Unsur atau kaedah di atas diketahui secara meluas tetapi pelaksanaannya kurang

sempurna. Hal ini terjadi kerana tidak jelas aspek latar belakang pengetahuan atau

budaya golongan yang terlibat dalam kalangan pewacana dan pendengar, di samping

321

Halliday dan Ruqaiya Hasan (1989), op.cit., hal 9.

Univers

ity of

Mala

ya

205

kewujudan perbezaan dan tahap sosial antara mereka yang akan memberi kesan kepada

sesuatu wacana.322

Dalam proses penganalisisan wacana dengan bahasa sebagai perantaraan,

peranan serta fungsi konteks amat menyerlah dalam aspek pemahaman teks. Kesatuan

bahasa memerlukan banyak informasi daripada konteks dalam memudahkan

pemahamannya. Informasi tersebut terdiri daripada alat petunjuk seperti ‘di sini’,

‘sekarang’, ‘saya’, ‘kamu’, dan sebagainya. Pemahaman petunjuk kesatuan tersebut

dengan merujuk kepada akhiran sesuatu topik, memerlukan pengetahuan tentang tabiat

serta latar belakang pewacana, pendengar atau pembaca serta ruang masa dan tempat

aktiviti bahasa berlaku. Alatan tadi dapat memindahkan kesemua ini kepada

penstrukturan konteks interaksi. Hal yang sama juga berlaku tentang konsep makna

yang tersirat (implicatures) dalam sesuatu wacana yang memerlukan pemahaman

hubung kait antara pewacana dengan pendengar atau pembaca. Terkadang makna atau

maksud yang ingin disampaikan pewacana menjangkaui apa yang terdapat dalam

ungkapan atau tulisannya. Terdapat juga makna tersirat itu berbeza dengan zahir

ungkapan mahupun tulisan. Justeru, pengetahuan tentang persekitaran dan realitinya

amat diperlukan dalam situasi sebegini.323

Proses penghasilan wacana didasari dengan maklumat sosial dan budaya.

Penghasilan ini ditentukan oleh situasi, dan bukan realiti semata-mata. Pandangan yang

berpaksikan alat petunjuk, makna tersirat serta proses penghasilan menentukan kesemua

elemen ini, perlu menjangkaui kefahaman maksud dalam penganalisisan sesuatu

wacana. Hal ini kerana kefahaman di atas, digunakan sebagai penunjuk kepada

322

Renkema, Jan ( 1993), Discourse studies: an introductory text book, Amsterdam/Philadephia: John

Benjamins Publishing Company, hal. 44. 323

Brown, Gillian dan Yule George.(1983), op. cit., hal 35.

Univers

ity of

Mala

ya

206

hubungan yang terbina antara golongan yang terlibat dalam sesuatu proses wacana,

dengan unsur-unsur yang terdapat dalam wacana terbabit. Pewacana, pendengar atau

pembaca, serta perkara-perkara yang ditunjukkan dalam wacana itu, bukanlah ruangan

yang tidak berfaedah atau sengaja ditampilkan serta bersesuaian dengan mana-mana

situasi pun. Akan tetapi, keistimewaan kesemua ini terdapat pada kandungan tubuh

badan dan sosial yang dapat menjadikannya ketentuan bersesuaian dalam proses

interaksi terbabit. Seseorang penganalisis wacana yang berada di alam realiti perlu

memahami keistimewaan tertentu yang terdapat dalam konteks. Keistimewaan ini

sebenarnya menjadi kesesuaian dalam aktiviti interaksi tertentu yang perlu dianalisis

serta dapat membantu dalam pemahaman dan penentuan makna yang dimaksudkan

dalam sesuatu wacana. Proses pemahaman makna secara keseluruhannya bergantung

pada keupayaan pendengar atau pembaca dalam persekitaran serta pengalaman yang

dilalui. Hal ini dapat menjadikannya memahami bahasa yang digunakan. Dalam situasi

sebegini, kita dapat andaikan pengalaman seseorang dalam peristiwa lampau yang

mempunyai persamaan, dapat menolongnya mendepani serta meramalkan apa yang

berlaku daripada ciri konteks yang bersesuaian. Ramalan berasaskan ciri tersebut

bersesuaian dengan konsep tertentu yang terdapat dalam aktiviti interaksi. Aktiviti ini

dianggap sebagai situasi yang telah dikenal pasti seperti yang dialami pada masa

lampau. Justeru, ramalan dapat memungkinkan proses pemahaman tersebut.324

Hubungan antara alam wacana dengan alam realiti mempunyai kesan

tersendiri. Wacana terbentuk daripada aktiviti yang berlaku dalam alam realiti.

Pengetahuan manusia tentang bahasa berbeza-beza. Setiap perkataan yang diluahkan

juga berbeza-beza antara satu sama lain. Setiap mereka memilih perkataan berasaskan

standard nahuan, perkataan atau standard kohesi. Perkara ini berbeza dengan alam

324

Brown, Gillian dan Yule George (1983), op.cit., hal 42-44.

Univers

ity of

Mala

ya

207

ciptaan pewacana kepada pendengar atau pembaca kerana setiap pemilihan bahasa

merupakan strategi dalam wacana. Ia memaksudkan setiap perkataan yang dipilih

berdasarkan teori pengetahuan atau kaedah bersesuaian dari kaca mata alam dengan

pemilihan tersebut. Terdapat banyak kaedah bahasa yang dapat dijadikan pilihan kepada

pewacana dalam mengetengahkan pengetahuan yang ingin dilakukan. Hal yang sama

juga berlaku pada pemilihan perkataan yang bersamaan maknanya dengan merujuk

kepada petunjuk ideologi penggunaannya ataupun pemilihan tersebut.325

Tahap keberkesanan situasi konteks kebanyakannya dicapai dengan

ketiadaan perantaraan (mediation), iaitu sejauh mana keupayaan seseorang dalam

memahami konsep yang mendasari situasi sesuatu interaksi dengan kepercayaan serta

matlamat individu terbabit. Ia terjadi dengan mengambil kira ramalan serta pengetahuan

terdahulu tentang penyusunan alam realiti. Maka jika fungsi utama teks ialah

mengemukakan ciri tertentu konsep situasi dengan ketiadaan perantaraan atau

pandangan, ia sebenarnya memaksudkan penyimpanan situasi, iaitu penyimpanan hasil

teks bagi alam luaran. Akan tetapi, sekiranya fungsi utama itu ialah mengemukakan

situasi ke arah pemansuhan matlamat hasil teks, ia merupakan proses pengurusan

situasi, iaitu mengemukakan hasil situasi teks dengan pandangan tertentu. Justeru,

perbezaan antara penyimpanan dengan pengurusan tidak jelas dalam hal ini, dan sebaik-

baik kaedah yang diperlukan di sini ialah perantaraan penguasaan salah satu ke atas

yang satu lagi.326

325

Johnstone, Barbara ( 2001), op.cit., hal. 46. 326

Syabal, Muhammad, ‘Azzat (2009), op. cit., hal 7.

Univers

ity of

Mala

ya

208

6.1.1.2. Konteks dalam Hadith Empat Puluh

Terdapat beberapa konteks yang digunakan dalam Wacana Nabawi

khususnya Hadith Empat Puluh ini. Antaranya:

(i) konteks interaksi

Hal ini terjadi sekiranya terdapat pewacana dan pendengar sahaja dalam

wacana tersebut. Ia terpisah dari pembaca yang menggunakan pembacaan sebagai

medium interaksi. Dalam konteks ini, reaksi pertuturan menjadi situasi utama yang

dikongsi antara pewacana dengan pendengar. Informasi serta maklumat yang terdapat

konteks ini terhasil secara spontan dan segera. Justeru, pewacana dan pendengar

mengemukakan respons dengan kadar segera kesan dari tindak tanduk kedua-dua

mereka.327

Konteks ini banyak didapati dalam Hadith Empat Puluh. Koleksi Hadith ini

kebanyakannya terdiri daripada interaksi Rasulullah (s.a.w) dengan pendengar yang

terdiri daripada para sahabat (r.a). Antaranya, Hadith yang kesembilan belas:

ىاللهل ص بيالن ف ل خ تهن كه:ال اق م ههن ع اللهي ضر اسب ع نب اللدب اسع ب ع ب أ ن ع

ظف ،اح ك ظ ف ي الل ظف اح :ات م لك ك مهليع أهني ،إمهل غهاي ":ال ق اف م و ي م ل س و هي ل ع

ة م الهن أ م ل اع و اللبن عت اس ف ت ن ع ت ااس ذ إو الل لأ اس ف ت ل أ اس ،إذ ك اه ت ههد ت الل ي ش بك و عهف ن ي ن ىأ ل ع ت ع م ت اج ول

ي ش بل إك و عهف ن ي ل ء نإو ك ل اللهههب ت ك د ق ء

ي ش بك و ر ضهي ن ىأ ل اع و عهم ت اج ي ش بل إك و ر ضهي ل ء

تع فرهك ي ل ع اللهههب ت ك د ق ء "فهحهالص تف ج و مهل الق

327

Renkema Jan (1993), op. cit., hal. 86.

Univers

ity of

Mala

ya

209

Daripada Abu ‘Abbas ‘AbduLlah bin ‘Abbas (r.a) katanya, pada

suatu hari aku berada di belakang Nabi (s.a.w). sabda-Nya, “hai

budak, aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan: peliharalah

Allah, Dia akan memelihara kamu, peliharalah Allah, kamu akan

dapati-Nya di hadapan kamu, apabila kamu meminta, pintalah dari

Allah, apabila kamu memohon pertolongan, pohonlah dari Allah, dan

ketahuilah, sekiranya manusia berpakat untuk memberi manfaat

kepada kamu dengan sesuatu, mereka tidak dapat memberinya

kepada kamu melainkan dengan sesuatu yang ditentukan oleh Allah

kepada kamu, dan sekiranya mereka berpakat untuk melakukan

kemudaratan kepada kamu, mereka tidak dapat melakukannya

melainkan dengan sesuatu yang ditentukan oleh Allah kepada kamu,

diangkatkan tulisan dan kering helaian catatan amalan.328

Hadith ini merupakan interaksi antara Rasulullah (s.a.w) dengan Ibn ‘Abbas (r.a).

Interaksi yang berlaku antara keduanya dalam bentuk pertuturan secara langsung.

Informasi yang ingin disampaikan oleh Rasulullah (s.a.w) disertakan dengan intonasi

suara, gerakan tangan, memek muka dan lainnya, di samping bahasa yang digunakan

oleh baginda. Justeru, dalam menganalisis konteks sebegini, elemen suara, gerakan dan

sebagainya diperlukan dalam memahami sesuatu wacana. Hal ini kerana bahasa yang

tertulis dalam Wacana Nabawi bukanlah sebahagian daripada konteks interaksi yang

terdapat antara pewacana dan pendengar (dari kalangan sahabat (r.a)). Justeru, wacana

yang didokumentasikan seumpama Hadith Nabawi mempunyai rahsia tersendiri yang

belum terungkai seperti konsep pertuturan serta makna di sebalik pertuturan tersebut.

Hal ini hanya bergantung pada perawi sesuatu Hadith ataupun konsep yang terdapat

dalam ilmu Hadith.329

328

Hadith riwayat Tirmiziyy no. 2516, dan riwayat Imam Ahmad no. 301. 329

Syabal, Muhammad ‘Azzat . (2009), op.cit., hal 10.

Univers

ity of

Mala

ya

210

(ii) konteks budaya dan bahasa

Dimaksudkan dengan konteks budaya dan bahasa di sini ialah konteks

bahasa ungkapan. Masyarakat Arab pada era Rasulullah (s.a.w) dan sebelumnya

merupakan masyarakat yang mempunyai nilai dhawq yang tinggi dalam bahasa mereka.

Penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat utama Rasulullah (s.a.w) sudah cukup

membuktikan betapa masyarakat Arab pada ketika itu terdiri daripada orang-orang

tinggi nilai dhawq mereka. Al-Qur’an mengemukakan cabaran demi cabaran untuk

berdepan dengan keupayaan serta kemahiran mereka dalam membentuk ungkapan yang

baik dengan penentuan penggunaan perkataan serta makna yang mencerminkan

kefahaman dan ungkapan berunsur balaghah.330

Dalam hadith ketiga puluh lapan yang dinyatakan di bawah:

الل ن إ":م ل س و هي ل ع ىاللهل ص الللهو سهر ال ق :ال ق ههن ع اللهي ضر ة ر ي ر ههب أ ن ع

ي ش يبدب ع ل إب ر ق ات م و بر ال بههتهن آذ د ق اف ي لو ىل اد ع ن م ال ق ال ع ت ء

اذ إفههب حأهت ح لافو الن بل إبهر ق ت يي دب ع ال از م و هي ل ع تهض ر ت ااف م ل إب ح أ اب شهطب يي ذال ههد ي و هبرهصب يي هذال ههر ص ب و هبعهم س يي ذال ههع س تهن كهههتهب ب ح أ

هنل أ س ن إاو يب ش تال ههل ج رو هن اذ ع ت اس نئل و ههن ي طع ل "ههن ذ ي عل

Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya, sabda Rasulullah (s.a.w),

sesungguhnya Allah (s.w.t) berfirman “sesiapa memusuhi wali

aku, aku isytiharkan kepadanya peperangan, dan tidak

mendekatkan diri seseorang hamba kepada aku dengan sesuatu

yang aku kasihi daripada perkara yang aku wajibkan ke atasnya,

sentiasa seseorang hamba mendekatkan diri kepada aku dengan

amalan sunat sehingga aku mengasihinya, apabila aku kasih

kepadanya, aku menjadi pendengaran yang dia dengari,

penglihatan yang dia melihat, tangan yang digunakan untuk

memukul, dan kaki yang digunakan untuk berjalan, dan

330

Dayf, Syawqiyy (t.t), al-Balaghat Tatawwur wa Tarikh, Kaherah: Dar al-Ma‘arif, hal. 9.

Univers

ity of

Mala

ya

211

sekiranya dia meminta, aku akan beri kepadanya, sekiranya dia

memohon pertolongan, aku akan menolongnya.331

Setiap budaya mempunyai ciri yang tersendiri yang tidak terdapat dalam budaya lain.

Begitu juga perkataan dan ungkapan yang sukar diterjemahkan ke dalam bahasa lain.

Hal ini kerana keistimewaan yang terdapat dalam sesuatu bangsa itu. Justeru, penentuan

petunjuk bahasa memerlukan maklumat pengetahuan dan sosio budaya tentang

perkataan ataupun ungkapan yang digunakan. Ungkapan berbentuk istilah amat sukar

diterjemahkan ke dalam bahasa lain, melainkan sekiranya terdapat maklumat

pengetahuan dalam ungkapan tersebut, atau sabitan ungkapan tersebut dalam konteks

pengetahuan yang merangkumi sistem kemasyarakatan, sejarah, pemikiran, adat resam

serta nilai akhlak mereka. Dalam hadith di atas, terdapat beberapa perkataan yang perlu

difahami istilah yang bersesuaian dengannya. Antaranya perkataan ( و ل), ( ىاد ع ), ربال ) ض ر ت اف ) ,( يدب ع ) ,( لافو الن ( ,( ), dan ( اذع ت اس ). Kesemua ini mempunyai

petunjuk makna yang tersendiri dalam istilah Islam. Sebelum kedatangan Islam,

perkataan di atas tidak digunakan dalam kehidupan harian mereka. Apabila dikaji bahasa

Arab melalui pendekatan al-Qur’an, tidak dapat dinafikan banyak terdapat di dalamnya

perkataan yang tidak digunakan sebelum penurunannya. Hal ini jelas menunjukkan

terdapat banyak perkataan atau istilah yang terdapat dalam al-Qur’an dan tidak

difahami oleh masyarakat Arab sendiri. Justeru, pemahaman petunjuk makna perkataan

di atas memerlukan pemahaman terhadap konteks penggunaan perkataan tersebut dalam

masyarakat Islam yang dibentuk oleh Rasulullah (s.a.w). Ia terdiri daripada perkataan,

kata hubung, pengistilahan, susunan ayat, kaitan bahasa, tatabahasa, konsep

mensyariatkan, dan realiti ilmiah.332

Dapat difahami dari kenyataan ini tentang peri

penting konteks dalam sesuatu wacana agar dapat difahami kandungan bersesuaian

dengan kehendak pewacana itu sendiri.

331

Hadith riwayat Bukhariyy no. 6137. 332

Sa‘iyy Ahmad Bassam (2012), al-Mu‘jizat J.1. Virginia: al-Ma‘had al-‘Alamiyy li Fikr al-Islamiyy,

hal 188.

Univers

ity of

Mala

ya

212

6.1.2 Kohesi (tetenunan)

Halliday dan Ruqaiya Hasan mengemukakan takrifan kohesi dari aspek

pertanyaan yang dilontarkan, iaitu apakah yang membezakan antara teks yang ditulis,

atau teks percakapan dengan ungkapan kebiasaan ayat? Atau apakah kriteria yang

diambil tentang beberapa ungkapan atau ayat yang membentuk teks wacana? Lantaran

itu, pewacana yang terdiri daripada penutur dan pengarang mengemukakan pemudah

cara bagi menjelaskan bagaimana sesuatu teks mempunyai kaitan dengan

kandungannya. Pemudah cara yang dimaksudkan di sini ialah konsep tatabahasa dan

leksikologi yang digunakan oleh pewacana serta digarap dan difahami oleh pendengar

atau pembaca.333

Justeru, kohesi merupakan satu konsep semantik dalam merujuk pada

hubungan makna yang wujud dalam wacana, dan yang menyebabkannya dikatakan

wacana.

Menurut keduanya lagi, kohesi terhasil apabila interpretasi terhadap sesuatu

unsur yang terdapat dalam wacana yang terikat atau berkait dengan interpretasi unsur

lain dalam wacana yang serupa. Satu unsur bahasa dapat membayangkan makna unsur

yang lain dalam keadaan unsur tersebut sukar difahami dengan jelas melainkan dengan

bantuan unsur sebelumnya. Justeru, hubungan kohesi berlaku antara dua unsur, iaitu

unsur yang membayangkan (presupposing element) dengan unsur yang dibayangkan

(presupposed element). Hal ini menunjukkan kedua-dua unsur tersebut dapat disatukan

dalam sesebuah wacana.334

333

Johnstone, Barbara ( 2001), op.cit., hal. 101. 334

Mohd Azidan Abdul Jabar (2011), Analisis wacana Arab, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, hal 44.

Univers

ity of

Mala

ya

213

6.1.2.1 Kohesi dalam wacana

Kohesi mempunyai kaitan dengan ciri formal wacana. Ia hadir apabila

interpretasi terhadap sesetengah unsur dalam wacana bergantung dengan unsur lain,

serta berperanan mewujudkan ketekstualan kepada teks bagi melayakkannya diiktiraf

sebagai wacana. Kewujudan kohesi menjadi wajib dalam semua teks yang bertaraf

wacana kerana ia menghasilkan kesinambungan antara satu segmen dengan segmen

yang lain. Semua ayat yang terkandung dalam teks melainkan ayat yang pertama

mempunyai hubungan kohesi dengan ayat sebelum dan selepasnya. Tidak mungkin satu

ayat yang berada di tengah-tengah teks dapat ditafsirkan maknanya dengan tepat tanpa

merujuk kepada sekurang-kurang ayat sebelumnya. Kohesi merupakan konsep wacana

berasaskan semantik yang merujuk kepada hubungan makna yang wujud dalam sebuah

teks bagi membolehkannya dinamakan wacana. Dengan kata lain, kohesi cuba

menerangkan bagaimana ayat atau bahagian-bahagian teks dihubungkan antara satu

sama lain untuk membentuk wacana.335

Kohesi dapat ditentukan sebagai kelompok pembentukan makna dan

struktur yang menghubungkan ayat secara langsung dengan tidak merujuk kepada

analisis kritis. Kohesi dapat dicapai daripada hubung kait petunjuk makna tadi.

Penjelasan setengah kandungan teks terhasil daripada setengah yang lain, sama ada

dalam ayat, mahupun antara ayat. Teks bukan hanya kesatuan ayat yang besar dengan

dibatasi kaedah tatabahasa sahaja. Akan tetapi, ia adalah kesatuan ayat yang dibentuk

daripada kesatuan makna dalam konteks. Justeru, kohesi memainkan peranan penting

dalam penghasilan teks wacana. Begitu juga susunan informasi yang terdapat dalam

wacana tersebut. Di samping itu, pewacana juga perlu mempunyai wawasan dalam

335

Mohd Azidan Abdul Jabar (2011), op.cit., hal 42-43.

Univers

ity of

Mala

ya

214

wacana supaya kesinambungan realiti teks dapat dicapai, serta dapat membantu

pembaca dan pendengar untuk merungkai simpulan informasi dalam teks. Kohesi

dianggap sebahagian daripada struktur bahasa yang perlu diutamakan dalam proses

pemahaman dan penjelasan teks. Ia juga menjadi noktah penting dalam bidang

pembelajaran kemahiran memahami serta tahap kepantasannya pada waktu membaca.336

Kohesi dan koheren mempunyai persamaan sebagai salah satu daripada

piawaian ketekstualan wacana. Kohesi yang terdapat secara sebati dalam teks

menambahkan serta menyerlahkan kesepaduan teks tersebut. Dalam teks atau wacana

penulisan, kesepaduan ini terhasil daripada keseragaman serta perkaitan ayat dengan

ayat yang lain, di samping keselarasan penyusunan ayat tersebut. Kesepaduan juga

boleh diambil kira berdasarkan pemahaman pembaca menerusi pembacaan yang

komprehensif. Hakikatnya, kesepaduan di atas dapat dihasilkan dengan proses hubung

kait antara pembaca dengan teks itu sendiri secara langsung.337

Kohesi merupakan unsur abstrak yang diketahui secara spontan. Ia perlu

diutamakan, apabila unsur tersebut jelas terdapat dalam teks dan menanti pembaca

untuk menzahirkan. Hal yang sama juga berlaku sekiranya pembaca sendiri dapat

memahami dan menjelaskan unsur tersebut daripada proses pembacaan teks itu. Perkara

ini adalah sebahagian daripada perbincangan panjang mengenai pemaknaan yang

diingini penulis dengan yang difahami pembaca. Perbincangan ini akhirnya membawa

kepada dua matlamat utama,

(i) pembaca dapat memahami teks dengan cepat seperti pelangi yang berada di

langit dan akan segara hilang.

(ii) Pembaca terkesan dengan teks seolah-olah mereka yang menulisnya.

336

Halliday & Ruqaiya Hasan (1976), op. cit., hal 229. 337

Alden J. Moe (1979), Cohesion, coherence, and comprehension of text, Journal of reading, hal. 18.

Univers

ity of

Mala

ya

215

Persoalan yang timbul di sini, di manakah tahap kebebasan pembaca dalam memahami

dan menjelaskan hubung kait ayat dalam sesuatu teks atau wacana? Jawapannya di sini,

kebebasan tersebut amat terhad. Hal ini kerana kemampuan menentukan makna

bergantung pada kaedah bahasa dan melebihi keupayaan pembaca. Ia bukan bermaksud

menidakkan keupayaan serta kreativiti mereka kerana informasi pembaca terhadap

setiap perkara amat terbatas. 338

Terdapat beberapa kaedah pemahaman kohesi yang dikemukakan oleh

pakar bahasa, antaranya:

(a) kaedah Halliday dan Ruqaiya Hasan dalam penstrukturan elemen kohesi

Halliday dan Ruqaiya Hasan mengehadkan ciri-ciri yang membezakan teks

wacana dengan lainnya. Teks ini mempunyai kesatuan makna yang berkait segmennya

secara langsung dan berbeza antara satu teks dengan yang lain mengikut genre dan

pewacananya. Hal ini kerana segmen tersebut mempunyai fungsi tersendiri dalam

pembentukan teks sebagai kesatuan pemaknaan.339

Dalam kaedah ini, dikemukakan

lima elemen kohesi yang membentuk kesatuan jaringan pemaknaan. Ia

menghubungkaitkan antara ayat, perenggan atau kesatuan wacana itu sendiri, serta

membantu penghasilan sesuatu wacana. Elemen tersebut ialah:

(i) bahan rujukan (reference), iaitu perkataan yang tidak dapat memberi makna

yang sempurna, diinterpretasikan dengan merujuk kepada mana-mana

bahagian dalam wacana bagi menghasilkan perkaitan antara satu unsur

dalam teks dengan unsur yang lain. Ia mengandungi ganti nama diri

338

Hoey, Michael (1991), Patterns of lexis in text, Oxford: University Press, hal. 11-12. 339

Halliday & Ruqaiya Hasan (1976), op.cit., hal 2.

Univers

ity of

Mala

ya

216

(dama’ir al-ihalat al-shakhsiyat), ganti nama penunjuk (al-ishariyat) dan

ganti nama bandingan (al-muqaranat)

(ii) penggantian (substitution), iaitu menggantikan unsur yang dihilangkan

dalam teks dengan unsur yang lain. Ia mengandungi penggantian kata nama,

kata kerja dan ayat.

(iii) Pembuangan (ellipsis), iaitu meniadakan atau menghilangkan beberapa

perkataan dan frasa dalam teks. Ia mengandungi pembuangan kata nama,

kata kerja dan ayat.

(iv) Konjungsi ( kata penghubung), iaitu kohesi yang terhasil kerana maknanya

sendiri, dan tidak mempunyai pertalian langsung dengan unsur sebelum atau

selepas teks. Ia mengandungi kata penghubung sandaran (al-idafiyy),

pembetulan (al-istidrak), sebab dan waktu.

(v) Leksikal (lexical), iaitu kosa kata tertentu menjadi penghubung unsur dalam

teks. Ia mengandungi bentuk-bentuk pengulangan dan penggabungan kosa

kata.

Menurut Halliday dan Ruqaiya Hasan lagi, hubung kait yang terdapat dalam wacana

merupakan penunjuk yang terdiri daripada unsur-unsur penstrukturan penggabungan

nahu leksikal. Di samping itu, terdapat juga elemen latar belakang yang mengaitkan

kesatuan teks seperti keseimbangan susunan (systantic parallelism), rima (metre) dan

lirik. Kesemua elemen di atas ditentukan pewacana dalam penghasilan sesuatu wacana,

sama ada berbentuk pertuturan ataupun penulisan. Justeru, kesatuan perkataan bukan

hanya sebahagian daripada struktur bahasa, tetapi juga merupakan proses dalaman teks

yang melibatkan pentafsiran satu unsur dengan unsur yang lain.340

340

Halliday & Ruqaiya Hasan (1976), op. cit., hal 18-19.

Univers

ity of

Mala

ya

217

(b). kaedah Jonathan Fine tentang fungsi kohesi dalam rangsangan sosial.

Jonathan Fine (1994) dalam bukunya “How language works: cohesion in

normal and non standard communication” mengemukakan pandangan tentang fungsi

kohesi yang bukan sekadar perantaraan kesatuan teks sahaja, tetapi menjadi sebahagian

daripada struktur bahasa yang terpilih dalam penghasilan teks. Mekanisme pemilihan ini

berkait rapat dengan unsur bahasa yang terdapat dalam teks itu sendiri seperti mana

fungsi teks yang berada dalam konteks tertentu. Hal ini kerana seseorang pewacana

mengemukakan wacana kepada sesiapa sahaja dalam pelbagai situasi. Pewacana bebas

memilih mana-mana kesatuan proses penghasilan dan unsur sosial sebagai perantaraan

kohesi dalam mencapai fungsi kelangsungan yang tertentu. Dalam hal ini, rangsangan

sosial dapat membentuk fungsi yang dicapai dalam teks berpandukan konteks situasi.

Umumnya diketahui, bahasa merupakan kaedah interaksi berkesan yang

digunakan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Kajian ini sebenarnya

memfokuskan kohesi sebagai sebahagian daripada struktur bahasa dalam konteks

penggunaannya. Kohesi dianggap mekanisme terbaik dalam kajian fungsi penggunaan

bahasa. Ia juga memainkan peranan penting dalam menjadi penunjuk hubungan sesuatu

aspek bahasa dengan yang lain, di samping menjadi topik kajian, sama ada secara teori

mahupun praktis. Kajian kohesi adalah sebahagian daripada pendekatan fungsi (function

approach) dalam penstrukturan serta penggunaan bahasa, bidang psikologi,

perkembangan bahasa ibunda, dan bahasa kedua.341

Menurut Fine lagi, bahasa

mempunyai nilai tertentu dalam konteks. Perkara ini kerana bahasa digunakan dalam

mencapai matlamat yang diingini daripada pewacana. Maka bahasa perlu bersifat efektif

dan kedapatan beberapa unsur dapat menjadikannya bersifat sedemikian. Antaranya,

341

Fine, Jonathan (1994), How language works: cohesion in normal and non standard communication,

New Jersey: Ablex Publishing Corporation, hal. 1.

Univers

ity of

Mala

ya

218

penggunaan unsur kohesi yang berbeza-beza dalam kalangan pewacana seperti

perbezaan matlamat balaghah yang memberi kesan kepada penstrukturan teks dalam

mencetuskan keberkesanan konsep balaghah yang tertentu. 342

(c) Kaedah Robert de Beaugrande dan Dressler dalam menentukan piawaian kohesi.

Persoalan yang diajukan oleh kedua-duanya tentang peranan teks dalam

reaksi manusia. Maka jawapan yang dikemukakan ialah cetusan interaksi perlu

memenuhi tujuh piawaian. Apabila salah satu daripada piawaian tersebut tidak dicapai,

teks itu dianggap tidak interaktif. Piawaian ini berpegang kepada unsur bahasa,

psikologi, sosial, dan imaginatif. Piawaian tersebut ialah kesatuan kohesi, penyertaan

koheren, sengaja (intentionality), kebolehterimaan (acceptability), situasi,

keridakrasmian, dan intertekstualiti. Dalam hal ini, Beaugrande dan Dressler

berpandangan perkataan yang tersusun adalah seperti dalam bahasa Inggeris yang terdiri

daripada frasa (rangkai kata), klausa, dan ayat. Unsur kohesi yang terdapat dalam

perkataan tersebut amat jelas berdasarkan kebiasaan susunannya. Akan tetapi persoalan

tentang konsep kohesi yang terdapat dalam teks menjadi topik kajian. Bagi menjawab

persoalan ini, dikemukakan beberapa unsur kohesi berikut:

(i) pengulangan (recurrence) perkataan secara langsung.

(ii) Pengulangan sebahagian dengan menggunakan struktur asas perkataan serta

memindahkannya kepada kelompok perkataan lain

(iii) Persamaan dengan pengulangan struktur susunan yang sama dan dipenuhi

dengan unsur-unsur baharu

(iv) Pengulangan penjelasan dengan kata lain (paraphrase), dengan pengulangan

kandungan, (iaitu dengan memindahkannya melalui ungkapan berbeza).

342

Fine, Jonathan (1994), op. cit., hal 258.

Univers

ity of

Mala

ya

219

(v) Penggunaan ungkapan kiasan seperti ganti nama dan kata penunjuk.

(vi) Pembuangan (ellipsis) setengah unsur dalam struktur ayat seperti kata kerja,

kata nama, kata sifat dan objek.

(vii) Persimpangan (junction) yang terdiri daripada empat elemen, iaitu konjungsi

(kata hubung),

(d) Kaedah Michael Hoey tentang konsep leksikal dalam teks (struktur

pengulangan)

Konsep ini dikemukakan oleh Michael Hoey (1991) dalam karya yang

berjudul ‘Patterns of lexis in text’ sebagai jaringan pengulangan dalam teks untuk

menjelaskan unsur kohesi yang membawa kepada koheren. Beliau mengehadkan

pembahagian pengulangan kepada unsur berikut sahaja:

(a) pengulangan leksikal

(b) pengulangan leksikal secara tersusun (complex lexical repetion)

(c) penjelasan dengan kata-kata lain secara mudah (simple paraphrase)

(d) penjelasan dengan kata-kata lain secara kompleks (complex paraphrase)

(e) penggantian (substitution)

(f) rujukan bersama (co-reference)

(g) Pembuangan (ellipsis)

Menurut Hoey, perbezaan antara konsep di atas dengan konsep sebelumnya

adalah penumpuan terhadap penunjuk unsur yang disebut dalam beberapa situasi

berikut:

(i) kedapatan banyak unsur di atas dalam sesuatu teks dapat mengehadkan informasi

utama dan sampingan. Maka setiap penambahan unsur tersebut menjadikannya sentiasa

berhubung dengan idea asas sesuatu wacana. Apabila ia berkurangan, dapat

Univers

ity of

Mala

ya

220

dikemukakan informasi sampingan sahaja, dan tidak perlu dinyatakan, jika teks itu

diringkaskan.

(ii) jarak antara unsur-unsur tersebut atau pengehadan kekerapan unsur ini dapat

menjelaskan lagi konsep kohesi.343

Halliday dan Ruqaiya Hasan mengemukakan lima sumber asas kohesi, yang

terdiri daripada kohesi leksikologi (lexical cohesion), penghubung, bahan rujukan,

penggantian, dan pembuangan. Kohesi leksikologi merupakan hubungan yang terhasil

daripada pemilihan perkataan berasaskan perubahan perkataan tersebut yang dikenali

sebagai kohesi pindaan (phoric cohesion) mengikut piawaian leksikologi. Konsep

kohesi di sini terhasil daripada hubung kait makna secara berterusan dalam menentukan

ketekstualan wacana.344

Kohesi leksikologi dapat dicapai dalam sesuatu teks dengan dua

pendekatan:

(i) pengulangan (reiteration), iaitu pengulangan perkataan secara langsung dengan

mengekalkan pengulangan itu dalam rujukan yang sama. Ia menunjukkan kepada imej

yang sama dalam dunia teks serta membantu pengukuhannya. Hal ini dapat

menghasilkan kepelbagaian pengulangan yang menjadi perkongsian asas antara ayat

dalam membentuk kesatuan teks dan kesepaduan padanya. 345

. Pengulangan juga

merupakan salah satu unsur keupayaan dalam pemahaman. Pemahaman dapat

dihasilkan dengan cepat apabila perkataan yang sama digunakan berbanding dengan

perkataan yang berbeza-beza dan mengandungi makna yang sama.346

(ii) kolokasi (collocation), iaitu hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu

perkataan dengan perkataan lain dalam satu susunan seperti ayat. Ia biasanya berlaku

343

Syabal, Muhammad, ‘Azzat (2009), op.cit., hal. 103. Lihat juga De Beaugrande, Robert &

Dressler, Wolfgang (1981), op. cit., hal 100. 344

Halliday & Ruqaiya Hasan (1976), op. cit., hal 274. 345

Hoey, Michael (1991), op.cit., .hal 45. 346

Syabal, Muhammad ‘Azzat (2009), op.cit., hal. 105.

Univers

ity of

Mala

ya

221

apabila nyata unsur pengulangan yang dikongsi dalam konteks yang menyamai.

Pendekatan ini memerlukan pengetahuan terdahulu kepada pendengar atau pembaca

dalam konteks ini, si samping memahami perkataan-perkataan tersebut dalam konteks

kesatuan teks tertentu.347

Kohesi Nahuan (Grammatical Cohesion) memainkan peranan penting

dalam ketekstualan sesuatu teks. Kohesi ini dapat dihasilkan daripada beberapa sumber

berikut:

(a) Penghubung yang menjadi landasan dalam pentafsiran perkaitan yang terdahulu

dengan yang terkemudian dalam teks. Pentafsiran ini mengenai kaedah

pengetahuan terdahulu tentang kewujudan perkaitan petunjuk dalam latar

belakang teks.348

(b) Penggantian yang bermaksud penukaran perkataan dengan yang lain. Perkaitan

penggantian dengan pembuangan dikenali sebagai ‘pembabitan’ (implication).349

Pembuangan membabitkan penggantian, iaitu pembuangan dapat dijelaskan

sebagai salah satu daripada konsep penggantian. 350

(c) Pembuangan yang merujuk kepada hubungan dengan unsur terdahulu

(anaphoric). Terkadang juga dengan unsur luaran (exophoric). Hal ini berlaku

dalam konteks tertentu apabila dikemukakan konteks situasi sesuatu maklumat

yang diperlukan dalam tafsiran pembuangan. Akan tetapi pembuangan luaran

terkeluar daripada kesatuan dalaman teks kepada kesatuan teks serta konteks.351

347

Syabal, Muhammad ‘Azzat (2009), op.cit., hal. 109. 348

Fine, Jonathan (1994), op. cit., hal 10. 349

Pertubuhan Bahasa Arab di Kaherah meluluskan konsep pembabitan ini dengan tiga syarat, iaitu

terdapat keserasian antara dua kata kerja, kedapatan dalil (bukti penggunaannya), dan makna yang

sesuai. Lihat Ya‘qub, Ramil et.al (1987), op.cit., hal. 132. 350

Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976), op.cit., hal 88. 351

De beaugrande, Robert dan Dressler, Wolfgang (1981), op.cit., hal. 144.

Univers

ity of

Mala

ya

222

6.1.2.2 Kohesi dalam Hadith Empat Puluh

Kohesi yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh dapat diklasifikasikan

kepada tiga elemen:

(i) kohesi suara

Elemen ini mengandungi beberapa konsep yang digunakan oleh Rasulullah

(s.a.w) dalam wacana baginda. Antara konsep tersebut ialah saja‘. Dimaksudkan dengan

saja‘ ialah penggunaan huruf akhir yang sama dalam ungkapan prosa.352

Kohesi suara

terhasil daripada konsep saja‘ dengan pengulangan suara dalam saja‘ yang satu kepada

beberapa saja‘, yang akhirnya membentuk kesatuan suara dengan alunan tertentu. Ia

dapat dilihat dalam petikan Hadith Empat Puluh:

به ي ب صهره عهبهو ب ص ر ههال ذي م ي س س ع ههال ذي ب ب تهههكهن ته "ف إذ اأ ح ن هه، هع طي أ ل نل س إن ب او شي ل ههال ذي ب او رج ههال تي ب طشه و ي د

ن هه هعي ذ ت ع اذ ن ل و ل ئناس Apabila aku kasih kepadanya, aku adalah

pendengaran yang dia mendengar dengannya,

penglihatan yang dia melihat, tangan yang dia pukul,

dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan, jika dia

meminta kepada aku, aku akan perkenankan

permintaannya, dan sekiranya dia memohon

pertolongan, aku akan menolongnya.353

Petikan di atas menunjukkan huruf terakhir daripada perkataan akhiran adalah sama

(seperti yang digariskan).

352

Ya‘qub Ramil et.al (1987), op.cit., hal 226. 353

Hadis riwayat al-Tirmiziyy no. 1988.

Univers

ity of

Mala

ya

223

al-Jinas354

antara konsep yang terdapat dalam kohesi suara. Ia dianggap

sebagai konsep penting dalam sesuatu penulisan wacana, serta menjadi unsur suara

sebagai platform dalam pembentukan muzik (rentak) prosa selaras dengan muzik yang

terdapat dalam rima puisi. Di samping itu, proses pemahaman prosa, tahap ingatan dan

penyebaran dapat dijaga serta dihayati. al-Jinas juga dapat menjadikan sesuatu wacana

sebagai ensiklopedia perkataan yang pelik. Dalam Hadith Empat Puluh, konsep al-Jinas

terserlah dalam beberapa petikan, antaranya Hadith kelapan belas:

ح س ن " بهلهق القالن اس "وخ Berperangailah dengan manusia dengan

perangai yang baik 355

Perkataan ( خ الق ) yang merupakan imperatif dan ( خهلهق ) yang merupakan kata nama

jamak diambil daripada derivasi (اخل ل ق). Konsep sebegini juga terdapat dalam Hadith

kesembilan belas:356

ف ظالل ي ف ظ ك " "اح Peliharalah Allah, Dia akan pelihara kamu

بالل" ت عن ف اس ت ع ن ت "واذ ااس Dan apabila kamu memohon pertolongan,

pohonlah dengan Allah

" ف الشد ةت ع ر ف "إلاللف الر خ اءي ع رف ك Kenali Allah pada ketika senang, Dia akan

mengenali kamu ketika susah

Perkataan ( ف ظ yang merupakan kata kerja ( ي ف ظ ) yang merupakan imperatif dan ( اح

kini diambil daripada ( الف ظ ). Manakala lafaz ( ت ع ن ت إ س ) yang merupakan kata kerja

kala lampau dan ( ت عن yang merupakan imperatif diambil daripada derivasi kata ( إس

354

al-Jinas di sini adalah al-Jinas ghay al-Tamm, iaitu dua perkataan yang sama tetapi berbeza pada

kategori huruf, bilangan, keadaan (berbaris atau tidak), atau susunannya. Lihat Ya‘qub Ramil et. al

(1987), op.cit., hal. 174. 355

Hadith riwayat Tirmiziyy no. 1988. 356

Hadith riwayat Tirmiziyy no. 2516 dan Imam Ahmad no. 307.

Univers

ity of

Mala

ya

224

dasar ( ةان ع ال ). Begitu juga perkataan ( ت ع ر ف ) yang merupakan imperatif, dan lafaz

( ( الع ر ف ) yang merupakan kata kerja kini diambil daripada derivasi kata dasar ( ي ع رف Justeru, konsep al-Jinas yang terdapat dalam Hadith di atas menambahkan kepelbagaian

penggunaan lafaz atau perkataan dalam pembentukan kohesi suara.

(ii) kohesi leksikologi

Elemen kohesi leksikologi berfungsi dalam meneruskan kesinambungan

makna yang terdapat dalam Hadith. Ia tercapai melalui dua pendekatan:

(a) pengulangan sebahagian perkataan yang terdapat dalam hadith tersebut. Perkara ini

didapati dalam Hadith kelima belas:

نهمؤ ي هان ك ن م ":ال ق م ل س و هي ل ع ىاللهل ص اللل و سهر ن أ ههن ع اللهي ضر ة ر ي ر ههب أ ن ع م رك يهل ف راآلخمو ي ال و اللبنهمؤ ي هان ك ن م ،و ت مهص ي لو اأ ر ي خ ل قهي ل ف راآلخمو ي ال و اللب

"ههف ي ض م رك يهل ف و ال ي و ماآلخراللبنهمؤ ي هان ك ن م و ههار ج Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya, Rasulullah (s.a.w) bersabda,

sesiapa yang beriman dengan Allah (s.w.t) dan hari akhirat, hendaklah

dia berkata perkataan yang baik ataupun diam, sesiapa yang beriman

dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya,

sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia

memuliakan tetamunya.357

Dalam Hadith di atas terdapat pengulangan sebahagian ayat ( راآلخمو ي ال و اللبنهمؤ ي هان ك ن م )

sebanyak tiga kali. Pengulangan ini memaksudkan petunjuk kepada unsur leksikologi

yang membawa kepada tautan makna dalam Hadith. Justeru keimanan kepada Allah

(s.w.t) dan hari akhirat dikaitkan dengan perkataan yang baik atau berdiam diri,

memuliakan jiran serta tetamu.

(b) kolokasi yang mengaitkan suatu unsur dengan unsur lain hingga terserlah dalam teks

tersebut. Antara elemen kolokasi yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh ialah ayat

357

Hadith riwayat Bukhariyy no. 5672, dan Muslim no. 47.

Univers

ity of

Mala

ya

225

mempunyai ciri kontrastif (perbezaan). Ia disebut dalam petikan Hadith kesembilan

belas:

ي ش بك و عهف ن ي ن ىأ ل ع ت ع م ت اج ول ة م الهن أ م ل اع و "ي ش بل إك و عهف ن ي ل ء

اللهههب ت ك د ق ء ي ش بك و ر ضهي ن ىأ ل اع و عهم ت اج نإو ك ل

ي ش بل إك و ر ضهي ل ء "ك ي ل ع ههب ت ك د ق ء

Ketahuilah, sekiranya manusia bersepakat untuk memberi manfaat

kepada kamu dengan sesuatu perkara, mereka tidak dapat memberi

manfaat dengannya melainkan dengan sesuatu yang ditentukan Allah

kepadamu, dan sekiranya mereka ingin melakukan kemudaratan

kepadamu dengan sesuatu perkara, mereka tidak dapat melakukannya

melainkan dengan sesuatu yang ditentukan Allah kepadamu.358

Elemen kolokasi yang terserlah dalam petikan Hadith di atas melalui unsur kontrastif.

Frasa ( كو عهف ن ي ) berbeza serta berlawanan dengan frasa ( ك و ر ضهي ). Begitu juga dengan

frasa ( كل ههب ت ك ) dan ( كي ل ع ههب ت ك ). Frasa di atas saling melengkapi antara satu sama lain.

Hal ini kerana kohesi terhasil daripada andaian serta ramalan pendengar ataupun

pembaca tentang perkataan atau frasa yang berbeza dan berlawanan. Pewacana dapat

membantu pendengar mahupun pembaca dalam menerokai dalaman wacana melalui

rangkaian perkataan dan ayat bagi membentuk kohesi di atas. Pasangan perkataan atau

frasa seperti yang disebut dalam petikan Hadith di atas tidaklah terhad, bahkan

menjangkaui kesatuan ayat yang terlebih panjang atau mencangkup ayat lain di luar

kesatuannya. Justeru, kohesi leksikologi menjadikan petunjuk makna

berkesinambungan dalam kesatuan wacana.

6.1.3 Koheren (kesatuan idea)

Perbincangan koheren dalam wacana bukan hanya terbatas kepada kajian

kohesi sahaja, bahkan menjangkaui tahap analisis yang tinggi dari aspek leksikologi,

fonologi, dan tata bahasa, seperti standard petunjuk makna. Penulisan yang tidak

358

Hadith riwayat al-Tirmiziyy no. 2506 dan Imam Ahmad no. 307.

Univers

ity of

Mala

ya

226

mencapai status koheren yang komprehensif dianggap gagal dalam menyampaikan

mesej kepada pembaca. Ia menjadikan teks tersebut tergantung, dan menyukarkan

pembaca dalam memahami kandungan antara satu sama lain. Pembacaan terhadap

kandungan teks yang lengkap lebih mudah berbanding dengan teks yang tergantung

atau tidak berkesinambungan. Justeru, dimaksudkan dengan koheren ialah kaedah yang

memungkinkan pembaca dalam memahami kesinambungan makna yang terhasil

daripada struktur teks atau wacana. Kaedah ini menjadikan teks tersebut sebagai

rangkaian interaksi kompetitif. Koheren merupakan satu fenomena terhadap tindak

balas pembaca terhadap teks yang dibaca. Hal ini kerana pewacana mengemukakan

kekunci bahasa yang dapat memberi panduan kepada pendengar atau pembaca untuk

memahami dan mentafsir wacana.359

Tahap pengetahuan pendengar atau pembaca dapat membantu dalam proses

pemahaman yang berterusan bagi sesebuah wacana. Koheren tidak tertanam dalam

wacana, tetapi terserlah, kesan daripada pengamatan dan pembacaan seseorang dalam

membentuk makna. Setiap teks dalam wacana bukan terhasil begitu sahaja, tetapi

terdapat padanya proses yang berlaku antara pendengar atau pembaca dengan teks

tersebut. Seseorang pendengar atau pembaca mempunyai keinginan dalam membentuk

koheren. Keinginan ini terhasil daripada tahap penerimaan pendengar atau pembaca

untuk memahami wacana itu. Maka pembacaan dan pemahaman ini dianggap sebagai

pentafsiran dan tindak balas dalam waktu yang sama, sama ada berkaitan dengan huruf,

perkataan atau ungkapan, mahupun tentang pengetahuan lampau atau ramalan.

359

Ann M. Johns (1997), Text, role, and context, London: Cambridge Universiti Press, hal. 247.

Univers

ity of

Mala

ya

227

6.1.3.1 Koheren dalam wacana

Penghayatan terhadap fenomena ini dapat memandu pembaca kepada kunci

bahasa dalam memahami teks dengan memenuhi ruangan kosong informasi yang

ditampilkan dalam teks sebagai santapan pembaca. Perkara yang sama juga berlaku

apabila pembaca mempunyai informasi terdahulu mengenai teks yang dibaca,

pengetahuan mengenai struktur teks, harapan terhadap teks yang dibaca. Kesemua ini

menyumbang kepada proses pemahaman bacaan teks terbabit. Koheren tidak dapat

dicungkil daripada teks yang dibaca, tetapi terhasil daripada kesungguhan pembaca

dalam menentukan makna dan penyeragaman penjelasan teks tersebut. Teks bukan

sekadar produk bacaan sahaja, tetapi juga merupakan proses reaksi antara pembaca

dengan teks berkenaan, ataupun proses interaksi dalam menzahirkan kecenderungan.

Pembaca mempunyai kecenderungan dalam membentuk koheren. Kecenderungan ini

merupakan hasil kebolehterimaan sesuatu teks. Hal ini kerana pembacaan teks dapat

menjelmakan keinginan yang berterusan yang akhirnya mendorong pembaca

menyempurnakan bacaan tersebut. Maka teks di sini dianggap sebagai pendorong

kepada keinginan. Justeru, pembacaan adalah satu kaedah penjelasan dan menjadi reaksi

dalam waktu yang sama, sama ada dari bawah ke atas bermula daripada huruf,

perkataan dan ayat, ataupun dari atas ke bawah bermula dari pengetahuan terdahulu

tentang informasi teks dan harapan pembaca.360

Menurut Grosy dan Sindner (1986), pembaca teks atau wacana tidak perlu

menentukan hubung kait koheren supaya dapat memahami teks tersebut. Akan tetapi,

hubung kait ini penting kerana ia merupakan faktor utama seperti alat penganalisisan

yang digunakan dalam mendeskriptif kandungan teks. Pembaca yang berinteraksi

360

Syabal, Muhammad ‘Azzat (2009), op.cit., hal. 184.

Univers

ity of

Mala

ya

228

dengan teks diumpamakan seperti membina tugu informasi yang terkandung di dalam

teks. Keistimewaan asas tugu informasi ini ialah menyerlahkan isu sampingan teks ke

dalam isu utama. Perkara ini merupakan babak terpenting proses pemahaman teks. Ia

menjelaskan betapa pentingnya hubung kait koheren dalam proses bacaan. Trabasso

dan Sperry (1985) berpandangan waktu membaca menjadi lebih cepat apabila tanda

atau simbol bahasa dalam ayat menjadi lebih jelas kerana menjadi perantaraan dalam

teks yang dibaca.361

Penggunaan maksud koheren untuk membezakan teks dengan bukan teks.

Teks bukan hanya terdiri daripada kandungan ayat yang terbentuk secara membabi buta.

Akan tetapi, ia merupakan kelompok jalinan kefahaman yang digunakan pembaca dan

penulis dalam memahami teks. M. Challoes (1983) membincangkan koheren serta

peranannya dalam pentafsiran wacana dengan memberi keutamaan kepada gaya hidup

dan tabiat pemikiran dalam perbuatan manusia. Hal ini kerana perbuatan membentuk

kesatuan yang erat, iaitu koheren menjadi kaedah umum dalam menjelaskan perbuatan

manusia. Setiap perbuatan tersebut mempunyai sebab tersendiri. Setiap perbuatan yang

dilakukan didahului dengan perbuatan sebelumnya. Justeru, setiap perbuatan ini

merupakan rangkaian bersepadu, sama ada menurut maksud yang umum (macro

intention) atau lebih besar (global intention). Koheren dalam wacana menyamai

koheren dalam perbuatan. Ia mengukur tindak tanduk perkataan (act verbal), sama ada

yang didengar atau dibaca, dengan perbuatan manusia. Wacana adalah hasil yang pasti

bagi apa-apa perbuatan, dan sentiasa menerima apa jua analisis bacaan dan pendengaran

supaya dapat difahami maksud pewacana. Maka penjelasan wacana tidak berbeza

dengan mana-mana variasi perbuatan manusia. Perkara ini merupakan natijah biasa

dalam setiap wacana. Wacana digunakan sebagai satu kaedah interaksi dan

361

Syabal, Muhammad ‘Azzat (2009), op.cit., hal. 185.

Univers

ity of

Mala

ya

229

mengandungi maksud umum atau keinginan yang mendorong dalam menyatakan

sesuatu dan kepada seseorang.362

Terdapat dua konsep koheren dalam wacana, iaitu:

(a) koheren semantik yang menentukan hubung kait petunjuk asas dalam wacana agar

dapat difahami dan digunakan. Ia merupakan ciri dalaman sesuatu teks wacana.

Fungsinya ialah mengemukakan platform kepada kohesi serta hubungan petunjuk dalam

ayat.363

(b) koheren pragmatik yang melibatkan hubung kait dalaman teks wacana yang terdiri

daripada situasi, tenunan teks yang berubah kesan daripada konteks, pewacana,

pendengar atau pembaca, masa, tempat, serta matlamat dalam interaksi sesuatu

wacana.364

Koheren memberi tumpuan kepada tiga aspek utama:

(i) penggabungan isu dalam wacana.

Isu dalam wacana bermaksud kesatuan makna yang minimum. Isu terbentuk sekurang-

kurangnya daripada gabungan predikat dan subjek atau melebihi daripada itu. Maka

analisis dalam teks tertumpu pada hubung kait isu tersebut. Apabila isu itu melibatkan

struktur wacana, kajian menumpukan pada hubung kait wacana dengan gabungan yang

terdapat dalam struktur itu. Ia dapat menyerlahkan hubung kait antara ayat melalui

kaedah hubungan petunjuk dalaman yang terdapat dalam wacana.365

Justeru, hubungan

yang terhasil daripada penggabungan dalam wacana ada kalanya berbentuk dalaman

362

Ibid. 363

Ann M. Johns (1986), Coherence and academic writing: some definitions and suggestions for

teaching, Tesol Quarterly vol. 20 no. 2, hal. 248. 364

Halliday & Ruqaiya Hasan (1976), op.cit., hal. 32. 365

Alden J. Moe (1979), op.cit., hal. 201.

Univers

ity of

Mala

ya

230

ataupun terserlah pada teksnya yang menerusi gabungan ayat berhampiran mahupun

berjauhan dalam teks tersebut.366

(ii) topik wacana

Ia merangkumi beberapa elemen penting yang perlu diberi perhatian, antaranya:

(a) idea asas yang membentuk topik utama wacana.

(b) ruangan dalam topik wacana yang merangkumi unsur dalaman wacana, informasi,

proses pemahaman serta tajuk.367

(iii) makro struktur (struktur besar) dan kaedah penstrukturan dalam pemahaman serta

penghasilan wacana.

Topik wacana tidak terhad dengan memperkatakan satu isu sahaja, bahkan menjangkaui

beberapa perkara selagi perkaitan dengan isu tersebut. Topiknya menjadi terhad pada

makro struktur, apabila dibandingkan dengan struktur ayat atau mikro struktur (struktur

kecil). Pentafsiran struktur zahir sesuatu wacana seumpama beberapa isu yang tersusun

daripada hubung kait semantik, menjelaskan setengah isu dengan setengah yang lain

secara terangan. Manakala setengah yang lain pula dapat dihasilkan dalam proses

pentafsiran melalui pengetahuan umum atau terdahulu.368

Fungsi petunjuk makro

struktur dan kaedah penstrukturannya dalam membentuk kesatuan dari jajaran isu,

dapat ditafsirkan satu persatu melalui isu yang terlebih umum.

366

Renkema, Jan (1993), op.cit., hal. 53. 367

Singer, Murray (1990), op.cit., hal. 91. 368

Dijk, Van & Kintsch, Walter (1978), Toward a model of text comprehension and production,

Psychological review, vol. 85, no. 5, hal. 365.

Univers

ity of

Mala

ya

231

6.1.3.2 Koheren dalam Hadith Empat Puluh

Hubung kait semantik dengan isu yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh

serta kaedah penyusunan maklumat dalamnya, merupakan aspek penting koheren dalam

hadith ini. Begitu juga usaha untuk mencapai makro struktur dalamnya. Oleh sebab

tema yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh ini berbagai-bagai, hubung kait semantik

dapat dikategorikan kepada beberapa keadaan:

(i) hubung kait genitif (idafat)

Setiap Hadith yang terkandung dalam koleksi ini (Hadith Empat Puluh)

mengandungi dua komponen utama, iaitu sanad dan matan.369

Perkaitan antara kedua-

duanya dinamakan genitif dalam pembentukan Hadith Rasulullah (s.a.w). Perkara ini

menjadikan Hadith lebih istimewa dan tinggi tahap kebolehpercayaannya berbanding

dengan wacana manusia lain. Dalam Hadith Empat Puluh ini, perawi dalam kalangan

sahabat (r.a)370

sahaja yang disebut dalam sanad Hadith. Partikel ( ن ع ) digunakan

sebagai kata hubung dalam sanad Hadith. Hubung kait genitif dianggap sebagai

konsep utama dalam pembentukan Hadith. Matan diriwayatkan serta disebar dengan

cara musyafahat (mulut ke mulut) dari perawi utama hingga perawi terakhir dalam

sesuatu matan Hadith. Akhirnya sampai kepada Imam Nawawiyy yang menukarkan

konsep musyafahat )secara bersemuka) kepada tulisan yang menghasilkan koleksi

Hadith Empat Puluh. Setiap matan yang terdapat dalam koleksi ini berbeza antara satu

sama lain dari aspek panjang atau pendek. Keistimewaan hubung kait genitif ini

369

Sanad ialah senarai nama perawi yang disusun mengikut generasi/era, manakala matan adalah

lafaz hadith yang mempunyai makna. Lihat al-Tihanawiyy, Zafar Ahmad al-‘Uthmaniyy (2010),

op.cit., hal.26. 370

Dimaksudkan dengan sahabat di sini, ialah orang yang pernah berjumpa dengan Rasulullah (s.a.w),

serta beriman dengannya, dan meninggal dunia dalam agama Islam, meskipun dia pernah murtad

sebelum itu. Lihat al-Tihanawiyy Zafar Ahmad al-‘Uthmaniyy (2010), op.cit., hal. 48.

Univers

ity of

Mala

ya

232

terdapat pada matan dalam menggabungkan ayat yang terdapat dalamnya serta

menyandarkan kepada periwayatan. Dalam koleksi Hadith Empat Puluh terdapat

beberapa variasi hubung kait genitif ini seperti dinyatakan dalam jadual di bawah:

Nombor Hadith Hadith

Pertama نماملؤ ي مأ ن ع ال ق ههن ع اللهي ضر ابط اخل نب ر م عهص ف ح ب أ ي له ل م ي قهو اللص ل ىاللهع ل ي هو س ر سهو ل ع ت س م

kedua هي ل ع ىاللهل ص الللهو سهر د ن عنهان م ن ي ب ال ق ههن ع اللهي ضر ر م عهن ع

ادو س دهي دش ابي الث ياضي ب دهي دش ل ج ار ن ي ل ع ع ل ط ذ إم و ي ات ذ م ل س و

بيالن ل إس ل ج ت ح د ح اأ ن مههفهرع ي ل و رف الس رهث أ هي ل ىع ر ي هل رع الش ب ر ن ي ي امه م دهأ خ ي هو ق ال ف ي هع ل ىف خذ ب ت ي هو و ض ع ك ي هإل رهك ب ت رهك ن د ف أ س

ع ل ي هو س ل م مل س النع اللص ل ىالله ر سهو له ف ق ال

keempat ث ن ار سهو له د ح اللهع ن ههق ال د ر ضي عهو ع ب دالر ح نع ب داللب نم س أ ب ع ن م ل س و هي ل ع ىاللهل ص الل

kesebelas هتان ي ر و الللو سهر طب سب الط بأ نب ييلع نب نس ال د م مه ب أ ن ع

ل م ر سهو لاللص ل ىاللهع ل ي هو س من ف ظ ت ح اق ال ههم اللهع ن ر ضي

Kedua puluh lapan الل و ع ظ ن ار سهو له اللهع ن ههق ال اري ة ر ضي ن ي حال عر ب اضب نس أ ب ع ن

نهو ي هاالعهه ن مت ف ر ذ و بهو لهاالقهه ن مت ل جو ة ظ عو م م ل س و هي ل ع ىاللهل ص ن ا ف أ و ص ام و عظ ةهمهو د ع أ ن ه اللك ف قهل ن اي ار سهو ل

Rajah 6.1 Hubung kait genitif dalam Hadith Empat Puluh

Dalam rajah di atas, terdapat beberapa variasi tahammul (penerimaan) Hadith371

berdasarkan interaksi Rasulullah (s.a.w) dengan para sahabat (r.a) dalam koleksi Hadith

Empat Puluh. Hubung kait genitif dalam beberapa Hadith di atas menggunakan variasi

371

Dalam kajian Hadith, tahammul hadith bermaksud kaedah pengambilan dan penerimaan Hadith.

Terdapat lapan kaedah tahammul hadith yang dinyatakan oleh ulama Hadith.

Univers

ity of

Mala

ya

233

yang berbeza-beza. Dalam Hadith pertama, konsep tahammul Hadith daripada

Rasulullah adalah mendengar yang difahami daripada lafaz( ع ته yang membawa ( س

maksud “aku mendengar”. Hal yang sama berlaku dalam Hadith ketiga, keenam,

kesembilan, ketiga puluh empat, dan keempat puluh dua. Kaedah mendengar merupakan

kaedah terbaik penerimaan Hadith. Ulama Hadith juga berpandangan “bersabda” yang

difahami daripada lafaz ( ق ال ) yang terdapat pada Hadith kelima, ketujuh, kelapan,

kesepuluh, kedua belas, ketiga belas, keempat belas, kelima belas, keenam belas,

ketujuh belas, kelapan belas, kesembilan belas, kedua puluh, kedua puluh satu, kedua

puluh dua, kedua puluh tiga, kedua puluh empat, kedua puluh enam, kedua puluh tujuh,

kedua puluh lapan, ketiga puluh, ketiga puluh dua, ketiga puluh tiga, ketiga puluh lima,

ketiga puluh enam, ketiga puluh tujuh, ketiga puluh lapan, ketiga puluh sembilan,

keempat puluh, dan keempat puluh satu. menyamai lafaz ( ع ته Begitu juga lafaz .( س

ث ن ا) تهظ فح ) yang terdapat dalam Hadith keempat. Lafaz (ح د .) dalam Hadith kesebelas

juga dianggap sebahagian daripada kaedah al-sama‘ (mendengar) dalam tahammul

hadith.372

Kesemuanya merupakan mekanisme utama pembentukan Hadith dalam

koleksi Hadith Empat Puluh ini.

(ii) hubung kait pengulangan ungkapan.

Hubung kait ini adalah pengulangan makna dalam isu yang terdapat dalam

Hadith. Ia merupakan hubung kait asas dalam penstrukturan Hadith dalam aspek bahasa.

Hadith ialah matan bahasa yang bermatlamatkan pendidikan. Justeru, didapati hubung

kait pengulangan ungkapan amat penting dalam pembentukan ayat yang terdapat dalam

Hadith. Hal ini diperlukan kerana penghasilan hubung kait ini membawa kepada

372

Kaedah al-sama‘ adalah kaedah terbaik penerimaan hadith menurut kebanyakan ulama Hadith. Ia

bermaksud menerima Hadith dalam majlisnya, sama ada didengari sahaja ataupun mendengar serta

mencatatkannya, dan menyampaikan Hadith tersebut kepada perawi berikut. Lihat al-Tahhan

Mahmud ( t.t), op.cit., hal. 157.

Univers

ity of

Mala

ya

234

pengulangan makna serta kepelbagaiannya berdasarkan standard susunan dan

leksikologi dengan menggunakan pelbagai struktur serta memasukkan perkataan yang

sama makna atau berbeza maknanya. Antara hubung kait pengulangan ungkapan yang

terdapat dalam Hadith Empat Puluh ialah petikan yang tedapat dalam Hadith ketujuh

belas:

ىل ع ان س ح الب ت ك الل ن إ":ال ق م ل س و هي ل ع ىاللهل ص الللو سهر ن ع

ي ش ليكه"ة ب االذيو ن هسح أ ف م تهب اذ ذ إو ة ل ت االقو ن هسح أ ف م تهل ت اق ذ إف ء

Daripada Rasulullah (s.a.w), sabdanya, sesungguhnya

Allah (s.w.t) mewajibkan kebaikan di atas setiap perkara,

apabila kamu membunuh, perbaikan pembunuhan

tersebut, apabila kamu menyembelih, perbaikan

sembelihan itu.373

Pengulangan ungkapan terdapat dalam lafaz ( انس ح ال ) yang ditampilkan dengan derivasi

masdar (kata dasar) pada permulaan dan derivasi kata kerja suruh ( او ن هسح أ ) pada

hujungnya. Hal yang sama berlaku pada frasa ( متهب ذ ) yang disusuli dengan lafaz ( ةب الذ ) Pengulangan yang terdapat dalam petikan yang disebutkan di atas mempunyai maksud

tersendiri. Perkara ini kerana pembunuhan yang dikehendaki dalam Hadith tersebut ialah

pembunuhan yang dihalalkan dalam Islam. Antaranya penyembelihan binatang yang

halal dimakan. Justeru, hubung kait pengulangan ungkapan dan mengemukakannya

dalam susunan ayat yang berbeza, dapat meningkatkan standard susunan tersebut serta

leksikologi.

6.1.4 Bermatlamat (intentionality) dan kebolehterimaan (acceptability)

Pertuturan pada asasnya merupakan salah satu aktiviti berterusan manusia.

Bahasa pertuturan dan ayat yang diungkapkan pada kebiasaannya menjadi wadah

interaksi dalam masyarakat. Bermatlamat dan tahap kebolehterimaan merupakan

373

Hadith riwayat Muslim no. 1955.

Univers

ity of

Mala

ya

235

elemen penting sesuatu wacana, lebih-lebih lagi jika wacana tersebut tidak lengkap

kohesi dan koherennya. Hal ini kerana aliran pendengar dan pembaca wacana perlu

dilihat sebagai pertimbangan kandungan teks wacana itu. Justeru, dengan melihat

kepada aliran tersebut, dapat menjelaskan ketidaksempurnaan teks itu, serta

matlamatnya menerusi peranan pendengar atau pembaca dalam memahami serta

mentafsirkan kaedah penghilangan (ellipsis) atau teks yang terputus dalam wacana.374

Bermatlamat dan kebolehterimaan merupakan dua peranan penting yang

terdapat pada pewacana dan pendengar ataupun pembaca. Ia menjadi antara faktor

penting yang terdapat dalam sesuatu teks mahupun wacana dari aspek komunikatif

dalam proses penganalisisan.

6.1.4.1 Bermatlamat dan kebolehterimaan dalam wacana

Dimaksudkan dengan bermatlamat ialah maksud pewacana dari mana-mana

struktur bahasa yang digunakan dalam mencapai standard kohesi dan koheren. Dengan

makna lain yang lebih menyeluruh, bermatlamat merujuk kepada sekalian kaedah atau

cara yang digembleng pewacana dalam mencapai hasrat serta matlamat menerusi

wacana tersebut. 375

Penggunaan bahasa bukan hanya untuk menzahirkan tutur kata sahaja, tetapi

juga untuk mencapai matlamat dalam peristiwa yang berlaku pada masa yang sama.

Terdapat banyak peristiwa yang berlaku ekoran daripada tutur kata dan sebagainya.

Sesuatu yang dituturkan dianggap pertuturan bahasa. Manakala perkara yang berlaku

seiring dengan pertuturan tersebut dikenali sebagai peristiwa bahasa ataupun tindak

374

De Beaugrande, Robert & Dressler, Wolfgang (1981), op.cit., hal 113. 375

Ibid.

Univers

ity of

Mala

ya

236

balas bahasa. Justeru, kita memerlukan niat serta keinginan dalam peristiwa yang

berlaku bagi mencapai matlamat dalam sesuatu aktiviti. Peristiwa tersebut ditentukan

secara umumnya sebagai karangan atau himpunan antara keinginan dan aktiviti yang

dilakukan. Pandangan sebegini berhadapan dengan beberapa persoalan, antaranya

bagaimana dihasilkan wacana, dan bagaimana wacana dapat dijelaskan dalam situasi

tertentu? Rentetan daripada kenyataan ini, teori tindak balas ayat memberi impak yang

ketara dalam bidang wacana kerana memberi tumpuan kepada fungsi dan peranan

wacana dalam konteks tertentu. Maka teori ini dapat digunakan sebagai petunjuk kepada

perkaitan antara gambaran dengan fungsi wacana, dan antara tutur kata dengan

perbuatan yang dilakukan. Perkara ini menunjukkan kepelbagaian fungsi tutur kata

dalam mencapai pelbagai tindak balas perbuatan. Sebagai contoh ayat, bolehkah kamu

membuka tingkap? Ayat ini memaksudkan soalan, permintaan, suruhan ataupun

keinginan penanya. Justeru, penggunaan bahasa di sini merupakan aktiviti berterusan

dalam melakukan tindak tanduk yang berterusan.376

Tindak tanduk dan perbuatan yang terhasil daripada wacana merupakan

tumpuan dalam pengajian wacana. Bahasa berbentuk isyarat juga digunakan untuk

mencapai matlamat pelaksanaannya. Antara ungkapan berbentuk isyarat ialah ‘saya

berjanji’ dan ‘saya menegaskan’. Penggunaan ungkapan ini sebenarnya menghasilkan

janji dan ketegasan. Tindak tanduk ini dikenali sebagai pelaksanaan (performative

verbs). Tindak tanduk sebegini biasanya digunakan dalam konteks ayat yang

mengutarakan matlamat pewacana yang jelas seperti konteks ayat dalam undang-

undang.377

376

Renkema, Jan (1993), op.cit., hal 21-22. 377

Johnstone, Barbara ( 2001), op.cit., hal. 199.

Univers

ity of

Mala

ya

237

Para pengguna bahasa pertuturan sering kali tidak mempedulikan

pemindahan maklumat secara langsung. Apabila seseorang ingin menyuruh orang lain

menutup pintu, dia mengemukakan beberapa ungkapan, sama ada secara langsung

ataupun tidak. Antara ungkapan tersebut ialah,

(a). tutupkan pintu (secara langsung)

(b). terdapat angin di luar (secara tidak langsung)

(c). bolehkah kamu menutup pintu ( cara beradab)

(d). adakah menjadi keberatan kamu menutup pintu (cara beradab)

Seorang pengkaji Jepun, Ueda (1974) menganalisis penggunaan bahasa yang tidak

secara langsung, dan mendapati ungkapan ‘tidak’ dalam bahasa Jepun mengandungi

enam belas petunjuk bahasa yang diguna pakai berdasarkan konteks situasi yang

tertentu. Manakala kajian yang dijalankan oleh Erving Goffman (1981) dianggap

sebagai sumber terpenting strategi etika berwacana yang mengambil kira status sosial

pewacana dengan pembaca serta pendengar, unsur kekuatan, dan kesannya terhadap

tahap etika dalam penganalisisan penggunaan bahasa secara tidak langsung.378

Pewacana bukan hanya mencipta strategi penghasilan wacana sahaja, tetapi

juga campur tangan dalam strategi pembaca atau pendengar. Orang yang bercakap

menggunakan pelbagai cara berbahasa dan lainnya supaya percakapan mereka difahami

sebagaimana dikehendaki. Kunci konteks (contextualization clues) merupakan kunci

atau unsur wacana yang menjadi fungsi di sebalik interaksi tersebut. Tanda wacana

(discourse markers) atau hubung kait dalam wacana menyumbang kepada penstrukturan

378

Johnstone, Barbara ( 2001), op.cit., hal. 201.

Univers

ity of

Mala

ya

238

keinginan pewacana. Hal ini menunjukkan peranan pewacana dalam strategi

pemahaman dan penguasaan wacana. 379

Kaedah penyusunan informasi atau kerangka maklumat yang terdapat

dalam wacana juga merupakan pendekatan yang menyumbang kepada strategi

penguasaan wacana. Perkara ini kerana pewacana perlu mempunyai keupayaan dalam

andaian yang bakal diingini pembaca atau pendengar. Justeru, proses penghasilan

wacana dan matlamatnya perlulah seiring dengan pelan yang berkesan untuk mencapai

matlamat yang diharapkan. Maka pembaca atau pendengar juga berkongsi peranan ini

dalam proses penghasilan serta penguasaan wacana, meskipun masih berada dalam

minda pewacana .380

Kebolehterimaan wacana berdasarkan matlamat pewacana dalam

wacananya ataupun menurut skop makna yang lebih luas adalah keinginan yang agresif

dalam perkongsian wacana. Ia memaksudkan keinginan pembaca atau pendengar dalam

menghasilkan pemahaman yang sama. Justeru, hal ini menunjukkan pembaca atau

pendengar memainkan peranan penting dalam proses penghasilan wacana. Tidaklah

menjadi keraguan bahawa teks dapat digemblengkan melalui pembaca atau pendengar.

Ia terhenti di atas tahap pengetahuan dan kepekaannya terhadap wacana serta

konteksnya. Pemahaman dan pentafsiran merupakan suatu aktiviti yang hanya

dilakukan oleh pembaca atau pendengar sahaja, tidak ada orang ketiga antara mereka.

Setiap individu mempunyai pandangan berbeza dalam memahami dan mentafsirkan

setiap teks. Begitu juga kandungan sesuatu teks berbeza dengan pengalaman masing-

masing secara umumnya. Maka proses pembacaan sebenarnya mencetuskan reaksi

379

Johnstone, Barbara ( 2001), op.cit., hal 204. 380

De Beaugrande, Robert & Dressler, Wolfgang (1981), op.cit., hal 132.

Univers

ity of

Mala

ya

239

antara teks dengan latar belakang pengetahuan pembaca, di samping keinginan yang

diharapkan daripada teks yang dibaca. Pengetahuan pembaca tentang bahasa yang

digunakan dalam teks juga dapat meningkatkan keupayaannya untuk menentu dan

menjelaskan ciri-ciri yang menunjukkan ke arah perkaitan kesatuan teks. Ia dapat

menghindarkan daripada penyelewengan pemahaman serta dapat menghilangkan

kekusutan yang berlaku. Perkara di atas ini menjadikan pembaca atau pendengar

mengetahui secara berkekalan tentang penyelewengan bahasa serta mampu

menjelaskannya. Di samping itu, kelemahan teks disebabkan unsur koheren yang

terputus tidak menjejaskan tahap penerimaan sesuatu teks, selagi kelemahan tersebut

berlaku dalam ruang yang dimaksudkan dari matlamat teks terbabit. Justeru, kita perlu

membezakan apa yang ditentukan dalam kaedah penentuan wacana dan tahap

penerimaan wacana itu sendiri.381

Seseorang pembaca wacana sebenarnya mencetuskan kesepaduan yang

berbeza-beza dalam pembacaan tersebut. Dia menyentuh aktiviti konteks untuk

menjelaskan pengetahuan baharu supaya kesepaduan dan kelangsungan teks dapat

dilaksanakan. Di sini, kemampuan pembaca untuk mengeluarkan informasi dan

kefahaman yang sepatutnya bergantung pada pengetahuan umum, matlamat pembacaan

dan kebiasaan penulisan. Begitu juga pemahaman pembaca tentang pemaknaan yang

terdapat dalam wacana tersebut berasaskan maklumat yang diketahui. Dia akan

berusaha mengembalikan struktur tugu yang terdapat dalam minda, (dan merupakan

matlamat penulis) untuk menjelaskan perkaitan logik antara topik yang dikemukakan

dalam wacana dengan maklumat yang ditunjukkan daripada perkaitan dalam menutup

ruang-ruang kosong dalam teks wacana itu.382

381

De Beaugrande, Robert & Dressler, Wolfgang (1981), op.cit., .hal 114. 382 Syabal, Muhammad ‘Azzat (2009), op.cit., hal. 35.

Univers

ity of

Mala

ya

240

Peranan pembaca atau pendengar amat penting dalam matlamat dan

penentuan tahap kebolehterimaan sesuatu wacana. Perkara ini kerana makna dan

struktur wacana terhasil daripada reaksi mereka dengan wacana tersebut. Pembaca

dianggap sebagai pencetus bersama (dengan pewacana) terhadap makna, kepentingan

dan nilai sesuatu wacana. Dia memegang peranan penting dalam strategi pemahaman

wacana. Perjalanan proses penghasilan dan pemahaman tidak lagi hanya disandarkan

kepada pewacana sahaja, bahkan perbincangan wacana antara tiga pihak, pewacana,

wacana, dan pembaca atau pendengar. Hal ini kerana pembaca atau pendengar adalah

yang bertindak dalam teks, mengeluarkan maknanya serta menentukan kelangsungan

wacana tersebut. Ia memaksudkan bahawa pembaca atau pendengar merupakan rakan

kongsi pewacana dalam menentukan makna. Di sini jelaslah tahap kepentingan

matlamat serta kebolehterimaan sesuatu wacana dalam menonjolkan proses penghasilan

teks sebagai proses berterusan.

6.1.4.2 Bermatlamat dan kebolehterimaan dalam Hadith Empat Puluh

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, Imam Nawawi (r.a) menyusun

koleksi Hadith ini dan menamakannya Hadith Empat Puluh. Dalam muqaddimah

Hadith Empat Puluh, beliau menjelaskan matlamat pengumpulan koleksi Hadith ini

dengan katanya:

دي ث ااقتداء ب " ج ع أر ب عي ح ت ع ال الل ت خ ر ته اس ةم ئال ءل ؤهو ق د اظف حهو مل ع ال الم ع ال لائض ف ف في عالض ثي دال بلم ع ال ازو ىج ل ع اءهم ل العهق ف ات دق و مل س ال

فم ل س و هي ل ع ىاللهل ص هلو ىق ل ع ل ب ثي داال ذ ىه ل ع ي ادم تاع س ي ل اف ذ ه ع م و ر ض ن "م ل س و هي ل ع ىاللهل ص هلو ق و "ب ائالغ مهكهن مدهاهالش غ ليب يهل"ةح ي حالص ثي ادح ال

ك اه د افأ اه ع و ف تال ق م ع س أ ر ام الله "اه ع اس م ا

Univers

ity of

Mala

ya

241

Aku memohon kepada Allah (s.w.t) agar diberi pilihan yang baik

dalam mengumpulkan empat puluh Hadith kerana mencontohi para

iman yang mengetahui dan penjaga agama Islam. Para ulama

bersepakat mengharuskan berdalil dengan Hadith Da‘if (lemah) dalam

amalan yang lebih (bukan amalan yang wajib). Meskipun begitu, aku

tidak berpegang dengan Hadith Da‘if ini, tetapi berpegang dengan

Hadith Rasulullah (s.a.w) dalam beberapa Hadith Sahih, antaranya

Hadith yang bermaksud “hendaklah sampaikan orang yang hadir

dalam kalangan kamu kepada orang yang tidak hadir” dan “Allah

(s.w.t) mengelokkan muka orang yang mendengar perkataan aku, dia

menghafal, dan melaksanakannya sebagaimana didengarinya”383

Petikan di atas jelas menunjukkan matlamat Imam Nawawi daripada pengumpulan dan

penghasilan koleksi Hadith ini, iaitu mencontohi para imam dan penjaga agama Islam

supaya karya ini dapat sampai kepada golongan sasaran. Terdapat ramai dalam kalangan

ulama yang mengumpulkan empat puluh Hadith dengan pelbagai perbincangan yang

khusus, antaranya bidang usuluddin, jihad, zuhud, etika dan pidato. Kesemuanya

mempunyai matlamat yang baik. Namun menurut Imam Nawawi lagi, koleksi Hadith

yang dihimpunkan ini terlebih baik kerana mengumpulkan Hadith dalam pelbagai

bidang, dan setiap Hadith yang terdapat di sini merupakan kaedah agama yang penting

seperti dinyatakan oleh para ulama, iaitu paksi agama, separuh agama, sepertiga

daripadanya atau lain-lain lagi. Di samping itu, kesemua Hadith yang terdapat dalam

koleksi ini adalah Hadith Sahih yang kebanyakan disunting daripada koleksi Hadith

Sahih yang diriwayatkan serta dinilai oleh al-Bukhariyy dan Muslim.384

Tahap kebolehterimaan Hadith Empat Puluh adalah tinggi. Hal ini kerana

koleksi Hadith ini merupakan Hadith Sahih seperti yang dinyatakan di atas, di samping

populariti Hadith yang terdapat di sini tersebar secara meluas. Perawi utamanya pula

terdiri dari kalangan sahabat Rasulullah (s.a.w) yang rata-ratanya amat menyerlah dalam

383

Al-Bugha, Mustafa & Mistu, Muhyi al-Din.(2007), op.cit., hal 9. 384

Ibid.

Univers

ity of

Mala

ya

242

periwayatan Hadith. Elemen penceritaan juga memainkan peranan penting penerimaan

sesuatu wacana, khususnya Wacana Nabawi ini. Di sana terdapat beberapa watak utama

dalam sesuatu Hadith yang terdiri daripada perawi, sahabat yang berkaitan dengan isu

dan pendengar atau pembaca, di samping itu unsur masa dan tempat berlaku perkara itu.

Unsur positif yang berbentuk didikan, motivasi serta inspirasi menjadi perkara penting

dalam tahap penerimaan Hadith Rasulullah (s.a.w).

6.1.5 Intertekstualiti

Intertekstualiti memfokuskan perbincangan perkaitan teks dalam

pemahaman dan pentafsiran yang merangkumi proses penghasilan dan penerimaan teks

tersebut. Intertekstualiti adalah salah satu ciri penting teks dan sebahagian daripada cara

perkaitan teks dengan teks terdahulu. Kepentingan perkaitan analisis wacana dengan

teks terdahulu merupakan rentetan daripada pengaruh kebahasaan yang dipelopori oleh

seorang pengarang Rusia, Mikail Bakhtin. Usaha ini diteruskan oleh seorang pengkaji

Perancis, Julia Kristiva. Beliau mengaitkan takrifan intertekstualiti dengan cara atau

kaedah penganalisisan teks dengan teks lain, atau penghasilan teks daripada teks lain. 385

Seperti mana piawaian yang dinyatakan sebelum ini, intertekstualiti juga

ditampilkan sebagai piawaian penting dalam ketekstuan wacana. Hal ini dibincangkan

dalam subtajuk di bawah.

385

Johnstone, Barbara ( 2001), op. cit., hal. 139.

Univers

ity of

Mala

ya

243

6.1.5.1 Intertekstualiti dalam wacana

Kedapatan banyak takrif intertekstualiti dari pelbagai aspek berasaskan cara

atau kaedah interaksi teks dengan teks yang lain, ataupun teks lain sebagai panduan

sesuatu teks. Kenyataan di atas memaksudkan bahawa intertekstualiti ialah perkaitan

atau hubungan teks dengan teks lain daripada pelbagai aspek. Dengan kata lain,

intertekstualiti adalah hubung kait antara dua teks ataupun lebih, dalam menentukan

keberkesanan kaedah bacaan teks daripada teks yang lain.386

Secara umumnya, takrif di atas merujuk kepada keluar masuk (over lapping)

yang berlaku dalam teks, tindak balas atau perbincangan antara kandungan teks.

Intertekstualiti bukan bermaksud memasukkan unsur warisan (turath) ke dalam teks,

tetapi mengadaptasikan turath ke dalam teks secara ulangan melalui tanggung jawab

atau kesedaran dalam bentuk baharu. Teks yang ditampilkan itu seolah-olah menyerupai

potret yang memberi pelbagai erti dari dimensi yang berbeza, atau boleh juga dikatakan,

teks tersebut terhasil dalam variasi baharu daripada gabungan teks-teks lain. Teks tidak

menghasilkan struktur yang tertutup, tetapi ia menjadi medan pengaktifan teks lain. Hal

ini kerana kandungan teks adalah tindak balas dan reaksi daripada beberapa teks lain.

Ruang dalam teks sentiasa terbuka untuk menerima unsur luaran daripada teks lain, dan

akhirnya menjadikan teks tersebut berbeza daripada teks-teks sebelumnya. Justeru,

intertekstualiti amat penting dalam membantu penghasilan wacana serta penerimaannya

sebagai informasi interaktif pewacana dan pendengar atau pembaca dengan tek-teks

lain.387

386

Annaniyy, Muhammad (1996), al-Mustalahat al-Adabiyyat al-Hadithat Dirasat wa Mu‘jam,

Kaherah: al-Syarikat al-Misriyyat al-‘Alamiyyat,. hal. 46. 387

De Beaugrande, Robert & Dressler, Wolfgang (1981), op. cit., hal. 182.

Univers

ity of

Mala

ya

244

Sumber rujukan intertekstualiti dapat dibahagikan kepada tiga kategori:

(i) keterpaksaan yang memberi impak secara semula jadi dan spontan serta

paksa reda dalam masa yang sama. Sumber ini kebiasaan ditemui dalam

sesetengah wacana penulisan yang menggunakan ungkapan ‘ingatan’, iaitu

warisan umum berbentuk peribadi. Sumber sebegini didapati dalam banyak

keadaan sebagai konsep kerelaan, seperti kecenderungan langsung penyair

kepada syair orang lain, ataupun konsep spontan, seperti keterikatan penyair

secara tidak disedari dengan batasan kebudayaan ketika pembelajaran dan

persekitarannya dahulu. Antara contoh kategori ini dalam puisi klasik Arab

ialah mengamati kesan kemusnahan (al-waqfat al-talaliyat)

(ii) dalaman yang menunjukkan intertekstualiti terhasil dari dalam teks tersebut.

Antaranya, pewacana memasukkan isu yang melibatkan dirinya dalam suatu

ketika, sedangkan pada waktu itu dia menghasilkan wacana.

(iii) pilihan yang menjadi keinginan pewacana dengan disunting dari wacana

sebelumnya. Sumber inilah sebenarnya yang diingini pewacana. 388

Secara umumnya, intertekstualiti merupakan fenomena jalinan bahasa yang

dikaitkan dengan latar belakang pengetahuan atau pengetahuan terdahulu, di samping

andaian dan perangkaan yang dikemukakan dalam teks bagi menghasilkan makna.

Kesemua ini diambil dan dicedok daripada teks-teks lain. Maka tidak hairanlah terdapat

sedikit persamaan dalam penghasilan teks dan pemahamannya antara tradisi sastera dan

pemaknaan dalam kalangan pewacana dan pembaca atau pendengar. Perkara ini

menjadi lumrah dalam menjayakan proses interaksi berterusan. Justeru, tidak terdapat

teks yang tidak mempunyai kaitan dengan teks lain, mahupun secara tidak langsung

sekalipun. Akan tetapi teks dianggap terbuka dari aspek pemaknaan dan interaktif.

388

Syabal, Muhammad Azzat (2009), op. cit., hal 76.

Univers

ity of

Mala

ya

245

Maka intertekstualiti bukanlah bermaksud mengundur ke belakang kepada warisan

pengetahuan sahaja, mengembalikan ingatan kepadanya, ataupun interaksi dalam

sesuatu teks wacana dengan tidak mempunyai falsafah atau matlamat. Intertekstualiti

sebenarnya suatu proses yang bermatlamat, antaranya melaksanakan proses

kesusasteraan supaya dapat menghasilkan interaksi yang seimbang dan berjaya antara

pewacana dengan pendengar atau pembaca. Sebenarnya, kepentingan intertekstualiti ini

dalam konteks kesusasteraan dengan tidak dibatasi elemen terdahulu dan terkemudian

dalam arus pemodenan sastera serta perkembangannya.389

Kajian penghasilan dan pemahaman wacana dengan didasari intertekstuali

mendapat tempat sebagai piawaian penting. Asas utama penghasilan sesuatu wacana

adalah pengetahuan pewacana dalam wacana tersebut, dan wacana akan menjadi

tumpuan pemahaman itu. Kombinasi pemahaman dan penguasaan teks, dalaman serta

luaran dapat memungkinkan pembaca atau pendengar untuk membentuk konsep

kesusasteraan yang jitu dan mantap. Terdapat beberapa kajian mutakhir ini dan

mencetuskan beberapa teori tentang perkara ini, kajian kebahasaan dan kajian psikologi

bahasa yang mencetuskan teori bingkai (frame theory), skrip (scripts) dan senario

(senarios). Teori tersebut dapat membantu dalam mengatur strategi penguasaan wacana.

Pembaca atau pendengar mendapati kemaslahatan dan faedah tertentu yang terdapat

dalam wacana, di samping pengetahuan maklumat susunan wacana yang tersimpan

sebagai usaha memahami wacana tersebut. Hakikatnya, teori-teori di atas bersepakat

dalam mengetengahkan kepentingan pengetahuan sampingan yang diperlukan dalam

penghasilan dan pemahaman atau penguasaan wacana. Hal ini menunjukkan fungsi

ingatan amat penting sebagai penstrukturan semula dalam proses penghasilan dan

penguasaan ini. Justeru, latar belakang pengetahuan atau pengetahuan yang terpendam

389

Al-Ghabariyy, ‘Iwad (2003), Dirasat fi Adab Misr al-Islamiyyat, Kaherah: Dar al-Thaqafat

al-‘Arabiyyat, hal 226.

Univers

ity of

Mala

ya

246

dalam minda, dan dijelmakan dalam wacana menjadi elemen penting penghasilan

wacana. Ingatan yang tercetus daripada bacaan dan penguasaan wacana pula menjadi

jaringan yang dapat menghasilkan hubungan bagi mengeluarkan maklumat serta

informasi yang tersimpan dalam minda.390

Kepentingan tindak balas yang terhasil daripada kombinasi pengetahuan

yang tersimpan dalam minda (stored knowledge) dengan informasi yang dikemukakan

dalam teks (text presented knowledge), terhasil dari ujian pengulangan maklumat. Hal

ini berlaku apabila penambahbaikan, perubahan, dan pembuangan yang dilakukan

dalam ujian tersebut membuktikan beberapa strategi digunakan dalam tindak balas

antara informasi yang terkandung dalam teks dengan yang tersimpan dalam minda.

Maka informasi yang terkandung dalam teks terbabit terhasil daripada kefahaman dan

pengulangan ingatan, sekiranya informasi ini selari dengan konsep informasi tersimpan

tadi, ataupun dapat dikaitkan dengan unsur luaran yang sesuai dengan mana-mana

konsepnya. Perubahan yang dimasukkan ke dalam informasi yang dikemukakan teks

sebagai proses pengulangan berlaku kerana membentuk kesepaduan yang baik dengan

konsep informasi tersimpan. 391

Penghasilan wacana bukanlah aktiviti inovasi tunggal sahaja, tetapi juga

melibatkan pengetahuan pewacana dengan wacana lain, sama ada secara langsung

mahupun tidak. Maka dalam bidang sastera contohnya, seseorang pewacana

mengemukakan wacana dengan memberi hak kebebasan kepada dirinya daripada

kepelbagaian konsep wacana yang ada di sekeliling melalui topik serta situasi, ataupun

gambaran yang digunakan dalam sesuatu wacana.

390

Syabal, Muhammad ‘Azzat (2009), op. cit., hal. 78. 391

Syabal, Muhammad, ‘Azzat (2009), op. cit., hal 79.

Univers

ity of

Mala

ya

247

6.1.5.2 Intertekstualiti dalam Hadith Empat Puluh

Kepelbagaian intertekstualiti dalam Hadith Empat Puluh membuktikan

tahap pengetahuan luas yang dimiliki oleh Rasulullah (s.a.w) dalam pembentukan

wacana Hadith tersebut, khususnya intertekstualiti daripada al-Qur’an. Rasulullah

(s.a.w) merupakan pakar bahasa yang memahami konsep bahasa secara menyeluruh.

Ciri serta tabiat Hadith menjadi elemen penting dalam penentuan intertekstualiti supaya

selari dengan pembentukan Hadith.

Hadith Rasulullah (s.a.w) merupakan sumber penjelasan dan istinbat yang

kedua selepas al-Qur’an al-Karim. Maka tidak hairanlah, Hadith sentiasa berada seiring

dengan al-Qur’an dalam apa jua aspek merangkumi hukum hakam, kebahasaan,

kebudayaan, kesenian dan sebagainya.

al-Qur’an sebagai sumber utama sering kali dikaitkan dengan intertekstualiti

dalam Hadith. Antaranya Hadith kesepuluh:

الل ن إ":م ل س و هي ل ع ىاللهل ص الللهو سهر ال ،ق ال ق ههن ع اللهي ضر ة ر ي ر ههب أ ن ع ر م أ الل ن إاو ب ييط ل إلهب ق ي ل ب ييط

ه نمؤ امل هبر م اأ ب ي

ه لس ر امل اه ي اأ ي "ال ق ،ف ي

كهو ن هآم ن ي االذيه ي اأ ي "ال ع ت ال ق و "اال اص و لهم اع و ات ب ييط ن امو لهكهلهسهالره ن امو لهال إهي د ي د هر ب غ أ ث ع ش أ ر ف الس لهي طيهل جهالرهر ك ذ ثه "م اكهن ق ز ار م اتب ييط

امر ال بي ذغهو ام ر ح ههسهب ل وم ام ر ح ههبهر ش م و ام ر ح ههمهع ط م بيار ي بيار ي اءم الس

"ههل ابهج ت س يهن أ ف

Daripada Abu Hurayrat (r.a) katanya, sabda Rasulullah (s.a.w),

“sesungguhnya Allah adalah yang baik, Dia tidak menerima

melainkan yang baik, Allah menyuruh orang beriman dengan

apa yang disuruh kepada para rasul, firman Allah Taala “wahai

para rasul, makanlah daripada makanan yang baik dan kerjakan

amalan soleh”, firman-Nya lagi “wahai orang yang beriman,

Univers

ity of

Mala

ya

248

makanlah makanan yang baik daripada rezeki yang kami

berikan, kemudian Baginda menyebut tentang seorang lelaki

yang memanjangkan jarak perjalanan, kusut masai rambutnya,

berdebu rambutnya, mengangkat kedua belah tangan ke langit

seraya berkata wahai tuhanku, wahai tuhanku, makanannya

bersumberkan haram, minuman bersumberkan haram, dan

pakaian bersumberkan haram, serta diberi makan dengan

makanan haram, bagaimana diperkenankan doanya”.392

Konsep intertekstualiti begitu jelas dalam Hadith di atas. Rasulullah (s.a.w)

mengemukakan dua petikan ayat al-Qur’an:

(a) " اال اص و لهم اع و ات ب ييط ن امو لهكهلهسهاالر ه ي اأ ي" (surah al-Mu’minun (23) :51)

(b) " كهو ن هآم ن ي االذيه ي اأ ي "م كهنا ق ز ر ام ات ب ييط ن امو لها (Surah al-Baqarat (2): 172)

Sumber intertekstualiti di sini amat penting dalam menyerlahkan keberkesanan Hadith

yang dinyatakan itu. Perkara ini dapat meninggalkan kesan kepada pendengar mahupun

pembaca tentang mesej yang ingin disampaikan. Ia juga membuktikan pemahaman

Rasulullah (s.a.w) tentang kesatuan idea yang terdapat dalam ayat al-Qur’an serta dapat

diaplikasikan pemahamannya kepada Hadith. Justeru, hubung kait antara teks wacana

dengan konteksnya begitu penting kerana maksud yang ingin disampaikan terhasil

daripada respons kedua-duanya. Maka tahap pengetahuan Rasulullah (s.a.w) dengan

menggunakan konsep intertekstualiti (iaitu mengemukakan kedua-dua petikan ayat

tersebut) dianggap salah satu daripada elemen penting dalam pentafsiran serta

pemahaman Hadith di atas. Dalam waktu yang sama dapat membuktikan hubung kait

antara intertekstualiti dan konteks pengetahuan pewacana amat penting.

392

Hadith riwayat Muslim no. 1015 dan Tirmiziyy no. 2992.

Univers

ity of

Mala

ya

249

Antara sumber intertekstualiti lain yang terdapat dalam koleksi Hadith

Empat Puluh adalah berasaskan sumber sejarah. Elemen ini terdapat dalam Hadith kedua

puluh:

الللهو سهر ال ،ق ال ق ههن ع اللهي ضر ييرد ب ال ييارص ن وال ر م ع نب ة ب ق عهد و عهس م ب أ ن ع

يح ت س ت ال ذ إ:ل و الهةو ب هالنهمل ك ن ماسهالن ك ر د اأ م ن إ":م ل س و هي ل ع ىاللهل ص

"ت ئ اشم ع ن اص ف

Daripada Abu Mas‘ud, ‘Uqbat bin Amr al-Ansariyy al-Badriyy (r.a)

katanya, sabda Rasulullah (s.a.w): “setengah daripada perkara yang

didapati oleh manusia daripada ungkapan kenabian dahulu kala ialah

ungkapan “apabila engkau tidak merasa malu, lakukan apa yang kamu

inginkan”.393

Sumber intertekstualiti dalam Hadith ini menunjukkan pengetahuan Rasulullah (s.a.w)

tentang informasi yang berkaitan dengan sejarah para nabi terdahulu. Rasulullah (s.a.w)

yang merupakan insan yang dipilih oleh Allah (s.w.t), mempunyai kriteria yang

memungkinkan baginda mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui oleh

kebanyakan manusia, meskipun platform mencari ilmu dan maklumat pada waktu

tersebut tidak secanggih masa sekarang. Hal ini membuktikan kepelbagaian dan sumber

intertekstualiti menjadi kayu pengukur kepada tahap pengetahuan pewacana dari satu

aspek, dan menjadi petunjuk di atas tabiat wacana serta kesinambungannya dengan

warisan dari aspek yang lain, hingga menjadi salah satu dari ciri istimewa Hadith

Rasulullah (s.a.w).

6.1.6 Superstruktur (superstructures) dan genre wacana

Superstruktur teks adalah elemen penting sebagai kaedah penyusunan teks

wacana. Ia bukan hanya dapat menjelaskan teks berikut, bahkan dapat mengehadkan

393

Hadith riwayat Bukhari no. 3296 dan no. 5769, Abu Dawud no. 4796, dan Ibn Majah no. 4183.

Univers

ity of

Mala

ya

250

struktur keseluruhan teks terbabit. Pemilihan struktur teks bersesuaian dianggap sebagai

salah satu ketentuan utama dalam penghasilan teks wacana. Hal ini kerana wacana

mengandungi kerangka struktur (form structure) dan superstruktur atau kerangka

wacana, di samping struktur makna. Penstrukturan utama ini merujuk kepada

keupayaan berbahasa dan interaksi seseorang. Terdapat beberapa takrifan superstruktur

ini, antaranya kerangka kebiasaan yang mengemukakan konsep umum kandungan

utama wacana.394

Superstruktur juga bermaksud strategi yang menentukan konsep

keseluruhan teks berpandukan kaedah kebiasaan. Kerangka superstruktur terdiri

daripada keupayaan berbahasa dan interaksi seseorang yang merupakan tabiat

kebiasaan. 395

Van Dijk mendefinisikannya sebagai skema yang dikonvensyenkan bagi

mengglobalkan bentuk isi sesuatu wacana. Manakala Fairclough pula menamakannya

seni bina teks, dan terkadang dinamakan juga skemata teks. Justeru, superstruktur

adalah berkenaan struktur bentuk wacana atau kerangkanya.396

6.1.6.1 Superstruktur dan genre dalam wacana

Genre atau jenis wacana mempunyai bentuk atau superstruktur tersendiri.

Superstruktur sedemikian mengandungi kategori konvensyen yang memperlihatkan

sama ada susunan secara mendatar (linear) ataupun menegak (hierarki). Susunan itulah

yang menentukan dahulu-kemudian kehadiran sesuatu isi dalam teks. Struktur secara

menegak hanya merangka bentuk wacana secara kering. Manakala struktur secara

mendatar pula merangkakannya secara lebih berisi. Dikatakan berisi kerana rangka yang

dicerakinkan itu berupaya membayangkan isi wacana. Unsur adat kebiasaan tentang

informasi menyusun atur kemahiran dan pengetahuan, dapat diketengahkan dalam

394

Renkema, Jan (1993), op. cit., hal. 61. 395

Syabal, Muhammad Azzat (2009), op. cit., hal 243. 396

Idris Aman( 2014 ), op.cit., .hal 44.

Univers

ity of

Mala

ya

251

mewujudkan kepintaran. Meskipun kedapatan pelbagai genre wacana, unsur ini

sebenarnya dapat membantu pembaca dalam memahami kandungan teks serta

memungkinkan mereka untuk meringkas dan menstrukturkan susunan teks supaya dapat

difahami. Hal ini memudahkan pembaca memahami kandungan teks, walaupun secara

terasing daripada ayat selepas ataupun sebelum.397

Superstruktur ini berbeza dengan struktur global wacana. Perkara ini kerana

superstruktur memfokuskan kerangka penyusunan teks. Manakala struktur global pula

menumpukan kepada kandungan ataupun maksud umum sesuatu teks.398

Struktur global

menjadi penunjuk dalam menghasilkan beberapa konsep hubung kait antara ayat dengan

kefahaman teks. Justeru, hubungan erat struktur ini dengan keperluan pengetahuan amat

diharapkan. Superstruktur berbeza daripada aspek di atas. Ia seumpama struktur nahu

yang memfokuskan kaedah kebiasaan atau struktur umum.

Tidak terdapat teori khusus tentang pembentukan superstruktur wacana

melainkan beberapa teori umum yang diharapkan dapat membantu penstrukturan utama

wacana. Antaranya teori BPSE yang diperkenalkan oleh Raphael Salkie. Teori ini terdiri

daripada empat unsur:

(a) Latar belakang (background). Ia menjawab persoalan yang terkandung dalam

wacana tentang masa, tempat, watak dan sebagainya, daripada unsur-unsur yang

terkandung dalam sesuatu wacana serta perlu diketahui sebagai kesinambungan

teks berikutnya.

(b) Permasalahan (problem). Ia menjadi kunci penstrukturan wacana dan

memudahkan proses gabung jalin kesatuan wacana serta pemahamannya, di

397

Murray, Singer (1990), Psyhology of language: an introduction to sentence and discourse

process, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, hal. 192. 398

Renkema, Jan (1993), op. cit., hal 61.

Univers

ity of

Mala

ya

252

samping mengemukakan jawapan mengenai permasalahan atau persoalan yang

terdapat dalam wacana tersebut.

(c) Penyelesaian (solution). Ia berkaitan penyelesaian masalah dalam sesuatu

wacana, menjawab teka-teki, mengatasi halangan ataupun membaiki

kekurangan.

(d) Evolusi (evaluation). Ia mengemukakan cara penyelesaian terbaik bagi masalah

yang terdapat dalam wacana tersebut.

Menurut Salkie lagi, teori atau konsep BPSE ini tidak jelas dan menonjol dari

sesetengah wacana secara langsung, tetapi teori ini dapat diaplikasikan dari konteks

wacana tersebut. Begitu juga, seandainya pembaca dapat mempraktikkan unsur-

unsur di atas dalam sesuatu wacana, kerana kemungkinan susunan unsur ini

dipelbagaikan dengan variasi yang berbeza-beza.399

Penceritaan (naratif) adalah kehidupan atau sejarah yang terhasil daripada

peristiwa yang berlaku dan dianggap sebagai aktiviti. Ia juga menjadi alatan asas

dalam memindahkan pemikiran dalam gagasan berita yang berterusan serta diingati.

Kepelbagaian wacana naratif terhasil daripada pendengaran, penulisan, pergerakan,

penggambaran atau muzik. Kesemua ini melahirkan pelbagai wacana yang

bersambung-sambung.

Superstruktur wacana naratif memerlukan latar belakang sejarah sebagai

penstrukturan naratif. Hal ini dijelaskan oleh Vladimir Bropp (1928) dalam

kajiannya mengenai kisah dongeng. Perkara di atas mendapat sambutan

memberangsangkan, lebih-lebih lagi selepas kemunculan terjemahan berasaskan

bahasa Inggeris (1986). Kajian ini menjadi titik tolak penting dalam penstrukturan

399

Raphael, Salkie (1995), Text and discourse analysis, London: Routledge, hal 91-93.

Univers

ity of

Mala

ya

253

naratif. Bropp menjelaskan dalam kajiannya, berkaitan dengan kisah tersebut

tentang kebarangkalian kepelbagaian motif serta topik yang berkaitan dengan kisah

ini, namun tidak menolak kemungkinan kedapatan asas yang konkrit bagi motif

kisah tersebut. Perkara ini memungkinkannya sebagai kesinambungan daripada

prinsip asas yang dinyatakan oleh Socrates mengenai unsur komedi, tragedi, dan

perwatakan. Kesemua unsur ini termasuk dalam analisis penstrukturan naratif.400

William Labov dan Joshua Waletzky (1967) mengemukakan kajian tentang

penstrukturan naratif daripada pandangan ilmu sosiolinguistik dalam mengaitkan

ciri sosial pencerita dengan struktur naratif. Kajian ini membuahkan hasil yang

umum dalam penstrukturan naratif seperti berikut:

(i) abstrak yang terkandung dalamnya informasi tentang watak, unsur masa dan tempat

serta situasi. Bahagian ini bukalah satu kemestian kerana dinafikan dalam sesetengah

kisah atau cerita

(ii) orientasi (orientation) yang merangkumi penjelasan kepentingan kisah serta

keinginan untuk mengetahuinya.

(iii) kerumitan (complication) kisah yang merupakan struktur utamanya

(iv) resolusi (resolution) yang menjadi pengiring kepada kerumitan hingga

membantutkan dalam sesetengah kisah

(v) babak akhir (coda) yang merangkumi sejumlah ayat atau perenggan. 401

Penelitian daripada ilmu psikolinguistik dengan penumpuan terhadap aspek

psikologi naratif juga memainkan peranannya dalam penstrukturan naratif. Perkara ini

400

Dijk, Van (1997), Discourse as structure and process, London: Sage Publications, hal 194. 401

Dijk, Van (1997 ), op..cit., hal 195. Lihat juga Renkema, Jan (1993), op. cit., hal 121-122.

Univers

ity of

Mala

ya

254

dibuktikan oleh Feldman (1989) dan Bruner (1990) dengan perkaitan yang ketara antara

genre naratif dengan landskap minda (mental landscape) yang merangkumi situasi

keaktifan, akhlak, dan sudut pandang. Ia memaksudkan persekitaran psikologi dapat

mewarnai perwatakan dalam satu-satu kisah serta menentukan unsur latar belakangnya.

Begitu juga peranan watak-watak tersebut dalam proses penstrukturan ingin tahu babak

selanjutnya, di samping perkaitan yang terhasil serta kesan yang berlaku daripada

rangsangan psikologi tersebut.402

Terdapat beberapa teori lain tentang penstrukturan naratif sejak teori yang

dikemukakan Bropp dalam memperkatakan kisah secara keseluruhan di samping teori

penstrukturannya. Kisah mengandungi unsur-unsur nahuan yang mempunyai kaedah-

kaedah tersendiri, dan bercanggah kandungannya dengan struktur naratif atau sintaksis

kisah (syntax story) itu sendiri. Hal ini diketahui dalam kajian John Mandler (1977)

yang membincangkan struktur naratif. Didapati kisah-kisah berteraskan konsep

problem-penyelesaian secara kronologi berlaku (problem-solving pattern) dengan

mengambil kira pemahaman latar belakang yang terdapat dalam setiap ruang kisah.

Perkara ini menjangkaui aspek fizikal dalam situasi tempat dan masa, serta aspek sosial

yang merangkumi psikologi persekitaran yang mendahului permulaan kisah. Sebagai

meraikan struktur naratif yang menjadi asas kunci peristiwa (key event), permulaan

peristiwa (initiating event), tindakan rumit (complicating action), peristiwa yang

digalakkan (inciting event), peristiwa yang tidak disangka, di luar kebiasaan ataupun

berbagai-bagai, ia sebenarnya dapat menyempurnakan proses penceritaan kisah

tersebut, dan peristiwa ini menjadi tumpuan di dalamnya.403

402

Dijk, Van (1997 ), op.cit., hal 196. 403

Renkema, Jan (1993), op. cit., hal 197-199.

Univers

ity of

Mala

ya

255

Segala kenyataan dan keterangan yang dinyatakan di atas merupakan

pengertian superstruktur dan peranan serta fungsinya dalam proses pemahaman teks.

Begitu juga kepentingannya dalam usaha penghasilan teks, seterusnya menentukan teori

sesuatu teks.

6.1.6.2. Superstruktur dan genre wacana dalam Hadith Empat Puluh

Penstrukturan Wacana Nabawi yang terdapat dalam Hadith Empat Puluh ini

merupakan satu proses yang terhasil daripada maklumat yang ingin disampaikan dalam

wacana tersebut. Ia juga memberi petunjuk kepada kerangka wacana sebagai faktor

utama dalam pemahamannya. Hadith Empat Puluh ini termasuk dalam genre wacana

naratif dari aspek kerangka atau bingkainya. Persoalan yang timbul di sini, apakah kunci

yang dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang wacana naratif? Dalam

menjawab persoalan ini perlu diperhatikan kepada beberapa aspek wacana tersebut:

(i) tema wacana dan sub tema

Tema wacana yang dimaksudkan di sini ialah tajuknya, iaitu Hadith Empat

Puluh susunan al-Nawawi. Manakala sub tema atau tema dalaman merangkumi Hadith

yang terdapat dalam koleksi ini, seperti Hadith pertama, Hadith kedua, Hadith ketiga

dan seterusnya. Maka tema membentuk struktur utama wacana ini dan menjadi panduan

pembaca kepada sesuatu Hadith. Justeru, pembaca dapat menentukan tema yang dipilih,

meneruskan bacaan sekiranya berminat, menentukan tahap penerimaan sesuatu Hadith,

tahap kerumitan Hadith serta kedapatan unsur yang menarik perhatiannya. Tema yang

terdapat dalam koleksi ini merupakan elemen penting yang dapat menarik pembaca

untuk meneruskan tatapan dan bacaan tersebut

Univers

ity of

Mala

ya

256

(ii) ungkapan utama

Ia bermaksud ungkapan yang berulang dalam Hadith seperti ( نب ر م عهن عابط اخل ) Ungkapan ini menggunakan kata hubung ( نع ). Kata hubung ini dan

penghubung seperti yang disebut di atas ( ابط اخل نب ر م عهن ع ) mengaitkan peranan perawi

dalam proses penyebaran Hadith yang merupakan elemen penting ketulenan sesuatu

Hadith. Dalam ilmu Hadith, ia dikenali sebagai sanad. Hal ini kerana tradisi musyafahat

(pemindahan maklumat secara lisan) yang berlaku dalam masyarakat Arab,

menunjukkan peranan perawi begitu menyerlah kerana melibatkan fakta sejarah mereka.

Meskipun begitu, peranan perawi berkurangan selepas kurun kedua Hijrah dengan

kemunculan proses pembukuan ilmu. Manakala matan Hadith pula terdiri daripada latar

belakang yang mengandungi watak, waktu dan tempat. Latar belakang menjadi konteks

cerita atau isu dalam sesuatu Hadith. Maka unsur yang terdapat dalam latar belakang

terserlah sejak permulaan penceritaan Hadith. Sebagai contoh, perkara ini dapat dilihat

dalam Hadith kesembilan belas:

ىاللهل ص بيالن ف ل خ تهن كهال اق م ههن ع اللهي ضر اسب الع نب اللدب ع اسب الع ب أ ن ع

الل ظف اح ك ظ ف ي الل ظف اح ات م لك ك مهليع أهنيإمهل اغهي "ال ق اف م و ي م ل س و هي ل ع ول ة م الهن أ م ل اع و اللبن عت اس ف ت ن ع ت ااس ذ إو الل لأ اس ف ت ل أ اس ذ إك اه ت ههد ت

ي ش بك و عهف ن ي ىأن ل ع ت ع م ت اج ي ش بل إك و عهف ن ي ل ء

او عهم ت اج نإو ك ل اللهههب ت ك د ق ء

ي ش بك و ر ضهي ىأن ل ع ي ش بل إك و ر ضهي ل ء

تف ج و مهل ق ال تع فرهك ل اللهههب ت ك د ق ء

"فهحهالصه

Daripada Abu al-‘Abbas (r.a) katanya, aku berada di belakang Nabi

(s.a.w) di atas binatang tunggangannya pada suatu hari, sabda baginda

“hai budak! Aku ajarkan kamu beberapa patah perkataan, peliharalah

Allah, Allah akan memelihara kamu, peliharalah Allah, kamu akan

dapati-Nya di hadapan kamu, apabila kamu meminta, mintalah dari

Allah, apabila kamu pohon pertolongan, pohonlah dari Allah. Dan

ketahuilah! Sekiranya manusia sepakat untuk memberi kebaikan

kepada dengan sesuatu, mereka tidak dapat memberikannya melainkan

dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah kepada kamu,

sekiranya mereka sepakat untuk memberi kemudaratan kepada kamu,

Univers

ity of

Mala

ya

257

mereka tidak akan dapat memberikannya melainkan dengan sesuatu

yang telah ditentukan oleh Allah kepada kamu. Diangkatkan pena

tulisan dan keringlah helaian catatan”.404

Watak yang terserlah dalam Hadith di atas terdiri daripada Rasulullah (s.a.w) sebagai

watak utama (pewacana) dan ‘AbdulLah bin al-Abbas yang merupakan perawi Hadith

memegang watak ‘budak’ dalam Hadith ini. Kedua-dua watak ini dianggap penting

dalam wacana di atas. Unsur tempat dan detik juga penting sebagai latar belakang

wacana ini. Tempat dan detik atau waktu dalam wacana ini tidak dinyatakan secara

umum, cuma dinyatakan di atas binatang (yang tidak disebut jenisnya), dan menunggang

di belakang Nabi (s.a.w) di atas binatang yang sama. Hal ini kerana perawi ketika ini

masih kecil dan berumur lebih kurang sepuluh tahun.405

Di samping itu, konteks

psikologi juga penting dalam latar belakang wacana kerana merangkumi tabiat dan

budaya watak yang terkandung dalamnya. Justeru, panggilan ( مل اغهي ) amat bersesuaian

dengan kanak-kanak yang meningkat umur sepuluh tahun bagi menarik perhatian supaya

terbuka minda dan sanubari, serta mengerakkan keinginan untuk mendengar nasihat.406

Maka unsur yang dinyatakan di atas menjadi pembayang penting kepada Hadith ini,

bukan sekadar kesinambungan kepada peristiwa atau episod yang terdapat dalamnya.

Dalam situasi sebegini, pewacana, iaitu Rasulullah (s.a.w) dianggap sebagai penghasil

teks wacana yang meletakkan pandangan serta naluri baginda dengan bermatlamatkan

dapat memberi kesan kepada pendengar atau pembaca yang sentiasa berada dalam

keadaan tertunggu-tunggu dengan penuh pengharapan. Dengan adanya elemen sebegini,

wacana menjadi proses yang berterusan dalam menggerakkan pendengar atau pembaca

untuk memahami makna yang bersifat interaktif dalam wacana.

404

Hadith riwayat Tirmiziyy no 2516 dan Imam Ahmad no. 307. 405

al-Bugha, Mustafa & Mistu, Muhyi al-Din (2007), op.cit., hal. 124. 406

al-Bugha, Mustafa & Mistu, Muhyi al-Din (2007), op.cit., hal. 125.

Univers

ity of

Mala

ya

258

(iii) kandungan teks wacana

Ia terdiri daripada sanad dan matan Hadith, serta menjadi panduan kepada

superstruktur wacana kerana menjadi platform dalam penyusunan utama teks. Secara

keseluruhan, sanad Hadith dikemukakan perawi utama yang merupakan para sahabat

(r.a). Hal ini menunjukkan proses penyebaran Hadith secara bersanad menjadi

kesinambungan budaya yang diamalkan sejak era Rasulullah (s.a.w) sebagai konsep

pendidikan, etika dan hal ehwal agama. Proses penyebaran sebegini dalam Hadith

dianggap sebagai kaedah berkesan penyusunan maklumat dalam teks wacana yang

bercirikan naratif sebagai struktur Hadith. Kajian psiko bahasa moden membuktikan

struktur wacana naratif dapat meningkatkan daya pemahaman dan ingatan berterusan

berbanding struktur wacana lain.407

Di samping itu, proses ini juga memberi kesan

kepada pewacana dalam penggunaan bahasa dengan intonasi bersesuaian agar dapat

diingati dan diriwayatkan.

( iv) plot dan penyelesaian dalam wacana

Dalam analisis wacana berbentuk naratif, plot merupakan konflik atau masalah yang

membawa kepada perkaitan cerita dengan perkara yang berlaku serta menarik perhatian

pendengar atau pembaca. Dalam situasi sebegini, plot menjadi garisan asas yang dapat

mengaitkan pandangan dengan peristiwa yang berlaku secara tersusun dan teratur.

Dalam Hadith Rasulullah (s.a.w) secara umumnya, koleksi Hadith Empat Puluh secara

khususnya, plot adalah unsur penting dalam pembentukan Wacana Nabawi. Ia

membentuk konflik dalam wacana ini dan merupakan teras pembentukannya. Di

samping itu, ia juga menjadi faktor penting dalam latar belakang wacana atau konteks

407

Singer, Murray ( 1990), op.cit., hal. 191.

Univers

ity of

Mala

ya

259

naratif yang merupakan paksi peristiwa atau aktiviti dalam wacana tersebut. Dalam

Hadith ketiga puluh seperti yang di bawah:

ل إل جهر اء ج ال ق ههن ع اللهي ضر ييداعالس دع س نب له س اسب الع ب أ ن ع اللهن ب ح أ ههتهل ماع ذ إل م ىع ل ع نل دهاللل و سهار ي ال ق ف م ل س و هي ل ع ىاللهل ص بيالن

"اسهالن ك ب يهاسالن د ن اعم ي فد ه از و اللهك ب ايهي ن الد فد ه ز إ"ال ق ف اسهالن ن ب ح أ و

Daripada Abu al-‘Abbas, Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idiyy (r.a) katanya,

seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah (s.a.w) dan

bertanya, wahai Rasulullah, tunjukkan kepada aku mana-mana

amalan, apabila aku lakukannya, Allah dan manusia kasih kepada

aku, jawab Rasulullah (s.a.w), “berzuhudlah di dunia, kamu akan

dikasihi Allah, berzuhudlah pada apa yang dimiliki manusia,

kamu akan dikasihi mereka”.408

Dalam Hadith di atas, plot wacana ialah amalan yang dikasihi Allah (s.w.t) dan manusia.

Ia merupakan konflik atau masalah yang menjadi teras pembentukan wacana di atas. Ia

memberi kesan kepada pemilihan latar belakang wacana atau konteks penceritaan yang

terdapat dalamnya. Justeru, ia juga memberi kesan kepada pemilihan penyelesaian yang

dikemukakan oleh Rasulullah (s.a.w) yang terdapat pada penghujung wacana di atas,

iaitu hakikat dan faedah zuhud.

6.2. Penutup

Dalam bab ini, penulis membincangkan enam piawaian utama yang

diperlukan dalam wacana, sama ada ia berbentuk pertuturan mahupun penulisan.

Perbincangan tentang analisis wacana di sini berkaitan rapat dengan penggunaan bahasa

sebagai salah satu medium interaksi dalam kalangan masyarakat. Analisis ini

merupakan satu standard pengajian bahasa dalam menganalisis fenomena bahasa yang

menjangkaui perkataan dan ayat yang ditulis, hingga merangkumi keseluruhan teks

408

Hadith riwayat Ibn Majah , no 4102.

Univers

ity of

Mala

ya

260

tanpa diambil kira panjang jumlah dan kepelbagaian genrenya, serta percakapan yang

berlaku dalam kalangan manusia.

Analisis yang dilakukan melalui piawaian yang dinyatakan ke atas Wacana

Nabawi menunjukkan Rasulullah (s.a.w) adalah seorang yang pragmatik dalam tutur

kata serta tindak tanduk baginda. Kesemuanya diolah dan terbit daripada baginda serta

bersesuaian dengan situasi dan pendengar ataupun pembaca. Justeru, Wacana Nabawi

atau Hadith Nabawi yang merupakan sumber utama dalam rujukan Islam dapat

diangkat ke tahap yang lebih tinggi mengatasi apa jua rujukan dan kanun yang digubal

atau dihasilkan manusia biasa.

Analisis yang dilakukan dalam bab ini dan bab kelima sebelumnya, bukan

sekadar bahan kajian sahaja. Hal ini kerana ia menunjukkan kelemahan dan kekurangan

yang terdapat pada Hadith hingga memerlukan kepada piawaian tertentu yang perlu

dipatuhi. Akan tetapi Hadith dalam perbincangan ini juga merupakan bahan rujukan

dalam menentukan kesesuaian piawaian tersebut. Perkara ini berlaku kerana Hadith

mendahului piawaian yang dinyatakan, di samping ia terbit dan tercetus daripada

sebaik-baik pewacana.

Univers

ity of

Mala

ya

271

BAB TUJUH

KESIMPULAN

7.0 Pendahuluan

Bab ini adalah rumusan serta kesimpulan daripada kajian dan perbincangan

yang terdapat dalam bab-bab sebelumnya. Penulis akan merumuskan beberapa

kesimpulan yang dibuat berdasarkan perbincangan sebelumnya dalam bab ini. Penulis

juga akan mengetengahkan beberapa saranan dan cadangan agar dapat dimanfaatkan

oleh semua pihak. Ia diharapkan dapat mencapai objektif serta merealisasikannya

seperti yang dinyatakan pada bab pertama dahulu.

7.1 Kesimpulan

1. Ilmu balaghah sebelum penurunan al-Qur’an merupakan ilmu yang hanya dipraktis

dan dihayati oleh golongan sasterawan sahaja. Ia merupakan penghayatan yang

dicetuskan dalam kreativiti berkarya berasaskan cita rasa (dhawq). Ia mempunyai unsur

kritikan (naqd) berasaskan penggunaan dan pemilihan perkataan yang bersesuaian

dengan realiti pendengar atau pembaca. Justeru, keterlibatan para sasterawan dan

karyawan pada era ini dengan menyelitkan unsur balaghah dalam hasil karya mereka

adalah cetusan kreativiti masing-masing, dan tidak tertakluk pada kaedah yang tertentu.

2. al-Qur’an sebagai kitab suci umat Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab

agama lain dalam segala aspek, khususnya unsur balaghah yang terdapat dalamnya.

Univers

ity of

Mala

ya

272

Perkara yang sama juga terdapat dalam Hadith Rasulullah (s.a.w). Gaya dan unsur

balaghah yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-Hadith menjadikannya sebagai rule

model yang perlu diikuti dan direalisasikan dalam menentukan pemilihan perkataan

yang bersesuaian dan cita rasanya. Di samping itu, penentuan makna yang berasaskan

ketepatan serta nilai kerohanian yang tinggi yang dianjurkan oleh Islam.

3. Proses kematangan ilmu balaghah yang ditandai oleh i‘jaz al-Qur’an sejak era al-

Jahiz menjadikan ilmu balaghah dapat ditransformasikan berdasarkan tuntutannya. Ia

menyerlahkan peranan yang dimainkan oleh para sarjana bahasa dan balaghah itu

sendiri. Mereka menggubal beberapa kaedah balaghah dengan membentuk beberapa

teori dalam memahami ilmu balaghah dan menjelaskannya. Antaranya, teori konstruktif

yang diasaskan oleh al-Jurjaniyy dan diaplikasikan oleh al-Zamaksyariyy dalam

tafsirnya yang berjudul al-Kassaf.

4.Ibn Qutaybat yang merupakan antara sarjana balaghah yang hidup pada era al-Jahiz

mempunyai peranan penting dalam fenomena balaghah dan i‘jaz al-Qur’an. Perkara ini

terserlah melalui beberapa karya utamanya. Antaranya, Ta’wil Musykil al-Qur’an, al-

Syi‘r wa al-Syu‘ara’ dan Adab al-Katib. Matlamat utama daripada penghasilan

karyanya yang pertama ialah menghuraikan maksud al-Qur’an serta kemusykilan yang

diutarakan oleh golongan yang mempertikaikan al-Qur’an. Beliau mengetengahkan

pendekatan balaghah yang komprehensif untuk berdepan dengan golongan tersebut.

Antaranya, majaz berkonsepkan makna yang luas, bukan hanya sekadar lawan bagi

haqiqat Begitu juga kinayat yang memaksudkan kunyat, iaitu gelaran yang diberikan

kepada lelaki atau wanita yang dimulai dengan Abu atau Umm dan seumpamanya

Univers

ity of

Mala

ya

273

seperti Abu Hurayrat dan Umm Salamat. Hal ini bermaksud Ibn Qutaybat menentukan

kinayat sebagai penjelasan makna yang tersembunyi dengan gaya tertentu.

5. Keselarasan gaya ungkapan dalam Hadith Rasulullah (s.a.w) yang terkandung

dalamnya elemen balaghah dalam menampilkan nilai estetik, dapat menyerlahkan

makna yang mendalam, konsep wacana yang berketerampilan, kebijaksanaan dalam

ungkapan, ungkapan berfaedah dan tepat, kecekapan bertindak dalam pelbagai bentuk

ungkapan, dan nilai kepetahan yang tinggi. Kesemua unsur di atas dapat menyelaraskan

wacana berkesan, dan dalam apa jua situasi yang dihadapi oleh Rasulullah (s.a.w)

6. Konsep haqiqat dan majaz banyak digunakan dalam interaksi Rasulullah (s.a.w)

bersama para sahabat. Hal ini kerana nilai interaksi tersebut hanya dapat dirasai oleh

orang yang sentiasa memerhati kandungan interaksi itu, luas pengetahuan tentangnya,

memahami aliran bahasa Arab, dan mahir dalam gaya bahasa tersebut, di samping

keistimewaan yang terdapat pada bahasa ini, tidak pada bahasa lain. Justeru, kewujudan

konsep ini dapat mengetengahkan elemen keindahan dalam Hadith Rasulullah (s.a.w).

7. I‘jaz al-Nabawiyy memanifestasikan kelemahan masyarakat Arab untuk berdepan

dengan Rasulullah (s.a.w). Ia terangkum dalam kaedah yang berada dalam bahasa Arab

dengan meliputi konteks bahasa dalam pemahaman makna yang membawa kepada

pemahaman ayat serta ungkapan yang terkandung dalamnya. Meskipun masyarakat

Arab terkenal dengan bahasa mereka, tetapi mereka masih beranggapan banyak

perkataan yang baharu dan terserlah setelah penurunan wahyu. Keistimewaan perkataan

ini terdapat pada unsur i‘jaz yang berkaitan antara perkataan dan maknanya. Hal ini

Univers

ity of

Mala

ya

274

kerana masyarakat Arab mewarisi bahasa, sastera, makna perkataan, dan situasinya

daripada nenek moyang mereka. Apabila kedatangan Islam dengan pemansuhan agama

lain, maka pemaknaan perkataan tersebut berubah menurut situasi dan realiti yang

ditentukan dan dianjurkan oleh Islam.

8. Wacana yang berkesan memerlukan keprihatinan pewacana kepada situasi supaya

bersesuaian dengan konteks wacana. Perkara ini penting bagi mencapai tahap

estetiknya, iaitu terkesan, keseronokan dan keinginan dalam sanubari pembaca dan

pendengar. Seseorang pewacana dalam kalangan masyarakat, sama ada dalam urusan

khutbah kahwin, pembayaran ganti rugi, perdamaian dan sebagainya, tidak sama dalam

wacana yang diungkapkan, dan perlu mempelbagaikannya. Dari kenyataan di atas,

dapat difahami bahawa menjadikan situasi merupakan elemen penting yang perlu

diutamakan oleh pewacana. Ringkas atau panjang, perlu kepada penegasan ataupun

tidak, kesemuanya bergantung pada situasi. Justeru, konsep wacana perlu bergantung

pada situasi sebagai mekanisme wacana berunsurkan balaghah. Sekiranya pewacana

tidak menerapkan konsep ini dalam wacananya, ia dianggap tidak mencapai tahap

estetik sesuatu wacana.

9. Tradisi al-taqdim dan al-ta’khir merupakan suatu fenomena yang terdapat dalam

konsep tatabahasa yang dipelopori oleh pakar tatabahasa terdahulu. Fenomena taqdim

dan ta’khir bagi pembentukan ayat dalam bahasa Arab memberi petunjuk tentang peri

penting fenomena ini, meskipun pembentukan tersebut perlu kepada susunan yang betul

dalam kerangka asas kebahasaan. Susunan ayat yang tepat dari aspek tata bahasanya,

dapat menyerlahkan maksud serta makna yang ingin disampaikan kepada golongan

sasaran. Susunan seperti mubtada’ (subjek) perlu berada di hadapan, manakala khabar

Univers

ity of

Mala

ya

275

(predikat) di belakang adalah susunan yang biasa berlaku dalam jumlat ismiyyat ( ayat

yang bermula dengan kata nama). Susunan seperti fi‘l ( kata kerja) perlu berada di

hadapan, manakala fa‘il (subjek atau pelaku) berada selepasnya dalam jumlat fi‘liyyat

(ayat yang bermula dengan kata kerja). Terdapat ramai dalam kalangan sarjana bahasa

yang membincangkan tentang fenomena ini, antaranya Sibawih, al-Farra’, Ibn. Qutaybat

dan Abd al-Qahir al-Jurjaniyy.

10. Tujuan utama ijaz (ringkas) untuk meringankan pendengar atau pembaca disebabkan

kepintaran mereka atau konteks yang terhad. Ia berbeza dengan panjang yang bertujuan

untuk menjelaskan, menetapkan dan menegaskan buah fikiran kepada pendengar atau

pembaca. Konsep atau gaya ijaz adalah keistimewaan penting yang terdapat dalam

bahasa Arab. Masyarakat Arab lebih cenderung kepada meringkaskan berbanding

daripada memanjang perkataan. Mereka menganggap konsep ini adalah sebahagian

daripada ilmu balaghah. Konsep ijaz merupakan pendekatan yang biasa digunakan oleh

Rasulullah (s.aw) dalam ungkapan baginda. Baginda juga sentiasa menyarankan kepada

para sahabat (r.a) supaya fokus dan ringkas dalam aktiviti mereka.

11. Antara tujuan pengulangan ialah penegasan yang membawa kepada kepercayaan

terhadap sesuatu perkara. Nilai penegasan yang didasari dengan pengulangan dapat

menjadikan sesuatu teguh serta tetap dalam minda, dan akhirnya membawa kepada

penerimaan. Justeru, pengulangan dapat meninggalkan kesan mendalam dalam hati dan

sanubari manusia kerana dipahat dalam ruang sanubari secara tidak disedari. Ia akhirnya

terbit menjadi sebab musabab perbuatan dan tingkah laku manusia. Pengulangan dan

penambahan struktur ayat adalah elemen penting dalam wacana, khususnya al-Qur’an

dan al-Hadith Hal ini kerana golongan yang mempertikaikan keduanya beranggapan

Univers

ity of

Mala

ya

276

pengulangan serta penambahan tersebut merupakan perkara yang sia-sia dan tidak

memberi apa-apa faedah.

12. Gaya ungkapan insya’ menurut sarjana balaghah ialah perkara yang tidak menerima

benar dan dusta baginya. Hal ini kerana perkara tersebut terbit daripada perasaan dan

naluri manusia serta bergantung pada gerak hati yang sukar dinafikan. Para sarjana ini

mengemukakan alasan di atas berasaskan kepada perkara tersebut belum lagi berlaku.

Perkara ini membezakan antara insha’ dengan khabar. Gaya insya’ merupakan

sebahagian daripada isu yang dibenarkan percanggahan dengan kebiasaan (mengikut

kaedah). Antara gaya insya’ yang banyak digunakan dalam Hadith Empat Puluh ialah

istifham.

13. Tasybih merupakan konsep ungkapan gambaran yang tercetus dari kekuatan

imaginasi. Ia menjadikan perkara yang samar menyerlah ke arah kejelasan, dan yang

jauh pemahamannya dapat didekatkan. Tasybih adalah nilai balaghah yang banyak

digunakan dalam Wacana Nabawi kerana konsep dakwah yang dibawa oleh Rasulullah

(s.a.w) perlu menjelaskan perkara yang sukar difahami secara langsung. Hal ini

didorong oleh kaedah pembelajaran yang menganggap tasybih sebagai salah satu

konsep pendidikan. Hakikatnya, tasybih yang terdapat dalam Wacana Nabawi bukan

sekadar mencapai matlamat estetik seperti yang terdapat dalam mana-mana hasil karya

sastera sahaja. Akan tetapi penggunaan unsur tasybih dalam Wacana Nabawi untuk

menjelaskan makna yang tersembunyi serta menentukannya seperti perkara-perkara

ghaib yang sukar difahami atau diimaginasi.

Univers

ity of

Mala

ya

277

14. Ibn Qutaybat menggabungkan antara kiasan dengan insinuasi. Beliau menyebut

beberapa kategori kiasan, antaranya kiasan nama seseorang dengan nama bapanya

sebagai tambahan petunjuk atas dirinya apabila berkomunikasi dengan surat, ataupun

sebagai memuliakan dengan menggunakan konsep kunyat. Perkara ini menunjukkan Ibn

Qutaybat tidak membezakan antara makna kiasan pada bahasa dengan pada istilahnya.

Makna kiasan dan kunyat adalah sama, iaitu menyembunyikan dari pandangan. Kiasan

merupakan penyembunyian dan petunjuk kepada makna yang dikehendaki dari dimensi

tersembunyi. Kunyat pula ialah menyembunyikan nama sebenar dalam populariti kunyat

hingga membawa kepada lupa nama sebenar serta penggunaan kunyat di tempatnya.

Perkara ini menunjukkan kemutlakan sembunyi menyelubungi pemikiran Ibn Qutaybat

hingga menggabungkan kiasan dan kunyat dalam topik dan tajuk yang sama.

15. Pendekatan Sayyid Qutb dalam memahami dan menghayati al-Qur’an dengan

memberi penekanan kepada nilai-nilai keindahan yang dibayangi daripada makna yang

tersirat dalam al-Qur’an. Belum dijumpai mana-mana pentafsir al-Qur’an sejak dahulu

lagi yang mengemukakan pendekatan sebegini melainkan beberapa petunjuk yang

dikemukakan oleh al-Zamaksyariyy dalam karya tafsirnya yang terdahulu. Ia bertujuan

untuk menjelaskan asas utama keindahan yang terdapat dalam al-Qur’an serta

menerangkan elemen i‘jaz yang terkandung dalamnya. Justeru, Sayyid Qutb dianggap

sebagai pentafsir prolifik serta perintis tafsir al-Qur’an melalui pendekatan sebegini.

16. Unsur imaginatif dalam Hadith Rasulullah (s.a.w) merupakan keistimewaan yang

jelas. Ia juga adalah sebahagian daripada ciri utama dalam ungkapan Hadith bagi

membuktikan keupayaan Rasulullah (s.a.w) dalam mengemukakan ungkapan wacana

dengan gambaran berbentuk imaginatif, sama ada daripada makna yang terlukis pada

Univers

ity of

Mala

ya

278

minda ataupun daripada situasi psikologi. Demikian juga daripada jiwa dan tabiatnya.

Unsur imaginatif dalam Hadith adalah gambaran hidup yang dirakam dalam kehidupan.

Ia dapat menjarakkan serta mendekatkan ruang yang ada dengan naluri dan pancaindera.

Justeru, makna yang terpancar dapat meresap ke dalam jiwa manusia dan

menghidupkannya.

17. Elemen ‘gerak’ dalam wacana ialah suara perkataan, lagu ungkapan serta muzik

konteks. Ia juga merangkumi semua petunjuk makna dan suara perkataan serta ayat.

Kesemua elemen di atas memberi kesan besar terhadap estetika wacana dan

keindahannya. Gerak memberi kesan dalam menyentap jiwa, sama ada gerak yang jelas

mahupun tersirat. Maka gambaran yang dihasilkan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam

wacana secara tersurat dan tersirat mempunyai kerelevanannya yang tersendiri serta

nilai keindahan yang terdapat di dalamnya. Hiwar pula adalah salah satu kaedah yang

dianjurkan dalam Islam bagi mengawal dialog dan pergolakan yang tercetus dalam

kalangan manusia. Al-Qur’an mengemukakan beberapa variasi perbincangan yang

berlaku antara para rasul dengan kaum mereka. Begitu juga perbincangan antara orang

soleh dengan orang jahat. Antara prinsip yang digalakkan dalam perbincangan mestilah

berasaskan kebenaran dan jauh dari pembohongan dan kewahaman. Perbincangan yang

berkesan adalah berteraskan kebenaran, keadilan, dan akhlak yang baik. Pematuhan

topik perbincangan antara prinsip penting dalam sesuatu perbincangan. Hal ini kerana

realiti perbincangan perlu jelas supaya dapat dicapai hasil yang dihajati. Pematuhan di

sini bermaksud tidak terkeluar daripada topik perbincangan yang akhirnya membawa

kepada kecelaruan perbincangan. Manakala petunjuk perkataan (dilalat al-alfaz)

adalah nilai perasaan dan ungkapan yang terhasil dalam wacana. Gambaran ungkapan

merupakan hasil pengalaman yang dilalui perasaan. Nilai perasaan pula adalah

Univers

ity of

Mala

ya

279

gambaran ungkapan yang direncanakan perkataan dengan memindahkannya ke dalam

sanubari pendengar atau pembaca. Perkara ini menunjukkan peri penting perkataan serta

pengaruhnya ke dalam sanubari mereka. Justeru, ketiga-tiga elemen ini ( gerak, dialog,

dan petunjuk perkataan) menjadi asas utama pendekatan Sayyid Qutb dalam

memastikan keindahan sesuatu wacana.

18. Unsur psikologi dalam wacana mengetengahkan perbincangan tentang pewacana

menerusi wacananya dari aspek kebenaran, sahsiah, gambaran, persembahan, simbol,

dan nilai estetik, dengan merangkumi metodologi, budaya serta tabiat seni itu sendiri.

Gabungan psikologi dengan kehidupan yang melahirkan wacana adalah gabungan

wacana dengan psikologi yang melahirkan kehidupan. Ia seumpama bulatan yang tidak

terputus hujungnya. Justeru, maksud daripada faktor psikologi di sini ialah keselarasan

antara tabiat pengalaman yang dilalui pewacana dengan tabiat perkataan dalam aspek

intonasi dan gambaran hingga membentuk situasi keselarasan perasaan dan ungkapan.

Imaginasi bermaksud tahap keupayaan akal dalam menggambarkan sesuatu dan

personaliti seseorang. Tahap keupayaan akal itu dapat menggambarkan sesuatu serta

menjadikannya seolah-olah kelihatan di hadapan mata. Keberkesanan keupayaan dan

kemampuan tersebut tidak hanya mengulanginya secara realiti yang tertentu dengan

waktu dan tempat, bahkan keberkesanannya menjangkaui lebih jauh dan luas lagi,

sehingga dapat mengembalikan kesemua perkara yang berkaitan dengan pengulangan

tersebut, sama ada perkara yang bersamaan mahupun bertentangan, asalkan mempunyai

perkaitan. Keselarasan unsur kesenian bermaksud keserasian, tersusun serta aturan yang

membawa kepada percaturan dan gambaran yang sistematik. Ia merupakan ungkapan

yang mengandungi kesesuaian dalam menghasilkan gambaran yang indah, sehingga

perhatian dan pancaindera tertumpu kepadanya, di samping memenuhi cita rasa yang

Univers

ity of

Mala

ya

280

tinggi serta tidak terdapat kelemahan yang jelas. Aktiviti dan tindak balas perasaan yang

terpendam dalam jiwa dan sanubari hanya dapat diterjemahkan untuk difahami melalui

perkataan yang ditulis ataupun dituturkan. Justeru, ketiga-tiga unsur yang dinyatakan di

atas (psikologi, imaginasi, dan keselarasan unsur kesenian) merupakan ciri utama yang

diberi keutamaan oleh Sayyid Qutb dalam wacana.

19. Secara kuantitatif, kajian ini memperlihatkan kesemua Hadith yang terdapat dalam

koleksi Hadith Empat Puluh ini mempunyai maqayis yang terdapat dalam ‘Estetika

Imaginatif’, meskipun tidak diketengahkan sebagai contoh bahan kajian. Hal ini terjadi

kerana maqayis tersebut menyerlah dalam koleksi Hadith ini secara langsung ataupun

tidak langsung. Ia juga dapat mengangkat pewacana sebagai insan terpilih dalam

menyampaikan nasihat, amanat, ujaran, teguran serta dakwah yang berkesan. Justeru,

dapat difahami daripada perkara yang dinyatakan di atas, setiap perkataan, ungkapan

serta wacana yang terbit daripada Rasulullah (s.a.w) adalah cetusan ilham daripada

Allah (s.w.t), dan mengandungi nilai keindahan tersendiri.

20. Analisis Wacana yang digunakan dalam kajian ini melaksana beberapa konsep yang

dikemukakan oleh Robert de Beaugrande dan Wolfgang Dressler yang menyentuh

konteks, kohesi, koheren, bermatlamat (intentionality) serta kebolehterimaan

(acceptability), dan intertekstualiti. Manakala superstruktur (superstructures) dan genre

wacana pula dikemukakan oleh Van Dijk. Di samping itu, pemahaman kohesi dibantu

oleh penjelasan yang dikemukakan Halliday dan Ruqaiya Hasan. Beberapa kajian yang

ditulis oleh sarjana bahasa, khususnya analisis wacana, sama ada daripada buku

berbahasa Arab, Inggeris, dan Melayu juga menyumbang dalam kajian ini.

Univers

ity of

Mala

ya

281

21. Hadith Rasulullah (s.a.w) yang dianalisis dalam kajian ini dengan mengambil kira ia

merupakan interaksi berterusan bahasa Arab. Maka ia terkesan dengan budaya serta

pengetahuan bahasa dan bangsa tersebut. Antaranya penggunaan konsep saja‘, jinas

serta petikan ungkapan daripada wacana lain.

22. Dalam menganalisis Hadith Rasulullah (s.a.w), pemaknaannya bergantung pada

konteks. Teks dan konteks saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Justeru,

hubungan Hadith dengan konteks yang terdapat dalam sesuatu ujaran dan tulisan

hendaklah berdasarkan keperluan yang melatari situasi interaksi yang terhasil. Bahasa

merupakan sebahagian daripada proses interaksi berbentuk kemasyarakatan.

Pengetahuan tentang konteks dalam penggunaan bahasa dapat menjelaskan fungsi

makna serta menentukan maksudnya. Kepentingan konteks amat penting dalam

menjelaskan proses penghasilan teks Hadith. Ia juga memainkan peranan penting dalam

pemahaman teks dan pentafsirannya. Keakraban teks dan konteks menjadikannya tidak

dapat dipisahkan lagi. Teks dianggap sebagai interaksi berkesan dalam situasi konteks.

23. Kohesi merupakan konsep wacana berasaskan semantik yang merujuk kepada

hubungan makna yang wujud dalam sebuah teks bagi membolehkannya dinamakan

wacana. Dengan kata lain, kohesi cuba menerangkan bagaimana ayat atau bahagian-

bahagian teks dihubungkan antara satu sama lain untuk membentuk wacana. Kohesi

dapat ditentukan sebagai kelompok pembentukan makna dan struktur yang

menghubungkan ayat secara langsung dengan tidak merujuk kepada analisis kritis.

Kohesi dapat dicapai daripada hubung kait petunjuk makna tadi. Penjelasan setengah

kandungan teks terhasil daripada setengah yang lain, sama ada dalam ayat, mahupun

antara ayat. Teks bukan hanya kesatuan ayat yang besar dengan dibatasi kaedah

Univers

ity of

Mala

ya

282

tatabahasa sahaja. Akan tetapi, ia adalah kesatuan ayat yang dibentuk daripada kesatuan

makna dalam konteks. Justeru, kohesi memainkan peranan penting dalam penghasilan

teks wacana Hadith. Begitu juga susunan informasi yang terdapat dalam wacana

tersebut. Di samping itu, pewacana (Rasulullah (s.a.w)) juga mempunyai wawasan

dalam wacana supaya kesinambungan realiti teks dapat dicapai, serta dapat membantu

pendengar (dalam kalangan para sahabat) dan pembawa (generasi selepas sahabat)

untuk merungkai simpulan informasi dalam teks.

24. Koheren tidak tertanam dalam wacana, tetapi terserlah, kesan daripada pengamatan

pendengar dan pembacaan seseorang dalam membentuk makna. Penghayatan terhadap

fenomena ini dapat memandu mereka kepada kunci bahasa dalam memahami teks

dengan memenuhi ruangan kosong informasi yang ditampilkan dalam teks sebagai

santapan. Perkara yang sama juga berlaku apabila mereka mempunyai informasi

terdahulu mengenai teks tersebut, pengetahuan mengenai struktur teks, harapan

terhadap teks yang dibaca. Kesemua ini menyumbang kepada proses pemahaman teks

terbabit. Koheren tidak dapat dicungkil daripada teks yang dibaca, tetapi terhasil

daripada kesungguhan pembaca dalam menentukan makna dan penyeragaman

penjelasan teks tersebut. Teks bukan sekadar produk bacaan sahaja, tetapi juga

merupakan proses reaksi antara pembaca dengan teks berkenaan, ataupun proses

interaksi dalam menzahirkan kecenderungan. Pendengar mahupun pembaca mempunyai

kecenderungan dalam membentuk koheren. Koheren dalam wacana menyamai koheren

dalam perbuatan. Ia mengukur tindak tanduk perkataan (act verbal), sama ada yang

didengar atau dibaca, dengan perbuatan manusia.

Univers

ity of

Mala

ya

283

25. Bermatlamat dan kebolehterimaan merupakan dua peranan penting yang terdapat

pada pewacana dan pendengar ataupun pembaca. Ia menjadi antara faktor penting yang

terdapat dalam sesuatu teks mahupun wacana dari aspek komunikatif dalam proses

penganalisisan. Perkara ini kerana pewacana perlu mempunyai keupayaan dalam

andaian yang bakal diingini pembaca atau pendengar. Maka proses penghasilan wacana

dan matlamatnya perlulah seiring dengan pelan yang berkesan untuk mencapai

matlamat yang diharapkan. Maka pembaca atau pendengar juga berkongsi peranan ini

dalam proses penghasilan serta penguasaan wacana, meskipun masih berada dalam

minda pewacana. Kebolehterimaan wacana berdasarkan matlamat pewacana dalam

wacananya ataupun menurut skop makna yang lebih luas adalah keinginan yang agresif

dalam perkongsian wacana. Ia memaksudkan keinginan pembaca atau pendengar dalam

menghasilkan pemahaman yang sama. Justeru, hal ini menunjukkan pembaca atau

pendengar memainkan peranan penting dalam proses penghasilan wacana. Maka

peranan mereka amat penting dalam matlamat dan penentuan tahap kebolehterimaan

sesuatu wacana.

26. Intertekstualiti adalah salah satu ciri penting teks dan merupakan konsep perkaitan

teks dengan teks terdahulu. Kepentingan perkaitan analisis wacana dengan teks

terdahulu merupakan rentetan daripada pengaruh kebahasaan. Kepelbagaian

intertekstualiti dalam Hadith Empat Puluh membuktikan tahap pengetahuan luas yang

dimiliki oleh Rasulullah (s.a.w) dalam pembentukan wacana Hadith tersebut, khususnya

intertekstualiti daripada al-Qur’an. Rasulullah (s.a.w) merupakan pakar bahasa yang

memahami konsep bahasa secara menyeluruh. Ciri serta tabiat Hadith menjadi elemen

penting dalam penentuan intertekstualiti supaya selari dengan pembentukan Hadith.

Univers

ity of

Mala

ya

284

27. Superstruktur teks adalah elemen penting sebagai kaedah penyusunan teks wacana.

Pemilihan struktur teks bersesuaian dianggap sebagai salah satu ketentuan utama dalam

penghasilan teks wacana. Genre atau jenis wacana mempunyai bentuk atau

superstruktur tersendiri. Superstruktur sedemikian mengandungi kategori konvensyen

yang memperlihatkan sama ada susunan secara mendatar (linear) ataupun menegak

(hierarki). Susunan itulah yang menentukan dahulu-kemudian kehadiran sesuatu isi

dalam teks. Struktur secara menegak hanya merangka bentuk wacana secara kering.

Manakala struktur secara mendatar pula merangkakannya secara lebih berisi. Meskipun

kedapatan pelbagai genre wacana, unsur ini sebenarnya dapat membantu pembaca

dalam memahami kandungan teks serta memungkinkan mereka untuk meringkaskan

dan menstrukturkan susunan teks supaya dapat difahami

28. Analisis wacana berkaitan rapat dengan penggunaan bahasa sebagai salah satu

medium interaksi dalam kalangan masyarakat. Analisis ini merupakan satu standard

pengajian bahasa dalam menganalisis fenomena bahasa yang menjangkaui perkataan

dan ayat yang ditulis, hingga merangkumi keseluruhan teks tanpa diambil kira panjang

jumlah dan kepelbagaian genrenya, serta percakapan yang berlaku dalam kalangan

manusia. Analisis yang dilakukan melalui piawaian yang dinyatakan ke atas Wacana

Nabawi menunjukkan Rasulullah (s.a.w) adalah seorang yang pragmatik dalam tutur

kata serta tindak tanduk baginda. Kesemuanya diolah dan terbit daripada baginda serta

bersesuaian dengan situasi dan pendengar ataupun pembaca. Justeru, Wacana Nabawi

atau Hadith Nabawi yang merupakan sumber utama dalam rujukan Islam dapat

diangkat ke tahap yang lebih tinggi mengatasi apa jua rujukan dan kanun yang digubal

atau dihasilkan manusia biasa.

Univers

ity of

Mala

ya

285

7.2 Cadangan

Daripada penelitian dan dapatan kajian ini, penulis mengemukakan

beberapa cadangan serta saranan:

(a) Pengaplikasian unsur balaghah dalam Hadith Rasulullah (s.a.w) dapat

menjustifikasikan unsur tersebut ke arah lebih komprehensif serta tinggi tahap

penerimaannya berbanding dengan sumber yang lain selain al-Qur’an. Perkara ini

penting kerana Hadith diterima dan diyakini tahap kebenarannya, meskipun terdapat

segelintir golongan yang mengingkarinya.

(b) Pendedahan unsur balaghah dan sastera yang terkandung dalam Hadith dapat

menyepadukan serta menggabungjalinkan unsur ini ke arah realiti yang bersesuaian

dengan nilai Islam dalam mengetengahkan aspek keindahan dalam daya kreativiti Islam.

(c) Kedudukan dan tahap ketinggian Hadith sebagai ‘Kitab Suci’ Islam tidak

memungkinkan mana-mana hasil kajian, sama ada sastera atau balaghah, untuk

disetarafkan dengan Hadith. Keprihatinan terhadap perkara ini penting dalam

memelihara batasan akhlak serta etika pemanfaatan unsur estetik dan batasannya dalam

menjajarkannya sebagai sumber ilmu yang terkandung dalamnya unsur estetik tersebut.

Hal ini penting kerana kreativiti dalam Islam memerlukan model terbaik sebagai

panduan dalam pelbagai bidang dan lapangan.

Univers

ity of

Mala

ya

286

(d) Penilaian secara ilmiah dalam membentuk pengukuran baik dan sebaliknya dapat

memburukkan imej serta kriteria Hadith Rasulullah (s.a.w), sekiranya tidak dilakukan

dengan betul dan saksama. Seterusnya, memberi gambaran atau tanggapan negatif

terhadapnya sebagai sumber kedua perlembagaan Islam. Justeru, penilaian tersebut

perlu meletakkan Hadith, begitu juga al-Qur’an pada tahap tertinggi sebagai panduan

penilaian itu.

(e) Hubungan balaghah dengan sastera Arab begitu erat sejak era Jahiliah lagi. Ia

mempengaruhi penentuan aspek-aspek estetik atau keindahan yang terdapat dalam satu-

satu wacana. Balaghah Arab yang terkandung dalamnya bayan, ma‘ani dan badi‘

mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan bahasa lain. Maka elemen

balaghah dalam Hadith mempunyai implikasi tersendiri dan tidak boleh dieksploitasi

dengan bebas atau sewenang-wenangnya. Perkara ini terjadi demi menjamin kejituan

bahasa dan balaghah Arab daripada dipengaruhi oleh bahasa dan kebudayaan lain.

(f) Rahsia yang terdapat dalam perkataan ‘imaginatif’ yang merupakan pendekatan yang

digagaskan dengan estetika dalam kajian ini menjurus kepada i‘jaz. Ia terserlah dalam

kajian kritikan wacana Arab terdahulu dan diketengahkan dalam balaghah al-Qur’an.

Pendekatan ini diserlahkan oleh Sayyid Qutb bagi mengemukakan rahsia i‘jaz al-

Qur’an. Begitu juga i‘jaz nabawiyy. Ia mengetengahkan penggunaan imaginasi

keindahan wacana dengan kepelbagaian temanya, dan menyelidiki asas yang umum

dalam keindahan tersebut serta menjelaskannya bagi membezakannya dengan man-

mana genre sastera Arab. Perkara ini seolah-olah tenggelam dalam kajian sarjana

balaghah terdahulu yang lebih terarah kajian mereka kepada hubung kait perkataan

dengan maknanya.

Univers

ity of

Mala

ya

287

7.3 Penutup

Kajian ini merupakan satu usaha untuk meneliti konsep serta maqayis

balaghah pada era pengamatannya yang menyerlah sebagai kajian i‘jaz. Antara sarjana

balaghah yang menyerlah pada era ini ialah al-Jahiz dan Ibn Qutaybat. Ia juga meneliti

konsep cita rasa sastera (tadhawwuq adabiyy) serta gambaran penjelasan ( taswir

bayaniyy) yang dicetuskan oleh Sayyid Qutb. Kedua-dua konsep di atas (percantuman

konsep tradisional dan moden) digabungkan bagi membentuk suatu pendekatan

bersepadu dalam menilai unsur keindahan dalam sesuatu wacana. Dapat dinyatakan di

sini, al-Qur’an dan al-Hadith serta kandungan kedua-duanya membentuk lakaran laluan

yang perlu diikuti. Ia bukanlah gambaran mahupun kaedah yang tertulis. Bahkan ia

merupakan perasaan dan cita rasa yang umum. Apabila Rasulullah (s.a.w) menukar

nama sesetengah sahabat, antaranya Abu Hurayrat, Husayn serta Hasan bin ‘Ali, apakah

matlamat di sebaliknya? Kesemua itu sebenarnya berdasarkan pemilihan perkataan

bersesuaian berasaskan cita rasa. Begitu juga kesesuaian makna, ungkapan serta

matlamatnya yang selari dengan nilai dan roh Islam. Wacana yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah Hadith Empat Puluh yang dihimpunkan oleh Imam Nawawiyy (r.h).

Pergabungan dua konsep ini dinamakan Estetika Imaginatif. Perkara ini

kerana elemen yang terkandung dalam konsep dan maqayis balaghah mencetuskan serta

menampilkan unsur estetik dalam teks ataupun wacana. Manakala cita rasa sastera dan

gambaran penjelasan yang diketengahkan mencetuskan pemahaman serta gambaran

realiti, meskipun ia hanya berlegar pada minda dan pemikiran pendengar atau pembaca.

Justeru, pemahaman dan penghayatan sesuatu wacana dengan berasaskan kedua-dua

konsep di atas dapat menyepadukan pemahaman tersebut serta membantu ke arah

Univers

ity of

Mala

ya

288

penghayatan yang lebih tepat dan telus. Hal ini bersesuaian dengan matlamat tujuan

wacana dikemukakan atau direalisasikan.

Analisis wacana yang dijalankan dalam kajian ini penting dari aspek

kemenjadian wacana ini, sama ada kepada pewacana mahupun khalayak yang terdiri

daripada pendengar atau pembaca. Pemahaman serta penghayatan wacana Hadith

Empat Puluh ini penting kerana kesemua Hadith yang terdapat dalam wacana ini

berkaitan dengan amalan serta etika harian yang dialami serta dipraktikkan dalam

kehidupan Muslim.

Univers

ity of

Mala

ya

289

BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an al-Karim

Abdullah Basmeih (1983). Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Qur’an.

Cet. 6. Kuala Lumpur: Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.

Buku Bahasa Arab

‘Abbas, Fadl Hasan (2007). Asalib al-Bayan. ‘Amman: Dar al-Nafais

‘Abd al-Rahman, Sa‘ban ‘Abd al-‘Azim (1984). Shazarat min ‘Ilm al-Lughat. Kaherah:

Matba‘at Hassan.

al-‘Abisiyy, Abd al-Hamid Muhammad (1997). Rawa’i‘ al-Ma‘aniyy. Kaherah:

Matba‘at Hassan.

al-‘Abisiyy, Abd al-Hamid e.t (1999). Dirasat fi al-Bayan al-‘Arabiyy. Mesir:

‘Alam al-Ghad lil- Di‘ayat wa al-Khadamat.

Abu Sikkin, ‘Abd al-Hamid Muhammad (1978). Ma‘alim al-Lahajah al-‘Arabiyyah.

Kaherah: Dar al-Bushra.

__________________________________ (1984). Nazarat fi Dilalat al-Alfaz. Kaherah:

Dar al-Kutub.

‘Aliyy, Ahmad Muhammad (1413H). Muhadarat fi al-Balaghah al-‘Arabiyyat.

Kaherah: Matba‘at al-Ukhuwwat al-Ashiqqa’.

al-‘Aliyy, Ahmad Muhammad ‘AbduLlah (1992). Mashahid al-Qiyamat fi al-Hadith

al-Nabawiyy. Mansurat: Dar al-Wafa:’

Amin, Bakriyy Shaykh (2004). al-Ta‘bir al-Fanniyy fi al-Qur’an al-Karim. Beirut:

Dar al-‘Ilm lil-Malayin.

Amin, Mohammad (1963). al-Naqd al-Adabiyy. Kaherah: Maktabat al-Nahdat al-

Misriyyat

Annaniyy, Muhammad (1996). al-Mustalahat al-Adabiyyat al-Hadithat Dirasat wa

Mu‘jam. Kaherah: al-Syarikat al-Misriyyat al-‘Alamiyyat

al-‘Askariyy Abu Hilal al-Hasan bin AbdulLah (1989). Kitab al-Sina‘atayn al-

Kitabat wa al-Syi‘r, Mufid Qamihat (ptah.). Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat.

‘Asr, Muhammad Taha (1998). al-Naqd al-Nafsiyy lil-Adab. Kaherah: Syarikat Nas.

al-‘Azzawiyy, ‘Aqid Khalid Hammudiyy (2012). al-Manhaj al-Bayaniyy fi Tafsir al-

Qur’an fi al-‘Asr al-Hadith. Damsyik: Dar al-‘Asma’

al-Baqillaniyy, Muhammad bin al-Tayyib (1994). I‘jaz al-Qur’an, Muhammad Syarif

Sukkar (ptah.). Beirut: Dar Ihya’ al-‘Ulum.

al-Bugha, Mustafa & Mistu, Muhyi al-Din (2007). al-Wafiyy fi Sharh al-Arba‘in al-

Nawawiyyat. Beirut: Dar al-Kalim al-Tayyib.

Univers

ity of

Mala

ya

290

Dayf, Syawqiyy (1965). al-Balaghat Tatawwur wa Tarikh. Kaherah: Dar al-Ma‘arif

al-Dhahabiyy, Muhammad Jalal al-Shaykh Muhammad (1998). Adwa’ ‘ala Marahil

al-Bahth al-Balaghiyy. Kaherah: Dar al-Ittihad.

al-Duriyy, Muhammad yas Khudr (2006). Daqa’iq al-Furuq al-Lughawiyyah fi al-

Bayan al-Qur’aniyy. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

al-Fasyaniyy, Ahmad bin al-Shaykh Hijaziyy (t.t). al-Majalis al-Saniyyat. Mesir: Dar

Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyat

Fayud, Basyuniyy Abd al-Fattah (2010). Balaghat Tatbiqiyyat. Kaherah: Muassasat

al-Mukhtar.

al-Ghabariyy, ‘Iwad (2003). Dirasat fi Adab Misr al-Islamiyyat. Kaherah: Dar al-

Thaqafat al-‘Arabiyyat.

al-Hajj ‘AbdulLah, Irsyad al-Haqq et.al (2015). Muhadarat fi I‘jaz al-Qur’an al-Karim.

Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Hammadiyy, Jubayr Salih (2006). Al-Taswir al-Fanniyy fi al-Qur’an al-Karim.

Kaherah: Muassasat al-Mukhtar.

al-Hamsa, Yasin ibn Zayn al-‘Abidin (1981). Hashiat ‘ala Sharh al-Fakihiyy li Qatr

al-Nada. Kaherah: Maktabat Mustafa al-Babiyy al-Halabiyy.

Haririyy, Anahid ‘Abd al-Hamid (2011). Jamaliyat al-Khitab al-Nabawiyy fil Sahih

Muslim. Jeddah: Maktabat Rawai‘al-Mamlakat.

al-Hambaliyy, Ibn Rajab (1999). Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam Syu‘iyb al-Arna’ut &

Ibrahim Bajis (ptah.). Beirut: Muassasat al-Risalat.

Hasan, ‘Abd al-Mun‘im al-Sayyid (1980). Zahirat al-Takrar fi al-Qur’an al-Karim.

Kaherah: Dar al-Matbu‘at al-Dawliyyat.

Hilal, Muhammad Ghunaymiyy (1997). al-Naqd al-Adabiyy al-Hadith. Kaherah: Dar

al-Nahdat.

Husayn, Nasr al-Din Ibrahim Ahmad (2005). Wujuh al-I‘jaz fi al-Khitab al-Uslubiyy

wa al-Ma‘rifiyy lil-Qur’an al-Karim. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa.

________________________________(2008a). Isykaliyyat al-Iltizam al-Islamiyy fi Daw’ al-Qissat al-‘Arabiyyat al-Hadithat. Kuala Lumpur: Universiti Islam

Antarabangsa.

_________________________________(2008b). al-Adab al-Islamiyy: Dirasat

Nazariyyat wa Tatbiqiyyat. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa.

Ibn Jinniyy, Abu al-Fath ‘Uthman (1905). al-Khasa’is, Muhammad ‘Aliyy al-Najjar

(ptah.). Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabiyy.

Ibn Qutaybat, ‘AbdulLah bin Muslim ( 1323H). Ta’wil Mushkil al-Qur’an, Ahmad

Saqar (ptah.). Kaherah: Matba‘at ‘Isa al-Babiyy al-Halabiyy.

Univers

ity of

Mala

ya

291

_________________________________ (1985). Adab al-Katib. Beirut: Mu’assasat al-

Risalat.

al-‘Imariyy, Ahmad Jamal (t.t). Mafhum al-I‘jaz al-Qur’aniyy hatta al-Qarn al-Sadis

al-Hijriyy. Kaherah: Dar al-Ma‘arif.

al-Jahiz, Abu ‘Uthman Amr bin Bahr (1968). al-Bayan wa al-Tabyin. Beirut: Dar al-

Fikr.

_______________________________( 1992). al-Hayawan, Yahya al-Syamiyy (ptah.).

Beirut: Maktabat al-Hilal.

al-Jurjaniyy, Abd. al-Qahir (1991). Asrar al-Balaghat, Mahmud Muhammad Syakir

(ptah.). Jeddah: Dar al-Madaniyy.

_______________________ (2000). Dala’il al-I‘jaz, Mahmud Muhammad Syakir

(ptah.). Kaherah: Hay’at al-Misriyyat al-‘Ammat lil-Kitab.

al-Jujaniyy ‘Aliyy bin Muhammad bin ‘Aliyy (1938). al-Ta‘rifat. Kaherah: Matba‘at

Mustafa al-Babiyy al-Halabiyy wa Awladih.

Khadar, Muhammad Musyrif (2004). Balaghat al-Sard al-Qisas fi al-Qur’an al-

Karim. Kaherah: Mesir.

al-Khalidiyy Salah al-Din ‘Abd al-Fattah (1992). al-Bayan fi al-I‘jaz. al-Qur’an,

‘Amman: Dar Amman.

Madkur, ‘Atif (1987). ‘Ilm al-Lughat bayn al-Turath wa al-Mu‘asarat. Kaherah:

Dar al-Thaqafat.

Makram, ‘Abd al-‘Al Salim (t.t). Al-Mustarak al-Lafziyy fi Daw‘ Gharib al-Qur’an al-

Karim. Kaherah: ‘Alam al-Kutub.

al-Maydaniyy, ‘Abd Rahman Hasan (2007). al-Balaghat al-‘Arabiyyat Ususuha wa

‘Ulumuha wa Fununuha. Damsyik: Dar al-Qalam.

Muhammad, ‘Aliyy ‘Abd al-Mu‘tiyy (1994). Jamaliyyat al-Fann al-Manahij wa al-

Madhahib wa al-Nazariyyat. Iskandariah: Dar al-Ma‘rifat al-Jami‘iyyat.

Najiyy:, Majid Abd al-Hamid (1984). al-Usus al-Nafsiyyat li Asalib al-Balaghat al-

‘Arabiyyat. Beirut: al-Muassasat al-Jami‘iyyat.

al-Qazwiniyy, al-Khatib (1999). al-Idah fi ‘Ulum al-Balaghat, Hindawiyy ‘Abd al-

Hamid (ptah.). Kaherah: Mu’assasat al-Mukhtar.

Qutb, Sayyid. (1989). al-Taswir al-Fanniyy fi al-Qur’an. Beirut: Dar al-Syuruq

___________ (2006). al-Naqd al-Adabiyy Usuluh wa Manahijuh. Kaherah: Dar al-

Syuruq

al-Rafi‘iyy, Mustafa Sadiq (2005). Tarikh Adab al-‘Arab. Beirut: al-Maktabat al-

‘Asriyyat.

al-Raziyy, Ahmad bin Faris (1999). Mu‘jam Maqayis al-Lughat. Beirut: Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyat.

Univers

ity of

Mala

ya

292

al-Rummaniyy, ‘Aliyy bin ‘Isa (1986). al-Nukat fi I‘jaz al-Qur’an, Muhammad

Zaghlul Sallam e.t (ptah.). Mesir: Dar al-Ma‘arif.

Sadaqat, Ibrahim (2011). al-Nas al-Adabiyy fi al-Turath al-Naqdiyy wa al-Balaghiyy.

Irbid: ‘Alam al-Kutub al-Hadith.

al-Salamiyy, ‘Umar (1980). al-I‘jaz al-Fanniyy fi al-Qur’an. Tunisia: Mu’assasat

‘Abd al-Karim bin AbdulLah.

al-Sakkakiyy, Abu Ya‘qub (1932). Miftah al-‘Ulum. Kaherah: Matba‘at Mustafa al-

Halabiyy.

Sa‘d al-Din, al-Sayyid Salih (1993). Al-Mu‘jizat wa al-I‘jaz fi al-Qur’an al-Karim.

Kaherah: Dar al-Ma‘arif.

Sa‘iyy, Ahmad Bassam (2012). al-Mu‘jizat. Virginia: Ma‘had al-‘Alamiyy lil Fikr

al-Islamiyy.

al-Suyutiyy, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman (t.t). al-Muzhir fi ‘Ulum al-Lughat wa

Anwa‘uha. Beirut: Dar al-Fikr.

____________________________________ (1967). al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an,

Ibrahim Muhammad Abu al-Fadl (ptah.). Arab Saudi: Wizarat al-Syu’un al-Islamiyyat

wa al-Awqaf wa al-Da‘wat wa al-Irsyad.

_____________________________________ (2004). Bughyat al-Wu‘at fi Tabaqat al-

Lughawiyin wa al-Nuhat, Mustafa Abd al-Qadir (ptah.). Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyat.

Syabal, Muhammad ‘Izzat (2009). Ilm al-Lughat al-Nass al-Nazariyyat wa al-

Tatbiq. Kaherah: Maktabat al-Adab.

Tantawiyy, Muhammad Sayyid (2007). Adab al-Hiwar fi al-Islam. Kaherah: Majma‘

Matabi‘ al-Azhar.

al-Tha‘alibiyy, ‘Abd al-Malik bin Muhammad (1998). Al-Kinayat wa al-Ta‘rid,

Farid, ‘A’isat Husayn (ptah.). Kaherah: Dar Qiba’

al-Tihanawiyy, Zafar Ahmad al-‘Uthmaniyy (2010). Qawa’id fi ‘Ulum al-Hadith,

Kaherah: Dar al-Salam.

Usfur, Jabir (1992), al-Surat al-Fanniyyat fi: al-Turath al-Naqiyy wa al-Balaghiyy

‘ind al-‘Arab. Beirut: al-Markaz al-Thaqafiyy al-‘Arabiyy.

al-Wasymiyy AbdulLah bin Salih bin Sulayman (2005). Juhud Abi al-Hasan al-

Nadwiyy al-Naqdiyyat fi al-Adab al-Islamiyy. Riyad: Maktabat al-Rusd.

Ya ‘qub, Ramil et. al. (1987). Qamus al-Mustalahat al-Lughawiyyat wa al-

Adabiyyat. Beirut: Dar al-‘Ilm lil- Malayin.

al-Zamakhsyariyy, Muhammad bin ‘Umar (1987). al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil. Beirut: Dar al-Kitab ‘Arabiyy.

Univers

ity of

Mala

ya

293

Buku Bahasa Melayu

Ali Ahmad e.t (2007). Tassawur Islam dalam kesusasteraan Melayu tradisional,

Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Idris Aman (2014a). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

__________(2014b). Analisis Wacana Pengenalan Linguistik Teoretis dan Aplikasi,

Mohammad Fadzeli Jaafar (Ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.

113-136.

Kamus Dewan edisi keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mawar Shafie (2010). Novel intertekstual Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Mohamed Anwar Omar Din (2004). Sastera Islam: citra nurani ummah. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Azidan Abdul Jabar (2011). Analisis Wacana Arab. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Pragmatik Pengenalan Linguistik Teoretis dan

Apalikasi, Mohammad Fadzeli Jaafar (Ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

hal. 88-112

Sohaimi Abdul Aziz (2011). Erti kesusasteraan kepada kehidupan manusia. Sastera

dan manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 614-622

Buku Bahasa Inggeris

Ann, M. Johns (1997). Text, role, and context. Cambridge: University Press.

Brown, Gillian dan Yule, George (1983). Discourse Analysis. Cambridge: University

Press.

De Beaugrande, Robert & Dressler, Wolfgang (1981). Introduction to text linguistics.

London: Logman.

Fine, Jonathan (1994). How language works: cohesion in normal and non standard

communication. New Jersey: Ablex Publishing Corporation.

Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976). Cohesion in English. London: Logman.

_______________________ (1989). Language, context, and text: aspects of

language in sosial semiotic perspective. Oxford: University Press.

Johnstone, Barbara ( 2001). Discourse Analysis. Oxford: Black well.

Univers

ity of

Mala

ya

294

Renkema, Jan (1993). Discourse studies: an introductory text book. Amsterdam/

Philadelphia: John Benjamins Publishing Company.

Hoey, Michael (1991). Patterns of lexis in text. Oxford: University Press

Salkie, Raphael ( 1995). Text and discourse analysis. London: Routledge.

Murray, Singer (1990). Psyhology of language: an introduction to sentence and

discourse process. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Dijk, Van (1997). Discourse as structure and process. London: Sage Publications.

Kajian Ilmiah/Disertasi/Tesis

Bahasa Melayu

Amal Mat Zin (1998). Balaghah al-Ijaz dalam bahasa Arab. Tesis Sarjana, Fakulti

Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia

Embong Muhamed (1985). al-Qur’an dan kesannya dalam kajian balaghah, Tesis

Sarjana Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris bin Abdullah (1991), al-Hadis: Satu kajian dari sudut al-balaghah. Tesis Sarjana

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail bin Muhamad ( 2003), Estetika Hadis: Klausa Hadis dalam Sahih Muslim Jilid

Pertama. Tesis Ph.D Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zuhdi bin Ismail (2013), Sastera Islami: Puisi Umawi menurut gagasan al-

Nadwi. Tesis Sarjana Sastera (Kesusasteraan Islam) Fakulti Bahasa dan Komunikasi

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norazamudin bin Umar (2012), Analisis Struktur Ayat dalam Surah Maryam: Satu

Kajian I‘jaz al-Qur’an. Tesis Ph.D, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Bahasa Arab

Dusuqiyy, Muhammad ‘Abd al-‘Alim (1994). al-Taswir al-Bayaniyy fi Fath al-Bariyy

Syarh Sahih al-Bukhariyy Dirasat Muqaranat. Tesis Ph.D, Kulliyat al-Lughat al-

‘Arabiyyat, Universiti al-Azhar.Kaherah, Mesir.

al-Rafiq, Ahmad Abu Bakr (2000). Nazariyyat al-Nazm fi I‘jaz al-Qur’an ‘ind Abd al-

Qahir al-Jurjaniyy wa Nazariyyyat al-Taswir al-Fanniyy ‘ind Sayyid Qutb. Tesis Ph.D

Fakulti Pengajian Islam UKM.

Ridwan, Basyuniyy ‘Arafat (1975). Maqayis al-Jamal al-Balaghiyy Tesis Ph.D Kulliyat

al-Lughat al-‘Arabiyyat, : Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Syahhatat, Salah Mahmud ‘Aliyy (1988), al-Maqayis al-Balaghiyyat fi Kitab Fi Zilal al-

Qur’an. Tesis Ph.D Kulliyat al-Lughat al-Arabiyyat. Universiti al-Azhar, Kaherah,

Mesir.

al-Tihamiyy, ‘Abd al-Baqiyy Muhammad Husayn (1980), Sayyid Qutb: Hayatuh wa

Adabuh. Tesis Master. Kulliyat Dar al-‘Ulum Universiti Kaherah, Mesir.

Univers

ity of

Mala

ya

295

Idris, Muhammad Adib ‘Abd. Al-Radiyy (1990). al-Manhaj al-Fanniyy fi al-Naqd ‘ind

Sayyid Qutb Tesis Ph.D. Kulliyat Dar al-‘Ulum Universiti Kaherah, Mesir.

Muhammad ‘Aliyy, Huda ‘Aliyy Nur al-Din ( 1998). al-Taswir al-Fanniyy fi Ahadith

Sahih Muslim: Dirasat Nazariyyat Tatbiqiyyat. Tesis Master Kulliyat Dar al-‘Ulum,

Minya, Mesir.

al-Sabbagh, Muhammad Lutfiyy (1981). al-Taswir al-Fanniyy fi al-Hadith al-

Nabawiyy. Tesis Ph.D Alexandria: Universiti of Alexandria.

Jurnal dan Majalah

Alden J. Moe (1979). Cohesion, coherence, and comprehension of text. Journal of

reading. m.s 16-20.

Ann M. Johns (1986). Coherence and academic writing: some definitions and

suggestions for teaching. Tesol Quarterly vol. 20 no. 2, m.s 247-260.

Mohd Zuhdi bin Ismail (2014). Tasawwur Estetika Bersepadu dalam al-Khitab al-

Qur’aniyy. Jurnal Darul Quran, bil 18 m.s 65-86.

Dijk Van & Kintsch Walter (1978). Toward a model of text comprehension and

production. Psychological review vol. 85 no. 5 m.s 363-394.

Laman Web

https://sarjanatafsir.wordpress.com/2015/11/30/33/

https://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Nuwas

https://en.wikipedia.org/wiki/Muslim_ibn_al-Hajjaj

Univers

ity of

Mala

ya