sains menggunakan kaedah penyelidikan konstruktif

59
PROGRAM : KPR 6024 PENGAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH NAMA PENSYARAH : DR. NORAZILAWATI BT. ABDULLAH TUGASAN KUMPULAN : SAINS MENGGUNAKAN KAEDAH PENYELIDIKAN KONSTRUKTIFNAMA AHLI KUMPULAN : 1. NOR HIZAL BT. ABDUL WAHID (M20132001826) 2. ROSLYZA BT. MD SALLEH (M20132001996) 3. NORAZIZAH BT. TAHRIM (M20132001827) 4. NURHAFIZA BT. ABDUL HADI (M20132001815) 5. NURHAKIMAH BT. IBRAHIM (M20141000725)

Transcript of sains menggunakan kaedah penyelidikan konstruktif

PROGRAM :KPR 6024

PENGAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGISEKOLAH RENDAH

NAMA PENSYARAH :DR. NORAZILAWATI BT. ABDULLAH

TUGASAN KUMPULAN :

“ SAINS MENGGUNAKAN KAEDAH PENYELIDIKANKONSTRUKTIF”

NAMA AHLI KUMPULAN :1.NOR HIZAL BT. ABDUL WAHID (M20132001826)2.ROSLYZA BT. MD SALLEH

(M20132001996)3.NORAZIZAH BT. TAHRIM

(M20132001827)4.NURHAFIZA BT. ABDUL HADI (M20132001815)5.NURHAKIMAH BT. IBRAHIM

(M20141000725)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. TAJUK PENYIASATAN 1

2. ABSTRAK 1

3. PENGENALAN 2

4. PERNYATAAN MASALAH 3

5. TUJUAN, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

4

6. KEPENTINGAN KAJIAN 5

7. TINJAUAN LITERATUR 5-8

8. DEFINISI 8-9

9. METADOLOGI9.1 Reka bentuk9.2 Populasi9.3 Sampel9.4 Instrumen

10-13

10. RUJUKAN 13

11. BORANG SOAL SELIDIK 14-18

1

TAJUK :

SAINS MENGGUNAKAN KAEDAH PENYELIDIKAN

KONSTRUKTIF

1.HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembentangan ini diharapkan agar rakan-rakan sekuliah

dapat;

1. Mengenalpasti 4 kaedah penyelidikan konstruktif untuk

pengajaran dan pembelajaran Sains.

2. Meningkatkan keyakinan untuk mengajar Sains

2.PENGENALAN

Pendekatan pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang

dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan

2

pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan

murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) . Pendekatan yang bersesuaian

untuk mengajar pembelajaran Sains menggunakan kaedah penyelidikan

konstruktif ialah pendekatan penyelidikan (inkuiri penemuan),

pendekatan soalan, pendekatan koperatif dan pendekatan

eksperimental. Pendekatan-pendekatan ini amat sesuai digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

3.KAEDAH PENYELIDIKAN KONSTRUKTIF

3.1 PENGENALAN

Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran

memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu

pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif

Sukardi (1987), teori pembelajaran memainkan peranan yang penting

kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami

proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami

faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran

para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang

tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan3

pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang

berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah teori

konstruktif. Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran

yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda

manusia.

3.2 DEFINISI TEORI KONSTRUKTIF

McBrien & Brandt (1997), menyatakan konstruktif adalah satu

pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang

bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat

setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima

pengetahuan daripada orang lain. Briner, M. (1999), pula menyebut

pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea

dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan

pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang

sedia wujud.

Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktif menyatakan

bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis

pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini.

Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek

dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau

perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan

sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok

dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan

4

menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat

baru ini dengan lebih baik.

Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris

‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah

konteks pembelajaran, teori konstruktif menganggap bahawa ilmu

pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam

minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina

melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan

pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu

pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) pula berdasarkan konstruktif

ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling

bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat

sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima

murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan

yang berbeza. Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta

peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam

memperoleh sesuatu konsep dan pengetahuan.

Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang

untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn)

dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka

minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan

persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih

prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.

3.3 PRINSIP-PRINSIP KONSTRUKTIF

1. Pembelajaran berpusatkan pelajar.

5

2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.

3. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.

4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melaluiproses scaffolding.

5. Pelajar membina pengetahuan bermakna.

6. Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman ataupengetahuan sedia ada.

7. Pembelajaran bermula dengan pengetahuan sedia ada hinggatercapai matlamat.

8. Interaksi sosial membantu pembelajaran.

9. Guru dan rakan sebagai fasilitator.

10. Persekitaran pembelajaran yang kompleks membantu pembinaanpengetahuan baharu.

11. Pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi.

3.4 CIRI –CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Di antara ciri-ciri pembelajaran di dalam kelas

berorientasikan Teori Konstruktivisme ini ialah, murid-murid

akan bertanya dan berdialog dengan guru. Ciri ini juga berlaku di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain

selain Sains. Namun, perbezaannya ialah, soalan yang dikemukan

adalah soalan terancang oleh guru kepada murid berdasarkan topik

pengajaran pada hari tersebut.

Dalam pengajaran Sains, soalan-soalan dikemukakan oleh

murid-murid kepada guru untuk mengetahui jawapan dan logika.

Malah, murid-murid juga akan berdialog dengan guru mengenai topik

yang dipelajari agar pengetahuan sedia ada murid terhadap apa

6

yang dipelajarinya dapat dicantumkan dengan isi pelajaran yang

sedang dipelajarinya.

Sebagai contoh, dalam proses fotosentisis, murid sudah

mengetahui bahawa tumbuhan tanpa karbon dioksida atau cahaya

matahari akan mengalami perubahan dari sudut fisiologinya, namun,

penerangan daripada guru akan dapat menambahkan lagi pengetahuan

dan kefahamannya terhadap proses fotosentisis seperti tumbuhan

akan hidup pada suatu jangka masa namun mengalami perubahan

fisiologi dan akan tetap mati selepas itu walaupun setelah itu

diberikan cahaya matahari dan karbon dioksida.

Disamping itu, strategi-strategi pengajaran yang digunakan

oleh guru adalah mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid

dengan memperkembangkan idea serta menyediakan cara supaya idea

baru yang diperoleh adalah senang untuk diterima oleh mereka.

Oleh itu, penglibatan murid-murid di dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran adalah sangat penting kerana dalam proses membina

pengetahuan baru, murid-murid menggunakan kemahiran berfikir

dalam menyelesaikan masalah, menjana idea serta dalam membuat

keputusan.

Contohnya, dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan

seperti mengenalpasti masalah, mengumpul maklumat, memproses

data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Melalui

pengetahuan sedia ada yang telah ada pada murid, akan cuba

mengaitkan konsep yang difahaminya dengan pelajaran yang baru

dipelajarinya melalui beberapa cara seperti menyelesaikan

masalah. Murid perlu terlibat sepenuhnya terlebih dahulu dalam

7

sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat mengaitkan

konsep baru dengan konsep sedia ada dalam memahami isi pelajaran.

Guru juga akan memberikan ruang dan peluang kepada murid-

murid untuk menggunakan idea baru yang mereka perolehi sebaik-

baiknya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah, guru

juga perlu mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh

murid-murid terhadap idea baru yang mereka ada. Peluang ini

penting agar murid-murid lebih yakin kepada diri sendiri dan

berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

Contohnya, belajar topik baru memerlukan murid-murid bijak

menggunakan pengetahuan sedia ada dan idea yang mereka ada untuk

memahami konsep yang dipelajari. Murid juga akan lebih memahami

sesuatu topik itu apabila guru memberikan muri-murid peluang

seperti ini. Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga

akan menjadi lebih seronok serta tidak membosankan dengan hanya

guru yang lebih memainkan peranan tetapi kurang penglibatan oleh

murid-murid.

3.5 KEBERKESANAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME

Kesedaran guru terhadap murid-murid di dalam situasi

pembelajaran dengan idea-idea dan pengetahuan terdahulu dan

sedia ada pada mereka akan digunakan oleh murid-murid tersebut

untuk memahami isi pelajaran. Guru akan menggalakkan dan malahan

menerima daya usaha dan autonomi murid-murid. Apabila murid-murid

belajar dan mereka sudah memahami konsep, maka ingatan atau

memori terhadap konsep yang difahami itu akan sentiasa diingat

dan mereka akan mengaitkan pengetahuan yang baru diterima atau

8

dipelajari dengan pengetahuan sedia ada, iaitu konsep yang sudah

difahami tadi untuk membina pengetahuan baru.

Contohnya murid-murid perlu menggunakan data-data dan bahan

bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka

dalam menjana idea dan pengetahuan baru. Inisiatif oleh murid-

murid sendiri dalam mengemukakan soalan-soalan atau isu-isu

berkaitan sangat penting sebelum membuat analisis dan menjawab

soalan-soalan tersebut. Murid-murid sendiri akan bertanggungjawab

terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan

masalah.

Konstruktivisme adalah satu teori mengenai pengetahuan yang

sangat berhubung kait dengan cara seseorang individu membina

pengetahuan. Ahli- ahli konstruktivisme menyatakan bahawa manusia

membina sendiri pengetahuannya di dalam konteks kognetif masing-

masing. Dalam kontek pembelajaran, konstruktivisme mengkaji

bagaimana cara dan gaya murid-murid memperolehi ilmu pengetahuan.

Hal ini konstruktivisme adalah satu idea yang bertenaga

mengenai bagaimana murid-murid belajar dan ianya mempunyai impak

yang kuat ke atas pendidikan Sains. Konstruktivisme bukan sahaja

mengkaji bagaimana murid membina ilmu pengetahuan tetapi juga

melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dan dapat dilakukan

dalam pembelajaran.

3.6 RUMUSAN

Dari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa pembelajaran

konstruktif adalah satu daripada teori pembelajaran yang pada

asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

9

pengetahuan sedia ada disusun semula dalam minda pelajar untuk

membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara

konstruktif, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar

itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada

persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman

masing-masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan

pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana

pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri.

Selain itu untuk memastikan proses pertukaran idea berlaku pada

tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya

pembelajaran yang terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan

mereka terus termotivasi untuk mengikuti pengajaran yang

disampaikan.

10

4.PENDEKATAN-PENDEKATAN KAEDAH PENYELIDIKAN

KONSTRUKTIF

i) PENDEKATAN PENYELIDIKAN

ii) PENDEKATAN SOALAN

iii) PENDEKATAN KOPERATIF

iv) PENDEKATAN EKSPERIMEN

4.1 PENDEKATAN PENYELIDIKAN ( Inkuiri Penemuan)

4.1.1 PENGENALAN

Pendekatan  inkuiri  penemuan  merupakan  pendekatan  yang

mementingkan pembelajaran  melalui  pengalaman.  Inkuiri secara

am  bermaksud  mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu

fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat

utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila

konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.

Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu

fenomena dan mencapai  kesimpulan  sendiri.  Guru  kemudian

membimbing  murid  untuk memahami konsep sains melalui hasil

inkuiri penemuan tersebut.  

Kaedah inkuiri adalah suatu kaedah yang digunakan bagi

membuktikan ilmu-ilmu dalam Sains. Menurut Mok Soon Sang

(2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan,

11

kaedah penemuan atau kaeadah Heuristik. Ia digunakan sebagai satu

satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran seperti Sains. Kaedah

ini juga dikenali sebagai kaedah tinjau siasat kerana ia

melibatkan proses mencari kesimpulan daripada soalan-soalan yang

dibentuk serta dapatan-dapatan penyelidikan.

Menurut (Shulman, 1993) Inkuiri adalah proses mencari dan

menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen,

mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan

masalah. Selain itu, menurut ( Bruner, 1996) Penemuan berlaku

apabila seseorang itu menggunakan proses mentalnya dalam usaha

mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah

seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, meramal,

menerangkan, membuat inferens.

4.1.2 CIRI –CIRI PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan

prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid

melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu

fenomena dan mencapai  kesimpulan sendiri.  Guru  kemudian

membimbing  murid  untuk memahami konsep sains melalui hasil

inkuiri penemuan tersebut.  

Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan

semasa proses inkuiri penemuan ini. Namun demikian, perlu diingat

bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam

semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan

prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau

melalui inkuiri penemuan terbimbing.

12

4.1.3 KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN KEPADA PELAJAR

Kaedah inkuiri juga merupakan satu cara yang amat penting

yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam mata pelajaran Sains.

Kaedah ini menjadi asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sains untuk mengembangkan kemahiran belajar yang bermakna kepada

pelajar-pelajar. Kaedah ini lebih menekankan kepada pengajaran

dan pembelajaran yang berorientasikan prosedur-prosedur dan cara-

cara melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam

pembelajaran.

Kaedah ini juga amat berkesan dijalankan oleh guru kerana

ini dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan

pembelajaran yang bermakna dan mendalam kepada pelajar. Dari segi

pengajaran, kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat

kepada cara-cara menyampaikan data-data atau maklumat-maklumat

penting seperti yang biasa diamalkan. Sebaliknya, kaedah inkuiri

memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran yang

dirancangkan secara sistematik oleh guru.

Kaedah ini dianggap amat relevan untuk memberikan kemahiran-

kemahiran pembelajaran yang berkembang kepada pelajar. Cara ini

juga dapat membentuk sikap suka belajar dan belajar secara

sendiri serta pelajar dapat berdikari bagaimana untuk

menyelesaikan masalah atau mampu untuk mencari maklumat secara

tersendiri . Pelajar juga tidak hanya mengharapkan guru sahaja

untuk memberikan maklumat.

4.2 PENDEKATAN SOALAN

4.2.1 PENDAHULUAN13

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk

mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka

memahami atau tidak tajuk yang disampaikan sama ada secara verbal

atau non-verbal . Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar

secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

4.2.2 DEFINISI

Penyoalan ialah salah satu cara yang terpenting dalam

pengajaran. Ahli falsafah Socrates telah menggunakan kaedah

penyoalan untuk meneroka alam pemikirannya dan alam seluruhnya.

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau

jawapan daripada pelajar. Guru menggunakan teknik menyoal untuk

memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.

Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik

menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan

jalan untuk menghasilkan pengajaran yang baik.

Teknik menyoal secara lisan mencakupi 3 peringkat:

1) Peringkat set induksi

Kemahiran menyoal digunakan untuk menolong murid mengingati

kembali ilmu pengetahuan lepas.

2) Peringkat perkembangan

Kemahiran menyoal digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk

membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

3) Peringkat penutup

Kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif

14

pelajaran.

Oleh itu, harus diingatkan bahawa setiap guru seharusnya

menguasai kemahiran penyoalan untuk menjadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih berkesan dan pengajaran guru nampak lebih

bermakna.

4.2.3 PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN SECARA LISAN

Socrates, pelopor kepada “Kaedah Socratic” menyatakan bahawa

kaedah pengajaran hanya boleh berlaku dengan bertanyakan soalan

lisan (Bennett, Evans, & Michel, 2003). Oleh itu, penyoalan lisan

merupakan fenomena biasa yang berlaku dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas (Chin, 2006; Habsah Hussin, 2006;

Moore & Rudd, 2002; Rop, 2003; Roselan Baki, 2001; Roth, 1996).

Penyoalan lisan telah dikenal pasti berperanan penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (Yang, 2006). Ia juga

merupakan inti pati dalam proses penyiasatan secara saintifik

terutamanya apabila ia dilakukan semasa kelas amali (Berci &

Griffith, 2005; Middlecamp & Nickel, 2005).

Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam

aktiviti pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-

prinsip berikut:

i) Pembentukan soalan

Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan

pengalaman pelajar. Contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan

pemahaman bagi kanak-kanak prasekolah. Guru haruslah merancang

15

jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran

dimulakan. Contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong,

padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah. Perkataan dan

istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak.

Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai

digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan

sebagainya. Aras soalan juga tidak terlalu senang dan tidak pula

terlalu susah.

Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk

menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan

lain-lain lagi. Bentuk soalan yang mendorong pelajar untuk

berfikir. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri, bentuk

soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas. Kemukakan soalan kepada

seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada

murid tertentu sahaja. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum

menentukan nama murid. Beri peluang kepada murid untuk memikirkan

jawapan. Tentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara lisan

dapat didengari oleh murid seluruh kelas.

ii) Teknik mengemukakan soalan

Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan, guru

haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap

untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut nama

pelajar supaya menjawab. Tujukan soalan kepada seluruh kelas dan

bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan

mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas. Untuk

16

memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan

yang diberi oleh seorang pelajar, guru boleh memanggil pelajar

lain.

iii) Mengulang jawapan pelajar itu.

Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan

sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas

didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah

bersedia mendengar soalan guru.

iv) Penerimaan Jawapan Pelajar

Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi

jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi

jawapan dengan lebih baik. Elakkan amalan mengulangi jawapan

pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan

jawapan yang diberi oleh pelajar.

Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta

pelajar lain mengulangi jawapan itu. Jika jawapan kurang lengkap,

minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi

maklumat atau tambahan kepada jawapannya. Jika pelajar tidak

boleh menjawab, guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang

lebih rendah. Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan

secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai

bukanlah tujuan menyoal. Elakkan diri daripada mengejek pelajar

yang memberi jawapan salah. Ini untuk mendorong pelajar supaya

sentiasa berusaha dan berani untuk cuba menjawab soalan guru.

17

4.2.4 OBJEKTIF PENYOALAN SECARA LISAN

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan

memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka

masa untuk memikirkan jawapan, barulah guru memilih beberapa

orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang

betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta

menggalakkan pelajar untuk berfikir. Kaedah ini juga dapat

merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, tujuan menyoal adalah

untuk memperolehi maklumat balas tentang pengajaran dan

pembelajaran. Menyoal semasa pengajaran dan pembelajaran

mempunyai beberapa tujuan, antaranya:

a) Menggerak Minda Murid.

Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi

soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir

kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada

masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan ingin tahu

pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.

b) Menilai Pemahaman Pelajar berkenaan isi pelajaran serta

kemajuan murid.

18

Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab

merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c) Membimbing Pelajar.

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan

jawapan. Dalam keadaan ini guru hendaklah tidak menyalahkan

jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan

yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga

pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan

itu.

d) Mengekalkan Perhatian Murid.

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran

dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya

sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk

mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi pelajar

tersebut.

e) Mengeratkan Interaksi.

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru

dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru

dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan harmoni. Kanak-

kanak tidak akan mengganggap guru sebagai orang asing.

19

f) Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

g) Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar dengan

mengemukakan soalan yang mencabar. Mengembangkan

perkembangan kognitif mereka.

Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru

menggunakan teknik menyoal kepada para pelajar di dalam kelas.

Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana

kelas akan lebih aktif dan seterusnya pengajaran dan pembelajaran

guru akan lebih berkesan.

4.2.5 JENIS-JENIS SOALAN SECARA LISAN

Jenis-jenis soalan yang boleh dikemukakan terdiri daripada

dua jenis, iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan-

soalan terbuka memerlukan penghuraian daripada pelajar. Manakala,

soalan-soalan tertutup tidak mengalakkan pelajar untuk

menghuraikan tentang sesuatu, maka maklumat yang diperolehi

adalah terhad. Sebaliknya, soalan-soalan terbuka akan membolehkan

guru memperolehi banyak maklumat. Contoh soalan tertutup seperti

berikut:

Guru: Sukakah kamu datang ke sekolah? Murid: Ya / tidak.

Dari contoh soalan ini jelas bahawa maklumat yang diperoleh

adalah terhad. Oleh itu, seseorang guru hendaklah berusaha untuk

mengemukakan lebih banyak soalan terbuka daripada soalan

tertutup. Contoh soalan terbuka, Bincangkan faktor-faktor yang

menyebabkan kemiskinan di negara-negara Afrika? Di peringkat

awal, soalan-soalan terbuka memudahkan sesi pengajaran dan20

pembelajaran berjalan dengan lebih lancar. Semakin banyak

maklumat yang diperoleh, semakin cepat masalah dapat dikenal

pasti.

Gunakan soalan jenis gerak balas lanjutan untuk menggalakkan

pelajar berfikir secara refleksi. Soalan jenis gerak balas

lanjutan melibatkan soalan jenis perbicaraan. Soalan jenis ini

memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas dengan

menghuraikan idea atau pendapatnya secara bertulis. Kata dasar

digunakan membina soalan jenis ini lazimnya dimulakan dengan

perkataan seperti Huraikan, Terangkan, Bincangkan, Bezakan,

Bandingkan, Nilaikan, Rencanakan, Tunjukkan, Rancangkan,

Bagaimanakah, Mengapakah, Tafsirkan dan sebagainya.Soalan jenis

gerak balas lanjutan dalam ujian subjektif adalah sangat sesuai

digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, inferens

, keaslian idea, induksi dan imaginasi yang lebih tinggi iaitu

aras analisis, sintesis dan penilaian. Contoh: Apakah perbezaan

di antara konsep Penilaian Formatif dengan Penilaian Sumatif?

4.2.6 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN SECARA LISAN

Komponen-komponen kemahiran dalam penyoalan terdiri daripada

lapan faktor utama, iaitu:

1) Pembentukan asas.

Guru perlu berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan

jelas serta mudah difahami oleh murid-murid.

2) Fokus.

21

Soalan yang dibentuk boleh menumpukan kepada satu idea atau lebih

daripada satu idea. Contoh: Berikan jenis-jenis soalan dan

nyatakan objektif kemahiran penyoalan.

3) Alih hala soalan.

Setelah guru mendapat jawapan daripada murid, dia mengalih hala

soalan yang sama kepada seluruh kelas.

4) Sebaran.

Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas.

5) Hentian.

Setelah guru mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika

untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan.

6) Melayani jawapan murid.

Setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar perlulah dilayan

dengan baik. Sekiranya jawapan yang diberikan itu kurang tepat,

guru akan cuba memperbaikinya dan janganlah diketepikan sahaja.

Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar itu nyata salah, guru

perlu memberitahu murid dengan jelas.

7) Membantu dengan memberikan petunjuk.

Sekiranya didapati murid-murid tidak langsung memberikan jawapan

kepada soalan yang dikemukakan oleh guru, guru boleh membantu

murid-murid memikirkan jawapan dengan cara memberi petua-petua

tanda saran.

8) Mencungkil.

22

Komponen kemahiran ini digunakan apabila guru terus menyoal

murid-muridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperolehi.

4.2.7 ARAS-ARAS PENYOALAN SECARA BERTULIS

Soalan-soalan berbentuk pensel dan kertas sama ada objektif

mahupun subjektif, haruslah dipelbagaikan mengikut peringkat

aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of Education

Objective” membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

i) Pengetahuan

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan pelajar

mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi,

tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari. Ini bermakna

pelajar tidak perlu bekerja keras untuk mencari jawapan atau

menyelesaikan masalah yang dikehendaki. Pelajar hanya perlu

mengingati semula jawapan yang tepat.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan,

terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan.

23

ii) Kefahaman

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan

memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep,

prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Soalan aras kefahaman

juga memerlukan pelajar mengetahui jawapannya melalui ingatan dan

kemudiannya menerangkan jawapan itu secara jelas dengan

menggunakan perkataan sendiri.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan,

tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain. Contoh, Huraikan

maksud rantai makanan?

iii) Aplikasi

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan

pelajar menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran

yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Soalan aplikasi

memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kefahaman tentang

sesuatu perkara untuk menyelesaikan suatu masalah. Perkataan-

perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan,

carikan, gunakan, huraikan dan lain-lain. Contoh, huraikan

bagaimana kejadian awan dan hujan terjadi?

iv)Analisis

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan

pelajar membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor

perbezaan, kesamaan dan hubung kait antara satu sama lain. Soalan

aras analisis ini memerlukan pelajar mengenal pasti motif atau

sebab tentang masalah atau perkara yang ditanyakan. Pelajar perlu24

mencari bukti, meneliti dan menginterpretasi data. Perkataan yang

biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, analisis,

cerkinkan(membahagi-bahagikan), asingkan, bahagikan dan

sebagainya. Contoh, Bezakan ciri-ciri bahan semulajadi dan bahan

buatan?

v)Sintesis

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan

pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-

idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan

melalui prinsip induksi atau deduksi. Pelajar berkehendakkan

membuat ramalan. Soalan aras ini memerlukan pelajar menyatakan

idea dan cadangan. Ia juga memerlukan pelajar mengambil masa yang

lebih lama untuk berfikir, mengimbas semula, dan meramal sebelum

memberi jawapan. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan,

membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan,

rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain. Contoh,

Berdasarkan konsep kestabilan, cipta satu reka bentuk binaan yang

stabil?

vi)Penilaian

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan

pelajar membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah,

mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan,

ciptaan, karya, prinsip, teori dan lain-lain. Pelajar dikehendaki

membeza dan membandingkan idea, nilai serta kerja yang mempunyai

nilai kesenian. Soalan aras ini memberi peluang pelajar memberi

alasan atau sebab tentang penilaian yang dibuat oleh mereka.

25

Perkataan yang biasa digunakan seperti beri kritikan, buktikan,

nilaikan, berikan komen dan sebagainya.

4.2.8 KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN KE ATAS PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS

Melalui aktiviti soal jawab secara verbal atau lisan, murid

akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

mereka. Minat murid terhadap pelajaran akan bertambah dan

mendorong mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran

guru. Ianya juga dapat mengelakkan murid daripada perasaan jemu.

Dapat mengembangkan daya pemikiran murid dan meluaskan lagi minda

dalam menangani satu-satu isu yang memerlukan jawapan. Dengan

soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang

aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar.

Kesannya ialah pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan lebih

bermakna dan mudah difahami. Melalui aktiviti soal jawab,

perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik. Pelajar

akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu

untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah

dalam pembelajaran.

Manakala soalan berbentuk non-verbal atau secara bertulis

ini digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah

membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau

aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

Menggunakan soalan-soalan untuk menolong pelajar mengulang kaji

pelajaran akan menambahkan prestasi mereka dalam peperiksaan.

Penyoalan dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep-konsep yang26

baru yang dipelajari. Soalan-soalan berbentuk non-verbal boleh

membantu murid-murid membuat ulang kaji dalam membuat jangkaan

terhadap tajuk-tajuk penting untuk peperiksaan. Selain itu, guru

juga dapat mengetahui sama ada murid dapat menguasai kemahiran-

kemahiran yang diajar atau sebaliknya.

4.2.9 KESIMPULAN

Kemahiran penyoalan adalah salah satu cara yang digunakan

oleh guru untuk memastikan dan memerhatikan sama ada pelajar

memahami apa yang telah diajarkan oleh guru. Kemahiran penyoalan

adalah salah satu cara yang terpenting dan ianya sentiasa

digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknik

penyoalan mencakupi tiga peringkat, iaitu peringkat set induksi,

peringkat perkembangan dan peringkat penutup. Penggunaan teknik

yang baik dan betul dalam penyoalan dapat membantu dan

menghasilkan pengajaran yang baik. Manakala, untuk menggunakan

kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran

guru haruslah mematuhi dan mengikuti prinsip-prinsip yang telah

saya terangkan di atas.

Objektif dalam penyoalan pula banyak antaranya ialah

mengeratkan lagi interaksi antara guru dan pelajar, membuatkan

pelajar lebih aktif, menilai pemahaman pelajar, mengetahui sama

ada objektif pengajaran dapat dicapai, menarik perhatian pelajar,

membimbing pelajar yang kurang memahami tentang pelajaran yang

telah diajar oleh guru dan sebagainya. Jenis-jenis soalan pula

ada dua jenis iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan

terbuka adalah cara yang terbaik dan harus sentiasa diguna pakai

oleh guru dalam pembelajaran kerana soalan tertutup tidak27

mengalakkan pelajar untuk berfikir. Soalan-soalan yang hendak

dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah

dipelbagaikan mengikut 6 aras penyoalan iaitu pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

4.3 PENDEKATAN KOPERATIF

4.3.1 PENGENALAN

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif

adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-

pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam

kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam pendekatan

koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran

tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga

perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan

kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu,

28

mereka hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada

secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu

menolong antara satu sama lain.

Pendekatan koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah

laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah

menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan

masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum

bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan

yang lain.

Terdapat lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif, iaitu

saling bergantung di antara satu sama lain secara positif, saling

berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas

pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif dan pemprosesan

kumpulan.

4.3.2 PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan

kerana ia mempunyai beberapa prinsip asas. Prinsip-prinsip itu

adalah;

i) Saling bergantungan positif (Positive Interdependence)

Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling

bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat

kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri

dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan.

Terdapat beberapa cara untuk menstrukturkan saling bergantungan

positif. Antaranya ialah tetapkan matlamat kumpulan yang jelas,

berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan, bahagikan bahan29

sumber di antara ahli-ahli kumpulan dan berikan peranan sampingan

kepada ahli-ahli kumpulan. 

ii) Interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction ) 

Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di

antara satu sama lain. Corak interaksi di antara ahli-ahli

kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang telah

distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini

bermakna sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada

pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka

membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara

satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

iii) Akauntibiliti Individu ( Individual Accountability) 

Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar.

Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai

matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa

setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini

bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara

koperatif, setiap ahli kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan

yang berserupa secara bersendirian.

Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah: 

a)Memberi ujian individu kepada semua pelajar.

b) Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk

menerangkan jawapan kumpulan. 30

c) Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli

kumpulan untuk digredkan. 

d) Penglibatan saksama 

Kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan

dengan individu lain tidak wujud secara automatik apabila ia

diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga

didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang

perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif.

Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah: 

i)Mengikut giliran untuk membuat kerja. 

ii)Memberi galakan kepada kumpulan. 

iii)Mendengar dengan teliti. 

iv)Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas. 

v)Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea. 

e) Pemprosesan Kumpulan ( Group Processing ) 

Ia juga dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi

dalam kumpulan membolehkan pergantungan dan penyelesaian masalah

antara ahli kumpulan dijalankan dengan berkesan. Ini dapat

dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan

yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus

diperbaiki pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai

jika dilakukan sekali-sekala. 

f)Kemahiran sosial 

31

Setiap ahli kumpulan peulu mempunyai kemahiran sosialuntuk

membolehkan kumpulan koperatif berjalan dengan jayanya. Kagan

(1992) menghujahkan kepentingan kemahiran sosial sebagai yang

berikut: Lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal

memperolehi kerja pertama kerana kekurangan kemahiran sosial

daripada pelajar yang kekurangan kemahiran teknikal. Pemerolehan

kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan hidup hari ini. 

Pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka

juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana

saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.

g)Interaksi serentak (IS) 

IS berlaku bila mana bekerja atau terlibat secara serentak

dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional,

interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara

tersusun manakala dalam kelas koperatif, perbincangan boleh

berlaku dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS juga

mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan

mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar. 

4.3.3 STRATEGI PENDEKATAN KOPERATIF

Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam

pendekatan koperatif. Di antaranya ialah :

i) Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai

aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan

pelajar mengenal pasti suatu topik yang disiasat, merancang serta

menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperoleh akan32

dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam

bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini

mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah

melalui proses inkuiri akademik.

ii) Student Team Achievement Division' (STAD)

Pembelajaran koperatif Student Team Achievement Division

(STAD) yang dikembangkan oleh Robert Slavin dan teman-temannya di

Universitas John Hopkin (dalam Slavin, 1995) merupakan

pembelajaran koperatif yang paling sederhana, dan merupakan

pembelajaran koperatif yang sesuai digunakan oleh guru yang baru

mulai menggunakan pembelajaran koperatif.

       

Pembelajaran koperatif STAD adalah mengikut turutan berikut:

1. Guru mengajar.

2. Murid belajar dalam kumpulan.

3. Kuiz secara individu.

4. Peneguhan (pemberian ganjaran kepada tiga kumpulan yang

mendapat markah tertinggi).

Kuiz akan diberikan setiap minggu iaitu selepas selesai setiap

sesi perbincangan kumpulan. Markah setiap ahli dalam kumpulan

dijumlahkan ke dalam markah kumpulan. Penghargaan dalam bentuk

sijil, makanan ringan, alat tulis dan buku diberikan kepada tiga

kumpulan terbaik berdasarkan dua perkara iaitu jumlah purata

markah kumpulan yang tertinggi dalam kuiz dan sikap nilai-nilai

murni yang ditunjukkan oleh setiap ahli dalam kumpulan. Hadiah

33

akan diberikan kepada setiap kumpulan yang menjadi juara

(cemerlang), naib juara (amat baik) dan tempat ketiga (baik).

Ahli-ahli dalam kumpulan yang cemerlang akan diberi hadiah kecil

lain sebagai tambahan.

iii) Team-Accelerated Instruction' (TAI)

Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar

mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas

heterogen. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza

ditentukan kepada kumpulan yang heterogen. Ini bertujuan untuk

memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya

dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar

lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka

khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

iv) Team Games Tournament' (TGT)

Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu

pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan,

demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai

bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja

mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk

menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk

pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan,

meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari

setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

v) Jigsaw 

Jigsaw telah diperkenalkan oleh Elliot Aronson (1978) dan

rakan-rakan. Ia ialah satu daripada model koperatif yang34

menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka pelajari. Model

ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan

menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian

maklumat yang mereka pelajari. Kunci idea dalam jigsaw ialah

setiap pelajar dalam satu pasukan akan menjadi dalam bab tertentu

dan bertanggungjawab mengajar apa yang telah mereka pelajari

kepada rakan di dalam kumpulan. 

Rajah 1 : Struktur jigsaw

Rajah 1 menunjukkan struktur jigsaw yang digunakan dalam

kajian ini membabitkan strategi berikut: setiap pelajar yang

berada dalam kumpulan jigsaw akan mempunyai kepakaran masing-

masing. Pelajar yang berada dalam satu kumpulan kepakaran akan

berbincang dan memahami topik yang diberi. Pelajar berikut

kemudiannya akan kembali kepada kumpulan jigsaw untuk menerangkan

topik berkenaan. Kumpulan kepakaran ini diwujudkan mendorong

35

pelajar agar dapat menguasai sesuatu konsep yang

dipertanggungjawabkan ke atas mereka di samping membolehkan

mereka memikirkan strategi untuk mengajar konsep tersebut kepada

pelajar lain dalam kumpulan jigsaw mereka.

Struktur jigsaw adalah kompleks kerana ia memerlukan komitmen

dari pelajar dan pendidik. Perlaksanaan teknik jigsaw memerlukan

perancangan rapi (Felder & Brent,2004) dan seperti kaedah

pembelajaran koperatif yang lain, kumpulan pelajar yang dibentuk

untuk teknik jigsaw perlulah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu

kepelbagaian dalam kumpulan, sasaran kumpulan atau ke saling

bergantungan positif, interaksi sokongan, kebertanggungjawaban

individu, kemahiran interpersonal, peluang kejayaan sama rata dan

saingan kumpulan.

36

4.4 PENDEKATAN EKSPERIMEN

4.4.1 PENGENALAN

Pendekatan eksperimen merupakan satu kaedah yang kerap kali

dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid-murid akan

menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau

idea sains yang tertentu. Kemahiran dan kaedah saintifik

digunakan semasa eksperimen. Semasa menjalankan eksperimen,

terdapat beberapa kemahiran digunakan iaitu kemahiran proses

sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). Kemahiran saintifik

merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang

aktiviti penyiasatan dengan menggunakan kaedah saintifik,

contohnya eksperimen, penyelidikan dan projek. Selaras dengan

ini, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif diberi

penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum sains. Kedua-dua jenis

kemahiran ini hendaklah dilihat secara bersepadu dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran sains.  

4.4.2 KEMAHIRAN PROSES SAINS

Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelas,

mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal,

berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. ia

37

adalah sebahagian daripada kemahiran saintifik. Jadual di bawah

menerangkan mengenai Kemahiran proses sains secara mendalam.

Kemahiran Proses

Sains

Penyataan

Memerhati Satu proses mengumpul maklumat tentang

objek dan fenomena dengan menggunakan

semua fenomena dengan menggunakan semua

atau sebahagian daripada deria. Alat atau

instrumen yang dicipta atau direka boleh

juga dilaksanakan untuk membantu deria.Mengelas Menyatakan sifat atau ciri sepunya yang

digunakan dalam setiap peringkat

pengelasan dan menyatakan persamaan dan

perbezaan sifat fizikal objek yang

dikelaskan.

Mengukur dan

menggunakan nomborPemerhatian yang dibuat secara kuantitatif

dengan menggunakan unit rujukan atau alat

yang mempunyai unit piawai.Membuat Inferens Kenyataan tentang sesuatu objek atau

peristiwa berdasarkan pemerhatian yang

merupakan penerangan. Penerangan tersebut

mungkin betul atau tidak.Meramal Proses untuk menentukan dan menjangka

peristiwa yang akan datang berasaskan

pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau

data yang boleh dipercayai.

38

Berkomunikasi Cara untuk mengemukakan idea atau

menyampaikan maklumat dalam pelbagai

bentuk seperti lisan, tulisan, model,

jadual, graf, gambar rajah, carta, peta,

simbol dan persamaan matematik dan

sebagainya.Menggunakan

perhubungan ruang dan

masa

Satu proses yang memperihalkan atau

menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz

sesuatu objek dan perubahannya mengikut

masa.Mentafsir data Mentafsir data dalam bentuk graf dan

membuat kesimpulan berdasarkan graf..Mendefinisi secara

operasiProses memberi definisi tentang sesuatu

konsep dengan menyatakan perkara yang

boleh dilakukan dan diperhatikan. Ia

membolehkan pembezaan di antara contoh dan

bukan contoh

bagi konsep yang dihuraikan.Mengawal pembolehubah Mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh

mempengaruhi

hasil eksperimen iaitu pembolehubah

bersandar, memalarkan pembolehubah lain

dan memanipulasikan pembolehubah tidak

bersandar.

Membuat hipotesis Menyatakan hasil eksperimen yang dijangka

berdasarkan data yang ada.

39

Mengeksperimen Mengendalikan suatu eksperimen termasuk

mengemukakan

soalan yang relevan, menyatakan hipotesis,

mengenalpasti dan mengawal pembolehubah,

mendefinisikan pembolehubah secara operasi

dan mengintepretasikan hasil eksperimen.

4.4.3 KEMAHIRAN MANIPULATIF

Kemahiran manipulatif sains merupakan rutin yang mesti dilakukan

dan diamalkan di dalam bilik sains atau makmal ketikan melakukan

aktiviti dan kajian. Jadual di bawah mennujukkan kemahiran

manipulatif yang perlu dilakanakan oleh setiap murid yang berada

di makmal semasa aktiviti atau eksperimen dijalankan.

Kemahiran Manipulatif PenyataanKMS 1 Menggunakan dan mengendalikan

peralatan sains dan bahan sains dengan

betul.KMS 2 Mengendalikan spesimen hidup dan

spesimen bukan hidup dengan betul dan

cermat.KMS 3 Melukis spesimen, peralatan sains, dan

bahan sains dengan tepat dan kadar

yang betul.KMS 4 Membersih alatan sains dengan cara

yang betul.

40

KMS 5 Menyimpan peralatan sains dan bahan

sains dengan betul dan selamat.

4.4.4 TUJUAN MENGGUNAKAN KAEDAH EKSPERIMEN

1. Membantu murid mengembangkan intelek bagi mencari jawapan

akibat daripada rasa ingin tahu.

2. Menunjukkan kepada murid supaya tidak mempercayai sahaja

sesuatu yang telah dianggap betul oleh orang lain atau orang

yang berwibawa sebelum membuktikan kebenarannya secara

bersendirian.

3. Memberi peluang kepada murid mengalami satu pengalaman

pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

4.4.5 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH EKSPERIMEN

Aspek Kebaikan KelemahanPengajar Guru sebagai

fasilitator

Guru dapat melatih

murid supaya

berdikari

Guru perlu

mempunyai kepakaran

yang lebih tinggi

Perancangan yang

teliti dan rapi

41

Murid

Persekitara

n

Murid dapat merasai

sendiri pengalaman

baru

Murid dapat melakukan

sendiri sesuatu uji

kaji

Murid lebih seronok

dalam pembelajaran

Pembelajaran yang

lebih bermakna kepada

pelajar

Memupuk semangat

kerjasama dan

toleransi di kalangan

ahli kumpulan

Murid diasuh untuk

berfikiran kreatif

dan kritis

Dapat meningkatkan

kualiti

persekitaransekiranya

dibuat uji kaji

berkaitan alam

sekitar

Menambahkan penemuan

baru yang memudahkan

Pelajar perlu

menguasai konsep

sesuatu subjek

sebelum membuat uji

kaji

Bermasalah bagi

murid yang lemah

kerana memerlukan

kecerdasan yang

tinggi

Murid lemah akan

berasa tertekan

kerana tidak mampu

berfikir d

Seperti murid yang

berkercerdasan

tinggi

Kemungkinan bahan

kimia yang

digunakan dalam uji

kaji mencemarkan

alam sekitar

42

kerja manusia

Meningkatkan

pengetahuan

masyarakat dengan

penemuan baru dalam

bidang kesihatan

Kos Kemenangan dalam

pertandingan tertentu

hasil daripada uji

kaji yang berkualiti

membolehkan mendapat

ganjaran wang ringgit

Kos yang tinggi

dipelukan untuk

penyediaan bahan

dan peralatan di

dalam makmal

Masa Membuat eksperimen

yang bersesuaian

dengan peruntukkan

masa yang diberikan

Biasanya memerlukan

masa yang panjang

untuk mendapatkan

hasilnya

4.4.6 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN KAEDAH EKSPERIMEN

Lazimnya beberapa langkah perlu diikuti semasa menjalankan

eksperimen. Langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen adalah

seperti berikut:-

a. Mengenal pasti masalah

43

Sebelum menjalankan eksperimen, murid-murid telah mengenal pasti

masalah yang berlaku. masalah itu akan cuba diselesaikan dalam

sesuatu kajian.

b. Membuat hipotesis

Satu penyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah yang

dimanipilasikan dan pemboleh ubah yang bergerak balas iaitu

pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu

perkara atau peristiwa. Penyataan ini boleh diuji untuk

menentukan kesahihannya.

Contoh: Adakah kuantiti air yang bertambah boleh mengurangkan

masa garam larut di dalam air?

Hipotesis: Semakin bertambah kuantiti air semakin berkurang

masa untuk garam larut.

c. Merancang eksperimen

i. Mengawal pemboleh ubah

Pemboleh ubah dimanipulasikan pemboleh ubah bergerak

balas dan pemboleh ubah dimalarkan ditentukan dan dikawal

semasa eksperimen dijalankan.

Contoh:

Pemboleh ubah dimanipulasikan – kuantiti air

Pemboleh ubah bergerak balas – masa garam larut di dalam

air

Pemboleh ubah dimalarkan – kuantiti garam

ii. Menentukan peralatan atau radas yang diperlukan.44

Peralatan atau radas yang akan digunakan dalam eksperimen

, lazimnya telah disediakan oleh guru sains .Khususnya

bagi murid sekolah rendah.

Contoh:

Bikar, sudu, 10g garam, kuantiti air yang berbeza ( 50ml,

100ml, 150ml dan 200ml)

iii. Menentukan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen.

Langkah-langkah eksperimen perlu dinyatakan dengan

lengkap bagi memudahkan eksperimen dijalankan. (Rujuk

lampiran)

iv. Menentukan kaedah untuk mengumpul data.

Data yang akan diperoleh dalam eksperimen perlu

dinyatakan sama ada dalam bentuk jadual, gambar rajah ,

graf dan sebagainya sebagai bukti bahawa satu eksperimen

telah dijalankan.

d. Menjalankan eksperimen

Murid menjalankan eksperimen dalam masa yang ditetapkan.

Keselamatan harus diutamakan semasa menjalankan sesuatu

eksperimen.

e. Mengumpul data selepas eksperimen

Keputusan eksperimen dikumpulkan dalam bentuk data yang

telah ditetapkan.

45

f. Menganalisis data dan Mentafsir data yang diperoleh

Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsir dengan dengan

bantuan guru.

g. Membuat kesimpulan

Berdasarkan keputusan eksperimen dan tafsiran data yang

dibuat, kesimpulan dinyatakan bagi membuktikan adakan

hipotesis yang dinyatakan sebelum eksperimen adalah betul

atau salah.

h. Membuat laporan

Murid perlu menulis satu laporan lengkap berdasarkan eksperimen

yang dijalankan

46

5.RINGKASAN DAN PETA KONSEP

Pendekatan

Pengajaran Sains

Pendekatanpenyelidikan

(inkuiripenemuan)

PendekatanKoperatif

PendekatanEksperimen

PendekatanSoalan

MaksudPendekatan

inkuiri

penemuan

merupakan

pendekatan  yang

mementingkan

pembelajaran

melalui

pengalaman.

Inkuiri secara

am  bermaksud

mencari

maklumat,

menyoal dan

menyiasat

sesuatu fenomena

yang berlaku di

sekeliling.

Menggalakkan

pelajar belajar

bersama-sama

dengan berkesan

melalui

pembentukan

kumpulan yang

homogen

Kaedah

pengujian

dengan

matlamat

menjelaskan

realiti

untuk

meningkatkan

pemahaman

sesuatu

fenomena

Soalan

lisan guru

merupakan

teknik yang

dominan dan

meliputi

keseluruhan

proses

pengajaran,

manakala

soalan

secara

bertulis

melibatkan

penilaian

menggunakan

pensel dan

kertas

mengikut

domain

kognitif

Taksonomi 47

Bloom

ObjektifPembelajaran

secara penemuan

berlaku apabila

konsep dan

prinsip utama

dikaji dan

ditemui oleh

murid sendiri

Pembelajaran

sesuatu konsep

yang di ajar

dicapai melalui

usaha bersama

semua bersama

ahli di dalam

kumpulan

Pembelajaran

eksperimen

mnggunakan

kemahiran

berfikir,

kemahiran

proses dan

kemahiran

manipulatif

Penyoalan

lisan juga

berperanan

besar dalam

menghidupka

n suasana

pembelajara

n yang

boleh

melibatkan

pelajar

secara

aktif.

Penyoalan

bertulis

dapat

digunakan

untuk

menilai

prestasi

pelajar.

StrategiPengajaran dan Pembelajaran

Berpusatkan

murid dan bahan

Berpusatkan

murid dan bahan

Berpusatkan

murid dan

bahan

Berpusatkan

murid, guru

dan bahan

Guru  kemudian Guru bertindak Guru Guru perlu

48

Peranan Guru

membimbing

murid  untuk

memahami konsep

sains melalui

hasil inkuiri

penemuan

tersebut.

sebagai

pembimbing atau

fasilitator

untuk menambah

kefahaman dan

pengetahuan

pelajar atau

murid.

bertindak

sebagai

pembimbing

atau

fasilitator

semasa

melaksanakan

aktiviti

menggalakka

n pelajar

bertanya

dengan

menggunakan

strategi

penyoalan

lisan

Teknik Aktiviti

Mencari dan

menyiasat

masalah, membina

hipotesis,

mereka bentuk

eksperimen,mengu

mpul data dan

membuat

kesimpulan untuk

menyelesaikan

masalah.

Pembelajaran

koperatif

dilaksanakan

secara kumpulan

kecil supaya

pelajar-pelajar

dapat

berkerjasama

dalam kumpulan

untuk

mempelajari isi

kandungan

pelajaran

dengan pelbagai

kemahiran

sosial

Murid

menguji

hipotesis

secara

penyiasatan

untuk

menemui

konsep atau

idea sains

yang

tertentu

Guru perlu

menggalakka

n pelajar

bertanya

dengan

menggunakan

strategi

penyoalan

lisan.

Penyoalan

bertulis

guru perlu

merujuk

kepada

domain

kognitif

‘Taksonomi

Bloom’

49

6. PENUTUP

Setiap guru bertanggungjawab untuk mengajar murid agar murid

dapat memeroleh ilmu pengetahuan, maklumat dan seterusnya

mengubah tingkah laku murid.

Pengajaran yang berkesan merupakan proses yang membawa perubahan

murid dari aspek rohani, minda dan juga fizikal murid. Di akhir

setiap proses pengajaran adalah diharapkan murid memahami,

menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran berfikir dan

juga dapat menjalankan aktiviti.

Oleh kerana itu, pengajaran dan pembelajaran Sains menggunakan

kaedah penyelidikan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru

dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain.

Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain

mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang

mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori

konstruktif ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru

untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperoleh sesuatu konsep

dan pengetahuan.

Pendekatan-pendekatan yang telah dipilih berdasarkan kaedah

penyelidikan konstruktif ini adalah pendekatan penyelidikan,

pendekatan soalan, pendekatan koperatif dan pendekatan

eksperimen. Melalui huraian-huraian di atas, guru-guru dapat

mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk mengajar Sains

berdasarkan topik-topik tertentu. Pendekatan-pendekatan ini

50

kadang kala boleh dikolaborasikan antara satu sama lain bagi

mewujudkan lagi pembelajaran Sains yang bermakna.

7. RUJUKAN

Ahmad Fadzil Fauzi. (2009). Bagaimana Merangsang Seronok Belajar.

Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

(2008). Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit

BPPPDP, Kementerian Pelajaran Malaysia.

B.Bennett, C. Rolheiser-Bennett, L.Stevann.(1991). CooperativeLearing Where Heart

Meets Mind.

Ee Ah Meng .(2006). Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Ed. Ke-2. Shah

Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

51

Effendi Zakaria .(1998). Pembelajaran Koperatif. Universiti

Kebangsaan Malaysia. Tesis Ph D. Tidak Diterbitkan.

Esah Sulaiman. (2004).Pengenalan Pedagogi, Ed. 1, Universiti teknologi Malaysia.

Johnson, d.W, & Johnson, R.T (1991). Learrning Together And Alone :

Cooperative,

Competitive, And Individualistic Learning .3rd Ed. Upper Saddle river, NJ:

Prentice-Hall.

J. S. Farrant .(1981). Prinsip Dan Amali Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lederman, N.G.(1992). Studens’ And Teachers’ Conceptions Of The Nature

Of Science: A Review Of The Research daripada Journals of Science and

Children, 4(4).

Mok Soon Sang .(2004).Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan,

Semester 5. Terbitan 1.Subang Jaya : KBSB

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin & Musa Daia .

(2001).Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains

daripada Sains Jurnal Pendidikan 27 (2001) 47 - 57 47

Sharan, S. (1980). Cooperative Learning In Small Group: Recent Methods

And Effects On Achievement, Attitudes And Ethic Relations daripada Review of

Education Research 50(2): 241-271

52

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2006).Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan, Cetakan Kedua.

Kemahiran Penyoalan.(2011). daripada

http://shahrainnieadit.wordpress.com/2011/11/13/metod-pengajaran-

ugama-kemahiran-penyoalan/ menyatakan……..

Nota Kuliah Kemahiran Penyoalan .(2010).daripada http://pancaindera.wordpress.com/2010/03/04/kemahiran-penyoalan/ menyatakan…..

Pendekatan Pengajaran Sains Sekolah Rendah 2 – Koperatif,

Masteri, Kontekstual

daripadahttp://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Previ

ew/20120221120220UNIT4KRS3023.pdf menyatakan....

53

8. LAMPIRAN

8.1 CONTOH LANGKAH PENGAJARAN PENDEKATAN EKSPERIMEN

EKSPERIMEN

TAJUK :Bahan lut sinar, lut cahaya dan legap

HASIL PEMBELAJARAN : Mengelaskan objek berdasarkan sifat bahan

TUJUAN : Untuk menyiasat hubungan antara jenis bahan dan

kebolehan

cahaya

menembusinya.

RADAS : lampu suluh, skrin putih, kaca jernih, plastik

jernih, gelas, kertas

surih, plastik

surih, kaca surih, kain jarang, papan kadbod,

polisterina,

buku, dan kepingan aluminium

LANGKAH-LANGKAH

1.. Gantungkan suatu objek di belakang kertas lut sinar, kertas lut

cahaya, dan kertas legap.

(Rujuk Rajah 1)

2. Perhatikan sama ada cahaya boleh menembusi kertas-kertas tersebut.

3. Letakkan skrin sejauh satu meter darl lampu suluh (Rujuk Rajah 2).

4. Pancarkan cahaya lampu suluh ke arah bahan-bahan yang hendak diuji.

(Rujuk Rajah 2)54

5. Buat pemerhatian tentang kebolehan cahaya menembusi bahan-bahan

itu.

6. Rekodkan semua pemerhatian anda.

KEPUTUSAN MURID

55

JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH

1. Berikan definisi bagi istilah-istilah yang berikut.

(a) Bahan lutsinar: Bahan yang membenarkan cahaya menembusinya

sepenuhnyc._

(b) Bahan lut cahaya: Bahan yang membenarkan sebahagian cahaya

menembusinya.

(c) Bahan legap: Bahan yang tidak membenarkan cahaya menembusinya.

2. Pemandu kenderaan dapat melihat kenderaan di hadapannya dengan

pandangan yang

samar-samar sahaja semasa keadaan berjerebu. Berikan

inferens tentang fenomena ini.

Keadaan yang berjerebu rnenyebabkan sebahagian sahaja cahaya dapat

Menembusinya

3. Berdasarkan penyiasatan yang dijalankan, kelaskan bahan-bahan

berikut mengikut

kumpulan yang paling sesuai.

(a) beg sekolah: bahan legap

56

(b) segelas air paip: bahan lutsinar

(c) sebotol minyak masak: bahan legap

(d) kertas surih : bahan lut cahaya

4. Nyatakan satu kesimpulan bagi penyiasatan di atas

Jika bahan itu bersifat lut sinar, semua cahaya dapat menembusinya , jika

bahan itu bersifat

lut cahaya , sebahagian cahaya dapat melaluinya dn jika bahan itu bersifat legap ,

semua

cahaya tidak dapat menembusinya.

8.2 CONTOH LANGKAH PENGAJARAN PENDEKATAN KOPERATIF

57

58