RPH LONTAR PELURU new

12
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GERKO ( ACARA PADANG : LONTAR PELURU) AHLI KUMPULAN :HAYATI BINTI MD FUAD (921216-04-5256) 2012121340003 MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR (920615-01-5041) 2012121340008 KHAIRUNISA BT HARON (921110-06-5400) 2012121340005 OPSYEN : 5 PISMP BM/PJ/PM KEMAHIRAN : LONTAR PELURUR

Transcript of RPH LONTAR PELURU new

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GERKO ( ACARA PADANG : LONTAR PELURU)

AHLI KUMPULAN :HAYATI BINTI MD FUAD (921216-04-5256)

2012121340003

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR (920615-01-5041)

2012121340008

KHAIRUNISA BT HARON (921110-06-5400)

2012121340005

OPSYEN : 5 PISMP BM/PJ/PM

KEMAHIRAN : LONTAR PELURUR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN GERKO

Mata Pelajaran : Gerak Kerja Kokurikulum

Tunjang : Kemahiran

Tajuk : Olahraga

Sub Tajuk : Lontar Peluru

Tarikh : 18 Mac 2014

Masa : 7.45 pagi 8.00 pagi–Kelas : 5 PISMP BM/PJ/PM

Bilangan murid : 18 orang murid

Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah melakukan aktiviti lompatan di dalam sesi pengajaran sebelum ini.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pemnbelajaran murid dapat :

Psikomotor : 1. Melakukan 2 daripada 3 percubaan teknik memegang peluru dan kedudukan

peluru dengan lakuan yang betul.

2. Melakukan 2 daripada 3 percubaan teknik lontar peluru gaya berdiri dengan lakuan

yang

betul.

Kognitif : 1. Menyatakan cara-cara melontar dengan betul semasa melakukan aktiviti lontar peluru.

Afektif : 1. Pelajar menunjukkan sifat keprihatinan kepada aspek keselamatan semasa melakukan

aktiviti.

2. Menunjukkan sifat toleransi dan kesungguhan semasa melakukan aktiviti.

Penerapan nilai : Semangat keprihatinan, toleransi, kerjasama dan kesungguhan dalam belajar.

KBKK : Menganalisis setiap pergerakan yang dilakukan semasa aktiviti pegangan dan lontaran

dilakukan.

Penggabungjalinan : Tunjang kecerdasan-koordinasi

Alatan : 1. Bola sofbol

2. Peluru

3. Wisel

BAHAGIAN / AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN /

MASA ALATAN

PERMULAAN ( 4 minit )

(HAYATI BT MDFUAD)

Penerangan guru

Meregangkan badan- Dalam bentuk ladam kuda

Meningkatkan suhu badan dan kadar nadi.

Permainan bola beracun .‘ ’

- Guru memberitahu murid bahawa mereka akan belajar teknik pegangan dan lontar peluru gaya berdiri.

i. Menolak kepala ke atas, bawah, kanan dan kiri.ii. Menarik siku ke belakang bahu.iii. Mendepakan tangan dan tolakke belakang.iv. Cekak pinggang dan pusing kanan dan kiri.v. Angkat tangan dan sendeng ke sisi kanan dan kiri.vi. Bengkokkan kaki kanan dan tolak ke hadapan. Kemudian tukarposisi.

Prosedur permainan

1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.

2. Pelajar membuat bulatan.

3. Pelajar kumpulan A akan

P G P P P P P P P

G = Guru P = Pelajar

GURU

X X X X X X X X X X XXXXXXXX

X - Murid

- Kawasan aktiviti

B B B B B B A A B B A A B B A A B

KEMAHIRAN( 9 minit )

Langkah 1

Tunjuk cara dan penerangan guru( teknik pegangandan kedudukan peluru )

masuk di tengah bulatan.

4. Pelajar B akan membaling bola kepada pelajar kumpulan A di tengah bulatan.

5. Balingan hanya dibenarkan di bahagian bawah badan sahaja.

6. Pelajar yang berada di tengah bulatan perlu mengelak dari terkena bola.

7. Pelajar yang terkena balingan akan keluar dari bulatan sehingga semua pelajar di dalam bulatan terkena balingan.

8. Selepas itu, kumpulan B pula

akan masuk ke tengah bulatan.

- Guru memperkenalkan peluru terlebih dahulu kepada murid.

a. Peluru 7.620kg - lelaki

b. Peluru 4.000 kg - perempuan

- Guru mengagihkan bola softball bagi

B B B B B

A = Kumpulan A B = Kumpulan B

Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3

Langkah 2

(MOHAMADIZZUDDIN IZZATBIN AB SHUKOR)

menggantikan peluru sebenar kepada setiap murid.

- Guru meminta para murid beratur secara selari.

- Seterusnya, guru menunjukkan cara memegangpeluru.

1. Teknik memegang peluru dengan tiga jari.

a. Peluru disokong dipangkal ketiga-tiga jaritengah dan ibu jari.

b. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru.

c. Pastikan peluru tidak berada pada tapak tangan.

 2. Teknik memegang peluru dengan lima jari.

a. Kelima-lima jaridigunakan. Ibu jari danjari kelingkingmengimbangi kedudukan

Gambarajah teknikpegangan peluru.

Lontar peluru gaya berdiri

peluru.

b. Pastikan peluru tidakberada pada tapaktangan.

3. Teknik pegangan peluru di bawah tulang rahang pipi sebelum peluru dilontar.

a. Bawa peluru di bawah tulang rahang pipi.

b. Siku menghala keluar badan.

c. Pangkal lengan membuat sudut 45 dengan ºbadan.

- Guru meminta setiap muridmemegang bola softbol masing-masing mengikut cara memegang peluru.

- Guru memeriksa setiap murid memegang bola softbol dengan betul.

- Guru menunjukkan kepada pelajar teknik melontar peluru gaya berdiri.

1. Fasa Persediaan

- Bagi fasa persediaan, guru meminta murid berdiri sambil memegang alat reka ganti iaitu bola softbol dalam kedudukan sedia dan kaki dibuka seluas bahu.

- Bahu kiri menghadap arah lontaran.

- Kaki dominan diletakkan kehadapan dan dibengkokkan.

- Badan dicondongkan ke hadapan sedikit.

- Manakala, kaki belakang puladiluruskan.

- Peluru diletakkan di bawah tulang rahang pipi.

- Lengan tangan diangkat hampir mendatar (90 )dan ºsiku ke luar.

- Pelajar akan mengilaskan badan dengan memusingkan punggung, dada naik ke hadapan dan diikuti tolakan tangan ke hadapan.

- Setelah menolak, tangan statik 45 ke atas tanpa ºmelepaskan bola softbol.

2. Fasa Lontaran

- Setelah mengilas badan, pelajar akan menggunakan kaki yang dibelakang untuk menolak dengan kuat sehingga badan melentik.

- Pergerakan ini disusuli dengan pergerakan melontar bola softbol dengan menggunakan bahagian bahu.

- Semasa melontar, bola softbolberada di rahang pipi tanpa dialihkan untuk mengelakkan lontaran batal.

- Kuasa tolakan akan perpindah kepada tangan dan melontar sekuat yang boleh.

- Kemudian bola softbol dilepaskan ke hadapan dengan kedudukan tangan tinggi 45 .º

3. Fasa Ikut Lajak

- Pelajar melakukan hayunan tangan bukan dominan sebagai sokongan dengan membawa berat badan ke hadapan dan seterusnya melontar.

- Selepas lontaran, melonjak dengan kaki dominan untuk

mengimbangi badan.

- Manakala mata memandang ke hadapan sejauh yang mungkin.

Langkah 3

(KHAIRUNISA BT HARON)

Lakuan keseluruhan

1. Murid melakukan semula keseluruhan teknik melontar peluru di atas bulatan melontar dengan menggunakan alatan sebenar.

2. Pergerakan tangan kaki dan badan dititik beratkan dan dibetulkan jika terdapat kesalahan.

3. Setiap murid melakukan 2 kali percubaan lontar peluru.

ALATAN:-Peluru

PENUTUP( 2 minit )

Gerak kendur danmembuat rumusan

1. Gerak kendur diketui oleh guru.

2. Melakukan aktiviti tepuk-tepUk badan.

3. Melakukan aktiviti gerak kendur dalam kiraan 5 bagi setiap pergerakan.

Tengkuk

- Golekkan kepala dari kiri ke kanan dan sebaliknya dalam kiraan 5

- Lenggukkan kepala dari atas ke bawah dalam kiraan 5.

Bahu

- Pusingkan bahu ke hadapan dengan membuat 1 pusingan sebanyak 5 kali pusingan

- Ulang pergerakan yang sama dengan memusingkanbahu ke belakang membuatpusingan sebanyak 5 kali pusingan

Pinggang

- Gerakkan pinggang mengikut arah pusingan jam sebanyak 5 kali

- Kemudian pusingan pinggang arah berlawanan jam sebanyak 5 kali

Kaki

- Angkat kaki kanan dan pusingkan pergelangan kakimengikut arah jam sebanyak 5 kali

KBKK :-Membuat rumusan.

- Tukar arah pusingan lakukan pusingan pada pergelangan kaki kiri mengikut lawan arah jam sebanyak 5 kali.

4. Guru membuat rumusan mengenai isi pelajaran hari ini

Aspek-aspek keselamatan semasa melontar.

Kemahiran kemahiran –yang terlibat.