PROGRAM NILAM

21
[Type the document title] [Yea r] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEM3503 (Pengurusan Pusat Sumber ) “NILAM” Nama:Wan Fathiyyah Binti Wan Mohammad Matrik no:821012015292001 NRIC:821012015292 Telephone number:019-7445710 E-mail address:[email protected] 1 | Page

Transcript of PROGRAM NILAM

[Type the document title] [Year]

FAKULTI

PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEM3503

(Pengurusan Pusat Sumber )

“NILAM”

Nama:Wan Fathiyyah Binti Wan Mohammad

Matrik no:821012015292001

NRIC:821012015292

Telephone number:019-7445710

E-mail address:[email protected]

1 | P a g e

[Type the document title] [Year]

Nama Tutor: ONLINE

Pusat Pembelajaran: Batu Pahat

Semester September 2013

ISI KANDUNGAN M/S

1. PENGENALAN 3

2.METADOLOGI 4

3. NILAM 4-5

4. PERLAKSANAAN NILAM DI SEKOLAH X 6-7

5. PROGRAM NILAM TAHAP KE DUA RAKAN PEMBACA DI SEKOLAH

MENENGAH

8-10

6. PERATUSAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM

NILAM SEPANJANG MENGIKUT KELAS

11-12

7.KELEMAHAN PROGRAM 12

8.PENAMBAHBAIKAN PROGRAM 12-13

9.KESIMPULAN 13-14

10.SUMBER 15

2 | P a g e

[Type the document title] [Year]

1.0 PENGENALAN

Perpustakaan memainkan peranan yang penting

dalam membentuk golongan cerdik membaca. Sehubungan dengan

itu Dasar Negara bagi perpustakaan dan perkhidmatan maklumat

telah dirangka untuk memberikan maklumat kepada masyarakat

awam.

Bahan-bahan bercetak seperti buku, terbitan bersiri,carta,

peta dan poster. Selain daripada itu bahan-bahan tidak

bercetak seperti filem sinematografi, mikroform, piring

hitam serta rakaman dengan video dan audio peralatan dan

lain-lain media elektronik.

Kerajaan telah menetapkan beberapa matlamat untuk membina

masyarakat berpendidikan. Perkhidmatan perpustakaan dan

3 | P a g e

[Type the document title] [Year]

maklumat dapat menyumbangkan pembangunan Negara dalam

memberikan sokongan praktikal kepada segala proses

pendidikan dan kemajuan intelek masyarakat, aktiviti

ekonomi serta memenuhi keperluan budaya dalam membantu

pemahaman secara globalisasi.

Objektif bagi tugasan kali ini ialah pertama menganalisa

salah satu program NILAM yang diambil dari sekolah

responden. Tujuan analisa dibuat ialah dapat menerangkan

perlaksanaan program secara terperinci dan juga hasil

program tersebut. Objektif kedua dalam tugasan ini ialah

menilai peranan Pusat Sumber Sekolah (KM) dalam program

NILAM 3 Penilaian yang hilang. Sehubungan dengan itu

penilaian dibuat dengan memberi tumpuan samada kejayaan atau

kegagalan RC.

Oleh itu program NILAM dijalankan untuk mensasarkan murid-

murid di sekolah berkemahiran membaca. Selain daripada itu

memupuk tabiat membaca dari kalangan rakyat Malaysia.

Berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998

“Program Membina Tabiat Membaca” telah menyediakan beberapa

garis panduan mengenai perlaksanaanya di semua sekolah di

negara ini.

4 | P a g e

[Type the document title] [Year]

2.0 METADOLOGI

Bagi memenuhi tugasan kali ini penulis memilih

sekolah menengah X terletak di Pagoh. Rasionalnya memilih guru

PSS tersebut kerana telah berpengalaman dalam menguruskan

Pusat Sumber Sekolah selama lebih 15 tahun mengajar di sekolah

tersebut.

Penulis menghubungi guru tersebut melalui telefon untuk

menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk ditemuduga secara

ringkas. Pertemuan dijalankan pada keesokan harinya ketika

selesai sesi p & p. Waktu temuduga berlangsung sekitar hamper

45 minit kerana responden perlu bergegas untuk menghadirkan

diri ke mesyuarat.

Oleh itu segala rekod serta dokumen dikaji untuk dianalisis

untuk mencari keberkesanan salah satu program yang dijalankan

di sekolah. Responden juga telah memberikan beberapa helaian

kertas program sebagai rujukan bagi menyiapkan tugasan ini.

3.0 NILAM

3.1 Definisi NILAM

NILAM membawa maksud “Nadi Ilmu Amalan Membaca”. Program NILAM

merujuk kepada semua aktiviti membaca di sekolah-sekolah

5 | P a g e

[Type the document title] [Year]

dengan bertujuan menggalakkan aktiviti membaca selaras dengan

standard Bahagian Teknologi Pendidikan dan pengiktirafan.

3.2 Objektif NILAM

Pertama untuk memupuk pelajar suka membaca dengan banyak dan

kedua menggalakkan sekolah-sekolah menjana idea-idea yang

kreatif dan inovatif bagi melaksanakan program minat membaca

ini.

3.3 Tahap Pencapaian Program NILAM

Terdapat dua tahap pencapaian program NILAM iaitu:

1. Peringkat Pertama iaitu Tahap Jauhari

Membangunkan kemahiran membaca asas dan menjadikan

minat membaca sehingga ia menjadi kebiasaan.

Pada peringkat ini penglibatan pelajar-pelajar

secara aktif terhadap program-program yang

dijalankan Pusat Sumber Sekolah. Sebaik sahaja

mereka memperoleh kemahiran membaca asas satu (Mid

Tahun Satu) pelajar dapat mengambil bahagian.

Pinjaman buku dari pusat sumber dibenarkan selama

dua minggu kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

2. Peringkat Kedua iaitu Reader Fellow

Khusus memberikan penekanan terhadap kemahiran

kepimpinan dalam membaca.

6 | P a g e

[Type the document title] [Year]

Selepas membaca lebih 100 buah buku pelajar layak untuk

ada di peringkat ini.

Fasilitiator disediakan untuk memandu pelajar dalam

menjalankan aktiviti-aktiviti serta latihan bagi

menjayakan program ini.Peluang yang diberikan memberi

peluang kepada pelajar untuk memilih buku-buku dari Pusat

Sumber dan membawa buku tersebut untuk dibaca oleh rakan

4.0 PERLAKSANAAN NILAM DI SEKOLAH X

Program NILAM dilaksanakan di semua sekolah

kementerian. Tidak terkecuali di sekolah yang dipilih. Berikut

adalah profil sekolah yang telah dipilih merujuk kepada sistem

maklumat sekolah program responden di GOOGLE I-NILAM TARANTULA

Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdiri dari cawangan

BTPN serata dari PKG Lenga. Terdiri dari sekolah bergred A.

Status aktif. Tarikh ditubuhkan sekolah ialah 7 Julai 1965.

Kategori luar bandar. Manakala jarak ke Bandar yang terdekat

adalah sejauh 32 kilometer. Pengguna yang berdaftar untuk

melaksanakan sistem di Tarantula I-Nilam seramai 7 orang guru.

Ringkasan bilangan guru, murid dan koleksi PSS adalah seperti

berikut bilangan murid lelaki seramai 826 manakala bilangan

murid perempuan seramai 816. Oleh itu jumlah murid seramai

7 | P a g e

[Type the document title] [Year]

1,642 orang. Bilangan guru sedia ada seramai 114 orang. Geran

perkapita ialah 20,000 manakala jumlah koleksi buku 35,000.

Jumlah BBM berjumlah 100 dan jumlah koleksi digital adalah

sebanyak 298.

4.1 PROGRAM RAKAN PEMBACA

Pelajar memilih rakan yang serasi bersamanya untuk

berkongsi pengalaman membaca. Dalam program ini pelajar

akan diberi pengiktirafan berdasarkan bilangan buku

yang dibaca. Bagi pengiktirafan Gangsa hendaklah

mengumpul sebanyak 90-179 buah buku, Perak sebanyak

180-269 buah buku, Emas sebanyak 270-359 buah buku dan

NILAM sebanyak 360 buah buku ke atas.

Oleh itu pelajar yang telah membaca melebihi 100 buah

buku ke atas layak menyertai Peringkat Kedua program.

4.2 DEFINISI RAKAN PEMBACA

Pengertian Rakan Pembaca ialah fasilitiator membantu

murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang

dijalankan murid secara formal (dalam majlis atau

pertandingan) atau majlis tidak formal seperti di

kelas. Guru juga akan membimbing di lokasi RP

dijalankan. Segala aktiviti pembacaan seperti aktiviti

8 | P a g e

[Type the document title] [Year]

bicara buku, bercerita dan membaca bersama dijalankan

bersam rakan-rakan disekolah.

Sekolah ini juga menggunakan kaedah kutipan rekod

seperti setiap guru mata pelajaran akan menanda semasa

di kelas kemudian setiap dua bual guru kelas mengutip

segala rekod atau fail untuk disimpan di PSS mengikut

kelas masing-masing. Manakala guru NILAM menerima data

dari guru mata pelajaran kemudian membuat analisis

perkiraan secara statistik kemudian dihantar pada

penyelaras PSS.

4.3 SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA

Cadangan markah bagi tahap Rakan Pembaca adalah seperti

berikut:

Markah Pengiktirafan100-199 Gangsa200-299 Perak300-399 Emas400 ke atas NILAM

9 | P a g e

[Type the document title] [Year]

Sistem Pemarkahan Rakan Pembaca:

Bercerita pada 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah*

Membaca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah*

Bicara buku 1 sesi x 15 pendengar = 5 markah*

Meminjam Buku 1 buku x 20 peminjam = 5 markah*

Setiap akhir tahun skor markah akan dimasukkan ke dalam Buku

Rekod Kemajuan Murid. Ia dikira dari jangkamasa 5 tahun. Markah

ini juga akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila murid

menamatkan persekolahannya. Pihak sekolah juga akan memeberikan

surat sokongan bagi murid yang layak menerimanya. Oleh itu murid

yang mencapai rekod bacaan maksimum akan dianugerahkan ANUGERAH

NILAM.

4.4 PROGRAM NILAM TAHAP KE DUA RAKAN PEMBACA DI SEKOLAH

MENENGAH

10 | P a g e

[Type the document title] [Year]

Berikut adalah laporan program NILAM Rakan Pembaca (RP)

di sekolah X, di antara slot yang dipilih untuk tugasan

ini adalah Slot Kata Unik :-

Laporan Progran Rakan Pembaca di Sekolah X

Tarikh Perlaksanaan: Januari hingga September 2013

Tempat: Papan Kenyataan dan Kelas

Masa: Perlaksanaan: 10 – 15 minit

Kumpulan Sasaran: Semua Pelajar dari Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 6 atas

Tindakan: Semua Guru Bahasa Sekolah X

Aktiviti:

0.1 Program dijalankan sebanyak dua kali seminggu sekali

mengikut pada jadual yang telah ditetapkan

0.2 Ketua kelas akan menampal sekeping kertas yang

mempunyai sepatah kata beserta pengertian

0.3 Dilaksanakan di kelas masing-masing mengikut giliran

kosa kata yang telah ditampal di papan kenyataan

0.4 Cara Perlaksanaan: Wakil murid dari kelas yang telah

ditetapkan membaca sepotong ayat yang lengkap menggunakan

11 | P a g e

[Type the document title] [Year]

tata bahasa yang telah dipilih. Huraian ayat dibimbing oleh

guru yang bertugas

Objektif Program:

0.1Untuk menambah pengetahuan penggunaan kosa

kata/perbendaharaan kata murid

0.2Lebih memahami kosa kata yang kurang digunakan dalam

perbualan harian tetapi kerap digunakan di media massa

serta media cetak.

0.3

Senarai Aktiviti Program:

Kelas Tarikh Kata Unik Tindakan Guru

1 Amanah 7.1.2013 Merudum: untuk

pasaran saham yang

jatuh

Naemah Abd

Wahab

4 Cemerlang 21.1.2013 Akauntibiliti: sifat

kebertanggunggjawaba

n

Eng Peng Chui

3 Dedikasi 4.2.2013 Bergelumang noda:

kehidupan yang

dikelilingi perkara-

Rohana Bt Ayub

12 | P a g e

[Type the document title] [Year]

perkara yang tidak

mengikut hukum Allah2 Cekap 17.2.2013 Berhijab: bertudung Saiful B Badri6 Atas 1 4.3.2013 Stake Holders:

pemegang saham

organisasi

Eng Peng Chui

3 Bestari 18.3.2013 Analisis: Membuat

analisis data secara

terperinci

Naemah Abd

Wahab

5 Cerdik 1.4.2013 Anjakan Paradigma:

Perubahan yang baru

Sarina Bt

Darwish6 Atas 2 15.4.2013 Kesinambungan:

saling berkaitan

Naemah Abd

Wahab1 Bijak 6.5.2013 Desakan: Sedikit

tekanan diberikan

kepada masalah yang

dihadapi

Rohana Bt Ayub

2 Cerdik 20.5.2013 Inisiatif: Daya

Usaha

Saiful B Badri

5 Bestari 10.6.2013 Aplikasi:

Menggunakan

Naemah Abd

Wahab4 Cekap 25.6.2013 Relevan: diterima

secara logik

Wan Sanusi B

Wan Abdul2 Amanah 1.7.2013 Berdaya Saing: Wan Sanusi B

13 | P a g e

[Type the document title] [Year]

Saling memajukan dan

bersaing dengan

harga bersih dari

segi harga

Wan Abdul

3 Bijak 15.7.2013 Implikasi: kesan Rohana Bt Ayub5 Lestari 19.8.2013 Prejudis: berfikiran

negatif terhadap

seseorang

Suzane A/P

Maniam

4 Amanah 4.9.2013 Sumbang Saran:

program percambahan

fikiran

Sarina Bt

Darwish

3 Lestari 16.9.2013 Kecelaruan:

keresahan

Suzane A/P

ManiamRajah:1

Sumber: PSS Sekolah X

14 | P a g e

[Type the document title] [Year]

4.5 PERATUSAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM

NILAM SEPANJANG MENGIKUT KELAS

Berikut adalah carta pai peratusan bilangan pelajar yang

terlibat dalam program Rakan Pelajar sepanjang Januari

hingga September 2013

15 | P a g e

[Type the document title] [Year]

JANUARI-MAC APRIL-MEI JUN-SEPTEMBER0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

TING 1TING 2TING 3TING 4TING 5TING 6

Rajah:2

Penglibatan Pelajar Sekolah X

Di atas adalah peratusan penglibatan pelajar sepanjang tahun 2013

mengikuti program Nilam Rakan Pembaca. Sepanjang bulan Januari

hingga Mac pelajar tingkatan 1 sebanyak 100%, tingkatan 2 sebanyak

95%, tingkatan 3 sebanyak 97%, tingkatan 4 sebanyak 86%, tingkatan 5

sebanyak 92% dan tingkatan 6 sebanyak 100%.

Manakala sepanjang April hingga Mei tingkatan 1 sebanyak 84%,

tingkatan 2 sebanyak 92%, tingkatan 3 sebanyak 78%, tingkatan 4

sebanyak 85%, tingkatan 5 sebanyak 90% dan tingkatan 6 sebanyak 86%.

Bagi Jun hingga September kahadiran pelajar tingkatan 1 sebanyak

46%, tingkatan 2 sebanyak 67%, tingkatan 3 sebanyak 54%, tingkatan 4

dan 5 sebanyak 68%, manakala tingkatan 6 sebanyak 70%.

16 | P a g e

[Type the document title] [Year]

Oleh itu, ini dapatan ini menunjukkan penglibatan pelajar

menunjukkan positif. Pelajar juga terdedah dengan sistem ganjaran

yang akan diberikan berupa piala di majlis penyampaian hadiah yang

akan diadakan pada akhir bulan November nanti.

Merujuk Sharifah Alwiah Alsagoff memetik dari buku beliau Falsafah

Pendidikan menjelaskan pengertian pendidikan sebagai satu proses

seperti pendidikan sebagai proses latihan, proses persekolahan

formal, proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar mempercayakan

apa yang disampaikan. Selain itu pendidikan juga sebagai proses

perkembangan intelek, fizikal sosial dan emosi seseorang individu,

sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat, sebagai

bentuk disiplin, seni dan sains.

Disokong oleh dua guru NILAM sebagai responden mengatakan bahawa

Rakan Pembaca berjaya mengubah perspektif bacaan dari sesi

menjemukan kepada sesi yang lebih menarik.

4.6 KELEMAHAN PROGRAM

Menurut dua responden yang terdiri dari guru NILAM mengatakan

antara kelemahan program yang dapat dilihat sepanjang perjalanan

program tahun ini adalah seperti berikut:

1.Kekangan Masa

Punca kekangan masa apabila pelajar menghuraikan terlalu panjang

menyebabkan penyampaian meleret-leret hingga menganggu waktu

pembelajaran yang seterusnya.

17 | P a g e

[Type the document title] [Year]

2.Kurang Mantap

Pelajar kurang mantap dari segi persembahan. Secara tidak langsung

pemahaman kurang disampaikan dengan berkesan kepada rakan-rakan yang

lain.

4.7 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Merujuk kepada Rajah 2 pada peratusan penglibatan

murid perlaksanaan program Rakan Pembaca di sekolah x menunjukkan

Program Rakan Pembaca disambut baik oleh pelajar-pelajar

menyertainya.

Guru-guru yang terlibat juga dapat membimbing pelajar mengikut

jadual RP yang telah dijalankan. Keseimbangan antara penglibatan

guru dan murid menjadikan program ini adalah satu usaha yang sangat

membantu pelajar dalam mengetengahkan teknik kepimpinan pelajar

sebagai pemimpin dalam kumpulan

Merujuk penglibatan murid sepanjang program sekitar Jun hingga

September menurun. Pihak sekolah perlu menarik minat pelajar seperti

memberikan lebih banyak imbuhan berbentuk hadiah yang dapat menarik

minat pelajar untuk menyertai program Rakan Pembaca antaranya

seperti menganugerahkan lencana Rakan Pembaca bagi yang mengikuti

program dengan penuh sehingga bulan September, menampal gambar-

gambar yang cemerlang setiap bulan, memberikan saguhati dan sijil

kecemerlangan bagi setiap pelajar yang berjaya mengikuti program ini

sepanjang tahun.

18 | P a g e

[Type the document title] [Year]

Selain itu pelajar perlu bersedia dalam menyampaikan dengan

terancang agar rakan-rakan dapat memahami maklumat yang dikongsikan.

Aktiviti berkumpulan seperti RP dapat melancarkan proses komunikasi

dengan berkesan.

Ini kerana merujuk kepada Chek Mat (2012) dalam buku beliau Kursus

Kepimpinan Profesional menyatakan bahawa menerusi komunikasi terbuka

membolehkanmaklumat individu, kelompok dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan cekap

dan berkesan.

Oleh itu dapatlah dihuraikan pemimpin dikategorikan kepada murid RP

manakala pendengar dikategorikan sebagai pengikut. Maka pemimpin

perlu menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran berucap

dikhalayak dan kemahiran mendengar juga kemahiran diversiti.

5.0 KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan bahawa program ini membantu murid

dalam membina kosa kata yang dapat diketengahkan dalam perbualan

harian walaupun kosa kata tersebut banyak digunakan di dalam media

cetak dan media elektronik.

Pelajar juga memahami dengan jelas penggunaan kosa kata tersebut

dengan jelas khususnya menggalakkan pelajar membaca. Ini kerana

merujuk kepada Anderson dan Pearson (1984) mengatakan bahawa membaca

merupakan suatu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi

interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses

19 | P a g e

[Type the document title] [Year]

membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si

pembaca.

Ini sejajar dengan peranan Pusat Sumber sebagai pusat maklumat.

Merujuk kepada Siti hajar dan Kamaruddin (2001) mengatakan bahawa

pusat sumber sekolah adalah sebuah pusat pengumpulan dan pengedaran

pelbagai maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran.Pusat ini

diuruskan dengan menggunakan khidmat pekerja yang terlatih media

yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi memudahkan kemajuan

dalam kualiti pendidikan.

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang

melancarkan satu program yang dipanggil NILAM untuk menggalakkan

membaca di kalangan pelajar pada tahun 1998. Merujuk Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 Program Membina Tabiat Membaca yang

telah dikeluarkan dan menyediakan garis panduan mengenai

perlaksanaannya di semua sekolah di Negara ini.

Sehubungan dengan itu, diharap program NILAM ini berterusan demi

memupuk nilai membaca dalam masyarakat kita. Ini kerana terbinanya

satu tamadun yang maju dengan bermula dari tabiat suka membaca dari

kalangan rakyatnya itu sendiri.

2,110 patah perkataan.

20 | P a g e

[Type the document title] [Year]

6.0 SUMBER

1. http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/

faqs/214-program-nilam.html

2. http://nilam.tarantula.my/

3. http://rosiah70.blogspot.com/2010/12/aktiviti-aktiviti-

program-nilam.html

4. http://www.slideshare.net/rosminilobah880997/slide-show-

program-nilam

5. http://pusatsumbertmgs.blogspot.com/2010/08/panduan-program-

nilam-tahap-kedua-tahap.html

6. http://psspermaiindah.blogspot.com/2013/04/program-nilam-

aktiviti-rakan-pembaca.html

7. http://keterampilanmemba.blogspot.com/2013/05/definisi-dan-

teori-membaca.html

8. Chek Mat 2012. Kursus Kepimpinan Profesional: Kenapa Komunikasi Penting.

Selangor Darul Ehsan: Unipress Printer Sdn.Bhd

21 | P a g e