nota bumi dan bencana alam

35
UK02302 BUMI DAN BENCANA ALAM PENGENALAN GEOLOGI PROSES PEMBENTUKAN BUMI

Transcript of nota bumi dan bencana alam

UK02302

BUMI DAN BENCANA ALAM

• PENGENALAN GEOLOGI• PROSES PEMBENTUKAN BUMI

What is Geology?

• Geology berasal daripada bahasa Greek• Geo ~ bumi dan logos ~ kajian. Kajian terhadap bumi.

• Contohnya Geologi Sejarah (Historical Geology) mengkaji asalan dan evolusi bumi termasuk benua, lautan, atmosfera dan kehidupan

• Bidang geologi sangat luas dan melibatkan keseluruhan subsistem bumi.

Bidang geologi sangat luas dan berhubungkait dengan bidang sains yang lain.

How does geology affect our everyday lives?

• 1. Geobencana atau peristiwa katastrofi contohnya letusan volkanik, gempabumi, tanah runtuh, gelombang lautan/tsunami, banjir.

• Pengetahuan tentang peristiwa membolehkan ramalan, kawalan atau meminimkan kesan bencana tersebut

• 2. Ekonomi dan Politik: Mineral dan punca sumber tenaga tidak tertabur secara seragam. Ini menyebabkan berlaku peperangan contohnya Perang Teluk, Perang USA – Afghanistan, USA menakluki Iraq.

• 3. Penggubal Dasar Kerajaan: Penggubal dasar sepatutnya mengetahui asas-asas geologi untuk memantapkan pentadbiran. Isu-isu alam sekitar dan undang-undang memerlukan pakar-pakar geologi terutama yang berkaitan dengan eksplorasi mineral.

• 4. Kegunaan seharian: Isu-isu mengenai sumber-sumber tenaga seperti batu arang petroleum dan uranium. Sisa-sisa buangan, dan pencemaran yang ada di alam sekeliling. Sumber elektrik melalui kabel – Cu. Bangunan tempat tinggal menggunakan konkrit, bahan membuat jalan jalanan dll.

PEMBENTUKAN BUMI

Origin of the Earth – Did it Begin with a Big Bang ?

• Kebanyakan saintis percaya bahawa alam semesta bermula sejak 15 bilion tahun dahulu disebabkan oleh Big Bang (Letupan Besar).

• Teori ini menyatakan bahawa peringkat permulaan alam semesta sangat tumpat, panas; kemudian diikuti oleh pengembang dan letupan kumpulan bahan kosmik yang sangat kuat; dan serpihan daripada letupan ini menyejuk bersifat kurang tumpat dan akhirnya membentuk jutaan galaksi.

• Dua fenomena asas yang membuktikan berlakunya ‘Big Bang’ ialah alamraya yang mengalami proses pengembangan (universe is expanding) dan alam raya mengeluarkan radiasi latarbelakang (background radiation).

• Dalam masa satu saat setelah berlakunya ‘Big Bang’, berlakunya pembentukan tiga daya asas dalam alam raya iaitu daya graviti, elektromagnet, nuklear kuat dan nuklear lemah. Semasa alam raya berusia tiga minit suhu yang terbentuk adalah cukup sejuk untuk membentuk nukleus Hidrogen dan nukleus Helium.

• Perlanggaran sebatian atau molekul menyebabkan serpihan semakin besar dan akhirnya membentuk cakerawala. Bintang-bintang baru terbina dalam ruang yang padat dengan gas-gas dan debu-debu yang dipanggil awan molekul raksasa (giant molecular clouds).

• Planet yang baru terbentuk bergerak berbentuk spiral secara perlahan ke arah matahari, membersihkan planetesimal tambahan di sepanjang laluan, bahagian-bahagian bumi di sekeliling matahari dibersihkan daripada ruang antara planet dan orbitnya distabilkan mengikut kedudukan sekarang.

Pembentukan empat planet awal (inner planets) terletak berdekatan matahari tidak menjerap banyak komponen kecil dalam awan nebular.

Planet seterusnya berkembang (outer planets) menjauhi matahari – mempunyai peratusan ais yang tinggi dan permukaan berbatu dan debris metalik. Ia mengandungi bahan lebih ringan sprti Helium dan Hidrogen.

• Bulan terbentuk akibat perlanggaran antara bumi dengan sebuah jasad besar seperti asteorit. Hentaman yang kuat menghasilkan bahagian besar cairan dan di keluarkan ke dalam orbit, membentuk jaluran debris sepanjang planet yang disebut cakra protobulan.

Pembentukan Bulan

• Pada 1/2 juta tahun pertama dunia tiada atmosfera iaitu sama seperti bulan sekarang. Selepas meteorit menghentam, bumi mengandungi atmosfera yang terdiri daripada CO2, N2, air sejatan dan gas-gas yang keluar daripada volkano.

•Meteorit yang menghentam bumi berbentuk batuan, mengandungi batuan dan logam, ada berair, mengandungi gas-gas beku dan ais dan juga banyak mengandungi karbon. Kemungkinan meteorit kaya karbon adalah tapak asal kehidupan yang mungkin mula-mula muncul.

• Oksigen dihasilkan terus melalui gas-gas yang dibebaskan melalui volkanik dan meteorit dan secara tidak terus melalui pemecahan air sejatan dan karbon melalui radiasi ultraungu (ultraviolet) matahari yang kuat.

• Aliran turbulant yang kuat dalam mantel menghasilkan tekanan yang kuat ke arah permukaan bumi dan mengeluarkan lava. Permukaan cepat menyejuk menghasilkan kerak basalt yang nipis.

•Hentaman meteorit dan gunung berapi juga menyebabkan cairan magma keluar melalui fisur membentuk lautan magma.

STRUKTUR DALAMAN BUMI

SKALA MASA GEOLOGI(historical geology)