Nori latest

24
1 ABSTRAK Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada penceraian yang berlaku dalam golongan dewasa kini. Aspek yang diberi perhatian ialah komunikasi, masalah ekonomi dan pengetahuan agama. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan diantara gaya hidup, komunikasi dan juga pengetahuan agama dengan penceraian yang berlaku dalam kalangan dewasa masa kini. Disamping itu, cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah penceraian ini. Kajian ini menggunakan metodologi kajian yang berbentuk kajian perpustakan. Berdasarkan kajian-kajian lepas mendapati bahawa sememangnya terdapat hubungan diantara komunikasi,masalah ekonomi dan juga pengetahuan agama terhadap penceraian yang berlaku dalam kalangan dewasa pada masa kini. Kata Kunci : Penceraian, komunikasi, pengetahuan agama dan masalah ekonomi ABSTRACT This study discussion factors which contribute to dissociation which occurred in adult group now. Aspect given attention was communication,economic problem and religion knowledge. This study also aimed to see relationship between lifestyle,communication and also religion knowledge with dissociation which occurred among adult now. At the same time, suggestions were made to overcome this dissociation. This study uses survey methodology in the form of library research. Based on these studies found that indeed there is a relationship between communication, economic problems and religious knowledge of divorce occurred among adults nowadays. Keywords: Divorce, communication, knowledge, religion and economic problems

Transcript of Nori latest

1

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor yang menyumbang kepadapenceraian yang berlaku dalam golongan dewasa kini. Aspek yang diberi perhatianialah komunikasi, masalah ekonomi dan pengetahuan agama. Kajian ini jugabertujuan untuk melihat hubungan diantara gaya hidup, komunikasi dan jugapengetahuan agama dengan penceraian yang berlaku dalam kalangan dewasa masakini. Disamping itu, cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah penceraian ini.Kajian ini menggunakan metodologi kajian yang berbentuk kajian perpustakan.Berdasarkan kajian-kajian lepas mendapati bahawa sememangnya terdapathubungan diantara komunikasi,masalah ekonomi dan juga pengetahuan agamaterhadap penceraian yang berlaku dalam kalangan dewasa pada masa kini.

Kata Kunci : Penceraian, komunikasi, pengetahuan agama dan

masalah ekonomi

ABSTRACT

This study discussion factors which contribute to dissociation which occurred in adultgroup now. Aspect given attention was communication,economic problem and religionknowledge. This study also aimed to see relationship between lifestyle,communicationand also religion knowledge with dissociation which occurred among adult now. At thesame time, suggestions were made to overcome this dissociation. This study uses surveymethodology in the form of library research. Based on these studies found that indeedthere is a relationship between communication, economic problems and religiousknowledge of divorce occurred among adults nowadays.

Keywords: Divorce, communication, knowledge, religion and

economic problems

2

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, isu mengenai penceraian dalam kalangan orang dewasa

pada masa kini merupakan fenomena yang membimbangkan banyak

pihak.Menurut laporan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terdapat bukti kukuh

menunjukkan betapa unit keluarga semakin berpecah dan mengecil

atau menjadi nuclearised. Keluarga dengan isi rumah semakin

meningkat kepada 68 peratus pada 1994 berbanding 60 peratus

pada1991. Pengaruh kuasa keluarga besar semakin berkurangan dalam

membantu ibu bapa moden menangani tanggungjawab menjaga warga tua

dan anak kecil. Dalam pergelutan menangani tanggungjawab inilah

data terkini menunjukkan peningkatan di dalam jumlah isirumah

(KIR) terdiri daripada wanita telah meningkat. Mengikut Ketua

3

Pengarah LPPKN lagi, kejadian perceraian pasangan suami isteri

turut meningkat dan menjadi gejala yang rumit di Malaysia. Wanita

kematian suami, ditinggalkan suami, didera suami semakin

meningkat dan ada juga yang hidup berasingan dan menjadi ibu

tunggal. Benokraitis (1996) mentakrifkan penceraian sebagai

‘penamatan suatu perkahwinan yang sah dan formal’. (Kavanaugh,

1972) mentakrifkan penceraian sebagai perpisahan. Perpisahan

tersebut meninggalkan kehilangan dan kesepian serta perasaan

lega. Jakim, (2007) mendapati 32.2% perkahwinan untuk tempoh 5

tahun pertama mengalami perceraian. Selain itu, 27.7% perceraian

berlaku untuk tempoh 6 hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

Kajian juga menunjukkan 44.9% perceraian berpunca daripada

pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain

masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita Malaysia,

malahan juga turut berlaku di negara barat.Cashmore (1985),

mendapati bahawa di negara-negara Eropah seperti Britain dan USA,

pada sekitar tahun 70-an didapati jumlah bilangan isi rumah telah

menurun dari 3.3 orang kepada 2.7 orang. Ini berlaku ekoran

daripada peningkatan penggunaan perancang keluarga, serta

kesedaran tentang kebaikan-kebaikan mempunyai keluarga kecil.

Kadar perceraian telah meningkat dengan tinggi sekali sehingga

dikatakan setiap perkahwinan pertama hanya boleh bertahan

sebanyak 60 peratus sahaja. Apabila berlaku perceraian, maka

tanggungjawab suami isteri telah berubah. Biasanya isterilah yang

4

akan terbeban dengan tanggungjawab rumah tangga, termasuk

penjagaan anak-anak.

Wayman (1987) pula berpendapat bahawa gejala ibu tunggal

mula menular di England sejak tahun 70-an iaitu akibat daripada

wujudnya pertubuhan-pertubuhan wanita yang mula sedar bahawa

wanita tidak sepatutnya terlalu bersandar (dependence) kepada

kaum lelaki. Justeru itu, mereka mula mengadakan kempen-kempen

menuntut hak dan kebebasan. Ekoran dari itu, dua akta (Equal Pay

and Sex Discrimination Act) telah wujud dan seolah-olah memberi

sokongan yang kuat kepada perjuangan mereka. Dari sinilah

dikatakan kaum wanita mula mengalami perubahan-perubahan dalam

peranan sosial dan kebebasan mereka. Hasil dari perubahan

tersebut didapati pada pertengahan tahun 1975, jumlah ibu tunggal

telah bertambah sebanyak enam peratus setahun dan dalam jangka

masa sepuluh tahun (1985), ianya telah meningkat kepada 1 juta

ibu tunggal di Britain.

Rentetan daripada peningkatan ini pelbagai masalah yang

bakal dan sedang dihadapi oleh pelbagai pihak. Oleh itu, kajian

ini akan melihat sejauhmanakah komunikasi, masalah ekonomi dan

juga pengetahuan agama menyumbang kepada faktor penceraian yang

berlaku di negara kita Malaysia khususnya yang melibatkan

golongan dewasa pada masa kini.

1.2 Permasalahan Kajian

5

Di negara Malaysia, kes perceraian menjadi begitu ketara sejak

awal tahun 90-an. Perangkaan yang dikeluarkan oleh bahagian

Undang-undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor 1998

misalnya, menunjukkan perceraian tertinggi di negeri Johor

berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga tahun. Ini

berkaitan dengan keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering

bertengkar, suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan

baik, ilmu yang tidak lengkap di dalam hal-hal pengurusan rumah

tangga, kurang pengetahuan di dalam agama, masalah komunikasi di

dalam keluarga, kecurangan pasangan, penderaan emosi, penghakisan

rasa cinta, masalah kewangan serta cabaran zaman ini yang begitu

kuat mempengaruhi kesejahteraan keluarga. (Hamidah Ab Rahman,

2008).

Akibat daripada perceraian yang berlaku, ramai wanita dan

ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk hidup sendiri dengan anak-

anak walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kepahitan hidup.

Namun begitu, ibu tunggal tidak sunyi dari menghadapi berbagai

masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai pencari rezeki tunggal, majoriti ibu tunggal

berpendapatan kecil. Sumber kewangan yang terhad mengehadkan

pilihan mereka. Ini tergambar di dalam keadaan rumah yang sempit

dan kurang selesa. Itu belum dikira keperluan lain seperti

makanan dan pakaian. Ini menyebabkan golongan ini hanya mampu

menikmati cara hidup yang rendah.

6

Dalam konteks kajian ini masalah komunikasi juga dikatakan

sebagai salah satu faktor penyumbang kepada penceraian. Menurut

Shamsudin(1993) komunikasi ialah terjemahan daripada istilah

Inggeris iaitu communication. Istilah ini berasal daripada

perkataan Latin iaitu communicare yang bermaksud to make common

atau mewujudkan persamaan. Manakala, mengikut Robbins dan

Cenzo(1998), komunikasi melibatkan transmisi maksud dan maklumat

kepada audiens. Apabila maksud ataupun maklumat tidak diterima

audiens, proses komunikasi tidak berlaku. Menurut Schram dan

Roberts(1971) pula, komunikasi adalah sesuatu yang dilakukan

iaitu ia tidak wujud dengan sendiri tetapi dilakukan oleh

manusia. Komunikasi tidak wujud disebabkan oleh apa-apa kuasa

ajaib melainkan makna yang diberikan oleh masyarakat yang berada

dalam keadaan komunikasi. Sebelum sebarang proses komunikasi

wujud, idea, perasaan, harapan, cita-cita, arahan mahupun

maklumat dan lain-lain lagi perlu ditukar kepada bentuk yang

difahami oleh audiens. Bentuk ini dipanggil simbol-simbol.

Simbol-simbol ini wujud dalam bentuk tulisan, bahasa yang

diucapkan, bahasa isyarat, gambar, bunyi, bahasa badan ataupun

perkara yang perlu disampaikan oleh pemula komunikasi itu. AdalahAdalah lumrah untuk manusia menjalinkan hubungan. Dalam

memperkatakan bentuk komunikasi atau hubungan pasangan, ianya

melibatkan komunikasi seorang ketua (suami) dengan pengikutnya atau

orang yang dipimpin iaitu isteri dan anak-anak. Sebagai ketua keluarga atau

suami, ia memiliki tanggungjawab dan peranan untuk memastikan

keluarganya berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diangankan. Maka

antara bentuk komunikasi antara pasangan ialah komunikasi ketua dengan

pengikut. Mengikut Barker, Wahlers dan Watson (1995) seorang ketua perlu

7

memiliki kemahiran komunikasi yang upaya menggerakkan pengikutnya ke

arah mencapai matlamat dan sejahtera keluarganya. Dalam hal ini si suami

perlu menjalankan tugasnya seperti memberi arahan, nasihat, panduan,

teguran menyelia dan sebagainya. tertakluk kepada tujuan atau niat

berkomunikasi. Sekiranya pengikut tidak mahu mematuhi arahan atau apa

sahaja yang gariskan oleh ketuanya, maka ia bergantung pada kebijaksanaan

ketua untuk mengendalikan pengikut seumpama itu. Dalam bentuk

komunikasi ini, ketua dianggap sebagai seorang yang terpimpin atau tanpa

dosa dan memiliki segala ciri-ciri yang baik dan murni. Namun sekiranya,

kegagalan komunikasi berlaku, pelbagai masalah dan isu yang tidak sihat

akan berlaku.

Selain itu, penceraian juga melibatkan pengetahuan dalam agama.

Pengetahuan agama yang kurang mengenai ilmu rumah tangga akan

menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. statistik Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu

perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam. Jumlah itu

dikatakan meningkat setiap tahun kerana kurangnya penghayatan agama di

kalangan suami isteri, termasuk mengabaikan solat. Tidaklah menghairankan,

jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu

dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan

tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan

pula suami isteri. Namun perumpamaan ini bagai sudah tidak relevan pada

masa sekarang memandangkan jumlah kes perceraian di kalangan umat

Islam berlaku pada setiap 15 minit. Lebih menyedihkan, ada antara mereka

yang sebelum itu bercinta bagai nak rak, ke hulu ke hilir bersama, namun

apabila sudah berkahwin, segala kasih sayang hilang dibawa angin. Salah

sedikit mula melenting sehinggakan sanggup memilih perceraian sebagai

langkah terbaik utnuk meleraikan segala kesusutan. Bila berlaku salah

faham, masing-masing ego dan tidak mahu mengalah. Akhirnya mereka

mengambil jalan mudah dengan menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

Segala kenangan manis semasa perkahwinan dulu sudah menjadi kenangan

pahit.

Tuntuan kewangan ataupun ekonomi juga turut menyumbang kepada

masalah ini. Masalah ekonomi akan menuntut kaum wanita untuk bekerja.

8

Kebiasaannya wanita yang bekerja akan mengalami masalah untuk

menguruskan masa dengan bijak. Tuntutan kerja lebih masa akan

menyebabkan masalah komunikasi dan juga tidak mempunyai masa untuk

memainkan peranan sebagai ibu atau isteri . (Tarmizi 2009). Penyataan-“ ” “ ”penyataan di atas sudah cukup mengambarkan bahawa terdapat pelbagai

faktor yang menyumbang kepada penceraian ini. Proses penceraian

hendaklah diatasi dengan bijak bagi mengelakkan pelbagai masalah yang lain

pula timbul nanti.

1.3 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai penceraian yang

berlaku di Malaysia. Objektif umum kajian ini adalah untuk :

i. Mengkaji hubungan di antara komunikasi dengan penceraian yang

berlaku dalam kalangan orang dewasa.

ii. Mengkaji hubungan di antara ekonomi dengan penceraian yang

berlaku dalam kalangan orang dewasa.

iii. Mengkaji hubungan di antara pengetahuan agama dengan penceraian

yang berlaku dalam kalangan orang dewasa.

1.4 Definisi Operasional

1.4.1 Penceraian

Menurut Al-Quran, Allah SWT telah menetapkan ketentuan dalam Al-Quran

bahawa kedua pasangan suami isteri harus segera melakukan usaha-usaha

apabila rumah tanggan sesebuah pasangan berada dalam pergolakan.

Firmannya:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telahmelebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan

9

kerana mereka (kaum lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebabitu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketikasuaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yangkamu khuatirkan Nusyu’z-nya, maka nasihatlah mereka dan pisahkanlah mereka ditempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, makajangalah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah MahaTinggi lagi Maha Besar.”

(Al Quran Surat An-Nisa -’ayat 34)

Menurut Hadis, Menurut Thalaq itu hukumnya adalah makruh

berdasarkan Hadis Rasulullah SAW, iaitu Perbuatan halal yang

paling dibenci Allah adalah thalaq. Selanjutnya dalam hadis lain

Rasulullah SAW bersabda “ Perempuan mana saja yang meminta kepada

suaminya untuk cerai tanpa ada alasan apa-apa, maka haram atas nya bau syurga”.

Selain itu, penceraian juga merupakan perpisahan diantara dua

pasangan hidupan yang sebelum ini berjanji untuk sehidup semati. (Rihan,

2011). Penceraian yang berlaku pada masa kini melibatkan pelbagai faktor

yang menyumbangnya. Kegagalan dalam mengekalkan institusi kekeluargaan

merupakan satu ancaman yang tidak sihat kepada masalah sosial yang kian

meruncing dari sehari ke sehari.

1.4.2 Komunikasi

Menurut Gail E. Myers & Michelle Tolela Myers (1992), terdapat dua jenis

komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal.

Komunikasi Intrapersonal ialah komunikasi yang terjadi dalam diri

manusia, hal ini termasuklah seperti apa yang mereka fikirkan, rasakan,

nilai-nilai yang dipegang, reaksi, khayalan, mimpi, dan lain-lain.

Manakala Uchayana (1993) ,mendefinisikan komunikasi intrapersonal

ialah komunikasi yang terjadi dalam diri kita, ia meliputi kegiatan berbicara

kepada diri sendiri dan kita mengamati komunikasi tersebut serta

memberikan makna (intelektual dan emosional) kepada lingkungan kita.

10

Secara umumnya, Komunikasi Intrapersonal adalah komunikasi yang

berlaku dalam diri seseorang individu. Individu tersebut

berkomunikasi dengan dirinya. Komunikasi Intrapersonal juga

merupakan asas kepada semua jenis komunikasi dan peringkat

komunikasi manusia. Apabila seseorang mampu berdialog dengan diri

sendiri bererti seseorang itu mampu mengenal diri sendiri, amat

penting bagi kita untuk mengenal diri sendiri sehingga kita dapat

berfungsi secara bebas di dalam masyarakat.

Komunikasi Interpersonal ialah komunikasi yang berlaku

apabila terdapat dua atau lebih individu berinteraksi sama ada

bertukar-tukar maklumat, belajar, berjual beli atau sebagainya.

Komunikasi jenis ini berlaku setiap hari dan ia berlaku dimana-

mana sahaja. Komunikasi Interpersonal adalah sangat penting dalam

setiap konteks hubungan sama ada dalam hubungan keluarga,

hubungan kejiranan, majlis sosial, organisasi, dalam kehidupan

bermasyarakat dan sebagainya. Komunikasi jenis ini juga, lazimnya

berlaku di antara pelayan dengan pelanggan, ibu dengan anak, guru

dengan pelajar ataupun di dalam proses temuduga. Komunikasi

Interpersonal membolehkan sesuatu hubungan diwujudkan dengan

pihak yang lain.

1.4.3 Ekonomi

Pengertian ekonomi merujuk kepada kemampuan sesebuah keluarga

untuk menguruskan kelangsungan kehidupan. Dalam konteks kajian

11

ini, ekonomi sesebuah keluarga akan menyumbang kepada kebahagiaan

srumah tangga. (Wayman, 1987)

1.4.4 Pengetahuan Agama

Menurut World Health Organization (WHO) 2001, menyatakan pengetahuan

ialah satu siri maklumat dan kefahaman mengenai di mana fakta

digabungkan serta dikaitkan dengan penerangan sesuatu konsep. Mengikut

Taksonomi Bloom aras pengetahuan ialah aras di mana mengukur kebolehan

sesorang untuk mengingati dan mengenali maklumat seperti istilah, fakta,

prinsip, strategi dan penyelesaian masalah (Salim Rejab, 1998).

Maksud agama pula ialah pegangan ataupun ajaran yang dipegang

oleh seseorang. Setiap orang mempunyai ajaran ataupun agamanya yang

tersendiri.

2.0 Kajian Lepas

Kajian lepas adalah bertujuan memberikan idea tentang strategi atau

kaedah yang pernah digunakan di dalam sesebuah kajian. Kaedah ataupun

strategi kajian itu, tidak mengira faktor situasi ataupun persekitaran yang

berbeza. Dalam konteks kajian ini, kajian lepas dapat membantu pengkaji

dalam memberi idea dan melancarkan lagi kajian ini. Dalam bahagian dua

ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian lepas yang telah dijalankan

oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sama ada pengkaji tempatan mahupun

pengkaji luar negara. Bahagian ini juga akan membincangkan tentang isu-isu

yang berkaitan dengan penceraian serta teori-teori yang berkaitan dengan

tajuk kajian.

2.1 Isu Penceraian Dalam Kalangan Orang Dewasa.

Dilaporkan, dalam Berita Minggu 15/05/2011 perpisahan berlaku setiap 6

minit di Arab Saudi menjadikan negara itu mencatatkan peratusan paling

tinggi kes pasangan bercerai berbanding negara lain di rantau Teluk iaitu

12

79% sehari. Hal ini menunjukkan institusi keluarga benar-benar memerlukan

bimbingan. Kaunseling menggunakan telefon penting untuk pasangan muda

yang berkahwin yang mencatatkan jumlah paling tinggi dalam kes

perceraian. Isu penceraian ini juga akan mendatangkan masalah kepada

anak-anak khususnya anak-anak yang masih belajar. Kajian Wallerstain

(1976), Masalah penceraian banyak mempengaruhi tahap pencapaian

pendidikan pelajar. Pelajar daripada keluarga yang bercerai seringkali

mengalami pelbagai tekanan semasa berada di dalam kelas dan di rumah.

Hal ini tidak kondusif untuk mereka mengulang kaji pelajaran dan membuat

kerja rumah dengan penuh tumpuan. Keadaan akan bertambah lebih buruk

lagi sekiranya pelajar tersebut menjadi sasaran penganiayaan.

Bird dan Melville (1994) mengatakan bahawa terdapat tiga

faktor yang menyumbang kepada penceraian iaitu :

1. Komunikasi dengan pasangan berkurang

a) Waktu bersama dengan pasangan sangat sedikit.

b) Lebih memilih untuk menghabiskan waktu terluang dengan kawan-

kawan

daripada dengan pasangan.

2. Keinginan untuk mengawal pasangan

a) Mencuba untuk menjadi dominan dalam pengambilan keputusan.

b) Pasangan gagal untuk berkomunikasi secara efektif mengenai

masalah

sikap mengawal dalam hubungan mereka dan masalah ketergantungan

dengan

pasangan kerana salah satu pihak mempunyai kelebihan. Sebagai

contoh, suami bekerja isteri di rumah.

13

3. Cemburu

Parrot dan Smith (1987), menyatakan bahawa ketika individu

berhadapan dengan isu kepercayaan, kebimbangan mengenai

pasangan.Perasaan cemburu akan wujud kerana takut kehilangan

suami tercinta. Selain itu, rumah tangga yang kucar kacir dan mengalami

keruntuhan seperti penceraian, poligami, dan ibu bapa tidak tinggal serumah

menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial di kalangan pelajar.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa apabila berlaku penceraian,

tanggungjawab memelihara anak selalunya diserahkan kepada datuk atau

nenek. Faktor-faktor ini menyebabkan kurangnya kemesraan dan komunikasi

berkesan antara anak dan ibu bapa.

2.2 Kajian Lepas Mengenai Faktor Komunikasi Penyumbang Kepada

Penceraian

Menurut Emery Ault dan Ageel, (2001), komunikasi ialah satu seni

menyalurkan maklumat, idea idea dan sikap-sikap dari seseorang

kepada seseorang yang lain. Manakala, secara umumya komunikasi

ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang

kepada yang lain, ia adalah proses mewujudkan kefahaman yang

dikongsi bersama, ia adalah asas kepada perhubungan

interpersonal. Komunikasi yang mesra bermaksud bukan sahaja ianya

berkesan tetapi ianya mestilah dapat mewujudkan perasaan puas

14

hati, rasa dihargai dan keinginan untuk saling bekerjasama antara

kedua pihak yang terlibat. Masalah komunikasi antara pasangan

berkahwin dikenalpasti menjadi faktor yang boleh menyebabkan

sesebuah rumah tangga yang dibina walaupun atas dasar cinta rapuh

sehingga boleh membawa kepada perceraian. Keadaan itu akan

bertambah meruncing jika pasangan yang berkahwin tidak

mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk

melayari alam berumahtangga.

Menurut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN), 2012, berkata pasangan yang berkahwin pada usia

muda lebih terdedah dengan pelbagai cabaran yang jika tidak

diatasi boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk lagi.

komunikasi antara lelaki dan wanita sangat mempengaruhi

perjalanan sesebuah rumah tangga sama ada akan mewujudkan suasana

yang harmoni, gembira atau sebaliknya. Komunikasi antara suami

dan isteri berbeza kerana golongan suami lebih bersikap rasional

berbanding isteri yang lebih emosional. Begitupun, kedua-duanya

perlu memahami tingkah laku dan perasaan pasangan masing-masing

serta bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah yang timbul

bersama.Suami atau isteri perlu memahami sedalam-dalamnya sikap

pasangan mereka sebelum berkahwin bagi menyesuaikan diri

terutamanya selepas berumah tangga.

2.3 Kajian Lepas Mengenai Faktor Ekonomi Penyumbang Kepada Penceraian

15

Menurut Lempers & Clark Lempers (1997), mendapati bahawa kesempitan

ekonomi kian ketara dengan tekanan kewangan ibu tunggal serta

berkurannta kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan.. Lazimnya, pasangan

tersebut akan berasa stress dan akan mencetuskan konflik dalam“ ”hubungan rumah tangga. Menurut Freud (1989), walaupun jati diri itu

penting, kekukuhan ekonomi juga merupakan satu perkara yang penting

dalam sesebuah keluarga. Peranan wang dalam kehidupan sejak dulu diakui

mempengaruhi tingkah laku dan tindakan seseorang.Jika keadaan semakin

meruncing akan menyebabkan dorongan seseorang untuk melakukan

tindakan-tindakan diluar jangkaan yang bersifar negatif akan terjadi.

Rohana Hamzah & Fadillah Ismail (2008), mengatakan kerap juga

didapati bahawa pasangan yang bercerai khususnya wanita akan memilih

jalan hidup yang bertentangan dengan peradaban masyarakat seperti menjadi

perompak, pencuri, perempuan simpanan dan juga GRO serta sebagainya.

Pasangan yang berada dalam kancah penceraian akan lebih terdedah kepada

tekanan dan keyakinan diri mereka akan dapat dipupuk dengan tingkah laku

asertif.

Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh Hamidah, et al.

(2006) menunjukkan, faktor

ekonomi iaitu tidak berkeupayaan berbelanja mewah dan pendapatan

cepat habis merupakan faktor utama berlakunya penceraian di

antara ibu bapa. Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal bukan

sahaja akan mencetuskan masalah keluarga tetapi juga akan

menyebabkan timbulnya masalah juvana (Coleman dan Cressey, 1993).

Menurut Calhoun, et al. (1993) remaja daripada rumahtangga yang

retak atau ibu tunggal lebih mudah terbabit dalam tingkah

lakudelinkuen berbanding dengan remaja yang datang daripada

keluarga yang normal. Masalah sosial adalah sesuatu yang

merangkurni pelbagai tingkah laku negatif di dalamanggota

masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem

16

dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat,

komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada

masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini.

Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai

gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor

dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan

personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga

pengaruh rakan sebaya.

2.4 Kajian Lepas Mengenai Faktor Pengetahuan Tentang Agama

Penyumbang Kepada Penceraian

Dapatan kajian lepas mendapati bahawa, faktor kekurangan

pengetahuan agama menjadi punca kes perceraian semakin meningkat.

Kekurangan dari aspek agama ini mengakibatkan kepada pengabaian

tanggungjawab sebagai suami dan sebagai isteri. Terdapat suami yang tidak

menghiraukan nafkah untuk anak isteri dan menganggap isteri boleh

mengatasi segala masalah. Terdapat juga isteri yang mengabaikan

tanggungjawab sebagai isteri dengan mengabaikan asuhan anak-anak dan

melayan suami. Ada juga yang memberikan tumpuan yang berlebihan

terhadap kerjaya sehingga menyebabkan hubungan suami isteri menjadi

renggang. Terdapat juga pasangan yang memiliki sifat negatif.

Sikap negatif yang dimiliki oleh salah seorang akan menyebabkan

keadaan tidak mesra antara dirinya dengan ahli keluarga yang lain. Antara

sikap negatif ini ialah sikap ambil mudah, tidak ambil kisah, suka

bertangguh, suka menuduh dan tidak bertolak ansur. Perkahwinan hanya

untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti

menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri

berusia muda Ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan

untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang

dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan.

17

Selagi institusi keluarga tidak diperkukuhkan dengan kembali

kepada Tuhan dan syariat-Nya. Selagi Tuhan tidak dibesarkan dan

diutamakan. Selagi syariat Tuhan terabai dan terbarai dalam

rumahtangga, selama itulah masalah masyarakat tidak akan selesai.

Oleh itu siapa pun yang ingin melihat masyarakat Islam dan

bercita-cita memperjuangkannya, maka jangan memandang kecil dan

remeh pembentukan institusi kekeluargaan secara Islam.

2.5 Pendekatan Teori

2.5.1 Teori Barat

Interaksi simbolik-simbol-perkara yang individu sertakan dengan

makna sebagai asas kehidupan manusia. Secara asasnya, hal ini

bermaksud penilaian individu berbeza terhadap sesuatu perkara.

Hal ini menekan bahawa hidup tanpa simbol akan menjadi sangat

berbeza. Kita tidak boleh mengkoordinasi tindakan kita dengan

orang lain. Ahli teori menjelaskan bahawa kadar peningkatan

penceraian dari segi perubahan simbol (makna) berkaitan dengan

perkahwinan dan penceraian. Perubahan idea individu tentang

penceraian , kepuasan perkahwinan, cinta, hubungan antara ibubapa

dan anak dan peranan suami dan isteri telah meningkatkan tekanan

kepada pasangan berkahwin pada masa ini. Terdapat beberapa faktor

yang berkaitan dalam berlaku penceraian dalam kalangan masyarakat

kini. Pada zaman sekarang terdapat undang-undang yang memudahkan

proses penceraian dan orang ramai memilih penceraian sebagai

jalan mudah untuk menyelesaikan masalah malah penceraian

18

adakalanya dijadikan mainan disebabkan ceteknya ilmu agama dalam

diri pasangan tersebut.

2.5.2 Teori Analisis Kefungsian-Industri Dan Urbanisasi.

Teori ini menjelaskan mengenai teknologi yang makin

berkembang,perniagaan baru dan banyak bandar dibangunkan telah

mempengaruhi kadar penceraian .Teknologi baru seperti komputer ,

telefon pintar, laman sosial, dan lain-lain merupakan penyumbang

kepada penceraian. Kesemua teknologi ini sangat hebat kerana

ianya memudahkan tugas seharian tetapi dalam masa yang sama ianya

menyebabkan individu melakukan perkara jahat. Internet memudahkan

kita menghubungi rakan-rakan lama namun niat akan berubah dan

ianya bergantung kepada niat seseorang. Hal ini adalah penyumbang

utama dimana pasangan berlaku curang terhadap pasangannya.

2.5.3 Teori Konflik-Autoriti Dan Kuasa.

Teori ini selalu berlaku dalam kehidupan sebenar.Teori ini

menerangkan tentang kuasa yang oleh suami dalam memerintah

keluarganya. Pada masa yang sama si isteri merasakan dia

mempunyai hak yang sama dengan suaminya kerana isteri mengurus

keluarganya apabila si suami pergi bekerja.

2.5.4 Teori Penceraian Dalam Islam

19

Di dalam Islam, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tindakan halal

tetapi paling dilaknat Allah adalah perceraian.” Ketika

pernikahan tersebut membuat seseorang atau masing-masing pasangan

yang menikah merasa tersiksa secara lahir dan bathin akibat

sebuah ikatan bersama, maka dihalalkan bagi mereka untuk

melakukan perpisahan rumah tangga. Secara harfiah, definisi

perceraian adalah pemutusan terhadap ikatan pernikahan secara

agama dan hukum.

Adapun hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud : “Perkara

halal yang paling dibenci Allah ialah talak” Maka talak itu jika

membawa kebaikan seperti mengelakkan kezaliman antara suami dan

isteri atau anak-anak, maka itu adalah suatu kebaikan. Jika

membawa keburukan maka keburukan atau perkara negatif dibenci

oleh Allah dan Rasul-Nya.Sebelum sampai ke peringkat menceraikan

isterinya, Islam menetapkan agar seseorang itu mestilah melalui

beberapa langkah perdamaian. Hal ini disebabkan Islam

menganjurkan cara perceraian yang membawa falsafah yang mendalam

agar ianya tidak berlaku. Firman Allah S.W.T :

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara

yang baik. Kemudian jika kamu (merasai)benci (disebabkan tingkah

lakunya) janganlah pula kamu terburu-buru menceraikannya, kerana

boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan

pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu”

(Surah An-Nisa ; Ayat 19)

20

Berdasarkan sabda Rasul:

“Hal yang halal tetapi paling dibenci menurut Allah adalah perceraian”

3.0 Metodologi Kajian

Ringkasan jurnal ini adalah berdasarkan kajian perpustakaan

ataupun “library research”. Kajian perpustakaan menuntut pihak

kami untuk mencari kajian yang lepas mengenai faktor berlakunya

penceraian. Selepas jurnal-jurnal ataupun kajian-kajian lepas

kami perolehi, pihak kami akan meneliti sebaik mungkin maklumat-

maklumat yang ada bagi menghasilkan dapatan kajian yang bermutu

dan baik.

4.0 Cadangan kajian

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Wanita dinikahi kerana empat faktor: hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan

agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang bagus agamanya (keislamannya),

agar dirimu selamat.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pentingnya untuk kita meletakkan matlamat utama perkahwinan

adalah mencari reda Allah, insya-Allah rumahtangga akan selamat

dan bahagia ke akhir hayat. Satu lagi perkara penting yang tidak

21

boleh diketepikan dalam mengekalkan kerukunan rumahtangga adalah

cara berkomunikasi suami isteri. Suami perlu bijak mengurus

rumahtangga agar berupaya memimpin isteri dan anak-anak mendapat

ketenangan dan kegembiraan, sesuai dengan ayat Allah yang suami

itu pemimpin, mereka perlulah membuktikan 'kepemimpinan' dalam

rumah tangga. Untuk itu, paling kurang seminggu sekali suami kena

jadi imam di rumah.

Selain itu, mengadakan program pendidikan. Contoh program

pendidikan melalui media elektronik ialah:iklan, dokumentasi,

ceramah, temubual, teledrama kisah-kisah dalam keluarga dan

sebagainya. Program disasarkan kepada anak-anak muda yang belum

berumah tangga dan diberi penekanan kepada kebahagiaan dan

kejayaan berkeluarga. Ia bertujuan mendidik anak-anak tentang

peri pentingnya memelihara dan mengekalkan institusi keluarga

yang mantap, beragama lagi suci keturunannya. Dengan kebenaran

Kementerian Pendidikan, program ini dipantau oleh Jabatan

Pendidikan Johor kerana ianya perlu disebar ke sekolah-sekolah.

Sekiranya program ini berbentuk drama, maka kepentingan moral di

sebalik cerita/drama itu dibincangkan oleh guru dan pelajar,

tidak seperti program televisyen.

Seterusnya ialah Program Pendidikan Agama. Tempat beribadat

dan balai raya dijadikan tempat penyebaran terpenting. Biasanya

mereka yang dapat hadir ke ceramah bersifat agama ialah mereka

yang boleh diperbaiki akhlaknya. Semua ibu bapa sama ada

22

bermasalah atau tidak harus dilibatkan. Institusi masjid

contohnya, menumpukan kepada ibadah berjemaah iaitu kaedah

beribadah yang digambarkan oleh keluarga mithali.Ceramah agama

diselangselikan dengan aspek psikologi yang boleh ditayang di

dalam bentuk drama pendek atau karaoke

agama. Drama ini mencerminkan kisah benar tentang kesan negatif

perceraian dan pertelingkahan ahli keluarga. Drama sebegini bukan

sahaja memberi pengajaran, kesedaran dan keinsafan tetapi juga

mengingatkan peserta tentang peranan serta tanggungjawab

memelihara keluarga. Bagi ketua keluarga pula, program-program

pendidikan ini boleh menjadi pembimbing ke arah pengurusan

keluarga yang lebih berkesan.

5.0 Kesimpulan Kajian

Secara keseluruhannya, sememangnya terdapat kajian yang

mengatakan bahawa komunikasi, ekonomi dan juga pengetahuan

tentang agama mempengaruhi faktor sesebuah penceraian. Oleh itu,

kajian ini turut mengutarakan beberapa cadangan yang dianggap

relevan untuk mengatasi masalah penceraian yang boleh diambil

kira untuk kajian-kajian lanjutan pada masa akan datang. Secara

keseluruhannya, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak

yang berkaitan dalam usaha menangani masalah penceraian yang

semakin meruncing dan sering terjadi bak “cendawan tumbuh selepas

hujan” seiring dengan aspirasi negara untuk membentuk sebuah

23

masyarakat penyayang yang dapat mengiringi negara mencapai status

negara maju menjelang tahun 2020.

24