Meneladani Ketokohan Dan Rahsia Kejayaan Abdul-Rahman bin Auf

16
Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015 16 Jun 2015 1 Meneladani Ketokohan Dan Rahsia Kejayaan ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf Penulis: Abu ‘Aisyah Ezry Fahmy Pembelajaran Sirah Nabawiyah adalah tidak lengkap tanpa mengenali dan menelusuri kehidupan watak-watak yang dimainkan dalam sejarah Islam pada zaman Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam. Di antara watak penting yang perlu diketahui oleh umat Islam adalah para sahabat Radhiyallahu ajmain, mereka ini hidup dan banyak memainkan peranan dalam memperjuangkan Islam ketika menghadapi penolakan dan tentangan musuh pada zaman tersebut. Watak-watak penting inilah yang bersumpah setia dan mendampingi Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi Wasallam ketika keadaan susah dan senang, dan mereka juga banyak berjasa dalam memainkan peranan mereka. Justeru, kisah hidup para sahabat ini turut berperanan penting dalam mencatat tinta emas dalam sejarah dan tamadun Islam dan juga patut dijadikan contoh tauladan bagi umat Islam pada masa kini. Banyak manfaat yang boleh diambil melalui pembelajaran Sirah Nabawiyah berserta tokoh-tokoh agung yang berdamping dengan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi Wasallam, hinggakan ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib pernah direkodkan berkata, القرآن السورة منا نعلمياه كم عليه و سلم وسرا نبي صلىزي ال مغاا نعلم كن“Dahulu kami diajarkan tentang (sejarah) peperangan Rasulullah Sallallahu‘alaihi Wasallam sebagaimana al-Qur’an diajarkan kepada kami” (Al-Jaami’ li Akhlaaqir Raawi, jld 2 hlm.195) Dalam kertas kerja ini, penulis akan mengupas berkenaan seorang tokoh di kalangan para sahabat Radhiyallahu ajmain yang memainkan peranan penting dalam sejarah Islam. Tokoh tersebut ialah ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf. Latar Belakang Ringkas Tentang Abdul Rahman Bin Auf Beliau bernama ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf Bin Abdul-Harith Bin Zuhrah. Lahir pada tahun 580 masihi, di Makkah dalam keturunan Bani Zuhrah, salah satu daripada kelompok Quraisy. Sebelum zaman keIslamannya, beliau bernama Abdul Amr atau Abdul Kaabah. Namun selepas keIslamannya, Nabi Sallallahu‘alaihi Wasallam mengubah namanya kepada ‘Abdul- Rahman untuk maksud yang lebih baik, iaitu Hamba kepada yang Maha Pemurah.

Transcript of Meneladani Ketokohan Dan Rahsia Kejayaan Abdul-Rahman bin Auf

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

1

Meneladani Ketokohan Dan Rahsia Kejayaan

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf

Penulis: Abu ‘Aisyah Ezry Fahmy

Pembelajaran Sirah Nabawiyah adalah tidak lengkap tanpa mengenali dan menelusuri

kehidupan watak-watak yang dimainkan dalam sejarah Islam pada zaman Nabi Muhammad

Sallallahu‘alaihi Wasallam. Di antara watak penting yang perlu diketahui oleh umat Islam adalah

para sahabat Radhiyallahu ajmain, mereka ini hidup dan banyak memainkan peranan dalam

memperjuangkan Islam ketika menghadapi penolakan dan tentangan musuh pada zaman

tersebut.

Watak-watak penting inilah yang bersumpah setia dan mendampingi Nabi Muhammad

Sallallahu‘alaihi Wasallam ketika keadaan susah dan senang, dan mereka juga banyak berjasa

dalam memainkan peranan mereka. Justeru, kisah hidup para sahabat ini turut berperanan

penting dalam mencatat tinta emas dalam sejarah dan tamadun Islam dan juga patut dijadikan

contoh tauladan bagi umat Islam pada masa kini.

Banyak manfaat yang boleh diambil melalui pembelajaran Sirah Nabawiyah berserta

tokoh-tokoh agung yang berdamping dengan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi Wasallam,

hinggakan ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib pernah direkodkan berkata,

كنا نعلم مغازي النبي صلى هللا عليه و سلم وسراياه كما نعلم السورة من القرآن

“Dahulu kami diajarkan tentang (sejarah) peperangan Rasulullah Sallallahu‘alaihi Wasallam

sebagaimana al-Qur’an diajarkan kepada kami” (Al-Jaami’ li Akhlaaqir Raawi, jld 2 hlm.195)

Dalam kertas kerja ini, penulis akan mengupas berkenaan seorang tokoh di kalangan para

sahabat Radhiyallahu ajmain yang memainkan peranan penting dalam sejarah Islam. Tokoh

tersebut ialah ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf.

Latar Belakang Ringkas Tentang ‘Abdul Rahman Bin ‘Auf

Beliau bernama ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf Bin Abdul-Harith Bin Zuhrah. Lahir pada

tahun 580 masihi, di Makkah dalam keturunan Bani Zuhrah, salah satu daripada kelompok

Quraisy. Sebelum zaman keIslamannya, beliau bernama Abdul Amr atau Abdul Kaabah. Namun

selepas keIslamannya, Nabi Sallallahu‘alaihi Wasallam mengubah namanya kepada ‘Abdul-

Rahman untuk maksud yang lebih baik, iaitu Hamba kepada yang Maha Pemurah.

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

2

Beliau adalah antara orang terawal menerima agama Islam melalui dakwah Abu Bakar

as-Siddiq Radhiallah 'anhu, direkodkan bahawa beliau adalah orang kelapan (8) yang menerima

agama Islam. Beliau juga antara individu yang telah berhijrah ke Abbessina atau Ethiopia. Beliau

turut terlibat dalam peperangan bersama dengan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi Wasallam

hinggakan cedera parah.

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf adalah antara golongan elit di Makkah dan dikenali oleh para

sahabat sebagai seorang yang jujur dan amanah, sanggup berjuang di jalan Allah dan

membelanjakan harta pada jalan Allah. Beliau merupakan seorang guru pada para sahabat yang

lainnya, hinggakan para sahabat mempercayai apa yang diriwayatkan olehnya. Beliau

direkodkan ada meriwayatkan sehingga 65 hadis daripada Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi

Wasallam.

Setiap para sahabat mempunyai peranan dan sumbangan tertentu, adapun ‘Abdul-

Rahman bin ‘Auf paling dikenali sebagai seorang yang kaya raya dan juga dermawan. Beliau

merupakan antara sahabat utama yang menjaga kelangsungan hidup Ummul Mukminin selepas

kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihi Wasallam. Beliau meninggal pada 32 Hijrah (654

Masihi) dan dikebumikan di perkuburan Al-Baqi' di Madinah.

Antara Peranan Dan Sumbangan ‘Abdul Rahman Bin ‘Auf

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf terlibat dalam beberapa kisah sepanjang Sirah Nabawiyah, antara

peristiwa penting melibatkan beliau adalah seperti berikut:

1. Antara 10 Orang Yang Dijamin Syurga

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf merupakan salah seorang daripada para sahabat yang dikenali

dengan gelaran al-‘Asyarah al-Mubassyarin bi al-Jannah (10 orang yang diberikan berita

gembira dengan syurga). Hal ini direkodkan dalam sebuah hadis yang agung apabila nama beliau

disebut bersama-sama dengan para sahabat yang lain seperti berikut:

الجنةه يفه وطلحة الجنةه فهي وعلهي الجنةه فهي وعثمان الجنةه فهي وعمر الجنةه فهي بكر أبو وسلم عليهه هللا صلى هللاه رسول قال

بير يد الجنةه فهي وسعد نةه الج فهي عوف بن الرحمنه وعبد الجنةه فهي والز الجنةه فهي الجراحه بن عبيدة وأبو الجنةه فهي وسعه

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

3

“Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam bersabda: Abu Bakr di dalam syurga, ‘Umar di dalam

syurga, ‘Uthman di dalam syurga, ‘Ali di dalam syurga, Talhah di dalam syurga, al-Zubair di

dalam syurga, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf di dalam syurga, Sa’ad di dalam syurga, Sa’id di dalam

syurga dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah di dalam syurga.” (Hadith Riwayat Tirmidzi no. 4112)

2. Terlibat Sama Dalam Peperangan Memartabatkan Islam

Beliau terlibat sama dalam peperangan utama mempertahankan maruah agama Islam seperti

perang Badar, Uhud, Tabuk dan sebagainya bersama Nabi Sallahu’alaihi Wasallam.

Dia merupakan pahlawan dalam perang Badar, selain itu juga direkodkan pula dalam perang

Uhud, bahawa kedua-dua gigi seri ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf patah ketika beliau turut serta

dalam peperangan Uhud, hinggakan giginya kelihatan rongak, dan juga kecederaan atau luka

sehingga dua puluh atau dua puluh satu, sebahagian luka itu mengenai bahagian kakinya

sehingga membuatnya tempang.

3. Mempunyai Keakraban Dengan Umayyah Bin Khalaf

Walaupun telah berhijrah ke Madinah, ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf tetap berhubung dengan

Umayyah bin Khalaf yang berada di Makkah untuk menjaga satu sama lain. Hinggakan

direkodkan bahawa ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf cuba melindungi Umayyah bin Khalaf ketika

perang Badar sebelum Bilal Bin Rabah mampu bersama-sama membunuh Umayyah bin Khalaf,

hal ini mana dicatatkan dalam hadis berikut:

يتهي فهي يحفظنهي بهأن كهتابا خلف بن أمية كاتبت قال ـ عنه هللا رضى ـ عوف بنه الرحمنه عبده يتههه يفه وأحفظه بهمكة، صاغه صاغه

ينةه، ك كاتهبنهي الرحمن، أعرهف ل قال الرحمن ذكرت فلما بهالمده يومه فهي ان ك فلما عمر و عبد فكاتبته .الجاههلهيةه فهي كان الذهي بهاسمه

زه جبل إهلى خرجت بدر ين ألحره ن مجلهس على وقف حتى فخرج بهالل فأبصره الناس نام حه ،خل بن أمية فقال األنصاره مه ل ف

ن فرهيق معه فخرج .أمية نجا إهن نجوت نا، فهي األنصاره مه يت فلما آثاره أبوا ثم تلوه فق ألشغلهم ابنه، لهم خلفت يلحقونا أن خشه

ي عليهه فألقيت فبرك، .ابرك له قلت وناأدرك فلما ثقهيال، رجال وكان يتبعونا، حتى ن يوفه بهالس فتخللوه ألمنعه، نفسه تحتهي، مه

جلهي أحدهم وأصاب قتلوه، حتى هه ظهره فهي األثر ذلهك يرهينا عوف بن الرحمنه عبد وكان بهسيفههه، ره قدمه .

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mengirim surat kepada Umayah bin

Khalaf agar dia menjagaku dalam urusan keluargaku dan harta bendaku di Makkah dan aku akan

menjaganya dalam urusan keluarganya dan harta bendanya di Madinah. Ketika aku menyebut

nama Ar-Rahman, dia berkata; "Aku tidak mengenal Ar-Rahman, tulislah namamu ketika

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

4

engkau masih di jahiliyah". Maka aku menulis namaku 'Abdu 'Amru. Ketika terjadi perang

Badar aku keluar ke gunung untuk menjaganya ketika orang-orang tidur. Kemudian Bilal

melihatnya, lalu dia keluar hingga sampai di majlis orang-orang Ansar. Lalu Umayyah bin

Khalaf berkata: "Aku tidak akan selamat jika Umayah selamat". Kemudian beberapa orang

Ansar keluar bersamanya mendekati kami, ketika aku khuatir mereka akan menemui kami maka

aku keluarkan anaknya kearah mereka agar mereka disibukkan dengannya, namun mereka

membunuhnya dan mereka enggan kembali hingga mereka menemui kami, ketika itu ia adalah

seorang lelaki yang gemuk, ketika mereka menemui kami aku berkata, kepadanya tunduklah,

lalu diapun tunduk dan aku meletakkan badanku diatasnya untuk melindunginya, kemudian

mereka (kaum muslimin) berusaha menusuk dengan mengarahkan pedang mereka melalui

bawahku hingga mereka membunuhnya, kakiku terkena pedang salah seseorang dari mereka.

Dan ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf memperlihatkan luka bekas pedang itu pada kami dibelakang

kakinya. (Hadis Sahih al-Bukhari no.2301)

4. Bersaudara Dengan Sai’d Bin Ar-Rabi’

Program Muakha adalah suatu program yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad

Sallahu’alaihi Wasallam ketika peristiwa Hijrah apabila golongan Muhajirin (orang Islam yang

berhijrah bersama-sama dengan Nabi dari Makkah ke Madinah) dipersaudarakan dengan

golongan Ansar (penduduk Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj).

Golongan Muhajirin yang datang sehelai sepinggang ini meninggalkan harta dan keluarga di

Makkah dalam peristiwa hijrah, maka melalui program persaudaraan ini, golongan Muhajirin

mendapat sokongan moral dan bantuan daripada golongan Ansar. Persaudaraan ini menunjukkan

kesatuan persaudaraan Islam. Dalam kisah inilah, ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf dipersaudarakan

dengan Sai’d Bin Ar-Rabi’. Hal ini dicatatkan di dalam hadis berikut:

يل حدثنا قتيبة، حدثنا ، عن جعفر ، بن إهسماعه م قال ـ عنه هللا رضى ـ أنس عن حميد خآخىف عوف بن حمنه الر عبد علينا قده

.الربهيعه بنه سعده وبين بينه وسلم عليه هللا صلى هللاه رسول

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far dari

Humaid dari Anas radliallahu 'anhu berkata, ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf datang menemui kami lalu

Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam mempersaudarakan dia dengan Sai’d bin Ar-Rabi'.

(Sahih Bukhari no.2293)

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

5

ينة عوف بن الرحمنه عبد ، الربهيعه بنه سعده وبين بينه وسلم عليه هللا صلى النبهي فخآخى المده نى، ذا عد س وكان األنصارهي فقال غه

مك الرحمنه لهعبده ، مالهي أقاسه جك نهصفينه وقه على دلونهي ومالهك، أهلهك فهي لك هللا بارك قال .وأزو ل اس حتى رجع فما .الس تف

يرا فمكثنا منزهلههه، أهل بههه فأتى وسمنا، أقهطا ـ هللا شاء ما أو ـ يسه

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf radliallahu 'anhu tiba di Madinah, lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam mempersaudarakannya dengan Sai’d Bin Ar-Rabi’Al Ansari. Saat itu Sai’d adalah

seorang yang kaya, lalu dia berkata, kepada 'Abdurrahman: "Aku akan memberimu separuh dari

hartaku dan menikahkanmu (dengan salah seorang dari isteriku) ".‘Abdul-Rahman berkata:

"Semoga Allah memberkatimu dalam keluarga dan hartamu. Bagiku darimu cukup tunjukkanlah

pasar kepadaku". Maka dia tidak kembali melainkan pergi ke pasar dengan membawa keju dan

mentega lalu membawa keuntungannya untuk keluarganya lalu tinggal sejenak atau sesuai apa

yang Allah kehendaki. (Hadith Sahih al-Bukhari no.2049)

5. Emas Di Sebalik Batu Dan Pasir

Kemahiran dan kehebatan ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf dalam menjalankan perniagaan

digambarkan dengan keuntungan yang berlipat kali ganda. Melalui kemahiran dan kemampuan

yang ada, beliau berjaya menjadikannya seorang usahawan Islam contoh yang kaya raya di

samping kompeten dan professional. Belia dicatatkan berkata: “Hinggakan jika aku mengangkat

batu, nescaya aku temukan di bawahnya emas dan perak” (Al-Bidayah wa'an-Nihayah oleh Ibn

Katsir, jld 3 hlm.228, dan At-Tabaqaat oleh Ibn Saʻd, jld.3 hlm.89).

Ini merupakan satu simbolik perihal keuntungan dan kejayaan yang beliau perolehi untuk

perniagaan atau apa sahaja yang beliau usahakan. Kekayaan beliau boleh dilihat melalui

caatatan-catatan dalam derma yang beliau berikan dalam ekspedisi peperangan dan juga sebagai

derma atau infaq kepada umat Islam pada zamannya.

6. Nikah Dan Walimah

Hasil kejayaan dalam perniagaan membuatkan ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf meraikannya

dengan menikahi salah seorang daripada wanita Ansar di Madinah. Mengetahui kekayaan dan

kemampuan ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf yang mampu mengadakan walimah secara besar-besaran,

apabila khabar ini diketahui oleh Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam, baginda memberikan kadar

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

6

minima dengan menyuruh beliau mengadakan walimah sekurang-kurangnya dengan hanya

seekor kambing seperti yang direkodkan dalam hadis berikut:

موسل هعلي هللا صلى هللاه رسول فسأله صفرة أثر وبههه وسلم عليه هللا صلى هللاه رسوله إهلى جاء عوف بن الرحمنه عبد، أن

ن امرأة تزوج أنه فأخبره ن نواة زهنة قال ." إهليها سقت كم " قال األنصاره مه " موسل عليه هللا صلى هللاه رسول قال .ذهب مه

" بهشاة ولو أولهم

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf datang kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam sementara pada

dirinya masih terdapat bekas-bekas warna kuning minyak wangi, maka Rasulullah Sallallahu

'alaihi Wasallam bertanya kepadanya, dia pun memberitahu bahawa dia telah menikahi seorang

wanita dari Ansar. Beliau bertanya: "Berapa mahar yang kamu berikan?" ‘Abdul-Rahman

menjawab, "Satu ounce emas." Maka Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"Adakanlah walimah meskipun dengan seekor kambing." (Hadis Sahih al-Bukhari no.5153)

7. Penyumbang Utama Dalam Peperangan

Beliau menjadi antara penyumbang tetap dalam kebanyakan peperangan bersama Nabi

Sallallahu’alaihi Wasallam. Antara yang paling utama ialah sumbangan beliau pada perang

Tabuk. Dicatatkan bahawa orang yang paling banyak bersedekah pada saat itu adalah ‘Abdul-

Rahman bin ‘Auf.

Dia menyedekahkan sebanyak dua ratus Uqiyah (8 ribu Dirham), Umar bersedekah sebanyak

seratus Uqiyah (4 ribu Dirham), sementara Ashim bin Adi Al-Anshari mensedekahkan sembilan

puluh Wasaq kurma (sekitar 2250kg). Umar bin Khattab berkata, “Wahai Rasulullah sungguh

aku melihat ‘Abdul-Rahman telah berdosa, dia tidak meninggalkan sesuatu untuk keluarga?” dia

menjawab, “Ya, lebih banyak yang aku infakkan dan lebih baik.” Beliau berkata, “Berapa?”, dia

menjawab, “Sebanyak apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya dari rezeki dan kebaikan.”

(Hayatus Sahabah oleh Sheikh Muhammad Yusuf Kandhalawi, jld. 1 hlm.407)

Satu Uqiyah sekitar 40 Dirham, dan satu Dirham sama dengan sekitar 3 gram. Maka jumlah

yang diberikan oleh ‘Abdul-Rahman adalah sebanyak 24 kilogram emas. Ini adalah jumlah yang

sangat banyak dan tidak akan diberikan oleh seorang mukmin melainkan mereka yang telah

mengikhlaskan hatinya kepada Allah.

8. Dilantik Sebagai Imam

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

7

Selain daripada Abu Bakar As-Siddiq, ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf adalah antara invidu yang

mana Rasulullah Sallallahu‘alaihi Wasallam melaksanakan solat sebagai makmum di

belakangnya dan mengikutinya. Hal ini berdasarkan kisah berikut:

يرة قال د حتى معه فأقبلت المغه وسلم يهه عل هللا صلى هللاه رسول فأدرك لهم فصلى عوف بن الرحمنه عبد قدموا قد الناس نجه

رة الركعة الناسه مع فصلى الركعتينه إهحدى صالته يتهم م وسل عليهه هللا صلى هللاه رسول قام عوف بن الرحمنه عبد سلم فلما الخه

ين ذلهك أفزع ف ى فلما التسبهيح فأكثروا المسلهمه أصبتم قد قال أو نتم أحس قال ثم عليههم أقبل صالته وسلم عليهه هللا صلى النبهي ق

لهوقتهها الصالة صلوا أن يغبهطهم

Al-Mughirah berkata : "Lalu aku mengikuti bersama baginda Sallallahu‘alaihi Wasallam hingga

mendapati manusia yang telah menyuruh ‘Abdurrahman bin ‘Auf ke hadapan, lalu dia

mengimami mereka. Rasulullah Sallallahu‘alaihi Wasallam mendapatikan salah satu dari dua

rakaat, dan kemudian lalu beliau solat bersama mereka pada rakaat terakhir. Ketika ‘Abdul-

Rahman bin ‘Auf mengucapkan salam, maka Rasulullah Sallallahu‘alaihi Wasallam berdiri

menyempurnakan solatnya (berbaki satu rakaat). Hal tersebut mendapat perhatian kaum

muslimin, lalu mereka memperbanyakkan tasbih. Ketika Nabi Sallallaahu ‘alaihi Wasallam

menyelesaikan solatnya, baginda mengadap mereka dan bersabda : "Kalian telah berbuat baik";

atau beliau bersabda : "Kalian telah benar”; yang itu membuat mereka termotivasi untuk

melakukan solat pada waktunya" (Hadith Sahih Muslim no.274)

9. Terkenangkan Mus’ab dan Hamzah

Walaupun dikelilingi dengan rezeki dan kesenangan hidup, hal ini tidak pernah membuatkan

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf lupa diri serta para sahabat lain yang banyak berjasa pada zamannya.

Beliau rasa seolah-olah bersalah apabila hidup dalam kemewahan sedangkan ada para sahabat

yang gugur di medan jihad. Hal ini seperti mana yang dicatatkan dalam sebuah kisah apabila

beliau terkenangkan Mus'ab bin Umair dan Hamzah bin Abdul Muththolib:

، بن الرحمنه عبد أن ، أتهي عوف ني، خير وهو عمير ، بن مصعب قتهل فقال صائهما وكان بهطعام رأسه غطي إهن بردة ، فهي كفن مه

ني، خير وهو حمزة وقتهل ـ قال وأراه ـ رأسه بدا رهجاله غطي وإهن رهجاله، بدت ط ثم مه ن لنا بسه نيا مه ط، ما الد يناأعطه قال أو بسه

ن نيا مه ينا، ما الد ينا وقد أعطه لت حسناتنا ن تكو أن خشه .الطعام ترك حتى يبكهي جعل ثم .لنا عج

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

8

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf pernah dihidangkan makanan untuknya sedangkan dia dalam keadaan

berpuasa, lalu beliau berkata: "Mus'ab bin Umair telah terbunuh di medan jihad (yakni mati

syahid) sedangkan dia lebih baik daripada diriku. Dia telah dikafani dengan sebuah kain burdah

(selimut), jika kepalanya ditutupi, maka kedua kakinya terbuka. Dan jika kedua kakinya ditutupi

kain burdah tersebut, maka kepalanya yang terbuka. Dan aku (Ibrahim) juga pernah mendengar

beliau mengatakan, 'Dan Hamzah (bin Abdul Muththolib radhiyallahu anhu; pakcik Nabi) juga

telah gugur di medan jihad, padahal dia lebih baik daripada diriku. Kemudian, (bagaimanakah

dengan keadaan) kita yang telah diberi dan dilapangkan oleh Allah dalam hal (rezeki dan

kenikmatan) dunia? Sungguh sepatutnya kita berasa takut akan (balasan/pahala) amalan-amalan

kebaikan kita disegerakan oleh Allah di dunia ini." Lalu beliau menangis sehingga tidak makan."

(Hadis Sahih al-Bukhari no.4045).

10. Mewariskan Harta Yang Banyak

Dalam satu kisah lain, ‘Abdul-Rahman telah menjual tanah miliknya kepada Uthman

dengan harga empat puluh ribu dinar. Maka dia membahagikan wang itu kepada orang-orang

miskin dari Bani Zuhrah dan orang-orang yang memperlukannya, serta kepada para Ummahatul

Mukiminin (para isteri Nabi). Apabila diberikan kepada Al-Miswar diapun berkata “Siapa yang

mengirimkan (wang) ini?” Pengirimpun menjawab, “‘Abdul-Rahman bin 'Auf”, diapun berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam bersabda, “Tidak ada yang peduli kepada

kalian sepeninggalanku kecuali orang-orang yang sabar.” Semoga Allah memberi Ibn 'Auf

minuman dari mata air Salsabil di syurga.” (Hayatus Sahabah oleh Sheikh Muhammad Yusuf

Kandhalawi, jld. 2 hlm.258)

Sebagai seorang dermawan, setiap kali beliau melakukan pemberian, infaq dan, sedekah.

Maka setiap kali itulah juga hartanya terus bertambah banyak. Akhirnya beliau mewarisi harta

warisan yang sangat banyak.

‘Abdul-Rahman wafat dengan meninggalkan empat isteri, sehingga sebahagian mereka

secara keseluruhan berjumlah empat ratus ribu dinar. Satu dinar bersamaan dengan sepuluh

dirham, ini bererti bahagian mereka adalah sebesar empat juta dirham, dan itu merupakan satu

perlapan dari keseluruhan. Maka jumlah harta peninggalannya secara keseluruhan adalah 32 juta

dirham. Ini belum termasuk peninggalannya yang berupa tanah, rumah, unta, kuda dan

sebagainya.

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

9

11. Menjadi Rujukan dan Terlibat Dalam Pemilihan Khalifah

Beliau juga pernah dicalonkan untuk menjadi Khalifah, tetapi beliau akhirnya membai’ah

Uthman. Hal ini direkodkan dalam sebuah kisah yang panjang seperti berikut:

ن فرهغ فلما نكم ثالثة إهلى أمركم اجعلوا الرحمنه عبد فقال الرهط، هؤلءه اجتمع دفنههه مه بير فقال .مه .علهي لىإه أمرهي جعلت قد الز

ن رأ تب أيكما الرحمنه عبد فقال .عوف بنه الرحمنه عبده إهلى أمرهي جعلت قد سعد قال و .عثمان إهلى أمرهي جعلت قد طلحة فقال مه

سالم عليهه وهللا إهليهه، فنجعله األمره هذا لهم لينظرن واإله هه فهي أف ،الش فأسكهت .نفسه إهلى، جعلونه أفت الرحمنه عبد فقال يخانه

لهكم عن آلو ل أن على وهللا ههما بهيده فأخذ نعم، قال أف ن قرابة لك فقال أحده سالمه فهي دم والق وسلم عليه هللا صلى هللاه رسوله مه اإله

لن، أمرتك لئهن عليك فالل علهمت، د ق ما يعن لتسمعن عثمان أمرت ولئهن لتعده ثل له فقال بهالخره خال ثم .ولتطه أخذ فلما ،ذلهك مه

يثاق ، له فبايع فبايعه، .عثمان يا يدك ارفع قال المه .فبايعوه الداره أهل وولج علهي

Setelah selesai menguburkan jenazah 'Umar, orang-orang (yang telah ditunjuk untuk mencari

pengganti khalifah) berkumpul. ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf berkata; "Jadikanlah urusan kalian ini

kepada tiga orang diantara kalian. Maka Az-Zubair berkata; "Aku serahkan urusanku kepada

'Ali. Sementara Talhah berkata; "Aku serahkan urusanku kepada Uthman. Sedangkan Sa'ad

berkata; "Aku serahkan urusanku kepada ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf. Kemudian ‘Abdul-Rahman

bin ‘Auf berkata; "Siapa diantara kalian berdua yang mahu melepaskan urusan ini maka kami

akan serahkan kepada yang satu lagi, Allah dan Islam akan mengawasinya, sungguh seseorang

dapat melihat siapa yang terbaik diantara mereka menurut pandangannya sendiri. Dua pembesar

(Uthman dan 'Ali) terdiam. Lalu ‘Abdul-Rahman berkata; "Apakah kalian menyerahkan urusan

ini kepadaku. Allah tentu mengawasiku dan aku tidak akan semena-mena dalam memilih siapa

yang terbaik diantara kalian". Keduanya berkata; "Baiklah". Maka ‘Abdul-Rahman memegang

tangan salah seorang dari keduanya seraya berkata; "Engkau adalah kerabat Rasulullah

Sallallahu'alaihi Wasallam dan dari kalangan pendahulu dalam Islam sebagaimana yang kamu

ketahui dan Allah akan mengawasimu. Seandainya aku serahkan urusan ini kepadamu tentu

kamu akan berbuat adil dan seandainya aku serahkan urusan ini kepada Uthman tentu kamu akan

mendengar dan mentaatinya". Kemudian dia berbicara sendirian dengan Uthman dan berkata

sebagaimana yang dikatakannya kepada 'Ali. Ketika dia mengambil perjanjian bai'ah, ‘Abdul-

Rahma berkata; "Angkatlah tanganmu wahai Uthman". Maka ‘Abdul-Rahman pun membai'ah

'Uthman lalu 'Ali ikut membai'ahnya kemudian para penduduk masuk untuk membai'ah

'Uthman".(Hadith Sahih al-Bukhari no.3700)

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

10

Strategi Dan Rahsia Kejayaan ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf

Kebanyakan penulisan oleh penulis masa kini ketika merungkai tentang kejayaan ‘Abdul-

Rahman bin ‘Auf melihat dari sudut strategi dan teori perniagaan semata. Adapun penulis

beranggapan kejayaan satu-satu empayar seorang usahawan itu banyak bergantung pada

bagaimana individu itu memandu kehidupannya. Atas dasar itu kita lihat penulisan biografi

seseorang usahawan berjaya masa kini pasti merangkumi latar belakang keluarga, pelajaran, dan

pelbagai maklumat yang boleh menjadikan satu-satu individu itu tokoh pada hari ini.

Begitulah juga halnya dengan keperibadian dan kejayaan tokoh bernama ‘Abdul-Rahman bin

‘Auf ini, penulis cuba merungkai rahsia kejayaan tokoh ini melalui catatan hidupnya yang boleh

pembaca telusuri berdasarkan maklumat yang sahih.

1. Fokus Dalam Kehidupan

Hadis yang menyebut nama beliau selaku salah seorang yang dijamin syurga ini bukanlah

diriwayatkan di hujung hayat Nabi, dan bukan pula satu rahsia kerana hadis ini juga diketahui

oleh mereka semua yang dijamin syurga. Namun perkara ini tidak pernah membuatkan beliau

berpeluk tubuh ataupun tidak berusaha.

Dengan jaminan syurga, beliau masih tetap berusaha lebih keras (hatta selepas kewafatan

baginda Nabi Sallahu’alaihi Wasallam). Malah beliau juga dilaporkan berasa risau tidak

membuat sehabis baik dalam perjuangan memartabatkan Islam hingga selayaknya memperoleh

ganjaran syurga sedemikian. Ternyata ganjaran syurga tidak sesekali melarikan fokusnya untuk

terus menjadi usahawan berjaya dan terus berbakti pada Islam.

2. Bermula Dengan Apa Yang Ada

Antara pelajaran penting yang boleh diambil daripada kisah ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf yang

bertanyakan lokasi pasar daripada Sai’d Bin Ar-Rabi’, beliau kemudiannya mula berniaga tanpa

sebarang pinjaman atau pemberian modal oleh sahabatnya itu. Namun beliau memulakan

perniagaan dengan apa yang ada di tangan. Malah direkodkan ada antara hartanya merupakan

sewaan dan tidak dimiliki walaupun beliau berkemampuan untuk memilikinya, hal ini dicatatkan

seperti berikut:

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

11

، وحدثنهي ، بن الرحمنه عبد أن بلغه أنه مالهك إهل راهاأ كنت فما ابنه قال مات حتى بهكهراء يديهه فهي تزل فلم أرضا تكارى عوف

ن لنا ن لنا ذكرها حتى يديهه فهي مكثت ما طوله مه اءه فأمرنا موتههه د عه ن عليهه كان شىء بهق . ورهق أو ذهب كهرائهها مه

Mafhumnya: Malik memberitakan kepadaku bahawa dia mendengar bahawa ‘Abdul-Rahman bin

‘Auf telah menyewa tanah, dan dia terus menyewa dan dalam milikannya sehingga dia

meninggal. Anaknya berkata, "Saya sangkakan bahawa tanah itu milik kami memandangkan

tempoh masa yang dimiliki oleh kami, sehinggalah dia memberitahu kamu sebelum meninggal.

Dia menyuruh kami membayar sewaan yang beliau hutang dalam dinar atau dirham. (Muwatta

Malik, Kitab 34, Hadith no.1396)

Setiap perniagaan hendaklah dimulakan dengan modal sendiri, dan bukan dengan pinjaman

ataupun berhutang, seorang usahawan harus bermula dengan apa yang dianugerahkan dan

mengenal pasti kepakaran yang dimiliki sebagai modal utama bagi permulaan, sebelum terjun ke

medan perniagaan.

Memulakan perniagaan dengan wang pinjaman adalah berisiko tinggi kerana ada waktu

pinjaman yang diambil itu memerlukan peminjam mencagar hartanah yang dimiliki kepada

pihak peminjam (bank). Sekiranya perniagaan yang diceburi itu terpaksa ditutup dalam tempoh

beberapa tahun selepas dibuka, peniaga secara langsung telah merisikokan hartanah yang

dicagarkan untuk dilelong oleh pihak peminjam.

Apa yang dimaksudkan dengan bermula dengan apa yang ada di tangan ialah

menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang modalnya kecil. Hal ini adalah kerana

sekiranya perniagaan itu gagal, harga yang perlu dibayar adalah lebih rendah berbanding jika

membuat pinjaman yang besar. Peniaga juga dapat bangkit semula dengan lebih mudah.

Kemampuan dan kepakaran juga memainkan peranan yang penting. Selain itu, perniagaan itu

mampu dibuat secara kecil-kecilan terlebih dahulu dengan kos operasi yang minimal, dan hanya

berkembang seperti mengambil pembantu sesuai dengan perkembangan perniagaan.

3. Kemampuan Berdikari

Berdikari difahami sebagai kemampuan berdiri di atas kaki sendiri. Walaupun ditawarkan

bantuan oleh Sai’d Bin Ar-Rabi’ yang merupakan seorang sahabat yang kaya dan berjaya, hal ini

tidak menjadikan beliau bergantung harap dan meraih simpati. Namun beliau berani memulakan

kehidupan baru bermula dari bawah semula selepas berhijrah ke Madinah. Sifat berdikari ini juga

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

12

membantu seseorang itu mengembangkan potensi dalam diri mereka, kerana sifat ini berasaskan

kepada bakat, keazaman atau keyakinan, yang jika disertai dengan sifat berdikari dengan izin

Allah membolehkan sesiapa sahaja mencapai apa yang dikehendaki.

4. Memupuk Sifat Sabar

Kesabaran ialah antara komponen paling penting yang perlu ada dalam diri setiap orang yang

ingin bergelar usahawan. Hal ini adalah kerana satu-satu perniagaan itu pasti ada turun naiknya.

Dalam kisah ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf pula, beliau pada awalnya perlu meninggalkan harta

kekayaan yang dimilikinya sewaktu berada di kota Makkah demi menyertai hijrah bersama Nabi

dan para sahabat yang lain. Atas sebab itu, beliau perlu bermula dari kosong apabila sampai di

Madinah. Beliau mula berdagang dengan hanya menjual produk keperluan seperti keju dan

mentega, sebelum memperolehi kekayaannya kembali.

5. Berkerjasama Walaupun Dengan Bukan Islam

Walaupun telah berhijrah ke Madinah, ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf tetap berhubungan

dengan Umayyah bin Khalaf yang berada di Makkah untuk menjaga satu sama lain.

هه عن ، عبده جد خلف بن أمية كاتبت قال الرحمنه

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf pernah berkata; “Aku menulis surat kepada Umayyah bin

Khalaf (untuk saling melindungi).” (Sahih Bukhari no. 3971)

Kesepakatan yang diadakan antara ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf dengan Umayyah bin

Khalaf difahami sebagai satu hubungan atau perjanjian bahawa Umayyah akan menjaga saudara

dan hartanya di Makkah, manakala beliau akan menjaga saudara dan harta Umayyah di Madinah.

Kesepakatan dengan bukan Islam bukanlah sesuatu yang asing, selagi mana kerjasama dalam hal

ehwal muamalat itu tidak melibatkan sesuatu yang bercanggah dengan Syarak.

Dalam sebuah hadis lain Nabi diriwayatkan menjalankan urusan muamalat dengan

Yahudi;

رعه ن يهودهي طعاما إهلى أجل وأرهنه ده عن عائهشة، أن النبهي صلى هللا عليه وسلم اشترى مه

Daripada ‘Aisyah, “Sesungguhnya Nabi Sallahu’alaihi Wasallam membeli makanan dari seorang

Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” (Hadith

Sunan Ibn Majah no.2530)

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

13

Hal ini memberikan satu kefahaman bahawa kita boleh mengguna-pakai pendapat dan

khidmat dalam hal ehwal muamalat daripada bukan Islam (hatta bangsa Yahudi). Pendapat dan

khidmat bukan Islam itu boleh diterima sekiranya mendatangkan kebaikan, setelah diteliti dan

dianalisa.

6. Perniagaan Yang Patuh Syariah

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf ialah dikenali sebagai seorang usahawan yang menjalankan

perniagaan patuh Syariah. Sebagai seorang sahabat yang dijamin syurga dan berbakat dalam

perniagaan, semestinya perniagaan yang diusahakan olehnya adalah patuh Syariah dan tidak

melibatkan elemen atau urus niaga barangan yang diharamkan oleh Syariah. Walaupun berniaga

di pasaran yang penuh dengan elemen dan unsur yang diharamkan seperti unsur riba, gharar

(ketidak jelasan), maysir (judi), monopoli, jualan barangan haram dan sebagainya, beliau tidak

terpengaruh dengan tradisi dan amalan pasaran. Perniagaan jual beli yang bebas daripada unsur

yang diharamkan ini ternyata menjanjikan keberkatan untuk memperoleh lebih keuntungan.

Justeru dalam konteks semasa, sebarang pelaburan yang kompleks seperti pembelian bon

atau sukuk (bon islamik), Forex (tukaran mata wang asing), REITs (Amanah Pelaburan Harta

Tanah), ETF(Dana Dagangan Bursa),pembelian emas fizikal atau akaun emas dan sebagainya,

semua jenis atau bentuk pelaburan sebegini hendaklah dipastikan patuh Syariah.

7. Mempunyai Mentor

Bermula dengan dipersaudarakan dengan Sai’d Bin Ar-Rabi’ seorang Ansar yang kaya,

hal ini melihatkan kebijaksanaan Nabi dalam mempersaudarakan sesuai seseorang yang sesuai

dengan taraf ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf yang dahulunya juga kaya, kerana hanya jiwa seorang

usahawan boleh bertindak sebagai mentor. Mentor inilah yang menunjukkan lokasi pasar dan

semestinya menurunkan ilmu dan selok belok berkaitan pasaran.

Begitulah juga halnya dengan dunia perniagaan, sebelum menceburkan diri dalam sebarang

industri atau bidang perniagaan, kita harus mempunyai mentor yang boleh memberi tunjuk ajar

tentang selok belok perniagaan bagi mendalami kehendak pasaran.

8. Produk Yang Berkualiti Dan Mempunyai Nilai Tambah

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

14

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf terlibat dalam banyak jenis perniagaan dan antara yang dimaklumi

pada zaman itu ialah menjadi pemborong, yang mana pemborong akan membeli di negara luar

dan mengimport barangan tersebut ke Makkah. Strategi mencari produk dan barangan apa yang

perlu dibeli untuk dijual memerlukan kemahiran dan kefahaman kepada kehendak pasaran.

Penjual mestilah mengutamakan produk keperluan yang mampu dijual dengan harga yang

berpatutan, walaupun mungkin margin atau keuntungan yang diperolehi adalah sedikit, namun

apa yang penting ialah barangan tersebut mudah dijual kerana ia adalah barangan keperluan. Kita

lihat bagaimana ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf bermula hanya menjua barang keperluan seperti keju

dan mentega. Ada juga kisah beliau menjual unta tanpa keuntungan dan menjadikan tali unta

sebagai barangan pakej yang dijual dengan harga margin yang rendah.

Apa yang penting ialah jualan meningkat walaupun keuntungan sedikit. Produk yang

berkualiti dan mempunyai nilai tambah sangat banyak manfaatnya, bukan hanya kepada pembeli,

malah kepada psikologi penjual. Apabila produk itu laku, setiap jualan meningkatkan keyakinan

diri penjual, sekali gus meningkatkan kepercayaan pada diri penjual kerana jualan yang

meningkat menaikkan motivasi untuk meneruskan kejayaan. Hal ini berbeza jika kita menjual

produk dengan harga yang mahal, jualan sedikit boleh menganggu gugat psikologi dan motivasi

hingga hilang keyakinan diri.

9. Menghargai Diri Sendiri

Hasil keuntungan dan kejayaan dalam perniagaan di pasar selepas beberapa ketika, ‘Abdul-

Rahman bin ‘Auf digambarkan ditemui oleh Nabi dalam keadaaan memakai wangian kerana

baru bernikah, hingga disuruh mengadakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.

Dapat diperhatikan dalam kisah ini bahawa ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf bernikah dengan

wanita Ansar selepas mendapat keuntungan, dan ini merupakan cara beliau menghargai dirinya

dengan bernikah. Walaupun pada asalnya, Sai’d Bin Ar-Rabi’ menawarkan salah seorang

daripada isterinya, namun ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf ingin bernikah dengan hasil usahanya

sendiri.

Hadiah yang diberikan kepada diri sendiri sebagai penghargaan adalah satu teknik motivasi,

dan membantu dalam meraikan diri sendiri bergantung pada objektif, misi dan visi yang telah

ditetapkan. Dan nilaian penghargaan itu layak ditetapkan oleh diri sendiri sekiranya berjaya

mencapai apa yang disasarkan.

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

15

10. Membina Lingkungan (tribe)

Ketika peristiwa Hijrah, antara tindakan pertama yang dibuat oleh Rasulullah SAW selepas

berjaya sampai di Madinah ialah dengan membangunkan masjid, dan keduanya membina pasar.

Tindakan nabi membina pasar sendiri ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan

pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Membina pasar

bagi umat Islam adalah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang penting dalam membina

lingkungan antara umat Islam yang ada.

Dalam strategi pemasaran, penjual perlu menumpukan penjualan produk dan perkhidmatan

kepada lingkungan sendiri terlebih dahulu. Dengan cubaan membina pengaruh dan pengikut

berdasarkan lingkungan sendiri, lingkungan ini akan berkembang dari semasa ke semasa. Teori

tribe atau lingkungan ini boleh disamakan dengan 'pengikut', 'peminat', 'penyokong', 'puak'.

Dalam aplikasi teori dan strategi ini, penjual mempromosi lebih lanjut kepada lingkungannya

sendiri. Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah matlamat akhir kepada sebuah usaha

pemasaran adalah untuk mencipta pembeli, dan bukannya sekadar berkempen untuk kesedaran

agar orang ramai mengetahui tentang kewujudan produk.

11. Memikirkan Orang Lain

Dalam kisah yang telah disebutkan sebelum ini, ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf terkenangkan

Mus'ab bin Umair dan Hamzah (bin Abdul Muththolib), ada riwayat menyatakan bahawa disebut

pernyataan "Dia (mereka) lebih baik daripadaku”, ini merupakan bukti yang lahir dari sikap

tawaduknya beliau, sebagai satu peringatan pada pengorbanan mereka yang berjuang dan

keutamaan mereka yang syahid.

Kekayaan dan kemewahan tidak menjadikan beliau meninggi diri mendongak langit

(sombong), namun tetap rendah diri dan tawaduk serta memikirkan tentang nasib dan

kelangsungan hidup orang lain di sekelilingnya.

Malah beliau juga mewasiatkan harta untuk Ummahatul Mukminin atas dasar ingin

menjaga dan berbuat baik kepada para isteri Nabi.

، بن الرحمنه عبد أن سلمة، أبهي عن يقة أوصى عوف نهين ألمهاته بهحده ائةه بهيعت المؤمه مه ألف بهأربعه

Seminar Kepetingan Tamadun Islam 2015

16 Jun 2015

16

Dari Abu Salamah: “Bahawasanya ayahnya mewasiatkan sebidang kebun untuk Ummahatul

Mukminin yang terjual sepeninggalannya dengan harga empat ratus ribu.” (Jami` at-Tirmidhi ,

Kitab 49, Hadith no.4116)

12. Kaya dengan bersedekah

Allah menganugerahkan kepada ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf harta yang tidak terhitung

jumlahnya (sangat banyak), dan Allah juga memberinya jiwa yang selalu rindu untuk memberi.

Beliau menghabiskan hartanya dengan bersedekah dalam banyak bentuk kebaikan. Namun

hartanya terus bertambah, dan perniagaannya semakin luas dan memberikan keuntungan yang

lebih banyak.

Direkodkan bahawa dalam bersedekah, beliau akan memberikan separuh dan meninggalkan

separuh lagi, ketika hartanya adalah 8000 dirham, dia akan memberikan sedekah sebanyak 4000

dirham. Apabila hartanya berkembang menjadi 8000 dinar, maka beliau akan bersedekah

sebanyak 4000 dinar, dan hartanya berkembang kepada 16,000 dinar, maka beliaupun

bersedekah separuh daripadanya. Dan hartanya mencecah 32,000 dinar, dan dia sedekahkan

separuh daripadanya (Kitab al-Kasb oleh Abu Ghuddah, hlm.114)

Kesimpulan

‘Abdul-Rahman bin ‘Auf adalah antara para sahabat yang terbaik di kalangan yang terbaik,

salah satu sifat yang terunggul dalam jiwa para sahabat, baik dari segi akhlaknya, sifat-sifatnya,

keperibadiannya, ibadahnya, sifat tawaduk dan zuhudnya, keikhlasan dan ketakutannya kepada

Allah, mahupun dari segi kemuliaan dan ketinggian kedudukannya.

Ternyata kejayaan ‘Abdul-Rahman bin ‘Auf perlu dilihat secara menyeluruh, dengan

merungkai bagaimana tokoh ini memandu kehidupannya. Semoga kita tergolong di kalangan

mereka yang beriman dan berhikmah.