Jenayah dan Persekitan Hubungan dan Perkaitannya

16
Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember 2008 1 JENAYAH DAN PERSEKITARAN : HUBUNGAN DAN PERKAITANNYA Siti Rasidah Md Sakip¹ dan Aldrin Abdullah¹ ¹Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia Email: [email protected] , [email protected] , [email protected] ABSTRAK Dewasa ini kejadian jenayah yang berlaku amat membimbangkan semua pihak dan ia berterusan menjadi perbincangan dan perbahasan dalam bidang yang berkaitan oleh para akademia, profesional dan pihak yang terlibat dengan pembangunan. Hampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian jenayah yang boleh sahaja membangkitkan perasaan takut orang ramai terhadap tahap keselamatan awam. Ini berikutan laporan statistik jenayah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapati kes-kes jenayah semakin meningkat dari tahun 2005 hingga tahun 2007. Masalah perlakuan jenayah ini semakin menjadi persoalan oleh pelbagai pihak termasuklah orang awam yang sering menjadi mangsa perlakukannya. Bagaimanakah ia boleh berlaku? Apakah puncanya? Siapakah yang bersalah? Adakah disebabkan oleh kecuaian individu ataupun ketangkasan penjenayah melakukan aktivitinya. Kertas kerja ini akan menyelongkar kejadian sesuatu jenayah dan perhubungannya dengan persekitaran. Berdasarkan empat perspektif teori penjenayahan, setiap perlakuan jenayah mempunyai hubungan dan perkaitannya dengan persekitaran. Perspektif teori ini penting untuk melihat dan mengenali bentuk perhubungan antara jenayah dan persekitaran. Teori yang akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini adalah melibatkan teori rasional, teori aktiviti harian, teori gaya hidup dan teori perpindahan jenayah. Berdasarkan perspektif teori tersebut ia menjelaskan bagaimana persekitaran memainkan peranan yang penting dalam memberikan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah. Oleh itu, perbincangan pencegahan jenayah melalui reka bentuk persekitaran akan dikupas untuk melihat keperluan dan fungsinya dalam mengurangkan penjenayahan. Malahan kaedah pencegahan jenayah ini telah menjadai salah satu agenda negara sebagai salah satu inisiatif mencegah jenayah. Ini telah dinyatakan oleh Tan Sri Lee Lam Thyen naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), yang mencadangkan agar semua pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan seperti pemaju, kontraktor, perancang bandar, arkitek, arkitek landskap mengambil pendekatan pencegahan jenayah melalui konsep rekabentuk persekitaran untuk membantu mengurangkan kadar jenayah dalam masyarakat. Kata Kekunci: Jenayah, Teori Jenayah, Persekitaran, Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran PENGENALAN Perlakuan jenayah mempunyai peningkatan yang selari dengan peningkatan penduduk bandar. Berdasarkan Amar Singh Sidhu (2006), kadar jenayah akan meningkat 2.6 peratus setiap tahun melambangkan masalah jenayah semakin meruncing. Masalah perlakuan jenayah sering kali dikaitkan dengan kawasan perbandaran. Ini seiringan dengan kawasan persekitaran yang mendorong dan mendesak individu untuk melakukan aktiviti jenayah terutamanya di kawasan perbandaran yang mempunyai keinginan dan kehendak yang tinggi untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan. Keadaan sedemikian membina proses kehidupan yang tidak baik serta perlakuan yang melanggar norma-norma kehidupan. Hal yang sedemikian yang menjadikan hampir setiap hari kita diberikan paparan-paparan kejadian jenayah seperti rompakan, kecurian dan bunuh. Ini mewujudkan rasa kebimbangan dan tidak selamat kepada rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin. Begitu juga saranan yang telah dinyatakan oleh oleh Tan Sri Lee Lam Thyen naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), yang melihat pendekatan terhadap persekitaran merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. Ini berikutan kaedah pencegahan

Transcript of Jenayah dan Persekitan Hubungan dan Perkaitannya

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

1

JENAYAH DAN PERSEKITARAN : HUBUNGAN DAN PERKAITANNYA Siti Rasidah Md Sakip¹ dan Aldrin Abdullah¹ ¹Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia Email: [email protected], [email protected] , [email protected] ABSTRAK Dewasa ini kejadian jenayah yang berlaku amat membimbangkan semua pihak dan ia berterusan menjadi perbincangan dan perbahasan dalam bidang yang berkaitan oleh para akademia, profesional dan pihak yang terlibat dengan pembangunan. Hampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian jenayah yang boleh sahaja membangkitkan perasaan takut orang ramai terhadap tahap keselamatan awam. Ini berikutan laporan statistik jenayah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapati kes-kes jenayah semakin meningkat dari tahun 2005 hingga tahun 2007. Masalah perlakuan jenayah ini semakin menjadi persoalan oleh pelbagai pihak termasuklah orang awam yang sering menjadi mangsa perlakukannya. Bagaimanakah ia boleh berlaku? Apakah puncanya? Siapakah yang bersalah? Adakah disebabkan oleh kecuaian individu ataupun ketangkasan penjenayah melakukan aktivitinya. Kertas kerja ini akan menyelongkar kejadian sesuatu jenayah dan perhubungannya dengan persekitaran. Berdasarkan empat perspektif teori penjenayahan, setiap perlakuan jenayah mempunyai hubungan dan perkaitannya dengan persekitaran. Perspektif teori ini penting untuk melihat dan mengenali bentuk perhubungan antara jenayah dan persekitaran. Teori yang akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini adalah melibatkan teori rasional, teori aktiviti harian, teori gaya hidup dan teori perpindahan jenayah. Berdasarkan perspektif teori tersebut ia menjelaskan bagaimana persekitaran memainkan peranan yang penting dalam memberikan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah. Oleh itu, perbincangan pencegahan jenayah melalui reka bentuk persekitaran akan dikupas untuk melihat keperluan dan fungsinya dalam mengurangkan penjenayahan. Malahan kaedah pencegahan jenayah ini telah menjadai salah satu agenda negara sebagai salah satu inisiatif mencegah jenayah. Ini telah dinyatakan oleh Tan Sri Lee Lam Thyen naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), yang mencadangkan agar semua pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan seperti pemaju, kontraktor, perancang bandar, arkitek, arkitek landskap mengambil pendekatan pencegahan jenayah melalui konsep rekabentuk persekitaran untuk membantu mengurangkan kadar jenayah dalam masyarakat. Kata Kekunci: Jenayah, Teori Jenayah, Persekitaran, Pencegahan Jenayah Melalui Reka

Bentuk Persekitaran PENGENALAN Perlakuan jenayah mempunyai peningkatan yang selari dengan peningkatan penduduk bandar. Berdasarkan Amar Singh Sidhu (2006), kadar jenayah akan meningkat 2.6 peratus setiap tahun melambangkan masalah jenayah semakin meruncing. Masalah perlakuan jenayah sering kali dikaitkan dengan kawasan perbandaran. Ini seiringan dengan kawasan persekitaran yang mendorong dan mendesak individu untuk melakukan aktiviti jenayah terutamanya di kawasan perbandaran yang mempunyai keinginan dan kehendak yang tinggi untuk memenuhi keperluan dalam kehidupan. Keadaan sedemikian membina proses kehidupan yang tidak baik serta perlakuan yang melanggar norma-norma kehidupan. Hal yang sedemikian yang menjadikan hampir setiap hari kita diberikan paparan-paparan kejadian jenayah seperti rompakan, kecurian dan bunuh. Ini mewujudkan rasa kebimbangan dan tidak selamat kepada rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin. Begitu juga saranan yang telah dinyatakan oleh oleh Tan Sri Lee Lam Thyen naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), yang melihat pendekatan terhadap persekitaran merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. Ini berikutan kaedah pencegahan

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

2

melalui persekitaran telah lama dilaksanakan di negara-negara barat yang dilihat dapat mengurangkan masalah jenayah. APAKAH JENAYAH? Berdasarkan kamus English Oxford, jenayah didefinisikan sebagai satu tindakan yang boleh dihukum menurut undang-undang ke atas larangan yang boleh memudaratkan ke atas kesejahteraan umum… satu tindakan yang buruk yang sedang memudaratkan; satu kesalahan, satu dosa (Oc and Tiesdell, 1997). Berdasarkan Goldstone (1932), jenayah boleh dikatakan sebagai kegagalan dalam hidup berdasarkan standard perundangan dan perlakuan moral. Dari aspek ekonomi ia boleh dinyatakan sebagai ‘ordered expenditure of income’ yang diperlukan bagi setiap individu untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Mohd Reduan.A (1990) mendefinisikan jenayah sebagai satu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara. Pengertian jenayah dalam undang-undang Islam, boleh dilihat daripada perkataan ‘jenayah ‘ itu sendiri. Perkataan jenayah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud memetik, memotong dan mengambil. Dalam undang-undang Islam, jenayah dari segi bahasa digunakan bagi menunjukkan sesuatu perbuatan atau tindakan jahat yang dilakukan oleh seseorang dan ia diharamkan oleh syarak sama ada perbuatan atau perlakuan yang ditegah atau diharamkan kerana mendatangkan bahaya ke atas nyawa, harta dan kesucian agama mengikut pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh penulis undang-undang Islam . Berdasarkan Brantingham & Brantingham (1993), jenayah dilihat sebagai tindakan kelakuan yang sebenar dalam skop yang lebih besar. Walaupun kadang kala sesuatu jenis jenayah dilihat hampir menyerupai dengan jenayah yang lain, namun ia mungkin berbeza dari sudut hasil insentif atau dalam proses etiological. Bagi kejadian sesuatu jenayah ia melibatkan tiga faktor yang akan berlaku secara serentak. Pertama, sasaran mangsa yang boleh didapati sama ada seseorang individu, berkumpulan ataupun harta. Keduanya, seseorang yang bermotivasi untuk melakukan kesalahan dan yang ketiga adalah wujudnya peluang untuk melakukan kesalahan jenayah. Jenayah mempunyai kesan ke atas individu, komuniti dan kawasan kejiranan bandar. Kesan jenayah terhadap mangsa adalah berbeza berdasarkan jenis jenayah yang menimpa mereka. Ini melibatkan tindakan perlakuan jenayah yang dilakukan ke atas mangsa yang memberi kesan sama ada mental ataupun fizikal. Kajian menunjukkan mangsa penjenayahan akan memakan masa yang lama hingga beberapa bulan dan juga bertahun. Trauma kejadian jenayah sentiasa akan menghantui fikiran mangsa sehingga mewujudkan rasa ketakutan bila bersendirian di rumah pada malam hari dan kesukaran untuk tidur. Ini dibuktikan dengan kajian oleh BCS pada tahun 1984 yang mendapati 41 peratus mangsa menyatakan masalah praktikal akibat jenayah, manakala 33 peratus mengalami masalah emosi (Aldrin, 1999). BAGAIMANA SESEORANG BOLEH TERLIBAT DENGAN JENAYAH? Kenapa seseorang itu boleh terlibat dengan aktiviti jenayah? Ia kerana dipercayai jenayah merupakan pilihan tindakan yang mencabar dan menarik bagi seseorang pesalah berbanding daripada kelakuan yang lebih bermoral dan mengikut peraturan undang-undang. Ia dikatakan dapat memberikan pulangan, perasaan kegembiraan, prestij dan pendapatan yang lumayan tanpa memerlukan usaha yang terlalu lama (Larry, 2002). Kejayaan melakukan aktiviti jenayah yang sentiasa berada dalam situasi berbahaya dikatakan sebagai ‘edgework’ yang memberikan perasaan kegembiraan. Ia hanya perlu menghadapi situasi bahaya untuk seketika, berisiko dan memerlukan kecekapan yang menjadikan seseorang penjenayah sentiasa bermotivasi untuk mencuba pelbagai situasi dan perlakuan jenayah yang berbeza. Namun pendapat ini ditentang oleh ahli sosiologi Jack Katz yang menyatakan tentang perolehan faedah yang diterima oleh pesalah. Beliau lebih melihat kepada gangguan dan godaan seseorang untuk melakukan jenayah. Sebagai contoh seseorang yang dicabar ataupun rasa tercabar untuk menentang

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

3

kuasa atau melanggar norma-norma dan moral kehidupan. Oleh itu mereka akan bertindak untuk memenuhi impiannya seperti bergaduh dan sebagainya selain dapat memberikan kepuasan keperluan peribadi. Bagi sesetengah pihak aktiviti jenayah seperti mencuri, vandalisma adalah attractive kerana ia memerlukan kemahiran dan melarikan diri daripada persekitaran yang dapat mengetahui kemampuan diri mereka. Menurut Haines (1999), perlakuan jenayah ini mempunyai perkaitan dengan proses pembesaran seseorang individu bermula dari zaman kanak-kanak hingga meningkat dewasa. Peningkatan ini mempunyai hubungan dengan perlakuan anti-sosial di zaman kanak-kanak seperti terlibat dengan buli, pembohongan, ponteng dan bertindak kejam ke atas haiwan. Seterusnya pembawaan ini diteruskan ketika meningkat dewasa seperti serangan ke atas pasangan, penderaan kanak-kanak, suka memabukkan diri, seks rambang. Ini melibatkan proses pembesaran dan perkembangan kehidupan individu yang berterusan yang melibatkan zaman kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa. Kenyataan ini disokong oleh pakar penjenayah yang bersetuju akibat kelakuan yang anti-sosial boleh mendorong seseorang untuk terjerumus dalam perlakuan jenayah (Haines, 1999). Keadaan tersebut yang merupakan benih atau pun akar umbi perlakuan jenayah yang disemai sejak zaman muda dan merupakan kegagalan dalam proses perkembangan dan pembangunan terhadap perlakuan tersebut. Marenin & Reisig (1995), juga berpendapat hilang kawalan diri serta kawalan oleh penjaga yang tidak sesuai ketika zaman kanak-kanak boleh membina kegagalan dalam mengawal diri. Walau bagaimanapun, bukan semua kegagalan diri mengakibatkan punca berlakunya jenayah. Malahan berlakunya jenayah boleh dikaitkan dengan keadaan persekitaran kawasan perumahan. Berdasarkan Lamya Rostami & Ali Madanipour (2006), mendapati susun atur fizikal, jenis perumahan dan rupa bentuk kawasan persekitaran merupakan kriteria utama yang menjadi tumpuan perlakuan jenayah. Mereka biasanya akan memastikan hasil yang diperoleh daripada kegiatan jenayah tersebut adalah lumayan. Oleh yang demikian mereka lebih menumpukan kawasan perumahan orang kaya-kaya dan mewah serta kemudahan untuk memasuki rumah tersebut. Mereka berpendapat semakin mewah sesebuah rumah tersebut semakin banyak dan bernilai barangan yang akan diperoleh. Walau bagaimanapun mereka sentiasa memastikan tiada risiko yang tinggi untuk memasuki rumah tersebut. Oleh demikian mereka akan memastikan aktiviti persekitaran yang lemah, kurangnya komunikasi antara komuniti, tiada orang yang sentiasa menggunakan laluan utama, ketiadaan tuan rumah (dengan menggunakan ukuran sistem keselamatan yang dipasang adalah lemah) dan ketiadaan polis bertugas di kawasan tersebut. Berdasarkan Mazerolle & Terrill (1997), tanda-tanda fizikal, ruang, budaya, perundangan dan psikologi di sesebuah kawasan persekitaran perumahan awam memberikan kesan cara penjenayah membentuk ‘cognitive maps’ ke atas sasaran yang sesuai. Kognitif tersebut akan membentuk pembahagian jenayah dan kawasan-kawasan yang panas atau pun ‘hot spot’ di kawasan perumahan. Menurut Brown et al., (2004), pula penjenayah tidak akan memilih tapak secara rawak, mereka akan menggunakan keadaan fizikal (physical appearance) untuk memilih harta milik yang dilihat penjagaan yang tidak rapi oleh pemilik harta tersebut ataupun jiran mereka. TEORI PENJENAYAHAN Sebarang perlakuan jenayah boleh dikaitkan dengan beberapa teori penjenayahan iaitu teori pilihan rasional (rational choice theories), teori aktiviti harian (routine activities theory), teori aktiviti dan gaya hidup (lifestyle theories), dan teori perpindahan jenayah (displacement of crime). i) Teori Pilihan Rasional (Rational Choice Theories) Teori ini berasaskan analisis prosedur berkenaan penjenayah memilih potensi sasaran mangsa. Ia melibatkan perspektif sasaran, pemilihan keputusan untuk memastikan keperluan melakukan rompakan ataupun sebaliknya. Teori ini menunjukkan bahawa si penjenayah akan memastikan pulangan yang diperoleh hasil rompakan adalah tinggi dan risiko kegagalan adalah rendah. Tahap rasional jenayah yang dilakukan adalah berasakan perancangan yang rapi di mana masa rompakan hendaklah berlaku sepantas yang mungkin bagi mengurangkan sebarang risiko yang akan diterima (Lamya Rostami Tabrizi and Ali Madanipour, 2006).

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

4

Menurut Cornish et al., (1986), pendekatan teori ini lebih tertumpu pada perspektif penjenayah itu sendiri. Perspektif ini melihat bagaimana seseorang pesalah akan membuat keputusannya yang dipengaruhi oleh persekitaran terhadap sebarang perubahan keputusan yang dilakukan (Anastasia and John, 2007). Ini melibatkan beberapa persoalan untuk mencapai tindakan yang diambil. Antaranya; apa yang dicari oleh penjenayah dengan melakukan jenayah, bagaimana penjenayah membuat keputusan untuk terlibat dengan jenayah yang tertentu, bagaimana mereka menilai sesuatu risiko dan ganjaran daripada jenayah, bagaimana mereka merancang untuk melakukannya dan sekiranya segala pertimbangan sudah dilakukan, apakah jenis jenayah yang akan dipilih untuk melakukannya. Atau pun dengan kata lain, persoalannya adalah seperti berikut:

1. (Risiko) Bolehkan saya melarikan diri daripada risiko? 2. (Usaha) Sejauh mana kesukaran untuk menghadapinya? 3. (Ganjaran) Apa yang boleh saya dapat? 4. (Perangsang) Adakah sesuatu perkara yang bagus untuk saya bertindak? 5. (Alasan/dalih) Adakah tindakan yang saya ambil akan melindungi orang lain?

Oleh itu, para penjenayah akan mengambil kira pemberat setiap persoalan yang diajukan untuk memastikan mempengaruhi keputusan yang akan diambil.

Schmalleger (2006) berpendapat penjenayah akan membuat pilihan sama ada untuk melakukan jenayah atau pun tidak. Teori ini menjangkakan seseorang individu yang ingin melakukan jenayah akan membuat penilaian atas tindakan yang akan dilakukan berasaskan ganjaran ke atas kos dan risiko yang akan diterima dan memilih tindakan untuk memaksimumkan pencapaian kehendak mereka. Penilaian-penilaian yang terperinci sebelum terlibat dengan jenayah adalah bergantung pada sesuatu keadaan. Jensen dan Anderson (2004), menyatakan terdapat fikiran ahli teori lain yang menyatakan bahawa penjenayah tidak akan memikirkan secara terperinci perancangan kegiatan mereka berasaskan kepada peluang yang mereka peroleh. Ini adalah bergantung kepada keadaan atau pun situasi untuk bertindak. Sebagai contoh mangsa dalam perjalanan ke tempat letak kereta dan ketika berada di dalam kereta, tingkap di dalam keadaan terbuka. Oleh itu, peluang sedemikian haruslah dilakukan dengan secepat yang mungkin dan tiada masa untuk memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Ini bermakna tempat perlakuan jenayah yang berbeza dan masa yang terlibat yang berbeza memberikan tindakan rasional yang berbeza. Bagi tindakan jenayah yang memerlukan tindakan segera seperti pukul dan lari memerlukan kecekapan masa dan kurang melibatkan perancangan tindakan yang terperinci. Berbeza dengan kegiatan seperti pecah rumah yang memerlukan keputusan tindakan yang tepat. Kajian mendapati jenayah pecah rumah memerlukan pelbagai faktor untuk menentukan keputusan tindakan seperti bilangan halangan yang dihadapi, tahap pencahayaan, jenis pintu dan kunci yang digunakan, bunyi kecemasan yang sedia ada dan sebarang kemungkinan akan diperhatikan sama ada oleh kawasan kejiranan atau pun orang yang lalu lalang di kawasan terlibat

Berdasarkan Larry (2002), Penjenayah juga akan memikirkan tentang keperluan dan kepentingan diri seperti duit, thrill, hiburan, dendam serta faktor-faktor situasi sebelum terlibat dengan jenayah bagi memastikan sejauh mana kegiatan mereka akan berjaya. Sebab utama penilaian ini dilakukan adalah berasaskan risiko hukuman yang bakal dihadapi sekiranya mereka gagal dalam operasi yang dijalankan. Ini melibatkan tiga perkara utama sebelum melibatkan diri dengan jenayah iaitu tempat yang akan berlakunya jenayah; karektor mangsa yang akan terlibat dan faktor-faktor keupayaan untuk melakukan jenayah. Menurut Larry (2002) lagi, teori pilihan rasional ini melihat kepada kesalahan (offense) dan orang yang melakukan kesalahan (offender-specific). Ia dikatakan sebagai offence-specific kerana orang yang melakukan kesalahan hanya akan bertindak terhadap jenayah yang tertentu sahaja berdasarkan penilaian yang telah difikirkan. Offender-specific pula melihat kepada sasaran mangsa yang akan terlibat yang menjadi salah satu penentu kejayaan ke atas misi yang dilakukan. Antara lain penilaian yang dilakukan adalah tentang kemahiran, tujuan, keperluan dan ketakutan yang dimiliki yang merupakan faktor kejayaan mereka.

Secara umumnya, teori ini memberikan rasional-rasional asas bagi mengenal pasti pilihan-pilihan yang dibuat untuk melakukan jenayah. Di sini si penjenayah akan memilih sasaran mangsa dan mengenal pasti agar misi dan cita-cita mereka akan terlaksana berasaskan kepada pemilihan tempat-tempat yang difikirkan akan membuahkan hasil atas kegiatan mereka.

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

5

ii) Teori Aktiviti Harian (Routine Activities Theory)

Di dalam teori ini, pakar penjenayahan melihat tindakan mangsa jenayah dalam kehidupan harian mereka yang merupakan salah satu aspek peluang berlakunya jenayah. Ini merupakan perkara utama yang menyebabkan kebarangkalian yang tinggi untuk seseorang penjenayah untuk bertindak (Anastasia and John, 2007). Menurut Diane Zahm et al., (1997) terdapat dua perkara bagaimana kejadian jenayah berlaku iaitu pertamanya; berasaskan kepada perkiraan yang diambil oleh si penjenayah terhadap risiko-risiko yang bakal dihadapi. Mereka akan berusaha untuk meminumkan penggunaan masa ketika kegiatan jenayah dilakukan serta persediaan terhadap sebarang kemungkinan mereka ditangkap. Ini bermakna si penjenayah sudah mengambil kira aspek persekitaran dan kegiatan harian yang berlaku di kawasan terbabit seperti penghuni yang tinggal di kawasan terbabit, kawasan pekerjaan mereka, pengunjung yang biasa datang ke kawasan tersebut, bila dan ketika aktiviti sosial dilakukan serta mengetahui bila dan siapa sasaran mangsa jenayah. Dengan erti kata lain si penjenayah seolah-olah selesa dengan persekitaran tersebut ataupun ‘fit in the environment’ dan berkelakuan seperti penghuni kawasan tersebut. Keduanya; kejadian jenayah biasanya berlaku ketika hari bekerja ataupun ketika mereka pergi membeli belah serta jangka masa mereka akan pulang ke rumah. Ini bagi memastikan tiada saksi akan melihat kegiatan mereka. Berdasarkan teori ini, kejadian jenayah timbul apabila terdapatnya perhubungan antara peluang wujud, dan membolehkan si penjenayah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut. Ia melibatkan tiga perkara utama iaitu (Ekblom, 1995);

Sasaran jenayah – harta yang dilihat menarik perhatian

Ketiadaan sesiapa yang oleh bertindak sebagai penghalang

Persekitaran fizikal dan sosial yang kondusif bagi si penjenayah untuk bertindak Berdasarkan Cohen et al., (1979), beliau berpendapat teori aktiviti harian melihat bagaimana komuniti atau masyarakat dapat mengubah sasaran mangsa penjenayah dengan kewujudan pengawal yang berkebolehan ‘capable guardian’ yang boleh meningkatkan atau mengurangkan kadar perlakuan jenayah. Ia juga dikaitkan dengan bagaimana aktiviti normal seseorang individu dalam kehidupan harian mereka yang mengundang kepada peluang berlakunya jenayah. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaan perlakuan jenayah iaitu (Sue Titus Reid, 2000, Larry, 2002);

1. Kewujudan sasaran yang sesuai seperti rumah yang mempunyai barang-barang yang berharga.

2. Ketiadaan pengawal yang berkebolehan seperti polis, pemilik rumah, jiran, rakan dan saudara.

3. Pesalah yang bertindak sebagai penjenayah seperti kumpulan remaja yang tidak bekerja, penganggur dan populasi penagih dadah.

Kombinasi ketiga-tiga faktor ini ataupun keadaan yang wujud di sesebuah kawasan perumahan memberikan peluang yang tinggi kepada penjenayah untuk bertindak (Jensen and Anderson, 2004, Jennifer Jensen, 2004). Ini dapat dijelaskan berdasarkan rajah 1 di bawah yang menunjukkan perhubungan antara ketiga-tiga faktor tersebut.

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

6

Rajah 1: Teori Aktiviti Harian; Perhubungan Antara Tiga Faktor Utama

Sumber : Larry J. Siegel (2004)

Secara umumnya, teori aktiviti harian ini lebih menekankan kepada tingkah laku mangsa atau sasaran jenayah dan sebarang kemungkinan kewujudan pihak pengawal yang dapat mengelakkan sebarang perlakuan jenayah seperti rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya. iii) Teori Aktiviti Dan Gaya Hidup (Lifestyle Theories)

Berdasarkan teori ini ia menyentuh tentang gaya hidup seseorang yang boleh memberikan peluang baginya untuk mangsa jenayah. Menurut John E.Eck dan Weisburd, kewujudan jenayah adalah bergantung pada beberapa keadaan iaitu; terdapatnya pesalah yang berpotensi yang akan bertindak untuk melakukan jenayah, terdapat sasaran mangsa yang diinginkan, mangsa dan penjenayah berada di tempat dan pada masa yang sama dan yang terakhir adalah wujudnya kawalan-kawalan yang akan menghalang tindakan jenayah seperti rakan atau hubungan persaudaraan dengan si mangsa, pengawal dan pengurus kawasan.

Berasaskan konsep tersebut, teori ini juga memberikan pendekatan ramalan bahawa seseorang lebih mudah terdedah kepada risiko jenayah sekiranya; tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi, keluar di waktu malam, membawa barang-barang yang bernilai seperti jam tangan yang mahal, berkelakuan yang berisiko seperti mabuk akibat minuman beralkohol dan keluar tanpa berpasangan ataupun teman. Keadaan-keadaan ini membolehkan potensi menjadi mangsa jenayah adalah tinggi. Teori ini mempunyai empat konsep asas yang mempengaruhinya iaitu (Larry, 2002);

1. kemudahan penjenayah untuk mendekati mangsa 2. pendedahan jangka masa kepada mangsa jenayah 3. sasaran yang menarik (attractiveness) 4. pengawalan

iv) Teori Perpindahan Jenayah (Displacement Of Crime) Teori ini menyebut tentang sesuatu kejadian jenayah akan berpindah dari satu kawasan jenayah ke kawasan jenayah yang lain disebabkan oleh faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kegagalan sesuatu perlakuan jenayah itu. Berdasarkan Judith et al., (1997), kebanyakan para penyelidik menyatakan teori ini merujuk kepada perpindahan jenayah dari satu kawasan sasaran kepada sasaran yang lain tanpa mengurangkan kadar jenayah secara keseluruhannya. Perpindahan jenayah ini disebabkan inisiatif atau program pencegahan jenayah telah diaplikasikan bagi sesebuah kawasan. Thomas (1976), berpendapat terdapat lima pembentukan berlakunya perpindahan jenayah iaitu program kawalan jenayah, masa tindakan, teknik,

Ketiadaan pengawal yang berkeupayaan ●polis ●tuan rumah ●sistem keselamatan

Penjenayah/ orang yang melakukan kesalahan ●remaja lelaki ●penganggur ●penagih dadah Jenayah

Sasaran yang menepati ●rumah tidak berkunci ●kereta mewah ●mudah mengangkut barang

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

7

kawasan pemilikan dan fungsi. Pengertian perpindahan jenayah sebenarnya bukanlah pertukaran tempat perlakuan jenayah secara keseluruhannya. Ia bergantung pada situasi sasaran dan penilaian-penilaian yang telah difikirkan. Biasanya penjenayah akan meneruskan kegiatan jenayahnya yang serupa, tempat yang sama, sasaran dan teknik yang sama tetapi mungkin berbeza dari masa untuk bertindak. Mengikut Thomas (1976) lagi, penjenayah mungkin akan meneruskan aktiviti penjenayahan mereka di tempat, masa dan sasaran yang sama tetapi mungkin berbeza dari segi teknik yang akan digunakan. Jika dilihat pada konsep ini, ia melihat sebarang kemungkinan terhadap pesalah ke atas sasaran mereka. Sekiranya sasaran aktiviti mereka dihalang, mereka tidak akan berputus asa begitu sahaja, biasanya mereka akan memikirkan kaedah lain untuk menyerang ke atas sasaran, tempat dan masa yang sama ataupun akan bertukar segala-galanya (Ekblom, 1995). Potensi berlakunya perpindahan jenayah ini selalunya dikaitkan dengan program kawalan jenayah secara mekanikal seperti penggunaan sistem kekunci, bunyi kecemasan, kamera litar tertutup dan sebagainya. Namun perilaku seseorang pesalah dikatakan sebagai faktor perubahan terhadap sesuatu tindakan jenayah (Thomas, 1976). Antaranya ialah;

populasi penjenayah yang berketentuan dan tidak anjal. Seseorang penjenayah harus melakukan perlakuan jenayah dalam bilangan yang ditentukan dalam masa sehari, seminggu atau sebulan. Untuk mengurangkan sebarang risiko yang diterima, mereka harus mengurangkan aktiviti jenayah mereka.

Seseorang pesalah atau penjenayah perlu memiliki kenderaan atau mobiliti untuk memudahkan mereka bergerak dan bertindak ke atas satu perbuatan jenayah, mengikut masa, teknik, sasaran dan tempat yang diinginkan.

Ini dapat disimpulkan bahawa perpindahan jenayah tidak bermaksud akan menghapuskan jenayah secara sepenuhnya. Ia akan menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan tindakan perlakuan jenayah untuk memastikan kejayaan tindakan mereka. Secara tidak langsung semakin tinggi kawalan penjenayahan, mungkin semakin kreatif teknik-teknik yang akan digunakan oleh mereka. HUBUNGAN JENAYAH DENGAN PERSEKITARAN Hubungan jenayah dengan persekitaran amat berkait rapat. Persekitaran boleh dilihat dalam pelbagai perspektif iaitu persekitaran sosial dan persekitaran fizikal. Kedua-duanya saling berkaitan dalam pembentukan sesuatu perlakuan jenayah. Ini dapat dikaitkan dengan empat teori iaitu Teori ‘Disorder of Broken Window’ oleh Wilson & Kellling (Donder et al., 2005). Teori ini menyentuh tentang perhubungan kejiranan yang lemah boleh menimbulkan keraguan dan kebimbangan terhadap perlakuan jenayah. Kelemahan hubungan tersebut akan mengakibatkan keadaan-keadaan yang buruk seperti vandalisma, penggunaan dadah secara terang-terangan yang menimbulkan perasaan kebimbangan terhadap jenayah. Teori ‘defensible space’ yang diperkenalkan oleh Newman (1972), melihat penggunaan sesebuah ruang dapat meningkatkan peluang-peluang pemerhatian dan menyukarkan jenayah kecil berlaku seterusnya dapat mengurangkan jenayah yang sebenar. Jacobs (1961) berasaskan teori ‘eyes on the street’ beranggapan pengguna yang menggunakan laluan akan menggalakkan pemerhatian bagi sesebuah ruang yang dapat mengurangkan berlakunya jenayah. Mereka dianggap sebagai mata dan telinga bagi kawasan persekitaran. Teori yang terakhir Donder et al., (2005) melihat dari Shaw dan McKay pada tahun 1942 yang melihat ‘social disorganization’ sebagai kesan daripada ketidakupayaan komuniti untuk menyedari keperluan menyelesaikan masalah di kalangan penduduk yang akhirnya mencetuskan perhubungan sosial yang rapuh di antara komuniti terbabit. Keadaan-keadaan sedemikian yang mengakibatkan hubungan sosial terhadap persekitaran fizikal lemah di mana ikatan ‘sense of community’ dalam sebuah kawasan kejiranan yang menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak sepatutnya. Hal sedemikian memberikan satu persepsi yang tidak baik di kalangan mereka serta mewujudkan rasa takut berlakunya jenayah. Keadaan persekitaran fizikal yang meragukan boleh mendorong terhadap perlakuan jenayah. Ini melibatkan penggunaan dan keadaan sesebuah ruang yang dibentuk menimbulkan keraguan dan ketakutan. Sebagai contoh ruang tertutup yang mempunyai jalan keluar yang terhad seperti struktur tempat letak kereta bertingkat, laluan bawah tanah dan stesen bawah tanah. Keadaan sedemikian akan memberikan peluang kepada si penjenayah untuk memerangkap mangsa.

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

8

Keduanya adalah kawasan taman yang tiada tanda nama, kawasan lapang yang lengang, kawasan rekreasi hutan, memberikan potensi kepada pesalah untuk bersembunyi dan bertindak apabila terdapatnya peluang (Anastasia and John, 2007). Ini dapat memberi kesimpulan bahawa keadaan-keadaan yang mempunyai tanda-tanda bahaya, kegelapan, kekurangan kefahaman bagi sesebuah ruang dan keseorangan boleh memberikan tekanan dan tahap ketakutan. Begitu juga dengan keadaan persekitaran fizikal yang kelam kabut (disorder), akan menimbulkan tekanan perasaan dan ketakutan. Stephen Farrall et al., (2007b), menyatakan persekitaran bandar yang mempunyai tanda-tanda yang mencurigai boleh mendatangkan rasa kebimbangan terhadap jenayah. Tanda-tanda ini termasuklah masalah pencahayaan, kotoran sampah sarap, vandalisma, kawasan tempat persembunyian penjenayah, keadaan fizikal bangunan yang buruk, kawasan yang berdekatan dengan ruang lapang (tidak digunakan) seperti kilang dan tempat letak kereta, bilangan orang yang berada pada satu-satu kawasan, bunyi bising, persepsi komuniti di sesebuah kawasan dan kawasan pembangunan yang terbengkalai. Keadaan-keadaan sedemikian mewujudkan persepsi dan imaginasi bahawa wujud perlakuan jenayah dan bimbang akan diri sendiri akan menjadi mangsa jenayah. Tanda-tanda tersebut boleh dikategorikan kepada dua aspek utama iaitu aspek sosial dan aspek fizikal. LaGrange et al., (1992) menyatakan tanda-tanda sosial ini termasuklah perlakuan tidak senonoh, bunyi bising dan persepsi komuniti di kawasan sekitar. Manakala tanda-tanda fizikal termasuk anjing yang terbiar, vandalisma dan kelihatan jarum-jarum yang dibuang.

‘Environmental disorder’ ataupun persekitaran yang tidak menentu boleh menjejaskan aktiviti fizikal dan sosial pengguna secara langsung. Jika dilihat pada teori-teori penjenayah yang telah diterangkan seperti teori aktiviti harian, teori aktiviti dan gaya hidup ia dapat menjelaskan bahawa jenayah mempunyai perhubungannya dengan aktiviti fizikal manusia. Manakala kehidupan aktiviti fizikal luaran yang aktif bersandarkan kepada perhubungan sosial dan karakter persekitaran serta kapasiti seseorang individu terhadap pengalaman mereka (Anastasia and John, 2007). Di antara karakter yang menentukan keselamatan bagi sesebuah ruang itu selamat untuk melakukan aktiviti yang aktif ialah apabila ruang tersebut mempunyai keperluan untuk beriadah seperti laluan berbasikal, kawasan jogging dan taman. Lokasi juga merupakan faktor utama sebagai pilihan untuk melakukan aktiviti luaran yang dikenali sebagai ‘situational characteristics’. Ia akan menentukan pembentukan peluang-peluang berlakunya jenayah serta perlakuan sivik. Kewujudan hal yang sedemikian mengakibatkan perasaan bimbang terhadap jenayah yang seterusnya menyebabkan aktiviti fizikal semakin merosot. Berdasarkan Doeksen (1997), beliau melihat fungsi jalan (streets) sebagai perhubungan antara komuniti dan persekitaran yang dapat membentuk ‘street-watcher’ yang bertindak sebagai natural surveillance untuk mengelakkan sebarang perlakuan jenayah. Peningkatan penggunaan laluan ini akan meningkatkan aktiviti di jalanan dan lebih banyak orang yang akan memerhati. Beliau beranggapan ‘lebih ramai orang akan mengurangkan jenayah’ atau pun ‘more people less crime’. Proses untuk memerhati dan diperhatikan merupakan perkara asas bagi menghidupkan suasana di jalanan (lively street) yang dapat membentuk ‘sense of community’. Jalanan yang sihat (healthy streets) merupakan laluan yang digunakan oleh pelbagai komuniti atau pengguna dan pelbagai aktiviti. Penggunaan yang diversiti terdiri daripada pelbagai kumpulan peringkat umur, kelas sosial yang dapat berinteraksi dengan persekitaran yang dapat menghubungkan kawalan hubungan fizikal dan sosial. Begitu juga penggunaan sesebuah ruang, Doeksen (1997), melihat ruang yang berperanan sebagai kawasan untuk bertemu dan berbincang atau pun ‘meeting place’ akan membentuk ‘social glue’ yang menjadikan penduduk mempunyai ikatan dengan tempat tersebut dan menjadikan mereka bertanggung jawab dengan persekitaran. Menurut Anastasia & John (2007) lagi, pada masa yang sama faktor-faktor psikologi, sosio-demografi persekitaran mempunyai pengaruh perasaan kebimbangan kepada individu ataupun kumpulan. Ini bermakna jenayah dan keadaan-keadaan yang kelam-kabut (disorder) secara langsung memberi kesan ke atas karakter situasi. Peningkatan aktiviti yang aktif akan meningkatkan kewujudan pengguna dalam sebuah ruang akan mengurangkan ketakutan dan sebaliknya. Perhubungan yang relevan dan kekuatan hubungan tersebut dapat digambarkan melalui rajah 2 di bawah.

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

9

Rajah 2 : Bagaimana Jenayah Boleh Mempengaruhi Aktiviti Fizikal

PENCEGAHAN JENAYAH DAN PERSEKITARAN FIZIKAL Isu keselamatan di kawasan perumahan merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Berdasarkan ‘hierarch of needs’ oleh Abram H. Maslow seorang pakar psikologi manusia menyatakan bahawa seseorang individu mempunyai dorongan atau motivasi yang kuat untuk melakukan pembaharuan bagi mencapai kepuasan dalam keperluan diri mereka berdasarkan tahap-tahap yang tertentu (Suk. K.K , 2006). Di dalam hierarki tersebut, Abraham meletakkan keperluan keselamatan di tempat yang kedua daripada lima hierarki keperluan manusia. Oleh yang demikian, keperluan kawasan perumahan yang selamat merupakan keperluan yang penting dalam kehidupan manusia. Berdasarkan kadar jenayah di kawasan perumahan di Malaysia yang mengalami kenaikan sebanyak 4.17 pada tahun 2007 (PDRM, 2008) menyebabkan penduduk mencari alternatif bagi memastikan keperluan keselamatan di kawasan perumahan mereka dapat dicapai. Bagi memastikan tahap keperluan ini, pihak pembangunan cuba mencapai keperluan tersebut dengan menyediakan kawasan kediaman yang selamat iaitu berkonsepkan kediaman berpagar. Begitu juga dalam reka bentuk persekitaran tidak juga ketinggalan untuk memastikan persekitaran yang sihat dan selamat dengan mencegah jenayah melalui reka bentuk persekitaran. Menurut Ekblom (1995), pencegahan ini boleh didefinisikan sebagai sebarang mekanisme yang boleh menimbulkan gangguan ke arah sebarang perlakuan jenayah. i) Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)/ Pencegahan Jenayah

Melalui Reka Bentuk Persekitaran Perkara ini telah menjadi perbahasan oleh pelbagai pihak di dalam bidang penjenayahan termasuklah para penyelidik dan akademis. Kini, pendekatan melalui reka bentuk persekitaran dilihat sebagai salah satu kaedah yang popular dan terbaik. Rob.W & Sutton (1995), menjelaskan bahawa ramai penyelidik dalam bidang penjenayahan telah memfokuskan penyelidikannya ke atas keberkesanan persekitaran fizikal dapat mengurangkan atau mencegah jenayah. Pendekatan terbaik dilihat adalah CPTED dan situational prevention sebagai satu perspektif yang kukuh dalam bidang penjenayahan. Berdasarkan Paul & Frederick (1976), pencegahan jenayah melalui fizikal dan persekitaran sosial merupakan kaedah yang ideal kerana ia berasaskan memberi peluang kepada penjenayah untuk mendesak mereka membatalkan tujuan dan perlakuan jenayah. Perspektif ini melibatkan skop kawasan dan ruang yang lebih besar untuk mengurangkan peluang berlakunya jenayah. Berdasarkan Anastasia & John (2007) Ia melibatkan karakter fizikal dan sosial bagi sesebuah ruang dan kawasan untuk

Faktor Psikologi, Demografi,

Persekitaran Dan Faktor Lain Yang Berkaitan

Karakter Situasi

Jenayah dan perlakuan buruk

(disorder)

Bimbang pada jenayah atau disorder

Aktiviti Fizikal

Petunjuk Hubungan utama Hubungan lain yang mempunyai tindak balas dengan perhubungan utama Sumber: Anastasia & John (2007)

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

10

mengenal pasti keputusan yang dibuat oleh pesalah. Ekblom (1995), melihat reka bentuk dapat membentuk kelakuan seseorang secara natural. Kawalan jenayah boleh dikaitkan dengan reka bentuk yang dapat mengubah persekitaran fizikal yang melibatkan proses perlakuan sosial. Beliau berpendapat persekitaran fizikal dan sosial merupakan salah satu cara bantuan dalam mengatur perlakuan untuk bertindak ke atas sasaran mereka.

Merujuk kepada Blakely & Synder (1997), yang menulis berkaitan Gated Communities di Amerika Syarikat mencadangkan empat perkara utama kaedah untuk mencegah jenayah di kawasan perumahan di bandar. Empat perkara tersebut adalah reka bentuk fizikal, perancangan pengurusan, pihak polis dan interaksi sosial. Blakely & Synder melihat keempat-empat perkara tersebut sebagai kaedah CPTED untuk mempertingkatkan sistem keselamatan di kawasan kejiranan perumahan. Kebanyakannya merangkumi perubahan fizikal dan sesetengahnya bergantung pada penguatkuasaan undang-undang. Selain itu faktor ikatan sosial dan organisasi komuniti merupakan kaedah yang digunakan kerana di dalam CPTED itu sendiri menggalakkan interaksi sosial dalam mencegah jenayah. Bagi memastikan peningkatan interaksi sosial, Blakely & Synder melihat reka bentuk fizikal perlu dipertingkatkan kerana ia merupakan satu mekanisme perhubungan antara komuniti. Penglibatan komuniti yang membolehkan peningkatan sistem keselamatan dilakukan. Ini berdasarkan program komuniti yang mewujudkan neighborhood watch yang dapat bertindak membuat pemerhatian kawasan sekeliling dan serta membantu antara satu pihak dengan pihak yang lain. ii) Teori ‘Eyes On The Street’

Menurut Taylor et al., (1984) terdapat dua kumpulan untuk mengawal jenayah iaitu kumpulan pencegahan oleh komuniti di mana penduduk bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak polis, memerhatikan kawasan kejiranan dan harta benda mereka dan bertindak apabila dirasakan perlu. Kumpulan kedua pula melibatkan kawasan persekitaran iaitu secara fizikal, sosial dan sosio-ekonomi. Keadaan-keadaan sedemikian yang mewujudkan beberapa teori seperti yang diperkenalkan oleh Jacobs (1961) teori ‘eyes on the street’. Teori tersebut memperkenalkan dan mencadangkan tentang bagaimana sesebuah reka bentuk fizikal dapat mengurangkan jenayah; sebagai contoh orientasi bangunan ke arah kawasan jalan dapat menyediakan natural surveillance dan penggunaan ruang luaran yang berhampiran digunakan secara insentif.

Perancangan pencegahan jenayah melalui persekitaran dan reka bentuk fizikal adalah berasaskan idea Jane Jacobs (1993) yang menganalisis kehidupan rakyat Amerika di kawasan bandar. Jane Jacob’s merupakan seorang wartawan yang menulis buku The Death and Life of Great American Cities pada tahun 1961. Jacobs gemar memerhati perbezaan persekitaran sosial di antara satu kawasan bandar dengan bandar yang lain yang tidak berjauhan. Beliau mendapati persekitaran yang selamat berasaskan penggunaan tanah campuran, jarak unjuran bangunan, jarak bangunan dan faktor-faktor lain yang berkaitan yang memberikan kesan 24 jam aktiviti setiap hari sebagai ‘eyes on the street’ (Timothy and Diane, 1994, Rob White and Sutton, 1995). Menurut pakar jenayah C.R Jeffery, Jacobs melihat bagaimana perhubungan manusia dengan persekitaran yang dikatakan merupakan perkara asas kepada pencegahan jenayah. Jeffery berpendapat faktor perhubungan bagi sesebuah perbandaran seperti kemudahan pengangkutan merupakan pendorong berlakunya kejadian jenayah. Oleh itu pendekatan yang diambil lebih menumpukan pada penyelesaian-penyelesaian reka bentuk dalam mencegah jenayah harta. Beliau melihat CPTED sebagai “dimensi yang berasaskan kesempatan atau peluang”, dapat memanipulasi persekitaran fizikal untuk merangsang tingkah laku seseorang di dalam mengurangkan rasa bimbang terhadap jenayah dan perlakuan jenayah.

iii) Teori ‘Defensible Space’

Newman (1972) dalam teori ‘defensible space’ mencadangkan seharusnya ruang awam di bahagikan menjadi ruang-ruang yang lebih kecil untuk memudahkan kawalan yang dapat menggalakkan penduduk mengawal lokasi berasaskan kawasan territorial yang memberikan pengurangan jenayah. Newman menjangkakan ruang kawasan yang diperluaskan pertahanannya akan membuatkan penduduk lebih dilindungi, penggunaan ruang secara optima dan membuatkan interaksi penduduk. Secara asasnya, kesinambungan perhubungan antara

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

11

reka bentuk dan territorial dapat digambarkan seperti berikut.

Taylor et al., (1984) melihat konteks sosio-budaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas fungsi kewilayahan. Di mana budaya yang berbeza atau kumpulan etnik yang berbeza akan mewujudkan perbezaan sistem pendirian atau sikap kewilayahan dan perlakuan dalam kawalan.

Oscar Newman pula telah memperkenalkan konsep ‘defensible space’ ataupun ruang yang dipertahankan pada tahun 1970. Idea ini juga dikatakan berasaskan konsep ‘eyes on the street’ yang diperkenalkan oleh Jane Jacobs (1961) melalui kajian di dalam bukunya “The Death and Life of Great American Cities”. Konsep ini bertujuan untuk menstrukturkan semula persekitaran fizikal perumahan supaya menjadi ‘livable’ dan dapat dikawal oleh penghuni kawasan tersebut (Al Zelinka, 1998, Newman, 1996). Newman berpendapat terdapat dua perkara utama yang melibatkan pencegahan jenayah ini iaitu tingkah laku manusia melalui reka bentuk persekitaran; perkara kedua merupakan guna tanah dan pengangkutan yang memainkan peranan utama keupayaan terhadap perlakuan jenayah (Timothy and Diane, 1994). Berdasarkan Mazerolle & Terrill (1997), di dalam konsep defensible space oleh Oscar Newman, reka bentuk fizikal di kawasan perumahan awam boleh menyebabkan kesan yang serius kepada kejadian vandalisma dan jenayah. Newman (1972) mendefinisikan terminologi ‘defensible space’ sebagai;

Is a model for residential environments which inhibits crime by creating physical

expression of a social fabric that defends itself….is living residential environment which can be employed by inhabitants for the enhancement of their lives, while providing security for their families, neighbors and friends ( Newman, 1972, p.3).

Pencegahan jenayah berdasarkan perspektif ini lebih melihat kepada perhubungan penduduk dengan persekitaran yang bertindak sebagai mata dan telinga kawasan kejiranan untuk mencegah jenayah (Anastasia and John, 2007).

Newman mengklasifikasikan empat elemen utama di dalam ‘defensible space‘ iaitu kewilayahan (territoriality) ataupun semangat kesedaran komuniti terhadap kawasan kejiranannya, pengawasan semula jadi (natural surveillance) yang merujuk kepada keupayaan penduduk untuk membezakan pengguna yang datang di kawasan mereka sama ada ia perlu berada di situ ataupun sebaliknya, imej (image) yang bermaksud penduduk dapat mengesan kawasannya agar tidak dilihat sebagai kawasan yang terdedah kepada jenayah dan kawasan lingkungan pergaulan (milieu). Berdasarkan Newman (1972), konsep ‘defensible space’ melihat raka bentuk fizikal dapat membezakan kawasan yang privasi ataupun separa privasi. Elemen ini boleh dibahagikan kepada halangan sebenar dan halang yang simbolik. Halangan sebenar ini lebih menjurus kepada penggunaan halangan secara fizikal seperti dinding, pagar yang dapat menghalang kemasukan ke sesebuah kawasan. Halangan simbolik pula merupakan elemen-elemen yang dilihat dapat mengenal pasti atau sebagai simbol untuk mengetahui kemasukan orang luar ke kawasan mereka seperti pagar yang rendah, tanaman pokok renek dan tanaman rumput. Menurut teori ini juga, Newman melihat susun atur kawasan perumahan merupakan antara faktor penting yang boleh menggalakkan sebarang perlakuan jenayah berbanding penduduk kediaman terbabit (Ekblom, 1995). Iv) Teori ‘Situational Prevention’ Aldrin. A (1999), melihat pendekatan situational prevention sebagai satu ukuran terhadap jenayah yang tertentu yang melibatkan pengurusan, reka bentuk atau manipulasi terhadap persekitaran terhadap kewujudan jenayah di dalam pelbagai cara yang sistematik. Pendekatan ini agak berbeza dengan konsep ruang yang dipertahankan di mana pendekatan ini tidak begitu menitikberatkan seni bina dan pembinaan persekitaran. Ia lebih tertumpu terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pesalah seperti mangsa rompakan atau kecurian. Dengan erti kata lain ia

Elemen reka bentuk

(design features)

Kekuatan pendirian dan perlakuan bagi

kewilayahan (territorial)

Pengurangan jenayah dan

perlakuan yang

anti sosial

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

12

lebih memihak kepada pendekatan umum untuk menurunkan peluang-peluang untuk sebarang perlakuan jenayah. Namun pendapat ini berbeza dengan Ekblom (1995), yang melihat reka bentuk perumahan boleh menggalakkan interaksi sosial antara penduduk kawasan kejiranan untuk menggalakkan kemasyarakatan di kalangan anak-anak mereka dan reka bentuk ini dilihat dapat meningkatkan persekitaran yang diinginkan oleh komuniti.

Mengikut Marissa (2006), sebelum pesalah melibatkan diri dengan perbuatan jenayah, mereka akan mempertimbangkan banyak faktor seperti pengalaman-pengalaman yang lalu, peluang-peluang, kebimbangan jika berlaku kecederaan serta perkiraan antara ganjaran dan kerugian. Lamya Rostami Tabrizi dan Ali Madanipour (2006) berpendapat ‘situational crime prevention’ memberi penumpuan ke atas ‘setting of crime’ daripada perlakuan aktiviti-aktiviti jenayah. Ia membina pengurangan peluang-peluang perlakuan jenayah yang menumpukan sasaran bentuk-bentuk penjenyahan, cadangan pengurusan, reka bentuk atau manipulasi persekitaran dalam kaedah yang sistematik dan menjadikan kegiatan jenayah lebih berisiko dan kurang berjaya. Kenyataan tersebut dipersetujui oleh Ekblom (1995), melihat pencegahan melalui situasi ditekankan melalui pengurusan tapak yang meningkatkan target hardening. Apabila keadaan ini timbul, seseorang penjenayah terpaksa meningkatkan usaha dan kemahiran untuk menghadapi halangan dan rintangan pada kawasan jenayah. Larry (2004), mengklasifikasikan ukuran situasi kepada 16 teknik yang dipercayai dapat memberikan faedah kepada individu, komuniti dan persekitaran fizikal. Teknik ini dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu peningkatan usaha untuk melakukan jenayah, menambahkan risiko untuk melakukan jenayah, mengurangkan perolehan ganjaran untuk melakukan jenayah dan menggalakkan rasa bersalah atau malu untuk melakukan jenayah. Bahagian-bahagian ini dapat dilihat lebih jelas seperti di bawah;

a) Peningkatan usaha untuk melakukan jenayah;

Target Hardening - melibatkan sistem kekunci yang lebih terjamin

Access Control - mengawal kemasukan di kawasan-kawasan tertentu

Deflecting Offenders – lokasi meletakkan keperluan awam yang menyukarkan perlakuan jenayah.

Controlling Facilitation –menggunakan identiti tertentu untuk mengenal pasti pengguna.

b) Menambahkan risiko untuk melakukan jenayah

Entry/Exit Screening - melibatkan penapisan untuk mengesan keperluan yang tidak mengikut syarat-syarat yang harus dipatuhi;

Formal Surveillance – menggunakan sistem kecemasan dan kawalan untuk mengecam pesalah;

Surveillance by Employees – melibatkan pekerja-pekerja bagi sesebuah kawasan untuk menyelia tingkah laku orang ramai;

Natural Surveillance – melibatkan pengawasan orang awam untuk mengawasi persekitaran.

c) Mengurangkan perolehan ganjaran untuk melakukan jenayah

Target Removal - melibatkan pemindahan sasaran atau bahagian tertentu yang menyebabkan penangguhan tindakan jenayah;

Indentifying property – melibatkan pengenalpastian atau identiti harta benda untuk mengurangkan nilai harta;

Reducing temptation – menggunakan sistem penyenaraian untuk membolehkan kebolehfungsian perkhidmatan.

Denying benefits - melibatkan fasiliti awam untuk mambuat arahan terhadap orang awam.

d) Menggalakkan rasa bersalah atau malu untuk melakukan jenayah.

Rule setting – melibatkan perundangan untuk memasuki kawasan tertentu;

Strengthening moral condemnation – Menegaskan tentang kesalahan-kesalahan yang melanggar norma-norma kehidupan;

Controlling disinhibitors – mengawal kelakuan-kelakuan yang melanggar syarat-syarat yang diberikan;

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

13

Facilitating compliance – memperbaiki sistem masuk dan keluar untuk mengecam penyalahgunaan.

Secara umumnya, pendekatan situasi lebih melihat kepada orang yang melakukan kesalahan memilih sasaran mereka secara rasional yang melibatkan keputusan dicapai terhadap masa dan tempat untuk melakukan kesalahan tersebut. Pendekatan ini secara langsung menolak andaian pandangan positivis yang melihat pesalah melakukan jenayah mereka disebabkan oleh faktor-faktor genetik, sosial dan psikologi. KONSEP ‘CRIME PREVENTION THROUGH ENVIRONMENTAL DESIGN’ (CPTED) TERHADAP KAWASAN KEJIRANAN

Konsep CPTED ini merupakan proses memastikan pencegahan jenayah melalui peringkat awal perancangan di dalam percubaan menghapuskan peluang-peluang perlakuan jenayah dan merupakan perkara yang diambil kira di dalam reka bentuk. Secara asasnya, konsep ini merupakan satu reka bentuk yang efektif dalam pembinaan persekitaran yang boleh mengurangkan rasa bimbang terhadap jenayah serta kelakuan jenayah itu sendiri yang sekali gus dapat memperbaiki kualiti kehidupan secara keseluruhan. Konsep CPTED diperkenalkan oleh C. Ray Jeffery (1977). Takrif CPTED diguna pakai oleh National Crime Prevention institute (NCPI) yang merupakan satu kaedah reka bentuk persekitaran yang efektif yang boleh mengurangkan rasa kebimbangan terhadap perlakuan jenayah dan merupakan satu penambahbaikan dalam kualiti kehidupan (Howard, 1999, Cozens, 2002). Pada masa ini, C.Ray Jeffery membina kefahamannya terhadap perhubungan antara pembinaan persekitaran dan jenayah sebagai strategi yang digunakan terhadap persekitaran fizikal untuk mengawal beberapa aspek masalah jenayah di dalam Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran (Mazerolle and Terrill, 1997). Timothy Crowe (2000b) juga berpendapat CPTED adalah berasaskan andaian bahawa reka bentuk yang baik dan efektif dalam pembangunan persekitaran boleh mengarahkan kepada pengurangan jenayah dan kebimbangan jenayah serta dapat memperbaiki kualiti kehidupan. Menurutnya lagi, teori CPTED ini merujuk kepada pendekatan sesebuah reka bentuk ruang akan menggalakkan ‘ expression sense of territoriality’ di kalangan pengguna yang bertindak secara langsung sebagai kaedah pencegahan jenayah. Dengan erti kata lain CPTED berasaskan idea dan reka bentuk yang tertentu dan pengurusan dalam alam bina persekitaran yang boleh membuat kelainan dalam pencegahan jenayah dengan meningkatkan peluang-peluang kepolisan sekali gus mengurangkan peluang-peluang perlakuan jenayah. Anastasia & John (2007) melihat CPTED sebagai strategi berdasarkan reka bentuk persekitaran sebagai perantaraan untuk menjadikan sesebuah kawasan kurang perlakuan jenayah.

Konsep CPTED ini dapat dibahagikan kepada lima komponen utama iaitu natural access control; natural surveillance; territorial reinforcement; activity support dan target hardening & maintenance. Bagi strategi yang pertama dan kedua, access control (kawalan akses) dan natural surveillance (pengawasan semula jadi) lebih menumpukan persepsi si penjenayah terhadap risiko yang mungkin dan bakal dihadapi terhadap sesebuah ruang. Di mana ruang tersebut di bawah kawalan pemerhatian para penduduk di kawasan tersebut. Strategi access control (kawalan akses) menggunakan elemen reka bentuk fizikal sebagai kaedah pencegahan seperti pagar, fences, elemen tanaman untuk mengawal kemasukan orang asing dalam sesebuah ruang. Natural surveillance (pengawasan semula jadi) lebih menitikberatkan kepada kedudukan atau lokasi tingkap untuk membolehkan pengawasan dari dalam rumah ke kawasan luar. Strategi surveillance dibahagikan kepada dua iaitu pengawasan semula jadi dan pengawasan teknikal seperti CCTV (Close circuit television). Tujuan pengawasan ini adalah meningkatkan kebolehan pihak awam memerhatikan penjenayah. Hal sedemikian boleh mengurangkan kejadian jenayah kerana si penjenayah merasakan sentiasa diperhatikan (Jensen and Anderson, 2004). Keperluan keberadaan pihak polis untuk sentiasa mengawasi kawasan kediaman mereka adalah rendah disebabkan pihak polis tidak dapat membuat penumpuan pengawasan bagi sesebuah kawasan kediaman sahaja. Oleh yang demikian fungsi penduduk yang bertindak sebagai pemerhati adalah penting untuk memastikan kawasan persekitaran mereka selamat. Antara lain pendekatan yang dilakukan dengan meningkatkan

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

14

aktiviti luaran serta aktiviti berjalan kaki. Keadaan sedemikian, akan mengurangkan penjenayah melakukan jenayah disebabkan keadaan persekitaran yang mempunyai pemerhati yang ramai.

Manakala strategi territorial reinforcement (pengukuhan wilayah) adalah berasaskan andaian reka bentuk fizikal boleh meningkatkan perasaan dan persepsi pengguna terhadap sesuatu harta di sekitarnya adalah kepunyaan bagi sebuah wilayah ataupun kawasan komunitinya. Dengan hal yang sedemikian, penduduk akan senantiasa memastikan persekitaran mereka bersih dan penyelenggaraan akan sentiasa dipastikan agar ia kelihatan terjaga. Manakala strategi activity support (aktiviti sokongan) yang menumpukan peningkatan penggunaan sesebuah ruang antara komuniti yang bertindak sebagai pemerhati bagi kawasan persekitaran. Sebagai contoh aktviti bersosial antara komuniti di waktu pagi dan petang dan juga majlis-majlis yang berkaitan dengan komuniti terbabit. Target hardening (penguatkuasaan sasaran) dan maintenance (penyelenggaraan) pula lebih menjurus kepada memperjelaskan penglihatan terhadap pandangan persekitaran sama ada berada di dalam atau di luar rumah sama ada secara natural ataupun teknikal. Berasaskan konsep CPTED ini kemasukan elemen ‘target hardening’ dalam persekitaran akan bertindak memberi kesukaran kepada penjenayah untuk memasuki ruang kawasan mangsa. Keadaan sedemikian akan menyebabkan si penjenayah akan berpindah kawasan jenayah yang lebih memudahkan mereka memasuki kawasan pemangsa (Jensen and Anderson, 2004). Elemen tersebut seiringan dengan teori perpindahan yang menyatakan bahawa kemasukan elemen-elemen pencegahan jenayah akan membuatkan jenayah akan berpindah ke kawasan lain yang memudahkan mereka untuk bertindak.

KESIMPULAN Berdasarkan penerangan di atas maka dapat dirumuskan sebarang perlakuan jenayah adalah didorong oleh persekitaran mereka sama ada dari aspek sosial ataupun fizikal. Namun faktor-faktor lain seperti ekonomi dan demografi juga tidak dinafikan sebagai penggalak terhadap perlakuan jenayah. Keadaan persekitaran yang tidak tersusun, kelam kabut, meragukan, ikatan komuniti yang lemah menimbulkan peluang kepada penjenayah untuk bertindak berdasarkan sasaran yang mudah serta ketiadaan faktor-faktor yang boleh menggagalkan operasi mereka. Namun secara umumnya, peratus kejayaan sebarang perlakuan jenayah boleh dikatakan adalah disebabkan oleh faktor persekitaran mereka. Oleh itu, pencegahan melalui persekitaran dilihat sebagai satu pendekatan yang ideal untuk mengurangkan serta menggagalkan rancangan dan peluang penjenayah untuk melakukan jenayah. Malahan pendekatan ini dilihat dapat memperbaiki hubungan persekitaran sosial dan komuniti serta menwujudkan ‘sense of community’ di kawasan kejiranan. RUJUKAN AL ZELINKA, D. B. M. F. (1998) Creating Safer More Liveble Communities Through Planning

and Design. Proceedings of the 1998 National Planning Conference, http:design.asu.edu/apa/proceedings98/Zelinka/zelinka.html.

ALDRIN, A. (1999) Crime Landscape: The Relationship of Victimisation and Fear of Crime With Residents' Territorial Functioning in High and Low Crime Rate Estate in Sheffield Department of Landscape, Faculty of Architectural Studies,. U.K, University of Sheffield.

AMAR SINGH SIDHU (2006) Crime Levels and Trends in The Next Decade. Journal of The Kuala Lumpur Royal Malaysia Police College, 5, 1-13.

ANASTASIA, L.-S. & JOHN, E. E. (2007) Crime Prevention and Active Living American Journal of Health Promotion, 21, 380-389.

BLAKELY, E. J. & SYNDER, M. G. (1997) Fortress America Gated Communities in The United States, Washington D. C, Brookings Institution Press.

BROWN, B. B., PERKINS, D. D. & BROWN, G. (2004) Incivilities, Place Attachement and Crime: Block and Individual Effects. Journal of Environmental Psychology, 24, 359-371.

COZENS, P. M. (2002) Sustainable Urban Development and Crime Prevention Through Environmental Design The British City. Towards an Effective Urban Environmentalism for The 21st Century. Elsevier Science Ltd., 19, 129-137.

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

15

CROWE, T. D. (2000a) Crime Prevention Through Environmental Design, Butterworth-Heinemann.

CROWE, T. D. (2000b) Crime Prevention Through Environmental Design: Applications of Architectural Design and Space Management Concepts, United States of America, National Crime Prevention Institute.

DIANE ZAHM, SHERRY CARTER & ZELINKA, A. (1997) Safe Place Design. Conference Proceedings, http://www.design.asu.edu/apa/proceedings97/zahm.html.

DOEKSEN, H. (1997) Reducing Crime and Fear of Crime by Reclaiming New Zealand's Suburban Street. Landscape and Urban Planning, 39, 243-252.

DONDER, L. D., VERTE, D. & MESSELIS, E. (2005) Fear of Crime and Elderly people: Key Factors That Determine Fear of Crime Among Elderly People in West Flanders. Ageing International, 30, 363-376.

EKBLOM, P. (1995) Less Crime, by Design. The ANNALS of The American Academy of Political and Social Science, 539, 114-129.

GOLDSTONE, H. (1932) Economic Causes of Crime. Probation Journal, 1, 185-186. HAINES, K. (1999) Crime is A Social Problem. European Journal on Criminal Policy and

Research, 7, 263-275. HALE, C. (1996) Fear of Crime: A Review of The Literature Internation Review of Victimology, 4,

79-150. HOWARD, M. R. (1999) Crime prevention Through Environmental Design: An Investigation of

The Effect of Modular Lotting On Property Crime. landscape Architecture. Canada, The University of Guelph.

JENNIFER JENSEN, J. A. (2004) crime Prevention Through Environmental design Criminology 420- Term Paper.

JENSEN, J. & ANDERSON, J. (2004) Crime Prevention Through Environmental Design Criminology 420- Term Paper.

JOHN E.ECK & WEISBURD, D. (____) Crime Place in Crime Theory. Crime Control Institute, University of Maryland, College Park & Hebrew University.

JUDITH, D. F., JOEL, C. E. & REBECCA, W. (1997) Solving Crime Problems in Residential Neighborhoods: Comprehensive Changes in Design, Management and Use. US, National Institute of Justice.

LAGRANGE, R., L., FERRARO, K. F. & SUPANCIC, M. (1992) Perceived risk and fear of crime: The role of social and physical incivilities. Journal Of Research In Crime And Delinquency,, 29, 311-334.

LAMYA ROSTAMI TABRIZI & ALI MADANIPOUR (2006) Crime and The City: Domestic Burglary and The Built Environment in Tehran. Habitat International, 10, 932-944.

LARRY, J. S. (2002) Criminology The Core, USA, Thomson Learning Academic Resource Center.

LARRY, J. S. (2004) Criminology; Theories, Pattern & Typologies, USA, Wadsworth/ Thomson Learning.

MAZEROLLE, L. G. & TERRILL, W. (1997) Problem-Oriented Policing in Public Housing : Identifying The Distribution of Problem Places. An International Journal Police Strategies & Management, 20, 235-255.

MCCOY, H. V., WOOLDREDGE, J. D., CULLEN, F. T. & DUBECK, P. J., BROWNING, S.L (1996) Lifestyle of The Old and Not So Fearful: Life Situtions and Older Persons Fear of Crime . Journal of Criminal Justice, 24, 191-205. MOHD REDUAN, A. (1990) Jenayah Di Malaysia, Kuala Lumpur, AMK Interaksi Sdn. Bhd. MOHD REDUAN ASLIE (1990) Jenayah Di Malaysia, Kuala Lumpur, AMK Interaksi Sdn. Bhd. NEWMAN, O. (1972) Crime Prevention Through Urban Design Defensible Space, New York,

The Macmillan Company. NEWMAN, O. (1996) Creating Defensible Space, Center for Urban Policy Research Rutgers

University. OC, T. & TIESDELL, S. (1997) Safer City Centres Reviving the Public Realm, London, Paul

Chapman Publishing Ltd. RICHARD, H. S. & TED, K. (2007) Crime Prevention and the Built Environment, USA and

Canada, Routledge. ROB WHITE & SUTTON, A. (1995) Crime Prevention, Urban Space and Social Exclusion.

Journal of Sociology, 31, 82-97. SUE TITUS REID (2000) Crime and Criminology, U.S, McGraw-Hill Higher Education.

Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina,

FSPU UiTM (Perak), Disember 2008

16

THOMAS, A. R. (1976) Crime Prevention and The Displacement Phenomenon. Crime & Delinquency, 22, 166-177.

TIMOTHY, D. C. & DIANE, L. Z. (1994) Crime Prevention Through Environmental Design. Land Development Magazine.