International Trade and Investment of China with Malaysia

15
1 Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa China dengan Malaysia International Trade and Investment of China with Malaysia Isa Ma Ziliang dan Lim Yi Jin Abstrak Tujuan kertas kerja ini dihasilkan dengan harapan iaitu pengetahuna dan pengenalan terhadap konsep dan sebab perdagangan dan pelaburan antarabangsa wujud di dunia ini dapat ditambahkan secara dalam. Perdagangan dan pelaburan antarabangsa merupakan suatu aspek yang amat penting terhadap ekonomi sesebuah negara di dunia ini. Tujuan utama perdagangan dan pelaburan antarabangsa adalah untuk memperoleh keuntungan bagu menjamin pembangunan ekonomi serta kepentingan nasional negara di arena antarabangsa. China boleh dikatakan banyak melibatkan diri dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa dengan negara lain. Contohnya, perdagangan dan pelaburan antarabangsa antara China dengan Malaysia. Melalui projek kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, hubungan dapat dieratkan dan taraf ekonomi juga dapat ditingkatkan. Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, proses dan sebab penubuhan hubungan perdagangan dan pelaburan antarabangsa kedua-dua negara dapat diketahui. Selain itu, produk yang paling biasa didagang antara kedua-dua negara ini juga dapat dikenali. Dengan ini, keperluan pasaran Malaysia dan China juga sedikit sebanyak diketahui. Sebagai contoh, kita akan lebih mengetahui perdagangan dan pelaburan yang dijalankan oleh kedua-dua negara melalui data analisis. Secara keseluruhan, kedua-dua negara tersebut akan melibatkan diri sendiri dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa adalah demi kebaikan bersama. Dengan menganalisiskan data-data perdagangan dan pelaburan antara China dan Malaysia, haraplah sebab terperinci kewujudan perdagangan dan pelaburan dapat dikaji dan diketahui. Katakunci: perdagangan dan pelaburan antarabangsa China dan Malaysia 1.0 Pengenalan Hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia telah terbentuk pada 31 Mei 1974. Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak melawat China, dan menandatangani perjanjian, iaitu Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik Malaysia-Republik Rakyat China dengan Perdana Menteri Zhou Enlai. Selepas pembentukan hubungan diplomatik, hubungan dua

Transcript of International Trade and Investment of China with Malaysia

1

Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa China dengan Malaysia

International Trade and Investment of China with Malaysia

Isa Ma Ziliang dan Lim Yi Jin

Abstrak

Tujuan kertas kerja ini dihasilkan dengan harapan iaitu pengetahuna dan pengenalan terhadap

konsep dan sebab perdagangan dan pelaburan antarabangsa wujud di dunia ini dapat

ditambahkan secara dalam. Perdagangan dan pelaburan antarabangsa merupakan suatu aspek

yang amat penting terhadap ekonomi sesebuah negara di dunia ini. Tujuan utama perdagangan

dan pelaburan antarabangsa adalah untuk memperoleh keuntungan bagu menjamin pembangunan

ekonomi serta kepentingan nasional negara di arena antarabangsa. China boleh dikatakan banyak

melibatkan diri dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa dengan negara lain. Contohnya,

perdagangan dan pelaburan antarabangsa antara China dengan Malaysia. Melalui projek

kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, hubungan dapat dieratkan dan

taraf ekonomi juga dapat ditingkatkan. Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, proses dan

sebab penubuhan hubungan perdagangan dan pelaburan antarabangsa kedua-dua negara dapat

diketahui. Selain itu, produk yang paling biasa didagang antara kedua-dua negara ini juga dapat

dikenali. Dengan ini, keperluan pasaran Malaysia dan China juga sedikit sebanyak diketahui.

Sebagai contoh, kita akan lebih mengetahui perdagangan dan pelaburan yang dijalankan oleh

kedua-dua negara melalui data analisis. Secara keseluruhan, kedua-dua negara tersebut akan

melibatkan diri sendiri dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa adalah demi kebaikan

bersama. Dengan menganalisiskan data-data perdagangan dan pelaburan antara China dan

Malaysia, haraplah sebab terperinci kewujudan perdagangan dan pelaburan dapat dikaji dan

diketahui.

Katakunci: perdagangan dan pelaburan antarabangsa China dan Malaysia

1.0 Pengenalan

Hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia telah terbentuk pada 31 Mei 1974. Perdana

Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak melawat China, dan menandatangani perjanjian, iaitu

Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik Malaysia-Republik Rakyat China

dengan Perdana Menteri Zhou Enlai. Selepas pembentukan hubungan diplomatik, hubungan dua

2

hala antara kedua-dua negara tersebut telah berkembang dengan lancar. China dan Mexico

mengekalkan kerjasama yang baik dalam hubungan perdagangan antarabangsa demi kebaikan

bersama.

Pada tahun 1985, perjanjian Bagi Mengelakkan Cukai Dua Kali ditandatangani. Pada tahun 1988,

Perjanjian Perkapalan, Perjanjian Perdagangan, Perjanjian Perlindungan, Perdagangan dan

Perjanjian Perkhidmatan Penerbangan ditandatangani. Jawatankuasa Bersama Ekonomi dan

Perdagangan China-Malaysia turut ditubuhkan.

Pada Mei 1999, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar melawat China dan

menandatangani Kenyataan Bersama Rangka Kerjasama Dua Hala China-Malaysia dengan

Menteri Luar China, Tang Jiaxuan. Pada tahun 2000, Bank China dan bank Malaysia

menubuhkan cawangan antara satu sama lain.

Pada April 2002, Majlis Perniagaan China-Malaysia ditubuhkan. Pada Oktober. 2002, Bank

Rakyat China dan Bank Negara Malaysia menandatangani Perjanjian Pertukaran Mata Wang

Dua Hala (BSA).

Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi negara China di ASEAN. Sejak

kebelakangan tahun ini, Malaysia telah semakin berusaha untuk menarik pelaburan dari China.

Kerajaan Malaysia juga telah memperkenalkan banyak polisi preferensial untuk menggalakkan

syarikat besar China yang berkemampuan melabur di Mexico dan mencari keuntungan di

Malaysia. Contohnya, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dengan China mencapai

US$39.06 bilion (RM140.6 bilion) pada 2008, iaitu kenaikan 10.3% berbanding dengan tahun

2007.

3

2.0 Data Analisis

2.1 Ekport dan Import Antara China dengan Malaysia dari tahun 2004 hingga 2009

Tahun Jumlah

Eksport

Jumlah

Import

Jumlah

Perdagangan

Imbangan

Perdagangan

Lebihan /

Kurangan

2004

10,340.5

8,384.0

18724.5

1956.5

Lebihan

2005

13,176.6

9,303.1

22479.7

3873.5

Lebihan

2006

15,896

11,735

27631

4161

Lebihan

2007

18,919

15,461

34380

3458

Lebihan

2008

20,109

19,070

39179

1039

Lebihan

2009

17,287

19,169

36456

-1882

Kurangan

Sumber data: Statistical Yearbook of the Republic of China ( Juta US Dollar)

Jumlah Ekport dan Import Antara China dengan Malaysia dari tahun 2004 hingga 2009

0.00

5,000.00

10,000.00

15,000.00

20,000.00

25,000.00

2004 2005 2006 2007 2008 2009

(Ju

ta U

S D

olla

r)

Tahun

Jumlah export

Jumlah Import

4

Jumlah Perdagangan Antara China dengan Malaysia dari tahun 2004 hingga 2009

Berdasarkan data di muka surat , jumlah eksport dari China ke Malaysia menunjukkan

peningkatan dari tahun 2004 hingga tahun 2008.Misalnya, pada tahun 2004, jumlah eksport dari

China ke Malaysia ialah sebanyak 10,340.5 juta US Dollar pada tahun 2004 telah meningkat

kepada 20,109 juta US Dollar pada tahun 2008 dengan peningkatan sebanyak 94.47% dalam 5

tahun ini. Walaubagaimanapun, jumlah eksport dari China ke Malaysia telah menurun dari

20,109 juta US Dollar pada tahun 2008 ke 17,287 juta US Dollar pada tahun 2009 dengan

penurunan sebanyak 14.03%. Jumlah import yang diperlukan oleh China dari Malaysia juga

meningkat dari tahun 2004 hingga 2009. Jumlah yang diimport oleh China dari Malaysia telah

meningkat daripada 8,384 juta US Dollar pada tahun 2004 kepada 19,169 juta US Dollar pada

tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak 128.64%.

Hal ini terbuktilah hubungan perdagangan antara kedua-dua buah negara ini mula menubuhkan

hubungan dagang kongsi yang saling membawa keuntungan kepada negara-negara terlibat.

Walaupun jumlah eksport dari China ke Malaysia telah menunjukan penurunan, ini mungkin

adalah disebabkan oleh ketidakstabilan pasaran saham Amerika Syarikat dan ini telah

mempengaruhi keupayaan pasaran China dalam eksport. Tetapi ini tidak bermakna hubungan

perdagangan erat antara kedua-dua negara ini akan dimusnahkan. Keadaan tersebut semakin

0

5000

10000

15000

20000

25000

30000

35000

40000

45000

2004 2005 2006 2007 2008 2009

Tahun

Jumlah Perdagangan(Juta US Dollar)

5

menggalakan cadangan projek perdagangan kerjasama antara kedua-dua negara dikeluarkan

untuk memanfaat antara satu sama lain. Jumlah perdagangan China dengan Malaysia telah

meningkat dari tahun 2004 hingga tahun 2008 dan mula menurun pada tahun 2009. Misalnya,

jumlah perdagangan China dengan Malaysia yang bernilai 18724.5 juta US Dollar pada tahun

2004 telah meningkat kepada 39179 juta US Dollar pada tahun 2008 dan menurun kepada 36456

juta US Dollar pada tahun 2009.

Imbangan perdagangan adalah merupakan perbezaan antara nilai import dengan nilai eksport

sesebuah negara. Sebagai contohnya, imbangan perdagangan bersih antara China dengan

Malaysia pada tahun 2004 ialah 1956.5 juta US Dollar selepas jumlah nilai eksport ditolak

jumlah nilai import.Imbangan perdagangan ini menunjukkan peningkatan dari tahun 2004 hingga

tahun 2006 dan mula menurun pada tahun 2007 hingga 2009. Imbangan perdagangan ini pernah

menunjukkan penurunan yang drastik sebanyak 2921 juta US Dollar pada tahun 2009 jika

berbanding dengan tahun 2008.

Didapati imbangan perdagangan pada tahun 2004 telah meningkat dari 1956.5 juta US Dollar

kepada 4161 juta US Dollar pada tahun 2006. Peningkatan ini adalah sebanyak 47.02 % dalam

tahun 2004 hingga 2006. Imbangan perdagangan ini mula menurun ke 3458 juta US Dollar pada

tahun 2007, 1039 juta US Dollar tahun 2008. Tambahan pula, pada tahun 2009 terdapat defisit

wujud dalam imbangan perdagangan tersebut iaitu -1882 juta US Dollar. Penurunan sebanyak

147% dari tahun 2007 hingga 2009. Jadual di atas juga menunjukkan bahawa imbangan

perdagangan antara kedua-dua negara tersebut mengalami lebihan (surplus) pada setiap tahun

kecuali pada tahun 2009 yang mengalami kurangan(defisit).

6

2.2 Majoriti Produk Dieksport Dari China Ke Malaysia

10 Jenis Produk Yang Diekport oleh China Ke Malaysia

Tahun

(Juta US Dollar)

Produk

2004

2005

2006

2007

2008

2009

1)Motor,

peralatan elektrik, audio-visual

3,535.9

4,818.9

5,903.3

6,369

7,090

5,978

2)Reaktor nuklear, cerek, mesin

peralatan

3,341.1

4,216.3

4,895.4

5,729

5,418

5,240

3)Keluli

329.4

401.0

413.1

773

867

317

4)Plastik dan barang ciptaan

daripada plastik

194.8

261.2

383.5

393

390

332

5)Peralatan optik, fotografi,

perubatan, dan barang ganti

yang berkaitan

221.6

259.0

373.1

442

654

470

6)Bahan bakar mineral, minyak

mineral dan barang ciptaannya;

aspal

81.3

236.5

61.3

35

174

109

7) Produk keluli

141.2

199.9

302.6

454

581

409

8) Sayur-sayuran dan akar

serta umbi- umbian

yang boleh dimakan

145.8

168.7

198.2

237

206

255

9) Bahan Kimia bukan

organik, logam mulia,

dan sebatiannya

139.4

162.2

228.8

272

333

280

10) Bahan kimia organik

115.5

141.7

200.9

326

415

360

Berdasarkan data di atas, jelaslah menunjukkan bahawa antara eksport utama China ke Malaysia

ialah motor, peralatan elektrik, audio-visual, reaktor nuklear, cerek, mesin peralatan, keluli,

Plastik dan barang ciptaan daripada plastik, peralatan optik, fotografi, perubatan, dan barang

ganti yang berkaitan, bahan bakar mineral, minyak mineral dan barang ciptaannya; aspal, produk

keluli, sayur-sayuran dan akar serta umbi- umbian yang boleh dimakan, bahan Kimia bukan

organik, logam mulia, dan sebatiannya, serta bahan kimia organik.

10 jenis produk utama dieksport oleh China ke Malaysia yang mengikut susunan ialah motor,

peralatan elektrik, audio-visual, reaktor nuklear, cerek, mesin peralatan, keluli, Plastik dan

barang ciptaan daripada plastik, peralatan optik, fotografi, perubatan, dan barang ganti yang

berkaitan, bahan bakar mineral, minyak mineral dan barang ciptaannya; aspal, produk keluli,

sayur-sayuran dan akar serta umbi- umbian yang boleh dimakan, bahan Kimia bukan organik,

logam mulia, dan sebatiannya, serta bahan kimia organik menurut susunuan tahun 2005.

7

Tetapi, susunan bagi 10 jenis produk utama ini mula berubah pada tahun 2006, iaitu motor,

peralatan elektrik, audio-visual, reaktor nuklear, cerek, mesin peralatan, keluli, Plastik dan

barang ciptaan daripada plastik, peralatan optik, fotografi, perubatan, dan barang ganti yang

berkaitan, produk keluli, bahan kimia organik, sayur-sayuran dan akar serta umbi- umbian yang

boleh dimakan, bahan bakar mineral, minyak mineral dan barang ciptaannya; aspal.

2.3 Majoriti Produk Diimport oleh China ke Malaysia

10 Jenis Produk Yang Diimport Oleh China Dari Mexico Tahun

(Juta US Dollar)

Produk

2004

2005

2006

2007

2008

2009

(Jan-Sept)

1)Motor,

peralatan elektrik, audio-

visual

2,398.0

3,102.3

3,816

5,352

6,663

5,590

2)Reaktor nuklear, cerek,

mesin peralatan

1,150.8

1,337.5

1,795

2,297

2,720

1,700

3)Minyak haiwan dan

nabati,lemak, lilin;

minyak dan lemak yang

boleh dimakan

1,374.0

1,151.5

1,552

2,858

3,736

2,039

4) Bahan getah dan barang

ciptaannya

403.5

603.7

1,199

1,283

1,580

882

5) Plastik dan barang ciptaan

daripada plastik

498.8

588.3

617

669

691

462

6) Kayu dan barang ciptaan

kayu; arang

286.0

435.5

374

297

264

130

7) Bahan bakar mineral,

minyak mineral dan

barang ciptaannya; aspal

790.1

406.7

365

503

785

698

8) Bahan kimia organik

419.8

279.6

370

578

566

396

9) Peralatan optik,

fotografi, perubatan,

dan barang ganti yang

berkaitan

143.5

252.4

394

252

311

177

10) Keluli

114.5

156.4

36

34

49

30

Susunan bagi 10 jenis produk utama ini adalah berbeza pada setiap tahun.Hal ini demikian

disebabkan oleh keperluan Malaysia yang berbeza pada setiap tahun. Sebab ini telah

mempengaruhi jumlah nilai eksport China ke Malaysia. Oleh sebab itu, perubahan susunan bagi

10 jenis produk utama ini dan nilai eksport China ke Malaysia adalah berdasarkan keperluan

8

pasaran Malaysia pada tahun-tahun berkenaan. Walaubagaimanapun, jumlah nilai eksport bagi

motor, peralatan elektrik, audio-visual tetap menduduki tempat pertama pada setiap tahun kerana

ia mencatat jumlah nilai eksport terbanyak jika berbanding dengan produk lain.Misalnya, nilai

eksport bagi motor, peralatan elektrik, audio-visual adalah 5,978 juta US Dollar pada tahun 2009.

Produk ini mencatat nilai eksport tertinggi pada setiap tahun jika berbanding dengan produk lain.

Berdasarkan data di atas, didapati bahawa antara import utama China dari Malaysia ialah

motor,peralatan elektrik, audio-visual, reaktor nuklear, cerek, mesin peralatan, minyak haiwan

dan nabati,lemak, lilin; minyak dan lemak yang boleh dimakan, bahan getah dan barang

ciptaannya, plastik dan barang ciptaan daripada plastik, kayu dan barang ciptaan kayu; arang,

bahan bakar mineral, minyak mineral dan barang ciptaannya; aspal, bahan kimia organik,

peralatan optik, fotografi, perubatan, dan barang ganti yang berkaitan serta keluli.

10 jenis produk utama diimport oleh China dari Mexico yang mengikut susunan ialah

motor,peralatan elektrik, audio-visual, reaktor nuklear, cerek, mesin peralatan, minyak haiwan

dan nabati,lemak, lilin; minyak dan lemak yang boleh dimakan, bahan getah dan barang

ciptaannya, plastik dan barang ciptaan daripada plastik, kayu dan barang ciptaan kayu; arang,

bahan bakar mineral, minyak mineral dan barang ciptaannya; aspal, bahan kimia organik,

peralatan optik, fotografi, perubatan, dan barang ganti yang berkaitan serta keluli pada tahun

2005.Susunan bagi 10 jenis produk utama ini yang diimport oleh China dari Malaysia terus

berubah pada tahun seterusnya.

Susunan bagi 10 jenis produk utama ini adalah berbeza pada setiap tahun.Hal ini demikian

disebabkan oleh keperluan pasaran China yang berbeza pada setiap tahun.Oleh sebab itu,

keperluan pasaran import China dan daya keupayaan China dalam perbelanjaan telah

mempengaruhi susunan produk yang diimport oleh China dari Malaysia. Contohnya, nilai import

bagi keluli adalah 156.4 juta US Dollar pada tahun 2005. Nilai import keluli menurun secara

drastik ke 36 juta US Dollar pada tahun 2006 dengan mencatat penurunan sebanyak 85.29%.

Keluli bukan dikira sebagai 10 jenis produk utama diimport oleh China dari Malaysia sejak tahun

2006.

9

2.4 Pelaburan China di Malaysia

Jadual di atas menunjukkan jumlah pelaburan asing China di Malaysia. Berdasarkan jadual di

atas, didapati pelaburan China di Malaysia telah meningkat daripada 1.97 juta US Dollar pada

tahun 2003 kepada 56.72 juta US Dollar pada tahun 2005. Tetapi jumlah pelaburan ini telah

berlaku pnurunan drastik pada 2 tahun seterusnya terutamanya pada tahun 2007, nilai pelaburan

China di Malaysia mencatat nilai defisit -32.82 juta US Dollar.

Seterusnya, ia meningkat balik ke 34.43 juta US Dollar pada tahun 2008. Kemudian pelaburan

China di Malaysia terus meningkat ke 53.78 juta US Dollar pada tahun 2009. Ini bermaksud

corak pelaburan China di Malaysia kurang stabil dan ini mungkin disebabkan oleh masalah–

masalah seperti kos pengeluaran sumber yang agak tinggi dan sebagainya.

3.0 Ciri-ciri Perdagangan antara China dan Malaysia

3.1 Sekatan terhadap Barang Import

-4000

-3000

-2000

-1000

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

Tahun

Jumlah Pelaburan China di Malaysia(juta US Dollar)

1.97 8.12

56.72

7.51

-32.82

34.43

53.78

10

Dalam kadar tarif cukai total import Malaysia, sebanyak 27% produk di bawah kawalan non-

automatik lesen pentadbiran import, terutamanya berkaitan dengan haiwan dan produk-produk

tumbuhan, kayu, mesin, kenderaan dan peralatan pengangkutan yang berkaitan.

Pengimportan jentera berat harus mendapat persetujuan daripada Kementerian Perdagangan dan

Industri Malaysia dan kebenaran import biasanya diberikan kepada produk yang belum pernah

dihasilkan di Malaysia.

Hal ini menyebabkan jenis produk yang serupa dari China ke pasaran Malaysia menemui

beberapa halangan.

3.2 Hambatan Teknikal yang Berkaitan dengan Perdagangan

Malaysia menyekat pengimportan produk yang mengandungi borneol dan aconite komponen.

Terdapat batasan di mana bungkusan dan iklan dilarang menggunakan perkataan seperti anti-

kanser, kontrasepsi, impotensi dan ginjal, diabetes, rematik dan kesan lain.

Selain itu, produk-produk China yang ingin memasuki pasaran Malysia, harus merujuk kepada

syarikat berdaftar tempatan untuk membuat permohonan terhadap Kementerian Kesihatan,

Pejabat Ubat-ubatan Malaysia, mengemukakan formula , mendapatkan "MAL" sebelum

diizinkan melakukan pengimportan dan penjualan.

Prosedur pendaftaran ubat Malaysia adalah rumit dan memakan masa lama, lalu meningkatan

kos dan risiko eksport perubatan Cina di Malaysia.

Pihak China mengungkapkan keprihatinan terhadap isu ini.

3.3 Kawalan Kementerian Kesihatan terhadap Pengimportan Produk Ternakan

Mengikut tetapan Malaysia, pengimportan produk ternakan tertakluk di bawah Jabatan Pertanian

Jasa Haiwan Malaysia atau Malaysia Nasional Kuarantin Biro.

Permohonan bertulis harus diperolehi sebelum menjalankan prosedur permohonan import yang

lain.

11

Selain itu, pengimportan daging dan produk yang berkaitan, unggas ternakan, telur dan

sebagainya harus mendapatkan kelulusan sertifikasi halal.

Pengeluaran sijil oleh Lembaga Haiwan Malaysia dan Dewan Pembangunan Islam dibuat

semasa pemeriksaan lapangan bersama.

Syarikat China menyatakan bahawa proses sertifikasi halal kekurangan tahap transparansi yang

mencukupi dan menimbulkan kekeliruan semasa pemantauan dijalankan oleh pihak yang

berkaitan.

Pihak China mengungkapkan keprihatinan.

3.4 Bahagian kerjasama China dengan Malaysia dalam Perdagangan

Terdapat lima projek yang melibatkan kerjasama China dengan Malaysia akan dilaksanakan

dengan bertujuan mencapai matlamat jumlah nilai perdagangan, iaitu 290 bilion USD dengan

China pada tahun 2010.

Kerjasama tersebut adalah menambahkan nilai perdagangan dan pelaburan, menambahkan

bilangan projek yang membabitkan kerjasama pertanian dan perikanan antara China dengan

Malaysia, membina kerjasama perdagangan di negeri China(Guang Dong) dan Malaysia.

Pada 12 September 2008, Malaysia telah menandatangani perjanjian pelaburan dan perdagangan

yang bernilai 6 bilion 1 ribu juta USD dengan China.

12

4.0 Ciri-ciri Pelaburan antara China dan Malaysia

4.1 Ciri-ciri Kelebihan

a ) Alam Sekitar yang Stabil

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ekonomi stabil, kelengkapan kewangan

dan sistem undang-undang, sumber semula jadi, tenaga manusia yang mahir dan mengetahui

bahasa Cina dan bahasa Inggeris.

Syarat-syarat tersebut telah menggalakkan negara China melabur di negara Malaysia. Pelabur

China boleh menggunakan sumber tenaga Malaysia dengan melabur dan membina kilang tenaga

elektrik air. Ini membekalkan tenaga elektrik yang murah kepada pelabur China.

Malaysia juga mempunyai pengalaman kerjasama pelaburan dengan luar negara selama 30 tahun.

Syarikat tenaga elektrik dan syarikat komputer yang terbesar di seluruh dunia melabur di

Malaysia.

Malah, Malaysia juga pernah menjadi negara pengeluaran terbesar mesin penghawa dingin. Hal

ini melahirkan banyak pekerja mahir.

b) Kumpulan Cina yang Besar

Kumpulan bangsa Cina yang besar di Malaysia merupakan kelebihan yang mendorong negara

China untuk melabur di Malaysia. Hal ini adalah kerana masyarakat Cina adalah sangat penting

dalam perkembangan ekonomi Malaysia.

Selain itu, kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan China telah mendapat sambutan baik

daripada masyarakat Cina tempatan. Budaya tradisional yang mirip antara China dan Malaysia

telah mengurangkan kesukaran komunikasi dan meningkatkan keuntungan pelaburan antara

kedua-dua buah negara ini.

c) Kelebihan dalam Bidang Pembuatan

Kelengkapan teknologi, kapital, dan ilmu dalam bidang pembuatan telah menyebabkan

pelaburan perusaha China di Malaysia kurang menghadapi cabaran.

13

Pada tahun 2005, nilai pelaburan China di Malaysia adalah kira-kira 1 bilion USD dan telah

meningkat ke 3.8 bilion USD pada 2006.

Pelaburan ini meningkat lagi menjadi 5.5 bilion USD pada tahun 2007. Dengan itu, terbuktilah

kedua-dua buah negara mempunyai potensi besar untuk bekerjasama dalam perdagangan dan

pelaburan.

4.2 Ciri-ciri Keugutan

Jumlah pelaburan asing negara China di Malaysia adalah kecil.Pada tahun 2009, China hanya

berada pada tempat ketujuh dalam senarai pelabur asing Malaysia.Boleh dikatakan, pengaruh

negara China di Malaysia masih kecil.

Padahal, pelaburan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Eropah Barat di

Malaysia adalah lebih banyak. Perusaha China mempunyai daya persaingan yang rendah jika

dibandingkan dengan negara maju.

4.3 Bahagian kerjasama China dengan Malaysia dalam Pelaburan

Pelaburan antara Negara Malaysia dan negara China masih tidak seimbang. Keperluan pasaran

negara Malaysia sama dengan keupayaan pelabur negara China, maka peluang pelaburan dan

potensi masih tinggi.

Dalam masa beberapa tahun kini, nilai pelaburan barulah meningkat berterusan. Pelaburan

Malaysia di China kira-kira 42 bilion USD manakala Pelaburan China di Malaysia adalah kira-

kira 18.8 bilion USD.

84 projek perkilangan yang diurus oleh syarikat-syarikat China telah diluluskan di negara

Malaysia dari 2001 hingga Oktober 2006 dengan jumlah pelaburan sebanyak 174 juta USD.

Daripada jumlah itu, 74 projek adalah projek baru dengan pelaburan 108 USD juta manakala 10

projek yang lain adalah projek besar lain dengan jumlah pelaburan 66 juta USD.

14

Syarikat-syarikat China disaran menambah pelaburan mereka ke Malaysia melalui penawaran

pelbagai insentif yang disediakan oleh Malaysia. Hal ini demikian adalah kerana nilai pelaburan

langsung asing (FDI – Foreign Direct Investment) China ke Malaysia tidak menggambarkan

hubungan kukuh dalam sektor perniagaan antara kedua-dua negara sejak tiga tahun yang lalu.

Hubungan dapat dieratkan lagi dengan adanya semangat kerjasama dalam bidang perdagangan

perniagaan dan pelaburan antara Malaysia dengan China.

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor telah diperkenalkan untuk menarik minat

usahawan China melabur di sana. Promosi yang menyeluruh diperlukan untuk memberi

maklumat tentang peluang dan faedah melabur di Malaysia yang cukup kepada usahawan.

Maybank, bank terbesar di Malaysia telah diizinkan oleh pemimpin China untuk membuka

cawangan pertamanya di China. Sebagai balasan, kerajaan Malaysia telah membenarkan satu

cawangan Bank of China beroperasi di Kuala Lumpur. Pada bulan Januari 2008, satu pelaburan

berjumlah RM 2.8 bilion telah diluluskan bagi projek Sabah Paper and Pulp.

5.0 Kesimpulan

Selepas pembentukan hubungan diplomatik, hubungan dua hala antara kedua-dua negara tersebut

telah berkembang dengan lancar. China dan Malaysia telah mengekalkan kerjasama yang baik

dalam hubungan perdagangan antarabangsa demi kebaikan bersama.

Nilai perdagangan antara China dengan malaysia semakin meningkat setiap tahun. Malah,

Malaysia juga telah menjadi negara dagangan yang penting bagi China di ASEAN(Association

of Southeast Asian Nations).Ini terbukti Malaysia telah menimbulkan kepercayaan bagi China.

Wujudnya kepercayaan tersebut telah menyebabkan banyak pedagang China telah melabur di

Malaysia Kebelakangan ini.Oleh sebab itu, hubungan perdagangan dan pelaburan antara China

dan Malaysia masih mempunyai potensi yang amat besar untuk berkembang.

15

Sumber Rujukan

1. <中国与马来西亚双边关系介绍 >. http://www.lkwedu.net/_d268957817.htm.

2. <马来西亚贸易壁垒介绍>. http://ccn.mofcom.gov.cn/spbg/show.php?id=4929&ids=

3. <中国企业投资马来西亚的 SWOT分析>.

http://www.topo100.com/zonghebaogao/zhonghengdianping/guobiepinglun/2008-09-12/33998.html

4. Country Report. http://countryreport.mofcom.gov.cn/record/index.asp.

5. Gan, Pei Boon. Pelaburan terus asing bagi syarikat Malaysia di China : struktur, motif dan bentuk. 1998. Beijing:

ShuWu chubanshe.

6. Boon, Wui Kong. Pelaburan asing langsung Malaysia di negara China : masalah dan strategi untuk Berjaya. 1998.

Beijing: Renmin Chubanshe

7. Analisa perdagangan dua hala China-Malaysia. Sirirat Sae-Lim. 1995. Kuala Lumpur: i-Malaysia.