IMPERIALISME 17 3.2011 (final)

50
IMPERIALISME BARAT : KESANNYA TERHADAP PENTADBIRAN DAN PEMIKIRAN ISLAM 1.0 Pendahuluan : Umat Islam selama berabad – abad lamanya telah memperolehi kejayaan dan kemuliaan dengan memegang teraju kepimpinan bangasa – bangsa di dunia. Resepi kejayaan Islam ialah berpegang teguh dengan Al Quran serta melaksanakan segala hukum yang terkandung di dalamnya. Selain itu, pengamalan Sunnah Rasulullah saw turut diterapkan tanpa sedikit pun mengambil hukum daripada bangsa lain. Berikutan peralihan sejarah, keagungan kerajaan Islam telah dirampas oleh penjajahan barat dan pengaruhnya tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Negara – negara umat Islam turut tidak terkecuali menjadi mangsa penjajahan. Apa yang lebih mendukacitakan, biarpun barat telah lama meninggalkan negara negara Islam, namun kesan penjajahannya masih mempengaruhi pola pemikiran dan minda umat Islam. Justeru, kertas kerja ini ditulis bagi menjelaskan kesan penjajahan barat ke atas pentadbiran dan pemikiran umat Islam. Fokus penulisan akan lebih menumpukan terhadap penjajahan fizikal melalui susur galur sejarah dan penjajahan pemikiran melalui penggunaan bahasa dan istilah. 1

Transcript of IMPERIALISME 17 3.2011 (final)

IMPERIALISME BARAT :KESANNYA TERHADAP PENTADBIRAN DAN PEMIKIRAN ISLAM

1.0 Pendahuluan :

Umat Islam selama berabad – abad lamanya telah memperolehi

kejayaan dan kemuliaan dengan memegang teraju kepimpinan

bangasa – bangsa di dunia. Resepi kejayaan Islam ialah

berpegang teguh dengan Al Quran serta melaksanakan segala

hukum yang terkandung di dalamnya. Selain itu, pengamalan

Sunnah Rasulullah saw turut diterapkan tanpa sedikit pun

mengambil hukum daripada bangsa lain.

Berikutan peralihan sejarah, keagungan kerajaan Islam

telah dirampas oleh penjajahan barat dan pengaruhnya

tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Negara – negara

umat Islam turut tidak terkecuali menjadi mangsa penjajahan.

Apa yang lebih mendukacitakan, biarpun barat telah lama

meninggalkan negara – negara Islam, namun kesan

penjajahannya masih mempengaruhi pola pemikiran dan minda

umat Islam.

Justeru, kertas kerja ini ditulis bagi menjelaskan

kesan penjajahan barat ke atas pentadbiran dan pemikiran

umat Islam. Fokus penulisan akan lebih menumpukan terhadap

penjajahan fizikal melalui susur galur sejarah dan

penjajahan pemikiran melalui penggunaan bahasa dan istilah.

1

2.0 Objektif :

Penulisan ini akan memberi penumpuan terhadap objektif

berikut :

1. Menjelaskan maksud imperialisme dan perbezaannya dengan

kolonialisme.

2. Menerangkan kesan imperialisme terhadap pentadbiran

bekas negara – negara Islam yang dijajah oleh barat.

3. Membincangkan pengaruh penjajahan istilah terhadap

pemikiran umat Islam.

4. Memberikan saranan – saranan untuk mengelakkan umat

Islam dari terpengaruh dengan pola pemikiran jahat

barat.

3.0 Definisi imperialisme dan perbezaannya dengan

kolonialisme.

Imperialisme dan kolonialime adalah dua istilah yang sangat

berkait rapat dan merupakan ciptaan barat untuk

menggambarkan pemikiran – pemikiran tertentu yang mempunyai

pengaruhnya yang tersendiri.

Dalam The New Enclopaedia Britannica (2002 : 272)

mengatakan bahawa Imperialime adalah polisi, amalan atau

sokongan sesuatu untuk melebarkan pengaruh dan kuasa

pemerintahan. Khasnya melalui pemerolehan wilayah atau

2

dengan memperolehi manfaat melalui pengawalan politik dan

ekonomi terhadap kawasan lain.

Cheah Boon Kheng (1990 : 2) menukilkan pendapat George

Nadel dan Perry Curtis bahawa imperialisme bermaksud

perkembangan kuasa atau kawalan samada secara langsung atau

tidak, politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa

atau masyarakat yang lain dan proses ini didukung oleh idea

tersendiri. Menurut Cheah Boon Kheng lagi, Profesor D.K

Fielhouse pula menjelaskan bahawa imperialisme merupakan

satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan

untuk mengawal masyarakat lain biar apa pun cara dan

tindakan itu.

Sebagaimana yang dijelaskan imperialisme dan

kolonialisme mempunyai perkaitan yang sangat rapat dari segi

makna walaupun terdapat beberapa pandangan mengenai

perbezaan di anatara imperialisme dan kolonialisme. Hobson

menyatakan sekiranya sesuatu bangsa atau negeri

mengembangkan kuasa atau pengaruhnya melalui penghijrahan

rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru di

seberang laut yang belum diterokai atau diduduki orang lain,

ini disifatkan sebagai colonialism atau colonization. (Cheah

Boon Keang 1990 : 3)

Menurut Abd. Rahman (1997 : 1) imperialisme merupakan

pemikiran subjektif atau rancangan yang tidak wujud dalam

3

realiti sehari – hari. Apabila sudah direalisasikan di tanah

– tanah jajahan tertentu, maka jadilah kolonialisme. Pendek

kata semua kolonialisme adalah perkembngan dari

imperialisme. Tetapi bukan semua imperialisme membawa kepada

kolonialisme. Kolonialisme harus dikaitkan dengan tanah –

tanah jajahan sahaja.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapatlah

dirumuskan bahawa imperialisme merujuk kepada kegiatan

penjajahan melalui penguasaan sesuatu negara atau bangsa

terhadap mana - mana negara melalui penguasaan sesuatu

negara atau bangsa terhadap yang lain samada melalui

pemerolehan wilayah, atau kawalan kuasa politik ekonomi dan

sebagainya.

4.0 Imperialisme dan negara – negara Islam

4.1 Sejarah Awal Imperialisme

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 Masihi

apabila Nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu daripada Allah

s.w.t. Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w kerajaan berkembang

sejauh lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.

Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak

kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

4

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam

seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan

Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah, Empayar Moghul India dan

Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi antara empayar yang

terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang

hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang yang agung.

Ramai ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya

muncul dari negara-negara Islam, terutamanya pada zaman

keemasan Islam

Pada kurun ke-18 dan ke-19M, banyak kawasan-kawasan

Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas perang dunia

pertama, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam

terakhir tumbang menyembah bumi.

Lord Allenby mengatakan, “ Hanya pada hari ini Perang

Salib berakhir.” Ertinya, semangat permusuhan dan

penghancuran Islam tidak hanya berlanjutan hingga tujuh abad

lamanya tetapi akan tetap berlanjutan dan tidak akan

berakhir. (Nuim HIdayat 2009 : 18).

Setelah runtuhnya Negara Islam yang terakhir (Khilafah

Uthmaniyyah), satu persatu nagara-negara Islam dijajah oleh

Negara-negara Imperialis terutamanya Inggeris, Jerman,

Perancis, Itali, Belanda dan juga Russia. Ini kerana menurut

mereka, pengahalang utama imperialisme Barat pada ketika itu

adalah Khilafah Islam. Jadi untuk menakluk Negara Islam,

5

maka mereka perlu meruntuhkan Negara Khilafah Uthmaniyyah

terlebih dahulu. Oleh itu, stategi dilakukan dengan

mengadakan perang pemikiran, mencipta agen-agen mereka

ditubuh umat Islam dan serangan militer.

Secara pemikiran, negara-negara imperialis melakukan

pengaburan idea-idea Islam sebagai tata nilai yang

menyeluruh dan menyebarkan idea-idea kufur seperti

sekularisme, demokrasi, nasionalisme dan patriotisme. Hukum

Islam yang mulia diserang. Sebaliknya, nilai-nilai

sekularisme ditanam agar umat Islam tidak menganggap

tegaknya pemerintahan Islam sebagai sebuah kewajipan

sehingga sistem khilafah bukanlah merupakan sistem yang

harus dipertahankan.

Hal ini tentu sahaja menggoyah dan menggoncangkan

kepercayaan umat terhadap sistem Khilafah Islam. Idea-idea

nasionalisme juga berhasil memecah belahkan umat. Perkara

inilah yang memudahkan golongan imperialis kuffar ini

menjalankan misi mereka. Buktinya, di Negara-negara Islam

didirikan pusat-pusat orientalisme dan misionarisme serta

sekolah dan perguruan tinggi asing. Dari pusat-pusat inilah

mereka melakukan serangan-serangan pemikiran.

Serangan Militer juga dilakukan terhadap wilayah-

wilayah Islam. Persekutuan Barat mengepung kawasan negara-

negara Khilafah Uthmaniyyah di segenap penjuru. Dari Utara,

6

Russia mendesak Asia Tengah dan Laut Hitam; merebut

semenanjung Crimee(1774), Kaukasus, Turkestan dan Iran

bahagian Utara. Dari Selatan dan Timur, Portugis, Belanda,

Inggeris dan Perancis berbahagi jajahan. Dari Barat Laut,

Kerajaan Hasburg merebut Hongaria dan Yugoslavia. Perancis

di bawah kepimpinan Napoleon Bonaparte menyerbu Mesir (1978)

yang kemudiannya dirampas oleh Inggeris (1801). Abad ke-19,

Inggeris merebut India, Burma dan Malaysia. Belanda merebut

Indonesia. Perancis bergerak di Afrika dan menakluk

Aljazair(1830), Sahara Tengah dan Tunisia(1881), serta

Maroko (1906 – 1912). Manakala Inggeris bergerak menguasai

Mesir(1882), Sudan(1890), Zanzibar, Kenya dan Uganda. Jerman

bergerak ke Kamerun dan Tanganyika. Itali merebut Ethopia

dan membahagikan daerah Somalia bersama Inggeris.

Perpecahan dalam kerajaan Uthmaniyyah semakin ketara

apabila wilayah lain telah memisahkan diri mereka dari

Khilafah setelah dipengaruhi oleh idea-idea nasionalisme.

Satu persatu wilayah Balkan, Yunani, Bosnia, Macedonia,

Albania dan Thrace melepaskan diri. Pada awal abad ke-20,

wilayah Khilafah Uthmaniyyah yang tinggal hanyalah Turki

dimana negara itu juga turut mengalami krisis yang berat.

Tahun 1923M (http://ms.wikipedia.org/wiki/1923), sistem

kesultanan dihapuskan dan Turki

(http://ms.wikipedia.org/wiki/turki) diisytiharkan sebagai

sebuah Republik dan akhirnya pada tahun 1924, pejabat

7

Khilafah dihapuskan. Maka tamatlah pemerintahan Empayar

Turki Uthmaniyyah.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan agen-agen Negara-

negara Imperialis di wilayah Negara Khilafah yang telah

mengkhianati umat dan Negara Khilafah. Maka dengan itu,

negara imperialis merebut orang-orang seperti Ely

Smith(Beirut), Muhammad Ali(Cairo) dan Ibrahim

Pasha(Syiria). Satu persatu wilayah khilafah melepaskan diri

dengan cara bersengkokol dengan penjajah. Bersekutu dengan

Inggeris, keluarga Saud memberontak terhadap khilafah. Kamal

Attaturk mengkhianati Khilafah Islam dari dalam dengan

bekerjasama dengan Inggeris. Pola pengkhianatan seperti ini

menjadi bentuk umum untuk menghilangkan pengaruh Khilafah

Islam di Timur Tengah.

4.2 Ikhtibar Daripada Kejatuhan Empayar Kerajaan Uthmaniah

Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang

panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam

sejarahnya, selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad

ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah

mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat

sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki

Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya

mengalami kemerosotan.

8

Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh

Uthman 1 yang mengisytiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah

pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui

penaklukan Konstatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun

1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-

Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada

tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki

Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran

kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki

Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang

telah mencapai zaman kegemilangan.

Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan

ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat

Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses

keruntuhannya,Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar

meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah,

Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor

yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah

sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di

sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan

Turki Uthmaniyah.

4.3 Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar

9

Turki Uthmaniyah. Antara faktor yang membawa kejatuhan

empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik,

ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam

kerajaan. Justeru kelemahan-kelemahan ini telah mendorong

kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

1.Politik

Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan

empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor

politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan

pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang

lemah. Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran

empayar Turki Uthmaniyah.

Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni

empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran.

Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik

dalam keperibadian serta yang paling utama dalam

kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap

sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian

sehingga menyebabkan kerosakkan moral. Contohnya, Sultan

Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan

sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan

Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri

pembunuhan 25 000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang

hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak

bermoral yang telah membawa kejatuhan

10

empayarTurkiUthmaniyah.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah

mempunyai pemimpin silih berganti. Namun, tidak dinafikan

bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki

Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan

pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak diamalkan dan

pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan.

Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara

putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik

dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini

menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota haram

atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan dalam

pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam

pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan

mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini

dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh

Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam

pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa.

Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam

politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan dalam sistem

ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan

Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan

disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini

disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya

11

telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang

berpontensi telah disisihkan dan memilih putera sulung

kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai.

Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan

Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul. Di

samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui

penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan

kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem

tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan

yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-

anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas

disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor politik yang

akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar

TurkiUthmaniyah.

2.Ekonomi

Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada

tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.

Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan

didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan

memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar

untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada

perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila

kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat.

Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan

12

kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan perdagangan

merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki

Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan

negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan.

Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah

bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan

di perairan India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang

diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian

muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat

Turki. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah

akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti.

Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan

belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan

perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki

Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi

semakin suram dan menuju kejatuhan.

3.Sosial

Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah

diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya

kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor

terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana

tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat

jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan

dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan

tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang

ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera

13

empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan

ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa

kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa

merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan

empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam

kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi

lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat

dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada

orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan

mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan

untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah

menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan

kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan

Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk

memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai

dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya

memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan

faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan

Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung

ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat,

tahayul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa

menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan

amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu,

14

golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan

adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan

musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar

negara. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku

telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.

4.PengaruhLuar

Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan

empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu

pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong

perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-

gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar

dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran

kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah

melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-

kuasa Eropah.

Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah

telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria

sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar

bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk

menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest,

wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan

pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah

semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan.

Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria

15

telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada

tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki

Uthmaniyah.

Selain itu, siri perjanjian dengan negara

Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki

Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki

semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini

dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang

ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan

Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri

Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas

kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki

terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka

perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah

mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran

merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah

terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya

zaman gelap.

4.4 Kesan Terhadap Negara-Negara Islam

Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah

memberi kesan kepada negara-negara Islam dalam aspek

politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk

kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang

dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan kejatuhan ini

menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan

16

Turki sebagai negara republik.

Politik

Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara

Islam yang lain dari aspek politik. Antaranya ialah

kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan

perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan.

Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam politik negara

Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar

menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah

hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik

negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal

menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki

muda dan membawa perubahan dalam sistem politik Turki.

Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di

bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah

parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk.

Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan

Khalifah di negara-negara Islam.

Kesan yang jelas kelihatan adalah

perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah

pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan

negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan di

takluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti

Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia,

Herzegovina dan di tempat-tempat lain membebaskan diri

17

menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini dibuktikan

lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja

Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz.

Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam

dari kuasa Turki. Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi

implikasi kepada negara-negara Islam yang lain.

Ekonomi

Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat

daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemerosotan

ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat

perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah

menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh

seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan

ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya

apabila selepas tamat Perang Dunia 1 kerana dengan

persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki Uthmaniyah telah

dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal

ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah

terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah.

Perdagangan negara Islam semakin merosot

kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut

Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan

yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai

ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah

mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir

18

memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak

melibatkan diri dalam pasaran saham. Selain itu, penguasaan

Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada

jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh

masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi

negara Islam.

Sosial

Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah

aspek sosial akibat kejatuhan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan

tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah

mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah

menjadi ikutan negara Islam yang lain. Hal ini dapat

dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di

Iran yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci

kepada reformasi sosial. Kebudayaan Barat ini telah

menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara

Islam. Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan

terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada

perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris menggalakkan

pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk

menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq.

Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam mula retak selepas

kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan

sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era

19

kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada

kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan

luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada

penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah

kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki.

Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas

Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai

kerajaanRepublik.

Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan

Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat

diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut

adalah kelemahan Sultan Turki, pemberontakan, penyelewengan

seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang

lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan

Eropah. Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki

Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain

sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping

itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan

pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini

dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan

bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah

disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang

mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya

keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan

semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali

terbilang.

20

5.0 Perkembangan Imperialisme

Para pengkaji imperialism yang membuat kajian mengenai

imperialism barat telah mengemukakan pelbagai teori tentang

sejarah perkembangan imperialism ini. Di antara teori

tersebut ialah dengan membuat pembahagian imperialism kepada

dua iaitu Imperialisme Lama dan Imperialisme Baru (Fariza

1997: 125).

5.1 Imperialisme Lama

Sejarah imperialism bermula sejak zaman pra sejarah di

Mesir, Mesapotamia, Asiria dan Persia lalu mencapai zaman

puncaknya ketika itu pada zaman kerajaan Romawi dan

Bizintium (Ensiklopedia Umum 1973: 542).

Sejak zaman kuno lagi, empayar-empayar besar telah dibentuk

oleh bangsa seperti Babylon, Assyria, Mesir, Yunani dan Rom.

Pada zaman pertengahan pula telah wujud dua buah empayar

iaitu Empayar Rom Timur (Bizantine Empire) dan Empayar Banu

Sasan (Parsi) (Fadlullah 2000:12 ).

Kajian mengenai imperialisme akan mendapati

bahawa semua empayar yang bermatlamat mengembangkan pengaruh

dan kuasa mereka ke atas negara atau bangsa lain akan

menonjolkan sifat-sifat keunggulan(hegomony) mereka ke atas

bangsa lain (Cheah Boon Keang 1990: 2). Justeru itu, Nadle

21

dan Curtis yang sering mengaitkan imperialism lama dengan

Empayar Rom, Empayar Yunani dan Empayar Turki menyatakan

bahawa empayar-empayar ini cuba mengembangkan satu budaya

dan membentuk satu rupa bangsa yang sama di kalangan

penduduk di bawah kawalannya. Hobson (1971) dalam kajiannya

yang terkenal bertajuk Imperialisme, menyatakan bahawa

imperialism Rom seperti juga Imperialisme Eropah yang

terkemuka seperti Charlemagne (Jerman), Peter The Great

(Rusia) dan Napoleon (Perancis) merupakan sesuatu yang

mendokong cita-cita internationalismE iaitu cuba mewujudkan

satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-

bangsa atau negeri di bawah keunggulan satu bangsa (Fariza

1997: 125).

5.2 Imperialisme Baru

Menurut Fariza (1997:125), Hobson menegaskan bahawa

imperialism baru(moden) ialah satu keadaan yang berbeza

daripada imperialism lama. Ia telah wujud apabila

nasionalisme tidak menggalakkan internasionalisme.

Imperialism telah mencetuskan perasaan benci membenci dan

persaingan di kalangan empayar dan aktiviti mereka telah

mencerobohi kebebasan bangsa-bangsa lain yang lebih lemah

daripada mereka. Serentak dengan itu, ia akan mewujudkan

satu semangat nasionalisme yang keterlaluan di kalangan

bangsa yang dicerobohi. Penceroboh imperialism ini bercorak

22

menyerang dan menindas serta mengakibatkan peperangan dan

persaingan.

Hobson melihat fenomena imperialisme baru berlaku hanya

sejak tahun 1870-an apabila Britain, Jerman, Perancis,

Itali, Belgium dan Amerika Syarikat bersaing dan berlumba-

lumba di antara satu sama lain untuk memperolehi jajahan di

Afrika dan Asia. Para pendorong di sebalik imperialism baru

ini ialah golongan kapitalis dan bank-bank Eropah yang telah

mencipta imperialist adventures atau keadaan yang sesuai

untuk melibatkan kerajaan mereka. Justeru, Marxisme

menganggap bahawa ekspansi Eropah ke Asia dan Afrika(1884-

1914) adalah satu tingkat dalam perkembangan kapitalisme

(Ensiklopedia Umum 1973: 542)

Tanah jajahan atau koloni telah dibentuk oleh kuasa

dari Eropah bermula dengan Portugis dan kemudiannya

Sepanyol. Seterusnya diikuti pula oleh British, Belanda dan

Perancis untuk tujuan perdagangan, politik dan

agama(Fadhlullah 2000: 13)

6.0 Faktor-Faktor Berlakunya Imperialisme

Penjajahan mempunyai motifnya yang tersendiri yang mendorong

barat untuk menakluki Negara-negara lain dan melebarkan

penguasaannya. Para sarjana yang mengkaji sebab-sebab

penjajahan mengemukakan pandangan berbeza. Secara umumnya

23

factor-faktor ini bolehlah dilihat daripada dua aspek. Iaitu

factor ekonomi dan factor bukan ekonomi.

6.1 Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi merupakan satu factor yang penting mengapa

terjadinya penjajahan. Menurut Abd. Rahman (1997), jawapan

konvensional bahawa penjajahan terjadi kerana dorongan : “

God, Gold and Glory “ iaitu “ Tuhan, Emas dan Kemegahan “.

Tokoh yang mempelopori masalah ini secara serius ialah J.A

Hobson, dia menerbitkan Imperialism: A Study (1902) sesudah

tercetusnya Perang Boer (1880 – 1902.

Menurut Fariza (1997:127), berdasarkan kepada teori Hobson

dan Karl Marx, factor ekonomi merupakan daya penggerak utama

kepada imperialism.

Pendapat Pierre Jalee(1972) dalam

Imperialisme In The Seventies menjelaskan bahawa pembangunan

ekonomi dan perdagangan di antara Negara-negara penjajah

dengan negera-negara yang dijajah merupakan satu factor

berlakunya penjajahan. Beliau menyatakan bahawa strategi

penjajahan Dunia ketiga boleh dibahagikan kepada dua

kategori. Pertama, melalui penstrukturan politik yang stabil

yang boleh dipercayai dibawah syarat-syarat tertentu dan

memberi jaminan penerusan system pemilikan kapitalis. Dan

kedua, melalui kawalan dan pengaruh ke atas pembangunan

ekonomi.

24

Harry Magdoff menyatakan bahawa akar umbi

ekonomi perluasan kuasa ialah pengutipan ufti sebenarnya

perampasan lebihan hasil yang sedia ada atau diperoleh dari

masyarakat-masyarakat yang lebih lemah dari segi

ketenteraan. (R.Suntharalingam 1990: 40)

6.2 Faktor Bukan Ekonomi

Faktor-faktor bukan ekonomi juga tidak kurang pentingnya

dalam mengembangkan imperialisme. Di antaranya ialah

kepercayaan bahawa tamadun dan kebudayaan Barat adalah lebih

unggul(superior), oleh itu orang-orang Barat harus membantu

bangsa-bangsa yang mundur dalam pembangunan Negara mereka

(Cheah Boon Kheong 1990:8)

Selain itu, factor jingoism atau semangat patriotism yang

agresif dan kebencian terhadap Negara lain yang juga

merupakan factor berlakunya penjajahan. (Cheah Boon Kheong

1990:8)

Agama atau kecenderungan untuk

menyebarkan kepercayaan agama kristian melalui mubaligh-

mubaligh kristian. Menurut Abd.Rahman (1997:6), penjajahan

barat terhadap dunia Islam termasuk Malaysia pada dasarnya

digerakkan oleh semangat Perang Salib di kalangan orang-

orang Kristian.

7.0 : Pengaruh Penjajahan Istilah Terhadap Pemikiran Umat

Islam Kini.

25

7.1 Perancangan Orientalis.

Dasar Imperialisme Barat telah memberikan kesan yang besar

terhadap dunia Islam dan umatnya, malah ia merupakan satu

malapetaka yang menimpa umat Islam sehingga mereka

terbelenggu dalam cengkaman penjajahan meskipun setelah

negara – negara Islam berjaya membebaskan wilayah mereka

daripada dijajah.

Akibatnya jati diri umat Islam terhakis sedikit demi

sedikit dan identiti Islam yang sebelum ini telah

mengejutkan dunia dengan kebangkitan dan penyebarannya yang

gemilang dan mendapat tempat di hati manusia turut hilang

sehingga Islam tidak lagi mendominasi dunia ini dan

memimpinnya.

Gerakan orientalisme memang sengaja diwujudkan untuk

memonopoli penjajahan dan gerakan Kristianisasi. Mutakhir

ini gerakan tersebut telah dimanfaatkan oleh kaum Yahudi dan

Zionisme untuk kepentingan mereka dalam rangka melumpuhkan

Timur yang islami dan memantapkan dominasinya, samada secara

langsung mahupun tidak langsung. (An Nadwah Al Alamiah Lil Syabab

Islami WAMY 2006 : 23)

Segala bentuk imperialis bermula dengan idea

orientalisme Barat. Mereka asalnya terdiri daripada orang –

26

orang Jerman, Inggeris, Perancis, Belanda, dan Hongaria.

Sebahagian mereka muncul di Italia dan Sepanyol. Kini,

Amerika merupakan pusat orientalis yang tersohor setelah

berjaya mendirikan pusat pengembangan orientalisme dalam

pengkajian Islam.

7.2 Imperialisme melalui kajian budaya dan bahasa.

Pada awal kurun 20, muncul Mirza Ghulam Ahmad Al Qadiayani

di India yang mengaku menjadi nabi. Beliau mengaku menjadi

pengganti kepada Nabi Isa a.s dengan menerima wahyu dari

langit. Ajaran baru ini mendapat sokongan daripada kerajaan

British yang memerintah India ketika itu.

Mirza telah mencampuradukkan ajaran Islam dengan ajaran

Hindu, Yahudi dan Nasrani. Ajaran ini mengharamkan jihad dan

mengharamkan penentangan ke atas pemerintahan British di

India. (Zainal Jain dan Siti Meriam Yusoof 2009 : 193). Isu

sebeginilah yang digemari oleh barat terutama apabila ajaran

Islam dipesongkan dari landasannya yang sebenar. Dengan cara

ini misi penjajahan mereka akan berjalan dengan lebih mudah

dan lancar.

Sejak dulu barat tidak pernah berhenti mengkaji budaya

negara jajahannya .Carl Heinrich Becker yang meninggal dunia

pada tahun 1933 m telah melakukan kajian tentang Timur untuk

27

kepentingan penjajahan di Afrika. Carl juga turut menjadi

pengasas kepada majalah Islam di Jerman. Begitu juga dengan

Barthold yang meninggal dunia pada tahun 1930 m yang telah

mengasaskan majalah The Muslim World Rusia. Barthold banyak

melakukan kajian untuk kepentingan Rusia di Asia Tengah.

Snouck Horgronje dari Belanda (1857-1936) juga pernah datang

ke Makkah pada tahun 1884 dengan nama Abdul Ghaffar. Snouck

tinggal di Mekkah selama lebih kurang setengah tahun dan

kembali dengan membawa sejumlah laporan untuk kepentingan

penjajahan di dunia Islam bahagian Timur. Sebelumnya ia

pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun. (An Nadwah Al

Alamiah Lil Syabab Islami WAMY 2006 : 19)

Malahan para pegawai mereka di negara-negara tanah

jajahan turut diarahkan untuk mempelajari bahasa, budaya dan

agama rakyat di tanah jajahannya. Apabila ketiga – tiga

aspek ini telah difahami, usaha untuk mempengaruhi dan

mengusai rakyatnya akan bertambah mudah. Justeru, tidak

hairanlah Pusat Bahasa-Bahasa Timur di Paris yang didirikan

pada 1885 m, telah diberikan mandat sebagai pengumpul data

dan informasi tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh

untuk memudahkan penjajahan dan menajamkan taring mereka di

kawasan – kawasan tersebut. (An Nadwah Al Alamiah Lil Syabab Islami

WAMY 2006 : 21)

Melalui kajian budaya ini, orientalis barat yakin

bahasa amat memainkan peranan penting dalam membentuk minda

28

sesuatu bangsa. Hal ini dapat diperhatikan menerusi pelbagai

usaha imperialis barat moden kini antaranya dengan mencipta

istilah dan menyebarkannya fahamannya ke seluruh dunia.

Usaha ini dilakukan semata – mata ingin melihat Islam

dipandang serong dan dijauhi walaupun oleh penganutnya

sendiri.

7.3 Kekuatan bahasa dan kaitannya dengan bangsa dan agama.

Ibn Jinni mentakrifkan bahasa sebagai suara – suara yang

diungkapkan oleh semua kaum bagi menyatakan hasrat dan

tujuan mereka. Sementara perkataan “istilah” menurut Dr.

Shahin pula membawa maksud lafaz atau simbol dalam bahasa

yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu konsep secara

teori, amali, seni atau apa jua aspek secara khusus. (Hamid

Sadiq Qunaibi 2000 : 13). Ini bermakna istilah merupakan

medium perantara yang penting untuk menanggapi dan memahami

sesuatu konsep.

Ketika bahasa ditulis menjadi teks, peranan bahasa

sebagai jati diri sesebuah sistem sosial semakin kuat.

Bahasa bukan sahaja menjadi menjadi ukuran bagi diri

penuturnya, malah bahasa mencerminkan tahap intelektual

penuturnya. Claude Levi Strauss, seorang ahli antropologi

sosial menyatakan bahasa akan menguasai setiap orang

sehingga ia mempengaruhi pemikiran dan perbuatan manusia.

(karyawan luarnegara.com.utusan.online). Jelasnya bahasa

29

menggambarkan keseluruhan cara hidup, nilai, citra, akal

budi dan pandangan dunia sesebuah bangsa kerana tidak ada

cara lain untuk berfikir tentang sesuatu kenyataan melainkan

melalui bahasa.

Bertitik tolak daripada kenyataan ini John H. Hick.

(1973 : 76) menukilkan pendapat Randall yang mengatakan

lambang – lambang agama dalam bahasa memiliki 4 peranan.

Pertama ; agama membangkitkan semangat dan tindakan

seseorang. Ianya dapat menguatkan komitmen mereka secara

praktikal terhadap apa yang mereka yakini benar. Kedua ;

agama meransang aksi kerjasama seterusnya dapat mengikat

masyarakat untuk bersama – sama mempertahankan lambang

keagamaan tersebut. Ketiga ; melalui lambang agama mereka

mampu berkomikasi dengan lebih berkesan walaupun tanpa

menggunakan bahasa yang literal sifatnya. Keempat ; gabungan

lambang agama dan bahasa dapat menerangkan pengalaman

seseorang mengenai sesuatu aspek sehingga ianya menjadi

lambang kemegahan mereka di mata dunia.

Sehubungan itu, tidak hairanlah menurut orientalis

barat Ignaz Goldziher (1967 : 240) penggunaan perkataan Rabb

yang hanya merujuk kepada Allah tidak boleh disamaertikan

dengan “sohib”. Istilah “sohib” secara terjemahannya bereti

pemilik. Penggunaan lafaz “sohib “ ini sangat umum dalam

Bahasa Arab. Namun begitu beberapa pakar bahasa antaranya Al

Mawardi seperti yang dinukilkan oleh Fairuzabadi telah

30

menyekat dan membuat pengkhususan terhadap istilah “sohib”

ini. Contoh ini menunjukan pakar bahasa di kalangan orang

Islam sangat berhati – hati ketika mendisiplinkan ilmu

bahasa dalam penggunaan istilah agama mereka. Dengan ini

ternyata bahasa berperanan menterjemah ideologi sesuatu

agama mahupun bangsa.

7.4 Kepentingan terminologi dalam membentuk aliran

pemikiran.

Kepentingan terminologi dalam arus pemodenan bahasa tidak

dapat disangkal lagi. Letupan dalam bidang terminologi tahap

ketiga berlaku antara tahun 1975 sehingga 1985 melalui

perancangan bahasa dan projek pembinaan terminologi

mengikut bahasa masing - masing. Melalui ledakan dalam

bidang terminologi ini, beberapa Negara seperti USSR (Bekas

Kesatuan Soviet Union) dan Israel telah memulakan polisi

bahasa mereka. (M. Teresa Cabre1992 : 6). Kenyataan ini

membuktikan Israel atau Yahudi antara bangsa terawal yang

bijak mengambil kesempatan melebarkan istilah yang mereka

ciptakan.

Pandangan mengenai kepentingan ilmu terminologi oleh

orientalis ini telah meresapi golongan sekular kerana dengan

jelas mereka menyatakan “Politik sesuatu yang lain, manakala

agama adalah sesuatu yang pula. Penyatuan agama dan bahasa

tidak akan mampu menjadi asas untuk menyatukan politik

31

mahupun pelbagai kaum bagi membentuk sesebuah negara”

(Mohamed Amara 1997 : 40)

Melalui kenyataan ini, golongan sekular telah memandang

Islam sepertimana mereka memandang Nasrani. Mereka telah

menyamakan Islam dengan Nasrani dari segi corak pemerintahan

negara dengan mengasingkan politik dari agama serentak

dengan meninggalkan warisan dan ketamadunan masing – masing.

Mereka juga telah berjaya mencorakkan cara hidup muslim

mengikut acuan dan budaya dari barat.

Sehubungan itu, dipaparkan di sini beberapa

pertembungan istilah di antara barat dan Islam yang mana

istilah Islam tersebut telah diputarbelitkan oleh barat demi

melebarkan pola pemikiran mereka sekaligus menjauhkan umat

Islam dari memahami teks Islam yang sebenar. Antara istilah

– istilah tersebut ialah :

هاد .1 ال�ج�

Jihad di sisi Islam ialah mempertahankan bumi Islam

jika dipijak oleh musuh. Jihad akan menjadi fardhu ain ke

atas penduduk negara Islam jika negaranya diceroboh oleh

puak kafir. Jihad pula akan menjadi fardhu kifayah bagi

32

orang – orang Islam di luar dari negara tersebut. Namun

begitu hukumnya akan berubah menjadi fardhu ain jika negara

Islam yang diserang itu tidak mampu lagi mempertahankan

Islam di negara mereka.

Pandangan Islam tentang jihad ini telah disalah ertikan

oleh barat. Mereka telah mendakwa Islam disebarkan melalui

mata pedang dengan slogan “Pedang : Jihad Islam”. Kata –

kata ini telah dilontarkan oleh Macdonalds D.B, (1863-1943)

seorang orientalis barat yang juga menyifatkan penyebaran

Islam melalui mata pedang menjadi kefardhuan bagi seluruh

umat Islam. (Mohamed Amara 1997 : 144- 145)

سان .2 وق� الان�� ح�ق�

Fahaman jahiliah telah kembali mengawal dunia.

Pertubuhan – pertubuhan dunia hari ini dilabelkan dengan

jahiliah kerana mereka menghukum mengikut hawa nafsu dan

menolak petunjuk Allah. (Solah Al Khalidi 2009 : 211) Pada

tanggal 18 Safar 1369 bersamaan 10 Disember 1948 Pertubuhan

Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan polisi Hak

Asasi Manusia.

Menurut rakaman sejarah sebelum pertubuhan dunia ini

mengiktiraf Hak Asasi Manusia, Islam terlebih dahulu telah

33

mengiktirafnya melalui konsep Dasar – Dasar Tamadun Islam

yang diterapkan sebagai asas pembentukan daulah Islamiah.

Dasar – Dasar tersebut merangkumi hak keselamatan aqidah,

nyawa, akal fikiran, maruah, harta dan hak kebebasan.

Biar apapun konsep yang dibawa samada Islam atau barat,

yang penting untuk diperbahaskan ialah bagaimanakah

perlaksaan hak asasi manusia itu direalisasikan. Dunia

menyaksikan ketika barat hebat melaungkan hak asasi manusia,

tanpa disedari mereka juga sebenarnya sedang menyekat hak

asasi tersebut dengan melancarkan peperangan. Palestin

antara negara yang dinafikan hak asasi rakyatnya, ditambah

lagi dengan serangan demi serangan yang semakin melumpuhkan

hidup mereka. Ternyata dunia kini dikelirukan dengan “Hak

Asasi Manusia” istilah ciptaan barat yang kononnya

memperjuangkan hak manusia serantau, namun dalam masa yang

sama mereka cuba menyekat hak manusia menerusi pelbagai

cara. Inilah antara bentuk imperialis moden yang akan

menghancurkan hak kebebasan negara – negara yang berdaulat.

7.5 Taktik halus Barat menjajah pemikiran Islam melalui

bahasa.

Menurut Solah Al Khalidi (2009 : 10), barat yang didalangi

Yahudi ghairah menguasai bangsa lain kerana mereka begitu

teruja untuk menjahilkan dan membiarkan bangsa-bangsa

34

tersebut terus kekal dalam kealpaan. Barat berusaha

memesongkan kebenaran ilmu untuk kejahatan, membuat

kerosakan dan mencuri peluang serta memonopolikannya untuk

habuan tertentu.

Antara ciri-ciri ilmu mereka ialah :

1. Menafikan kehebatan Allah.

2. Memanipulasi golongan Solehin.

3. Menyembunyikan fakta kebenaran.

4. Mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan.

5. Menyebarkan kebatilan.

6. Membuat tuduhan secara melulu.

Ternyata kesemua ciri ini terkandung dalam

pelbagai istilah ciptaan mereka yang bertujuan untuk

menjajah pemikiran umat Islam. Bagi membuktikan lagi taktik

halus dan licik mereka, penulis memaparkan beberapa istilah

yang diletakkan dalam kamus Munjid yang dengan nyata telah

mengagungkan agama dan pegangan mereka.

Kamus Munjid adalah sebuah kamus yang seringkali

menjadi rujukan para pelajar yang mendalami pengajian Islam.

Kamus ini dikategorikan sebagai kamus moden dan dihiasi pula

dengan pelbagai warna bagi menarik lagi perhatian pelajar.

Namun sedar atau tidak kamus ini sebenarnya disusun oleh

mereka yang beragama Kristian. Louis Maalouf seorang rahib

35

Kristian telah membangunkan kamus ini pada tahun 1908 dengan

dibantu oleh Ferdinand Tuttle juga seorang rahib Kristian.

Edisi pertamanya telah dicetak mengikut edisi Katolik.

(Asma’ Abdul Rahman t.th : 52)

Antara perkara utama yang mencerminkan fahaman kristian

kamus ini ialah ianya tidak dimulakan dengan basmalah di

awal penulisan. Bahkan ketika menerangkan kalimah (bismi),

penyusunnya mengaitkan dengan “Dengan nama Bapa, Anak dan

Ruhul Qudus). Begitu juga tiada langsung dibincangkan

mengenai syafaat disebalik nama Nabi saw. Apabila merujuk

kepada perkataan “Al Quran” ianya tidak pula disifatkan

dengan Al Karim mahupun Al Majid. Sedangkan kitab Nasrani

yang menjadi pegangan mereka sering disebut sebagai Kitab

Suci.

Berdasarkan kenyataan di atas, tidakkah ianya merupakan

satu bentuk penjajahan istilah Kristian yang meresap masuk

secara halus melalui bidang keilmuan ? Atau pun setidak

tidaknya bukankah suatu yang melucukan apabila orang – orang

Islam sendiri mengambil sumber ilmu daripada kamus yang

dibangunkan oleh puak Kristian ? Lebih mengejutkan kamus ini

sering diulang cetak setiap tahun sebagai petunjuk ianya

mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan para pelajar

Islam tanpa menyedari bahaya disebalik pengertian langsung

dari kamus Kristian ini.

36

7.6 Kesungguhan barat mencipta istilah mereka demi

menjatuhkan Islam.

Dunia sering dimomokkan dengan istilah islamophobia iaitu dua

istilah yang dikombinasikan iaitu islam dan phobia yang

bermaksud sesuatu yang dianggap menakutkan atau tidak selesa

didengari oleh orang bukan Islam tentang agama Islam.

(majalah solusi 2010 : 92). Terbitnya istilah islamophobia

sejurus selepas Peristiwa 11 September ini menjadi bukti

kesungguhan barat menjajah pemikiran dunia melalui

penciptaan istilah yang sengaja dibuat untuk mengotori

kesucian Islam.

Malah barat sentiasa mempelbagaikan kaedah

imperialisnya kerana antara doktrin orientalis ialah

mendominasi penjajahan dalam bentuk apa jua sekalipun.

Mereka tidak lokek mengeluarkan perbelanjaan besar untuk

mengkaji dan mengenal dengan lebih dekat keadaan negara –

negara Islam. Kajian-kajian seumpama itu amat digalakkan

terutama sebelum penjajahan barat dalam abad 19 dan 20 m dan

berterusan sehingga kini. (An Nadwah Al Alamiah Lil Syabab Islami

WAMY 2006 : 19)

Selama bertahun-tahun, dunia Barat telah berjuang untuk

mempengaruhi dunia Islam melalui penggunaaan

37

istilah/terminology tertentu. Akhirnya ia berjaya memenangi

dan mempengaruhi cara berfikir sebahagian besar penduduk

dunia termasuk umat Islam sendiri. Perjuangan mereka lebih

memfokuskan kepada mengubah makna sebenar. Mereka tidak

menghadapi banyak masalah ekoran terlalu sedikitnya golongan

yang berani mencabar dan menyaingi mereka.

Bekas presiden Britain, Tony Blair pernah memberikan

sejumlah wang yang besar kepada Islamic Institutions of Britain untuk

mencipta istilah bagi mempengaruhi minda golongan yang

berfikiran sederhana. Ianya merupakan taktik kotor barat

dalam menghancurkan pemikiran Islam sebenar. Antaranya empat

istilah berikut yang dicipta khusus bagi mempengaruhi dan

mengaburi pemikiran dunia :

1. Terrorist

2. Extremist

3. Moderate

4. True Muslim

1. Terrorist

Dari sudut pandangan sarjana Barat, terrorist membawa

pengertian berikut :

1. Pengganas – istilah ini mempunyai 3 kategori utama:

a) Orang yang membunuh "orang awam tidak berdosa"

b) Orang yang menjadikan Jihad untuk melawan Barat dan

bersekongkol dengan

38

kumpulan mujahidin dan secara terbuka menyokong mereka.

c) Mereka yang mahukan jihad dilaksanakan di seluruh

pelusuk dunia.

Istilah ini ditambah lagi dengan usaha penyatuan dunia

pada "perang melawan keganasan" dengan pelbagai bangsa

sehingga sehingga lahirnya istilah "Teroris Islam".

Sedangkan dalam Islam pengganas membawa

pengertian orang yang melakukan keganasan terhadap musuh-

musuh Allah Taala. Allah berfirman, (al Quran,Al Anfal : 60)

ع�دوا ل�هم �وان م�ن ي � ر دوك�م وءاخ###�� دوا ال�ل###ه وع###� ه ع###� ون ب###�� ل ت��ره�ب###� ي###� اط ال�خ� وة� وم�ن رب�4### م م�ن ق###� طعت� ت� م�ااس###�

م ت� كم وان4� وف� ال�ي� ل ال�ل##ه ي##�� ي� Fب ى س##� ء ف� ى� K##ش م�ن ون ق##� ق� ن� Nا ن� علموه�م ,وم##� هم ال�له ي�� علمون�� هم لا ي�� دون��لمون . Wظ لاZ ت��

Maksudnya :Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja

yang kamu sanggupi dan dari kuda – kuda yang ditambat untuk berperang.

( yang dengan persiapan itu ) kamu menggentarkan musuh- musuh Allah dan

orang-orang selain mereka.yang kamu tidak mengetahuinya.Sedang Allah

39

mengetahuinya.apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan

dibalas dengan cukup kepadamu. Dan kamu tidak akan dianiaya.

Tindakan ini bukan sahaja diizinkan dalam Islam, bahkan

ianya sangat disukai oleh Allah Taala dalam konteks sebuah

peperangan. Mungkin barat berpandangan, dalil ini dijadikan

alasan tidak wujud keganasan dalam Islam. Biar apapun hujah

yang diberikan, pola pemikiran mereka tetap sama mengatakan

Islam itu sebuah agama keganasan. Sekiranya kita bermula

dengan yang pola pemikiran yang bersih, kita akan melihat

bahawa dalam Islam, keganasan adalah untuk menanamkan rasa

takut ke dalam hati musuh dan menggentarkan jiwa mereka dari

memperkotak katikkan Islam.

Selama mana tindakan ini masih dalam batas-batas

syara’, maka keganasan ini adalah halal dan diredhai oleh

Allah. Sebaliknya jika tindakan tersebut tidak diluluskan

oleh syara’ seperti pembunuhan ke atas Mu'ahad (orang yang

mempunyai perjanjian dengan Muslim) atau pembunuhan ke atas

kafir dzimmi dengan sengaja, maka tindakan ini dimurkai oleh

Allah kerana darah mereka dilindungi dan suci dari menjadi

mangsa serangan.

2.Extremist

Menurut barat istilah ini mempunyai 3 kategori utama:

40

a) Individu yang dikaitkan dengan "Teroris" dan menganut

kepercayaan pembentukan

sebuah negara Islam.

b) Individu yang menganuti fahaman ideologi Jihad Salafi

(iaitu dengan mengikuti semua

3 generasi (sahabat, tabiin, tabi’ tabiin), menghormati

Salaf dan menghasut Jihad

semata-mata kerana Allah.

c) Suatu yang secara terbuka menunjukkan al-Wala 'wal Bara'ah

(kesetiaan dan

penolakan). Hal ini juga termasuk orang yang membuat

takfir dengan menyatakan

mereka yang berada di luar lipatan Islam dan keluar dari

kerajaan Islam hari ini.

Berkenaan istilah extremist ini, Islam berpandangan terdapat

tiga kategori pelampau dalam konteks agama Islam iaitu :

a) Ektremis bermaksud individu yang melampaui batas-batas

yang telah ditetapkan oleh Syara’. Contohnya mereka yang

mengaku sebagai Nabi atau menghalalkan apa yang diharamkan

oleh Allah Taala. Terdapat tiga jenis pelampau dalam konteks

ini iaitu :

- 'Isyan (ketidaktaatan) - fusuq (menyimpang) - kufur

(kekafiran).

Perkara ini berdasarkan dari sepotong ayat dari Al Quran,

41

ب� م ول�كن ال�له ح�ب� ت� ي�رم�ن الامر ل�عن� Kى ك�ث عكم ف� طن� كم رس�ول ال�له ل�و ت�� ي� واع�لموا ان ف��كk ه�م �ان اول�ي سوق� وال�عسي� كم ال�كف�ر وال�ف� كم وك�رة ال�ي� لوب�� ى ق�� ه ف� ن� �vن ن ور� كم الاي�� ال�ي�

دون Kال�رس�

Maksudnya : Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalngan kamu ada

Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemahuan) kamu dalam beberap urusan benar –

benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta

kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta

menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka

itulah orang – orang yang mengikuti jalan yang lurus.

( al Qur’an, Al Hujurat : 7)

Golongan yang terburuk dalam kalangan ekstrimis adalah

Murtaddin (murtad) yang telah berperang melawan kaum muslimin

baik secara langsung (dengan memerangi) atau secara tidak

langsung (dengan berbicara). Lantaran itu kaum muslimin

melakukan serangan balas melalui perang Riddah (Kemurtadan)

semasa kekhalifahan Abu Bakar al-Siddiq r.a. Pada ketika itu

semua Murtaddin diperangi setelah mengabaikan amaran untuk

kembali kepada Islam. Akibatnya tidak ada seorang pun di

kalangan mereka yang tidak diperangi oleh kaum muslimin.

Ternyata Islam begitu serius menanganinya sehingga tidak

42

wujud sebarang toleransi dalam memerangi golongan Murtaddin

ini.

 b) Orang yang berfikir bahawa masih banyak lagi yang perlu

dilakukan melebihi apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw

terutamanya mengenai ibadah. Contoh yang jelas ialah

peristiwa di mana tiga sahabat cuba untuk melakukan lebih

dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw sendiri dengan

berpuasa secara berlebihan, berdoa lebih banyak (dalam

Tahajjud) dan menahan diri dari berkahwin.

Termasuk juga dalam kategori ini mereka yang melakukan

bid’ah. Bid’ah dilakukan oleh mereka yang percaya masih

banyak yang perlu dilakukan dan ditambah dalam agama Islam.

Pada anggapan mereka jika tidak kerana kekurangan ini,

mereka tidak akan melakukan bid’ah. Antara contoh bid’ah

ialah menyembah kubur, menyeru para wali yang telah

meninggal dunia, melakukan sihir dan sebagainya. Rasulullah

saw bersabda,

ار ى ال�ي� لاله� ف� لاله وك�ل ض�� دعه� ض�� ك�ل ب��Maksudnya : Setiap bidah adalah sesat dan setiap kesesatan

itu berada di neraka" [ Hadith sohih, riwayatAbu Dawud (no.

4607), at-Tirmidzi (no. 2676) Ibn Hajr Takhrij Hadis Ibn ul-

Hajib (1 / 137)]

43

Manakala mereka yang memberikan bantuan, sokongan, atau

berkompromi dengan mereka yang melakukan bid’ah juga

tergolong dalam kategori ekstremisme ini. Rasulullah saw

bersabda, "Sesiapa yang melakukan bid’ah atau menyokong

bidah maka ke atasnya kutukan Allah, malaikat dan seluruh

umat manusia. " [Diriwayatkan oleh Bukhari (12/41) dan

Muslim (9 / 140)]

c) Khawarij dan mereka yang mempunyai mentaliti Kharji.

Kebanyakan golongan khawarij ini terdiri daripada mereka yang

keras terhadap umat Islam dan berlembut dengan orang kafir.

Mereka memerangi dan membunuh orang Islam namun dalam masa

yang sama mengambil pandangan orang-orang yang kafir sebagai

panduan. Pada hari ini khawarij mungkin terdiri dari kalangan

pemerintah Islam yang mengambil kafir sebagai penyokong

mereka untuk memerangi dan membunuh semua Mujahidin yang

menginginkan tertegaknya Syariat Allah di atas muka bumi

ini.

3. Moderate

Menurut sarjan barat muslim moderate ialah individu yang :

a) Tidak secara terbuka menyokong Jihad fi Sabilillah.

b) Memiliki minat dalam mengintegrasikan ke dalam masyarakat

non-Muslim dengan

44

menunjukkan kesetiaan dan tidak pernah menunjukkan

kebenciannya secara terbuka.

c) Menyokong sarjana Islam yang menghormati Kerajaan Islam

hari ini.

d) Menekankan toleransi dalam semua perkara. Mereka

memberikan penekanan khusus

pada toleransi dengan semua agama dan penganutnya. Pada

masa yang sama, mereka

mempunyai unsur pengingkaran dan permusuhan terhadap

Mujahidin.

Manakala menurut Islam istilah ini merujuk kepada orang yang

mengikuti jalan tengah seperti yang disarankan dalam

pelbagai hadis Rasulullah saw. Ianya bertentangan dengan

gelaran yang diistilahkan sebagai moderate oleh golongan

barat.

Muslim Moderate mengikut acuan Islam ialah mereka yang

memiliki iman yang kuat dan menyerah seluruh keimanan

kepada Allah dan hari akhirat. Mereka bersikap keras

terhadap Kuffar dengan menunjukkan kebencian dan permusuhan

sehingga mereka benar – benar menjadi seorang Muslim yang

sejati. Tidak pernah menjadi rendah hati dengan mereka,

melancarkan Jihad melawan Kuffar dan Murtaddin dengan pedang,

dan mengikuti semua perintah Allah dan Rasul-Nya dengan cara

yang terbaik.

45

4. True Muslim

Pada pandangan barat istilah ini sama dengan istilah Muslim

Moderate. Cumanya True Muslim terdiri daripada beberapa

individu Muslim dari kategori ini yang lebih aktif daripada

yang lain. Di mata Barat, Muslim sejati adalah orang-orang

seperti Hamzah Yusuf, Zaid Shakir, Keith Ellison, Mahdi

Brey, Habib 'Ali al-Jafri, Hisham Kabbani, Shamsi Ali, Jamal

Badawi dan ramai lagi di kalangan umat Islam yang

terkehadapan pada pandangan barat.

Islam juga menyamakan istilah ini dengan Islam moderate.

Pada pandangan Islam True Muslim ialah golongan terbaik di

kalangan umat Islam yang terdiri daripada para sahabat dan

pastinya tergolong di kalangan umat Islam moderate. Mereka

merupakan seorang Mu'min yang memberikan seluruh jiwa untuk

Allah 'Azza Jalla. Mereka ini telah dijanjikan Jannah

sebagai balasan di atas ketinggian keimanan mereka. Seperti

mana dalam firman Allah (al Qur’an, Al Taubah : 111)

ل ال�له ي� Fى س�ب لون ف� Kي ف� ةN ي�� ن{ ان ل�هم ال�خ� سهم وام�وال�هم ب�� ف� ن اي�� ي� ي�رى م�ن ال�موءم�ي� Kال�له اش انعه##دة م�ن ى ي�� رءان وم�ن اوف� ل وال�ف##� �ي## خ� ه� والان�� �ورب##� ى ال�ب� ا ف� ه ح�ق##� دا ع�لن##� ل##ون وع##� ي� ف� ل##ون وي�� Kي ف� ن� ف��

م . ت� Wور� ال�عط ل�كk ه�و ال�ق� ه ود� م ب�� عت� اي�� ى ب�� عكم ال�د� ن� Fب Fروا ب� Kش ب� اس�ي� ال�له ق��46

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang – orang mukmin

diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka

berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah

menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan

siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah ? Maka

bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah

kemenangan yang besar.

Berdasarkan semua kenyataan ini, jelaslah pandangan

Barat dan Islam dari sudut terminologi mempunyai jurang

pengertian yang besar di antara satu sama lain. Bagi mereka

yang berusaha untuk membina jambatan antara dua istilah ini,

mereka hanya membazirkan masa kerana usaha mereka pasti akan

bertemu kegagalan dan kebingungan. Mereka akan terus berada

dalam kebingungan kerana keyakinan batin hati mereka dengan

dalil - dalil yang qat’ie ditolak oleh diri mereka sendiri

untuk "kebaikan" dunia Barat.

Jika diteliti setiap perbandingan ini, mereka yang

memilih pandangan Islam akan melihat kebatilan hasil

daripada penjajahan istilah yang dicipta oleh sarjana barat.

Malangnya majoriti umat Islam memandang isu ini seperti isu

“tahap Mekah”. Pada pandangan mereka jika Islam inginkan

kesejahteraan, umat Islam harus menahan diri dengan bersabar

seperti yang berlaku pada zaman permulaan Islam (tahap

Mekah) tanpa menunjukkan sebarang aksi perseteruan.

47

 

Pemahaman ini perlu ditolak kerana apa yang terjadi

pada era Mekah tidak sama seperti yang berlaku sekarang.

Pada “tahap Mekah” para sahabat yang dianiya diminta untuk

bersabar demi mempertahankan hak dan keimanan. Kesabaran ini

dituntut kerana mereka tidak mampu untuk melawan semula

disebabkan jumlah mereka yang terlalu sedikit. Hal ini

sudah tidak relevan lagi pada hari ini kerana bilangan umat

Islam kini sudah ramai dan mampu untuk menunjukkan

pertentangan dengan cara yang dibenarkan syara’.

(Kavkaz Center.

http://www.kavkazcenter.net/eng/content/2007/06/07/8410.shtm

l)

8.0 Saranan

Antara saranan penulis bagi menepis serangan penjajahan

istilah ini ialah dengan :

1. Kembali berpegang teguh kepada kitab suci Al Quran dan

hadith. Perkara ini dapat dilakukan dengan memahami serta

menyelami isi Al Quran demi pembentukan “minda Islam Al

Quran” yang mana di dalamnya tersurat dan tersirat keaslian

prinsip, manhaj yang terancang, keilmuan yang mantap dan

wawasan yang padu demi kejayaan di dunia dan di akhirat

serta mengenepikan ajakan keseronokan hawa nafsu.

48

2. Menerima Al Quran secara keseluruhannya. Penerimaan ini

bukan setakat menerima maklumat minda, tetapi membawa kepada

tindakan membenarkannya melalui penghayatan dalam kehidupan

yang sebenar. Ianya berlaku melalui penyesuaian yang

sistematik di antara cara berfikir dan tindakan sikap

melalui perbuatan.

3. Sentiasa mengikuti perkembangan Israiliyyat dalam

kehidupan muslim melalui naungan cahaya petunjuk Al Quran.

Ini dapat dilakukan dengan menyingkap dan membongkar rahsia

agen – agen barat di samping mengingatkan orang ramai

mengenai ancaman dan kemerbahayaannya.

4. Mewujudkan persekitaran sihat yang boleh mengawal umat

dari wabak agen barat iaitu dengan kaedah menegakkan hukum

Allah dan melaksanakan syariatNya.

5. Kerjasama erat di kalangan Negara – Negara Islam secara

bersungguh - sungguh untuk mewujudkan masyarakat Islam

Rabbani dan negara Islam yang dipandu petunjuk berdasarkan

ketetapan Ilahi.

49

9.0 Penutup :

Realitinya umat Islam kini telah kehilangan kekuatan akibat

senantiasa berterusan dijajah oleh barat. Ini ditambah lagi

apabila Islam disampaikan dalam ruang yang terhad manakala

pemimpinnya pula hilang keberanian untuk mengambil tindakan

ke atas orang yang dipimpin dikhuatiri kehilangan sokongan

dan seterusnya hilang kuasa. Rakyat tidak berani menegur

pimpinan kerana khuatir akan dizalimi. Ulama’ pula hilang

kewibawaan kerana hati telah dikuasai oleh keduniaan.

Punca sebenar masalah ini ialah apabila umat Islam

sendiri jahil mengenai Islam. Manakala orang kafir telah

jauh menelaah Al Quran untuk mencari rahsia yang ada di

dalamnya. Apabila umat islam jahil tentang agamanya, maka

usaha penjajahan minda akan mudah untuk diuruskan.

Justeru sebagai seorang muslim yang mukmin setiap dari

kita perlu menyedari dan menyedarkan umat Islam yang lain

terhadap bahaya imperialisme barat ini. Umat Islam hendaklah

sentiasa bersedia menghadapi ancaman fahaman ini dengan

mendalami ilmu – ilmu Islam disamping mengenali strategi

perancangan musuh ke atas Islam.

50