HBMT 1103 sc

13
1. PENGENALAN. Pendekatan atau kaedah pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana ia merangkumi cara dan strategi yang akan digunakan untuk mengajar. Guru akan menggunakan sama ada pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru atau pendekatan perubahan konsep/berpusatkan pelajar. Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang akan digunakan oleh guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang berlainan dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan. Kaedah pengajaran Kaedah pengajaran yang dipilih ialah kaedah pengajaran yang berpusatkan guru iaitu kaedah syarahan. Melalui kaedah ini, boleh dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran kasar bagi kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar mendengar syarahan guru di meja masing-masing. Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar mmpunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mreka sendiri. Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru. Jika

Transcript of HBMT 1103 sc

1. PENGENALAN.

Pendekatan atau kaedah pengajaran adalah merupakan satu

proses guru mengajar di mana ia merangkumi cara dan strategi yang

akan digunakan untuk mengajar. Guru akan menggunakan sama ada

pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru atau pendekatan

perubahan konsep/berpusatkan pelajar. Kaedah pembelajaran yang

dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang akan digunakan oleh

guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang berlainan dan

menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan.

  Kaedah pengajaran

Kaedah pengajaran yang dipilih ialah kaedah pengajaran yang

berpusatkan guru iaitu kaedah syarahan. Melalui kaedah ini, boleh

dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas dan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran kasar bagi

kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan

pelajar mendengar  syarahan guru di meja masing-masing. Kaedah

ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri

walaupun mereka berkemungkinan besar mmpunyai lebih pengetahuan

sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman

hidup mreka sendiri. 

Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan

perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru. Jika

luas pengetahuan guru mengenai topik ini, maka luas dan

panjanglah penerangan guru. Jika tidak, ia terjadi sebaliknya. 

Kaedah ini juga dikenali dengan jolokan kaedah tradisional.

Ini adalah kerana kaedah ini banyak digunakan dalam bidang

pendidikan terutama pada era sebelum merdeka kerana kebanyakan

pelajar tidak mempunyai banyak pengetahuan sendiri dan

mengharapkan guru menyampaikan maklumat sepenuhnya. 

 

1. ARTIKEL KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK REN DAH

ARTIKEL 1

Syarahan   (Kuliah)

Kuliah melibatkan pendedahan formal berterusan atau perbincangan

mengenai beberapa topik oleh guru. Walaupun ia dikritik

atas gaya autokratik dan bentuk komunikasi sehala, namun kaedah ini

biasanya digunakan untuk memperkenalkan pengetahuan tentang mata

muridan dan maklumatkhusus. Keberkesanannya banyak bergantung

kepada perancangan,

penstrukturan, persembahangaya guru dan penggunaan alat bantu mengajar.

Kuliah atau syarahan adalah proses pengajaran dengan memberi

penjelasan subjek secara lisan apa yang akan dimuridi. Syarahan sering

diiringi oleh alat bantuan visual untuk membantu murid menggambarkan

objek atau masalah. Kuliah adalah pembentangan lisan bertujuan untuk

menyampaikan maklumat atau mengajar orang ramai mengenai subjek

tertentu, contohnya seorang pensyarah universiti atau kolej. Kuliah

digunakan untuk menyampaikan maklumat kritikal, sejarah, latar belakang

dan teori-teori. Ceramah politik, ucapan menteri atau persembahan jualan

seorang ahli perniagaan mungkin dalam bentuk kuliah. Biasanya pensyarah

akan berdiri di hadapan bilik dan membaca maklumat yang berkaitan

dengan kandungan ceramah itu.

Walaupun ceramah banyak dikritik sebagai satu kaedah pengajaran,

namun universiti masih belum menemui kaedah pengajaran yang praktikal

sebagai alternatif bagi majoriti kursus mereka. Pengkritik menunjukkan

bahawa syarahan adalah satu cara komunikasi yang tidak melibatkan

penyertaan penonton yang ketara. Oleh itu, syarahan sering berbeza kepada

pembelajaran aktif. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang

berbakat boleh sangat merangsang. Kuliah adalah sebagai satu cara yang

cepat, murah dan berkesan dalam bidang akademik untuk menyampaikan

pengetahuan tertentu kepada sejumlah besar murid.

Kaedah kuliah sering dikritik di mana dikatakan nota kuliah profesor terus

ke nota kuliah murid, tanpa melalui otak (pemikiran). Syarahan awam

mempunyai sejarah yang panjang dalam bidang sains dan dalam pergerakan

sosial.

Kesatuan misalnya mempunyai sejarah menganjurkan pelbagai

ceramah percuma kepada orang ramai mengenai pelbagai perkara. Pusat

komuniti, perpustakaan, muzium, dan organisasi lain telah menggunakan

ceramah dalam melaksanakan misi mereka atau kepentingan mereka. Kuliah

mewakili kesinambungan tradisi lisan berbeza dengan komunikasi teks

dalam buku-buku dan media lain.

Rujukan Artikel :

http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/kaedah.html

ARTIKEL 2

Berdasarkan kaedah syarahan :

Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum untuk

membolehkan mereka berfikir secara kritikal

Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk

mencapai kejayaan akademik

Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang

ditetapkan oleh guru dalam proses ansur maju melalui aktiviti yang telah

ditetapkan.

Murid diberikan motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred

penilaian yang akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat

serta menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan.

Hasil kerja murid dinilai oleh guru.

Untuk melaksanakan strategi berpusatkan guru, murid terlebih dahulu

diajarkan perkara-perkara asas sebelum diajarkan konsep yang

baru.  Contohnya, untuk membolehkan murid memahami konsep mendarab,

mereka terlebih dahulu diajarkan tentang konsep penambahan berulang

untuk membolehkan mereka menguasai konsep mendarab.

Rujukan Artikel :

http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2013/01/perbezaan-kaedah-

pengajaran.html

2.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Matematik

Tahun : 4 Abu Bakar Hari : Isnin

Tarikh : 30 Jun 2014 Tempoh: 60 minit

Bidang : Nombor dan Operasi

Tajuk : 4. Darab hingga 100 000

Standard kandungan : Murid dibimbing untuk :4.1 Pendaraban dua nombor

Standard Pembelajaran : Murid berkeupayaan untuk :4.1(ii) mendarab sebarang nombor hingga

empat digit dengan nombor dua digit dan hasil darabnya hingga 100 000

Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran , murid dapat:

(i) Mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan dua digit.

Nilai dan sikap : Bekerjasama, Mendengar arahan

Elemen merentas kurikulum : Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Bahan bantu Mengajar : Laptop / LCD , fail video , lembaran kerja

FASA ISI KANDUNGAN / AKTIVITI CATATAN

Persediaan(Set

Induksi)

Congak :

1) Murid Mengingat Semula Sifir

1 hingga 10.

Contoh 1:

1 X 10, 2 X 10, 3 X 10, 4 X

10, 5 X 10…..

2) Murid menjawab soalan darab

yang diberi.

Contoh 2:

3 x 3 =

35 x 2 =

Murid menjawab congak sifir

Perkembangan

Langkah 1

Murid membina kotak sifir

Guru membuat pertandingan

membina kotak sifir

terpantas.

Langkah 2

Langkah 3

Murid ditunjukkan kaedah

mendarab nombor hingga

empat digit dengan dua

digit dalam bentuk lazim.

Contoh

Darabkan 4-digit nombor

dengan menggunakan bentuk

lazim.

Eg. 3425 x 4 =

3 4 2 5

x 4

Murid ditunjukkan kaedah mendarab nombor hingga empat digit dengan dua digit menggunakan kaedah Lattice

Murid melakukan latihan mendarab nombor hingga empat digit dengan nombor dua digit dengan bimbinganguru.

Contoh: i) 1042 x 45 ii)

1 0 4 2

44 4

55

3845 x 27

Murid membuat latihan tambahan di dalam lembaran kerja yang disediakan.

Murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul,akan dibimbing untuk memperoleh jawapan yang betul.

Penutup /Kesimpulan Guru membuat kesimpulan

pembelajaran hari ini dengan

sesi soal jawab dengan murid.

3.Slide Power Point

4. MAKLUM BALAS DARIPADA GURU MATEMATIK BERPENGALAMAN

GURU 1:

Pn Jamilah Bt Dali

Guru Panitia Matematik

Menurut beliau, kaedah yang telah saya gunakan mempunyai

kelebihan dan keburukannya.

Kebaikan

Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara

berpusatkan guru, ia membolehkan guru menyampaikan maklumat dan

ilmu pengetahuan yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid.

Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat

dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam

mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh

pengalaman guru. Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan

minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu

topk tersebut. 

Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk

membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran

yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru

dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.

Kelemahan

Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan

strategi iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya

tentang batasan guru. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan

pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan

murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir

secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk

belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu pengajaran kaedah

ini hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi

yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.

GURU 2 :

En Mohd Khoirony B A.Rahman

Guru Matematik Tahun 6

Menurut pandangan guru yang kedua pula , kaedah yang telah

saya laksanakan sangat menarik dan menarik minat pelajar. Walau

bagaimanapun terdapat juga penambahbaikan yang perlu dilakukan

supaya pengajaran dalam kelas menjadi lebih mantap. Diantaranya

ialah

Guru dinasihatkan agar tidak hanya menjadi fasilitator yang

duduk menunggu murid mendatanginya. Selain memerlukan pelajar

aktif melibatkan dalam aktiviti P&P, guru juga harus menjadi

fasilitator dan pembimbing yang aktif. Dalam P&P, guru juga

dinasihatkan supaya menggabungkan beberapa kaedah yang lain yang

mana murid dapat melibatkan diri secara aktif seperti aktiviti

berkumpulan dan sebagainya.

5. KESIMPULAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada prinsip-prinsip dan kaedah

yang digunakan untuk pengajaran. Pemilihan kaedah pengajaran atau

kaedah-kaedah yang akan digunakan bergantung kepada maklumat atau

kemahiran yang diajar dan juga boleh dipengaruhi oleh kebolehan dan

kesungguhan murid.

Satu perancangan  yang dipilih untuk mencapai apa yang diingini,

seperti pencapaian matlamat atau penyelesaian kepada masalah. Kaedah

pengajaran merangkumi semua pendekatan yang guru boleh ambil secara

aktif bagi melibatkan murid dalam pembelajaran. Kaedah ini memerlukan

guru membuat arahan supaya murid bekerja untuk mencapai

objektif pembelajaran yang khusus. Kaedah pengajaran berkesan memenuhi

semua gaya pembelajaran dan keperluan pembangunan murid.

Walau bagaimanapun, bukan semua mata pelajaran sesuai

menggunakan sepenuhnya kaedah pengajaran berpusatkan guru.

Menurut seorang pakar dalam matapelajaran Matematik dalam blog

perkongsian ilmunya, beliau ada mencadangkan bahawa gabungan

kaedah antara keduanya (berpusatkan guru dan berpusatkan murid)

adalah lebih dominan bagi mencapai objektif domain kognitif,

afektif dan psikomotor murid. Antara kaedah yang dicadangkan

adalah kaedah penerangan (berpusatkan guru), tunjukcara

(berpusatkan guru), sumbangsaran (berpusatkan murid), amali

(berpusatkan murid), simulasi ((berpusatkan murid), dan

penyelesaian masalah (berpusatkan murid).