FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN ASNAF BAITUL MAL ACEH: SATU ANALISIS1

23
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN ASNAF BAITUL MAL ACEH: SATU ANALISIS 1 Muhammad Haris Riyaldi 2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang Abstrak Dana zakat merupakan antara sumber dana yang potensi dalam mengurangi kemiskinan. Namun, pengagihan dana zakat itu dibuat dalam bentuk produktif. Mereka dikenali sebagai usahawan asnaf. Namun tidak semua pengagihan dalam bentuk produktif yang berjaya. Persoalannya, apa faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf ini khususnya di Baitul Mal Aceh (BMA)? Dapatan kajian mempamerkan bahawa faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada kategori. Pertama, faktor dalaman yang meliputi spiritual dan sumber manusia. Kedua, faktor luaran yang meliputi bantuan material zakat dan bimbingan petugas BMA. Kertas ini akan membincangkan kedua-dua kategori faktor tersebut. 1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam International Graduate Workshop (INGRAW) 2012 ke-7 pada 30 –31 October 2012. Anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. 2 Muhammad Haris Riyaldi merupakan pelajar Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. 1

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN ASNAF BAITUL MAL ACEH: SATU ANALISIS1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN USAHAWAN ASNAF BAITUL MAL

ACEH: SATU ANALISIS1

Muhammad Haris Riyaldi2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia11800 USM, Pulau Pinang

 

Abstrak

Dana zakat merupakan antara sumber dana yang potensi dalam

mengurangi kemiskinan. Namun, pengagihan dana zakat itu dibuat dalam

bentuk produktif. Mereka dikenali sebagai usahawan asnaf. Namun

tidak semua pengagihan dalam bentuk produktif yang berjaya.

Persoalannya, apa faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan

asnaf ini khususnya di Baitul Mal Aceh (BMA)? Dapatan kajian

mempamerkan bahawa faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada

kategori. Pertama, faktor dalaman yang meliputi spiritual dan sumber

manusia. Kedua, faktor luaran yang meliputi bantuan material zakat

dan bimbingan petugas BMA. Kertas ini akan membincangkan kedua-dua

kategori faktor tersebut.

1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam International Graduate Workshop (INGRAW)2012 ke-7 pada 30 –31 October 2012. Anjuran Pusat Kajian PengurusanPembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, UniversitiSains Malaysia.

2 Muhammad Haris Riyaldi merupakan pelajar Pusat Kajian PengurusanPembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, UniversitiSains Malaysia.

1

Pengenalan

Islam mengajarkan pemerataan kesejahteraan di tengah-tengah

kehidupan umat dan menentang penumpuan harta kekayaan oleh kelompok

tertentu3. Salah satu instrumen untuk pemerataan kesejahteraan

masyarakat dalam pandangan ekonomi Islam ialah zakat (Aries

Musnandar, 2012). Oleh itu, dalam sebuah riwayat Hadith diceritakan

bahawa Rasulullah SAW mengutus seorang sahabat bernama Mu’adz ke

negeri Yaman untuk mengambil zakat daripada harta orang-orang kaya

dan dibahagi-bahagikan kepada orang-orang fakir di kalangan mereka4.

Dalam rangka mewujudkan pemerataan kesejahteraan dalam kehidupan

umat maka pengagihan zakat diupayakan agar lebih berkesan dalam

mengangkat taraf kehidupan orang-orang miskin. Dana zakat yang sedia

ada menjadi sumber dana yang potensi dalam mengurangi kemiskinan.

Oleh itu, dana zakat tidak hanya diagihkan dalam bentuk saradiri

(konsumtif), namun diagihkan pula dalam bentuk produktif5.

3 Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Apa saja harta rampasan(fa-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari pendudukkota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar diantara orang-orang Kaya saja di antara kamu.” (Surah Al-Hasyr, 59:7)

4 Hadith No.572 dalam kitab Bulughul Maram.

5 Zakat produktif adalah dana zakat yang disalurkan kepada penerimazakat (mustahiq) sehingga ia dapat memenuhi kehidupannya pada masaakan datang secara berterusan dan diharapkan akan dapat mengangkattaraf perekonomian penerima zakat. Sebagai contohnya ialah pemberian

2

Pengagihan zakat produktif diharapkan lebih memberi kesan terhadap

peningkatan taraf hidup asnaf fakir miskin, bila dibandingkan dengan

pengagihan dalam bentuk konsumtif yang cenderung menciptakan

ketergantungan asnaf kepada dana zakat (Ahmad Gaus, 2008).

Prinsip pengagihan zakat produktif telah diterapkan dalam pengurusan

zakat di Aceh. Qanun Aceh No.7 Tahun 2004 tentang pengurusan zakat

di Aceh dan Qanun Aceh No.10 Tahun 2007 tentang Baitul Mal telah

menegaskan bahawa dana zakat di Aceh boleh diagihkan oleh Baitul Mal

Aceh (BMA) dalam bentuk saradiri mahupun produktif kepada asnaf.

Sejak tahun 2006 BMA mengagihkan zakat produktif kepada asnaf dalam

bentuk modal usaha. BMA membantu kalangan fakir miskin yang memiliki

usaha, namun terhalang untuk memajukan usahanya kerana kurangnya

modal. Kalangan ini kelak menjadi usahawan asnaf di bawah bimbingan

BMA.

Sebahagian usahawan asnaf telah berjaya meningkatkan produksi dan

pendapatannya selepas mendapat bantuan dana zakat dari BMA. Di

samping telah meningkatkan pendapatan masing-masing, mereka juga

telah merasakan terjaminnya kesihatan dan pendidikan bagi

keluarganya. Sebahagian pula memiliki tabungan bagi keperluan di

masa akan datang. Namun tidak dinafikan pula adanya usahawan asnaf

yang tidak berjaya untuk memajukan usahanya, sehingga tidak pula

meningkatkan taraf ekonominya. Persoalannya, apa faktor-faktor yang

mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf, khususnya d BMA?

Bagi menjawab persoalan tersebut, maka perbincangan kertas kerja ini

dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan

bentuk dan mekanisma zakat produktif yang dijalankan oleh BMA.

Bahagian dua menganalisis faktor-faktor daripada dalaman diri

usahawan asnaf dan daripada luaran pula yang boleh mempengaruhi

kejayaan usahawan asnaf zakat di BMA.

zakat dalam bentuk peralatan kerja dan modal usaha.

3

Latar Belakang Usahawan Asnaf Baitul Mal Aceh

Kejadian konflik yang panjang dan Tsunami tahun 2004 yang melanda

wilayah Banda Aceh dan Aceh Besar megakibatkan kehancuran yang teruk

pada sektor perekonomian masyarakat. Akibat dari dua peristiwa

tersebut, kebanyakan masyarakat Aceh kehilangan harta benda dan mata

pencaharian. Sebahagian mereka berada dalam kondisi fakir dan

miskin.

Selepas konflik dan kejadian Tsunami, situasi Aceh kembali pulih

menjadi negeri yang aman dan damai. Situasi Aceh yang telah aman dan

damai serta adanya perbaikan infrastruktur membuat warga masyarakat

bangkit kembali berusaha untuk meningkatkan taraf ekonominya,

terutamanya warga yang masih produktif. Mereka yang memiliki

kekuatan fizikal dan mampu untuk bekerja, kembali membuka usaha

sesuai dengan kemampuan yang dimiliki.

Namun demikian, kendala yang dihadapi adalah modal yang tidak

mencukupi untuk meningkatkan usaha mereka menjadi lebih berkembang

lagi. Sebahagian warga memiliki kemampuan untuk menjangkau modal

daripada Bank. Manakala bagi sebahagian besar warga masyarakat yang

fakir dan miskin tidak berdaya untuk meraih modal daripada Bank.

Mereka tidak mampu memenuhi persyaratan yang ditetapkan oleh pihak

Bank seperti adanya agunan dan ansuran yang mengandung bunga. Selain

itu, adanya kerumitan dalam pengurusan administrasi yang juga

memerlukan sejumlah biaya.

Situasi ini diperhatikan oleh pihak Baitul Mal Aceh. Oleh itu, pihak

Baitul Mal Aceh meluncurkan program pengagihan zakat produktif dalam

bentuk bantuan modal usaha bagi warga fakir miskin yang memiliki

usaha kecil atau menengah kecil. Program agihan zakat produktif

dijalankan terhadap pelbagai sektor usaha sesuai dengan kebanyakan

bidang usaha yang dijalankan oleh masyarakat fakir dan miskin di

Aceh. Adapun bantuan modal usaha diagihkan untuk sektor perniagaan,

pertanian, ternakan, home industry dan pengangkutan (Tim UPZP, t.t.).

4

Mekanisma Pengagihan Zakat Produktif di Baitul Mal Aceh

Prinsip pengagihan zakat produktif telah diterapkan oleh Baitul Mal

Aceh. Berdasarkan Qanun Aceh No.7 Tahun 2004 tentang pengurusan

zakat di Aceh dan Qanun No.10 Tahun 2007 tentang Baitul Mal telah

ditegaskan bahawa dana zakat di Aceh boleh diagihkan oleh BMA dalam

bentuk saradiri mahupun produktif kepada asnaf. Ketentuan ini

menjadi pedoman operasional bagi BMA dalam mengagihkan dana zakat

secara produktif kepada asnaf.

Oleh itu, sejak tahun 2006 BMA mengagihkan zakat produktif melalui

perbadanan yang secara khusus dibentuk iaitu Unit Pengelola Zakat

Produktif (UPZP). Unit ini dipimpin oleh seorang manager, ditambah

tenaga administrasi dan petugas lapangan. Mereka telah mandapatkan

pelatihan (training) dari pakar zakat, ekonomi Islam dan pegawai Baitul

Qiradh di Banda Aceh dan Jakarta.

UPZP menetapkan bahawa penerima zakat produktif BMA hendaklah

memenuhi persyaratan yang ditetapkan oleh BMA. Persyaratan ini

dimaksudkan agar dana zakat diterima oleh orang yang memang memiliki

hak untuk menerima zakat dan dana yang diberikan dapat menaikkan

taraf ekonomi mereka. Adapun persyaratan tersebut ialah penerima

zakat berasal dari keluarga miskin, memiliki kemampuan dan

pengalaman wirausaha, berkomitmen mengembalikan dana dalam periode

satu tahun, bersedia mengikuti pengajian bulanan dan mengikuti

aturan-aturan yang telah disepakati dalam kelompok (group) dan

terakhir bersedia mematuhi perjanjian (aqad) kerjasama (Sayed

Muhammad Husen, 2009).

Keenam persyaratan yang ditetapkan UPZP BMA adalah suatu hal yang

patut diterima. Walaupun demikian terdapat satu persyaratan yang

memunculkan kontroversi dalam kalangan pengamat zakat. Syarat adanya

pengembalian dana zakat oleh penerima zakat merupakan sesuatu

5

perkara yang belum disepakati oleh pelbagai pihak dalam kalangan

pakar zakat. Mereka berpendapat dana zakat hendaklah menjadi milik

orang miskin sepenuhnya sehinggalah tidak perlu dikembalikan lagi.

Namun, berdasarkan temu bual penulis dengan pengarah bidang

pengagihan zakat BMA dikatakan bahawa hal itu merupakan keputusan

Kumpulan Ulama Penasihat Syariah Baitul Mal Aceh yang disebut dengan

Dewan Pertimbangan Syariah6 BMA (temubual dengan Rizky Aulia, ketua

UPZP)7.

Walaupun ada pengembalian yang ditetapkan oleh BMA, usahawan asnaf

merasa sangat dibantu oleh BMA. Usahawan asnaf merasa selesa sebab

dana yang wajib dikembalikan adalah sama besarnya dengan dana yang

diperolehi dari BMA. Tidak ada sedikitpun riba yang berlaku. Pada

asasnya dana yang dikembalikan itu nantinya akan digunakan lagi

untuk keperluan usahawan asnaf pada tahun mendatang. Bahkan, pada

tahun seterusnya usahawan asnaf yang telah mengembalikan dana zakat

produktif secara lunas dapat mendapatkan dana yang lebih besar lagi.

Proses ini berlangsung sampai seterusnya sehinggalah usahawan asnaf

menjadi orang kaya yang memiliki keuntungan bersih dalam pendapatan

sebesar Rp 4.000.000 setiap bulan atau lebih dalam usahanya. Apabila

keuntungan pendapatan usahawan asnaf telah mencapai jumlah tersebut,

maka BMA menghentikan agihan dana zakat kepadanya kerana dianggap

sudah mampu berdikari dan sudah patut menjadi muzakki.

Bentuk Zakat Produktif Baitul Mal Aceh

BMA sebagai lembaga rasmi yang mengurus dana zakat dan harta agama

di Aceh telah menjalankan beberapa program dalam mengagihkan zakat

6 Kumpulan ini terdiri 6 (enam) orang ulama yang memahami fiqh zakat yangmemiliki tugas utama memutuskan polisi terhadap segala program pengagihanzakat BMA agar bersesuaian dengan syariah Islam. Prof. H. Al Yasa’ AbuBakar, M.A. adalah pengarah Dewan Pertimbangan Syariah BMA.

7 Temubual dilaksanakan pada tanggal 11 Julai 2012 di pejabat Baitul MalAceh.

6

produktif kepada asnaf. Daripada program-program yang dijalankan

oleh BMA dapat diketahui bentuk dan mekanisme pengagihan zakat

produktif di Aceh. Adapun program-program tersebut terbahagi kepada

lima sektor usaha. Pertama, bantuan modal usaha perniagaan kecil.

Kedua, usaha dalam sektor peternakan terdiri daripada bantuan

ternakkan kambing dan penggemukkan lembu. Ketiga, bantuan modal

sector pertanian kepada para petani sayur-sayuran. Keempat, bantuan

modal kepada home industry. Dan kelima, sektor pengangkutan berupa

bantuan beca amanah.

Bagi lebih memahami kelima sektor usaha produktif tersebut secara

terperinci, maka akan dihuraikan bagaimana bentuk dan mekanisme

zakat produktif dalam kelima sektor usaha.

1. Sektor perniagaaan kecil

Usahawan asnaf BMA dari sektor perniagaan kecil tersebar di 5 (lima)

pasar di kota Banda Aceh dan Aceh Besar. Kelima pasar itu ialah

Pasar Peunanyong, Lamnyong, Ulee Kareng, Lambaro dan Tungkob. Modal

yang diagihkan kepada setiap peniaga ditentukan berdasar keperluan.

Oleh itu antara peniaga mendapat jumlah bantuan yang berbeza-beza.

Namun jumlah bantuan yang diberikan antara Rp 1 juta hingga Rp 7

juta.

Adapun aqad yang digunakan dalam pengagihan modal usaha dalam sektor

ini ialah qardhu hasan, yakni pinjaman bantuan kebajikan tanpa

faedah. Setiap peminjaman akan wajib dikembalikan dalam masa 1

tahun.

2. Sektor peternakan

Sektor peternakan terdiri daripada dua program, iaitu penggemukkan

lembu dan pemeliharaan kambing. Pada sektor ini BMA memilih desa-

desa yang potensi untuk kedua program ini. Pemberian modal dalam

bentuk hewan berupa lembu jantan untuk digemukkan oleh peternak

(asnaf). Bentuk kerjasama dengan sistem mudharabah (bagi hasil).

Dalam masa tertentu ketika lembu sudah layak dijual, maka lembu akan

7

dijual. Keuntungan yang didapat daripada penjualan itu dibahagi dua,

setengah untuk BMA dan setengah lagi untuk mustahik. Manakala modal

seluruhnya dikembalikan kepada BMA dan akan diagihkan lagi kepada

usahawan asnaf yang lama mahupun usahawan asnaf yang baru. Sistem

ini juga dilakukan terhadap peternakan kambing.

Kedua-dua program dalam sektor ini hanya berlangsung selama dua

tahun (2006 dan 2007). BMA tidak melanjutkan program ini disebabkan

ada usahawan asnaf yang tidak jujur. Selain itu, pertumbuhan haiwan

yang tidak baik sehingga tidak layak dijual dengan harga yang

tinggi. Maka BMA memutuskan untuk menghentikan program ini pada

tahun berikutnya (temu bual dengan Akhyar, petugas zakat produktif

BMA).

3. Sektor pertanian

Keadaan alam Aceh menjadikan sebahagian masyarakat memilih bercucuk

tanam di sawah. Sebahagian lagi ada yang memilih untuk berkebun

menanam sayuran seperti sawi dan bayam. Keunggulan bertani sayuran

ialah benih yang mudah didapatkan, pemeliharaan yang tidak sulit dan

masa panen yang singkat sehingga perpusingan modal tidak memerlukan

waktu yang lama.

Usahawan asnaf BMA yang menjalankan usaha di sektor ini adalah

penduduk yang menetap di 7 (tujuh) desa di kecamatan Darussalam,

Aceh Besar. Ketujuh desa tersebut ialah Lambaroangan, Miruek

Lamreudeup, Lampeudaya, Lambiheu, Lamduroe (2006-2008), Deyah dan

Cucum (2009 hingga sekarang). Modal diagihkan dalam bentuk aqad

qardhu hasan. Jumlah modal yang diberikan mulai dari Rp 1 juta

sehingga Rp 3 juta. Terdapat ramai penerima bantuan agihan zakat

yang telah berjaya dalam usahanya pada sektor ini.

4. Sektor home industry

Sektor home industry pula ramai dijalankan oleh penduduk di Aceh.

Diantaranya ialah pembuatan kue, usaha menjahit, pembuatan barangan

daripada rotan dan bentuk lainnya. Barangan yang dihasilkan akan

8

dijual kepada agen atau pun langsung kepada peniaga pasar dan kedai-

kedai.

Modal usaha yang diberikan oleh BMA berbeza-beza kepada setiap

usahawan asnaf. Jumlah wang Rp 1 juta sehingga Rp 3 juta kepada

setiap usahawan asnaf. BMA melihat potensi setiap usahawan asnaf

untuk mengembangkan jenis home industry yang dijalankan. Bila

pengembalian sudah dilunasi dan usaha telah berkembang, maka

usahawan boleh mengajukan permohonan dana zakat yang lebih besar

lagi pada tahun mendatang. Pada sektor ini pula telah ramai usahawan

asnaf yang berjaya.

5. Sektor Pengangkutan

Sektor usaha pengangkutan yang dibantu oleh BMA ialah para tukang

beca. Usaha beca di Aceh sering dijadikan alat pengangkutan oleh ibu

rumah tangga untuk pergi berbelanja ke pasar. Para pemandu beca

biasanya berasal dari kelurga miskin. Mereka biasa menyewa beca

milik agen atau boleh dikatakan bahawa beca bukan milik sendiri.

Oleh itu pendapatan mereka sebahagian digunakan untuk membayar sewa.

BMA melihat para pemandu beca perlu dibantu agar memiliki beca

sendiri sehingga pendapatan mereka dapat meningkat. Maka BMA

meluncurkan program beca amanah. Beca yang dibeli dari dana zakat

dibahagikan kepada para pemandu yang berhak. Harga beca tersebut

diansur oleh pada pemandu beca dalam masa 3 (tiga) tahun. Apabila

ansuran sudah lunas, maka kepemilikan beca tersebut dialihkan kepada

usahawan asnaf pemandu beca.

Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Asnaf

Kajian-kajian mengenai kejayaan usahawan muslim telah banyak

dilakukan. Daripada kajian-kajian tersebut dapat diketahui faktor-

faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan seorang usahawan muslim.

Seperti kajian Siti Arni Basir, Bharudin Che Pa dan Raja Hisyamudin

Raja Sulong (2009) yang menyatakan bahawa faktor penting yang

9

hendaknya diperhatikan usahawan ialah memantapkan sikap berdikari,

suka bersedekah (menghindari sifat tamak) dan bekerjasama (membangun

jaringan). Wan Sabri Wan Hussin (2005) mementingkan aspek etika diri

dan etika dalam berusaha. Etika diri yang dimaksud ialah nilai-nilai

tekun, jujur, bersabar, bersyukur, tiada dengki, pemaaf dan berdoa.

Etika dalam berusaha pula mendapatkan rezeki daripada usaha sendiri,

menjauhi diri daripada perniagaan yang dilarang, tidak berniaga

barangan haram dan mengamalkan sikap yang baik di dalam urusan

perniagaan.

Manakala Shuhairimi bin Abdullah (2010) pula menyatakan ilmu adalah

faktor penting bagi usahawan yang ingin berjaya. Ilmu yang

dimaksudkan ialah ilmu berkaitan keusahawanan, ilmu berkaitan

kemanusiaan dan ilmu berkaitan akhirat.

Sikap mengambil kira faktor akhirat selari dengan pendapat Abu Bakar

Hamed dan Syarifah Md Yusof (2008) dan Muhammad Syukri Salleh (1999)

yang membincangkan pembangunan aspek yang menyeluruh meliputi

hubungan kepada Pencipta, manusia dan alam sekitar. Hubungan kepada

Pencipta menjadikan usahawan memelihara aqidah (keimanan), ibadah

(fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) dan akhlaq mulia. Hubungan sesama

manusia membawa usahawan bersikap baik kepada orangtua, kaum

kerabat, sesama peniaga dan pihak-pihak lainnya. Selain itu, turut

pula menjadikan usahawan suka membantu, jujur dan saling

menghormati. Hubungan dengan alam pula diwujudkan dengan tidak

mencemarkan air, tanah dan udara serta menjaga kelestariannya dalam

melakukan setiap aktifiti. Dengan demikian, usahawan akan menjadi

Islamic man yang membawa kepada kegemilangan Islam.

Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan terhadap faktor-faktor

kejayaan usahawan muslim dapat membantu untuk menganalisa faktor-

faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf zakat. Namun belum

memadai bagi mengkaji kejayaan usahawan asnaf disebabkan terdapat

perbedaan antara usahawan asnaf dengan usahawan muslim lainnya.

Usahawan asnaf adalah usahawan yang berasal daripada golongan fakir

dan miskin. Selain itu, faktor pihak yang membantu adalah amil

10

(lembaga zakat) tentu tidak dapat dinafikan. Oleh itu, diperlukan

pula kajian yang berkaitan langsung dengan faktor yang mempengaruhi

kejayaan usahawan asnaf.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd

Balwi, et.al (2008) menjelaskan bahawa faktor penting kejayaan

usahawan asnaf ialah bantuan modal dari institusi zakat itu sendiri

sama ada uang tunai atau kemudahan lainnya dan projek atau latihan

yang diberikan oleh institusi zakat. Ahmad Shahir Makhtar (2011)

pula menambahkan adanya program pembangunan insan dalam pemerkasaan

usahawan asnaf fakir dan miskin di Lembaga Zakat menjadi factor yang

penting juga dalam memberi impak terhadap kejayaan usahawan asnaf.

Program ini berasaskan konsep pembangunan kapasiti (capacity building

program) atau program pengusahaan (empowerment program).

Berbeza dengan kajian sebelumnya, Aimi Nadhirah (2010)

mengklasifikasi faktor yang mempengaruhi usahawan asnaf kepada 2

(dua) kategori, faktor dalaman (diri asnaf) dan faktor luaran.

Selanjutnya dihuraikan faktor-faktor dalaman yang dimaksudkan ialah

niat yang ikhlas, pendidikan dan pengalaman, pengiktirafan dan

kesabaran. Manakala, faktor luaran meliputi bentuk-bentuk bantuan,

latihan keusahawanan, kekerapan bantuan dan kaedah pemantauan. Aimi

Nadhirah telah memasukkan semua faktor yang telah disebutkan oleh

Yeni Saptia (2010) yang menyatakan bahawa factor yang mempengaruhi

usahawan asnaf ialah faktor tingkat pendidikan, pengalaman usaha,

dan kekerapan bantuan. Kedua kajian ini memiliki sedikit kesamaan.

Namun ada perbedaan yang disebabkan oleh tempat kajian dan lembaga

zakat yang berbeza. Aimi Nadhirah mengkaji usahawan asnaf Lembaga

Zakat Selangor, manakala Yeni Saptia melakukan kajian terhadap

usahawan asnaf di Dompet Peduli Ummat Darut Tauhid, Bandung.

Menurut penulis, memang tempat kajian yang berbeza boleh menyebabkan

temuan yang berbeza. Namun selain itu, jenis bentuk dan mekanisme

zakat yang dijalankan oleh lembaga zakat (amil) juga akan

menghasilkan temuan yang akan berbeza pula. Dan hal ini membezakan

11

dapatan kajian penulis dengan dapatan kajian pengkaji lain walaupun

berkaitan dengan isu yang sama.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Asnaf Baitul Mal

Aceh

Usahawan asnaf BMA adalah sekelompok usahawan yang berasal dari

golongan miskin, namun memiliki kekuatan untuk berusaha. Perjalanan

usaha mereka dalam meningkatkan pendapatan untuk memenuhi keperluan

hidup keluarga dipengaruhi pelbagai faktor. Penulis mengkaji faktor-

faktor yang ditemukan berdasarkan temu bual yang dilakukan kepada 2

(dua) pegawai BMA dan 8 (lapan) orang usahawan asnaf BMA yang

dianggap telah berjaya dalam usahanya. Kejayaan yang mereka rasakan

diantaranya pendapatan yang telah meningkat disebabkan kuantiti dan

kualiti usaha yang meningkat pula. Pendapatan itu pula berpengaruh

pada aspek pendidikan dan kesihatan keluarga. Dapat dikatakan bahawa

dana zakat produktif yang diagihkan kepada usahawan asnaf telah

membawa peningkatan taraf hidup usahawan asnaf (Shafwan Bendadeh,

2010).

Pelbagai faktor boleh mempengaruhi kejayaan yang dicapai usahawan

asnaf. Faktor-faktor yang dimaksudkan sama ada berasal daripada BMA

mahupun daripada usahawan asnaf. Faktor yang timbul daripada BMA

ialah bantuan modal dan bimbingan petugas (amil). Manakala faktor

yang muncul daripada usahawan dapat dibahagikan kepada dua. Pertama,

faktor spiritual asnaf, terdiri daripada niat yang ikhlas, shalat,

doa, sedekah dan pengajian. Kedua, faktor sumber manusia terdiri

daripada ketekunan, tanggung jawab, pengurusan usaha dan kerjasama.

1. Faktor luaran usahawan asnaf

Faktor luaran yang dimaksudkan ialah beberapa faktor yang berasal

daripada kebijakan BMA yang boleh mempengaruhi kejayaan usahawan

asnaf. Pengkaji menemukan bahawa bantuan modal atau dana zakat dan

12

bimbingan dari petugas BMA merupakan faktor yang penting bagi

mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf.

a. Bantuan modal usaha

Pengagihan modal usaha kepada usahawan asnaf memberi kesan positif

terhadap perkembangan usaha mereka. Adapun modal usaha ini berasal

dari slot dana zakat produktif yang diagihkan BMA kepada asnaf

miskin. Usahawan asnaf menggunakan modal usaha tersebut untuk

membeli keperluan buat melancarkan usaha mereka. Berikut ini dua

kenyataan dari usahawan asnaf mengenai penggunaan bantuan modal

usaha sesuai dengan usaha yang dijalankan.

Saya menggunakan bantuan modal yang diberikan BMA untuk membeli benih,jaring penutup tanaman dan mesin penyiram tanaman. - (Irhamdi – asnafpertanian dengan usaha bertani sayuran)

Modal yang diberikan BMA saya gunakan untuk membeli peralatan dan bahan-bahan untuk membuat tempe, seperti kacang soya, ragi, alat pencetak danbungkusan plastik. (Asmawati, asnaf home industry dengan usahapembuatan tempe)

Bantuan modal yang digunakan untuk melancarkan usaha diharapkan

meningkatkan pendapatan usahawan asnaf. Sebahagian dari pendapatan

digunakan untuk mengembalikan dana zakat yang diangsur setiap bulan

kepada petugas BMA dan diagihkan pula sebahagian untuk sedekah.

b. Bimbingan petugas BMA

Dana zakat produktif yang diagihkan oleh BMA merupakan dana yang

wajib dikembalikan oleh penerima zakat. Oleh itu, BMA melakukan

langkah-langkah agar dana zakat digunakan sepenuhnya untuk keperluan

meningkatkan usaha oleh para usahawan. Pada peringkat awal petugas

UPZP BMA melakukan temuduga untuk mengesahkan para pemohon yang

layak menerima dana zakat produktif. Selanjutnya, BMA meminta para

calon usahawan asnaf diminta untuk membuat senarai keperluan yang

akan dibeli dengan menggunakan agihan dana zakat. Langkah ini

bermaksud untuk menentukan jumlah dana zakat yang akan diberikan

kepada usahawan asnaf agar sesuai dengan keperluan.

13

Setelah disepakati jumlahnya, maka dibuat aqad perjanjian antara

usahawan asnaf dengan petugas BMA. Selepas proses ini selesai, maka

diserahkan dana zakat tersebut kepada usahawan asnaf. BMA

menggabungkan beberapa usahawan asnaf ke dalam satu kumpulan. Setiap

kumpulan akan mendapatkan seorang petugas dari BMA menjadi mentor.

Mentor bertugas memberikan bimbingan (nasihat) setiap bulan kepada

usahawan asnaf. Pada ketika itu juga usahawan asnaf membayar wang

ansuran kepada petugas lapangan BMA.

Mentoring dari petugas lapangan BMA dilakukan setiap bulan pada

tarikh dan tempat yang disepakati bersama dengan kumpulan usahawan

asnaf. Pada kebiasaannya tempat yang dipilih adalah surau atau

mesjid yang tidak jauh daripada tempat usaha para usahawan asnaf.

Bimbingan yang diberikan dalam bentuk ceramah. Tema yang

dibincangkan berkait dengan kesadaran untuk berinfak, menjaga amanah

dan hal-hal lain yang relevan. Pada kesempatan ini juga petugas

lapangan BMA memberikan motifasi kepada usahawan asnaf agar berusaha

lebih tekun dalam menjalankan usaha di masa hadapan (temubual dengan

petugas lapangan BMA, 2012).

2. Faktor dalaman diri asnaf

Adapun faktor yang penting pula bagi usahawan asnaf dalam mencapai

kejayaan ialah faktor yang berhubungan dengan diri asnaf itu

sendiri, sama ada aspek spiritual mahupun aspek sumber manusia.

Pengkaji mendapati bahawa niat yang ikhlas, amalan shalat, doa,

sedekah dan pengajian agama dalam aspek spiritual usahawan asnaf

BMA. Manakala dalam aspek sumber manusia pula didapati bahawa

ketekunan, tanggung jawab, pengurusan usaha dan kerjasama turut

mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf dalam meningkatkan perkembangan

usahanya.

a. Aspek spiritual

Aspek spiritual merupakan aspek penting yang mempengaruhi usahawan

asnaf. Aspek spiritual yang menghasilkan kejujuran, kesabaran dan

aklak yang baik di dalam diri usahawan asnaf. Mengikut Rizky Aulia

14

bahawa disamping ketekunan dalam berusaha, jujur dan niat yang baik

merupakan factor-faktor yang mempengruhi kejayaan usahawan asnaf.8

1) Niat yang ikhlas

Niat yang ikhlas menjadi factor yang sangat mempengaruhi kejayaan

aktifiti kehidupan manusia. Niat yang ikhlas menjadikan usaha

yang dijalankan manjadi aktifiti ibadah. Para usahawan yang

ikhlas dalam niatnya akan menempuh cara yang benar dan menjadikan

tujuan usahanya untuk mencapai keridhaan Allah. Maka dengan sebab

itulah ia memperolehi jaminan kejayaan dari Allah SWT.

Para usahawan asnaf BMA merupakan usahawan muslim yang memilih

jenis usaha yang dipastikan halal. Perkara ini pula menjadi

syarat yang dikehendaki oleh BMA. Oleh itu pihak BMA melakukan

temuduga kepada usahawan asnaf sebelum mengagihkan dana zakat.

Pemilihan jenis usaha tidak hanya berdasarkan keterampilan yang

dimiliki. Usahawan asnaf menyatakan bahawa usaha yang dijalankan

walaupun tidak meraih keuntungan besar, asalkan halal. Dalam

menjawab soalan terhadap pemilihan usaha, usahawan asnaf

memasukkan kriteria halal sebagai dasar pemilihan.

“Usaha ini dilakukan sebab memang sesuai dengan kemampuan yang saya ada.Kami sudah lama menjalankan usaha ini sejak dari orangtua dahulu. Yang pentingusaha ini adalah usaha yang menghasilkan rezeki halal.” (Maulidar,usahawan asnaf petani sayauran)

Selain itu sebahagian menyatakan niat untuk menjadi orang yang

bermanfaat bagi keluarga sebab telah memiliki tanggung jawab

memberi nafkah keluarga.

“usaha ini yang boleh saya lakukan untuk memberi nafkah kepada keluarga. Sebabsaya memiliki isteri dan anak-anak.” (Burhan, usahawan asnaf peniagakecil dan beca amanah)

8 Temubual dengan Rizky Aulia, ketua UPZP Baitul Mal Aceh pada tanggal 11Julai 2012 di pejabat Baitul Mal Aceh.

15

“usaha ini untuk membantu penghasilan orangtua-orangtua miskin disini. Sayamerasa kasihan kepada mereka. Mungkin inilah cara yang boleh saya lakukanuntuk membantu mereka.” (Bukhari, usahawan asnaf pembuat kerajinanrotan)

Dapat dikatakan bahawa usahawan asnaf dapat membawa motifasi yang

bersifat vertikal dan horizontal. Motifasi usaha yang memasukkan

nilai perintah Allah dan juga keinginan untuk memberi manfaat

kepada manusia lainnya.

2) Shalat

Shalat fardhu merupakan ibadah asas dalam Islam. Kewajipan shalat

termasuk perkara yang dijaga dalam kehidupan walau apapun

aktifiti yang dijalankan. Usahawan asnaf yang berjaya mengakui

bahawa shalat ialah kewajipan dalam agama yang tidak boleh

ditinggalkan.

“Sebagai orang Islam memang mesti shalat. InsyaAllah saya tak pernah

meninggalkan shalat.” (Irhamdi, usahawan asnaf petani sayuran)

“Alhamdulillah saya berniaga berhampiran dengan mesjid. Apabila adzan saya

pergi shalat ke mesjid.” (Darwis, usahawan asnaf peniaga kecil dan

beca amanah).

3) Doa

Doa juga merupakan amalan yang sentiasa dijaga oelh usahawan

asnaf BMA yang berjaya. Mereka meyakini doa merupakan amalan yang

harus dijaga sebab rezeki yang didapatkan merupakan pemberian

daripada Allah SWT.

“Doa insyaAllah saya lakukan selepas shalat. Saya yakin bahawa rezeki adalah Allahyang memberikannya.” (asnaf pembuat kue)

4) Sedekah

Setiap pendapatan yang diperolehi usahawan asnaf, sebahagiannya

disimpan untuk diagihkan semula. Sebagian digunakan untuk

16

membayar ansuran yang menjadi kesepakatan dengan BMA, manakala

sebahagian lainnya diagihkan sebagai sedekah (infak).

Saya insyaAllah selalu memberi infak kepada BMA. Inilah sebagai tanda syukursaya kerana sudah dibantu sehingga saya sudah boleh menjalankan usaha denganlancar (usahawan.

Sebahagian usahawan asnaf memilih untuk memberi sedekah ke mesjid

atau untuk membantu saudara (family).

Saya lihat ada saudara saya yang memerlukan bantuan, maka saya sedekahkepada dia. Saya ada juga bersedekah untuk mesjid yang berhampiran denganrumah saya.” (Asmawati, usahawan asnaf pembuat tempe).

5) Pengajian agama

Pengajian yang diikuti oleh usahawan asnaf pelbagai jenis. Para

usahawan asnaf pertanian lebih sering mengikuti pengajian agama

setiap bulan oleh petugas lapangan BMA. Mereka mudah untuk

memberi masa untuk pengajian bulanan.

Berbeza dengan usahawan asnaf pertanian, usahawan asnaf

perniagaan, beca amanah dan home industry, lebih banyak masa untuk

bekerja dan mengurus keluarga. Oleh itu mereka mengambil

kesempatan di malam hari atau di waktu shubuh.

“Kalau ada ustadz yang memberi pengajian di mesjid, maka saya ikuti.”(usahawan asnaf pembuat tempe)

“Saya biasa mengikuti pengajian yang ada di Televisi di waktu Shubuh. sebab sayabekerja malam membuat dan menghantarkan ke warung sebelum shubuh oleh itusaya memiliki masa lapang setelah shubuh.” (usahawan asnaf pembuat kue)

b. Aspek sumber manusia

Aspek spiritual perlu disokong pula oleh aspek sumber manusia dalam

diri usahawan asnaf. Aspek sumber manusia yang menjadikan usahawan

asnaf berusaha keras untuk mencapai kejayaan dalam usahanya.

1) Ketekunan

Ketekunan dalam berusaha merupakan faktor yang berpengaruh dalam

mencapai kejayaan seorang usahawan. Usahawan asnaf BMA telah

17

menjalankan usaha sejak lama. Ada yang sudah menjalankan usaha

sejak 10 tahun yang lalu, bahkan ada yang 15 tahun yang lalu.

“saya telah menjalankan usaha ini selama 10 tahun. Pernah sempat berhentidisebabkan saya sakit. Namun setelah sihat, saya lanjutkan lagi sampai sekarang.”(usahawan asnaf pembuat kue)

“saya telah dapat memanfaatkan tanah yang kosong di sebelah rumah menjadilahan yang dapat saya tanam sayuran. Usaha ini telah berlangsung lebih kurangselama 4 tahun. Memang ada kendala selama ini kerana cuaca yang tidak baikbagi tanaman. Namun walau pendapatan berkurang pada masa itu, dapat diatasidengan berusaha lebih kuat pada masa cuaca normal.” (Irhamdi, usahawanasnaf petani sayuran)

Usahawan asnaf tidak terlepas daripada pelbagai kendala yang

boleh menjadi penghalang. Memang kendala itu boleh mengganggu

jalannya usaha mereka dan mengurangi jumlah pendapatan bagi

keluarga. Namun demikian, kendala-kendala tersebut tidak membuat

usahawan asnaf berhenti berusaha. Bahkan mereka berusaha lebih

rajin ketika keadaan sudah normal.

2) Tanggung jawab

Tanggung jawab juga sikap yang turut mempengaruhi kejayaan

usahawan asnaf. Tanggung jawab usahawan asnaf dapat dilihat

daripada penggunaan dana zakat yang mereka terima. Usahawan asnaf

yang berjaya telah menggunakan wang tunai (dana zakat) secara

bertanggung jawab untuk memenuhi keperluan usaha mereka. Mereka

menyedari bahawa dana tersebut adalah amanah.

“kita mesti bertanggung jawab sebab dana yang diberikan

sebenarnya adalah dana zakat yang dibayar oleh orang-orang mampu.

Selain itu, ansuran juga wajib dibayar setiap bulan.” (Hambali,

usahawan asnaf peniaga kecil).

“bantuan yang diberikan harus diuruskan dengan baik kerana itu

adalah dana zakat.” (Maulidar, usahawan asnaf petani sayuran)

Sikap bertanggung jawab dalam menjaga amanah lebih disebabkan

kesedaran mereka bahawa mereka menggunakan dana zakat. Dana zakat

18

adalah dana yang berkaitan dengan agama. Oleh itu usahawan asnaf

tidak ingin wang itu disalahgunakan. Selain itu, disebabkan dana

bantuan wajib diansur setiap bulan, maka usahawan asnaf juga

bertanggung jawab untuk melunasi dengan membayar ansuran setiap

bulan.

3) Pengurusan usaha

Usaha yang dijalankan oleh usahawan asnaf BMA merupakan usaha

yang telah lama berjalan. Walau tidak secara keseluruhan,

pengkaji memperhatikan sebahagian usahawan asnaf telah biasa

dengan semua urusan berkait dengan usaha mereka. Urusan-urusan

berkait dengan usaha mereka seperti pengurusan tanaman bagi

usahawan asnaf petani sayuran dan pengurusan barangan perniagaan

bagi usahawan asnaf peniaga kecil.

Selain itu pengurusan masa juga sangat diperhatikan oleh usahawan

asnaf BMA, terutamanya oleh usahawan asnaf home industry dan petani

sayuran. Hal demikian disebabkan mereka akan menjual barangan

yang mereka hasilkan kepada agen atau peniaga pasar.

“Sayuran yang telah dipanen harus dihantar sebelum subuh kepada agen di desaTungkob sebab agen akan membawa sayuran itu ke pasar Aceh di kota pagi itu juga.”(Maulidar, usahawan asnaf petani sayuran)

“Tempe yang telah siap harus dihantar cepat-cepat kepada para peniaga di pasarSeutui kerana pagi-pagi para pembeli sudah datang ke pasar Seutui untuk beli tempe.”(Asmawati, usahawan asnaf pembuat tempe)

4) Kerja sama

Kejayaan yang dicapai oleh usahawan asnaf BMA dipengaruhi pula

oleh kerjasama yang telah dibina dengan pelbagai pihak,

terutamanya pihak petugas lapangan BMA. Para usahawan asnaf

menjalin komunikasi yang baik dengan para petugas. Mereka saling

memberi informasi-informasi penting bagi kejayaan usaha mereka.

Di dalam suatu kumpulan usahawan asnaf, petugas lapangan BMA

19

menjadi mentor yang membimbing mereka berkaitan dengan permodalan

dari BMA dan juga pengajian agama. Sesama usahawan asnaf juga

saling berkomunikasi dan bekerjasama agar mereka boleh melunasi

ansuran kepada BMA. Ketua kumpulan memperhatikan semua anggota

dengan baik agar semua anggota boleh berjaya dalam usahanya dan

melunasi ansuran kepada BMA setiap bulan. Diantara 8 (lapan)

orang usahawan asnaf yang pengkaji temubual ada 5 (lima) orang

yang menjadi ketua kumpulan. Mereka menjadi koordinator yang

bekerjasama dengan baik dengan anggota dan petugas lapangan BMA.

Selain dengan pihak BMA, kerjasama yang baik juga dijalinkan

dengan para agen dan pelanggan. Bahkan sebahagian sudah

mendapatkan agen daripada daerah-daerah yang berjauhan.

“kerjasama sentiasa dijaga terutama dengan para agen yang membeli barangankita. Mereka yang datang untuk mengambil barangan dan mereka akan menjualkepada para peniaga kedai.” (Bukhari, usahawan asnaf home industry)

“saya bekerjasama dengan para pelanggan saya iaitu para peniaga kecil di pasarSeutui. Maka saya sangat menjaga kualiti tempe supaya mereka sentiasa maumembelinya.” (Asmawati, usahawan asnaf pembuat tempe)

Kerjasama dengan pelbagai pihak memang sangat membantu usahawan

asnaf. Termasuk kerjasama yang sangat penting adalah dengan

anggota keluarga. Sebahagian usahawan asnaf yang berjaya

melakukan usaha bersama dengan anak atau isterinya.

“saya membuat tempe dibantu oleh anak-anak saya.” (Asmawati, usahawanasnaf pembuat tempe)

“saya dibantu anak-anak dan suami dalam membuat kue. Suami yang biasa pergike pasar menghantar kue dan membeli bahan-bahan untuk membuat kue.”(usahawan asnaf pembuat kue)

Penutup

Usahawan asnaf BMA merupakan golongan fakir miskin yang memiliki

usaha namun masih kekurangan modal untuk meningkatkan usaha mereka.

Oleh kerananya pendapatan mereka masih belum cukup memenuhi

keperluan keluarga untuk dapat hidup sejahtera.

20

Sejak tahun 2006 telah ramai usahawan asnaf yang dibantu oleh BMA

melalui agihan zakat produktif. BMA membantu para usahawan dalam

bidang usaha perniagaan kecil, peternakan, pertanian, home industry

dan pengangkutan (beca amanah). Bentuk kerjasama pembiayaan yang

dibuat adalah qardhu hasan untuk bidang pertanian, perniagaan, home

industry dan pengangkutan. Manakala untuk usaha bidang peternakan

dengan mudharabah.

Diantara para usahawan asnaf ada yang boleh berjaya dan ada pula

yang tidak berjaya. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan

usahawan asnaf. Berdasarkan kajiaan terhadap faktor-faktor yang

mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf yang telah berjaya, ditemukan

bahawa sama ada factor luaran mahupun factor dalaman turut

mempengaruhi. Adapun faktor luaran adalah bantuan modal dan

bimbingan daripada BMA. Manakala faktor dalaman terdiri daripada

aspek spiritual dan sumber manusia sangat berperanan. Faktor

spiritual merupakan faktor yang mendukung sikap jujur dan sabar

dalam berusaha. Sedangkan aspek spiritual pula perlu disokong oleh

aspek sumber manusia. Sumber manusia usahawan asnaf menjadikan

usahawan asnaf sebagai pekerja keras dalam mencapai kejayaan

usahanya.

Bibliografi

Abu Bakar Hamed dan Syarifah Md Yusof (2008). “Jaringan UsahawanHolistik: Strategi Usahawan Menuju Al-Falah.” Kertas kerjadibentangkan dlm Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan.

Ahmad Gaus (2008). Filantropi dalam Masyarakat Islam. Jakarta: PT. ElexMedia Komputindo.

Ahmad Shakir bin Makhtar (2011). “Cabaran Dan Transformasi AgihanZakat Dalam Pembasmian Kemiskinan: Pengalaman Lembaga ZakatSelangor.” dlm. Transformasi Zakat: Daripada Saradiri Kepada ZakatProduktif. Pusat Urus Zakat, MAINPP & Pusat Kajian PengurusanPemabangunan (ISDEV).

21

Aimi Nadhirah Mohd Nadhir (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi KejayaanUsahawan Asnaf Terpilih Di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Disertasi SarjanaSains Kemasyarkatan (Pengurusan Pembangunan Islam) yangdiserahkan kepada Universiti Sains Malaysia. Tidakditerbitkan.

Armiadi (2008). Zakat Produktif: Solusi Alternatif Pemberdayaan Ekonomi Umat.Banda Aceh: Ar-Raniry Press.

Edy Sahlan (2009). Sistem Penyaluran Zakat untuk Pengembangan Usaha Produktif

pada Baitul Mal Aceh. Laporan Praktek Kerja Lapangan diserahkan

kepada Fakulti Syariah IAIN Ar-Raniry Darussalam, Banda Aceh

(tidak diterbitkan).

Muhammad Syukri Salleh (1999). Usahawan Dan Kegemilangan Islam.”Dlm. Dewan Ekonomi, Julai 1999, ms 47-48 diakses daripadahttp://www.geocities.ws/muhammadsyukri/DEUsahawan.html pada 27Mei 2012

Riza Rahmi (2011). Menyangga Perekonomian Masyarakat Miskin, dlm MajalahBaitul Mal Aceh Edisi III/ 2011.

Sayed Muhammad Husen (2009). Zakat Produktif: Memberdayakan Ekonomi KaumMiskin. Dalam majalah Baitul Mal Aceh Edisi Juni 2009.

Shafwan Bendadeh (2011).Pengaruh Agihan Modal Usaha Zakat ProduktifTerhadap Pendapatan Usahawan Asnaf: Kajian di Baitul Mal Acehdibentangkan dalam Aceh Development International Conference (ADIC) pada26-28 March 2011, UKM-Bangi, Malaysia

Siti Arni Basir, Bharudin Che Pa & Raja Hisyamudin Raja Sulong(2009). “Prinsip-Prinsip Kualiti Ke Arah Melahirkan UsahawanMuslim Yang Berjaya.” Dlm. Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 2 (2009)327-352

Shuhairimi Bin Abdullah (2008). “Aplikasi Nilai-Nilai Murni DalamKalangan Usahawan Ke Arah Pembangunan Usahawan Muslim YangHolistik.” Dibentangkan dlm Seminar Keusahawanan Islam II PeringkatKebangsaan.

Tim UPZP Baitul Mal Aceh (t.t). Deskripsi Program Zakat Produktif Baitul Mal

Aceh (buku UPZP).

Wan Sabri Wan Hussin (2005). “Keusahawanan Islam Dalam EraGlobalisasi” dlm Seminar Keusahawanan Islam peringkat Kebangsaan(September 2005) anjuran Akademi Pengajian Islam UniversitiMalaya.

22

.Yeni Saptia (2010). Determinansi Peningkatan Pendapatan Mustahik

Dalam Penggunaan Dana Zakat Produktif (Studi Kasus: MustahikAnggota Program Misykat Dompet Peduli Ummat Daarut TauhidBandung).” Dlm Jurnal Ekonomi Dan Bisnis Islam Vol. 4, No.2 (Juni2010).

23