EDU tingkah laku pembelajaran

79
PENDAHULUAN Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pola tingkah laku. ( American Heritage Dictionary of the English Language dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow(2009), disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid untuk berkelakuan baik. Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikan model- model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini. Model-model modifikasi yang akan dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser. Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. 1

Transcript of EDU tingkah laku pembelajaran

PENDAHULUAN

Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan

watak yang khusus atau pola tingkah laku. ( American Heritage

Dictionary of the English Language dalam Choong Lean Keow, 2009).

Menurut Choong Lean Keow(2009), disiplin dalam bilik darjah pula

merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk

mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid

untuk berkelakuan baik.

Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan

latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu

yang meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi

aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial.

Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik

untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip

pelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikan model-

model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam

penulisan kerja kursus ini. Model-model modifikasi yang akan

dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model

Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan

Model Terapi Realiti Glasser.

Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan

ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah

laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar.

Berdasarkan pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh

diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang

dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

1

Kesemua model-model modifikasi yang akan dihuraikan amat penting.

Hal ini kerana guru akan dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-

masalah murid dan seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk

membentuk individu yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia secara

lebih berkesan. Selain itu, strategi yang boleh diambil oleh dua orang

guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi akan

turut dibincangkan.

2.0 PENYELIDIKAN DAN PEMERHATIAN

2.1 UNSUR-UNSUR FIZIKAL

SENARAI PERABOT YANG TERDAPAT DALAM BILIK DARJAH

BIL PERABOT KUANTITI

1 Kerusi 24

2 Meja 24

3 Almari 2

4 Rak 3

2

5 Tong sampah 1

6 Papan kenyataan 5

7 Papan tulis 1

8 Pemadam papan tulis 1

Petunjuk Pelan Kasar Bilik Darjah

BIL PERABOT IKON

1 Kerusi Pelajar/Guru

2 Meja Pelajar/Guru

3 Almari

4 Rak

3

5 Tong sampah

6 Papan kenyataan

7 Papan tulis

Pelan Kasar Bilik Darjah 3 Rukun

4

Pelan Kasar Dinding Bilik Darjah Tahun 3 Rukun

5

A A

ABJAD SUDUT KANDUNGAN

A AM

motto, visi, misi, jadual waktu, jadual harian, jadual bertugas, keputusan peperiksaan

B SUBJEK MATEMATIKnota, sifir, jalan pengiran dalam bentuk lazim

6

DCB

C SUBJEK SAINS gambar, rantai makanan,nota

D SUBJEK BAHASA MELAYU pantun, sajak, imbuhan,kata hubung.

Bagaimana guru

menguruskan murid-

muridnya?

- Guru akan menguruskan muridnya melalui

menunjukkan kasih sayangnya dan

tumpuannya dengan mengambil berat

terhadap keadaan muridnya. Sebagai

contoh “Azmi,kenapa kamu kelihatan lesu

hari ini?”

- Guru akan mengetahui keadaan dan

masalah murid. Dengan cara itu, guru

mengetahui apa yang diinginkan anak

didiknya dan memudahkan guru untuk

berurusan dengan murid sekiranya murid

tersebut mempunyai masalah.

- Guru juga akan memastikan masalah

7

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENGAJIAN PROFESIONA-ETOS BILIK DARJAH

Bagaimanakah guru

menggunakan bahasa

isyarat untuk menarik

perhatian murid-

muridnya?

disiplin murid berada dalam keadaan

terkawalan. Sebagai contoh membuat

pemerhatian setiap tingkah laku murid

untuk mengenalpasti jenis-jenis tingkah

laku yang bermasalah.

- Untuk murid yang nakal sewaktu proses

PDP,guru mesti memikirkan satu proses

pembelajaran yang dapat menarik

perhatian mereka. Apabila pemerhatian

dilakukan, pelbagai faktor yang

menyebabkan masalah tingkah laku

murid.Jadi, unsur muzik boleh dimasukkan

seperti nyanyian nasyid supaya murid

akan tertarik dengan proses P&P kita.

- Bagi memudahkan urusan murid, guru

membuat sudut am di papan kenyataan yang

mengadungi senarai kerja sekolah harian

dan maklumat-maklumat yang lain.

Antara bahasa isyarat yang digunakan

oleh guru untuk menarik perhatian murid

adalah:

1. Mengubah nada suara seperti nada suara

yang kuat.

- “Syafiq, sila beri perhatian”.

- Cikgu tidak suka kepada murid-murid

8

Apakah strategi lain

yang digunakan oleh

guru untuk mengatur

yang suka membuang sampah merata-

rata!

2. Menggelengkan kepala. Bahasa isyarat

ini digunakan apabila murid melakukan

salah laku yang tidak diingini seperti

membuat bising, mengganggu rakan

sebelah, tidak memberi perhatian dan

sebagainya.

3. Menggunakan tangan. Isyarat tangan

boleh membawa maksud yang berbeza.

Terdapat maksud yang postif dan

negatif. Contohnya:

Positif:

- Meminta murid menunjukkan tanda bagus

dengan mengangkat ibu jari sambil

menyebut “bagus” sebagai tanda

memberi penghargaan kepada rakan

sekelas atau diri sendiri.

Negatif:

- Memegang rotan sambil menunjukkan

tanda marah ketika murid melakukan

kesalahan seperti membuat bising.

4. Membuat riak muka marah / tidak

peduli dengan murid tersebut.

- Strategi lain yang digunakan oleh

9

bilik darjahnya? guru adalah dengan mementingkan aspek

persekitaran pembelajaran yang

menyenangkan. Pembelajaran yang

menyenangkan adalah suasana

pembelajaran selesa supaya murid

dapat melibatkan diri dengan aktif ,

mengambil bahagian dan memberi

tumpuan sepenuhnya semasa

pembelajaran. Strategi yang digunakan

oleh guru SK Taman Rakyat ini dengan

memberi penekanan kepada aspek

fizikal dan psikososial.

- Fizikal:

1. Sumber bahan pembelajaran

mencukupi.

2. Pengcahayaan yang mencukupi.

3. Pengudaraan yang nyaman.

4. Grafik bilik yang cantik.

5. Kebersihan.

- Psikososial:

1. Bebas daripada ancaman dan bahaya

fizikal

2. Suasana yang selesa dan menarik.

3. suasana yang merangsang

10

Apakah jangkaan guru

terhadap kelasnya?

pembelajaran . 4. Suasana pembelajaran koperatif dan

memberi peluang yang sama untuk

semua murid . - Jangkaan guru terhadap kelasnya ialah

murid hiperaktif yang dapat

mengganggu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

- Murid yang terlalu pendiam.

- Murid suka membuat bising.

- Murid yang dapat tidak mahu memberi

perhatian.

- Ketidakfahaman terhadap isi

pembelajaran yang disampaikan.

Apakah rutin bilik

darjah yang

diperkenalkan oleh

guru?

- Antara rutin yang diperkenalkan oleh

guru adalah:

1. Sebelum loceng sekolah berbunyi,

murid berkumpul di surau untuk

membaca Surah Yasin

2. Guru yang bertugas akan mencatat nama

murid yang hadir lewat dan tindakan

segera dikenakan seperti mengutip

sampah di kawasan padang sekolah.

3. Semua murid hendaklah berkumpul di

kantin sekolah dan membaca doa

11

Bagaimanakah pertukaran

antara masa pengajaran

dan pembelajaran

diuruskan?

selepas makan bersama-sama setelah

masa rehat tamat.

4. Murid mengaminkan doa secara beramai-

ramai sebelum bermula sesi PdP dan

sebelum pulang.

5. Sewaktu rehat, murid tidak dibenarkan

berada di dalam kelas sehingga loceng

waktu habis rehat dibunyikan.

6. Murid hanya dibenarkan ke

perpustakaan pada rehat sahaja. Waktu

kelas dibenarkan dengan kebenaran dan

bersama-sama guru matapelajaran ke

perpustakaan.

7. Murid akan memakai kad kebenaran

keluar kelas sekiranya mahu ke tandas

atau atas urusan yang tertentu.

( dikawal oleh guru)

1. Pertukaran masa pengajaran sebelah pagi.

Sebelum memulakan kelas pada waktu pagi.:

- semua murid bergerak ke surau untuk

membaca Surah Yasin. Program ini

bermula pada jam 7.15 pagi sehingga jam

7.45 pagi. Tepat jam 7.45 pagi, murid

akan bergerak ke kelas masing-masing

12

untuk proses PDP.

Selepas rehat:

- Murid-murid membaca doa selepas makan

secara beramai-ramai yang diketuai

oleh pengawas bertugas.

- Murid akan beratur sebelum masuk ke

kelas.

Antara waktu dengan waktu pembelajaran

yang lain:

- Apabila loceng pertukaran waktu

dibunyikan, guru akan berada di dalam

kelas sehingga guru pada waktu yang

seterusnya masuk. Ini sebagai langkah

supaya murid tidak merayau-rayau

sebelum guru masuk ke kelas.

Bagaimanakah jadual

giliran bertugas

diuruskan?

- Setiap kelas mempunyai jadual

bertugas yang telah ditetapkan. Ketua

kelas memainkan peranan dalam

mengendalikan jadual bertugas. Guru

kelas akan membuat perbincangan untuk

melantik jawatan kuasa kelas serta

pembahagian tugas kebersihan kelas.

Ketua dan penolong kelas dilantik

13

Adakah semua kelas

mengamalkan kaedah yang

sama?

untuk menguruskan kelas khususnya

dalam pelaksanaan jadual kelas. Murid

yang bertugas dikehendaki datang awal

untuk membersihkan kelas.

- Ya, semua kelas mengamalkan kaedah

yang sama dan pembahagian tugas

dilakukan secara sama rata mengikut

bilangan murid di dalam kelas masing-

masing.

Apakah peraturan dan

pengawalan yang telah

diperkenal di dalm dan

diluar bilik darjah?

- Di antara peraturan dan pengawalan

yang telah diperkenalkan di SK Taman

Rakyat :

- Di dalam bilik darjah:

1. Memberi salam ketika guru masuk ke

kelas.

2. Membaca doa penerang hati dan

selawat sebanyak 7 kali.

3. Murid yang bersalah dikehendaki

membayar RM 0.50 sekiranya ada

sampah di bawah meja mereka.

4. Sekiranya suka membuat bising, guru

akan meminta murid datang dan

berdiri di hadapan kelas hingga

tamat proses PdP.

- Luar kelas

14

1. Setiap kali berjumpa dengan guru,

murid dikehendaki memberikan kata

sapaan yang sopan seperti “ Selamat

Pagi, Assalamualaikum dan Salam

Sejahtera.”

2. Murid dilarang keluar daripada

kawasan sekolah sebelum loceng

berbunyi.

3. Murid dilarang untuk berlari

sewaktu rehat.

4. Murid dilarang berada di dalam

kelas sewaktu rehat.

5. Murid dikehendaki duduk sewaktu

makan dan minum.

Apakah yang anda

perhatikan berkenaan

perhubungan guru dalam

persekitaran bilik

darjah?

- Guru mewujudkan suasana bilik darjah

yang ceria, bersih dan teratur.

- Mewujudkan bilik darjah yang dapat

memberi motivasi kepada murid.

- Pencahayaan bilik darjah yang baik.

- Guru memberi ruang untuk

mengembangkan potensi murid dari

sudut kognitif, sosial dan juga

emosi.

- Guru menggunakan bahasa badan yang

sesuai untuk mewujudkan suasana

15

Apakah yang anda

perhatikan berkenaan

perhubungan murid dalam

persekitaran bilik

darjah?

pembelajaran yang menyeronokkan.

- Murid dapat menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang selamat dari sudut psikososial.

- Murid menggunakan kemudahan yang ada

di dalam bilik darjah dengan

sebaiknya.

- Murid memberi kerjasama dengan guru

dalam semua aktiviti yang dijalankan.

- Keadaan yang bising kerana

bersebelahan dengan sekolah lain yang

berdekatan. Di samping itu, sekolah

ini juga berada di tepi jalan utama

yang digunakan oleh penduduk di situ.

Bagaimanakah murid

dikumpulkan untuk sesi

pembelajaran?

Adakah mereka berada di

- Apabila loceng sekolah dibunyikan,

semua murid dikehendaki masuk ke

dalam Dewan Bestari untuk program

ULAT BUKU.

- Sewaktu proses PDP, kebanyakan guru

mengamalkan pembelajaran secara .

- Dinamika kumpulan dibentuk untuk

16

dalam kumpulan yang

sama?

Adakah murid

bekerjasama dalam

sesetengah tugasan?

memastikan murid tidak tersingkir di

dalam pembelajaran.

- Tidak, kumpulan akan semtiasa berubah

mengikut faktor-faktor yang tertentu.

- Ya, sesetengah murid memberikan

kerjasama yang baik namun terdapat

sebilangan murid yang tidak

memberikan kerjasama. Hal ini

menyebabkan murid tidak akan berada

di dalam kumpulan yang sama.2.2 KENALPASTI SALAH LAKU MURID

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU

SK TAMAN RAKYAT,KEDAH

Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik

tingkah laku, temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan

kekerapan serta pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap pelajar-

pelajar sekolah SK Taman Rakyat. Berikut adalah dapatan yang diperolehi

melalui beberapa instrument.

1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang

BI

L Jenis Salah Tingkah Laku 1 2 31 Tidak menumpukan perhatian /2. Ponteng /3. Merosakkan harta benda sekolah /4. Bergaduh /

17

5. Mencuri /6. Tidak menyiapkan kerja sekolah /7. Tidak menghormati guru /8. Hiperaktif /9. Menyalahi etika pemakaian yang betul /10

.

Meniru semasa peperiksaan

/11

.

Merosak / menghilangkan buku teks

/12

.

Tersisih / Pasif

/13

.

Mengganggu rakan

/14

.

Buli

/

2.3 BORANG SOAL SELIDIK

SK TAMAN RAKYAT,KEDAH

BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID

NAMA : Puan Che Raihan bin Ismail.

NO KAD PENGENALAN : 621501-02-4096

JAWATAN : Guru Besar

TARIKH : 18 Mac 2014

18

1. Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid?

Masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid Sekolah

Kebangsaan Taman Rakyat ialah bergaduh. Kebanyakkan murid suka

terpengaruh dengan aksi-aksi ganas. Hasil daripada laporan guru kelas

terdapat beberapa orang murid yang menjadi ketua bagi suatu-suatu

kumpulan, khususnya murid tahun lima.

2. Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang

membimbangkan?

Masalah disiplin ini berada pada tahap yang membimbangkan. Melalui

laporan pemerhatian yang dibuat oleh guru kelas, menunjukkan kekerapan

murid yang bergaduh hampir setiap hari.

3. Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah

laku ini?

Di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ini kami telah melaksanakan atau

mengadakan satu pertandingan “Murid Contoh” khusus untuk murid yang

menunjukkan tingkah laku yang baik dalam tempoh satu bulan. Setiap

hujung bulan, anugerah dan hadiah akan diberikan kepada murid

memenangi pertandingan tersebut.

Bagi murid yang masih berdegil dengan suka menimbulkan kekacauan,

kami daripada pihak sekolah mengambil inisiatif memanggil mereka

berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) untuk

mengetahui dengan lebih lanjut masalah ini sekali gus membawa mereka

berjumpa dengan Guru Kaunseling dan Bimbingan.

Selain itu, kami daripada pihak sekolah akan menelefon untuk

memaklumkan kepada ibu bapa mengenai masalah anak mereka. Justeru

tanggungjawab kami sebagai orang tengah kepada ibu bapa adalah

19

dilaksanakan dengan sebaiknya. Mereka akan dipanggil ke sekolah untuk

membincangkan masalah ini supaya penyelesaian dapat dibuat.

4. Apakah sebab kemungkinan berlakunya masalah ini?

Sekiranya masalah ini berpunca daripada ibu bapa, pihak sekolah

khususnya dengan guru besar sendiri atau melalui Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid akan berbincang dengan mereka dengan lebih lanjut.

Contohnya dengan memberi nasihat kepada ibu bapa, menerangkan tentang

kepentingan akhlak untuk masa masa yang akan datang.

Masalah suka bergaduh ini sebenarnya berpunca daripada murid itu

sendiri, mereka akan berasa hebat jika mereka ditakuti ramai pelajar

yang lain. Tambahan pula, murid yang selalu bergaduh ini selalunya

mempunyai adab yang kurang sopan seperti melawan cakap guru. Sebagai

penyelesaiannya, kami akan membawa murid tersebut kepada guru

kaunseling untuk diberikan kaunseling dan bimbingan sebagai langkah

untuk mengatasi masalah tingkah laku ini. Murid tersebut akan diberi

pemerhatian dalam tempoh yang tertentu untuk memerhati perkembangan

murid tersebut. Sekiranya ia tidak berhasil, kami akan mengambil

inisiatif lain untuk memulihkan masalah beliau.

Tambahan pula, masalah ini juga berpunca daripada sikap guru. Hal

ini berkemungkinan disebabkan guru yang gagal merancang mengambil

tindakan yang sewajarnya. Amaran yang diberi tidak terlalu keras dan

mengambil sikap memanja-manja murid. Kebiasaannya tingkah laku ini

merupakan cara murid untuk guru mengambil berat kepadanya.

Antara punca masalah ini ialah harapan sekolah yang terlalu

tinggi terhadap pencapaian akademik. Guru-guru terlalu ‘menekan’

murid-murid sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak

20

seronok. Mereka akan berfikir bahawa sekolah adalah salah satu tempat

yang mengongkong dan tempat yang mengawal mereka. Merujuk kepada tahap

perkembangan umur murid, mereka berada dalam temph perkembangan dan

tumbesaran. Perasaan inkuiri dan ingin tahu yang sangat tinggi

menjadikan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.

SK TAMAN RAKYAT, KEDAH

BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID

NAMA : Puan Rozita binti Hashim

NO KAD PENGENALAN : 690410-02-5086

JAWATAN : Guru Penolong Kanan

TARIKH : 19 Mac 2014

1. Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid?

Masalah disiplin yang kerap kali berlaku dalam kalangan murid-murid

Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ialah suka merosakkan harta

benda sekolah. Kebanyakan murid-murid Tahun 4 sangat buas. Mereka

tidak suka dengan alam persekolahan. Murid-murid tahun 4 ada antara

mereka yang suka menimbulkan kekacauan kepada tahun-tahun lain. Mereka

seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri dan suka merayau-rayau

di sekitar sekolah.

21

2. Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang

membimbangkan dan apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku?

Tidak. Masalah ini bagi murid-murid tahun 4 adalah perkara biasa yang

berlaku sepanjang tahun ini. Mereka lebuih cenderung kepada aksi-aksi

ganas kerana terpengaruh dengan media massa.. Oleh yang demikian,

mereka bertindak untuk merayau-rayau semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

3. Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah

laku ini?

Inisiatif yang boleh diambil bagi menangani masalah tingkah laku ini

adalah dengan guru-guru perlu bertanggungjawab untuk memberi amaran

keras kepada murid-murid ini.. Guru-guru perlu menggunakan kaedah-

kaedah yang pelbagai yang dapat memotivasi murid-murid agar mereka

sedar tentang kepentingan harta benda sekolah.. Kempen Budaya

Cemerlang yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah sendiri sebagai

usaha untuk menggalakkan murid-murid untuk mengamalkan akhlak-akhlak

yang baik. Oleh yang demikian, kempen ini dapat menngkatkan kesedaran

murid agar menjadi insan yang baik. Kempen ini sangat berkesan dan

sangat membantu guru-guru untuk menangani masalah murid-murid yang

suka merosakkan harta benda sekolah.

SK TAMAN RAKYAT, KEDAH

BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID

NAMA : Puan Hanani binti Wahab

NO KAD PENGENALAN : 700101-02-6314

22

JAWATAN : Guru Disiplin

TARIKH : 20 Mac 2014

1.Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid?

Masalah merokok menjadi rutin bulanan, terutamanya bagi pelajar-

pelajar lelaki darjah enam. Sikap segelintir pelajar ini sebenarnya

mengundang padah kepada diri mereka sendiri, kerana pelbagai hukuman

menanti mereka, jika mereka ditangkap merokok di kawasan sekolah.

Sungguhpun para pelajar ini telah berkali-kali menerima hukuman rotan

daripada saya sebagai guru disiplin, namun usaha guru disiplin di

sekolah saya ibarat "menghitung bulu kambing."

2.Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang

membimbangkan?

Ya. Sebenarnya, masalah ini merupakan masalah yang berlarutan

sepanjang saya bertugas di sini. Memandangkan murid sekolah ini

kebanyakkannya lelaki, masalah ini tidaklah berada pada tahap yang

bahaya dan teruk seperti yang berlaku pada sekolah-sekolah lain kerana

mungkin baru permulaan dan di peringkat rendah.

2.Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah laku

ini?

Salah satu inisiatif yang diambil adalah dengan mewujudkan Buku Rekod

Kesalahan Murid. Jadi, buku ini berfungsi sebagai hukuman keras kepada

pelajar yang bermasalah terutamanya merokok.. Buku tersebut akan

23

dihantar kepada bilik pengawas disipilin untuk di analisis. Analisis

ini akan dibentangkan setiap kali mesyuarat antara guru diadakan.

Seterusnya, pihak disiplin juga akan mengambil tindakan sewajarnya

kepada murid yang merokok kerana tidak mengikut peraturan sekolah.

Kebiasaannya kami akan memberi dendaan kepada mereka seperti memberi

ganjaran sekiranya mereka sudah tidak merokok.

3.Apakah sebab kemungkinan berlakunya masalah ini?

Sebab berlakunya masalah ini adalah dari sudut ibu bapa. Ibu bapa yang

menghisap rokok di depan anak-anak mereka .Ini bukan saja menunjukkan

contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak

mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka

juga melakukan hal yang sama.

Seterusnya ialah perasaan ingin mencuba dan berseronok .Mereka juga

terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu

kerana golongan kanak-kanak sinonim dengan sikap mereka yang ingin

mencuba sesuatu yang baru. Bagi mereka khususnya lelaki menganggap

merokok itu benda yang hebat dan baru sehinggakan ada yang ketagih

merokok.Akibatnya, dia akan bersikap agresif jika tidak merokok.

24

SK TAMAN RAKYAT,KEDAH

BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU MURID

NAMA : Ustazah Hasnida binti Saleh

NO KAD PENGENALAN : 880117-02-5428

JAWATAN : Guru Pendidikan Sivik

TARIKH : 21 Mac 2014

1.Apakah masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan murid?

Kebiasaannya masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid adalah

membuli. Biasanya pelajar lelaki menunjukkan sifat membuli secara

fizikal manakala pelajar perempuan cenderung untuk menunjukkan sifat

membuli dengan perkataan, sindiran atau memulaukan seseorang.

Kebiasaanya hal ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar lelaki.

25

2.Adakah masalah disiplin ini berada pada pada tahap yang

membimbangkan?

Berdasarkan pandangan saya, masalah ini berada pada tahap yang

membimbangkan. Hal ini kerana, mereka merupakan murid di peringkat

sekolah rendah. Jadi, jika hal ini semakin berterusan maka masalah ini

akan menjadi amalan hingga di peringkat menengah. Bak kata pepatah

Melayu kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini

kerana, jika kita tak membentuk mereka dari kecil kemungkinan mereka

akan menjadi generasi bermasalah dan semaki rosak dari hari ke hari.

3.Apakah inisiatif yang diambil untuk menangani masalah tingkah laku

ini?

Pertamanya, saya akan memanggil murid tersebut untuk menanyakan sebab

mereka melakukan masalah tersebut. Kemudian, jika sebab yang diberikan

tidak munasabah, maka ustazah akan memberikan hukuman yang keras

seperti memberi amaran kesalahan mereka akan direkod dan dilaporkan

kepada pihak polis.

Ugutan ini adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa bersalah dan

menimbulkan rasa takut untuk membuli kerana dikaitkan dengan polis.Di

samping itu, pihak sekolah juga telah mengadakan Kempen Anti-Buli.

Dalam kempen ini diberi pengisian ceramah daripada pihak polis

sendiri. Kempen ini diberi penekanan terhadap akibat buruk membuli.

Oleh itu, sedikit sebanyak dapat memotivasi pelajar supaya tidak

menjadi seorang pembuli.

Tetapi sekiranya masalah ini terus berlanjutan, ustazah akan membawa

masalah ini kepada guru yang bertanggungjawab menguruskan masalah

26

disiplin, iaitu guru disiplin serta Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid (GPK HEM).

4.Apakah sebab kemungkinan berlakunya masalah ini?

Melalui pemerhatian saya, salah satu sebab ialah berpunca daripada

pengaruh media massa. Media massa yang paling berpengaruh ialah

televisyen dan permainan video. Dewasa ini terdapat banyak stesen

televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya

pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen

tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya

peiajar sekolah.

Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan

kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa

disiplin sekolah dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar

akan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin

sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap

pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

. Dalam pada masa yang sama, ibu bapa perlu memainkan peranan utama

dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk

nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa

anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa

juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada

setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada

anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di

samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada

anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi.

27

2.3.1 JENIS-JENIS SALAH LAKU YANG DIPERHATIKAN

BIL JENIS SALAH LAKU SEBAB

1. Merosakkan harta benda sekolah Tunjuk kreativiti masing-

masing

Tunjuk kekuatan masing-

masing

2. Bergaduh Berebut untuk duduk

dihadapan

Berebut untuk mencuci

28

papan hitam

3. Tidak menumpukan perhatian Berada di belakang kelas

Tidak faham tentang

subjek yang dipelajari

4. Ponteng Tidak membuat kerja

sekolah yang diberi

Tidak suka akan subjek

yang dipelajari

Takut kepada guru

5. Mencuri Mempunyai keinginan

terhadap barang yang

dimiliki oleh kawannya.

6. Tidak menyiapkan kerja sekolah Terlupa untuk siapkan

kerana dua hari lepas

29

cuti

Tidak faham tentang

subjek yang dipelajari

7. Tidak menghormati guru Berdendam dengan guru

yang diajar

8. Hiperaktif Penyakit yang dihadapi

9. Menyalahi etika pemakaian yang

betul

Pakai baju baru dan

lencana ada di baju yang

lama

Nametag hilang

Memakai anak tudung hitam

kerana anak tudung putih

terkoyak

10. Meniru semasa peperiksaan Tidak tahu jawapan bagi

soalan tersebut

30

11. Merosak / menghilangkan buku

teks

Geram sebab tidak dapat

buat kerja

Marah kepada guru kerana

memberikan kerja yang

banyak

12. Pasif Tidak suka bergaul dengan

rakan yang lain

Suka berseorangan

Tidak meliatkan diri

secara aktif dalam kelas

13. Mengganggu rakan Bosan dengan subjek yang

dipelajari

14. Buli Berdendam

31

2.4 LAPORAN PEMANTAUAN TINGKAH LAKU

Pada tanggal 17 Mac 2014, berlansungnya Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS) bertempat di SK Taman Rakyat, Kedah. Tugasan ini

dilakukan seramai 3 orang yang terdiri daripada Syed Fahmi Akmal bin

Syed Ismail, Mohd Farhan bin Abdullah dan Mohammad Qayyum bin Mohammad

Sobri. Seramai 1134 murid dan 50 orang guru yang berkhidmat sebagai

tenaga pengajar dan terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang

majarotinya daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sekolah tersebut

hanya terdiri daripada murid-murid perempuan sahaja.

Daripada hasil tinjauan tentang sejarah sekolah, kami mendapati

bahawa sekolah tersebut adalah berasal daripada kawasan perkuburan

32

yang kemudiannya ditukar menjadi bangunan sekolah. Sekolah tersebut

adalah merupakan antara bangunan peninggalan penjajah Inggeris. Pihak

sekolah telah menyediakan Sudut Antik. Terdapat barangan-barangan

antik yang dipamerkan seperti tenggala, buyung, pasu lama dan

sebagainya.Ini adalah untuk memperkenalkan barangan antik kepada

generasi pada masa kini supaya pengetahuan tentang barangan-barangan

ini tidak ditelan zaman.

Pada pemerhatian saya dapat telah melihat dan membuat pemerhatian

bahawa guru-guru di sekolah tersebut telah memastikan pelajar-pelajar

mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas apabila datang

dan sepanjang berada di sekolah. Selain itu, guru-guru di sekolah

tersebut juga telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan agar pembelajaran

berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, selain jadual dan peraturan

sekolah sudut bacan dan sudut mata pelajaran telah disediakan untuk

menarik minat pelajar untuk belajar. Pada masa yang sama, kelas

mestilah berada dalam keadaan teratur, bersih dan kemas.

Seterusnya, pelajar-pelajar di sekolah tersebut juga mempunyai

jadual belajar dan jadual tugasan harian masing-masing. Hal ini

demikian, dapat mendisiplinkan pelajar terhadap kebersihan dan

tanggungjawab mereka. Guru-guru di sekolah tersebut juga sentiasa

mengikut jadual yang telah ditetapkan apabila pertukaran antara masa

pelajaran dan pembelajaran.

Dalam pada itu, jadual giliran bertugas diuruskan dengan semua

pelajar telah diberi tugasan mengikut kumpulan dan hari yang telah

ditetapkan. Pada masa yang sama, semua kelas telah mengamalkan kaedah

33

yang sama tetapi berbeza mengikut bilangan pelajaar yang terdapat

dalam kelas.

Peraturan dan pengawalan yang telah diperkenalkan didalam bilik

darjah adalah pengawalan oleh ketua darjah yang dibantu oleh penolong

ketua darjah. Manakala, di luar bilik darjah seperti di perhimpunan

atau ketika bacaan doa pada setiap pagi, kawalan kelas akan diambil

alih oleh para pengawas yang bertugas.

Sepanjang menjalankan pemerhatian di sekolah tersebut, saya

dapati hubungan antara pelajar dengan guru amat baik dan erat. Sebagai

contoh, pelajar di sekolah tersebut sentiasa memberi salam dan

membantu guru mereka mengangkat barang. Pada masa yang sama,

perhubungan murid dengan persekitaran bilik darjah juga amat baik

disebabkan persekitaran bilik darjah yang berseih, ceria dan terdapat

banyak bahan bacaan yang boleh dibaca.

Bagi murid pendiam sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran,

guru-guru menggunakan kaedah pengajaran dengan melibatkan murid itu

secara aktif seperti melantinya sebagai ketua kumpulan supaya dia

bersuara. Untuk memudahkan urusan murid, guru juga akan menulis atau

mencatat kerja rumah yang diberikan di papan kenyataan yang telah

tersedia di dalam hadapan bilik darjah supaya murid ingat dan membuat

latihan seperti yang dikehendaki. Melalui cara begini, murid-murid

memberikan tindakbalas yang sebaiknya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Terdapat juga antara Guru-guru di SK Taman Rakyat menggunakan

bahasa isyarat untuk menarik perhatian murid-murid. Antaranya dengan

menggunakan isyarat kepala, iaitu dengan menggelengkan kepala.

34

Perbuatan ini dilakukan sekiranya murid melakukan salah laku yang

tidak diingini seperti membuat bising, mengganggu rakan, tidak

memberikan perhatian dan sebagainya. Selain itu, antara kaedah yang

digunakan oleh guru adalah dengan menggunakan nada suara yang kuat dan

daripada kebiasaan. Ada juga antara guru-guru SK Taman Rakyat

menggunakan kaedah yang negatif dalam pengendalian aktiviti

pengajaran. Contohnya seperti memegang rotan sambil menunjukkan tanda

marah ketika murid melakukan kesalahan seperti membuat bising.

Terdapat juga guru yang kreatif dalam mengendalikan proses

pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian kami juga,

terdapat guru-guru yang menggunakan strategi yang mementingkan aspek

persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pembelajaran yang kondusif

adalah suasana pembelajaran yang selesa buat murid-murid. Oleh itu,

murid-murid dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya dalam

pembelajaran. Strategi yang digunakan oleh guru SK Taman Rakyat

tersebut adalah dengan menekankan kepada aspek fizikal dan

psikososial. Antara aspek fizikal yang diutamakan adalah antaranya

suasana bilik darjah yang memberi ruang yang mencukupi kepada murid-

murid. Selain itu, aspek fizikal yang berkaitan dengan kebersihan

bilik darjah. Bagi aspek psikososial pula adalah suasana yang selesa

dengan pengcahayaan, peka terhadap terhadap perbezaan individu dan

bebas daripada ancaman. Aspek fizikal dan psikososial dalam mengatur

bilik darjah sangat perlu diambil perhatian supaya proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan.Hal ini kerana, ia

berkait dengan fokus pelajar kepada guru semasa mengajar.

Bagi pengurusan bilik darjah, iaitu dalam skop yang lebih kecil,

pengurusan jadual giliran bertugas, ketua kelas yang memainkan peranan

35

dalam mengendalikan jadual bertugas murid-murid. Guru kelas akan

membuat perbincangan bersama murid-murid untuk melantik jawatankuasa

kelas serta pembahagian tugas kebersihan kelas. Ketua dan penolong

kelas dilantik untuk menguruskan kelas khususnya dalam pelaksanaan

jadual kelas. Murid yang bertugas pada hari yang telah ditetapkan

perlu hadir awal ke sekolah bagi membersihkan kelas.

Antara peraturan dan pengawalan yang telah diperkenal di dalam

dan di luar bilik darjah oleh Sekolah Kebnagsaan Taman Rakyat. Antara

peraturan dalam bilik darjah adalah memberi salam ketika guru masuk ke

kelas, membaca doa penerang hati dan selawat sebanyak 7 kali, dendaan

selama 3 minit untuk berdiri sekiranya tidur sewaktu proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung. Bagi peraturan di luar kelas pula,

antaranya adalah murid perlu memberi salam atau mengucapkan ucapan

selamat, murid juga dilarang daripada kawasan sekolah sebelum loceng

berbunyi, dan murid dikehendaki berada di dalam kelas sewaktu rehat..

Sepanjang menjalankan pemerhatian di sekolah tersebut, saya

dapati hubungan antara pelajar dengan guru amat baik dan erat. Sebagai

contoh, pelajar di sekolah tersebut sentiasa memberi salam dan

membantu guru mereka mengangkat barang. Pada masa yang sama,

perhubungan murid dengan persekitaran bilik darjah juga amat baik

disebabkan persekitaran bilik darjah yang berseih, ceria dan terdapat

banyak bahan bacaan yang boleh dibaca.

Akhir sekali, sepanjang menjalankan pemerhatian dan kajian di

sekolah SK Taman Rakyat sepanjang PBS, saya juga mendapati bahawa

murid-murid akan dikumpulkan oleh guru mengikut tahap pembelajaran

atau kelas masing-masing sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kebanyakan mereka jika terdapat murid pemulihan, kumpulan tersebut

36

akan dihantar ke kelas pemulihan semasa mata pelajaran bagi subjek

tersebut. Kebanyakan pelajar-pelajar di sekolah tersebut juga

diperhatikan saling bekerjasama antara satu sama lain dengan guru

sebagai fasilitator dan pemudah cara kepada pelajar.

Di bawah merupakan laporan yang membuktikan salah laku yang

dilakukan :

LAPORAN PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN/SENARAI SEMAK

BIL PEMERHATIAN/SENARAI SEMAK YA /

TIDAK

1. Kebolehan memberikan idea dan pendapat YA

2. Berkeyakinan dalam melakukan aktiviti TIDAK

3. Gembira dengan aktiviti yang diberi YA

4. Kebolehan memahami emosi rakan dalam

kumpulan

TIDAK

5. Menguasai kemahiran yang diajar TIDAK

6. Memerlukan dorongan dan bimbingan

daripada orang lain

YA

7. Boleh berdikari TIDAK

37

8. Mematuhi arahan yang diberikan YA

9. Perbincangan dengan rakan dalam kumpulan TIDAK

10. Dapat bekerjasama dalam kumpulan TIDAK

3.0 PENULISAN AKADEMIK

3.1 SALAH LAKU DARI PERSPEKTIF PENGURUSAN BILIK DARJAH

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh

seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang

boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang

dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa

sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang

berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001),

sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,

secara sedar atau separa sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah

laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas,

tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-

otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau

dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa

seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan

keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif

maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

38

Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia

mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak

normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa

dan mempunyai masalah psikologi.

Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan

tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam bahasa

Inggeris. Ia boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma social

masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah

laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh

kebanyakan orang dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian,

tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan

keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila

menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.  Akibatnya, ia

mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat dan

seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses

interaksi berlaku. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah

laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang

mengganggu perjalanan kehidupannya. Di bawah konteks pendidikan,

tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku

murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah

laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua

iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku

positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar,

proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula

terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan

39

sikap bergantung.  Sama ada mewarisi tingkah laku bermasalah positif

atau negatif, jika berlaku ia akan menjejaskan keberkesanan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru

harus peka dan berempati terhadap muridnya yang mempunyai tingkah laku

bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi dan teknik yang

sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini

demi menjaga iklim bilik darjah yang konduksif dan mempertingkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang menjalankan PBS di SK Taman Rakyat pada 17 Mac hingga

21 Mac yang lalu terdapat banyak salah laku yang telah ditemui dan

diperhatikan yang telah dilakukan oleh para pelajar di SK Taman

Rakyat. Antara yang paling kerap dilakukan oleh para pelajar di Sk

Taman Rakyat adalah membuang sampah merata-rata dan berlari-lari di

kawasan koridor bangun terutama sekali ketika waktu rehat. Selain itu,

pelajar-pelajar SK Taman Rakyat juga didapati tidak beratur atau

membuat barisan setiap kali ingin ke padang ketika waktu pendidikan

jasmani atau ingin membeli makanan di kantin sekolah. Keadaan ini

mungkin juga berlaku di sekolah-sekolah lain.

Seterusnya, salah lakukan oleh para pelajar di SK Taman Rakyat

juga adalah sering menjerit-jerit terutama memanggil nama guru. Hal

ini demikian, semasa saya ingin ke kelas bagi mengganti waktu subjek

mata pelajaran Matematik yang ketiadaan guru pelajar-pelajar telah

menjerit dan melakukan bising dengan memanggil nama saya. Walaupun

pada dasarnya ianya kelihatan remeh namun demikian tindakan tersebut

akan mengganggu pelajar-pelajar kelas lain terutama kelas tahun 6 yang

akan menghadapi peperiksaan UPSR.

40

Di samping itu, sepanjang saya berada di sekolah tersebut juga

saya mendapati bahawa setiap kali saya masuk ke mana-mana kelas pasti

ada pelajar yang mengganggu kawan sekelasnya yang lain sama ada dengan

cara kasar atau lembut. Keadaan ini sememangnya merupakan kesalahan

tingkah laku yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut biar pun pada

dasarnya ia hanyalah satu gurauan dari rakan sekelas. Pada masa yang

sama, kebanyakan pelajar-pelajar tersebut juga menggunakan kata-kata

kesat untuk memanggil kawan mereka atau apabila mereka diganggu oleh

kawan yang lain. Hal ini demikian, akan membawa kepada pergaduhan

antara satu sama lain.

Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati terdapat beberapa salah

laku yang dibuat iaitu murid tidak menumpukan perhatian sewaktu

pengajaran .Oleh yang demikian, terdapat beberapa sebab atau punca

salah laku ini berlaku .

Faktor utama berlakunya salah laku pelajar adalah sekolah.

Sekolah juga menjadi salah satu faktor salah laku pelajar. Sekolah

ditubuhkan untuk mendidik pelajar dengan cara yang tersusun dan

teratur. Ia adalah secara formal dengan masa dan kurikulum yang  

ditetapkan. Ia diharap dapat berfungsi dengan baik bagi memberi

pendidikan secara total, iaitu menyampaikan ilmu, membentuk akhlak dan

megembangkan akal. Namun sebagai sebuah organisasi masyarakat, ia

mempunyai kelemahan dan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau

kemanusiaan. Ini menyebabkan ia tidak berupaya memenuhi segala

tuntutan dan harapan pelajar.

Bagi sebahagian pelajar, pembelajaran di sekolah amat menjemukan.

Waktu berjam-jam setiap hari yang terpaksa dihabiskan dengan duduk dan

mendengar secara pasif amat membosankan. Apatah lagi sekiranya

pengajaran guru tidak menarik minat pelajar dan guru gagal

41

menyampaikan pengajaran mereka dengan cara yang menyeronokkan para

pelajar. Pelajar merasa sangat terikat dan tertekan dengan semua

kegiatan yang ditentukan mengikut jadual, buku dan kurikulum.Perkara

yang sama berulang setiap hari. Ini seolah-olah pihak sekolah tidak

memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan potensi yang ada

pada mereka. Pada masa yang sama mereka merasakan seperti

dibelenggukan oleh peraturan yang tidak adil dan mengongkong

kebebasan, sedangkan naluri mereka ingin lepas bebas.

Pelanggaran disiplin di sekolah-sekolah menengah dan universiti

misalnya, menjadi satu wabak bagi anak-anak muda ( remaja ) zaman ini.

Mereka sengaja mencabar kekuasaan guru dan pentadbir sekolah dan juga

institusi pendidikan. Cabaran-cabaran ini telah mendatangkan banyak

masalah kepada pihak pentadbir sekolah dan universiti mahupun maktab.

Ia telah mempengaruhi dan mengancam perkembangan pembelajaran yang

sihat di kalangan pelajar itu sendiri.

Para pelajar sekolah sengaja mengenepikan peraturan sekolah.

Mereka menentang disiplin yang dianggap sebagai kongkongan dengan rasa

megah, supaya mereka dianggap sebagai jaguh dan wira dalam bilik

darjahnya atau kelompoknya. Keadaan ini menyebabkan para pelajar

banyak mengalami konflik batin. Ini membuatkan mereka memberontak

apabila dihukum. Akibatnya minat belajar menurun dan mula tertarik

pada hal-hal yang tidak berkaitan dengan persekolahan menyebabkan

mereka gagal dalam pelajaran. Remaja yang merasa tidak berjaya di

sekolah mempunyai alasan yang kuat untuk menjadi putus asa dan takut

berdepan dengan masa depan. Berikutan itu mereka melakukan kegiatan

salah laku untuk lari daripada keadaan yang menyeksa diri.

42

Salah laku yang biasa terjadi ekoran daripada keadaan

persekolahan secara langsung ialah ponteng sekolah, malas belajar,

tidak bermotivasi, mengancam, mencuri, memeras ugut, berkelahi dan

merosakkan harta benda sekolah. Salah laku yang lebih dibimbangi ialah

salah laku berat secara tidak langsung seperti merokok,

menyalahgunakan dadah, berzina dan merogol. Ini boleh terjadi apabila

pelajar yang tidak berminat kepada sekolah dan pelajaran dipengaruhi

oleh keadaan sosial yang ada di sekeliling mereka.

Di samping itu, salah laku ini juga berlaku disebabkan oleh

pengaruh rakan sebaya dan rakan kelas. Kajian mendapati bahawa setiap

salah laku yang dilakukan oleh pelajar adalah bermula dari seorang

pelajar sahaja kemudian diikuti dengan pelajar yang lain. Mereka

berasa seronok dan teruja dengan melakukan kesalahan tingkah laku.

Pada masa yang sama, rakan juga merupakan orang yang terpenting dalam

kehidpuan sebagai pelajar sekolah selain ibu bapa. Hal ini demikian,

terdapat banyak rahsia yang diketahui oleh rakan-rakan berbanding

para penjaga pelajar. Sekiranya pelajar bejaya memilih rakan yang baik

akhlaknya maka pelajar tersebut akan terbentuk akhlak yang baik namun

sekiranya tersalah pilih rakan maka akan banyak salah laku yang

dilakukan oleh para pelajar.

Seterusnya, kebanyakan salah laku yang dilakukan oleh pelajar

adalah bertujuan untuk mendapat perhatian dari orang disekeliling

mereka. Banyak kesalahan tingkah laku yang sengaja telah dilakukan

oleh para pelajar bagi menarik perhatian dari guru-guru atau dari

rakan sebaya. Kemungkinan pelajar yang melakukan salah laku ini tidak

mempunyai kasih sayang yang mencukupi dari orang tua mereka. Dalam

pada itu, kesalahan yang dilakukan oleh pelajar juga kadang-kadang

43

bersifat membalas dendam. Sebagai contoh, sekiranya terdapat pelajar

apabila di rumah sering didera secara fizikal dan mental. Namun

apabila mereka berada di sekolah apa yang telah terjadi kepada mereka

di rumah akan dilakukan semula terhadap rakan-rakan yang lain bagi

membalas dendam. Pelajar tersebut merupakan mangsa keadaan sahaja.

Pada masa yang sama perkembangan sains dan teknologi juga telah

memberi kesan kepada salah laku pelajar. Pelajar hari ini hidup dalam

masyarakat yang mengalami perkembangan sains dan teknologi yang hebat.

Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi informasi, telekomunikasi,

angkasa lepas dan sebagainya. Ia meninggalkan kesan yang mendalam dan

mencetus pula perubahan teknologi yang baru. Ia merupakan pemangkin

kepada perubahan sosial masyarakat. Perkembangan teknologi ini

menyumbang kepada perubahan terhadap kehidupan fizikal manusia yang

merubah pula kehidupan sosial mereka. Setiap individu sibuk dengan hal

diri masing-masing sehingga tiada masa untuk berhenti bertanya khabar.

Lantaran itu, ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan menjadi longgar,

sikap individualistik muncul dan menebal, nafsu kebendaan semakin kuat

dan ciri-ciri ketimuran ( adat resam) kian terhakis.

Para pelajar mengalami tekanan, konflik dan kekacauan jiwa.

Kekalutan budaya dengan nilai, sikap dengan gaya hidup yang berubah-

ubah menyebabkan pelajar menjadi bingung. Mereka terpaksa cuba

mentafsir dan mencari erti hidup sendiri. Masa depan dirasakan terlalu

jauh, tidak menentu dan tidak boleh diramalkan. Apabila struktur,

fungsi dan norma masyarakat berubah keadaan sukar dijangkakan dengan

itu pelajar cuba melupakan masa depan dengan menggunakan peluang yang

ada untuk berbuat apa sahaja. Hubungan antara golongan dewasa dengan

golongan remaja juga semakin renggang, percanggahan dan pertentangan

44

timbul. Mereka sukar memahami antara satu sama lain dengan tanggapan

remaja bahawa pendapat orang dewasa adalah kolot manakala orang dewasa

beranggapan para remaja sebagai tidak matang dan susah untuk diterima.

Media massa juga memainkan peranan besar dalam mempengaruhi

pembentukan watak pelajar atau remaja masa kini. Kewujudan radio,

televisyen, akhbar, majalah, filem, telefon, papan iklan dan pelbagai

jenis media cetak dan elektronik yang memaparkan beraneka bentuk

informasi, berita dan mesej. Ini mewujudkan satu masyarakat global

tanpa sempadan yang dapat didengar dan dilihat serta merta. Penayangan

filem-filem yang berlatarbelakangkan budaya asing ( barat ). adegan

ganas dan “panas”, segala jenis hiburan sentiasa dipamerkan dapat

mempengaruhi tingkah laku serta meningkatkan salah laku di kalangan

pelajar. Gaya hidup mewah dan glamour ditonjolkan.

Penonjolan budaya negatif  yang berleluasa dalam media massa ini

mempengaruhi perkembangan remaja di mana mereka terikut-ikut dengan

apa yang dilihat dan didengar walaupun apa yang dilihat dan didengar

itu bertentangan dengan nilai-nilai agama, adat dan budaya mereka

sendiri. Para pelajar kebanyakannya mengikut budaya yang negatif yang

akhirnya menimbulkan pelbagai salahlaku yang tidak seiring dengan

kehendak masyarakat. Salahlaku tersebut termasuklah berpakaian tidak

senonoh, kelakuan kasar dan biadap, tidak menghormati orang tua,

bersekedudukan tanpa nikah, melacur dan sebagainya. Keadaan ini

menyebabkan kecelaruan tingkah laku di kalangan remaja serta

keruntuhan moral dalam masyarakat kian merebak.

45

Keluarga juga telah menjadi salah satu faktor berlakunya salah

laku pelajar. Keluarga merupakan unit sosial terkecil yang menjadi

asas utama perkembangan remaja. Oleh sebab itu keadaan keluarga

memainkan peranan penting dalam pertumbuhan keperibadian pelajar.

Kualiti kehidupan rumahtangga memberi kesan kepada kualiti tingkah

lakunya. Rumah tangga yang aman damai, melahirkan anak remaja yang

berperibadi normal yang corak dengan norma-norma masyarakat dan

seimbang rohani dan jasmani. Rumah tangga yang retak, bergelora dan

porak peranda akibat daripada konflik, perceraian, kematian ibu bapa

atau sebagainya merupakan punca yang meninbulkan remaja bermasalah dan

abnormal, iaitu tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat.

Masalah tingkah laku ini timbul kerana perhatian, kasih sayang

dan bimbingan tidak diberi. Keperluan rohani dan jasmani, keinginan

dan harapan tidak dipenuhi oleh ibu bapa. Ia menyebabkan para pelajar

tadi selalu kebingungan, resah, sedih, malu dan sering diselubungi

perasaan kacau, benci dan dendam sehingga mereka menjadi liar. Mereka

akan mencari ketenangan dan kepuasan di luar lingkungan keluarga

dengan menyertai sesuatu kumpulan. Mereka mulai berbohong dan mencuri

untuk menarik perhatian atau melakukan perbuatan sumbang untuk

mendapat kepuasan hidup dan melepaskan segala perasaan tegang dalam

diri.

Keluarga yang “sakit” ini selalu menimbulkan masalah jiwa, konflik

terbuka dan tersembunyi yang menyebabkan anak-anak menderita batin.

Kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan keluarga yang “sakit”

ini menghasilkan pelajar bermasalah dua atau tiga kali lebih banyak

daripada keluarga yang padu dan akrab. Semakin lama pelajar yang

terdedah kepada masalah keluarga ini, maka semakin besar kemungkinan

mereka menjadi pelajar yang bermasalah.

46

Kelemahan ibu bapa dalam keluarga boleh wujud dalam pelbagai

bentuk. Misalnya, ibu kurang menyayangi anak-anak dalam erti kata

sebenarnya, kurang mempunyai kesedaran tentang fungsi keibuan dan

tidak sanggup memenuhi keperluan anak-anak dari segi rohani dan

jasmani. Bapa pula selalu tiada ditengah-tengah keluarga terutama

ketika saat genting, selalu gagal memberi pengawasan dan kepimpinan

moral kepada keluarga dan sering mendidik dengan disiplin yang tidak

konsisten. Pengabaian seperti ini akan melahirkan para pelajar yang

penuh dengan konflik jiwa sehingga boleh menyebabkannya menjadi

agresif. Tekanan perasaan yang hebat ini membantut perkembangan

hubungan kemanusiaan. Akibatnya, muncul gangguan yang boleh

menghilangkan kawalan diri sehingga mereka mudah dipengaruhi oleh arus

yang tidak sihat.

Ibu bapa yang terlalu banyak melindungi dan memanjakan anak-anak

dengan menghindarkan mereka daripada pelbagai kesulitan atau ujian

hidup yang kecil, sehingga mereka menjadi rapuh dan tidak dapat

berdikari. Mereka selalu bergantung dan akan meminta bantuan daripada

orang tua. Apabila berdepan dengan sebarang masalah, mereka terkapai-

kapai dan tidak tahu berbuat apa-apa akibatnya jiwa mereka tertekan.

Seorang remaja dalam sebuah keluarga akan cuba memahami dan

mengenali siapa dirinya. Mereka cuba membebaskan diri daripada

kongkongan ibu bapa dengan mempunyai kuasa sendiri, bebas membuat

keputusan sendiri dan menjalani kehidupan dengan caranya sendiri.

Remaja akan mengalih pandangan kepada rakan sebaya untuk mendapat

kepuasan emosi. Keadaan ini akan menyebabkan krisisi dan konflik

antara remaja dengan ibu bapa. Remaja akan cuba melepaskan diri

daripada kongkongan, kawalan dan penguasaan, manakala ibu bapa pula

47

merasa berat untuk melepaskan ikatan itu. Dengan ini ramaja dan ibu

bapa berbeza pandangan iaitu remaja bersikap berani, idealistik,

liberal dan kritikal. Ibu bapa pula bersikap berhati-hati, realistik,

konservatif dan berpuas hati.

Perbezaan yang menjadi sengketa ini berkait rapat dengan isu-isu

kehidupan sosial, tanggungjawab, persekolahan, sikap, hubungan, nilai

dan moral. Ibu bapa menginginkan anak-anak yang baik, menurut

perintah, rajin, pandai, bersopan santun dan menerima segala cara

hidup yang menjadi amalan orang tua. Remaja pula mengharapkan banyak

perkara daripada ibu bapa seperti memberi perhatian dan berminat

terhadap mereka. Remaja sangat mengharapkan ibu bapa mendengar dan

bercakap dengan mereka, memahami keadaan dan masalah mereka disamping

mempercayai, menyayangi dan menerima mereka. Remaja juga sangat

berharap mendapat kebebasan daripada ibu bapa, mendisiplinkan mereka

secara demokratik dan konsisten, menyediakan suasana rumah tangga yang

bahagia serta menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti.

Apabila segala harapan dan keperluan yang diingi oleh pelajar

tadi tidak tercapai, maka krisis dan masalah tingkah laku akan muncul.

Apatah lagi sekiranya para pelajar dengan ibu bapa mempunyai masalah

antara mereka. Para pelajar akan mencari jalan penyelesaiannya

sendiri. Dengan ini wujudlah gejala-gejala yang tidak sihat antaranya

lari dari rumah, berbohong, menipu, mencuri, bergaul bebas, berfoya-

foya dan berpeleseran. Sekiranya permasalahan ini tidak dapat dikawal

maka, gejala lebih hebat akan berlaku seperti berzina, melacur,

membunuh atau merompak.

48

3.2 UNSUR FIZIKAL DAN PSIKOSOSIAL DALAM BILIK DARJAH MENYUMBANG KEPADA

SALAH LAKU

i. Unsur fizikal

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran

kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada

pengajaran yang berkesan.  Menurut Marland (1975), suasana fizikal

bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran.

Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan

49

pengalaman pembelajaran murid.  Persekitaran fizikal di dalam bilik

darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal

di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut

pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan

perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga

termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran

secara umum.

Sekiranya persekitaran fizikal yang konduksif dalam kelas gagal

dikekalkan atau dipupuk dalam kalangan pelajar dan guru ini akan

membawa kepada perlakuan salah laku pelajar. Hal ini demikian, apabila

unsur fizikal seperti susuanan perabot yang tidak teratur akan

menyebabkan para pelajar menggunakan keadaan tersebut dengan melakukan

salah laku yang negetif seperti bermain-main atau merosakkan harta

benda sekolah.

Pada masa yang sama, unsur fizikal seperti pencahayaan dan

pengudaraan juga memberi pengaruh yang besar terhadap salah laku para

pelajar. Hal ini demikian, keadaan ini akan menimbulkan rasa tidak

selesa dalam kalangan pelajar untuk meneruskan pembelajaran di dalam

kelas dan pada masa yang sama para pelajar akan melakukan sesuatu

aktiviti seperti mengganggu kawan yang lain bagi menghilangkan atau

melupakan kekurangan unsur fizikal yang terdapat dalam kelas tersebut.

Seterusnya, susun atur bilik darjah juga memainkan peranan yang

penting dalam menjaga suasana bilik darjah yang kondusif. Hal ini

demikian, susun atur bilik darjah yang tidak sempurna dan mengikut

cita rasa pelajar ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam

kalangan pelajar di dalam kelas terutama ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah dijalankan. Pelajar-pelajar akan berpindah-

pindah kedudukan mereka sepanjang sesi pengajaran untuk berda di

tempat yang mereka sukai. Pelajar-pelajar juga akan melakukan

50

perubahan sendiri tanpa keizinan oleh guru kelas bagi mencari tempat

yang sesuai dengan mereka.

Penggunaan ruang dinding yang baik juga dapat mengurangkan salah

laku pelajar. Namun begitu, sekiranya ruang dinidng tidak digunakan

dengan baik pelajar-pelajar akan menggunakan ruang tersebut dengan

menconteng dinding tersebut dengan perkara-perkara yang tidak

sepatutnya.

ii. Unsur psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu

dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di

dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan

mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang

merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan

memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan

kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan

pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak

interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. 

Pada masa yang sama, kegagalan guru untuk memperkenalkan

peraturan atau prosedur kepada para pelajar pada hari pertama

persekolahan juga menyubang kepada berlakunya salah laku dalam

kalangan pelajar. Hal ini demikian, guru-guru tidak dapat untuk

membentuk diri pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan

mempunyai disiplin diri yang tinggi. Oleh itu ,sekiranya guru ingin

51

membuat peraturan dalam bilik darjah guru-guru perlu menitik beratkan

dahulu latar belakang para pelajar di dalam kelas tersebut.

Dalam pada itu, hubungan antara guru dengan pelajar juga

merupakan salah satu unsur psikososial yang amat penting. Hal ini

demikian, sekiranya hubungan antara guru dengan pelajar tidak baik

makan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan

berkesan. Malah masalah disiplin dan salah laku pelajar akan berlaku

sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru-guru perlu

memastikan hubungan mereka dengan pelajar sentiasa baik bagi

memastikan pelajar-pelajar yang belajar bersama guru tersebut berasa

baik.

Di samping itu, gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru juga

merupakan unsur psikososial yang perlu dijaga. Hal ini demikian,

sekiranya gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru buruk maka ini

mendatangkan kesan yang negatif terhadapat para pelajar. Guru

merupakan ‘role model’ kepada pelajar yang diajar. Sekiranya guru

menunjukkan kepimpinan yang buruk maka perbuatan tersebut akan diikuti

oleh para pelajar. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa

menjadi contoh yang baik kepada para pelajar walau dalam apa jua

keadaan yang dihadapi oleh seseorang guru itu.

Selain itu, pendekatan pengajaran yang baik juga merupakan salah

satu unsur psikososial yang perlu dititikberatkan. Pendekatan

pengajaran yang kurang menarik akan menyebabkan para pelajar akan

menjadi cepat bosan. Keadaan tersebut akan lebih parah lagi apabila

guru-guru tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan kelas sepanjang sesi

52

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kaedah pengajaran yang baik

amat penting bagi mengekalkan suasana yang kondusif sepanjang sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

3.3 UNSUR-UNSUR MODEL YANG MEMBANTU GURU MENGURUSKAN BILIK DARJAH

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku

yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial

masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk

sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang

53

lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada

kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama

ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi,

didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan

individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi

perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya

gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya

mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada

sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam

bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada

dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan

negatif.

Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti

perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.

Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan

distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah

laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

3.3.1 PASIF / PENGASINGAN DIRI

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi

kurang selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme

helah bela diri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman

pahit pada masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu

54

usaha akan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam

sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah

laku pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan

konsep diri yang rendah, tidak yakin untuk berinteraksi, dan

terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek; serta kurang

berupaya untuk menyelesaikan masalah. Masalah pengunduran diri juga

menyebabkan kanak-kanak menyimpan perasaan dalam hati dan tidak mampu

meluahkannya. Ini akan mempengaruhi pemikiran dan pembentukan

personaliti mereka.

Sekiranya ianya terluah pada sesuatu ketika, ianya akan

memungkinkan mereka melepaskan dengan tanpa kawalan emosi termasuk

kemungkinan-kemungkinan lain yang membahayakan diri mereka sendiri.

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri

daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga

merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri

daripada berkomunikasi dengan orang lain.Masalah ini turut berlaku di

sekolah yang saya menjalaini PBS. Sesetengah murid enggan melibatkan

diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah

bilik darjah apabila murid merasakan dirinya tidak dapat mengikuti

pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan murid-murid tidak

mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka

berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak

seimbang.

Pengasingan diri atau degan kata lain bagi murid berkeperluan

khas PKBP adalah Autisme. Autisme merupakan murid-murid yang berada

dalam dunianya sendiri. 1943 Leo Kanner mengunakan istilah autistic

yang bermakna ‘lari dari reality’ untuk menjelaskan keadaan ini, Leo

55

Kenner membezakan autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri

secara melampau sejak dari kecil,terlalu sayang kepada sesuatu objek

tertentu dan keinginan yang kuat untuk bersendirian.

Bagi mengatasi masalah tingkah laku ini, guru seharusnya mengabil

tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu

agar murid dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut Cuma

sekejap sahaja kerana murid ini cepat bosan dan akan membuat

aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid aliran perdana Guru

seharusnya membincang dengan ibu bapa murid kerana ini berkemungkinan

murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya mengajar

apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi

kesan terhadap murid ketika belajar.

3.3.2 MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF

Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang

tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu

aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh

membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh

yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap.

56

kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena

pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif

ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).

Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini

akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak

luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan

menganggu murid lain.

Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan

oleh kurang berdisiplin ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu

bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini

berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di

sekolah. Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai ‘Hiperaktf-

impulsf’ kerana bagi muird keperluan khas jenias ini , petunjuk utama

adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat

tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid

jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi,

selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan

mengurangkan tingkahlaku bermasalah ini daripada semakin berleluasa.

Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi kehendak pelajar

seperti memahanmi keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya

dituruti barulah lama kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian

dalam kelas. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan kepada murid keperluan

khas Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza berbeza. Contohnya bagi

murid keperluan khas guru harus mengikut aktiviti pelajar itu seperti

berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran harus ada

57

umpamanya berlari sambil mengira. Ini boleh menimbulkan minat untuk

murid itu belajar.

Antara punca berlakunya tingkah laku tersebut dari sudut

pengurusan bilik darjah ialah kebosanan dengan aktiviti kelas

kadangkala mendorong kanak-kanak melanggar peraturan, menipu,

berbohong atau mengganggu rakan lain di dalam kelas tanpa tujuan yang

munasabah. Sekiranya dibiarkan, mereka mungkin berasa seronok kerana

terlepas daripada peneguhan dan hukuman. Faktor persekitaran di dalam

bilik darjah yang tidak kondusif juga mempengaruhi murid

bertingkahlaku hiperaktif. Dalam suasana yang tidak selesa, murid

tidak berminat untuk belajar lalu mengganggu kawan-kawannya yang

sedang belajar sebagia hiburan.

Dalam pada itu tingkah laku negatif juga menyebabkan tingkah laku

menghalang seperti pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran

dan pengasingan diri. Tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap

berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah.

Namun, ianya juga mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu

ketika, apabila orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa

cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya.

Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif,

rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca

berlaku tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa

yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang

tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

58

Model Terapi Realiti oleh William Glasser merupakan salah satu

model yang dapat membantu guru menguruskan bilik darjah dengan

berkesan. Sebelum memperkenal Model Terapi Realiti, Glasser telah

mengemukakan beberapa teori iaitu Teori Kawalan dan Teori Pilihan.

Teori Kawalan memberi penekanan kepada seseorang itu untuk cuba

mengawal tingkah laku supaya apa yang dilakukan adalah sesuatu yang

paling memuaskan hatinya pada masa tersebut. Disebabkan Teori Kawalan

sukar diterima ramai, Glasser membuat sedikit penambah baikkan dan

menukarnya kepada Teori Pilihan pula. Berdasarkan Teori Pilihan, semua

tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri

manusia (diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan).

Glasser percaya guru perlu memenuhi empat keperluan asas murid

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Empat keperluan

asas tersebut ialah keperluan untuk memiliki. Memiliki di sini

bermaksud pelajar ingin memiliki kawan dan terlibat dalam aktiviti di

dalam kelas bersama guru. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan

dengan cara melibatkan para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan.

Sebagai contoh, guru boleh mewujudkan lebih banyak aktiviti yang

berbentuk kumpulan. Tetapi guru perlu memastikan bahawa guru tidak

boleh pilih kasih ketika mengajar kerana semua pelajar mempunyai hak

untuk belajar.

Kedua ialah keperluan terhadap kuasa dan pengaruh. Melalui

keperluan ini, mereka ingin rasa dipunyai dan mempunyai kepentingan di

dalam kelas. Selain itu, mereka mengharapkan kehadiran mereka

disedari.

Ketiga ialah keperluan terhadap kebebasan. Untuk memenuhi

keperluan ini, guru bolehlah memberi peluang kepada pelajar untuk

59

memilih aktiviti yang mereka hendak lakukan bersesuaian dengan minat

mereka. Walaubagaimanapun guru perlulah memastikan suasana

pembelajaran terkawal.

Akhir sekali ialah keperluan untuk berseronok. Dalam usaha untuk

memberi kefahaman kepada pelajar, guru haruslah mempelbagaikan kaedah

pengajaran supaya murid tidak mudah bosan semasa guru sedang mengajar.

Antara cara lain, guru boleh merancang aktiviti yang menyeronokkan dan

dalam masa yang sama pembelajaran tetap berlaku.

Rentetan daripada dua teori tersebut, Glasser telah mengemukakan

Model Terapi Realiti. Model ini menegaskan bahawa manusia mempunyai

kebebasan, mempunyai pilihan dan bertanggungjawab di atas pilihan

tersebut. Terdapat beberapa matlamat yang diutamakan dalam Terapi

Realiti. Pertamanya ialah membantu individu untuk mencapai kebebasan

atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada

orang lain. Oleh itu, guru seharusnya membantu murid untuk mencapai

matlamatnya.

Keduanya ialah membantu individu menerima realiti dan berusaha

merancang strategi untuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih

realistik. Seterusnya adalah membantu individu untuk bertingkah laku

dengan penuh tanggungjawab dalam mencapai matlamat hidupnya.

Dari aspek pendidikan, guru boleh mengaplikasikan model ini dalam

pengajaran seharian. Model ini merupakan satu langkah untuk membantu

pelajar menilai keberkesanan tingkah laku menyeluruh dalam mencapai

apa yang dikehendaki, dan mengamalkan tingkah laku yang diperlukan.

Cara yang guru boleh gunakan ialah dengan membantu murid memikirkan

kesan daripada tingkah laku yang dibuat. Oleh yang demikian, murid

akan mengenal pasti sendiri akibat daripada perbuatan mereka dan pada

60

masa yang sama guru akan bertindak sebagai pembimbing. Jika murid

memerlukan bantuan, guru boleh membantu dengan mencadangkan langkah-

langkah yang efektif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pelaksanaan model ini memerlukan guru supaya bersabar dan tidak mudah

melenting semasa menguruskan murid-murid.

Secara keseluruhannya, Model Terapi Glasser menekankan kepada

pembelajaran murid bergantung kepada kemahuannya sendiri. Jika murid

diberi, peluang memilih apa yang disukai, pembelajaran menjadi lebih

berkesan kerana ia bersesuaian dengan minat dan kehendak mereka.

Lazimnya guru lebih melihat kepada apa yang dinginkannya sahaja tanpa

mengambil kira keperluan murid. Menurut Glasser, guru cuma perlu

memberi motivasi atau bimbingan kepada pelajar. Sekiranya murid telah

memahami dan membuat pilihan, mereka dengan sendirinya akan bertingkah

laku seperti yang dikehendaki guru. Ini menunjukkan pembelajaran yang

berkesan telah berlaku.

Kesimpulannya, terapi Realiti menitik beratkan tingkah laku yang

boleh diukur dan dilihat, maka sebarang perubahan yang berlaku dengan

mudah dapat dikesan dan dinilai oleh pelajar itu sendiri. Keadaan ini

mendorong pelajar untuk terus memperbaiki dan berusaha kearah yang

lebih baik. Justeru itu, keadaan ini dapat membantu guru dalam

menguruskan keadaan bilik darjah dengan lebih berkesan.

61

3.3.3 MURID TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN

Punca berlakunya masalah tersebut ialah penggunaan pendekatan dan

strategi mengajar yang kurang sesuai. Murid-murid merasa bosan hingga

mereka mereka melakukan perkara lain sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) berjalan. Kemudian, keadaan fizikal bilik darjah

yang kurang selesa. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kerusi meja

yang terlaku sesak, cuaca terlalu panas, cahaya kurang cukup, udara

dan tempat kurang bersih dan sebagainya. Keadaan fizikal yang kurang

selesa ini akan menjadikan murid-murid gelisah. Perasaan murid yang

gelisah merupakan punca masalah disiplin di bilik darjah.

Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani

masalah-masalah disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang

memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja

rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika

kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-

kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri

daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan

yang sama.

62

Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan

yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya

untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh

mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau

kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya

nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan

ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang

terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan

terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan

peraturan yang telah ditetapkan.

Oleh itu, disini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah

disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh

rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh

mendatangkan kesan  kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh

sebab itulah, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang

positif yang mana dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik

darjah. Bagi membantu guru membentuk dinamika positif di dalam bilik

darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti bertanyakan

soalan-soalan berikut:

a)    Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?

b)    Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti

di dalam kelas?

c)    Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?

Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di

dalam bilik darjah contohnya:

63

            Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan

sebagai rakan baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti.

            Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling

bersahabat. Sebagai contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan

Janah memilih Shikin sebagai sahabat yang baik dan disukai.

            Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid

memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang

disukai.

            Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai

sahabat dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat.

                    Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat

menolong guru untuk menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam

bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru untuk melihat murid-

murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu

guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah

atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun

dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses

pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi.

Mengikut pengalaman saya dalam menggantikan guru yang tidak dapat

masuk kelas tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat semasa

menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah,  terdapat seorang

murid yang selalu menganggu rakannya.  Beliau sering mengejek dan

memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam

kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid tadi.

Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Akhirnya saya bertanya mengapa “kamu menganggu dia?”. Segala persoalan

64

terjawab apabila  mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar

tersebut.

Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam menangani

kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang boleh

menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan

lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam

mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk

dinamika kumpulan.

Teori Model Pengurusan Kelompok Kounin juga merupakan salah satu

teori yang dapat mengawal serta membendung masalah ini daripada terus

berlarutan. Mengikut model Kounin, asas keberkesanan pengurusan bilik

darjah adalah bergantung kepada kecekapan seorang guru untuk mengawasi

perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Kebolehan seorang guru

mengawal keadaan kelas mempengaruhi disiplin pelajar dan perjalanan

P&P yang dijalankan. Selain itu, guru juga perlu bijak menangani

masalah yang berlaku supaya masalah yang timbul tidak menjadi lebih

serius.

Di dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin, beliau telah

menyatakan beberapa elemen penting yang terdapat di dalam model ini.

Elemen-elemen tersebut ialah :

a) Withitness ( merangkumi semua )

b) Overlapping ( bertindih )

c) Kelancaran

d) Momentum

e) Fokus kumpulan

65

Withitness bermaksud merangkumi semua. Withitness menekankan kepada

kebolehan seorang guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku

dalam kelas secara teliti. Dalam konteks ini guru perlu peka terhadap

apa yang berlaku di sekelilingnya. Kegagalan guru menguasai elemen ini

menunjukkan guru tersebut gagal untuk mengawal dan menguruskan bilik

darjah dengan cemerlang. Bagaimana seorang guru itu dikatakan telah

menguasai elemen ini? Sebagai contoh, guru membahagikan pelajar kepada

beberapa kumpulan kecil. Ketika pelajar sedang berada di dalam

kumpulan, guru perlu berinteraksi dengan semua kumpulan lain walaupun

ketika itu guru hanya mengajar satu kumpulan kecil sahaja.

Sebagaimana yang dapat dilihat semasa Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS), penulis mendapati terdapat seorang murid perempuan

iaitu Mohd Aiman bin Abdullah lebih suka mengasingkan diri dan tidak

memberikan perhatian sewaktu proses PdP sedang berlangsung. Jadi,

dengan menggunakan kaedah ini, pasti murid tersebut akan lebih

menumpukan perhatian. Hal ini kerana murid tersebut perlu bergerk

secara berkumpulan dan di situ akan berlaku perbincangan dan soal

jawab. Secara tidak langsung murid ini akan menumpukan perhatian

kerana dia perlu berfikir cara penyelesaian yang sesuai bagi sesuatu

masalah yang timbul.

Keduanya ialah elemen overlapping iaitu pertindanan. Menurut

Kounin, overlapping ialah kemahiran guru mengawal lebih daripada satu

situasi dengan serentak. Contoh arahan yang dilakukan oleh guru

sewaktu penulis membuat pemerhatian ialah,” Aiman, tulis jawapan awak

di papan hitam, Aminah duduk di tempat awak dan salin jawapan yang

Aisyah tulis.” Hal ini kerana Aiman merupakan murid yang pasif dan

kurang memberikan perhatian, manakala Aminah merupakan seorang murid

yang aktif dan suka berkeliaran. Oleh itu, melalui tindakan ini,

66

secara tidak langsung guru dapat menguruskan kedua-dua murid yang

bermasalah ini. Selain itu, guru juga perlulah berupaya untuk

menjangka masalah lain yang mungkin berlaku. Ini bermaksud guru perlu

sentiasa berada dalam keadaan berwaspada. Sebagai seorang guru yang

prihatin, tugasnya bukan hanya mengajar tetapi dalam masa yang sama

guru perlu belajar untuk lebih bijak dalam setiap tindakkannya.

Dalam kajian yang telah dilakukan oleh Kounin, beliau juga ada

menjelaskan bagaimana guru boleh membuat teguran dan pada masa yang

sama teguran tersebut memberi kesan kepada pelajar-pelajar lain dan

mereka dapat mengambil iktibar daripadanya. Kesan ini disebut sebagai

Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kesan gelombang akan menjadi lebih mantap

jika guru memenuhi ciri-ciri berikut iaitu jelas, tegas dan serius.

Ketiga ialah kelancaran dan pelaksanaan PdP dalam bilik darjah.

Kelancaran aktiviti dalam bilik darjah adalah perkara yang mustahak

untuk mengelakkan pelajar daripada berasa bosan semasa mengikuti

pembelajaran. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada

ketidaklancaran PdP ialah aktiviti yang tertangguh, arahan tidak

jelas, aktiviti tidak menarik dan pelbagai lagi. Penerangan yang

meleret dan fregmentasi juga merupakan faktor penyumbang kepada

ketidaklancaran PdP.

Guru perlu memastikan masa belajar seseorang murid itu terisi

dengan tugasan-tugasan yang sesuai dengan tahapnya. Selain itu, guru

perlu bijak menggunakan pelbagai strategi supaya pelajar terarah

kepada apa yang ingin disampaikan oleh guru. Dengan cara ini, pelajar

akan memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada guru dan objektif

yang digariskan oleh guru akan mudah dicapai. Hal ini jelas

67

menunjukkan keberkesanan pengurusan PdP bergantung kepada kelancaran

pelaksanaan aktiviti yang dirangka oleh guru.

Melalui pemerhatian ini, penulis mendapati guru banyak

menggunakan pelbagai kaedah dan strategi dalam menarik minat pelajar.

Di antara kaedah-kaedah dan strategi yang dilakukan ialah menyanyi,

mengadakan aktiviti berkumpulan dan membuat pemainan. Justeru itu,

masalah tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, membuat bising

dan masalah ponteng dapat diatasi.

Elemen yang keempat menurut Kounin ialah momentum. Momentum dapat

difahami dengan bagaimana guru memulakan sesi pembelajaran dengan

menarik, meneruskan pengajaran, membuat peralihan PdP dengan cekap dan

menyimpulkan pembelajaran dengan baik. Guru perlu pandai merancang

pengajaran ketika di dalam kelas. Melalui pengajaran yang terancang,

pelajar tidak mempunyai peluang untuk bersuka ria. Mereka akan terikat

kepada perancangan guru. Jadi, secara tidak langsung tingkah laku

pelajar akan dapat dikawal dan masalah disiplin di dalam kelas dapat

dielakkan.

Kelima ialah pengajaran guru perlulah sesuai dengan minat dan

kebolehan mereka. Guru boleh menjalankan pembelajaran yang berpusatkan

pelajar supaya pelajar boleh memberikan respon semasa P&P sedang

berlangsung. Kaedah belajar ini dapat mengelakkan pelajar daripada

berasa bosan. Jika berkemampuan, guru bolehlah menyediakan aktiviti

yang mencabar kognitif pelajar. Hal ini dapat menggalakkan mereka

supaya berfikir dan membolehkan pelajar mencurahkan idea mereka. Di

samping itu, masalah seperti mengasing diri ini juga turut dapat

dikawal dan dibendung.

68

Kesimpulannya, Model Kuonin lebih kepada kreativiti seorang guru

dalam mengurus bilik darjah secara berkesan.Hal ini kerana, pengurusan

bilik darjah memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis supaya

masalah seperti ini dapat diatasi dan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancer.

4.0 PENUTUP

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan 

di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh

menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan

seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang

buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya ,

sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini,

kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia.  Guru memainkan peranan utama

membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di

sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang

69

penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan.

Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan

moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur

berubah.

 Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius

secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah

mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan

bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi

pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau

membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga.

Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia

kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang

lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih

gigih dalam kehidupan masyarakat.

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah

untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid.

Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang

boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik

darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat

sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang

memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila

berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan

dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

70

Sebenarnya kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga

menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku

bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak

mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu

mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang

tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh

menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh

terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi

merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan

mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan

akademik di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga

keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa

mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit

dan keperluan asas mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-

anak untuk memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan

pendapat serta memberi sokongan tentang perkara-perkara yang mereka

minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau

peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan

motivasi.

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru

dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui

keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan

perkembangan pembelajaran murid-murid  di sekolah.

71

5.0 REFLEKSI

Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana

dengan limpah dan rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja

Kursus Pendek bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

Pengurusan bilik darjah merupakan perkara utama yang menjadi

72

NAMA : MOHAMMAD QAYYUM BIN

MOHAMMAD SOBRI

NO. MATRIK : 125184

NO. IC : 930915-02-5099

UNIT : PENDIDIKAN ISLAM

kepentingan bagi semua guru-guru dalam melaksanakan sesi pengajaran

dan pembelajaran (P&P) agar segala objektif dan tujuan dapat dicapai.

            Saya telah menerima kerja kursus bagi kursus subjek

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU3104) pada 10 Mac 2014

yang bertajuk Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik

Darjah. Objektif tugasan kerja kursus pendek ini adalah bertujuan

supaya guru pelatih dapat mengenal pasti masalah salah laku, faktor-

faktor salah laku dan langkah penyelesai masalah salah laku

menggunakan model-model disiplin. Selain itu,. Seterusnya, melalui

pengetahuan yang diperoleh melalui tugasan ini, diharapkan para guru

pelatih dapat mengaplikasikan model disiplin yang dirasakan sesuai

dalam pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah apabila bertugas

sebagai guru suatu hari kelak.

Dalam tugasan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU3104)

ini, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pada diri saya.

Pertama adalah dapat menambahkan pengetahuan tentang cara menguruskan

salah laku bilik darjah. Hal ini demikian, amat penting dilakukan

sebagai seorang guru bagi memastikan dapat mengawal keadaan kelas

semasa atau selepas pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian,

melalui kerja kursus ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam

lagi cara-cara mengatasi salah laku yang dilakukan oleh para pelajar

di sekolah pada masa kini melalui pembelajaran tentang model-model

disiplin. Pada masa yang sama, saya juga berpeluang mendalami lagi

tentang lima model disiplin yang dapat digunakan bagi mengatasi

masalah disiplin mengikut kesesuaian salah laku yang telah dilakukan

ini.

73

Selain itu, melalui kerja kursus ini saya juga dapat meningkatkan

ilmu pengetahuan saya. Hal ini kerana, bagi menyelesaikan tugasan yang

telah diamanahkan ini saya telah mentelaah beberapa buah buku bagi

mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang salah laku dan cara

mengatasi salah laku tersebut. Sekiranya hanya berpandukan sebuah buku

sahaja mungkin saya dapat menyiapkan juga tugsan ini tetapi maklumat

yang saya perolehi tidak relevan dan mencukupi bagi mencapai standard

sebagai pelajar peringkat IPG.

Seterusnya, melalui tugasan ini juga saya dapat berpeluang untuk

belajar cara menyediakan pelan perancangan pengurusan blilik darjah

yang berkesan. Sebelum melakukan tugasan tersebut saya hanya mempunyai

pengetahuan yang sedikit sahaja tentang penyediaan pelan bilik darjah

yang berkesan. Namun begitu, melalui tugsan ini saya telah dapat

meningkatkan pengetahuan saya tentang cara menyediakan pelan

pengurusan bilik darjah yang berkesan. Hal ini demikian, penyediaan

pelan bilik darjah yang berkesan amat penting bagi mengurangkan dan

mengelakkan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini.

Pada masa sama, melalui kerja kursus ini juga saya juga dapat measai

untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik

darjah. Hal ini demikian, dapat memberi pengalaman kepada saya sebagai

persediaan untuk menjadi seorang guru yang baik dalam pengurusan bilik

darjah pada akan datang kelak.

            Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya juga dapat

berpeluang mengulangkaji pelajaran yang telah saya pelajari. Saya

lebih memahami apa itu model disiplin dan apa kepentingannya dalam

74

menguruskan bilik darjah. Saya juga telah memahami cara tindakan yang

perlu dilakukan bagi mengawal keadaan bilik darjah iaitu dengan

memberikan peraturan dan menguatkuasakannya secara berterusan. Selain

itu, murid-murid perlu diberikan dendaan dan pembetulan di atas

kesalahan yang telah dilakukan yang bertujuan untuk menghilangkan

tingkah laku yang tidak diingini.

Selain kekuatan, kelemahan yang saya temui dalam menyiapkan

tugsan ini adalah tidak mengetahui format penulisan yang diinginkan.

Hal ini demikian, walaupun telah banyak kali saya melakukan tugasan

sepanjang berada di IPG ini namun setiap pensyarah menginginkan format

penulisan yang berbeza-beza bak kata pepatah sekali “bah sekali

berubah bentuk muka bumi”. Bagi mengelakkan perkara yang tidak

diingini berlaku saya telah mengambil jalan selamat dengan mengadakan

kolaboratif dengan pensyarah bagi subjek tersebut. Alhamdulillah

segala usaha yang saya telah lakukan itu membuahkan hasil apabila

beliau dengan senang hati telah membantu saya menyiapkan tugsan

tersebut dengan baik sekali.

Disamping itu, saya juga menghadpi masalah dalam mendapatkan

maklumat tentang model-model pengurusan disiplin yang terdapat bagi

subjek tersebut. Namun begitu masalah ini dapat dihadapi dengan tenang

sekali apabila saya telah mengunjungi dan meminjam beberapa buah buku

dari perpustakaan Ibnu Sina IPGKDRI. Saya juga telah melakukan

kolaborasi dengan rakan-rakan sekelas bagi mendapatkan maklumat

tambahan untuk dimasukkan ke dalam penulisan ilmiah tersebut supaya

dapat menyiapkan tugsan dengan berkualiti seperti yang diinginkan oleh

pensyarah bagi subjek tersebut.

75

Sekali lagi saya menghadapi masalah untuk mengamati dan

menghuraikan unsur-unsur fizikal dan psikologi dalam bilik darjah.

Maklumat yang saya perolehi tidak mencukupi bagi menyiapkan tugsan

yang telah diberikan. Namun begitu, saya dapat menghadapi masalah

tersebut dengan mengadakan kolaborasi sekali lagi dengan pensyarah

penasihat yang saya kasihi iaitu Pn Rozlina. Beliau tidak pernah jemu

memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan tugsan yang

diberikan walaupun kami pertama kali bersua muka antara satu sama

lain.

Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat

saya perolehi melalui tugasan KKBI ini. Pengurusan bilik darjah yang

berkesan sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan

yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan

yang mantap ini akan menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan

jayanya. Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi melalui

tugasan KKBI ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang

dan seterusnya menjadikan generasi akan datang sebagai generasi yang

berilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. 

Penambahbaikannya ialah, setiap tugasan yang diberikan mestilah

dilaksanakan awal supaya tidak terburu-buru. Kata-kata ini adalah

kata-kata yang perlu saya pegang untuk tidak mengulangi perkara yang

sama kembali. Dengan apa yang terjadi pada saya selepas ini akan lebih

mengambil perhatian dan tidak akan membuat tugasan sambil lewa lagi.

Sebagai bakal guru tidak sepatutnya terjadi perkara sebegini kerana

seperti sedia maklum seorang pendidik adalah seorang yang rajin dalam

tugasannya dan seorang yang tidak suka menangguhkan kerja. Tambahan

lagi, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti mestilah sentiasa

76

dipenuhi dengan pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi suapaya

dapat merancang aktiviti dengan baik dan berkesan.

      Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan

memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada

masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati

dapat membantu saya untuk mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan

lagi dan memberi pengajaran kepada saya. Semua tugasan ini saya dan

kumpulan sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat

daripada Pn Fouziah Binti Mohd. Saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah kesayangan saya ini kerana telah memberi ilmu dan

tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan.  Semoga ilmu

yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna

apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang

baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya

sendiri.

Sekian, terima kasih.

77

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus disiplin pelajar. Wangsa Melawati, KualaLumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahaya. (2003). Mengurus sekolah. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin. (1997). Psikologi pendidikan 1. Pertumbuhan &perkembangan. Shah Alam, Selangor: Darul Kitab Sdn.Bhd.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum.Tanjung Malim, Perak: Quantum Books.

Abd Rahman Md Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. ShahAlam, Selangor: Percetakan Anda Sdn.Bhd.

Razhiyah. (2006). Mengapa kanak-kanak sukar belajar. Petaling Jaya, KualaLumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

78

LAMPIRAN

79