Asbab Al-Nuzul Pengharaman Riba Surah Al-Baqarah Ayat 275-281

122
1 ASBAB AL-NUZŪL PENGHARAMAN RIBA: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-BAQARAH AYAT KE-275 HINGGA AYAT KE-281 MOHD SHUKRI BIN ADINAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2013

Transcript of Asbab Al-Nuzul Pengharaman Riba Surah Al-Baqarah Ayat 275-281

1

ASBAB AL-NUZŪL PENGHARAMAN RIBA: KAJIAN TERHADAP SURAH

AL-BAQARAH AYAT KE-275 HINGGA AYAT KE-281

MOHD SHUKRI BIN ADINAN

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2013

2

ASBAB AL-NUZŪL PENGHARAMAN RIBA: KAJIAN TERHADAP SURAH

AL-BAQARAH AYAT KE-275 HINGGA AYAT KE-281

MOHD SHUKRI BIN ADINAN

Latihan Ilmiah Ini Dikemukan Sebagai Keperluan Bagi Memenuhi Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjan Muda Pendidikan

(Pendidikan Islam)

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2013

3

PERAKUAN

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya kecuali ringkasan dan nukilan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

10 Mei 2013 Mohd Shukri Bin Adinan

D20091036679

4

TUNTUTAN PIHAK KETIGA

Latihan Ilmiah ini disediakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat keperluan

bagi pengijazahan Sarjana Muda Pendidikan ( Pendidikan Islam ) oleh Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Pihak Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan

dari pihak ketiga yang berhubung kait dengan penyediaan Latihan Ilmiah ini.

DISCLAIMER

This Academic Exercise is prepared here in partial fulfilment og the requirements for

Degree of Bachelor of Education ( Islamic Education ) by Sultan Idris Education

University. The Department of Islamic Studies, Faculty of Science Humanities,

Sultan Idris Education University makes no responsible for any claim from the third

party with regards to the production of this Academic Exercise.

5

DEDIKASI

“ Latihan Ilmiah ini ditujukan khas untuk keluarga tersayang terutamanya Ma, Abah,

Kak, Along, Angah, Acik, Cik Mie, Abe dan anak saudara yang banyak memberi

kata semangat, inspirasi, kekuatan dan kasih sayang yang tidak terhingga serta

kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di sisi ketika kesulitan”.

6

PENGHARGAAN

احلمد هلل رب العاملني

Alhamdulillah segala Puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam

buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya,

orang-orang yang soleh dan selalu membersihkan hatinya serta melakukan sunnah

baginda hingga hari kiamat. Di samping itu syukur kepada Allah S.W.T dengan

nikmat dan keizinanNya, dapat juga saya menyelesaikan projek latihan ilmiah ini

dalam keadaan diri yang serba lemah dan kekurangan.

Pertamanya, saya ingin menyatakan penghargaan tidak terhingga kepada

Ustaz Samsuddin bin Abd Hamid atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kajian

ini dijalankan. Segala ilmu yang dicurahkan ingin saya ucapkan terima kasih yang

tidak terhingga.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, keluarga, sahabat-sahabat

sekuliah dan semua pihak yang turut membantu dalam proses menyiapkan kertas

kajian ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

Semoga hasil kajian ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T seterusnya

dapat memberi manfaat dan pengajaran yang bermakna untuk orang ramai,

masyarakat dan negara dengan kajian yang dilakukan ini.

Sekian

Mohd Shukri Bin Adinan

7

ABSTRAK

Kewujudan riwayat-riwayat yang berbagai menyebabkan ketetapan sesuatu sebab

turunnya ayat tidak dapat ditentukan dengan kebenaran. Kajian ini meninjau riwayat-

riwayat yang benar dalam menetukan sebab turunnya ayat ke-275 hingga ayat ke-281

surah al-Baqarah. Objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep riba menurut

perspektif Islam, menghuraikan sejarah kewujudan riba dan seterusnya mengkaji

sebab turun ayat ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah. Kajian ini dilakukan

dengan menganalisis sumber rujukan yang terdapat di beberapa buah perpustakaan

atau dikenali sebagai kajian perpustakaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebab

turun ayat ini disebabkan oleh satu peristiwa yang berlaku diantara Bani Thaqif dan

Bani Mughirah dengan pengaduan mereka terhadap riba yang diamalkan oleh

mereka. Pengharaman riba telah dinyatakan dalam ayat ini berdasrkan kepada surat

yang dibalas oleh Rasulullah S.A.W, dan syariat Islam memerintahkan agar

memerangi mereka yang masih mengamalkan riba.

8

ABSTRACT

The existence of the various narrations cause resolution of a revelation because the

truth can not be ascertained. This study surveyed a true narrations in verse to

determine the reason-275 to verse 281 of Surat al-Baqarah. The objective of this

study is to understand the concept of Riba in Islamic perspectives, and describe the

history of riba the existence of the next review because the 275 verse to verse 281 of

Surat al-Baqarah. This study was conducted to analyze the reference source available

in some libraries or library called the study. The results showed that the reason this

verse is caused by an event that occurred between the Bani Thaqif and Bani Mughira

with their complaint against usury practiced by them. Prohibition of riba mentioned

in this verse matriarchal reply to the letter by the Prophet Muhammad, and Islamic

law commanded that those who are still fighting their riba.

9

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB iii

TUNTUTAN PIHAK KETIGA iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

TRANSLITERASI xi

SENARAI KEPENDEKAN xiii

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Permasalahan 2

1.3 Pernyataan Masalah Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Defenisi Operasi Kajian 8

1.8 Limitasi Kajian 14

1.9 Metodologi Kajian 14

1.10 Kajian Literatur 17

1.11 Kerangka Kajian 19

1.12 Kesimpulan 21

BAB 2: KONSEP ASBAB AL-NUZŪL DAN RIBA MENURUT PERSPEKTIF

ISLAM

2.1 Pengenalan 23

2.2 Konsep Asbab al-Nuzūl 24

2.3 Definisi Riba 29

2.3.1 Riba dari sudut Bahasa 29

2.3.2 Riba dari sudut Istilah 31

2.4 Dalil berkaitan Riba 32

2.4.1 Al-Qur’an 32

10

2.3.2 As-Sunah 37

2.5 Pendapat Ulama’ tentang riba 43

2.6 Perkembangan Kewujudan riba 46

2.6.1 Masyarakat Purba 46

2.6.2 Zaman Babylon 47

2.6.3 Zaman Greek 47

2.6.4 Zaman Rom 48

2.6.6 Agama Yahudi 49

2.6.7 Masyarakat Jahiliah 51

2.7 Kesimpulan 52

BAB 3: SEJARAH PENGHARAMAN RIBA

3.1 Pengenalan 53

3.2 Ayat-ayat Pengharaman riba. 54

3.3 Peringkat Pengharaman riba 58

3.4 Kesimpulan 70

BAB 4: KAJIAN ASBAB AL-NUZŪL SURAH AL-BAQARAH AYAT 275-281

4.1 Pengenalan 71

4.2 Ayat al-Quran tentang Pengharaman Riba 72

4.3 Pendapat Para Mufassir mengenai asbab al-nuzul surah al-Baqarah 74

4.3.1 Tafsir Al-Thabari 75

4.3.2 Tafsir Ibnu Kathir 82

4.3.3 Tafsir Al-Qurthubi 88

4.4 Pendapat Jumhur 93

4.5 Kesimpulan 98

BAB 5: PENUTUP

5.1 Kesimpulan 99

5.2 Rumusan 101

5.3 Saranan dan Cadangan 103

BIBLIOGRAFI 106

11

TRANSLITERASI BAHASA ARAB

HURUF ARAB

HURUF RUMI

HURUF ARAB

HURUF RUMI

ا,ء,ا

ب

ت

ث

ج

ح

خ

د

ذ

ر

ز

س

ش

ص

ض

a;(hamzah)

b

t

th

j

h

kh

d

dh

r

z

s

sy

ط

ظ

ع

غ

ف

ق

ك

ل

م

ن

ه

و

ي

ة

gh

f

q

k

l

m

n

h

w

y

12

Vokal Huruf Arab Huruf Latin

Pendek

a

i

u

Panjang

آ

او

اي

ā

ū

ī

Diftong او

اي

ي

و

aw

ay

iy/ī

uww

13

SENARAI KEPENDEKAN

UM : Universiti Malaya

UPSI : Universiti Pendidikan Sultan Idris

APIUM : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

b. : Bin ( Anak )

Bil : Bilangan

Cet. : Cetakan

DBP : Dewan Bahasa dan Pustaka

Dr. : Doktor

et.al : Lebih dari 3 editor

Jil. : Jilid

h. : Halaman

Ibid. : Ibidem ( Pada tempat yang sama )

Op.cit : Opera Citato ( Dalam bahan yang telah dirujuk )

Prof. : Profesor

S.A.W : Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

S.W.T : Subhanahu wa Ta’ala

Terj. : Terjemahan

t.t : Tanpa Tarikh.

a.s : Alaihi Salam

14

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai mukjizat, sama ada

mukjizat yang mampu untuk difikirkan oleh akal dan di lihat oleh mata manusia,

ataupun mukjizat yang tersembunyi seperti adanya syurga, neraka, malaikat, jin dan

Allah S.W.T itu sendiri.1 Al-Quran merupakan rahmat terbesar dan merupakan

hidayah daripada Allah kepada hamba-Nya. Al-Quran juga sebagai cahaya yang

menerangi perjalanan manusia serta sebagai jalan yang lurus dalam mengarahkan

dan menunjukkan kepada kebenaran yang hakiki. Al-Quran merupakan asas agama,

sumber hukum, sumber ilmu pengetahuan dan sumber kehidupan. Tiada kemuliaan

kecuali al-Quran telah menunjukkan jalannya, dan tiada kebaikan di dunia dan

akhirat kecuali al-Quran sebagai petunjuknya.2

Al-Quran merupakan mashaf yang mengandungi beberapa pecahan ilmu yang

menggabungkan ayat dengan ayat ke dalam sebuah surah dan mengabungkan surah

dengan surah menjadi mashaf yang lengkap, dimulai dengan surah al-Fatihah dan

diakhiri dengan surah al-Nas, yang meliputi 144 surah dan lebih kurang 6000 ayat.

1 Abd Rahman Abd Ghani. Dr. (2009). Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, h. xii. 2 Muhammad al-Sayyid Yusuf. Prof. Dr. (2006). Metode al-Quran dalam Membaiki Masyarakat.

Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, h. xi

15

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan

malaikat Jibril a.s yang memakan masa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari, bermula

dari wahyu yang pertama ketika baginda berusia 40 tahun sehingga umur baginda 63

tahun. Penurunan ini dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu penurunan secara

sekaligus dan penurunan secara beransur-ansur.

Al-Quran juga merupakan elemen penting dalam kehidupan umat Islam. Hal

ini kerana, pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina atau melahirkan

masyarakat yang beriman, bertakwa, berakhlak mulia, bersikap adil, berkasih sayang

antara satu sama lain, tidak menzalimi orang lain, tidak sombong, bertanggungjawab,

bertolak ansur dan masyarakat yang mengikut acuan atau garis panduan yang

terdapat dalam al-Quran. Dalam al-Quran, Allah telah memberi panduan bagaimana

untuk hidup sebagai seorang Muslim yang beriman dalam bermasyarakat dan

sebagainya.

Al-Quran yang diturunkan sebagai panduan perlulah dihayati dan difahami

satu-persatu. Ulama’ cuba untuk mendalami setiap perkataan yang terkandung dalam

Al-Quran. Segalanya diturunkan oleh Allah S.W.T dengan penuh hikmah, tidak ada

satu pun yang sia-sia. Al-Quran adalah mukjizat agung yang mesti di kaji. Hingga ke

hari ni pasti ada yang tersirat dari Al-Quran yang masih belum diketahui oleh umat

manusia. Dari setiap bait huruf yang menjadi satu ketakjuban masyarakat jahiliah

suatu ketika dahulu hingga terbina sebuah empayar Islam di dunia ini.

1.2 Latar Belakang Permasalahan

Penurunan ayat al-Quran meliputi sebab al-nuzūl ayat, yang dapat dibahagikan

kepada dua bentuk penurunan iaitu penurunan ayat dengan bersebab dan penurunan

ayat tanpa sebab.

Penurunan ayat dengan bersebab meliputi sesuatu peristiwa yang terjadi

kepada Nabi Muhammad S.A.W seperti menjelaskan sesuatu hukum, menjawab

pertanyaan dan berlakunya peristiwa. Adapun penurunan ayat tanpa sebab meliputi

16

garis panduan hidup yang mengikut dasar yang benar dan menceritakan kisah-kisah

umat terdahulu yang dapat menghiburkan Nabi Muhammad S.A.W dan para

sahabatnya.3

Pembahagian ayat al-Quran yang diturunkan dengan bersebab dapat

dibahagikan kepada tiga bentuk penurunan ayat, iaitu pertama; penurunan satu ayat

dengan satu sebab, kedua; penurunan satu ayat dengan beberapa sebab. Penurunan

ayat ini bermaksud terdapat beberapa riwayat yang menyatakan bahawa sesuatu ayat

tersebut mempunyai sebab yang berlainan, walaupun demikian untuk penetapan

asbab al-nuzūl ayat tersebut adalah bergantung kepada riwayat yang paling sahih

daripada beberapa riwayat yang dikeluarkan, dan ketiga; ialah penurunan satu sebab

dengan ayat yang banyak.

Adapun penurunan satu sebab dengan ayat yang banyak bermaksud sesuatu

ayat diturunkan dengan banyak sedangkan sebabnya adalah satu. Hal ini meliputi

peringkat-peringkat penurunan ayat yang meliputi sesuatu hukum yang pada

mulanya dibenarkan, dan seterusnya menjadi sesuatu hukum yang mutlak.

Seperti yang terjadi pada peringkat pengharaman riba iaitu pada

permulaannya yang terdapat dalam surah al-Rum ayat ke-39, menegahkan bahawa

bunga akan menjauhkan keberkatan Allah dalam kekayaan, sedangkan sedekah akan

meningkatkannya berlipat kali ganda kekayaan tersebut. Peringkat kedua dalam

surah al-Nisa’ ayat ke-160 hingga ayat ke-161, mengutuk dengan keras amalan riba,

sebagaimana larangannya pada kitab-kitab samawi yang terdahulu. Peringkat ketiga;

dalam surah ali-Imran ayat ke-130 hingga ayat ke-131 pula menyeru kaum muslimin

untuk menjauhi riba jika mereka mengkehendaki kesejahteraan hidup yang

diinginkan (dalam konteks Islam yang sebenar). Peringkat terakhir; dalam surah al-

Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281 pula mengutuk dengan keras mereka yang

mengambil riba, menegaskan perbezaan diantara perniagaan dan riba, dan

memerintahkan kaum muslimin agar menghapuskan seluruh hutang piutang yang

mengandungi riba, serta menyeru mereka agar mengambil modal pokok sahaja, dan

mengikhlaskan kepada peminjam yang mengalami kesulitan.

3 Rosmawati bin Ali@ Mat Zin (1997). Teks Pengajian Islam: Pengantar Ulum Al-Quran. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd, h.136

17

Al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur melalui perantaraan

malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad S.A.W mempunyai hikmahnya yang

tertentu. Antara hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur ialah bagi

memudahkan Nabi S.A.W menghafal dan memahami maksud pada ayat-ayat al-

Quran tersebut, di samping mudah untuk menjadikan ia sebagai amalan hidup yang

akan menyerap masuk kedalam jiwa dan hati Baginda.

Di samping itu, ianya memberi kemudahan kepada Nabi Muhammad S.A.W

untuk menyampaikan wahyu kepada umat ketika itu yang rata-rata tidak pandai

membaca dan menulis, termasuk Nabi S.A.W sendiri. Malah Nabi Muhammad

S.A.W juga diutuskan dalam kalangan masyarakat yang majoritinya adalah ummi,

hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T:

يہمأ ويزك تهۦ ـ ءاي ہمأ عليأ لوا يتأ ہمأ نأ مرسولا ن ـ ي م ٱلأ فى بعث ٱلذى هو

ح بوٱلأ ـ كت بين ويعلمهمٱلأ م ل ـ للفىضل مةوإنكانوا منقبأ كأ

(Surah al-Jumu’ah (62): 2)

Terjemahannya: “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan

orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad

s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka

ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),

dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan

mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang

mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka

sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang

nyata.

Justeru itu, kajian ini akan membincangkan tentang asbab al-nuzūl peringkat

terakhir bagi hukum pengharaman riba yang terdapat di dalam al-Quran. Pada

dasarnya peringkat pengharaman riba ini terbahagi kepada empat peringkat

penurunan iaitu pada permulaanya pada surah al-Rum ayat ke-39, peringkat kedua

pada Surah al-Nisa’ ayat ke-161, peringkat ketiga Surah ali-Imran ayat ke-130

hingga ayat ke-131 dan peringkat yang terakhir pada Surah al-Baqarah ayat ke-275

hingga ayat ke-281. Oleh itu, kajian ini hanya menumpukan kepada pada peringkat

18

yang terakhir pada ayat ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah dengan melihat

kepada sebab turunnya ayat tersebut sahaja.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Adalah tidak wajar sebagai umat Islam, kita mempersoalkan di mana untung dan rugi

atau buruk baiknya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebaliknya, hendaklah

bersyukur dan menyedari bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T

tersembunyi hikmah di sebaliknya. Islam melarang sistem riba ini kerana ia memberi

kesan yang besar dari sudut akidah dan agama, akhlak, sosial, ekonomi dan politik.

Hakikat bagi hukum pengharaman riba yang berlaku secara beransur-ansur

memberi pengajaran yang mendalam buat umat manusia. Lantaran itu, kajian

mengenai hakikat pengharaman riba ini perlu dihasilkan dan ditonjolkan bagi

memberi penghayatan dan membuka minda masyarakat.

Kajian yang meluas tentang konsep asbab al-nuzūl yang diaplikasikan di

dalam al-Quran masih lagi kurang dihasilkan dan kurang diperbincangkan.

Kebanyakan para sarjana lebih menumpukan kepada konsep riba itu sendiri terutama

yang berkaitan dari sudut ekonomi dan fiqh. Terdapat juga para sarjana yang

membincangkan dari sudut pentafsiran ayat, namun penekanan terhadap hakikat

sebenar pengharaman riba kurang diperbincangkan.

Akibatnya masyarakat masih tidak jelas tentang keburukan dan kebinasaan

riba malahan menganggap ia merupakan instrumen penting dalam sistem kewangan.

Sedangkan di dalam al-Quran dan hadis jelas dan nyata larangan keras Allah S.W.T

terhadap pengamal riba ini. Atas dasar inilah kajian seperti ini ingin didedahkan

supaya masyarakat merasa gerun dengan instrumen ini dan akan merasa nikmat atas

penolakan amalan riba ini.

Lantaran itu kajian seperti ini dihasilkan bagi merealisasikan keadaan

masyarakat yang tidak mengamalkan sistem riba ini. Dalam pengkajian ini,

19

penyelidik mengkaji dengan lebih mendalam tentang asbab al-nuzūl atau sebab

turunnya ayat dan memberi pemfokusan terhadap pengharaman riba serta hikmah

pengharaman tersebut dengan melalui turutan ayat yang berlaku secara berperingkat.

1.4 Persoalan Kajian

Pengkaji melakukan kajian ini, disebabkan oleh beberapa persoalan yang timbul

terhadap kajian yang ingin dilakukan, antaranya ialah:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep riba menurut perspektif Islam?

2. Bilakah sejarah kewujudan riba ini terjadi dan di mana ia bermula?

3. Bagaimanakah kajian ini dapat membuktikan bahawa riba itu adalah haram?

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah dinyatakan, wujudlah beberapa

objektif kajian yang dilakukan bagi menjawab persoalan yang timbul, antaranya

ialah:

1. Menghuraikan konsep riba menurut perspektif Islam.

2. Menghuraikan sejarah kewujudan riba.

3. Mengkaji asbab al-nuzūl surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281.

20

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi memberi pengetahuan dan pemahaman kepada masyarakat

terhadap amalan riba berdasarkan kepada sebab turunnya ayat pengharaman riba

secara mutlak pada peringkat yang terakhir. Kajian ini juga menunjukkan bagaimana

perkembangan hukum-hukum syarak ditentukan dalam Islam terutama dalam hukum

pengharaman riba. Menyedarkan masyarakat tentang hakikat pengharaman riba

dengan meneliti penurunan ayat-ayat di dalam al-Quran yang turun secara beransur-

ansur serta menekankan larangan keras Allah S.W.T dan hukuman Allah S.W.T di

dalam penurunan ayat yang terakhir.

Di samping itu juga, hasil kajian ini perlu diperluaskan kepada masyarakat

agar amalan riba ini tidak terjadi kepada umat Islam khasnya. Di samping

mengumpul maklumat melalui pengkajian tentang mekanisme asbab al-nuzūl dalam

hukum pengharaman riba. Malahan, kajian ini cuba membantu masyarakat dalam

memahami beberapa istilah-istilah yang baru yang secara umumnya ianya adalah

riba.

Kajian ini juga dilakukan bagi memberi kesedaran kepada pengkaji, ahli

keluarga, saudara mara, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat

umumnya agar menjauhi amalan riba dalam kehidupan seharian. Tambahan pula,

kajian ini dilakukan bagi memenuhi kehendak universiti yang mewajibkan semua

pelajar tahun akhir melakukan latihan ilmiah atau projek akhir bagi memenuhi syarat

untuk berijazah. Di samping memperbanyakkan lagi kajian tentang riba di Malaysia

khususnya dan umat Islam umumnya.

21

1.7 Definisi Operasi Kajian

Bagi memudahkan kefahaman dalam memahami tajuk kajian, pengkaji

mengeluarkan beberapa perkataan yang amat penting untuk difahami sebelum

memahami tujuan utama kajian dilakukan. Perkataan yang dikeluarkan adalah

berdasarkan kepada tajuk kajian yang kebanyakan menggunakan perkataan Arab.

Oleh itu pengkaji telah mengeluarkan beberapa perkataan berdasarkan pada tajuk

kajian, antaranya ialah:

1.7.1 Asbab al-Nuzūl

Asbab al-nuzūl dari segi bahasa membawa makna sebab turun, sebab turun di sini

ialah sebab turunnya sesuatu ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Asbab al-nuzūl juga merupakan antara salah satu ilmu al-Quran yang perlu dipelajari

yang membahaskan mengenai latar belakang atau sebab-sebab suatu ayat al-Quran

diturunkan. Pada umumnya, asbab al-nuzūl memudahkan para mufassir untuk

menemukan tafsir dan pemahaman sesuatu ayat dari sebalik kisah diturunkannya

ayat tersebut.

Adapun juga, asbab al-nuzūl ini dari segi istilah membawa maksud apa-apa

yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat, beberapa ayat atau pemberian jawapan

terhadap sebabnya ataupun untuk menerangkan hukumnya pada masa berlakunya

peristiwa itu. Dalam keadaan lain pula, ulama telah mentakrifkan asbab al-nuzūl

ialah penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku atau menjawab

pertanyaan yang dikemukakan kepada nabi atau memberi penjelasan hukum terhadap

sesuatu peristiwa berlaku.

Sebagaimana contoh turunnya sesebuah ayat apabila Nabi S.A.W ditanya

oleh para sahabatnya tentang hukum syarak atau meminta penjelasan tentang

22

perkara-perkara bersangkut paut tentang agama. Hal ini sebagaimana hadis yang

diriwayatkan oleh Mu’az Ibn Jabal, katanya:

معاذبنجبلرضىهللاعنهأنهقال يارسولهللا: , ,اناليهودتغشانا

الهلة عن مسألتنا ويكثرون حتى. يزيد ثم دقيقا يبدو الهالل بال فما

.يستوىويستديرثمينقصحتىيعودكماكان؟فأنزلهللااآلية

Terjemahannya:“Sesungguhnya seorang Yahudi menipu kami dan

menambahkan masalah kami bertanya berkaitan dengan anak bulan.

Kenapa anak bulan itu mula-mula kecil bentuknya, kemudian semakin

besar sehinggalah menjadi separuh, kemudiannya menjadi purnama dan

kemudian kurang, mengecil balik hingga kedudukannya yang asal. Maka

Allah turunkan ayat al-Quran sebagaimana firman-Nya:4

هلة ـ لونكعنٱلأ حيسأ للناسوٱلأ هىموققي ....قلأ

( Surah al-Baqarah (2): 189)

Terjemahannya:“Mereka bertanya kepada-mu ( Wahai Muhammad )

mengenai ( peredaran ) anak-anak Bulan. Katakanlah ( peredaran )

anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu ( urusan dan amalan )

manusia, khasnya ibadat haji…

Kepentingan mempelajari ilmu asbab al-nuzūl amat penting bagi umat Islam.

Antara kepentingan yang dapat diambil apabila mempelajari ilmu asbab al-nuzūl

ialah seseorang akan mengetahui hikmah di sebalik perundangan sesuatu hukum,

mentafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang benar. Juga

memudahkan dan membantu seseorang menghafaz al-Quran, mengetahui

pengkhususan hukum dan membantu ahli tafsir dan ahli Fiqh dalam mengithbat

hukum. Walaupun bagaimanapun, kepentingan mempelajari ilmu asbab al-nuzūl

tidak terbatas kepada aspek-aspek menetapkan hukum semata-mata tetapi juga

meliputi kepentingan dalam pendidikan umat Islam sebagai satu didikan dan asuhan.

4 Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh al-Quthubi Abu Abdullah ( 2002 ). Al-Jami’ lil

ahkam al-Quran : Jilid 1. Kaherah: Dar al-Hadith, h. 713.

23

1.7.2 Pengharaman

Perkataan haram merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang

dapat difahami dengan dua makna iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah, dari

segi bahasa perkataan haram ini berasal daripada kata terbitan haruma (حرم),

yahrumu (يحرم) , haraman wa hirman (ا اوحرما (حرما yang bererti menghalangi, tertutup,

membatasi dan melarang. Manakala dari segi istilah pula ialah merujuk kepada

konsep hukum al-taklifi, yang bersifat perintah. Perintah bagi hukum haram ini ialah

meninggalkan sesuatu perkara yang telah ditegah.5

Manakala penggunaan kata terbitan “peng” di awal perkataan dan kata

terbitan “an” di akhir perkataan yang menggabungkan di antara perkataan ”haram”

dengan kata terbitan “peng” dan “an” menjadi “pengharaman” adalah membawa erti

suatu tindakan atau ketetapan mengharamkan sesuatu perkara, atau melarang,

menegah dan menolak sesuatu perbuatan yang ingin dilakukan.6

1.7.3 Riba

Perkataan riba berasal daripada perkataan bahasa Arab al-riba dengan kata terbitan

raba’ (ربأ) - yarba’u (يربأ (, rab’an (ربئا) yang bermaksud bertambah, mengembang,

meningkat atau meninggi.7 Walaupun demikian, perkataan itu sendiri dapat diertikan

sebagai menambah (al-ziyadah), mengembang (al-numuz), meningkat dan

membesar (al-irtifa’ dan al-uluw).8 Riba juga membawa maksud bunga berganda

5 Nina M.Armando et.al (2005). Ensiklopedia Islam. Jakarta: PT Ichtiar Baru van Hoeva, h. 288

6 Noresah bt Baharom (2005). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, h. 513 7 Osman Khalid (2006). Kamus Besar Arab – Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, h.839 8 Sudin Haron (2007). Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur

Business School Sdn. Bhd, h. 315

24

yang membebankan, menghisap darah, membungakan wang dengan bunga yang

tinggi dan hidup dengan membungakan wang.9

Riba merupakan satu istilah yang digunakan dalam sistem ekonomi dan

kewangan perbankan, yang meliputi pengurusan dan perkhidmatan. Walaupun

demikian istilah riba pada hari ini telah ditukarkan kepada istilah-istilah yang baru

seperti faedah, ujrah, bunga dan interest. Istilah-istilah ini adalah untuk mengelirukan

umat Islam bagi menambahkan lagi modal kepada pemiutang. Manakala menurut

syarak pula riba membawa maksud tambahan pada modal (wang) pinjaman yang

diterima orang pemiutang sesuai dengan waktu dan peratus bunga pinjaman.10

1.7.4 Al-Quran

Pengertian al-Quran dapat diberikan dalam dua bentuk, iaitu dari sudut bahasa dan

dari sudut istilah. Dari sudut bahasa, al-Quran ialah masdar daripada perkataan

maqru’ (مقرروء) yang bererti baca, ada juga pendapat menyatakan bahawa al-Quran

itu bermaksud yang dibaca bukan bacaan yang sebagaimana perkataan asalnya

Qiraah (القراءة) .

Manakala menurut Imam al-Syafi’i, perkataan al-Quran dieja dengan al-

Quran (القران), iaitu dieja tanpa huruf hamzah sebelum huruf alif bukannya al-Quraan

(القرءآن) . Pendapat beliau ini adalah disebabkan al-Quran itu merupakan nama khusus

bagi sesuatu benda sebagaimana Taurat dan Injil.

Al-Farra’ dan al-Qurtubi pula menyatakan bahawa al-Quran berasal daripada

perkataan al-Qara’in (القراءن) yang bermaksud tanda-tanda atau petunjuk. Ini kerana

sebahagian ayat-ayatnya menunjukkan maksud dan pengertian yang sama dengan

sebahagian ayat-ayat yang lain, dan huruf Nun di dalam kata al-Qara’in itu

menunjukkan Nun yang asal, bukannya huruf tambahan. Manakala mengikut al-

9 Noresah bt Baharom. (2005).op.cit. h. 1329

10 Nina M.Armando et.al.(2005). op.cit. h. 57

25

‘Asy’ari pula al-Quran berasal daripada kata qarana (قرن) . Ini bermaksud

menggabungkan. Hal ini kerana ayat-ayat al-Quran dan surah-surahnya dihimpunkan

dan digabungkan dalam satu mashaf.

Al-Quran dari segi istilah pula ialah membawa maksud kalam Allah yang

azali yang diturunkan secara mutawatir kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan

perantaraan Jibril a.s, yang melemahkan musuh-musuh Islam dan dikira ibadat bagi

sesiapa yang membacanya. Al-Quran juga merupakan kalam dan wahyu yang

bersifat mutlak, tidak terbatas kepada sesuatu keadaan dan waktu, sesuai

dilaksanakan di mana-mana dan dalam apa jua keadaan sehingga hari akhirat. Al-

Quran juga merupakan wahyu Allah yang disampaikan kepada manusia melalui rasul

yang menjadi panduan dan ikutan manusia, terjamin kekal hingga Hari akhirat.

Seterusnya al-Quran member kebahagiaan kepada manusia di dunia dan akhirat.11

1.7.5 Surah Al-Baqarah

Surah berasal dari kata as-su’ru yang bererti “sisa air dalam bejana”, as-sur yang

bererti “pagar pembatas (dinding) atau dari kata as-surah yang bererti pasal, surah

ialah sekumpulan ayat al-Quran yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ayat

yang mempunyai pendahuluan dan penutup. Di dalam al-Quran terdapat 144 surah

yang meliputi lebih kurang 6000 ayat.

Manakala al-Baqarah pula bermaksud sapi betina atau lembu betina. Oleh itu,

surah al-Baqarah membawa maksud “cerita pasal lembu betina”. Surah al-Baqarah

ini merupakan surah yang kedua dalam susunan mashaf Uthmani selepas surah al-

Fatihah. Surah al-Baqarah mengandungi 286 ayat, yang mana di dalamnya juga

terdapat ayat yang paling panjang iaitu pada ayat yang ke 282. Surah ini diturunkan

di Madinah yang sebahagian besarnya diturunkan pada permulaan tahun Hijrah,

kecuali ayat 281 yang diturunkan di Mina pada Haji wida' ( haji Nabi Muhammad

S.A.W yang terakhir). Seluruh ayat daripada surah ini merupakan ayat Madaniyyah. 11

Adel M. Abdul Aziz. Dr. et.al (2006). Panduan dan Bimbingan Guru al-Quran. Kuala Lumpur:

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, h.3

26

Surah ini dinamai al-Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang

berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan

lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum

Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al

Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang

lain. Ia juga digelar surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-

mii.

Selain itu, surah ini juga mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti

perintah mengerjakan solat, menunaikan zakat, hukum puasa, haji dan umrah, qisas

dan hal-hal yang halal dan yang haram, bernafkah di jalan Allah, hukum arak dan

judi, cara menghormati anak yatim, larangan riba, hutang-piutang, nafkah dan yang

berhak menerimanya, wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat, hukum

sumpah, kewajiban menyampaikan amanat, sihir, haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa'

dan susuan, melamar, mahar dan larangan mengawini wanita musyrik.12

1.7.6 Kefahaman Tajuk Kajian

Tajuk kajian yang ingin dilakukan ini adalah berkaitan dengan pengharaman riba

pada peringkat yang terakhir pada ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah.

Pengharaman riba ini telah diturunkan sebanyak empat peringkat yang mana

peringkat pertama pada surah al-Rum ayat 39, manakala pada peringkat yang kedua

pula pada ayat ke 161 Surah al-Nisa’, peringkat ketiga ayat 130 hingga 131 Surah

ali-Imran dan pada peringkat terakhir iaitu ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah.

Kajian ini lebih tertumpu kepada asbab al-nuzūl ayat 275 hingga 281 Surah al-

Baqarah sahaja, dalam kajian ini juga menceritakan bagaimana ayat tersebut

mengharamkan riba secara mutlak berdasarkan kepada kisah-kisah yang terjadi.

Kisah-kisah tersebut diambil berdasarkan kepada beberapa tafsir dan riwayat yang

sahih.

12

Oemar Bakri (1982). Tafsir Rahmat. Jakarta: PT Mutiara, h. 7

27

1.8 Limitasi Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada bidang al-Quran. Sesungguhnya al-Quran

itu mempunyai pelbagai cabang ilmu apabila dikaji. Pemilihan ilmu-ilmu al-Quran

yang dilakukan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan asbab al-nuzūl . Asbab al-

nuzūl adalah salah satu cabang ilmu al-Quran yang begitu menarik untuk dikaji.

Walaupun demikian, kajian ini hanya menumpukan kepada beberapa asbab al-nuzūl

sahaja.

Justeru, kajian ini dilakukan dengan memilih satu surah sahaja iaitu surah al-

Baqarah sebagai surah pilihan kajian. Walaupun begitu, hanya beberapa ayat sahaja

yang menjadi tumpuan kajian, ayat yang dimaksudkan ialah ayat ke-275 hingga ayat

ke-281 sahaja. Ayat ini dijadikan sebagai kajian kerana ia meliputi ayat hukum

tentang pengharaman riba. Hukum pengharaman riba pada ayat ini adalah bersifat

mutlak, setelah tiga peringkat diturunkan sebelumnya.

1.9 Metodologi

Di dalam penyelidikan yang akan dilaksanakan ini, pengkaji menggunakan

penyelidikan perpustakaan atau library researh sebagai medan penyelidikan, iaitu

bahan penyelidikan lebih banyak diperoleh daripada buku-buku atau bahan-bahan

lain yang didapati di perpustakaan.

Kajian ini menjurus kepada perkembangan pensyariatan dalam pengharaman riba di

dalam al-Quran. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan dalam

mengumpul dan menganalisis maklumat yang akan diperoleh.

28

9.1 Metod Pengumpulaan Data

Sesuai dengan kajian ini yang menjurus kepada kajian tentang ayat-ayat al-Quran

mengenai riba dan perkaitannya dengan asbab nuzul. Maka, beberapa pendekatan

kaedah pengumpulan data perlu diambil kira:

Penyelidikan perpustakaan untuk mengumpul maklumat tentang ayat-ayat

riba, konsep asbabul nuzul, serta meneliti dengan lebih mendalam tentang perkaitan

keduanya serta hikmahnya secara terperinci. Penyelidikan ini melibatkan

penggunaan sumber data seperti tesis, disertasi, latihan ilmiah, manuskrip, laporan,

kertas persidangan, buku, akhbar, majalah dokumen dan jurnal. Di samping itu juga,

bahan tersebut meliputi al-Quran, kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadith, dan lain-lain

lagi yang terdiri daripada rujukan pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris dan

Bahasa Arab.

Penyelidikan di lakukan di beberapa lokasi gedung maklumat iaitu

Perpustakaan Tunku Bainun UPSI, Perpustakaan Awam Negeri Kelantan,

Perpustakaan Peringatan Za’ba Universiti Malaya dan Perpustakaan Utama

Universiti Malaya.

9.2 Metode Analisis Data

Melalui metode ini, setelah data-data dan maklumat diperoleh dan dikumpulkan,

suatu analisis akan di lakukan oleh penyelidikan melalui beberapa pendekatan.

29

9.2.1 Metode Induktif

Metode Induktif merupakan satu cara penganalisisan data melalui pola berfikir yang

mencari bukti-bukti berdasarkan perkara yang bersifat khusus untuk sampai kepada

bukti-bukti bersifat umum.

9.2.2 Metode Deduktif

Metode deduktif pula merupakan kaedah menganalisis dan mengolah penulisan

berdasarkan kepada pola berfikir yang mencari pembuktian berdasarkan kepada

bukti-bukti umum kepada yang khusus. Di samping itu juga, metode ini merupakan

cara untuk menjelaskan sesuatu persoalan terhadap isu-isu yang timbul dengan lebih

terperinci. Metode ini dijalankan berdasarkan data dan contoh-contoh yang

berbentuk umum dan dihuraikan secara lebih terperinci berserta nas-nas al-Quran

dan al-Hadith.

9.2.3 Metode Komparatif

Metode Komparatif ini digunakan bagi membuat perbandingan antara sumber-

sumber yang diperoleh bagi memastikan sumber manakah yang lebih tepat dan

benar. Dengan itu, perbandingan ini akan dinilai dengan lebih terperinci. Metode ini

juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan kebenaran yang kukuh. Penulis

juga cuba membuat perbandingan hasil daripada maklumat yang diperoleh melalui

bahan-bahan dokumentasi dalam pelbagai pandangan tentang topik-topik

perbincangan untuk membuat kesimpulan.

30

1.10 Kajian Literatur

Melalui pengamatan yang dibuat berdasarkan kepada kajian yang dilakukan ini,

didapati bahawa kajian ini telah banyak dikaji oleh para ilmuwan Islam dan tokoh-

tokoh barat yang lain, kajian yang berkaitan dengan riba ini banyak dilakukan dalam

pelbagai bahasa, dan bentuk penulisan ilmiah. Walaupun demikian, penulisan ilmiah

tentang riba hanyalah bersifat umum, seperti membincangkan tentang konsep, jenis-

jenis, perbandingan dan isu-isu kontroversi sahaja.

Pengkaji juga mendapati bahawa latihan ilmiah kebanyakkannya menyentuh

tentang isu-isu kontroversi semasa. Antaranya, Pengurusan Wang Riba: Satu Analisis

Terhadap Tabung serambi Mekah oleh Fatimah Mamat, kajian ini menyatakan

bahawa tabung Serambi Mekah itu pada dasarnya dilindungi daripada unsur-unsur

riba. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada kajian dilakukan tabung tersebut

telah turut bercampur dengan wang riba.13

Menurut Sarina Binti Hamid, di dalam penulisan ilmiahnya yang bertajuk

Pengharaman Riba dan Alternatifnya dalam Sistem Perbankan di Malaysia,

menyatakan bahawa pembiayaan yang berunsurkan riba mungkin dapat ditangani

dengan kaedah-kaedah yang lain seperti perkongsian untung, nasib rugi, dan

alternatif yang tidak melibatkan riba.14

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Norfadhilah binti Khalid bertajuk “

Ayat-ayat Riba: Kajian Menurut perspektif Tertib Nuzul ” pula menyatakan bahawa

untung dan rugi atau buruk baiknya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah itu

mempunyai hikmah disebaliknya. Islam melarang sistem riba ini kerana ia memberi

kesan yang besar dari sudut akidah, agama, akhlak, sosial, ekonomi dan politik.15

Secara tidak langsung, kesedaran masyarakat dalam usaha untuk mengetahui

tentang perkara ini lebih-lebih lagi melibatkan sistem kewangan yang membinasakan

masyarakat, menyebabkan banyak jurnal dan kertas kerja dibentangkan oleh

13

Fatimah Mamat (2000).Pengurusan Wang Riba: Satu Analisis Terhadap Tabung serambi Mekah.

Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM. 14

Sarina Binti Hamid (2003). Pengharaman riba dan Alternatifnya dalam sistem perbankan di

Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Sastera, APIUM. 15

Norfadhilah binti Khalid (2008). Ayat-ayat Riba: Kajian Menurut perspektif Tertib Nuzul . Kuala

Lumpur: Jabatan al-Quran dan Al-Hadith, APIUM.

31

penyelidk yang prihatin terhadap isu semasa tentang riba ini. Antaranya jurnal dan

kertas kerja yang dipungut oleh pengkaji adalah;

Riba dan Gharar dalam Insurans: Satu Analisis Fiqh, jurnal ini dilakukan

secara berkumpulan yang diketuai oleh Wan Marhaini Wan Ahmad dan penyelidik-

penyelidik dibawahnya. Jurnal ini membincangkan tentang kewujudan elemen riba

dan gharar dalam insurans yang dijalankan oleh sesebuah syarikat sekitar tahun

1970-an menjadi fasad (rosak). Insurans yang dimaksudkan adalah insurans hayat,

kerana tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi akadnya.16

Seterusnya jurnal yang ditulis oleh Ab. Mumin bin Ab. Ghani bertajuk

Peristilahan ”Riba”: Satu Analisis Hukum, menyatakan bahawa istilah riba perlu di

diberikan pendefinisian semula selaras dengan perkembangan semasa. Hal ini

kerana, istilah riba perlu digunakan untuk urus niaga kewangan semata-mata atau

hanya kepada jenis-jenis amalam tertentu orang Arab jahiliah semasa turunnya

perintah pengharaman tersebut.17

Walaupun demikian, pengkaji juga banyak membaca buku-buku ilmiah yang

lain sebagai pengukuh kepada kajian yang ingin dilakukan, kebanyakkan buku yang

dibaca oleh pengkaji adalah bersifat umum dan membincangkankannya secara

ringkas berkaitan dengan sebab turun ayat ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-

Baqarah ini.

Antara buku ilmiah yang dirujuk adalah seperti buku berjudul Sistem

Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, yang dikarang oleh Encik Ab.

Mumin bin Ab Ghani. Menurut beliau riba hanya tertaluk kepada jenis-jenis amalan

tertentu sahaja yang diperintah haram.18

Pengkaji juga merujuk kepada buku Sistem Kewangan dan Perbankan Islam

oleh Sudin Haron, beliau menyatakan bahawa ilmuwan Islam melarang umatnya

untuk mengambil usury (kadar faedah yang terlalu tinggi) bukannya faedah

(interest). Menurut beliau lagi ilmuwan Islam itu juga menyatakan bahawa faedah

16

Wan Marhaini Wan Ahmad (2005). Riba dan Gharar dalam Insurans: Satu Analisis Fiqh. Dalam

Jurnal Fiqh, 2. 17

Ab. Mumin bin Ab. Ghani (1997). Peristilahan “Riba”: Satu Analisis Hukum. Dalam Jurnal

Syariah, 5(2).h.187- 203 18

Ab. Mumin bin Ab Ghani (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h.207

32

yang diterima melalui pinjaman yang dikeluarkan untuk pelaburan dalam aktiviti

produktif tidak bertentangan dengan al-Quran.19

Di samping, terdapat ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang mengkaji

berkaitan dengan riba ini antaranya seperti Sayyid Qutb20

, al-Sayyid Muhammad

Rasyid Rida21

, Abu A’ala al-Mawdudi 22

, Abd al-Sami’ al-Misr23

, al-Syeikh Umar

al-‘Aziz al-Matruk24

.

Walaubagaimanapun, masih kurang kajian yang memfokuskan tentang ayat-

ayat al-Quran mengenai riba terutama kajian tentang asbabul al-nuzūl yang

memfokuskan kepada ayat tentang riba. Pengkajian ini sangat penting dalam

memberi penghayatan yang lebih mendalam tentang hakikat pengharaman riba yang

sebenar-benarnya sebagaimana yang dikhendaki oleh Allah S.W.T. Jesteru, itu boleh

dikatakan bahawa penyelidikan yang bertajuk Asbab al-nuzūl Pengharaman Riba:

Kajian Terhadap Surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281 ini merupakan

kajian rintis yang memperincikan permasalahan tersebut dan sangat relevan untuk

dikaji.

1.11 Kerangka Kajian

Untuk memudahkan penilai melihat struktur cadangan laporan secara ringkas,

pengkaji telah menyusun draf rangka kerja tersebut bermula dari Bab 1 sehingga Bab

5, Draf ini hanya sekadar untuk melihat sejauh mana tajuk kajian ini dapat diteruskan

atau sebaliknya.

19

Sudin Haron (2007). Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur

Business School Sdn. Bhd, h. 334-335. 20

Sayyid Qutb (1980). Tafsir Ayat al-Riba. Beirut: Dar al-Syuruq. 21

al-Sayyid Muhammad Rasyid Rida (1986). al-Riba wa al-Mu’amalah fi al-Islam. Beirut: Dar Ibn

Zaydun. 22

Abu A’ala al-Mawdudi (1987) . al-Riba . Jeddah: al-Dar al-Sa’udiyyah. 23

Abd al-Sami’ al-Misr (1987). Limadha Harrama Allah al-Riba . al-Azhar Mesir: Maktabah

Wahbah. 24

al-Syeikh Umar al-‘Aziz al-Matruk (1997). al-Riba wa al-Mu’amalah al-Masrifiyyah fi Nazr al-

Syariah al-Islamiyah. al-mamlakah al-arabiyah al-Sa’udiyah: Dar al-‘Asimah.

33

Pada permulaan bab pengenalan atau bab satu. Pengkaji menyenaraikan

subtopik-subtopik yang mengambarkan keseluruhan tajuk kajian. Subtopik tersebut

dibincangkan secara ringkas dan padat agar kajian yang ingin dilakukan nampak

jelas dan tersusun. Serta menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu

dibincangkan sebelum meneruskan kepada bab-bab akan datang, hal ini

memudahkan isi dikupas mengikut urutan idea yang tersusun dan teratur. Kajian

lepas juga disertakan pada bab ini agar menjadi bahan bukti kepada kajian rintis yang

ingin dilaksanakan agar perbezaan kajian menjadi relevan untuk dikaji.

Seterusnya pada bab kedua, perbincangan tertumpu kepada konsep tajuk

kajian, dalam bab ini pengkaji memberi pengertian kepada tajuk kajian secara

terperinci seperti menjelaskan maksud dari sudut bahasa dan istilah tajuk operasi

kajian. Serta mendatangkan dalil-dalil dari al-Quran, hadis dan ijtihad sebagai bukti

untuk mengukuhkan lagi penjelasan-penjelasan kepada kajian yang ingin dilakukan.

Di samping diselitkan dengan beberapa pendapat ulama’ berkaitan dengan tajuk

kajian. Kewujudan tajuk operasi kajian juga diselitkan supaya sejarahnya dapat

diambil sebagai pengajaran kepada manusia.

Adapun pada bab ketiga, iaitu sejarah pengharaman riba, pengkaji

mendatangkan ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan pengharaman riba dengan

mengikut peringkat penurunan pengharamannya. Bab ini lebih tertumpu kepada

dalil-dalil yang membuktikan bahawa riba adalah sesuatu perkara, perbuatan atau

pengurusan yang diharamkan oleh syarak.

Manakala bab keempat, pengkaji meletakkannya sebagai bab analisa kepada

tajuk kajian iaitu kajian terhadap asbab al-nuzūl surah al-baqarah ayat ke-275

hingga ayat ke-281. Bab ini adalah hasil kepada dapatan kajian yang dilakukan oleh

pengkaji dengan meneliti, mengkaji, menganalisa, membuat perbandingan, membuat

kesimpulan,

Penutup, kesimpulan dan cadangan kepada tajuk kajian diletakkan pada bab

yang kelima iaitu bab terakhir dalam tajuk kajian. Bab ini lebih tertumpu kepada

kesimpulan tajuk kajian yang dilakukan, sama ada mendapat manfaat atau

sebaliknya. Disertakan juga cadangan agar kajian yang dilakukan ini diteruskan lagi

kepada generasi yang akan datang supaya kajian ini diperluaskan lagi supaya ilmu

34

pengetahuan tentang tanjuk ini diperbanyakkan lagi. Di samping mendapat manfaat

daripada kajian yang dilakukan.

1.12 Kesimpulan

Kajian ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan riba sebagaimana

ayat ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah, yang mana pengharaman ini

adalah bersifat mutlak yang dianggap biasa bagi masyarakat Islam sekarang. Jadi

dengan kajian ini, pengkaji cuba untuk memulihkan pandangan masyarakat terhadap

hukum pengharaman riba yang masih keliru oleh masyarakat sekarang.

Larangan mengambil faedah atau riba dalam transaksi pinjaman dan

pembiayaan adalah berdasarkan terdapatnya unsur-unsur riba yang diharamkan oleh

Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, kajian ini telah menerangkan sebab turunnya ayat

pengharaman riba dan hikmah terhadap penurunan ayat tersebut. Pengharaman riba

juga dilihat daripada sudut akidah, akhlak, sosial dan ekonomi.

Riba telah diharamkan oleh Allah S.W.T secara berperingkat-peringkat

selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul. Pada tahap permulaan, Allah S.W.T

hanya sekadar menyatakan kebenciaannya terhadap perbuatan riba. Manakala tahap

kedua, Allah S.W.T menjanjikan azab-Nya yang pedih ke atas sesiapa sahaja yang

mengambil riba. Adapun tahap ketiga, Allah S.W.T mengharamkan orang yang

beriman daripada memakan riba secara berlebih-lebihan, manakala pada tahap yang

terakhir, Allah S.W.T bertindak mengharamkan sama sekali semua bentuk riba, sama

ada yang berlebih-lebihan ataupun yang hanya melibatkan jumlah yang sedikit.

Oleh itu, pengkaji mengharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada

semua pihak, terutama sekali kepada pengkaji sendiri, masyarakat Islam serta pihak

yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan.

35

Kajian ini dilakukan agar masyarakat terpelihara daripada terlibat dengan

sebarang pengurusan kewangan yang berunsurkan riba, malahan riba telah

ditetapkan bahawa ianya adalah haram untuk diamalkan. Walaupun begitu, kajian ini

perlu diperbaiki dan ditambah lagi untuk masa akan datang supaya masyarakat sedar

bahawa bahayanya jika terlibat dengan riba ini.

36

BAB 2

KONSEP ASBAB AL-NUZŪL DAN RIBA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.1 Pengenalan

Dunia perniagaan dan ekonomi menurut ajaran Islam amat mementingkan kepada

keadilan dan menghapuskan eksploitasi dalam perniagaan dengan melarang semua

bentuk peningkatan dan penambahan kekayaan secara tidak adil. Islam dengan tegas

melarang umatnya mengambil harta orang lain dengan cara yang batil atau tidak

benar. Salah satu sumber penting dalam peningkatan kekayaan yang tidak dibolehkan

adalah menerima keuntungan kewangan dalam sesuatu transaksi perniagaan tanpa

memberikan suatu imbalan setimpal yang adil.25 Riba adalah suatu sumber utama

keuntungan yang tidak dibolehkan itu, juga diterapkan dalam sistem nilai Islam

bahawa ia adalah suatu sumber ketidakadilan yang amat jelas.

Bab ini akan menyentuh berkaitan dengan konsep riba menurut perspektif

Islam. Perbincangan ini meliputi persoalan riba iaitu dari sudut pengertian,

kewujudan dan pendapat-pendapat ulama’. Didatangi juga dengan dalil-dalil yang

dikutip dari al-Quran, as-sunah dan ijtihad para ulama’ sebagai pengukuh kepada

kajian.

25

Maksudnya di sini ialah seseorang yang mengenakan bayaran balik kepada penghutang dengan

kadar yang terlalu tinggi sehingga tidak adil untuk diri penghutang yang hanya meminjam

sedemikian-sedemikian.

37

2.2 Konsep Asbab al-Nuzūl

Asbab al-nuzūl dari segi bahasa membawa makna sebab turun, iaitu sebab turun

sesuatu ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dari sudut istilah Asbab al-

nuzūl bermaksud sesuatu ayat al-Quran diturunkan sebagai jawapan hukum kepada

sesuatu peristiwa atau menjelaskan peristiwa yang berlaku atau menjawab

pertanyaan yang diajukan oleh Nabi S.A.W.

Secara umumnya asbab al-nuzūl mengambil sempena berlaku sesuatu

peristiwa, lalu diturunkan ayat untuk menerangkan tentang peristiwa tersebut. Maka

itulah yang dikenali sebagai asbab al-nuzūl . Keadaan lain, apabila Rasulullah S.A.W

diajukan soalan oleh sahabat bagi menerangkan sesuatu hukum.

Namun begitu, tidak semua ayat al-Quran diturunkan dengan bersebab bagi

sesuatu peristiwa atau kerana sesuatu pertanyaan. Tetapi ada di antara ayat al-Quran

yang diturunkan kerana sebagai ibtida’ (permulaan, pendahuluan), tentang akidah

iman, tentang kehidupan keperibadian individu dan masyarakat, kisah-kisah

terdahulu dan pujian seseorang Nabi.26

Untuk mengetahui cara sebab turun ayat, ulama’ telah menggariskan

beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan. Bukan hanya melalui akal atau

pendapat, tetapi mestilah dengan riwayat yang sahih sama ada mendengar sendiri

daripada Rasulullah S.A.W atau daripada kalangan para sahabat. Selain daripada itu,

mereka mesti menyaksikan sendiri ayat itu diturunkan atau mereka yang benar-benar

mengetahui sebab-sebab turunnya sesuatu ayat berdasarkan kepada kajian yang

dilakukan, mereka itu terdiri daripada kalangan para sahabat, tabi’in dan para

ulama’.27

Ketegasan dalam mengetahui asbab al-nuzūl bukanlah perkara yang remeh-

temeh iaitu sekadar dengan membuat penelitian dan kajian semata-mata, ketegasan

26

Manna’ al-Khalil al-Qathan (2006). Cara Mudah Memahami Al-Quran ( Abu Ezzat al-Mubarak dan

Aunur Rafiq Ma’ruf, Terjemah). Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn.Bhd. h.133 27

Rosmawati .(1997). Op.cit. h.132

38

ini adalah kerana untuk memastikan sesuatu ayat yang diturunkan kepada Nabi

S.A.W berupa hukum dan peristiwa menjadi sah dan tetap.

Oleh itu, ulama salaf dan ahli tafsir sangat teliti dan berhati-hati dalam ilmu

asbab al-nuzūl ini, mereka mengetahui asbab al-nuzūl dan ilmu-ilmu berkaitan

dengannya melalui riwayat para tabi’in dan para sahabat atau juga melalui riwayat

yang sahih berasal daripada Rasulullah S.A.W.28

Hal ini sebagaimana sebuah riwayat yang dijelaskan oleh al-Wahidi, katanya:

“ Adalah tidak sah menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dengan

asbab al-nuzūl, kecuali dengan bersandarkan kepada riwayat yang sah

ataupun dengan mendengar sendiri secara langsung daripada mereka

yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui sebabnya serta berusaha

bersungguh-sungguh untuk meneliti-nya”

Penjelasan tentang riwayat dan ungkapan sebab turunnya ayat dapat

dibahagikan kepada dua bentuk keadaan, pertama; dalam bentuk penegasan, contoh

ungkapan: “sebab turun ayat ini adalah begini : كذا اآلية هذه النزول atau ”. سبب

menggunakan huruf fa al-Ta’qibiyah (التعقيبية bermaksud: “maka”, dan (ف

disambungkan dengan lafaz “ Turunlah ayat ”, contohnya: “ Maka diturunkan ayat

ini : فنزلهذهاآلية ” biasanya sesudah Rasulullah S.A.W menyebutkan peristiwa atau

pertanyaan.

Bentuk kedua: dalam bentuk penerangan, iaitu menerangkan kandungan

hukum ayat, contoh ungkapan: “ ayat ini turun mengenai ini: كذا في اآلية هذه ”.نزل

Iaitu boleh jadi sebab turun ayat dan mungkin juga tentang kandungan hukum ayat

tersebut. Atau ungkapan “ Aku kira ayat ini diturunkan mengenai perkara ini: أحسب

كذا في إل نزل اآلية atau ungkapan “ Aku tidak mengira ayat ini turun kecuali ”.هذه

berkaitan dengan perkara ini: ماأحسبهذهاآليةنزلإلفيكذا”.

28

Ibid.

39

Berdasarkan kepada ungkapan atau lafaz yang digunakan pada bentuk kedua

ini perawi tidak dapat memastikan dan menentukan tentang sebab turunnya sesuatu

ayat, sama ada menunjukkan sebab turun ayat atau menunjukkan hal lain. 29

Walaupun demikian terdapat keadaan yang mana satu ayat memiliki beberapa

riwayat yang terkadang tegas dan riwayat yang lain tidak tegas. Jadi, para ulama’

telah menyimpulkan sebagaimana berikut. Pertama; apabila semuanya riwayat tidak

tegas dalam menunjukkan sebab turun ayat, maka tidaklah mengapa untuk dipandang

sebagai tafsir dan kandungan ayat.

Kedua; jika sebahagian tidak jelas dan sebahagian lain jelas, maka yang

menjadi asas yang dapat di pegan adalah yang jelas. Ketiga; jika semuanya tegas,

maka tidak terlepas daripada kemungkinan salah satunya sahih atau semuanya sahih.

Apabila salah satunya sahih sedangkan yang lain tidak, maka yang sahih itulah yang

di pegan. Keempat; jika semuanya sahih, maka dilakukan tarjih sekiranya

memungkinkan.

Pembahagian turunnya ayat dari aspek bersebab, dapat dibahagikan kepada

dua penurunan iaitu penurunan secara bersebab dan tanpa sebab. Pertama; penurunan

ayat al-Quran tanpa sebab, secara umumnya penurunan ayat sebegini adalah

menjelaskan tentang perkara dan soal kehidupan seharian atau perkara yang sering

berlaku. Selain itu, sebagai tambahan kepada maklumat yang telah diketahui serta

menjelaskan perkara yang kurang jelas seperti akhlak yang terpuji.

Penurunan ayat sebegini sangat banyak dan jumlahnya dalam al-Quran

melebihi jumlah ayat yang diturunkan dengan bersebab. Contoh ayat, sebagaimana

firman Allah S.W.T:

(Surah al-Rum (30):30)

29

Manna’ Khalil Qathan.(2006). Op.cit. h. 147

40

Terjemahannya: “ (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka

hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai

Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah

terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia

(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk

menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada

ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi

kebanyakan manusia tidak mengetahui ”

Penurunan ayat ini adalah semata-mata untuk memberi panduan ke jalan yang

benar, tanpa menjawab persoalan atau tanpa menjelaskan sesuatu peristiwa atau

pertanyaan. Contoh lain, sebagaimana firman Allah S.W.T:

(Surah Yusuf (12):3-5)

Terjemahannya: “ Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad)

seindah-indah kisah Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran

ini, padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah

dari orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya. (Ingatlah

peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!

Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta

bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya

berkata:" Wahai anakku! janganlah Engkau ceritakan mimpimu kepada

saudara-saudaramu, kerana Aku khuatir mereka akan menjalankan

sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya Syaitan adalah

musuh Yang nyata bagi manusia.”

Ayat ini adalah cerita Nabi Yusuf a.s dan saudara-saudaranya, yang diturunkan

untuk menceritakan tentang umat terdahulu, ayat ini diturunkan adalah untuk

menenangkan serta menghiburkan Nabi S.A.W serta para sahabat. Bukan kerana

sesuatu peristiwa yang bersebab.

41

Kedua; penurunan al-Quran dengan bersebab, secara umumnya penurunan

sebegini adalah untuk menjelaskan sesuatu hukum, menjawab pertanyaan yang

diajukan oleh para sahabat dan orang Yahudi serta berlakunya sesuatu peristiwa.

Contoh, sebagaimana firman Allah S.W.T:

....

(Surah al-Nisa’ (4): 43)

Terjemahannya: “ Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu

hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan

mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu

katakan.”

Ayat ini diturunkan adalah disebabkan satu kisah tentang seorang sahabat yang

tersilap membaca surah al-Kafirun ( الكافرون ketika dalam solat. Lalu turunlah (سورة

ayat ini adalah kerana untuk menjelaskan hukum agar tidak menunaikan solat apabila

dalam keadaan mabuk.

Contoh penurunan ayat disebabkan untuk menjawab pertanyaan yang diajukan

kepada Rasulullah S.A.W, adalah sebagaimana firman Allah S.W.T:

(Surah al-Kahfi (18): 83)

Terjemahannya: Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad),

mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu

(wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":

Berdasarkan penurunan ayat ini adalah untuk menjawab pertanyaan orang

Yahudi kepada Rasulullah S.A.W tentang kisah Zul Qarnain.30

30

Rosmawati (1997).Op.cit. h.139

42

Setelah mempelajari ilmu asbab al-nuzūl seseorang akan memperoleh banyak

faedah yang dapat diambil daripada ilmu asbab al-nuzūl ini. Antaranya ialah

seseorang akan mengetahui hikmah di sebalik perundangan sesuatu hukum,

mentafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang benar. Mengetahui

bahawa syari’at Islam memberi perhatian yang serius terhadap kepentingan umum,

terutama dalam menghadapi segala peristiwa, demi umat Islam yang terhormat dan

mulia. Memudahkan dan membantu seseorang menghafaz al-Quran, mengetahui

pengkhususan hukum dan membantu ahli tafsir dan ahli Fiqh dalam mengithbat

hukum, memberi maklumat untuk membezakan antara ayat Makki dan Madani,

mengenal pasti ayat nasikh dan mansuh, mengkhususkan hukum dengan sebab serta

menolak sangkaan yang tidak benar tentang sesuatu batasan hukum.

Namun begitu, kepentingan mempelajari ilmu asbab al-nuzūl tidak terbatas

kepada aspek penetapan hukum semata-mata tetapi juga meliputi kepentingan dalam

pendidikan umat Islam sebagai satu didikan dan asuhan yang sangat berguna untuk

melahirkan umat Islam yang Rabbani serta berilmu.

2.3 Definisi Riba

2.3.1 Riba dari sudut Bahasa

Perkataan riba berasal daripada perkataan Arab iaitu al-riba dengan kata terbitan

raba (ربا) - yarbu (بو (باءار) rib’an ,) ير , rabuwwan (ا (ربو ا31

, sesetengah pendapat ia

dari kata terbitan raba (ربا) - yarbu (بو ا ) rabwan ,) ير ا ) rubuwwan ,(رب وا (ربو ا yang

bermaksud bertambah,berkembang,32

meningkat atau meninggi.33

31

Muhammad Idris Abdul Ra’uf al-Marbawi ( 2000). Kamus Idris al-Marbawi, Arab-Melayu. Dar al-

Fikr, h. 225. 32

Osman Khalid . (2006). Op.cit . h.851 33

Ibid. h.839

43

Al-riba dari sudut bahasa adalah kata nama (ism) yang bererti bertambah atau

kata nama terbitan (masdar) bererti tambahan. Pendapat yang masyhur mengatakan

ia adalah kata nama akhiran dengan huruf alif sebagai pengganti kepada huruf wau

pada sebutan bilangan kedua (tathaniyah). Adapun pendapat ahli bahasa seperti

Sibawih dan ahli Basrah sebutan tathiniyahnya ditukar dengan wau manakala

pendapat ahli Kufah adalah dengan huruf ya disebabkan baris bawah pada awal

perkataannya.34

Walaupun dalam al-Quran ditulis dengan dengan huruf wau diakhir kalimah.

Secara umumnya riba mempunyai enam pengertian sebagaimana diambil daripada

al-Quran dengan perkataan ra ba wa. Enam pengertian tersebut iaitu al-Rabwah

(tempat yang tinggi); Rabiyah (kuat); Arba (lebih banyak bilangan); al-Riba

(pertambahan); al-Ribbiyyun (terlalu banyak atau beribu-ribu); dan yurbi

(menerima).35

Riba dalam konteks hukum Eropah disebut dengan istilah interest atau usury (

Inggeris) yang bermaksud wear and tear, rente dan woeker ( Belanda ). Walaupun

begitu, istilah-istilah demikian mempunyai perbezaan. Rente bermaksud tingkat suku

bunga tetapi bersifat kewajaran, sedangkan woeker adalah tingkat suku bunga yang

prestasinya terlalu tinggi, sehingga dianggap sebagai riba. Adapun hukum Eropah,

interest dalam konteks woeker dianggap sebagai riba.

Walaupun demikian, perkataan itu sendiri dapat diertikan sebagai

pertambahan (al-ziyadah), tumbuh (namā) mengembang (al-numuz), meningkat dan

membesar ( al-irtifa’ dan al-uluw)36

, lebihan (al-Idafah).37

Riba juga membawa

maksud bunga berganda yang membebankan, menghisap darah, membungakan wang

dengan bunga yang tinggi dan hidup dengan membungakan wang.38

Terdapat beberapa kata yang seakan dengan kata riba walaupun perkataan

tersebut mempunyai sedikit perbezaan dari segi maksud. Antaranya ialah yang

34

Abu Ja’afar Muhammad bin Jarir ath-Thabari (2008). Tafsir Ath-Thabari ( Ahsan Askan,

Terjemahan) ( Karya asli tidak dinyatakan tahun terbitan). Jakarta Selatan: Pustaka Azzam, h.724 35

Ibid. 36

Sudin Haron (2007). Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur

Business School Sdn. Bhd, h. 315 3737

Ab. Mumin Ab. Ghani (1999). Sistem kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 109 38

Noresah bt Baharom.(2005). Op.cit, h.1329

44

terdapat dalam surah al-Rad39

ayat ke-17 terdapat kata Rabiyan (ابياا bermaksud (ر

mengapung di atas, mengapung adalah sesuatu yang lebih tinggi dari permukaan air.

Surah al-Haqqah40

ayat ke-10 terdapat perkataan Rabiyah (ابيةا yang bermaksud (ر

seksaan yang amat berat, seksaan dapat difahami sebagai bertambahnya derita yang

tidak dikehendaki. Surah al-Baqarah41

ayat ke-265 terdapat perkataan Rabwah ( وة (ربأ

yang bermaksud dataran tinggi, dataran tinggi dapat difahami sebagai dataran yang

lebih tinggi dari tanah di sekitarnya. Surah al-Nahl42

ayat ke-92 terdapat perkataan

arba (بى .yang bermaksud lebih banyak (أرأ43

2.1.2 Riba dari sudut Istilah

Terdapat beberapa pandangan ulama’ tentang pengertian riba mengikut istilah

syarak. Antaranya ada yang melihat dari aspek riba hutang, ada juga mendefinisikan

dengan mengikut pentakrifan riba jual beli dan ada juga mentakrifkan dengan

kefahaman yang umum iaitu penyalahgunaan harta orang lain tanpa hak.44

Riba dari aspek hutang bermaksud sesuatu tambahan atau lebihan yang

terlepas daripada bayaran balik hutang yang telah diletakkan sebagai syarat kepada

salah satu pihak dalam sesuatu perjanjian.45

Dari sudut ekonomi pula riba

dimaksudkan sebagai sejumlah bayaran wang yang dilakukan oleh pihak yang

menerima hutang sebagai tambahan dan lebihan ke atas jumlah wang yang

dipinjamnya mengikut beberapa syarat khusus (yang dikenakan sebelum menerima

wang pinjaman).

39

Al-Quran Karim, Surah al-Rad: 13:17 40

Al-Quran Karim, Surah al-Haqqah: 69:10 41

Al-Quran Karim, Surah al-Baqarah: 2:265 42

AL-Quran Karim, Surah al-Nahl: 16:92 43

Muhammad dan R. Lukman Fauroni. (2002). Visi Al-Qur’an Tentang Etika dan Bisnis. Jakarta:

Salemba Diniyah, h.152. 44

Muhammad Ali Ash-Shabuni (2000). Tafsir Ayat-ayat Hukum dalam Al-Qur’an ( Saleh Mahfoed,

terjemah). Kuala Lumpur: Pustaka Al-Azhar. ( karya asli tidak dinyatakan tahun), h. 675 45

Muhammad Abdul Mun’im Al-Jammal (1992). Ensiklopedia Ekonomi Islam ( Salahuddin

Abdullah, terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asli diterbitkan 1980), h.411

45

Riba mengikut pengertian lafziah atau harfiah ialah suatu tambahan atau

lebihan yang melebihi daripada jumlah pinjaman asal, yang ditentukan dengan

tempoh atau jangka masa yang telah ditetapkan dan mengadakan persetujuan

terhadap syarat lebihan ditentukan lebih dahulu iaitu dalam satu perjanjian pinjaman.

Riba terjadi pada dua perkara iaitu pertama; pada urus niaga jual beli atau Riba al-

Nasi’ah. Kedua; tanggungan urus niaga hutang (kredit) atau Riba al- Fadl .46

2.4 Dalil Berkaitan Riba

2.3.1 Riba dalam Al-Quran

Ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang riba dapat dibahagikan kepada dua

kategori. Pertama; susunan mengikut peringkat pengharaman dan Kedua; ayat al-

Quran yang menggunakan perkataan dasar “riba” walaupun maksud berlainan.

Kategori pertama; susunan ayat al-Quran mengikut peringkat pengharaman, iaitu

suatu proses penurunan ayat yang dapat dibahagikan kepada empat peringkat

penurunannya, malahan diturunkan pada masa dan tempat yang berbeza. Meliputi

lapan ayat dalam empat surah keseluruhannya iaitu lima ayat dalam surah al-

Baqarah, dan masing-masing satu ayat dalam surah ali-‘Imran, surah al-Nisa’ dan

surah al-Rum.

Peringkat Pertama

Firman Allah dalam Surah al-Rum;

46

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Op.cit. h.117

46

(Surah al-Rum (30):39)

Terjemahannya: “Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau

tambahan Yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya Dalam

pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi

Allah (tidak mendatangkan kebaikan). dan sebaliknya sesuatu pemberian

sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan

Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-

orang Yang beroleh pahala berganda-ganda.”

Peringkat Kedua

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nisa’;

(Surah al-Nisa’(4):161)

Terjemahannya:“Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba

padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka

memakan harta orang Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan

sebagainya). dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang

Yang kafir di antara mereka, azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.”

Peringkat Ketiga

Firman Allah s.w.t dalam Surah ali-Imran;

(Surah Ali-‘Imran (3):130)

Terjemahannya: “Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu

(disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan

sesiapa Yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama

47

pada hari kiamat kelak apa Yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap

seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa Yang telah

diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun

(balasannya).”

Peringkat Keempat

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah;

(Surah al-Baqarah (2):275-281)

Terjemahannya: “ Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu

tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang

dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan)

itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa

Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah

telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan)

dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang

48

telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi

haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli

neraka, mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil)

riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan)

sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap

orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan

mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh

pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari

berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula

tidak akan berdukacita.

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan

tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada

pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang

beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan

riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah

dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu

bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta

kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa,

dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,

maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya)

Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik

untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu

akan dapati kelak).

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya

kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan

balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya,

sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun”.

Manakala Kategori kedua; ayat al-Quran yang menggunakan perkataan yang

seakan dengan kata riba walaupun perkataan tersebut mempunyai sedikit perbezaan

dari segi maksud. Tetapi secara literalnya ia merujuk kepada suatu kelebihan atau

pertambahan. Sebagaimana yang terdapat dalam beberapa surah dalam al-Quran,

antaranya;

49

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah,

(Surah al-Baqarah (2):265)

Terjemahannya: “Dan bandingan orang-orang Yang membelanjakan

hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman

dan perasaan ikhlas) Yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti

sebuah kebun di tempat Yang tinggi, Yang ditimpa hujan lebat, lalu

mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. kalau ia tidak ditimpa hujan

lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). dan

(ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa Yang kamu lakukan.”

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ra’d,

(Surah al-Ra’d (13):17)

Terjemahannya: “Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri

tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya Yang ditetapkan

Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih

Yang terapung-apung. dan dari benda-benda Yang dibakar di Dalam api

untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas Yang diperlukan, juga

timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal Perbandingan

tentang perkara Yang benar dan Yang salah. adapun buih itu maka akan

hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda Yang

berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah

Allah menerangkan misal-misal perbandingan”.

50

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nahl;

(Surah al-Nahl (16):92)

Terjemahannya:“Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan Yang

telah merombak satu persatu benda Yang dipintalnya, sesudah ia selesai

memintalnya kuat teguh; Dengan kamu menjadikan sumpah kamu

sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian Yang telah dimeteraikan)

sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan Yang lebih ramai dari

golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu Dengan

Yang demikian itu; dan ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu,

pada hari kiamat, apa Yang kamu berselisihan padanya.”

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Hāqqah,

(Surah al-Hāqqah (69):10)

Terjemahannya: “Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang

diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka Dengan

azab Yang sentiasa bertambah.”

2.4.2 As-Sunnah

Selain ayat-ayat al-Quran, terdapat juga hadis-hadis sahih yang menyatakan

dengan jelas tentang pengharaman riba berserta azab bagi pengamal riba.

Analisis terhadap hadith-hadith ini dikategorikan kepada beberapa kategori,

iaitu Pertama; hadis-hadis yang mengharamkan riba dalam bentuk umum yang

menceritakan amalannya tergolong dalam dosa besar. Kedua; hadis-hadis yang

menegah amalan Riba al-Jahiliyyah atau Riba Hutang.

51

Ketiga; hadis-hadis yang menegah amalan riba Jual Beli atau riba

tersembunyi.47

Kategori Pertama; Hadis-hadis yang mengharamkan riba dalam bentuk umum yang

menceritakan amalannya tergolong dalam dosa besar.

Sabda Rasulullah S.A.W, yang diriwayatkan oleh Jabir r.a:

وشاهديهوقالهموسلمآكلالرباومؤكلهوكاتبهعنجابرقاللعنرسولهللاصلىهللاعليه

سواء

Terjemahannya: “Dari Jabir Berkata: Rasulullah S.A.W melaknat

(mengutuk) orang yang memakan ( mengambil ) riba, memberi

(membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda

bersabda, golongan ini semuanya adalah sama.”48

(Sahih Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W, yang diriwayatkan oleh ‘Abd Allah r.a:

باثالثةع علي هوسلمقالالر صلىهللا النبي عن عب دهللا وسب عونباباان

Terjemahannya:“ Dari ‘Abd Allah, dari Rasulullah S.A.W berkata: Riba

itu mempunyai tujuh puluh tiga bahagian”.49

( Sunan Ibn Majah )

Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a:

صلى هللا رسول قال م قو على بي ري أس لة لي أتي وسلم علي ه هللا

هؤلء من فقل خارجبطونهم ال حياتترىمن كال بيوتفيها بطونهم

با .ياجب رائيلقالهؤلءأكلةالر

47

Ab. Mumin Ab. Ghani.(1999). Op.cit. h.195 48

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Shaykh (2000). Al-Kutub al-sittah Sahih al-

Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Jami al-Tirmidhi, Sunan al-Nisa'i, Sunan Ibn Majah. Al-,

( sahih muslim, kitab 22 : al-musaqat ( pengairan ), no.Hadith 4092 ( bab 105: Pemakan dan pemberi

riba akan dilaknat), Riyad: Dar al-Salam, h. 955. 49

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit, ( Sunan Ibn Majah, Kitab 12: al-Tijarah ( perdagangan ), no.

Hadis: 2275 ( BAB:58: Teguran Keras dalam Riba), h.2613.

52

Terjemahannya:“Bersabda Rasulullah S.A.W : Pada malam mi’raj saya

telah bertemu dengan orang perutnya besar seperti rumah yang boleh

dilihat ular berada di dalamnya, lalu saya bertanya kepada Jibril,

siapakah mereka itu. Jibbril menjawab bahawa mereka itu adalah

orang-orang yang memakan riba.”50

( Sunan Ibn Majah )

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda:

علىالناسزمانل علي هوسلمقالليأ تين صلىهللا رسولهللا أن أبيهري رة عن إل يب قىأحد

غبارهأكل بخارهقالاب نعيسىأصابهمن يأ كل هأصابهمن لم بافإن الر

Terjemahannya: “Sesungguhnya akan datang suatu masa dimana tidak

ada seseorangpun melainkan dia akan makan riba, jika tidak

memakannya maka ia terkena sebahagian dari suapnya.” Ibnu Isa

berkata: terkena sebahagian dari debunya.”51

( Sunan Abu Daud)

Manakala hadis-hadis yang menegah amalan Riba al-Jahiliyyah atau Riba Hutang,

juga dalam Kategori Kedua ialah sebagaimana berikut:

Daripada Jabir b. ‘Abd Allah r.a, menceritakan tentang peristiwa haji wada’ Nabi

dengan mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W berpesan dengan sabdanya:

ورباالجاهليةموضوعوأولرباأضعربانارباعباسبنعبدالمطلبفإنهموضوعكله

Terjemahannya:“ ... Dan Riba al-Jahiliyyah dihapuskan dan pertama-

tama riba yang hapuskan ialah riba yang kita bayar kepada ‘Abbas bin

‘Abd al-Mutallib, sesungguhnya ia dimansuhkan semua sekali ...” 52

( Sahih Muslim )

Sabda Nabi S.A.W, yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

50

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit .(Sunan Ibn Majah, kitab 12: al-Tijarah ( perdagangan ), no.

Hadis 2273 ( BAB:58: Teguran Keras dalam Riba), h.2613 51

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sunan Abu daud, Kitab 22: al-Buyu’ ( Jual Beli ), no.Hadis

3331 ( Bab 3: Menjauhi Perkara Syubhat), h.1473. 52

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sahih Muslim, Kitab 15: al-Hajj ( Haji), no. hadis 1218 (

Bab 19: Hajinya Nabi S.A.W ), h.880.

53

لتظ لمونولتظ لمون والكم رءوسأم ضوعلكم رباال جاهليةمو رباامن كل ألوإن

Terjemahannya:“ Ingat-ingatlah bahawa semua riba al-Jahiliyyah itu

dimansuhkan, bagi kamu adalah modal pokok kamu, kamu tidak menzalimi dan

juga tidak dizalimi” 53

( Sunan Ibn Majah )

Sabda Nabi S.A.W, yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas bahawa Usamah b. Zayd

menceritakan:

االربافيالنسيئةأنالنبيصلىهللاعليهوسلمقالإنم

Terjemahannya: “Bahawa Rasulullah S.A.W Bersabda: Sesungguhnya riba itu

berlaku pada bertangguh”54

( Sahih Muslim )

Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Usman b. Zayd:

أنرسولهللاصلىهللاعليهوسلمقاللربافيماكانعنأسامةبنزيد

يدابيدTerjemahannya:“ Tidak Berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara

unjuk-menunjuk ( secara tunai )”55

( Sahih Muslim )

Adapun hadis-hadis yang termasuk dalam kategori ketiga iaitu hadis-

hadis yang menegah amalan riba Jual Beli atau riba tersembunyi. Hadith

tersebut sebagaimana berikut;

Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh ‘Ubaidah b. Al-Samit;

53

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sunan Ibnu majah, Kitab: 25 al-manasik, no.hadis 3055

Bab 76: Khutbah Pada hari nahr (Penyembelihan Kurban ), h.2661 54

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sahih Muslim, Kitab 22 al-Musaqat ( Pengairan ), no hadis

103 ( Bab 18 : Menjual makanan pada kadar yang sama., h.955 55

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sahih Muslim, Kitab 22 al-Musaqat ( Pengairan ), no hadis

104 ( Bab 18 : Menjual makanan pada kadar yang sama), h: 955

54

قالرسولهللاصلىهللاعليهوسلمالذهب :عنعبادةبنالصامقال

بالتمر والتمر بالشعير والشعير بالبر والبر بالفضة والفضة بالذهب

بيدفإذااختلفهذهالصناف والملحبالملحمثالبمثلسواءبسواءيدا

فبيعواكيفشئتمإذاكانيدابيد

Terjemahannya:“ Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum

dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam

dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan sama, unjuk-

berunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu boleh

berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut

unjuk –berunjuk.” 56

( Sahih Muslim )

Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri:

الخدريقال الذهبعنأبيسعيد قالرسولهللاصلىهللاعليهوسلم

والشعير بالبر والبر بالفضة والفضة بالتمربالذهب والتمر بالشعير

اآلخذ أربى فقد استزاد أو زاد فمن بيد يدا بمثل مثال بالملح والملح

والمعطيفيهسواء

Terjemahannya: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum

dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam

dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan sama, unjuk-

berunjuk, sesiapa juga yang membayar lebih atau meminta (mengambil)

lebih maka dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan

yang membayar adalah sama”.57

( Sahih Muslim )

56

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sahih Muslim, Kitab 22 al-Musaqat ( Pengairan ), no hadis

71 ( Bab 15: Sharaf dan jual beli emas dan perang dengan tunai), h. 953 57

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sahih Muslim, Kitab 22 al-Musaqat ( Pengairan ), no hadis

72 Bab 15: sharaf dan jual beli emas dan perang dengan tunai ), h.953.

55

Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri dan Abu

Hurairah;

عليه هللا صلى هللا رسول أن هريرة أبي وعن الخدري سعيد أبي عن

هللا رسول له فقال جنيب بتمر فجاءه خيبر على رجال استعمل وسلم

فقاللوهللايا رسولهللاإناصلىهللاعليهوسلمأكلتمرخيبرهكذا

عينوالصاعينبالثالثةفقالرسولهللاصلىلنأخذالصاعمنهذابالصا

هللاعليهوسلمفالتفعلبعالجمعبالدراهمثمابتعبالدراهمجنيبا

Terjemahannya: “ Bahawa Rasulullah S.A.W mengutuskan seorang

lelaki bekerja di Khaybar dan lelaki tersebut datang berjumpa baginda

dengan membawa buah tama janib ( sejenis tamar yang berkualiti

tinggi). Rasulullah bertanyakan lelaki itu sama ada semua buah tamar di

Khaybar seperti yang dibawanya, lantas lelaki tersebut menjawab, tidak

wahai Rasulullah, sebenarnya kami menukarkan satu sa’ ( satu sukatan

)58

tamar dari jenis ini dengan dua sa’ tamar biasa dan dua sa’ tamar ini

dengan tiga sa’ tamar biasa . Lalu Rasulullah S.A.W pun bersabda,

jangan kamu berbuat begitu, jualkan tamar al-Jam dengan dirham dan

gunakan dirham itu untuk membeli tamar janib:”59

Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id:

سمعأباسعيديقولجاءباللبتمربرنىفقاللهرسولهللاصلىهللا

باللتمركانعندناردئفبعمنهصاعينعليهوسلممنأينهذافقال

بصاعلمطعمالنبيصلىهللاعليهوسلمفقالرسولهللاصلىهللاعليه

اردتأنتشترىالتمر وسلمعندذلكأوهعينالربالتفعلولكنإذا

.فبعهببيعآخرثماشتربه

Terjemahannya: “Bilal telah membawa buah tamar Barni ( berkualiti

tinggi ), lalu Rasulullah S.A.W bertanyakannya dari mana buah tamar

itu diperolehi . Bilal menjawab, “ Tamar yang ada pada kami adalah

Radi’ ( bermutu rendah ) lantas saya menjualnya dengan dua sa’ bagi

mendapatkan satu sa’ untuk hidangan Rasulullah S.A.W”. Rasulullah

S.A.W terus bersabda, “Hah, ini betul-betul riba, jangan kamu lakukan

demikian sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan dahulu

tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah tamar yang kamu

kehendaki itu dengan harga yang peroleh daripada jualan tadi.”60

58

1 sa’ menurut ulama Hanafiyah bersamaan dengan 3261.5 gram, selain daripada ulama Hanafiyah :

1 sa’ bersamaan dengan 2172 gram. 59

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sahih Muslim, Kitab 22 al-Musaqat ( Pengairan ), no hadis

95, bab 18: Menjual makanan pada kadar yang sama, h. 954. 60

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz.(2000). Op .cit ( Sahih Muslim, Kitab 22 al-Musaqat ( Pengairan ), no hadis

96 bab 18: Menjual makanan pada kadar yang sama, h. 954.

56

( Sahih Muslim )

Berdasarkan kepada hadis-hadis yang dinyatakan, kebanyakannya hadis

tersebut membicarakan berkaitan dengan riba jual beli berbanding dengan hadis riba

hutang. Walaupun begitu, dalil-dalil di atas membuktikan bahawa riba adalah sesuatu

perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W sebagai peringatan

kepada umatnya agar menjauhkan diri daripada sesuatu bentuk yang berunsurkan

riba.

2.5 Pendapat Ulama’ tentang Riba

Perhatian yang serius terhadap persoalan riba menyebabkan ulama’ Islam sejak

zaman sahabat sehingga zaman mutakhir ini cuba untuk menjelaskan maksud

sebenar riba yang diharamkan. Mereka tidak pernah membantah atau mempersoalkan

tentang pengharaman riba kerana sudah jelas dalam al-Quran dan as-sunah tentang

perkara tersebut. Tetapi adakah riba tersebut mencakupi keseluruhan urus niaga

kewangan kini atau hanya tertakluk kepada jenis-jenis amalan tertentu orang Arab

jahiliah semasa turunnya perintah pengharaman tersebut.

Ulama telah membahagikan riba dengan mengklasifikasikan kepada beberapa

ciri-ciri pengelasannya. Pengelasan tersebut juga memberikan nama yang berbeza-

beza kepada jenis riba sekalipun ia agak sama. Antaranya adalah seperti berikut:

Dr. Wahbah al-Zuhayli menyatakan bahawa riba dapat dibahagikan kepada

dua jenis iaitu riba al-Nasi’ah dan riba al-Fadl.61

Manakala Imam as-Syafi’I pula

menyatakan bahawa pembahagian riba dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk

61

Wahbah al-Zuhaily. Dr.(2007). Tafsir al-Munir Juz 3 ( Surah al-Baqarah-Surah Ali ‘Imran)(

Malaysia dan Nusantara, Terjemah). Selangor: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia And

Publication, h.101.

57

iaitu riba al-Nasi’ah dan riba al-qardh.62

Ibnu Qayyim pula membahagikan riba

kepada jenis-jenis tersebut iaitu riba nyata dan riba tersembunyi.63

Ibnu ‘Abd al-Rahim al-Dahlawi menyatakan riba ia dipecahkan kepada riba

hakiki dan riba naungannya. Maghiniyyah; riba hutang dan selain daripada hutang,

Ibn Rusyd; riba hutang dan riba Jual Beli.64

Sesetengah yang lain menyatakan riba

dapat diklasifikasikan kepada riba al-Quran dan riba al-Sunah, hal ini kerana

berasaskan kepada pengharamannya melalui al-Quran bagi riba al-Quran dan melalui

hadis bagi riba al-Sunah.

Dari sudut istilah, ramai ulama berbeza-beza pendapat tentang istilah riba,

antaranya seperti Imam Razi menyatakan bahawa riba ialah sesuatu tranksaksi yang

tidak adil kerana mengambil harta si peminjam secara sengaja.65

Ibnu Rusyd berkata;

Semua ulama telah bersepakat bahawa riba itu terjadi pada dua perkara iaitu pertama;

pada urus niaga jual beli dan kedua; pada tanggungan urus niaga kredit (hutang),

sama ada hutang itu berpunca daripada urus niaga jual beli atau pun pinjaman atau

sebagainya.66

Manakala Ibn Hazm juga menyatakan begitu iaitu riba itu tidak berlaku

kecuali pada urus niaga bay’ atau urus niaga Qard (hutang) atau urus niaga Salam.

Tiada seorang pun mereka daripada ulama yang berselisih pendapat tentang perkara

ini.67

Mazhab fiqh sunni yang empat utama juga berbeza pendapat dalam

mendefinisikan riba. Mazhab Syafi’I mentakrifkan riba sebagai kontrak ke atas

tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada ukuran yang diakui oleh

62

Wahbah Zuhaili (2010). Fiqih Imam Syafi’i: Mengupas Masalah Fiqhiyah Berdasarkan Al-Qur’an

dan Hadits, Jilid 2 ( Muhammad Afifi dan Abdul Hafiz, Terjemah).Jakarta: Penerbit Almahira.( Buku

Asli Terbitan 2008), h.2 63

Ibn Qayyim, Shams al-din Abi Abd Allah Muhammad ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-jawziyah

(2003). A’lam al-Muwaqqi’in an rabb al-alamin, Jilid 1, juz 2. Beirut: Dar al-Fikr, h.424 64

Ibn Rushd, Imam al-Qadi Abu al-Walid Muhammad ibn Ahmad ibnMuhammad ibn Ahmad ibn

Rushd al-Qurtubi al-Andalusi, al-shahir bi Ibn al-Rushd al-Hafid (2001). Bidayat al-mujtahid wa-

nihayat al-muqtasid, Juz 1-2. Beirut : Dar al-Fikr, h.105 65

Adiwarman Aswar Karim (2001). Ekonomi Islam Suatu Kajian Kontemporer. Jakarta: Gema Insani

Press, h.71. 66

Ibn Rushd.(2001). Op.cit. Juz 1-2, h.105, 67

Ibn Hazm, Abu Muhammad ‘Ali bin Ahmad Sa’d bin Hazm (2000). Al-muhalla Jilid 8. Beirut: Dar

al-Jil, h.467.

58

syarak semasa berkontrak atau penangguhan pada kedua-dua atau salah satu

barangan tukaran tersebut.68

Mazhab Hanafi memberikan definisi riba mengikut istilah syarak ialah

lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran yang diakui oleh syarak

dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak dalam

kontrak pertukaran.69

Mazhab Hanbali pula mengatakan riba adalah melebihkan sesuatu dan

menangguhkan sesuatu yang tertentu dengan sesuatu. Imam Ahmad Ibn Hanbal

pernah ditanya tentang riba yang tidak diragukan dan beliau berkata bahawa

seseorang yang menanggung hutang diberi pilihan sama ada ingin menjelaskan atau

membuat riba ( Ataqdi am turbi).70

Sekiranya tidak dijelaskan jumlah hutang akan

bertambah dengan tempohnya dilanjutkan. Manakala ulama mazhab Maliki pula

memberi definisi riba sebagai lebihan pada bilangan atau timbangan yang sebenar

atau samar-samar dan menangguhkan.

Manakala menurut ulama tafsir riba ialah tambahan yang diambil oleh si

pemiutang daripada si penghutang kerana penangguhan tempoh pembayaran atau

lebihan harta yang tiada timbal balas tukarannya dalam pertukaran harta dengan

harta.

Al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan bahawa riba yang dikenali oleh

syarak ialah dua perkara, iaitu pengharaman bertangguh dan berlakunya lebihan pada

pertukaran barangan al-naqd ( emas dan perak ) dan makanan.71

68

Al-Bujayrimi, Sulayman Ibn Muhammad al-Bujayrimi (1995). Hashiyat al-Bujayrimi ala sharh

manhaj al-tullab al-musamah al-tajrid li-naf' al-abid, Jilid 2 . Beirut: Dar al-Fikr, h.190-191. 69

Nasafi, ‘Abd Allah ibn Ahmad Nasafi (1997). al-Bahr al-ra'iq, sharh Kanz al-daqa'iq (fi- furu' al-

Hanafiyah),Jilid 6. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah, h.207

70 Ibn Qudamah (2001). ‘Umdat al-fiqh fi al-madhhab al-Hanbali. Beirut: Maktabah al-Asriyah, h.

54 71

Al-Qurthubi (2008). Tafsir al-Qurthubi ( Fathurrahman, Ahmad Hotib dan Dudi Rasyadi, Terjemah)

Jilid 3. Jakarta: Pustaka Azzam. (karya asli bahasa Arab: al-Jami’ li ahkam al qur’an), h.770.

59

At-Thabari dalam karyanya menyatakan bahawa riba itu bermaksud

tambahan yang dikenakan oleh tuan punya harta disebabkan tambahan tempoh

pembayaran oleh si penghutang dan menangguhkan pembayaran hutang tersebut. 72

Sesetengahnya pula mengatakan bahawa riba pada syarak itu ialah pertama; riba

yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah, kedua; lebihan dalam sukatan atau

timbangan pada pertukaran barangan yang sama jenis, ketiga; penangguhan.73

2.6 Perkembangan Kewujudan Riba

Perkembangan sejarah kewujudan riba tidak dapat dikenal pasti secara tepat

sekalipun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa sejarah kewujudannya sama

sebaya dengan kewujudan wang itu sendiri. Walau apa pun tanggapan mengenai

sejarah kewujudan riba ini, apa yang pasti riba memang sudah lama bertapak dalam

sejarah tamadun manusia.

2.5.1 Riba Masyarakat Zaman Purba

Seorang raja dinasti ke-24 SM zaman pemerintahan para Firaun, Bukhuris (

Bakenranef juga dikenali sebagai Bocchoris) yang memerintah negara Mesir pada

725 sebelum Masihi telah menguatkuasakan undang-undang terhadap bayaran faedah

yang melebihi daripada jumlah modal.74

Penguatkuasaan yang ditetapkan oleh Firaun Bukhuris terhadap undang-

undang tersebut perlu diberi perhatian dengan rasa bangga kerana telah diikuti oleh

pihak kerajaan Mesir dalam abad ke-20 ini, yang termaktud dalam perkara (Seksyen)

72

Al-Thabari ( 2008). Tafsir al-Thabari ( Ahsan Askan, Terjemah)Jilid 4. Jakarta: Pustaka Azzam (

Karya Asli Bahasa Arab: Jami’ al-Bayan an Ta’wil ayi al Qur’an), h.732. 73

Al-Jassas (2003) Ahkam al-Qur’an, Jilid 1. Beirut: dar al-Kutub al-ilmiyah, h. 563-366. 74

Dr. Muhammad Abdul Mun’im al-Jammāl (1980). Op.cit. h.415

60

232 undang-undang sivil Mesir yang menggariskan: “ Dalam keadaan apa jua pun,

tidak dibolehkan bahawa jumlah faedah itu melebihi daripada jumlah modal…”.75

Seorang ahli Falsafah Mesir purba, Solon, mengemukakan pendapat beliau

kepada masyarakat pada zaman hayatnya supaya sistem riba itu dihapuskan sebagai

perubahan dan suatu perkara penting terhadap masyarakatnya.76

2.5.2 Riba Masyarakat Zaman Babylon

Terdapat suatu perintah undang-undang yang agak tegas dalam menghapuskan

amalan riba pada zaman ini, tegahan ini dijumpai dalam kitab undang-undang yang

dikeluarkan oleh Hammurabi pada tahun 1950 sebelum Masihi. Juga ditemui

beberapa kepingan tulisan seorang pegawai bank pada zaman Babylon yang memberi

penjelasan berkaitan dengan amalan pengurusan bank pada zaman itu, di antaranya

ialah memberi pinjaman kepada penghutang dengan faedah 12 peratus daripada

modal.77

2.5.3 Riba Masyarakat Zaman Greek

Pemerintah pada zaman Greek terpaksa menetapkan had kadar faedah kepada

peminjam walaupun pada asalnya kerajaan Greek membenarkan peminjam melalui

proses penguatkuasaan undang-undang, hal ini disebabkan oleh berlakunya

pengenaan bunga atau faedah secara berleluasa pada zaman tersebut.78

Rentetan dari

undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Greek, ramai ahli-ahli falsafah ketika

itu menentang keras undang-undang yang ditetapkan. Ahli-ahli falsafah berpendapat

sumber pencarian kehidupan yang berurusan secara bunga merupakan perkara yang

75

Ibid. h.415 76

Ibid. h.415 77

Ibid. h.416 78

Samir al-Hudaybi (1988), Nahw Iqtisad al-Islami, Kaherah: al-Zahra’ lil-I’lam al-‘Arabi, h.29.

61

tidak patut dikenakan kerana wang dijadikan sebagai alat pertukaran, bukannya

untuk membiakkan wang.

Pengambilan bunga dalam pengurusan bank adalah perkara yang keji dalam

penghasilan kekayaan, seruan Plato dan Aristotle. Tambahan lagi, Plato juga pernah

menyatakan dalam satu karyanya,” Tidak halal bagi seseorang itu mengenakan bunga

ke atas hutang saudaranya”, beliau juga menyarankan agar tidak mengenakan bunga

ke atas pinjaman wang.79

Ahli falsafah yang mempunyai pengaruh yang besar di

kalangan generasi kemudian, Aristotle dengan tegas mengutuk sistem pengambilan

bunga. Mengumpamakan bunga tersebut dengan ibu ayam mandul yang tidak boleh

bertelur.80

Sekeping wang tidak boleh mencipta sekeping wang lain merupakan

doktrin Aristotle. Beliau menyatakan bahawa wang adalah semata-mata sebagai alat

pertukaran, bukannya untuk membiakkan wang lain daripadanya.

2.5.4 Riba Masyarakat Zaman Rom

Pada tempoh permulaannya, kerajaan Rom mengharamkan penerimaan wang faedah

tetapi secara berperingkat-peringkat ia muncul seiring dengan berkembangnya

empayar Rom dan meluasnya aktiviti-aktiviti perniagaan dan perdagangan yang

lahirnya dari golongan saudagar dan peniaga. Namun demikian, penguatkuasaan

peraturan telah dikenakan terhadap amalan dan jumlah kadarnya. Penguatkuasaan ini

dijalankan untuk melindungi rakyat jelata daripada bahananya.

Institute Justinian telah menetapkan kadar bunga boleh dikenakan antara 4

hingga 8 peratus bergantung pada bentuk dan ciri-ciri hutang tersebut. Institute

Justinian juga meletakkan faedah paling tinggi yang boleh dikenakan sehingga 12

peratus.81

Daripada keterangan ini jelaslah bahawa orang-orang pada zaman purba

sudah pun mengetahui dan mengenal pasti apakah riba itu, dan mereka pula telah

79

Anwar Iqbal Qureshi (1974), Islam and The Theory of Interest, Lahore: Sh. Muhammad Asharaf, h.

34 80

Ibid, h.36 81

Abdul Mun’im. (1992). Op cit. h. 416.

62

berusaha menyekat dan menentang amalannya. Hal ini disokong oleh penulis-penulis

Rom pada masa itu seperti Cicero, Cato dan Seneca secara terang-terangan mengutuk

amalan bunga dengan menganggapkan sebagai tidak semula jadi dan tidak adil.82

2.5.6 Riba Menurut Pandangan Agama Yahudi

Disebutkan dalam Perjanjian Lama (Old Testament) bahawa diharamkan dalam

agama Yahudi amalan pengenaan bunga atau faedah. Walaupun tidak menunjukkan

pengharaman secara mutlak terhadap amalan bunga. Hal ini sebagaimana teks yang

menerangkan masalah hutang dengan bunga. Sebagaimana yang dinyatakan dalam

Bible: Bab Setiap Manusia Bertanggungjawab atas Dirinya;

“….…”Ia tak pernah memberi pinjaman dengan bunga. Ia tidak mahu

melakukan kejahatan dan dalam setiap pertengkaran ia memberi

keputusan yang jujur..”83

( Injil: Yehezkiel/Ezekiel (18: 8)

Juga terdapat dalam Bible: Bab Perlakuan Terhadap Orang Miskin;

“… Maka janganlah anda berikan wang-mu kepadanya dengan meminta

bunga, juga makanan-mu janganlah kau berikan dengan meminta riba.…”84

(Imamat/Leviticus: 25:37)

Lagu-lagu dan nyanyian (Mazamir) juga ada menyebut ungkapan ini;

“… Orang beriman itu tidak akan memberi (pinjaman) mengikut sistem

riba..”85

82

Ab. Mumin.(1999). Op.cit. h.137 83

Bible (Injil) Al-Kitab, Yehezkiel/Ezekiel , 18: 8 84

Bible (Injil) Al-Kitab Indonesia,Imamat/ Leviticus: 25:37

63

Walaupun demikian, dengan sifat keangkuhan dan sombong dalam kalangan pendeta

dan guru agama Yahudi menetapkan bahawa hukum-hukum itu adalah terbatas

dalam muamalat di antara sesama orang Yahudi sahaja, hal ini berpandukan kepada

kandungan Kitab Taurat dalam bab: Pelbagai Undang-undang, yang menyatakan;

“ Janganlah engkau kenakan kepada saudara-mu apa-apa tentang

pinjaman atau makanan yang boleh melibatkan riba. Kepada orang

asing pinjamkan-lah secara riba, namun jangan lakukannya sesama

saudara kamu bangsa Yahudi..”86

( Deuteronomy, 23: 19-20)

“ Saudara” yang di maksud dalam kita suci mereka adalah “orang Yahudi”. Mereka

telah melarang setiap orang Yahudi memberi pinjaman wang kepada seorang Yahudi

yang lain dengan mengenakan faedah atau bunga. Akan tetapi mereka membenarkan

dan membolehkan perbuatan memberi pinjaman wang dengan dikenakan faedah dan

bunga itu kepada orang yang bukan Yahudi. Sikap buruk seperti inilah telah

didedahkan oleh al-Qur’an melalui firman Allah dalam surah al-Nisa’;

(Surah al-Nisa’(4):160-161)

Terjemahannya: “ Maka disebabkan kezaliman Yang amat besar dari

perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan

Yang baik-baik Yang pernah Dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan

mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah. Dan juga

(disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang

melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang Dengan

85

Abdul Mun’im .(1992). Op.cit. h.417 86

Bible (Taurat), Deuteronomy 23:19-20

64

jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya). dan (ingatlah) Kami telah

menyediakan bagi orang-orang Yang kafir di antara mereka, azab seksa

Yang tidak terperi sakitnya.”

2.5.7 Riba dalam Masyarakat Jahiliah

Keadaan geografi yang berpasir dan tandus, menyebabkan semenanjung Tanah Arab

rata-ratanya sukar untuk bercucuk tanam terutamanya di bandar-bandar seperti

Mekah dan kawasan sekitarnya. Hasil pertanian juga sukar untuk didapati di sana,

dan memerlukan makanan daripada luar negeri dengan melalui perniagaan kafilah

yang sentiasa berulang alik ke negeri Syam di sebelah utara dan negeri Yaman di

sebelah selatan. Tambahan juga, barang-barang dagangan pada musim-musim

perayaan dan perhimpunan orang-orang Arab seperti musim Haji dan Pasar ‘Ukaz

dan lain-lainnya.

Kemajuan yang di kecapi oleh Umm al-Qura ( Bandar Mekah) sebagai pusat

perdagangan antarabangsa menyebabkan bandar Mekah menjadi sibuk dan makmur.

Semua kemudahan termasuk sistem kewangan dan perbankan terdapat di sana dan ini

sedikit sebanyak menjadi punca kepada membiaknya amalan riba.

Ulama’ banyak memberi pandangan bahawa riba yang diamalkan oleh

masyarakat Arab pada masa itu dikenali dengan “ Riba jahiliah”. Menurut Mujahid,

Riba jahiliah itu berlaku apabila seseorang yang mempunyai hutang daripada seorang

lain dan berkata;” Untuk engkau sekian, sekian ( jumlah tambahan), asalkan engkau

melewatkan tempoh pembayaran hutang itu padaku”. Lalu dilanjutkan tempoh

pembayaran kepadanya.

Secara umumnya masyarakat Arab Jahiliah berurusan sesama mereka yang

melibatkan unsur riba melalui dua bentuk berikut;

i. Pemberian pinjaman yang bertempoh dengan dikenakan bayaran lebihan

daripada jumlah pokok pinjaman. Kadar dan bentuk bayaran lebihan ini

telah dipersetujui terlebih dahulu oleh kedua-dua pihak. Ada kalanya

65

pembayaran lebihan ini dibuat mengikut bulanan dan ada kalanya dibayar

sekali gus pada akhir tempoh hutang tersebut.

ii. Ketika menjual barang-barang dengan harga bertangguh, iaitu apabila

cukup tempoh yang ditetapkan pembeli masih belum mampu membayar,

maka tempoh pun dilanjutkan lagi, dengan demikian harga akan ditambah

pula selaras dengan lamanya tempoh itu.

2.7 Kesimpulan

Islam adalah agama yang menggariskan cara hidup yang sempurna bagi manusia.

Bermulanya dari definisi asasnya hingga kepada gambaran kehidupannya yang

menyentuh aspek sosial, akhlak dan ekonomi, jelas menunjukkan Islam sebagai

agama yang praktikal sifatnya dan sesuai dalam apa jua situasi kehidupan manusia.

Agama Islam juga datang dengan menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

dan penipuan ke atas seluruh kaum Muslimin.

Tujuan diharamkan ekonomi yang bersifat penipuan dan tidak adil ialah

untuk membersihkan dan mengawal nafsu diri manusia, serta membuat adil kepada

sesama makhluk yang memerlukan pertolongan dari segi kewangan dan

kehidupannya. Juga kepada golongan kaya, bantuan golongan miskin daripada

mereka amat diperlukan untuk membantu golongan yang tidak kemampuan.

Penindasan yang tidak adil yang dilakukan terhadap golongan yang meminjam telah

dijanjikan oleh Allah azab yang pedih di hari pembalasan nanti.

66

BAB 3

SEJARAH PENGHARAMAN RIBA

3.1 Pengenalan

Larangan riba diturunkan secara berperingkat-peringkat oleh Allah S.W.T dalam

kalam-Nya al-Quran dapat dilihat pada empat tempat yang berbeza dan waktu yang

berbeza. Penurunan secara berperingkat-peringkat adalah hikmah Allah terhadap

dakwah-Nya agar perintah-Nya mudah diamalkan dan diikuti oleh masyarakat zaman

perkembangan Islam ketika itu. Peringkat pertama; dalam surah al-Rum ayat ke-39,

peringkat kedua; dalam surah al-Nisa’ ayat ke-161, peringkat ketiga; dalam surah

Ali-Imran ayat ke-130 hingga ayat ke-132 dan peringkat keempat; dalam surah al-

Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281.

Pada bab ini, akan menyentuh tentang hukum pengharaman riba di sisi syarak

mengikut tertib al-nuzūl ayat. Pengharaman riba termasuk salah satu keistimewaan

ekonomi Islam yang membezakannya dari ekonomi Kapitalis kerana sistem ini tidak

dapat tertegak tanpa sistem bunga wang. Sistem riba dalam ekonomi Kapitalis inilah

yang membawa kepada berkembangnya modal tanpa perlu berusaha. Dalam al-

Quran dan sunah Nabi S.A.W dengan jelas mengharamkan amalan riba selain

mengharuskan amalan jual beli sebagaimana firman Allah S.W.T;

67

Terjemahannya: “ Dan Allah menghalalkan jual beli dan Dia

Mengharamkan riba”.

3.2 Ayat-Ayat Pengharaman Riba

Terdapat pada empat tempat ayat pengharaman riba dalam al-Quran, iaitu pada surah

al-Rum ayat yang ke-39, pada surah al-Nisa’ ayat yang ke-160 hingga ayat ke-161,

pada surah Ali-‘Imran ayat yang ke-130 hingga ayat ke-131 dan pada surah al-

Baqarah ayat ke-175 hingga ayat ke-181.

Penurunannya ayat-ayat tersebut mengikut kepada keadaan semasa penurunannya.

Sebagaimana firman Allah S.W.T, dalam Surah al-Rum;

(Surah al-Rum (30):39)

Terjemahannya: “Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau

tambahan Yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya Dalam

pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi

Allah (tidak mendatangkan kebaikan). dan sebaliknya sesuatu pemberian

sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan

Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-

orang Yang beroleh pahala berganda-ganda.”

68

Seterusnya firman Allah S.W.T dalam Surah al-Nisa’;

(Surah al-Nisa’ (4):161)

Terjemahannya:“Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba

padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka

memakan harta orang Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan

sebagainya). dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang

Yang kafir di antara mereka, azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.”

Juga sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran;

(Surah ali-Imran (3): 161)

Terjemahannya:“Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu

(disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan

sesiapa Yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama

pada hari kiamat kelak apa Yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap

seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa Yang telah

diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun

(balasannya).”

69

Terakhir sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah;

( Surah al-Baqarah (2): 275-281)

70

Terjemahannya: Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak

dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk

Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang

demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya

berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah

menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu

sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari

Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah

diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya,

dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi

lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka

kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil)

riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan)

sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap

orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan

mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh

pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari

berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula

tidak akan berdukacita.

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan

tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada

pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang

beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan

riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah

dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu

bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta

kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada

sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,

maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya)

Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik

untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu

akan dapati kelak).

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya

kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan

balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya,

sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

71

3.3 Peringkat Pengharamana Riba

Pengharaman riba berlaku di beberapa tempat dalam al-Quran. Pengharaman yang

diturunkan secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat adalah hikmah Allah

s.w.t. Susunan pengharaman akan disusun melalui masa turunnya kepada Nabi s.a.w.

Susunan ayat-ayat diharamkan riba berlainan dengan susunan kedudukannya dalam

al-Quran. Dimulai dengan sebutan dan sindiran sehingga kepada nas-nas yang terang

dan nyata pengharamannya. Dan larangan sebahagian kepada larangan secara

menyeluruh.

Peringkat Pertama

Sebagaimana Allah s.w.t berfirman:

( Surah al-Rum (30): 39)

Terjemahannya: “ Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau

tambahan Yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya Dalam

pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi

Allah (tidak mendatangkan kebaikan). dan sebaliknya sesuatu pemberian

sedekah Yang kamu berikan Dengan tujuan mengharapkan keredaan

Allah semata-mata, maka mereka Yang melakukannya itulah orang-

orang Yang beroleh pahala berganda-ganda”.

Menurut al-Thabari, sebagaimana yang diriwayatkan dari Ibnu Waki

menceritakan kepada kami, ai berkata: Ayahku menceritakan kepada kami dari Aby

Rawad, dari Adh-Dhahhak, tentang ayat riba ini iaitu “Dan (ketahuilah bahawa)

sesuatu pemberian atau tambahan Yang kamu berikan, supaya bertambah

72

kembangnya Dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang

di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan)”. Ia berkata, “ ini ditujukan khusus

untuk Rasulullah s.a.w. Ini jelas riba yang halal.87

Ayat ini juga pernah dijadikan sebagai sumber rujukan Konvensyen

Penyelidikan Islam melalui kitab al-Tafsir al-Majid Lil Qur’an al-Majid,88

menyatakan bahawa sesiapa yang memberikan sesuatu yang berbentuk pemberian

dengan tujuan untuk mengkhendaki pembalasan yang lebih daripada pemberian itu.

Di samping mendapatkan kemegahan dan tambahan harta yang menginginkan

gelaran yang masyhur pada pandangan orang ramai, kebanyakkan ahli tafsir

berpendapat perbuatan tersebut tidak mendapat pahala di sisi Allah s.w.t sekalipun

perbuatan sebegitu tidak haram. Hal ini kerana dia tidak melakukannya demi

keredhaan Allah s.w.t.89

Menurut Ibnu Kathir, walaupun riba pada ayat ini bersikap bahawa ianya

adalah dibolehkan, sekalipun tidak mendapat pahala, sebagaimana yang ditafsirkan

oleh Ibnu Abbas, Mujahid, adh-Dhahhak, Qatadah, ‘Ikrimah, Muhammad bin Ka’ab

dan asy-Sya’bi. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w melarang secara khusus. “ Itulah yang

dikatakan oleh adh-Dhahhak dan dia berdalil dengan firman Allah s.w.t:

( Surah al-Muddatstsir (74):6)

Terjemahannya: “Dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan

tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya”.

Iaitu, janganlah engkau memberikan sesuatu kerana mengkehendaki sesuatu yang

lebih besar dari pemberianmu itu.90

87

Al-Thabari.(2008). Op.cit. jilid 20 , h. 675 88

Abdul Mun’im. (1992). Op.cit. h. 436 89

Ibid 90

Ibnu Katsir (2004). Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 6 ( M.Abdul Ghoffar dan abu Ihsan al-Atsari,

Terjemah). Bogor: Pustaka Imam asy-Syafi’i ( Karya Asli yang ditahqiqkan, Lubaabut Tafsir min Ibni

Katsiir, terbitan 1994), h.377

73

Ayat ini yang diturunkan semasa Rasulullah s.a.w bersama orang-orang kafir

di Mekah ketika Rasulullah s.a.w menyeru mereka supaya berbuat kebajikan dan

menghindari kemungkaran. Diturunkan ayat ini bersabit dengan amalan riba yang

dilakukan oleh Bani Thaqif.91

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa zahir ayat

itu merupakan bentuk riba (tambahan) yang ditegah kerana selalu diamalkan dalam

urusniaga orang-orang Arab Jahiliyah.

Menurut al-Qurthubi, sebagaimana yang diriwayatkan dari Adh-Dhahak

tentang ayat ini mengatakan bahawa: “ Ini adalah riba halal, harta yang dihadiahkan

untuk mencapai apa yang lebih baik darinya. Tidak ada untung baginya dan tidak ada

rugi baginya. Tidak ada pahala baginya pada perbuatannya dan tidak ada dosa

atasnya pada perbuatannya”.92

Terdapat tiga perkataan dalam ayat ini iaitu Riba, Zakat dan berlipat ganda (

al-Muḍ’ifun) yang membawa maksud agak sama tetapi dalam pengertian yang

berbeza iaitu tambahan, penyuburan dan berganda-ganda banyak.

Mereka yang mengamalkan riba memberi untuk mendapatkan pembalasan

yang lebih banyak daripada manusia. Manakala mereka yang mengeluarkan zakat

memberi untuk mendapat pembalasan yang lebih daripada Allah s.w.t, bukan

daripada makhluk. Walaupun zakat ketika itu belum difardhukan lagi juga penerima-

penerima zakat belum ditentukan tetapi prinsipnya telahpun ditetapkan iaitu segala

harta adalah hak milik Allah.93

Secara umumnya ayat ini adalah nasihat negatif daripada Allah untuk

pengamal riba yang membenarkan hartanya mengembang melalui cara riba, namun

sebenarnya cara mengembangkan harta yang menjamin ganjaran berlipat ganda

adalah melalui zakat. Harta yang mengandungi unsur riba tidak akan menambahkan

kekayaan individu mahupun negara bahkan ianya akan mengurang.94

91

Al-Qurthubi. (2002). Op.cit. Jilid 14, h. 87 92

Ibid. h.86 93

Ibid. h.92-93 94

Ab.Mumin. (1997). Op.cit, h.183

74

Peringkat Kedua

Adapun diperingkat kedua, sebagaimana Allah s.w.t berfirman:

( Surah al-Nisa’ (30):160-161)

Terjemahannya: “ Maka disebabkan kezaliman Yang amat besar dari

perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan

Yang baik-baik Yang pernah Dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan

mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah. Dan juga

(disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang

melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang Dengan

jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya). dan (ingatlah) Kami telah

menyediakan bagi orang-orang Yang kafir di antara mereka, azab seksa

Yang tidak terperi sakitnya.”

Ayat ini diturunkan adalah mengenai orang Yahudi yang diharamkan oleh Allah ke

atas mereka melakukan riba, tetapi dengan sifat keangkuhan dan sombong dalam

mematuhi perintah Allah, mereka terus menerima riba. Lantaran itu, Allah

mengenakan azab seksa ke atas mereka disebabkan perbuatan maksiat mereka itu.

Pengharaman riba pada ayat ini disebut secara kiasan sahaja bukan berdasarkan suatu

nas yang terang dan nyata.

Ayat ini diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w selepas hijrah

Rasulullah s.a.w ke Madinah dalam suasana perpaduan yang melibatkan orang-orang

Islam dan orang-orang Yahudi dalam menguruskan kehidupan dengan berusniaga.

Allah memberi peringatan kepada kaum Muslimin tentang tingkah laku kaum

Yahudi dengan tipu helah mereka dalam urusan harian. Tipu helah yang

75

dimaksudkan itu khususnya adalah mengambil riba, walaupun mereka telah

ditegahkan berbuat demikian.95

Tegahan itu adalah satu perintah Allah s.w.t dalam kitab-kitab atau syariat

terdahulu, yang mengutuk mereka yang mengambil riba. Tegahan itu juga terdapat

dalam kitab Taurat dan jelaslah bahawa riba telah diharamkan ke atas kaum Yahudi

sebagaimana juga diharamkan ke atas umat Islam. Akan tetapi, orang-orang Yahudi

telah membuat pelbagai helah bagi menghalalkan riba ini.96

Helahan itu memakan diri sendiri, kerana mereka memakan harta orang lain

secara tidak sah akan tetapi Allah telah menjanjikan seksa yang pedih di dunia dan

akhirat kepada mereka. Seksaan dunia yang dipikul oleh mereka adalah

mengharamkan segala perkara yang dihalalkan sebelum ini, adapun di akhirat pula

mereka dijanjikan dengan azab yang pedih.97

Menurut Ibnu Kathir, pengharaman segala yang dihalalkan sebelum ini ada

yang bersifat qadari ( menurut ketentuan sunnatullah) dan ada yang bersifat syar’i

(menurut ketentuan syaria’at). Hal ini kerana Allah s.w.t mengharamkan sesuatu

yang dahulunya halal bagi mereka di dalam Taurat.98

Sebagaiman firman Allah

dalam surah al-An’aam:

( Surah Al-An’aam (6):146)

Terjemahannya: “Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi Segala

binatang Yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula Kami

haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) Yang ada pada

belakangnya atau Yang menyelaputi perkakas Dalam perutnya, atau

Yang bercampur Dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka

95

Ab. Mumin. (1999). Op.cit . h. 184 96

Al-Qurthubi.(2008). Op.cit. Jilid 6. h. 31 97

Ibnu Kathir. (2004). Op.cit. jilid 2. h. 459 98

Ibid

76

Dengan sebab kederhakaan mereka; dan Sesungguhnya Kamilah Yang

benar.”

Ath-Thabari menceritakan bahawa Bisyr bin Mu’adz menceritakan kepada

kami, dia berkata: Yazid menceritakan kepada kami, ia berkata: Sa’id menceritakan

kepada kami dari Qatadah, tentang maksud firman Allah:” Maka disebabkan

kezaliman Yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan

atas mereka makanan Yang baik-baik Yang pernah Dihalalkan bagi mereka”

bahawa maksudnya adalah, “ Kaum yang disiksa lantaran kezaliman dan

kederhakaan mereka, dan sesuatu diharamkan lantaran kezaliman dan kederhakaan

mereka.99

Ahli tafsir kebanyakkannya tidak menjelaskan dengan lebih terperinci tentang

riba yang dilarang bagi kaum Yahudi ini kecuali beberapa orang sahaja yang

menyatakan riba itu adalah merujuk kepada apa-apa lebihan daripada modal pokok

kerana penangguhan tempoh pembayaran.100

Malahan, tiada penerangan yang

menjelaskan tentang larangan riba tersebut berlaku sama ada sesama kaum Yahudi

atau dengan bukan kaum Yahudi.

Secara umumnya ayat ini disebut secara tidak langsung iaitu dengan sindiran

dan kiasan, dan tidak secara nas yang nyata kerana ia dibawa dalam bentuk cerita

kelakuan kaum Yahudi dan tidak menunjukkan dalil yang tetap bahawa riba itu

diharamkan kepada kaum Muslimin. 101

Peringkat Ketiga

Seterusnya di peringkat ketiga, sebagaimana firman Allah s.w.t:

99

Ath-Thabari. (2005). Op.cit. jilid 8.h. 132. 100

Ab. Mumin. (1999). Op.cit. h.184 101

Ibid

77

( Surah Ali-‘Imran (3):130-131)

Terjemahannya: “Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu

makan atau mengambil riba Dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah

kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. Dan peliharalah diri

kamu dari api neraka, Yang disediakan bagi orang-orang kafir.”

Berdasarkan kepada ayat di atas, Allah s.w.t telah mengisyaratkan secara langsung

kepada umat Islam tentang pengharaman amalan riba. Pengharaman riba ini disebut

secara khusus kerana Allah s.w.t telah menyatakan perang keatasnya.102

Hal ini

sebagaimana firmannya;

(Surah al-Baqarah (2):279)

Terjemahannya: “ Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah

mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya

peperangan dari Allah dan RasulNya”

Menurut Al-Qurthubi, kata perang ini mengisyaratkan pembunuhan, Maka,

ayat ini seakan-akan Allah S.W.T berfirman, “ Jika kalian tidak menjauhi riba

nescaya kalian pasti akan kalah dan terbunuh,” Allah S.W.T memerintahkan mereka

untuk meninggalkan riba, kerana riba adalah sesuatu amalan yang biasa diamalkan

oleh mereka.103

Ayat ini diturunkan di Madinah sekitar tahu ketiga hijrah Nabi S.A.W ke

Madinah. Larangan ini disabitkan dengan amalan urusan hutang yang diamalkan

102

Al-Qurthubi. (2002). Op.cit. h.500. 103

Al-Qurthubi. (2002). Op.cit. Jilid 4. h.500

78

dalam kalangan masyarakat jahiliah yang berbentuk berlipat kali ganda pada awal

permulaan Islam.104

Riba yang berbentuk berlipat kali ganda ini merujuk kepada amalan kebiasaan

yang dilakukan dalam masyarakat jahiliah. Amalan riba tersebut ialah mengambil

kadar tambahan daripada urusniaga hutang mengikut sesuatu tempoh. Kadar

tambahan yang diambil apabila proses pembayaran balik tidak dilakukan setelah tiba

tempohnya.105

Contohnya, seorang peminjam telah berjanji dengan penghutang untuk

membayar balik pada tempoh-tempoh yang telah ditetapkan, Setelah sampai tempoh,

si peminjam tidak dapat berbuat demikian kerana kesuntukan wang atau kewangan.

Jadi, si peminjam memohon kepada penghutang agar dilanjutkan tempoh

pembayaran balik, tempoh itu diterima dengan disyaratkan oleh penghutang bahawa

kadar tambahan akan dikenakan oleh peminjam dengan kadar-kadar yang tertentu.

Ahli tafsir banyak berpendapat bahawa ayat ini diturunkan disebabkan oleh

amalan Riba al-Jahiliyyah, iaitu yang berlaku dalam kontrak hutang sama ada

berpunca daripada urusniaga jual beli atau urusan pinjaman. Antaranya dalam kitab

tafsir Ath-Thabari, bahawa Abu Ja’afar mendatangkan riwayat dari Muhammad bin

Amr dengan menceritakan kepada kami, dia berkata: Abu Ashim menceritakan

kepada kami dari Isa, dari Ibnu Abi Najih, dari Mujahid bahawa maksud ayat ini

ialah riba Jahiliyyah.106

Sesetengah pentafsir berpendapat bahawa ayat ini diturunkan disebabkan oleh

amalan Riba Ad’af Muda’afah, iaitu yang berlaku apabila seseorang yang

menanggung hutang akan memohon untuk dilajutkan tempoh pembayaran hutangnya

dan sanggup untuk menambahkan sejumlah tambahan tertentu atas penangguhan

itu.107

104

Ab.Mumin. (1999). Op.cit. h.185 105

Ibnu Kathir. (2004). Op.cit. Jilid 2. h.137 106

Ath-Thabari. (2005). Op.cit. Jilid 5. h. 861. 107

Ab. Mumin. (1999). Op.cit. h. 186

79

Secara umumnya, ayat ini adalah berbentuk pengharaman sebahagian atau

permulaan pengharaman kepada amalan riba kerana ia hanya mengharamkan kepada

satu jenis riba sahaja, iaitu riba terkeji ( al-Riba al-Fahisy) yang menjadikan hutang

bertambah dengan berlipat kali ganda .108

Di samping itu, Allah telah memberi amaran keras terhadap pengamal riba

dengan menjanjikan neraka yang disediakan kepada orang-orang kafir kerana amalan

riba adalah salah satu dosa besar. Ulama’ jugak berpendapat bahawa ancaman ini

adalah paling ditakuti dalam al-Quran kerana pengamal riba telah menempah neraka

bagi dirinya sendiri.

Ibnu ‘Abbas menyatakan bahawa ayat ini juga merupakan satu ugutan daripada

Allah kepada orang-orang Islam yang cuba menghalalkan apa yang yang telah

diharamkan oleh Allah daripada amalan riba dengan mewajibkan ke atasnya

neraka.109

Peringkat Keempat

Adapun di peringkat Keempat, sebagaimana firman Allah s.w.t:

108

Ibid. h.187 109

Ibid. h.188

80

(Surah Al-Baqarah (2):175-181)

Terjemahannya: “Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu

tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang

dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan)

itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa

Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah

telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan)

dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang

telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi

haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli

neraka, mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil)

riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan)

sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap

orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan

mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh

pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari

berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula

tidak akan berdukacita.

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan

tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada

pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang

beriman.

81

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan

riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah

dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu

bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta

kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa,

dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,

maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya)

Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik

untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu

akan dapati kelak).

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya

kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan

balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya,

sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.”

Ayat ini diturunkan selepas perkembangan ajaran Islam telah tertegak di

semenanjung Tanh Arab. Ayat ini juga merupakan ayat yang terakhir mengenai

pengharaman riba, juga ayat terakhir bagi ayat-ayat hukum yang diturunkan kepada

Nabi s.a.w iaitu sebelum baginda wafat.110

Ibn ‘Abbas mengatakan bahawa ayat riba adalah ayat terakhir diturunkan

kepada Nabi S.A.W. Adapun Umar pula pernah menyatakan bahawa ayat ini

merupakan yang terakhir diturunkan dan Rasulullah S.A.W menerimanya tanpa

menerangkan sesuatu mengenainya kepada kita, akan tetapi penjelasan ayat itu sudah

difahami tujuannya iaitu menjauhi segala amalan riba keraguan. 111

Sesetengah pendapat mengatakan ayat ini disabitkan kepada penduduk Mekah

yang selama ini berurusniaga secara riba. Apabila pembukaan kota Mekah, mereka

semua memeluk agama Islam lalu Allah memerintahkan supaya mereka hanya

mengambil modal pokok sahaja tanpa apa-apa kadar tambahan.

Sekiranya mereka enggan mematuhi arahan Allah supaya meninggalkan

amalan riba, Allah telah memberikan amaran dan ancaman dengan pelbagai

110

Ab. Mumin. (1999). Op.cit. h.190 111

Ibid

82

penyeksaan yang pedih. Allah yang Maha Berkuasa telah mengisytiharkan perang

kepada pengamal riba yang tidak mematuhi arahan tersebut dan amaran ini

merupakan satu amaran yang amat keras dalam syaruiat Islam.112

Walaupun begitu, Allah yang Maha Pengampun sentiasa mengampunkan

segala dosa hamba-hambanya yang melakukan kesilapan. Jika mereka yang

mematuhi perintah Allah tentang pengharaman riba ini dan meninggalkan segala

bentuk amalan riba dan tidak mengambil apa-apa wang yang masih berbaki dan

menyesal terhadap perbuatan yang lalu setelah peringatan daripada Allah. Maka

terserah lah kepada Allah untuk menghukum mengikut apa yang dikehendaki-Nya.113

112

Al-Qurthubi. (2002). Op.cit. h.801 113

Ibid. h.809.

83

3.4 Kesimpulan.

Pengharaman riba dalam al-Quran adalah satu tetapan yang mengandungi pelbagai

hikmah. Ancaman juga dikhabarkan kepada pengamal riba adalah untuk

membetulkan sistem ekonomi tidak adil. Segala bentuk penipuan dalam transaksi

pinjaman atau jual beli perlu dihapuskan. Ketidakadilan ini menyebabkan manusia

sentiasa bermusuh-musuhan dan berpecah-belah.

Secara kesimpulannya, disebalik penurunan ayat-ayat ini yang diturunkan

kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan disampaikan kepada seluruh makhluk

adalah untuk menegakkan keadilan dalam sistem muamalat manusia. Agama Islam

tidak melarang memberi hadiah, jasa dan pertolongan. Malah perbuatan tersebut

diredhai oleh Allah jika seseorang itu niat dengan ikhlas untuk menolong. Tetapi apa

yang dilarang adalah memberi sesuatu kepada manusia adalah semata-mata untuk

mendapat balasan lebih daripada itu.

Dalil-dalil yang dinyatakan dalam perbincangan adalah untuk memberi

peringatan kepada umat Islam supaya sentiasa menggunakan keserasian wahyu, al-

Quran, sunnah dan akal sebagai jalan kehidupan yang sempurna. Agama Islam

adalah agama yang mengajar seseorang hidup dalam keadaan yang selamat, selesa,

memuliakan semua makhluk dan berlaku adil sesama makhluk yang diciptakan

Allah.

84

BAB 4

KAJIAN ASBAB AL-NUZŪL SURAH AL-BAQARAH AYAT 275-281

4.1 Pengenalan

Bab sebelum ini, penulis telah membincangkan bagaimana peringkat-peringkat

penurunan ayat riba di dalam al-Quran menurut pandangan mufassirin dan para

ulama terhadap ayat tersebut. Dalam mengkaji asbab al-nuzūl ini terdapat sangat

banyak ilmu-ilmu yang berkaitan dengan prinsip tersebut. Ilmu-ilmu al-Quran sangat

luas, ternyata semakin banyak mengkaji dan membahaskan ilmu-ilmu al-Quran ini

semakin kita mengetahui betapa kecilnya kemampuan manusia apabila dibandingkan

dengan kebesaran Allah s.w.t. Sebagaimana Allah s.w.t berfirman:

( Surah al-Kahfi (18):109)

Terjemahannya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua

jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku,

sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah

Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding

dengannya, sebagai bantuan".

85

Konsep utama penurunan al-Quran adalah untuk menjadi panduan, pertunjuk

serta ikutan kepada umat manusia seluruhnya yang meliputi urusan keduniaan,

pentadbiran, pendidikan, akhlak, hukum-hakam dan ibadat. Antara lain juga di dalam

al-Quran terkandung peristiwa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.

Al-Quran juga diturunkan dengan meliputi tujuan umum dan tujuan khusus, Maka

berkaitan persoalan itu ada juga ayat-ayat yang diturunkan untuk memberi penjelasan

sesuatu peristiwa, atau menjelaskan tentang hukum atau juga menjelaskan perkara

yang diajukan oleh para sahabat atau masyarakat kepada Nabi, lantaran itu al-Quran

diturunkan berkaitan dengan peristiwa itu yang dikenali dengan sebab turun atau

asbab al-Nuzūl.

Namun begitu, tidak semua ayat al-Quran diturunkan dengan bersebab, tetapi

ulama telah sepakat di mana sememangnya terdapat ayat yang diturunkan dengan

bersebab. Mempelajari ilmu sebab al-nuzūl sangat penting dan ia merupakan salah

satu daripada bidang al-Quran. Dengan mempelajari ilmu ini dapat membantu

seseorang memahami al-Quran dengan lebih baik.

4.2 Ayat Al-Quran Tentang Pengharaman Riba

Dalam bab ini, pengkaji akan meneliti dan menganalisis sebab turunnya ayat

mengenai ayat riba yang diturunkan pada peringkat yang terakhir iaitu pada ayat ke-

275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah. Analisis ini akan memfokuskan kepada

pendapat atau riwayat yang masyhur dalam menetapkan sebab turun ayat riba ini.

Ayat itu ialah sebagaimana Allah S.W.T berfirman:

86

(Surah al-Baqarah,( 2):275-281)

Terjemahannya: “ Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu

tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang

dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan)

itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa

Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah

telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan)

dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang

telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi

haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang

87

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli

neraka, mereka kekal di dalamnya.

Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil)

riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan)

sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap

orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan

mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh

pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari

berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula

tidak akan berdukacita.

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan

tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada

pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang

beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan

riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah

dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu

bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta

kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa,

dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup,

maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya)

Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik

untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu

akan dapati kelak).

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya

kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan

balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya,

sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.”

4.3 Pendapat Ahli Tafsir Mengenai Asbab al-Nuzūl Surah al-Baqarah

Dalam mengkaji dan menganalisis asbab al-nuzūl ayat riba yang terakhir ini.

Pengkaji telah mengumpul beberapa riwayat daripada tafsir yang terkemuka.

Susunan riwayat yang diambil dari tafsir ini adalah mengikut kronologi tafsir yang

88

paling awal dan seterusnya. Tafsir yang dipilih ialah Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu

Kathir dan Tafsir al-Qurthubi.

4.3.1 Tafsir Al-Thabari

Penulis asal tafsir al-Thabari ialah Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Katsir bin

Ghalib juga dikenali sebagai Abu Ja’far, beliau dilahirkan pada tahun 225 H

bersamaan dengan 839 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah

bersamaan dengan 923 Masihi.114

Abu Ja’far berpendapat bahawa ayat ke-275 ini diturunkan atas sebab amalan suku

kaum Arab yang mengenakan riba, perkara ini berdasarkan kepada riwayat-riwayat

berikut:

عن , عن ابن أبي نجيح, عن عيسى, ثنا أبو عاصم: قال, حمد ببنن عمروحدثني مكانوا في الجاهلية يكون للرجال على : قال في الربا الذي نهى اهلل عنه, مجاهد

فيؤخر عنهز , لك كذا وكذا وتؤخر عني: فيقول, الرجال الدينTerjemahannya: “ Muhammad bin Amr menceritakan kepadaku, ai

berkata: Abu Ashim menceritakan kepada kami, dari Isa dari Ibnu Abi

Najih dari Mujahid katanya tentang riba yang dilarang Allah S.W.T: “

Di masa jahiliah, seseorang memliki hutang pada orang lain, lalu dia

berkata: Ini dan itu untukmu, tapi akhirkan hutangku. Lalu dia

mengakhirkan hutangnya”.115

,

114 Al-Hawawi, Yaqut Ibn ‘Abd Allah al-Rumi ( 1999). Mu’jam al-udaba' irshad al-arib ila ma'rifat

al-adib, Jilid 6. Beirut: Mu’assasat al-Ma’arif, h.513 115

Ath-Thabari ( 2005). Jami’ al-Bayan ‘an ta’wil ay al-Qur’an, Jilid 3, no hadis 4883. Beirut: Dar al-

Fikr,h.128 (1648)

89

Riwayat dari Bisyr, sebagaimana berikut:

أن ربا الجاهلية يبيع الرجال : عن قتادة, ثنا سعيد: قال, ثنا يزيد: قال, حدثني بشر إلإذا حل األجل ولم يكن عند صاحبه قضاء زاده وأخر عنه , البيع إلى أجل مسمى

Terjemahannya: “Bisyr menceritakan kepada-ku, ai berkata: Yazid

menceritakan kepada kami, ia berkata: Sa’id menceritakan kepada kami,

dari Qatadah bahawa : Riba pada masa Jahiliyyah adalah ketika

seseorang menjual sampai waktu tertentu. Jika waktunya tiba dan

pemilik tidak mampu membayar, harganya ditambah dan diakhirkan

pembayarannya.”116

Abu Ja’far juga berpendapat bahawa ayat ini diturunkan pada kaum Arab yang

telah masuk Islam. Sesetengah mereka memiliki harta yang mereka riba-kan pada

kaum yang lainnya, ada sebahagian mereka menerima sebahagian hartanya dari

mereka dan tinggalkan sebahagian lagi. Maka Allah S.W.T memaafkan orang-orang

yang menerima riba sebelum ayat ini diturunkan dan mengharamkan untuk

mengambil bakinya”. Hal ini berdasarkan kepada riwayat-riwayat berikut ini.

)): عن السدي , ثنا أسباط : قال , ثنا عمرو : قال , حدثني موسى

)) يعني.من الجنون

Terjemahannya :”Musa bin Harun menceritakan kepada-ku, ai berkata:

Amr menceritakan kepada kami, dia berkata: Asbath menceritakan

kepada kami, dari As-Suddi: “ Wahai orang-orang Yang beriman!

bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut

lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu,

jika benar kamu orang- orang Yang beriman.” 117

Abu Ja’far menambahkan lagi bahawa ayat ini diturunkan pada al-Abbas bin

Abdul Muthalib dan salah seorang dari Bani al-Maghirah yang merupakan rakan

pada masa jahiliah. Mereka berdua meminjamkan wang dengan riba kepada orang-

116

Ibid. no hadis.4884 117

Ibid. no hadis 4891. h.129 (1649).

90

orang dari Thaqif iaitu dari Bani Amr atau Bani Amr bin Umair. Lalu datang Islam

dan keduanya masih memiliki harta dalam jumlah besar yang berbentuk riba, lalu

Allah S.W.T menurunkan ayat “ dan tinggalkan sisa riba ( yang belum dipungut)”

iaitu sisa riba pada masa jahiliah.

Abu Ja’far juga mengambil riwayat dari al-Qasim, sebagaimana berikut :

Al-Qasim dengan menceritakan kepada kami, dia berkata: Hajjaj menceritakan

kepada-ku, dari Ibnu Juraij tentang firman Allah S.W.T:

Terjemahannya: “ Wahai orang-orang Yang beriman! Bertakwa-lah

kamu kepada Allah dan tinggalkan-lah (jangan menuntut lagi) saki baki

riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu

orang- orang Yang beriman.”

Abu Ja’far dalam tafsirnya menyatakan bahawa bani Thaqif telah berdamai

dengan Rasulullah S.A.W dan mereka mempunyai harta dalam bentuk riba di tangan

orang lain, sedangkan harta orang yang ada di tangan mereka telah dibatalkan.

Ketika peristiwa pembukaan kota Mekah, Itab bin Usaid memerintahkan Mekah dan

Bani Amr bin Umair bin Auf mengambil riba dari Bani al-Mughirah dan Bani al-

Mughirah pada masa jahiliah melakukan riba pada mereka. Lalu datangnya Islam,

sedangkan harta mereka yang banyak masih di tangan peminjamnya. Lalu Bani Amr

datang kepada mereka untuk meminta ribanya, dan Bani al-Mughirah menolak

umtuk memberikannya. Maka Bani Amr memperkarakan masalah ini kepada Itab bin

Usaid, lalu Itab menulis pada Rasulullah S.A.W, maka turunlah ayat:

91

Terjemahannya:“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu

kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba

(yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu

orang- orang Yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan

(perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan

adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak

menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang

sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu

tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh

sesiapa”

Lalu, Rasulullah S.A.W menulis kepada Itab dan bersabda :

أن رضوا و اال فأذنهم بحربTerjemahannya: “ Jika mereka rela. Kalau tidak, aku izinkan mereka

diperangi”.118

Ibnu Juraij berkata dari Ikrimah tentang firman Allah :

“ Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut)”. Dia

berkata: “ Mereka mengambil riba dari al-Mughirah. Mereka yang dimaksudkan di

118

Al-Suyuti, Jalal al-din Abd Rahman bin Abi Bakr (2000). Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir al-

Ma’thur, Juz 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, h. 107.

92

sini adalah Mas’ud, Abdul Yalil, Habib, Rabi’ah dari Bani Amr bin Umair. Selepas

perkara itu Mas’ud, Abdu Yalil, Habib, Rabi’ah dan Hilal masuk Islam.119

))عن الضحاك يف قوله , ثنا جويرب: قال, ثنا يزيد: قال, حدثين حيىي بن أيب طالب

)) كان ربا يتبايعون به يف اجلاهلية: قال , . فلما أسلموا أمروا أن يأخذوا رءوس أمواهلم

Terjemahannya: “Yahya bin Abu Thalib menceritakan kepadaku, ia

berkata: Yazid menceritakan kepada kami, ia berkata: Juwaibir

menceritakan kepada kami, dari Adh-Dhahhak tentang ayat ini, ia

berkata: “ Dulu mereka menjual-belikan riba pada masa jahiliah, lalu

ketika mereka masuk Islam, mereka diperintah untuk mengambil pokok

harta mereka sahaja.” 120

Sambung Abu Ja’far lagi dengan mendatangkan riwayat daripada Bisyr,

sebagaimana berikut:

Bisyr menceritakan kepada kami, dia berkata: Yazid menceritakan kepada kami, dia

berkata: Sa’id menceritakan kepada kami, dari Qatadah: disebutkan kepada kami

bahawa Nabi S.A.W bersabda pada Khutbah Fath Mekah:121

وأول ربا , لكم رؤوس أموالكم ال تظلمون وال تظلمون, اال ان كل ربا يف اجلاهلية موضوع موضوع ربا العباس

Terjemahannya: Ketahuilah, sesungguhnya semua riba pada masa

jahiliyah dibatalkan, dan dimulai dengan riba al-Abbas bin Abdul

Muthalib”.122

119

Ibid.h.109. 120

Ath-Thabari.(2005). Op.cit . no hadis 4902, h.134(1654) 121

Lihat Khutbah al-Wada’ dalam Shahih Muslim:Kitab Haji (147), Sunan Abu Daud: Kitab Manasik

(1905), Musnad Ahmad (5/73) dan Sunan Baihaqi (5/274,275). 122

AL-Suyuti. (2000). Op.cit . h.109

93

أن رسول : عن الربيع, عن أبيه, ثنا ابن أيب جعفر: قال, ثنا إسحاق: قال, حدثنا املثىنوأول ربا يوضع ربا , إن كل ربا موضوع: )) اهلل صلى اهلل عليه وسلم قال يف خطبته

(( العباس

Terjemahannya: “ Al-Mutsana menceritakan kepada kami, dia berkata:

Ishaq menceritakan kepada kami dia berkata: Ibnu Abi Ja’far

menceritakan kepada kami, dari ayahnya, dari Ar-Rabi’: Bahawa

Rasulullah S.A.W. bersabda dalam khutbahnya: “ sesungguhnya semua

riba dibatalkan dan riba pertama yang dibatalkan adalah riba al-

Abbas.” 123

Abu Ja’far berpendapat bahawa ayat ke-280 diturunkan kerana ketika itu

orang-orang yang berhutang telah masuk Islam pada masa Rasulullah S.A.W dan

mereka mempunyai hutang yang diribakan untuk mereka pada masa jahiliah. Lalu

mereka masuk Islam sebelum mereka sempat membayar hutangnya, maka Allah

S.W.T memerintahkan untuk membatalkan riba yang tersisa itu setelah mereka

masuk Islam, dan mengembalikan modal pinjaman mereka jika orang-orang yang

berhutang itu sanggup atau menangguhkan jika mereka mengalami kesulitan untuk

membayar modal pinjamannya sampai mereka sanggup untuk membayarnya.

Ini adalah hukum bagi orang yang masuk Islam dan masih mempunyai riba

yang telah diribakan untuk orang yang berhutang padanya. Islam membatalkan riba

dari orang yang berhutang itu dan mewajibkan untuk membayar modal pinjaman

yang dia ambil atau mewajibkan untuknya jika dia mampu untuk membayar modal

pinjamannya, dan jika dia mengalami kesulitan untuk membayar, maka ditangguhkan

sampai dia mampu membayarnya dan lebihan pada modal dibatalkan.124

Walaupun ayat ini diturunkan pada orang yang telah disebutkan di atas, tetapi

hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T bagi menangguhkan pembayaran

untuk orang yang mengalami kesulitan untuk membayar pokok pinjamannya setelah

riba dibatalkan adalah wajib bagi setiap orang yang memiliki piutang pada orang

yang berhutang padanya dan orang yang berhutang itu harus membayarnya dari

hartanya yang bukan dalam tanggungannya.

123

Ath-Thabari. (2005). Op.cit. no hadis 4912. h.136-137 (1656-1657) 124

Ath-Thabari. (2008). Op.cit. Jilid 4. h.758

94

Abu Ja’far berpendapat lagi bahawa ayat-ayat dalam hukum riba ini adalah ayat al-

Qur’an yang terakhir diturunkan, berdasarkan kepada riwayat-riwayat berikut:

ثنا ابن : قال, وحدثين يعقوب, عن سعيد, ثنا ابن أيب عدي: قال, حدثنا حممد بن بشاركان آخر : أن عمر بن اخلطاب قال: عن سعيد بن املسيب, عن قتادة, عن سعيد, علية

, وإن نيب اهلل صلى اهلل عليه وسلم قبض قبل أن يفسرها, ية الرباما نزل من القرآن آ .فدعوا الربا والريبة

Terjemahannya: “ Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami,

ia berkata: Ibnu Abi Adi menceritakan kepada kami, dari Sa’id dan

Ya’qub menceritakan kepadaku, ia berkata: Ibnu Ulayyah menceritakan

kepada kami, dari Sa’id, dari Qatadah, dari Sa’id bin al-Musayyab

bahawa Umar bin al-Khattab berkata: “ Yang terakhir diturunkan dari

al-Qur’an adalah ayat tentang riba dan Nabi s.a.w wafat sebelum

sempat menafsirkannya, maka jauhilah riba dan keragu-raguannya.” 125

,

عن , عن عاصم, ثنا سفيان الثوري: قال, ثنا قبيصة: قال, حدثين أبو زيد عمر بن شبةآخر ما أنزل على رسول اهلل صلى اهلل عليه : قال, عن ابن عباس, عن الشعيب, األحول

ن الشيء لعله ليس به وننهى ع, وإنا لنأمر بالشيء ال ندري لعل به بأسا, وسلم آية الربا 126.بأس

Terjemahannya: “ Abu Zaid, Umar bin Syabbah menceritakan kepadaku,

ia berkata: Qabishah menceritakan kepada kami, ia berkata: Sufyan

Aats-Tsauri menceritakan kepada kami, dari Ashim al-Ahwal, dari Asy-

Sya’bi, dari Ibnu Abbas, ia berkata.” Ayat terakhir yang diturunkan

pada Rasulullah s.a.w adalah ayat tentang riba dan sesungguhnya kami

tidak diperintah dengan sesuatu yang kami tidak tahu seolah-olah itu

buruk dan kami dilarang akan sesuatu seolah-olah itu baik. 127

,

125

Imam Ahmad, Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad Al-Syaibani( 2001). Musnad

al-Imam Ahmad bin Hanbal. Juzuk 1, Kitab 1: Musnad Sepuluh sahabat yang dijamin masuk Syurga,

Bab 2: Awal Musnad Umar bin Al-Khatthab r.a, No.Hadith 245 & 246. h. 361 126

Ath-Tabari. (2005) . Op.cit. no hadis 4940. h.143(1663) 127

La Shin, Musa Shahain (2003). Taisir Sahih al-Bukhari, Juz 3, no hadis 4544, bab 53: Ayat 281,

Surah al-Baqarah. Cairo: Maktabah al-Sharouk al-Dauliah, h.20.

95

عن , عن عبيد بن سليمان, ثنا أبو متيلة: قال, ثنا احلسني: قال, حدثنا القاسمآخر آية نزلت : قال ابن عباس: قال, عن ابن جريج, عن ابن عباس وحجاج, الضحاك

)) : من ألقرآن

)) إن النيب صلى اهلل عليه وسلم , يقولون : قال ابن جريج . ومات يوم االثنني, وبدا يوم السبت, مكث بعدها تسع ليال

Terjemahannya: “ Al-Qasim menceritakan kepada kami, ia berkata: Al-

Husain menceritakan kepada kami, ia berkata: Abu Tamilah

menceritakan kepada kami, dari Ubaid bin Sulaiman, dari Adh-Dhahhak,

dari Ibnu Abbas dan Hajjaj, dari Ibnu Juraij, ia berkata: Ibnu Abbas

berkata: Ayat al-Qur’an yang terakhir diturunkan adalah :” Dan

perilahalah dirimu dari (azab yang terjadi pada ) hari yang pada waktu

itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing

diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah

dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiya (dirugikan)”

Ibnu Juraij berkata: Mereka berkata: “ Sesungguhnya Nabi S.A.W hidup

selama 9 hari setelahnya. Dimulai hari sabtu dan beliau wafat pada hari

Isnin.” 128

4.3.2 Tafsir Ibnu Kathir

Penulis asal kitab Tafsir Ibnu Kathir adalah Imaduddin Abu al-Fida’ Isma’il bin

‘Umar bin Kathir ad-Dimasyqi al-Qurasyi asy-Syafi’i. Lahir pada 700 Hijrah

bersamaan dengan 1301 Masihi. Beliau meninggal dunia pada tahun 774 Hijrah

bersamaan dengan 1373 Masihi.

Secara umumnya Tafsir Ibnu Kathir tidak banyak membicarakan tentang

sebab turunnya sesuatu ayat, malah Imam Ibnu Kathir banyak menumpukan kepada

maksud dan pentafsiran ayat. Walaupun begitu, terdapat beberapa riwayat yang

membincangkan tentang sedemikian, Hal ini sebagaimana riwayat yang dinyatakan

oleh Imam Ibnu Kathir.

128

Ath-Tabari. (2005). Op.cit. no hadis 4944.h.143(1663)

96

Pada ayat ke- 275, Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini adalah sesuatu ancaman

kepada pemakan riba, Hal ini sebagaimana Riwayat al-Bukhari:

فأتينا على هنر حسبت أنه كان يقول أمحر عن مسرة بن جنب يف حديث املنام الطويل وإذا على شط النهر رجل قد مجع عنده , وإذا يف النهر رجل سابح يسبح , مثل الدم

مث يأيت ذلك الذي قد مجع احلجارة عنده , وإذا ذلك السابح يسبح , حجاره كثرية .فيغفر له فاه فيلقمه حجرا

Terjemahannya : “ Dari Samurah bin Jundud dalam hadis panjang

tentang mimpi: “ Maka tibalah kami di sebuah sungai, aku menduga ia

mengatakan: “ Sungai itu merah semerah darah.” Di dapati di sungai

tersebut terdapat seseorang yang sedang berenang, dan di pinggirnya

terdapat seseorang yang telah mengumpulkan batu yang sangat banyak

di sampingnya. Orang itu pun berenang mendatangi orang yang

mengumpulkan batu itu. Kemudian orang yang berenang itu membuka

mulutnya, lalu ia menyuapinya dengan batu.”129

Ibnu Kathir menyatakan bahawa peristiwa tersebut ditujukan kepada pemakan riba.

Hadis ini martabatnya adalah sahih yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam

tafsirnya pada hadis yang ke-7047.130

Perbincangan riwayat-riwayat tentang asbab al-nuzūl tidak dapat di kenal

pasti pada ayat ke-276 dan ayat ke-277. Adapun pada ayat ke-278, Imam Ibnu

Kathir ada membincangkan tentang maksud ayat tersebut, Imam Ibnu Kathir

menafsirkan bahawa Allah berfirman dan memerintahkan hamba-hamba-Nya yang

beriman untuk bertakwa kepada-Nya sekali gus melarang mereka mengerjakan hal-

hal yang dapat mendekatkan kepada kemurkaan-Nya dan menjauhkan dari keredaan-

Nya. Di mana Allah berfirman “ Wahai orang yang beriman, bertakwa-lah kepada

Allah”. Maksudnya, takutlah kalian kepada-Nya dan berhati-hatilah, kerana Dia

sentiasa mengawasi segala sesuatu yang kamu lakukan.

Manakala pada ayat “ Dan tinggalkan sisa riba ( yang belum dipungut).”

Ertinya, tinggalkan-lah harta kalian yang merupakan lebihan dari modal yang harus

129

Ibnu Kathir ( 2005). Tafsir Al-Qur’an al-‘Azhim, Juz 1. Beirut: Dar al-Fikr. h.298 130

Ibnu Kathir (2000). Tafsir al-Quran al-‘Azim, Juz 1 &2. Kaherah: Maktabah al-Taufiqiyah.h.328.

97

dibayar orang lain setelah datangnya peringatan ini. Adapun ayat “ Jika kalian

orang-orang yang beriman” iaitu beriman kepada syariat Allah S.W.T yang telah

ditetapkan kepada kamu, seperti menghalalkan jual beli, mengharamkan riba dan

sebagainya.

زيد بن أسلم وابن جريج ومقاتل بن حيان والسدي أن هذا السياق نزل يف بين عمرو بن فلما جاء اإلسالم , عمري من ثقيف وبين املغرية بين خمزوم كان بينهم ربا يف اجلاهلية

فتشاوروا وقالت بنو املغرية ال نؤدي الربا يف , ودخلوا فيه طلبت ثقيف أن تأخذ منهمفكتب يف ذلك عتاب بن أسيد نائب مكة إىل رسول اهلل , م اإلسالم بكسب اإلسال

فكتب هبا رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم إليه . صلى اهلل عليه وسلم فنزلت هذه اآلية ((:

)) نتوب إىل اهلل ونذر ما بقي : فقالوا .فرتكوه كلهم وهذا هتديد شديد, من الربا

Terjemahannya: Zaid bi Aslam, Ibnu Juraij, Wuqatil bin Hayan dan as-

Suddi menyebutkan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Bani

‘Amr bin ‘Umair dari suku Tsaqif, dan Bani Mughirah dari Bani

Makhzum. Di antara mereka telah terjadi amalan riba pada masa

Jahiliah. Setelah Islam datang dan mereka memeluknya, suku Thaqif

meminta untuk mengambil harta riba itu dari mereka. Kemudian mereka

pun bermusyawarah, dan Bani Mughirah pun berkata: ” Kami tidak

akan melakukan riba dalam Islam dan menggantikannya dengan usaha

yang disyariatkan. Kemudian ‘Utab bin Usaid, pemimpin Makkah,

menulis surat membahas mengenai hal itu dan mengirimkan-nya kepada

Rasulullah s.a.w. Maka turunlah ayat tersebut. Lalu Rasulullah S.A.W

membalas surat ‘Utab dengan surat yang berisi: “ Wahai orang-orang

Yang beriman! Bertakwa-lah kamu kepada Allah dan tinggalkan-lah

(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang

berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman. oleh itu,

kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu),

maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-

Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Maka mereka pun

mengatakan: “ Kami bertaubat kepada Allah S.W.T dan kami tinggalkan

sisa riba yang belum kami pungut. “ Dan mereka semua pun akhirnya

meninggalkannya131

.

131

Ibnu Kathir .(2005) . Op.cit.. h. 302

98

Juga terdapat beberapa riwayat yang menggambarkan kepada asbab al-nuzūl

ini dengan hadis-hadis yang menceritakan keadaan semasa ayat ini diturunkan.

Gambaran hadis ini menunjukkan bahawa ia diturunkan ketika zaman permulaan

perkembangan Islam., iaitu perubahan kehidupan ketika zaman jahiliah kepada

zaman Islam. Hal ini sebagaimana riwayat berikut:

أخربنا أبو , أخربنا مسسد , قال ابن مردويه حدثنا الشافعي حدثنا معاذ بن املثىن مسعت رسول : حدثنا شبيب بن غرقدة عن سليمان بن عمرو عن أبيه قال, األحوص

فلكم رؤس , با اجلاهلية موضوع أال إن كل ربا من ر : )) اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول ((أموالكم ال تظلمون وال تظلمون

Terjemahannya: “Ibnu Mardawaih meriwayatkan, Imam asy-Syafi’I

memberitahu kami, dari Mu’az bin al-Muthanna, diceritakan kepada

kami dari Mussad, diceritakan kepada dari Abu al-Ahwash, diceritakan

kepada kami dari Syabib bin ‘Urqadah dari Sulayman bin Amru dari

ayahnya ia menceritakan, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w

bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya setiap riba dari riba Jahiliah itu

sudah dihapuskan. Maka bagi kalian hanya pokok modal sahaja, kalian

tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.”132

Seterusnya Ibnu Kathir menjelaskan tentang ayat:

Terjemahannya: “Dan jika orang Yang berhutang itu sedang

mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang

hidupnya dan (sebaliknya) Bahawa kamu sedekahkan hutang itu

(kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui

(pahalanya Yang besar Yang kamu akan dapati kelak).”

132

Ibid

99

Katanya Allah S.W.T memerintahkan supaya bersabar jika orang yang

meminjam dalam kesulitan membayar hutang, yang tidak memperoleh apa-apa yang

dapat digunakan untuk membayarnya. Oleh itu, dengan turun ayat ini dapat

membezakan di antara zaman jahiliah iaitu apabila seseorang di antara mereka

mengatakan kepada peminjam, jika sudah melebih tempoh pembayaran maka

ditambah kadar bunganya.

Manakala perkaitan ayat ini dengan ayat yang terakhir diturunkan juga

merupakan kronologi kepada sebab turunnya ayat, hal ini kerana banyak riwayat

yang menyatakan bahawa ayat ini:

Terjemahannya: “ Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari

(kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah.

kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa

Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan

balasannya sedikit pun” .

Ibnu Kathir menyatakan bahawa ayat ini adalah ayat yang terakhir dalam al-

Quran sebagaimana riwayat berikut:

آخر ما نزل من القرآن : قال ابن هليعة حدثين عطاء بن دينار عن سعيد بن جبري قال:))كله

))

Terjemahannya: “ Berkata Ibnu Lahi’ah meriwayatkan dari ‘Atha’ bin

Dinar, dari Sa’id bin Jubair, katanya: “ Ayat al-Quran yang terakhir

turun adalah firman Allah s.w.t “ Dan peliharalah diri kamu dari huru-

hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah.

kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa

Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan

balasannya sedikit pun”.

100

Dan ketika itu Rasulullah S.A.W masih lagi hidup selama sembilan hari

setelah turunnya ayat ini, kemudian baginda meninggal dunia pada hari Isnin tanggal

2 hari bulan Rabi’ul Awwal. Demikian diriwayatkan Oleh Ibnu Abi Hatim.

Dijelaskan lagi pada riwayat oleh Ibnu Mardawaih. sebagaimana berikut:

)): عن سعيد بن جبري عن ابن عباس قال آخر آية نزلت

))

Terjemahannya :Dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas, berkata: Ayat

yang terakhir turun ialah : “Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara

hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah”.

Imam al-Nasa’I juga ada meriwayatkan, sebagaimana berikut:

))عن عكرمة عن عبد اهلل بن عباس قال آخر شيئ نزل من القرآن

.))

Terjemahannya: Dari ‘Ikrimah dari ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: Akhir

sesuatu yang turun dari al-Quran ialah firman Allah:. “ Dan peliharalah

diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan

dikembalikan kepada Allah kemudian akan disempurnakan balasan tiap-

tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka

tidak dikurangkan balasannya sedikit pun”.

Dijelaskan lagi dalam riwayat dari al-Dhahhak, sebagaimana berikut:

Riwayat al-Dhahhak , al-‘Aufi dari Ibnu ‘Abbas. Dan ada sebahagian pendapat yang

menyatakan bahawa perbezaan di antara turunnya ayat ini dengan wafatnya Nabi

s.a.w adalah selama 31 hari. Hal ini sebagaimana riwayat dari al-Thuri:133

133

Ibnu Kathir .(2000). Op.cit. h.437

101

)):آخرآيةنزل:عنالكلبيعنأبيصالحعنابنعباسقال

.))

Terjemahannya: Dari al-Kalbi dari Abi Soleh dari Ibnu ‘Abbas katanya:

Akhir ayat yang diturunkan, firman Allah s.w.t : “Dan peliharalah diri

kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan

dikembalikan kepada Allah.”

4.3.3 Tafsir al-Qurthubi

Penulis asal kitab Tafsir al-Qurthubi ini ialah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad

bin Abu Bakr bin Farh al-Anshari al-Khazraji al-Andalusi al-Qurthubi. Beliau

dilahirkan pada 610 Hijrah bersamaan dengan 1214 Masihi dan meninggal dunia

pada tahun 671 Hijrah bersamaan dengan 1273 Masihi.

Perbincangan tafsir ayat ke-275 hingga ayat ke-279 ini dapat dibahagikan

kepada tiga puluh lapan masalah yang digariskan oleh Imam al-Qurthubi, yang

meliputi makna zahir perkataan ayat, makna ayat, cara bacaan, pentakwilan tentang

ayat dan tatabahasa.

Walaupun begitu, terdapat beberapa masalah yang menumpukan kepada

sebab turunnya ayat ini, hal ini sebagaimana yang terdapat pada perbincangan yang

ke tiga belas dalam tafsir al-Qurthubi tentang ayat:

102

Terjemahannya: Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:

"Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba .

Para ahli takwil al-Quran bersepakat menyatakan bahawa yang mengatakan ini

adalah orang-orang kafir. Hal ini kerana ayat selepasnya menyebut :

Terjemahanya: “ Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu,”

Perkataan seperti ini tidaklah ditujukan kepada orang yang beriman yang melakukan

kemaksiatan. Yang dikatakan kepada mereka adalah: Perniagaan mereka telah batal

dan perbuatannya akan ditolak, walaupun dia tidak mengetahui tentang hukumnya.134

Manakala, pada ayat:

Terjemahannya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli

(berniaga) dan mengharamkan riba.

Imam al-Qurthubi berpendapat bahawa ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bahawa

apabila tempoh bayar balik sudah tiba, namun peminjam belum mampu untuk

membayarnya, maka disarankan kepada penghutang agar memberi masa untuk

peminjam untuk membayarnya. Riba yang dimaksudkan di atas ini ialah riba ‘Abbas

bin Abdil Muthalib: sebagaimana Nabi S.A.W menyebut ketika khutbah pada haji

wada’:

.وأول ربا أضع ربانا ربا عباس بن عبد املطلب فإنه موضوع كله, إال إن كل ربا موضوع

134

Al-Qurthubi ( 2002). Al-Jami’ li-ahkam al-Qur’an, Jilid 2 ( Hadis yang ditakhrij oleh Dr. Mahmud

Hamid Uthman). Kaherah: Dar al-Hadis. h.305

103

Terjemahannya: Ketahuilah, sesungguhnya semua riba telah dibatalkan,

dan riba pertama yang aku batalkan adalah riba ‘Abbas bin Abdul

Muthalib, kerana semu riba itu telah dibatalkan. 135

Manakala ayat ke 278, Imam al-Qurthubi ada menjelaskan tentang zahir ayat,

iaitu ayat ini menerangkan bahawa jual beli yang berbentuk riba namun belum

sempurna akad-nya (belum terjadi serah terima) maka jual beli itu dibatalkan saat

diturunkannya ayat pengharaman riba. Akan tetapi jika sempurna akad-nya maka jual

beli itu tetap sah.

Beberapa ulama berpendapat bahawa sebab turunnya ayat ini adalah kepada

masyarakat Thaqif. Sebelum diturunkan ayat ini, mereka membuat perjanjian dengan

Nabi S.A.W bahawa riba yang telah mereka sepakat tetap menjadi hak mereka,

adapun kewajiban yang harus mereka penuhi itu akan menjadi tanggungjawab

mereka sendiri. Maka ketika saat pembayaran itu tiba, mereka mengirimkan

beberapa orang ke kota Mekah untuk memungut pembayaran tersebut.

Namun ketika mereka ingin memungut pembayaran hutang tersebut kepada

Bani Mughirah al-Makhzum, orang-orang di sana mengatakan: “ Kami tidak mahu

memberikan apa-apa, kerana riba telah diharamkan. Lalu para pemungut ini, yang

berasal dari Bani Amru bin Amir dari Thaqif, mengadukan hal ini kepada Attab bin

Asid, lalu Attab menuliskan surat tentang perihal ini kepada Nabi S.A.W , dan

turunlah ayat ini. Kemudian Nabi S.A.W mengirimkan surat yang berisikan ayat

tersebut kepada Attab, yang kemudian segera diberitahukan kepada masyarakat

Thaqif, dan mereka pun menghentikan apa yang mereka lakukan ketika itu.

Ini adalah ringkasan dari sebab turunnya ayat di atas, dan juga rangkuman

dari apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak, Ibnu Juraij, As-Suddi, dan yang lainnya.

Manakala ayat yang ke-280, Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan

tafsirnya “ setelah Allah S.W.T menetapkan kepada orang-orang yang melakukan

riba untuk mengambil modal mereka sahaja dan mengembalikan harta yang mereka

135

Sahih Muslim. Kitab Haji, bab: Hajinya Rasulullah S.A.W (2/889).

104

hasilkan dari perbuatan riba, jika mereka masih memiliki harta tersebut, lalu Allah

S.W.T menetapkan bagi orang yang berada dalam kesulitan menunggu hingga

mereka mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Ayat ke-280 ini diturunkan kepada masyarakat Thaqif, ketika mereka

meminta harta mereka yang dipinjamkan kepada Bani Mughirah, lalu ketika Bani

Mughirah mengeluh bahawa mereka berada dalam keadaan kesusahan, dan mereka

juga mengatakan bahawa pada masa itu mereka tidak memiliki apa-apa untuk

dibayarkan. Kemudian mereka meminta tempoh hingga penghutang datang. Lalu

ayat ini diturunkan “ Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah

tempoh sampai dia berkelapangan.”

Seterusnya ayat yang ke-281, Ibnu Juraij mengatakan bahawa ayat ini

diturunkan sembilan hari sebelum wafatnya Rasulullah S.A.W, dan tidak ada lagi

ayat lain yang diturunkan setelah itu. Sedangkan Ibnu Juraij dan Muqatil mengatakan

bahawa ayat ini diturunkan tujuh hari sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Ada juga

riwayat yang lain menyatakan tiga hari sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Bahkan

riwayat lain lagi mengatakan bahawa ayat ini diturunkan tiga jam sebelum

Rasulullah S.A.W wafat.

Ketika ayat ini diturunkan, Nabi S.A.W Mengatakan:

جعلوها بني آية الربا وآية الدينا Terjemahanya: Letakkanlah ayat ini di antara ayat (tentang ) riba dan

ayat (tentang ) hutang.136

Imam al-Qurthubi juga mendatangkan riwayat bahawa ada sebuah riwayat

dari Ubai bin Ka’ab, Ibnu Abbas dan Qatadah menyebutkan bahawa ayat yang

terakhir diturunkan adalah:

136

Riwayat ini disebutkan oleh Ibnu Athiyah dalam kitab Al-Muharrir al-Wajiz (2/498).

105

Terjemahannya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang

Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang

menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung

oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia

pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-

orang Yang beriman.

Namun begitu, pendapat yang paling diketahui, lebih banyak, lebih benar dan

lebih masyhur adalah berdasarkan kepada riwayat dari Abu Shalih katanya:

: ))آخر ما نزل من القرآن : رواه أبو صاحل عن ابن عباس قال

)) فقال جربيل للنيب.((يا حممد ضعفا على رأس مثانني ومائتني من البقرة : )) صلى اهلل عليه وسلم

Terjemahannya: Riwayat dari Abu Sahalih, daripada Ibnu ‘Abbas,

berkata: Ayat al-Quran yang terakhir diturunkan adalah: (( Dan

peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu

akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan

balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya,

sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun.)).Lalu Jibril

a..s berkata kepada Nabi S.A.W: Wahai Muhammad, letakkan ayat ini

setelah ayat dua ratus lapan puluh dari surah al-Baqarah.

Riwayat ini disampaikan oleh Abu Bakar al-Anbari pada kitabnya al-Rad.

Dan ini pula yang menjadi pendapat Ibnu Umar r.a, bahawa ayat ini adalah ayat

terakhir yang diturunkan, dan bahawa Nabi S.A.W menjalani hari-hari terakhirnya

selama 21 hari.

106

4.4 Pendapat Jumhur

Setelah proses menganalisis dan pengumpulan data yang diambil daripada tiga buah

tafsir yang dirujuk, iaitu Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al-Qurthubi.

Pengkaji akan membuat perbandingan antara riwayat-riwayat yang diperoleh bagi

memastikan sumber manakah yang lebih tepat dan benar. Perbandingan ini akan

dinilai dengan lebih terperinci dari sudut perawi dan kebenaran riwayat yang

dikeluarkan. Proses ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan

kebenaran yang kukuh.

Setelah dianalisis, sebab turun ayat ini adalah berdasarkan kepada riwayat dari

Ibnu ‘Abbas yang diambil daripada tafsir Ibnu Kathir, sebagaimana berikut:

زيد بن أسلم وابن جريج ومقاتل بن حيان والسدي أن هذا السياق نزل يف بين عمرو بن فلما جاء اإلسالم , ة بين خمزوم كان بينهم ربا يف اجلاهلية عمري من ثقيف وبين املغري

فتشاوروا وقالت بنو املغرية ال نؤدي الربا يف , ودخلوا فيه طلبت ثقيف أن تأخذ منهمفكتب يف ذلك عتاب بن أسيد نائب مكة إىل رسول اهلل , اإلسالم بكسب اإلسالم

ول اهلل صلى اهلل عليه وسلم إليه فكتب هبا رس. صلى اهلل عليه وسلم فنزلت هذه اآلية ((:

)) نتوب إىل اهلل ونذر ما بقي : فقالوا .فرتكوه كلهم وهذا هتديد شديد, من الربا

Terjemahannya: Zaid bi Aslam, Ibnu Juraij, Wuqatil bin Hayan dan as-

Suddi menyebutkan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan Bani

‘Amr bin ‘Umair dari suku Tsaqif, dan Bani Mughirah dari Bani

Makhzum. Di antara mereka telah terjadi amalan riba pada masa

Jahiliah. Setelah Islam datang dan mereka memeluknya, suku Thaqif

meminta untuk mengambil harta riba itu dari mereka. Kemudian mereka

pun bermusyawarah, dan Bani Mughirah pun berkata: ” Kami tidak

akan melakukan riba dalam Islam dan menggantikannya dengan usaha

yang disyariatkan. Kemudian ‘Utab bin Usaid, pemimpin Makkah,

menulis surat membahas mengenai hal itu dan mengirimkan-nya kepada

Rasulullah s.a.w. Maka turunlah ayat tersebut. Lalu Rasulullah S.A.W

membalas surat ‘Utab dengan surat yang berisi: “ Wahai orang-orang

Yang beriman! Bertakwa-lah kamu kepada Allah dan tinggalkan-lah

(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang

berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman. oleh itu,

107

kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu),

maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-

Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Maka mereka pun

mengatakan: “ Kami bertaubat kepada Allah S.W.T dan kami tinggalkan

sisa riba yang belum kami pungut. “ Dan mereka semua pun akhirnya

meninggalkannya137

.

Pemilihan riwayat yang masyhur mengenai sebab turunnya ayat ini adalah

bersumberkan kepada riwayat yang paling sahih iaitu dengan bersandarkan kepada

ungkapan “ فنزلهذهاآلية “ bermaksud “ maka turunlah ayat ini”, ungkapan ini adalah

dalam bentuk pernyataan yang jelas dan tegas sebab turunnya sesuatu ayat.

Analisis ini digunakan berdasarkan kepada riwayat yang banyak dan

menegaskan tentang sebab turunnya ayat, namun begitu riwayat-riwayat yang

diterima tidak dipastikan sama ada sahih atau tidak, ini kerana setelah melakukan

proses takhrij hadis terhadap riwayat-riwayat yang dikemukan pada perbincangan

sebelum ini. Di dapati bahawa perawi-perawi riwayat tersebut tidak bersambung

sanad dengan perawi yang lain.

Namun begitu, disebabkan oleh salah satunya lebih sahih di antara yang lain,

disebabkan perawi di dalam riwayat pertama telah menyaksikan sendiri kejadian

tersebut, justeru itu dalam keadaan tersebut, maka riwayat itu adalah tidak syak lagi

dan ia seharusnya diterima sebagai sebab turun ayat. Jadi pada perbincangan ini,

pengkaji telah meneliti dan memilih bahawa riwayat Ibnu ‘Abbas adalah riwayat

yang paling benar kerana Ibnu ‘Abbas perawi yang menyaksikan sendiri kejadian

tersebut dan riwayat beliau adalah benar.

Riwayat beliau disokong oleh beberapa orang perawi lain iaitu Abu Ya’la

dalam musnadnya dan Ibnu Mandah menceritakan dari al-Kalbi dari Ibnu Salih

tentang riwayat ini.138

Imam al-Suyuti juga menyebut dalam kitabnya tentang sebab

turunnya ayat ini dengan mendatangkan bahawa ayat ini diturunkan kerana

137

Ibnu Kathir .(2005). Op.cit.h.302 138

Qamaruddin Shaleh, Dahlan & Mohd Dahlan.( 1989). Asbabun Nuzul.Selangor: Klang Book

Centre.h86

108

pengaduan Bani Mughirah terhadap Bani Thaqif yang menyuruh mereka menerima

riba.139

Ayat ini diturunkan untuk Umar bin Auf dari suku kaum Thaqif dan Bani

Mughirah dari Makhzum. Sebelum kedatangan Islam mereka telah terlibat dengan

amalan riba, setelah pembukaan kota Mekah, Rasulullah S.A.W telah melarang sama

sekali amalan riba di kota tersebut. Di sebabkan oleh larangan tersebut, Bani

Mughirah telah mengadu nasib mereka kepada ‘Utab bin Usaib selaku gabenor di

kota suci ketika itu. Bani Mughirah menjelaskan kepada ‘Utab bin Usaib bahawa

mereka tidak akan melakukan riba dalam Islam kepada Bani Thaqif iaitu Umar bin

Auf dari suku Thaqif, tambahan lagi ketika itu Bani Mughirah berada dalam

kesempitan untuk membayar riba, sedangkan mereka tidak mahu menerima riba

kerana mentaati hukum penghapusan riba.

Lalu Bani Thaqif menyatakan kepada ‘Utab bin Usaid agar perkara ini dapat

diselesaikan dengan baik. Disebabkan oleh itu, ‘Utab bin Usaid telah menulis surat

kepada Rasulullah S.A.W berkenaan dengan peristiwa tersebut, lalu turunlah ayat ini.

Rasulullah S.A.W telah membalas surat ‘Utab bin Usaid dengan sabdanya:

“ Wahai orang-orang Yang beriman! Bertakwa-lah kamu kepada Allah

dan tinggalkan-lah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih

ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang

Yang beriman. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah

mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya

peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui

selamat).

Maka mereka pun mengatakan: “ Kami bertaubat kepada Allah S.W.T dan

kami tinggalkan sisa riba yang belum kami pungut. “ Dan mereka semua pun

akhirnya meninggalkannya.

Secara keseluruhannya ayat ini diturunkan selepas Islam telah tertegak di

seluruh Semenanjung Tanah Arab. Sekali gus merupakan ayat hukum yang terakhir

diturunkan kepada Rasulullah S.A.W iaitu sekitar tiga bulan sebelum Rasulullah

139

Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti.(1988). Sebab-sebab turun Ayat-ayat al-Quran ( Rohadi Abu

Bakar, Terjemah). Selangor: Thinkers Library Sdn.Bhd.( Karya asli Bahasa Arab Asbabun

Nuzul).h.66

109

S.A.W wafat. Sebahagian ulama berpendapat bahawa ayat riba adalah ayat terakhir

yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W menerima ayat ini

tanpa menerangkan sesuatu mengenainya kepada kita, walaupun begitu disarankan

agar jauhi-lah riba dan keraguannya.

Namun begitu, Allah S.W.T memerintahkan orang-orang yang beriman supaya

meninggalkan segala sisa-sisa riba yang telah diamalkan sebelum ini dan hanya

sekadar modal pokok sahaja dibenarkan untuk dituntut. Sekiranya mereka enggan

mematuhi perintah Allah yang melarang amalan riba ini, Allah telah memberikan

amaran dan ancaman dengan pelbagai penyeksaan yang amat pedih. Allah telah

memerintah untuk berperang bagi memerangi mereka yang mengamalkan riba dan ia

merupakan satu amaran yang keras dalam syariat Islam.

Dengan turunnya ayat ini juga, Allah telah mengharamkan riba secara tetap

sama ada yang berbentuk riba jahiliah atau tidak. Jelaslah bahawa ayat ini iaitu ayat

ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah dan hadis yang dinyatakan sebelum ini

menunjukkan riba yang diharamkan itu ialah sebarang bentuk tambahan kepada

modal pokok sama ada kecil atau besar, semuanya adalah sama dan digesa untuk

menerima kembali jumlah pokok yang dipinjamkan sahaja. Semua jumlah yang

merupakan tambahan kepada modal pokok daripada urus niaga hutang atas alasan

apa sekalipun ia adalah tetap haram.

Mengikut ahli tafsir dan ahli sejarah, ayat ini diturunkan bersabit dengan

kelakuan orang-orang Arab jahiliah yang berurus niaga secara riba terutamanya

pemilik-pemilik modal dan pembesar-pembesar Mekah yang menjalankan aktiviti

perniagaan dan membuat pelaburan dalam sektor perdagangan. Antara kabilah yang

berurusan secara riba adalah kabilah Bani Thaqif dan kabilah Bani Mughirah.

Kabilah Thaqif telah membuat perjanjian dengan Rasulullah S.A.W bahawa

segala harta mereka yang berpunca daripada urus niaga riba yang dibuat dengan

orang ramai dihapuskan. Orang ramai tidak perlu membayar lagi semua bentuk

pinjaman secara rib itu kepada mereka. Walau bagaimanapun apabila tibanya tempoh

pembayaran, kabilah Thaqif menuntut kabilah Bani Mughirah daripada Bani

Makhzum membayar kepada mereka riba yang telah dibuat sebelum ini.

110

Kabilah Bani Mughirah enggan membayarnya dan berhujah bahawa riba telah

diharamkan dalam Islam. Rentetan daripada itu, berlakulah perselisihan faham antara

kedua-dua kabilah tersebut dan mereka telah berjumpa dengan gabenor Mekah

ketika itu ‘Utab bin Usaid. Lalu ‘Utab bin Usaid telah menulis surat kepada

Rasulullah S.A.W, lalu turunlah ayat ini.

Rasulullah S.A.W menjawab surat tersebut dengan mengarahkan supaya

dibentangkan ayat itu kepada kedua-dua kabilah tersebut. Sekiranya mereka menurut

perintah, mereka hanya boleh mengambil kembali modal pokok sahaja dan sekiranya

mereka enggan mematuhinya maka mereka akan diperangi oleh Allah S.W.T dan

Rasul-Nya. Memerangi golongan ini sama dengan memerangi golongan orang-orang

murtad. Dan pemerintah diwajibkan untuk meminta pengamal rib supaya bertaubat

dan jika mereka enggan berbuat demikian, tindakan keras akan dikenakan ke atas

mereka.

Berikutan ayat yang terakhir diturunkan, sebahagian pendapat menyatakan

bahawa ia diturunkan 9 malam sebelum wafatnya Rasulullah S.A.W dan tiada lagi

wahyu selepas itu, sebahagian lagi menyatakan bahawa ayat ini diturunkan 7 malam

sebelum wafatnya Rasulullah S.A.W, sesetengahnya yang lain menyatakan bahawa

ia diturunkan 3 malam sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W. Sebahagian yang lain

lagi menyatakan ia diturunkan 31 hari sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W dan

selain itu menyatakan bahawa ia diturunkan 81 hari sebelum kewafatan Rasulullah

S.A.W.140

Namun begitu, pengharaman riba dalam al-Quran jelas menunjukkan bahawa

Allah bukan sahaja mengharamkan riba yang bentuk berlipat ganda malah

menghapuskan sama sekali sistem amalan riba itu tanpa apa-apa pengecualian.

Walaupun begitu, riba yang dinyatakan dalam al-Quran ialah riba hutang bukan riba

jual beli. Walaupun tidak dinyatakan dalam al-Quran, jenis-jenis riba jual beli telah

dinyatakan pengharamannya di dalam al-Sunah sebagaimana yang telah

dibincangkan sebelum ini.

140

Ab. Mumin .(1999). Op.cit. h. 194

111

4.5 Kesimpulan

Setelah meneliti dan menganalisi data yang dikumpul, didapati bahawa sebab turun

ayat ini mempunyai pelbagai kisah dan peristiwa yang dapat di ambil daripada

riwayat-riwayat yang dibentangkan. Sehingga pengkaji menjadi terkeliru sumber

yang mana paling benar dan kukuh daripada riwayat-riwayat tersebut.

Antara peristiwa dan sebab turun ayat ini antaranya yang telah ditetapkan

ialah tentang pengaduan Bani Mughirah kepada ‘Utab bin Usaid selaku gabenor

Mekah ketika zaman Rasulullah S.A.W tentang masalah mereka dengan Bani Thaqif

yang menyuruh mereka menerima riba. Disebabkan oleh itu, turunlah ayat ini.

Adapun kisah lain adalah turunnya ayat kajian kerana dituju kepada Bani

Thaqif antara mereka ialah Mas’ud, Hubaib, Rabiah, Abdul Lail, Bani umar dan Bani

Umair. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari ikrimah.

Kisah lainnya, turunnya ayat ini adalah kerana peristiwa Saidina Ali bin Abi

Thalib yang mempunyai empat dirham, disedekahkan malam hari satu dirham,

siangnya juga satu dirham, disedekahkan secara rahsia satu dirham dan disedekahkan

secara terang-terangan satu dirham, Walupun begitu, riwayat ini sangat lemah.

Namun begitu, peristiwa-peristiwa yang berlaku ini adalah kerana Allah

S.W.T Maha Mengetahui segala perbuatan hambanya yang lemah, dan Dia

menurunkn ayat ini adalah untuk mendidik manusia supaya sentiasa membuat

keamanan dan kesejahteraan di dunia

112

BAB 5

PENUTUP

5.1 Kesimpulan

Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh, sistem-sistem yang

ditetapkan di dalam Islam tidak bercanggah sama sekali dengan jiwa dan diri

manusia. Al-Quran yang dikurniakan dari Allah S.W.T bersesuaian dengan fitrah

manusia. Aspek kehidupan yang meliputi peraturan-peraturan telah dinyatakan

dalamnya, peraturan tersebut amat lengkap dan sempurna untuk mengatur kehidupan

seharian manusia.

Mukjizat yang terbesar ini akan membongkar segala ilmu Allah S.W.T bagi

mereka yang mengkaji lembaran demi lembaran kitab suci al-Quran ini. Asbab al-

Nuzūl merupakan setitis dari lautan ilmu Allah dalam al-Quran. Penurunan nas al-

Quran dengan bersebab adalah untuk menjelaskan sesuatu hukum dan

memperbetulkan kesilapan yang berlaku kepada manusia yang hina ini. Diturunkan

sesebuah ayat adalah kerana berlaku sesuatu peristiwa seperti berlaku peristiwa

tentang pengaduan Bani Mughirah kepada gabenor Mekah ‘Utab bin Ubaid atas

paksaan Bani Thaqif untuk mengambil riba mereka, lalu diturunkan ayat ke-275

hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah ini.

Perintah Allah dalam ayat yang dikaji ini adalah bertujuan untuk mendidik

manusia supaya meninggalkan segala bentuk riba dan menyeru supaya berbuat baik

kepada mereka yang memerlukan pertolongan di saat kesempitan hidup. Ayat ini

juga mendidik manusia supaya membentuk sebuah komuniti dan negara yang aman

dan selamat dari segala penindasan golongan yang tidak bertanggungjawab seperti

113

yang berlaku kepada negara-negara Islam sekarang, yang kaya lebih kaya dan miskin

lebih miskin.

Hikmah di sebalik penurunan ayat ini adalah kerana Allah S.W.T Yang Maha

Mengetahui amat mengetahui bahawa bahayanya riba kepada makhluknya jika

diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan lagi ia adalah sebagai

petunjuk untuk membimbing dan memandu manusia ke arah mencapai kegemilangan

dan kecemerlangan dalam merealisasikan fungsi manusia sebagai khalifah Allah di

muka bumi ini. Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya digambarkan melalui

penurunan ayat bersebab ini, iaitu memperbetulkan masalah yang berlaku. Hal ini

sebagaimana firman Allah S.W.T:

( Surah al-Baqarah, (2): 29)

Terjemahannya: Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala

Yang ada di bumi, kemudian ia menuju Dengan kehendakNya ke arah

(bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit Dengan sempurna;

dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Kerana bahayanya riba ini kepada manusia, menyebabkan Allah S.W.T

menurunkan ayat al-Quran sebagai peringatan kepada hambanya agar menjauhi

amalan tersebut. Sebab turun ayat juga merupakan wasilah atau jalan Allah S.W.T

dalam menonjolkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Ruang lingkup ilmu asbab

al-nuzūl pengharaman riba ini telah memenuhi segala bidang, seperti bidang fiqh,

perundangan, sejarah, pengurusan kewangan dan bidang-bidang ilmu yang lain.

Namun, asbab al-nuzūl perlu difahami dengan sebenar-benar pemahaman agar

kesan dalam diri untuk memahami sesuatu hukum akan tercapai. Seterusnya menjadi

insan yang berilmu dan menjadi pembimbing kepada masyarakat luar nanti.

114

5.2 Rumusan

Setelah menghadapi cabaran dan dugaan semasa proses menyiapkan kajian ini,

pengkaji dapat merumuskan bahawa objektif kajian yang dilakukan telah tercapai

sepenuhnya walaupun ada sedikit kekurangan dari segi aspek penulisan, pengetahuan

yang terhad, sumber rujukan dan masa yang ditetapkan.

Melihat kepada objektif yang pertama iaitu menghuraikan konsep riba

menurut perspektif Islam, pengkaji telah menjelaskannya pada bab kedua kajian ini,

iaitu dengan mendatangkan pendapat-pendapat yang masyhur dalam memberi

pengetian terhadap konsep riba ini. Pengkaji juga mendatangkan dalil-dalil al-Quran

dan hadis sebagai pengukuh kepada penerangan yang akan dibincangkan.

Secara umumnya, konsep riba adalah lebih memfokuskan kepada sesuatu

tambahan atau lebihan yang melebihi daripada jumlah pinjaman asal, yang

ditentukan dengan tempoh atau jangka masa yang telah ditetapkan dan mengadakan

persetujuan terhadap syarat lebihan ditentukan lebih dahulu iaitu dalam satu

perjanjian pinjaman. Riba terjadi pada dua perkara iaitu pertama; pada urus niaga

jual beli atau Riba al-Nasi’ah. Kedua; tanggungan urus niaga hutang (kredit) atau

Riba al- Fadl.

Manakala objektif kajian kedua, iaitu menghuraikan sejarah kewujudan riba.

Pengkaji secara jujur dan ikhlas menyatakan bahawa pengkaji menghadapi

kekeliruan dalam menetapkan sejarah riba ini, hal ini kerana semasa proses

menganalisis data, pengkaji mendapati bahawa sejarah riba tidak dapat dikenal pasti

melalui masa, tempat dan siapa. Kerana banyak ahli sejarah menyatakan riba tidak

digunakan sebelum kedatangan Islam tetapi menyebut dengan perkataan bunga dan

faedah yang bermaksud tambahan dan lebihan.

Walaupun begitu, perkembangan sejarah kewujudan riba tidak dapat dikenal

pasti secara tepat sekalipun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa sejarah

kewujudannya sama sebaya dengan kewujudan wang itu sendiri. Walau apa pun

tanggapan mengenai sejarah kewujudan riba ini, apa yang pasti riba memang sudah

lama bertapak dalam sejarah tamadun manusia.

115

Seterusnya, objektif yang ketiga iaitu mengkaji asbab al-nuzūl surah al-

Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281. Secara kesimpulan yang dapat dibuat

bahawa pengkaji telah berjaya untuk mencapai objektif ini kerana dengan kaedah

yang digunakan pengkaji dalam mencari data dan analisis kajian telah memenuhi

kehendak kajian dan proses menentukan riwayat yang paling masyhur dalam

menetapkan sebab turun ayat ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah ini telah

dibincangkan pada bab yang keempat.

Hasil kajian menunjukkan bahawa riwayat yang paling masyhur mengenai

sebab turun ayat ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah ini adalah daripada

riwayat Ibnu ‘Abbas berkaitan dengan pengaduan Bani Mughirah kepada gabenor

Mekah ketika itu ‘Utab bin Usaid tentang Bani Thaqif yang ingin memungut riba

daripada mereka, lalu ‘Utab bin Usaid menghantar surat kepada Rasulullah S.A.W

tentang perkara tersebut, lalu turunlah ayat ini. Rasulullah S.A.W membalas surat

‘Utab bin Usaid dengan isinya adalah ayat al-Quran berkaitan dengan pengharaman

riba. Isi surat tersebut ialah:

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bertakwa-lah kamu kepada Allah

dan tinggalkan-lah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih

ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang

Yang beriman. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah

mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya

peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui

selamat). Maka mereka pun mengatakan: “ Kami bertaubat kepada

Allah S.W.T dan kami tinggalkan sisa riba yang belum kami pungut. “

Dan mereka semua pun akhirnya meninggalkannya”.

Selepas dibacakan oleh ‘Utab bin Usaid kepada mereka tentang isi surat itu, lalu

mereka pun bertaubat kepada Allah S.W.T dan serta-merta mereka meninggalkan

sisa riba yang belum mereka pungut.

Sebelum itu, proses mengumpul data yang dilakukan pengkaji telah melalui

tiga peringkat proses penetapan iaitu pertama; proses pengumpulan data, kedua ;

proses penentuan subjek iaitu tentang riba dan terakhir ; proses penilaian data.

Setelah ketiga-tiga proses dilakukan, maka keluarlah hasil kajian yang ingin

dilakukan.

116

5.3 Saranan dan Cadangan

Berdasarkan kepada perbincangan mengenai peringkat-peringkat dan sebab turunnya

ayat pengharaman riba di dalam al-Quran ini, selain percambahan ilmu mengenai

asbab al-nuzūl, menunjukkan kepada kita ternyata bahawa keunggulan sistem

ekonomi Islam sememangnya tidak dapat dinafikan. Hakikat sebenarnya mengenai

keberkesanannya dapat ditinjau melalui sejarah pemerintahan Islam terdahulu iaitu

sejak zaman Rasulullah S.A.W. Malangnya apa yang berlaku hari ini jelas

menunjukkan bahawa sistem ekonomi konvensional lebih menjadi ikutan dunia

ekonomi hari ini berbanding sistem ekonomi Islam. Pengamalan riba berleluasa

tanpa ada batasan terutama sekali dalam urusan bank, jual beli dan sebagainya.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, penulis ingin mengemukakan

beberapa saranan bagi menangani perkara tersebut:

5.3.1 Masyarakat Islam

Memberi kefahaman sebenar mengenai konsep riba bagi sesebuah masyarakat yang

benar-benar ingin menjalankan ekonomi tanpa riba. Walaupun ia bukan perkara

dasar, namun ia penting kerana dalam urusan seharian seperti perniagaan manusia

tidak terlepas dari persoalan untung dan rugi. Untuk mewujudkan keadilan dalam

pembahagian untung riba mestilah dihindarkan. Dalam usaha menghindarinya perlu

ada pemahaman tentang persoalannya yang sebenar.

Akhlak masyarakat hari ini sepatutnya diperbaiki dan dibentuk mengikut

ajaran Islam yang syumul. Segala masalah yang timbul di dalam ekonomi

masyarakat hari ini lahir daripada kepincangan kehidupan akibat runtuhnya nilai-

nilai akhlak dan moral melalui pendidikan Islam yang mempunyai asas yang serupa

dengan prinsip ekonomi Islam secara langsung akan menjadikan sistem tersebut

tidak asing bagi mereka yang mengamalkan.

117

Ulama atau pihak yang bertanggungjawab mesti dengan secara tegas

mengeluarkan fatwa-fatwa yang jelas mengenai kedudukan riba pada masa kini

berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan seta melihat realiti masa kini

dengan tepat. Umat Islam masa kini bergantung pada negara maju yang bukan Islam

dalam ekonomi. Berasaskan realiti ini fatwa mestilah dikeluarkan dengan dalil yang

kuat tentang kedudukannya. Ia juga boleh dilihat sebagai usaha menghapuskan

kekeliruan terhadap masalah riba.

5.3.2 Kajian Al-Quran

Memperkenalkan dan mengkaji dengan lebih mendalam tentang asbab al-nuzūl di

dalam hukum-hukum yang disyariatkan di dalam Islam dan memperkenalkan ilmu

ini kepada masyarakat.

Kesan yang negatif akan terhasil jika tidak memahami asbab al-nuzūl dan

tertib nuzūl sesuatu hukum dengan sepenuhnya. Lantaran itu, perlu untuk memahami

hukum-hukum syariat yang melalui proses tertib nuzūl ayat di dalam al-Quran

dengan pemahaman yang sebenar.

5.3.3 Ekonomi

Pendedahan mengenai keistimewaan dan keutuhan ekonomi Islam terhadap

masyarakat hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak-pihak yang

berkaitan terutama oleh mereka yang terlibat dengan urusan agama Islam. Pemberian

maklumat tersebut hendaklah tepat dan boleh disampaikan melalui penyampaian

ceramah dan penerangan maklumat melalui saluran-saluran khas di media massa dan

selainnya.

Perniagaan dengan pinjaman modal masa kini lebih baik dialihkan kepada

perniagaan secara Islam seperti muḍhārabah dan musyārakah dan lain-lain

perniagaan yang dibenarkan dalam Islam. Pembahagian keuntungan dengan cara ini

118

lebih adil dan banyak kebaikan yang akan diperoleh hasil daripada perniagaan jenis

ini antaranya meningkat persaudaraan Islam dan tolong-menolong antar dua pihak.

Melihat kepada usaha-usaha yang dijalankan pada masa ini untuk

menghindarkan riba dari menguasai, sokongan serta bantuan dan usaha yang lebih

perlulah dijalankan. Sebenarnya usaha yang ada kini masih belum mencukupi, apatah

lagi ekonomi Islam pada masa kini masih di peringkat teori. Walaupun begitu

kesedaran yang mula bercambah harus dipergunakan sepenuhnya dalam

melaksanakan hal ini

Penubuhan Baitulmal Zakat. Penubuhan ini adalah untuk membantu orang-

orang yang berhak menerima zakat. Adapun bagi orang yang tidak berhak

menerimanya tetapi berada dalam kesusahan dan kesempitan perbelanjaan hidup

yang memaksa mereka meminjam dari bank-bak yang mengamalkan sistem rib,

maka dengan adanya institusi zakat seperti ini dapat menolong mereka membuat

pinjaman tanpa bunga dalam bentuk pinjaman jangka masa pendek. Dengan syarat

mereka hendaklah membayar balik kepada baitulmal zakat dalam tempoh tertentu

supaya wang zakat dapat dibahagikan kepada orang-orang yang berhak

menerimanya.

5.3.4 Kajian Akan Datang

Pendedahan keburukan riba hendaklah dibuat bukan sahaja melalui penulisan tetapi

mestilah secara terus seperti siri ceramah yang diadakan di surau atau di masjid,

supaya ia lebih difahami oleh masyarakat. Biarpun usaha-usaha dalam bentuk

penulisan hendaklah dipertingkatkan dan inisiatif hendaklah diambil oleh pihak-

pihak bertanggungjawab.

119

BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim

Kitab Suci Agama Lain

Lembaga al-Kitab Indonesia.(2011). Al-Kitab (Bible). Jakarta: Anggota IKAPI.

Buku

Ab. Mumin bin Ab. Ghani.(1999). Sistem kewangan Islam dan Pelaksanaannya di

Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abd al-Sami’ al-Misr.(1987). Limadha Harrama Allah al-Riba . al-Azhar Mesir:

Maktabah Wahbah.

Abd Rahman Abd Ghani. Dr.(2009). Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-

Quran. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Abu Ja’afar Muhammad bin Jarir ath-Thabari.(2008). Tafsir Ath-Thabari ( Ahsan

Askan, Terjemahan). Jakarta Selatan: Pustaka Azzam, ( Karya asli tidak

dinyatakan tahun terbitan).

Abu A’ala al-Mawdudi.(1987) . al-Riba . Jeddah: al-Dar al-Sa’udiyyah.

Adel M.Abdulaziz. Dr. et.al.(2006). Panduan dan Bimbingan Guru al-Quran. Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Adiwarman Aswar Karim.(2001). Ekonomi Islam Suatu Kajian Kontemporer.

Jakarta: Gema Insani Press

Al-Bujayrimi, Sulayman Ibn Muhammad al-Bujayrimi.(1995). Hashiyat al-

Bujayrimi ala sharh manhaj al-tullab al-musamah al-tajrid li-naf' al-abid, Jilid

2 . Beirut: Dar al-Fikr

Al-Hawawi, Yaqut Ibn ‘Abd Allah al-Rumi.(1999). Mu’jam al-udaba' irshad al-arib

ila ma'rifat al-adib, Jilid 6. Beirut: Mu’assasat al-Ma’arif,

Al-Jassas.(2003). Ahkam al-Qur’an, Jilid 1. Beirut: dar al-Kutub al-ilmiyah

Al-Qurthubi.(2002). Al-Jami’ li-ahkam al-Qur’an, Jilid 2 ( Hadis yang ditakhrij oleh

Dr. Mahmud Hamid Uthman). Kaherah: Dar al-Hadis

Al-Sayyid Muhammad Rasyid Rida.(1986). al-Riba wa al-Mu’amalah fi al-Islam.

Beirut: Dar Ibn Zaydun.

120

Al-Suyuti, Jalal al-din Abd Rahman bin Abi Bakr.(2000). Al-Durr al-Manthur fi al-

Tafsir al-Ma’thur, Juz 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

Al-Syeikh Umar al-‘Aziz al-Matruk.(1997). al-Riba wa al-Mu’amalah al-

Masrifiyyah fi Nazr al-Syariah al-Islamiyah. al-mamlakah al-arabiyah al-

Sa’udiyah: Dar al-‘Asimah.

Ath-Thabari.(2005). Jami’ al-Bayan ‘an ta’wil ay al-Qur’an, Jilid 3, no hadis 4883.

Beirut: Dar Fikr

Anwar Iqbal Qureshi.(1974), Islam and The Theory of Interest, Lahore: Sh.

Muhammad Asharaf,

Ibn Hazm, Abu Muhammad ‘Ali bin Ahmad Sa’d bin Hazm.(2000). Al-muhalla Jilid

8. Beirut: Dar al-Jil

Ibnu Katsir.(2004). Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 6 ( M.Abdul Ghoffar dan abu Ihsan al-

Atsari, Terjemah). Bogor: Pustaka Imam asy-Syafi’i ( Karya Asli yang

ditahqiqkan, Lubaabut Tafsir min Ibni Katsiir, terbitan 1994)

Ibn Qudamah.(2001). ‘Umdat al-fiqh fi al-madhhab al-Hanbali. Beirut: Maktabah al-

Asriyah

Ibn Qayyim, Shams al-din Abi Abd Allah Muhammad ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-

jawziyah.(2003). A’lam al-Muwaqqi’in an rabb al-alamin, Jilid 1, juz 2.

Beirut: Dar al-Fikr

Ibn Rushd, Imam al-Qadi Abu al-Walid Muhammad ibn Ahmad ibnMuhammad ibn

Ahmad ibn Rushd al-Qurtubi al-Andalusi, al-shahir bi Ibn al-Rushd al-

Hafid.(2001). Bidayat al-mujtahid wa-nihayat al-muqtasid, Juz 1-2. Beirut :

Dar al-Fikr

Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti.(1988). Sebab-sebab turun Ayat-ayat al-Quran (

Rohadi Abu Bakar, Terjemah). Selangor: Thinkers Library Sdn.Bhd.( Karya

asli Bahasa Arab Asbabun Nuzul).

La Shin, Musa Shahain.(2003). Taisir Sahih al-Bukhari, Juz 3, no hadis 4544, bab

53: Ayat 281, Surah al-Baqarah. Cairo: Maktabah al-Sharouk al-Dauliah

Muhammad Abdul Mun’im Al-Jammal.(1992). Ensiklopedia Ekonomi Islam (

Salahuddin Abdullah, terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(Karya asli diterbitkan 1980).

Muhammad Ali Ash-Shabuni.(2000). Tafsir Ayat-ayat Hukum dalam Al-Qur’an (

Saleh Mahfoed, terjemah). Kuala Lumpur: Pustaka Al-Azhar. ( karya asli tidak

dinyatakan tahun).

Muhammad al-Sayyid Yusuf. Prof.Dr.(2006). Metode al-Quran dalam MembaikiMasyarakat. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

121

Muhammad Idris Abdul Ra’uf al-Marbawi.(2000). Kamus Idris al-Marbawi, Arab-

Melayu. Dar al-Fikr,

Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh al-Quthubi Abu Abdullah.(2002). Al-

Jami’ lil ahkam al-Quran : Jilid 1. Kaherah: Dar al-Hadith.

Muhammad dan R. Lukman Fauroni.(2002). Visi Al-Qur’an Tentang Etika dan

Bisnis. Jakarta: Salemba Diniyah.

Nasafi, ‘Abd Allah ibn Ahmad Nasafi.(1997). al-Bahr al-ra'iq, sharh Kanz al-

daqa'iq (fi- furu' al-Hanafiyah),Jilid 6. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah

Nina M.Armando et.al. (2005). Ensiklopedia Islam. Jakarta: PT Ichtiar Baru van

Hoeva.

Noresah bt Baharom.(2005). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Oemar Bakri .(1982). Tafsir Rahmat. Jakarta: PT Mutiara.

Osman Khalid. (2006). Kamus Besar Arab – Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Qamaruddin Shaleh, Dahlan & Mohd Dahlan.( 1989). Asbabun Nuzul.Selangor:

Klang Book Centre

Rosmawati bin Ali@ Mat Zin.(1997). Teks Pengajian Islam: Pengantar Ulum Al-

Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Sahih ibn 'Abd al-'Aziz ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Shaykh. (2000). Al-Kutub al-

sittah Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Jami al-Tirmidhi,

Sunan al-Nisa'i, Sunan Ibn Majah. Al-Riyad: Dar al-Salam.

Samir al-Hudaybi.(1988), Nahw Iqtisad al-Islami, Kaherah: al-Zahra’ lil-I’lam al-

‘Arabi

Sayyid Qutb .(1980). Tafsir Ayat al-Riba. Beirut: Dar al-Syuruq.

Sudin Haron .(2007). Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala

Lumpur Business School Sdn. Bhd.

Wahbah al-Zuhaily. Dr.(2007). Tafsir al-Munir Juz 3 ( Surah al-Baqarah-Surah Ali

‘Imran)( Malaysia dan Nusantara, Terjemah). Selangor: Persatuan Ulama

Malaysia dan Intel Multimedia And Publication

__________________. (2010). Fiqih Imam Syafi’i: Mengupas Masalah Fiqhiyah

Berdasarkan Al-Qur’an dan Hadits, Jilid 2 ( Muhammad Afifi dan Abdul

Hafiz, Terjemah).Jakarta: Penerbit Almahira.( Buku Asli Terbitan 2008)

122

Kertas Kerja

Ab. Mumin bin Ab. Ghani. (1997). Peristilahan “Riba”: Satu Analisis Hukum.

Dalam Jurnal Syariah, 5(2).

Wan Marhaini Wan Ahmad .(2005). Riba dan Gharar dalam Insurans: Satu Analisis

Fiqh. Dalam Jurnal Fiqh, 2.

Tesis, Disertasi & Latihan Ilmiah

Fatimah Mamat.(2000).Pengurusan Wang Riba: Satu Analisis Terhadap Tabung

serambi Mekah. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM.

Norfadhilah binti Khalid.(2008). Ayat-ayat Riba: Kajian Menurut perspektif Tertib

Nuzul . Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan Al-Hadith, APIUM.

Sarina Binti Hamid.(2003). Pengharaman riba dan Alternatifnya dalam sistem

perbankan di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Sastera, APIUM.