VELERION-Apresiasi Karya Aeni Barat

27
BANDING BEZA KARYA SENI BARAT (Pengenalan Pelbagai Aliran dan Period) Disediakan Oleh: Velerion Kongoi

description

abcc

Transcript of VELERION-Apresiasi Karya Aeni Barat

Apresiasi Seni Karya Barat (Pengenalan Pelbagai Aliran dan Period)

BANDING BEZA KARYA SENI BARAT(Pengenalan Pelbagai Aliran dan Period)Disediakan Oleh:Velerion Kongoi

SEJARAH/BIODATA PELUKIS BARAT

Leornadro Da Vincci

(1452-1519) Merupakan seorang tokoh pelukis barat pada zaman Renaissance. Seorang pelukis dalam aliran Realisme.Subjek matter atau hal benda yang digunakan adalah figura samada dalam bentuk potret ataupun landskap.Antara karya-karya catannya yang terkenal Mona lisa dan Perjamuan Terakhir pada abad ke-15.

Ciri-ciri karya-: Menggunakan kaedah komposisi perspektif satu titik dalam menghasilkan potret Mona lisa. Teknik-: Penghasilan karya yang digunakan semasa berkarya adalah teknik sfumato dan chiaroscuro.Media yang digunakan terdiri daripada:Cat minyak diatas kanvas linen Tempera di atas papan

Vincent Van Gogh

Merupakan salah satu seniman paling terkenal sepanjang masa.Anak seni kelahiran Belanda. Merupakan pelukis aliran post-impressionisme.

Sepanjang hidupnya, beliau telah menghasilkan kira-kira dua ribu karya seni termasuk lukisan ikonik Starry Night yang disimpan di Museum of Modern Art di New York City.Teknik -: Teknik impasto dengan gaya sapuan berani, asli dan penggunaan warna yang tidak dicampur serta bertindih di antara satu sama lain. Beliau juga menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tektura pada permukaan kanvas.Media-: Cat minyak pada permukaan kanvas.Kebanyakan catan yang dihasilkannya merupakan luahan dan curahan rasa hati yang terbuku untuk dikongsi bersama.

Pablo Picasso

( 1881-1973).Seorangpelukis dan pengarca berasal dari Sepanyol.Beliau merupakan salah satu tokohseni abad ke-20yang paling terkenal, khususnya sebagai pengasasaliran kubisme.Kubisme bermaksud pemecahan imej atau bentuk asal kepada kiub yang dipermudahkan kepada bntuk abstrak.

Beliau turut terlibat dalam beberapa era iaitu Blue Period, Rose-Pink Period, Realism dan Surrealisme. Catan-catan beliau banyak dipengaruhi oleh pelukis-pelukis dari zaman Impressionisme dan Post-Impressionisme.Ciri-ciri karya-: Imej-imej figura telah diubahsuai dari bentuk asal kepada bentuk geometrik.Seperti dalam karyanya, Les Demoiselles D Avignon.

Beliau dianggap sangat obses dengan perkara-perkara diatas ini melalui penggunaan warna-warna sengit, semi-abstrak, dan hal perkara misteri. Teknik-: Memecah tradisi klasikal gambaran figura secara realistik kepada bentuk geometrik di samping penggunaan warna pink.Media-: Cat minyak di atas permukaan kanvas.

Edward Munch

(1863 1944)Edvard Munch dilahirkan di Loten, Norway pada 1863.Edvard Munch adalah seorang artis prolifik (banyak menghasilkan karya seni) dan sentiasa sibuk dengan hal-hal kematian manusia seperti penyakit kronik, kebebasan seksual, dan aspirasi agama.Ciri-ciri ketegangan, ketakutan dan hysteria diadunnya dalam

Karya-karya yang berkaitan dengan persoalan-persoalan seks, kematian dan kesunyian.Beliau merupakan seorang pelukis catan aliran ekspresionisme. Karyanya lebih berfokus kpd figura manusia. Hasil karya beliau,The Kiss(1902),The SickChild (1886),The Frieze of Life(1892),The Blue Raider The Scream (1893) .Ciri-ciri karya:-Karya yang bersifat semi-abstrak dan misteri, sering mengaitkan tema terbuka untuk berfungsi sebagai simbol kepentingan universal.

Lukisan The Scream dianggap sebagai ikon penggambaran penderitaan dan merupakan salah satu bagian dari seri yang disebut The Frieze of Life, di mana Munch mengeksplorasi tema kehidupan, cinta, takut, kematian, dan kesedihan.Munch sedang mengalami masalah depresi (masalah kemurungan) semasa menghasilkan lukisan ini seperti dituliskannya dalam catatan hariannya mengenai latar belakang pembuatan The Scream.Teknik: Pemecahan objek-objek figura kepada bentuk geometrik.

I was walking along the road with two friends. The sun was setting. I felt a breath of melancholy Suddenly the sky turned blood-red. I stopped, and leaned against the railing, deathly tired Looking out across the flaming clouds that hung like blood and a sword over the blue-black fjord and town. My friends walked on I stood there, trembling with fear. And I sensed a great, infinite scream pass through nature." (Munch, 1892).

Salvardo Dali

Dilahirkan pada 11 April 1904, Figueras Sepanyol.Merupakan salah seorang tokoh seni barat abad ke 19 dan 20, aliran Ekspresionisme dan seorang tokoh dalam aliran Surelisme.

Ciri-ciri Karya: Menggunakan gabungan warna panas di bahagian latar belakang dan warna sejuk pada bahagian latar depan bagi menunjukkan perbezaan ruang hadapan dan ruang belakang. Menggambarkan alam semula jadi di bahagian latar belakang bagi menunjukkan ruang dalaman yang jelas pada catannya The Persistence of Memory.Media dan Teknik-: Cat minyak di atas canvas.

PERSAMAAN KARYA-KARYA SENI BARAT MENGIKUT ALIRAN

Karya Salvador Dali

Karya Pablo Picasso

Aspek persamaan adalah penggunaan alat dan media iaitu Cat Minyak Di atas Kanvas Pablo Picasso1907Les Demoiselles D AvignonCat Minyak di atas Kanvas( 8 X 78)Salvador Dali 1931The Persistence of Memory Cat Minyak di atas Kanvas(9 1/2 X 124)

PERBEZAAN KARYA-KARYA SENI BARAT MENGIKUT ALIRAN

Karya Leonardo Da Vincci

Karya Vincent Van Gogh

The Starry Night1889Cat Minyak Di Atas Kanvas (29 X 36 )Mona Lisa1503 1506Cat Minyak Di atas Permukaan Kayu(30 X 21)

Catan yang dihasilkan semasa zaman kegemilangan Renaisance (1503-1506).Teknik Menggunakan teknik SFUMATO yang bermaksud teknik yang mengaburkan sempadan objek utama dengan latar belakang.CHRIAROSCURO pula bermaksud teknik pencahayaan terang dan gelap bagi mewujudkan

Catan yang dihasilkan semasa era Post-Impressionisme (1889).TeknikMenggunakan teknik Impasto. Tema dan Subjek MatterLandskap- Pemandangan berdasarkan pemerhatiannya pada waktu malam dalam suasana di kawasan bandar dan gereja .

mood ekspresi muka yang ayu pada wajah potret Mona lisa.Ciri-ciri karyaMerupakan potret isteri kepada seorang golongan bangsawan iaitu Francesco del Giocondo sebagai tanda kasih dan sayang pada isterinya. Tempoh ianya disiapkan adalah selama 3 tahun.

Ciri-ciri karya Merupakan luahan dan curahan isi hati atau perasaan yang terbuku pengkarya semasa menghasilkan karya.Catan ini adalah berdasarkan pemerhatian pengkarya pada waktu malam pada suasana persekitaran bandar dan gereja di tempat beliau menjalani proses pemulihan.

Teknik sapuan glazing yang sangat teliti dimana kesannya dapat dilihat menimbulkan kesan berkilat yang membantu menambahkan lagi mood naturalistik.Media Cat minyak diatas kanvas.

Gambaran pohon cypress adalah mewakili kehidupan dalaman masyarakat Eropah pada ketika itu.MediaCat minyak diatas kanvas.

Karya Edvard Munch

Karya Pablo Picasso

Edvard Munch1893The ScreamCat Minyak di atas Kanvas

Pablo Picasso1907Les Demoiselles D AvignonCat Minyak di atas Kanvas( 8 X 78)

Karya catan yang dihasilkan semasa Ekspressionisme.TeknikSapuan berus secara spontan.

Tema dan Subjek MatterKehidupan realiti yang sebenar. Imej figura manusia dengan berlatarkan pemandangan lautan. Ciri-ciri KaryaMenerangkan suasana pada pada waktu matahari terbenam di Norway, dengan beberapa orang rakan yang berjalan pada waktu itu. Situasi yang tenang pada mulanya dan bertukar pada suasana dalam ketakutan. Karya catan yang dihasilkan semasa era Kubisme. Teknik Pemecahan objek figura kepada bentuk-bentuk geometrik.

Tema & Subjek MatterRealiti kehidupan dan fakta yang sebenar. Imej figura manusia yang telah diubahsuai kepada bentuk geometrik.Ciri-ciri KaryaAntara catan awal yang dihasilkan oleh Picasso. Karya ini merupakan satu karya yang cuba dieksplorasi beliau dengan cuba memecah tradisi klasikal gambaran figura secara realistik.

Wajah seseorang yang ketakutan sedang menjerit sementara di belakangnya langit yang berwarna merah darah. Penggunaan warna untuk menyatakan reaksi emosi kepada persekitaran karyanya.Sumber sejarah seni menunjukkan bahawa rumah sembelih adalah dalam jarak pendengaran tempat yang digambarkan dalam lukisan ini.

MediaCat Minyak di atas permukaan kanvas.

Kepada bentuk geometrik.Penggunaan warna pink yang cerah. MediaCat minyak di atas permukaanpermukaan kanvas.

Rujukan.. Jaffri Hanafi & Hamdzun haron. Pengenalan Seni Barat dan Sejarah Seni Barat. (2007). Open University Malaysia.Arifine Jusoh. Pendidikan Seni. (1987). Selangor Darul Ehsan. Dorling Kondersley. Art a World History. (1998). Great Britain. http://www.metmuseum.org/toah/hd/pica/hd_pica.htmhttp://sayaseorangpensyarah.blogspot.com/2011_07_01_archive.htm.

SEKIAN, TERIMA KASIH...