Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

34
Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 98 UNIT 7 TEKNIK MEMBINA DAN MERANGSANG PEMIKIRAN ANALITIKAL DAN KREATIF HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud dan konsep pemikiran analitikal dan kreatif 2. Membina pemikiran analitikal dan kreatif 3. Mengaplikasikan teknilk pemikiran analitikal dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran PENGENALAN Gambar A Gambar B

Transcript of Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Page 1: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 98

UNIT 7

TEKNIK MEMBINA DAN MERANGSANG PEMIKIRAN ANALITIKAL DAN KREATIF

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan maksud dan konsep pemikiran analitikal dan kreatif2. Membina pemikiran analitikal dan kreatif3. Mengaplikasikan teknilk pemikiran analitikal dan kreatif dalam pengajaran dan

pembelajaran

PENGENALAN

Gambar A Gambar B

Rajah 7.1 Persepsi

Perhatikan kedua-dua gambar di atas dari sudut berlainan. Apakah yang anda dapat lihat?

Page 2: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 99

dakah anda sedar bahawa salah satu aspek penting dalam mekanisme minda ialah persepsi. Persepsi merupakan pemahaman kita tentang sesuatu perkara. Persepsi dipengaruhi oleh pelbagai faktor, yang antara lain pendedahan, umur, environmen, emosi, personaliti dan juga pendidikan.

Sebagai contoh, komputer boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Kanak-kanak selalunya menganggap komputer sebagai barang mainan atau alat hiburan. Pelajar di universiti melihat komputer sebagai satu kemestian untuk mengakses maklumat dan juga membuat tugasan. Warga emas pula mungkin menganggap komputer sebagai sesuatu yang memeningkan.

APada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara, misalnya suatu objek, anda secara automatik akan menyoal diri anda sendiri. Soalan-soalan yang mungkin anda bertanya adalah ‘apakah objek itu?’; ‘apakah kegunaannya?’; ‘bagaimana menggunakannya?’; dan ‘adakah ia memberi manfaat?’. Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut iaitu pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek tersebut); kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek tersebut); sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek tersebut). Oleh itu proses berfikir melibatkan interaksi antara tiga perkara tersebut.

Rajah 7.2 Gambar padang pasir

Lihat gambar di atas. Bandingkan persepsi anda dengan persepsi orang lain. Jika terdapat perbezaan, bincangkan punca perbezaan tersebut

Pada pendapat anda, adakah persepsi individu dapat diperluas dan dipertajamkan? Adakah memiliki persepsi yang luas dan tajam membantu merangsang pemikiran analitikal dan kreatif? Bagaimana?

ISI KANDUNGAN

Page 3: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 100

Apakah pemikiran analitikal dan kreatif?

aiklah. Selepas membuat refleksi tentang kecenderungan berfikir, mari kita bincangkan konsep pemikiran analitikal dan pemikiran kreatif. Pemikiran analitikal tidak banyak bezanya dengan pemikiran kritis. Namun jika diteliti dengan lebih mendalam ada perbezaan yang ketara. Pemikiran

analitikal cuba memahami sesuatu perkara secara keseluruhan dengan memahami semua komponennya (misalnya melihat pelaksanaan suatu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menentukan bagaimana faktor seperti bilangan murid, kemudahan yang disediakan, mata pelajaran yang diajar dan sebagainya mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran tersebut tanpa membuat apa-apa penghakiman terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut). Pemikiran kritis pula menguna pakai kefahaman dan idea yang timbul daripada pemikiran analitikal dan kemudian menilai kemunasabahan kefahaman atau idea itu berdasarkan kriteria tertentu. Berdasarkan definisi ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa kedua-dua pemikiran ini sukar dipisahkan pengunaanya dalam kehidupan seharian. Pemikiran kreatif ialah kebolehan untuk menjana dan menghasilkan idea baru, asli, luar biasa, dan/atau pelbagai melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Perkaitan antara pemikiran analitikal, kritis dan kreatif adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3.

B

Rajah 7.3 Model pemikiran analitikal, kritis, dan kreatif

Bolehkah anda terus mempelajari kemahiran membuat urutan sebelum menguasai kemahiran mencirikan atau membezakan?

Kemahiran berfikir dalam Rajah 7.3 telah disusun mengikut hierarki dari kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran tersebut perlu diperkenalkan mengikut urutan. Sekiranya dalam pemikiran analitikal, kemahiran yang ingin dipelajari

KEMAHIRAN BERFIKIR

-mencirikan-membanding dan membezakan-mengumpul dan mengelaskan-membuat urutan-menyusun mengikut keutamaan-menganalisis-mengesan kecondongan- menilai- membuat kesimpulan

PEMIKIRAN ANALITIKAL+ KRITIS

-menjana idea-menghubungkaitkan-membuat inferens-meramalkan-membuat hipotesis-mensintesiskan-mengitlak-membuat gambaran mental-menganalogikan-mereka cipta

PEMIKIRAN KREATIF

Page 4: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 101

adalah membuat urutan, anda seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas.

Dapatkan maklumat berkaitan dengan teori pemikiran menggunakan Internet atau sumber lain seperti buku atau jurnal. Menggunakan satu atau dua ayat anda sendiri, catatkan idea utama teori berikut:

Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner): _____________________________________________

__________________________________________________________________________________

Teori Pemikiran Lateral (Edward de Bono): _______________________________________________

__________________________________________________________________________________

Teori Split-Brain (Roger Sperry): _______________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Teori Kecerdasan Berjaya (Robert Sternberg): ___________________________________________

_________________________________________________________________________________

Pemikiran analitikal

ari kita bincang dengan lebih mendalam pemikiran analitikal berdasarkan pecahannya dalam Rajah 7.3. Kita juga akan masukkan kemahiran menilai sebagai sebahagian daripada pemikiran analitikal yang sukar dipisahkan walaupun ia lebih kepada pemikiran kritis. Berikut ialah

penjelasan dan contoh setiap pecahan kemahiran tersebut.MMencirikanKemahiran ini digunakan untuk mendefinisikan konsep atau item dan juga untuk mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa. Untuk itu anda perlu mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Lihat gambar dalam Rajah 7.4. Tuliskan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan tersebut.

AA

Page 5: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 102

Rajah 7.4 Gambar seekor burung

Untuk membantu anda mencirikan, anda boleh gunakan rajah pancaran di bawah.

Berparuh berbulu

_________ ______________________

Membanding dan membezakanAnda perlu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan. Ia juga digunakan untuk membuat pilihan dan keputusan. Contohnya:

Perhatikan dua gambar ini yang mempunyai peristiwa yang sama. Catatkan persamaan dan perbezaan dalam Jadual 7.1.

Gambar A Gambar B

Rajah 7.5 Gambar peristiwa sambutan hari lahirJadual 7.1 Persamaan dan perbezaan antara gambar A dengan B

Haiwan

Page 6: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 103

Mengumpul dan mengelaskan

Anda perlu mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Selalunya kemahiran ini digunakan apabila terdapat banyak item atau maklumat, ataupun item dan maklumat yang tidak tersusun.

Diberi sekumpulan item berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin, baju hujan, pen dan pensil. Isikan carta alir Rajah 7.6 bagi menunjukkan secara ringkas proses pengelasan.

Rajah 7.6 Carta Organisasi pengelasan item

Membuat urutanAnda perlu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya mudah difahami dan item tertentu mudah dikesan. Sebagai contoh, berikut ialah senarai kerja untuk memasak nasi:

Isi beras dalam periuk Basuh beras Pasang suiz

Persamaan PerbezaanGambar A Gambar B Gambar A Gambar B

Page 7: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 104

Letak periuk dalam rice cooker Tutup dan lap periuk

Susun langkah-langkah kerja bagi memasak nasi supaya menjadi satu urutan yang logik mengunakan carta alir di bawah.

Rajah 7.7 Urutan cara memasak nasi menggunakan periuk elektrik

Menyusun mengikut keutamaanAnda perlu menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Kemahiran ini digunakan untuk menonjolkan perkara yangmustahak dan menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.

Anda diberi senarai beberapa item seperti telefon bimbit, televisyen, peti sejuk, lampu, radio, komputer. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaan anda dan terangkan mengapa.

MenganalisisAnda perlu mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir. Contohnya: Buat analisis bagi kenyataan berikut: “Komputer adalah penting kepada kehidupan”. Untuk menganalisis kita perlu:

Menentukan kenyataan “ Komputer adalah penting kepada kehidupan”. Huraikan andaian yang tersirat “penting kepada kehidupan” dari segi komputer : menyampaikan

maklumat; berunsurkan pendidikan; memberi hiburan. Membetulkan kenyataan yang telah diperbaiki: Komputer adalah penting kepada kehidupan kerana

komputer dapat menyampaikan maklumat yang berunsurkan pendidikan dan memberi hiburan.

Page 8: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 105

Mengesan KecondonganAnda boleh mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentang sesuatu. Kemahiran ini diguna apabila terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang. Anda boleh juga menggunakan kemahiran ini untuk menimbang ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan atau mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang. Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti kecondongan? Berikut ialah petunjuk kecondongan:

Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat Pengitlakan yang keterlaluan Soalan retorik (bersifat mempengaruhi atau bermuslihat) Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah Menyatakan pendapat sebagai fakta

MenilaiAnda perlu membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti yang sahih. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu atau menerima/menolak sesuatu idea. Bagi pandangan yang jelas terbahagi kepada dua pandangan berbeza, anda boleh menggunakan carta-T untuk membantu anda menilai dan seterusnya membuat keputusan. Rajah 7.8 menunjukkan contoh carta-T.

Positif Negatif

Rajah 7.8 Contoh carta-T

Membuat kesimpulanAnda boleh membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Anda boleh gunakan kemahiran ini untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.Bagaimanakah kita hendak membuat kesimpulan yang baik? Berikut merupakan garis panduan yang boleh diikuti:

Kumpulkan maklumat (contohnya dari eksperimen atau kajian) Susun semula maklumat dalam urutan yang lojik Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak perhubungan Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.

Page 9: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 106

Pemikiran kreatif

erkara yang ditimbulkan apabila kita berfikir secara kreatif ialah: kita perlukan idea baru, ada atau tidak cara yang lain, cuba cari kaedah yang lebih mudah, ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini, tolong fikirkan kemungkinan lain, kita tidak mahu lagi penyelesaian cara

sekarang, cara ini belum dicuba, ini idea lama dan tentu ada cara lain. Berikut ialah contoh setiap pemikiran kreatif:

PMenjana ideaAnda boleh menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila anda ingin mencari idea baru atau mencari alternatif. Sebagai langkah permulaan anda perlu fokus tentang apa tajuk yang hendak dibincangkan, misalnya, cara mengurus bahan buangan yang sistematik. Anda perlu senaraikan semua idea yang dikemukakan, renung kembali idea yang dikemukakan, tambah lagi idea jika ada, dan hubungkaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.

Membuat inferensLangkah ini ialah merupakan langkah yang diambil oleh individu untuk membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Anda boleh menggunakan kemahiran ini apabila hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. Contoh situasi:

Anda memandang keluar tingkap dan mendapati daun pokok dalam pasu kelihatan tidak bermaya dan berwarna kuning.

Untuk membuat inferens kita perlu membuat pemerhatian. Dalam situasi ini, pemerhatian anda adalah daun tidak bermaya dan berwarna kuning. Inferens yang boleh dibuat adalah daun tidak bermaya dan kuning kerana kemungkinan tidak disiram beberapa hari. Inferens merupakan kesimpulan awal yang boleh menerangkan pemerhatian. Namun kebenarannya belum diuji kerana penerangan alternatif seperti diserang penyakit juga boleh dipertimbangkan.

MenghubungkaitkanAnda boleh membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak. Bagaimana langkah penggunaannya? Anda perlu kenal pasti masalah, buat analisis tentang keadaan dan kenal pasti aspek yang boleh dihubungkaitkan. Kemudian, buat pernyataan tentang perkaitan.

MeramalApabila anda membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai, anda telah membuat ramalan. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkan pilihan. Apabila anda ingin meramal anda perlu perhatikan atau kumpul maklumat. Kemudian tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat. Kemudian, buat jangkaan yang paling sesuai.

Membuat hipotesisDalam pemikiran kreatif anda boleh membuat penyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk

Page 10: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 107

membuktikan kesahihannya. Anda boleh menggunakan kemahiran ini pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatu eksperimen, kajian atau penyelidikan. Contohnya:

Sebuah pusat membeli belah mendapat keuntungan sehari pada hari biasa sebanyak RM 500,000.00, manakala pada hari menjelang perayaan pusat beli belah tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM 1 juta sehari. Bagaimana kita membina hipotesis berdasarkan fakta ini?

Langkah yang anda perlu ambil adalah perhatikan situasi atau keadaan tersebut. Nyatakan mengapa situasi atau keadaan tersebut terjadi sedemikian. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis. Kemudian anda perlu semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji. Contoh hipotesis yang boleh dijana bagi situasi di atas ialah “Keuntungan sehari pusat membeli belah menjelang hari perayaan meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa”

MensintesisKemahiran ini menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan dan menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk. Anda juga boleh menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan. Untuk mensintesis maklumat, apakah langkah-langkah yang perlu diambil?

Anda perlu mengenal pasti dan mendefinisikan tajuk, perkara atau subjek terlebih dahulu . Kemudian, kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan. Selepas itu, anda boleh kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek. Akhir sekali anda boleh kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori dan kategori dengan tajuk.

MengitlakAnda boleh membuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sesuatu sampel kumpulan. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk mencari pola, menyusun maklumat dan meramal. Bagaimanakah anda hendak mengitlak? Mula-mula anda perlu kumpulkan data. Kemudian cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan. Selepas itu imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat. Setelah sahih, barulah kita boleh membuat kenyataan.

MenganalogiSeseorang itu boleh membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep dengan cara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk memahami konsep atau perkara yang abstrak dengan cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui. Anda boleh membandingkan dua perkara yang tidak sama, kemudian cari sifat yang serupa yang boleh dihubungkaitkan dan nyatakan hubungkait sebagai metafora. Contohnya; membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan. Untuk membuat analogi kita perlu buat perbandingan ‘jantung’ dengan ‘pam’. Kita cari sifat yang serupa iaitu kedua-duanya mengepam cecair. Kemudian kita menyatakan hubungkaitnya iaitu ‘jantung adalah seperti pam’. Kemahiran menganalogi akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam seksyen selepas ini.

Membuat gambaran mental

Page 11: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 108

Apabila anda membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran, anda telah membuat gambaran mental. Anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk memahami konsep yang abstrak dan mengingati konsep yang kompleks. Contohnya: Bayangkan apa yang anda akan lakukan jika tsunami melanda secara tiba-tiba di tempat anda.

Mereka Cipta

Dalam perkara ini, jika anda boleh menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau bukan, anda telah mereka cipta. Untuk mereka cipta anda perlu kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan. Selepas itu anda boleh menjana idea dan pilih idea mana yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan. Setelah itu, anda boleh cuba dan uji idea. Jika idea tersebut tidak memenuhi keperluan, anda boleh ubah suai atau pilih idea yang lain.

Apakah teknik yang boleh membina dan merangsang pemikiran analitikal dan kreatif?

nda telah didedahkan dengan konsep pemikiran analitikal dan kreatif. Tahukah anda bahawa berfikir adalah satu aktiviti yang dinamik dan kompleks? Justeru, adalah penting setiap individu belajar teknik berfikir yang betul menggunakan kaedah pemikiran yang telah dicipta oleh pakar-

pakar pemikir. Antara teknik memupuk pemikiran analitikal dan kreatif adalah melalui penggunaan:A

Peta minda Pengurusan grafik Peta konsep Analogi Pemikiran lateral Pelbagai kecerdasan

Peta MindaTeknik ini telah dibincangkan dalam Unit 8, Modul 1 dari sudut membantu guru menyusun maklumat yang banyak dan menyampaikannya kepada murid dengan mudah, berkesan, dan bermakna kepada murid. Murid pula lebih menyedari idea dan pengetahuan sedia ada mereka serta dapat mengaitkannya dengan maklumat dan idea baru yang guru sampaikan. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencatat nota, mengumpul maklumat dan menyelesai masalah secara kreatif.

Mari kita mengulang kaji sedikit cara membina sebuah Peta Minda. Secara ringkasnya, setiap idea atau pun maklumat yang difikirkan akan dilakarkan secara grafik dalam bentuk peta yang merebak dari satu titik permulaan. Rajah 7.9 menunjukkan sebuah Peta Minda berkaitan kesihatan.

Page 12: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 109

Rajah 7.9 Peta Minda berkaitan kesihatan

Sumber: http://www.mindmapart.com/health-mind-map-jane-genovese/

Jadual 7.2 meringkaskan cara menjana sebuah Peta Minda menggunakan teknik penjanaan peta minda berdasarkan Tony Buzan (1995).

Jadual 7.2 Teknik menjana Peta Minda

Teknik Cara-cara menghasilkannyaBeri penekanan Guna imej utama

Guna tiga atau lebih dari tiga warna untuk setiap imej utamaGuna pelbagai saiz cetakan, garisan dan imejGuna ruang yang terancangGuna ruang yang bersesuaian

Tunjukkan perkaitan Guna anak panah untuk mengaitkan satu idea dengan idea yang lainGunakan warna atau kod seperti X, Y, Z

Serlahkan kejelasan Guna hanya satu kata kunci untuk setiap garisanHubungkan garisan-garisanTebalkan garisan utamaWujudkan ranting utama yang dihubungkan dengan imej utama

Gaya sendiri Guna kartun, warna terang dan sebagainya.

Page 13: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 110

Lakarkan 4 idea utama bersama ranting-ranting yang sesuai tentang topik berikut: “Kesan negatif dan positif penggunaan komputer’

Pengurusan GrafikPengurusan grafik boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Pengurusan grafik boleh membantu meningkatkan daya ingatan, motivasi, pemahaman, mengurangkan kebosanan dan menyusun fikiran anda dengan lebih teratur yang membawa kepada peningkatan kemahiran analitikal. Berikut adalah dua contoh pengurusan grafik.

a. Merancang

Tugasan Projek

Perincian tugasan projek MasaBajetSumberSokonganLain-

‘Time-line’ Bajet Tugas ahli pasukan

Sumber sedia ada

Penulisan laporan

b. Membanding dan membeza

Perkara/Ciri-ciri Persamaan Perbezaan

Penutup/Rumusan

Peta KonsepTeknik dengan nama yang sama telah dibincangkan dalam Unit 8, Modul 1. Namun Peta Konsep yang dibincangkan di sini adalah seperti yang disarankan Novak (1991). Ia merupakan gambaran visual yang menunjukkan bagaimana satu konsep itu berkait dengan konsep-konsep yang lain dan boleh dilihat sebagai satu perwakilan struktur pengetahuan. Peta konsep boleh digunakan untuk;

Page 14: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 111

Menjana idea (contohnya, sesi pemerahan otak atau brainstorming) Mereka bentuk struktur yang rumit (seperti teks yang panjang, hypermedia, laman web yang besar,

dan sebagainya) Menyampaikan idea yang kompleks Membantu pembelajaran dengan secara eksplisitnya mengintegrasi pengetahuan baru dan lama Menaksir kefahaman atau mendiagnosis salah tanggapan atau miskonsepsi murid

Proses menghasilkannya dinamai pemetaan konsep . Berikut merupakan langkah-langkah dalam proses membina sebuah Peta Konsep.

1. Senaraikan semua konsep yang terkandung dalam unit pengajaran anda.2. Jana seberapa banyak ayat bermakna (propositions) yang menghubungkan dua atau lebih konsep.3. Susun ayat dalam bentuk sebuah peta konsep yang mengandungi konsep (nodes), ayat

penghubung (links), dan anak panah yang menunjukkan arah sesuatu ayat itu dibaca.

Rajah 7.10 menunjukkan sebuah Peta Konsep yang dibina berasaskan langkah-langkah di atas.

Rajah 7.10 Peta Konsep tentang beberapa konsep dalam tajuk Daya dan Gerakan mata pelajaran Fizik

Layari laman web di alamat http://cmap.ihmc.us/publications/researchpapers/theorycmaps/theoryunderlyingconceptmaps.htm untuk memahami lebih lanjut tentang teknik Peta Konsep.

AnalogiKaedah analogi digunakan untuk membina jambatan konsep untuk murid bagi menghubungkan apa yang diketahui (konsep analog) dengan apa yang baharu (konsep target). Terdapat banyak model pengajaran dengan menggunakan analogi. Namun, Model Pengajaran Menggunakan Analogi oleh Glynn (2007) dipilih kerana keberkesanannya terbukti secara empirikal dalam meningkatkan pembelajaran dan minat pelajar sebagaimana yang banyak dilaporkan dalam jurnal pendidikan sains antarabangsa. Berikut langkah-langkah menggunakan analogi mengikut model ini:

1. Perkenalkan konsep target 2. Ulang kaji konsep analog

Page 15: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 112

3. Kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog4. Petakan ciri yang serupa 5. Tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan 6. Buat kesimpulan

Contoh analogi yang popular ialah analogi antara sistem pengaliran air dengan aliran arus dalam satu litar elektrik. Penting diingat bahawa penggunaan analogi memerlukan guru berhati-hati supaya murid tidak membina kefahaman yang salah apabila mengaitkan secara langsung analog dengan target seperti mengatakan air yang berjisim sama dengan arus elektrik yang tidak berjisim. Itulah sebabnya langkah 5 di atas merupakan langkah yang tidak boleh diabaikan.

Pemikiran lateralBerfikir secara lateral melibatkan “discarding the obvious, leaving behind traditional modes of thought, and throwing away preconceptions.” Dengan lain perkataan pemikiran lateral merupakan proses berfikir secara kreatif menggunakan inspirasi dan imaginasi untuk menyelesaikan masalah dengan melihatnya dari perspektif yang tidak diduga. Bagi merangsang pemikiran analitikal, kritis, dan kreatif melalui pemikiran lateral terdapat alat berfikir yang boleh digunakan yang diperkenalkan dalam program CoRT yang diasaskan Edward de Bono. Beliau menjelaskan dalam membuat keputusan, anda perlu mengambil kira semua faktor (CAF-Consider All Factors), jelas tentang tujuan dan objektif (AGO - Aims, Goals and Objectives), mengenal pasti prioriti (FIP-First Important Priority), mengenal pasti kesan dan akibat daripada

tindakan/keputusan yang diambil (C&S - Consequence and Sequel), menerokai tindakan alternatif yang boleh diambil (APC - Alternatives, Possibilities and Choices), dan menilai alternatif yang diambil (PMI- Plus, Minus, Interesting). OPV (Other People’s View) juga boleh digunakan untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan orang lain.

Ramai pelajar antarabangsa didapati mendaftar di sebuah universiti tempatan. Sehubungan itu, universiti tersebut telah bercadang untuk menawarkan kursus–kursus elektif dalam bahasa Inggeris. Anda telah diberi mandat untuk membuat keputusan sama ada langkah ini harus diteruskan. Apakah keputusan anda? Gunakan pemikiran lateral untuk membuat keputusan.

1. Buat AGO

2. Buat CAF

AGO 1

AGO 2

AGO 3

BB

Page 16: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 113

Faktor 1

Faktor 2

Faktor 3

Faktor 4

Faktor 5

3. Buat FIP

4. Buat APC

______________

_________________ ___________________

_________________

5. Buat C & S

Kesan jangka pendek Kesan positif

Keutamaan

Faktor-faktor berkaitan

Page 17: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 114

Kesan negatif

Kesan jangka sederhana Kesan positif

Kesan negatif

Kesan jangka panjang Kesan positif

Kesan negatif

6. Buat PMI

Kebaikan (P) Keburukan (M) Menarik (I)

7. Buat OPV

Pandangan siapa? Pandangan mereka

8. Keputusan anda

Kecerdasan PelbagaiHoward Gardner (1983) yang merupakan pelopor kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa teori kecerdasan mempunyai hubungkait yang rapat dengan pembelajaran. Beliau menyatakan setiap pelajar

Page 18: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 115

memiliki pelbagai kecerdasan dari segi cara berfikir, bertindak dan belajar di mana kecerdasan setiap murid adalah berbeza-beza. Beliau telah memperkenalkan lapan jenis kecerdasan pelbagai seperti yang dihuraikan dalam Jadual 7.3 di bawah.

Jadual 7.3 Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Apa dia? Murid gemar… Guru boleh…

Verbal-Linguistik

-berfikir dengan perkataan-mahir berbahasa

Teka-teki, membaca, menulis, puisi, bercerita

Membuat projek penulisan, bercerita

Logik-Matematik

-mendekati masalah secara logik-faham nombor dan pola abstrak-memerlukan penakkulan

-bekerja dengan nombor- tunjuk ketepatan-perlu penyelesaian tepat

-menggunakan permainan strategi-rekod maklumat dalam geraf-membina rajah venn

Visual -Ruang -cipta imej mental-berfikir dalam 3D-peka akan pertalian antara objek dan ruang

-melukis, mencipta gambaran 3D- membuka dan memasang sesuatu-melihat peta

-melukis-memberi pelajar peluang mencipta sesuatu seperti fesyen pakaian, bangunan, kawasan bermain dan pemandangan

Muzik -peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran, termasuk melodi dan nada-sedar akan pola pada ritma, nada (pitch) .

-mendengar dan bermain muzik-boleh mengingat dan bekerja dengan bentuk muzik berlainan-mencipta dan mereplika lagu

-galak murid mengunakan muzik dalam lakonan-galak pelajar mencipta nemonik muzik-memasukkan aktiviti muzik untuk mengajar konsep tertentu

Kinestetik -guna pergerakan badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah

-bersukan dan aktiviti fizikal-menari, berlakon dan ‘miming’

-memberi peluang main peranan dan berlakonMelibatkan murid dalam aktiviti jasmani-memberi murid bekerja sambil bergerak

Interpersonal -peka terhadap perasaan dan mood orang lain-faham dan berinteraksi dengan berkesan dengan orang lain

-berkawan-memimpin, berkongsi dan menjadi orang perantara.-bekerja sebagai ahli kumpulan yang berkesan

-memberi projek berkumpulan-menyediakan aktiviti sumbang saran untuk menyelesaikan masalah

Intrapersonal -peka kepada perasaan kendiri-tahu kekuatan dan kelemahan kendiri

-kawal perasaan kendiri-guna kecekapan metakognitif-belajar melalui pemerhatian

-memberi pelajar belajar pada kadar kendiri-membantu pelajar menetap matlamat

Page 19: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 116

-guna pengetahuan kendiri sebagai panduan membuat keputusan

dan mendengar -melibatkan pelajar dalam menulis jurnal dan lain bentuk refleksi

Naturalis -peka kepada alam semula jadi-nampak pertalian dan pola dalam alam tumbuhan dan haiwan

-menghabiskan masa di luar-memerhati tumbuhan dan memelihara haiwan-mendengar bunyian semula jadi-mengesan pertalian dalam alam semula jadi

-guna persekitaran sebagai bilik darjah-memberi murid tanggungjawab mengendalikan sudut-sudut-menjalankan eksperimen sains ‘hands on’

RUMUSAN

engajaran dan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir memerlukan strategi dan pendekatan yang terancang agar ia dapat merangsangkan pemikiran analitikal dan kreatif. Teknik-teknik yang dipelopori pengasas awal dalam pemikiran analitikal dan kreatif dapat membantu dalam proses

memupuk pemikiran analitikal dan kreatif. Bagaimanakah teknik-teknik yang telah dibincangkan berupaya memupuk pemikiran analitikal dan kreatif? Setiap teknik itu memerlukan murid mencerakin maklumat, melihat secara terperinci satu-satu konsep dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain, yang memerlukan murid membanding beza antara satu konsep dengan satu konsep yang lain. Selain daripada itu proses membina analogi dan peta konsep, misalnya, memerlukan murid menggunakan kreativiti yang akan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif di samping meneliti kesesuaiannya. Ini juga benar bagi proses mengaplikasi konsep pemikiran lateral De Bono dan kecerdasan pelbagai Gardner semasa pengajaran dan pembelajaran.

P

KATA KUNCI

1. Pemikiran analitikal 6. Kecerdasan Pelbagai2. Pemikiran Kritis 7. Kecerdasan Berjaya3. Pemikiran Kreatif 8. Teori Split-Brain4. Pemikiran Lateral 9. Peta minda5. Alat berfikir 10. Peta konsep

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan pemikiran analitikal?

2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan berdasarkan pemikiran kritis.

Ikon aktiviti

Page 20: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 117

3. Apakah perbezaan utama antara pemikiran analitikal dengan pemikiran kreatif?

4. Apakah yang membezakan antara peta minda dan peta konsep?

5. Bagaimanakah caranya anda hendak membuat keputusan yang bijak?

RUJUKAN

Berry K. Beyer. (1988). Developing a thinking skills program. Boston: Allyn and Bacon.

Munir, S dan Azlena, Z. (2004). Aktiviti Berfikir. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Novak, J. D. (1991). Clarify with concept maps: A tool for students and teachers alike. The Science Teacher, 58, 45-49.

Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Kemahiran berfikir dan strategi Berfikir dalam pengajaran sains dan matematik.Kuala Lumpur: Perniagaan Rita Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rajendran, N.S.(2008). Teaching and acquiring higher-order thinking skills. Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes. Journal of Physics Teacher Education Online, 2(3), 3-11. Available: http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/

Page 21: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 118

JAWAPAN SERTA MAKLUMBALAS

Teori Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner): Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan

persekitaran

Teori Pemikiran Lateral (Edward de Bono): Pemikiran yang menerbitkan persepsi-persepsi baru yang m.enganjak keluar dari belenggu pemikiran biasa. Ia adalah sejenis pemikiran kreatif yang berasaskan kepada kemungkinan dan perubahan

Teori Split-Brain (Roger Sperry): Teori ini menyatakan otak manusia terdiri daripada dua hemisfera: otak kanan dan otak kiri. Hemisfera otak kiri mempunyai kemampuan sains dan teknologi manakala hemisfera otak kanan mempunyai kemampuan seni dan kreativiti.

Teori Kecerdasan Berjaya (Robert Sternberg): Teori ini merupakan set kemahiran terkumpul yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan. Manusia yang berjaya menyesuaikan diri, membentuk dan memilih situasi berdasarkan penganalisaan secara analatikal, kreatif dan kebolehan membuat keputusan yang praktikal.

Terdapat ramai pelajar antarabangsa didapati mendaftar di sebuah universiti tempatan. Sehubungan itu, universiti tersebut telah bercadang untuk menawarkan kursus–kursus elektif dalam Bahasa Inggeris. Anda telah diberi mandat untuk membuat keputusan sama ada langkah

ini harus diteruskan. Apakah keputusan anda?

1. Buat AGO

AGO 1 Meningkatkan penguasaan bahasa InggerisAGO 2 Menarik ramai pelajar antarabangsaAGO 3 Menjana ekonomi negara

2. Buat CAF

3. Buat

FIP

Faktor 1 Ramai pelajar tempatan kurang mahir berbahasa InggerisFaktor 2 Kurang pensyarah yang mahir berbahasa InggerisFaktor 3 Bertentangan dengan dasar pendidikanFaktor 4 Meningkatkan pelaburan ekonomiFaktor 5 Negara lebih terkenal di arena antarabangsaFaktor-faktor berkaitan

Kecermelangan akademik pelajarKualiti pengajaran

Persediaan pensyarah yang berkelayakanPersediaan prasaranaDisiplinKemudahan asas

KeutamaanPersediaan pensyarah berkelayakanKualiti pengajaran

Kecemerlangan akademik pelajar

AA

BB

Page 22: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 119

4. Buat APC

prestasi pelajar menurun

pensyarah tidak bersedia bersaing dengan bahasa kebangsaan

kurang disiplin

5. Buat C & S

Kesan jangka pendek Kesan positif Wujud persaingan yang sehat

Kesan negatif Tidak dapat menyesuaikan diriKesan jangka sederhana Kesan positif Pensyarah meningkatkan ilmu

Kesan negatif Kesuntukan waktuKesan jangka panjang Kesan positif Pelajar lebih mahir berbahasa Inggeris

Kesan negatif Pelajar terus tertinggal

6. Buat PMI

Kebaikan (P) Keburukan (M) Menarik (I)Memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris

Pelajar tempatan kurang faham dan akan tercicir

Pelajar lebih berdaya saing

Banyak sumber rujukan Pelajar kurang minatLebih berkeyakinan Pensyarah kurang

Page 23: Unit 7 Modul 2 Pemikiran Analitikal Dan Kreatif v2003

Teknik Membina dan Merangsang Pemikiran Analitikal dan Kreatif | 120

bersedia

7. Buat OPV

Pandangan siapa? Pandangan mereka

Pandangan pihak kementerian

Boleh meningkatkan kemahiran berbahasa dan meningkatkan pengetahuan terkini untuk berurusan di peringkat antarabangsa

Pandangan masyarakat Baik, tetapi perlu pastikan bahasa kebangsaan tidak di anak tirikan

8. Keputusan anda

Perlaksanaan akan dibuat secara berperingkat-peringkat