Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

23
PENGENALAN Topik ini adalah sambungan dari Topik 3 yang lalu. Dalam topik ini, anda akan belajar mengenai pengorakan dan jenis-jenis persilangan. Pengorakan terbahagi kepada tiga jenis iaitu, pengorakan selari, jejarian dan kaedah tiga segi. Mari kita baca tentang pengorakan dengan lebih lanjut. LUKISAN PENGORAKAN Dalam bidang pembuatan, terdapat banyak objek diperbuat daripada kepingan bahan logam seperti keluli, aluminium, besi galvani dan sebagainya. Contoh- contoh objek ini ialah saluran penyaman udara, tangki air, serombong paip dan sebagainya. Untuk menghasilkan objek ini, anda perlu memotong kepingan logam mengikut bentuk corak objek itu. Corak itu akan dilipat atau dibentuk mengikut corak pengorakan objek itu dilukis. Bahagian sambungan objek itu dikenali sebagai k klim. 4.1 Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti konsep lukisan pengorakan; 2. Mengenal pasti kaedah pengorakan; 3. Mengenal pasti jenis-jenis persilangan; 4. Membina persilangan antara dua prisma; dan 5. Membina persilangan antara dua selinder. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 4 4 Kerja Lukisan Teknik II

Transcript of Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

Page 1: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� PENGENALAN

Topik ini adalah sambungan dari Topik 3 yang lalu. Dalam topik ini, anda akan belajar mengenai pengorakan dan jenis-jenis persilangan. Pengorakan terbahagi kepada tiga jenis iaitu, pengorakan selari, jejarian dan kaedah tiga segi. Mari kita baca tentang pengorakan dengan lebih lanjut.

LUKISAN PENGORAKAN

Dalam bidang pembuatan, terdapat banyak objek diperbuat daripada kepingan bahan logam seperti keluli, aluminium, besi galvani dan sebagainya. Contoh-contoh objek ini ialah saluran penyaman udara, tangki air, serombong paip dan sebagainya. Untuk menghasilkan objek ini, anda perlu memotong kepingan logam mengikut bentuk corak objek itu. Corak itu akan dilipat atau dibentuk mengikut corak pengorakan objek itu dilukis. Bahagian sambungan objek itu dikenali sebagai kklim.

4.1

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti konsep lukisan pengorakan;

2. Mengenal pasti kaedah pengorakan;

3. Mengenal pasti jenis-jenis persilangan;

4. Membina persilangan antara dua prisma; dan

5. Membina persilangan antara dua selinder.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

44 � Kerja Lukisan

Teknik II

Page 2: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

67

4.1.1 Konsep Pengorakan

Pengorakan bagi suatu objek bermaksud bentuk permukaan objek dibentang secara rata pada satu satah. Rajah 4.1 menunjukkan pembentangan permukaan bagi beberapa bentuk objek. Bentangan rata ini dipanggil sebagai ppengorakan.

Rajah 4.1: Pembentangan pengorakan

Page 3: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "68

4.1.2 Istilah dalam Pengorakan

Pengorakan adalah satu bahagian daripada proses pembuatan objek atau komponen yang menggunakan kepingan logam. Berikut adalah istilah-istilah yang sering digunakan dalam pengorakan: (a) Elemen

Elemen ialah garis lurus khayalan pada permukaan melengkung bagi silinder dan kon. Pada permukaan sisi silinder, elemen terletak selari dengan paksi silinder. Pada permukaan condong untuk kon pula, elemen ialah garis jejarian dari puncak ke tapak kon itu. Rajah 4.2 menunjukkan elemen untuk sebuah silinder dan kon.

Rajah 4.2: Elemen pengorakan

(b) GGaris Bentangan (GB)

Garis bentangan ialah garis khayalan yang melintang pada permukaan sisi prisma dan silinder, iaitu di sepanjang perimeter keratan rentas bongkah tersebut. Rajah 4.3 menunjukkan garis bentangan di sekeliling permukaan sisi prisma dan silinder.

Rajah 4.3: Garis bentangan pengorakan

Page 4: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

69

(c) KKlim Apabila pinggir pengorakan bagi satu bongkah ditemukan, satu garis sambungan diperoleh. Garisan itu dipanggil klim. Rajah 4.4 menunjukkan klim untuk sebuah kon dan prisma terpenggal.

Rajah 4.4: KIim pengorakan

(d) GGaris Lipatan Garis lipatan ialah garisan di mana bengkokan dilakukan pada corak untuk membentuk objek yang dikehendaki.

4.1.3 Kaedah Membina Pengorakan

Dalam lukisan teknik, terdapat tiga kaedah yang digunakan untuk membina pengorakan suatu objek. Keadah pembinaan adalah seperti berikut: (a) Kaedah selari;

(b) Keadah jejarian; dan

(c) Keadah segi tiga. Anda boleh memilih kaedah yang sesuai untuk bentuk objek yang hendak dicorak. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan dua kaedah membina pengorakan iaitu kaedah selari dan kaedah jejarian. Jadual 4.1 menunjukkan kaedah pengorakan bagi pelbagai jenis bongkah.

Page 5: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "70

Jadual 4.1: Kaedah Pengorakan bagi Pelbagai Jenis Bongkah

Kaedah Pengorakan Kumpulan Bongkah Jenis Bongkah

Kaedah Selari

Prisma dan silinder

� Prisma tegak

� Prisma terpenggal

� Prisma oblik

� Silinder tegak

� Silinder terpenggal

� Silinder oblik

Kaedah Jejarian

Prisma tegak dan kon tegak

� Piramid tegak

� Piramid terpenggal

� Kon tegak

� Kon terpenggal

4.1.4 Contoh Pengorakan Mengikut Kaedah Selari

Mari kita lihat contoh-contoh pengorakan mengikut kaedah selari dan langkah-langkah untuk membina pengorakan prisma dan silinder dengan menggunakan kaedah selari. (a) MMembina Pengorakan Prisma Segi Empat Tepat

Berikut ialah langkah-langkah pembinaan pengorakan prisma segi empat tepat sambil berpandukan Rajah 4.5: (i) Diberi unjuran ortografik dalam unjuran sudut ketiga.

(ii) Labelkan prisma itu. Andaikan klim di sepanjang pinggir tegak ae seperti dalam Rajah 4.5(a).

(iii) Lukiskan garis bentangan yang diunjurkan dari pandangan hadapan serenjang dengan paksi prisma. Tetapkan kedudukan kelima ae di sebelah kiri pengorakan. Tandakan jarak ab, bc, cd dan da yang boleh diperoleh dari pandangan atas seperti dalam Rajah 4.5(b).

(iv) Lukiskan garisan lipatan serenjang dengan garisan bentangan seperti dalam Rajah 4.5(c).

(v) Lengkapkan pengorakan itu.

Page 6: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

71

Rajah 4.5: Pengorakan selari untuk prisma segi empat tepat

(b) MMembina Pengorakan Prisma Segi Heksagon Terpenggal Berpandukan Rajah 4.6, mari kita lihat cara-cara untuk membina pengorakan

prisma segi heksagon terpenggal.

(i) Diberi unjuran ortografik dalam unjuran sudut ketiga seperti dalam Rajah 4.6(a).

(ii) Labelkan prisma itu. Andaikan klim di sepanjang pinggir tegak a1 seperti dalam Rajah 4.6(b).

(iii) Lukiskan garis bentangan yang diunjurkan dari pandangan hadapan serenjang dengan paksi prisma. Tetapkan kedudukan kelima a1 di sebelah kiri pengorakan. Tandakan jarak 1-2, 2-3, 3-4 dan seterusnya

Page 7: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "72

yang boleh diperolehi daripada pandangan atas. Lukiskan garisan tegak dari setiap titik 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 seperti dalam Rajah 4.6(c).

(iv) Dari setiap titik aÊ, bÊ/fÊÊ, cÊ/eÊ dan dÊ dari pandangan hadapan, unjurkan garis binaan yang selari dengan garis bentangan untuk mendapatkan penjuru a, b, c, d, e dan f pada pergorakan. Lukiskan garisan ab, bc, cd, de, ef dan fa seperti dalam Rajah 4.6(d).

Rajah 4.6: Pengorakan selari untuk prisma segi heksagon terpenggal

(c) MMembina Pengorakan Silinder Tegak Terpenggal Berpandukan Rajah 4.7, berikut ialah kaedah pembinaan pengorakan

silinder tegak terpenggal:

Page 8: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

73

(i) Diberi unjuran ortografik dalam unjuran sudut ketiga seperti dalam Rajah 4.7(a). Pada pelan, bahagikan bulatan kepada 12 bahagian yang sama dan labelkan.

(ii) Seperti dalam Rajah 4.7(b), unjurkan titik 2-6 pada pandangan atas ke pandangan hadapan untuk mendapatkan elemen 2ÊbÊ hingga 6ÊfÊ. Andai klim ialah 1ÊaÊ.

(iii) Unjurkan garis bentangan dari tapak silinder. Tetapkan pada pengorakan kedudukan klim kiri 1a. Tandakan titik 1-12 dan 1. Melalui setiap titik di sepanjang garis bentangan, lukiskan elemen serenjang dengan garis bentangan itu seperti dalam Rajah 4.7(c).

(iv) Unjurkan dari pandangan hadapan untuk mendapatkan titik a, b, c, d, e, f dan g pada pengorakan. Bina separuh lagi pengorakan itu di sebelah kanan seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 4.7(d).

Rajah 4.7: Pengorakan selari untuk silinder tegak terpenggal

Page 9: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "74

4.1.5 Contoh Pengorakan Mengikut Kaedah Jejarian

Sekarang, mari kita lihat contoh pengorakan mengikut kaedah jejarian. Berpandukan pada Rajah 4.8 hingga Rajah 4.11, mari kita lihat kaedah pembinaan pengorakan dengan kaedah jejarian. Terdapat empat cara, iaitu: (a) MMembina Pengorakan Piramid Segi Empat

Berpandukan Rajah 4.8, berikut ialah langkah-langkah untuk membina pengorakan piramid segi empat: (i) Diberi pelan dan pandangan hadapan dalam unjuran sudut ketiga.

Andaikan klim terletak pada m1 seperti dalam Rajah 4.8(a).

(ii) Tentukan panjang sebenar (PS) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.8(b).

(iii) Dengan menggunakan panjang mÊnÊ sebagai jejari, lukiskan lengkok yang sesuai. Tetapkan kedudukan klim kiri, m1. Tandakan titik 1, 2, 3, 4 dan 1 seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 4.8(c).

(iv) Tandakan titik-titik 2, 3, 4 dan 1 pada lengkok yang dilukis. Sambungkan titik-titik itu dan lukiskan garis lipatan m2, m3 dan m4 serta klim kanan Rajah 4.8(d).

Page 10: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

75

Rajah 4.8: Membina pengorakan piramid segi empat

Page 11: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "76

(b) MMembina Pengorakan Piramid Pentagon Terpenggal Untuk membina pengorakan piramid pentagon terpenggal, ikutilah langkah-langkah berikut berpandukan pada Rajah 4.9: (i) Diberi pelan dan pandangan hadapan dalam unjuran sudut ketiga.

Andaikan klim terletak pada a1 seperti dalam Rajah 4.9(a). (ii) LLangkah 1

Tentukan kedudukan m dalam Rajah 4.9(b). Jarak mÊ1Ê adalah panjang sebenar kerana pinggir itu selari dengan satah tegak hadapan. Melalui titik bÊ dan cÊ pada pandangan hadapan, lukiskan garisan yang selari dengan tapak piramid bagi menentukan kedudukan unjuran titik tersebut pada mÊ1Ê. Jarak b‰1Ê adalah panjang sebenar b2 dan e5, sementara jarak c‰ 1Ê panjang sebenar untuk pinggir ce dan d4.

(iii) LLangkah 2 Dengan menggunakan jarak mÊ1Ê sebagai jejari, lukiskan lengkok

yang sesuai seperti dalam Rajah 4.9(c). Tetapkan kedudukan klim kiri, a1. Berpandukan kepada jarak sisi pentagon sekata, tandakan titik 2, 3, 4, 5 dan 1 pada lengkok. Kemudian sambung kepada titik m.

(iv) LLangkah 3

Dengan menggunakan panjang sebenar bagi setiap pinggir condong tandakan kedudukan b, c, d dan e seperti dalam Rajah 4.9(d). Lukiskan garis lipatan.

Page 12: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

77

Rajah 4.9: Membina pengorakan piramid pentagon terpenggal

(c) MMembina Pengorakan Kon Tegak

Berikut ialah langkah-langkah untuk membina pengorakan kon tegak. Anda bolehlah merujuk kepada Rajah 4.10. (i) Diberi pelan dan pandangan hadapan dalam unjuran sudut ketiga

dalam Rajah 4.10(a). Pada pandangan atas, bahagikan bulatan kepada 12 bahagian yang sama dan labelkan.

Page 13: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "78

(ii) Lukiskan jejari lengkok. Jejari itu adalah sama panjang dengan garisan mÊ1Ê. Dari pusat lengkok lengkok m, lukiskan klim kiri (m1) pada kedudukan yang sesuai seperti dalam Rajah 4.10(b).

(iii) Tandakan di sepanjang lengkok itu 2, 3, 5 dan seterusnya ke 12, dan 1 seperti dalam Rajah 4.10(c). Jarak di antara titik adalah sama dengan jarak perentas 1-2 pada pelan.

(iv) Sambungkan semua titik ke m. Lukiskan klim kanan m1 seperti dalam Rajah 4.10(d).

Rajah 4.10: Membina pengorakan kon tegak

Page 14: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

79

(d) MMembina Pengorakan Kon Tegak Terpenggal Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut dan merujuk kepada Rajah 4.11 untuk membina pengorakan kon tegak terpenggal ini. (i) Rajah 4.11(a) menunjukkan pelan dan pandangan hadapan dalam

unjuran sudut ketiga.

(ii) Pada pandangan atas, bahagikan bulatan kepada 12 bahagian yang sama dan labelkan seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 4.11(b). Andaikan a1 sebagai klim. Lukiskan garis jejari yang mewakili elemen pada permukaan kon. Tentukan kedudukan m pada pandangan hadapan.

(iii) Tentukan jarak sebenar untuk mÊbÊ, mÊcÊ, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.11(c).

(iv) Lukiskan lengkok yang jejarinya bersamaan dengan panjang mÊ1Ê. Kemudian dengan berpandu kepada jarak perentas 1-2 pada pelan. Tandakan di sepanjang lengkok itu titik 2, 3, 4, ........11, 12, dan 1. Sambung titik-titik kepada pusat lengkok m seperti dalam Rajah 4.11(d).

(v) Berpandukan jarak sebenar yang diperoleh dalam Langkah 2 tadi, tanda titik a dan a, b dan l, c dan k dan seterusnya seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 4.11(e).

(vi) Sambung titik a, b, .......,k. L, a.

Page 15: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "80

Rajah 4.11: Membina pengorakan kon tegak terpenggal

Page 16: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

81

LUKISAN PERSILANGAN

Lukisan persilangan menunjukkan persilangan yang terhasil disebabkan percantuman antara permukaan sesuatu objek. Contoh mudah yang dapat dilihat daripada persilangan ini ialah corong minyak, serombong asap dan cerek yang menunjukkan percantuman dua atau lebih bentuk objek. Lukisan persilangan digunakan dengan meluas dalam bidang fabrikasi logam dan kimpalan. Rajah 4.12 menunjukkan contoh persilangan antara kon dengan silinder dan antara silinder dengan silinder.

Rajah 4.12: Garisan persilangan

4.2.1 Jenis Persilangan

Terdapat tiga jenis persilangan, iaitu: (a) PPersilangan antara Garisan dengan Garisan

Apabila dua garisan bersilang, maka ia akan menghasilkan satu titik persilangan. Titik persilangan ini merupakan titik sepunya bagi kedua-dua garisan tersebut. Rajah 4.13 menunjukkan titik persilangan antara dua garisan.

Rajah 4.13: Garisan AB dan CD bersilang pada titik Z

4.2

Page 17: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "82

(b) PPersilangan antara Garisan dengan Satah Apabila satu garisan menembusi satu satah, maka satu titik penembusan akan dihasilkan; titik penembusan ini merupakan titik persilangan antara garisan dengan satah. Rajah 4.14 menunjukkan titik persilangan antara satah dengan garisan.

Rajah 4.14: Titik penembusan antara garisan dan satah melengkung

(c) PPersilangan antara Satah dengan Satah Persilangan antara satah dengan satah akan menghasilkan satu garisan persilangan. Rajah 4.15 menunjukkan bentuk garisan persilangan antara satah rata dengan satah rata, persilangan antara satah rata dengan satah melengkung dan antara satah melengkung dengan satah melengkung.

Rajah 4.15: Persilangan antara satah

Page 18: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

83

4.2.2 Aplikasi Lukisan Persilangan

Dalam subtopik ini, anda akan belajar mengenai langkah-langkah pembinaan garisan dan lengkung persilangan bagi dua objek yang bersilang. (a) PPersilangan antara Dua Prisma

Rajah 4.16 menunjukkan dua prisma bersilang. Garisan persilangan pada pandangan hadapan adalah tidak lengkap.

Rajah 4.16: Dua prisma bersilang

Berikut ialah langkah-langkah untuk membina persilangan antara dua prisma: (i) Bina garis unjuran dari pandangan hadapan seperti dalam Rajah

4.17(a).

(ii) Dapatkan titik persilangan (pada X) seperti dalam Rajah 4.17(b).

(iii) Bina garis persilangan.

Page 19: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "84

Rajah 4.17: Langkah-langkah untuk membina persilangan antara dua prisma

(b) PPersilangan antara Dua Selinder

Rajah 4.18(a) menunjukkan lukisan ortografik bagi persilangan antara dua selinder yang tidak lengkap pada pandangan hadapan. Manakala, Rajah 4.18 (b) (c) dan (d) menunjukkan kaedah kerja untuk melengkapkan garisan persilangan antara dua selinder tersebut.

Page 20: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

85

Rajah 4.18: Langkah-langkah untuk membina persilangan antara dua silinder

Berpandukan Rajah 4.18, berikut ialah langkah-langkah untuk membina persilangan antara dua silinder: (i) Seperti dalam Rajah 4.18(b), bahagikan lilitan bulatan pada

pandangan sisi kepada 12 bahagian yang sama dan labelkan 1,2,3,4,5,6,7.

(ii) Unjurkan titik 1,2,3,4,5,6,7 ke pandangan hadapan.

(iii) Unjurkan titik 1,2,3,4,5,6,7 ke pandangan atas.

(iv) Unjurkan titik persilangan dari pandangan atas ke pandangan hadapan supaya bersilang dari unjuran pandangan sisi seperti dalam Rajah 4.18(c).

Page 21: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "86

(v) Tandakan titik persilangan.

(vi) Sambungkan titik persilangan dan lengkapkan garisan persilangan dengan garisan objek seperti dalam Rajah 4.18(d).

Lukis pandangan yang diberikan dalam Rajah 4.19 sehingga Rajah 4.22 dan lengkapkan dengan menunjukkan garisan persilangan. Gunakan 1 petak grid = 10mm X 10 mm.

Rajah 4.19

Rajah 4.20

Rajah 4.21

Rajah 4.22

AKTIVITI 4.1

Page 22: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II �

87

� Lukisan pengorakan lazimnya digunakan untuk menunjukkan bentuk permukaan objek yang dibentang secara rata pada satu satah.

� Tiga kaedah pengorakan yang selalu digunakan ialah kaedah selari, kaedah jejarian dan kaedah segi tiga.

� Konsep persilangan ialah percantuman atau penembusan antara dua objek.

� Terdapat tiga jenis persilangan iaitu antara garis dengan garis, antara garis dengan satah dan antara satah dengan satah.

Elemen

Garis persilangan

Klim

Kon tegak

Penembusan

Pengorakan jejarian

Pengorakan selari

Prisma terpenggal

Satah gambar

Titik persilangan

Abbott, W. (1972). Practical geometry and engineering graphics. London: Blackie & Son Ltd.

Giesecke, F., et al. (2003). Technical drawing (12th ed.). U.S.A.: Pearson Education, Inc.

Goetsch, D. L., Nelson, J. A, & Chalk, W. S. (1989). Technical drawing: Fundamental, CAD & design. New York: Delmar Publishers, Inc.

Greer, A., & Howell W. H. (1982). Mechanical engineering craft studies part 1. London: ELBS.

Page 23: Topik 4 Kerja Lukisan Teknik II

� TOPIK 4 KERJA LUKISAN TEKNIK II" " " "88

Gupta, R. B. (1967). Engineering drawing. New Delhi: Khanna Publishers.

Hart, K. R. (1979). Engineering drawing with problem & solutions (2nd ed.). London: ELBS.

Jackson, E. (1975). Advanced technical drawing. London: Longman.