SEJARAH LUKISAN

download SEJARAH LUKISAN

of 26

description

free

Transcript of SEJARAH LUKISAN

LUKISANDefinisi LukisanIstilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without color or with a single color; terjemahannya berbunyi lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad. Lukisan adalah kerja kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan, cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan dan catan adalah sama.Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk Head of an Apostle telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam lukisannya yang bertajuk The Omval memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk lanskap yang menarik.Lukisan ialah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk penghasilan karya. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Menerusi lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan karyanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah.

Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.

Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.

Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya.

Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya: Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old English iaitu dragan yang bermasud to drag dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual dan spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati dan perasaan pelukis masing-masing.Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual. Boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi. Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.

SEJARAH LUKISAN Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Ianyaberkisar tentang aktiviti kehidupan seharian sepertiperburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadihasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.

Lukisan padadinding guadi Gua Niah Sarawak

Lukisan pada dinding Gua Tambun,Perak

Di barat,contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira,Sepanyol dan Lascaux,Perancis. Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam lukisan figura.Manakala Calude Monet pula, mengaplikasikan lukisan stail impresionis iaitu lukisan yang menekankan kesan cahaya dan bayang. Pada penghujung kurun ke-19, Georges seurat telah menggunakan arang untuk menunjukkan suasana berkabus dalam lukisan beliau.

Lukisan zaman batu di Lascaux,Perancis

Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang.

LUKISAN-LUKISAN LAMA PADA DINDING GUA

540 BC circa ,Yunani

475 BC - Symposium,Yunani

Di Altamira, sepanyol

Pech Merle , Perancis

Chauvet,Perancis

Lukisan gua di Les Combarelles,Perancis

MEDIA, ALAT DAN BAHANMedia dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.1. PENSELMerupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samarsamar.

2. ARANGArang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

3. PEN DAKWATPen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.4. PEN MATA BOLAPen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.5. PEN FELTPen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.6. CONTE CRAYONConte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.7. KRAYON LILINKrayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik.8. PASTELPastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.9. BERUSBerus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

KEPENTINGAN LUKISANMenurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah: untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar untuk merakamkan sesuatu peristiwa sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik) sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satukarya yangterbaik.

JENIS JENIS LUKISAN

1. LUKISAN FIGURATIF DAN NON- FIGURATIFPenumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot

Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka.Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.

Series 1 oleh Emily Deacon2. LUKISAN KAJIANLukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

Lukisan anatomi oleh Leonardo Da Vinci

3. LUKISAN ARKITEKTURALBidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek. Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.Ini bermakna lukisanarkitekturalialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek.Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan. Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya:i. membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,ii. menghubungkan idea dan konsep rekaan,iii. memberi keyakinan kepada pelanggan tentang manfaat dan kebaikan rekaan,iv. untuk membolehkan kontraktor bangunan memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina,v. sebagai dokumentasi kerja yang telah siap,vi. sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah wujud.

Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu struktur. Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula dengan tangan.Abad kedua puluh memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap.Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal. Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian CAD.

The Concertgebouw (concert hall) Amsterdam oleh Adolf Leonard van Gendt, 1888.

,

4. LUKISAN TEKNIKALMerupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina.Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan. Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami.Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak. Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.

Weaponsoleh Dr Dan Saranga

5. LUKISAN FANTASI Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan.

6.LUKISAN ILUSTRASILukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.

8. LUKISAN KARTUNMenggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun. Digambarkan melalui tema dan jenaka.

TEKNIK-TEKNIK LUKISAN

i. TEKNIK GARISAN SELARI/HATCHINGTeknik ini biasanya di lukis menggunakan pen teknikal, pensil, warna pensil, dan krayon.

ii. TEKNIK GARISAN SILANG - PANGKAH/CROSS HATCHINGTeknik ini biasanya di lukis menggunakan pen teknikal, pensil, warna pensil, dan krayon.

iii. TEKNIK TITIKTeknik ini biasanya di lukis menggunakan pen teknikal, pensil dan warna pensil

iv.TEKNIK GOSOKTeknik ini biasanya di lukis menggunakan pensil,warna pastel, krayon dan arang.

v. TEKNIK GARISAN TIDAK MENENTUTeknik di lukis menggunakan pensil, pen, krayon. Arang

TOKOH DAN KARYA

DZULKIFLI BUYONG(1948-2004)

Dzulkifli Buyong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1948 dan menerima pendidikan senidi Institut Victoria dari 1961 hingga 1965. Beliau belajar di Institut Victoria dan mengenali pelukis yang juga guru seni iaitu Patrick Ng yang merupakan ahli kumpulanseni Wednesday Art Group.Sebelum beliau berumur 19 tahun, beliau telah pun mempamerkan karyanya kepada umum dan telah memenangi banyak pertandingan. Beliau diangkat sebagai seorang yang luar biasa dan telah dianggap sebagai Remaja Sensasi Dunia Seni Malaysiakerana beliau telah menghasilkan beberapa lukisannya yang terkenal pada usia yang sangat muda. Pada usia 16 tahun, beliau telah memenangi pelbagai anugerah termasuk pingat emas dari Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah Tengku Ismail dan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Semasa dia berusia 17 tahun, beliau memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Melukis Poster Negara.Beliau adalah seorang tokoh yang biasa di Bilik Seni VI (kini Muzium Sekolah) dan terdapat mural di dinding bertahun-tahun dahulu di mana sebagai simbol mengingatibeliau.Dzulkifli menerangkan dirinya sendiri: " Saya suka melukis kanak-kanak, permainan berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling saya. Kecantikan tidak penting yang lebih baik adalah perkara biasa bahawa orang lain tidak melihat. Setiap hari yang berlaku, khususnya kanak-kanak adalah keriangan mereka dan kegembiraan mereka."Antara hadiah yang pernah dimenangi beliau :1) 1962: Pertandingan Seni 4 Rakan Muda: Trofi Cabaran yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran Encik Khir Johari, dan 1, 2, 3 hadiah untuk pastel;2) Pertandingan Lukisan Kanak-Kanak Malaysia: pingat emas dari Di bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, bagi kemasukan terbaik keseluruhan beliau;3) Persaingan Artis muda : 2 hadiah (pastel)4) 1963: "Ibu dan Anak" Pertandingan: 3 hadiah (minyak); 3 hadiah (pastel);5) Pertandingan Seni 5 Rakan Muda: 1 dan 2 hadiah (pastel);6) Bulan Bahasa Kebangsaan Poster Pertandingan; 3 hadiah.7) 1964: "Joy of Living" Pertandingan: Hadiah Ke-2 (Pastel);8) Pertandingan Inter-Sekolah Seni: 1 Hadiah (Kelapa), 2 hadiah (Kraf).

Pameran: 1962 - 1963: Pameran Rakan Muda yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia; 1962 - 1965: Pameran Artis muda yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia; 1962 - 1966: Pameran Tahunan Rabu Kumpulan Seni; 1965: Angkatan Pelukis Semenanjung Pameran Seni Kontemporari di Asia; Seni Malaysia bagi Australia yang ditaja oleh Balai Seni Lukis Negara; 1964 - 1965: National Art Gallery Pameran Tahunan dan Pameran Malaysian Artists Terbuka, yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia.

Koleksi: Dzulkifli Buyong diwakili dalam Koleksi Tetap Balai Seni Lukis Negara oleh enam kerja,termasuk Kapal Kertas (1964), kelambu (1964) dan Membakar Semut (1967).

Tajuk:KapalKertasTahun : 1966Media : Kapur PastelTema: Permainan Kanak-kanakGaya : ImpresionismeNilai : Menggambarkan suasana budaya tempatan di desa.

Tajuk:MembakarSemutTahun :1967Media :KapurpastelTema :Aktivitikanak-kanakalamtempatanNilaiMerakamkankeriangan,kenakalan,keharmonian,dankegembiraanhidupkanak-kanakdikampung

Kelambu, 1964, Kapur pastel

LUKISAN DIGITALPENGENALAN

Lukisan digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal atau daripada sumber lain seperti gambar diimbas atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui computer. Lukisan digitalmerupakan sejenis bentuk seni baru yang mempergunakan teknik lukisan tradisional, seperticat air,cat minyak,impasto, dan sebagainya untuk pelukisan digit melaluikomputer,perisian, sertatablet pendigitan, danstilus. Lukisan digital berbeza daripadaseni digitalyang lain sertaseni komputer terjana, khususnya kerana ia tidak memerlukan paparan komputer untuk mendapat lukisan realistik daripada suatu model. Seorangartis digitalhanya perlu menggunakan teknik lukisan untuk mencipta lukisan digital secara langsung dalamkomputer.Perbezaan utama antara lukisan digital dan lukisan tradisional adalah prosesnya yang tidak linear. Seorang artis sering boleh menyusun lukisannya dalam bentuk lapisan yang dapat disunting secara berasingan. Keupayaan untuk menghapuskan coretan dan memberus semula juga membebaskan artis daripada proses linear. Bagaimanapun, seorang pelukis digital harus menggunakan banyak atau kesemua teknik dan kajian pelukis tradisional.Artis digital mempunyai banyak alat yang tidak boleh didapati oleh pelukis tradisional. Sesetengah daripada ini termasuk: palet maya yang mengandungi berjuta-juta warna; kanvas atau media hampir semua saiz; keupayaan mengembalikan kesilapan yang telah dibuat; pemadaman; dan pelbagai alat kesan 2D dan 3D.Tablet grafikmembenarkan artis membuat gerakan tangan yang amat tepat seolah-olah pen yang benar pada permukaan lukisan.Lukisan digital berkembang maju khususnya dalam seni pengeluaran, dan banyaknya telah digunakan dalam reka bentuk konsepsi untukfilem,televisyen, danpermainan video. Terdapatnya juga pelbagai jenis lukisan digital, termasukimpresionisme, realisme, dan cat air.Perisian pelukisan digital sepertiAdobePhotoshop,Corel Draw,IlustratorCorel Painter,Studio Artist,Adobe Photoshop,Jasc Paint Shop Pro,MyPaint,ArtRage, danopenCanvasmemberikan artis-artis digital suatu persekitaran yang sama dengan pelukis fizikal: kanvas, alat-alat lukisan, palet untuk mencampurkan warna, dan pilihan warna yang banyak.

LUKISAN DIGITAL Menggunakan perisian MyPaint.Bidang : LukisanMedia : Arang/charcoalTajuk : Jambu Batu

Langkah 1Melakar bentuk asas buah jambu bermula dari batang dan daun dan buah menggunakan brush selection pencil.

Langkah 2Pilih butang charcoal pada brush selection dan sterusnya klik pada MyPaint color selection untuk memilih warna yang dikehendaki untuk proses melakar dan mewarna.

Langkah 3Pilih warna yang lebih gelap untuk menghasilkan tona warna.

Langkah 4Ulang proses melakar sehingga mendapat ton dan warna yang ikehendaki.

Hasil akhir

Lukisan DigitalPerisian : MyPaintMedia : Arang / CharcoalTajuk: Jambu BatuOleh : Zaidi bin AhmadKelas : PPGPSV6J

26