TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

16
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012 HBEF3203(SMP KHAS) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU PENGUKURAN DAN PENILAIAN MATRICULATION NO : 690307125125001 IDENTITY CARD NO. : 690307125125 TELEPHONE NO. : 0198697851

description

oum

Transcript of TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

Page 1: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2012

HBEF3203(SMP KHAS)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

MATRICULATION NO : 690307125125001

IDENTITY CARD NO. : 690307125125

TELEPHONE NO. : 0198697851

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

Page 2: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Pengenalan 1

2Ojektif Pembelajaran, Kandungan dan Masalah Pembelajaran

5

2.1 Objektif Pembelajaran 5

2.2 Objektif Topik Pemilihan 7

2.3 Kandungan Pelajaran 7

2.4 Masalah pembelajaran 7 – 8

3Cadangan Penggunaan Perisian Pembelajaran dan Faktor-faktor Pemilihan Perisiaan Komputer

8 – 10

4 Reka Bentuk Media dan Visual Perisian Yang Dipilih 10 - 11

5 Pemilihan Borang Penilaian 11

6 Hasil Penilaian Perisian Pembelajaran 12 - 17

7 Pemilihan Hasil Pembelajaran 18

8 kesimpulan 18

9 Bibliografi

1

Page 3: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

1. PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses

pengajaran-pembelajaran. Tujuannya berbagai-bagai. A. E. Ashworth (1982) dalam Testing

for Assessment : A Handbook for Teacher in School and College (London: Evans, Yorkshire)

memberikan tujuh tujuan pengujian/penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai,

memilih, melapor, membanding dan meramal.

Dalam sistem penilaian dan pengukuran, pelbagai cara digunakan sama ada melalui

peperiksaan, kerja kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya. Walau

bagaimanapun, kebanyakan cara penilaian dan pengukuran melibatkan soalan bertulis. Oleh

itu, adalah penting bagi seorang guru menguasai aspek-aspek kemahiran pembinaan soalan

apatah lagi peperiksaan bertulis mmerupakan pengujian yang paling diutamakan untuk

mengukur perkembangan kognitif murid dalam konteks sistem pendidikan negara.

Pembinaan soalan yang baik adalah merujuk kepada sukatan pelajaran yang telah diajar,

tahap kemahiran murid dan kesesuaian item soalan yang dipilih. Oleh itu, penggunaan Jadual

Penentu Ujian (JPU) atau Jadual Spesikasi Ujian (JSU) dalam menentukan kandungan soalan

amatlah dititikberatkan kerana melalui jadual ini, semua aspek yang dititikberatkan dalam

pembinaan soalan dapat dilaksanakan. Dalam proses pengajaran, penilaian perlu dijalankan

dari semasa ke semasa daripada bermulanya pengajaran sehingga ke akhir pengajaran. Pada

setiap peringkat, penilaian mempunyai tujuan yang berbeza. Sebelum bermulanya

pengajaran, penilaian dijalankan untuk menentukan tentang sejauh mana pengetahuan sedia

ada murid.

Maklumat yang dikumpul daripada hasil pengukuran dapat dijadikan panduan untuk

merancang pengajaran dan pembelajaran (Fuchs, 1995). Contohnya, jika kebanyakan murid

sudah menguasai kemahiran Rantai Makanan, guru boleh meneruskan pengajaran bagi topik

Siratan Makanan. Cara ini akan mengelakkan guru daripada membuang masa mengajar

pelajaran yang sudah dikuasai murid yang boleh membosankan mereka.

2

Page 4: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

Berdasarkan kepada kepentingan Jadual Penentu Ujian tersebut, maka satu set soalan Sains

Tahun 5 telah dihasilkan menggunakan Jadual Penentu Ujian yang telah dilengkapkan.

Sebagai cara menilai kesesuaian item dengan tahap kognitif murid dan juga menilai tahap

kesukaran item soalan yang dibina, sat soalan ini telah digunakan dalam dua ujian terhadap

murid yang sama.

Jawapan-jawapan murid dalam ujian pertama dan kedua akan dianalisis menggunakan

program pemprosesan data yang dibina sendiri menggunakan perisian Excel. Formula-

formula pengiraan tahap kesukaran, indeks diskriminasi, peratusan pencapaian dan markah

telah dilengkap dan diuji keberkesanannya. Hasil analisis kebolehgunaan item soalan yang

dibina dibincangkan dalam topik 2 penulisan ini.

2. PEMBINAAN ITEM SOALAN

2.1 Jadual Penentu Ujian

Dalam pembinaan soalan ujian bulan Mac untuk murid Tahun 5 Bakawali, penggunaan

Jadual Penentu Ujian (JPU) telah dilakukan. Jadual ini mengandungi sukatan pelajaran yang

telah dipelajari dalam bulan tersebut. Berdasarkan sukatan tersebut pengagihan solan telah

dilakukan mengikut topik sukatan. Soalan yang hendak dibina pula telah ditentukan arasnya

berdasarkan peratusan mengikut aras kesukaran. Dalam mata pelajaran Sains pengujian-

pengujian tertakluk kepada kemahiran-kemahiran proses Sains dan istilah, konsep dan unsur

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Jadual Penentu Ujian ini dapat dilihat dalam

Lampiran 1 penulisan ini.

3

Page 5: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

3. BANDING BEZA ARAS KESUKARAN JADUAL PENENTU UJIAN DENGAN

ARAS KESUKARAN HASIL ANALISIS JAWAPAN MURID

Hasil analisis jawapan murid, indeks kesukaran setiap item dapat dilihat melalui Rajah 1 di

bawah;

ITEM SKEMA IK ID

S1 1 0.35 0.341893928

S2 1 0.75 0.062994079

S3 1 0.4 0.200445931

S4 1 0.1 0.21821789

S5 1 0.65 0.491822187

S6 1 0.5 0.21821789

S7 1 0.5 0.163663418

S8 1 0.1 -0.00909241

S9 1 0.35 0.251629956

S10 1 0.45 0.0712781

S11 1 0.2 0.395519926

S12 1 0.45 0.290595332

S13 1 0.4 -0.38418804

S14 1 0.25 0.157485197

S15 1 0.4 -0.16147033

S16 1 0.6 -0.53452248

S17 1 0.55 0.093209823

S18 1 0.1 0.036369648

S19 1 0.15 0.045834925

S20 1 0.5 0.081831709

B1 10 0.305 0.524449624

S22 10 0.66 1

Jadual 1 : Indeks Kesdukaran Item Hasil Ujian 1

4

Page 6: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

Dapatan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi hasil perlaksanaan sebuah ujian akan

menentukan kesesuaian dan kebaikan item soalan yang dibina. Penentuan indeks Kesukaran

ditentukan berdasarkan jadual 2.3 berikut;

Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Nilai (p) Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 Terlalu Sukar

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana Sukar

0.61 – 0.80 Mudah

0.81 – 1.00 Terlalu Mudah

Jadual 2 : Pengkelasan Item

Berdasarkan hasil analisis Jadual 1, Hasil pengkelasan item indeks kesukaran dapat dilihat

melalui Jadual 3 berikut;

PI : Pengkelasan Item TS: Terlalu sukar

SS : Sederhana Sukat TM: Terlalu Mudah

ITEM PI ITEM PI ITEM PI ITEM PI

S1 Sukar S7 SS S13 Sukar S19 TS

S2 Mudah S8 TS S14 Sukar S20 SS

S3 SS S9 Sukar S15 Sukar S21 Sukar

S4 TS S10 SS S16 SS S22 Mudah

S5 Mudah S11 TS S17 SS

S6 SS S12 SS S18 TS

Jadual 3 : Pengkelasan Item Kesukaran

Hasil dapatan di atas menunjukkan Bilangan Soalan yang mudah dan terlalu mudah atau

rendah tahap kesukaran adalah sebanyak 3 item. Soalan yang dikelaskan sebagai sukar dan

terlalu sukar atau tinggi aras kesukarannya adalah sebanyak 12 item. Manakala item soalan 5

Page 7: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

yang sedehana sukar pula adalah sebanyak 7 soalan. Bilangan ini berbeza dengan penetapan

aras yang terdapat dalam Jadual Penentu Ujian Soalan Bahagian A.

Dalam Jadual Penentu Ujian yang dibina, penetapan soalan yang rendah aras kesukarannya

adalah sebanyak 10 item, soalan yang sederhana sukar adalah sebanyak 6 dan soalan yang

tinggi aras kesukarannya sebanyak 4 item. Perbandingan aras kesukaran antara JPU dengan

Hasil anlisis ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut;

ITEMARAS

JPU UJIAN 1

S1 Rendah Sukar

S2 Sederhana Mudah

S3 Sederhana Sederhana Sukar

S4 Tinggi Terlalu Sukar

S5 Sederhana Mudah

S6 Tinggi Sederhana Sukar

S7 Rendah Sederhana Sukar

S8 Sederhana Terlalu Sukar

S9 Rendah Sukar

S10 Rendah Sederhana Sukar

S11 Sederhana Terlalu Sukar

S12 Rendah Sederhana Sukar

S13 Rendah Sukar

S14 Rendah Sukar

S15 sederhana Sukar

S16 Rendah Sederhana Sukar

S17 Tinggi Sederhana Sukar

S18 Rendah Terlalu Sukar

S19 Sederhana Terlalu Sukar

S20 Sukar Sederhana Sukar

Jadual 4: Perbandingan Aras Kesukaran JPU dengan Hasil Ujian

6

Page 8: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

Hasil perbandingan di atas menunjukkan terdapat percanggahan antara aras yang ditetapkan

dalam JPU berbanding hasil ujian. Item S1 yang ditetapkan sebagai mudah tidak bersesuaian

dengan hasil kajian yang menunjukkan aras sukar. Hasil ini juga turut dikesan pada item S9,

S13 dan S 14.

Bagi aras kesukaran item S2 dan S5 pula, dalam JPU ditetapkan sebagai sederhana sukar

tetapi mencatatkan sebagai aras mudah dalam hasil ujian. Penetapan aras sederhana bagi item

S8, S11 dan S19 pula menunjukkan perbezaan dengan hasil ujian apabila menunjukkan

pengkelasan item kesukaran pada tahap terlalu sukar. Item-item yang ditetapkan sebagai

sederhana tetapi menunjukkan aras sukar hasil ujian pula adalah item S15. Item-item yang

menepati aras kesukaran pada JPU pula adalah item S3 dan S4.

Perbezaan aras kesukaran yang dicatatkan menunjukkan kelemahan pentadbir soalan

menentukan aras kesukaran sesuatu itam. Kelemahan ini boleh berpunca dari kegagalan

mengenalpasti tahap kognitif dan pencapaian murid. Selain itu, hasil keputusan yang

menunjukkan perbezaan ini turut dipengaruhi oleh sikap sebahagian murid yang suka

menanda jawapan secara rambang terutamnya murid yang lemah dan murid yang tidak

sempat menjawab soalan di saat akhir masa ujian.

Untuk mengenalpasti adakah perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor tersebut maka ujian

terhadap item ini dijalankan sekali lagi terhadap kelompok murid yang sama. Dengan cara ini

kesahan indeks kesukaran akan lebih diyakini.

4. PERBANDINGAN INDEKS KESUKARAN UJIAN 2 DENGAN HASIL

SEBELUM DAN JADUAL PENENTU UJIAN

Dalam ujian kedua, terdapat perubahan jawapan murid berbanding ujian pertama. Keadaan

ini menyebabkan indeks kesukaran yang diperoleh menunjukkan perbezaan dengan indeks

kesukaran yang diperoleh dalam ujian pertama. Dapatan kajian ini dapat dilihat dalam jadual

5 berikut;

7

Page 9: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

Jadual 5 : Dapatan Indeks Kesukaran Ujian 2

Perbezaan indeks kesukaran yang diperoleh hasil ujian 2 dicatat akibat jawapan yang berbeza

murid lakukan pada ujian kedua berbanding ujian pertama. Hasil dapatan indeks pada ujian

kedua ini merupakan indeks kesukaran yang lebih releven untuk dibandingkan dengan aras

kesukaran yang ditetapkan dalam Jadual Penentu ujian kerana hasil perbandingan antara

kedua-dua ujian akan menentukan aras kesukaran yang sebenar item soalan yang dibina.

Berdasarkan hasil dapatan ini, perbandingan aras kesukaran Jadual Penentu Ujian, Ujian

Pertama dan Ujian Kedua ditunjukkan dalam Jadual 6 berikut;

8

ITEM SKEMAIK

S1 1 0.7

S2 1 0.85

S3 1 0.6

S4 1 0.3

S5 1 0.75

S6 1 0.5

S7 1 0.7

S8 1 0.5

S9 1 0.45

S10 1 0.55

S11 1 0.5

S12 1 0.55

S13 1 0.35

S14 1 0.3

S15 1 0.6

S16 1 0.7

S17 1 0.55

S18 1 0.55

S19 1 0.55

S20 1 0.6

S21 5 0.52

S22 15 0.57

Page 10: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

ITEMARAS

JPU UJIAN 1 UJIAN 2

S1 Rendah Sukar Mudah

S2 Sederhana Mudah Terlalu mudah

S3 Sederhana Sederhana Sukar Sederhana

S4 Tinggi Terlalu Sukar Sukar

S5 Sederhana Mudah Mudah

S6 Tinggi Sederhana Sukar Sederhana

S7 Rendah Sederhana Sukar Mudah

S8 Sederhana Terlalu Sukar Sederhana

S9 Rendah Sukar Sederhana

S10 Rendah Sederhana Sukar Sederhana

S11 Sederhana Terlalu Sukar Sederhana

S12 Rendah Sederhana Sukar Sederhana

S13 Rendah Sukar Sukar

S14 Rendah Sukar Sukar

S15 sederhana Sukar Sederhana

S16 Rendah Sederhana Sukar Mudah

S17 Tinggi Sederhana Sukar Sederhana

S18 Rendah Terlalu Sukar Sederhana

S19 Sederhana Terlalu Sukar Sederhana

S20 Sukar Sederhana Sukar Sederhana

Jadual 6 : Banding Beza Aras Kesukaran

Dapatan ujian 2 bagi aras kesukaran menunjukkan terdapat 9 persamaan aras kesukaran item

antara JPU dengan Ujian 2. Item-item yang mencatatkan persamaan adalah item S1, S3, S4,

S7, S8, S11, S15, S16 dan S19. Persamaan aras bagi hampir sebahagian item soalan

menunjukkan item soalan yang dibina dalam keadaan baik dan boleh digunapakai.

9

Page 11: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

Dapatan Ujian 2 juga menunjukkan terdapat 12 perasamaan aras kesukaran yang dicatatkan

anatara kedua-dua ujian. Item-item tersebut adalah item S2, S3, S4, S5, S6, S10, S12, S13,

S14, S17 dan S20. Persamaan ini menunjukkan kebolehterimaan item soalan dalam pengujian

dalam keadaan positif. Sungguhpun begitu, bagi aras item yang tidak bersamaan dengan

Aras JPU, pengubahsuaian item perlu dilakukan untuk mewujudkan keseimbangan aras

kesukaran item soalan. Hasil ujian juga menunjukkan hanya item S3 dan S4 sahaja yang tidak

perlu apap-apa pengubah suaian kerana hasil ujian menunjukkan persamaan aras bagi ketiga-

tiga instrumen.

Berdasarkan kepada dapatan ujian 2 ini, perbezaan-perbezaan hasil antara ujian 1 dan ujian

kedua dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti murid telah melakukan rujukan hasil ujian 1,

murid telah berbincang dengan rakan tentang jawapan bagi soalan yang mereka ragukan,

murid menjawab betul secara rambang dan jawapan salah kerana diujian pertama jawapan

betul akibat tekaan.

Walau apapun, pengujian item soalan yang dibina akan memberi peluang kepada guru untuk

menggubal semula soalan-soalan yang dibina. Selain itu juga, hasil pengujian ini boleh

dijadikan panduan untuk pembinaan soalan berikutnya.

Hasil melakukan ujian sebanyak dua kali juga memberi peluang kepada guru mengukur

pencapaian murid sebenarnya. Kerana sekiranya terdapat perubahan pencapaian yang besar

oleh murid dalam kedua-kedua ujian, dapatan pencapaian boleh diragui.

Berdasarkan kepada pencapaian murid dalam kedua-dua ujian pekali korelasi cyang diperoleh

adalah pada kadar 0.34. Hasil ini menunjukkan hubungkait antara kedua-dua pengujian dalam

keadaan terlalu rendah atau negatif. Hasil pekali ini menunjukkan sebahagian besar item

soalan yang dibina tidak menepati objektif pengujian yang sebenarnya atau dalam erti kata

lain, item yang dibina perlu diubahsuai.

10

Page 12: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

4. KESIMPULAN

Penggunaan Jadual Penentu Ujian dalam menggubal sesebuah soalan akan dapat memastikan

wujudnya keadilan untuk murid berpencapaian rendah dan tinggi. Di samping itu juga, guru

akan dapat memastikan kandungan soalan yang hendak diberikan untuk memenuhi keperluan

guru dalam menilai tahap pencapaian kognitif murid dalam ertikata yang sebenarnya.

Pengesanan terhadap kesesuaian sesuatu item ujian juga akan dapat dikesan melalui dapatan

indeks kesukaran dan diskriminasi melalui ujian yang dilakukan. Dengan itu guru berpeluang

untuk memperbaiki item soalan yang dibina.

Penggunaan item soalan yang sama bagi dua ujian berbeza tetapi disasarkan kepada

kelompok yang sama juga akan memberi peluang guru menilai hasil pencapaian murid yang

sebenarnya. Sekiranya terdapat perbezaan pencapaian yang besar, hasil pencapaian tersebut

boleh dipertikaikan. Di samping itu juga, ia akan dapat memberi peluang kepada guru untuk

menggubal semula soalan atau membina soalan baru berdasarkan dapatan analisis

pencapaian.

11

Page 13: TEMPLET HBEF 3203 ; Pengukuran Dan Penilaian Nasib

HBEF3203

Bibliografi

Frost and Sullivan. (2004). Benchmarking of the Smart School Integrated Solution. Smart School Development Division, Ministry of Education Malaysia.

Executive Summary. Smart School Blueprint. (2006). Retrieved from: http://www.fortunecity.com/ skyscraper/aptiva/194/exesum.htm.

Frenzel, L. E. Jr. 1980. The personal computer-last chance for CAI? BYTE,

Jowati Juhary. (2001). E-learning in Malaysia. International Education Conference (IEC 2001). 27-28 August 2001. Petaling Jaya, Malaysia.

Kuhn, Thomas S. 1996. The Structure of Scientific Revolutions. Univ. of Chicago Press, 3nd ed., pp. 212.

Rozinah Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Skinner, B.F. 1971. Beyond Freedom and Dignity. New York: Vintage Books.

 

12