Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

10
Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Teknik Penyoalan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar- pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat

description

Teknik penyoalan

Transcript of Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 1: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Teknik Penyoalan Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

Teknik Penyoalan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling

popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini

dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi

antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat

dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan

memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan

percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan

dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan

dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas

yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran

dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk

menguasai teknik menyoal.

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada

pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila

pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak,

mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai

soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk

ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh

ditimbulkan di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran

menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas? Salah satu perkara

yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan

menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita

mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita

Page 2: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling

memahami dan bekerjasama.

Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting

dalam aktiviti pengajaran guru kerana hampir kesemua proses

pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik penyoalan.

Tujuan penggunaan Teknik Penyoalan

Soalan-soalan boleh digunakan untuk melihat keupayaan pelajar

memahami sesuatu blok informasi, untuk mengalih perhatian pelajar

daripada satu fakta kepada satu fakta yang lain, untuk menegaskan

kepentingan isi dengan memberikan penekanan kepadanya, untuk

mengarah pelajar ke hala yang betul dan sebagainya. Walau

bagaimanapun, penggunaannya yang paling bernilai adalah untuk

mencerna pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan untuk

menganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan

latihan untuk pelajar berkomunikasi. Tujuan utama penggunaan

teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

i. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar.

ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik

dan juga kritis.

iii. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan

yang diajar.

Teknik soal jawab dianggap teknik terpenting dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana soalan yang terancang dan bermutu dapat

membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat

mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Page 3: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan

Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas, guru perlulah menyediakan soalan-soalan yang dapat

mengasah pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Berikut ini

merupakan ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai digunakan bagi

memungkinkan kejayaan teknik ini dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang

ii. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan

pelajar

iii. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu

sukar

iv. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh

difahami oleh pelajar

v. Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan

vi. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada

mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja.

vii. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama

murid.

viii. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian

murid.

ix. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh

pelajar seluruh kelas

x. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk

berfikir

xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya

xii. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.

Page 4: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Ciri-ciri Soalan yang Sesuai Digunakan

Soalan-soalan yang diolah perlulah bersifat pelbagai. Sifat semula jadi

soalan yang boleh dipelbagaikan bertujuan untuk memastikan tindak

balas yang berbeza di kalangan pelajar. Satu cara yang konvenien

untuk mengkategorikan soalan ialah dengan melihat frekuensi

penggunaannya mengikut tahap domain kognitif. Ini bermakna

soalan-soalan harus dapat dikategorikan dengan baik. Umpamanya:

i. Pengetahuan

Soalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat

mencerna ingatan mudah. Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih

oleh guru terutamanya ketika menyampaikan tajuk, topik atau idea

baru kepada pelajar.

ii. Pemahaman

Setelah didedahkan dengan sesuatu konsep dan pengetahuan, guru

seharusnya menyoal soalan-soalan yang berbentuk pemahaman. Ini

bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung

dalam dimensi memahami atau kegiatan memaham.

iii. Aplikasi

Seterusnya ciri-ciri soalan yang berikut ini melibatkan penggunaan

informasi yang diberikan kepada pelajar. Soalan-soalan aplikasi

bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan pengetahuan

menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

iv. Analisis

Ciri-ciri soalan analisis ialah soalan bentuk ini berfungsi untuk

memisahkan idea. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar akan

dikemukakan dengan soalan-soalan menganalisis dan guru perlulah

Page 5: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

berhati-hati agar pelajar dapat mengikuti isi pembelajaran dan

menggunakan semua kemahiran yang diterapkan kepada mereka.

v. Sintesis

Soalan sintesis merupakan soalan-soalan yang boleh membantu

pelajar mencantum dan mewujudkan suatu idea baru menerusi

maklumat awal yang didedahkan kepada mereka. Kemahiran ini juga

menghendaki kemahiran yang tinggi di mana guru dapat

membimbing pelajar sehingga mereka mampu mensintesis

maklumat.

vi. Menilai

Pada peringkat yang paling tinggi, soalan berbentuk menilai akan

diberikan kepada pelajar. Menilai bermakna pelajar harus dapat

membuat dan juga mempertahankan justifikasi mereka.

Kategori-kategori Soalan lain

Terdapat juga cara lain untuk mengkategorikan soalan. Ia boleh

dilakukan menurut fungsinya yang utama, umpamanya:

i. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question)

Soalan bentuk ini adalah soalan mudah yang biasa digunakan. Soalan

ini dikatakan mengikut urutan kerana ia mengikut urutan pendedahan

maklumat yang diberikan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

ii. Soalan-soalan mencungkil

Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat

mencungkil pengetahuan pelajar secara beransur-ansur. Teknik ini

juga menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang

kreatif serta jelas dan mudah agar pelajar tidak berasa bosan.

Page 6: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

iii. Soalan-soalan terbuka

Soalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang

berupaya menilai keupayaan dan pengetahuan pelajar. Di samping itu

pelajar juga boleh menyoal guru sebaliknya bagi tujuan mendapatkan

kepastian dan penjelasan lebih lanjut. Tindak balas seperti ini adalah

sesuatu yang diharapkan agar guru dapat mengenal pasti kedudukan

pemahaman pelajar.

iv. soalan-soalan bercapah

Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana

pemikiran secara meluas. Soalan-soalan yang subjektif akan

membantu pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting

bagi mereka.

Kesan Kemahiran Penyoalan dan Pengajaran dan

Pembelajaran

Terdapat banyak kesan teknik penyoalan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Di antaranya ialah seperti yang berikut:

i. Murid bertambah aktif

Menambahkan minat pelajar dan mengelakkan mereka daripada

berasa jemu. Ia juga akan dapat menguji pengetahuan sedia ada

pelajar.

ii. Dapat mengenalpasti masalah pelajar

Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai sesuatu topik pelajaran, dia

akan sukar atau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

Oleh itu, guru akan dapat mengenalpasti masalah pelajar.

Page 7: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

iii. Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.

Menerusi teknik ini, hubungan guru dan murid akan lebih erat dan

pelajar lebih bersedia dan berkeyakinan menghadapi sesuatu ujian.

iv. Membantu pelajar

Teknik penyoalan juga akan dapat membantu pelajar menjangkakan

soalan-soalan yang mungkin atau menjangkakan tajuk-tajuk penting

dalam peperiksaan. Ini membolehkan mereka untuk mengulangkaji

topik-topik berkenaan.

Peranan Guru

Apabila kita bercakap tentang teknik mengajar, kita sebenarnya

menumpukan perhatian kepada pencapaian guru yang mengajar,

iaitu cara tertentu yang dilakukannya dengan menggunakan

kemudahan bahan pengajaran serta langkah yang diamalkannya.

Seorang guru menjadi tumpuan pelajar kerana dia sendiri akan

bertanggungjawab bagi menentukan kejayaan atau kegagalan

sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkannya.

Dalam teknik penyoalan, pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan kemahiran ini sangat mementingkan peranan guru.

Peranan guru amat penting untuk menentukan proses teknik ini dapat

dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran guru untuk

mempelbagaikan teknik soalan akan dapat membantu proses

pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan baik dan berkesan.

Teknik soal jawab yang baik merupakan aspek penting dalam

pengajaran dan pembelajaran kerana soalan yang terancang dan

bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping

Page 8: Teknik Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan

berkesan.

Kesimpulan

Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

merupakan antara suatu perkara yang penting dalam menguasai ilmu

pengetahuan. Dalam bilik darjah, setiap pelajar akan mengemukan

soalan kepada guru bertujuan untuk memahami setiap konsep yang

disampaikan oleh guru semasa didalam kelas. Melalui teknik

penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi penting agar pelajar

dapat memahami serta membolehkan pelajar meningkatkan

pemikiran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Melalui teknik

penyoalan ini pelbagai ilmu dapat dikuasai oleh setiap pelajar sama

ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menegah

mahupun di IPT-IPT. Melalui teknik seperti ini juga dapat membantu

pelajar supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang ilmu

dengan lebih giat lagi. Guru juga perlulah mengemukakan soalan

kepada pelajar agar pelajar dapat berfikir mengenai topik yang

dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan

berkesan. Oleh itu kemahiran menyoal dalam pengajaran dan

pembelajaran amat penting dapat bidang pendidikan.

Read more:

http://kulanzsalleh.net/pengajaran-dan-pembelajaran/teknik-

penyoalan-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran#ixzz1KxxSmfmp