Teknik Alih Bentuk Komunikasi

23
Pengajian am - pengenalan Alih Bentuk Komunikasi Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am *Jawab satu soalan drpd 2. *sediakan media yg sesuai *Bentuk-bentuk grafik : 1. Graf bar (kompaun / komponen) 2. Graf garis (kompaun / komponen) 3. Graf gabungan bar dengan garis 4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen) 5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder) 6. Graf bar memesong atau imbangan BENTUK / JENIS SOALAN 1. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004. Media : graf garis komponen 2. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002. Media : carta pai perbandingan 3. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari tahun 1999 hingga 2003. Media : graf garis kompaun 4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun- tahun yang dinyatakannya. Media: graf garis kompaun 5. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005

description

good

Transcript of Teknik Alih Bentuk Komunikasi

Pengajian am - pengenalan Alih Bentuk Komunikasi

Teknik Menjawab Soalan Pengajian Am

*Jawab satu soalan drpd 2.*sediakan media yg sesuai*Bentuk-bentuk grafik :1. Graf bar (kompaun / komponen)2. Graf garis (kompaun / komponen)3. Graf gabungan bar dengan garis4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)5. Carta Pai (tunggal, berbanding atau silinder)6. Graf bar memesong atau imbanganBENTUK / JENIS SOALAN1. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.Media : graf garis komponen2. Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.Media : carta pai perbandingan3. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan satu graf garis yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport setiap barangan pembuatan dari tahun 1999 hingga 2003.Media : graf garis kompaun4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.Media: graf garis kompaun5. Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005Media : Graf piramid kompaun6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.Media : Graf gabungan (bar kompaun)

MAKLUMAT DALAM SOALAN1. MEDIA (JELAS / KABUR)2. ISU (CTH : KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI)3. TEMPAT (MALAYSIA, PERAK)4. TEMPOH (TAHUN)5. TUJUANTAJUK MEDIA*Tedapat 3 perkara penting dalam tajuk :1. Tempat (Malaysia, Perak)2. Perkara (guna tenaga dalam sektor)3. Tempoh (tahun, penggal)*sekiranya 1 daripada 3 perkara ini salah markah akan dipotong.NILAI ATAU ANGKA DALAM MEDIACARTA PAI *mesti dalam nilai %*boleh ditulis di dalam atau di luar sektor*tulis angka dengan jelas*simbol angka mesti ditulis dengan jelas selepas angka*elakkan menulis angka mutlak di dalam sektorMAKLUMAT PENTING DALAM CARTA PAI*TAJUK*TEMPOH*PERATUS DALAM SETIAP SEKTOR*JUMLAH BESAR*NISBAH JEJARI*PETUNJUK*SUMBERMAKLUMAT PENTING DALAM GRAF*TAJUK*LABEL PERKARA / UNIT PAKSI*TITIK ORIGIN "SUDUT PAKSI '0' "*SKALA*PETUNJUK*SUMBERPANDUAN MENENTUKAN MEDIA1. GRAF BAR PIRAMID*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasangContoh soalan :Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005Elemen : 1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.2. Tahun 20043. Tahun 2005Elemen berpasang : 1. jenis barangan2. negara-negara2. GRAF BAR GABUNGAN*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbezaContoh soalan :Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.Elemen : 1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import2. Harga petroleum mentahNilai : 1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import2. nilai untuk harga petroleum mentah

jenis media grafik1. Carta Pai BertingkatContoh Item: Komponen barangan eksport dan negara pengimport Carta Pai yang sesuai ialah Carta Pai BertingkatRasional: 2 item yang berbeza iaitu barangan dan negara2. Carta Pai Berbanding / 2 buah pai berasinganContoh Item: Perbandingan item yang sama bagi barangan sama ada import, eksport atau pengeluaran yang mempunyai perbezaan tahun, cth. Tahun 2000 dan 2005(anggaran) atau negara, cth. Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak atau tempoh tertentu contoh Rancangan Malaysia Ke 5 dan Rancangan Malaysia Ke 6 * ingatan : Jumlah keseluruhan bagi setiap pai perlu dibubuh dan disemak sebelum menghantar jawapan. Kecuaian yang sedikit menjejaskan keseluruhan markah graf anda3. Graf Bar PiramidContoh Item: a. kadar kemiskinan b. etnik c. luar bandar dan bandar d. tahun ATAU a. bandar dan luar bandar b. jantina c. etnik d. ijazah/diploma graf yang sesuai ialah graf bar piramid Rasional: sekurang-kurangnya 4 item, Jika 3 butiran- graf bar biasa4. Graf Bar/Garis KomponenPetunjuk yang digunakan ada perkataan Komponen Jumlah Sekiranya tidak ada ada graf bar kompaun5. Graf Garis kompaunSekiranya soalan tidak menyatakan jenis graf tetapi ada perkataan pola atau ada perkataan menunjukkan aliran medium yang sesuai ialah graf garis kompaun6. Graf Bar GabunganContoh Item: a. Kuantiti unit tan metrik b. harga/pendapatan unit RM ATAU a. bilangan kenderaan unit buah b. pungutan tol unit RM pastikan graf bar Kompaun atau komponen dan bergabung dengan graf garis kompaun atau komponen (rujuk petunjuk bagi menentukan medium) Rasional: 2 unit yang berbeza tidak boleh berada pada satu paksi yang samaGraf Bar ImbanganSekiranya soalan memerlukan pengiraan perubahan peratus Rasional: kemungkinan jawapan bagi nilai perubahan yang dikira adalah dalam bentuk negatif dan positifNOTA: selain daripada yang di atas ia mungkin graf bar kompaun atau graf garis kompaun bergantung kepada Kehendak Soalan. Oleh itu berhati-hati semasa menentukan jenis medium yang dikhendaki oleh soalan.

Pengajian am bahagian Alih Bentuk Komunikasi

Teknik Menjawab Soalan PA1. Mengenal pasti kehendak soalanPara calon harus membaca tajuk dengan teliti. Ini kerana tajuk berkenaan akanmenerangkan tujuan petikan dan jenis media yang dikehendaki soalan. Berdasarkan petikan diberikan graf yang sesuai adalah graf garisan komponen. Ini adalah kerana terdapatnya perkataan jumlah dan amaun.2. Pemahaman SoalanKeseluruhan petikan dibaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan dan kenal pastitujuan petikan tersebut. Para calon hendaklah kenal pasti pemboleh ubah pembolehubah yang terlibat dengan menandakan atau menggaris tiap-tiap pemboleh ubah tersebut.3. Membuat penganalisaanSetelah butiran dikenal pasti dikaitkan dengan pemboleh ubah yang diberi, kiraan perlu dibuat bagi mendapatkan nilai peratusan ,bezaan nilai mutlak atau peratusan dan jumlah yang diberikan di dalam petikan.- sekiranya petikan menyatakan " bertambah sebanyak" (diberikan dalam nilai mutlak atau peratusan) ini bermakna bezaan data bagi dua tahun yang dibandingkan, iaitu dari tahun sebelum dengan tahun berikutnya.- Jika dua sektor dibuat perbandingan, para calon boleh mendapatkan nilai mutlak pada tahun berikutnya dengan menambahkan bezaan tadi dengan nilai yang diberikan sebelumnya.- Jika kenyataan " berkurang sebanyak" maka nilai bezaan ditolak daripada nilai yang diberi pada tahun sebelumnya.- Seandainya kenyataan " bertambah, berkurang kepada atau menjadi" pada sesuatu tahun, maka nilai tersebut diambil untuk tahun berkenaan.- Jika data tidak diketahui pada sesuatu pemboleh ubah tetapi berdasarkan kepada jumlah yang diberi, calon-calon boleh menolakkan jumlah bagi semua nilai pembolehubah yang diketahui daripada jumlah keseluruhannya bagi sesuatu pemboleh ubah yang berkenaan. 4.Penentuan Media.Calon-calon tidak boleh membuat media yang berlainan daripada yang dikehendaki oleh soalan. Calon-calon boleh menentukan media yang difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang terkandung di dalam petikan.5. Membina media.Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen* Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.* Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.* Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.* Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.* Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.* Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.* Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.3. Perlu ada skala .4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..

Cara Pemberian Markah. Ciri jawapan.

1. Pengkelasan pemboleh ubah (5 markah) PA

a) Paksi

b) Maklumat pembolehubah - peratusan, klasifikasi sektor, nilai - bidang /sektor, kedudukan, peratusan yang diperlukan untuk carta / jadual

2. Kesesuaian teknik (5 markah) KT

a) Pemilihan media

b) Kedudukan media pada muka kertas

c) Letakan / susun atur

d) Kedudukan petunjuk - sebaik-baiknya di bawah, di kiri

e) Kedudukan tajuk - mesti di atas, di tengah dan sama ada dalam Title Case atau UPPER CASE

f) Sumber - mesti bahagian bawah di sebelah kanan.

3. Ketepatan isi (5 markah) KI

a) Keterangan maklumat

b) Label peratusan, tahun

c) Perangkaan

d) Skala / nisbah

e) Petunjuk

f) Tajuk

g) Titik asas ( 0 )

h) Sumber

4. Kejelasan (5 markah) KJ

5. Perincian markah.

Pengkelasan pemboleh ubah (PA) : 5 markah

Kesesuaian teknik (KT) : 5 markah

Ketepatan isi (KI) : 5 markah

Kejelasan (KJ) : 5 markah.

---------------- 20 markah ---------------

JENIS- JENIS GRAF

A. GRAF BAR

1. GRAF BAR MUDAH

2. GRAF BAR KOMPAUN

3. GRAF BAR KOMPONEN

4. GRAF BAR PIRAMID

Bayangkan kerugian yang dialami calon apabila sudah bersusah payah membina graf bar piramid tetapi markahnya begitu kecil. Dua contoh jawaban di bawah membedakan markah antara yang teliti dengan yang cuai. Ingat masa yang mereka gunakan sama, tetapi hasilnya jauh berbeda!

Cuba teliti mengapa jawaban ini mendapat markah penuh 15/15

Cuba teliti pula mengapa jawaban ini hanya mendapat markah yang kecil.

5. GRAF BAR MEMESONG

B. GRAF GARIS

1. GARIS KOMPAUN

2. GRAF GARIS KOMPONEN

3. GRAF GARIS MEMESONG

C. GRAF GABUNGAN

D. CARTA PAI

1. PAI MUDAH

2. CARTA PAI BERBANDING/ PERBANDINGAN

3. CARTA PAI BERTINGKAT