Tahap SM 2B Nama

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM5 Modul 2B Nama : _____________________________

Transcript of Tahap SM 2B Nama

Page 1: Tahap SM 2B Nama

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM5

Modul 2B

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM 2B Nama
Page 3: Tahap SM 2B Nama

Kertas 2 1. Rumusan

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 1Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Tahap SM 2B Nama

Latihan:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan penggunaan aplikasi jaringan sosial dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Facebook, Tweeter, MySpace, dan Tagged merupakan antara aplikasi jaringan

sosial yang popular pada abad ini. Kemunculan jaringan sosial ini telah memberikan pelbagai kesan positif dan negatif terhadap tahap sosialisasi mahupun gaya pemikiran individu. Selain menjadikan media baharu ini sebagai wahana komunikasi mereka, mencari kenalan baharu atau lama juga merupakan antara sebab aplikasi jaringan sosial ini kian digemari oleh masyarakat pada setiap peringkat umur.

Kecanggihan gajet elektronik pada hari ini memudahkan capaian kepada aplikasi web jaringan sosial. Aplikasi seperti Facebook kini boleh dicapai dengan mudah menggunakan telefon yang mempunyai fungsi 3G. Gajet seperti IPhone dan Palmtop merupakan peralatan yang dikategorikan sebagai alat mampu milik yang memudahkan akses kepada Facebook, Tweeter, dan MySpace. Pengguna boleh mengakses laman sosial ini tanpa kekangan waktu dan had batasan lokasi. Kecanggihan gajet ini telah menjadi kegilaan ramai pencinta gajet elektronik terkini. Permintaan kepada peralatan ini juga semakin meningkat dan menjadi satu gaya hidup masa ini.

Aplikasi teknologi maklumat canggih ini memberi impak kepada individu mahupun produktiviti sesebuah organisasi. Hampir semua peringkat umur mampu menggunakannya sebaik-baik mungkin untuk kepentingan masing-masing. Bagi golongan usahawan, aplikasi seperti ini dapat digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan sebagai medium pengiklanan produk atau perkhidmatan. Bagi kaki blog, aplikasi jaringan sosial digunakan untuk mengetengahkan karya seni dan penulisan. Bagi individu lain, aplikasi jaringan sosial berguna sebagai medan untuk menyuarakan pendapat bagi peningkatan kualiti sesebuah institusi.

Namun demikian, penggunaan aplikasi seperti ini juga digunakan oleh individu tertentu untuk aktiviti negatif. Penyebaran fitnah melalui aplikasi ini bukan sahaja menjatuhkan maruah sesetengah pihak, malahan mewujudkan provokasi negatif terhadap pelbagai perkara. Aktiviti negatif seperti ini dapat mengundang pelbagai kesan yang tidak baik kepada institusi sosial yang mampu menggoyahkan keharmonian negara. Selain itu, penyalahgunaan bahasa juga dapat dilihat dalam penggunaan aplikasi laman sosial ini yang dapat mencacatkan keindahan sesuatu bahasa. Di samping itu, pelbagai kegiatan jenayah siber dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ada pula pihak yang menggunakan aplikasi ini untuk memplagiat hak cipta pihak lain. Walau bagaimanapun, baik atau buruk sesuatu rangkaian laman sosial bergantung kepada cara individu itu menggunakannya.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 2

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Tahap SM 2B Nama

2a. Pemahaman Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan

ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mewujudkan provokasi negatif.

[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa faktor yang memudahkan capaian kepada

aplikasi web jaringan sosial. Nyatakan faktor-faktor tersebut.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, adakah kerajaan mampu menangani masalah penggunaan

laman sosial yang negatif dalam kalangan pengguna Intemet? Berikan tiga hujah

anda.

[4 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 3

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM 2B Nama

2b. Pemahaman Puisi [9 markah] Sajak “Dirgahayu Bahasaku” Tempatmu di singgahsana Maksud: Warganegara yang baik,

setia, dan amanah akan meletakkan bahasa mereka pada kedudukan yang paling tinggi.

hati nurani bangsaku

warga yang berbudi

setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa Maksud: Bahasa merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara supaya sentiasa kukuh dan hebat bagi menyalurkan ilmu serta sebagai perantara dalam mengukuhkan dan memesrakan perhubungan sesama manusia.

yang mesti dipelihara martabatnya

agar tetap kukuh dan ampuh

melayari lautan bijaksana

salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku Maksud: Setiap bangsa yang mempunyai bahasa perlu memperkukuh bahasa yang digunakan di negara mereka agar mampu merentasi dunia tanpa sempadan.

hak bangsaku memilikimu

hak bangsaku mendaulatkanmu

di bumi bertuah ini

merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan Maksud: Sejarah bangsa telah membuktikan kegemilangan mereka belayar ke seluruh dunia untuk menjalin persaudaraan serta mengembangkan bahasa.

Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan

gagah pelautku membelah lautan

Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam

dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 4

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Tahap SM 2B Nama

Dirgahayu bahasaku Maksud: Penyajak mendoakan semoga usia bahasanya panjang di peringkat antarabangsa. Hal ini demikian kerana bahasa tersebut merupakan bahasa pemikiran yang mudah digunakan dan bahasa yang bertatasusila. Bahasa tersebut datang daripada bangsa Melayu yang bakal menempa kejayaan pada zaman milenium.

di arena antarabangsa suaramu tumbuh

menusuk kalbu lagu bahasamu

bahasamu bahasa minda

mudah akrab dan bertatasusila

daripada bangsa yang bemama Melayu

menempa kejayaan di alaf baru.

Tema

Kepentingan mempertinggi martabat bahasa dalam kalangan rakyat.

Persoalan

1. Bahasa sebagai maruah bangsa.

2. Bahasa wadah perkembangan ilmu

3. Bangsa mendaulatkan bahasa.

4. Kegemilangan bangsa pada masa lalu

Nilai

1. Amanah - Menjaga amanah bangsa.

2. Setia - Setia kepada bahasa ibunda.

3. Cinta akan bahasa - Memelihara maruah bahasa.

4. Berusaha - Memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat dunia.

Pengajaran

1. Kita haruslah mengenang sejarah kegemilangan bangsa.

2. Kita mestilah memastikan bahasa kita terpelihara.

3. Janganlah kita membiarkan bahasa kita tercemar.

4. Kita hendaklah meletakkan bahasa kita pada kedudukan yang tinggi.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 5

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 8: Tahap SM 2B Nama

Latihan:

(i) Berikan maksud melayari lautan bijaksana dalam sajak di atas.

[2 markah]

(ii) Mengapakah kita perlu memelihara martabat bahasa kita? Kemukakan tiga sebab.

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

2c. Pemahaman Prosa Moden [8 markah]

Cerpen “Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong”

Sinopsis Mak Timah tabah dalam membesarkan seorang anak angkat yang cacat, iaitu Pungut. Nama sebenar Pungut ialah Zahara, manakala nama asalnya Yap Siew Hong. Pungut dilahirkan cacat, iaitu sak badannya hanya sebesar sebiji buah betik. Keadaan ini menyebabkan Siew Lan, ibu Pungut tidak mahu memeliharanya berbanding dengan empat orang anaknya yang sihat dan montel. Oleh sebab itu, Bibik, nenek kepada Pungut telah menyerahkannya kepada Mak Timah bersama surat sumpah

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 6

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Tahap SM 2B Nama

yang ditukar nama serta wang tunai sebanyak seratus lima puluh ringgit. Mak Timah yang keberatan pada mulanya, akhimya menerima Pungut sebagai anak angkatnya kerana berasa kasihan Pungut. Desakan Katijah dan Munah yang mahukan adik turut menguatkan semangat Mak Timah untuk mengambil Pungut sebagai anak angkatnya. Mak Timah menyangkakan Pungut yang bersaiz kecil itu akan membesar sekiranya dipelihara dengan baik dan sempurna.

Pungut yang diramalkan boleh hidup selama dua tahun sahaja oleh doktor kini telah membesar menjadi seorang gadis yang berumur 24 tahun. Namun begitu, kecacatan Pungut menyebabkan dia tidak dapat berdikari dan tidak tahu mengurus diri sendiri. Harapan Mak Timah untuk melihat Pungut membesar seperti manusia biasa musnah. Malah, harapan Mak Timah supaya Pungut membesar dengan sihat dan bekerja untuk membantunya dan menjaganya apabila dia telah tua tidak kesampaian. Sebaliknya, segala keperluannya diuruskan oleh Mak Timah walaupun ketika dia sakit.

Keadaan Pungut yang cacat menyebabkan pergerakan Mak Timah terbatas untuk ke rumah anak-anaknya. Mak Timah sentiasa berdoa agar Pungut akan meninggal dunia lebih dahulu sebelumnya kerana dia tahu bahawa pasti tiada orang yang sudi menjaga Pungut selepas kematiannya. Mak Timah sangat sayang akan Pungut walaupun anak-anaknya yang lain tidak menyenanginya. Anak lelaki Mak Timah mencadangkan agar Mak Timah menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, namun dia tidak sampai hati kerana dia amat sayang akan Pungut. Mak Timah berazam akan memelihara Pungut hingga akhir hayatnya. Tema Cerpen ini bertemakan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat sejak masih bayi hingga dewasa dengan penuh kasih sayang. Persoalan 1. Perasaan kasih sayang seorang i bu angkat terhadap anak angkatnya. 2. Kepercayaan kepada qadak dan qadar kerana manusia hanya merancang tetapi Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya. 3. Ketabahan seseorang ibu angkat membesarkan anak angkatnya yang cacat. 4. Kepercayaan terhadap amalan karut seperti anak yang membawa sial. 5. Sikap tidak berperikemanusiaan ibu kandung yang sanggup menyerahkan anak yang cacat kepada orang lain. Watak & Perwatakan Mak Timah 1. Ibu kandung kepada Katijah dan Munah. 2. Ibu angkat kepada Zahara binti Muhamad alias Yap Siew Hong. 3. Seorang yang penyayang, iaitu amat menyayangi Pungut yang dianggap seperti darah dagingnya sendiri.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 7

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Tahap SM 2B Nama

4. Prihatin dan bertanggungjawab, iaitu sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang dibuang oleh keluarga kandungnya. 5. Isteri yang mengambil berat akan kepayahan hutang suaminya. 6. Bersikap mesra dengan jiran tetangga. Pungut 1. Nama sebenamya ialah Zahara binti Muhamad alias Yap Siew Hong. 2. Berketurunan Cina. 3. Berumur 24 tahun. 4. Badannya bersak sebiji buah betik ketika dilahirkan. 5. Gadis yang cacat dan tidak dapat berdikari untuk melakukan sebarang perkara. 6. Diserahkan oleh neneknya, Bibik kepada Mak Timah setelah ibunya, Siew Lan tidak mahu menjaganya. Ribik 1. Berketurunan Cina Peranakan. 2. Nenek kepada Pungut atau Yap Siew Hong dan ibu kepada Siew Lan. 3. Fasih berbahasa Melayu. 4. Tuan rumah sewa Mak Timah. 5. Tidak menyukai Pungut atau Yap Siew Hong yang cacat dan menyerahkan cucunya kepada Mak Timah. Siew Lan 1. Berketurunan Cina. 2. Ibu kandung Pungut atau Yap Siew Hong. 3. Tidak menyukai Yap Siew Hong yang cacat berbanding dengan empat orang anaknya yang lain yang sihat dan nomal. Latar Latar Tempat 1. Di rumah Mak Timah. Contohnya, tempat Pungut dibesarkan dari bayi hingga kini. 2. Di rumah Bibik. Contohnya, tempat tinggal Bibik dan Siew Lan. 3. Di hospital. Contohnya, tempat Siew Lan melahirkan Pungut. Latar Masa 1. Pada tahun 1981 (ketika Pungut berumur 24 tahun). Contohnya, Mak Timah membawa Pungut ke bilik air, membersihkan, mencebokkan, dan memandikan Pungut yang sudah berumur 24 tahun kerana dia cacat dan tidak dapat berdikari. 2. Pada tahun 1957 (sewaktu Pungut baru dilahirkan). Contohnya, Bibik memberitahu Mak Timah tentang cucunya yang dilahirkan hanya sebesar buah betik dan terpaksa ditahan di hospital.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 8

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM 2B Nama

3. Waktu petang. Contohnya, Bibik datang menemui Mak Timah dan menyatakan hasratnya kepada Mak Timah untuk menyerahkan cucunya kepada orang lain. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap nasib golongan kurang upaya. Contohnya, Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang cacat dan dibuang oleh keluarga kandungnya. 2. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap zuriat sendiri. Contohnya, Siew Lan sanggup menyerahkan anak kandungnya, Pungut kepada Mak Timah kerana Pungut cacat dan dianggap membawa sial. 3. Masyarakat yang mementingkan diri. Contohnya, anak bongsu Mak Timah mendesak Mak Timah supaya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat kerana tidak mahu Mak Timah bersusah payah menjaga Pungut sedangkan kesihatannya sendiri tidak menentu. 4. Masyarakat kampung yang berbilang kaum dan hidup dalam keadaan aman. Contohnya, Mak Timah yang berbangsa Melayu dan Bibik yang berbangsa Gina hidup aman damai dalam satu komuniti kejiranan di sebuah perkampungan. Nilai 1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Mak Timah amat menyayangi Pungut sehingga dia sanggup bersusah payah dan berkorban demi Pungut. 2. Nilai belas kasihan. Contohnya, Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang cacat dan tidak diterima oleh keluarga kandungnya. 3. Nilai amanah. Contohnya, hak Timah memelihara Pungut yang cacat dengan baik sekali. 4. Nilai cekal. Contohnya, Mak Timah sanggup menghadapi pelbagai dugaan dengan cekal sepanjang memelihara Pungut. 5. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, antara sebab Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat adalah untuk meringankan beban hutang suaminya apabila Bibik memberinya wang sebanyak seratus lima puluh ringgit. Pengajaran 1. Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan tanpa mengira seseorang itu normal atau cacat. Contohnya, Mak Timah amat menyayangi anak angkatnya, Pungut walaupun Pungut cacat. 2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. Contohnya, Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkatnya kerana bersimpati akan nasib Pungut yang cacat dan tidak diterima oleh keluarga kandungnya. 3. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. Contohnya, Mak Timah sanggup menghadapi pelbagai dugaan dengan tabah sepanjang memelihara Pungut.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 9

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Tahap SM 2B Nama

4. Kita mestilah amanah dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab. Contohnya, Mak Timah memelihara Pungut yang cacat dengan baik sekali. Latihan: “Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna, bawa sial. Sekarang Siew Lan susah hati,” Bibik memberi keterangan lanjut.

"Mana datok Bibik pergi tengok?" Mak Timah bertanya ingin tahu. "ltu kita punya loktanglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak

kita pergi tanya datok, tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh," Bibik memberi keterangan lanjut. Mak Timah hairan melihat cara kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok.

"Bila balik hospital, itu Siew Lan?" Mak Timah bertanya. "Belum tahu, doktor tahan. Itu budak betul-betul kecil macam anak patung,"

Bibik memberi penjelasannya lagi. Setelah dua minggu di hospital, akhimya Siew Lan, anak Bibik yang tua pulang dari hospital. Mak Timah cepat-cepat pergi menziarahinya. Betul kata Bibik. Terperanjat Mak Timah melihat anak Siew Lan. Betul-betul macam sebiji buah betik, kecil dan halus. Termasuk budak ini telah lima orang anak Siew Lan. Anak-anaknya yang lain, semuanya sihat-sihat. Montel-montel. Tidak ada satu pun yang cacat. Sebenarnya Bibik ialah tauke rumah tempat Mak Timah menyewa. Dia berketurunan Cina berada dalam keadaan tidak sedar dan peranakan, pandai bercakap Melayu. Selang seminggu Siew dapat berhubung dengan makhluk halus Lan pulang, suatu petang Bibik datang lagi.

"Siew Lan tak suka dia punya anak," Bibik menerangkan. "Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia

mahu buang itu budak," Bibik menerangkannya lagi. (i) Jelaskan hubungan Bibik dengan Siew Lan dan Mak Timah. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kesan buruk apabila masyarakat mempercayai kata-kata tukang tilik.

[3 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 10

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 13: Tahap SM 2B Nama

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

[4 markah]

2d. Pemahaman Drama [9 markah]

Drama “Tiang Cengal Dinding Sayung”

Sinopsis

Khalid bertemu dengan Pak Husain, bekas pejuang negara ketika sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota. Dalam pertemuan tersebut, masing-masing melahirkan rasa gembira setelah terpisah selama 30 tahun. Khalid sangat menghormati Pak Hussain dan menggelarkannya sebagai"pahlawan" kerana Pak Husain banyak berjasa kepada tanah air, terutamanya kepada penduduk kampungnya semasa pendudukan askar Jepun ke Kelantan. Dia sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan Jepun.

Pertemuan tersebut juga menyebabkan Khalid teringat kembali akan peristiwa yang berlaku pada pagi 8 Disember 1941. Pada pagi itu, Pak Husain telah mengarahkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat termasuklah keluarga Khalid meninggalkan rumah masing-masing menuju ke pangkalan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan Jepun. Mereka diarahkan berpindah ke Kampung Dal pada waktu subuh. Keadaan menjadi cemas apabila penduduk kampung yang sudah berada di dalam perahu yang sedang bergerak, tersedar bahawa Pak Husain yang mengetuai perpindahan mereka ke Kampung Dal telah tertinggal. Mak Bidah

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 11

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 14: Tahap SM 2B Nama

yang merupakan isteri kepada Pak Husain meraung apabila menyedari suaminya tidak ikut serta dalam misi perpindahan itu. Serangan Jepun terhadap Tanah Melayu di Kelantan pada masa itu menyebabkan suasana menjadi gegak-gempita dan huru-hara. Banyak kawasan dan kubu pihak Inggeris yang dikawal ketat oleh askar Punjabi di Kelantan telah ditawan oleh askar Jepun seperti di Dasar, Sabak, dan Pengkalan Cepa.

Dalam keadaan yang huru-hara ketika perang baru sahaja meletus, Pak Husain telah muncul di Kampung Dal dengan cerita perangnya sehingga diberi gelaran "pahlawan" oleh penduduk setempat. Menurut Pak Husain, dia telah ditahan dan dipaksa oleh tentera Jepun untuk menguburkan mayat-mayat askar Punjabi dan orang mati di Kampung Pulau Pak Amat. Pak Husain berjaya melarikan diri daripada tahanan askar Jepun selepas dia membuat helah dengan meminta kin untuk membuang air besar. Jasa dan kepahlawanan Pak Husain bukan hanya ketika perang Jepun sahaja, bahkan selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, sekali lagi Pak Husain telah berjaya mematahkan cubaan merompak oleh segerombolan perompak yang mencuba merompak rumah Pak Ngah Isa di kampung mereka. Berbekalkan senapang milik seorang askar Punjabi yang diambilnya ketika perang Jepun dahulu, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih berada di dalam perahu. Hasilnya, kampung tersebut bebas daripada ancaman rompakan selepas itu. Pak Husain digelar Pahlawan Buntung kerana kakinya kudung sebagai akibat terkena pecahan bom tinggalan Jepun semasa berjalan di tepi pantai setahun selepas Jepun menyerah kalah kepada askar British. Pada akhir cerita, Khalid mengiktiraf Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana keberaniannya. Tema Cerpen "Pahlawan Buntung" bertemakan keberanian seorang pejuang tanah air yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan bangsa dan negara daripada serangan penjajah dan anasir yang mengancam keselamatan penduduk setempat. Persoalan 1. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang. 2. Ketabahan penduduk kampung dalam mengharungi pelbagai kesulitan dan keperitan pada zaman perang. 3. Kasih sayang yang menebal dalam sesebuah keluarga. 4. Kerjasama yang erat dalam sebuah komuniti mampu mengeratkan perpaduan dan keselamatan penduduk. 5. Kekacauan dan pergolakan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. 6. Kezaliman dan kekejaman pihak penjajah terhadap penduduk setempat yang berlaku pada zaman perang. Watak dan Perwatakan

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 12

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 15: Tahap SM 2B Nama

Pak Husain 1. Berusia 60 tahun. 2. Anak jati Kampung Pulau Pak Amat. 3. Berbadan tegap sasa dan digilai oleh banyak gadis di kampungnya sewaktu muda. 4. Pernah bekerja sebagai nelayan sebelum kakinya terpaksa dipotong sebagai akibat terpijak pecahan bom. 5. Bermisai nipis seperti kapas dan berjanggut jarang-jarang. 6. Bertongkat kayu kerana kaki kirinya terpaksa dipotong sebagai akibat terpijak pecahan bom. 7. Pejuang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. 8. Bijak mengatur strategi apabila mengarahkan penduduk kampung berpindah dari Kampung Pulau Pak Amat ke Kampung Dal sebelum hari cerah. 9. Bijak membuat helah, iaitu berjaya melepaskan diri daripada tawanan askar Jepun dengan memberikan alasan mahu membuang air besar. 10. Berani membedil sekumpulan perompak yang mencuba merompak rumah Pak Ngah Tsa dengan menggunakan senapang yang diperoleh daripada askar Punjabi. 11. Sanggup berkorban dan bergadai nyawa demi mempertahankan kampungnya daripada ancaman askar Jepun dan kawanan perompak. Khalid 1. Berumur 46 tahun. 2. Anak jati Kampung Pulau Pak Amat. 3. Menetap di Jalan Bayam. 4. Ayahnya bernama Hassan, 5. Mempunyai dua orang adik-beradik, iaitu Salim dan Fatimah. 6. Menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan penduduk kampungnya daripada menjadi mangsa askar Jepun dan ancaman perompak. 7. Mengagumi keberanian Pak Husain sehingga dia dan penduduk kampung memberikan gelaran "pahlawan" kepada Pak Husain. Mak Bidah 1. Isteri kepada Pak Husain. 2. Sayang akan suaminya. 3. Bertanggungjawab apabila segera memandikan Pak Husain dan membersihkan darah yang melekat pada badan Pak Husain sebaik sahaja suaminya itu muncul di Kampung Dal. Latar Latar Tempat 1. Di rumah Khalid. Contohnya, Khalid dan keluarganya dikejutkan dengan bunyi bedilan dan ledakan bom yang kuat sebagai akibat serangan askar Jepun.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 13

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 16: Tahap SM 2B Nama

2. Di Kampung Pulau Pak Amat. Contohnya, penduduk kampung terpaksa berpindah ke Kampung Dal untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa serangan Jepun.

3. Di Kampung Dal. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat berteduh dan menumpang tinggal di rumah saudara-mara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan askar Jepun.

4. Di Kampung Tuk Lukup, Sungai Gali, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang, Pengkalan Cepa, Ketereh, Dasar, dan Sabak. Contohnya, kawasan kampung dan kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun.

5. Di kota. Contohnya, Khalid dan Pak Husain telah bertemu secara tidak sengaja ketika menghadiri temasya kota (menyambut ulang tahun kemerdekaan negara). 6. Di dalam perahu. Contohnya, penduduk kampung tersedar bahawa Pak Husain yang mengetuai perpindahan mereka ke Kampung Dal tidak ikut serta. Latar Masa 1. Pada tahun 1973. Contohnya, ketika Khalid berumur 44 tahun. 2. Pada tahun 1941. Contohnya, zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (sewaktu Khalid berumur 14 tahun). 3. Pada tahun 1946. Contohnya, Pak Husain telah terpijak pecahan bom yang ditanam oleh askar Jepun menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong. 4. Waktu malam. Contohnya, Khalid dan keluarganya terdengar bunyi bedilan dan ledakan bom yang kuat akibat serangan askar Jepun. 5. Awal pagi / subuh. Contohnya, Pak Husain telah pergi ke rumah Khalid dan

mengarahkan ayah Khalid, Hassan membawa keluarganya bergerak ke pangkalan untuk berpindah ke Kampung Dal.

6. Waktu siang. Contohnya, askar Jepun memaksa dan memerintahkan Pak Husain menguburkan mayat-mayat askar Punjabi dan orang mati dalam satu kubur besar di Pulau Pak Amat.

Latar Masyarakat 1. Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut dan

tepi sungai. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat dan Pulau Panjang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut dan di tepi sungai.

2. Masyarakat yang menjadi mangsa peperangan dan terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa bedilan dan ledakan bom. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat terpaksa meninggalkan rumah dan kampung mereka untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa bedilan bom.

3. Masyarakat Melayu yang saling bekerjasama dalam menghadapi susah senang semasa zaman perang. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama menghadapi susah senang semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

4. Masyarakat penjajah/askar asing yang bertindak kejam terhadap penduduk kampung. Contohnya, Jepun telah menawan Pak Husain dan mengarahkannya menggali kubur untuk menanam mayat askar Punjabi dan orang mati.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 14

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 17: Tahap SM 2B Nama

5. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Contohnya, Pak Husain sanggup pergi ke kota dengan bertongkat kayu semata-mata kerana ingin merayakan temasya sambutan hari kemerdekaan negara.

6. Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan. Contohnya, kebanyakan penduduk di Kampung Pulau Pak Amat bekerja sebagai nelayan. Nilai 1. Nilai kasih sayang. Contohnya, selaku ketua keluarga, Hassan amat menyayangi isteri dan anak-anaknya, iaitu Salim, Khalid, dan Fatimah. 2. Nilai patriotisme/cinta akan negara. Contohnya, Pak Husain sanggup menggunakan tongkat kayu untuk pergi menghadiri temasya sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota kerana cinta akan negara. 3. Nilai tabah/cekal. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi saat-saat kesulitan dan keperitan sewaktu zaman perang. 4. Nilai berani. Contohnya, Pak Husain berani membedil sekumpulan perompak yang masih berada di dalam perahu ketika mereka baru sahaja mendarat di Kampung Pulau Pak Amat. 5. Nilai kerjasama. Contohnya, Penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun. 6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Pak Husain mengarahkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat agar segera berpindah setelah askar Jepun mendarat di pantai kampung mereka. 7. Nilai simpati. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat berkongsi kesedihan apabila mengetahui kejadian malang yang menimpa Pak Husain yang terpijak pecahan bom di benteng Kuala Pak Amat sehingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong. 8. Nilai mengenang jasa. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengiktiraf jasa Pak Husain dengan memanggilnya sebagai "pahlawan". 9. Nilai sanggup berkorban. Contohnya, Pak Husain sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan askar Jepun dan ancaman perompak. Pengajaran 1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesulitan dan keperitan hidup lebih-lebih

lagi pada zaman perang. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan. Contohnya, Penduduk Kampung Pulau Pak Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.

3. Kita mestilah berani bertindak untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Contohnya, Pak Husain telah membedil sekumpulan perompak yang masih berada di dalam perahu ketika mereka baru sahaja mendarat di Kampung Pulau Pak Amat

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 15

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 18: Tahap SM 2B Nama

untuk menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa daripada dirompak. 4. Kita hendaklah mengenang jasa atau bakti seseorang yang banyak berbudi

kepada bangsa dan tanah air. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengenang jasa Pak Husain dan memanggilnya sebagai "pahlawan" .

5. Kita mestilah sanggup berkorban demi bangsa dan tanah air tercinta. Contohnya, Pak Husain sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan askar Jepun dan ancaman perompak.

Latihan:

SANI : Sani yakin, emak. Sani yakin bapa masih hidup. SABARIAH: (Meninggikan suara dari jauh) Sani! Kenapa bagi harapan yang Kosong

pada emak? Engkau ini siapa hendak memandai-mandai? Cermin muka Kau tu. Jangan riak berdolak-dalik dalam soal kematian. Berterus terang saja. Hoi, kauingat laut itu macam air kolah masjidkah? Tak nampakkah macam mana ombak tsunami itu musnahkan harta benda di pantai? Bapa dalam laut Ketika itu. Kalau di atas daratan habis hancur musnah, di dalam laut tu apatah lagi. Cuba buang khayalan Kau itu. Jangan hendak tunjuk pandai. Engkau orang luar. Bukan Keluarga Kami. Sudah dapat menumpang ini pun sudah Kira bagus, tahu.

SANI : (Terasa dengan sindiran SABARIAH tetapi tetap bersabar) Kakak, jangan cakap begitu, Kak. memandai-mandai - melakukan

SABARIAH : Habis Kau hendak suruh buat macam mana? Cium Kau? sesuatu mengikut fikiran sendiri Sujud dekat Kaki Kau? Jangan hendak perasan, Sani. Jangan berdolak-dalik- bercakap berbalik hendak tunjuk baik Kau itu. Yang hilang itu bapa aku. Bapa aku. Kau tidak ada Kena- mengena dalam perkara ini.

SANI : Kak. ... Bukan itu maksud Sani, Kak. .. SABARIAH: Jangan panggil aku kakak kau. SABRI : Angah! (Cuba meleraikan pertengkaran). SABARIAH: Kauingat, Sani! Aku lebih dulu makan garam daripada engkau. Kau

jangan hendak memandai-mandai. Kaubuat urusan engkau sendiri. Jangan campur urusan orang. Sudah mak, mari balik. Emak raung dengan air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Bapa sudah tidak ada. Mayatnya mungkin sudah hilang.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 16

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 19: Tahap SM 2B Nama

(i) Berikan dua alasan Sabariah bahawa bapanya sudah meninggal dunia di laut.

[2 markah]

(ii) Sekiranya anda Sabri, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk

menasihati Sabariah supaya tidak terus memarahi Sani.

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain

yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut. [4 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 17

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 20: Tahap SM 2B Nama

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

1. Morfologi (a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) rendang (ii) tercicir (iii) kasar

[6 markah] 2. Sintaksis (b) Kenal pasti d m tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut: a. Subjek :_______________________________________________________ b. Predikat :_______________________________________________________ (i) Mahasiswa antara entiti utama dalam sesebuah negara. (ii) Media massa mempunyai peranan yang penting. (iii) Botol air itu daripada plastik. (iv) Pada setiap pagi, Pak Jalil ke kebun pisang. (v) Semua murid tingkatan lima diwajibkan menghadiri taklimat peperiksaan. (vi) Demi membiayai kos pelajaran adiknya, Saiful bekerja lebih masa.

[6 markah] C. Kesalahan ejaan & Imbuhan (c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Persaingan dalam industri fabrik yang menawarkan pelbagai corak menarik telah menyebabkan pemakai batik kurang diminati. Fabrik batik juga perlukan penjagaan yang rapi bagi mengekalkan kecantikkannya. Pelbagai langkah telah mengambil termasuklah menetapkan kaki tangan awam dan anggota pentadbiran negara, kecuali anggota badan uniform seperti polis memakai baju batik.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 18

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 21: Tahap SM 2B Nama

D. Kesalahan Istilah & Tatabahasa [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Murid itu ditahan persekolahannya kerana terlibat di dalam pergaduhan. (ii) Berdasarkan pada keterangan saksi itu, terbuktilah bahawa wanita itu mencederakan mangsa tanpa hajat. (iii) Banyak orang suka berkunjung di pasar raya itu kerana barang yang dijual di situ paling banyak sekali dan beraneka pilihan.

[6 markah] E. Peribahasa & Kata-kata Hikmat (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Tuk penghulu kesal aka sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika

mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dilaksanakan. Ada-

ada saja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama _____(i)_______. Mereka

sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-

kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana

____(ii)____ . Walau bagaimanapun, sebagai ketua, tuk penghulu akan berusaha

untuk menyelesaikan masalah dengan berhati-hati supaya penyesalan yang dibuat

dapat memuaskan hati semua pihak, bak kata pepatah _____(iii)______.

[6 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM502B 19

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 22: Tahap SM 2B Nama
Page 23: Tahap SM 2B Nama
Page 24: Tahap SM 2B Nama

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my