STRATEGI Pengajaran

8
2.0 Pengenalan Strategi Pengajaran Strategi merujuk kepada cara – cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Ia merupakan tindakan – tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat – matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid – murid untuk memperolehi hasil pembelajaran maksimum. Aspek – aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objektif pengajaran, proses pengajaran , isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah. Antara contoh strategi – strategi pengajaran ialah : a. Strategi pemusatan guru b. Strategi pemusatan murid c. Strategi pemusatan bahan d. Strategi berasaskan tugasan 2.1 Pemusatan Guru

Transcript of STRATEGI Pengajaran

Page 1: STRATEGI Pengajaran

2.0 Pengenalan Strategi Pengajaran

Strategi merujuk kepada cara – cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu

aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Ia merupakan

tindakan – tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai

matlamat – matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran

untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat

disampaikan kepada murid – murid untuk memperolehi hasil pembelajaran maksimum.

Aspek – aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran

yang sesuai ialah objektif pengajaran, proses pengajaran , isi kandungan, persediaan dan

kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.

Antara contoh strategi – strategi pengajaran ialah :

a. Strategi pemusatan guru

b. Strategi pemusatan murid

c. Strategi pemusatan bahan

d. Strategi berasaskan tugasan

2.1 Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi pemusatan guru

merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan di dalam

bilik darjah. Strategi pemusatan guru meletakkan guru di tengah – tengah aktiviti bilik

darjah. Dalam strategi ini, guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting

sedangkan murid berpeanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di

antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak

mendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik. Murid – murid tidak

berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru yang banyak bertindak dan

memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan

pencapaian pencapaian objektif pengaajran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih

Page 2: STRATEGI Pengajaran

diutamakan daripada penyebaran nilai – nilai murni dan prkembangan emosi oleh guru.

Strategi ini mementingkan pencapaian murid – murid berdasarkan keputusan ujian dan

peperiksaan. Teknik mengajara guru tertumpu kepada penyampaian fakta – fakta.

Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Justeru itu, murid

kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi di antara murid juga adalah pasif dan

sifat – sifat sosial positif kurang dipupuk. Strategi ini mementingkan pengolahan

kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi

perhatian oleh guru. Akibatnya, dibawah strategi pemusatan guru, murid – murid

menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan

dalam langkah – langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak

permahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang

mempunyai langkah – langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas

setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi

awal latihan amali, dan membekalkan setiap muris dengan amali yang lebih tinggi dan

kerap.

2.2 Pemusatan Murid

Dalam strategi ini, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan

pembelajaran.Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid focus utama dalam proses

pembelajaran. Murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran

dan pembelajaran (kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan,

penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain – lain).Strategi ini mungkin lebih

sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi

pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan

kritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang

penting,sedangkan peranan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid yang

menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid

adlaah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya

murid berfikir dan bertindak balas memberi jawapan. Ciri kepimpinanan guru bersifat

Page 3: STRATEGI Pengajaran

demokratik dalam strategi ini. Murid – murid sentiasa digalakkan memberi pendapat

mereka. Keadaan ini menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik

darjah. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pembelajaran murid. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang

dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Ujian formatif lebih ditekankan dan

keputusan ujian kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid.

Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid –

murid memahami fakta – fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat

kesimpulan sendiri. Peluang interaksi diantara murid adalah banyak dan sifat sosial

yang positif seperti tolong – menolong, berkerjasama dan bertolak ansur selalu

dipupuk. Strategi pemusatan murid juga mementingkan pengolahan kaedah kumpulan.

Di bawah strategi pemusatan murid, murid – murid menunjukkan sifat kreatif dan

berinisiatif. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi

ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam

mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi,

mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.

Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan

serta beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan murid ialah termasuk

menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat

berinteraksi dengan guru dan murid lain

2.3 Berasaskan bahan

Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran

dan bahan pembelajaran. Bahan – bahan yang digunakan ialah spaerti carta,graf,peta

specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih

canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer

multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan- tele dan

persidangan – video. Strategi ini memupuk sifat –sifat sosial yang positif khasnya bila

murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid – murid mendapat pengalaman

Page 4: STRATEGI Pengajaran

realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan kronkrit. Ini

menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku di dalam bilik

darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru

dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid

dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh

guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid murid.

Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi

murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid

belajar untuk kadar masing – masing pada setiap masan dan di tempat pilihan mereka.

2.4 Berasaskan Tugasan

Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam

aktiviti atau yang memberi peluang kepada mereka mengamalkan dan mengaplikasikan

apa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang

kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau

scaffolding bentuk lain yang diperlukn untuk membolehkan mereka melaksnakan tugasan

mereka dengan jayanya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak, perlu disampaikan dengan

berkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Untuk itu, guru

perlu terlebih dahulu menyediakan muris menghadapi sesuatu aktiviti, memberi

bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktiviti

selepas sesuatu aktiviti. Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu

menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam

aktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang ingin dicapai mereka. Guru boleh

membekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu (scaffold) tentang bagaimana

memenuhi kehendak tugasan. Sekiranya bacaab ialah sebahagian daripada tugasan, guru

mungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi – strategi

yang dapat memperkembangkan dan memantau kefahaman semasa mereka membaca,

atau membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka mempelajari bahan

bacaan dengan cara yang betul. Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan,

Page 5: STRATEGI Pengajaran

guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan sekiranya perlu.

Kebanyakan tugasan bersama – sama dengan murid, memberi maklum balas umum

tentang persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkan kepada

matlamat keseluruhan. Antara strategi tugasan yang boleh diberikan oelh guru kepada

murid – murid ialah :

a. Berlakon

b. Menyanyi

c. Membuat model

d. Perbahasan

e. Perbincangan