Pengajaran Math
-
Upload
roszelan-majid -
Category
Documents
-
view
274 -
download
0
Transcript of Pengajaran Math
-
8/14/2019 Pengajaran Math
1/117
-
8/14/2019 Pengajaran Math
2/117
i
Standard KualitiPengurusan dan Pengajaran MatematikSekolah Menengah
ISBN
HAKCIPTA
Rekabentuk Kulit
Shamsuri bin Sujak
Penerbit
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIKJEMAAH NAZIR SEKOLAH
ARAS 3-5, BLOK E15,KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA
(TEL : 03-88844161, FAX : 03-88886867)
-
8/14/2019 Pengajaran Math
3/117
ii
Diterbitkan Oleh :
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIKJEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 3 - 5, BLOK E15
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYATel : 03 - 8884 4161Fax : 03 - 8888 6867
Email : [email protected]
Cetakan Pertama2007
ISBN 983-2509-16-5
-
8/14/2019 Pengajaran Math
4/117
iii
Didedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semuaDidedikasikan untuk semua
Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,Nazir Mata Pelajaran Matematik ,
Pengetua serta Guru Matematik di seluruh negaraPengetua serta Guru Matematik di seluruh negaraPengetua serta Guru Matematik di seluruh negaraPengetua serta Guru Matematik di seluruh negaraPengetua serta Guru Matematik di seluruh negara
sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaansempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
MalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysia
-
8/14/2019 Pengajaran Math
5/117
iv
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard Kualiti Pengurusan Dan
Pengajaran Sains dan Matematik sebagai panduan kepada semua Guru Besar,
Pengetua serta guru Sains dan Matematik dalam memastikan pencapaian kualiti
Pendidikan Sains dan Matematik di sekolah berada pada tahap yang tinggi.
Sesungguhnya Standard ini menjadi pelengkap kepada usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyemarakkan semangat dan usaha untuk melonjak
kecemerlangan pendidikan bagi meletakkan Malaysia dalam arus perdana
pendidikan dunia.
Pendidikan Sains dan Matematik adalah menjadi teras dalam usaha
menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Saya berharap Standard inidapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memperkukuhkan keupayaan dan
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
di sekolah. Secara tidak langsung, kefahaman, kecekapan dan keberkesanan
pendidikan Sains dan Matematik di sekolah akan meningkat.
Saya amat yakin bahawa menerusi pendidikan Sains dan Matematik yang
berkualiti, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan pendidikan
di negara ini bertaraf dunia akan tercapai.
Selamat Maju Jaya.
DATO SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN
iv
-
8/14/2019 Pengajaran Math
6/117
v
SEKAPUR SIREH
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jemaah Nazir
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard
Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Sains dan Matematik. Penerbitan Standard
ini adalah satu usaha yang terpuji.
Kurikulum Pendidikan Sains dan Matematik telah digubal selaras dengan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan misi dan wawasan
negara. Kurikulum ini dapat menyediakan modal insan yang boleh menyumbang
kepada pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara
yang komprehensif merangkumi bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan moral
serta berintegriti, bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
Guru Besar, Pengetua serta guru Sains dan Matematik bertanggungjawab untukmempertingkatkan kualiti pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah.
Oleh yang demikian, mereka haruslah berilmu, peka terhadap perkembangan
terbaru di dalam Pendidikan Sains dan Matematik serta mahir dengan tugas
menghasilkan pengajaran Sains dan Matematik yang berkualiti tinggi.
Standard ini disediakan untuk membantu sekolah mencapai matlamat yang
dimaksudkan di atas. Mudah-mudahan, ia akan dimanfaatkan oleh semua pihak
yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik.
Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa demikepentingan dan kemajuan pendidikan di negara kita.
Sekian, terima kasih.
Selamat Maju Jaya.
DATO HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
v
-
8/14/2019 Pengajaran Math
7/117
vi
PRAKATA
KETUA NAZIR SEKOLAH
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Sains dan Matematik ini adalah
kesinambungan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah
diterbitkan dalam tahun 2003. Standard ini telah diolah dengan mengambil kira falsafah,
konsep, matlamat dan objektif pendidikan Sains dan Matematik serta perkembangan
dan perubahan terkini dalam sistem pendidikan negara seperti pelaksanaan Program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Pada dasarnya, Kurikulum Sains dan Matematik kini mengutamakan proses pendidikan
yang bersifat menyeluruh dan seimbang meliputi perkembangan intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Sebagai pemimpin instruksional di sekolah, Guru Besar dan Pengetua
harus berupaya memberikan bimbingan profesional kepada semua stafnya. Guru Sains
dan Matematik pula selain daripada melaksanakan kurikulum yang telah digubal,
hendaklah juga menjadi agen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran danberkemahiran memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.
Jemaah Nazir Sekolah mengambil inisiatif menerbitkan SKPP Sains dan Matematik ini
sebagai usaha membantu Guru Besar, Pengetua dan guru mata pelajaran Sains dan
Matematik meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mereka mengenai
pendidikan Sains dan Matematik, khususnya dalam aspek pengurusan Kurikulum Sains
dan Matematik serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Semoga dengan usaha ini, mereka yang terlibat akan lebih berkeupayaan untuk
menguruskan program-program pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah
dengan lebih berkesan. Diharap Standard ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua
pihak yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik di sekolah dan seterusnya
menjadi suatu bahan rujukan profesional. Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
HAJI ABDUL ADZIS BIN ABAS
vi
-
8/14/2019 Pengajaran Math
8/117
vii
Kurikulum Matematik Sekolah Menengah menyarankan pendekatan
pembelajaran yang menekankan penglibatan murid secara aktif. Selain
itu, pemupukan nilai-nilai murni, penguasaan kemahiran Matematik,
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis serta strategi berfikir perlu dibangunkan
sejajar dengan keperluan untuk membangunkan modal insan yang dapat
menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat.
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Matematik Sekolah
Menengah diterbitkan bertujuan membantu pihak sekolah untuk
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan Matematik di sekolah. Pihak
sekolah hendaklah menggunakannya dengan bijaksana dan menyesuaikan
panduan yang terdapat di dalamnya dengan keadaan sekolah dan
keperluan murid.
DARI MEJA PENERBIT
-
8/14/2019 Pengajaran Math
9/117
viii
AHLI JAWATANKUASA PENGGUBALAN DAN PENERBITAN
PENASIHAT
HAJI ABDUL ADZIS BIN ABASKETUA NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
HAJAH ESAH BT JANTAN
TIMBALAN KETUA NAZIR SEKOLAH (OPERASI)
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENGERUSI
HAJI YUSOF BIN HAMIDKETUA SEKTOR KURIKULUM
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENYELARAS
SHAMSURI BIN SUJAK
KETUA PENOLONG PENGARAH SAINS & MATEMATIK
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
AHLI
HAJI ALI BIN ABU BAKAR
Dr. LOGESWARY a/p DORAISAMY
FARIDAH BINTI YANG RAZALI
SHADHANA a/p POPATLAL
TAMRIN BIN ZAHARUDIN
ISHAK BIN ARIF
CHIANG CHOON LIM
JAMALIAH BINTI HAJI MOHD SOM
KRISHNAN a/l MUNUSAMY
JUANANG TININ
AHMAD KAMAL BIN HAJI YASIN
ZAINAL BIN MOHAMAD
NOOR FILZAH BINTI KAMARUDDIN
BAYNUM BINTI HASSAN
URUS SETIA
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIK
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
-
8/14/2019 Pengajaran Math
10/117
ix
Tajuk Muka Surat
Kata Alu-Aluan YB Menteri Pelajaran Malaysia
Sekapur Sireh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Prakata Ketua Nazir Sekolah
Dari Meja PenerbitFalsafah Pendidikan Kebangsaan
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
Visi Jemaah Nazir Sekolah
Misi Jemaah Nazir Sekolah
Matlamat Jemaah Nazir Sekolah
Matlamat dan Objektif Pendidikan Matematik
Objektif Pendidikan Matematik Sekolah Menengah
Bab 1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Sekolah
1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Standard
Bab 2 Pendidikan Matematik di Malaysia2.1 Pendahuluan
2.2 Objektif Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik
2.3 Peranan Pengetua
Bab 3 Pengurusan Mata Pelajaran Matematik
3.1 Pendahuluan
3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
3.3 Kepimpinan Pengetua
3.4 Panitia Mata Pelajaran
3.5 Tugas Ketua Panitia
3.6 Tugas Setiausaha Panitia
3.7 Pengagihan Tugas Mengajar
3.8 Peruntukan Masa Dan Sebaran Waktu Pelajaran Matematik3.9 Perkembangan Staf
3.10 Persatuan Matematik
3.11 Sudut Matematik
Bab 4 Pengajaran Dan Pembelajaran
4.1 Pendahuluan
4.2 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Menengah
4.3 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Tambahan
4.4 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
4.5 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
4.6 Rancangan Pengajaran Matematik
4.7 Latihan Dan Tugasan Murid
4.8 Penilaian Dalam Matematik4.9 Sumber Matematik
Bab 5 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
5.1 Latar Belakang
5.2 Jawatankuasa Khas PPSMI
5.3 Program Intervensi
5.4 Program Sokongan
Bab 6 Penyeliaan
6.1 Bidang-bidang Yang Perlu Diselia
6.2 Strategi Penyeliaan
iv
v
vi
viixi
xi
xi
xi
xii
xii
xii
1
2
1516
16
19
19
21
22
23
24
25
26
2627
29
30
31
31
33
34
36
37
38
42
47
49
50
50
51
53
53
54
-
8/14/2019 Pengajaran Math
11/117
x
6.3 Penyeliaan Pengurusan Kurikulum
6.4 Penyeliaan Oleh Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang/
Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia
6.5 Penyelia Pengurusan Mata Pelajaran Matematik6.6 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
6.7 Tatacara Penyeliaan
6.8 Penyeliaan Kaedah Penilaian
Bab 7 Rancangan Pemajuan Sekolah
7.1 Pendahuluan
7.2 Pelan Strategik
7.3 Pelan Taktikal
7.4 Pelan Operasi
7.5 Bidang Pemajuan
7.6 Strategi Pemajuan
7.7 Format Pelan Operasi/Tindakan Pemajuan Sekolah
7.7.1 Contoh Pelan Operasi Pemajuan Sekolah7.7.2 Contoh Pelan Tindakan Pemajuan Sekolah
Lampiran
Lampiran A : Senarai Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Siaran,
Surat Makluman Dan Lain-Lain Surat Pekeliling
Untuk Rujukan.
Lampiran B : Instrumen Pemastian Standard Pengurusan Matematik
Sekolah Menengah.
Lampiran C : Instrumen Pemastian Standard Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah.
54
55
5658
59
61
61
62
62
62
64
64
6566
67
73
85
Muka Surat
-
8/14/2019 Pengajaran Math
12/117
xi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.
VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mencapai kecemerlangan
serta standard kualiti pendidikan yang tinggi.
MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Melakukan penaziran sekolah serta institusi pendidikan dengan cara yang
cermat, teliti dan profesional bagi memastikan pendidikan yang diberikan
mencapai standard yang tinggi.
MATLAMAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH
Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Menjayakan Rancangan Pembangunan Pendidikan Negara
Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan program Kementerian
Pelajaran
-
8/14/2019 Pengajaran Math
13/117
xii
MATLAMAT PENDIDIKAN MATEMATIK
Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bermatlamat untuk membentuk
individu yang boleh berfikir dan menggunakan pengetahuan matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah
serta membuat keputusan. Keadaan ini membolehkan individu menghadapi
cabaran-cabaran seharian yang timbul akibat daripada perkembangan yang
pesat dalam bidang sains dan teknologi.
OBJEKTIF PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Kurikulum Matematik Sekolah Menengah adalah bagi membolehkan murid
untuk:
1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem berkaitan
dengan:
Nombor,
Bentuk dan Ruang,
Hubungan;
2. Mengembangkan aplikasi kemahiran operasi asas seperti:
Tambah,
Tolak,
Darab, Bahagi,
yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Hubungan;
3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
Membuat anggaran dan penghampiran,
Mengukur,
Mengumpul dan mengendalikan data,
Mengemuka dan menginterpretasi data,
Mengenal pasti dan mengemukakan hubungan secara
matematik, Menggunakan algorithma dan hubungan,
Menyelesaikan masalah, dan
Membuat keputusan;
4. Berkomunikasi menggunakan laras bahasa dan istilah matematik
yang betul;
5. Aplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
14/117
xiii
6. Menghubung kait matematik dengan bidang ilmu yang lain;
7. Aplikasi matematik dalam kehidupan seharian;
8. Menggunakan teknologi yang sesuai dalam membina pemahaman
konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan
meneroka bidang ilmu matematik;
9. Membudayakan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan
berkesan dan penuh tanggungjawab;
10. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan
teliti;
11. Melibatkan diri dalam perkembangan dunia matematik;
12.Memupuk sikap positif terhadap matematik; dan
13.Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
15/117
xiv
-
8/14/2019 Pengajaran Math
16/117
1
BAB 1
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH
1.1 Pengenalan
Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah menerbitkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Sekolah (SKPM-Sekolah) sebagai usaha memandu sekolah
meningkatkan kualiti pendidikan.
SKPM-Sekolah diolah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
a) Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secaraterancang berasaskan potensinya.
b) Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting
dalam usaha meningkatkan standard kualiti pendidikan.
d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan
sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.
e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus
berpandukan teori dan amalan pengurusan berkesan.
f) Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan
teori pembelajaran, kaedah pengajaran berkesan, dan
berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidangpendidikan.
g) Perancangan dan proses membuat keputusan program-program
pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.
h) Bahawa program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan
Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Bahagian (PPB)
-
8/14/2019 Pengajaran Math
17/117
-
8/14/2019 Pengajaran Math
18/117
3
c. dibuat secara kolektif.
1.2 Visi dan misi sekolah:
a. disebarluaskan kepada warga sekolah
b. dihayati oleh warga sekolah;
c. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan
kerja harian warga sekolah;
d. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang
munasabah;
e. memberi impak kepada warga sekolah; dan
f. dikaji semula mengikut keadaan dan keperluan.
Elemen 2 : Kepemimpinan
2.1 Guru Besar/Pengetua menerajui dan menggerakkan seluruh
warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara:
a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari
dengan visi dan misi;
b. mengamalkan gaya kepemimpinan yang sesuai mengikut
situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);
c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja
secara sepasukan;
d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan
konflik; dan
e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir
di kalangan warga sekolah.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
19/117
4
2.2 Guru Besar/Pengetua mengamalkan sistem komunikasi yang
berkesan dengan:
a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;
b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk
mengemukakan pendapat;
c. merangsang percambahan fikiran dalam kalangan warga
sekolah; dan
d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan
kolaboratif.
2.3 Guru Besar/Pengetua memberi motivasi dan dorongan bagi
membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju
warga sekolah secara berterusan dengan cara:
a. memberi sokongan moral dan material;
b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;
c. membuat penilaian secara adil;
d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan
kebajikan warga sekolah; dan
e. memberi teguran dan nasihat membina.
2.4 Guru Besar/Pengetua memainkan peranan yang berkesan
sebagai pemimpin kurikulumdengan:
a. mengajar sejumlah waktu mengikut surat pekelilingyang
sedang berkuat kuasa;
b. menjalankan penyeliaanpengajaran dan pembelajaran;
c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran;
d. menggerak dan memantau perjalanan Jawatankuasa
Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum, panitia-panitia
-
8/14/2019 Pengajaran Math
20/117
5
mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang
berkaitan dengannya; dan
e. memantau kemajuan murid.
2.5 Guru Besar/Pengetua mengupayakan semua guru untuk
membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan
dengan:
a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang
tugas;
b. melatih dan memimpin;
c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa
masing-masing;
d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas; dan
e. membimbing dan menasihat untuk meningkatkan
keupayaan kepemimpinan.
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI
Elemen 3 : Struktur Organisasi
Pihak Pengurusan Sekolah menjelaskan dan menyelaraskan tugas
guru dan staf sokongan dengan:
a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;
b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang
ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, programpembangunan sekolah dan program pendidikan;
c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja
bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan
d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang
ditubuhkan.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
21/117
6
Elemen 4 : Perancangan
Pihak Pengurusan Sekolah mengadakan perancangan strategik,
taktikal dan operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum,
kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, sumber tenaga manusia,
bahan kurikulum, kemudahan dan keperluan asas berasaskan
prinsip penambahbaikan berterusan. Perancangan ini hendaklah
mengambil kira:
a. visi dan misi sekolah;
b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value(TOV)];
c. peningkatan sasaran operasi [Operational TargetedIncrement(OTI)];
d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result(ETR)];
e. strategi yang bersesuaian;
f. implikasi sumber; dan
g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program
yang dilaksanakan.
Elemen 5 : Iklim
Pihak Pengurusan Sekolah mewujudkan iklim yang sihat dengan:
a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;
b. memastikan persekitaran psikososial yang selamat, kondusif,
dan harmoni;
c. mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan dalam kalangan
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;
d. mewujudkan permuafakatan dalam kalangan warga sekolah, ibu
bapa dan komuniti setempat;
e. memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan
etika perkhidmatan;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
22/117
7
f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;
g. memberi kebebasan optimum yang terkawal dalam kalangan
warga sekolah;
h. memberi motivasi serta sokongan moral, materialdan kepakaran
kepada warga sekolah; dan
i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah
atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada
kemajuan sekolah.
Elemen 6 : Pengurusan Dan Pembangunan Sumber
Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu
kemudahan dan keperluan asas, kewangan, sumber manusia dan
bahan kurikulum dengan:
a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan
keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;
b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi
memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;
c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik;
d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;
e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan
mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan;
f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;
g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakanbagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;
h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara
optimum sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan,
kemahiran, pengalaman, bakat dan minat;
i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program
peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan
dan kemajuan pendidikan;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
23/117
8
j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan
kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan
k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan
secara optimum.
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat
Pihak Pengurusan Sekolah mengurus semua data dan maklumat
pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan
kokurikulum, dan pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan
berkesan agar data dan maklumat:
a. dikumpul secara berterusan;
b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang
diberikan;
c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;
d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa
dan tahap keselamatan;
e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;
f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan
g. dikemas kini.
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulumdan Hal Ehwal Murid
Pihak Pengurusan Sekolah mengamalkan prinsip-prinsip
pengurusan program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid
yang berkesan dengan:
a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat
(kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
24/117
-
8/14/2019 Pengajaran Math
25/117
10
g. mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;
h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan
mereka;
i. memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan
patriotisme; dan
j. membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran secara berterusan.
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Guru membangunkan sahsiah setiap murid mengikut tahap
persekolahan dan potensi masing-masing dengan:
a. memberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan
potensinya;
b. memberi peluang, latihan dan bimbingan;
c. memotivasi dan memberi galakan;
d. menunjukkan teladan;
e. menyediakan persekitaran yang kondusif dan kemudahan;
f. menilai pencapaian murid dari semasa ke semasa untuk
pembetulan dan penambahbaikan;
g. memberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang
perlakuan yang negatif; dan
h. memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan
yang positif.
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
Guru menilai pencapaian murid dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah dengan pendekatan berikut:
a. secara formatif dan sumatif;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
26/117
11
b. mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan kelemahan secara
spesifik;
c. merekod dan mengulas secara kuantitatif dan kualitatif;
d. mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan
e. hasil penilaian dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta
pihak berkuasa yang berkaitan.
DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,Kokurikulum Dan Sahsiah
12.1 Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah,
bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep
kendiri yang positif untuk menjadi warga negara yang
patriotik;
b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian(untuk murid beragama Islam);
c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan
memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi;
e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan
betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakanbahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar;
f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian
selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
27/117
12
h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran
sosial;
i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta
mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang
baik; dan
j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk
menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah, bersesuaian
dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. menguasai bahasa Melayu;
b. menguasai kemahiran asas berbahasa;
c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul
untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan
bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;
d. mempunyai keupayaan intelektual yang merangkumi
pemikiran rasional, kreatif dan kritis;
e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya
dalam kehidupan seharian;
f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;
g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;
h. memiliki kualiti kepimpinan dan keyakinan diri;
i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;
j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
k. memahami dan menghargai budaya;
l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;
m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
28/117
13
n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan
produktiviti;
o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan
memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran
(untuk murid beragama Islam);
p. mempunyai asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan)
dan mengamalkan nilai-nilai murni;
q. bersemangat patriotisme;
r. berbakat dan kreatif; dan
s. bersikap positif.
12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah,
bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:
a. cekap dan fasih berbahasa dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris;
b. mempunyai keupayaan intelektual;
c. berilmu pengetahuan dan membangunkan penguasaan
kemahiran;
d. berkemahiran mengaplikasi bidang-bidang ilmu dan
kemajuan teknologi yang baru;
e. memperoleh kecekapan yang berfaedah kepada dirinya
dan masyarakat;
f. berkeyakinan diri;
g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan
sosiobudaya setempat dalam negara;
h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;
i. mempunyai kesedaran terhadap persekitaran;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
29/117
14
j. memperlihatkan pemantapan nilai;
k. mempunyai semangat patriotisme;
l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa
depan;
m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;
n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan
terhadap diri sendiri dan orang lain;
o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha setelah
berusaha dan berikhtiar;
p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat
dan agama; dan
q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya
dengan:
i. keluarga;
ii. persekitaran;
iii. alam fizikal;iv. kejadian alam; dan
v. Pencipta.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
30/117
15
BAB 2
PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA
2.1 Pendahuluan
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Matematik
Sekolah Menengah ini diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan
dan maklumat kepada guru, pengetua, pengurus dan pentadbir
sekolah dalam menjalankan tugas bagi memastikan pengurusan
pengajaran Matematik dilaksanakan dengan efisien dan efektif untuk
mencapai standard yang memuaskan.
Pada tahun 2002, satu perubahan besar berlaku dalam kurikulum
Matematik di sekolah menengah. Mesyuarat Jemaah Menteri telah
memutuskan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Keputusan
ini diambil memandangkan bahawa bahasa Inggeris merupakan
bahasa ilmu dan bahasa perhubungan antarabangsa. Penguasaan
yang baik dalam bahasa Inggeris membolehkan seseorang itu boleh
mengakses maklumat terkini sama ada dalam bentuk elektronik atau
bukan elektronik yang sebahagian besar daripadanya terdapat di
dalam bahasa Inggeris.
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan
PPSMI adalah untuk memaju dan membangunkan keseluruhan
potensi generasi muda Malaysia ke arah merealisasikan cabaran
Wawasan 2020, khususnya cabaran ke enam iaitu mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Pada
masa yang sama, KPM bercita-cita memenuhi hasrat Misi Nasionaluntuk membangunkan modal insan yang dapat bersaing di peringkat
global berteraskan Islam Hadhari, berkeupayaan dalam Sains dan
Teknologi, kreatif dan inovatif serta berupaya melaksanakan lebih
banyak usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Program PPSMI mula dilaksanakan pada tahun 2003 di Tingkatan
Satu dan Tingkatan Enam Bawah bagi sekolah menengah. Pada
tahun 2007, PPSMI telah dilaksanakan sepenuhnya di semua
sekolah menengah.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
31/117
16
2.2 Objektif Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran
Matematik
Objektif utama Standard ini ialah untuk membolehkan Pengetua dan
pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengajaran Matematik
untuk:
2.2.1 Mengetahui peranannya sebagai pemimpin instruksional;
2.2.2 Mengamalkan kepimpinan profesional;
2.2.3 Mengetahui dasar, kurikulum dan strategi pengajaran
Matematik; dan
2.2.4 Menjalankan penyeliaan dengan efisien dan efektif ke atas:
a. Pengurusan Mata Pelajaran Matematik.
b. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik.c. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Matematik.
2.3 Peranan Pengetua
Dalam menjalankan penyeliaan, seseorang pemimpin instruksional
perlu mempunyai pengetahuan dan kecekapan tertentu seperti
kemahiran berkomunikasi, motivasi, pengurusan konflik dan
pengurusan stress.
Penyeliaan dalam kurikulum merupakan salah satu tanggung jawabpenting seseorang Pengetua untuk memastikan kejayaan
pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Mengikut Glatthorn (1984:2):
Supervision is a process of facilitating the professional growth
of a teacher, primarily by giving the teacher feedback about
classroom instructions and helping the teacher make use of
that feedback in order to make teaching more effective.(Glatthorrn, A. H. (1984): Differentiated Supervision, Alexandria,
Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development).
Untuk menjalankan penyeliaan dengan lebih berkesan lagi, KPM
telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987
yang menghendaki Pengetua/Guru Besar menjalankan penyeliaan
keatas pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah secara
sistematik.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
32/117
17
Di samping menjalankan penyeliaan di dalam bilik darjah, Pengetua
hendaklah juga memainkan peranan sebagai seorang pemimpin
kurikulum. Beliau perlu memastikan bahawa:
2.3.1 Pelaksanaan kurikulum di sekolah mematuhi Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
2.3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS), Jawatankuasa
Khas PPSMI, Sistem Bimbingan Taulan (SBT), Panitia Mata
Pelajaran dan Jawatankuasa lain yang berkaitan dengan
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik ditubuhkan dan
berfungsi serta mendokumentasi dengan kemas kini perkara
seperti berikut:
a. Perancangan,b. Penyelarasan,
c. Pelaksanaan,
d. Pemantau dan Penilaian, dan
e. Penambahbaikan
2.3.3 Perkakasan ICT, koswer, bahan bantu belajar dan bahan-
bahan tambahan dikendali secara terancang dan digunakan
secara optimum;
2.3.4 Bilik PPSMI/Matematik diurus dengan baik dandimanfaatkan;
2.3.5 Pengagihan tugas mengajar dan tugas kokurikulum dibuat
mengikut kelayakan dan pengalaman guru;
2.3.6 Program perkembangan staf dirancang dan dijalankan
berdasarkan keperluan yang telah dikenal pasti;
2.3.7 Program penilaian berterusan dijalankan seperti Take Off
Value (TOV), Operational Targeted Increment (OTI) danExpected Targeted Result (ETR);
2.3.8 Tindakan susulan diambil berdasarkan hasil penilaian;
2.3.9 Kualiti kerja murid sentiasa terkawal; dan
2.3.10 Prestasi murid sentiasa meningkat.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
33/117
18
-
8/14/2019 Pengajaran Math
34/117
19
BAB 3
PENGURUSAN MATA PELAJARAN MATEMATIK
3.1 Pendahuluan
Kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Matematik di sesebuah
sekolah bergantung kepada dua faktor utama, iaitu pengurusan mata
pelajaran serta pelaksanaan P&P dalam bilik darjah. Pengetua
sebagai pemimpin instruksional, pengurus dan pentadbir sekolah
perlu memastikan pengurusan serta pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Matematik mencapai standard kualiti yang tinggi.
3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah merupakan badan
profesional di peringkat sekolah yang perlu dimanfaatkan untuk
membantu guru melaksanakan kurikulum supaya mencapai
matlamatnya.
3.2.1 Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah
a. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangkapendek dan jangka panjang di peringkat sekolah untuk
menentukan pencapaian matlamat kurikulum;
b. Mengemuka dan membincangkan kaedah-kaedah
perancangan, pelaksanaan, pengelolaan, pemantauan
dan penilaian program kurikulum dan kokurikulum untuk
meningkatkan kualiti P&P;
c. Merancang perkembangan staf untuk meningkatkan mutu
pendidikan;
d. Meneliti kesesuaian sumber-sumber P&P seperti buku
teks, panduan guru dan sumber-sumber lain;
e. Membincang masalah-masalah pendidikan yang
dihadapi di sekolah;
f. Memberi ruang supaya idea-idea baru yang berkaitan
dengan pendidikan dibincangkan;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
35/117
20
g. Memastikan penubuhan Panitia Mata Pelajaran dan
mempertimbangkan cadangan dan syor yang
dikemukakan oleh Panitia;
h. Memantau dan menilai kegiatan panitia bagi memastikan
pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan matlamat yang
dikehendakki;
i. Memantau dan menilai semua sukatan pelajaran dengan
tujuan untuk memberikan maklum balas kepada
Jawatankuasa Kurikulum Daerah dan Negeri;
j. Menentukan pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan diperingkat sekolah adalah berkesan.
3.2.2 Keanggotaan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Pengerusi: Pengetua
Ahli-ahli: Guru Penolong Kanan,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Penyelia Petang,Semua Guru Kanan Mata Pelajaran,
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran,
Guru Media,
Setiausaha Kurikulum,
Setiausaha Peperiksaan, dan
Guru Bimbingan dan Kaunseling.
(Bagi sekolah kecil semua guru bolehlah menjadi ahli JKS)
3.2.3 Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
a. Mesyuarat JKS tidak terhad pada awal penggal sahaja,
tetapi hendaklah diadakan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan sekolah untuk mengesan dan menilai
pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan;
b. Pengetua mestilah memberi keutamaan yang seimbang
kepada bidang kurikulum dalam senarai tugasnya.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
36/117
-
8/14/2019 Pengajaran Math
37/117
22
3.4 Panitia Mata Pelajaran Matematik
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 4/1986 mewajibkan semua
sekolah menubuhkan Panitia Mata Pelajaran secara rasmi.
Bagaimanapun, sekolah kecil seperti sekolah kurang murid (SKM)
tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran. Sekolah
seperti ini boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran sebagai
satu panitia.
Ahli Panitia Matematik adalah terdiri daripada semua guru yang
mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah. Ketua Panitia ialah
seorang guru yang dilantik oleh Pengetua berdasarkan kekananan,
kelayakan akademik, pengalaman mengajar, prestasi kerja dan sifat-sifat kepimpinan. Seorang Setiausaha Panitia hendaklah dipilih
oleh ahli panitia.
Fungsi dan peranan panitia Matematik adalah seperti yang diberikan
dalam SPI Bil. 4/1986.
Panitia hendaklah mengadakan mesyuarat panitia secara berkala
sekurang-kurangnya sekali sepenggal. Adalah dicadangkan supaya
sekolah mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga
kali setahun. Di samping itu mesyuarat Panitia boleh diadakansecara ad-hocpada bila-bila masa jika perlu. Mesyuarat rasmi perlu
mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.
Untuk memberikan bimbingan dan penyeliaan terhadap perjalanan
panitia, Pengetua hendaklah sentiasa memantau program panitia
dengan merujuk minit mesyuarat dan rancangan aktivitinya.
Pengetua dan Guru Penolong Kanan digalakkan menghadiri
sekurang-kurangnya satu mesyuarat Panitia dalam setahun bagimemberikan bimbingan profesional.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh
Panitia Matematik:
3.4.1 Rancangan Aktiviti Tahunan yang merangkumi murid dan guru
seperti Rancangan Peningkatan Penguasaan Murid dalam
Kemahiran Asas Matematik dan Peningkatan Keberkesanan
Pengajaran Guru.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
38/117
23
3.4.2 Pengurusan alat dan bahan sumber Matematik termasuk
perkakasan ICT yang merangkumi aspek pemerolehan,
penyelenggaraan, penyimpanan, perekodan dan
penggunaan;
3.4.3 Program perkembangan staf luaran dan dalaman;
3.4.4 Rancangan aktiviti kokurikulum Persatuan Matematik;
3.4.5 Pemantauan dan penilaian serta tindakan penambahbaikan;
3.4.6 Kelas Tambahan (Pengukuhan, Pengayaan dan Pemulihan);
3.4.7 Persekitaran Matematik (Mathematical Environment).
3.5 Tugas Ketua Panitia
Ketua Panitia (KP) pada keseluruhannya adalah bertanggungjawab
kepada Pengetua terhadap perancangan, pengelolaan dan
pelaksanaan program Panitia di sekolah. Berikut adalan senarai
tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan oleh KP untuk
menjayakan matlamat yang tersebut di atas.
3.5.1 Mengetuai Panitia Matematik sekolah serta menganggotai
JKS;
3.5.2 Memastikan seorang daripada ahli Panitia dipilih sebagai
Setiausaha Panitia;
3.5.3 Mempengerusikan mesyuarat Panitia Matematik dan
memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan
kepada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata
Pelajaran dan semua ahli panitia;
3.5.4 Memastikan perbincangan mesyuarat panitia mencakupi hal-
hal profesional selain daripada hal-hal pentadbiran. Perkara
profesional yang boleh dibincangkan adalah seperti masalah
pengajaran guru, pembelajaran murid, prestasi pencapaian
murid, isu kandungan kurikulum Matematik, pedagogi
Matematik, penggunaan perkakasan ICT, bahan bantu
belajar, pengurusan kelas dan strategi menangani masalah
yang dihadapi;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
39/117
-
8/14/2019 Pengajaran Math
40/117
25
3.5.13 Bekerjasama dengan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
(PSS) bagi pemerolehan buku-buku dan bahan Matematik
untuk PSS. Selain itu, beliau juga perlu bekerjasama dengan
Penyelaras PPSMI, Setiausaha SBT, Penyelaras ICT, Guru
SPBT dan Guru Bimbingan dan Kaunseling (Kaunselor) untuk
menyelaras pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan
pendidikan Matematik di sekolah dan pencapaian murid;
3.5.14 Menyediakan laporan interim dan laporan tahunan berkaitan
pelaksanaan program panitia untuk tujuan tindakan
penambahbaikan;
3.5.15 Menggalakkan ahli Panitia Matematik menjalankan Kajian
Tindakan berkaitan isu-isu pendidikan Matematik di sekolah;dan
3.5.16 Membimbing guru baru, guru Matematik bukan opsyen, Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti dalam hal
pengurusan mata pelajaran, P&P dan pengurusan Panitia.
3.6 Tugas Setiausaha Panitia
Setiausaha Panitia hendaklah membantu Ketua Pantia dalam aspek
pengurusan Panitia dan pengurusan mesyuarat Panitia. Beliau jugabertanggung jawab untuk memastikan semua dokumen panitia diurus
dengan sistematik. Untuk pengurusan mesyuarat panitia, Setiausaha
Panitia hendaklah melaksanakan tugas seperti berikut:
3.6.1 Tindakan pra-mesyuarat
a. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat;
dan
b. Menghantar kepada ahli panitia surat panggilanmesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya sepuluh
(10) hari sebelum sesuatu mesyuarat diadakan,
3.6.2 Tindakan semasa mesyuarat
Catatan minit mesyuarat
- Senarai kehadiran;
- Perkara penting yang dibincangkan;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
41/117
26
- Keputusan yang dibuat; dan
- Tindakan susulan yang perlu diambil,
3.6.3 Tindakan selepas mesyuarat
a. Penyediaan minit-minit untuk kelulusan pengerusi
hendaklah dikemukakan tidak lewat dari tiga (3) hari
selepas tarikh mesyuarat diadakan; dan
b. Maklum balas minit patut diterima daripada ahli
mesyuarat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh
mesyuarat berikutnya.
3.7 Pengagihan Tugas Mengajar
Pengagihan tugas mengajar dalam kalangan guru harus
dilaksanakan secara seimbang dengan mengambil kira kelayakan,
kecenderungan, minat dan pengalaman.
Seseorang guru Matematik seboleh-bolehnya diberi peluang
mengajar di kelas yang berlainan tingkatan supaya dia lebih
memahami perkembangan tajuk-tajuk Matematik dari setahun ke
setahun serta boleh mengambil alih kelas guru lain tanpa
menghadapi kesulitan.
3.8 Peruntukan Masa Dan Sebaran Waktu Pelajaran Matematik
Peruntukan masa bagi mata pelajaran Matematik di sekolah
menengah hendaklah mematuhi Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Surat Pekeliling Ikhtisas
yang berkuat kuasa.
Berikut adalah sebaran waktu yang disyorkan:
Tingkatan 1 hingga 3 dan Tingkatan 4 dan 5 yang tidak
mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan (ElektifKumpulan II) sebaik-baiknya Matematik diajar pada setiap hari
persekolahan.
Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Matematik
Tambahan (Elektif Kumpulan II) sebaik-baiknya Matematik diajar
dalam tiga (3) atau empat (4) hari dan Matematik Tambahan
dalam tiga (3) hari. Waktu kedua-dua mata pelajaran ini
hendaklah disebarkan secara seimbang supaya tidak terlalu
berat pada sesuatu hari dan juga pelajaran Matematik diadakan
pada setiap hari.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
42/117
27
Penjadualan tiga waktu berturut-turut tidak digalakkan
Waktu Matematik adalah lebih sesuai diadakan sebelum waktu
rehat. Walau bagaimanapun, sekolah boleh menjadualkan waktu
Matematik selepas rehat mengikut kesesuaian asalkan tidakdiberikan waktu terakhir lebih dari dua (2) kali seminggu
Sekolah diberi kelonggaran untuk melaksanakan jadual waktu
anjal mengikut keperluan dan kesesuaian.
3.9 Perkembangan Staf
Perkembangan staf merupakan satu program untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran serta memperluaskan pengalaman guru
dalam sesuatu bidang profesional. Oleh yang demikian, Panitiadigalakkan mengadakan program ini untuk mempertingkatkan
prestasi guru dalam P&P Matematik serta bidang lain yang berkaitan.
Program perkembangan staf boleh dikelaskan kepada dua jenis
iaitu luaran dan dalaman:
Perkembangan staf dalaman adalah program/aktiviti yang
dirancang dan dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah dan
Panitia Matematik bagi guru di peringkat sekolah.
4 hari (4 hari waktu tunggal)
atau
3 hari (2 hari waktu tunggal
dan 1 hari waktu berkembar)
atau
2 hari (2 hari hari waktu
berkembar)
4 waktu
(160 minit)
4 & 5Matematik
Tambahan
5 hari (5 hari waktu tunggal)
atau
4 hari (3 hari waktu tunggal
dan 1 hari waktu berkembar)
atau
3 hari (1 hari waktu tunggal
dan 2 hari waktu berkembar)
5 waktu
(200 minit)
4 & 5Matematik
(Teras)
Kelas yang
mengambil
Elektif
Kumpulan
II
4 & 5
5 hari (5 hari waktu tunggal)
atau
4 hari (3 hari waktu tunggaldan 1 hari waktu berkembar)
5 waktu
(200 minit)
1, 2 & 3Matematik
(Teras)
Teras
Sebaran Waktu Yang
Disyorkan
Jumlah Waktu
Seminggu
TingkatanMata
Pelajaran
Kumpulan
4 hari (4 hari waktu tunggal)
atau
3 hari (2 hari waktu tunggal
dan 1 hari waktu berkembar)
atau
2 hari (2 hari hari waktu
berkembar)
4 waktu
(160 minit)
4 & 5Matematik
Tambahan
5 hari (5 hari waktu tunggal)
atau
4 hari (3 hari waktu tunggal
dan 1 hari waktu berkembar)
atau
3 hari (1 hari waktu tunggal
dan 2 hari waktu berkembar)
5 waktu
(200 minit)
4 & 5Matematik
(Teras)
Kelas yang
mengambil
Elektif
Kumpulan
II
4 & 5
5 hari (5 hari waktu tunggal)
atau
4 hari (3 hari waktu tunggaldan 1 hari waktu berkembar)
5 waktu
(200 minit)
1, 2 & 3Matematik
(Teras)
Teras
Sebaran Waktu Yang
Disyorkan
Jumlah Waktu
Seminggu
TingkatanMata
Pelajaran
Kumpulan
waktu berkembar)
-
8/14/2019 Pengajaran Math
43/117
-
8/14/2019 Pengajaran Math
44/117
29
Menjadi ahli Persatuan Matematik dan Persatuan Pendidikan
Matematik di peringkat daerah/negeri/kebangsaan;
Menulis artikel berhubung dengan pendidikan Matematik untuk
diterbitkan dalam majalah sekolah, jurnal pendidikan, majalah/
berita Matematik dan lain-lain;
Membaca buku/majalah/artikel berkaitan dengan pendidikan
Matematik; dan
Perkongsian ilmu dan kemahiran dengan guru, murid dan institusi
pendidikan lain.
3.10 Persatuan Matematik
Aktiviti kokurikulum persatuan akademik adalah bertujuan untuk
pengukuhan, pengayaan, meluaskan pengetahuan serta
menimbulkan/meningkatkan minat murid terhadap Matematik.
Kurikulum Persatuan Matematik perlu diwujudkan bagi
membolehkan aktiviti persatuan dilaksanakan dengan terancang dan
berkesan.
Guru Penasihat Persatuan Matematik hendaklah dipilih daripada
kalangan guru Matematik. Aktiviti persatuan hendaklah dirancangoleh guru penasihat bersama dengan ahli persatuan. Dalam hal ini,
Panitia Matematik boleh membantu dalam perancangan aktiviti dan
Guru Matematik yang lain boleh dilibatkan dalam pelaksanaan
aktiviti.
Contoh aktiviti kokurikulum yang sesuai adalah:
Projek Matematik seperti: membuat model, graf dan carta;
Menyediakan laporan berdasarkan sesuatu siasatan/kajian;
Rekreasi/Permainan Matematik; Kuiz/Pertandingan Matematik;
Jejak Matematik;
Lawatan Sambil Belajar;
Mengendalikan Sudut Matematik di Papan Kenyataan; dan
Bimbingan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Laporan/rekod perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
45/117
30
3.11 Sudut Matematik
Sudut Matematik hendaklah diwujudkan di setiap bilik darjah. Sudut
ini sangat berguna kepada murid untuk peneguhan dan perluasan
pengetahuan mereka berkaitan isi kandungan pelajaran. Selain itu,
sudut ini juga dapat meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran murid serta dapat meningkatkan minat murid terhadap
mata pelajaran Matematik.
Pengelolaan sudut Matematik memerlukan usaha dan kerjasama
guru dan murid. Bahan yang dipamerkan hendaklah sentiasa kemas
kini dan sesuai mengikut topik yang dipelajari. Antara bahan-bahan
yang boleh dipamerkan di sudut Matematik adalah:
Carta sifir dan operasi asas;
Carta berkaitan topik/kemahiran yang sedang diajar;
Model dan bahan maujud yang berkaitan dengan topik/
kemahiran yang sedang dipelajari;
Hasil kerja murid;
Rumus/Formula Matematik;
Petikan/keratan artikel dan surat khabar berkaitan pendidikan
Matematik;
Sejarah dan tokoh Matematik; Kuiz/Pertandingan Matematik dan lain-lain.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
46/117
31
BAB 4
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Pendahuluan
Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menegaskan
pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran serta penggunaan
Matematik untuk menyelesaikan masaalah dalam pelbagai situasi.
Di samping itu, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian khusus
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah yangmelibatkan empat langkah utama seperti mentafsir masalah,
merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan
menyemak semula penyelesaian yang diperolehi supaya murid
dapat menyelesaikan masalah harian yang dihadapi secara
berkesan;
Perkembangan pemikiran yang mantik, bersistem dan kreatif
serta penaakulan yang sah untuk melahirkan seorang individu
yang dapat berfikir secara mantik dan rasional; dan
Pemupukan nilai intrinsik Matematik dan nilai murni masyarakat
seperti bersistem, tepat, teliti, tekun, yakin dan berpemikiran
mantik, tidak membazir, bersifat sederhana dan bekerjasama
untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab.
Dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, guru
hendaklah menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau
diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru hendaklah mengatur
strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan
potensi murid. Latih tubi boleh dilaksanakan untuk mengesankemajuan pembelajaran murid.
4.2 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Menengah
Kandungan Matematik diolah dalam tiga bidang yang saling berkait
iaitu NOMBOR, BENTUK dan RUANG dan PERKAITAN. Bagi setiap
bidang utama huraian topik-topik yang merangkumi skop bidang
pembelajaran adalah seperti berikut:
-
8/14/2019 Pengajaran Math
47/117
32
4.2.1 Nombor
a. Nombor Bulat
b. Pecahan
c. Perpuluhan
d. Peratus
e. Nombor Negatif
f. Gandaan dan Faktor
g. Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga, Punca Kuasa
Tiga
h. Bentuk Piawai
i. Asas Nombor
4.2.3 Bentuk dan Ruang
a. Ukuran Asas
b. Sudut dan Garis Selari
c. Poligon
d. Perimeter dan Luas
e. Pembinaan Geometri
f. Lokus dalam Dua Dimensi
g. Bulatan
h. Pepejal Geometri
i. Teorem Pythagorasj. Trigonometri
k. Bearing
l. Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk
m. Garis dan Satah dalam Tiga Dimensi
n. Pelan dan Dongakan
o. Bumi Sebagai Sfera
p. Transformasi
4.2.4 Perkaitan
a. Indeks
b. Ungkapan Algebra
c. Rumus Algebra
d. Persamaan Linear
e. Ketaksamaan Linear
f. Ungkapan dan Persamaan Kuadratik
g. Koordinat
h. Garis Lurus
-
8/14/2019 Pengajaran Math
48/117
33
i. Graf Fungsi
j. Kecerunan dan Luas di Bawah Graf
k. Nisbah dan Kadar
l. Ubahan
m. Matriks
n. Set
o. Penaakulan Mantik
p, Statistik
q. Kebarangkalian
4.3 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Tambahan
Kandungan Kurikulum Matematik Tambahan disusun dalam dua
pakej pembelajaran iaitu Pakej Teras dan Pakej Pilihan.
4.3.1 Pakej Teras adalah wajib dipelajari oleh semua murid dan
mengandungi lima komponen iaitu:
a. Komponen Geometri;
b. Komponen Algebra;
c. Komponen Kalkulus;
d. Komponen Trigonometri; dan
e. Komponen Statistik.
4.3.2 Pakej Pilihan terdiri daripada dua pakej iaitu:a. Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi; dan
b. Pakej Aplikasi Sains Sosial.
4.3.3 Murid hanya perlu memilih satu pakej sahaja daripada dua
Pakej Pilihan. Murid yang cenderung kepada Sains dan
Teknologi digalakkan memilih Pakej Aplikasi Sains dan
Teknologi manakala murid yang cenderung kepada
perdagangan, sastera dan ekonomi digalakkan memilih
Pakej Aplikasi Sains Sosial.
4.3.4 Dalam Pakej Teras, setiap komponan pengajaran
mengandungi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan satu cabang
Matematik. Tajuk dalam sesuatu komponen pengajaran
disusun mengikut satu hierarki supaya sesuatu tajuk yang
mudah dipelajari sebelum meneruskan kepada sesuatu tajuk
yang lebih kompleks.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
49/117
34
4.4 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Pada keseluruhannya, penekanan dalam P&P Matematik sekolah
menengah adalah untuk membolehkan pembinaan pemahaman
konsep, pemerolehan kemahiran dan penerapan nilai positif. Selain
itu, terdapat elemen-elemen lain yang perlu diambil kira dan
dipelajari dalam proses P&P dalam bilik darjah. Penekanan utama
adalah seperti berikut:
4.4.1 Penyelesaian Masalah
a. Penyelesaian masalah wujud dalam tiga bentuk yang
berbeza iaitu isi kandungan, kebolehan dan pendekatan
pembelajaran. Model penyelesaian masalah yang seringdigunakan adalah menggunakan kaedah Polya seperti
berikut:
i. Memahami masalah
ii. Merangka pelan penyelesaian
iii. Melaksanakan pelan penyelesaian
iv. Menyemak penyelesaian
b. Penyelesaian masalah adalah kebolehan Matematik
yang muktamad yang perlu dikembangkan dalamkalangan pembelajar Matematik. Sebagai kebolehan
muktamad, penyelesaian masalah dibina daripada
pengalaman dan pengetahuan sedia ada atau kebolehan
Matematik lain yang lebih mudah. Dengan itu, adalah
penting untuk memastikan kebolehan seperti pengiraan,
pengukuran dan komunikasi dikembangkan dengan baik
dalam kalangan murid.
4.4.2 Komunikasi Dalam Matematik
Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan
memperjelaskan kefahaman Matematik. Melalui
perbincangan, idea Matematik boleh diimbas kembali,
dibincangkan dan diubah suai.
Komunikasi berkesan membolehkan murid menyelesaikan
masalah dan berkebolehan menghuraikan konsep dan
kemahiran Matematik kepada rakan sebaya dan guru.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
50/117
35
Kemahiran berkomunikasi dalam Matematik mencakupi
kemahiran membaca dan memahami masalah, mentafsir
gambar rajah dan graf, serta menggunakan istilah Matematik
yang betul dan tepat semasa pembentangan lisan dan kerja
bertulis. Kemahiran berkomunikasi juga melibatkan
kemahiran mendengar.
Komunikasi lisan adalah proses interaktif yang melibatkan
aktiviti seperti mendengar, bercakap, membaca dan
memerhati. Ia adalah interaksi dua hala yang berlaku antara
guru-murid, murid-murid dan murid-bahan. Ia juga mungkin
melibatkan interaksi pelbagai hala antara guru-murid-bahan.
Komunikasi bertulis adalah proses perkongsian idea danmaklumat Matematik dengan orang lain melalui penulisan.
Persembahan adalah satu proses menganalisis sesuatu
masalah Matematik dan mentafsirkannya dari satu bentuk
kepada yang lain. Persembahan Matematik membolehkan
murid membentuk hubung kait antara idea Matematik yang
formal, informal, intuitif dan abstrak menggunakan bahasa
seharian.
4.4.3 Penaakulan Matematik
Penaakulan atau pemikiran logik adalah asas bagi
pemahaman dan penyelesaian matematik. Murid digalakkan
meramal dan meneka dalam proses mencari penyelesaian.
Murid dalam setiap peringkat perlu dilatih untuk mengkaji
ramalan atau tekaan mereka dengan menggunakan bahan
konkrit, kalkulator, komputer, persembahan matematik dan
lain-lain. Penaakulan logik perlu diterapkan dalam
pengajaran Matematik supaya murid dapat mengenal,
membina dan menilai ramalan serta perbahasan.
4.4.4 Hubung Kait Matematik
Kurikulum Matematik mengandungi beberapa bidang seperti
aritmetik, geometri, sukatan dan penyelesaian masalah.
Dengan membuat hubung kait, murid dapat melihat
Matematik sebagai satu idea yang menyeluruh berbanding
kumpulan idea yang terpisah. Apabila idea Matematik
dihubung kait dengan kehidupan seharian dengan kurikulum,
-
8/14/2019 Pengajaran Math
51/117
36
murid akan dapat menggunakan Matematik secara
kontekstual dalam pelbagai bidang pembelajaran.
4.4.5 Aplikasi Teknologi
Aplikasi Teknologi dapat membantu murid memahami konsep
Matematik secara mendalam dan bermakna serta
membolehkan mereka meneroka konsep Matematik.
Penggunaan komputer, koswer pendidikan, laman web dan
pakej pembelajaran dapat membantu guru meningkatkan
kemahiran pedagogi. Di samping itu, kebanyakan sumber
tersebut dibentuk untuk pembelajaran kendiri. Murid dapat
mengakses maklumat dan pengetahuan serta menguasai
kemahiran secara individu melalui pembelajaran akseskendiri dan kadar kendiri.
4.5 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Pelbagai perubahan terkini terutamanya dalam bidang sains,
teknologi, ekonomi dan ICT mempengaruhi isi kandungan dan
pedagogi pengajaran Matematik. Perubahan ini memerlukan
kepelbagaian kaedah dalam pelaksanaan P&P Matematik. Antara
aspek yang perlu diberi perhatian adalah:
4.5.1 Pembelajaran berpusatkan murid dengan mengambil kira
kebolehan dan gaya pembelajaran murid;
4.5.2 Pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti eksposisi oleh
guru, perbincangan pelbagai hala, aktiviti/amali, pengukuhan
dan latih tubi kemahiran asas, penyelesaian masalah, aplikasi
Matematik kepada situasi seharian, inkuiri penemuan,
pembentangan, kerja kumpulan, simulasi dan demonstrasi;
4.5.3 Penggunaan teknologi dan bahan pengajaran yang relevan,sesuai dan berkesan;
4.5.4 Penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan
keberkesanan P&P;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
52/117
37
4.5.5 Pemilihan pendekatan yang bersesuaian akan merangsang
suasana P&P di dalam atau luar bilik darjah. Antara
pendekatan yang sesuai adalah seperti berikut:
a. Pembelajaran Koperatif
b. Pembelajaran Kontekstual
c. Pembelajaran Masteri
d. Pembelajaran Akses Kendiri
e. Pembelajaran Kadar Kendiri
f. Pembelajaran Penilaian Kendiri
g. Pembelajaran Terarah Kendiri
h. Pembelajaran Konstruktivisme
4.6 Rancangan Pengajaran Matematik
Tujuan utama penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) ialah untuk memastikan guru
membuat perancangan dan persediaan yang rapi supaya P&P yang
dilaksanakan mencapai standard kualiti yang tinggi. Rekod P&P
hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua elemen, iaitu RPT
dan RPH. Pengetua hendaklah memastikan kedua-dua RPT dan
RPH disediakan mengikut SPI Bil. 3/1999.
4.6.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
RPT hendaklah disediakan sebelum sesi persekolahan
bermula. RPT mengandungi secara ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini. RPT hendaklah
dibahagikan mengikut minggu persekolahan sepanjang
tahun, mengambil kira tahap kebolehan murid, takwim
sekolah serta keadaan dan keperluan sekolah. Sekiranya
ada RPT yang dibekalkan oleh JPN/PPD/PPG, ia perlu
disesuaikan dengan takwim dan keperluan sekolah.
4.6.2 Rancangan Pelajaran Harian
a. RPH hendaklah disediakan sekurang-kurang sehari
sebelum pengajaran dilaksanakan.
b. RPH merupakan terjemahan RPT yang mengandungi
sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif (hasil
pembelajaran), cara bagaimana hendak mencapai
-
8/14/2019 Pengajaran Math
53/117
38
objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif
itu tercapai (refleksi/impak/penilaian kendiri).
c. Objektif hendaklah spesifik, boleh diukur dan sesuai
dengan masa pengajaran.
d. Aktiviti P&P yang disediakan hendaklah bersesuaian
dengan objektif, interaktif dan pelbagai hala
melibatkan ketiga-tiga elemen guru, murid dan
bahan, memperlihatkan perkembangan pelajaran
dan mengikut tahap dan kebolehan murid.
e. Refleksi/impak/penilaian kendiri adalah catatan
sejauh mana objektif P&P tercapai. Ia hendaklahbersifat kuantitatif dan kualitatif. Sebaik-baiknya
tindakan susulan yang akan diambil dinyatakan.
4.7 Latihan Dan Tugasan Murid
4.7.1 Tujuan
Latihan/tugasan diberikan kepada murid bertujuan :
a. Memperkukuhkan kefahaman konsep dan penguasaankemahiran yang telah dipelajari;
b. Memberi peluang kepada murid bagi memperoleh
pengalaman dalam penyelesaian masalah Matematik
yang berkaitan; dan
c. Membolehkan guru membuat penilaian formatif terhadap
kesan pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan.
4.7.2 Pemberian Latihan Dan Tugasan
Latihan/tugasan haruslah diberi selepas setiap pelajaran
sebagai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan juga sebagai
kerja rumah. Guru Matematik perlu mengambil kira garis
panduan berikut dalam memberikan latihan /tugasan kepada
murid;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
54/117
-
8/14/2019 Pengajaran Math
55/117
40
4.7.3 Penyemakan Latihan Dan Tugasan
Semua latihan/tugasan perlu disemak oleh guru untuk
memastikan murid telah memahami pelajaran dan
mempertingkatkan kualiti pengajaran dalam kelas. Guru
hendaklah mengambil langkah berikut dalam penyemakan
latihan/tugasan.
a. Guru perlu menyemak latihan/tugasan murid secara kerap
sebaik-baiknya selepas setiap pengajaran. Maklum balas
segera perlu diberikan kepada murid untuk membetulkan
sebarang salah faham mengenai kosep dan kaedah
penyelesaian masalah;
b. Langkah penyelesaian hendaklah diperiksa dengan teliti
dan kesilapan murid ditanda dengan jelas untuk rujukan
murid. Penyemakan yang hanya menumpukan kepada
jawapan akhir adalah tidak memadai;
c. Ulasan yang membina hendaklah diberikan untuk:
i. Memberi galakan kepada murid kerana kaedah
penyelesaiannya baik dan kreatif;
ii. Menunjukkan kepada murid strategi atau rumus yang
sesuai bagi menyelesaikan masalah; daniii. Memaklumkan kepada murid mengenai kualiti hasil
kerja mereka;
d. Guru hendaklah memastikan latihan/tugasan telah
dilaksanakan dengan berkualiti dari aspek:
i. kekemasan;
ii. kesempurnaan
iii. membuat pembetulan; dan
iv. penyerahan mengikut masa yang ditetapkan;
e. Guru hendaklah menandatangani dan mencatat tarikh
pemeriksaan selepas setiap penyemakan latihan/
tugasan;
f. Guru perlu membincangkan kesilapan di dalam latihan
untuk makluman murid; dan
-
8/14/2019 Pengajaran Math
56/117
41
g. Guru hendaklah menggunakan maklumat mengenai
kelemahan murid untuk memperbaiki pengajarannya di
dalam pelajaran akan datang.
4.7.4 Kerja Projek
a. Kerja Projek adalah satu elemen baru bagi kurikulum
Matematik Tambahan. Projek-projek seperti ini, selain
membantu pembelajaran dan pemahaman konsep
Matematik ianya dapat memberi peluang kepada murid
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari dalam situasi sebenar atau yang mencabar
pemikiran dan kreativiti mereka di luar bilik darjah.
b. Kerja projek merangkumi sesuatu masalah Matematik
yang dijalankan oleh murid. Pengenalan kerja projek
dapat memberi manfaat kepada murid seperti
merangsangkan minda murid, menjadikan pembelajaran
Matematik lebih bermakna, membolehkan murid
mengaplikasikan konsep dan kemahiran Matematik yang
telah dipelajari dan meningkatkan kemahiran
berkomunikasi.
c. Tugasan yang berbentuk kerja projek boleh dijalankanoleh murid secara individu ataupun secara kumpulan.
Kerja projek dihadkan kepada kes yang menggunakan
pengetahuan Matematik daripada Pakej Wajib dan Pakej
Pilihan yang diambil oleh murid.
d. Pelaksanaan kerja projek digalakkan mulai semester
kedua selepas murid mempelajari beberapa topik pada
semester satu. Tajuk aktiviti adalah berdasarkan topik
yang telah dipelajari dan murid telah selesai
mempelajarinya dan perlu disiapkan dalam masa tigaminggu.
e. Laporan kerja projek perlu dihantar oleh setiap murid
secara individu dengan mengikut kandungan berikut:
-
8/14/2019 Pengajaran Math
57/117
42
Tajuk;
Latar belakang atau Pengenalan;
Strategi/Prosedur;
Dapatan;
Perbincangan/Penyelesaian; dan
Kesimpulan/Rumusan.
4.8 Penilaian Dalam Matematik
Rangka pelaksanaan penilaian dalam P&P Matematik adalah seperti
jadual di bawah :
4.8.1 Tujuan PenilaianPenilaian merupakan sebahagian daripada proses P&P dan
hendaklah dijalankan secara berterusan. Tujuan utama
penilaian ialah untuk:
a. mengetahui sama ada murid telah memahami/
menguasai sesuatu konsep/kemahiran yang telah
disampaikan;
b. mengenal pasti bidang kekuatan dan kelemahan setiap
murid; dan
c. menggunakan maklum balas hasil penilaian untuk
merancang tindakan susulan dan penambahbaikan bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Merancang
Pengajaran danPembelajaran
Proses
Pengajaran danPembelajaran
Menjalankan
Penilaian
Maklum Balas
dan
Penambahbaikan
-
8/14/2019 Pengajaran Math
58/117
43
4.8.2 Jenis Penilaian
Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) ialah
penilaian dalaman yang disediakan oleh guru. PKSM menilai
bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian bidang
kognitif selalunya diadakan secara formal manakala penilaian
bidang afektif dan psikomotor selalunya dilaksanakan secara
tidak formal semasa guru mengajar dan memeriksa latihan
murid. Penilaian dalam KBSM meliputi.
a. Penilaian Formatif
Terdapat dua jenis penilaian formatif iaitu:
i. Tidak Formal
Penilaian dijalankan semasa pengajaran guru melalui
pemerhatian, soal jawab secara lisan dan
pemeriksaan latihan murid.
ii. Formal
Penilaian dijalankan melalui ujian bertulis contohnya,
Ujian Kemajuan yang diadakan secara bulanan dan
Ujian Pencapaian yang diadakan pada akhir penggal/
semester.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian Sumatif ialah ujian pencapaian yang diberikan
secara formal selepas sesuatu jangkamasa tertentu,
misalnya pada pertengahan tahun dan akhir tahun.
Peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah
(PMR)/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) adalah ujian sumatif.
4.8.3 Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik adalah ujian yang dijalankan oleh guru untuk
mengenal pasti masalah atau halangan yang berbentuk
kesukaran, kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang
sering kali dihadapi murid dalam pembelajaran supaya guru
tahu/sedar elemen penting dalam pengajarannya yang sukar
dikuasai oleh murid. Berdasarkan hasil ujian guru dapat
membuat pemulihan (remedial) berpandukan maklumat yang
-
8/14/2019 Pengajaran Math
59/117
44
diperolehi daripada ujian itu. Hasil Ujian Diagnostik perlu
dijadikan asas dalam menyediakan P&P terancang untuk
mengatasi halangan pembelajaran dan meningkatkan
pencapaian murid.
Ciri-ciri Ujian Diagnostik adalah seperti berikut:
a. Ujian Pencapaian (seperti UPSR, PMR dan SPM)
adalah untuk mengukur pembelajaran (to measure
learning) atau lebih terkenal dengan assessment of
learning, Ujian Diagnostik adalah untuk memperbaiki
pembelajaran (to improve learning) atau assessment
for learning.
b. Ujian ini bukan ujian standard yang perlu dijalankan
serentak di seluruh negara oleh LPM atau mana-mana
pihak tetapi ia adalah ujian yang dijalankan oleh guru
berdasarkan soalan-soalan yang mengukur konstruk
yang sama di seluruh negara.
c. Ujian ini mengukur konstruk-konstruk utama yang boleh
memberi subskor dan bukannya skor tunggal. Skor
tunggal dapat memberi maklumat secara lebih terperinci
sejauh mana murid menghadapi masalah dalampembelajaran supaya pemulihan dapat dilakukan.
d. Ujian ini mempunyai korelasi yang rendah antara
subskor bagi soalan-soalan yang dikemukakan (iaitu
kurang daripada 0.65). Perkara ini untuk memastikan
diagnosis yang dilakukan memberi maklumat tepat
tentang masalah yang dihadapi murid dalam
pembelajaran.
e. Setiap konstruk didefinisikan atau dikonsepsikandengan jelas, spesifik, berkaitan dengan peperiksaan
dari segi skop pengujian dan boleh memberi maklumat
pembelajaran pelbagai jenis calon. Oleh itu, guru boleh
membina sendiri soalan yang sesuai dan menepati
kehendak diagnosis yang diperlukan.
f. Item yang digunakan mestilah dapat berfungsi sebagai
alat untuk mendiagnos masalah atau halangan murid
dalam pembelajaran. Ini perlu dipastikan supaya murid
-
8/14/2019 Pengajaran Math
60/117
45
tidak menghadapi masalah semasa menjawab item
tersebut. Ini bermakna, jika kita hendak melihat sama
ada murid menghadapi masalah memahami soalan
yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, murid tidak
boleh dibebankan dengan masalah Matematik yang
sukar. Begitu juga, jika kita hendak melihat sama ada
murid menghadapi masalah berkaitan pengetahuannya
dalam Matematik, murid tidak seharusnya dibebankan
dengan masalah memahami soalan yang struktur
ayatnya sukar difahami.
g. Setiap item yang diguna untuk mengukur konstruk yang
berlainan mestilah bersifat unidimensi iaitu hanya
mengukur kostruk yang dimaksudkan sahaja. Ini adalahuntuk memastikan tidak berlaku kesilapan mendiagnos
halangan atau kelemahan murid dalam pembelajaran.
Ini penting bagi memastikan keserasian antara masalah
yang dihadapi oleh murid dengan pemulihan yang akan
diberikan.
h. Masa pengujian tidak ditetapkan tetapi anggaran masa
kebanyakan murid dapat menghabiskan semua soalan
perlu ditentukan. Perkara ini penting untuk memastikan
setiap murid diberi masa secukupnya untuk menjawabsemua soalan yang dikemukakan.
i. Soalan-soalan dikemukakan sama ada bentuk objektif
atau subjektif, secara bertulis atau secara lisan (murid
mendengar soalan yang dikemukakan secara verbal
oleh guru) hendaklah mengikut kesesuaian konstruk
yang hendak diuji dan tugasan yang hendak
dikemukakan.
4.8.4 Penyediaan Kertas Soalan Ujian/Peperiksaan
Pentadbiran dan pengurusan ujian/peperiksaan perlu
mengambil kira faktor berikut:
a. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) disediakan sebelum
soalan dibina untuk memastikan soalan dari pelbagai
tahap kesukaran iaitu mudah, sederhana dan mencabar
-
8/14/2019 Pengajaran Math
61/117
46
disediakan. Peratus taburan soalan yang dicadangkan
mudah:sederhana:sukar adalah 40:40:20. Nisbah ini
boleh diubah suai mengikut keadaan sekolah/kelas;
b. Soalan ujian/peperiksaan hendaklah menguji
pengetahuan mengenai fakta, kefahaman soalan,
kemahiran menghitung dan penggunaan fakta, konsep
dan kemahiran;
c. Soalan bagi ujian pencapaian/kemajuan seperti ujian
bulanan hendaklah disediakan oleh guru kelas masing-
masing berdasarkan tajuk/kemahiran yang telah diajar
serta mengambil kira kebolehan murid;
d. Soalan berbentuk subjektif hendaklah dimasukkan di
dalam ujian kemajuan bagi melatih murid menyelesaikan
masalah secara teratur mengikut langkah-Iangkah yang
mantik. Soalan subjektif boleh dibahagikan kepada
soalan/masalahberayat dan soalan pengiraan mekanikal;
e. Soalan berbentuk objektif boleh diberi untuk menguji
bidang tajuk kemahiran yang lebih luas, seperti semasa
Peperiksaan Akhir Tahun. Kombinasi soalan subjektif dan
objektif boleh diberikan semasa Peperiksaan AkhirPenggal/Semester;
f. Penyelarasan yang rapi perlu dibuat dalam penyediaan
soalan ujian selaras untuk semua kelas bagi tahun yang
sarna. Tajuk/kemahiran dan soalan-soalan yang diuji perlu
dibincangkan oleh panel guru yang terlibat supaya kualiti
dan jenis soalan sesuai dan dipersetujui oleh semua;
g. Guru hendaklah membuat analisis keputusan ujian/
peperiksaan secara individu dan kumpulan untukmengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid bagi
tujuan penambahbaikan;
h. Pemeriksaan kertas jawapan murid perlu berdasarkan
skema pemarkahan yang digubal dan dipersetujui
bersama supaya perbandingan yang sahih dapat dibuat
-
8/14/2019 Pengajaran Math
62/117
47
bagi pencapaian murid mengikut item dan markah
keseluruhan.
4.8.5 Rekod Prestasi dan Rekod Profil Murid
Rekod penilaian murid hendaklah boleh dipercayai dan
berguna untuk merancang dan melaksanakan tindakan
susulan bagi meningkatkan prestasi murid. Dua jenis rekod
penilaian hendaklah disediakan di peringkat sekolah iaitu:
a. Rekod Prestasi Murid
Catatan Rekod Prestasi Murid perlu mengikut tajuk/
kemahiran yang diajar dan dibuat secara berterusan.
Rekod ini tidak sesuai dicatat bagi semua atausebilangan besar kemahiran pada masa yang sarna. Guru
hendaklah merujuk pada rekod ini untuk merancang
aktiviti pemulihan dan pengayaan.
b. Rekod Profil Murid
Catatan Rekod Profil Murid perlu mengambil kira semua
pencapaian antaranya, Laporan Adab Belajar (LAB)
dalam sesuatu penggal/semester/tahun. Guru hendaklah
memberi ulasan tentang kekuatan dan kelemahan murid
untuk rujukan dan tindakan ibu bapa (termasuk ulasan
mengenai prestasi dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor).
4.9 Sumber Matematik
Beberapa sumber Matematik telah dibekalkan oleh KPM bagi
membantu guru melaksanakan P&P dengan berkesan. Sumber
tersebut adalah seperti berikut:
Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah;
Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah
(Tingkatan 1 Tingkatan 6);
Buku Teks Matematik untuk Tingkatan 1 - Tingkatan 6;
Koswer MyCD untuk Tingkatan 1 Tingkatan 6;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
63/117
48
Buku Aktiviti Matematik (Tingkatan 1);
Perkakasan ICT (komputer notebook/desktop, projektor LCD,
speaker dan skrin);
Koswer pengajaran dan koswer pembelajaran;
Kit PPSMI Sekolah Menengah yang mengandungi Buku Info
PPSMI, Soalan Lazim dan Instrumen Pemantauan dan Bimbingan
Pelaksanaan Program PPSMI (dalam bentuk softcopy dan
hardcopy);
4.9.1 Bahan-bahan tambahan berikut juga telah dibekalkan kepadasekolah:
Buku Glosari Matematik Sekolah Menengah;
Modul P&P dan Buku Penerangan Am;
Kertas Ujian Diagnostik Matematik Sekolah Menengah;
Bahan Pakej Pembelajaran Kendiri dalam bentuk buku
rujukan, kamus dan CD;
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia SKPM; dan
Perisian P&P Sekolah Bestari.
4.9.2 Selain daripada bahan yang tersebut di atas, bahan-bahan
pendidikan dalam bentuk siaran radio dan televisyen jugadisediakan. Bahan sumber juga boleh diakses melalui
internet seperti Portal Pendidikan, Laman Web KPM, Web
TV KPM dan laman web umum berkaitan Matematik.
4.9.3 Pihak sekolah hendaklah memperoleh bahan-bahan rujukan
dalam bidang Pendidikan Matematik untuk rujukan guru dan
murid. Buku (termasuk dalam bentuk digital) yang sesuai
dan berkaitan adalah seperti:
a. Kamus Matematik;
b. Istilah Matematik;
c. Kaedah dan strategi pengajaran Matematik;
d. Penilaian dalam Matematik;
e. Jurnal Pendidikan Matematik;
f. Majalah Matematik;
g. Buku Rujukan;
h. Fiksyen/cerita berunsurkan Matematik;
i. Buku berkaitan sejarah/tokoh Matematik; dan
j. Bahan rekreasi Matematik.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
64/117
49
BAB 5
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
DALAM BAHASA INGGERIS
5.1 Latar Belakang
Pada tahun 2002 Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk
melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berasaskan hakikat
bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat
dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru yang berlaku
hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.Sebahagian besar daripada maklumat terkini sama ada dalam
bentuk elektronik atau bukan elektronik terdapat dalam bahasa
Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada murid untuk
memperoleh maklumat ini di samping menambah masa penggunaan
bahasa Inggeris.
Program PPSMI dilaksanakan mulai tahun 2003 di Tingkatan 1 dan
Tingkatan 6 Bawah. Program tersebut diperluas secara
berperingkat-peringkat hingga ke Tingkatan 6 Atas pada tahun 2004dan Tingkatan 5 pada tahun 2007. Pelaksanaan Program PPSMI
di Sekolah Menengah adalah berpandukan kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 11/2002.
Matlamat pelaksanaan PPSMI adalah untuk membolehkan murid
mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya
mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih
berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Apabila Program PPSMI dilaksanakan sepenuhnya di sekolahMenengah pada tahun 2007, ia melibatkan mata pelajaran Matematik
berikut:
Matematik Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5;
Matematik Tambahan Tingkatan 4 hingga 5; dan
Matematik S dan Matematik T Tingkatan 6.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
65/117
50
5.2 Jawatankuasa Khas PPSMI
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program PPSMI Bil. 3/2004
bertarikh 28 Januari 2004 telah mencadangkan supaya
Jawatankuasa Khas Pelaksanaan PPSMI ditubuhkan di Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG),
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah. Pengerusi
Jawatankuasa Khas PPSMI di sekolah ialah Pengetua. Keahlian
Jawatankuasa ini terdiri daripada semua GPK, Guru Kanan Mata
Pelajaran, guru Sains, guru Matematik dan guru Bahasa Inggeris.
Tujuan Jawatankuasa ini adalah untuk merancang, menyelaras,
melaksana, menyelia, memantau dan menilai pelaksanaan P&P
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Jawatankuasa KecilPemantauan P&P dan Jawatankuasa Kecil Latihan perlu ditubuhkan
untuk memastikan Program PPSMI berjalan dengan lancar dan
segala kelemahan yang wujud diatasi dengan segera.
5.3 Program Intervensi
Program Intervensi PPSMI dirancang bertujuan meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan PPSMI. Aktiviti yang perlu dijalankan
dalam program intervensi adalah seperti berikut:
5.3.1 P&P Intensif PPSMI
a. Ujian Diagnostik;
b. P&P Terancang Dalam Kelas Biasa dan Kelas
Tambahan;
c. Ujian Pencapaian; dan
d. Analisis soalan PMR/SPM/STPM,
5.3.2 Penggunaan Buku Glosari Matematik;
5.3.3 Program Bahasa Inggeris Untuk PPSMI selepas PMR;
5.3.4 Orientation Program for Science and Mathematics in
English (OPSME); dan
5.3.5 Pemantauan dan Penyeliaan;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
66/117
51
5.4 Program Sokongan
5.4.1 Sistem Bimbingan Taulan
Merujuk kepada SPI Bil. 3/2007, pihak sekolah hendaklah
menubuhkan Jawatankuasa Sistem Bimbingan Taulan (SBT).
Pengerusi Jawatankuasa tersebut ialah Penolong Kanan
Pentadbiran dan Setiausaha ialah Ketua Panitia Bahasa
Inggeris. Guru Bahasa Inggeris menjadi Guru Pembimbing
manakala Guru Sains dan Guru Matematik menjadi Rakan
Taulan. Perjumpaan di antara Guru Pembimbing dan Rakan
Taulan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4)
jam sebulan.
5.4.2 Kursus Peningkatan Penguasaan Isi Kandungan
Pihak sekolah diminta mengenal pasti guru-guru yang kurang
menguasai isi kandungan Kurikulum Matematik Sekolah
Menengah dan melaksanakan kursus yang berfokus kepada
penguasaan isi kandungan bagi membantu guru-guru
tersebut. Kursus ini boleh dijalankan mengikut kesesuaian
masa.
5.4.3 Penggunaan Peralatan ICT
Semua guru PPSMI perlu mengikuti kursus ICT yang
dikendalikan oleh PPD/PPG atau bahagian KPM seperti
BPG dan BTP.
5.4.4 Program Peningkatan Pencapaian Murid
Cadangan Strategi Peningkatan Pencapaian Murid Dalam
Mata Pelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggerisadalah seperti berikut:
a. Khidmat bantuan guru Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik;
b. Ulangan Ayat Sains Dan Matematik;
c. Pembelajaran Kontekstual;
d. Projek Khas;
e. Learn A Sentence A Day;
f. Vocabulary Book;
-
8/14/2019 Pengajaran Math
67/117
52
g. Mathematics Camps;
h. Learning English in a Fun Way;
i. Drop Everything And Read (DEAR); dan
j. CorridorOfKnowledge.
Penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan aktiviti di atas
diberikan dalam SPI Bil. 1/1999 dan Surat Siaran KP(BS/
HEP)8586/041/JldVII(41) bertarikh 2 Mac 2004.
-
8/14/2019 Pengajaran Math
68/117
53
BAB 6
PENYELIAAN
6.1 Bidang-bidang YangPerlu Diselia
6.1.1 Pada umumnya, bidang utama yang perlu diselia oleh
Pengetua dan Pengurus/Pentadbir sekolah ialah pengurusan
mata pelajaran, pengurusan panitia dan pelaksanaan P&P.
6.1.2 Dalam penyeliaan bidang pengurusan mata