Strategi & Pengajaran

14
1.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF 1.1 Konsep pendekatam : Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui. Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Transcript of Strategi & Pengajaran

Page 1: Strategi & Pengajaran

1.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

1.1 Konsep pendekatam :

Di dalam konteks pendidikan,konsep pendekatan bermakna cara mendekati

sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata

pelajaran.Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata

pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

Menurut Edward M.Anthony (1963),pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait

dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Berdasarkan kepada huraian Edward M.Anthony,kita boleh merumuskan bahawa

pendekatan harus berlandaskan kepada model,prinsip atau prinsip atau teori

pembelajaran,misalnya daripada konkrit kepada abstrak,daripada konkrit kepada

abstrak,daripada mudah kepada kompleks,daripada keseluruhan kepada bahagian,daripada

umum kepada spesifik(deduktif),daripada spesifik kepada umum(induktif) daripada dekat

kepada jauh,daripada diketahui kepada belum diketahui.

Pendekatan adalah aksiomatik,iaitu kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang

bukti atau alasan.jika kita menggunakan cara-cara melaksanakan model,prinsip atau teori

pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran,maka model,prinsip atau teori pembelajaran boleh

dijadikan sebagai suatu pendekatan dalam pelajaran yang berkenaan.

Pendek kata,pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori

pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran

berdasarkan kepada objektifnya.

Page 2: Strategi & Pengajaran

1.2 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-

maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.

Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan

menberikan beberapa contoh yanh khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang

sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing

memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-

contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif,guru

boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk

membimbing murid-muridnya memerhati,mengkaji,mengenal pasti prinsip atau fakta

penting yang terkandung dalam setiap contoh itu.Semasa menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan

kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan

membuat kesimpulan daripada contoh –contoh khusus yang dikemukakan.

Contoh –contoh khusus

Memerhati, mengkaji,

mengenalpasti, mentafsir

Membuat generalisasi

Page 3: Strategi & Pengajaran

Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam

pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran,khususnya Matematik,Sains dan Bahasa.kaedah inkuiri-

penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya,adalah

berlandaskan kepada pendekatan induktif.rajah 3.7 berikut menunjukkan suatu contoh pengajaran

dan pembelajaran Sains yang menggunakan kaedah induktif.

Contoh-contoh khusus

Ikan emas, udang , berudu

Bernafas melalui insang

Haiwan yang hidup dalam air

mempun yai insang untuk

bernafas

Mentafsir dan membuat

generalisasi

Page 4: Strategi & Pengajaran

1.3 Jenis-Jenis Pendekatan Induktif :

Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk

mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya :

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari

segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip gravity

daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hokum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya

mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa.

Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil

tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku

manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.

1.4 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,guru perlulah

memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang

dihuraikan berikut iaitu

Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu

yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus

disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan

Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan

dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang

khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid

mengenalpastinya.

Page 5: Strategi & Pengajaran

Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang

serupa.Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu

persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri

pada contoh itu dengan lebih mudah.Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu

murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan

pendengaran.

1.5 TUNJUK CARA KAEDAH INDUKTIF :

Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat

sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran :

Mata pelajaran : bahasa melayu

Tajuk : imbuhan ‘ ter ‘

Objektif pelajaran :

Menyatakan fungsi imbuhan ‘ ter ‘ yang membawa maksud tidak sengaja.

memberikan beberapa contoh menggunakan imbuhan ‘ ter ‘.

Sumber pelajaran : kad-kad ayat yang memakai imbuhan ‘ter’.

Page 6: Strategi & Pengajaran

2.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

2.1 Konsep Deduktif :

Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada

sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas

contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk

mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau

peraturan yang telah diketahui.

Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang

kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan

pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau

peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang

khusus.

Aplikasi rumus, prinsip teorem atau

peraturan

Kaedah deduktif

Rumus,prinsip atau peraturan yang telah

diketahui.

Mendapatkan rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang baru

Page 7: Strategi & Pengajaran

Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif

pelajaran pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau

peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau

mendapatkan kesimpulan yang baru.

2.2 Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :

Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan

masalah. Misalnya setelah murid mendapat fngsi imbuhan ‘ ber ‘ mereka disuruh membuat

ayat dengan menggunakan imbuhan ‘ ber ‘.

Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk

membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi

empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga

bersudut tegak.

Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk

membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari

contohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis

lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut

dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah

Page 8: Strategi & Pengajaran

2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih

dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti

yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.

Generalisali, prinsip atau tori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti

hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan.Penggunaan deduktif harus dijalankan

mengikut prosedur yang betul iaitu

Proses penyelesaian masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada

menggunakan satu generalisasi prinsip atau teori yang telah dipelajari.

Guru tidak perlu menjalankan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara

membukti hipotesis tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka

menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

Pendedahan masalah atau

hipotesis

Pemilihan generalisasi,

prinsip atau teori yang telah diketahui.

Menyelesaikan masalah atau membuktikan

hipotesis.

Page 9: Strategi & Pengajaran

2.4 Tunjuk Cara Kaedah Deduktif

Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang

menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat :

Mata pelajaran : sains

Tajuk : ciri-ciri haiwan

Objektif : selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru

berdasarkan generalisasi yang telah diketahui.

Generalisasi lama : haiwan yang mempun yai syap boleh terbang

Generalisasi baru : haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh

terbang.

Sumber pelajaran : kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang

mempunyai sayap.

Page 10: Strategi & Pengajaran

3.0 KAEDAH PENGAJARAN INTEGRASI

3.1 Konsep :

Adalah satu cara mengorganisasikan program pengajaran supaya bahan dan

kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasakan fungsinya.

Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman sekolah seorang

kanak-kanak.

Konsep kaedah ini adalah kaedah yang berasaskan individu dan harus diamalkan

dalam persekitaran pembelajaran yang bebas. Kaedah ini juga berorientasikan kaedah

penyelesaian masalah.

3.2 Tujuan Kaedah.

Tujuan kaedah ini dijalankan ialah untuk mengajar murid-murid menjadi penyelesai

masalah yang berdikari.Kaedah ini turut membantu murid memahami dan menghargai

bahawa pembelajaran sekolah adalah saling kait dan bukit unit-unit yang tersendiri.

Menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan kemahiran

spesifik.Mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid digalakkan

bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

3.3 Peranan Guru Dalam Kaedah Pengajarn Integrasi.

Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran di mana murid-murid dapat

melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, kebolehan, keperluan, personality dan

motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan bebas dari tekanan.

Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi haruslah

menggalakkan mereka berinisiatif.

Menyediakan bahan-bahan permainan yang sesuai untuk membina, mengguna,

memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.Belajar bersama murid-murid.