Skema Skema Menulis Karangan

download Skema Skema Menulis Karangan

If you can't read please download the document

description

pls read this, it is very helpful for the students to write the karangan

Transcript of Skema Skema Menulis Karangan

PANDUAN MENULIS KARANGAN PENDAHULUANi) PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN (perenggan pertama)a)Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, contoh:C Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isuC Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah C Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaanpelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.C Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.C Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini C Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menjukkan bahawa sebanyak PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGANC Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikandengan terperinci demi kebaikan bersama.C Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalahini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.C Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastikdilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kitaini.C Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan .C Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbiISIi) PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN (UNTUK ISI PERTAMA) Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atasii) PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2, 3 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN(BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ISI PERTAMA DAN ISI ETERUSNYAPILIH YANG BERSESUAIAN)? Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam? Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar? Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini C Hal ini demikian keranaC Hal ini berlaku kerana Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang C Hal ini terjadi keranaC Hal ini disebabkan oleh C Hal ini wujud akibat daripada Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh C Hal ini bersangkut-paut denganC Hal ini berpunca daripada C Hal ini tercetus apabilaC Hal ini timbul apakala C Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih C Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbezaa)Walau bagaimanapun, g) Jika dilihat dari sudut lain, b) Dengan kata lain, h) Kontradiksinya, c) Di sebalik itu, i) Walakin begitu, d) Namun demikian, j) Daripada perspektif yang berbeza, e) Dalam pada itu, f) Dari sudut lain, Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti g) Sebagai contohnya h) Biar kita lihat i) Biar kita ambil contoh j) Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah k) Sebagai analoginya, l) Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialahPenanda menghuraikan contoha) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, Penanda menutup isi (untuk bahagian isi) a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malariii) PENANDA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN (UNTUK ISI KE-2, KE-3 DAN SETERUSNYA)a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya,CUNTUK HURAIAN GUNA KAEDAH YANG SAMA DI ATAS.- PENUTUP Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total,PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni,insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-samaPenanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, .b) Bak kata peribahasa Melayu, c) Bak kata orang tua-tua, ..d) Bak kata mutiara, e) Bak peribahasa, f) Bak kata cendekiawan, .g) Persis kata peribahasa, h) Persis kata peribahasa Melayu, .i) Persis kata orang tua-tua, j) Persis kata mutiara, k) Persis peribahasa, l) Persis kata cendekiawan, .m) Hal ini sama dengan peribahasa .n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ..q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .PANDUAN MEMBINA PENUTUPA1- SIMPUL (S)A2- CADANGAN (C)A3- HARAPAN (H)A4- PENDIRIAN (P)Contoh:A1- S- Sebagai kesimpulannya, dapatlah kita merumus bahawa semua pihak memainkanperanan yang sama untuk menangani masalah ini.A2- C- Semua pihak yang terbabit perlu menjalinkan hubungan kerjasama yangerat untukmemastikan kejadian jenayah yanag membabitkan remaja berkurangan bakperibahasa Melayu berat sama dipikul ringan sama dijinjing.A3- H- Diharapkan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dapatmenyedarkan remaja daripada terus terlibat dalam jenayahA4- P- Remaja merupakan aset negara yang bernilai dan jangan biarkan aset inimenyebabkan imej negara tercalar di mata dunia.KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 06. Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan. ~Surah al-Hajj:77 07. Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan ~Surah Yusuf:18 08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan. ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki. ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. C SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Penanda WacanaA1. Andaikan perkara ini berlanjutan,2. Apa yang membimbangkan kita ialah3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita 4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini,8. Ada pihak yang beranggapan bahawa9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan11. Adalah dipercayai bahawa12. Adalah lebih Afdal (baik) jika13. Adalah memalukan kita kerana14. Adanya perkara ini kerana15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika.16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan17. Adat di dunia memang begitu,18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana19. Adiwarna (memang bagus) jika kita20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan21. Advis (nasihat) saya ialah 22. Aduan yang kita sering terima uialah23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa25. Agak membimbangkan kita kerana26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan.28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana..29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya,30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa31. Alam terbentang menjadi saksi,32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita.34. Amnya, (Umumnya)35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana.36. Angkara perbuatan ini,37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa.38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah 39. Atas dasar perikemanusiaan,40. Ayuhai manusia,.B41. Bagaimana pun,42. Bahang masalah in semakin terasa kerana43. Bagunlah wahai rakyatku,44. Barangkali kita terlupa bahawa45. Baru-baru ini,46. Belakangan ini,47. Bayangkan suatu hari nanti,48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka50. Belukar kehidupan ini mengajar kita.51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa52. Bernas sekali anggapan bahawa53. Biasanya,C56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan..59. Cukuplah sekadar ini,60. Cukup malu keranaD61. Dada manusia yang kejam ini..62. Dada insan yang rakus (tamak) ini63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan64. Dakwaan yang mengatakan bahawa65. Dakwaan ini memang tepat kerana66. Dakwaan ini tidak berasas kerana67. Dalam mengharungi arus globalisasi,68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini,69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari,70. Dalam hal ini,71. Dalam ajaran agama dan moral,72. Dalam mengaplikasikan nilai ini,73. Dalam pada itu,74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa.77. Dapat kita simpulkan bahawa78. Daripada membiarkan masalah ini kronik,79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa80. Dalam hal sedemikian,81. Dengan berbuat demikian,82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita..83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana85. Diskriminasi kaum menyebabkanE86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan.88. Ekoran daripada peristiwa ini,89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa..90. Entah mengapa,F91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa92. Faktor utama ialah..93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah94. Fasal (berkenaan) itu,95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah96. Fokus utama topik kita ialah97. Fungsi utama ialah..G98. Galakan ini datangnya daripada99. Gamatlah suasana kerana 100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa102. Gejala ini ada kaitan dengan.103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan.105. Generasi dotkom ini mementingkan..106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila107. Gundah sekali apabila.108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,,H109. Habis (jadi),110. Hala tuju kerajaan ialah111. Hal ini demikian kerana112. Hal ini berlaku kerana113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana 115. Hal ini berpunca daripada116. Hal ini menyebabkan117. Hal ini menghalang usaha kita118. Hampanya ibu bapa apabila119. Harapan kita ialah120. Harapan negara ialah121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan122. Hipotesisnya ialah123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana124. Hujah yang dikatakan125. Hujah itu memang tepat keranaI126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan127. Idea ini menyebabkan128. Ideologi ini memang benar kerana129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana130. Ijtihad pelbagai pihak ialah131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan132. Iman manusia semakin menipis kerana..133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik,134. Impaknya(kesannya) ialah135. Impak daripaha hal ini menyebabkan136. Ingatlah bahawa137. Ingat,138. Insaflah wahai manusia,139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana140. Istilah malas memang bahaya kerana141. Izinkan saya katakan bahawa. J142. Jika ditinjau dari sudut agama,143. Jauhari berpendapat bahawa,144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa145. Jadi,146. Berjaga-jagalah kita,147. Jagat (dunia) ini amat luas,148. Jagatraya (seluruh dunia) ini,149. Jago (juara) politik beranggapan,150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin152. Jak ( semenjak / dari)153. Jalan hidup yang lurus ini154. Jauh di sudut hati,155. Jauh berbeza daripada orang lain,156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan157. Jentera kerajaan mestilah158. Jihad (perjuangan) manusia159. Justifikasinya, (alasannya)160. Jurang pemisah in menyebabkanK161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa162. Kaca mata ini sentiasa melihat163. Kadangkala,164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan165. Kala manusia bermain dengan kezaliman,166. Kalakian, ( ketika itu)167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan169. Kancah politik menyebabkan170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila174. Kata Perdana Menteri,175. Kata golongan intelek,176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya)182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana183. Kelak,184. Kemudiannya,185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan187. Kekentalan hidup mengajar kita188. Kerenah manusia pada zaman moden ini,189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila190. Khususnya,191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana192. Kini,193. Kira-kira sedekad lalu,194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila196. Kombinasi ini menyebabkan197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa200. Konklusinya,201. Konsep ini sesuai kerana202. Kontradiksinya, (sebaliknya)203. Kekosongan jiwa menyebabkan204. Kotornya sanubari seseorang jika205. Kreativiti ini menyebabkan206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana207. Kritikalnya masalah ini kerana208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila209. Kurangnya pendidikan menyebabkanL210. Lagipun,211. Lagi pula,212. Langkah yang sesuai ialah213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa214. Lebih-lebih lagi,215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana216. Lahiriahnya ( pada awalnya)217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana218. Lanjutan daripada peristiwa itu,219. Lantangnya suara manusia menyebabkan220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang221. Lebih-lebih lagi,222. Leganya kita jika223. Lillahi, (demi Tuhan)224. Lumrahnya, (lazimnya)225. Lumpur hidup ini memang begitu,M226. Maknanya,227. Maka,228. Masa sekarang229. Malangnya,230. Malang tidak berbau,231. Masihkah anda ingat,232. Misalnya,S233. Sementelahan,T234. Tempiasnya (kesannya)MUTIARA KATA1. Buku merupakan penasihat yang kekal. Chambers.2. Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahan-kesalahanmu. Benjamin Franklin.3. Jangan bertanya apa sumbangan negara kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara. Abraham Lincoln.4. Jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya. Pascal5. Jika kita membenci orang, orang akan membenci kita. Pepatah Tibet.6. Kejahatan yang dilakukan oleh manusia tetap hidup, walaupun orang itu telah mati. Shakespeare.7. Kesedaran walaupun sesaat, sering kali lebih berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Oliver Wendell Holmes.8. Keyakinan akan memotivasikan diri anda untuk melangkah lebih tinggi. Dr. Irfan Khairi, jutawan internet di Malaysia.9. Masa umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, masa pasti akan memancung kamu. Pepatah Arab.10.Merancang masa bermakna, merancang kejayaan. Dr. Irfan Khairi.__________________________________________________________1. Orang yang bijaksana akan sentiasa dilanda kebimbangan. Zhuang Zi.2. Orang yang rajin dan tabah tidak mudah mengatakan sesuatu itu, tiada harapan. Cicero.3. Orang yang budiman ialah orang yang menghargai dan mengakui kelebihan bakat temannya. Confucious.4. Orang yang berfikiran besar merupakan orang yang melihat bahawa fikiranlah yang bakal menguasai dunia. Napoleon Hill.5. Pengalaman ialah guru terbaik. Cicero.6. Usia tua datang tanpa dipanggil. Pepatah Jerman.7. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, maka pokoknya pun sihat. Beng Tju.8. Seseorang yang mempunyai perancangan, dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan. Frank Tibolt.9. Tiada kejahatan yang dapat dinilai sebagai baik, walaupun kejahatan itu dilakukan untuk tujuan yang baik. Pepatah Arab.10.Manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan untuk mengalami kegagalan. Henry Thoreau.11.Wajah ialah saksi yang tidak pernah berdusta. Socrates.12.Yang penting, bukan dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi. J. JayewardenPENULISAN CEMERLANG : KOLEKSI COGAN KATA1. Filem Kita Wajah Kita2. Fikir Dahulu Sebelum Buang 3. Generasi Muda Wawasan Bangsa 4. Generasi Muda Peneraju Wawasan 5. Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang, Negara Terbilang 6. Guru Pembina Negara Bangsa 7. Indah Budi Kerana Bahasa 8. Kepimpinan Melalui Teladan 9. Keranamu Malaysia 10. Malaysia Boleh 11. Membaca Jambatan Ilmu 12. Membaca Sepanjang Hayat 13. Rumahku Syurgaku 14. Remaja Penggerak Wawasan 15. Satu Malaysia 16. Semakin Hari Semakin Sayang 17. Sihat Sepanjang Hayat 18. Sayangilah Sungai Kita 19. Tak Nak Merokok 20. Utamakan KesihatanKOLEKSI FRASA MENARIK?memiliki iltizam yang tinggi?memiliki jati diri yang unggul?mempunyai keterampilan sendiri?mempunyai pegangan agama yang mantap?memiliki prakarsa untuk melakukan perubahan?menempuh arus globalisasi?menjana pertumbuhan ekonomi?mengasah daya kepimpinan?mengukuhkan keutuhan perpaduan bangsa Malaysia?memiliki ketahanan diri yang ampuh untuk menghadapi dugaan dan cabaran?menerjah kecemerlangan?menggarap pengetahuan?memberikan nafas baharu?membentuk personaliti unggul dan hala tuju kehidupan?menjana kehebatan bakat dan kreativiti?menyuburkan amalan nilai murni?menyemai kesantunan budi pekerti?menyemai rasa tanggungjawab dalam kalangan generasi muda?menjalinkan kemesraan dan ikatan kasih sayang?mengeratkan jalinan semangat kejiranan?menyimpulkan ikatan sosial?membina kecemerlangan sahsiah?menjadi pemangkin kemajuan negara?menguasai fikiran dan mengawal minda?mematangkan minda masyarakat?merealisasikan impian, harapan dan cita-cita?membicarakan impian dan harapan?menjayakan misi dan visi?meneruskan kelangsungan hidup?mewarisi tampuk kepimpinan?menjayakan agenda kerajaan?memerlukan revolusi sikap?melipatgandakan usaha dan memperlihatkan komitmen berterusan?media arus perdana?menguasai dada akhbar?mengurangkan jurang digital?mengundang padah?masih berada di takuk lama?masih terbelenggu dengan pemikiran negatif?meniti perjalanan kehidupan yang penuh dengan ranjau dan dugaan PENGGUNAAN RANGKAI KATA SETARA?Bersandar pada cara dan berpegang pada peraturan?bercelaru dan berserabut?dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana?keperibadian yang mulia dan ketinggian budi yang luhur?kemampuan bersaing dengan negara-negara maju dan berkeupayaan .?keupayaan memanipulasikan dan kebolehan mengendalikan?kecelaruan pemikiran dan kekusutan minda?kemiskinan maklumat dan kekurangan informasi?masyarakat yang berbudaya ilmu dan berperibadi unggul?melontarkan pendapat bernas dan meluahkan perasaan?membuahkan kegembiraan dan melahirkan kesejahteraan?menyusuli usaha dan diikuti ikhtiar?melampaui batas dan melanggar tatasusila?menangkis kegundahan dan keresahan?mempersoalkan kegagalan dan mengungkitkan ketewasan?meluahkan perasaan dan melahirkan isi hati?menimbulkan kesedaran dan melahirkan keinsafan?menilai keupayaan sebenar dan mentafsir kemampuan hakiki?memperlihatkan keterampilan dan menunjukkan kemampuan?melemparkan tohmahan dan melontarkan syak wasangka?menggugat keimanan dan menggoncang ketetapan hati?mencemarkan imej dan memburukkan bayangan?membelakangkan amanah ibu bapa dan mementingkan diri sendiri mengagungkan budaya hiburan dan meminggirkan ajaran agama?percanggahan pendapat dan pertentangan hujah?usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur PADA ZAMAN MODEN?pada era globalisasi?pada era globalisasi yang semakin mencabar?pada era dunia tanpa sempadan?pada era siber?pada era teknologi maklumat?pada alaf baharu?pada alaf baharu yang kian sarat dengan pelbagai cabaranREMAJA?anak-anak belasan tahun?anak-anak belasan tahun yang gigih berjuang di medan ilmu?pelajar-pelajar?para belia?generasi muda?generasi muda yang masih mentah mengharungi ranjau kehidupan?generasi pascamerdeka?generasi pewaris kepimpinan negara?pemuda pemudi harapan bangsa?putera puteri harapan bangsa?putera puteri pewaris kepimpinan negaraMASALAH SOSIAL?kes-kes jenayah?gejala negatif?gejala maksiat yang kian berleluasa?perangkap maksiat?perangkap maksiat yang tidak mengenal mangsa?perlakuan antisosial?perlakuan yang batil?perlakuan yang bertentangan dengan ajaran agama?terjebak dalam kegiatan negatif yang menjejaskan kejayaan masa hadapan?terjebak dalam kegiatan negatif yang menjatuhkan maruah keluargaMASALAH YANG KIAN MENINGKAT?masalah yang semakin meningkat tahun demi tahun?masalah yang semakin berleluasa saban tahun?masalah yang kian kronik?masalah yang kian serius?masalah yang membimbangkan pelbagai pihak?masalah yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan masyarakat?masalah yang menggusarkan pemikiran ibu bapa?masalah yang menggusarkan pemikiran pelbagai pihak?masalah yang menuntut penyelesaian segera BEKERJASAMA?bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk .?bekerjasama untuk mengatasi masalah yang kian membimbangkan?berganding bahu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah .?bergabung tenaga untuk mengatasi .?melipatgandakan usaha untuk .?pelbagai langkah perlu diambil untuk .?pelbagai langkah proaktif perlu digerakkan dengan berkesan demi .?pelbagai tindakan drastik perlu diambil untuk .?situasi .. perlu ditangani dengan bijak agar . Frasa Menarik Untuk KaranganFrasa-frasa menarik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan pelajar: 1Memanifestasikan fikiran C Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya 2Menukilkan kata-kata C Menulis / bercakap sesuatu 3Memberikan impak C Mengakibatkan / menyebabkan 4Rentetan senario itu C Selepas fenomena itu 5Jika ditelusuri C Jika dikaji secara mendalam 6Penyalur ilmu C Pemberi banyak pengetahuan 7Alaf baharu C Masa terkini 8Mutakhir ini C Pada masa kini 9Seantero dunia C Seluruh dunia 10Menikam sanubari C Merosakkan perasaan 11Meluaskan horizon pemikiran C Meluaskan pandangan / pemikiran 12Menggabungjalinkan elemen C Menggunakan pelbagai aspek 13Merangsang ekonomi C Mengaktifkan proses jual beli 14Lebih intelektual dan berketerampilan C Lebih bijak dan berkebolehan 15Bitara C Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya 16Simbiosis C Dua benda yang saling berkaitan 17Masih bermain dengan fantasi C Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang 18Mendabik dada C Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan 19Mengkodifikasikan undang-undang C Menyelaras undang-undang / peraturan 20Kestabilan spiritual dan fizikal C Keseimbangan rohani dan jasmani 21Mekanisme kawalan C Alat / aspek yang mengawal sesuatu 22Pandangan sarwa C Pemikiran biasa / umum 23Anjakan paradigma C Perubahan demi kemajuan atau kebaikan 24Relevan dengan kehendak zaman C Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa 25Landasan berfikir C Cara berfikir 26Masyarakat konvensional C Masyarakat umum / biasa 27Mengaibkan diri C Memalukan diri 28Alma mater C Sekolah / universiti / tempat pelajar 29Kemapanan fikiran C Keteguhan cara berfikir 30Alpukah C Daya usaha / inisiatif 31Bacul C Tidak bersemangat 32Badai kehidupan C Cabaran hidup 33Inteligensia C Kumpulan manusia yang pandai 34Berkongkalikung C Bersepakat 35Bukti yang konklusif C Bukti yang kukuh 36Praja C Kota / negeri 37Prakarsa C Inisiatif / daya usaha 38pramusaji C Pelayan tetamu di restoran 39Rutin harian C Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari 40Nawaitu diri C Keinginan diri 41Narsisistik C Terlalu memuji diri sendiri 42privasi C Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan 43Portfolio menteri C Tugas menteri 44Pentas siasah C Dunia politik 45Polemik C Bahas / debat / konflik 46Melikwidasikan C Membubarkan / memansuhkan 47Linglung C Hilang ingatan 48Falah C Kejayaan / kemenangan 49interpretasi C Tafsiran / penjelasan 50.bersilengah C Bersikap tidak tahu1. bermaharajarela C berleluasa 2. konflik jiwa C pergolakan jiwa 3. menopang dagu- termenung 4. tonggak C asas/dasar 5. aset C sesuatu yang bernilai 6. menuding jari C menyalahkan orang lain 7. seantero C seluruh 8. malapetaka- bencana/ bala 9. keserakahan C kerakusan, ketamakan 10. konkrit- kuat, kukuh, mapan 11. merealisasikan C menjadikan kenyataan 12. vandalisme C merosakkan harta benda 13. lumrah C kebiasaan 14. duniawi C hal-hal dunia 15. ketandusan C tidak ada 16. disisihkan C dipinggirkan 17. kritikal C serius 18. sanubari C jiwa 19. akar umbi C punca 20. meranapkan C menghancurkan 21. kesedaran sivik C kesedaran tentang tanggungjawab 22. perdana C utama, primer 23. materialistik C kebendaan 24. membendung C mengawal 25. realiti C hakikat 26. berjat C kawan 27. pancaroba C keadaan yang kacau 28. mengheret C membawa kepada 29. sayugia C harus, patut 30. merunsingkan- merisaukan 31. kepupusan C kehilangan 32. khazanah C harta benda 33. global C dunia seluruhnya 34. pusaka C sesuatu yang diwarisi turun-temurun 35. warisan C harta pusaka 36. prihatin C peka, cakna 37. demonstrasi C menunjukkan 38. gemuruh- hebat 39. serampang dua mata C melakukan dua kerja serentak 40. terjebak C terlibat 41. arkib C tempat menyimpan benda khazanah 42. mencungkil- mencari 43. iltizam C harapan tinggi 44. silaturahim C persaudaraan 45. motivasi C semangat tinggi 46. menyarankan C mencadangkan 47. era C zaman 48. sistematik- teratur, mengikut peraturan 49. intensif- giat, bersungguh-sungguh 50. menberangsangkan- membanggakan 51. menimba- mendapat 52. rentetan C ekoran 53. tersadai C tidak bergerak 54. peras ugut- ancaman, paksaan 55. dif C tetamu 56. sahsiah- keperibadian 57. komitmen- kesungguhan 58. perspektif C tanggapan 59. julung-julung kali C pertama 60. nadi C penggerak 61. mengikis C membuang 62. kegawatan C kejatuhan 63. tampil C keluar 64. syabas C tahniah 65. kewibawaan- keupayaan 66. muafakat C kerjasama 67. terpikul- tertanggung 68. teladan C contoh 69. mengubah- menukar 70. dinafikan C disangka 71. menyeru- meminta 72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan 73. mutakhir- terkini 74. fasilitator C pemudah cara 75. fleksibel C mudah diubah suai 76. kebejatan C kejatuhan 77. persada -gelanggang, arena 78. boikot- dipulaukan 79. manfaat C faedah 80. total- menyeluruh 81. senggang C santai, tidak sibuk 82. bergelandang- berperleseran 83. maslahat- faedah 84. norma C adat 85. tersohor- terkenal 86. kutsi C suci 87. diuar-uarkan- dicanangkan 88. dana C modal 89. menerajui C memimpin, mengetuai 90. imej C penampilan 91. emansipasi C hak kebebasan 92. merencatkan C menggagalkan 93. dimonopoli C dikuasai 94. kolot- kuno 95. profesion C kerjaya 96. informasi C penerangan 97. integrasi C perpaduan 98. aspirasi C cita-cita, keinginan 99. memudaratkan C memburukkan 100. dinamis C berdaya saing 101. progresif- sihat dan cemerlang 102. drastik C cepat 103. perisai C pertahanan 104. diagnosis C mengenal pasti 105. pemantauan C pengawasan, pemeriksaan 106. manifesto C pendirian 107. waswas C tidak yakin 108. natijahnya C kesannya 109. mencerminkan- melambangkan 110. jenama C jenis barang 111. pornografi C bahan-bahan lucah 112. diiktiraf -diakui 113. obligasi C semangat 114. impak C kesan 115. tuntasnya- keseluruhannya 116. akur C bersetuju 117. efektif C berkesan 118. konvensional- ceramah 119. panji C bendera 120. individualistik C mementingkan diri sendiri 121. manipulasi- tindakan 122. musibah C bencana 123. lewa C tidak sepenuh hati 124. prosedur C peraturan 125. inisiatif C daya usaha 126. anasir- gejala 127. penggemblengan C penyatuan 128. transisi C perantaraan 129. kaliber C berkeupayaan 130. darsawarsa C satu dekad 131. insentif C imbuhan, ganjaranIsu Program Latihan Khidmat NegaraProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program yang akan meneruskan agenda perjuangan bangsa. Pihak kerajaan telah membuat kajian menyeluruh dan telus sebelum merangka matlamat dan strategi program ini. Program ini merupakan kayu ukur atau cerminan pelapis masa depan yang merupakan tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa. Kejayaan program ini disandarkan pada kesungguhan, iltizam dan penegasan baru. Sayangnya dasar yang hebat ini tidak disertai oleh pelaksanaan yang cekap, telus dan terperinci.Isu Gejala sosial Gejala sosial semakin kronik akibat landaan gelombang globalisasi. Walaupun hanya segelintir remaja yang mempunyai komputer peribadi tetapi pengaruhnya sukar dibendung menyebabkan mereka terjajah minda dan budaya. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan kerana mereka merupakan cerminan bangsa yang akan menongkah cabaran masa depan. Senario sosial yang dipaparkan mengetuk pintu hati segenap masyarakat untuk bertindak secara kolektif bagi merencanakan tindakan untuk mengatasi kemelut ini. Gagasan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara akan dapat diimplimentasikan sekiranya gejala sosial ini dicantas di peringkat akar umbi. Seharusnya asas utama yang perlu ditekankan sejak kecil ialah pembinaan tahap sosialisasi anak melalui aspek keagamaan, bak kata pepatah Melayu, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.Isu Alam sekitar Peranan yang lebih signifikan perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk melestarikan alam sekitar. Usaha ini harus mendapat komitmen yang sederap daripada pelbagai pihak bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih merupakan jantung dan nadi kehidupan di jagatraya ini. Jika masyarakat hanya memekakkan telinga, menutupkan mata dan membutakan hati, segala program yang dirancang akan kecundang. Ironinya, sokongan dan dukungan segenap masyarakat akan mewarnai kehidupan ini .Isu PembangunanPembangunan tanpa perancangan secara holistik ibarat api dalam sekam yang akan merencatkan aspirasi negara ini. Keghairahan sesetengah pihak yang berfikiran sempit dan obsesi menarah bukit dan menggondolkan kawasan akan mencetuskan pelbagai musibah. Seharusnya sebagai warga yang berhemah, kita haruslah menjunjung tanggungjawab dan meluaskan horizan minda untuk mengekalkan kelangsungan citra negara yang unggul. Pembangunan yang direncanakan mestilah bertunjangkan konsep mesra alam yang mampu memayungi kesejahteraan sejagat.Isu SukanSejajar dengan slogan Malaysia Boleh setiap ahli sukan perlu memikul tanggungjawab yang amat berat untuk memanifestasikan slogan tersebut. Mereka perlu merangka matlamat strategi bagi menyahut cabaran tersebut. Jika slogan ini berjaya dimanipulasikan oleh ahli sukan negara sudah pasti kita dapat bersaing di peringkat global. Negara kita juga akan terkenal di persada dunia. Sokongan dan dukungan pihak kerajaan merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan untuk memperkasa sukan negara. Hal ini kerana ahli-ahli sukan memerlukan pohon rendang untuk bernaung supaya mereka dapat memberi komitmen yang jitu terhadap bidang sukan yang diceburi. Setiap ahli sukan seharusnya mampu menghidu peluang melakarkan kecemerlangan bagi memastikan bidang sukan negara ini gah di persada antarabangsa.Isu pendidikan Saban hari kita sering dihidangkan dengan berita tentang tindakan sadis golongan pelajar. Fenomena yang menjadi lumrah di kebanyakan institusi pendidikan ini, akan meranapkan keutuhan bangsa dan negara. Golongan pelajar ini seolah-olah kehilangan pedoman dan menyerah kalah dalam dunia yang dilingkari kepalsuan. Sebahagian daripada pelajar ini seolah-olah telah terjajah minda dan budaya, lantaran mengamalkan fahaman agama yang jumud. Konsep yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti seolah-olah menemui jalan buntu.Isu Perpaduan Menyingkap nostalgia 13 Mei 1969, telah terpalit sejarah hitam di negara ini. Hakikat ini telah menggamit perasaan kita untuk memantapkan integrasi dan memperteguh ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Masalah perpaduan yang meruncing bukan sahaja melumpuhkan ekonomi malah melampiaskan pelbagai musibah. Ketegaran perpaduan masyarakat di negara ini bukan sahaja menjadi pemangkin yang mencorakkan negara yang berdaulat namun turut akan menjadikan negara ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara di dunia ini.Karya kreatifSakinah menyisir masa lalunya dan menyelongkar nostalgia silam. Air matanya mula bertakung. Tidak terlintas di mindanya untuk mencantas tali persaudaraan yang terjalin. Segala peristiwa yang terungkai mengocak ketenangan kali perasaannya. Tindakan Imran, tunangannya seperti manusia yang pincang akhlak, rendah moral, sesat pemikiran dan menyeleweng daripada batas-batas keinsanan. Tidak pernah terdetik di sukmanya gelagat Imran yang meracuni kepercayaannya selama ini. Sakinah mendepani hari-hari yang mendatang walaupun kini dirinya semakin menanjak usia. Segala-galanya kini nampak begitu sempurna. Cukup sempurna setelah mengharungi badai dan onak kehidupan. Semuanya kini bagaikan seindah panorama Arafah.Isu media massa Sebagai pengguna yang celik teknologi komunikasi, penggunaan internet sudah tentu merupakan batu loncatan untuk kita menggapai kecemerlangan. Internet menyediakan pelbagai kemudahan serta tempat tersimpan khazanah ilmu yang mampu diterokai oleh semua peringkat masyarakat. Teknologi maklumat ini merupakan wahana yang dapat menyalurkan ilmu dan maklumat untuk dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.Isu Pertanian Mutakhir ini, era perdagangan semakin mencabar dan didominasi oleh pasaran global. Hal ini demikian, pemasaran hasil pertanian haruslah menepati kriteria yang ditetapkan. Hanya produk yang bermutu tinggi dan menepati Skim Akreditasi Ladang Malaysia sahaja yang dapat meneruskan kelangsungan usaha para petani. Golongan petani digalakkan mengamalkan pertanian yang mesra alam, hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk keperluan para pengguna. Jika gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan, maka pengiktirafan akan ditarik balik. Kementerian Pertanian haruslah mempromosikan secara lebih agresif bidang pertanian ini.Isu Penyakit Masyarakat hari ini telah digemparkan dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang menggugah kesejahteraan sejagat. Wabak dan epidemik penyakit ini adalah sinonim dengan tindak tanduk songsang insani. Hal ini berlaku kerana mereka masih lagi terbelenggu dalam kepompong kejahilan. Sementelahan pula, segelintir masyarakat terlalu taksub dengan gaya hidup yang diwarisi sejak turun temurun dan tidak mahu membuat anjakan paradigma.