Simulasi

2

Click here to load reader

Transcript of Simulasi

Page 1: Simulasi

Teks 3: Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan

Terima kasih pengacara majlis, salam perpaduan saya hulurkan kepada panel

hakim yang adil lagi teguh dipaksi kesaksamaan, dif-dif jemputan yang budiman,

seterusnya hadirin sekalian.Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk menyampaikan

sebuah syarahan yang bertajuk “Sains dan Teknologi pencetus perpaduan”. Sebelum

saya menyambung hujah-hujah, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan ini. Sains

adalah satu disiplin ilmu, teknologi ciptaan secara sistematik dan terkini, pencetus

diertikan sebagai menerbitkan dan perpaduan bermaksud penggabungan. Maka frasa

“Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan” dapatlah ditakrifkan sebagai ciptaan

peralatan yang moden dan canggih dapat menerbitkan rasa persahabatan yang akrab

dan jitu.Hadirin sekalian,Hari ini dunia menjadi semakin sempit. Jarak bukan lagi

penghalang kepada perhubungan sejagat. Ini kerana terciptanya peralatan yang

berteknologi tinggi, kita boleh berkomunikasi secara lisan atau tulisan.

Antara peralatan komunikasi tersebut ialah komputer dan telefon selular. Dengan

menggunakan ciptaan moden ini perhubungan akan bertambah akrab tanpa mengambil

masa yang lama atau mengira tempat untuk berhubung. Walau di pelosok mana kita

berada, komunikasi dapat diteruskan, terserahlah kepada kita untuk

mengoptimumkannya, tepuk dada, tanya selera. Ciptaan moden seperti kereta, kapal

terbang dan monorel pula dapat membawa kita lebih pantas ke destinasi tertentu untuk

menziarahi kaum keluarga, rakan dan taulan. Jika dahulu jarak tertentu memakan masa

yang lama untuk tiba, tetapi kini jarak yang sama masa yang singkat diperlukan.

Kemudahan berziarah ini boleh melahirkan perpaduan terutama jika dilakukan pada

saat rakan ditimpa musibah. Amalan berziarah pada musim perayaan akan menjadi

lebih rancak dengan adanya kemudahan ini. Begitulah hebat dan bermanfaatnya sains

dan teknologi dalam memupuk perpaduan.

Melalui komputer juga kita dapat mengetahui tentang adapt, resam, budaya dan

kepercayaan kaum yang lain. Apabila kita sudah mengetahui maka kita akan

menghormatinya pula. Di samping itu, dengan sendiri kita akan menjauhkan diri

daripada bercakap atau menulis tentang sesuatu yang boleh menyinggung perasaan

dan emosi rakan kita daripada kaum yang lain. Dengan itu, unsur-unsur yang

Page 2: Simulasi

mengganggu gugat perpaduan dapat dihindarkan.Warga dewan yang dihormati,Dunia

hari ini berada di hujung jari anda, bukan sahaja mencari maklumat, malah membeli

belah juga boleh dibuat tanpa bergerak ke mana-mana. Anda hanya perlu duduk dan

melayari laman-laman web yang tersedia ada. Kini tiada lagi penat berjalan.

Hadirin sekalian,Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, saya menyeru agar

semua yang ada di dewan ini menggunakan sains dan teknologi bagi merapatlan

perpaduan sesama warga negara ini.Sekian, terima kasih.