Sekuntum Bicara Oleh PPD Pitas

2
Sekuntum Bicara PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita diberi usia yang panjang untuk sama- sama berada dalam Majlis Pelancaran Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Pitas bagi tahun 2014 ini. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan sekalung budi kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, khususnya Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, atas sokongan Datuk Pengarah dalam bersama-sama menjayakan majlis yang amat bermakna kepada warga pendidik Daerah Pitas. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini diadakan adalah sebagai tanda perhargaan terhadap perjuangan luhur dan pengorbanan para pendidik di tanah air khususnya di Daerah Pitas. Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Pitas tahun 2014 kerana menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam merealisasikan impian pendidikan negara. Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, adalah tema Hari Guru 2014. Tema ini bersesuaian dengan era globalisasi Malaysia yang meletakkan negara kini berhadapan dengan pelbagai cabaran.Tema ini mampu melurutkan semangat pendidik lebih gah, berinovasi dan selari dalam meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Tema ini juga mampu melonjakkan dan mentransformasikan taraf pendidikan pelajar-pelajar dengan lebih dinamik dan relevan. Zaman kian berubah, tahun berganti tahun, namun ungkapan ini tetap terpahat dalam jiwa dan ingatan setiap diri insan berilmu dan siapa kita pada hari ini, semuanya atas ungkapan "guru abadi dalam harum nama". Ilmu adalah pautan perpaduan dan kesejahteraan

description

kata-kata aluan ucapan

Transcript of Sekuntum Bicara Oleh PPD Pitas

Sekuntum Bicara

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PITAS

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita diberi usia yang panjang untuk sama-sama berada dalam Majlis Pelancaran Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Pitas bagi tahun 2014 ini.

Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan sekalung budi kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, khususnya Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, atas sokongan Datuk Pengarah dalam bersama-sama menjayakan majlis yang amat bermakna kepada warga pendidik Daerah Pitas.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini diadakan adalah sebagai tanda perhargaan terhadap perjuangan luhur dan pengorbanan para pendidik di tanah air khususnya di Daerah Pitas. Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Pitas tahun 2014 kerana menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam merealisasikan impian pendidikan negara.

Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, adalah tema Hari Guru 2014. Tema ini bersesuaian dengan era globalisasi Malaysia yang meletakkan negara kini berhadapan dengan pelbagai cabaran.Tema ini mampu melurutkan semangat pendidik lebih gah, berinovasi dan selari dalam meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Tema ini juga mampu melonjakkan dan mentransformasikan taraf pendidikan pelajar-pelajar dengan lebih dinamik dan relevan.

Zaman kian berubah, tahun berganti tahun, namun ungkapan ini tetap terpahat dalam jiwa dan ingatan setiap diri insan berilmu dan siapa kita pada hari ini, semuanya atas ungkapan "guru abadi dalam harum nama". Ilmu adalah pautan perpaduan dan kesejahteraan sejagat. Ilmu adalah matahari kehidupan dalam menghablur segala keperitan dan cabaran berzaman. Dengan itu, sekalung penghargaan atas jasa bakti diucapkan kepada penerima Tokoh Guru dan Jasamu Dikenang.

Syabas dan tahniah juga kepada Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Pitas dan kepada semua pihak yang terlibat dalam memurnikan dan menjayakan majlis ini.

ABU BAKAR BIN ANGKANG

Pegawai Pendidikan Daerah Pitas

Merangkap Pengerusi Pengelola

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan

Sambutan Perayaan Hari Guru 2014