Sejarah pembangunan aqidah
Transcript of Sejarah pembangunan aqidah
SEJARAH PEMBANGUNAN AQIDAH
MARDHIAH BINTI MAHMADNURUL AIN SYAFIQAH BINTI SHAFIE
MAKSUD AQIDAH• Aqidah ialah iman atau kepercayaaan
kepada Allah yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah
ان )) واشهد الله اال اله ال ان اشهدالله رسول محمد
SEJARAHPERKEMBANGAN
AQIDAH
AQIDAH ZAMAN
NABI DAN PARA
SAHABAT
• Para sahabat pada zaman Rasulullah SAW menerima segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah secara terus tanpa banyak persoalan
• Sekiranya para sahabat menghadapi sebarang masalah, mereka akan terus merujuk kepada Rasulullah SAW
• Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 tidak timbul. Hal ini kerana para sahabat dapat memahami kandungan Al-quran dan Hadis secara terperinci.
• Kepercayaan umat islam pada zaman Rasulullah SAW amat kukuh dan teguh.
• Namun,ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong mereka memikirkan zat-zat Allah
• Oleh itu, Rasulullah SAW telah menegah mereka berbuat demikian
• Para sahabt tidak pernah berselisih faham dalam perkara yang berkaitan dengan al-Sifat,al-Asma’ al-Husna dan al-Af’al
AQIDAH PADA AKHIR
ZAMAN SAHABAT
• Pada awal zaman khulafa’ al-Rasyidin masih belum timbul persoalan-persoalan yang berkaitan dengan tauhid. Oleh kerana islam semakin berkembang, ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah yang terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya.
• Namun, pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, lantaran berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya Uthman.
• Maka umat islam menjadi terpecah kepada beberapa fahaman dan puak. Masing-masing golongan dan fahaman itu ingin mempertahankan fahaman mereka dan pendirian mereka.
• Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan nas al-Quran dan hadis, serta timbullah periwayatan hadis palsu.
• Pada zaman akhir sahabat telah lahir golongan yang telah cuba menta’wilkan ayat-ayat al-quran.
• mereka cuba menimbulkan persoalan syubahat dan telah mentasybihkan dan mentajsimkan Allah. Golongan tersebut adalah golongan sabi’iyyah.
• Golongan yang mentajsimkan Allah itu bermula dengan Ja’d Ibn Darham dan diikuti pula oleh Jaham Ibn Safwan dan seterusnya aliran dan penentangan tersebut diteruskan pula oleh golongan Muktazilah.
AQIDAH PADA ZAMAN
BANI UMAYYAH
• Setelah negara jajahan takluk islam mulai meluas, telah terbuka luas untuk umat islam memikirkan perkara yang berkaitan aqidah.
• Jiwa orang yang baru memeluk islam masih dipengaruhi oleh unsur agama mereka sebelumnya,
• Untuk itu lahir segolongan umat islam yang mulai memperkatakan masalah qadar, antara mereka ialah :
a. Ma’bad al-Juhani, beliau mengambil fahamannya itu daripada seorang Iraq yang beragama nasrani yang murtad selepas memeluk islam. Ma’bad telah dibunuh kerana memberontak pada tahun 80 Hijrah.b. Ghailan al-Dimasyqi.Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn Muslim. beliau mengikuti fahaman Ma’bad dalam masalah qadar.c. Ja’d Ibn DirhamBeliau merupakan seorang guru kepada Marwan Ibn Muhammad. Beliau berfahaman qadar dan merupakan orang yang mula-mula mengatakan al-Quran itu makhluk. Dia dibunuh oleh Khalid Ibn Abdullah al-Qasri.
• Selepas daripada kemunculan 3 tokoh diatas lahir pula golongan yang menafikan Qudrat dan Iradat manusia. Golongan ini dipelopori oleh Jaham Ibn Safwan.
• Beliau bertemu dengan Ja’d dan kemudiannya menganut beberapa pendapat Ja’d. Selepas itu beliau bersama-sama dengan Harith Ibn Syuraij telah melancarkan pemberontakan terhadap Bani Umaiyyah di Khurasan lalu beliau dapat ditawan dan dibunuh.
• Golongan atau puak ini dikenali dengan golongan Jabariah/puak jahmiyah, iaitu pengikut Jaham Ibn Safwan. Antara lain juga, mereka dikenali dengan puak Mu’aththilah kerana mereka menafikan Sifat-Sifat Allah.
• Jaham juga berpendapat bahawa Allah itu tidak bersifat kecuali dengan sifat Khaliq, Qadir dan Fa’il sahaja.
• segala perbuatan manusia itu tidak ada kuasa melakukan sesuatu, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia adalah dari Allah.
• Jaham berpendapat bahawa tidak harus sama sekali disifatkan Allah dengan sifat yang boleh disifatkan kepada manusia atau makhluk kerana hal tersebut boleh menyebabkan Allah itu sama atau menyerupai makhluk –Nya.
• Untuk itu Jaham menafikan Allah bersifat dengan sifat ‘Alim, Murid dan Hayy.
• Apa yang boleh disifatkan kepada Allah ialah Qadir, Maujud, Fa’il, Khaliq, Muhyi dan Mumit.
• Kerana semua sifat tersebut berkaitan dengan sifat kemudiannya dikembangkan oleh golongan Muktazilah.
• Mereka yang mengatakan al quran itu qadim dan menafikan sifat allah menggunakan kefahaman akal.
• Pada penghujung abad pertama hijrah tersebar pula fahaman dan puak serta aliran Khawarij.
• Mereka ini telah mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar.
• Pendapat tersebut telah disanggah oleh Hassan al-Basri Iaitu orang yang melakukan dosa besar adalah fasiq dan tidak kafir
• Wasil Ibn ‘Ata (anak murid Hassan) berpendapat orang yang melakukan dosa besar berada diantara dua martabat diikuti pula oleh ‘Amru Ibn ‘Ubaid.
• Lantaran mereka telah mengasingkan diri daripada majlis gurunya, mereka dikenali sebagai Muktazilah.
• Sebagai rumusannya, pada zaman inilah dikatakan zaman permulaan penyusunan kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu Kalam atau Tauhid.
KESAN-KESAN AQIDAH KEPADA PEMBANGUNAN
INDIVIDU SAHABAT DAN MASYARAKAT
ISLAM
INDIVIDU • Melahirkan individu yang bertakwa kepada
Allah • Melahirkan seseorang individu yang
mempunyai akhlak yang cemerlang dan terpuji
• Melahirkan individu yang bercita-cita tinggi dan berjihad demi menyampaikan ajaran Islam
• Menjadikan jiwa seseorang itu lebih tenang
MASYARAKAT ISLAM
• Membentuk perasaan ukhuwah yang mendalam dalam kalangan umat Islam
• Mengarahkan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih positif
• Melahirkan masyarakat yang mempunyai pendirian yang teguh dalam aqidah
• Masyarakat boleh membezakan sesuatu yang hak dan batil
TERIMA KASIH