SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

27
2.1.2 INSTITUSI EKONOMI i) Baitulmal ii) Cukai iii)Zakat Nama : Nurul Ain Binti Mohd Salim Nama Guru : Puan Zurifah Binti Mustapha

Transcript of SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

Page 1: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

2.1.2 INSTITUSI EKONOMIi) Baitulmalii) Cukaiiii) Zakat

Nama : Nurul Ain Binti Mohd SalimNama Guru : Puan Zurifah Binti Mustapha

Page 2: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

BAITULMAL

Page 3: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

•Maksud : Institusi harta dan kewangan induk dalam negara Islam.•Fungsi : Menyelenggarakan harta umum atau tempat menyimpan barangan berharga.

•Beroperasi secara bersepadu, bertindak sehaluan, dan melengkapi.

•Matlamat : untuk memberi kemudahan kepada masyarakat dan negara.

•Diamanah : *untuk mengutip dan mengagihkan sumber yang diperoleh dangan adil dan saksama.

•Cara kutipan : *tidak membebankan.•Cara pengagihan : *memastikan penerima yang layak.•Kelebihan : *akan kurangkan jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin dan dapat kukuhkan tali persaudaraan sesama manusia

KONSEPBAITUL

MAL•Zaman Nabi Muhammad SAW•Zaman Khalifah Abu Bakar As-siddiq•Zaman Khalifah Umar Al-KhattabSEJARAH

BAITUL MAL

•Harta Masyarakat•Harta Negara•Harta UmumSUMBERBAITUL

MAL

Page 4: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

SEJARAH BAITULMAL Zaman Nabi Muhammad SAW

Tidak berapa digunakan oleh baginda kerana pendapatan negara pada waktu itu agak terbatas.

Baginda tidak gemar menyimpan barang-barang amanah kerana tidak mahu menimbulkan masalah.

Maka, baitulmal tidak diperlukan dan semua hasil pendapatan yang diperoleh daripada zakat, sedekah, atau harta rampasan perang diagihkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada yang berhak pada waktu itu.

Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq Berlaku pada hari kedua selepas Abu Bakar al-Siddiq dilantik

menjadi khalifah. Saidina Umar cadangkan supaya berjumpa Abu Ubaidah, iaitu pemegang kunci baitulmal untuk mendapatkan wang bagi keperluan keluarganya kerana pada mulanya Abu Bakar ingin membawa pakaian untuk dijual di pasar.

Peristiwa lain, semasa beliau sedang sakit dan hampir mangkat, beliau berpesan kepada Saidina Umar untuk ambik hartanya sebanyak 8000 dirham untuk kembalikan kepada baitulmal.

Page 5: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

Zaman Khalifah Umar Bin Al-khattab Islam pada waktu itu berkembang pesat, banyak wilayah

baharu dikuasai, dan harta perolehan perang begitu banyak. Keadaan ini dapat menimbulkan masalah kerana hasil yang bertambah dari semasa ke semasa sukar diagihkan dengan serta merta.

Khalid al-Walid mencadangkan beliau untuk tubuhkan jabatan (diwan) untuk menjaga kepentingan harta dan penggunaannya. Beliau setuju dengan cadangan itu dan meminta Aqil Ibn Abi Talib, Makhramah Ibn Naufal, dan Jubair Ibn Mut’aim untuk kendalikan urusan diwan.

Keputusan penubuhan baitulmal ini berasaskan kepada beberapa ayat al-Quran, hadis, dan ijtihad para sahabat.

Keputusan jihad : ketua negara atau khalifah harus tentukan dasar kewangan negara dan sumber yang diperoleh daripada baitulmal serta kegunaannya mengikut kehendak syarak.

Page 6: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

SUMBER BAITULMAL Harta Masyarakat

Harta yang diperoleh daripada masyarakat atau orang kaya yang diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.

Harta – zakat fitrah, zakat harta, sedekah, dan wakaf.

Harta Negara Harta yang diperoleh menerusi ekspedisi ketenteraan di ketenteraan di

wilayah-wilayah bukan Islam. Hasil ekspedisi dan penaklukan:

i) Cukai ke atas tanah yang dikenakan cukai kharaj, jizyah yang dikenakan ke atas golongan zimmi, dan usyr iaitu cukai perniagaan ke atas orang Islam dan bukan Islam.

ii) Harta rampasan yang dikenakan ghanimah dan fay.iii) Harta karun yang ditemui di dalam perut bumi yang dianggap tidak

bertuan.

Harta Umum Hasil usaha masyarakat sama ada di peringkat individu atau kelompok. Contoh : perlombongan, perusahaan, perniagaan, pertanian, dan lain-

lain.

Page 7: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

CUKAI•KHARAJ (TANAH)•JIZYAH (PERLINDUNGAN)

Page 8: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KONSEPKHARAJ JENISKHARAJ

FAKTOR MENENTUKAN

KADAR KHARAJKADAR DAN

SYARAT KHARAJ

• Cukai yang dikenakan terhadap pemilik-pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam sama ada melalui peperangan atau secara aman.•Tanah terbahagi kepada tanah bertuan dan tanah tidak bertuan.•Kes bertuan : tanah dikanakan cukai kecuali pemiliknya memeluk Islam, maka automatik tanah itu menjadi tanah zakat.•Kes tidak bertuan : kekal sebagai tanah kharaj walaupun pengusahanya beragama Islam.

•Kharaj Wazifah• Kharaj masahah, iaitu kharaj

yang dikutip mengikut kawasan.

• Pemilik diwajibkan membayar cukai kharaj berdasarkan keluasan tanah dan jenis tanaman.

•Kharaj Muqasamah• Berdasarkan kepada hasil

yang diperoleh.• Cara yang pernah dilakukan

oleh Nabi Muhammad SAW ke atas penduduk Khaibar sewaktu pembukaan tanah.

•Kadar• Berbeza mengikut kawasan dan

keadaan.tetapi ditentukan berdasarkan kemampuan seseorang sehingga tidak membebankan.

• Kadar maksimum: ½ daripada keseluruhan hasil tanaman.

• Kharaj Wazifah: cukai hanya dikenakan sekali dalam setahun.

• Kharaj Muqasamah: dikenakan setiap kali hasil tanaman diperoleh.

•Syarat• Pembayar cukai mesti dilayan

secara adil dan saksama.

•Kualiti tanah•Kualiti benih tanaman•Kedudukan tanah pertanian

Page 9: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

FAKTOR MENENTUKAN KADAR KHARAJ

Kualiti Tanah Pemerintah harus pastikan kesuburan tanah-tanah

pertanian, penggunaan air hujan, dan penggunaan alat penyiram sebelum tentukan kadar kharaj.

Perbezaan yang besar dari segi hasilnya. Kadar kharaj lebih rendah jika dilakukan dengan usaha sendiri.

Kualiti Benih Tanaman Kadar kharaj tertakluk pada jenis dan kualiti benih tanaman Benih yang berkualiti digunakan, kharaj lebih tinggi akan

dikutip manakala benih yang kurang berkualiti sebaliknya. Kedudukan Tanah Pertanian

Kedudukan kawasan tanah yang strategik. Kharaj akan rendah jika kawasan pertanian terletak jauh di

pedalaman manakala kharaj lebih tinggi jika tanah pertanian berdekatan dengan bandar atau pasar.

Page 10: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KONSEP

• Cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang digelar golongan zimmi bagi perlindungan yang diberikan olen negara Islam ke atas keselamatan jiwa dan harta benda mereka.

• Kelebihan orang bukan Islam: perlindungan, pertahankan negara, patuh kepada undang-undang, dan kebebasan beragama.

SYARAT

• Sihat• Akil baligh• Lelaki• Selamat daripada

bencana yang berpanjangan

• Merdeka

KADAR DAN MASA

PEMBAYARAN

• Kadar - mazhab Shafie : minimum satu dinar - mazhab Hanafi dan Hambali : golongan kaya 48 dirham, golongan pertengahan 24 dirham, dan golongan fakir 12 dirham.

• Masa - mazhab Hanafi : pada awal tahun kerana diwajibkan sebagai satu jaminan memelihara keselamatan orang bukan Islam sepanjang tahun.

JIZYAH

Kewajipan membayar

jizyah dengan sendirinya akan gugur

jika memeluk Islam

Page 11: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

ZAKAT

Page 12: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

PENGERTIAN ZAKAT1) MEMBERI DAN MENAMBAH KEMAKMURAN DAN PAHALA KEPADA UMAT ISLAM.2) PEMBAYARAN BAGI MENYUCIKAN JIWA UMAT ISLAM.

Orang yang berhak terima zakat• Orang fakir• Orang miskin• Amil yang menguruskannya• Orang Muallaf iaitu orang yang baru memeluk Islam• Hamba yang hendak memerdekakan dirinya• Orang yang berhutang untuk keperluan asasi• Orang berjihad fi sabilillah• Orang yang merantau untuk mencari rezeki halal dan

menuntut ilmuSejarah kewajipan zakat• Peringkat sebelum kedatangan Islam• Peringkat sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah• Peringkat selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah

Zakat dari segi syarak: zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun ( haul)

Page 13: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

SEJARAH KEWAJIPAN ZAKAT Sebelum kedatangan Islam dan Sebelum Hijrah Nabi

Muhammad ke Madinah Sistem pemberian harta telah diperkenalkan oleh agama yang

wujud pada masa itu ( samawi dan hanif ) sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul.

Zakat harta benda diwajibkan oleh Allah sejak permulaan Islam lagi. Atas dasar tolong menolong antara golongan yang berada dengan

golongan miskin dan sebagai amal kebajikan yang dipandang mulia. Bersifat pilihan (ikhtiar) tanpa dihadkan kadar nisab dan jenis harta

benda yang hendak dikeluarkan zakat. Selepas hijrah Nabi Muhammad ke Madinah

Pada tahun ke-2 Hijrah, zakat difardukan secara ijabari (kuat kuasa) atau ilzumi (wajib) antara bulan Syaaban hingga bulan Syawal.

Keengganan bayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa membayar oleh pemerintah.

Page 14: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

INSTITUSI EKONOMI : ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN(ABAD KE-7 HINGGA KE-8 MASIHI)

•Khalifah Abu Bakar As-Siddiq•Khalifah Umar Al-Khattab•Khalifah Uthman Bin Affan•Khalifah Ali bin Abi Talib

Page 15: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQBAITULMAL KHARAJ JIZYAH ZAKAT

•Abu Ubaidah telah dilantik sebagai pemegang kunci baitulmal. Pelaksanaan baitulmal pada ketika ini agak terhad dan tidak menyeluruh.

•Pelaksanaan baitulmal pada zaman beliau dapat dilihat apabila beliau menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad SAW kepada baitulmal apabila Fatimah menyatakan bahawa Nabi tidak melakukan pindah milik kepadanya sebelum wafat.

•Ketika beliau hampir meningggal dunia, beliau berpesan kpd Umar al-Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 8 000 dirham utk dikembalikan kpd baitulmal.

•Sistem kharaj masih belum diperkenalkan kerana tanah-tanah yang ditakluki pada zamannya masih dianggap sebagai harta rampasan perang. Oleh itu, tanah-tanah ini telah diagihkan kepada tentera yang terlibat dalam ekspedisi penaklukan tersebut.

•Amalan jizyah telah diteruskan pada zaman beliau terutama ketika ekspedisi sebelum menyerang Byzantine dan Parsi. Beliau menghantar Khalid al-Walid untuk menyerang Iraq. Selepas penawanan tersebut, pemimpin Hirah bersetuju membayar jizyah setelah ditawarkan 3 pilihan sama ada menerima Islam, berperang ataupun membayar jizyah. Kadar jizyah yang dipersetujuai ialah sebanyak 19 ribu dirham setahun dan dibayar kpd kerajaan Islam Madinah.

•Beliau bertindak tegas dgn memerangi orang yang enggan membayar zakat seperti yang dilakukan oleh penduduk di Yaman, Yamamah dan Oman. Beliau amat tegas menyatakan bahawa solat adalah tiang agama manakala zakat pula sebagai jambatannya.

Page 16: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KHALIFAH UMAR AL-KHATTABBAITULMAL KHARAJ JIZYAH ZAKAT

•Beliau telah mewujudkan pengurusan baitulmal secara sistematik dengan menyediakan buku kira-kira negara untuk mengetahui pengaliran wang masuk dan keluar. Harta negara Islam semakin. Seterusnya sumbangan melalui ekspedisi kemenangan ketenteraan dan dakwah.

•Khalifah Umar pernah mengambil bahan makanan seperti gandum, mentega dan kurma dari stok simpanan di baitulmal utk diberikan kpd seorang wanita dan anak-anaknya akibat kelaparan.

•Khalifah Umar juga melarang golongan tentera memiliki tanah dan rumah sebagai rampasan perang. Tanah-tanah di wilayah yang ditakluki diusahakan oleh pemilik asalnya dan melarang orang Islam memilikinya. Golongan tentera Islam telah diberi elaun atau gaji daripada baitulmal.

•Tanah-tanah yang ditakluki di Iraq telah dijadikan tanah kharaj. Bagi tanah yang tidak bertuan telah dijadikan hak milik bersama dan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan Pemegang Amanah. Beliau telah menyerahkan tugas mengutip kharaj kpd golongan Ahl al-Ayyam (pemegang amanah)

•Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat kesan daripada berlakunya peluasan kuasa ke atas Iraq, Syam, Mesir, penduduk Qibti, penduduk Adzerbaijan dan termasuklah pemimpin Baitulmuqaddis bersetuju utk membayar jizyah.

•Jizyah dikutip oleh gabenor-gabenor wilayah yang dilantik dan dipertanggungjawab ke atas wilayah masing-masing

•Beliau menandatangani satu perjanjian dengan pemerintah Byzantine yang memerintah Baitulmaqdis.

•Beliau melaksanakan kutipan jizyah terhadap pemimpin Babylon, iaitu Muqauqis dan penduduk Mesir yang membayar sebanyak dua dinar setahun. Di Syria, beliau kutip jizyah dengan kadar sebanyak satu, dua, dan empat dinar mengikut keupayaan golongan zimmi

•Pelaksanaan zakat diteruskan

•Selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan beliau

•Rakyat Parsi dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka mendapat jaminan keselamatan nyawa dan harta benda.

Page 17: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

ISI PERJANJIAN Memberi jaminan keselamatan nyawa dan

harta benda kepada semua penduduk Jaminan kebebasan beragama dan

mengerjakan upacara ibadat masing-masing Mereka hendaklah membayar jizyah kepada

pemerintah kerajaan Islam Mereka memberi hak untuk mengerjakan

pertanian di atas tanah yang dimiliki sebelumnya dengan syarat mereka membayar khazraj.

Page 18: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN BAITULMAL KHARAJ JIZYAH ZAKAT

•Memastikan pengurusan harta negara yang sistematik. Pendapatan negara semakin meningkat dan telah digunakan utk kepentingan serta kebajikan rakyat seperti membina jalan, jambatan, projek perumahan dan kelengkapan tentera.

•Namun, mula timbul masalah mengenai baitulmal sehingga membawa penentangan terhadapnya. Beliau telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal utk kepentingan diri dan keluarganya. Beliau juga turut dituduh menaikkan kadar cukai yg dikenakan terhadap rakyatnya, tidak mengagihkan harta perang dan dituduh boros dlm perbelanjaan.

•Hakikatnya, beliau terpaksa mengerahkan rakyatnya membayar cukai lebih drp biasa bagi menyekat serangan musuh spt menghadapi ancaman laut oleh Byzantine di Mesir. Beliau juga terpaksa menggunakan wang negara utk memperkuatkan angkatan laut spt membeli kapal dan senjata.

•Di akhir pemerintahan beliau, ahl al-ayyam (pemegang amanah) ini tdk lagi diberi kuasa utk mengurangkan kadar cukai. Kuasa ini telah diberikan kpd pentadbiran gabenor.

•Hasil kharaj yang dikutip akan diserahkan kpd baitulmal utk dimanfaatkan spt memperbaiki infrastruktur, prasarana, memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mewujudkan sistem pengairan dan memperbaiki saliran yg sedia ada.

•Penduduk di wilayah yang ditakluki meminta perdamaian dan bersetuju membayar jizyah kepada kerajaan Islam Madinah dan telah memeluk Islam(Tripoli, Nubah, Qairawan)

•Zakat ternakan kuda telah diperkenalkan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Beliau menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga mereka berupaya memiliki binatang kuda wajar dikenakan zakat sama seperti zakat ke atas binatang unta walaupun Nabi Muhammad tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya.

Page 19: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

BAITULMAL

• beliau meneruskan sistem baitulmal dan menguruskan dengan jujur dan amanah serta tidak menggunakan harta baitulmal. Beliau hidup dlm keadaan sederhana, menerima gaji sama seperti Khalifah Abu Bakar dan Umar, memakai pakaian yang singkat dan bertampal-tampal serta tidak pernah menyimpan harta sepanjang kehidupannya.

•Ketika berperang dgn Muawiyah, beliau tidak menggunakan harta baitulmal bagi mempertahankan diri seperti mana Muawiyah yang menggunakan wang dan hadiah utk mendapat sokongan orang lain. Malah beliau turut menolak permintaan saudaranya iaitu Aqil bin Abi Talib yang meminta harta baitulmal.

JIZYAH•Pengiriman surat oleh beliau kepada al-Asytar al-Nakha’i, yang menyarankan agar al-Asytar tidak menolak pendamaian yang diminta oleh kaum kafir dan menyuruhnya mengikut satu perjanjian ( perjanjian zimmah)

Page 20: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

INSTITUSI EKONOMI :BAITULMAL DAN CUKAI PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH(ABAD KE-9 HINGGA KE-11M)

Page 21: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KHALIFAH ABU ABBAS AL-SAFFAH Pada masa pemerintahan beliau sumbangan yang diberikan

terhadap Baitulmal tidak ke arah positif. Beliau lebih cenderung membelanjakan wang kerajaan khususnya bagi tujuan ketenteraan.

Bagi menarik minat tentera,beliau telah menaikkan gaji tentera Khurasan kepada 80 dirham sebulan. Hal ini memastikan angkatan tentera yang terlibat dengan revolusi tidak akan meninggalkan medan peperangan. Semua perbelanjaan ini melibatkan wang perbendaharaan negara. 

Page 22: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KHALIFAH ABU JAAFAR AL-MANSUR Pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada asalnya terletak di

Anbar. Pada zaman pemerintahan beliau, pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah dipindahkan ke Baghdad.

Baghdad merupakan kawasan yang subur dan mudah menjalinkan perhubungan dengan kawasan-kawasan yang lain. Pembinaan kota Baghdad telah menelan belanja sebanyak 10 juta dinar. Seorang pegawai kewangan telah dilantik untuk menguruskan kewangan negara. Sistem ekonominya adalah berdasarkan sistem ekonomi kewangan.

Menurut sistem ini,pihak petani dikenakan cukai tanah (kharaj), dan kaum pedagang dikenakan cukai perdagangan (usyur) dengan kadar yang berpatutan mengikut hasil pendapatan mereka. Cukai-cukai ini menambahkan hasil kewangan perbendaharaan negara,Baitulmal.

Khalifah Abu Jaafar sendiri telah memegang jawatan khatib dan menjadikan segala urusan negara dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat atau khalifah.

Page 23: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

KHALIFAH AL-MAHDI beberapa pembaharuan telah dilakukan dan pembaharuan ini telah

memberi sumbangan yang besar kepada Baitulmal. Antara pembaharuan yang telah dibuat ialah Jabatan Akauntan Negara telah ditubuhkan bagi mengawal akaun setiap jabatan kerajaan.

Sistem Muqasamah (perkongsian) telah diperkenalkan ke atas hasil pertanian di Iraq. Cukai dikenakan ke atas petani berdasarkan hasil pendapatan yang sebenar setelah ditolak perbelanjaan yang diperlukan. Cukai tersebut melibatkan hasil buah-buahan dan sayur-sayuran. Cukai ke atas binatang ternakan seperti lembu,kambing, atau biri-biri yang diniagakan di pasar-pasar dan kedai-kedai di Baghdad turut dikenakan. Pembaharuan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada Baitulmal kerajaan Abbasiyah.

Page 24: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

INSTITUSI EKONOMI :ZAKAT PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH(ABAD KE-9 HINGGA KE-11M)

Page 25: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH

Khalifah Abbasiyah meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat

Khalifah Abbasiyah muwujudkan satu jawatan baharu, iaitu Ketua Kadi, dengan Abu Yusuf menjadi yang pertama menjawat jawatan ini. Khalifah Harun al-Rasyid pernah mendapat khidmat nasihat daripada Abu Yusuf mengenai zakat.

Khalifah-khalifah Bani Abbasiyah menjadi penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan

Page 26: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

Kemunculan pandangan mazhab seperti Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Shafi’e dan Mazhab Hambali.

Pemerintahan Bani Abbasiyah telah membahagikan zakat kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat fitrah – wajib ditunaikan selepas selesai mengerjakan puasa bulan Ramadhan. Tujuannya untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada ucapan dan perbuatan yang sia-sia.

Orang berj Hak menerima zakat fitrah ialah hamba atau orang

merdeka tidak kira jantina dan klasifikasinya. Zakat fitrah harus diberi sebelum solat Aidilfitri.

Zakat harta – harta benda yang diwajibkan zakat seperti binatang ternakan, emas, perak, barang perdagangan, dan biji-bijian.

Page 27: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)

SEKIAN….