SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

25
1.7.3 KEPEMIMPINAN Disediakan oleh : Nurul Ain Binti Mohd Salim Nama Guru : Puan Zurifah Binti Mustapha

Transcript of SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

Page 1: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

1.7.3 KEPEMIMPINANDisediakan oleh : Nurul Ain Binti Mohd

SalimNama Guru : Puan Zurifah Binti

Mustapha

Page 2: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

1.7.3 KEPEMIMPINAN• Mesir (Abad ke-12)

Salahuddin al-Ayyubi

•Khalifah Uthmaniyah (Abad ke-15)Sultan Muhammad Alfateh

Page 3: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SALAHUDDIN AL-AYYUBI

(1138 – 1193 M)

Page 4: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

LATAR BELAKANG Nama : Salahuddin Yusof Bin Najmuddin Ayyubi. Nama Gelaran : Al-Malik al-Nasir al-Sultan @

Saladin. Dilahirkan tahun 1138M di daerah Takrit. Berketurunan suku Kurdish. Mahir dalam ilmu kalam dan perundangan Islam. Perwatakan : berbentuk disiplin ketenteraan. Kehidupannya sangat ringkas dan sederhana. Beliau tidak tamak harta dan pangkat, dan tidak

menggunakan wang perbendaharaan negara.

Page 5: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

Beliau seorang pahlawan Islam yang berani, tenang, dan tidak terburu-buru membuat tindakan.

Beliau seorang pahlawan yang baik hati, bertoleransi, dan pemurah walaupun dengan musuh.

Beliau seorang yang setia kepada janji dan tidak bertolak ansur kepada kezaliman.

Mangkat : bulan Mac 1193M di Damsyik.

Page 6: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SUMBANGAN Membantu bapa saudaranya, Syirkuh al-

Ayyubi memerangi Shawar (wakil Khalifah Al-’Adid dari Dinasti Fatimiyah)Perjanjian damai ditandatangani dengan

Shawar di Iskandariah.Menawan Mesir dan membunuh Shawar

bersama bapa saudaranya.Dilantik sebagai Wazir Mesir selepas bapa

saudaranya menjadikan titik mula kejayaannya dalam politik.

Beliau berjaya menduduki tampuk pemerintahan Mesir dalam gelaran Sultan Salehuddin al-Ayyubi.

Page 7: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

Memberi taat setia terhadap pemerintah Syria.Pembesar Dinasti Zangi ambil kesempatan

untuk kuasai pemerintahan Syria.Kesannya :

1) beliau berjaya kuasai Damsyik.2) beliau memerangi As-Salih Ismail al-Malik di Aleppo dan berjaya duduki Aleppo.3) akhirnya, beliau berkuasa penuh ke atas Mesir dan Syria.

Page 8: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

Beliau merupakan pengasas Dinasti Ayyubiyah di Mesir.

Beliau menjadi sultan pertama dan panglima agung dalam Dinasti Ayyubiyah dan bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan dan kebudayaan Mesir yang kekal selama 350 tahun sehingga pihak berkuasa Turki Uthmaniyyah pindahkan ke Constantinople selepas berjaya mengalahkan kerajaan Mamluk.

Page 9: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

Beliau merupakan tokoh yang meletakkan semula empayar Islam dalam peta dunia kerana berusaha membina kekuatan tentera Islam bagi hadapi tentera Salib. Beliau berjaya tawan semula Jerusalem dari orang Kristian.

Beliau merupakan panglima Islam yang paling berani, bijak, dan gagah.

Beliau ambil berat keutuhan agama dan umat Islam dengan memberi sumbangan besar dalam perkembangan agama Islam.

Page 10: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SULTAN MUHAMMAD AL-

FATIH (1451 – 1481)

Page 11: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

LATAR BELAKANG Nama Sebenar : Muhammad II. Beliau merupakan putera Sultan Murad II. Maksud Al-fatih – pembuka atau penakluk. Beliau berjaya sediakan satu angkatan tentera

yang besar dan membuka kota Constantinople yang tidak berjaya diduduki oleh mana-mana pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyah sebelumnya.

Beliau memegang tampuk pemerintahan pada usia yang masih muda.

Beliau berjaya laksanakan kepimpinan dengan sempurna dengan adanya pengalaman, ilmu pengetahuan, dan keperibadiannya.

Page 12: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

Beliau mendapat didikan kepimpinan daripada ayahandanya yang mahir dalam ilmu falak, falsafah, perundangan, dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Beliau seorang pemerintah yang berani, tegas, berdedikasi, peramah, dan menghormati orang lain.

Page 13: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SUMBANGAN

Politik

Sosial

Agama

Page 14: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

POLITIK Pemimpin yang warak dan bertoleransi Penaklukan kota Konstantinople Membuka laluan penaklukan ke

Eropah/Balkan Mengepung dan membuka Kota

Konstantinople Penyatuan wilayah dan peluasan empayar

hingga ke Eropah

Page 15: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

POLITIK Pemimpin yang warak dan

bertoleransi Beliau mengikuti sistem pendidikan yang

sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya.

Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan.  

Baginda seorang pemuda yang warak. Beliau jarang sekali menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.

Page 16: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

POLITIK Penaklukan kota Konstantinople 

Sejak  kecil, Beliau telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya untuk menawan kota Constantinople.  

Sepanjang dua tahun pertama  selepas menaiki takhta, baginda mengkaji  pelan kota Costantinople  secara terperinci pada setiap malam bagi mengenal pasti sebarang  faktor-faktor kelemahan kota tersebut.

Baginda juga turut mengkaji  sebab-sebab kegagalan kempen-kempen  panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi  terkini yang sesuai untuk digunakan.

Baginda membuat persiapan untuk menawan kota Constantinople dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih.

Baginda juga mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.

Page 17: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

POLITIK Membuka laluan penaklukan ke

Eropah/Balkan Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah

Eropah, lebih kurang  lapan kilometer dari kota Constantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.

Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople, baginda membawa bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya terutama semasa mereka menghampiri dinding kubu kota tersebut.

Page 18: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

POLITIK Mengepung dan membuka Kota Konstantinople

Kota Konstantinolple telah dikepung dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.

Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam.

Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan Konstantinople. Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sphia.

Page 19: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

POLITIK Penyatuan wilayah dan peluasan

empayar  hingga ke Eropah - Serbia, Murah,  Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan

kaum Magyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih

pemerintahan Serbia. Namun, usaha mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih berundur seketika.

Walau bagaimanapun, ekoran perebutan takhta yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhimya baginda berjaya.

Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang  berhasrat menjatuhkan baginda.

Kesan kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

Page 20: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SOSIAL Pertambahan penduduk Istanbul Mendirikan masjid-masjid Institusi pendidikan Kebajikan rakyat

Page 21: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SOSIAL Pertambahan  penduduk Istanbul

Tindakan ini dilakukan kerana bilangan penduduk kota berkenaan kian berkurangan akibat terkorban dalam peperangan.

Baginda mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota berkenaan.

Baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.

Orang Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya yang strategik.

Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran golongan imigran ke kota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya tanpa diskriminasi.

Page 22: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SOSIAL Mendirikan masjid-masjid

Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang  Islam. Pada hari ini, gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia. Bangunan masjid diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat  al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah menara. 

Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara meningkat kepada tiga buah. Baginda juga membina sebuah masjid termasuk masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyub al-Ansarri. Di tepi masjid  ini dibina sebuah kubah yang berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli tasawuf.

Page 23: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SOSIAL Instituisi pendidikan

Institusi pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan telah dibuka dan ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan.

Kebajikan rakyat Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan

hospital, rumah kebajikan, rumah fakir-miskin dan menyediakan kemudahan telaga.

Untuk tujuan keselamatan pula, baginda telah membina limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.

Page 24: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

AGAMA Kebebasan  beragama

Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga telah membenarkan agama Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan Mazhab Ortodoks mereka.

Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya,  Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius kemudian berkata bahawa beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi Latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Ortodoks.

Sultan juga mengarahkan supaya gereja tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

Page 25: SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)

SEKIAN….