sejarah Bab1&2

download sejarah Bab1&2

of 22

Transcript of sejarah Bab1&2

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    1/22

    Bab1- KEDUDUKAN STRATEGIK

    MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

    1.1-Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di PulauPinang1.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan

    untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan

    dagangandan pangkalan tentera.

    2. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung

    daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka

    memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal.

    3. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak,

    bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu

    untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh yang amat popular di

    Eropah daripada pedagang Cina.

    4. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan

    sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang

    strategik, iaitu berada di persimpangan

    timur dan barat.

    5. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di

    Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India daripada

    serangan pihak Perancis.

    6. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau Pinang

    yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan

    sebuah negeri yang berada di bawah naugan Siam.

    7. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada

    kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkanKedah maju sebagai pelabuhan enterpot.

    8. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan

    Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai

    Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat

    dirajaKedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    2/22

    9. Kerabat diraja Kedah telah berpakat denganBugis di selangor yang

    dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda

    10. Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu

    mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa

    berundur ke Kangar.

    11. Baginda berusaha mendapatkanbantuan daripada firmaJourdi an

    Sullivan and de Souza. Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis

    Light untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771.

    12. Setelah berbincang, baginda telah menandatangani perjanjian dengan

    Francis Light.

    13. Dalam perjanjian itu, pihak firma dibenarkanberniaga di Kuala Kedah.

    14. Namun, perjanjian itu dibatalkan apabila pihak firma enggan

    memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor.

    15. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan penghantaran

    bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang dengan

    Burma pada tahun 1753-1781.

    16. Setelah Siam bangkit, siam telah menuntut supaya penghantaran

    bunga emas, wang, serta tenaga manusia disambung semula. Inimenyebabkan Kedah berasa terancam.

    17. Kedah yang diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan

    daripada pihak SHTI untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah

    menawarkan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan.

    18. Francis Light yang inginkan Pulau Pinang, menerima tawaran Sultan

    Abdullah.

    1.2-Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang1. Dasar monopoli yang diamalkan oleh Belanda telah membimbangkan

    pihak SHTI.

    2. Setelah meneliti tawaran Sultan Abdullah, Francis Light secara peribadi

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    3/22

    telah menandatangani Perjanjian Inggeris- kedah pada tahun 1786.

    3. Antara syarat-syarat Perjanjian Inggeris- Kedah 1786 ialah:

    (a) SHTI tidak boleh melindungi musuh kedah.

    (b) SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh.

    (c) SHTI membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultanKedah

    sebagai pampasan.

    4. Penaklukan Patani oleh Siam telah mengancam kedudukan kedah.

    5. Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti

    yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786.

    6. SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian

    1786 yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Francis Light.

    7. Oleh sebab keengganan SHTI untuk memberi bantuan, Sultan Abdullah

    mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang tetapi beliau enggan

    walaupun ditawarkan bayaran ganti rugi.

    8. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah mengumpul tentera untuk menyerang

    dan mengambil semula Pulau Pinang.

    9. Baginda turut mendapat bantuan ketenteraan daripada Siak, Riau, dan

    Selangor.

    10. Francis Light telah meminta bantuan tentera British untuk menyerang

    kubu sultan Kedah di Seberang Perai.

    11. Dalam pertempuran itu, angkatan tentera Kedah tewas dan Sultan

    Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan

    Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.

    12. George Leith pula dilantik oleh SHTI sebagai Gabenor Pulau Pinangyang pertama.

    1.3-SHTI Mengambil Seberang Perai1. Setelah menduduki Pulau Pinang, SHTI berusaha pula untuk

    mendapatkan SeberangPerai kerana:

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    4/22

    (a) Sesuai untuk dijadikan benteng pertahanan Pulau Pinang sekiranya

    diserang.

    (b) Sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian kerana tanah subur.

    2. Peluang ini diambil oleh SHTI kerana Sultan Dziauddin memerlukan

    bantuan ketenteraan untuk menentang Siam.

    3. Pada bulan Jun 1800, baginda telah menandatangani Perjanjian

    Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith.

    4. Perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai secara

    rasmi dan dinamakan Province Wellesly. .

    5. Namun, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan setelah Kedah diserang

    oleh Siam pada bulan November 1821.

    6. Kedah akhirnya berjaya ditakluki oleh Siam.

    7. Pada bulan Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Raja

    Rama III dengan Henry Burney di Bangkok

    8. Sultan-sultan Kedah telah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan

    negeri Kedah daripada ancaman musuh.

    9. Namun, akhirnya Pulau Pinang dan Seberang Perai jatuh ke tanganBritish kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dn menggunakan

    tipu muslihat.

    1.4-Pertapakan SHTI di Singapura1. Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di Utara Selat Melaka

    menyebabkan Pulau Pinang gagal berkembang maju.

    2. Kapal-kapal dagang lebih banyak berlabuh di kawasan yang

    berhampiran dengan Selat Melaka seperti Betawi, Riau dan Lingga.

    3. Perdagangan SHTI dengan China semakin maju menyebabkan pihak

    syarikat memerlukan sebuah pelabuhan baru untuk menggantikan Pulau

    Pinang.

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    5/22

    4. Perang Napoleon yang telah melanda Eropah menyebabkan pihak SHTI

    dapat menguasai Melaka dan Betawi.

    5. Namun, selepas perang tamat, SHTI terpaksa memulangkan semula

    Melaka dan Betawi kepada Belanda. Pihak belanda juga telah

    memberikan layanan yang buruk terhadap pedagang British.

    6. Oleh itu, pihak syarikat telah menghantar Stamford Raffles untuk

    mencari sebuah pangkalan baru. Beliau telah cuba untuk memajukan

    Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal.

    7. Raffles yang mendapatiSingapura berpotensi untuk menjadikan

    pelabuhan yang maju kerana terletak di laluan perdagangan di

    Selat Melaka dan Selat Sunda telah mencadangkannya kepada pihak SHTI.

    8. Singapura yang terletak di bawah kekuasaan Johor juga didapati dapat

    menyaingi pelabuhan Betawi dan mampu menyekat monopoli

    perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.

    Singapura sebagai pangkalan perdagangan

    yang strategik

    1. Stamford Raffles telah mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikanpangkalan baru di Singapura.

    2. Singapura terletak di bawah kekuasaan kerajaan Johor.

    3. Namun, usaha Raffles untuk mendapatkan Singapura menghadapi

    masalah kerana kerajaan Johor berada di bawah pengaruh Belanda.

    Taktik Raffles mengambil Singapura

    1. Pada 12 Januari 1819, Stamford Raffles telah mendarat di Singapura.

    2. Stamford Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman

    menandatangani perjanjian dengan pihak British pada 30 Januari 1819.

    3. Namun, perjanjian itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat

    persetujuan daripada sltan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman.

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    6/22

    4. Raffles merancang dengan mengadakan muslihat untuk

    memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda

    5. Raffles telah berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman menjeput

    Tengku Hussein keSingapura untuk menjadi sultan Johor.

    6. Oleh itu, Sultan Hussein telah mengiktirafkan perjanjian awal antara

    Temenggung Abdul Rahman dan Raffles.

    7. Maka secara rasminya SHTI mula bertapak di Singapura.

    SHTI Mencengkan Singapura

    1. Perjanjian 1819 gagal memberi kuasa penuh kepada Raffles untukmenduduki Singapura.

    2. Untuk mengukuhkan kedudukan SHTI, Raffles telah menandatangani

    satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul

    Rahman pada 7 Jun 1823.

    3. Perjanjian ini membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan

    Pulau-Pulau yang berdekatan

    4. Pada 2 Ogos 1824, Residen Singapura iaitu John Crawfurd telahmenandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan

    Temenggung Abdul Rahman.

    5. Melalui perjanjian tersebut, Sultan Hussein terpaksa menyerahkan

    Singapura secara rasminya kepada SHTI.

    1.5-Perpecahan Kepulauan Melayu1. Kepesatan Singapura telah mengugat pengaruh Belanda di Kepulauan

    Melayu.

    2. Pihak Belanda juga marah dengan pendudukan Raffles di singapura

    kerana mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya.

    3. Pekara ini telah membangkitkan permusuhan antara pihak British

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    7/22

    dengan pihak Belanda.

    4. Permusuhan ini kemudiannya diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-

    Belanda 1824yang juga dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan London.

    5. Antara syarat-syarat Perjanjian Persetian London (Perjanjian Inggeris-

    Belanda 1824):

    (a) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.

    (b) Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah

    Melayu.

    (c) British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara

    Belanda menyerahkan Melaka kepada British.

    6. Perjanjian ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada

    dua pengaruh, iaitu British dan Belanda.

    7. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura terletak di bawah pengaruh

    British manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah pengaruh

    Belanda.

    8. Melaka yang sudah lama menjadi impian British telah dapat diperolehi

    melalui perjanjian ini.

    9. Johor pula telah dipecahkan kepada dua bahagian:

    (a) Johor dan Singapura berada di bawah penguasaan British; dan

    (b) Kepulauan Riau serta Lingga berada di bawah penguasaan Belanda.

    1.6-Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat1. Negeri-negeri selat (NNS) dianggotai oleh Pulau Pinang, Singapura dan

    Melaka.

    2. Pulau pinang dahulunya telah diperintah oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan Melaka diperintah oleh Residen.

    3. Dengan tertubuhnya NNS, pentadbiran dapat diseragamkan dan

    menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

    4. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang dan kemudiannya pada

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    8/22

    tahun 1832, Singapura pula menjadi ibu negeri bagi NNS.

    5. Pentadbiran NNS diketuai olehGabenor yang menerima arahan

    daripada Gabenor Jeneral di India.

    6. Residen Konsuler pula dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan

    pentadbiran di NNS.

    7. Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal undang-undang

    untuk dilaksanakan di NNS.

    8. Namun, pentadbiran ini ditentang oleh penduduk tempatan kerana

    mereka merasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan India.

    9. Oleh itu, NNS telah merayu kepada British untuk memindahkan

    pentadbiran NNS ke London.

    10. Justeru, pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebagai tanah jajahan

    British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di

    London.

    11. Majlis Perundangan telah ditubuhkan bagi membolehkan NNS

    meluluskan undang-undang yang dibuatnya sendiri.

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    9/22

    Bab2- KEKAYAAN HASIL BUMI

    MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

    DI TANAH MELAY

    2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-

    Negeri Melayu NNM

    Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British diNNMi. Kekayaan bumi NNM

    a. hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu

    b. kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta(Perak), di Sungai

    Pahang dan Sungai Lembing(Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur

    ,Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeric. Sembilankawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

    ii. Revolusi Perindustrian

    a. British memerlukan bijih timah untuk perusahaan

    mengetin makanan

    b. NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah

    berterusan

    c. NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

    iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan

    Kapal Wap

    a. Terusan Suez dibuka tahun 1869

    b. terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan

    Laut Mediterranean

    c. ia memendekkan perjalanan dari England

    (Eropah) ke India, Asia Tenggara dan China

    d. penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan

    dan dapat membawa muatan lebih banyak

    iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain

    a. abad ke-19 berlaku persaingan kuasa

    b. British di India bimbang dengan kuasa Eropah

    lain di Asia Tenggara

    c. British tidak akan membiarkan kepentingannya di

    NNM diancam oleh kuasa Barat lain seperti

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    10/22

    Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di

    IndoChina dan Sepanyol di Filipina

    v. Perubahan Dasar British di London

    a. tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan

    b. British di LondonParti Liberal kalah

    c. pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak

    campur tangan kepada dasar campur tangan di

    NNM

    vi. Desakan Pedagang di NNM

    a. keadaan huru-hara berlaku di NNM

    b. antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara

    pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina

    c. keadaan ini memberi kesan kepada pedagangpedagangdi NNS kerana mereka mengalami kerugian

    d. akibatnya pedagang mendesak British campur

    tangan dan melindungi kepentingan pelaburan

    mereka di NNM

    e. tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis

    surat kepada Lord Kimberly iaitu Setiausaha

    Tanah Jajahan British mendesak British campur

    tangan

    Hubungan Antara NNS Dengan NNM

    a. NNS sebagai pelabuhan entrepot

    b. NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM

    c. Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam

    perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong,

    Lukut dan Klang

    2.2 -Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan

    dan Pahang Memberi Peluang CampurTangan British1. kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huruhara

    dan tidak stabil

    2. antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan

    Pahang

    i. Keadaan di Perak

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    11/22

    a. politik tidak stabil

    b. sebab-sebab;

    a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee

    Hin dan Hai San

    a. buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai

    pada tahun 1848 oleh Long Jaafar ke daerah Larut

    (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)

    b. tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di

    Larut

    c. berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan

    Perang Larut

    d. keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah

    e. Speedy (Timbalan Pesuruhjaya PolisNNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut

    b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja

    a. berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak

    dipatuhi sepenuhnya

    b. mengikut sistem, seseorang anak raja perlu

    memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja

    Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal

    menjadi sultan

    c. tahun 1871 Sultan Ali maNgah Ibrahim iaitu Menteri Larut

    melantik

    Kapten ngkat dan pembesarpembesar

    Perak melantik Raja Ismail (Raja

    Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang

    baru

    d. pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja

    Muda ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir

    ketika itu)

    e. Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhtaf. pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong

    Raja Abdullah tidak hadir walaupun dijemput

    g. Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh

    pembesar-pembesar Perak

    h. tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh

    pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    12/22

    Maharaja Lela dan Dato Sagor

    i. kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak

    sahaja

    j. Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak

    k. keadaan ini menyebabkan perpecahan dan

    menggugat keamanan di Perak

    l. Raja Abdullah meminta bantuan British untuk

    mengiktiraf beliau sebagai sultan

    m. permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat

    oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang

    membuka peluang British untuk menguasai Perak

    Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:

    a. Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar

    Melayu dan pemimpin kongsi gelap Cinaberunding di Pulau Pangkor

    b. antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah,

    Ngah Ibrahim dan Dato Sagor

    c. Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima

    surat jemputan

    d. antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah

    Kapitan Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai San)

    e. hasil rundingan membawa kepada termeterainya

    Perjanjian Pangkor pada 30 Januari 1874

    f. perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu

    H.M.S. Pluto

    Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:

    a. Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak

    b. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda

    c. sultan menerima seorang Residen British sebagai

    penasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal

    agama Islam dan adapt istiadat Melayud. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di

    Perak

    e. Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar

    dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak

    f. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan

    menerima seorang Penolong Residen

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    13/22

    g. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai

    segala usaha mengembalikan keamanan di Perak

    Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:

    a. tanda bermulanya kuasa British secara langsung

    dalam pentadbiran dan ekonomi Perak

    Keadaan di Selangor

    a. tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di

    daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor

    b. daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman

    apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai

    pula oleh Raja Abdullah

    c. timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi

    (putera Raja Sulaiman)

    d. Raja Abdullah berjaya memajukan perlombonganbijih timah di daerah Klang

    e. buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di

    lombong-lombong

    f. lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala

    Lumpur dan Ampang

    g. tahun 1860 daerah Klang berkembang maju

    sebagai pusat bijih timah

    h. Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum

    dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880

    i. kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan

    antaranya oleh Raja Mahadi

    j. perbalahan antara mereka mencetuskan perang

    saudara Perang Klang

    k. perang audara merebak ke daerah-daerah lain di

    Selangor

    l. keadaan bertambah buruk apabila pelombongpelombong

    Cina terlibat sama

    m. tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja

    Abdullah di Klangn. kegiatan perdagangan Selangor terjejas

    Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan

    Perang Klang:

    a. Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik

    Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang

    b. Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin)

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    14/22

    ialah putera diraja Kedah, menantu Sultan Abdul

    Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan

    memajukan Selangor (1868)

    c. Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar

    Selangor termasuk Raja Mahadi kerana beliau

    bukan anak negeri Selangor

    d. Tengku Kudin meminta bantuan British

    British mendesak Sultan Abdul Samad menerima

    Residen British tetapi gagal

    e. British terus berusaha mencari alasan untuk

    menempatkan residennya di Selangor

    f. tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak

    di Langat

    g. 1874 rumah api British di Tanjung Rachado

    (sekarang Tanjung Tuan, Negeri Sembilan) telahdiserang

    h. kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo

    membedil Kuala Selangor

    i. British membantu Tengku Kudin menewaskan

    Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang

    j. British mendesak Sultan Abdul Samad

    meletakkan Selangor di bawah naungannya

    k. tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai

    Residen Selangor yang pertama

    Penolong Residennya ialah Frank Swettenham

    Keadaan di Sungai Ujong

    a. Sungai Ujong kaya dengan bijih timah

    b. tahun 1872, Dato Kelana Syed Abdul Rahman

    menjadi pemerintah Sungai Ujong

    c. seorang lagi pembesar yang berpengaruh di

    Sungai Ujong ialah Dato Bandar Kulop Tunggal

    d. kedua-duanya saling bersengketa

    e. sebab-sebab mereka bersengketa ialah;

    i. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yangmerupakan jalan perhubungan utama ke

    pelabuhan Melaka

    ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang

    melalui sungai ini sangat lumayan

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    15/22

    a. Dato Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin

    b. kerana Dato Bandar disokong kuat penduduk

    c. tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah

    d. Sungai Ujonga. Dato Kelana meminta bantuan British

    b. tahun 1874 Dato Kelana menandatangani

    e. perjanjian menerima perlindungan British

    a. syarat-syarat perjanjian ialah;

    i. Dato Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai

    Ujong

    ii. British berkuasa penuh mengutip

    cukai di Sungai Linggi

    iii. Residen British pertama yangditempatkan di Sungai Ujong ialah P.J.Murray

    Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan

    menentang tindakan British mengutip cukai di

    Linggi

    British memberi bantuan tentera kepada Dato

    Kelana untuk menewaskan Dato Bandar

    a. Dato Bandar dibuang negeri ke Singapura

    b. British menguasai daerah-daerah lain seperti

    Rembau, Jelebu dan Sri Menenati

    c. British menempatkan pegawai Majistret danPemungut Hasil di setiap daerah, antaranya tahun

    1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri

    Menanti

    d. tahun 1895 semua daerah disatukan dan

    membentuk persekutuan yang dipanggil Negeri

    Sembilan

    e. Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah

    (Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai Yang

    Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertamaf. Tahun 1895 Residen British ditempatkan di

    Negeri Sembilan iaitu Martin Lister

    g. Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri

    naungan British

    iv. Keadaan di Pahang

    a. Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    16/22

    Melayu yang lain

    b. British mahu menguasai Pahang bagi menghalang

    kuasa Eropah lain bertapak di Negeri-Negeri

    Melayu

    c. kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa

    Perancis, Rusia dan Jerman mencari tanah jajahan

    d. Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan

    Pahang dari dijajah British seperti yang berlaku di

    a. Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu

    baker dari Johor untuk membangunkan Pahang

    bagi menyekat pengaruh British

    a. Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur

    Eropah untuk memajukan Pahang

    b. syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong

    emas dan bijih timah di Pahangc. contoh;

    i. Pahang Corporation Ltd(Sungai Lembing)

    ii. Malay Peninsular(Pahang)

    iii. Prospecting Co. (Selising)iv. Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)

    tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British

    kerana menjejaskan kepentingan mereka di

    Negeri-Negeri Melayu

    Perluasan Kuasa British di Pahanga. tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick

    Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat memujuk

    Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi

    gagal

    b. tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan

    Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan

    Ahmad menerima pengaruh British

    c. Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di

    Pahang

    d. British masih tidak puas hati kerana wakil Britishberkuasa terhad

    e. tahun 1888 seoreang warganegara British

    berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui mati

    berhampiran istana Sultan Ahmad

    f. British menggunakan peluang ini mendesak

    Sultan Ahmad menerima Residen British atas

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    17/22

    alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan

    keamanan di Pahang

    g. akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima

    J.P.Rodger sebagai Residen British

    h. penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya

    kedaulatan Pahang

    i. British mula campur tangan secara langsung

    dalam pentadbiran PahangPerak, Selangor dan Negeri Sembilan

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    18/22

    b.

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    19/22

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    20/22

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    21/22

  • 8/7/2019 sejarah Bab1&2

    22/22