Sabah - Skema Pengajian Am 2

download Sabah - Skema Pengajian Am 2

If you can't read please download the document

Transcript of Sabah - Skema Pengajian Am 2

EXCEL 2 : 2009

SULIT*

JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH PENGAJIAN AM JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH KERTAS 2 JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH ( Tiga jam) JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH

900/2

STPM 200

))

JABATAN PELAJARAN SABAH

SKEMA JAWAPAN EXCEL 2

2009

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

EXCEL 2 : 2009

2 BAHAGIAN A

SULIT *

1.

Perpaduan yang rapuh telah menghalang pencapaian Wawasan 2020 yang antara lain bertujuan mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu iaitu mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Huraikan punca-punca kegoyahan tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pendahuluan

Kemantapan perpaduan pemangkin matlamat dan hala tuju sesebuah negara.

kepada

pencapaian

Punca-punca Kegoyahan Semangat Perpaduan :

1. Kurangnya Kefahaman tentang Konsep Kontrak Sosial

Masyarakat masih lagi tidak memahami tentang konsep sejarah iaitu berkaitan kontrak sosial. Kontrak sosial tersebut meliputi bahasa, agama dan hak keistimewaan bumiputera dan orang Melayu. Sebagai contoh, masyarakat mempertikaikan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan hak keistimewaan orang Melayu.

2. Media Massa Kurang Fokus Terhadap Perpaduan

Media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik lebih mementingkan kepada rancangan yang berbentuk komersial serta berbentuk keuntungan. Artikel, rancangan dan program kurang menyumbang kepada pemupukan ke arah perpaduan dalam kalangan masyarakat.

3. Integrasi Wilayah Kurang Berjaya

Kegagalan integrasi wilayah disebabkan oleh lokasi dan jarak yang terlalu jauh. Sebagai contoh, jarak antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Masalah juga berlaku disebabkan oleh faktor perhubungan seperti kemudahan prasarana yang masih lagi tidak seimbang antara wilayah.

4. Sentimen politik

Kebanyakan parti politik di Malaysia lebih cenderung atau berasaskan kepada kaum. Sebagai contoh, UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA dan DAP untuk orang Cina serta PPP dan MIC untuk orang [Lihat sebelah SULIT* www.riekadier.blogspot.com

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

EXCEL 2 : 2009

3

SULIT *

India. Terdapat sesetengah pemimpin yang suka menggunakan isu perkauman sebagai modal politik mereka untuk menjayakan misi dan visi politik mereka.

5. Jurang Perbezaan Ekonomi Antara Kaum

Kebanyakan masyarakat masih tidak berpuas hati kepada pengagihan kekayaan negara. Sebagai contoh, ekuiti yang disasarkan oleh kerajaan kepada golongan bumiputera iaitu 30 % masih lagi tidak kesampaian. Ekuiti bumiputera pada tahun 1970 hanya 7.9% dan pada tahun 1990, ekuiti tersebut masih lagi tidak tercapai iaitu hanya 21%. Kaum bukan bumiputera sentiasa berasa syak wasangka terhadap segala program kerajaan yang dikatakan menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja.

Langkah-langkah Untuk Memupuk Semangat Perpaduan :

6. Penghayatan Rukun Negara

Penghayatan Rukun Negara perlu melibatkan institusi sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, jabatan awam dan swasta. Amalan dan pembudayaan Rukun Negara perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat perlu diberi kefahaman yang jitu dan menyeluruh tentang Rukun Negara.

7. Penggunaan Satu Bahasa

Penggunaan satu bahasa dalam pelbagai program dapat mewujudkan perpaduan yang lebih erat antara kaum. Usaha perlu digemblengkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia. Pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai program kerajaan seperti di televisyen dan pengiklanan perlu dipertingkatkan serta pihak-pihak tertentu mesti mempercayai keupayaan penggunaan bahasa kebangsaan.

8. Peranan Kerajaan

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

Pihak kerajaan telah melancarkan slogan yang baru ke arah pengimplimentasian perpaduan iaitu Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pelancaran pelbagai program sebagai usaha ke arah perpaduan seperti kewujudan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), program [Lihat sebelah SULIT* www.riekadier.blogspot.com

EXCEL 2 : 2009

4

SULIT *

keluarga angkat dan program sukan. Sebagai contoh, perpaduan dapat diwujudkan dalam sukan badminton tanpa mengenal kaum. Kemenangan dan Penganugerahan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan badminton telah diterima dengan gembira dan baik oleh semua kaum.

9. Peranan Pendidikan

Pemupukan perpaduan dapat dilahirkan melalui penggunaan sukatan pelajaran yang sama dalam kalangan pelajar. Pendidikan juga diberikan percuma kepada semua kaum bermula dari awal usia kanak-kanak. Kewujudan Sekolah Wawasan juga dilihat semakin pemangkin ke arah usaha perpaduan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjadikan subjek Sejarah untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan jati diri. Sebagai contoh, pihak KPM juga akan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib di sekolah rendah menjelang tahun 2010.

10. Peranan Masyarakat

Masyarakat juga bertanggungjawab menyuburkan lagi semangat perpaduan seperti melalui perkongsian raya antara kaum. Aktiviti gotong-royong perlu disubur dan diamalkan.

Kesimpulan

Perpaduan penting dalam merealisasikan wawasan 2020.

Nota

1. 2.

Pendekatan Menjawab = 2 + 2 2 isi Punca Kegoyahan semangat perpaduan + 2 isi yang seterusnya iaitu Langkah untuk memupuk semangat perpaduan.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009 2.

5

SULIT *

Malaysia berada di tangga ke empat dalam indeks gejala rasuah di Asia. Gejala ini antara lain berpunca daripada sistem birokrasi yang diamalkan dalam kalangan para penjawat awam atau swasta. Dalam hal ini, tindakan-tindakan yang proaktif perlu diambil untuk menangani gejala ini daripada berleluasa. Bincangkan.

Pendahuluan

Indeks gejala rasuah menunjukkan negara kita berada di tangga ke empat dalam kalangan negara Asia.

Punca-punca Berlakunya Gejala Rasuah :

1. Karenah Birokrasi

Sistem birokrasi yang terlalu menyulitkan telah memberikan ruang kepada berlakunya amalan rasuah. Penurunan kuasa yang terlalu luas kepada para pegawai. Kurangnya pemantauan yang dijalankan di peringkat organisasi.

2. Ketidaktelusan Sistem Pentadbiran

Berlakunya ketidaktelusan dalam pemberian tender. Hal ini berlaku kerana kurangnya pemantauan oleh pihak atasan. Sebagai contoh, tender untuk kelulusan sesuatu projek yang diberikan tanpa penelitian yang rapi serta tidak mengira latar belakang serta keupayaan pemaju yang berkaliber.

3. Ketidakprihatinan Masyarakat

Persepsi sesetengah daripada masyarakat bahawa amalan rasuah sebagai perkara yang biasa dan bukan sesuatu yang dikira sebagai kesalahan sosial. Amalan rasuah menjadi rutin kepada pemberi dan penerima rasuah. Segelintir masyarakat yang tidak mahu melaporkan sesuatu kejadian rasuah kepada pihak yang berwajib. Sikap masyarakat juga dilihat tidak memberikan kerjasama sepenuhnya.

4. Penguatkuasaan yang Tidak Efisien

Pegawai yang dilantik tidak berintegriti. Penguatkuasaan yang diambil kurang berkesan. Hukuman yang tidak setimpal dengan kadar denda yang lebih rendah daripada kadar suapan.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

6

SULIT *

Tindakan-tindakan Untuk Menangani Gejala Rasuah :

5. Penerapan Agama dan Moral

Penerapan agama dan nilai moral perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat. Membudayakan ajaran agama dalam segala tingkah laku dan perbuatan. Sebagai contoh, peranan masjid, institusi agama dan jabatan-jabatan agama setiap negeri.

6. Pendidikan Secara Formal dan Tidak Formal

Pendidikan di sekolah turut meliputi sukatan atau pengajaran berkaitan salah laku rasuah terutama melibatkan subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam dan Sejarah. Pendidikan juga diberikan kepada masyarakat tentang keburukan gejala rasuah melalui kempen di media cetak mahupun media elektronik dan ceramah yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Pendidikan di rumah juga dijalankan di samping rumah-rumah ibadat seperti masjid, gereja dan kuil.

7. Penguatkuasaan Undang-undang dan Tindakan yang Tegas

Penguatkuasaan yang tegas tanpa mengira kedudukan pelaku rasuah tersebut. Siasatan cepat, telus dan tegas. Sistem cabutan tender perlu diperluaskan secara terbuka.

8. Pemberian Kuasa yang Sepenuhnya kepada SPRM

Perluasan kuasa dan peranan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi peranan dan kuasa yang sepenuhnya untuk menangkap dan mendakwa pesalah rasuah. Pemimpin-pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai awam dan swasta bertindak membuat laporan.

9. Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN)

Pelaksanaan secara terancang dan terperinci. Kebolehpercayaan yang tinggi masyarakat terhadap penjawat awam.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

7

SULIT *

Kesimpulan

Setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu untuk bersama-sama menangani gejala rasuah daripada berleluasa.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 2 + 2 2. 2 isi Punca - Isi Pertama : Karenah Birokrasi yang diamalkan + Isi kedua 3. 2 isi yang seterusnya ialah Langkah untuk menangani amalan rasuah.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

8 BAHAGIAN B

SULIT *

3. Indeks kualiti air semakin merosot akibat daripada penggunaan pelbagai racun seperti DDT dan baja kimia. Di samping itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pencemaran kualiti sumber air. Bincangkan pernyataan tersebut.

Pendahuluan

Kemerosotan kualiti sumber air bererti sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam, takungan semula jadi, air bawah tanah dan air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya.

Punca-punca Berlakunya Kemerosotan Kualiti Air :

1. Penggunaan Racun dan Baja Kimia

Sumber air seperti air tanah tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Sebagai contoh, penggunaan racun DDT di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit. Kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian. Partikel-partikel tanah yang terdedah telah dihakis dan dibawa oleh larian air permukaan ke dalam sungai. Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejal terampai dan berlakunya kekeruhan. Pembuangan sisa buangan serta pelanggaran dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki. Dikesan melalui kewujudan ketulan-ketulan tar atau minyak mentah yang menutupi permukaan air laut. Sebagai contoh, di perairan Selat Melaka berisiko tinggi untuk sumber laut tercemar kerana selat ini merupakan antara jalan air tersibuk. Pelepasan sisa kilang ke sungai, tasik, paya atau laut. Kilang-kilang yang banyak mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah dan kelapa sawit. Sebagai contoh, pencemaran yang berlaku di Sungai Skudai, Johor dan Sungai Prai di Pulau Pinang. Pelepasan asap dari serombong kilang ke udara boleh menyebabkan hujan asid. [Lihat sebelah SULIT* www.riekadier.blogspot.com

2. Pembukaan Tanah Secara Besar-besaran

3. Pembangunan Sektor Pengangkutan Air

4. Pembangunan Sektor Perindustrian.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

EXCEL 2 : 2009

9

SULIT *

5. Proses Urbanisasi

Kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke dalam sungai disebabkan oleh proses urbanisasi. Pembuangan sisa-sisa makanan oleh para peniaga dan kawasan perumahan. Sebagai contoh, pencemaran air yang teruk di Sungai Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Gombak.

6. Pembangunan Sektor Pelancongan

Pelepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran air laut. Sebagai contoh, kemerosotan kualiti air di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Batu Feringgi, Pulau Pinang.

7. Pembangunan Sumber Tenaga

Pembinaan empangan hidroelektrik mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Penggunaan air untuk pembersihan dan penyejukan loji jana kuasa elektrik yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya. Sebagai contoh, pembinaan Empangan Hidrolelektrik Bakun di Sarawak.

Kesimpulan

Kemerosotan kualiti memberikan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 1 + 3 2. Isi pertama mesti berkaitan dengan Penggunaan Racun dan Baja Kimia. 3. Sekiranya tiada isi pertama, isi yang diterima hanya 3 = 3 + 0

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

10

SULIT *

4. Kemunculan penyakit-penyakit bawaan vektor semakin berleluasa. Penyakit-penyakit bawaan vektor seperti malaria, Japanese Encephalitis (JE), SARS, selesema burung, virus Influenza A (H1N1) dan demam denggi adalah contoh penyakit yang serius. Penyakit ini mengakibatkan komplikasi yang akan mengancam nyawa, membawa kepada kematian dan boleh menular dalam komuniti. Demam denggi antara pembunuh utama. Huraikan punca-punca merebaknya penyakit demam denggi dan cadangkan langkah-langkah pencegahannya.

Pendahuluan

Jumlah kes denggi tahun 2008 berjumlah 12,162 kes dengan 35 kes kematian.

Punca-punca Merebaknya Penyakit Denggi :

1. Gigitan nyamuk Aedes

Denggi disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti dan aedes albopictus. Menyebarkan 4 jenis virus salah satunya genus flavivirus. Kesannya membawa 2 jenis denggi berat seperti demam hemogranik denggi dan sindrom kejutan denggi.

2. Belum Ada Vaksin

Tiada vaksin khusus untuk demam denggi flavivirus. Tiada rawatan yang khusus kepada pesakit denggi.

3. Teknik Kawalan Kurang Berkesan

Penyebaran teknik kawalan tidak menyeluruh seperti pengunaan pembunuh jentik-jentik, semburan kabus termal dan penggunaan kelambu. Pengurusan dan pelupusan sampah kurang berkesan.

4. Persekitaran yang Kotor

Menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes. Takungan air seperti tin, tayar dan longkang tersumbat.

5. Iklim yang Panas dan Lembap

Iklim Khatulistiwa dan Tropika yang panas dan hujan sepanjang tahun. Hujan yang banyak akan menghasilkan air takungan menjadi habitat nyamuk Aedes. Pembiakan nyamuk Aedes juga lebih aktif semasa musim panas. [Lihat sebelah SULIT* www.riekadier.blogspot.com

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

EXCEL 2 : 2009

11

SULIT *

Langkah-langkah Mencegah Penularan Demam Denggi :

6. Penghapusan Tempat Pembiakan Nyamuk.

Penghapusan tin kosong, tayar dan sampah. Pengurusan sistem saliran dan longkang yang lebih baik.

7. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Penghasilan vaksin untuk demam denggi. Penghasilan teknik rawatan yang lebih berkesan. Penghasilan peralatan mengesan penyakit demam denggi yang lebih cepat seperti ujian serologi.

8. Kawalan yang Lebih Berkesan.

Pemberian racun jentik-jentik secara percuma. Membuat semburan kabus termal secara kerap dan berkala. Sebagai contoh, pada tahun 2008, sebanyak 3,358 kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan (Penguatkuasaan), Kementerian Kesihatan Malaysia yang bernilai RM540, 614. 00

Kesimpulan

Masyarakat perlu peka terhadap permasalahan demam denggi dan berusaha untuk mencegahnya daripada semakin menular.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 2 + 2 2. Dua isi pertama mesti berkaitan dengan punca berlakunya demam denggi. 3. Dua isi seterusnya mesti berkaitan dengan langkah untuk mengatasinya.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

12 BAHAGIAN C

SULIT *

5 (a) Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik atau berita tempatan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej dan pautan ke dalam blog, laman web dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog, April 2009)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan blog? Blog ialah laman web yang bahannya ditulis berdasarkan urutan kronologi dan paparannya pula dalam tertib terbalik.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan-kepentingan blog kepada masyarakat. Kepentingan-kepentingan Blog kepada Masyarakat : Isi 1. Sumber Maklumat Huraian Maklumat meliputi hampir dalam semua bidang. Menjimatkan masa mencari bahan. Sumber maklumat adalah tidak terbatas. Dalam topik yang sama. Ruangan forum memberikan pelbagai bentuk perspektif pandangan. Mematang dan meluaskan ilmu pengetahuan.

2. Bertukar Pendapat dan Pandangan

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pilih 2 idea/isi yang dikehendaki oleh soalan untuk menjawab soalan (ii). 900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com [Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

13

SULIT *

5 (b) Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik pada asasnya adalah proses membuat titikan atau garisan di permukaan kain putih dengan menggunakan lilin cair dan pewarna melalui teknik canting, teknik blok batik dan teknik sapuan berus. Proses ini digunakan untuk menyekat warna agar tidak merebak ke kawasan lain dan hanya tertumpu di kawasan yang dikehendaki. Kewujudan batik untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam rekaan batik dan memartabatkan semula batik yang merupakan warisan negara yang perlu dikekalkan sebagai identiti dan personaliti Malaysia. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Persatuan Batik Malaysia, April 2009) (i) Apakah pengertian batik ? Batik merupakan satu seni kraftangan melibatkan pelbagai teknik di atas permukaan kain putih menggunakan lilin cair dengan pelbagai warna. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah untuk menggalakkan perkembangan industri batik di Malaysia. Langkah-langkah Menggalakkan Perkembangan Industri Batik di Malaysia : Idea 1. Meningkatkan Mutu Batik Huraian Mampu bersaing dengan batik dari negara lain dan dapat menembusi pasaran antarabangsa.

2. Mempelbagaikan Fesyen dan Rekaan Corak Batik

Dapat memenuhi masyarakat.

selera

semua

golongan

3. Mewajibkan Penggunaan Batik

Kakitangan awam diwajibkan berpakaian batik pada setiap hari khamis.

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pilih 2 idea/isi yang dikehendaki oleh soalan untuk menjawab soalan (ii).

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

14

SULIT *

6 (a) Penjelajahan manusia ke angkasa lepas khususnya ke planet-planet lain adalah perlu kerana ini adalah sebahagian daripada proses untuk memahami bumi itu sendiri. Naluri ingin tahu manusia sentiasa mendesak untuk mencari fosil-fosil yang menyimpan rekod tentang kehidupan sekiranya ada di planet-planet lain. Kesemua penemuan ini bakal memberikan gambaran penting tentang permulaan kehidupan ini daripada sudut pandangan sains. (Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), April 2009) (i) Mengapakah manusia perlu melakukan penjelajahan ke angkasa lepas? Manusia perlu melakukan penjelajahan ke angkasa lepas untuk mendalami hal-hal berkaitan dengan bumi. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada kebaikan-kebaikan penerokaan angkasa lepas. Kepentingan Penerokaan Angkasa Lepas : Idea 1. Memajukan Bidang Telekomunikasi Huraian Meningkatkan banyak ciptaan dan pelancaran satelit komunikasi yang akan dilakukan. Isyarat telekomunikasi seperti radio, televisyen, telefon dan data-data komputer dihantar ke setiap pelusuk dunia. Meramal keadaan cuaca lebih awal untuk memudahkan persediaan sesuatu aktiviti. Mengesan bencana alam lebih awal seperti ribut, tsunami, taufan dan gempa bumi. Membantu kerja-kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan. Sistem pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu mengesan pencerobohan dan aktiviti penyeludupan. Dapat memantau kawasan pulau dan petempatan terpencil. 50 patah perkataan, nyatakan

2. Melakukan Ramalan Cuaca

3. Melakukan Pemantauan Keselamatan

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pilih 2 idea/isi yang dikehendaki oleh soalan untuk menjawab soalan (ii). 900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com [Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

15

SULIT *

6 (b) Akuakultur ialah proses menternak spesies hidupan (haiwan dan tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. Matlamat utama akuakultur dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan serta menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. (Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Perikanan Malaysia, April 2009) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan akuakultur ? Akuakultur ialah kegiatan penternakan dan pemeliharaan hidupan akuatik secara terancang. (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan faedahfaedah aktiviti akuakultur. Faedah-faedah Aktiviti Akuakultur : Idea 1. Membekalkan Sumber Protein Huraian Menyumbang 729.47 tan metrik bekalan protein pada tahun 2007. Alternatif kepada bekalan ikan marin terutama ketika musim tengkujuh. Dapat memastikan bekalan protein mencukupi.

2. Mengembangkan Bidang Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Meningkatkan penyelidikan pembiakbakaan, pembungkusan dan penghasilan baja makanan ikan.

3. Mengelakkan Kepupusan Hidupan Marin

Sektor akuakultur membolehkan spesies marin yang semakin pupus seperti kerapu, udang harimau dan siakap dapat dipelihara. Proses pembiakbakaan akan membolehkan pembiakan ikan secara besar-besaran dapat dilakukan.

Nota : 1. Pendekatan menjawab soalan (i) dalam satu ayat sahaja. 2. Pilih 2 idea/isi yang dikehendaki oleh soalan untuk menjawab soalan (ii). 900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com [Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

16 Bahagian D

SULIT *

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1998 hingga jangkaan tahun 2001. Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun 1998 hingga tahun 1999, tetapi merosot sedikit pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, jumlah ini dijangka meningkat kepada RM18,300 juta pada tahun 2001. Pungutan duti eksport pada tahun 1998 ialah sebanyak RM623 juta dan meningkat secara konsisten pada tahun 1999, 2000, dan 2001 iaitu masing-masing kepada RM670 juta, RM1032 juta dan dijangkakan menjadi RM1052 juta. Duti import turut menyumbang kepada hasil pendapatan negara. Jumlah pungutannya untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada tahun 1998, sumbangan duti import ialah sebanyak RM3,868 juta dan hasil ini meningkat kepada RM4,720 juta pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pungutan hasil daripada duti import ini telah menurun dua tahun berturut-turut kepada RM3,599 juta pada tahun 2000 dan dijangka sebanyak RM3,318 juta pada tahun 2001. Pada tahun 1999, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM4,723 juta berbanding dengan RM3,586 juta sahaja pada tahun 1998. Pada tahun 2001, jumlah pungutan duti eksais dijangka sebanyak RM3,916 juta berbanding dengan RM3,803 juta pada tahun 2000. Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara. Pada tahun 2001, jumlah pungutan dijangka mencecah RM6,269 juta berbanding dengan RM5,968 juta pada tahun 2000. Jumlah kutipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang empat tahun berturut-turut. Pada tahun 1999, sumbangan cukai jualan ialah RM4,488 juta manakala pada tahun 1998 sumbangan cukai ini cuma RM3,845 juta. Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanyak RM1,447 juta pada tahun 1998 dan terus meningkat secara berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1999, sumbangan cukai perkhidmatan ialah RM1,459 juta, meningkat kepada RM1,701 juta pada tahun 2000 dan dijangka bertambah lagi kepada RM1,734 juta pada tahun 2001. Sumbangan cukai tidak langsung lain pada tahun 1998 ialah sebanyak RM1,951 juta dan meningkat kepada RM2,040 juta pada tahun 1999. Pada tahun 2000, sumbangannya sebanyak RM1,914 juta dan dijangka meningkat pada tahun 2001 kepada RM2,011 juta. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001)

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

17

SULIT *

Jawapan soalan 7 : Graf Garisan Komponen Jadual persediaan Malaysia : Jumlah Kutipan Hasil Cukai Tidak Langsung Kerajaan Persekutuan bagi Tahun 1998 hingga Jangkaan Tahun 2001 Jenis Cukai Tidak Langsung Duti eksport Duti import Duti eksais Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Cukai Tidak Langsung Lain Jumlah Jadual Nilai Tokokan : Jenis Cukai Tidak Langsung Duti eksport Duti import Duti eksais Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan Cukai Tidak Langsung Lain 1998 623 4491 8077 11922 13369 15320 Jumlah Kutipan Cukai Tidak Langsung (RM juta) 1999 2000 2001 670 1032 1052 5390 10113 14601 16060 18100 4631 8483 14402 16103 18017 4370 8286 14555 16289 18300 1998 623 3868 3586 3845 1447 1951 15320 Jumlah Kutipan Cukai Tidak Langsung (RM juta) 1999 2000 2001 670 1032 1052 4720 4723 4488 1459 2040 18100 3599 3803 5968 1701 1914 18017 3318 3916 6269 1734 2011 18300

(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001) Skala : 1cm = RM1500 juta atau RM1600 juta Nota : 1. Graf Garis Komponen 2. Graf Garis Kompaun 3. Media-media lain 4. Jika tiada jangkaan 900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com = 15 markah = 10 markah (Media kurang tepat) = 01 markah (Media menyeleweng)) = 06 markah [Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

18

SULIT *

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

19

SULIT *

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perolehan Malaysia bagi dagangan antarabangsa minyak sawit bagi tahun 2006 dengan tahun 2007. [15] Perolehan Malaysia bagi dagangan minyak sawit antarabangsa mengikut negara pengimport adalah sangat menggalakkan bagi tahun 2006 dan tahun 2007. Pada tahun 2006, dagangan minyak sawit dengan negara Bangladesh menyumbang perolehan eksport berjumlah RM1,075 juta. Jumlah ini kemudiannya telah bertambah kepada RM1,143 juta pada tahun 2007. Negara China dan Singapura pula, masing-masing telah menyumbang perolehan 19.07% dan 6.66% kepada Malaysia daripada jumlah perolehan keseluruhan dagangan antarabangsa minyak sawit pada tahun 2006 yang berjumlah RM5,368 juta. Nilai ini kemudian berubah masing-masing kepada 21.32% dan 6.60% daripada jumlah perolehan keseluruhan dagangan antarabangsa minyak sawit Malaysia pada tahun 2007. Negara Amerika Syarikat pula merupakan negara yang paling sedikit membeli minyak sawit Malaysia. Pada tahun 2006, perolehan daripada dagangan minyak sawit dengan Amerika Syarikat berjumlah RM353 juta. Pada tahun 2007, jumlah ini meningkat sedikit sebanyak RM26 juta berbanding dengan tahun 2006 menjadikan perolehan dari negara Amerika Syarikat sebanyak 5.91% daripada jumlah perolehan keseluruhan tahun 2007 yang berjumlah RM6,403 juta. Pasaran minyak sawit Malaysia juga meluas sehingga ke India dan Perancis. Pada tahun 2007 perolehan dagangan eksport minyak sawit ke India mencatatkan jumlah RM2,066 juta dan jumlah ini merupakan peningkatan berbanding dengan perolehan eksport minyak sawit ke India pada tahun 2006 yang hanya merupakan 37.79% daripada perolehan keseluruhan dagangan minyak sawit pada tahun 2006. Negara Perancis pula walaupun mengimport dengan kadar yang sedikit, tetapi telah menunjukkan pertambahan nilai bagi tahun bandingan 2006 dengan tahun 2007. Pada tahun 2006, nilai perolehan dagangan minyak sawit dengan Perancis ialah RM530 juta dan jumlah perolehan ini telah meningkat sebanyak RM498 juta pada tahun 2007. Secara keseluruhannya, perolehan Malaysia bagi dagangan antarabangsa minyak sawit menunjukkan peningkatan sebanyak RM1,035 juta pada tahun 2007 berbanding dengan jumlah perolehan pada tahun 2006. (Dipetik dan diubahsuai daripada Jadual Perangkaan Malaysia, 2008)

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009 Jawapan Soalan 8 : Carta Pai Berbanding Jadual Persediaan :

20

SULIT *

Malaysia : Perbandingan Perolehan Dagangan Antarabangsa Minyak Sawit bagi Tahun 2006 dengan Tahun 2007 Perolehan Dagangan Antarabangsa Minyak Sawit 2006 2007 % Sudut Jumlah % (RM juta) 20.03 72 1143 17.85 19.07 6.66 6.58 37.79 9.87 100 69 24 24 136 35 360 1362 422 379 2066 1028 6403 21.32 6.60 5.91 32.27 16.05 100

Negara Jumlah (RM juta) 1075 1024 537 353 2029 530 5368

sudut 64 77 24 21 116 58 360

Bangladesh China Singapura Amerika Syarikat India Perancis Jumlah

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jadual Perangkaan Malaysia, 2008) Nisbah jejari = 1 : 1.09 atau 1.1

Nota : 1. Carta Pai Berbanding = 15 markah 2. Carta Pai Bertindan = 09 markah (Media kurang tepat) 3. Media-media lain = 01 markah (Media menyeleweng)) 4. Mesti ada jumlah keseluruhan 5. Jika satu carta sahaja yang siap (tiada perbandingan) = 01 markah

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

21

SULIT *

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

22 Bahagian E

SULIT *

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15]

9. Berdasarkan Jadual 1 dan 2 di bawah, tafsirkan hubung kait antara pengeluaran dan perolehan bagi sektor yang dinyatakan dari tahun 2005 hingga 2008. Huraikan strategi untuk meningkatkan pengeluaran dan perolehan sektor pertanian.

Jadual 1: Jumlah Pengeluaran Pelbagai Sektor di Malaysia dari Tahun 2005-2008 Kuantiti Pengeluaran (ribu tan metrik) 2006 2007 14 355 17 311 14 209 1 145 47 020 14 976 20 729 12 160 986 48 851

Sektor Perkilangan Perkhidmatan Pertanian Perlombongan Jumlah

2005 15 909 15 007 13 000 1 168 45 084

2008 15 700 20 936 12 030 890 49 556

Jadual 2 : Jumlah Perolehan Pelbagai Sektor di Malaysia dari Tahun 2005-2008 Jumlah Perolehan ( RM juta) 2006 2007 20 011 13 358 11,118 5 000 49 487 20 047 17 079 13 202 4 582 54 910

Sektor Perkilangan Perkhidmatan Pertanian Perlombongan Jumlah

2005 18 838 9 888 12 228 5 197 46 151

2008 20 550 18 675 13 322 4 020 56 567

(Dipetik dan diubahsuai daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2006/2007)

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009 Skema Jawapan Soalan 9 :

23

SULIT *

Pendahuluan

Jadual di bawah menunjukkan hubung kait antara pengeluaran dan perolehan beberapa sektor utama di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2008. Huraian Perbezaan Peratus

Bil

Idea Bahagian A : (Hubung kait)

1.

Jumlah Pengeluaran dan Nilai Perlombongan Perolehan Menurun Pengeluaran (Ribu Tan Metrik) 2005 - 1 168 2006 - 1 145 2007 - 986 2008 - 890 Perolehan (RM Juta) 2005 - 5197 2006 - 5000 2007 - 4582 2008 4020

(2005 -2008) 278

23.8

(2005-2008) 1 177

22.6

2.

Jumlah Pengeluaran dan Nilai Perkhidmatan Perolehan Meningkat Pengeluaran (Ribu Tan Metrik) 2005 - 15 007 2006 - 17 311 2007 - 20 729 2008 - 20 936 Perolehan ( RM Juta) 2005 - 9 888 2006 - 13 358 2007 - 17 079 2008 - 18 675

(2005 2008) 5 929

39.5

(2005 2008) 8 787

88.9

3.

Jumlah Pengeluaran dan Nilai Pertanian Perolehan Tidak Konsisten Pengeluaran ( Ribu Tan Metrik) 2005 - 13 000 2006 - 14 209 2008 - 12 030

(2005 2006) Meningkat 1 209 (2006 2008)

9.3

15.3

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

24

SULIT * Menurun 2 179

Perolehan ( RM Juta) 2005 - 12 228 2006 - 11 118 2008 13 322

9.1 (2005 2006) Menurun 1 110 (2006 2008) Meningkat 2 204

19.8

4.

Jumlah Pengeluaran Konsisten tetapi Perolehan Meningkat

Tidak Perkilangan Nilai Pengeluaran (Ribu Tan Metrik) 2005 - 15 909 2007 - 14 976 2008 - 15 700

(2005 2007) Menurun 933 (2007 -2008) Meningkat 724

5.9

4.8

Perolehan ( RM Juta) 2005 - 18 838 2006 - 20 011 2007 - 20 047 2008 - 20 550 5. Jumlah Keseluruhan Jumlah Pengeluaran meningkat, Jumlah Perolehan meningkat Pengeluaran (Ribu Tan Metrik) 2005 - 45 084 2006 - 47 020 2007 - 48 851 2008 - 49 556 Perolehan ( RM Juta) 2005 - 46 151 2006 - 49 487 2007 - 54 910 2008 - 56 567

(2005 2008) 1 712

9.1

(2005 2008) 4 472

9.9

(2005 2008) 10 416

22.6

Bahagian B : Strategi Meningkatkan Pengeluaran & Perolehan Sektor Pertanian : Bil 1. Idea Penggunaan Jentera Moden dalam Sektor Pertanian 900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com Huraian Penggunaan jentera akan mempercekapkan proses pengeluaran hasil pertanian. Sebagai contoh, penggunaan jentera moden membolehkan padi ditanam sebanyak 3 kali setahun. [Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

25

SULIT *

Penggunaan Pisau Toreh Motoray dan Polibeg juga telah memudahkan kerja-kerja menoreh getah. Hasil bertambah dan ini sekaligus meningkatkan nilai perolehan. Ahli-ahli sains menjalankan pengklonan tumbuhtumbuhan dengan memilih ciri-ciri yang baik daripada tumbuh-tumbuhan untuk dikacukkan. Hasilnya tumbuh-tumbuhan mempunyai ciri-ciri seperti daya tahan melawan penyakit yang tinggi, mempercepatkan hasil sesuatu tanaman serta meningkatkan mutunya. Sebagai contoh, Durian D24 dan D 99 yang lebih enak dan mempunyai isi yang lebih berlemak. Penyelidikan ini meningkatkan hasil, mutu tanaman dan nilai perolehan. Bahan mentah yang diproses lebih tahan lama dan dapat dijual dengan harga yang tinggi. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu menggalakkan perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Sebagai contoh, industri mengetin buah-buahan seperti nanas, rambutan, industri membuat kerepek pisang, keledek dan ubi kayu. Hasil pertanian tersebut bukan sahaja dipasarkan di dalam negara tetapi telah menembusi pasaran luar negara. Sebagai contoh, Sos Cili Aminah. Malaysia perlu mencari pasaran baru di negaranegara yang belum mengadakan hubungan dagangan dengannya. Sebagai contoh, negara Mesir, Timur Leste dan Austria. Kewujudan pasaran baru akan meningkatkan permintaan hasil pertanian dan ini sekaligus merangsang pengeluaran dan perolehan. Melalui program ini kawasan tertentu dikenal pasti untuk dijadikan kawasan pertanian. Tanah-tanah yang kecil disatukan melalui program penyatuan tanah oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) agar kawasan tersebut dapat diusahakan dengan menggunakan jentera moden. [Lihat sebelah SULIT*

2.

Membuat Penyelidikan Pembangunan (R&D)

dan

3.

Memperkembangkan Industri Berasaskan Pertanian

4.

Mewujudkan Pasaran Baru

5.

Program Revolusi Hijau

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

EXCEL 2 : 2009

26

SULIT *

Jenis tanaman dikenal pasti untuk mengelakkan krisis makanan dalam negeri dan menambah stok makanan negara. Sebagai contoh, padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jumlah pengeluaran pelbagai sektor perlu dipertingkatkan untuk memastikan ekonomi negara terus berada di tahap yang memuaskan.

Kesimpulan

Pendekatan menjawab : 3 + 1 Baik Sederhana Lemah = 12 hingga 15 markah = 08 hingga 11 markah = 01 hingga 07 markah

Nota : Calon perlu memberikan data mutlak, perbezaan huraian dan peratus perubahan.

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009

27

SULIT *

10. Berdasarkan carta di bawah, huraikan jenis-jenis dan kegunaan-kegunaan sumber tenaga. Jelaskan juga kesan-kesan penggunaan sumber fosil kepada alam sekitar. [15]

Jenis-Jenis dan Kegunaan Sumber Tenaga

SUMBER SUMBER TENAGA

Tenaga boleh diperbaharui

Tenaga tidak boleh diperbaharui

Tenaga Alternatif

Sumber Fosil

Sungai Matahari Haba Stesen solar Empangan Stesen janakuasa hidro Turbin Loji penapis minyak Penjanaan tenaga

Pembakaran arang batu Stesen penjanaan tenaga

Tenaga Solar

Tenaga Hidro

Petroleum

Arang Batu

Kegunaan

Domestik

Industri

Pertanian

Perkhidmatan

(Diubah suai daripada Alam Sekitar Sebagai Rakan Simbiosis, Estidotmy, Julai 2007) [Lihat sebelah 900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com SULIT*

EXCEL 2 : 2009 Skema Jawapan Soalan 10 :

28

SULIT *

Pendahuluan

Sumber tenaga dapat dibahagikan kepada sumber tenaga alternatif dan sumber fosil. Tenaga alternatif merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga hidro dan tenaga solar. Sumber fosil tidak boleh diperbaharui dan semakin berkurangan. Fosil ialah sisa tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup beribu-ribu tahun dahulu. Huraian

Idea A. Sumber Tenaga

Tenaga Hidro : 1. Tenaga Alternatif Aliran air sungai menjadi sumber air utama untuk empangan. Empangan dibina untuk menjana kuasa hidro. Air dari empangan digunakan untuk menggerakkan turbin dan menghasilkan tenaga. Tenaga hidro yang dihasilkan ini akan diagihkan bagi kegunaan domestik,industri,pertanian dan perkhidmatan.

Tenaga Solar : Cahaya matahari boleh dieksploitasi menghasilkan tenaga haba. Tenaga haba akan diproses dan diubah menjadi tenaga solar sebelum disalurkan ke stesen solar. Tenaga ini akan digunakan untuk tujuan domestik, industri, pertanian dan perkhidmatan. Petroleum : Sumber fosil daripada petroleum akan diproses di loji penapis minyak. Minyak yang diperoleh dari loji penapis ini akan digunakan sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga. Tenaga yang diperoleh dari jana kuasa ini akan digunakan untuk tujuan domestik, industri,pertanian dan perkhidmatan. [Lihat sebelah SULIT* www.riekadier.blogspot.com

2. Sumber Fosil

900/2 *Skema jawapan ini SULIT

EXCEL 2 : 2009

29 Arang Batu :

SULIT *

Sumber arang batu akan melalui proses pembakaran di stesen penjanaan tenaga. Tenaga ini akan digunakan untuk domestik, industri, pertanian dan perkhidmatan.

B. Kesan Sumber Fosil kepada Alam Sekitar 4. Penyakit

3.

Peningkatan Suhu Dunia

Pemanasan suhu dunia akibat kehadiran gas-gas rumah hijau (KRH) seperti karbon dioksida,metana,CFC dan nitrium oksida. Gas-gas KRH akan menyerap dan mengumpul haba yang dikeluarkan oleh bahang cahaya matahari dan meningkatkan suhu dunia. Berlaku fenomena El Nino. Penipisan lapisan ozon berlaku.

Bahan api fosil mengeluarkan gas karbon monoksida dan gas sulfur dioksida yang membahayakan kesihatan manusia. Menyebabkan penyakit seperti batuk, kanser kulit ,selsema dan katarak .

5. Pencemaran udara

Gas-gas rumah hijau akan terampai di atmosfera dan mencemarkan udara. Meningkatkan keadaan jerebu.

6.

Hujan asid

Terbentuk apabila gas-gas pencemar bercampur dengan hujan . Mengubah komposisi tanah dari segi pH, struktur dan tekstur. Tanah berasid dan tidak sesuai untuk pertanian. Bekalan air bersih terjejas dan menyebabkan kemerosotan populasi hidupan akuatik .

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*

EXCEL 2 : 2009 Kesimpulan

30

SULIT *

Sumber tenaga alternatif mesti dipertingkatkan penggunaannya untuk meminimakan kesan daripada bahan api fosil. Oleh itu, langkah-langkah proaktif perlu dijalankan untuk menjamin kelestarian sumber alam semula jadi.

Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2 ( Sumber Tenaga + Kesan)

Pemarkahan Baik Sederhana Lemah = = = 12 - 15 0 8 - 11 01 - 07

900/2 *Skema jawapan ini SULIT www.riekadier.blogspot.com

[Lihat sebelah SULIT*