Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

26
Pengajian Perniagaan Sem 1 BAB 1

description

hanya ingin membantu pelajar dalam membuat nota pengajian perniagaan bab 1 sem 1 dan untuk study disaat akhir.Good luck to all form 6 in Malaysia.Untuk bab seterusnya saya akan buat nantikan ye...

Transcript of Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Page 1: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

PengajianPerniagaan

Sem 1 BAB 1

Page 2: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Bab 1:Perniagaan dan persekitaranPengenalan kepada perniagaan

Definisi perniagaan-merupakan aktiviti urusniaga jual beli barang atau perkhidmtan-yang dapat memenuhi keprluan dan kehendak pelanggan/pengguna-bertujuan mendapatkan keuntungan yang maksimum

Perniaagaan dan bukan perniagaanDemensi Perniagaan Bukan perniagaan

Maksud Organisasi yang menjalankan aktiviti yang bermatlamatkan keuntungan

Organisais yang menjalankan aktiviti yang mengutamakan kebajikan ahli

Sumber kewangan

Modal peniaga,pinjaman kewangan,keuntungan daripada perniagaan

Yuran ahli,sumbangan luar,tajaan pihak lain

Contoh Syarikat sdn bhd,syarikat bhd,perniagaaan perkongsian

Kelab,persatuan,badan-badan sukarela

Page 3: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Kepentingan untung kepada perniagaan Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko, contoh dividen. Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival) pelaburan semula keuntungan. Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat. Matlamat dan halatuju – ukuran kepada prestasi perniagaan. Keyakinan / dorongan kepada pelabur.

Peranan perniagaanPeranan perniagaan kepada pengguna Menyediakan barangan dan perkhidmatan Mempelbagaikan barangan dipasaran Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

 Kepentingan aktiviti perniagaan kepada masyarakat: Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan. Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan. Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui

sistem bekalan dan jualan.

Page 4: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Peranan untung kepada ekonomi Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat keuntungan Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan Mengurangkan kadar pengangguran Meningkatkan ekonomi negara

 Peranan untung kepada negara Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai perniagaa Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran / meningkatkan kadar

guna tenaga negara Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang

menyokong perusahaan asas

Page 5: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

FAKTOR PENGELUARANFaktor pengeluar merujuk kepada sumber-sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.Bahan mentah Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menhgasilkan seauatu produk Contoh bijih timah, kayu balak, kelapa sawit dan kokoModal insan Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir Mendapat gaji / upah Modal Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat. Terdiri dari bentuk wang atau aset Contoh kenderaan, ruamah, mesin dan peralatanKeusahawanan Orang yang membentuk perniagaan / orang yang mengambugkan faktor-faktor pengeluaran dan menjadikan sebagai output

dalam pengeluaran Sanggup mengambil risiko mendapat keuntunganTeknologi Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagan Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan mkecekapan,meningkatkan daya saing dan meningkatkan

operasi perniagaan

Page 6: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

PROSES PERNIAGAANProses perniagaan melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses tranformasi (pertukaran) terhadap input-input pengeluaran bagi memastikan output-utput untuk diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan keuntungan kepada perniagaan.

Proses perniagaanInput Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan keluaran iaitu buruh, tanah, modal dan keusahawananProses tambah nilai Ialah aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input kepada output dengan menggunakan manusia,

bahan, pengetahuan dan teknologi.Output Merujuk kepada hasil daripada proses pengeluaranProses Pemasaran Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan ,jabatan pemasaran akan menetapkan

harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai yang dilakukanUntung atau rugi Untung ialah lebihan hasil ke atas kos , rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos, untung merupakan ganjaran kepada usahawan

Page 7: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Cabaran Aktiviti Perniagaan Kini dan Masa hadapan: Globalisasi / dunia tanpa sempadan – persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja / modal , celaru budaya Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu

modal tinggi Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan , pihak

berkepentingan; buruh kanak-kanak; prihatin terhadap OKU Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam) – pematuhan syariah Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan produktiviti

(meningkatkan kecekapan penggunaan sumber) Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan / suasana kerja yang berbeza

daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah ‘matang’

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAANPersekitaran Umum Merujuk kepada unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi persekitaran

tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan Persekitaran tugas/Pihak-pihak berkepentigan Merupakan unsur-0unsur persekitaran yang secara langsung mempengaruhi dan memberi kesan kepada operasi dan

prestasi perniagaan.

Page 8: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

PERSEKITARAN

UMUM

PERSAINGAN DAN

JARINGANPOLITIK DAN PERUNDNGA

N

PRASARANA

EKONOMISOSIOBUDAYA

TEKNOLOGI

ANTARABANGSA

PERSEKITARANTUGAS

PELANGGAN

PEMBEKALPEMODAL ATAU

PELABUR

PEMBIAYAPESAING

PEKERJA MASYARAKAT

KERAJAAN

Page 9: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepetingan Pelanggan

Peniaga harus menjaga kebajikan dengan memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pengguna.

 Pembekal

Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan berterusan pada harga yang berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya.

 Pembiaya

Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjianKegagalan membayar balik pinjaman akan menyukarkan perniagaan mendapatkan pinjaman pada masa akan datang.

Pemodal/pelabur Perniagaan seharusnya memaksimakan kekayaan pelabur atau pemodal yang melaburkan wang mereka memberikan bayaran

dividen yang tinggi. Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik diri dari perniagaan.

 Pesaing

Firma seharusnya bersaing secara sihat dan tidak memburuk nama baik pesaing.

Page 10: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Kerajaan Firma seharusnya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti membayar cukai yang

ditetapkan dan sebagainya. 

Pekerja Perniagaan perlu sensitif kepada kehendak dan keperluan pekerja samada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-latihan tertentu. Sekiranya produktiviti pekerja menurun, maka ia akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat dan barang ‘defect’ juga akan

meningkat. 

Masyarakat Merujuk kepada nilai-nilai sosio budaya sesebuah negara yang meliputi cara hidup, kuasa beli yang mempengaruhi aktivii

perniagaan.Perniagaan tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat

Page 11: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

1.3 ENTITI PEMILIKAN DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Entiti perniagaan

Milikan TunggalCiri-ciri milikan tunggal Dimiliki oleh seorang pengusaha. Liabiliti tidak terhad Operasi dan modal yang kecil Di kawal dibawah akta pendaftaran syarikat 1056(pindaan

2978) 

Kebaikan Kelemahan- Mudah ditubuhkan- Mudah diuruskan- Pasaran yang terhad- Modal kecil- Sesuai bagi orang

yang baru belajar berniaga untuk dapat perniagaan

- Mudah dikawal- Perkhidmatan bersifat

peribadi

- Liabiliti tidak terhad - Modal terhad- Pemilik tiada

kemahiran / terhad- Beban pengurusan- Perniagaan jarang

kekal dalam jangka panjang

- Cukai persendirian - kadar tinggi

Langkah penubuhan Membuat permohonan carian nama dengan menggunakan

borang PNA 42 Permohonan pendafratan menggunkan borang A Yuran pendafratanMendapatkan sijil perakuan pendaftaran (borang D) dan mempamerkannya

Page 12: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Perkongsian Ciri-ciri Dimiliki sekurang-kurangnya 2 -20 orang pemilik Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah

yang dipersetujui Agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal Liabiliti tidak terhad Cukai pendapatan perseorangan bukan cukai perniagaan Dikawal oleh akta perkongsian 1961

Kebaikan Kelemahan- Prodsedur penubuhan

mudah & ringkas- Sumber modal lebih

banyak- Mudah untuk

mendpatkan pinjaman - Risiko perniagaan

dikongsi bersama- Berkongsi kepakaran

- Liabiliti tidak terhad- Penubuhan tidak

kekal lama 

Langkah penubuhan Membuat permohonan mendaftar dengan menggunkan

borang A yang mengandungi butiran berikut:-- Nama dan alamat ahli- Nama dan jenisnperniagaan yang dijalankan- Tempoh perkongsian- Sumbangan modal setiap ahli- Nisbah pembahagian untung- Tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi Yuran pendaftaran Sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan.

Page 13: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Syarikat BerhadCiri-ciri syarikar Sendirian berhad Ahli 2-50 orang Perkataan “Sdn” pada sebahagian dari nama syarikat Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan

sahaja Pemegang saham adalah pemilik syarikat Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang

dilantik oleh pemegang saham Agihan keuntungan dalam bentuk dividen Untung syarikat dikenakan cukai8 keuntungan syarikat.

Kebaikan Kelemaahan- Modal besar- Liabiliti terhad- Operasi dapat

mengembangkan perniagaan

- Terdapat pengkhususan – kewangan, pemasaran, sumber manusia

- Jangka hayat lebih panjang

- Percukaian - Syarikat sendirian

berhad sebagai entiti yang berasingan, boleh didakwa dan mendakwa

 

- Kos penubuhan sangat tinggi dan pembubaran yang kompleks

- Konflik kepentingan dalam pengurusan

- Pertelingkahan antara pemegang saham

- Laporan kewangan mengikut Akta Syarikat 1965, perlu diaudit

- Keputusan dibuat lambat kerana perlu mendapat persetujuan daripada pemegang saham

- Kurang kerahsiaan 

Ciri-ciri syarikat awam berhadi. Pemegang saham adalah pemilik syarikatii. Ahli minimum 2 orang dan tidak ada had iii. Libiliti pemegang saham adalah terhadiv. Diuruskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang dilantik

oleh pemegang saham v. Agihan keuntungan dalam bentuk dividenvi. Untung syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat.

Page 14: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Langkah penubuhan i. Tatawujud syarikat yang memperihalkan tentang pembatalan

seksyen 15 Akta Syarikat 1965ii. Mendapatkan kelulusan sari suruhanjaya sekuriti berkaitan

prospektos dan penyenaraian saham dibursa saham iii. Pengedaran borang permohonan saham dan perspektus.iv. Mendapatkan sujil perakuan perniagaan oleh pendaftar

syarikat.

Page 15: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

KoperasiCiri-cirii. Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orangii. Modal diperolehi dari ahli melalui pungutan yuraniii. Diuruskan dan ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang

dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat Agong tahunan

iv. Liabiliti terhadv. Agihan untung dalam bentuk dividen dan bonus

Kebaikan Kelemaahan- Keuntungan dan

kebajikan kepada ahli

- Liabiliti ahli terhad- Cukai lebih rendah

daripada perniagaan

- Mewujudkan swemangat kerjasama dan saling membantu antara ahli

- Lebih demokratik

- Diuruskan oleh ahli yang kurang berkelayakan dan pengalaman

- Dikuasai oleh golongan minoriti yang aktif dalam mengambil bahagian dalam koperasi

- Masalah dalam mencari pengganti kepada pihak pengurusan yang lama

- Modal bergantung kepada yuran dan keuntungan yang kecil

- Operasi adalah mengikut akta koperasi dan dikawal rapi oleh SKM.

Page 16: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

1. Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui Pejabat Pembangunan Koperasi wilayah atau daerah.

 2. Apabila kelulusan untuk menubuhkan koperasi diperolehi dari Jabatan Pembangunan Koperasi,Jawatankuasa Penaja – 10 orang akan dilantik untuk menjalankan tugas-tugas awalan berikut;i. Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkanii. Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain yang termaktub dalam objektif penubuhaniii. Mengubal undang-undang kecil berdasarkan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan

Koperasiiv. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota, v. Mendaftarkan tidak kurang dari 100 orang bakal-bakal anggota.

Langkah penubuhan

3. Mesyuarat Agung Penubuhan/Permulaan diadakan bertujuan untuk;i. Mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhkan koperasiii. Menerima undang-undang keciliii. Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi Seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan Koperasi akan hadir untuk memberikan penerangan secara am mengenai hak dan

tanggungjawab ahli dan aktiviti koperasi. 

Page 17: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

4. Dokumen Pendaftaran perlu diserahkan kepada Pendaftar Koperasi Tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat agung penubuhan Dokumen yang perlu di hantar adalah;

i. Borang permohonan yang telah ditandatangani oleh 10 orang Jawatankuasa Penajaii. 3 naskah Undang-undang Kecil koperasiiii. Minit Mesyuarat Agung penubuhan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir.

5. Sijil Perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar setelah koperasi didaftarkan.

Page 18: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Aktiviti berasaskan pengeluaran Aktiviti berasaskan perkhidmatan   Melibatkan barang fizikal

/nampak Melibatkan barang tak nampak

Boleh disimpan Tidak boleh disimpan

Aktiviti perniagaan•Pengeluaran: ekstraktif, barangan konsumer, barangan industri, pembuatan dan pemasangan•Perkhidmatan: runcit, borong, kewangan, profesional, perhotelan, dan pendidikanPerbandingan antara perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan Pengeluaran – merujuk kepada proses mengeluar atau menghasilkan produk fizikal oleh sebuah syarikat perniagaan bagi memuaskan kehendak pengguna.

Aktiviti pengeluaran berasaskan pengeluaran merangkumi:-Ekstraktif

Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari proses alam semulajadi. Contoh perlombongan,pertanian,perikanan dan pembalakan.

 Barangan pengguna/konsumer

Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan organisasi. Contoh pisang di buat kek untuk dimakan sendiri dan ahli keluarga.

 Barangan industri

Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang / keluarannya kepada pembuat / syarikat lain dan barangan tersebut diproses seterusnya / transformasi / tambah nilai bagi dijual semula / menghasilkan produk.

Contoh pisang dibuat kek untuk dijual semula.

Page 19: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Pembuatan Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunkan sumber-sumber seperti bahan mentah, manusia,

mesin dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan. 

PemasanganAktiviti yang mencantumkan beberapa bahagia atau komponen produk untuk menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan

Page 20: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Perkhidmatan – sesuatu aktiviti yang boleh ditawarkan dipasaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. 

Runcit Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti yang kecil. Contoh kedai runcit

Borong Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak oleh pemborong dan kemudian menjualkan semula kepada

peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil. Contoh pasar borong.

Kewangan Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya untuk tujuan perniagaan ataupun persendirian. Contoh Bank, institusi kewangan kerajaan serta badan-badan swasta dan badan berkanun.

Profesional Kepakaran dan kemahiran khusus yang ditawarkan oleh sesebuah syrikat perniagaan Contoh perundangan, perakaunan, perubatan dan lain-lain

Perhotelan Perniagaan yang menyediakan kemudahan penginapan dan reakrasi kepada pelangn mengikut kadar yang tertentu serta kemampuan pelanggan Contoh hotel Hilton, Hotrl Bajet Home stay dan lain..

Pendidikan Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga manusia/modal insan. Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika sehinggalah keperingkat tertinggi iaitu universiti.Contoh Tadika, sekolah, madrasah, kolej, Universiti

Page 21: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

PERANAN SEKTOR INDUSTRISwasta Merujuk kepada firma perniagaan yang dimiliki oleh individu atau kumpulan individu secara peribadi dan menjalankan

aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.Awam Organisasi yang dimiliki, dibiayai, dan diuruskan oleh pihak kerajaan. Badan berkanun Ialah agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara

khusus. Cth: MARA, MARDI, MADA dll.

Peranan antara sektor swasta, awam dan badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara: Pihak swasta: Menjalankan aktiviti perniagaan Memberi peluang pekerjaan Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan. Sektor awam: Pendorong dan penyokong dengan memberi kemudahan dan panduan kepada pihak swasta. Mengurangkan lapisan birokrasi di sektor awam  Badan Berkanun: Mengawal selia aktiviti perniagaan supaya aktiviti berlandaskan peraturan dan perundangan. Menjaga kewibawaan sektor swasta.Menyediakan sumber manusia – universiti

Page 22: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Peranan sektor awam dalam perkembangan ekonomi negara:

Menyediakan kemudahan Infrastruktur / Perkhidmatan awam

Kemudahan pengangkutan / elektrik/air dan telekomunikasi /Perkhidmatan keselamatan / kemudahan pendidikan/ kemudahan perkhidmatan kesihatan

Contoh –membina lebuhraya dari Johor baharu ke Padang Besar untuk melancarkan agihan barangan.Mengamalkan monopoli semula jadi Melaksanakan projek berisiko /projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi/Mengelakkan persaingan yang merugikan/Memastikan

dapat menikmati faedah skel ekonomi bidangan Contoh:membina empangan hidro untuk membekalkan kuasa elektrik Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan Menetukan kaedah percukaian yang sesuai/memberi bantuan subsidi/pinjaman/kepakaran/ membentuk dasar belanjawan yang fleksibel. Contoh: mengurangkan kesan inflasi kepada ekonomi melalui kenaikan kadar faedah Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan Mengawal dan memantau aktiviti swasta atau awam/Menjamin kepentingan pengguna/menggubal akta dan peraturan/mengeluarkan

lesen/Penyebaran maklumat/ tentang peraturan dan prosedur yang jelas/mengenakan tindakan atau mendakwa Contoh: penetapan harga maksimum bagi barang kawalan untuk mengelakkan inflasi/ kuasa beli

Melaksanakan program Pendidikan Pengguna Menjaga kepentingan pengguna/penyampaian maklumat yang tepat/mengadakan penerbitan risalah/ majalah/ pengiklanan/ Mengadakan seminar

kepenggunaan Contoh : mengadakan kempen beli barangan buatan tempatan untuk mengurangkan aliran keluar mata wang/menggalakkan perniagaan domestik. Mewujudkan peluang pekerjaan Mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan taraf hidup/meningkatkan kuasa beli Contoh :mewujudkan skim jawatan sementara/kontrak di jabatan kerajaan bagi memberi pendapatan kepada lepasan universiti untuk mengurangkan

pengangguran

Page 23: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan1. Perniagaan dapat beroperasi secara sah. 2. Mendapat kemudahan infrastruktur3. Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan4. Mendapat sumber pembiayaan5. Faedah dari penyelidikan6. Pembangunan/latihan/khidmat nasihat7. Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan

Page 24: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

Tahap Perniagaan :-i. Primer

Aktiviti peringkat premier merujuk kepada pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang diperoleh dari alam semula jadi. 

ii. Sekunder Aktiviti peringkat sekunder merujuk kepada aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah yang didapati

daripada aktiviti peringkat premier. iii. Tertier

Ialah perniagaan yang melibatkan perkhidmatan/produk tidak ketara yang tidak boleh diproses lagi, contoh Perkhidmatan langsung seperti doktor dan pendandan rambut Perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan seperti DHL Perkhidmatan bank seperti perkhidmatan pinjaman oleh Maybank Malaysia Bhd Perkhidmatan insuran seperti perlindungan risiko yang disediakan oleh Great Eastern Assurance Bhd Perkhidmatan perhotelan seperti penginapan yang disediakan oleh Sherwood Marina CovePerkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan internet disediakan oleh Telekom

Page 25: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

AKTIVITI PERNIAGAAN HULUAN DENGAN HILIRAN1. Huluan Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat

dijalankan. Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam bidang ekstraktif / pengeluaran bahan mentah/ pengeluaran hasil

bumi. Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti cari gali minyak. 2. Hiliran Aktiviti hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang berlaku bagi memproses bahan mentah menjadi

barangan siap untuk dipasarkan. Melibatkan pemprosesan sumber. Contoh: Syarikat Shell menjalankan aktiviti pemprosesan minyak mentah untuk dijadikan pelbagai produk petrokimia seperti

minyak petrol dan diesel

Page 26: Pengajian Perniagaan SEM1(BAB 1)

AKTIVITI PERNIAGAAN DOMESTIK DENGAN ANTARABANGSA1. Domestik Perniagaan yang beroperasi dalam negara Menggunakan sumber / input / kewangan yang terdapat dalam negara Pasaran / pelanggan dalam negara Pasaran sempit

 2. Antarabangsa Perniagaan antarabangsa merujuk kepada perniagaan yang sebahagian aktiviti atau kegiatan perniagaannya melibatkan negara

luar Melibatkan aktiviti import, eksport dan entrepot Pasaran luasUrusan perniagaan melibatkan pertukaran wang asing seperti Yen Jepun