RPH

3
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral (Tahun 5 Cempaka) 2. Nilai / Tajuk: Keberanian / “Cintai Sungai Kita” 3. Masa : 1 jam ( 9.00-10.00 pagi) 4. Standard Pembelajaran: 9.1.1 , 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4 5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. membentangkan 2 cara berani untuk mempertahankan kebersihan sungai. ii. menyenaraikan 2 kepentingan untuk menjaga kebersihan sungai. iii. menggambarkan perasaan ( lukisan ekspresi wajah) apabila mempertahankan kebersihan sungai. iv. melakukan simulasi untuk menunjukkan sikap berani mempertahankan nama baik di Taman Sama-Sama. 6. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Set Induksi : 1. Guru menayangkan slide yang menunjukkan keadaan sungai. ( sungai bersih dan kotor) 2. Murid yang dipilih secara rawak akan ke hadapan untuk mengendalikan tayangan slide. 3. Guru mengajukan beberapa soalan berpandukan slide yang ditayangkan. Langkah 1 : 1. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Guru akan mengedarkan lembaran tugasan dan menerangkan aktiviti yang perlu mereka lakukan. 3. Murid akan menghasilkan peta buih di atas kertas mahjong yang disediakan. 4. Murid membentangkan hasil perbincangan. Langkah 2 : 1. Guru menggalakkan sumbang saran bersama murid –murid berdasarkan

description

RPH Pendidikan Moral

Transcript of RPH

Page 1: RPH

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral (Tahun 5 Cempaka)

2. Nilai / Tajuk: Keberanian / “Cintai Sungai Kita”

3. Masa : 1 jam ( 9.00-10.00 pagi)

4. Standard Pembelajaran: 9.1.1 , 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4

5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

i. membentangkan 2 cara berani untuk mempertahankan kebersihan sungai.

ii. menyenaraikan 2 kepentingan untuk menjaga kebersihan sungai.

iii. menggambarkan perasaan ( lukisan ekspresi wajah) apabila mempertahankan

kebersihan sungai.

iv. melakukan simulasi untuk menunjukkan sikap berani mempertahankan nama baik

di Taman Sama-Sama.

6. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Set Induksi :

1. Guru menayangkan slide yang menunjukkan keadaan sungai. ( sungai bersih dan kotor)

2. Murid yang dipilih secara rawak akan ke hadapan untuk mengendalikan tayangan slide.

3. Guru mengajukan beberapa soalan berpandukan slide yang ditayangkan.

Langkah 1 :

1. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Guru akan mengedarkan lembaran tugasan dan menerangkan aktiviti yang perlu mereka

lakukan.

3. Murid akan menghasilkan peta buih di atas kertas mahjong yang disediakan.

4. Murid membentangkan hasil perbincangan.

Langkah 2 :

1. Guru menggalakkan sumbang saran bersama murid –murid berdasarkan hasil

pembentangan.

Page 2: RPH

Langkah 3 :

1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang hanya mempunyai satu bulatan sahaja.

2. Murid melukis eskpresi wajah yang mewakili perasaan mereka setelah mereka

menyatakan cara dan menyenaraikan kepentingan sikap keberanian .

Langkah 4 :

1. Murid akan diberi tugasan secara berkumpulan (bergerak di dalam kumpulan seperti

sebelumnya) untuk melakukan simulasi yang menunjukkan sikap keberanian.

Aktiviti Pemulihan :

1. Murid mengenalpasti pernyataan yang betul atau salah- 5 pernyataan( Lembaran kerja)

Aktiviti Pengayaan :

1. Murid menyenaraikan 2 kepentingan bersikap berani mempertahankan kebersihan

sungai Taman Sama-Sama.

Penutup:

Nyanyian lagu hijau dan refleksi pembelajaran.

7. EMK: i. TMK - Kemahiran berfikir

8. Bahan Bantu Mengajar i. Laptop – untuk tayangan slide

ii. Gambar

iii. Kertas mahjong

iv. Marker

v. Lembaran kerja

9. Penilaian PdP i. Idea yang disumbangkan melalui peta buih.

ii. Lukisan yang dihasilkan.

iii. Lembaran latihan yang disediakan.

10. Refleksi