ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....

21
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN RAYA DAN LALU LINTAS (PKA) TINGKATAN EMPAT. ROSIDAH RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani....

Page 1: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)

BAGI TOPIK SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN RAYA DAN LALU

LINTAS (PKA) TINGKATAN EMPAT.

ROSIDAH RAMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan
Page 3: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

i

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TOPIK SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN RAYA

DAN LALU LINTAS (PKA) TINGKATAN EMPAT.

ROSIDAH BINTI RAMLI

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam).

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

FEBRUARI, 2004

Page 4: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan
Page 5: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan
Page 6: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Ramli bin Mat Rashid,

Esjah binti Esran

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doa dan sokongan kalian mengiringi setiap

detik perjalanan hidup anakandamu ini. Terima kasih di atas didikanmu sehingga

membentuk aku menjadi insan berguna seperti hari ini. Harapanmu kini telah ku

tunaikan jua dan buat kekanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.

Buat insan yang paling kusayangi,

Mohamad Firdaus bin Mahamad Noor,

Segala kegembiraan, pengorbanan dan kesusahan dalam menghadapi dugaan hidup

selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita berdua. Terima kasih kerana sentiasa berada di

sampingku,

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 7: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, tesis ini akhirnya dapat saya siapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr.

Baharuddin bin Aris yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan

nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan

membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat semua pihak yang telah terlibat secara

langsung atau tidak langsung membantu saya sepanjang menyiapkan perisian dan juga

tesis ini. Segala kerjasama yang telah anda berikan amatlah saya hargai.

Page 8: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

vi

ABSTRAK

Dewasa ini, Teknologi Pendidikan adalah diantara bidang yang penting dalam

dunia pendidikan. Dalam kita memasuki alaf baru, kaedah pengajaran juga turut berubah.

Kaedah pengajaran menggunakan CAL, CMI, CAI, CBI, CAT dan CBL bukanlah benda

baru di dalam dunia pendidikan. CAL misalnya telah menjadi kaedah yang paling

popular sebagai kaedah pengajaran di sekolah. Saya telah merekabentuk sebuah perisian

PBK yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat aliran kejuruteraan

awam. Perisian ini mengandungi elemen-elemen multimedia dan interaktif. Perisian PBK

ini juga boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pengguna. Selain itu,

perisian PBK ini juga dihasilkan bagi mengatasi kekurangan perisian PBK di pasaran.

Dan yang paling penting, perisian PBK ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang

mempunyai ilmu literasi komputer dan celik IT. Saya berharap agar perisian PBK ini

dapat digunakan sebaik dan seoptima mungkin bagi membantu proses pengajaran

mahupun proses pembelajaran.

Page 9: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

vii

ABSTRACT

Today, the field of Educational Technology has become an essential part in the

world of education. Methods in teaching also changed as we entering the new

millennium. Teaching methods using CAL, CMI, CAI, CBI, CAT and CBL is no longer a

new things in Malaysia. CAL courseware for example has become a popular method of

teaching in the learning process in school. I have design a courseware that can be used for

the Form 4 students in civil engineering stream. It has multimedia elements and yet

interactive. This courseware can be used anytime and anywhere, as the user wish. Apart

from this, this courseware is design to overcome the shortage of educational courseware

in our country. Furthermore, it is also an important effort to produce young generation

with computer literacy in our country. Lastly, it is hoped that this courseware will be

helpful to teachers and students either as facilitators or self-learners respectively.

Page 10: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

viii

SENARAI SINGKATAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiv

Page 11: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

ix

I PENDAHULUAN.

1.1 Pengenalan . 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 3

1.3 Penyataan Masalah. 5

1.4 Objektif Projek. 6

1.5 Objektif Perisian. 6

1.6 Rasional Pemilihan Projek. 7

1.7 Skop Projek. 7

1.8 Definisi Istilah . 8

II SOROTAN PENULISAN.

2.1 Pengenalan. 10

2.2 ‘Self Directed Learning’. 12

2.2.1 Kelebihan ‘Self Directed

Learning”.

14

2.3 ‘Problem Based Learning’. 18

2.3.1 Tahap-tahap Dalam ‘Problem

Based Learning’.

17

2.3.2 Masalah Dalam ‘Problem Based

Learning’.

18

2.4 ‘Multiple Intelligence’.

2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer

19

22

2.5.1 Klasifikasi Pembelajaran

Berbantukan Komputer

24

2.5.2 Jenis Pembelajaran Berbantukan

Komputer

2.6 Kelebihan Penggunaan Pembelajaran

25

29

Page 12: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

x

Berbantukan Komputer

2.6.1 Menarik Dan Menyenorokkan

2.6.2 Komunikasi Maklumat Yang Efektif

29

30

2.6.3 Pengekalan Informasi

Berkesan.

30

2.6.4 Pembelajaran Kendiri. 31

3.6.5 Menarik Minat Untuk Belajar. 31

3.6.6Mudah Alih. 32

III REKABENTUK PERISIAN

3.1 Rekabentuk Perisian Secara Umum. 33

3.2 Unsur Motivasi Dalam Perisian. 34

3.3 Proses Pembangunan Perisian.

3.4 Teori Tingkahlaku (Behaviorisme).

3.4.1 Implikasi Teori Tingkahlaku

Dalam Perisian.

35

35

36

3.5 Teori Kognitivisme

3.5.1 Implikasi Teori Kognitivisme

Dalam Perisian

3.6 Teori Faham Binaan (Konstruktivisme)

3.6.1 Implikasi Teori Faham Binaan

Dalam Perisian

3.7 Pemilihan Perkasasan

3.8 Pemilihan Perisian

3.8.1 Perisian Gubahan Macromedia

Authorware 6.0

3.8.2 Kelebihan Macromedia

Authorware

37

40

42

44

47

48

48

48

Page 13: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

xi

3.8.3 Perisian-perisian Lain

3.9 Pemilihan Bahasa Pengantar

3.9.10 Carta Alir

49 50 50

V KANDUNGAN PERISIAN

4.1 Penganalan. 51

4.2 Pakej Perisian.

4.3 Struktur Asas Perisian.

4.4 Penggunaan Perisian

51

52

52

4.5 Struktur Dan Asas Kandungan Perisian.

4.5.1 Skrin Objektif

4.5.2 Skrin Menu Utama

4.5.3 Skrin Topik Pembelajaran

4.5.4 Skrin Latihan

4.5.5 Skrin Markah

4.5.6 Skrin Penutup

4.6 Ciri-ciri Keseragaman

53

53

54

55

56

58

59

60

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN.

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Kelebihan Perisian

5.2.2 Kelemahan Perisian

5.3 Cadangan

5.4 Kesimpulan

5.5 Penutup

61

63

64

65

65

Page 14: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

xii

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3

Lampiran 4

66

72

73

74

75

Page 15: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Banyak ramalan yang telah dibuat mengenai hala tuju dan masa hadapan dunia

pendidikan. Perubahan yang wujud dari pengajaran tradisonal yang digantikan dengan

teknologi dalam pendidikan telah membawa revolusi yang besar di sekolah, institusi

pengajian tinggi mahupun organisasi (Robert Rudford, 2000).

Dalam satu simposiun pendidikan yang diadakan di Kuala Lumpur pada

tahun 1996 lalu, pendidikan menggunakan komputer ataupun teknologi maklumat telah

dibincangkan secara mendalam. Perkara yang berhubung dengan kaedah pengajaran dan

pembelajaran khususnya mendapat perhatian daripada para pembentang.

Selama lebih 50 tahun, buku teks telah menjadi bahan sumber yang paling penting

dalam pengajaran di sekolah (Poh Swee Hiang, 1997). Namun begitu, terdapat banyak

kelemahan dalam pembelajaran berbantukan buku teks semata-mata. Ini kerana,

pembelajaran yang dijalankan dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan

pelajaran, boleh menimbulkan suasana hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan

di kalangan pelajar. Pelajar- pelajar sukar untuk mendapat idea baru dan natijahnya

fikiran pelajar sukar untuk berkembang dan menjadi tidak kreatif. Atan Long (1990),

menyatakan pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan) tidak akan

menjamin keberkesanan kerana ia tidak menguji daya imaginasi pelajar. Melalui kaedah

Page 16: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

2

ini, pelajar lebih bergantung kepada satu saluran deria untuk menerima rangsangan dan

menjadikan sumber maklumat untuk diproses.

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih daripada

proses pengajaran dan pembelajaran tetapi merupakan satu bahan yang terdapat dalam

proses tersebut. Alat Bantu Mengajar bukan sahaja bertujuan menambahkan kelancaran

perhubungan antara guru dan pelajar tetapi ia juga membantu mempercepatkan proses

pemahaman mereka. Alat Bantu Mengajar yang sesuai secara umumnya menjadikan

pendidikan lebih konkrit, cenderung untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan minat serta

menambah variasi kepada corak pengajaran di dalam kelas.

Menurut Baharuddin dan Maizah Hura (1995), sejajar dengan perkembangan

pesat bidang teknologi komunikasi dan komputer, pelajar sentiasa didedahkan kepada

teknologi yang serba canggih. Oleh itu, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan

bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka.

Penggunaan multimedia dalam pendidikan bukanlah suatu perkara yang asing di

Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin mencabar seiring

dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat. Pengajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris misalnya menggunakan perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan mahupun yang

dipilih sendiri oleh pihak pengurusan sekolah.ini kerana sebagai sebuah negara yang

berwawasan maka bidang pendidikan merupakan aset penting untuk melahirkan pakar-

pakar dalam sesuatu bidang dalam menuju ke arah sebuah negara berteknologi tinggi.

Penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan menjadikan

pembelajaran lebih mudah dan menarik. Ini kerana komputer dapat digunakan dengan

pelbagai cara di bilik darjah. Tetapi ianya memerlukan kaedah yang sesuai agar ianya

tidak lari dari objektif asal iaitu mempertingkatkan kualiti pengajaran guru dan juga

menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna.

Page 17: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

3

Oleh itu, teknologi multimedia harus digunakan sebagai pendekatan bagi

membantu pelajar-pelajar yang lemah dan mencari kaedah-kaedah yang sesuai bagi

mengatasi masalah dan kelemahan mereka agar pelajar yang lemah menjadi pintar dan

pelajar pintar tidak hilang minat terhadap pembelajaran yang agak membosankan.

Secara keseluruhannya, penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah amat

bersesuaian. Teknologi ini dapat membantu guru, pelajar serta sesiapa sahaja yang

terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Latarbelakang Masalah

Kebanyakan buku teks yang berada di pasaran sekarang hanya ditulis untuk

memberi maklumat kepada para pembacanya, bukannya untuk memberikan program

pembelajaran yang menarik dan interaktif kepada pembacanya. Jarang terdapat buku teks

yang memperincikan setiap tajuk bagi meningkatkan kefahaman para pelajarnya di

samping medium pengajaran guru yang kurang interaktif. Kebanyakan guru tidak

mengambil kira faktor kesediaan untuk belajar yang berbeza di kalangan pelajar

mahupun tahap kecerdasan pelajar itu sendiri. Penggunaan perisian PBK adalah lebih

menarik dan berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Semenjak tiga puluh tahun yang lalu, kebanyakan penyelidikan telah

membuktikan bahawa PBK yang dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan

pengetahuan dan mengubah sikap pelajar (Howell, 1971; Hess dan Tenezakis, 1973;

Papert, 1980; Hannafin, 1984; Menis, 1987; Ellington dan Race, 1993; Baharuddin

Mohd. Salleh, Ellington dan Mogana, 1999; Noraffandy, 1999).

Page 18: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

4

Okey (1978) menyatakan bahawa pelajar hilang minat terhadap pembelajaran

disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif

pengajaran, organisasi, isi kandungan tidak sesuai, persekitaran pembelajaran yang

kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik.

Dalam sesebuah kelas yang besar misalnya, guru tidak dapat menumpukan

perhatian kepada setiap pelajarnya. Pembelajaran pula adalah satu proses yang bersifat

individu. Setiap pelajar mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu,

tanggapan mereka tentang pembelajaran juga berbeza dan masa yang diperlukan untuk

mengusai satu topik pelajaran atau kemahiran juga berbeza dari seorang pelajar ke pelajar

yang lain. Dalam hal ini, selalu berlaku pelajar lemah akan keciciran. Sifat malu dan

segan untuk bertanya akan menyebabkan pelajar mendiamkan sahaja segala

ketidakfahaman di dalam diri mereka.

Untuk menimbulkan rasa keseronokan belajar di kalangan pelajar, unsur-unsur

multimedia mestilah digunakan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Elemen-

elemen yang terkandung di dalam multimedia adalah teks, animasi, grafik, audio dan

video (Jamal dan Zaida, 1999). Elemen-elemen ini digabungkan bersama untuk

menghasilkan sebuah aplikasi interaktif multimedia. Penggunaan pelbagai jenis media

pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di

institusi-intitusi pendidikan serta memberikan peluang kepada setiap pelajar menguasai

ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falfasah

Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara

menyeluruh dan bersepadu.

Pendekatan yang sesuai digunakan ialah seperti penggunaan komputer di dalam

bilik darjah dan juga bahan perisian yang dibangunkan.Menurut bekas Menteri

Pendidikan Malaysia, Datuk Najib Tun Razak. Salah satu aspek penting yang perlu

diberikan perhatian dalam usaha kita ke arah membudayakan teknologi maklumat dalam

pendidikan negara ialah soal perisian komputer. (Utusan Malaysia, 1996).

Page 19: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

5

Dalam tinjauan awal yang di buat semasa pereka menjalani latihan mengajar di

dua buah sekolah, subjek Pengajian Kejuruteraan Awam masih diajar dengan

menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ kerana masih belum ada perisian PBK yang berada

di pasaran. Manakala topik Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalu

Lintas adalah diantara topik yang agak tidak menarik perhatian pelajar untuk

mempelajarinya berbanding subjek-subjek lain seperti Ukur Kejuruteraan dan lain-lain.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa topik ini perlu dihasilkan dalam bentuk

pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Semoga dengan perisian ini dapat membantu

pelajar memahami pelajar dengan lebih jelas, cepat, berkesan dan memudahkan guru di

samping mempercepatkan sedikit proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah.

1.3 Penyataan Masalah

Melalui pembinaan perisian PBK ini, penulis ingin:

Membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

bagi Unit Tujuh Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat iaitu topik

Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas. Perisian ini

dibangunkan supaya dapat memenuhi ciri yang menepati keperluan sukatan mata

pelajaran dan dapat membantu pembelajaran.

Page 20: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

6

1.4 Objektif Projek

1.4.1 Menghasilkan prototaip perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK)

dalam topik Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas

yang dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4.2 Menambahkan satu lagi alternatif bahan bantu pengajaran dan pembelajaran di

sekolah menengah teknik.

1.4.3 Dijadikan bahan simpanan atau rujukan pelajar iaitu sebagai tutor di rumah.

1.5 Objektif Perisian

Di akhir penggunaan perisian ini, pelajar-pelajar akan dapat:

1.5.1 Menyatakan keperluan pengangkutan dan sistem pengangkutan.

1.5.2 Mengenal mod pengangkutan.

1.5.3 Menerangkan kriteria dalam pemilihan mod dan faktor permintaan pengangkutan.

1.5.4 Menyatakan jenis perabot jalan.

1.5.5 Menyatakan proses pembinaan jalan.

1.5.6 Menyatakan keperluan isyarat lalu lintas.

Page 21: ROSIDAH RAMLI - fp.utm.my€¦iv DEDIKASI Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam. Selawat dan

7

1.6 Rasional Pemilihan Projek

Perisian ini dihasilkan agar dapat:

1.6.1 Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Sistem Pengangkutan,

Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas dengan cara yang lebih menarik dan

berkesan.

1.6.2 Dijadikan sebagi salah satu alat bantu mengajar oleh guru sebagai set induksi

mahupun dalam pengajaran sebenar.

1.6.3 Menjimatkan masa guru dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.6.4 Dijadikan rujukan oleh pelajar selain daripada buku teks dan nota yang diberikan

guru.

1.7 Skop Projek

Perisian yang dibangunkan ini mengandungi topik pembelajaran dalan unit tujuh

subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat iaitu topik Sistem Pengangkutan,

Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas. Topik ini mengandungi maklumat-maklumat

lengkap yang perlu diketahui pelajar mahupun maklumat rujukan selain daripada buku

teks berhubung topik tersebut. Kesemua maklumat ini disampaikan dalam bentuk yang

interaktif iaitu dengan menggabungkan elemen-elemen multimedia. Antara subtopik yang

ingin diberi penekanan ialah papan tanda jalan dan proses pembinaan jalan kerana

subtopik ini adalah antara subtopik yang tidak digemari pelajar.