ropol, kelepet gulung,

download ropol, kelepet gulung,

of 3

description

ropol kelepet gulung

Transcript of ropol, kelepet gulung,

Ropol sebagai penyudah tepi selain untuk tujuan hiasan.ROPOL

CARA MEMBUATNYA:Tandakan 1/2 Jahit jelujur kasar atau jahit mesin dengan jarak mesin yang paling besar. Jarak mestilah sama dan konsisten untuk mendapatkan ropol yang cantik.Matikan hujung yang satu lagi dan lebihkan benang yang sebelah lagi. Seimbangkan ropol dan jahit mesin ropol yang terhasil untuk tujuan kekemasan. Ropol tidak boleh diseterika.Cantumkan ropol dengan kain yang hendak dicantumkan dengan jahit mesin dengan jarak basi .

Baby seam boleh dijahit dengan pantas menggunakan tapak baby seam.KELEPET GULUNG (Baby seam)

Baby seam terdapat di hujung tudung, Lipat hujung kain dan jahit dihujung lipatan serapat-rapatnya dan kemudian gunting lebihan kain.Kemudian selepas gunting lipat sekali lagi dan jahit sekali lagi di atas lipatan kain tadi.Seterika untuk kemasan.

Belah ini dibuat dengan menggunting fabrik pakaian itu dan melapik belah itu dengan sekeping kain atau dengan menggunakan kertas bergam. Ia merupakan belah yang paling popular pada bahagian hadapan dan belakang baju kurung, kurung moden dan blaus.Belah Lapik Berbentuk

CARA MEMBUATNYA Pelapik ditanda mengikut bentuk yang dikehendaki, jangan lupa tandakan basi sekali. Sekiranya menggunakan kertas bergam, lukiskan bentuk yang dikehendaki dan lekatkan pada sehelai kain dengan SD bertemu bahagian yang bergam. Seterika untuk melekatkan kain pada pelapik. Kemudian, kain + pelapik dijahit ke atas fabrik pakaian mengikut bentuk yang dimahukan. SL bertemu SL. Sebelum itu pastikan buat jahit jelujur untuk menetapkan kedudukan kain pakaian dengan pelapik. Setelah itu, gunting lebihan basi dan jahit snip pada lengkungan yang ada bagi memudahkan proses menterbalik. Terbalikkan fabrik. Kemudian tekan dengan seterika untuk kemasan. Kekalkan belah lapik dengan jahit sembat susup, silang pangkah atau sembat.