Respon Gerakan Islam

download Respon Gerakan Islam

of 92

Transcript of Respon Gerakan Islam

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    1/92

    RESPON GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

    TERHADAP PEMIKIRAN FATHI YAKANMENGENAI BERBILANG JAMAAH

    NASUHA BINTI IBRAHIM

    FAKULTI SAINS KEMANUSIAANUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    SESI 2011/2012

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    2/92

    RESPON GERAKAN ISLAM DI MALAYSIATERHADAP PEMIKIRAN FATHI YAKAN

    MENGENAI BERBILANG JAMAAH

    NASUHA BINTI IBRAHIM

    Latihan ilmiah ini dikemukakan sebagai keperluan bagimemenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

    Pendidikan (Pendidikan Islam)

    JABATAN PENGAJIAN ISLAMFAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    3/92

    i

    PERAKUAN

    Tuntutan Pihak Ketiga

    Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan nukilan yang tiap -tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    09/12/2011 Nasuha binti Ibrahim

    D20081033000

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    4/92

    ii

    Tuntutan Pihak Ketiga

    Latihan ilmiah ini disediakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat keperluanbagi pengijazahan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) oleh UniversitiPendidikan Sultan Idris. Pihak Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan,Universiti Pendidikan Sultan Idris, tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan daripihak ketiga yang berhubung kait dengan penyediaan Latihan Ilmiah ini.

    Tarikh : 9/12/2011

    Disclaimer

    This Academic Exercise is prepared here in partial fulfilment of the requirements for theDegree of Bachelor of Education (Islamic Education) by Sultan Idris EducationUniversity. The Department of Islamic Studies, Faculty of Science Humanities, SultanIdris Education University makes no responsible for any claim from the third party withregards to the production of this Academic Exercise.

    Date :9/12/2011

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    5/92

    iii

    DEDIKASI

    Teristimewa buat bonda tercintaAzizah Binti Mohd Nor,

    yang tidak pernah jemu berdoa,memberikan sokongan dan dorongan sepanjang masa

    untuk melihat ku berjaya,Segala doa, pengorbanan dan nasihatmu menjadi aspirasi buat diriku,

    Doakanlah anak mu ini agar menjadi anak solehah

    Buat ayahanda yang dir indu i,

    Allahyarharham Ibrahim Bin Mahmud,Yang telah kembali ke rahmatullah,

    Ku sisipkan doa,dan amal kebaikan ku

    Buat bekalan diri mu di sana.Semoga diri mu ditempatkan bersama para mumin,

    Al-Fatihah.

    Buat adik beradikku tersayang,

    Mohd Izani, Noor Akma, Nooraini, Noor Wahida, Naimah,Doa dan dorongan kalian,

    Hanya Allah yang mampu membalasnya.

    Buat pensyarah-pensyarahku yang s angat ku kagumi,

    Puan Wahibah Bt. [email protected], Dr. Zanariah Bt Noor,En. Anhar B. Opir, En. Zulfiqar Shah B. Abdul Hadi,

    Tunjuk ajar dan bimbingan daripada kalian akan ku kenang selalu,Moga segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal di dunia serta bekal di akhirat kelakInsya ALLAH

    Buat sahabat seperjuangan yang kukasihi,

    Segala nasihat dan sokongan kalian,Banyak memberi kekuatan kepada ku,

    Dalam proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.Semoga dapat bertemu kembali di medan jihad

    Pada jalan Allah.Aamiin.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    6/92

    iv

    PENGHARGAAN

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

    Segala puji bagi Allah, Penguasa sekalian alam, selawat dan salam saya lafazkan buat

    junjungan mulia Muhammad Rasulullah s.a.w. serta ahli keluarga dan para sahabatbaginda s.a.w. Jutaaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Wahibah [email protected] selaku penyelia latihan ilmiah ini kerana telah banyak membantu sayadalam menyiapkan tugasan ini. Bimbingan dan cetusan idea beliau telah banyakmendorong saya dalam usaha menyempurnakan latihan ilmiah ini

    Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada semua pensyarah yang membantusaya dalam menyiapkan latihan ilmiah ini kerana telah sudi mengajar dan membimbingsaya selama ini. Tanpa penerangan dan bimbingan daripada mereka tidak mungkinsaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar.

    Teristimewa ucapan terima kasih tidak terhingga ibu dan keluarga yang sentiasamendoakan dan banyak memberikan sokongan serta dorongan semasa sayamenyiapkan tugasan ini. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepadasemua pihak terutamanya kepada semua responden dan rakan-rakan yang telahmemberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung sehinggaterhasilnya latihan ilmiah ini.

    Segala jasa dan budi baik yang diberikan oleh semua pihak tidak mampu sayamembalasnya dan semoga semua yang terlibat mendapat ganjaran pahala di sisi

    ALLAH SWT. Aamiin.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    7/92

    v

    ABSTRAK

    Kajian ini berfokus kepada isu-isu berbilang jamaah yang menjadi perbincangan ulama

    dalam gerakan Islam. Selepas kejatuhan sistem khilafah Uthmaniyyah, kesedaran

    untuk mengembalikan sistem khalifah muncul dalam benuk kewujudan kelompok-

    kelompok gerakan Islam. Fathi Yakan yang merupakan salah seorang ulama gerakan

    Islam di Lubnan mempunyai pandangan yang tersendiri dalam hal ini. Beliau dengan

    tegas menolak kewujudan berbilang jamaah kerana melihat kepada salah-satu punca

    perpecahan umat Islam kini adalah disebabkan oleh bilangan jamaah yang banyak.

    Kajian ini bertujuan melihat respon ahli-ahli dan pimpinan gerakan Islam di Malaysia

    terhadap pemikiran Fathi Yakan mengenai isu ini. Kajian ini mengambil Fathi Yakan

    sebagai asas kajian pemikiran, ini kerana penulis mendapati beliau adalah antara tokoh

    yang terlibat secara langsung dalam gerakan Islam dan banyak menulis buku-buku

    yang berkaitan dengannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar

    dalam kalangan responden mengharuskan kewujudan berbilang jamaah kerana

    berpendapat bahawa walau berlainan jamaah, namun masih berpegang dengan prinsip

    dan matlamat yang sama iaitu mengembalikan daulah Islam berlandaskan Al-Quran

    dan Al-Sunnah. Sebaliknya, hasil kajian mendapati bahawa hanya sebilangan kecil

    sahaja dalam kalangan responden yang bersetuju dengan pemikiran Fathi Yakan iaitu

    menolak kewujudan berbilang jamaah Islam.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    8/92

    vi

    KANDUNGAN

    Muka Surat

    Perakuan i

    Tuntutan Pihak Ketiga ii

    Dedikasi iii

    Penghargaan iv

    Abstrak v

    Kandungan vi

    Senarai Kependekan x

    Senarai Transliterasi xi

    BAB SATU

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Latarbelakang Kajian 2

    1.3 Permasalahan Kajian 2

    1.4 Matlamat Kajian 4

    1.5 Objektif Kajian 4

    1.6 Persoalan Kajian 5

    1.7 Definisi Operasi Kajian 5

    1.8 Limitasi Kajian 8

    1.9 Metodologi Kajian 8

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    9/92

    vii

    1.10 Kepentingan Kajian 13

    1.11 Sorotan Kajian Lepas 13

    1.12 Sistematika Penulisan 16

    BAB DUA

    SEJARAH PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAM

    2.1 Pendahuluan 18

    2.2 Konsep Gerakan Islam 18

    2.3 Definisi Jamaah Islam 19

    2.4 Matlamat Dan Tujuan Penubuhan Jamaah 19

    2.5 Kepentingan Penyatuan Diri dalam Amal JamI 20

    2.6 Ciri-ciri Jamaah Islam 22

    2.7 Sejarah Perkembangan Gerakan Islam 27

    2.8 Kesimpulan 32

    BAB TIGA

    PEMIKIRAN FATHI YAKAN MENGENAI BERBILANG JAMAAH

    3.1 Pendahuluan 33

    3.2 Latarbelakang Kehidupan Dan Pendidikan 34

    3.2.1 Sumbangan Fathi Yakan Dalam Bidang Penulisan 34

    3.2.2 Penglibatan dalam Gerakan Islam 36

    3.3 Pemikiran Fathi Yakan Mengenai Harakah Islam 37

    3.3.1 Definisi Harakah Islam 37

    3.3.2 Kewajipan Menyertai Amal Islam 38

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    10/92

    viii

    3.3.3 Kepentingan Jamaah Islam 38

    3.3.4 Ciri-ciri Khusus Gerakan Islam 39

    3.3.5 Kesatuan Amal Islam Satu Tuntutan Syara 40

    3.4 Isu Berbilang Jamaah Menurut Fathi Yakan 44

    3.4.1 Fenomena Berbilang Jamaah 44

    3.4.2 Sebab-sebab Kewujudan Berbilang Jamaah Menurut

    Fathi Yakan 44

    3.4.3 Implikasi daripada Isu Berbilang Jamaah 45

    3.5 Kesimpulan 47

    BAB EMPAT

    RESPON GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

    4.1 Pendahuluan 48

    4.2 Latarbelakang Gerakan Islam 48

    4.2.1 Parti Islam SeMalaysia (PAS) 48

    4.2.2 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 49

    4.2.3 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 50

    4.2.4 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 51

    4.3 Respon Gerakan Islam Terhadap Isu Berbilang Jamaah 51

    4.3.1 Parti Islam SeMalaysia (PAS) 52

    4.3.2 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 53

    4.3.3 Jemaah Islah Malaysia (JIM) 55

    4.3.4 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 57

    4.4 Kesimpulan 60

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    11/92

    ix

    BAB LIMA

    PENUTUP

    5.1 Pendahuluan 62

    5.2 Rumusan 62

    5.3 Cadangan Dan Saranan 65

    5.4 Kesimpulan 67

    Bibliografi

    Lampiran

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    12/92

    x

    SENARAI KEPENDEKAN

    ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

    AKP - Parti Adaletve Kalkinna Partisi

    B.A - Bachelor of Art

    H - Hijrah

    HAMAS - Harakah Muqawwamah Islamiyah

    HAMIM - Hizbul Muslimin

    ISMA - Ikatan Muslimin Malaysia

    JIM - Pertubuhan Jamaaah Islah Malaysia

    M - Masihi

    M.A - Master of Art

    MASYUMI - Majlis Syura Muslimin di Indonesia

    MATA - Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya

    NGO - Non Governmental Organization

    PAS - Parti Islam SeMalaysia

    PEMBELA - Persatuan Pembela Islam

    PhD - Doctor of Philosophy

    PUM - Persatuan Ulama Malaysia

    UMNO - United Malays National Organisation

    UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

    UM - Universiti Malaya

    s.a.w - Sallallaahu alaihi wasallam

    s.w.t - Subhanahu wa taala

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    13/92

    xi

    TRANSLITERASI

    Transliterasi berikut digunakan untuk mengeja perkataan dalam bahasa Arab kepadaejaan rumi :

    Abjad Transliterasi Abjad Transliterasia, (Hamzah) d

    .B t

    .T z

    Th

    J gh

    h.

    f

    Kh q

    D k

    Dh l

    R m

    Z n

    S w

    ss Sh h

    s.

    Y

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    14/92

    xii

    Vokal Panjang Vokal Pendek

    : -a

    (fathah) : a

    : -u

    (dhammah) : u

    : -i

    (kasrah) : I

    Diftong

    : aw

    : ay : iy/i

    : uww

    Transliterasi huruf Arab ke Rumi adalah berpandukan Gaya Dewan 1990, Sebuah

    Panduan Kerja Penerbitan, Kementerian Pendidikan Malaysia, cet. 1, edisi 2, hal : 135-

    136.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    15/92

    1

    BAB SATU

    PENGENALAN

    1.1 PENDAHULUAN

    Gelombang kebangkitan Islam sejak abad ke-20 menampakkan satu fenomena yang

    sihat dan bersifat global. Kenyataan ini dapat dilihat melalui proses kemunculan

    gerakan atau jamaah Islam yang semakin aktif dalam memperjuangkan agama Islam di

    seluruh dunia. Pelbagai isu kebangkitan umat Islam dilaungkan dan diperjuangkan

    dengan harapan dapat membangkitkan kesedaran ummah terhadap kewajipan

    menegakkan daulah Islam dan mengembalikan sistem khilafah Islam.

    Jamaah-jamaah yang muncul menampilkan pendekatan yang berbeza-beza.

    Sehingga membawa kepada taksub dengan jamaah sendiri. Akibatnya, kemunculan

    berbilang jamaah ini telah dianggap sebagai barah dalam masyarakat Islam pada hari

    ini. Terdapat juga dalam kalangan pendukung-pendukung gerakan Islam yang

    mengharuskan berbilang jamaah kerana beranggapan bahawa ia adalah fenomena

    yang sihat.

    Salah seorang daripada pemimpin Ikhwan Muslimin iaitu Allahyarham Syeikh

    Fathi Yakan telah memberi respon terhadap fenomena ini. Beliau merupakan tokoh

    intelektual yang disegani oleh kebanyakan pendukung gerakan Islam. Pemikiran Islam

    dalam politik dan dakwah serta hasil-hasil tulisannya telah banyak diterbitkan dan

    menjadi sumber rujukan oleh pendukung-pendukung gerakan Islam di seluruh dunia.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    16/92

    2

    1.2 LATARBELAKANG KAJIAN

    Gerakan Islam dalam bentuk organisasi bermula setelah kejatuhan khilafah

    Uthmaniyyah dengan kemunculan gerakan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1927.

    Pengasasnya, Syeikh Hassan Al-Banna begitu dihormati oleh penyokong dan

    pengikutnya serta digeruni oleh musuh-musuh Islam pada ketika itu. Gerakan ini

    akhirnya tersebar ke seluruh negara dengan matlamat yang satu iaitu demi

    menegakkan daulah Islam sebagaimana yang pernah diwujudkan oleh Rasulullah dan

    juga para sahabat baginda s.a.w.

    Gerakan Islam di Malaysia juga mempunyai sejarah yang panjang bermula

    dengan proses menuntut kemerdekaan. Perjuangan ini dicetuskan oleh para ulama

    muda yang mendapat pendidikan di Timur Tengah seperti Syed Syeikh al-Hadi, Sheikh

    Tahir Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmy dan ramai lagi. Sejarah penubuhan Parti Islam

    Se-Malaysia (PAS) pula sinonim dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin (HAMIM)

    yang telah menerima tekanan hebat dengan penangkapan sebilangan besar aktivis-

    aktivis parti itu oleh penjajah British pada tahun 1948.1

    1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

    Kelahiran pelbagai aliran dan jamaah Islam mula menimbulkan masalah dan kekeliruan

    dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai pendapat dan fahaman berbeza

    yang muncul sehingga mencetuskan pergaduhan, perselisihan faham antara satu sama

    lain serta boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri.

    Terdapat banyak nas daripada al-Quran dan Sunnah yang mencela kewujudan

    berbilang jamaah. Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman :

    1Riduan Mohamad Nor (2009). Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden. Kuala

    Lumpur: Jundi Resource. Hlm. 117.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    17/92

    3

    Maksudnya, Sesungguhnya mereka yang memecahbelahkan agamamereka dan mereka berpuak-puak, kamu tidak bertanggungjawabterhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka itu kembali kepada

    Allah. Kemudian Allah akan memberitahu mereka apa yang merekatelah lakukan.2

    Ayat ini menjelaskan bahawa Allah menegah perbuatan orang-orang yang cuba

    memecahbelahkan agama mereka (Islam) dan hidup berpuak-puak serta taksub

    dengan puak masing-masing.

    Menurut Jamil Hashim dan Sulaiman Ibrahim3, salah satu sebab berlakunya

    perselisihan antara pendawah adalah soal jamaah. Fahaman tidak boleh berbilang -

    bilang jamaah inilah merupakan faktor utama yang membawa kepada perselisihan dan

    perpecahan para pendawah Malaysia. Ini adalah kerana sesetengah pendawah,

    berpendapat bahawa berbilang jamaah (taadud jamaat) adalah haram.

    Di samping itu, menurut Abdul Hadi Awang4 pula bahawa jika jamaah Islam itu

    merupakan satu jamaah yang sentiasa mencari jalan supaya tidak dicela orang

    ataupun yang hanya mencari helah supaya tidak ada tekanan dan penindasan, maka

    jamaah Islam itu perlu dipertikaikan kewibawaannya sebagai sebuah jamaah Islam.

    Mana-mana jamaah Islam yang tidak ditekan atau ditindas atau berhadapan dengan

    ribuan permasalahan yang gawat, maka ini menandakan bahawa jamaah itu tidak betul

    dan perlu mengusul periksa kembali tentang jalan dan kaedah perjuangan yang

    dilaluinya. Sehubungan dengan itu, perbezaan pandangan terhadap kebaikan dan

    2Surah al-Anam : 159.

    3 Jamil Hashim dan Sulaiman Ibrahim (2006). Konsep Jamaah Al-Muslimin dalam Pemikiran Islam.

    Kuala Lumpur:Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hlm. 46.

    4 Riduan Mohamad Nor (2011). Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan. Kuala

    Lumpur: JUNDI Resource.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    18/92

    4

    keburukan berbilang jamaah ini mengundang kepada perpecahan dalam kalangan

    umat Islam sendiri namun bukan merupakan isu baru malah wujud bertahun-tahun

    lamanya.

    1.4 MATLAMAT KAJIAN

    Kajian ini bertujuan mengkaji respon gerakan-gerakan Islam di Malaysia terhadap

    pemikiran Fathi Yakan mengenai isu berbilang jamaah menerusi hasil-hasil penulisan

    beliau.

    1.5 OBJEKTIF KAJIAN

    Antara objektif kajian ini adalah untuk :

    1) Meneliti konsep gerakan Islam dan penyatuan diri dalam jamaah Islam menurut

    Fathi Yakan.

    2) Mengkaji konsep berbilang jamaah menurut Fathi Yakan.

    3) Mengenalpasti kesan dari kemunculan berbilang jamaah Islam menurut Fathi

    Yakan.

    4) Menilai sikap pendukung gerakan Islam terhadap pemikiran Fathi Yakan

    berkaitan berbilang jamaah.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    19/92

    5

    1.6 PERSOALAN KAJIAN

    1) Bagaimanakah konsep gerakan Islam dan penyatuan diri dalam jamaah Islam

    menurut Fathi Yakan?

    2) Apakah konsep berbilang jamaah menurut pendapat Fathi Yakan?

    3) Apakah kesan dari kemunculan berbilang jamaah Islam menurut Fathi Yakan?

    4) Apakah sikap pendukung gerakan Islam terhadap pemikiran Fathi Yakan

    berkaitan berbilang jamaah?

    1.7 DEFINISI OPERASI KAJIAN

    Dalam memahami konsep sebenar tajuk kajian, maksud sebenar bagi beberapa

    perkataan yang menjadi asas perbincangan dalam tajuk ini perlu difahami terlebih

    dahulu.

    1.7.1 Respon

    Merujuk kepada Kamus Dewan, respon membawa maksud sambutan, reaksi dan juga

    jawapan.5

    5Kamus Dewan Edisi Ketiga. Hlm. 1134.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    20/92

    6

    1.7.2 Gerakan Islam

    Gerakan Islam atau harakah Islamiyyah dari segi bahasa yang bermaksud bergerak

    beralih dan berpindah6. Manakala dari segi istilah pula, dapat didefinisikan bahawa

    tanzim alami yang merangkumi para petugas dalam arena dawah di seluruh pelusuk

    muka bumi. Bagi mencapai matlamat tersebut, harakah Islamiyah menggunakan

    dawah Islamiyyah yang bersih lagi murni, sesuai dengan permasalahan dan tuntutan

    masa kini dan akan datang. Termasuk dalam usaha mengajak masyarakat supaya turut

    serta di dalam gerakan Islam dan mengatur mereka dalam gerakan tersebut.7

    Menurut Badrulhisham Mohd Nasir8 pula, gerakan Islam dari sudut bahasa

    adalah merujuk kepada dua istilah iaitu Islamic movementdalam Bahasa Inggeris atau

    al-harakah al-islamiyyah dalam Bahasa Arab. Harakah bermaksud harakah berasal

    daripada perkataan Arab (haraka) yang membawa maksud pergerakan yang berpusing

    dengan perpindahan jisim yang berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia

    juga seperti pusingan pada batu pengisar.

    Selain itu, beliau mendefinisikan gerakan Islam sebagai sebuah gerakan Islam

    yang mendukung cita-cita Islam seperti pembentukan peribadi, menegakkan

    pemerintahan, menyatukan barisan dan mengembalikan kedudukan pemerintah

    (khalifah) dengan mempunyai rancangan dan rangka kerja yang lengkap.

    1.7.3 Pemikiran

    Pemikiran bermaksud perihal berfikir (memikir). Cara menyelesaikan masalah dengan

    menggunakan daya imaginasi (bukan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran

    6Abd. Rauf Hassan, Abdul Halim Salleh dan Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus: Bahasa

    Melayu-Bahasa Arab, Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm. 97.

    7Fathi Yakan (2008).Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Selangor : Dewan Pustaka Fajar. Hlm.127.

    8 Badrulhisham Mohd Nasir (2009). Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa. Selangor :

    Karisma Publications Sdn. Bhd. Hlm. 2.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    21/92

    7

    yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang luar biasa dan

    berkesan.9

    1.7.4 Fathi Yakan

    Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara

    Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang

    pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Mona Haddad Yakan

    dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau

    merupakan di antarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan

    beliau merupakan di antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan

    bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas

    mereka menziarahi Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria. Beliau juga telah

    diiktiraf sebagai pemimpin Ikhwanul Muslimin di Lubnan.

    1.7.5 Jamaah

    Pengertian bagi perkataan jamaah dapat dibahagikan kepada lima pengertian.

    Pertama, orang ramai (seramai yang mungkin) yang bernaung di bawah seorang imam.

    Kedua, Jamaah dengan makna ramai dan majoriti umat Islam, iaitu majoriti terbesar

    dan bermuafakat. Ketiga, Jamaah dalam erti suatu sistem dan muafakat. Keempat,

    jamaah dalam erti sekumpulan ramai ahli ilmu yang muafakat. Seterusnya, pengertian

    yang kelima pula adalah bererti muafakat orang-orang yang mempunyai pengaruh

    besar dan majoriti umat yang mampu mengendalikan urusan, di mana mereka mungkin

    diberikan kepercayaan untuk menegakkan urusan khilafah atau kepimpinan.10

    9Kamus Dewan Edisi Ketiga. Hlm. 352.

    10 Jamil Hashim dan Sulaiman Ibrahim (2006). Konsep Jamaah dalam Pemikiran Islam. Kuala

    Lumpur: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Hlm. 16-19

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    22/92

    8

    1.8 LIMITASI KAJIAN

    Pengkaji telah memilih subjek yang dikaji iaitu Fathi Yakan kerana beliau sangat

    masyhur dalam penulisan buku-buku yang berkaitan dengan dakwah dan gerakan

    Islam. Malahan hasil-hasilnya banyak digunakan dalam pendekatan tarbiyah oleh

    kebanyakan pendukung-pendukung gerakan Islam terutamanya di Malaysia sendiri.

    Salah satu karyanya yang terkenal adalah yang bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut

    Islam?.

    Kajian ini juga terbatas kepada penganalisaan pemikiran Fathi Yakan terhadap

    isu berbilang jamaah menerusi hasil-hasil tulisannya. Antara karya beliau yang menjadi

    rujukan pengkaji adalah Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Tasawwur Asasi Gerakan

    Islam, Bahtera Penyelamat, Yang Berjatuhan di Jalan Dakwah, Halangan-Halangan

    Dakwah, Perjalanan Aktivis Gerakan Islam, dan Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam.

    Di samping itu, pengkaji hanya meninjau sikap pendukung-pendukung yang

    telah mempelopori gerakan-gerakan Islam Malaysia seperti PAS, ABIM, JIM dan ISMA.

    Memandangkan keempat-empat jamaah ini merupakan antara gerakan Islam yang

    sangat aktif dalam memperjuangkan agama Islam di Malaysia. Pelbagai program

    tarbiah yang telah dianjurkan melibatkan juga para remaja Islam di seluruh Malaysia.

    1.9 METODOLOGI KAJIAN

    Metod adalah suatu cara untuk memahami objek yang menjadi sasaran dalam

    penelitian.11 Justeru, sesuatu penyelidikan akan lebih ilmiah dan tinggi mutunya apabila

    metod-metod yang digunakan menepati serta sesuai dengan objek yang dikaji dan

    mempunyai tujuannya.12

    11Fuad Hassan dan Koentjaraningrat (1991), Beberapa Asas Metodologi Ilmiah Dalam Metode-

    Metode Penelitian Masyarakat, Jakarta: P.T Gramedia. Hlm. 3

    12Fuad Hassan. Ibid. Hlm. 53

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    23/92

    9

    Semasa merangka dan menyiapkan Kertas Projek ini, penulis telah

    menggunakan beberapa metod yang tertentu, antaranya :

    i. Metod Penentuan Subjek

    ii. Metod Pengumpulan Data

    iii. Metod Penganalisis Data

    1.9.1 Metod Penentuan Subjek

    Pengkaji menumpukan kepada penganalisaan pemikiran-pemikiran Dr. Fathi Yakan

    berkaitan dengan metod gerakan Islam sebagaimana yang terkandung di dalambeberapa buah buku hasil karya beliau. Hal ini kerana perbincangan mengenai isu

    berbilang jamaah tidak tertumpu hanya kepada sebuah buku malah dirangkumkan ke

    dalam beberapa buah buku hasil karya beliau sendiri.

    1.9.2 Metod Pengumpulan Data

    i. Kajian perpustakaan

    Metod kedua yang digunakan dalam proses penulisan ilmiah ini adalah Metod

    Pengumpulan Data iaitu menerusi kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan adalah

    langkah yang asas yang digunakan sepanjang penulis menyelesaikan tugasan ini.

    Kajian atau penyelidikan perpustakaan adalah penyelidikan yang memfokuskan

    aspek pengkajian kepada buku-buku, dokumen, jurnal, manuskrip dan sebagainya

    yang terdapat di dalam perpustakaan untuk dijadikan rujukan dan maklumat tambahan

    yang berkaitan dngan tajuk kajian. Al-Quran dan al-Hadith merupakan sumber palingasas dalam memperolehi data-data primer serta dapat memperkuatkan hujah-hujah.

    Data-data yang diperolehi adalah dari buku-buku berkaitan dengan isu berbilang

    jamaah, gerakan Islam, hasil-hasil karya Fathi Yakan yang berkaitan dengan isu

    berbilang jamaah dan pelbagai rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk kajian. Selain

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    24/92

    10

    itu, penulis juga mempelbagaikan kajian dengan merujuk kepada majalah, artikel dan

    juga akhbar bagi membuat huraian persoalan yang berbentuk semasa dan isu-isu

    terkini. Di samping itu, melalui kajian perpustakaan ini, penulis telah membuat review

    kajian terhadap kajian ini.

    Melalui kajian perpustakaan ini, penulis telah menggunakan metod dokumentasi,

    iaitu cara pengumpulan data dengan melakukan kajian terhadap dokumen-dokumen

    yang berhubung dengan masalah yang diteliti.13 Dokumen pula bererti benda bertulis

    yang dapat memberikan pelbagai keterangan termasuklah gambar-gambar, potret,

    kumpulan undang-undang, autobiografi, surat-surat peribadi, buku catatan harian dan

    cerita-cerita rakyat. al-Quran dan al-Hadith juga dianggap sebagai satu dokumen

    kerana sifatnya sebagai sumber bertulis dan terjamin pula keasliannya.14

    Metod ini telah banyak membantu penulis dalam mendapatkan data-data yang

    berkaitan dengan tajuk kajian. Metod ini telah digunakan hampir kepada keseluruhan

    bab. Kebanyakan maklumat-maklumat yang diperolehi berdasarkan beberapa rujukan

    seperti al-Quran, al-Hadith, buku-buku, majalah, akhbar, kertas kerja dan lain-lain.

    Pengkaji telah membuat rujukan di beberapa buah perpustakaan bagi mengumpulkan

    data-data yang berkaitan kajian.

    Antara sumber tumpuan penulis untuk memperolehi bahan-bahan tersebut ialah

    Perpustakaan Peringatan Zaba, Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti

    Malaya, Perpustakaan Tunku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan

    Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    ii. Metod Temubual

    Penulis juga menggunakan metod temubual. Metod ini sangat penting dan membantu

    penulis dalam proses mendapatkan data-data yang benar-benar sahih berasaskan

    penghayatan peristiwa atau pengalaman daripada individu yang terlibat secara

    13Abdul Halim bin Mat Diah (1987). Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi. Kuala Lumpur:

    Fakulti Usuluddin. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Hlm. 117

    14Abdul Halim bin Mat Diah(1987), Ibid. Hlm. 117.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    25/92

    11

    langsung dalam gerakan Islam atau jamaah Islam. Penulis akan menemubual

    beberapa orang yang terlibat secara langsung dalam gerakan Islam atau jamaah Islam

    untuk memastikan maklumat yang bertepatan dengan kupasan latihan ilmiah ini.

    Penulis banyak menggunakan metod ini dalam bab ketiga dan keempat dalam latihanilmiah ini.

    1.9.3 Metod Analisis Data

    Dalam bahagian ini, penulis akan memproses semula bahan yang telah dikumpulkan

    hasil dari pembacaan dan penelitian. Maklumat yang diperolehi akan dianalisa oleh

    penulis dengan menggunakan kaedah metod penganalisaan data berikut:

    i. Metod Induktif

    ii. Metod Deduktif

    iii. Metod Komparatif

    i. Metod Induktif

    Metod Induktif merupakan satu cara penganalisaan data melalui pola berfikir bagi

    mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang

    bersifat umum.15 Maka satu rumusan dapat dibuat berdasarkan maklumat yang

    diperolehi. Selain itu, membuat kesimpulan yang umum berdasarkan beberapa

    kenyataan dan juga contoh-contoh tertentu.

    Dalam metod ini, pengkaji akan menganalisis data berkaitan konsep jamaah Islam

    menurut Fathi Yakan berdasarkan buku-buku beliau secara khusus, kemudian

    15Abdul Halim bin Mat Diah (1987). Op.cit. Hlm. 56.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    26/92

    12

    rumusan yang bersifat umum akan dibuat iaitu konsep jamaah Islam menurut pendapat

    para ulama.

    i. Metod Deduktif

    Metod Deduktif dikenali juga dengan metode reasoning iaitu menganalisa maklumat

    melalui pola berfikir bagi mencari pembuktian perkara-perkara yang bersifat khusus

    kepada kesimpulan yang bersifat umum terhadap persoalan yang dikaji. Cara

    menganalisa data ini banyak digunakan dalam bab dua, tiga, empat dan lima.

    Contohnya, dalam usaha mengumpulkan data tentang konsep jamaah Islam, data-data

    yang berbentuk umum digunakan sebagai pembuktian terhadap pemahaman sebenar

    tentang gerakan Islam. 16

    ii. Metod Komparatif

    Metod Komparatif ialah cara membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan

    terhadap beberapa data yang diperolehi semasa kajian dilakukan. Segala data, fakta

    dan pendapat ahli yang mempunyai autoriti semuanya dikumpulkan. Semuanya itu

    akan dibuat perbandingan-perbandingan secara adil dan kesimpulannya akan dibuat

    dengan setepat yang mungkin. Dalam metod ini, pengkaji akan membuat perbandingan

    terhadap pandangan ulama untuk menganalisa secara kritis berkaitan dengan isu

    berbilang jamaah dan juga gerakan Islam.

    Penulis berharap semoga kajian ini mempunyai nilai yang bertepatan dengantajuk yang dikemukakan dan dapat dipertanggungjawabkan dari sudut objektif dan

    kesahihannya sebagai sebuah karya ilmiah.

    16Hilmi bin Ismail (MA 1997). Kepelbagaian Jamaah Islam di Malaysia dan Kesannya kepada

    Gerakan Mahasiswa: Kajian Khusus di Universiti Malaya (1980-1995). Kuala Lumpur: Tesis JabatanPengajian Islam Universiti Malaya.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    27/92

    13

    1.10 KEPENTINGAN KAJIAN

    Penulis rasa terpanggil untuk membuat kajian secara serius dan terperinci mengenai

    metodologi gerakan Islam melalui hasil karya dan pemikiran Allahyarham Fathi Yakan

    memandangkan beliau merupakan salah seorang tokoh intelektual atau ilmuan Islam

    yang sangat disegani hampir seluruh dunia Islam. Beliau juga ialah di antara pelopor

    yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan. Malahan hasil-hasil karyanya juga

    banyak diterbitkan sebagai rujukan kepada gerakan-gerakan amal Islami.

    Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di

    dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan

    yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi

    kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan

    ke dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah

    (Apa ertinya saya menganut agama Islam), (Masalah yang berkaitan

    dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

    Kepentingan kajian ini adalah untuk merungkai segala persoalan yang timbul

    berkaitan dengan isu gerakan Islam termasuk isu berbilang jamaah menurut pemikiranFathi Yakan, kerana beliau merupakan salah seorang aktivis Islam yang sangat

    disegani. Selain itu, kajian ini dapat mengumpul dan menganalisis hasil-hasil karya

    beliau sebagai rujukan buat generasi akan datang.

    1.11 SOROTAN KAJIAN LEPAS

    Literature Reviewatau Ulasan Kepustakaan bukanlah satu kompilasi mengenai fakta

    atau perasaan tetapi ia merupakan satu bentuk sorotan yang ringkas. Dalam bahasa

    Inggeris pengertian Literature Review lebih bermakna kerana review berdasarkan

    kepada re (lakukan semula) dan view (meneliti) dengan maksud meneliti kembali

    secara ilmiah terhadap penyelidikan atau tulisan-tulisan terdahulu yang berkaitan

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    28/92

    14

    dengan bidang yang hendak dikaji. Bahan-bahan untuk diteliti boleh didapati dalam

    pelbagai bentuk seperti disertasi, tesis, dokumen, rekod, buku, kes, jurnal dan juga

    laporan.17

    Penulis telah membuat rujukan terhadap beberapa latihan ilmiah terdahulu dan

    buku yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk mendapatkan maklumat-maklumat

    tambahan.

    Kajian latihan ilmiah yang ditulis oleh pelajar Fakulti Syariah dan Usuluddin

    Universiti Malaya iaitu tulisan Hilmi bin Ismail18 yang bertajuk Kepelbagaian Jamaah

    Islam di Malaysia dan Kesannya kepada Gerakan Mahasiswa : Kajian Khusus di

    Universiti Malaya (1980-1995)ini lebih tertumpu kepada kepelbagaian jamaah Islam di

    Malaysia dan kesannya kepada gerakan mahasiswa UM.

    Hasil dapatan kajian tersebut mendapati bahawa gerakan mahasiswa Islam

    mempunyai idealismanya yang tersendiri. Secara langsung atau tidak langsung

    idealismanya dilihat sebagai kesan daripada pengaruh kepelbagaian Jamaah Islam

    yang wujud di Malaysia. Setiap organisasi menyedari tentang peri pentingnya

    pembentukan ahli dan pendokong gerakannya. Ia adalah penting untuk menjamin

    survival sesebuah organisasi ini terus hidup dan segala matlamat yang telah digariskan

    olehnya mampu direalisasikan dalam bentuk yang lebih praktikal.

    Kajian ini berbeza dengan latihan ilmiah ini dari segi penentuan subjek. Penulis

    hanya menfokuskan kepada isu berbilang Jamaah dan pengaruh pemikiran Fathi

    Yakan dalam gerakan Islam di Malaysia.

    Kajian yang kedua tulisan Mohamad Lokman Awang19, bertajuk Pemikiran

    Dakwah Mustafa Mashhur dan Pengaruhnya terhadap Gerakan Islam di Malaysiadari

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menumpukan kepada kefahaman dakwah

    menurut Mustafa Mashhur berkaitan dengan kefahaman yang diasaskan kepada usul17

    Ahmad Sunawari Long (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. KualaLumpur: Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM.

    18Hilmi bin Ismail (MA 1997). Op.cit.

    19Mohamad Lokman Awang (MA 2000). Pemikiran Dakwah Mustafa Mashhur dan Pengaruhnya

    terhadap Gerakan Islam di Malaysia. Bangi : Tesis Jabatan Pengajian Islam Universiti KebangsaanMalaysia.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    29/92

    15

    ishrin, persoalan tarbiah yang menjadi tunggak dakwah al-Ikhwan al-Muslimin. Selain

    itu, penumpuan diberikan juga kepada peringkat amal dan awlawiyatnya, konsep amal

    jamaiy serta persoalan kepimpinan organisasi yang berjaya. Tidak ketinggalan juga

    mengenai tribulasi dakwah dan juga kesatuan amal Islami menurut Mustafa Mashhur.Hasil pengkajian terhadap kajian tersebut memberi pendedahan secara terperinci

    berkaitan dengan pemikiran dakwah dan ketokohan Mustafa Mashhur dalam

    mencorakkan pemikiran dakwah dan gerakan Islam secara umum dan di Malaysia

    khususnya.

    Kajian ini berbeza dengan kajian penulis dari segi penentuan Subjek. Dalam

    kajian ini, hanya menumpukan kepada pemikiran Mustafa Mashhur manakala melalui

    kajian penulis pula hanya bertumpu kepada pemikiran Fathi Yakan. Selain itu, kajian ini

    lebih menekankan pemikiran dakwah Mustafa Mashhur dan pengaruh beliau terhadap

    gerakan Islam di Malaysia. Manakala, apabila merujuk kepada kajian penulis pula lebih

    menjurus kepada skop yang lebih kecil iaitu dalam isu berbilang jamaah sahaja.

    Selain merujuk kajian-kajian yang lalu, penulis juga merujuk buku-buku yang

    berkaitan dengan tajuk bagi menambahkan lagi maklumat yang sedia ada. Selain buku

    rujukan utama yang difokuskan di dalam kajian ini menerusi hasil karya Fathi Yakan,

    penulis juga merujuk buku-buku yang lain yang berkaitan.

    Buku yang pertama bertajuk Konsep Jamaah Al-Muslimin dalam Pemikiran

    Islamhasil tulisan Jamil Hashim dan Sulaiman Ibrahim20 ini ditulis adalah bertujuan

    untuk memberi penjelasan terhadap kekeliruan mengenai konsep al-jamaah. Selain itu,

    buku ini juga mengemukakan beberapa perselisihan pendapat berkaitan isu berbilang-

    bilang jamaah. Oleh itu, buku ini diterbitkan bagi membetulkan persepsi umat Islam

    terhadap perselisihan faham dalam kalangan umat Islam pada hari ini.

    Buku yang kedua pula yang bertajuk Amal Jamai : Pengertian dan

    Tuntutannya hasil tulisan Yahya Othman21 ini menjelaskan tentang peranan orang

    Islam dalam menyertai gerakan Islam dalam masyarakat. Selain itu, penulis

    20Jamil Hashim dan Sulaiman Ibrahim (2006). Konsep Jamaah Al-Muslimin dalam Pemikiran Islam.

    Kuala Lumpur:Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    21Yahya Othman (2009). Amal Jamai : Pengertian dan Tuntutannya. Selangor : Dewan Pustaka Fajar.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    30/92

    16

    menekankan aspek tuntutan berjamaah melalui ciri-ciri jamaah yang disenaraikan dan

    juga membawa para pembaca ke arah memahami fikrah sebenar perjuangan Islam.

    Di samping itu, buku Berbilang-bilang Jamaah : Sebab-sebab dan Beberapa

    Saranan untukMengatasinyahasil tulisan Harun Taib22 memberi pendedahan tentang

    persoalan perpaduan ummah yang merangkumi aspek penyatuan diri dalam amal

    islami dan amal jamai. Selain itu, penulis menjelaskan tentang kemunculan berbilang-

    bilang jamaah yang merangkumi sebab-sebab kemunculannya dan kesan yang timbul.

    Malahan pada bab akhir penulisan buku ini, penulis menekankan aspek penyatuan diri

    dalam gerakan Islam.

    1.12 SISTEMATIKA PENULISAN

    Dalam kajian ini, penulis membahagikan perbincangan kepada lima bab. Pada bab

    pertama membincangkan tentang latar belakang dan permasalah kajian, matlamat

    kajian, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasi kajian, limitasi kajian,

    kepentingan kajian, sorotan kajian, jadual kerja dan rangka proposal.

    Pada bab kedua pula, membincangkan tentang konsep gerakan Islam secara

    umum, termasuklah definisi jamaah, matlamat dan tujuan jamaah Islam, kepentingan

    penyatuan diri amal Islami serta dijelaskan dalil-dalil yang berkaitan dengan isu

    berbilang jamaah. Selain itu, penulis mendedahkan sejarah yang berkaitan dengan

    perkembangan gerakan Islam dan kemunculan Jamaah Islam di Malaysia. Setelah

    mengetahui tentang konsep gerakan Islam secara terperinci, penulis dapat membuat

    kupasan bahawa penyatuan diri dalam amal-amal Islam adalah sangat penting bagi

    melahirkan individu Muslim yang seimbang dunia dan akhirat.

    Dalam bab ketiga, penulis menceritakan mengenai riwayat hidup Fathi Yakan

    dan karya-karya yang dihasilkan sepanjang hidupnya. Penulis juga mengkaji isu

    berbilang jamaah menurut Fathi Yakan berdasarkan buku-buku beliau. Penulis akan

    22 Harun Taib (t.t). Berbilang-bilang Jamaah : Sebab-sebab dan Beberapa Saranan untuk

    Mengatasinya. Kuala Terengganu : Pustaka Sinaran.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    31/92

    17

    menghuraikan pengenalan ringkas serta sinopsis kandungan buku-buku beliau. Selain

    itu, penulis akan menfokuskan kepada dua unsur utama iaitu Asas-asas dalam gerakan

    Islam dan Kesatuan dalam gerakan Islam.

    Manakala dalam bab yang keempat pula, penulis membincangkan tentang

    respon Gerakan Islam di Malaysia. Bab ini mengandungi latar belakang gerakan Islam

    dan juga respon gerakan Islam terhadap isu berbilang jamaah.

    Dalam bab terakhir iaitu bab kelima, penulis membuat rumusan terhadap hasil

    kajian ini dan memberi beberapa cadangan yang dianggap dapat membantu usaha ke

    arah memberi pendedahan terhadap kepentingan melibatkan diri dalam amal Islami.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    32/92

    18

    BAB 2

    SEJARAH PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAM

    2.1 PENDAHULUAN

    Umat Islam pada hari ini menghadapi pelbagai cabaran dan terdedah dengan serangan

    musuh-musuh Islam dari segenap penjuru. Setiap masa, mereka berusaha mencari

    peluang dan merebut kesempatan yang ada untuk mengalahkan umat Islam dan

    merebut tampuk pemerintahan di seluruh dunia. Kemunduran umat Islam yang saban

    hari semakin ketara, membuka ruang bagi mereka untuk memecahbelahkan umat

    Islam. Maka, umat Islam perlu bangkit dan berusaha untuk mengembalikan

    kegemilangan khilafah Islamiyyah dengan menyatukan diri dalamjamaah al-Muslimin.

    2.2 KONSEP GERAKAN ISLAM

    Dekmijian23, iaitu seorang pengkaji gerakan Islam mengenai pengertian gerakan Islam

    berpendapat bahawa Islamic movement atau Harakah Islamiyyah merupakan

    sebahagian daripada istilah-istilah seperti al-Bath al-Islami (Islamic Resurrection), al-

    Sahwah al-Islamiyyah (Islamic Awakening), Ihya al-Din (religious revival), al-Usuliyah

    al-Islamiyyah (Islamic Fundamentalism), al-Tayyar al-Islami (Islamic Current), al-Ittijah

    23 R. Hrair Dekmijian (1995). Islam in Revolution Fundamentalism in he Arab World, 2

    nd, edition,

    New York : Syracuse University Press. Hlm. 4-5.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    33/92

    19

    al-Islamiyyah (Islamic Tendency. Mereka yang turut serta terlibat dalam fenomena atau

    perjuangan ini lazimnya disebut sebagai Islamist, fundamentalistdan revivalist.

    2.3 DEFINISI JAMAAH ISLAM

    Jamaah dari segi bahasa bermaksud bilangan yang ramai yang terdiri daripada

    manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan.24 Jamaah dari segi istilah pula, Khalid Ali

    Muhammad Al-Anbariy25 mendefinisikan jamaah Islam sebagai jamaah yang berhimpun

    di bawah seorang imam (ketua) atau pemerintah. Nur Ahmad26 pula mendefinisikan

    jamaah Islam sebagai jamaatulMuslimin (jamaah dari sebahagian kaum Muslimin).

    Manakala amal jamai yang dimaksudkan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan

    dan Dakwah PAS Pusat adalah gerak kerja yang diatur oleh jamaah atau organisasi

    untuk difahami, dihayati dan dilaksanakan.27

    2.4 MATLAMAT DAN TUJUAN PENUBUHAN JAMAAH

    Penubuhan sesebuah jamaah adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan juga

    mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Penubuhan sesebuah jamaah tanpa

    matlamat yang jelas akan mempengaruhi perjalanan dan pelaksanaan jamaah

    tersebut. Kemungkinan besar, pengikut-pengikutnya akan terumbang-ambing dan

    kehilangan arah tuju sehinggakan keliru dalam matlamat penyatuan diri dalam

    sesebuah jamaah.

    24Al-Mujam al-Arabi al-Asasi lil-Na-tiqin bi al-Arabiyyah wa Mutallimiha. Hlm. 262.

    25Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy (2008). Sistem Politik Islam : Menurut Pandangan Al-Quran, Al-

    Hadis dan Pendapat Ulama Salaf. Kuala Lumpur : Penerbit Telaga Biru Sdn. Bhd. Hlm. 233.

    26Nur Ahmad (2005). Etika Jamaah. Jakarta : Media Nur Insani Press. Hlm. 13.

    27Nuridah Mohd Salleh (Dis 2011). Harakah : Tasawwur Politik, Tarbiyyah dalam Amal Jamaie. Hlm. 23.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    34/92

    20

    Harun Taib28 di dalam hasil tulisannya menjelaskan tentang tujuan-tujuan yang

    mesti ada dalam setiap penubuhan gerakan Islam. Beliau menyebut bahawa sesebuah

    gerakan Islam mestilah memperjuangkan dan memastikan nilai-nilai Islam dan hukum-

    hukum Islam dapat dilaksanakan oleh pemerintah dan masyarakat di sesebuah negaradalam menuju keredhaan Allah. Selain itu, sesebuah gerakan Islam mesti terus

    mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan serta kedaulatan negara.

    Di samping itu, Fathi Yakan29 juga menjelaskan tentang matlamat-matlamat

    besar Islam yang memerlukan kepada organisasi (tanzim atau jamaah). Menurut

    beliau, perubahan Islam terhadap kedudukan jahiliyyah dari sudut pemikirannya,

    kepercayaannya, sistemnya, undang-undangnya, tingkah-laku dan adatnya tidak boleh

    dicapai melainkan dengan melalui tanzim dan tanzim itu pula mestilah kemas dan teliti.

    Perubahan itu tidak akan dicapai melalui ucapan-ucapan di masjid atau ceramah-

    ceramah di majlis orang ramai bahkan mestilah dirancang dari segenap sudut. Bahkan

    mesti juga dirancang oleh manusia yang beriman dengan perubahan Islam serta

    bersedia memenuhi kehendak-kehendak perubahan Islam sama ada secara material

    mahu pun spiritual.

    2.5 KEPENTINGAN PENYATUAN DIRI DALAM AMAL JAMAI

    Penyatuan diri dalam amal Jamai ini merupakan suatu tuntutan syarak dan juga

    merupakan keperluan bagi sesebuah gerakan Islam yang bermatlamat ingin

    mengembalikan khilafah Islam dan menegakkan kembali daulah Islam di muka bumi

    Allah ini. Walau pun demikian, masih terdapat pelbagai slogan yang sering dilontarkan

    oleh beberapa golongan yang menyuarakan tentang tidak perlu diwujudkan tanzim

    (organisasi), tiada faedah kerja yang dibentuk secara berjamaah dalam amal Islami dan

    bermacam-macam lagi alasan mereka untuk melepaskan diri dari terlibat secara

    langsung dalam amal jamai.

    28Harun Taib (t.t). Berbilang-bilang Jamaah. Terengganu : Pustaka Sinaran. Hlm. 110.

    29Fathi Yakan (2010). Tasawwur Asasi Gerakan Islam. Selangor : Dewan Pustaka Fajar. Hlm. 14-15.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    35/92

    21

    Di samping itu, sistem politik Islam mewajibkan setiap umat Islam bersama-

    sama dengan Jamaah Muslimin atau Jamaah Islam, mendengar dan mematuhi imam

    (pemerintah) dan pemerintah pula hendaklah bersama-sama rakyat menentang musuh

    mereka, sentiasa inginkan rakyat dalam keadaan baik secara keseluruhan. Maka, wajibke atas orang Islam bersatu dan tunduk kepada kerajaan yang sah, menyokong,

    membantu serta sanggup mengorbankan kepentingan diri demi menyatukan ummah.

    Sesungguhnya apa sahaja cubaan untuk menghancurkan penyatuan ummah atau

    memecahbelahkannya wajib dianggap sebagai dosa yang besar, bahkan

    pengkhianatan yang yang amat besar dan wajib dikenakan hukuman yang berat.30

    Tuntutan menggabungkan diri dalam amal jamai banyak dikuatkan oleh dalil-

    dalil daripada nas Al-Quran dan juga Hadith Rasulullah s.a.w. Antaranya adalah

    sebagaimana yang berikut :

    Firman Allah s.w.t :

    Maksudnya, Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama) danjanganlah kamu berpecah-belah.31

    Sabda Rasulullah s.a.w. yang menyebut bahawa :

    ,,,

    ,

    Maksudnya, Tetaplah kamu bersama jamaah dan jauhilah berpecahkerana sesungguhnya syaitan itu bersama-sama (berdamping) dengan

    30Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy (2008).Op.cit. Hlm. 230.231.

    31Surah Ali Imran : 103.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    36/92

    22

    satu orang dan dia lebih jauh daripada dua orang, sesiapa yang inginkankelapangan syurga maka hendaklah dia bersama-sama jamaah.32

    (Hadis Riwayat Umar bin Al-Khattab)

    Matlamat penubuhan jamaah adalah untuk menegakkan agama Islam dan

    melaksanakan syariat Allah di atas muka bumi ini. Apabila wujudnya sistem

    pemerintahan Islam maka masyarakatakan dapat hidup dengan aman dan sentosa.

    Mereka akan menunaikan kewajipan dengan tenang khususnya dalam ibadat tanpa

    sebarang sekatan.

    2.6 CIRI-CIRI JAMAAH ISLAM

    Jamaah Islam yang diwujudkan hendaklah memenuhi ciri-ciri yang telah diwajibkan

    oleh Rasulullah s.a.w. Harun Taib33 menjelaskan di dalam bukunya Berbilang-bilang

    Jamaah tentang ciri-ciri yang wajib ada dalam sesebuah jamaah Islam bagi

    membezakan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang hanya berteraskan kepada

    ideologi-ideologi rekaan manusia sahaja. Menurut beliau, jamaah Islam hendaklah

    memenuhi ciri-ciri yang berikut :

    ii. Jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan

    yang dapat membangun semua ummah serta dapat membebaskan

    semula golongan mustadhafin dan menyelamatkan dunia dari huru-

    hara dan kebinasaan.

    32Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab. No. Hadis 2165. Kitab Sunan Tirmizi.

    Juzuk 4. Hlm. 465.

    33Harun Taib (t.t). Berbilang-bilang Jamaah. Terengganu : Pustaka Sinaran. Hlm. 99-109.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    37/92

    23

    iii. Jamaah lahir di atas kesedaran sendiri. Tidak dipengaruhi oleh

    mana-mana golongan sama ada timur atau barat. Lahirnya kerana

    tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :

    Maksudnya, Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yangmenyeru kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara yangbaik, serta menghalang dari melakukan segala perbuatan yang salah.Dan mereka (yang bersifat demikian), ialah orang-orang yang berjaya.34

    Dan Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah

    Al-Yaman :

    Maksudnya : Wajiblah kamu bersama jamaah Muslimin dan pimpinlah

    mereka.35

    iv. Jamaah yang meyakini akan kesejagatan Islam. Sebagaimana

    firman Allah Taala :

    34

    Al-Quran. Surah Ali-Imran : 104.

    35Hadis Riwayat Huzaifah bin Yama. No. Hadis 394. Kitab al-Mustadrak alas Sohihaini. Lubnan : Darul

    Marifah.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    38/92

    24

    Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai

    Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.36

    Kedatangan Islam adalah bertujuan untuk memberikan kebahagiaan kepada

    sekalian makhluk terutamanya terhadap manusia. Ianya tidak ditentukan hanya kepada

    bangsa Arab, Melayu dan Turki, bahkan ianya untuk seluruh manusia.

    v. Jamaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh.

    Sebagaimana Allah s.w.t. telah berfirman :

    Maksudnya, Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuake dalam agama Islam (dengan mematuhinya) seluruh hukum-hakamnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang laginyata.37

    vi. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah

    perjuangan ummat Islam iaitu jamaah yang memperjuangkan apa

    yang diperjuangkan ahli Sunnah wal Jamaah. Sebagaimana sabda

    Rasulullah s.a.w. :

    Maksudnya, Akan terus wujud segolongan ummatku yang berani

    melahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka

    36Ibid. Surah Al-Anbiya: 107.

    37Surah Al-Baqarah : 208.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    39/92

    25

    oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya perintahdari Allah.38

    (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

    Inilah amalan dan sikap Jamaah Islamiyyah. Ia berterus-terang dalam

    menyatakan kebenaran walaupun pada saat-saat orang lain membisu dan mendiamkan

    diri. Walaupun tindakan demi tindakan dikenakan terhadap anggotanya, namun

    Jamaah Islamiyyah tetap dengan perjuangannya sekadar yang termampu dilakukan

    olehnya.

    vii. Jamaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat

    keterbukaan yang boleh menyatukan para anggotanya pada prinsip

    dan dasar sekali pun mereka berbeza di dalam masalah furu.

    Allah s.w.t. berfirman :

    Maksudnya :Katakanlah, wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah(ketetapan) yang tidak ada perselisihan di antara kami dengan kamu,bahawa kita tidak sembah kecuali Allah dan kita tidak mempersekutukanDia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebahagian kita menjadisebahagian yang lain sebagai tuhan melainkan Allah. Jika merekaberpaling maka katakanlah kepada mereka, Saksikanlah, bahawa kami

    ialah orang-orang yang menyerah diri kepada Allah.39

    38Hadis yang diriwayatkan oleh Sauban bin Bajdad. Kitab Sahih Muslim.

    39Surah Ali Imran : 64.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    40/92

    26

    viii. Jamaah yang terdapat dalam kalangan anggotanya sifat-sifat

    hizbullah. Di antara sifat-sifat tersebut adalah sebagaimana yang

    berikut :

    (a) Cintakan Allah dan Allah cintakan mereka.

    (b) Merendah diri sesama mukmin.

    (c) Bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak beriman.

    (d) Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang

    mencelanya.

    (e) Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul-Nya dan para mukmin.

    (f) Mendirikan solat.

    (g) Menunaikan zakat

    (h) Sentiasa ruku kepada Allah

    ix. Jamaah yang berjuang secara amali, tidak hanya teori semata-mata

    dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat yang tertentu

    sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    41/92

    27

    Maksudnya, Akan terus wujud segolongan ummatku yang berjuang di

    atas kebenaran dan berterus-terang sehinggalah ke hari akhirat

    (qiamat).40

    (Riwayat Muslim)

    Yahya Othman41 bersetuju dengan ciri-ciri yang telah telah dijelaskan ini dengan

    menyimpulkan bahawa ciri-ciri yang wajib ada dalam jamaah Islam ialah bermatlamat,

    mempunyai sasaran amalnya, jamaah yang mempunyai sifat-sifat hizbullah, jamaah

    yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh, jamaah yang banyak menghadapi

    ibtila dan kewujudan yang berterusan.

    2.7 SEJARAH PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAM

    Menurut Ahmad Zaki Hj. Abdul Latiff42, Timur Tengah merupakan sumber kemunculan

    Islam dan kebangkitan umat Islam. Pada peringkat awal kebangkitannya, Islam

    berkembang secara dinamik dengan wujudnya ciri gerakan yang ada apada agama dan

    perjuangan pembawanya. Sifat dinamik gerakan itu dapat dikesan melalui pembawa

    risalah iaitu Rasulullah s.a.w. Baginda mula menggerakkan perjuangannya di kota

    Makkah setelah turun perintah Allah s.w.t. supaya menyampaikan Islam :

    40Hadis Riwayat Jabir bin Abdullah no.hadis 156. Kitab Sahih Muslim.

    41Yahya Othman (2009). Amal Jamai : Pengertian dan Tuntutannya. Selangor : Dewan Pustaka

    Fajar. Hlm. 17.

    42Ahmad Zaki Hj. Abdul Latiff (2006). Transformasi Gerakan Islah dan Dakwah di Timur Tengah dan

    di Malaysia. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Hlm. 7-8.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    42/92

    28

    Maksudnya: Wahai orang Yang berselimut! bangunlah serta berilahperingatan dan amaran (kepada umat manusia).

    (Surah al-Muddathir : 1-2)

    Rasulullah s.a.w. terus bangun sebaik sahaja menerima perintah tersebut lantas

    melakukan perubahan dengan berdakwah dan berjihad menegakkan kalimah Allah

    tanpa henti dengan keyakinan bahawa telah berlalu zaman tidur dan bermula zaman

    mengorak langkah serta membuat perubahan.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w., kedudukan dan pengaruh Islam menjadi mantap

    dan tersebar luas ke seluruh semenanjung Tanah Arab apabila umat Islam mula

    menguasai politik. Perkembangan Islam berterusan dengan wujudnya kesinambungan

    dan kesepaduan perjuangan umatnya dalam aspek agama dan juga politik.

    Kesinambungan ini dapat dibuktikan dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang menyebut

    bahawa:

    Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini (umatdakwah) seorang yang akan memperbaharui (tajdid) urusan agamanya

    pada permulaan setiap 100 tahun.

    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Sejak kebangkitan Islam yang bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. sehingga

    kini, perkembangan Islam menghadapi pasang-surutnya. Kebangkitan dan kejatuhan

    Islam yang tercatat dalam sejarah perkembangan Islam adalah merupakan sunnah

    Allah sebagai pengajaran dan peringatan bagi manusia . Fenomena ini telah

    ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam firmannya yang bermaksud :

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    43/92

    29

    dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduksesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang Yangmelampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalumereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklahnegeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-

    hancurnya.43

    Hakikat dari firman Allah s.w.t ini dapat dilihat pada sejarah kejatuhan kerajaan-

    kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah, Bani Abasiyyah dan Uthmaniyyah di Turki.

    Terdapat tiga masa kejatuhan yang mempengaruhi kejatuhan umat Islam pada

    keseluruhannya iaitu pertama: kejatuhan Baghdad pada abad ke-7H/13M

    (656H/1258M), kedua : kejatuhan Sepanyol pada abad ke-9H/15M (897H/1492M), dan

    ketiganya : kerajaan Uthmaniyyah Turki pada abad ke-14H/awal abad ke 20M

    (1342H/1924M).44

    Menurut Ahmad Zaki Abdul Latiff45, selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di

    Turki pada tahun 1924 dan setelah kebanyakan negara Islam dijajah terutamanya pada

    awal abad ke-20, peranan dakwah tidak dapat dijalankan dengan sempurna oleh

    pemerintah-pemerintah Islam kesan daripada penjajahan Barat. Namun demikian,

    peranan dakwah diambil-alih oleh para ulama yang memainkan peranan sebagai para

    muslih dan mujaddidyang terlibat dalam gerakan islah dan tajdid. Pemikiran Islah yang

    dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh telah

    melahirkan suatu organisasi aau gerakan perjuangan yang dikenali sebagai Gerakan

    Islah.

    Pada awal abad yang ke-20 muncul gerakan islah dalam perspektif yang baru.

    Gerakan ini mula dikenali sebagai harakah Islam (gerakan Islam) yang berusaha

    mengatasi kemelut kekalahan Islam yang disebabkan oleh ancaman sekularisme yang

    menguasai negara-negara Islam pada ketika itu. Gerakan ini berusaha sedaya-upaya

    dengan menggabungkan antara ciri keaslian salaf dengan kemodenan Barat yang

    43Surah al-Israa. Ayat 16.

    44Ahmad Zaki Hj. Abdul Latiff (2006). Op.cit. Hlm. 9.

    45Ahmad Zaki Hj. Abdul Latiff (2006). Ibid. Hlm. 3.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    44/92

    30

    bermanfaat. Pencetus kepada gerakan ini ialah al-Ikhwan al-Muslimin yang diasaskan

    oleh Hassan al-Banna di Mesir pada tahun 1928.46

    Kebangkitan perjuangan Islam bermula dengan penubuhan Gerakan Ikhwan

    Muslimin dan seterusnya muncul pula gerakan-gerakan Islam yang lain di setiap

    negara Islam seluruh dunia. Antaranya ialah Jamiat E Islami di Pakistan yang telah

    diasaskan oleh Sayyid Abul al-Ala al-Maududi, Parti Refah di Turki yang diasaskan

    oleh Najmuddin Erbakan, Parti Adaletve Kalkinna Partisi(AKP) yang memerintah Turki

    pada hari ini yang diketuai oleh Recep Tayyip Erdogan, Harakah Muqawwamah

    Islamiyah (HAMAS) yang berada di Palestin dan gerakan-gerakan Islam lain yang turut

    berasaskan ideologi Ikhwan Muslimin.47

    Kebanyakan gerakan Islam ini boleh dikatakan bergerak serentak di seluruhdunia dalam mendepani cabaran mengikut keadaan dan situasi setempat namun tetap

    bertunjangkan kepada wihdah al-Fikr dan wihdah al-amal yang sama. Gerakan-

    gerakan Islam ini bergerak adalah semata-mata untuk mengembalikan pemerintahan

    Islam dan menegakkan daulah Islamiah serta berhasrat untuk membebaskan bumi

    Islam daripada cengkaman musuh-musuh Islam.

    Tidak ketinggalan juga Malaysia yang turut terlibat dalam proses kebangkitan

    perjuangan Islam di Timur Tengah. Mesir menjadi pusat orang Melayu mendapat

    sumber ilmu agama dengan belajar di Universiti al-Azhar pada awal tahun 1920-an. Di

    samping itu, dari Mesir juga tersebarnya fahaman islah dan kesedaran awal politik

    orang Melayu. Sekembalinya ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian,

    lulusan Universiti al-Azhar ini memainkan peranan menyebarkan kesedaran agama dan

    kesedaran sosial yang kemudiannya menjurus kepada kesedaran politik. Melalui

    peranan yang dimainkan oleh madrasah dan surat khabar yang diusahakan oleh

    lulusan al-Azhar ini orang Melayu didedahkan dengan kesedaran supaya memajukan

    bangsa lain yang telah maju.

    Kemunculan Kaum Muda di Tanah Melayu lahir daripada kesedaran Islam yang

    dibawa oleh mereka yang menuntut ilmu dalam bidang agama di Timur Tengah. Aliran

    46Ahmad Zaki Hj. Abdul Latiff (2006). Ibid. Hlm. 58.

    47Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mohd Faisal Fadzil (2010).Al-Syahid Hassan al-Banna : Pengasas

    Ikhwan Muslimin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 89.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    45/92

    31

    Kaum Muda di Tanah Melayu bukan sahaja dipengaruhi oleh negara dari Timur

    Tengah, bahkan juga dari India dan Indonesia. Semangat perjuangan Ikhwan al-

    Muslimin telah mendorong golongan Kaum Muda ini, membawa perubahan di Tanah

    Melayu.48

    Perjuangan gerakan reformis atau pembaharuan yang turut tersebar di Tanah

    Melayu melalui Syeikh Tahir Jalaluddin (1896-1956) yang pernah menuntut di Timur

    Tengah. Beliau dibantu oleh Syeikh Muhammad Salim al-Kalali Syed Syeikh al-Hadi,

    Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Muhammad Taha. Aliran pemikiran ini diteruskan

    lagi oleh Abu Bakar al-Baqir dan Burhanuddin al-Helmy menerusi penubuhan Hizbul

    Muslimin. Perkembangan gerakan ini menggalakkan perkembangan pemikiran Melayu

    Islam dalam melalui proses kebangkitan Islam di Tanah Melayu.49

    Selepas Perang Dunia Kedua, kesedaran yang telah ditanam ini telah

    memainkan peranan dalam penubuhan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA) pada

    tahun 1947, diikuti pula dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948, namun

    aktivis parti ini telah memainkan peranan dalam penubuhan Parti Islam SeMalaysia

    (PAS) pada tahun 1951. Mereka seterusnya menjadi penggerak utama parti tersebut

    sehingga berjaya menjadi satu lagi wadah politik orang Melayu di samping United

    Malays National Organisation (UMNO).

    PAS sebagaimana gerakan Islam lain telah melakar namanya di dalam sejarah

    merupakan tuntutan beragama yang memerlukan kepada kewujudan tanzim atau

    organisasi yang tersusun untuk menegakkan Islam rentetan daripada penubuhan

    Ikhwanul Muslimin yang oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 di Mesir, Jamaat-e-

    Islami oleh Maulana Maududi di subcontinent, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura

    Muslimin di Indonesia (MASYUMI) dan PAS di Tanah Melayu.

    Sejarah penubuhan PAS berkait rapat dengan sejarah perjuangan Hizbul

    Muslimin yang merupakan sebuah gerakan Islam kontemporari. Hakikatnya, PASmerupakan pertubuhan atau jamaah kedua yang diwujudkan selepas Hizbul Muslimin

    48Abd. Rahman Abdullah (1981). Sejarah dan Pemikiran Islam. Kuala Lumpur : Penerbit Pena Sdn. Bhd.

    Hlm. 119.

    49Abd. Rahman Abdullah (1981). Ibid. Hlm. 122-123.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    46/92

    32

    memandangkan Hizbul Muslimin telah diharamkan oleh penjajah dari British pada Jun

    tahun 1948.

    Menurut Riduan Mohamad Nor50, PAS sejak ditubuhkan lagi telah bergerak di

    atas landasan dakwah, mengajak masyarakat untuk hidup di atas jalan Islam yang

    syumul (menyeluruh). PAS sebagai wadah perhimpunan orang Melayu yang cinta

    kepada Islam maka peranan PAS sebagai gerakan dakwah dan gerakan Islam.

    2.7 KESIMPULAN

    Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa bab ini telah memberikan gambaran yang lebih

    terperinci terutamanya mengenai definisi jamaah, konsep gerakan Islam serta rentetan

    sejarah kebangkitan gerakan Islam. Pengkaji sangat menitikberatkan aspek-aspek ini

    agar para pembaca tidak mudah terkeliru dengan slogan-slogan yang sering

    dicanangkan oleh musuh-musuh Islam pada abad ini.

    50 Riduan Mohamad Nor (2011). Menerjang Badai : 60 Tahun Mempersada Perjuangan. Kuala

    Lumpur : Jundi Resources. Hlm. 5.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    47/92

    33

    BAB 3

    RIWAYAT HIDUP DR. FATHI YAKAN

    3.1 PENDAHULUAN

    Fathi Yakan merupakan salah seorang daripada pemimpin gerakan Islam Ikhwan al-

    Muslimin di Lubnan dan penulis buku-buku gerakan Islam yang masyhur di seluruh

    dunia Islam. Beliau berjaya mencetuskan idea-idea baru dalam menghuraikan isu-isu

    semasa mengikut Islam dan pemikirannya. Penulisannya yang berasaskan disiplin ilmu

    telah membawa beliau setanding dengan tokoh-tokoh pemikir Islam yang lain seperti

    Hassan al-Banna, Al-Mawdudi, Sayyid Qutb, Said Hawwa dan lain-lain.

    Bab ini mengkaji secara terperinci mengenai riwayat hidup Fathi Yakan yang

    merangkumi aspek latar belakang, pendidikan dan sumbangan beliau dalam bidang

    penulisan. Serta menumpukan kepada pemikiran beliau terhadap isu gerakan Islam

    termasuk ciri-ciri gerakan Islam, ciri-ciri jamaah Islam, kewajipan terhadap penyatuan

    diri dalam sebuah jamaah Islam, serta isu berbilang jamaah.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    48/92

    34

    3.2 LATAR BELAKANG KEHIDUPAN DAN PENDIDIKAN

    Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tarablus Lubnan.51

    Beliau

    berkahwin dengan Dr. Mona Haddad Yakan dan dianugerahkan seramai lima orang

    anak yang terdiri daripada empat orang perempuan dan seorang lelaki. Beliau

    mengambil bidang kejuruteraan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A) dan

    peringkat Sarjana (M.A). Beliau kemudiannya berjaya memperolehi PhD dalam bidang

    Pengajian Islam dan Bahasa Arab. 52

    Beliau merupakan salah seorang daripada tokoh-tokoh gerakan Islam

    khususnya di Lubnan dan amnya di dunia Islam. Bahkan beliau merupakan antara

    pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama dengan lebih kurang 50

    orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Sibaie

    Rahimahullah di Syria.

    Beliau meninggal dunia pada tanggal 13 Jun 2009. Beliau menghembuskan

    nafas yang terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan pada

    usia 76 tahun.53

    3.2.1 Sumbangan Fathi Yakan Dalam Bidang Penulisan

    Fathi Yakan telah banyak menyumbang tenaga dan idea dalam mempelopori fikrah

    gerakan Islam di dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan

    hasil-hasil tulisan beliau yang mengandungi manhaj dakwah, fikrah amal Islami ke

    seluruh pelusuk dunia Islam sebagai panduan generasi kebangkitan Islam.

    Kebanyakan daripada hasil pemikiran beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai

    51 Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad (2010). 50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia.

    Selangor : PTS Milennia Sdn. Bhd. Hlm. 45.

    52Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor (2009). Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden.

    Kuala Lumpur : Jundi Reaource. Hlm. 96.

    53Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad (2010).Ibid. Hlm. 47.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    49/92

    35

    bahasa serta dikeluarkan dalam pelbagai bentuk penerbitan. Antara hasil tulisannya

    yang terkenal adalah Apakah Ertinya Saya Menganut Agama Islam, Masalah

    berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah, Tasawwur Asasi Gerakan Islam, Bahtera

    Penyelamat, Yang Berjatuhan di Jalan Dakwah, Halangan-halangan Dakwah,Perjalanan Aktivis Gerakan Islam, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan sebagainya.

    Kesungguhan beliau dalam mengaplikasikan Islam sebagai agama yang mesti

    didaulat telah mendorong beliau untuk menulis buku Apakah Ertinya Saya Menganut

    Islam? dengan kupasan yang mudah difahami bertujuan untuk memberi kesedaran

    khususnya kepada rakyat Lubnan yang beragama Islam supaya kembali kepada ajaran

    Islam. Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam ini mengandungi dua bahagian utama

    iaitu pada bahagian pertama, beliau menekankan aspek aqidah, ibadat, akhlak,

    kehidupan berkeluarga, serta keyakinan terhadap masa depan muslim terletak pada

    kekuasaan Islam. Pada bahagian kedua pula, beliau lebih menumpukan kepada aspek

    harakah Islamiyyah (gerakan Islam) merangkumi keperluan hidup untuk Islam,

    kewajipan beramal untuk Islam, peranan dan persediaan harakah Islam, cara-cara

    beramal dalam Islam, penggabungan diri dalam harakah Islam, kefahaman terhadap

    pemusatan amal Islami dan syarat-syarat baiah dan keanggotaannya. 54

    Antara golongan yang menjadi sasaran dalam buku-buku dakwahnya ialah para

    remaja dalam kalangan pemuda dan pemudi Islam, beliau menyifatkan mereka adalahaset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para

    sahabat Rasulullah s.a.w. yang majoritinya terdiri daripada golongan remaja. Ini

    disebabkan oleh tenaga, kesungguhan yang mereka miliki mengatasi golongan-

    golongan tua.55

    Pengalaman Fathi Yakan bersama Mustafa as-Sibaie yang merupakan

    pengasas gerakan Ikhwan Muslimin di Syria. Telah mematangkan beliau untuk

    menerapkan pendekatan Ikhwan di Lubnan. Kegiatan penulisan dan penglibatan beliau

    bersama gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan pihak berkuasa hingga

    beliau dipenjara malah diseksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk.

    54Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor (2009). Op. cit. Hlm. 98.

    55Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor (2009).Ibid. Hlm. 98.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    50/92

    36

    Beliau menggunakan semaksimum yang mungkin kesempatan waktu yang ada

    dengan menulis buku-buku ilmiah berhubung dengan dakwah, justeru beliau menukar

    pengajian beliau daripada bidang kejuruteraan kepada bidang pengajian Islam

    memandangkan keperluan dan kepentingannya untuk mengajak rakyat di negaranyauntuk berpegang kepada ajaran Islam.

    3.2.2 Penglibatan dalam Gerakan Islam

    Fathi Yakan bukan hanya membawa seruan Islam dalam bentuk teori sahaja,

    sebaliknya beliau berpegang bahawa seorang pendakwah mestilah melibatkan diri

    dalam kalangan masyarakat dan juga parti politik. Sehubungan dengan itu, beliau

    berjaya memenangi salah satu kerusi pada Pilihanraya Lubnan pada tahun 1992.56

    Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam Perhimpunan Islam

    Antarabangsa (International Islamic Conference).

    Beliau pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau melibatkan gerakan

    Islam dalam pilihanraya. Walaupun suatu ketika dahulu beliau tidak bersetuju untuk

    menyertai pilihanraya, kerana berpendapat bahawa pilihanraya merupakan perkara

    baru yang yang tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Beliau

    kemudiannya akur bahawa pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat

    menguasai negara dengan Islam jika menang tanpa sebarang pertumpahan darah

    berlaku. Kesedaran ini tercetus apabila beliau sering gagal untuk membawa ajaran

    Islam kepada para pemerintah. Namun, terdapat dalam kalangan teman-teman

    seperjuangan beliau yang terus menolak penglibatan diri dalam pilihanraya termasuk di

    Malaysia dan sebahagian yang lain pula, mulai sedar terhadap sebab perlu menyertai

    pilihanraya sebagaimana yang telah diputuskan oleh ulama bagi mendapatkan

    kedudukan yang strategik untuk membolehkan Islam dijadikan panduan bernegara.57

    56Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad (2010). Op.cit. Hlm. 46.

    57Zainuddin Hashim dan Riduan Mohamad Nor (2009).Op.cit. Hlm. 97.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    51/92

    37

    Selain itu, beliau begitu aktif dalam menyampaikan ceramah, pembentangan

    kertas kerja, forum mengenai Islam selagi dijemput untuk bertindak demikian, beliau

    juga sering diundang oleh PAS untuk menghadiri Muktamar Tahunannya, kerana

    hubungan akrabnya dengan Presiden PAS iaitu Abdul Hadi Awang.

    Beliau dapat disifatkan sebagai tenaga dakwah yang berjaya kerana

    pandangan-pandangannya yang jelas mengenai manhaj, prinsip, konsep serta

    pendekatan dakwah pada era globalisasi ini, apatah lagi pada asalnya beliau bukan

    daripada bidang Pengajian Islam namun kecenderungan terhadap Islam menyebabkan

    beliau menukar bidang dakwah menjadi tesis Doctor of Philosophy(PhD) beliau.

    Di samping itu, beliau merupakan pemikir Islam yang sentiasa merangsang dan

    menggalakkan anak-anak muda untuk bersama-sama dalam kebangkitan Islam. Beliaumenjiwai peranan pemuda untuk menggerakkan harakah Islam. Beliau pernah

    merekodkan dalam tulisannya sebagaimana berikut:

    Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda

    melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan,

    bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana

    generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi

    lebih dahulu dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat

    Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu

    yang menginginkan ketulenan generasi Islam.58

    3.3 PEMIKIRAN FATHI YAKAN MENGENAI HARAKAH ISLAM

    Fathi Yakan bukan sahaja menjadi pemimpin Ikhwan al-Muslimin, bahkan beliau bergiat

    aktif dalam kerja-kerja dakwah dan amal Islam. Kesedaran terhadap kewajipan

    terhadap penyatuan diri dalam sebuah jamaah Islam mendorong beliau untuk memberi

    sumbangan idea dan pemikiran beliau melalui bidang penulisan. Buku-buku beliau

    58Zainuddin Hashim dan Riduan Mohamad Nor (2009). Op.cit. Hlm. 99-100..

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    52/92

    38

    seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam dan Tasawwur Asasi Gerakan Islam telah

    dijadikan panduan dan bahan rujukan oleh jamaah-jamaah Islam dan gerakan Islam di

    seluruh pelusuk dunia pada abad ini.

    3.3.1 Definisi Harakah Islamiyyah Menurut Fathi Yakan

    Konsep gerakan Islam dapat difahami apabila merujuk kepada buku Apa Ertinya Saya

    Menganut Islam hasil tulisan Syeikh Fathi Yakan bahawa harakah Islamiyyah adalah

    satu tanzim alami yang merangkumi para petugas dalam arena dawah di seluruh

    pelusuk muka bumi. Untuk mencapai matlamat di atas, harakah Islamiyyah

    menggunakan dawah Islamiyyah yang bersih lagi murni, sesuai dengan permasalahan

    dan tuntutan masa kini dan akan datang.59

    3.3.2 Kewajipan Menyertai Amal Islam/Jamaah Islam

    Fathi Yakan berpendapat bahawa kewajipan menyertai amal Islam adalah bertujuan

    melahirkan individu yang mencerminkan aqidah dan akhlak Islam, melahirkan

    masyarakat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam,

    menegakkan sebuah daulah atau pemerintahan yang melaksanakan Islam sebagai

    perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah

    yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini.

    Kewajipan melaksanakannya tidak akan gugur melainkan setelah tegaknya satu kuasa

    yang dapat mengendalikan tanggungjawab ini dan memelihara urusan umat Islam.

    Beliau menambah bahawa selagi kekuasaan belum wujud, maka seluruh

    kecuaian atau kecacatan para petugas amal Islam dan orang yang tidak turut serta

    dalam kerja-kerja ini merupakan satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-

    orang Islam terus bangkit memikul tanggungjawab untuk melaksanakan usaha-usaha

    59Fathi Yakan (2008).Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Selangor : Dewan Pustaka Fajar. Hlm. 127.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    53/92

    39

    dalam menegakkan Islam. Beliau mengetengahkan beberapa bukti untuk

    mengukuhkan lagi pendapat beliau ini mengenai kewajipan beramal untuk Islam.

    Antaranya adalah kewajipan dari sudut prinsip, hukum, tuntutan (darurah), wajib secara

    individu mahu pun jamaah, serta ganjaran jihad adalah untuk mujahid.

    3.3.3 Kepentingan Jamaah Islam

    Menurut Fathi Yakan60, penggabungan atau penyatuan diri dalam harakah Islamiyyah

    (amal jamai) bukan hanya memadai dengan membuat permohonan menjadi ahli dan

    mendaftar nama sahaja, berulang-alik ke markas gerakan dan sebagainya malahan

    penggabungan ini mestilah membawa pengertian yang lebih jauh lagi. Penggabungan

    yang diperlukan adalah dapat membuktikan kemantapan aqidah dan kekuatan ikatan

    fikrah dan tanzim.

    3.3.4 Ciri-ciri Khusus Gerakan Islam

    Fathi Yakan telah membahagikan ciri-ciri khusus harakah Islamiyyah kepada enam

    aspek utama iaitu menjauhi pengaruh pemerintahan dan ahli-ahli politik, beransur-

    ansur dalam setiap gerak langkah, mengutamakan kerja dan hasil dari propaganda,

    siasah nafas panjang, amal terus-terang dan tanzim rahsia serta pengasingan jiwa

    bukan jasad.

    Pertama, biasanya anggota harakah Islamiyyah adalah terdiri daripada pegawai

    pemerintah dan ahli-ahli politik. Melalui keanggotaan seperti ini, maka hendaklah dijaga

    supaya harakah Islamiyyah tidak diperalatkan dan diperdagangkan oleh dua golongan

    tersebut agar gerakan Islam akan terus kekal dengan sifat bersih, benar dan ikhlas

    dalam perjuangan.

    60Fathi Yakan (2008). Op.cit. Hlm. 159.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    54/92

    40

    Kedua, harakah Islamiyyah mestilah beransur-ansur dalam gerak kerjanya

    kerana menyedari bahawa jalan yang akan dilalui adalahebat dan jauh manakala

    matlamatnya pula adalah besar dan mulia.

    Ketiga, gerakan Islam hendaklah mengambil pendirian dengan mengutamakan

    kerja dan hasil dari propaganda kerana beberapa perkara. Salah-satunya ialah ajaran

    Islam itu sendiri menyebut soal amal ini secara khusus kerana khuatir kalau-kalau amal

    berkenaan diresapi oleh sifat riya yang boleh mengakibatkan kebinaan kepada amal

    yang dilakukan

    Keempat, tanggungjawab yang besar dan berat yang dipikul di atas bahu para

    petugas di medan dakwah membuktikan bahawa perjalanan dakwah ini adalah panjang

    dan sungguh jauh, gerak-kerjanya juga terlalu sukar dan jihadnya adalah begitu sengit.Oleh itu, orang yang mengikuti jalan ini wajib mempunyai persediaan untuk

    menghadapi segala bentuk kesukaran, kekerasan, dan pengorbanan. Sebagaimana

    Allah berfirman :

    Maksudnya, Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akandibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidakdiuji (dengan sesuatu cubaan)? dan Demi sesungguhnya! Kami telahmenguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (denganujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa YangdiketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.61

    3.3.5 Kesatuan Amal Islam Satu Tuntutan Syara

    Fathi yakan berpendapat bahawa pada asalnya tidak dinafikan bahawa dalam syariat

    amal Islami dilaksanakan secara kesatuan dan bukannya dengan bilangan jamaah

    61Surah al-Ankabut.Ayat 2-3.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    55/92

    41

    yang banyak. Kesatuan ini mesti menjadi tuntutan syara dari beberapa sudut seperti

    berdasarkan prinsip asal orang-orang Islam adalah umat yang satu. Sebagaimana

    Allah S.W.T. berfirman :

    Maksudnya, Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugamaYang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka Sembahlahkamu akan daku.62

    Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman bahawa :

    Dan Sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama Yangsatu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamukepadaKu.63

    Kedua-dua dari ayat al-Quran di atas menjelaskan bahawa Islam adalah satu-satunya

    agama yang menjadi asas dan hanya Allah tuhan yang layak disembah. Ayat-ayat ini

    menjelaskan asas-asas ketauhidan kepada Allah S.W.T. Selain itu, Sabda Rasulullah

    S.A.W. didalam hadithnya yang menyebut bahawa :

    .

    62Surah al-Anbiya. Ayat 92.

    63Surah al-Muminun. Ayat 52.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    56/92

    42

    Maksudnya, Bandingan orang mumin dalam kasih-sayang dan belasihsan mereka seperti tubuh yang satu apabila satu anggota mengadukesakitan menyebabkan seluruh tubuh berjaga malam (tidak boleh tidur)dan sakit.64

    Di samping itu, Fathi Yakan berpendapat bahawa umat Islam pada asalnya

    digesa untuk bersatu dan ditegah dari bertelingkah. Sesungguhnya amal Islami dan

    matlamatnya yang besar memerlukan kepada kekuatan umat Islam seluruhnya, dalam

    satu saf dan satu perancangan. Sekiranya kekuatan ini lumpuh, maka kerja-kerja Islam

    akan terganggu, saf Islam akan berpecah-belah dan sumber negara menjadi merosot

    serta sanga terbatas. Sesungguhnya, perpecahan barisan umat Islam akan

    menyebabkan ketakutan dan membuka ruang bagi musuh-musuh Islam untuk

    menyerang Islam.65

    Diriwayatkan oleh sebahagian tabiin bahawa Saidina Uthman bin Affan r.a.

    keluar menemui kami lalu berkhutbah. Tiba-tiba ucapannya dipotong oleh satu

    golongan,mereka membaling debu sehingga kami tidak nampak cerahnya langit. Ketika

    itu kami dengar dari sebalik tabir bilik salah seorang daripada isteri Nabi s.a.w. yang

    berkata : Ketahuilah! Sesungguhnya Nabi kamu berlepas diri daripada mereka yang

    memecahbelahkan agamanya dan berpuak-puak, kemudian baginda membacakan

    ayat al-Quran. Sebagaimana Allah s.w.t. berfirman :

    Maksudnya, Bahawasanya orang-orang Yang mencerai-beraikanugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan Yang berdasarkanhawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah Engkau terkait

    64Hadith Riwayat Sahih Muslim. No. Hadis 2586. Kitab Al-Birru wa al-Sillah. Beirut : Darul Ihya al-Turas al-Arabi.

    65Fathi Yakan, Majalah al-Syarqul Ausat. Bil. 6637, tarikh 29/1/1997.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    57/92

    43

    sedikitpun Dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara merekahanya terserah kepada Allah. kemudian ia akan menerangkan kepadamereka (pada hari kiamat kelak), apa Yang telah mereka lakukan (danmembalasnya).66

    Berdasarkan hadith dan ayat di atas bahawa kewujudan pertubuhan-

    pertubuhan, jamaah-jamaah Islam dan seumpamanya telah ditegah oleh Allah s.w.t

    dan tidak diperakui oleh Rasulullah s.a.w. Baginda menerangkan akibat yang buruk

    kepada agama dan juga kehidupan dunia. Oleh itu, tidak ada penyokong kepada

    kewujudan parti, pertubuhan dan jamaah melainkan orang-orang yang jahil sahaja.

    Perkara ketiga yang telah disebutkan oleh Fathi Yakan adalah umat Islam mesti

    patuh kepada jamaah, bukan kepada beberapa jamaah. Sebagaimana Sabda

    Rasulullah s.a.w. :

    .

    Maksudnya, Umatku akan lemah dan lemah, maka sesiapa yangmemecah-belahkanurusan umat ini sedangkan ia satu, hendaklah kamubunuh tidak kira apa juga makhluk.67

    Maka, berdasarkan hujah daripada hadith Rasulullah s.a.w. yang memberi

    penekanan kesatuan seluruh umat Islam. Dan baginda s.a.w. menegah umat Islam

    daripada berpecah-belah dan bermusuhan sesama sendiri.

    66Surah al-Anam. Ayat 159.

    67Hadis Riwayat Muslim.No. Hadis 1852. Juzuk 3. Kitab Sahih Muslim. Kaherah : Darul Salam. Hlm. 1479.

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    58/92

    44

    3.4 Isu Berbilang Jamaah Menurut Fathi Yakan

    Pandangan Fathi Yakan tentang berbilang jamaah dapat dilihat secara jelas menerusi

    buku-bukunya yang bertajuk Tasawwur Asasi Gerakan Islam yang membincangkan

    secara terperinci.

    3.4.1 Fenomena Berbilang Jamaah

    Kepelbagaian organisasi dalam amal Islami hampir menjadi satu gejala di seluruh dunia

    Tidak ada sebuah Negara pun sama ada kecil atau besar yang terselamat dari keadaan

    ini. Bahkan kumpulan Islam di seluruh dunia ini turut sama terlibat. Terdapat berpuluh-

    puluh pertubuhan Islam di Lebanon, antaranya ialah Jamaah Islamiyyah, Hizbur al-

    Tahrir (Parti Pembebasan), Jamaah Tabligh, Jamaah Ibadul Rahman, Jundullah,

    Persatuan Kemuliaan Akhlaq Islam, Persatuan Tujuan-tujuan Islam, Persatuan

    Pemelihara Al-Quran Al-Karim dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga syaikh-syaikh

    tariqat, pasukan-pasukan tasawwuf yang banyak dan mempunyai pelbagai aliran.

    3.4.2 Sebab-sebab Kewujudan Berbilang Jamaah Menurut Fathi Yakan

    Fathi Yakan berpendapat bahawa orang-orang yang suka dengan kewujudan berbilang

    jamaah dan orang-orang yang mewujudkan pembaharuan pertubuhan dan kumpulan

    Islam sengaja memberikan pelbagai alasan untuk membela perbuatan mereka. Antara

    alasan tersebut adalah pertubuhan-pertubuhan yang terdahulu telah tersasar dari arah

    tujuan yang sebenar dan tidak mampu lagi mencapai matlamat-matlamat Islam yang

    diperjuangkan. Selain itu, kebanyakan pertubuhan dan kumpulan itu lebih

    menitikberatkan hanya kepada satu sudut sahaja. Terdapat banyak kekeliruan dan

    persoalan besar yang tidak dapat diselesaikan maka dengan mewujudkan

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    59/92

    45

    pertubuhanyang baru akan dapat membebaskan orang-orang yang bekerja dalam

    pertubuhan itu dari kekeliruan tersebut.

    Alasan-alasan tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada Islam

    dan umat Islam sendiri. Keaiban dan keburukan yang telah ditunjukkan kepada orang

    lain membuka ruang fitnah kepada mereka yang bergiat di bidang tersebut.

    Sesungguhnya alasan yang membenarkan wujudnya berbilang jamaah telah

    menampakkan kepada perkara yang dinamakan sebagai gerakan pembetulan dan

    kebanyakannya lebih banyak membawa kepada perpecahan dan perselisihan.

    Cita-cita untuk menjadi tokoh pimpinan juga merupakan salah satu punca yang

    boleh menghalang matlamat kesatuan gerakan Islam yang menuntut keikhlasan hati

    kerana Allah, berkorban pada jalan-Nya dan membuang sikap mementingkan diri-sendiri semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Allah S.W.T. Fathi Yakan

    kemudiannya mengemukakan satu contoh mengenai isu berbilang jamaah Islam.

    Terdapat puluhan jamaah yang mengadakan rehlah ke di mana-mana sahaja pada

    musim sejuk dan panas untuk mengumpulkan sumbangan derma dari negara-negara

    Teluk, hakikatnya jamaah-jamaah tersebut tidak memiliki pengaruh sama sekali dalam

    lapangan amal Islam.

    Selain itu, jahil terhadap Islam atau terhadap kehendak amal Islam pada zaman

    ini boleh menjadikan lapangan amal Islam sebagai satu tempat percubaan bagi

    pelbagai golongan. Akan tetapi, tidak bermakna secara keseluruhannya tidak wujud

    alasan-alasan syari yang membenarkan penubuhan pertubuhan lain setelah

    pertubuhan yang pertama tidak wujud atau telah mati.

    3.4.3 Implikasi daripada Isu Berbilang Jamaah

    Fathi Yakan menegaskan bahawa masalah berbilang jamaah bukan sekadar tidak ada

    faedah yang dapat dicapai dalam amal Islami sahaja, malah masalah tersebut

    meninggalkan kesan yang buruk di lapangan perjuangan Islam. Antara kesan yang

    telah dikemukan oleh beliau adalah masalah tersebut memberi banyak peluang kepada

  • 7/27/2019 Respon Gerakan Islam

    60/92

    46

    orang-orang Islam untuk melarikan diri menjadi anggota gerakan kerana mereka keliru

    terhadap hala tuju yang banyak.68

    Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa pertubuhan-pertubuhan dan

    gerakan pembetulan yang diwujudkan itu telah menampakkan kerja-kerja yang tidak

    jauh berbeza dengan pertubuhan pertama sebelum diwujudkan diwujudkan

    pertubuhan-pertubuhan ini.69 Sebagai contoh, telah wujud pertubuhan A setelah

    beberapa tahun yang lalu, selepas itu muncul pertubuhan B untuk membetulkan

    kelemahan yang terdapat dalam pertubuhan A. Namun, setelah diteliti dari sudut

    pelaksanaannya dapat disimpulkan bahawa pertubuhan B tidak jauh bezanya dengan

    pertubuhan A malahan mengalami masalah yang sama dengan pertubuhan A selepas

    kemunculan pertubuhan C pula.

    Di samping itu, masalah berbilang jamaah telah memecahbelahkan kekuatan

    Islam dan melemahkan Islam. Bilangan jamaah yang banyak tidak menjadi faktor

    kemajuan amal-Islami bahkan menjadi salah satu faktor kemunduran, pengasingan diri

    dan kekeliruan umat Islam terhadap kemunculan pelbagai jamaah ini. Masalah

    berbilang jamaah ini juga telah memudahkan musuh-musuh Islam menghapuskan hala

    tuju Islam dengan menyingkirkan setiap gerakan. Masalah ini juga dapat menimbulkan

    rasa sensitif dalam kalangan pengikut-pengikut pertubuhan serta fanatik kepada

    pertubuhan itu sahaja. Selain itu, kenyataan tersebut menyebabkan permusuhan yangterjadi antara mereka dengan musuh-musuh Islam sendiri.

    Keseluruhan kerja Islam menyebabkan kemunduran, tidak mencapai matlamat

    yang telah mereka tetapkan. Beliau menegaskan bahawa bilangan jamaah yang

    banyak telah melahirkan badan-badan Islam yang cacat yang merosakkan Islam dan

    konsep Islam. Kesan-kesan dari banyaknya jamaah akan melahirkan sifat

    keseorangan, bersendirian, kedaer