Resepi kek n puding

download Resepi kek n puding

of 2

  • date post

    24-May-2015
  • Category

    Food

  • view

    279
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Resepi kek n puding

  • 1. Kek minyak versi kukus ipoh 1 cwn minyak masak 2 1/2 cwn tepung naik sendiri 1 cwn gula 3 biji telo size B 1 cwn susu segar /susu cair 4 sudu besar susu pekat manis 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil esen vanila Secubit garam Pewarna atau perasa kegemaran Blender telo,minyak ,gula, susu segar, susu pekat manis, esen vanila, Baking powder dan secubit garam Setelah blender masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis,asing kan adunan mengikut warna dan perasa kegemaran anda Panas kan kukusan, kukus selama 30 hingga 45 minit dengan api yg sederhana RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT Bahan-bahan 4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 10gram serbuk agar2 @ sepeket 1/2 cawan gula - bleh kurangkan 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan) 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut). Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

2. Puding Permata Bahan : Bahan untuk agar-agar : 300ml air 200ml susu cair (saya guna susu segar) 125gm gula pasir 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar serbuk agar-agar Bahan untuk kastad : 500ml air 400ml susu cair / susu segar 250gm gula pasir 10gm serbuk agar-agar 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air Cara Penyediaannya : ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar- agar dan masak hingga mendidih. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba! PUDING TRIFLE Bahan-bahannya : kek swiss roll - apa2 perisa pun boleh 1 tin buah-buahan campuran 1 tin susu cair 1 peket jeli kristal- perisa ape2 pun bleh 1 tin buah laici 1 biji buah kiwi 4 sudu besar tepung kastard 7 sudu gula pasir 1 tin air-sukat guna tin susu Cara-cara Penyediaannya: Lapisan pertama (bawah sekali) Potong swiss roll anggaran 1.5 cm. Susun dalam bekas sebaiknya dalam bekas kaca biar nampak susunannya tapi susunan kek asz x nampak terlindung dengan kastard. Nanti asz buat lagi kasi nampak itu kek... Tabur sedikit buah-buahan campuran tadi. Lapisan Kedua Campurkan setin susu cair dengan satu tin air serta 7 sudu gula ke dalam periuk dan masak di atas api sedehana. Bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila mula mendidih masukkan bancuhan tepung kastard tadi kacau dan terus kacau sampai nampak likat . Kemudian angkat dan tuangkan ke atas lapisan yang pertama tadi. Taburkan lagi buah-buahan campuran tadi. Lapisan Ketiga Masak jeli kristal ikut sukatan yang tertera pada kotak atau pek jelly tadi. Bila dah masak dan nampak sejuk sikit tapi masih cair la tuangkan ke atas lapisan buah tadi. Taburkan buah-buahan campuran ke atasnya asz taburkan buah kiwi dan laici . Sejukkan dalam fridge dalam 3 jam dan boleh lah di hidangkan.