Proses Pembentukan Kata

7
PROSES PEMBENTUKAN KATA Menurut Ab. Razak Ab. Karim. (1997), bentuk kata ialah unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan sesuatu kata. Pembentukan kata pula menurut Nik Safiah Karim et.al  (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses ini bermaksud cara sesuatu morfem disusun untuk diterbitkan daripada bentuk dasarnya kepada perkataan yang bermakna.  Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur -unsur bahas a tersebut sehingga menja di pekataan ya ng boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Nik Safiah Karim et.al  (2008) lagi, terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicara kan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan. 1.1 Proses Pengimbuhan Perkataan-per kataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. (Tatabahasa Dewan:2004) Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. (Abdullah Hassan:2004)

description

..

Transcript of Proses Pembentukan Kata

PROSES PEMBENTUKAN KATAMenurut Ab. Razak Ab. Karim. (1997), bentuk kata ialah unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan sesuatu kata. Pembentukan kata pula menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses ini bermaksud cara sesuatu morfem disusun untuk diterbitkan daripada bentuk dasarnya kepada perkataan yang bermakna.Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Dalam konteks Bahasa Melayu,pembentukan kata dipandang sebagai prosesmengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami olehpenuturnya. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) lagi, terdapat empat bentuk kata asas dalambahasa Melayu iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataanitu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

1.1 Proses PengimbuhanPerkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. (Tatabahasa Dewan:2004)Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. (Abdullah Hassan:2004) Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. (Nik Safiah Karim:1996)Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu. (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam:1985)2.1.1Imbuhan AwalanImbuhan awalawan ialah Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Berikut ialah contoh perkataan bagi setiap komponen imbuhan awalan.Bil.Imbuhan awalanContoh perkataan

1ter-terpandang

2ber-bercakap

3me-melihat

4men-mendengar

5mem-membakar

6meng-mengambil

7meny-menyanyi

8pe-pelajar

9per-per

10di-dikaji

11se-sebanyak

12ke-kekasih

1.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Komponennya ialah akhiran an, -man, -wan, -wati, -kan, -i, -kah, -lah, -tah, -ku, dan mu. Berikut ialah contoh bagi imbuhan akhiranBilakhiranContoh perkataan

1-ankeluaran

2-manseniman

3-wanolahragawan

4-watiseniwati

5-ilangkaui

6-kahapakah

7-lahduduklah

8-tahapatah

9-kuadikku

10-mubapamu

1.2.1.3 Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya apitan ber..an, ber...kan, me..kan, me...i, di...kan, di...i, ter...kan, ter...i, memper...kan, memper...i, diper...kan, diper...i, ke...an, per...an, dan se...nya . Berikut ialah contoh perkataan berimbuhan apitan.BilImbuhan awalanContoh perkataan

1Beranbergelimpangan

2Berkanbersenjatakan

3Mekanmelarikan

4Meimenyetujui

5dikandilarikan

6Diidilangkahi

7Ter..kantergambarkan

8Teriterpelajari

9Memperkanmemperbesarkan

10Memperimempersetujui

11Diperkandiperkasakan

12Diperidiperluasi

13Keankeindahan

14Peranperdamaian

15Peanpelarian

16Senyaseindahnya

1.2.1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan em-, dalam g+em+uruh.

1.3Kata GandaMenurut Ilias Zaidi (1991), penggandaan ialah pengulangan sebagaian ataupun seluruh kata dasar bagi sesuatu perkataan dan penggandaan ini boleh dipecahkan kepada dua iaitu penggandaan tulen dan penggandaan rentak. Siti Hajar Abdul Aziz (2008) pula berpendapat bahawa kata ganda ialah kata dasar yang mengalami proses pengulangan dan proses pengulangan ini berlaku dalam dua cara iaitu melibatkan seluruh kata dasar. Contohnya ialah ayam-ayam, semut-semut, buku-buku, lelaki-lelaki dan makan-makan. Menurut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melaysia (1977) kata ganda yang mengalami proses pengulangan sepenuhnya perlu ditulis menggunakan sempang. Proses yang kedua pula melibatkan pengulangan pada sebahagian kata dasar sahaja. Misalnya jejari, lelaki, jejantas, pepatung dan sesiku. Semua kata dasar ini sebenarnya boleh terdiri daripada semua golongan kata yang ada dalam bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata sendi nama dan kata adjektif. Namun begitu, pengulangan kata dasar atau nama lainnya kata ganda ini lebih banyak dilihat pada kata nama.

1.3.1 Penggandaan penuh

Menurut Abdullah Hassan (1987), penggandaan penuh ini ialah apabila sesuatu bentuk dasar itu diulang dengan sepenuhnya tanpa sebarang perubahan. Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Gandaan kata namaGandaan Kata kerjaGandaan Adjektif /sifat

Buku-bukuLembu-lembuMurid-muridKawan-kawanCacing-cacingBaring-baringPandang-pandangJalan-jalanUsik-usikLari-lariManis-manisBesar-besarAwal-awalBulat-bulatLazat-lazat

Jadual 1 Penggandaan penuh

1.3.2 Kata Ganda Separa

Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dab Ab. Rahim Selamat (1997), Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama. Contoh kata ganda separa:Kata dasarKata ganda separa

KunyitTulangRiangSendiLadaKukunyitTetulangReriangSesendiLelada

Jadual 2 Penggandaan separa

1.3.3 Kata Ganda berentak

Menurut Hamedi Mohd Adnan (1992), penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Hal sama dengan pendapat Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994) yang menyatakan kata ganda berentak digandakan dengan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu dalam sesuatu perkataan dasar. Dalam penggandaan itu, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang dan diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikan, maka penggandaan berentak dapat dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan berentak bebas. Penggandaan berentak bebas ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi persamaan pada bunyi vokal dan konsonan.pengulangan bunyi vokalPengulangan BunyikonsonanPengulangan berentak bebas

anak-pinakbolak-balikLicin-licau

calar-balarcompang-campingLintang-pukang

cerai-beraidolak-dalikBukit-bukau

comot-momotgopoh-gapahSemak-samun

gotong-royonggunung-ganangBengkang-bengkok

karut-marutharu-biruPorak-peranda

kaya-rayahuru-haraIncang-incut

kuih-muihhuyung-hayangJongkang-jongket

pindah-randahkacau-bilauSimpang-siur